sional malaysia berhad. ii · (i) pembinaan hotel bertaraf antarabangsa iaitu sheraton kewangan...

79
Jilid III Bil. 5 MALAYSIA Hari lsnin 7hb Jun, 1993 PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES DEWAN NEGARA Senate PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament PENGGAL KEDUA Third Session KAND UN GAN JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 663] RANG UNDANG-UNDANG: Rang Undang-nndang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993 [Ruangan 742] Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) [Ruangan 771] II PNM• OICETAK OLEH PERCETAKAN N.\SIONAL MALAYSIA BERHAD. CAWANGAN KUALA LUMPUR 19'7

Upload: others

Post on 01-Jan-2020

23 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Jilid III Bil. 5

MALAYSIA

Hari lsnin 7hb Jun, 1993

PENYATA RASMI PARLIMEN PARLIAMENTARY DEBATES

DEWAN NEGARA Senate

PARLIMEN KELAPAN Eighth Parliament

PENGGAL KEDUA Third Session

KAND UN GAN

JAWAPAN-JAWAPAN MULUT BAGI PERTANYAAN-PERTANYAAN [Ruangan 663]

RANG UNDANG-UNDANG:

Rang Undang-nndang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993 [Ruangan 742]

Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) [Ruangan 771]

II PNM•

OICETAK OLEH PERCETAKAN N.\SIONAL MALAYSIA BERHAD. CAWANGAN KUALA LUMPUR 19'7

0

MALAYSIA

PARLIMEN KELAPAN-DEWAN NEGARA

Penyata Rasmi Parlimen

PENGGAL YANG KETIGA

AHLI-AHLI DEWAN NEGARA I I

Yang Berhormat Tuan Yang di-Pertua, DATO' VADIVELOO A/L GovINDASAMY, D.P.M.s., S.M.S., A.M.N. (Dilantik).

,,

Menteri Belia dan Sukan, DATO' HAJI ANNUAR BIN MusA, s.1.M.P. (Dilantik).

Timbalan Yang di-Pertua, TUAN ADAM BIN KADIR (Dilantik).

Timbalan Menteri Pertanian, DATO' S. SuBRAMANIAM, D.S.N.S., D.P.M.J., S.M.J. (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, DR. SAK CHENG LuM (Dilantik).

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan, TUAN MusTAPA BIN MOHAMED (Dilantik).

TUAN HAJI SYED ABDUL HAMID SAGAFF, P.1.s., B.s.1., P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI ABDUL SALAM BIN AwANG, A.M.N. (Dilantik).

DATUK HAJI AHMAD BIN HAJI ABDULLAH, D.M.S.M., D.S.M., A.M.N., P.J.K., J.C. (Dilantik).

TUAN HAJI AHMAD ZAHID BIN HAMIDI (Dilantik).

DATO' AzuMu BIN TAK, D.P.M.P., P.M.P., A.M.N., P.P.T., J.P. (Perak).

TUAN MICHAEL BONG THIAM JooN, A.B.s., J.B.s. (Dilantik).

PUAN HAJAH CHE PoRA BINTI HAJI OMAR, A.M.N., P.P.N., P.J.K. (Dilantik).

DATO' WILLIAM CHEK LIN Kw AI, D.S.D.K., A.M.K., P.P.N., J.P. (Dilantik).

TUAN CHONG Cm S10NG alias CHONG FAH (Negeri Sembilan).

TUAN FRANKIE CHONG Yu CHEE, A.D.K. (Sabah).

TUAN Fu AH K1ow (Dilantik).

TUAN DING SELING (Dilantik).

TUAN HAJI DoL BIN DoLAH, A.M.N., P.P.N., J.P. (Melaka).

TUAN Foo BooN LIANG (Pahang Darulmakmur).

657 7 JUN 1993 658

Yang Berhormat TUAN GHAZALI BIN HAJI EMBONG, P.J.K. (Dilantik).

PuAN HAJAH HABSHAH BINTI HAJI OSMAN (Dilantik-Wilayah Persekutuan).

WAN HAMID EDRUCE BIN TuANKU HAJI MOHAMAD, A.B.s. (Sarawak).

TUAN HANIPAH BIN AHMAD (Perlis).

TuAN Ho CHENG WANG (Perak).

TUAN IBRAHIM BIN DAUD (Johor).

TUAN Isu BIN HAJJ S1PUT (Dilantik-Wilayah Persekutuan Labuan).

TuAN ITAM WALI BIN NAWAN, P.P.N. (Dilantik).

TUAN HAJI JAMALUDIN BIN HAJI AHMAD, A.M.N., A.N.S., P.M.C., P.J.K., J.C. (Negeri Sembilan).

TUAN JoHAN B.O.T. GHAN! alias CHRISTOPHER, K.M.N. (Dilantik).

PuAN KALTHOM BINTI HAJJ OTHMAN (Kelantan).

TUAN L1MUN LAIKIM (Sabah).

DATO' DR. MAK HoN KAM, D.P.M.P., J.M.N. (Dilantik).

TUAN HAJI MOHAMED NAZRI BIN ABDUL Aziz, A.M.P., B.K.T. (Dilantik).

TuAN MoHD. ZAIN BIN HAJJ MAT DAuo (Kelantan).

TUAN MuNISAMY AIL KuPPAN, A.M.N., A.M.P., P.P.T. (Dilantik).

TUAN NEo TUAN CHENG, P.P.N. (Johor).

DATUK NG PENG HAY, D.M.s.M., P.J.K. (Melaka).

DATO' (IR.) NG THIAN HocK, o.s.s.A., S.M.S., P.J.K., J.P. (Dilantik).

PuAN HAJAH RAHAIAH BINTI BAHERAN, P.J.K. (Dilantik).

TUAN RAHIM BIN BABA, A.M.P. (Dilantik).

PuAN HAJAH RAHMAH BINTI SALLEH (Terengganu).

PuAN RosALINo Y Au SHuK MENG, K.M.N., A.M.N. (Selangor).

TUAN SAAD BIN HAJJ MAN (Dilantik).

TUAN SAIDIN BIN MOHAMAD (Pt;r!is).

TUAN HAJJ SALLEH @ HASSAN BIN Au (Terengganu).

PUAN SRI SARASA PASAMANICKAM, A.M.N., P.1.s. (Dilantik).

PUAN HAJAH SELEMIAH BINTI HASHIM (Dilantik).

TUAN V.K. SELLAPPAN, s.s.A., A.M.N., P.J.K. (Dilantik).

659 7 JUN 1993 660

Yang Berhormat TUAN SHurn BIN ENDUT, A.M.N., A.M.K., P.J.K. (Kedah).

TuAN HAJI SHuIB BIN SHAWAL, A.M.K., A.M.N., P.J.K. (Kedah).

DATO' SOONG Srnw HooNG, K.M.N., s.M.s., o.P.M.s .• 1.s.M. (Dilantik).

TUAN DOUGLAS SULLANG ANAK GANDA (Sarawak).

DATO' TAN Trnw BocK, D.P.M.P., A.M.P. (Dilantik).

TUAN T10NG THAI KING (Dilantik).

TuAN K. VuAYANATHAN AIL KEsAvA PILLAI, o.J.N., K.M.N., P.J.K. (Dilantik).

DATIN HAJAH WAN INTAN BINTI HAJI WAN AHMAD TAJUDDIN, P.J.K., A.M.N. (Dilantik).

DATUK DAVID YEOH ENG HocK, D.M.s.M. (Dilantik).

TUAN HAJI ZAINAL BIN Mo. DEROS, s.s.A., P.J.K., J.P. (Selangor).

PuAN HAJAH ZALEHA BINTI Huss1N (Dilantik).

661 7 JUN 1993

DEWAN NEGARA

PEGA W AI-PEGA WAI KANAN

Setiausaha Dewan Negara: Haji Mohd. Salleh bin Abu Bakar, K.M.N.

Ketua Penolong Setiausaha: Haji Taijadin bin Saberan.

Penolong Setiausaha Kanan: Abdullah bin Abdul Wahab.

Penolong Setiausaha Kanan: Zamani bin Sulaiman.

BAHAGIAN PENYATA RASMI PARLIMEN

Pegawai Penerbitan: Ramaswamy.

Penolong Penyunting: Shamsiah binti Mohd. Yusop.

Pelapor Perbahasan Parlimen:

Haji Suhor bin Husin.

Mohd. Saleh bin Mohd. Yusof.

Supiah binti Dewak.

Ismail bin Haji Hassan.

Hajah Kalsom binti Ghazali.

Mohamed bin Osman.

Norishah binti Mohd. Thani.

Zaharah binti Nairn.

Su Soon Chuan.

Norwahidah binti Azizi.

Rozita binti Abd. Samad.

Jainah binti Sakimin.

Ahmad Kamal bin Mohd. Yusop.

BENTARA MESYUARAT

Mejar (B) Mohd. Kassim bin Hashim

Lt. Kol (B) Haji Rahimuddin bin Abdul Mutalib

662

663 7 JUN 1993 664

MALAYSIA

DEWAN NEGARA

Isnin, 7hb Jun, 1993

Mesyuarat dimulakan pada pukul 2.30 petang

DOA

(Tuan Yang di-Pertua mempengerusikan Mesyuarat)

JAWAPAN-JAWAPAN MULUTBAGI

PERTANYAAN­PERTANYAAN

BANK PERUMAHAN­MATLAMAT PENUBUHAN

1. Tuan Michael Bong Thiam Joon minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyat~kan:

(a) motif sebenar penubuhan Bank Perumahan;

(b) bila ia akan beroperasi;

( c) berapa banyak bank yang akan mengeluarkan wang; dan

(d) berapa j umlah modal bank ini untuk beroperasi dan untuk mencapai matlamat pe­nubuhannya.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Tuau Osu bin Haji Sukam): Tuan Yang di-Pertua, pada hakikatnya, penubuhan bank perumahan adalah untuk kemudahan kepada industri perumahan bagi faedah pemaju dan pembeli.

Konsep bank perumahan telah diterima oleh Kerajaan. Butiran mengenai operasinya seperti yang dibangkitkan dalam soalan Ahli Yang Berhormat adalah di peringkat kajian

oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Saya akan membuat pengumuman mengenainya sebaik sahaja kajian ter­sebut berhasil dan diterima oleh pihak Kerajaan.

EKSPORT NEGARA-LAPORAN GATT

2. Tuan Ghazali bin Haji Embong minta Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri menyatakan adakah berdasarkan laporan perdagangan dunia (GATT) 1992 Malaysia menunjukkan prestasi yang membanggakan di dunia dan berapakah eksport negara telah bertambah berbanding dengan tahun 1991.

Meuteri Perdagangan Antarabangsa dan lndustri (Dato' Seri Rafidah Aziz): Tuan Yang di-Pertua, Laporan GATT 1992 telah menyatakan bahawa perdagangan luar Malaysia pada tahun tersebut telah mencatatkan prestasi yang membanggakan. Menurut laporan tersebut kedudukan Malaysia sebagai negara pengeksport terbesar di dunia telah meningkat daripada tempat ke 24 pada tahun 1991 kepada tingkat 23 pada tahun 1992.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, eksport Malaysia pada tahun 1992 berjumlah RMI03.48 ribu juta iaitu peningkatan sebanyak 9.5% dibandingkan dengan RM94.49 ribujuta yang dicatatkan pada tahun 1991. Walaupun perdagangan luar Malaysia

665 7 JUN 1993

telah mencapai prestasi yang baik, kita haruslah berusaha untuk meningkatkan lagi tahap eksport supaya matlamat dan sasaran eksport di bawah Rancangan Jangka Panjang Kedua danjuga objektif­objektif Wawasan 2020 dapat dicapai.

LABUAN-KEJA YAAN SEBAGAI PUSAT KEWANGAN

LUAR PESISIR ANTARABANGSA

3. Dato' William Chek Lin Kwai minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) setakat manakah Labuan telah berjaya sebagai Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa (IOFC) semenjak ia dilancarkan;

666

Manikar Resort dan Hotel Tiara yang baru sahaja siap;

(ii) pengubahsuaian bangunan terminal Lapangan Terbang Labuan (siap tahun 199 l);

Projek Pekerjaan:

(i) pembinaan Dataran Labuan (Fasa I) (siap tahun 1992);

(ii) kerja-kerja pembaikan pelabuhan Labuan (siap tahun 1991);

(iii) projek pengindahan jalan­jalan di kawasan bandar Labuan (siap kira-kira dua tahun yang lalu). (b) apakah projek-projek pem­

bangunan yang telah dijalankan di sana; dan (c) Tujuan penubuhan Pusat

( c) setakat manakah penglibatan para pelabur tempatan di Labuan. Sila nyatakan secara terperinci.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Semenjak Labuan diisytiharkan sebagai sebuah Pusat Kewangan Luar Pesisir Antarabangsa pada lhb Oktober, 1990, sebayak 138 buah syarikat telah ditubuhkan. Daripada jumlah tersebut, 9 daripadanya adalah bank luar pesisir, 2 syarikat insurans luar pesisir dan 127 syarikat luar pesisir. Daripada segi nilai simpanan dalam bank luar pesisir pada akhir bulan April baru-baru ini, jumlahnya ialah kira-kira RS$713 ju ta.

(b) Di antara projek-projek pembangunan yang telah di­laksanakan adalah termasuk seperti berikut:

Projek Swasta:

(i) pembinaan hotel bertaraf antarabangsa iaitu Sheraton

Kewangan Luar Pesisir Antara­bangsa (IOFC) adalah untuk menggalakkan pelaburan ke­wangan daripada syarikat asing. Pelabur tempatan hanya boleh mengambil bahagian dalam kegiatan terse but setelah mendapat kelulusan khas daripada Bank Negara. Setakat ini penglibatan pelabur tempatan Malaysia dalam aktiviti luar pesisir adalah seperti berikut:

Bank Luar Pesisir 6 buah

Insurans Luar 2 buah Pesisir

Syarikat Amanah 11 buah Luar Pesisir

Firma Audit 10 buah Luar Pesisir

Pelikwidasi 4 buah (Liquidators)

Sementara itu, syarikat tempatan juga telah mengambil bahagian yang aktif di dalam projek pembangunan di Labuan yang dilaksanakan oleh Kerajaan dan juga oleh pihak swasta.

667 7 JUN 1993 668

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Baru-baru ini ada satu laporan yang dibuat di mana Labuan telah dibandingkan dengan Bangkok dengan tujuan supaya pelabur-pelabur akan melabur di Bangkok. Soalan saya ialah apakah laporan ini telah sedikit sebanyak menJeJas usaha pihak Kerajaan untuk memperkenalkan Labuan ini?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Tuan Yang di-Pertua, laporan itu dimasukkan ke dalam majalah Euro-Money sebuah publication terbitan United Kingdom dan pada pandangan Kerajaan, laporan terse but yang mengatakan bahawa antara lain Labuan yang sedang mengalami sedikit sebanyak persaingan daripada Bangkok tidak menjejaskan usaha kita dan juga prestasi Labuan sebagai sebuah IOFC.

Seperti yang saya katakan tadi, walaupun Labuan baru sahaja diisytiharkan sebagai IOFC, tak sampai pun tiga tahun, tetapi sehingga ini sudah 138 buah syarikat yang ditubuhkan di sana dan melihat kepada angka-angka yang disimpan dalam bank luar pesisir berjumlah US$7 l 3 juta, kesemuanya membuktikan bahawa Labuan sedang ma ju dengan kadar yang menggalakkan bagi menjadi sebuah IOFC yang berjaya.

Perbandingan dengan Bangkok itu kurang sesuai oleh kerana Bangkok merupakan sebuah bandar yang established, dengan izin, yang mempunyai banyak infrastruktur, tetapi di Labuan oleh kerana baru sahaja diisytiharkan sebagai IOFC, kita sedang menumpukan perhatian bagi membina infrastruktur yang secukupnya bagi memastikan Labuan akan dapat bersaing secara berkesan dengan IOFC yang lain.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kita lihat bahawa IOFC yang terletak di

Labuan ini merupakan satu 'take-off', dengan izin, yang baik. Tetapi apakah usaha-usaha intensif yang akan terus dijalankan bagi mempromosikan Labuan sebagai pusat IOFC yang paling unggul

di ran tau ini?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Ada dua bentuk usaha yang dilaksanakan. Yang pertama, usaha-usaha promosi. Baru-baru ini pada awal tahun Yang Berhormat Menteri Kewangan sendiri telah mengepalai satu rombongan ke beberapa pusat bandar Eropah bagi memper­kenalkan Labuan kepada masyarakat kewangan antarabangsa. lni akan terus diadakan dan malah jika perlu akan diperhebatkan.

Cara kedua, kita menggalakkan Labuan sebagai IOFC ialah dengan membina infrastruktur secukupnya. Dan sepertimana sedia maklum pada masa ini kita sedang melaksanakan projek yang diusahakan oleh pihak swasta yang dipanggil "Financial Park" ataupun "Taman Kewangan" yang bernilai kira­kira RM700 juta. Pihak Kerajaan juga sedang melaksanakan beberapa projek infrastruktur di bawah Rancangan Malaysia Keenam. Ini semua adalah untuk melengkapkan Labuan itu dengan kemudahan-kemudahan secukupnya bagi membolehkan Labuan menarik sebanyak mungkin pelabur khususnya di bidang kewangan dari luar negeri. Jadi melalui usaha-usaha promosi dan juga penyediaan infrastruktur yang secukupnya, kita percaya Labuan dibangunkan dengan jayanya sebagai sebuah IOFC.

PROGRAM UNIVERSITI BERKEMBAR

4. Puan Hajah Asmah bin ti Haji Ismail minta Menteri Pendidikan menyatakan berhubung dengan masalah Universiti Kembar yang mana pada masa ini negara kita kekiirangan universiti untuk menerima semua pelajar-pelajar yang

669 7 JUN 1993 670

berkelulusan untuk memasukinya. Dengan hal yang demikian ada institusi pengajian tinggi di negara ini telah mengadakan program universiti kembar, yang mana boleh menolong mengurang­

kan perbelanjaan untuk pergi ke luar negeri:

(a) adakah Kerajaan telah berpuas hati dengan membenarkan program universiti kembar ini diwujudkan, selain daripada tajaan pihak Kerajaan sendiri; dan

(b) adakah pihak Kerajaan menerima maklumat berhubung dengan bidang pelajaran yang ditawarkan oleh universiti-universiti luar negeri itu, bertepatan dengan keperluan negara maju berasas­kan industri dan mutu pendidikan tinggi yang boleh diiktirafkan oleh Kerajaan Malaysia.

Setiausaha Parlimen Kementerian Dalam Negeri (Tuan Ong Ka Ting): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mohon izin untuk menjawab soalan ini bagi pihak Menteri Pendidikan.

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pada masa ini tidak ada universiti kembar di negara kita. Mungkin dimaksudkan oleh Ahli Yang Berhormat ialah program berkembar. Institusi pengajian tinggi tempatan ada menjalankan program berkembar iaitu di antara institusi pengajian tinggi awam dengan Maktab­Maktab Perguruan dan Program berkenaan sedang berjalan dengan lancar.

Di samping itu, Kementerian Pendidikan juga telah memberi kelulusan kepada beberapa institusi pendidikan swasta untuk

menjalankan program-program berkembar dengan kerjasama universiti-universiti luar negara. Kelulusan tersebut bergantung kepada keadaan tertentu seperti terdapat permintaan terhadap kursus yang ditawarkan, jenis kursus yang ditawarkan selaras dengan keperluan gunatenaga bagi pembangunan negara. Terdapat penjimatan kos dan institusi swasta berkenaan berkemampuan menjalankan kursus-kursus tersebut.

(b) Pihak Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa menyemak dengan teliti sebarang kursus yang hendak dikendalikan melalui program berkembar tersebut. Antara perkara-perkara yang diberi perhatian dan diambil kira ialah:

(i) kualiti univers1t1 luar negara yang hendak dikembarkan;

(ii) kursus-kursus yang di­tawarkan adalah relevant dengan keperluan negara;

(iii) status pengiktirafan ijazah­ijazah yang dianugerahkan oleh universiti-universiti tersebut.

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN)

1993-PERTIKAIAN TENTANG KESAHIHAN

5. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Undang­undang menyatakan, apakah bentuk tindakan atau hukuman diambil oleh Kerajaan terhadap mana-mana pihak yang mempertikaikan kesahihan Rang U ndang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong.

671 7 JUN 1993 672

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Douglas Unggah Embas): Tuan Yang di-Pertua, selagi pertikaian dibuat dengan cara yang tidak melanggar undang-undang negara, tindakan tidak boleh diambil terhadap orang-orang tersebut. Untuk makluman Ahli-ahli Dewan Negara, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 yang diluluskan oleh Parlimen telah menjadi Undang-undang setelah diperkenankan oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong pada 22hb Mac, 1993 telah pun diwartakan pada 29hb Mac, 1993.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Jika begitu bunyinya segala undang-undang yang diluluskan termasuk Yang di-Pertuan Agong telah memperkenankan, kalau mereka yang menentang segala kesahihan undang­undang itu termasuk Raja-Raja yang tidak berkenan dengan keputusan itu tidak diambil tindakan, akan menjadi masalah. Kerana ada rakyat dalam negara ini tidak menghormati undang-undang, kita tidak boleh membuat apa-apa kepada mereka.

Tuan Yang di-Pertua: Apakah soalan tambahannya? ltu pandangan sahaja.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Jadi soalannya adakah memang Kerajaan tidak boleh bertindak terhadap mereka yang mempertikaikan kesahihan Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) 1993 itu?

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, seperti say a kata tadi selagi mereka ini tidak didapati melariggar apa-apa undang-undang, memang kita tidak dapat mengambil tindakan. Tetapi walau bagaimanapun, apabila mereka telah didapati melanggar undang-undang termasuk memper­tikaikan dengan cara yang haram, maka Kerajaan tidak akan teragak-agak tetapi terus mengambil tindakan.

Sebagai Ahli Yang Berhormat sedia maklum, ada beberapa pihak khasnya parti Pembangkang, mereka inijuga faham bahawa undang-undang ini telah menjadi undang-undang dan telah diluluskan

dengan cara sah. Tetapi mereka memainkan ini dengan cara politik. Rupanya mereka ini telah bankrap modal politik dan hanya inilah mereka guna untuk mengelirukan rakyat di kawasan bandar.

PROJEK LEBUHRA YA UT ARA­SELATAN-KADAR TOL

6. Tuan Haji Doi bin Dollah minta Menteri Kerja Raya menyatakan:

(a) bilakah projek Lebuhraya Utara­Selatan akan siap dibina sepenuhnya dan berapakah kadar to! yang ditanggung oleh seseorang pemandu dari Utara ke Selatan dan sebaliknya; dan

(b) berapakah kos projek m1 sepenuhnya dan berapakah jumlah pampasan yang telah diberikan kepada Kerajaan­kerajaan Negeri kerana pengambilan tanah.

Menteri Kerja Raya (Datuk Leo Moggie anak lrok): Tuan Yang di-Pertua,

(a) projek Lebuhraya Utara-Selatan dijangka akan dapat disiapkan sepenuhnya pada bulan April 1994. Kadar bayaran to! yang dikena­kan ke atas seseorang pemandu yang menggunakan Lebuhraya Utara-Selatan adalah berdasarkan jarak perjalanan dan unit to! sesuatu kelas kenderaan yang berkenaan. Kadar unit to! adalah berbeza-beza bagi semua Iima kelas kenderaan seperti berikut:

Ke las Jenis Kadar Per Kenderaan Kilometer

I Kereta 7.5 sen II Van 12.5 sen III Lori 15.0 sen IV Teksi 3.75 sen v Bas 6.25 sen

673 7 JUN 1993 674

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, kadar bayaran tol yang dikenakan ke atas pemandu kereta, iaitu kenderaan Kelas I misalnya, bagi sehala perjalanan dari bahagian Utara ke bahagian Selatan Semenanjung Malaysia sepanjang Lebuhraya lebih kurang 800 kilometer adalah sebayak RM60.00 pada tahun 1994. Bayaran tol yang sama akan dikenakan untuk perjalanan sebaliknya.

(b) Kos bagi menyiapkan projek Lebuhraya Utara-Selatan adalah dianggarkan sebanyak RM6 bilion. Berkenaan dengan pengambilan balik tanah, pampasan hanya dibayar bagi pengambilan balik tanah yang mempunyai hakmilik dan tidak melibatkan Kerajaan-Kerajaan Negeri. Setakat April 1993, jumlah pampasan yang telah dibayar bagi pengambilan balik tanah ialah RM480. l juta termasuklah kos penempatan semula mereka yang perlu dipindahkan.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Menteri, lebuhraya di antara KualaLumpur-Seremban dan Seremban­Kuala Lumpur telahpun dinaikkan taraf dengan pelebaran jalan yang lebih besar dan kita sedar bahawa daripada Toi Sungai Besi sehingga ke Bulatan Kampung Pandan, projek ini bukan di bawah PLUS tetapi ini, dengan izin, merupakan satu "bottleneck" untuk kenderaan-kenderaan daripada Seremban ke Kuala Lumpur ataupun Kuala Lumpur ke Seremban. Contohnya pagi ini sahaja, tidak kurang daripada 10 kereta yang tersekat berhampiran dengan Stesyen TUDM Sungai Besi.

Jadi, adakah Kementerian Kerja Raya berhajat untuk menswastakan jalan berkenaan atau dengan daya usaha sendiri, pihak Kementerian sendiri yang akan mengambilalih masalah ini bagi mengelakkan kesesakan yang berlaku, sebagaimana yang berlaku sejak akhir­akhir ini?

Datuk Leo Moggie anak lrok: Tuan Yang di-Pertua, kesesakan lalu-lintas yang berlaku di Bandaraya Kuala Lumpur, memanglah sudah menjadi satu kenyataan dan sebenarnya, kita tidak boleh menumpukan perhatian semata­matakepada pembinaanjalan. Seharusnya juga, kita memikirkan polisi untuk mengadakan "public transportation" yang lebih memuaskan dari apa yang ada sekarang dan ke arah itu, Kerajaan memanglah mengambil tindakan bagi mewujudkannya.

Bagi menjawab soalan yang khusus melibatkan jalan dari Sungai Besi ke Kampung Pandan, sebenarnya jalan ini menjadi satu bahagian dari jalan yang telah diswastakan kepada satu syarikat yang mengendalikan penswastaanjalan­jalan di sekeliling Kuala Lumpur iaitu pihak Syarikat Metramac Berhad. Jadual mereka untuk melebarkan jalan itu, memang sudah bermula dan saya difahamkan kontrak-kontrak telah juga dianugerahkan kepada pihak kontraktor yang berjaya dipilih.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah hubungan kuasa di antara Kerajaan dengan PLUS? Maksud saya, jika pada satu ketika nanti Kerajaan bercadang untuk mengurangkan pembayaran tol, misalnya, adakah kuasa Kerajaan untuk me­merintah PLUS berbuat demikian?

Datuk Leo Moggie anak lrok: Tuan Yang di-Pertua, syarat untuk menswastakan pembinan Lebuhraya Utara-Selatan yang memang terkandung di dalam suatu kontrak di antara Kerajaan

,.

675 7 JUN 1993 676

dan pihak syarikat yang tersebut iaitu PLUS Berhad dan tertakluk kepada syarat-syarat dalam kontrak itu, bolehlah kita mengkaji sama ada cadangan untuk mengurangkan tol itu boleh dipertimbangkan atau tidak.

Waiau bagaimanapun, Tuan Yang di-Pertua, suka say a menerangkan bahawa kadar to! di negara kita ini memanglah satu kadar yang tidak tinggi jika dibandingkan bukan sahaja di negara­negara yang lain, bahkan juga jika dibandingkan dengan pendapatan dan kegunaan kenderaan di negara kita sendiri. Oleh sebab itu, sukalahjuga saya memberi penerangan sedikit bahawa rakyat di negara kita ini diharap memahami hakikat bahwa kemungkinan penswastaan jalan-jalan raya yang akan datang akan kita teruskan sebagai satu unsur polisi untuk kita mengadakan jalan-jalan yang lebih memuaskan pada rakyat di negara mt.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut Yang Berhormat Menteri tadi, pengguna­pengguna motosikal adalah dikecualikan daripada membayar tol. Adakah Yang Berhormat Menteri sedar bahawa mereka yang menggunakan motosikal sekarang ini tidak semestinya dari golongan yang berpendapatan rendah? Terdapat motosikal yang berharga RM50,000 ataupun RM60,000-lebih mahal daripada harga sebuah Proton Saga. J adi, adakah Kerajaan bercadang untuk mengenakan tol kepada motosikal yang melebihi 125 c.c. yang dimiliki oleh golongan yang berpendapatan tinggi?

Datuk Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, sekarang ini memanglah tidak ada peraturan untuk kita berbuat demikian. Waiau bagaimanapun, cadangan Yang Berhormat itu nampaknya ada mempunyai alasan yang baik dan kita akan mengkaji perkara ini dengan lebih mendalam lagi.

Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sampai bilakah Kerajaan berhasrat untuk memungut tol daripada pengguna-pengguna ataupun adakah ia

akan berakhir?

Datuk Leo 'Moggie anak lrok: Mengikut perjanjian di antara pihak syarikat yang mempunyai konsesi ini, memang mereka dianugerahkan untuk mempunyai hak untuk memungut tol sehingga ke tempoh concession itu tamat pada, kalau tidak silap saya, kira-kira antara 20 tahun atau lebih sedikit

LEBUHRAYA UTARA­SELATAN-KENAIKAN KADAR

TOL

7. Tuan Ibrahim bin Daud minta Menteri Kerja Raya menyatakan jumlah kutipan tol dari Lebuhraya Utara-Selatan sejak kadar tol dinaikkan Iima bulan pertama berbanding pada bulan yang sama pada kadar sebelumnya.

Datuk Leo Moggie anak Irok: Tuan Yang di-Pertua, maklumat mengenai jumlah kutipan tol bagi lima bulan pertama tahun 1993, dari semua bahagian Lebuhraya Utara-Selatan hanya dapat dikemukakan oleh pihak PLUS Berhad pada pertengahan bulan Jun tahun ini. Waiau bagaimanapun, mengikut rekod mereka yang ada, jumlah kutipan to! yang diperolehi daripada Lebuhraya Utara-Selatan sejak kadar tol dinaikkan bagi empat bulan pertama tahun 1993 ialah sebanyak RM78.2juta. Bagi tempoh yang sama, jumlah kutipan tol yang diperolehi daripada kadar tol sebelum­nya untuk tahun-tahun yang lepas ialah seperti berikut:

Tahun Jumlah Kutipan

1989 RM21.l juta 1990 RM27.1 juta 1991 RM34.9 juta 1992 RM43.3 juta

677 7 JUN 1993 678

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, perbandingan yang tepat tidak dapat dibuat ke atas basil kutipan to! bagi tempoh berkenaan untuk tahun 1993 dengan tahun-tahun sebelumnya oleh sebab beberapa seksyen lebuhraya barn dibuka kepada lalu-lintas secara berperingkat sejak tahun 1989.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut syarat-syarat surat perjanjian di antara pihak Kerajaan dan PLUS Berhad, bilakah kadar tol akan dinaikkan lagi dan berapakah peratusnya selain dari kenaikan yang Yang Berhormat ceritakan tadi?

Datuk Leo Moggie anak lrok: Tuan Yang di-Pertua, mengikut perjanjian di antara Kerajaan dengan pihak syarikat konsesi, kadar to! yang dikenakan sekarang akan terns dikenakan sehingga penghujung tahun 1995. Selepas itu, terpulanglah kepada pihak Kerajaan menimbangkan dengan pihak PLUS kedudukan to! pada masa itu.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, adakah Kerajaan menyemak perbelanjaan yang digunakan oleh PLUS untuk memper­baiki lebuhraya, kemudian melihat pendapatan yang dihasilkan oleh pungutan to! dan melihat keuntungan setiap tahun atau kerngiannya supaya apabila cukup banyak keuntungan, patut perjanjian itu diubah dan menyebabkan Kementerian boleh memberhentikan perkhidmatan PLUS dan memberikan rakyat kemudahan tol dengan percuma.

Datuk Leo Moggie anak lrok: Tuan Yang di-Pertua, pertamanya suka juga saya mengulangi pendirian saya sendiri dan juga pendirian Kerajaan bahawa polisi untuk mengenakan tol bagi pembinaan jalan ialah suatu polisi yang Kerajaan bercadang untuk mene­rnskannya.

Pernntukan kewangan di negara kita ini memang senantiasa terhad dan diperlukan juga untuk membangunkan pembangunan yang lain dan rakyat terns memahami hakikat mereka sendiri yang menggunakan kemudahan tersebut perlu juga memberi sumbangan untuk membiayai pembinaan lebuhraya tersebut. Memang menjadi suatu tugas dan suatu perkara biasa dilakukan oleh pihak Kerajaan untuk menentukan mana-mana syarikat di negara ini berjalan dengan baik dan efisyen dan begitu juga pula dengan syarikat yang mengurnskan pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan ini iaitu Syarikat PLUS. Memang menjadi tanggungjawab mereka dan kita mengharap mereka juga akan terus menaikkan efficiency mereka sendiri. Justern itu juga kita akan mengkaji dan membuat kelihatan bagaimana kos kegunaan mereka membina jalan dan bagaimanakah basil yang diperolehi oleh mereka.

Waiau bagaimanapun, tidak ada syarikat-syarikat yang akan terus mengadakan perniagaan sekiranya mereka tidak mendapat keuntungan yang difikirkan sesuai dan cukup untuk keperluan mereka juga. Tidaklah menjadi tujuan Kerajaan untuk menarik kemungkinan syarikat-syarikat negara ini yang mempunyai keuntungan terns bergerak dan terns memajukan diri mereka sendiri.

PROMOSI BAGI TAHUN MELA WAT MALAYSIA 1994

8. Tuan Haji Syed Abdul Hamid Sa gaff minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan apakah bentuk promosi di luar negara yang telah dan sedang dijalankan dan berapakah anggaranjumlah pelancong yang dijangka melawat negara kita sempena Tahun Melawat Malaysia 1994 ini.

Timbalan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan (Dato' Chan Kong Choy): Tuan Yang di-Pertua,

679 7 JUN 1993 680

berbagai bentuk promosi telah dan sedang dijalankan oleh Kementerian bagi menarik minat pelancong asing datang ke Malaysia. Di antara bentuk promosi yang telah dan sedang dijalan­kan termasuk:

(i) mengadakan kempen peng­iklanan melalui media cetak, elektronik dan pengiklanan luaran di negara-negara sasaran;

(ii) menganjurkan misi pelancongan di negara-negara tertentu dengan disertai bersama oleh sektor awam dan swasta di dalam industri pelancongan Malaysia;

(iii) mengambil bahagian di berbagai international tourism fairs dan lain-lain pameran berkaitan;

(iv) menganjurkan program peng­galakan pengguna seperti pesta makanan dan kebudayaan, radio talk show, promosi pengguna dan lain-lain;

( v) meraikan rombongan perfileman dan wartawan asing di negara ini untuk mendapatkan publisiti bagi Malaysia sebagai destinasi pelancongan; dan

(vi) mengendalikan taklimat mengenai Malaysia kepada kumpulan­kumpulan tertentu seperti ahli­ahli di pasaran-pasaran luar.

Tuan Yang di-Pertua, sempena Tahun Melawat Malaysia 1994, Kementerian ini menjangkakan bahawa seramai 7 juta pelancong akan mengunjungi Malaysia, iaitu mencapai kadar pertumbuhan sebanyak 10% berbanding dengan tahun 1993.

Puan Rosalind Yau Shuk Meng: Tuan Yang di-Pertua, soalan tam bah an. Saya minta Timbalan Menteri menerangkan apa-apa usaha mem­perkenalkan budaya, kesenian dan identiti Malaysia kepada pelancong melalui

persembahan hendaklah dilakukan dengan yang terbaik, bermutu dan berkesan terhadap daya tarikan pelancong ke negara kita? Pada masa lalu dan kini, ia dibuat secara tangkap muat atau secara ram bang bila perlu. Adakah Kerajaan bercadang mengadakan pusat-pusat khas dalam usaha menghasilkan persembahan-persembahan yang bermakna yang boleh dijadikan kajian dan apresiasi oleh pelancong terhadap mutu dan nilai seni, faktor sejarah dan keharmonian Malaysia sebagai negara berbilang kaum dan agama?

Tuan Yang di-Pertua: Soalan itu panjang, Yang Berhormat!

Dato' Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, di dalam misi pelancongan yang dihantarkan ke luar negeri untuk menjalankan usaha penggalakan pelancongan, kita memang ada menghantarkan kumpulan kebudayaan dari Pusat Kebudayaan Negara untuk menganjurkan dan menunjukkan berbagai-bagai jenis kebudayaan yang unik di Malaysia ini kepada negara­negara lain.

Selain daripada itu, MA TIC ataupun Malaysian Tourism Information Centre memang ada juga menganjurkan pertunjukan kebudayaan kepada pelancong-pelancong asing setiap hari pada pukul 3.00 petang. Jadi, saya dengan segala sukacitanya menjemput Yang Berhormat untuk menyertai program yang diaturkan oleh Kementerian saya.

Tuan V.K. Sellappan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Berapa peratuskah kekurangan pelancong akibat daripada syarat-syarat baru untuk mendapatkan visa bagi pelancong­pelancong dari Pakistan, Bangladesh dan India? Apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk mengatasinya?

681 7 JUN 1993 682

Dato' Chan Kong Choy: Tuan Yang di-Pertua, sejak Kerajaan mengetatkan syarat-syarat baru untuk mendapatkan visa bagi pelancong-pelancong dari Pakistan. Bangladesh dan India mulai pada I hb Januari tahun ini, ketibaan pelancong ke Semenanjung Malaysia dari pasaran tersebut didapati menurun sebanyak 72.4% bagi Pakistan; 49.9% bagi Bangladesh; dan 77.9% bagi India bagi tempoh Januari sampai Februari tahun ini juga kalau dibandingkan dengan Januari/Februari 1992.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat yang berkenaan, baru-baru ini Kerajaan telahpun mengambil tindakan untuk melonggarkan peraturan­peraturan berkaitan dengan mengeluar­kan visa bagi negara-negara tersebut. Syarat wang cagaran sebanyak RM750 telahpun dimansuhkan. Untuk meng­gantikan wang cagaran, penaja tempatan adalah diperlukan dan dikehendaki membuat apa yang dinamakan sebagai jaminan diri ataupun personal bond dengan bayaran sebanyak RMIO sahaja. Waiau bagaimanapun, negara-negara Pakistan dan Bangladesh selama ini tidak merupakan pasaran utama bagi industri pelancongan di Malaysia.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Mengikut penjelasan Yang Berhormat Timbalan Menteri tadi, filem-filem atau pengiklanan-pengiklanan adalah digunakan sebagai satu bentuk promosi di luar negeri. Say a hendak bertanya Yang Berhormat Timbalan Menteri, adakah filem-filem ini atau pengiklanan­pengiklanan m1 ditapis oleh Kementerian atau dilihat oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri sendiri untuk menjaminkan bahawa gambar­gambar dalam iklan atau filem-filem ini tidak menggambarkan Malaysia menggunakan gadis atau perempuan yang cantik yang Jucah untuk menarik pelancong masuk ke negeri kita? (Ketawa)

Dato' Chan Kong Choy: Pihak Kerajaan memang tidak pernah sekali pun berniat untuk menggunakan gadis ataupun perkara-perkara yang ada kaitan dengan seks untuk menjadi day a penarikan pelancong ke Malaysia.

PERUNDINGAN EKONOMI ASIA TIMUR (EAEC)-KEY AKINAN

NEGARA BARAT

9. Tuan Haji Zainal bin Md. Deros minta Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri menyatakan sama ada kempen untuk meyakinkan negara­negara maju seperti USA supaya EAEC (perundingan Ekonomi Asia Timur) tajaan Ke raj aan Malaysia boleh menj adi kenyataan dan jika EAEC diterima oleh negara-negara maju, nyatakan faedah­faedah yang akan diperolehi oleh Malaysia.

Menteri Perdagangan Antara­bangsa dan Industri (Dato' Seri Rafidah Aziz): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin memaklumkan bahawa kempen untuk meyakinkan Amerika Syarikat mengenai EAEC nyata telah mencapai kemajuan di mana telah terdapat perubahan pendirian negara itu terhadap EAEC. Jika pentadbiran Jama di bawah Presiden Bush dahulu telah menentang cadangan EAEC dengan alasan bahawa ianya akan membelah-bahagikan kawasan Pasifik, pihak pentadbiran di bawah Presiden Clinton telah me­nyatakan baru-baru ini bahawa adalah terserah kepada ASEAN dan negara­negara lain di Asia Timur untuk membincangkan cadangan EAEC itu. Dengan perubahan ini, adalah dijangka bahawa perbincangan dalaman ASEAN untuk menentukan pendekatan dan modaliti EAEC dapat menumpukan perhatian sepenuhnya terhadap cara­cara bagi melaksanakannya.

Tuan Yang di-Pertua, seperti yang pernah dijelaskan di Dewan yang mulia

683 7 JUN 1993 684

ini, EAEC adalah satu forum per­bincangan di kalangan negara-negara Asia Timur bagi menyumbang ke arah pengukuhan sistem perdagangan bebas di samping memelihara kepentingan perdagangan dan ekonomi rantau Asia Timur dalam penggubalan dasar, peraturan-peraturan dan disiplin pelbagai bagai hala di GATT. EAEC juga akan menumpukan perhatian kepada usaha Iiberalisasi ekonomi dan perdagangan di Asia Timur bagi mempertingkatkan hubungan ekonomi di kalangan negara­negara anggota melalui pembukaan pasaran.

Nyatalah bahawa tumpuan EAEC kepada sistem perdagangan bebas dan pembukaan pasaran akan mendatangkan faedah termasuk peningkatan eksport barangan pembuatan negara, kemasukan pelaburan daripada Asia Timur dan juga teknologi yang berkaitan dengannya serta pengiktirafan peranan negara dalam mengukuhkan sistem perdagangan bebas.

Tuan Fu Ah Kiow: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah pendirian negara Jepun dan Blok EC terhadap EAEC? Soalan tambahan kedua, adakah negara ASEAN berhasrat untuk menentukan satu tempoh masa men­jadikan EAEC satu kenyataan?

Dato' Seri Rafidah Aziz: Tuan Yang di-Pertua, pihak Jepun telah menyatakan bahawa mereka akan membuat apa-apa pandangan atau keputusan setelah ASEAN sendiri menyatakan pendirian tentang bagaimana haluan EAEC ini akan berlangsung.

Mengenai EEC pula, pada prinsipnya mereka menyatakan mereka tidak ada halangan terhadap apa yang dilakukan oleh negara-negara Asia Timur dan say a yakin pandangan ini masih lagi berterusan.

Mengenai tempoh masa, sebenarnya kita tidak ada meletakkan apa-apa tempoh

,. masa kerana kita percaya dan faham bahawa EAEC ini adalah suatu evolusi masa. Tetapi buat masa ini kita sedang menjalankan kempen untuk menerang­kan EAEC di kalangan berbagai strata

masyarakat antarabangsa terutamanya masyarakat di kalangan Asia Timur sendiri seperti di kalangan media massa, di kalangan sektor swasta, akademia dan mana-manajuga pihak yang faham akan faedah-faedah yang boleh diperolehi daripada EAEC. Saya percaya apabila ini difahami dengan tepat, maka sokongan terhadap EAEC akan di­perolehi dan dengan itu akan timbul secara sendirinya kemungkinan untuk mengadakan mesyuarat-mesyuarat lebih rasmi di kalangan mereka yang mem­buat keputusan dan dasar di kalangan negara-negara EAEC.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Kempen yang dibuat untuk meyakinkan negara-negara maju seperti USA ini seolah-olah kita memerlukan kebenaran daripada negara-negara Barat ini untuk kita mengadakan EAEC. Soalan saya ialah apakah kita perlu mendapat kebenaran daripada mereka? Kedua, kalau jawapannya "tidak'', apakah tidak boleh kita mewujudkan EAEC ini dengan negara-negara yang menyokong penubuhannya? Kita wujudkan <lulu dan kemudian kita buat kerja sama ada hendak meyakinkan ahli-ahli lain untuk masuk.

Dato' Seri Rafidah Aziz: Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, tidak perlu kita minta izin dan kebenaran mana-mana pihak di luar daripada lingkungan Asia Timur untuk mengadakan apa-apa forum yang melibatkan negara-negara Asia Timur. Apa yang berlaku seperti Yang Berhormat sedia maklum bahawa di masa yang lepas ini, Kerajaan dan Pentadbiran Amerika Syarikat yang sebelum ini telah menentang idea ini dengan berbagai-bagai alasan. Jadi apa yang kita lakukan ialah menjelaskan apa yang patut dijelaskan dan kita tahu

685 7 JUN 1993 686

apabila negara besar seperti Amerika menentang maka tentangan ini di­salurkan juga kepada negara-negara di Asia Timur yang dengan itu menunjukkan pula segan silu mereka dengan pendirian menyokong EAEC, kerana hubungan perdagangan dan hubungan politik dan sebagainya. Jadi, dengan itu kalau negara-negara Asia Timur sendiri memikirkan EAEC adalah satu forum yang hams diwujudkan maka saya rasa tidak siapa yang boleh menghalang. Jadi itulah yang kita buat sekarang, merumuskan modaliti dan cara bagai­mana forum EAEC ini boleh di­evolusikan. Dengan adanya mesyuarat­mesyuarat di kalangan berbagai pihak EAEC, ini menunjukkan kita sudahpun menghala kepada mengadakan perbincangan di kalangan negara Asia Timur.

PERJUMPAAN TIMBALAN PERDANA MENTERI DENGAN

MENTERI BESAR KELANTAN-TUJUAN DAN

HAS IL

10. Tuan Saad bin Haji Man minta Perdana Menteri memberi maklumat apakah tujuan dan basil yang diperolehi dari pertemuan di antara Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan Menteri Besar Kelantan baru­baru ini.

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, atas permohonan Menteri Besar Kelantan, Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri telah berjumpa dengan Menteri Besar itu pada 27 April 1993 di Pejabat Tim­balan Perdana Menteri. Perkara-perkara yang telah ditimbulkan di dalam perjumpaan itu adalah seperti berikut:

(i) Menteri Besar telah me­ngucapkan terima kasih dan bersyukur kerana tidak ada perkara-perkara yang tidak di­ingini telah berlaku semasa

Perhimpunan Rakyat yang diadakan di Kota Bharu, Kelantan pada 10 April 1993;

(ii) Permohonan pinjaman Kerajaan Persekutuan daripada Per­badangan Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan untuk mem­biayai beberapa projek-projek pembangunan; dan

(iii) Pemberian secara langsung Kerajaan Persekutuan kepada Majlis Agama Islam Kelantan.

Perkara-perkara yang dibangkitkan oleh Menteri Besar seperti di (ii) dan (iii) adalah dalam pertimbangan Kerajaan.

Tuan Saad bin Haji Man: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Soalan tambahan kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen. Apakah benar kenyataan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan bahawa Kerajaan Pusat tidak meluluskan pinjaman sebanyak RM 17 juta kepada SEDC Kelantan adalah kerana sebagai tindak-balas Kerajaan Persekutuan, Kerajaan barisan Nasional setelah kalah dalam pilihanraya yang lalu. Dan saya hendak minta petua sedikit daripada Yang Berhormat, siapa yang lebih berdosa, siapa yang lebih zalim antara orang yang tidak lulus pinjaman kepada orang yang tidak mampu hendak bayar balik pinjaman dengan orang yang tidak mampu hendak bayar balik pinjaman tetapi hendak buat juga pinjaman, bila orang tidak beri, dia hendak marah.

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar Kerajaan Persekutuan tidak meluluskan pinjaman itu kerana membalas dendam. Sebenarnya, peruntukan itu tidaklah termasuk dalam Rancangan Malaysia Keenam, maka ia tidak diluluskan. Tetapi Menteri Besar Kelantan boleh membuat apa-apa pendirian. Pada pandangan saya beliau harus memberitahu rakyat Kelantan bahawa Kerajaan PAS tidak

---·-----· ---------------------

687 7 JUN 1993 688

,.

..

mampu mentadbir Negeri Kelantan tanpa bantuan dari Kerajaan Barisan Nasional atau Kerajaan Pusat.

Mengenai siapa yang zalim, itu terpulang kepada pihak yang berkenaan untuk membuat fatwa.

Puan Hajah Zaleha binti Hussin: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Apakah dalam perbincangan Yang Amat Berhormat Timbalan Perdana Menteri dengan Yang Amat Berhormat Menteri Besar Kelantan itu, tidak adakah perbincangan mengenai Program Induk Pembangunan Islam di negeri Kelantan tersebut seperti yang dijanjikan dalam pilihanraya yang lalu?

Tuan Douglas Uggah Embas: PAS membuat banyak perjanjian dalam pilihanraya yang lalu tetapi mungkin menghadapi masalah untuk me­laksanakan program cadangan mereka itu.

SEMPADAN MALAYSIA/ THAILAND-KAW ALAN KET AT

PINTUMASUK

11. Puan Hajah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan langkah-langkah keselamatan yang diambil oleh pihak Kerajaan di pintu-pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand sebagai langkah mengurangkan penyeludupan khususnya penyeludupan senjata api dari China yang dilaporkan baru-baru ini.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pihak Kerajaan telah mengambil langkah-langkah kawalan ketat di pintu masuk sempadan Malaysia­Thailand bagi mencegah penyeludupan dengan menempatkan anggota-anggota keselamatan di kawasan-kawasan sempadan seperti berikut:

(a) Melalui Operasi Aturan 10, Pasukan Polis Hutan telah

ditempatkan di sepanjang sempadan dari Padang Besar ke Bukit Kayu Hitam;

( b) Operasi Pagar Tiga dari Pengkalan Ulu ke Bukit Gobeh;

( c) Operasi Te bas dari Kuala Jam bu ke Lubuk Setul.

Di samping iiu, Unit Pencegahan Penyeludupan (UPP) di bawah Majlis Keselamatan Negara juga turut mengawasi beberapa kawasan di sepanjang sempadan Malaysia-Thailand. Selain daripada tindakan-tindakan yang disebutkan tadi maklumat-maklumat dari orang ramai juga digunakan untuk melancarkan tindakan-tirrdakan terhadap penye­ludupan-penyeludupan.

Tuan Johan B.O.T. Ghani @

Christopher: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Negeri Sabah selalu diganggu ataupun diceroboh oleh lanun-lanun dan perompak-perompak yang mana pada masa dulunya lanun dan perompak ini merompak nelayan-nelayan kita sehingga nelayan tidak berani keluar ke laut. Pada hari ini lanun bukan lagi merompak di laut tetapi lanun sudah merompak di darat, membunuh, merogol dan macam-macam. Oleh sebab itu apakah langkah-langkah Kementerian Dalam Negeri dalam soal ini? Sejauh manakah perkara-perkara ini dapat diatasi setakat ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, soalan asal adalah mengenai langkah-langkah keselamatan yang diambil di pintu masuk sempadan Malaysia-Thailand. Oleh sebab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Yang Berhormat mengenai Sabah dan lanun­lanun itu adalah satu subjek yang penting, jadi saya cadangkan Yang Berhormat kemukakan satu soalan yang berasingan pada masa depan supaya diperuntukan masa yang cukup untuk saya terangkan.

689 7 JUN 1993 690

Tuan Yang di-Pertua: Betul.

Tuan Ho Cheng Wang: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Saya rasa penyeludupan senjata api bukan satu perkara yang baru. Saya tidak tahu adakah Yang Berhormat Setiausaha Parlimen bersetuju dengan saya bahawa operasi­operasi atau langkah-langkah yang Yang Berhormat ceritakan tadi tidak berkesan. Jikalau berkesan, mengapa negara kita masih mendapat senjata api yang banyak seperti hari ini?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, adalah tidak benar menyatakan bahawa langkah-langkah yang say a telah terangkan tadi tidak berkesan. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, melalui langkah-langkah yang saya telah terangkan, pihak penguatkuasa ataupun agensi-agensi keselamatan telah berjaya merampas sebanyak 301 senjata api yang diseludup sepanjang tahun 1991-1993 melalui langkah-langkah yang saya sebutkan itu. Kalau sekiranya tidak ada tindakan-tindakan tersebut ataupun tindakan-tindakan itu dikatakan tidak berkesan, say a rasa pada hari ini Malaysia akan dibanjiri oleh pistol ataupun senjata api. Dan saya rasa penyeludupan­penyeludupan ini mungkin sudah dapat menjalankan sesuatu kegiatan dengan lebih berleluasa jika tidak adanya tindakan-tindakan seumpama ini. Maka saya ingin tegaskan sekali lagi langkah­langkah yang diambil adalah berkesan.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Langkah mengurangkan penyeludupan khusus berkenaan dengan senjata api ini, saya rasa boleh berkesan. Kita tidak berapa takut senjata api, tetapi ada satu lagi penyeludupan, iaitu wanita yang cantik daripada Thailand ( Ketawa) yang boleh membunuh rakyat Malaysia, termasuk kita semua akan dibunuh kalau kita rapat dengan wanita cantik itu. Jadi, adakah tindakan mengurangkan penyeludupan masuk wanita cantik ini

memberi kesan kepada Kerajaan? Adakah kesannya kurang atau banyak lagi? (Ketawa)

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, penyeludupan senjataapi lebih susah dikesan kalau kita bandingkan dengan penyeludupan wanita cantik. Sebab senjata api boleh simpan di mana­mana tempat atau di mana-mana bahagian, ( Ketawa) tetapi wanita itu boleh nampak. Jadi, salah satu tindakan yang Kerajaan sedang buat ialah kita sedang dalam proses dan telahpun mengambil tindakan untuk membina pagar, membina tembok di sepanjang sempadan supaya mereka yang cuba hendak masuk tanpa izin itu tidak akan berjaya. Di bawah Rancangan Malaysia Keenam, Kerajaan berikan peruntukan lagi-RM50 juta-untuk buat lagi banyak tembok itu. Jadi, gadis ini tidak kira cantik atau tidak cantik dan kalau tanpa izin, tidak boleh masuklah. (Ketawa)

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Penyeludup ini boleh didakwa, pertamanya didakwa di Mahkamah kerana menyeludup, yang mungkin hukuman yang ringan. Atau keduanya, didakwa di bawah Unlawful Possession of Firearms, atau membawa senjata api yang akan membawa kepada hukuman gantung. Jadi, saya ingin bertanya kepada pihak Kementerian apakah Kerajaan akan mendakwa mereka di bawah "Unlawful Possession of Firearms", dengan izin?

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, ini terpulangkepada kesalahan yang dilakukan sama ada kesalahan yang dilakukan itu adalah satu kesalahan yang dirancang dan disengajakan ataupun dia punya gravity itu terlalu berat. Kalau sekiranya seseorang pesalah yang ditangkap itu, setengah itu secara tidak sengaja terjumpa senjata api ataupun seseorang itu dipergunakan sebagai alat

..

691 7 JUN 1993 692

tanpa dia sedar. Kalau sekiranya dia didakwa di bawah "Possession of Firearms", hukuman yang akan dijatuhkan ialah hukuman mati, maka susahlah dan terlalu beratlah un tuk seseorang itu. Jadi, ini terpulang kepada kebijaksanaan pihak Pendakwa.

KEMUDAHAN ASAS UNTUK ORANGASLI

12. Tuan Itam Wali bin Nawan minta Menteri Pembangunan Luar Bandar menyatakan masih banyak kawasan­kawasan Orang Asli masih belum mendapat kemudahan asas yang cukup termasukjalan raya, bekalan elektrik, air dan sebagainya:

(a) adakah keadaan ini dalam pengetahuan pihak Kementerian; dan

(b) apakah usaha-usaha yang telah dijalankan oleh Kementerian untuk memasukkan kemudahan­kemudahan asas tersebut ke kawasan-kawasan Orang Asli.

Setiausaha Parlimen Kementerian Pembangunan Loar Bandar (Dato Mohamed bin Jamrah): Tuan Yang di-Pertua, segala persoalan berkenaan dengan Orang Asli adalah di bawah jagaan Kementerian Pembangunan Luar Bandar. Jadi, saya kira jawapan kepada soalan ini adalah akan dijawab oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar.

Tuan Yang di-Pertua,

(a) Untukmakluman YangBerhormat, Kerajaan sentiasa peka terhadap taraf hidup semua rakyat termasuk masyarakat Orang Asli. Justeru itu, Kerajaan telah melaksanakan pelbagai program pembangunan bagi memper­tingkatkan kualiti hidup masyarakat Orang Asli termasuk

membekalkan kemudahan­kemudahan infrastruktur seperti jalan raya, elektrik dan air.

(b) Sehubungan dengan itu. bagi kawasan-kawasan Orang Asli yang belum mendapat kemudahan asas yang cukup, Kerajaan akan terus berusaha untuk membawa pem­bangunan ke kawasan berkenaan. Sehinggahari ini, darijumlah 688 buah kampung Orang Asli yang ada pada masa ini, 652 buah kampung telahpun dibekalkan dengan kemudahan jalan raya, 491 buah kampung telah dibekalkan dengan bekalan elektrik sama ada dari TNB ataupun penggunaan generator, dan 232 buah kampung telah dibekalkan dengan air paip.

Tuan Itam Wali bin Nawan: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Yang Berhormat Dato Setiausaha Parlimen tadi telah ceritakan beberapa ratus buah kampung Orang Asli yang telah dibekalkan dengan jalan raya, elektrik dan lain-lain kemudahan. Pertanyaan say a, bolehkah Dato Setiausaha Parlimen menamakan kampung-kampung yang telah dibekalkan dan sepanjang penglibatan saya, banyak lagi kampung yang tidak dibekalkan?

Dato' Mohamed bin Jamrah: Tuan Yang di-Pertua, kerana terlalu banyak sangat kampung, kalau Yang Berhormat berminat, kita boleh beri secara bertulis.

Tuan Yang di-Pertua: Ya, secara bertulis.

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Tuan Yang di-Pertua, soalan tambahan. Sa ya ingin tahu apakah Orang-orang Asli ini mengambil bahagian sebagai pengundi apakala menjelangnya pilihanraya? Yang kedua, ingin saya nyatakan kerana perkampungan Orang Asli di daerah say a, apabila ada pilihanraya, mereka ini tidak mengambil bahagian dalam pengundian.

---- -- ------

693 7 JUN 1993 694

Dato Mohamed bin Jamrah: Kedua­dua soalan ini bukan berkaitan dengan soalan asal iaitu berkenaan bekalan infrastruktur ke kampung Orang Asli. Jadi, bagaimanapun, kalau Yang Berhormat bertanya berkenaan dengan sama ada mereka mengundi ataupun tidak, sebagai rakyat Malaysia, kalau sekiranya mereka mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihanraya, mereka berhak mengundi. Tetapi kalau mereka tidak mengundi, Yang Berhormat boleh tolong meminta mereka supaya pergi mengundi.

KEMATIAN PESAKIT AKIBAT KECUAIAN DOKTOR

13. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Kesihatan menyatakan:

(a) bilangan pesakit yang mati oleh kerana kecuaian doktor di hospital dan beri sebabnya; dan

(b) bagaimana caranya bagi keluarga mangsa untuk mendapat pampasan yang berpatutan. Adakah Kementerian bercadang membeli insurans supaya kepentingan hospital dapat dijaga.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kesihatan (Dato' K. Kumaran): Tuan Yang di-Pertua,

(a) Jumlah kes kecuaian yang terbukti berlaku di hospital-hospital Kerajaan yang melibatkan kematian dan hilang keupayaan kekal bagi tempoh 5 tahun, iaitu 1988-1992 ialah 21 kes. Kementerian ini tiada maklumat terperinci mengenai kes-kes berkenaan di hospital/pusat rawatan swasta kerana kes-kes sebegini diselesaikan sama ada di mahkamah ataupun melalui perundingan antara pesaki t/ pewarisnya dengan hospital/pusat rawatan swasta yang berkenaan tan pa merujuk kepada Kementerian ini.

B entuk-bentuk kecuaian bagi kes­kes tersebut termasuk kelalaian kakitangan semasa mengendalikan rawatan, kakitangan tidak mengikut prosedur yang telah ditetapkan bagi menjaga keselamatan pesakit, kelemahan dalam pengurusan rawatan.

( b) Mengenai cara menuntut pampasan oleh keluarga/pewaris mangsa, mereka bolehlah mengemukakan tuntutan ke Kementerian ini untuk pertimbangan dan sekiranya tidak berpuasa hati, mereka bolehlah mengemukakan kes ini ke mahkamah.

Kementerian rn1 tidak bercadang membeli insurans untuk melindungi kepentingan hospital. Pihak Kerajaan akan menanggung liabiliti kecuaian pegawai­pegawainya. Jika terbukti pegawai berkenaan melakukan kecuaian, mereka akan dikenakan tindakan tatatertib mengikut peraturan yang sedia ada dan Kerajaan boleh menuntut pegawai berkenaan membayar balik semua atau sebahagian daripada pampasan yang dibayar kepada mangsa/ pewarisnya.

PELAJAR BUMIPUTERA TIDAK CENDERUNG BELAJAR­

LAPORAN PEMANGKU PENGARAH PENDIDIKAN

NEGERI SELANGOR

14. Tuan Saidin bin Mohamad minta Menteri Pendidikan menyatakan adakah Kerajaan mengambil perhatian serius di atas kenyataan yang dipaparkan melalui akhbar-akhbar oleh Pemangku Pengarah Pendidikan Negeri Selangor mengenai 96% pelajar bumiputera tidak bersemangat untuk belajar khasnya dalam negeri Selangor dan saya mendapat maklumat beberapa buah negeri lain juga terdapat keadaan demikian.

..

695 7 JUN 1993 696

9-6-93.

28. Datin Rajah Wan Intan binti Rajah Wan Ahmad Tajuddin minta Menteri Pendidikan menyatakan sama ada benar sebagaimana yang dinyatakan dalam satu laporan baru-baru ini, ramai anak- · anak Melayu tidak cenderung hendak belajar. Jika benar, nyatakan:

(a) langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasi masalah ini;

(b) sama ada guru-guru akan diberi kursus-kursus khas untuk menjalin keberkesanan mereka dalam bilik darjah; dan

(c) sama ada kekerapan menukar Kurikulum Pendidikan juga membawa kepada kehilangan minat di kalangan pelajar; dan

(d) sama ada segelintir guru-guru sudah tidak minat untuk mengajar.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, dengan izin, oleh kerana terdapat dua soalan berhubungkait dan mempunyai maksud yang sama, iaitu soalan Yang Berhormat Tuan Saidin bin Mohamad pada hari ini dan juga soalan daripada Yang Berhormat Datin Hajah Wan lntan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin pada 9hb Jun, 1993, saya mohon agar kedua­dua soalan ini dijawab secara serentak.

Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya kajian yang menyentuh kadarpelajar bumiputera yang dikatakan 96% daripadanya tidak bersemangat untuk belajar merupakan satu tinjauan kasar yang dibuat di negeri Selangor. N amun demikian, Kementerian Pendidikan memang memandang serius terhadap laporan ini dan sedang menjalankan kajian selanjutnya.

Datin Rajah Wan Intan binti Raji Wan Ahmad Tajuddin: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin bertanya mengapa

dan apakah sebabnya, apa sudah jadi 96% pelajar-pelajar khasnya bumiputera yang di dalam negeri Selangor sudah tidak berminat untuk belajar lagi. Bukankah guru-guru yang mcngajar itu begitu pandai, bijak, cerdik dan pengalaman yang begitu mendalam, kenapa anak-anak murid khasnya bumiputera yang begitu lemah sekali?

Yang kedua, adakah sebab bertukar­tukar cara pelajaran yang membuat anak­anak sekolah sudah jemu ataupun ada perkara-perkara yang lain? Pada saya, saya menganggap perkara ini bukan lagi serius, kalau seorang pesakit seperti sudah tenat rasa saya. Kita patut mengambil tindakan sebegitu cergas sekali. Kalau tidak, menganiaya sahaja anak-anak kita yang tidak mahu bersekolah. Ini memang benar, yang saya dapat ketahui bahkan bukan di negeri Selangor sahaja, mungkin di negeri-negeri yang lain.

Tuan Ong Ka Ting: Tuan Yang di-Pertua, seperti yang telah saya sebutkan tadi iaitu Kementerian Pendidikan sedang dalam proses mengkaji dengan selanjut­nya. Jadi, apakah sudah jadi, sama ada ini adalah faktor guru atau cara-cara pembelajaran dan sebagainya, saya rasa tunggulah kajian di mana apabila disempurnakan dapat tahulah kita apa sebabnya dan tindakan selanjut yang akan diambil dari situ.

Tuan Yang di-Pertua: Datin Hajah Wan lntan.

Datin Rajah Wan In tan binti Raji Wan Ahmad Tajuddin: Tuan Yang di-Pertua, maksud saya kalau datipada guru-soalan tambahan ......... .

Tuan Yang di-Pertua: Ini soalan asal.

Datin Rajah Wan In tan bin ti Raji Wan Ahmad Tajuddin: Soalan saya nombor 15.

697 7 JUN 1993 698

JURURA WAT PELATIH­TAMBAHAN BILANGAN

15. Datin Hajah Wan Intan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin minta Menteri Kesihatan menyatakan sama ada Kerajaan bercadang hendak memperbanyakkan bilangan peserta kursus jururawat di pusat­pusat latihanjururawat di seluruh negara memandangkan bahawa pada masa ini bilangan jururawat terlatih yang ada di hospital-hospital di negara ini tidak mencukupi hinggakan Kerajaan terpaksa mengambiljururawat negara-negara asing untuk berkhidmat di sini.

Dato' K. Kumaran: Tuan Yang di-Pertua, Kementerian Kesihatan Malaysia telah dan sedang mengambil langkah-langlah yang perlu bagi menambah bilangan pengambilan jururawat pelatih di semua sekolah-sekolah latihan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Ini dilakukan dengan cara membuka sekolah-sekolah latihan baru, menaik taraf Sekolah Latihan Penolong Jururawat kepada Sekolah Latihan Jururawat serta memperbaiki kemudahan­kemudahan di sekolah-sekolah yang sedia ada.

Untuk makluman Ahli Yang Ber­hormat, pengambilan jururawat pelatih telah bertambah dari 7 50 orang pada tahun 1990 kepada 1,309 orang pada tahun 1992. Pada tahun 1993, dijangkakan seramai 140,000 orang akan dilatih oleh pihak Kementerian.

TANAHSAWAH TERBIAR-PEMULIHAN

16. Puan Rosalind Yau Shuk Meng minta Menteri Pertanian menyatakan mengenai jumlah keluasan tanah terbiar yang masih terdapat di luar bandar dan apakah rancangan Kerajaan untuk membantu menguruskan tanah terbiar ini bagi menambah pengeluaran pertanian negara.

Timbalan Menteri Pertanian (Dato' S. Subramaniam): Tuan Yangdi-Pertua,

untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tanah sawah terbiar, data terakhir pada tahun 1986 menunjukkan bahawa keluasannya adalah dianggarkan sebanyak 91,000 hektar. Kementerian Pertanian sehingga kini telah memulihkan tanah sawah terbiar sejumlah lebih kurang 30,000 hektar.

Se lain dari itu, daripadajumlah 565, 140 hektar tanah terbiar bagi seluruh negara, FELCRA sehinggakini tel ah memajukan seluas 93,084 hektar. Dalam usaha menggalakkan petani mengusaha semula tanah sawah terbiar tersebut dan menambah pengeluaran pertanian negara, Kerajaan menyediakan program bantuan asas dari segi penyediaan dan pemulihan infrastruktur khususnya pengairan dan saliran di kawasanjelapang padi. Kerajaan juga menggalakkan penubuhan mini estet padi yang dikendalikan oleh Pertubuhan Peladang Kawasan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, pengusahaan sawah melalui mini estet padi melibatkan pengurusan secara pusat di mana pegawai-pegawai yang terlibat adalah juga dipinjamkan dari agensi-agensi kerajaan seperti Lembaga Pertubuhan Peladang. Melalui mini estet padijuga, pengusahaan sawah dilakukan secara saintifik dan moden seperti penggunaan baja yang betul, racun­racun serangga dan jentera untuk merata tanah dan menuai.

Tuan Yang di-Pertua: Masa sudah cukup.

(Masa untuk Pertanyaan bagi Jawab Mulut telah cukup dan Jawapan bagi Pertanyaan No. 17 hingga 50 adalah diberi di bawah ini).

T AHUN MELA WAT MALAYSIA­PROGRAM KEBUDAYAAN DI

LABUAN

17. Tuan Isli bin Haji Siput minta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan pelancongan menyatakan adakah

&

699 7 JUN 1993 700

Kementerian sedar bahawa Wilayah Persekutuan Labuan telah tidak tersenarai dalam kalendar Tahun Melawat Malaysia pada tahun I 992. Jika sedar apakah program yang akan diatur agar Wilayah Persekutuan Labuan dapat mengambil bahagian dalam Tahun Melawat Malaysia pada 1994.

Dato' Chan Kong Choy: Adalah dimaklumkan program Tahun Melawat Malaysia tidak ada pada tahun 1992. Bagi Tahun Melawat Malaysia 1994 satu acara yang dimasukkan ialah Pesta Labuan.

PENDATANG HARAM DITAHAN SEMENTARA-JUMLAH

18. Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad minta Menteri Dalam Negeri menyatakan:

(a) berapa ramaikah pendatang haram yang masih berada di negara ini dalam tahanan sementara;

(b) bilakah mereka akan dihantar pulang ke negara asal; dan

(c) dari negara-negara manakah mereka ini.

Tuan Ong Ka Ting:

(a) Sehingga 1 Jun 1993 terdapat seramai 4,526 orang tahanan imigresen di depot-depot imigresen.

( b) U rusan menghantar mereka pulang ke negara asal dibuat dari masa ke semasa bergantung kepada perkara-perkara berikut:

(i) Mereka mempunyai dokumen perjalanan. Jika tidak, Kedutaan mereka akan dihubungi melalui Wisma Putra untuk mendapat­kannya.

(ii) merekamempunyai tambang yang mencukupi.

(iii) Mereka yang ingin pulang secara sukarela yang mempunyai wang tambang akan dibantu walaupun tidak mcmpunyai

perjalanan. doku1nen

( c) Tahanan imigresen yang berada di depot imigresen sekarang datang dari negara Bangladesh, India, Indonesia, Myanmar, Nepal, Sri Lanka, Pakistan, Thailand, Filipina, Ghana, Kampuchea dan Iran.

WARUNG MAKANAN­PEMERIKSAAN KESIHA TAN

19. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Menteri Kesihatan menyatakan adakah pihak Kementerian Kesihatan telah membuat pemeriksaan rapi ke atas makanan dan minuman yang dijual di kereta-kereta sorong dan pondok-pondok kecil di merata-rata tempat di Negeri Kelantan.

Dato' K. Kumaran: Pemeriksaan ke atas makanan dan minuman yang dijual di kereta-kereta sorong dan pondok­pondok kecil sentiasa dilakukan oleh Kementerian Kesihatan melalui Unit Kawalan Mutu Makanan, Jabatan Perubatan dan Kesihatan Kelantan mengikut bidangkuasa yang diper­untukkan dalam Akta Makanan I 983 dan Peraturan Makanan I 985.

Ianya melibatkan pengambil contoh­contoh makanan dan minuman yang dijual untuk dianalisa di makmal bagi mengetahui status kebersihan dari aspek mikrobiologi terutamakandungan bakteria yang boleh menyebabkan kesan penyakit.

Pada tahun 1992 sebanyak 1,4 7 4 contoh makanan dan minuman telah diambil untuk analisa mikrobiologi, sebahagian besarnya dari penjaja kereta sorong dan pondok kecil. Dari jumlah tersebut, didapati 313

701 7 JUN 1993 702

contoh atau 21 % didapati tidak memuaskan dari segi standard mikrobiologi mengikut Peraturan Makanan 1985. Penjaja yang terlibat diberi nasihat pendidikan kesihatan serta amaran. Mereka juga dilarang berjaja di tempat yang tidak bersih dengan kerjasama pihak berkuasa tempatan.

KERETA NASIONAL KEDUA­DASAR PENGEDARAN

20. Puan Hjh. Rahaiah binti Baheran minta Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri menjelaskan perkembangan industri kereta nasional kedua dan polisi Kerajaan terhadap pengedaran kereta terse but.

Dato' Seri Rafldah Aziz: Pelaksanaan projek Kereta Nasional Kedua adalah berjalan mengikut jadual. Perjanjian Usahasamadi antara syarikatSemula Sdn. Bhd. dengan Daihatsu Motor Corporation, pengeluar kereta di Jepun telah ditandatangani. Manakala Perjanjian Bantuan Teknik sedang dalam perbincangan di antara kedua-dua syarikat berkenaan.

Sementara itu, kilang projek Kereta Nasional Kedua ini sedang dalam pembinaan di Serendah, Selangor. Kerja­kerja merata tanah tapak kilang projek telah siap dilaksanakan pad a pertengahan April, 1993. Manakala, kerja-kerja membina kilang adalah di peringkat pemasangan atap. Pembinaan kilang dijangka siap pada bulan Ogos 1993. Pemasangan mesin adalah dijangka siap dalam bulan September, 1993. Projek Kereta Nasional Kedua ini adalah dij angka akan memulakan pengeluaran pada bulan Jun atau Julai, 1994 dan berada dalam pasaran pada bulan ·September atau Oktober tahun yang sama.

Tuan Yang di-Pertua: Kerajaan tidak mempunyai sebarang ekuiti di dalam projek Kereta Nasional Kedua ini. Dengan

demikian, pendekatan dan hala cara pemasaran akan dibuat dan ditentukan sendiri oleh pihak swasta. Selanjutnya, peraturan dan kriteria untuk melantik pengedar-pengedar akan digubal sendiri oleh syarikat berkenaan. Waiau bagaimanapun, pihak Kerajaan akan sentiasa menentukan bahawa Dasar Pembangunan Negara akan dipatuhi oleh pihak swasta. Dalam hal ini, MITI akan mempastikan sekurang-kurangnya 30% daripada rangkaian pengedar kereta Nasional Kedua ini diperuntukkan kepada syarikat-syarikat Bumiputera.s

RANCANGAN MALAYSIA KEENAM-TENAGA

KEJURUTERAAN

21. Tuan Fu Ah Kiow minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) apakah langkah-langkah yang telah dan akan diambil untuk melatih jurutera dan juruteknik yang mencukupi dalam tempoh Rancangan Malaysia Keenam (Rancangan Malaysia Keenam menjangka memerlukan 4200 jurutera dan 10600 juruteknik­muka surat 162); dan

(b) bilangan jurutera dan juruteknik yang akan dilatih dalam tempoh 1991-1995 melalui institusi pelajaran seperti berikut:

(i) Kolej dan Universiti Tempatan;

(ii) Politeknik;

(iii) Institut Kemahiran;

(iv) Institusi swasta;

(v) Kolej dan Universiti luar negeri; dan

(vi) Program latihan pandang ke Timur.

703 7 JUN 1993 704

Menteri Pendidikan (Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud):

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, usaha yang menyeluruh telah dilakukan oleh berbagai agensi Kerajaan dan swasta untuk melatih lebih ramai jurutera dan juruteknik yang diperlukan oleh RM Ke-6. Di pihak Kementerian Pendidikan, pelbagai langkah telah diambil antaranya ialah dengan menambah bilangan kursus-kursus kejuruteraan dan teknikal di fakulti kejuruteraan yang sedia ada, menambah bilangan pelajar yang mengambil kursus yang berkaitan dengan bidang-bidang tersebut dan membina enam buah lagi politeknik baru.

Di samping itu dengan penubuhan institusi pendidikan tinggi swasta yang menawarkan kursus-kursus kejuruteraan dan teknikal, dijangkakan akan dapat menambahkan lagi tenaga mahir dalam bidang berkenaan.

Dengan langkah terse but adalah diharapkan seramai lebih daripada 3,000 orang jurutera dan 11,330 orang yang mempunyai diploma dalam bidang kejuruteraan akan dapat dihasilkan.

(b) Bilangan jurutera dan juruteknik yang akan dilatiholeh Kementerian Pendidikan dalam tempoh RM Ke-6 adalah seramai 3,861 orang iaitu sejumlah 14,455 orang dilatih di universiti dan kolej tempatan sementara 24, 161 orang lagi dilatih di politeknik.

PASARAN SAHAM-PENGARUH SPEKULASI

22. Puan Hajah Habshah binti Haji Othman minta Menteri Kewangan menyatakan tentang keadaan aktiviti

saham yang begitu bersemangat dalam spekulasi saham. Adakah itu satu perkembangan yang baik/positif bagi ekonomi negara?

Tuan Mustapa bin Mohamed: Pasaran saham kita adalah sebuah pasaran terbuka di mana harga-harga saham dan jumlah dagangannya ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran. Terdapat beberapa fakta yang boleh mempengaruhi permintaan atau tawaran, seperti prestasi syarikat, kegiatan spekulasi, pertumbuhan ekonomi, kestabilan politik dan juga prestasi di pasaran-pasaran utama dunia. Fakta-fakta ini akan mempengaruhi para pelabur dan seterusnya menentukan keadaan pasaran.

Keadaan aktiviti pasaran saham buat masa ini tidak boleh dikaitkan kepada kegiatan spekulasi sahaja. Prestasi pasaran saham buat masa ini adalah mencerminkan keyakinan para pelabur terhadap asas­asas ekonomi yang kukuh dan kestabilan politik. Kebanyakan syarikat-syarikat awam berhad yang disenaraikan, juga telah mengumumkan prestasi kewangan yang lebih kukuh dan meramalkan prestasi tersebut dapat dipertahankan di masa hadapan. Berasaskan fakta-fakta tersebut ramai pelabur-pelabur asing, terutamany~ pengurus tabung asing, berminat untuk melabur di Malaysia.

Adalah tidak dinafikan bahawa kegiatan spekulasi di antara "lower liners" telah menambahkan minat pelabur-pelabur, khususnya pelabur kecil, untuk melabur dalam pasaran sekuriti. Bagaimanapun, pelaburan dalam syarikat-syarikat yang kukuh atau dengan izin "blue chips" dapat mempertahankan ataupun mendorongkan lagi peningkatan prestasi dalam pasaran sekuriti.

Perkembangan di pasaran sekuriti adalah satu perkembangan yang positif kerana ia menambahkan keyakinan pelabur-pelabur, terutama pelabur asing untuk menyertai pasaran sekuriti. Di dalam suasana ini, syarikat-syarikat yang

705 7 JUN 1993 706

disenaraikan dapat menggembelingkan modal daripada pasaran sekuriti untuk membiayai projek-projek yang dapat meningkatkan pengeluaran. Dengan penambahan pelaburan begitu, ekonomi dapat berturnbuh dengan lebih kukuh lagi.

PENYIARAN PROGRAM CINA (MANDARIN)-TAMBAHAN

23. Tuan Tiong Thai King minta Menteri Penerangan menyatakan memandangkan Bahasa Cina (Mandarin) merupakan bahasa bersama masyarakat China, dan juga Bahasa China sebagai Bahasa Antarabangsa semakin mendapat perhatian kerana perkembangan ekonomi yang pesat di kawasan Basin Pacific.

(a) adakah kementerian bersedia menambah penyiaran program Berbahasa China atau tayangan filem berbahasa China (Mandarin) di TV kita. Jika ada, bila akan mulai dan jika tidak, apa sebab­nya;

(b) adakah kementerian merancang supaya tayangan filem-filem berbahasa Kantonis digantikan dengan filem-filem berbahasa China yang bersifat pendidikan/ pengetahuan.

(c) adakah kementerian merancang meningkatkan mutu filem-filem tempatan dan bagi maksud itu apa tindakan telah/akan diambil.

Menteri Penerangan (Dato' Mohamed bin Rahmat):

(a) Kementerian ini menyiarkan sejumlah 12 jam rancangan­rancangan Cina dalam seminggu iaitu 81/zjam Rancangan Hiburan dan 3 1/z jam Berita. Berita di­siarkan dalam Bahasa Mandarin manakala Rancangan Hiburan disiarkan dalam Bahasa Kantonis dan kadangkala dalam Bahasa Mandarin.

Kementerian pada masa ini tiada bercadang menambahkan jumlah rancangan-rancangan Cina yang disiarkan kerana kerajaan rasa siaran 12 jam dalam Bahasa Cina adalah memadai. Jika ada program­pro gram yang dalam Bahasa Mandarin yang menarik, Kementerian akan memper­timbangkan untuk menyiarkan­nya.

Dalam semua rancangan­rancangan yang disiarkan Kementerian ini menggunakan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi dan Bahasa lnggeris sebagai Bahasa Antarabangsa untuk memberi maklumat, mendidik, menghibur dan menyatupadukan rakyat. Rancangan dalam bahasa lain seperti Bahasa Cina, Tamil dan lain-lain bahasa, di samping memberi hiburan juga disiarkan untuk menyebarkan maklumat mendidik dan menyatupadukan rakyat.

(b) Kementerian ini tidak dapat memenuhi selera semua para penonton pada masa yang sama. Filem-filem Cina bukan sahaja diminati oleh kaum Cina tetapi oleh penonton-penonton dari semua kaum. Filem-filem Cina berbagai corak aliran cerita. Filem­filem yang disiarkan secara langsung atau tidak secara langsung mempunyai unsur-unsur pendidikan dan pengetahuan. Waiau bagaimanapun Ke­menterian ini akan berusaha untuk mengurangkan siaran filem-filem yang kurang mempunyai unsur­unsur pendidikan dan pengetahuan.

( c) Kementerian ini melalui FIN AS menyediakan kemudahan­kemudahan kepada pengeluar­pengeluar filem tempatan untuk meningkatkan mutu filem-filem

707 7 JUN 1993

mereka. Di antara kemudahan­kemudahan adalah:

1. pemberian nasihat

2. sewaan alat-alat

3. bantuan mempercepatkan perolehan kelulusan dari mana-mana agensi ber­kenaan.

4. latihan pada para artis dan penerbit.

Adalah terpulang kepada pengeluar-pengeluar filem tempatan untuk nienggunakan peluang-peluang yang ada untuk meningkatkan mu tu filem keluaran mereka.

BADMINTON-DIDIKAN MORAL UNTUK PASUKAN NEGARA

24. Tuan Chong Chi Siong minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan:

(a) bagaimana caranya untuk meningkatkan prestasi pasukan badminton negara supaya Piala Thomas kekal di Malaysia pada masa akan datang; dan

(b) selain daripada memberi hadiah yang lumayan adakah Kementerian bercadang mendidik mereka dalam segi moral untuk menghadapi cabaran yang hebat pada masa yang akan datang.

Menteri Belia dan Sukan (Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman):

(a) Langkah~langkah yang positif untuk meningkatkan prestasi pasukan badminton negara supaya Piala Thomas kekal di Malaysia pada masa akan datang ialah:

(i) Mendapatkan perkhidmatan jurulatih-jurulatih asing dari Negeri China;

708

(ii) Menghantar skuad Piala Thomas ke kejohanan­kejohanan antarabangsa sebagai pendedahan dan mengukur prestasi mereka dengan pemain-pemain luar negeri;

(iii) Mewujudkan Tabung Latihan BAM bagi mem­biayai latihan pemain­pemain badminton negara;

(iv) Menyediakan program pembangunan untuk sukan badmi!lton di peringkat negeri melalui Projek TUO (Thomas-Uber-Olimpik);

(v) Mewujudkan pemain-pemain dalam Kumpulan 1, 2 dan 3. Kumpulan 1 terdiri daripada pemain-pemain kebangsaan, Kumpulan 2 pula terdiri dari pemain­pemain lepasan sekolah manakala Kumpulan 3 adalah pemain-pemain yang masih bersekolah;

(vi) Mencungkil bakat-bakat baru dalam sukan badminton melalui Program Tunas Cemerlang yang di­kendalikan bersama oleh Majlis Sukan Negara dan Majlis Sukan Sekolah­Sekolah Malaysia. Setakat ini sebanyak 31 sekolah dijadikan sebagai pusat latihan badminton yang melibatkan penyertaan 628 atlit muda dan 61 jurulatih yang bertauliah untuk mengendalikan latihan;

(vii) Menubuhkan Akademi Badminton untuk melatih bakal-bakal pemain badminton yang berkelibar dan bertaraf dunia.

709 7 JUN 1993 710

( b) Pemain-pemain badminton negara sentiasa diajar dan dididik untuk mempamerkan prestasi yang membanggakan apabila menyertai sesuatu pertandingan antara­bangsa. Persatuan Badminton Malaysia mempunyai beberapa jurulatih yang bertauliah termasuk seorang pakar psikologi mental untuk memberi bimbingan dan tunjuk ajar bukan sahaja dari segi teknik dan taktik permainan malah memberi panduan berkaitan dengan moral, akhlak dan mental kepada pemain-pemain badminton negara.

Ini adalah kerana dengan peningkatan moral dan mental pemain-pemain badminton negara, keupayaan mereka untuk mempamerkan persembahan yang membanggakan di kejohanan antarabangsa dapat diper­tingkatkan setanding dengan pemain-pemain badminton di luar negara. Mereka tidak akan merasa rendah diri dan kurang keyakinan apabila menghadapi cabaran dari pemain-pemain luar negara.

KOBENA/KOPERASI PEMBANGUNAN NEGARA­

LANGKAH MENGATASI MASALAH BERLARUTAN

25. Tuan Haji Saidin bin Mohammad minta Menteri Pembangunan Koperasi menyatakan adakah Keraj aan tel ah mengambil apa-apa langkah atau perhatian khas dalam mengatasi segala kelemahan yang terdapat pada Kobena dan Koperasi Pembangunan Negara kerana per­masalahan yang berlarutan itu melemahkan anggota-anggota koperasi lain dalam memperjuangkan pembangunan koperasi.

Menteri Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tan Sri Datuk Haji Sakaran bin Dandai): Ya, Kerajaan telah

mengambil langkah bagi mengatasi kelemahan-kelemahan yang hadapi oleh kedua-dua koperasi itu. Langkah-langkah yang telah atau akan diambil bagi pemulihan Kobena adalah seperti berikut:

(i) Kerajaan telah memberi bantuan untuk memulihkan dua projek perumahan Kobena yang terbengkalai yang disalurkan melalui Tabung Projek Perumahan Terbengkalai (TPPT), Bank Negara Malaysia.

(ii) Pengerusi Kobena telah diberi kesempatan untuk meninj au peluang pelaburan di luar negeri bersama Y.A.B. Perdana Menteri ke Republik Islam Iran. Hasil dari lawatan itu, koperasi telah menandatangi perjanjian per­sefahaman (Memorandum of Understanding) dengan usahawan Republik Islam Iran.

(iii) Kerajaan juga akan membantu mana yang boleh supaya Kobena dapat dipulihkan dengan syarat pengurusan Koperasi diper­tingkatkan untuk memberi manfaat kepada semua pihak terutama ahli-ahlinya.

Langkah-langkah yang telah dan akan diambil bagi membaikpulih Koperasi Pembangunan Negar& Berhad (KPNB) pula adalah seperti berikut:

(i) Pendekatan kepada pemulihan Koperasi Pembangunan Negara Berhad dibuat mengikut Fasa I dan Fasa II. Fasa I yang dinamakan sebagai Fasa pemulihan adalah untuk menyusun dan mem­perkemaskan pengurusan dan kedudukan kewangan Koperasi ini melalui aktiviti sedia ada dengan tambahan beberapa aktiviti-aktiviti lain. Sementara Fasa II dikenali sebagai Fasa pembangunan, adalah pelaksanaan aktiviti dan projek barn untuk menambah daya maju koperasi.

711 7 JUN 1993 712

(ii) Dalam melaksanakan Fasa I langkah yang telah dilaksanakan ialah:

(a) Penstrukturan semula pengurusan KPNB. Perancangan perlu dibuat bagi mengatasi masalah kekurangan tenaga pengurusan, masalah kawalan dan hal-hal pentadbiran.

( b) Penstrukturan objektif dan tumpuan KPNB. Objektif dan halacara KPNB perlu disusun semula sesuai dengan perkembangan perseki taran sekarang terutama dari segi pelaksanaan objektif yang tidak bertindih atau bersaing dengan koperasi­koperasi lain yang menjadi ahli kepada KPNB.

(c) Pindaan ke atas Undang­Undang Kecil KPNB bagi membolehkan KPNB bergiat dalam berbagai­bagai bidangsesuaidengan kedudukan KPNB sebagai koperasi peringkat Nasional dan tidak terikat atau sama dengan objektif KPD yang sebahagian besarnya adalah ahli KPNB.

(d) Penyusunan semula harta Tanah KPNB dengan tujuan untuk di "utilised" sepenuhnya tanah ber­kenaan melalui ke­mungkinan memajukan atau meningkatkan nilai tanah tersebut.

(e) Penjadualan semula pinjaman KPNB dari Tabung Modal Pusingan JPK supaya bayaran balik

pinjaman tidak mem­bebankan koperasi dan membolehkan koperasi melaksanakan projek­projek lain.

(f) Penubuhan Jawatankuasa Pengawasan di peringkat Kementerian yang ber­tujuan untuk melaksanakan aktiviti baru, mendapatkan modal pusingan dan pelaksanaan projek.

(iii) Pelaksanaan Fasa II, lebih menumpukan kepada me­ngenalpasti dan melaksanakan projek-projek baru yang berdaya maju yang boleh diceburi oleh KPNB sesuai dengan keupayaan kewangannya. Pelaksanaan projek baru rn1 ditetapkan oleh Jawatankuasa Pengawasan Pemulihan KPNB. Tindakan ini perlu untuk memastikan KPNB benar-benar pulih dan berjaya dalam melaksanakan aktiviti­aktiviti yang diceburinya.

PELAN TRAFIK KOMPREHENSIF BAGI BANDAR BARU

26. Tuan K. Vijayanathan minta Menteri Pengangkutan memberi butir­butir jika Kementerian sedang mengemaskinikan suatu Pelan Trafik yang lengkap yang melibatkan seluruh Bandar­bandar utama memandangkan kepada trafik yang sibuk dan kesesakan yang teruk di Bandar-bandar utama; sila beri butir-butir mengenai cadangan-cadangan jalanraya dan bilakah cadangan-cadangan sedemikian boleh diimplementasikan.

Timbalan Menteri Pengangkutan (Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, masalah kesesakan lalulintas yang berlaku di bandar-bandar utama memanglah disedari oleh pihak Kerajaan. Ini adalah kerana negara kita telah berjaya

713 7 JUN 1993 714

menikmati pembangunan yang pesat di mana bertambahnya rakyat yang mampu memiliki kenderaan. Pelan trafik bagi bandar-bandarutama sememangnya telah, sedang dan akan disediakan. Waiau bagaimanapun perlaksanaan cadangan­cadangan untuk menambah atau memperbaiki jalan-jalan di bandar-bandar utama juga bergantung kepada kemampuan kewangan Kerajaan seperti juga dalam menyediakan kemudahan­kemudahan asas yang lain.

Maklumat Tambahan:

Beberapa kajian telah dijalankan bagi traffic study dan urban transportation bagi beberapa bandar utama seperti di bawah:

Georgetown

Johor Bahru

1980 oleh HCA

1982 oleh HCA

Kelang Valley termasuk Kuala Lumpur

Urban Transportation Study - 1985 oleh

JICA

2. Kajianjuga dibuat oleh Kementerian Kerja Raya bagi bandar-bandar utama seperti berikut:

Kota Bharu - · 1990

Kluang - 1985

Seremban dan Kuantan - sedang dijalankan

3. Pada masa ini 3 buah bandar utama iaitu Johor Bahru, Ipoh dan Sg. Petani juga sedang dalam peringkat rundingan dengan UPe, JPM dengan bantuan ADB untuk melantik Juruperunding bagi melaksanakan kajian yang serupa. Bandar­bandar ini dipilih bagi mewakili berbagai kategori bandar sebagaimana yang ditetapkan oleh J abatan Perancang Bandar dan Desa Malaysia.

INSURANS KENDERAAN­LANGKAH MENGATASI

PERTIKAIAN 'LOADING'

27. Tuan K. Munisamy minta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) adakah Kementerian ini telah memberi garis panduan untuk

menjalankan 'loading' insurans bagi kenderaan berat yang melebihi I 0 tahun. Terdapat beberapa firma insurans yang mengenakan 30% insurans terhadap kenderaan yang kurang daripada 10 tahun danjuga dipaksa untuk mengambil insurans kemalangan. Adakah Kerajaan sedar tentang ha! yang berlaku ini; dan

(b) jika ya, apakah langkah-langkah yang diam bi! untuk menyelesaikan masalah ini.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, premium insurans motor di Malaysia adalah dikawal di bawah Tarif Motor yang merupakan perjanjian pasaran di antara syarikat-syarikat insurans am. Tarif tersebut hanya menetapkan kadar minimum premium yang perlu dikenakan. Waiau bagaimanapun, syarikat­syarikat insurans dibenarkan untuk mengenakan bayaran tambahan atau dengan izin 'loading' pada kadar yang berpatutan, berdasarkan kepada amalan perniagaan insurans sektor motor.

Untuk menentukan wujudnya satu had loading yang munasabah, Bank Negara tel ah pun mengeluarkan Garis Panduan Mengenai Loading Premium Motor yang perlu dipatuhi oleh semua syarikat insurans am sektor motor. Garis panduan rn1 berkuatkuasa pada 2 Januari 1992, menetapkan kadar loading maksimum yang boleh dikenakan ke atas berbagai jenis kenderaan. Syarikat-syarikat insurans telah diarahkan supaya mengenakan loading ke atas kenderaan yang akan dilindungi berasaskan kepada faktor-faktor seperti pengalaman tuntutan kenderaan, umur

715 7 JUN 1993

kenderaan, umur pemandu dan kegunaan kenderaan.

( b) Kerajaan akan memastikan bahawa garis panduan mengenai had maksimum loading itu akan dipatuhi oleh semua syarikat insurans. Dengan demikian, Kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya ke atas mana-mana syarikat insurans yang didapati melanggar garis panduan tersebut termasuklah syarikat-syarikat insurans ataupun agen-agen yang memaksa orang ramai membeli insurans yang bukan motor, semasa mereka ingin membaharui polisi motor ataupun mendapatkan polisi motor yang baru. Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM) dengan kerjasama Bank Negara, telah merangka satu set prosidur bagi menyelesaikan aduan-aduan yang diterima daripada orang awam berhubung dengan paksaan ini. Di antara cara penyelesaian yang disediakan termasuklah ke­mudahan membayar ba\ik premium sepenuhnya bersama dengan pembatalan insurans bukan motor tanpa menjejaskan perlindungan insurans motor.

Jumlah premium yang dibayar untuk polisi bukan motor akan dikembalikan kepada pengaku sekirany a aduan itu di terima dalam tempoh 30 hari dari tarikh pengeluaran perlindungan dengan disertakan dokumen asal yang tulen sebagai bukti pembayaran. Syarikat-syarikat insurans juga dikehendaki supaya memajukan semua aduan kepada PIAM untuk siasatan lanjut dan tindakan yang sesuai akan diambil terhadap agen­agen insurans tersebut. Sekiranya didapati kakitangan-kakitangan syarikat insurans turut terlibat, PIAM akan melaporkan kes-kes

716

berkenaan kepada Bank Negara di mana bagi tiga atau lebih laporan untuk syarikat insurans yang sama, Bank Negara akan mengambil tindakan yang sesuai terhadap pihak pengurusan syarikat insurans berkenaan.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, bagi tempoh masa dari Januari 1992 hingga April 1993, BankNegarahanyamenerima 167 aduan mengenai perkara ini. Jumlah ini adalah terlalu kecil berbanding dengan bilangan polisi insurans motor yang dikeluarkan untuk tempoh tersebut, iaitu sebanyak 2.7 juta. Bank Negara telah memberi perhatian sewajarnya terhadap semua aduan yang diterima di mana ianya telahpun dirujukkan kepada syarikat insurans yang terlibat dan PIAM untuk diambil tindakan. Syarikat-syarikat insurans yang menerima surat aduan yang dihantar oleh Bank Negara telah menghubungi pengadu dan menawarkan untuk membatalkan polisi bukan motor tanpa menjejaskan polisi insurans motor.

W alau bagaimanapun, terdapat beberapa pengadu yang menarik balik aduan yang telah dibuat apabila mengetahui faedah-faedah yang akan diperolehi melalui polisi insurans bukan motor.

Memandangkan jumlah aduan yang diterima adalah kecil dan semua aduan yang diterima dapat diselesaikan, Bank Negara merasakan bahawa adalah kurang sesuai untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana syarikat insurans yang terlibat buat masa ini. Waiau bagaimanapun, ejen­ejen insurans yang didapati memaksa orang ramai telah diberi amaran keras oleh PIAM supaya

717 7 JUN 1993 718

perkara sedemikian tidak berulang lagi di masa hadapan.

JUALAN MURAH-LANGKAH MENGATASI PENIPUAN HARGA

28. Tuan V.K. Sellapan minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan:

Kebanyakan peniaga-peniaga men­jalankan aktiviti-aktiviti jualan murah dengan menetapkan harga tinggi luar dari dugaan dan memberi potongan harga secara peratus (iaitu potongan 30%, 50% atau 70%).

(a) adakah Kementerian sedar bah a wa tindakan peniaga seperti ini semata-mata untuk 'memotong leher' pengguna;

(b) jikaya, nyatakan langkah-langkah Kementerian untuk mengatasi masalah ini; dan

( c) adakah penggubalan Akta Perihal Dagangan 1972 cukup berkesan untuk menangani masalah ini. Jika tidak, mengapa.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar): Kementerian memang sedar bahawa ada peniaga-peniaga yang menjalankan tindakan seperti yang dinyatakan oleh Yang Berhormat itu. Untuk mengatasinya, Kementerian telah meminda Peraturan­Peraturan Perihal Dagangan (Harga J ualan Murah) 1987 di mana mulai 1 Jun 1993, setiap peniaga yang ingin mengadakan Jualan Murah dikehendaki mendapatkan kelulusan bertulis terlebih dahulu daripada pihak Kementerian. Permohonan bagi maksud itu hendaklah dikemukakan 30 hari sebelum Jualan Murah dicadang diadakan, dan harga tidak boleh dinaikkan dalam tempoh tersebut. Dengan ini adalah diharapkan bahawa perbuatan menetapkan harga yang tinggi dan selepas itu membuat

potongan harga untuk mengelirukan pembeli tidak akan berlaku lagi.

2. Dengan pindakan ke atas Peraturan­peraturan Perihal Dagangan (Harga J ualan Murah) 1987 yang berkuatkuasa mulai 1 Jun 1993, Kementerian percaya, ianya dapat menangani masalah-masalah berhubung dengan Jualan Murah. Di antara langkah-langkah kawalan yang diadakan melalui pindaan ini ialah:

(i) Pengawal diberi ~u~a untuk menarik balik sebarang kelulusan Jualan Murahjika didapati syarat­syarat tidak dipatuhi sepenuhnya;

(ii) Peniaga yang mengadakan jualan murah dikehendaki menyimpan rekod lengkap bagi setiap jualan murah selama 1 tahun daripada tarikhjualan murah diadakan untuk membantu dalam penyiasatan sekiranya aduan diterima daripada pengguna;

(iii) Kelulusan jualan murah akan hanya dipetimbangkan apabila 71 % daripada barang yang dipamerkan di premis perniagaan ditawarkan pada harga jualan murah; dan

(iv) Jualan murah boleh diadakan tidak lebih daripada 4 kali setahun sahaja.

LAW ATAN PERDANA MENTER! KENAMIBIA­JUMLAHKOS

29. Tuan Mohd Zain bin Haji M't Daud minta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) Apakah benar lawatan Perdana Menteri dan rombongannya ke Namibia baru-baru 1m menggunakan pesawat Boeing 7 4 7 MAS; dan

(b) Berapakah kos yang terpaksa Ke raj aan tanggung apabila Perdana Menteri dan rombongannya

0

719 7 JUN 1993 720

menggunakan pesawat sebesar itu bagi lawatan berkenaan.

Menteri Loar Negeri (Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi): Y AB Perdana Menteri dan rombongannya yang membuat lawatan ke Namibia baru­baru ini tidak menggunakan pesawat Boeing 747 MAS. PerdanaMenteri hanya menggunakan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia semasa lawatan terse but.

Perbelanjaan yang terlibat bagi tujuan ini berjumlah RM158,950.00 termasuk caj mendarat, caj lapangan terbang, caj meletak pesawat dan caj minyak

KEMUDAHAN A WAM TAMAN PERUMAHAN­

LANGKAH MENGATASI

30. Puan Sri Sarasa Pasamanickam minta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan apakah langkah­langkah yang diambil untuk mengawal dan mengatasi kerosakan yang berlaku dalam kemudahan-kemudahan yang terdapat di taman-taman Perumahan seperti taman permainan kanak-kanak dan Jalan-jalan dan Jabatan yang bertanggungjawab.

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan (Dato' Dr. Ting Chew Peh):

Bagi mengawal kerosakan yang berlaku kepadakemudahan di tempat a warn, pihak berkuasa tempatan ada menjalankan rondaan oleh Pasukan Kawalan Bandaran . Antara tugas pasukan ini adalah menguatkuasakan undang-undang kecil vandalisme. Undang-undang kecil ini telah digubal oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk diterimapakai oleh semua pihakberkuasa tempatan.

Waiau bagaimanapun, pasukan ini tidaklah dapat berada di setiap tempat setiap masa. Maka terpulanglah kepada orang awam untuk sama bekerjasama membanteras aktiviti yang boleh merosakkan kemudahan di tempat aw am.

Pasukan Kawalan mt juga bertanggungjawab melaporkan kerosakan yang didapati kepada pihakberkuasa tempatan untuk dibaiki. Orang a warn pun boleh, malah digalak, membuat laporan sedemikian.

Sekiranya kerosakan adalah kecil, pekerja pihakberkuasa tempatan sendiri akan membaikinya. J ika besar, kontraktor yang berkeupayaan akan dipanggil membaikinya.

PASUKAN PENGAMAN PBB KE BOSNIA­

KEBERKESANAN

31. Dato' Azumu bin Tak min ta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) sama ada Bangsa-Bangsa Bersatu sudah bersetuju untuk menghantar Pasukan Pengaman ke Bosnia; dan

( b) adalah Kerajaan kita sanggup untuk menghantar tentera kita ke Bosnia jika dikehendaki oleh PBB;

Dato Abdullah bin Haji Ahmad Badawi:

(a) Untuk makluman Y.B. Dato' Azumu, sebenarnya pihak Bangsa­B angsa Bers a tu telahpun mewujudkan pasukan penga­wasan PBB yang dikenali, dengan izin, United Nations Protection Force (UNPROFOR) yang ditubuhkan pada 21 Februari 1992 di Republik bekas Yugoslavia bagi menjalankan tugas-tugas keamanan dan pengelolaan serta penghantaran bantuan ke­manusiaan kepada mangsa perang di negara bekas Republik Yugoslavia. UNPROFOR diberi tugas oleh PBB untuk tujuan mewujudkan keadaan bagi membolehkan penyelesaian dicapai antara pihak yang bersengketa berdasarkan

721 7 JUN 1993 722

perjanjian-perjanjian yang telah dicapai. Penempatan pasukan pengaman yang mulanya ditempatkan di Crotia seterusnya diperkembangkan meliputi Republik Bosnia bagi mengawal keselamatan di lapangan terbang Sarajevo dan sekitarannya, dan memberi perlindungan kepada operasi penghantaran pengelolaan bantuan kemanusiaan kepada mangsa-mangsa perang di Republik tersebut dan juga memberi perlindungan kepada pemindahan mangsa-mangsa perang.

(b) Seperti mana Y.B. sediamaklum, Kerajaan kita telah berulangkali menyatakan kesediaan untuk menghantar tentera Malaysia ke Bosnia di bawahpanji-panji tentera pengaman PBB sekiranya dikehendaki oleh PBB.

KERUGIAN FOREX BANK NEGARA RM9.3 BILION­

PEMULIHAN

32. Tuan Haji Wan Hamid Edruse bin Tuanku Haji Mohamad minta Menteri Kewangan menyatakan kebenaran dakwaan Bank Negara yang mengatakan bahawa negara kita tidak mengalami sebarang kerugian kecuali kerugian di atas kertas sebanyak lebih kurang RM9.3 bilion dan apakah usaha yang sedang dibuat oleh pihak _Kerajaan bagi memulihkan keyakinan orang ramai dan bagi mengelakkan perkara yang ber­kenaan tidak berulang.

Tuan Mustapa bin Mohamad: Ke­merosotan nilai lain-lain rizab Bank Negara sebanyak RM9.3 bilion seperti yang dilaporkan dalam akaun tahunannya bagi tahun 1992, disifatkan sebagai kerugian atas kertas kerana jumlah matawang asing dalam pegangan Bank Negara tidak berkurangan cuma nilainya

sahaja yang merosot disebabkan o]th kenaikan nilai ringgit. Bank Negara m~§ih belum menukar matawang asing itu kepada ringgit tetapi telah menilainya dari segi ringgit pada akhir tahun 1992 bagi tujuan penyediaan akaun tahunannya bagi tahun itu. Oleh kerana matawang asing itu masih belum ditukarkan kepada ringgit, maka dengan sebab itulah ia dikatakan kerugian atas kertas.

Kemerosotan nilai matawang asing itu boleh berubah-ubah dari masa ke semasa bergantung kepada perubahan nilai ringgit berbanding dengan matawang­matawang lain yang dipegang oleh Bank Negara. Sekiranya nilai matawang asing yang dipegang oleh Bank Negara bertambah kukuh nilainya dibandingkan dengan ringgit, maka kemerosotan itu boleh menurun atau boleh bertukar menjadi keuntungan iaitu dari segi nilainya dalam ringgit.

Tuan Yang di-Pertua,

Kemerosotan nilai lain-lain rizab itu tidak perlu dibimbangkan kerana ia tidak menjejaskan kedudukan ekonomi negara dan juga kewibawaan Bank Negara.

Say a ingin menjelaskan kepada Dewan ini bahawa ekonomi negara kita semakin kukuh dalam beberapa tahun kebelakangan ini dan dengan keteguhan ekonomi ini menyebabkan Ringgit Malaysia semakin kukuh. Adalah tidak boleh dinafikan bahawa kekukuhan Ringgit Malaysia memberi manfaat kepada negara dan rakyat keseluruhannya misalnya dari segi pengurangan dalam khidmat bayar hutang­h u tang luar negara. Malangnya, kekukuhan Ringgit Malaysia juga telah menyebabkan kejatuhan nilai lain-lain rizab Bank Negara dari segi ringgit.

Kita juga mempunyai prestasi yang baik dari segi pengumpulan rizab antarabangsa. Sejak pertengahan tahun 80an rizab antarabangsa Bank Negara yang berada pada paras RM9 bilion,

723 7 JUN 1993 724

meningkat dari masa ke semasa. Dalam tahun 1984 misalnya, rizab tersebut berjumlah RM9.6 bilion, meningkat kepada RM 12.5 bilion dalam tahun 1986, kepada RM18.3 bilion tahun 1988 dan kepada RM47.2 bilion pada penghujung tahun lalu. Pada akhir bulan Februari 1993, rizab antarabangsa meningkat · kepada RM51.1 bilion. Pengumpulan rizab tersebut mencerminkan kekuatan ekonomi negara.

Sepertimana penjelasan yang telah dibuat oleh Gabenor Bank Negara, tahun 1992 merupakan tahun yang mencabar bagi bank-bank pusat di seluruh dunia. Dengan keadaan pasaran wang yang tidak menentu saya yakin sebahagian bank­bank pusat juga telah mengalami nasib yang sama, malahan ada yang mengalami nasib yang lebih teruk. Ada di antaranya yang mendedahkan kerugian dan adajuga yang tidak. Kita telah memilih untuk mendedahkan keadaan yang sebenarnya. Bank Negara akan terus mengamalkan sikap berhati-hati bagi mengelakkan perkara seumpama ini di masa akan datang.

LAWATAN YAB PERDANA MENTERI KE UZBEKISTAN/IRAN

-PERJANJIAN YANG DITANDATANGANI

33. Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah minta Menteri Luar Negeri menyatakan mengenai lawatan Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad ke Uzbekistan dan Republik Islam Iran selama lapan hari baru-baru ini dianggap amat berjayakerana sekurang-kurangnya lapan perjanjian telah dimeterai oleh Perdana Menteri dengan kedua-dua negara tersebut. Nyatakan apakah bentuk perjanjian-perjanjian yang ditandatangani itu.

(Soalan No. 33 - Sila Lihat Jawapan No. 13 Penyata Rasmi bertarikh 24hb Mei, 1993).

PELA TIH PUSAT SERENTl­GUNATENAGA SEKTOR

KILANG/LADANG

34. Puan Hajjah Che Pora binti Haji Omar minta Menteri Dalam Negeri menyatakan adakah pelatih pusat serenti bekerja di kilang-kilang dan ladang-ladang sebagai satu usaha pemulihan dengan mendekatkan perhubungan mereka dengan masyarakat dan sebagai satu usaha mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di kedua-dua sektor berkenaan.

Tuan Ong Ka Ting: Kerajaan memang membenarkan pelatih-pelatih Pusat Serenti bekerja di kilang-kilang dan ladang-ladang sebagai satu program mengintegrasikan mereka ke dalam masyarakat setelah berada dalam pusat serenti selama tempoh 2 tahun.

PENCEMARAN ALAM SEKIT AR-KEBERKESANAN

TINDAKAN

35. Tuan Shuib bin Endut meminta Menteri Sains Teknologi dan Alam Seki tar menyatakan sejauh mana peranan J abatan Alam Seki tar dalam menangani kejadian pencemaran di sungai, laut dan kawasan tanah daratan.

Menteri Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (Datuk Law Hieng Ding): Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, peranan J abatan Alam Seki tar ( J AS) adalah untuk memulihara dan mengawal alam sekitar berpandukan kepada Akta Kualiti Alam Sekeliling, 197 4 dan sebahagian daripada Akta Zon Ekonomi Eksklusif, 1984 serta peraturan-peraturan di bawahnya. Peranan J AS untuk menangani kejadian pencemaran sungai, laut dan kawasan tanah daratan adalah melalui 3 bahagian penting ia1tu kawalan (pengawasan dan penguatkuasaan), pencegahan pembangunan (pendidikan).

Pengawasan yang dijalankan adalah melibatkan pengawasan kualiti air sungai,

725 7 JUN 1993 726

air bawah tanah, marin dan kejadian tumpahan min yak, udara dan juga bunyi bising. Program pengawasan ini dijalankan sepanjang tahun. Data-data pengawasan dikumpulkan, diproses, diinterpretasikan, dilaporkan dan disebarkan supaya tindakan susulan dan selanjutnya boleh diambil.

Penguatkuasa pula melibatkan penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974 dan juga perlesenan. Peranan JAS adalah menguatkuasaan Akta ini dan peraturan-peraturan di bawahnya. JAS juga berkerjasama dengan agensi­agensi Kerajaan yang lain termasuk pihak Kerajaan Tempatan untuk menguat­kuasakan undang-undang di bawah bidangkuasa mereka. Bagi sesiapa yang melanggar akta dan undang-undang tersebut dan tidak mematuhi peraturan­peraturan yang telah ditetapkan, amaran akan diberi dan sekiranya masih tidak mematuhinya, tindakan mahkamah atau kompaun boleh dilakukan.

Bahagian pencegahan pula melibatkan aktiviti Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan pengawasannya. EIA diperlukan untuk aktiviti-aktiviti yang ditetapkan di bawah Perintah Kualiti Alam Sekeliling (Aktiviti Yang Ditetapkan)

Penilaian Kesan Kepada Alam Sekeliling 1987. Bagi aktiviti-aktiviti industri yang tidak tertakluk kepada keperluan EIA, masih perlu mematuhi beberapa ketetapan Akta Kualiti Alam Sekeliling, 1974.

Dalam bahagian pembangunan pula, salah satu aktiviti yang dijalankan ialah program pendidikan alam sekitar. Tujuan pendidikan ini adalah untuk mendidik dan menyedarkan masyarakat tentang kepentingan alam sekitar. Kesedaran masyarakat untuk menjaga alam sekitar dan tidak mencemarkannya adalah pen ting dalam membantu mengatasi masalah kejadian pencemaran alam sekitar.

Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan daripada setiap

bahagian J AS boleh didapati dalam bentuk Laporan Tahunan di mana laporan ini memberi gambaran yang tepat dan terkini tentang keadaan alam sekitar di negara kita. Laporan ini diedarkan kepada pihak­pihak tertentu dan juga boleh dimiliki oleh sesiapa sahaja yang berminat.

ISLAM DAN POLITIK-CAMPUR ADUK

36. Tuan Haji Abdul Salam bin Awang minta Perdana Menteri menyatakan bahawa Islam agama rasmi dan sebagai penganut agama tersebut, kita mestilah menghayati agama Islam dan janganlah dicampur-adukkan fahaman politik dengan agama seperti yang digunakan oleh Kerajaan Pas Kelantan, sehingga dibawakan ke dalam khutbah-khutbah Jumaat di masjid-masjid. Tidakkah patut diambil tindakan segera ke atas imam­imam yang membawa khutbah sedemikian sebelum berleluasa di Kelantan ini yang boleh mengheret perasaan orang-orang luar bandar yang cetek dalam ilmu akhirat terutama di kalangan orang-orang tua.

Menteri di J abatan Perdana Menteri Dato' Abang Abu Bakar bin Datu Bandar Abang Haji Mustapha: Politik adalah sebahagian dari ajaran agama Islam dan tidak boleh dipisahkan sebagaimana yang telah diketahui umum. Tetapi menggunakan masjid sebagai platform parti politik tertentu dan khutbah Jumaat sebagai media kempen adalah tidak diajar oleh agama Islam.

Kerajaan sentiasa mengawasi dengan teliti segala percubaan penyalahgunaan masjid oleh mana-mana pihak, khasnya berhubung dengan muslihat mencari sokongan atas nama Islam. Setiap pihak mestilah mengutamakan perpaduan masyarakat dan pembangunan negara daripada menggunakan politik yang negatif. Kursus-kursus dan latihan imam­imam diadakan di seluruh negara untuk melatih dan melahirkan imam-imam yang berwibawa dan mampu memberi perkhidmatan yang positif clan berkesan

727 7 JUN 1993 728

demi membina masyarakat Islam yang kukuh di negara ini.

JUALAN MURAH-SYARAT DAN SISTEM KAW ALAN

37. Tuan Ho Cheng Wang minta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan apakah tujuan 'Jualan Murah' pasti terlibat 70% barang atau stok. Jikalau tujuannya untuk mengurangkan jumlah kali 'Jualan Murah' setahun oleh satu syarikat, mengapa Kementerian tidak mahu mengharamkan kegiatan-kegiatan jual murah.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Keputusan Kerajaan menetapkan sekurang-kurangnya 70% dari jumlah barangan ditawarkan dengan hargajualan murah sebelum sesuatu permohonan untuk mengadakan jualan murah diluluskan, ialah bagi mempastikan setiap jualan murah yang diadakan adalah tulen dan bukannya bagi menghabiskan stok lama dan saiz barang-barang yang ganjil (odd sizes) sahaja. Sejak berkuatkuasanya undang-undang mengawalselia Jualan Murahpada 1Januari1988, Kementerian telah mengesan amalan premis-premis perniagaan yang menganjurkan Jualan Murah semata-mata untuk menghabiskan stok lama dan jumlah barangan yang ditawarkan dengan harga jualan murah pula adalah terlalu kecil bilangannya jika dibandingkan dengan jumlah barangan yang terdapat di premis-premis perniagaan itu.

2. Buat masa ini, Kementerian tidak bercadang mengharamkan kegiatan Jualan Murah, tetapi telah mengambil langkah­langkah positif dari segi mengawalselia kegiatan ini seperti meminda peraturan­peraturan Jualan Murah supaya kawalseliaannya akan lebih ketat dan kemas. Dalam hubungan ini, Kementerian berpendapat bahawa Jualan Murah yang tulen dan tidak berunsurkan penipuan adalah satu perkhidmatan kepada pengguna yang boleh menjimatkan perbelanjaan.

LAPANGAN TERBANG ANTARABANGSA KUALA

LUMPUR-NILAI PAMPASAN

38. Tuan V .K. Sellappan min ta Menteri Kewangan menyatakan:

(a) berapakah luas tanah telah diambil dan berapakah wang pampasan telah dan akan diberi kepada pemilik-pemilik tanah terlibat dalam pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang;

(i) Pekebun-pekebun kecil,

(ii) Ladang (Estet),

(iii) Rancangan Tanah Kerajaan Negeri

(b) adakah Kerajaan sedar bahawa pampasan yang telah diberikan kepada mereka akan setimpal dengan harga pasaran pada masa sekarang di kawasan tersebut;

(c) adakah cadangan untuk menambahkan wang pampasan kepada pemilik tanah; dan

( d) adakah Kerajaan berhasrat untuk memberi keistimewaan kepada mereka dalam memiliki saham, apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur diswastakan nanti.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

(a) Keluasan tan ah yang diwartakan untuk diambil bagi pembinaan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ialah 25,350 ekar yang terdiri dari:

(i) Pekebun-pekebun 4,121 ekar kecil

(ii) Ladang (Estet) 5,947 ekar

(iii) Rancangan Tanah 14,391 ekar Kerajaan dan

Hutan Simpanan

(iv) Perkampungan 891 ekar

Orang Asli

729 7 JUN 1993 730

(b) Setakat ini, sejumlah RM68 juta daripada anggaran jumlah pampasan yang dijangka sebanyak RM300 juta telah dibayar. Mengenai bayaran pampasan ini, say a sukalah menyatakan bahawa jumlah yang dibayar adalah munasabah dan setimpal berasaskan penilaian yang dibuat pada masa tanah-tanah berkenaan itu diwartakan bagi pengambilan pada bulan September 1991. Penilaian harga tanah pada masa ini dengan harga dua tahun yang silam memang berbeza. Perbezaan ini adalah dipengaruhi oleh pembangunan yang berlaku di sekitar kawsan tapak sejak projek Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ini diumumkan.

( c) Pengambilan tanah serta bayaran pampasan yang dibuat adalah mengikut peraturan yang terkandung dalam Akta Pengambilan Tanah 1960 (Akta 468) dan Ordinan Pengambilan Tanah (Pampasan) (Peruntukan Khas), 1948. Sekiranya ada mana­mana pihak yang tidak berpuashati dengan pampasan yang dibayar oleh Kerajaan, mereka bolehlah membuat rayuan mengikut peraturan yang terkandung di dalam undang-undang berkenaan.

(d) Mengenai soal memberikan keistimewaan kepada mereka yang terjejas dengan pengambilan tanah ini dalam memiliki saham apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang ini diswastakan, saya sukalah memaklumkan bahawa pe­ngurusan Lapangan-lapangan Terbang di negara ini telahpun diserahkan kepada S yarikat Malaysia Airport Berhad. Isu pemberian taraf keistimewaan tidaklah dapat ditentukan buat

masa ini kerana Syarikat Malaysia Airport Berhad masih belum disenaraikan di Bursa Saham Kuala Lumpur.

VISA PELANCONGAN PAKISTAN/BANGLADESH/

INDIA-JUMLAH BASIL

39. Tuan V .K. Sellappan min ta Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan menyatakan Kerajaan telah mengetatkan syarat-syarat baru untuk mendapatkan visa bagi pelancong-pelancong dari Pakistan, Bangladesh dan India.

(a) berapakah peratus kekurangan pelancong akibat daripada syarat baru yang telah diamalkan mengikut Negara;

(b) berapakah jumlah hasil pen­dapatan yang kekurangan dari industri pelancongan; dan

( c) apakah langkah yang telah diambil untuk mengatasinya.

Dato' Chan Kong Choy:

(a) Semenjak Kerajaan mengetatkan syarat-syarat baru untuk mendapatkan visa bagi pelancong-pelancong dari Pakistan, Bangladesh dan India pada 1 Januari 1993, ketibaan pelancong ke Semenanjung Malaysia dari pasaran tersebut didapati menurun sebanyak 72.4% bagi Pakistan, 49.9% bagi Bangladesh dan 77 .9% bagi India bagi tempoh Januari - Februari 1993 jika dibandingkan dengan Januari - Februari 1992.

(b) Maklumat hasil jumlah pen­dapatan yang bekurangan dari industri pelancongan dari pasaran tersebut masih dalam kajian.

(c) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan baru-baru ini telahpun mengambi1 tindakan

'

731 7 JUN 1993 732

untuk melonggarkan peraturan­peraturan berkaitan dengan pengeluaran visa bagi negara­negara tersebut. Syarat wang cagaran sebanyak RM750 telahpun dimansuhkan. Untuk menggantikan wang cagaran, penaja tempatan adalah diperlukan dan dikehendaki membuatjaminan diri (Personel Bon) dengan bayaran sebanyak RMIO sahaja bagi tempoh lawatan yang tidak melebihi 2 bulan dan yang bertujuan sosial. Bagi lawatan yang bertujuan perniagaan dan urusan rasmi, penjamin tidak diperlukan. W alau bagaimanapun keperluan visa dengan rujukan masih lagi berkuatkuasa bagi lawatan tujuan sosial.

MAS-PEMBERIAN KONTRAK MEMBEKAL PAKAIAN

SERAGAM

40. Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud minta Menteri Pengangkutan menyatakan:

(a) apakah sebab-musabab MAS bertindak menukar pakaian seragam pekerja-pekerjanya;

(b) benarkah syarikat yang melibatkan anak Perdana Menteri diberi kontrak membekalkan pakaian seragam tersebut; dan

( c) berapakah jumlah perbelanjaan yang terlibat akibat tindakan MAS menukar pakaian seragam pekerj a-pekerj any a.

Datin Paduka Hajah Zaleha binti Ismail:

(a) Penerbangan Malaysia (MAS) menukar pakaian seragam kakitangan barisan hadapannya di atas sebab-sebab berikut:

(i) Pakaian seragam yang lama tidak lagi bersesuaian

dengan imej MAS sebagai sebuah syarikat penerbangan antarabangsa yang maju.

(ii) Pakaian seragam yang lama tidak lagi setaraf dengan pakaian yang digunakan oleh syarikat-syarikat penerbangan antarabangsa yang bersaing dengan MAS seperti Singapore Airlines, Cathay Pacific, Japan Air Lines, British Airways di mana mereka meng­gunakan jenama yang terkenal dan mutu yang tinggi.

(iii) Jenis-jenis pakaian yang lama tidak lagi sesuai untuk cuaca ekstrim seperti 'TIUsim sejuk di Eropah yang dihadapi oleh anak-anak kapal.

(b) Adalah tidak benar syarikat yang melibatkan anak Perdana Menteri diberi kontrak membekalkan pakaian seragam tersebut.

(c) Jumlah perbelanjaan untuk menukar pakaian seragam ini ialah RM28.5 juta.

WARGA TUA-KADAR BAY ARAN BANTUAN KEBAJIKAN

41. Puan Sri Sarasa Pasamanickam minta Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat menyatakan apakah langkah-langkah yang diambil bagi mengimbangi kadar bayaran kebajikan iaitu RM50 sebulan kepada mereka yang layak itu agar seimbang dengan keperluan masa kini.

Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat (Dato' Napsiah binti Omar): Kementerian saya sedang mengkaji semula kadar bantuan bulanan untuk wargatua yang daif.

733 7 JUN 1993 734

PELAJAR-LAPORAN PRESTASIAKADEMIK

42. Puan Sri Sarasa Pasamanickam minta Menteri Pendidikan menyatakan:

(a) adakah laporan prestasi pelajar­pelajar yang telah dikurniakan biasiswa untuk melanjutkan pelajaran dalam dan luar negeri dikemukakan kepada Kerajaan setiap tahun; dan

(b) apakah tindakan yang diambil terhadap pelajar-pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang baik dan adakah biasiswa itu ditarik balik.

Datuk Amar Dr. Haji Sulaiman bin Haji Daud:

(a) Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, laporan prestasi akademik atau keputusan­keputusan peperiksaan bagi setiap pelajar tajaan Kerajaan sama ada di dalam atau di luar negara memang dikemukakan kepada pihak penganjur yang membiayai pengajian pelajar berkenaan pada setiap tahun. Perkara ini adalah selaras dengan perjanjian biasiswa yang telah dibuat antara pelajar dan penganjur berkenaan.

(b) Setiap kes pelajar yang tidak menunjukkan prestasi yang baik akan dikaji secara teliti dengan mengambilkira laporan institusi­institusi pengajian tinggi berkenaan serta penjelasan­penjelasan daripada pelajar· itu sendiri. Tindakan untuk menarik balik biasiswa akan diambil sekiranya terdapat bukti-bukti yang jelas menunjukkan bahawa pelajar tersebut telah sengaja men­cuaikan pelajarannya.

EAEC-LANGKAH MENJA YAKAN PENUBUHAN

43. Dato' Azumu bin Tak min ta Menteri Luar Negeri menyatakan:

(a) sama ada Kerajaan akan meneruskan usaha-usaha untuk mempengaruhi dunia tentang penubuhan EAEC; dan

(b) adakah Kerajaan akan membawa masalah ini melalui Persidangan PBB.

Datuk Abdullah bin Haji Ahmad Badawi:

(a) Sebagaimana YB sedia maklum, Y AB Perdana Menteri dalam kenyataannya baru-baru ini telah menyuarakan bahawa Kerajaan akan berusaha ke arah penubuhan EAEC ini walaupun ianya terpaksa mengambil masa 10 atau 15 tahun.

Ucapan Y AB Perdana Menteri di Persidangan Persatuan Asia, Tokyo pada 13 Mei 1993 dan di Perhimpunan Agong Antarabangsa ke 26 PBEC, Seoul pada 24 Mei 1993, yang menyentuh dengan panjang lebar mengenai EAEC, mencerminkan kesungguhan Kerajaan meneruskan usaha-usaha mempengaruhi dunia, khususnya negara-negaraAsia-Timurtentang perl unya kerj asama dan persefahaman bagi men-jayakan penubuhan EAEC ini.

EAEC untuk makluman YB seterusnya telah diterima sebagai inisiatif ASEAN dan kini sedang dalam proses menentukan 'modality' yang bersesuaian bagi tujuan penubuhannya, yang mana akan dibentangkan di Mesyuarat Perundingan Bersama (Joint Consultative Meeting) ASEAN pada Julai 1993 ini.

735 7 JUN 1993 736

Bagi soalan (b), Kerajaan pada masa ini tidak ada rancangan untuk membawanya ke Persidangan PBB.

PROJEK PERUMAHAN KOS RENDAH-KEMAJUAN

PEMBINAAN

44. Tuan Shuib bin Endut min ta Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan menyatakan adakah kerajaan sedar bahawa ada di antara pemaju perumahan sengaja membekukan projek perumahan kos rendah mereka kerana permintaan terhadap rumah kos sederhana begitu meningkat. Kalau sedar apakah tindakan kerajaan ke atas pemaju-pemaju tersebut.

Dato' Dr. Ting Chiew Peh: untuk makluman Yang Berhormat Tuan Shuib Endut, setakat ini Kementerian ini belum lagi menerima apa-apa aduan bahawa terdapat Pemaju Perumahan yang sengaja membekukan projek perumahan kos rendah kerana permintaan terhadap rumah kos sederhana begitu meningkat.

JETIFERIDILABUAN­MENINGKA TKAN KESELESAAN

PENUMPANG

45. Tuan lsli bin Hj. Siput minta Menteri Kewangan menyatakan:

Adakah Kementerian sedar bahawa jeti yang menampung kegiatan feri penumpang di antara Wilayah Persekutuan Labuan dan tanah besar Sabah serta tempat lain seperti Limbang, Lawas, Brunei, Sipitang dan sebagainya tidak dapat beroperasi dengan selesa kerana terlalu sempit dan kecil akibat pesatnya kegiatan operasi feri tersebut. Jika sedar apakah langkah Kementerian untuk mempastikan keselesaan penumpang yang ramai terse but dalam program jangka panjang Kementerian untuk Terminal Feri terse but.

Tuan Mustapa bin Mohamed:

1. Pihak Kerajaan memang sedar mengenai masalah kesesakan di

terminal dan jeti penumpang di Labuan. Sehubungan dengan itu Lembaga Pembangunan Labuan tel ah membuat kajian mengenai pertambahan penumpang pada masa akan datang dan telah mencadangkan supayajeti dan terminal penumpang ini diperbesarkan bagi menampung keperluan jangkamasa panjang.

BELIA MENGHIDU GAM­LANGKAH MENGATASI

46. Puan Hajjah Asmah bt. Hj. Ismail minta Menteri Belia dan Sukan menyatakan berhubung dengan ancaman kepada belia-belia yang baru diketahui iaitu menghidu 'gam' supaya menjadi khayal selain daripada dadah:

(a) adakah pihak Kementerian sudah kenalpasti jenis gam yang dikatakan boleh menghayalkan belia-belia kita jika dihidu gam tersebut; dan

(b) jika betul gam tersebut boleh mendatangkan merbahaya kepada manusia, bolehkah pihak Kerajaan mengadakan satu undang-undang untuk mencegahnya.

Tuan Haji Abdul Ghani bin Othman:

(a) Kementerian Belia dan Sukan belum menerima maklumat tentang adanya belia-belia yang terlibat dengan aktiviti menghidu gam. Kementerian juga tidak dapat menggariskanjenis-jenis gam yang merbahaya kerana Kementerian tidak mempunyai peralatan dan kepakaran dalam bidang ini.

(b) Sekiranya betul gam boleh mendatangkan merbahaya, sama ada perlu atau tidak Kerajaan mengadakan rang undang-undang ia perlu kajian yang mendalam

737 7 JUN 1993 738

dan terperinci kerana gam merupakan bahan yang tersebar luas penggunaannya terutamanya kepada pelajar-pelajar sekolah.

SAHAM 'ASB' UNTUK RAKYAT TERMISKIN-JUMLAH

PENERIMA

47. Tuan Hj. Zainal bin Md. Deros minta Menteri Kewangan menyatakan berapa ramai orang-orang miskin yang mendapat saham ASB bernilai RM5,000 seorang sejak ia dilancarkan, dan berapa banyak pula wang yang telah dikeluarkan dan apakah kesan positif terhadap penerima-penerima saham ASB ini.

Tuan Mustapa bin Haji Mohamed: Skim pmJaman Amanah Saham Bumiputera (ASB) untuk Program Pembangunan Rakyat Termiskin (ASB­PPRT) bertujuan memberi peluang kepada rakyat termiskin jika pendapatan sekeluarga kurang dari RMI 75 sebulan bagi negeri di Semenanjung, kurang dari RM225 sebulan bagi negeri Sarawak dan kurang dari RM260 sebulan bagi negeri Sabah melabur dalam skim ASB dengan peruntukan sebanyak RMS ,000 bagi setiap ketua keluarga.

Sejak dilancarkan pada Mac tahun lalu sehingga 22 Mei 1993, skim pinjaman ASB-PPRT berjaya mengeluarkan pinjaman sebanyak RM45 I ,965,000 juta kepada 90,393 penerima iaitu 90.4% daripada peruntukan RM500 juta.

Antara kesan positif terhadap penerima pinjaman ASB-PPRT ini ialah:

(i) Memberi peluang kepada rakyat Bumiputera termiskin menyertai skim Amanah Saham Bumiputera dan bersama-sama menyertai arus utama ekonomi negara tanpa mengira keupayaan.

(ii) Peminjam mendapat pulangan setiap tahun dalam bentuk di vi den 4% sehingga 15 tahun iaitu tamat tempoh bayaran balik pinjaman.

(iii) Kemudahan ini diwarisi oleh anggota keluarga yang lain apabila ketua atau si penerima meninggal dunia.

(iv) Meninggikan taraf ekonomi masyarakat Bumiputeradi seluruh negara dan meningkatkan pendapatan rakyat termiskin yang akhirnya dapat mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan.

UBAT TIRUAN-TINDAKAN TERHADAP SINDIKET

t;

48. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong min ta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan berapa banyakkah rampasan yang telah dilakukan terhadap sindiket-sindiket ubat tiruan:

(a) berapa banyakkah premis perniagaan yang telah dirampas dan berapa banyakkah jumlah wang rampasan pada tahun pertama;

( b) apakah jenis-jenis ubat tiruan yang menggunakanjenamaterkenaldan berapakah nilai harga mesin; dan

(c) berapa banyakkah Kementerian menerima sepanjang tahun ini.

pihak aduan

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Oleh kerana pertanyaan (a) Ahli Yang Berhormat mengenai tempoh masa kurang jelas, saya akan memberi perangkaan mulai tarikh Kementerian ini ditubuhkan iaitu pada 27-10-1990 hingga 31-5-1993. Dalam tempoh tersebut,

'

739 7 JUN 1993 740

sebanyak 174 premis perniagaan telah diambil tindakan kerana kesalahan membuat/mengedar/menjual ubat-ubatan tiruan. Tidak ada wang yang dirampas dalam tindakan-tindakan tersebut. W alau bagaimanapun, nilai ubat-ubatan tiruan yang dirampas sepanjang tempoh tersebut ialah RMl,419,450.30. Daripadajumlah yang dinyatakan ini, 3 kes telah dihasilkan pada tahun pertama Kementerian ini ditubuhkan iaitu dari bulan Oktober hingga Disember 1990 dengan nilai rampasan barang-barang berjumlah RMl,264.00.

Bagi menjawab pertanyaan (b ), antara jenis-jenis ubat tiruan yang menggunakan jenama terkenal ialah:

(i) Panadol;

(ii) Breacol;

(iii) Eye-Mo;

(iv) Cortal;

(v) Gripe Water;

(vi) Poh Chai;

(vii) Jamu Manja Kini;

(viii) Minyak/ Air Gamat; dan

(ix) Maajun Putera/Puteri.

Nilai harga mesin yang dirampas tidak dapat ditentukan memandangkan mesin­mesin tersebut telah digunapakai dan berada dalam keadaan yang sukar dinilaikan.

Bagi menjawab pertanyaan (c), sepanjang tahun ini iaitu sehingga 19-5-1993, Kementerian telah menerima sebanyak 2, 124 aduan daripada orang ramai.

-ALAT TIMBANG DAN SUKAT­JUMLAH TANGKAPAN KES

PENIPUAN

49. Tuan Haji Ghazali bin Haji Embong min ta Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menyatakan

berapa banyakkah kes kesalahan yang dapat dikesan oleh Bahagian Penguatkuasa Akta Timbang dan Sukat 1972 mengikut bilangan yang dapat ditangkap, dengan menjelaskan jenis-jenis kesalahan yang telah dilakukan.

Dato' Haji Abu Hassan bin Haji Omar: Sejak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna ditubuhkan pada 27 Oktober 1990 hingga 31 Mei 1993, sebanyak 10, 117 kes yang melibatkan barang-barang rampasan bernilai RM 1,41.0,606.05 telah diambil tindakan di bawah Akta Timbang dan Sukat 1972 di seluruh negara. Jumlah denda yang dikenakan pula ialah RM275,926.00.

Antara kesalahan-kesalahan utama yang dilakukan ialah:

(i) peniaga menggunakan atau ada dalam miliknya untuk tujuan perdagangan alat timbang atau sukat yang tidak disahkan; dan

(ii) penggunaan alat timbang dan sukat yang tidak seimbang untuk tujuan perdagangan.

NELA YAN PUKAT TUNDA DAERAH PONTIAN-BANTUAN

50. Tuan Neo Tuan Cheng minta Menteri Pertanian menyatakan apakah langkah­langkah yang telah dan akan diambil untuk membantu nelayan-nelayan khasnya nelayan-nelayan pukat tunda di daerah Pontian untuk mencari nafkah hidup mereka memandangkan kawasan yang dikhaskan untuk mereka adalah terhad dan disekatkan oleh sebuah pulau yang dinamakan Pulau Pi sang yang berdekatan dengan pantai Pontian dan hanya diduduki oleh 2-3 keluarga yang bukan nelayan. Adakah kerajaan sedar bahawa Pulau Pisang yang tidak dimastautin oleh nelayan

741 7 JUN 1993 742

telah membawa kesulitan kehidupan lebih kurang seribu keluarga nelayan di Pontian kerana sekatan kawasan tersebut.

Menteri Pertanian (Datuk Seri

Sanusi bin Junid): Pulau Pisang telah diwarta sebagai kawasan larangan menangkap ikan kepada pukat tunda pada tahun 1967. Dengan ini semua bot pukat tunda hendaklah menangkap ikan di perairan luas 5 batu nautika dari pantai Pulau Pisang.

Pada tahun 1982 terdapat pengaduan dari nelayan pukat tunda daerah Pontian tentang kurang kawasan untuk menangkap ikan dengan pukat tunda. Kementerian telah mengkaji perkara tersebut dan telah memberi kelonggaran kepada nelayan pukat tunda untuk menangkap ikan sehingga 0.5 batu nautika di sebelah pantai barat Pulau Pisang. Lain-lain bahagian Pulau Pisang kawasan larangan 5 batu nautika masih dikekalkan.

Tujuan Kementerian mengenakan larangan terse but adalah untuk melindungi kepentingan nelayan tradisional yang ramai. Di daerah Pontian terdapat 600 bot nelayan tradisional berbanding dengan 234 bot pukat tunda. Bot-bot nelayan tradisional ini menangkap ikan di kawasan tepi pantai dan pulau-puhtu. Dengan memberi kebenaran untuk nelayan pukat tunda beroperasi di kawasan tepi pantai akan menimbulkan masalah sosial di kawasan tersebut. Di samping itu aktiviti pukat tunda ban yak merosakkan sumber. Kawasan tepi pantai merupakan tempat pembiakan sumber perikanan.

Kemasukan pukat tunda di kawasan tepi akan memusnahkan sumber perikanan dan di dalam jangkamasa panjang pendapatan seluruh nelayan di kawasan tersebut akan terjejas.

Larangan ini bukan untuk kepentingan penduduk di sekitar Pulau Pisang sahaja malah untuk kepentingan nelayan di daerah Pontian seluruhnya.

RANG UNDANG-UNDANG

RANG UNDANG-UNDANG PERLEMBAGAAN (PINDAAN)

(No. 2) 1993

Bacaan Kali Yang Kedua

3.37 ptg.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Douglas U ggah Embas): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan supaya Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tujuan Fasal 2 Rang Undang-undang ini ialah bagi meminda Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Mengikut peruntukan-peruntukan Perkara 113 yang sedia ada, Suruhanjaya Pilihanraya di bawah Fasal (2) boleh menjalankan ulangkaji bahagian-bahagian pilihanraya bagi seluruh Malaysia. Di samping itu, Suruhanjaya Pilihanraya melalui perenggan kecil (i), Fasal (3A) Perkara 113 boleh j uga menj alankan urusan persempadanan bahagian-bahagian pilihanraya di negeri-negeri di mana bilangan Ahli Dewan Rakyat atau Dewan Undangan Negeri di tam bah dengan adanya pindaan kepada Perkara 46 dan juga melalui satu Rang Undang-undang negeri.

Waiau bagaimanapun, ulangkaji di bawah Perkara 113(2) pada lazimnya berlaku selepas lapan tahun berlalu dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir yang dijalankan di bawah Fasal (2) Perkara 113. Didapati keadaan boleh wujud di mana pertambahan dibuat kepada keanggotaan Dewan Rakyat di bawah Perkara 46 Perlembagaan Persekutuan atau keanggotaan sesuatu Dewan Undangan Negeri melalui suatu undang­undang yang dibuat oleh badan perundangan negeri itu berlaku, selepas

..

743 7 JUN 1993 744

sahaja lapan tahun berlalu dari tarikh siapnya kajian semula yang terakhir yang dijalankan menurutFasal (2) Perkara 113.

Di dalam keadaan sedemikian, dari segi teorinya, Suruhanjaya Pilihanraya boleh menjalankan ulangkaji sama ada di bawah Fasal (2) Perkara 113 ataupun di bawah perenggan (i) Fasal (3) Perkara 113. Wal au bagaimanapun, jika ulangkaji di bawah Fasal (2) Perkara 113 dan di bawah perenggan (i) Fasal (3) Perkara 113 dijalankan serentak, ini bermakna bahawa mekanisma adalah sama dan akan menyebabkan ulangkaji yang hendak dijalankan bertindih dari segi bahagian yang hendak dipersempadankan oleh kerana bahagian-bahagian pilihanraya yang terlibat dengan pindaan di bawah Perkara 46 akan merupakan sebahagian dari bahagian-bahagian yang akan diulangkaji sempadannya jika ulangkaji dijalankan di bawah Fasal (2) Perkara 113 itu.

Dengan itu, didapati adalah wajar bahawa sekiranya Suruhanjaya Pilihanraya berpendapat satu kajian semula bagi seluruh negeri di bawah Fasal (2) Perkara 113 lebih berfaedah, Suruhanjaya Pilihanraya hendaklah diberi kuasa untuk menjalankan kajian semula di bawah Fasal (2) itu tanpa mengira bahawa pertambahan bilangan Ahli di bawah Perkara 46 akan memerlukan Suruhanjaya mengendali kajian semula mengikut Fasal (3A), Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Dalam mengendalikan kajian semula itu di bawah Fasal (2) Perkara 113, Suruhanjaya Pilihanraya perlu mengambilkira sempadan mana-mana bahagian pilihanraya yang terlibat berikutan dengan pindaan kepada Perkara 46 Pelembagaan Persekutuan itu.

Fasal 3 Rang Undang-undang ini bertujuan untuk meminda Seksyen 22, Jadual Kelapan. Sebagaimana Ahli-ahli

Yang Berhormat sedia maklum, melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 1993 (Akta A848), satu peruntukan baru iaitu seksyen 1 A tel ah dimasukkan ke dalam J adual Kelapan. Peruntukan ini menyentuh soal

prosiding terhadap Raja di mana tidak terpakai bagi negeri-negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak.

Ada beberapa peruntukan di dalam Jadual Kelapan, iaitu bahagian yang terpakai bagi Perlembagaan-perlembagaan Negeri yang tidak terpakai bagi negeri­negeri Melaka, Pulau Pinang, Sabah dan Sarawak. Dengan itu, pindaan berbangkit ini perlu dibuat untuk menjelaskan bahawa seksyen IA berhubung dengan prosiding terhadap Raja juga tidak terpakai bagi negeri-negeri tersebut.

Fasal 4 Rang Undang-undang ini adalah berkaitan dengan pindaan kepada Perkara 113 Perlembagaan Persekutuan. Dengan adanya peruntukan Fasal (3B) yang baru, pindaan berbangkit perlu dibuat kepada Akta Perlembagaan (Pindaan) 1992 iaitu (Akta A837) untuk memansuhkan seksyen 3 di mana Suruhanjaya Pilihanraya dikehendaki menjalankan ulangkaji mengikut perenggan ( i) F asal ( 3 A) Perkara 113 sahaja. Jika berlakunya pertambahan bilangan Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri, pemansuhan itu juga hendaklah mula berkuatkuasa secara kebelakangan pada tarikh yang sama dengan penguatkuasaan peruntukan Fasal (3B) yang baru itu .

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Tuan Yangdi-Pertua,Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah Rang U ndang-undang bernama suatu

745 7 JUN 1993 746

Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan dibacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untuk dibahas. Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

3.42 ptg.

TuanHajiMohamedNazribinAbdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya mengucapkan berbanyak terima kasih kerana diberi kesempatan untuk memberi sedikit pandangan dalam soal Perlembagaan Persekutuan yang hendak dipindahkan. Saya menyokong, tetapi sebelum saya menyokong, saya ingin memberi sedikit pandangan saya.

Pertamanya, saya kira bahawa perkara ini terpaksa dipinda dan dibawa sekarang disabitkan oleh kerana ia tidak dapat lepas dalam sesi Parlimen yang lalu dan juga kerana ada sebuah negeri yang tel ah tidak bersetuju supaya cadangan daripada kita ini dibuat di peringkat negeri, iaitu di Negeri Pulau Pinang yang mana Dewan U ndangan Negeri Pulau Pinang telah tidak meluluskan dengan majoriti 2/3, sebab itu perkara ini terpaksa ditolak. Saya ingin menyatakan di sini bahawa Suruhanjaya Pilihanraya adalah satu badan yang bebas. Ian ya tidak dipengaruhi oleh mana-mana pihak, sama ada pihak Pembangkang ataupun oleh pihak Kerajaan. Maka justeru itu, sepatutnya apa juga yang telah dicadangkan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya seharusnya mestilah diterima oleh semua pihak dengan hati yang terbuka. Saya percaya bahawa kalau ada pihak yang tidak menyokong apa yang telah dicadangkan oleh SuruhanjayaPilihanraya, bermakna pihak itu mempertikaikan tentang kebebasan badan yang tersebut.

Tuan Yang di-Pertua, soal sepatutnya sama ada perkara ini hendak dilulus ataupun tidak oleh Dewan Undangan Negeri ataupun Dewan Rakyat, sepatutnya tidak berbangkit, Pertamanya, sepertimana

yang telah saya sebutkan sebentar tadi bahawa cadangan yang datang daripada S uruhanjaya Pilihanraya adalah cadangan yang "neutral" dengan izin, tidak ada "bias", dengan izin, dan dia merupakan satu badan yang be bas dan tidak memihak kepada mana-mana pihak. Hanya yang perlu dilakukan oleh Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga Dewan U ndangan Negeri ialah untuk menukar, meminda Perlembagaan kerana hendak menambahkan jumlahnya sahaja. Sepatutnya Dewan Rakyat, Dewan Negara dan juga Dewan Undangan Negeri sepatutnya tidak seharusnya menolak, kerana cadangan Suruhanjaya Pilihanraya ini adalah cadangan yang neutral, yang datang daripada badan yang bebas. Jadi, kalau sekiranya ada pihak yang menolak cadangan ini, bermakna daripada badan mana lagi yang kita hendak? Semua pihak harus menerima hakikat bahawa negara kita bertambah penduduk. Apabila bertambah penduduk, bermakna bahawa akan bertambahlah pengundi-pengundi. Bertambah pengundi-pengundi memerlukan lebih banyak suara yang ditambahkan kepada Dewan Rakyat. Ini adalah satu proses yang biasa dan yang neutral. Jadi, say a merasakan agak begitu kecewa kerana ada pihak dalam Dewan Rakyat dan juga di Dewan Undangan Negeri yang tertentu, yang tidak menerima cadangan yang diberikan oleh pihak Suruhanjaya Pilihanraya ini.

Saya mahu supaya Kerajaan memikirkan satu mekanisma yang mana bahawa kalau cadangan yang datang daripada Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambahkan jumlah kerusi, sama ada di Dewan Rakyat ataupun di Dewan U ndangan Negeri, ianya haruslah diterima. Kerana sepertimana yang kita tahu, kita hanya memerlukan perkara ini disokong dalam Dewan Undangan negeri danjuga dalam Dewan Rakyat ataupun Dewan Negara, semata-mata kerana hendak pindah angka sahaja. Kalau tidak, kita pinda angka yang ada dalam Perlembagaan

'

747 7 JUN 1993 748

itu, maka sudah tentu kita tidak perlu membawa perkara ini dalam Parlimen. Sebab bermakna, kalaulah ada pihak yang dapat menahan Sumhanjaya Pilihanraya daripada melaksanakan tanggungjawab mereka, bermakna Suruhanjaya Pilihanraya tidak bebas. Kalau sekiranya bahawa angka yang wujud di dalam Perlembagaan itu, kalau pindaan kepada angka itu tidak memerlukan kepada 2/3 kelulusan daripada Dewan Rakyat, Dewan NegaradanjugaDewan UndanganNegeri, say a percaya perkara itu tidak perlu dibawa masuk ke dalam Dewan, sebab Sumhanjaya Pilihanraya adalah badan yang bebas. Jadi, saya rasa kalau ada pihak yang lain boleh menahan pula Suruhanjaya Pilihanraya daripada menjalankan tugas mereka dengan bebas, bermakna Sumhanjaya Pilihanraya tidak bebas. Jadi, ini satu perkara yang hams kita fikirkan yang mana bahawa dalam soal menambahkan kemsi ini, sehams dan sepatutnya tidak boleh ditolak oleh Dewan Negara, Dewan Rakyat ataupun Dewan Undangan Negeri untuk menunjukkan bahawa Suruhanjaya Pilihanraya ini bebas.

Saya telah jelaskan sebentar tadi bahawa ianya hanya dibawa ke Dewan semata-mata kerana hendak pinda Perlembagaan sahaja, kerana hendak tukar angka itu sahaja, sebab segala pindaan Perlembagaan itu mesti dibuat di dalam Dewan Rakyat, Dewan Negara dan Dewan Undangan Negeri. Jadi, bukanlah satu perkara yang begitu besar, yang hams diputuskan oleh Dewan. Tetapi oleh kerana sepertimana yang telah saya sebutkan, apa juga pindaan, sama ada komakah, noktahkah yang hendak dibuat kepada Perlembagaan itu memerlukan kepada 2/3,maka itulah sahaja sebabnyamengapa perkara ini dibawa ke dalam Dewan. Sepatutnya kalau mengikut pandangan saya, kalau dikatakan bahawa Sumhanjaya Pilihanraya ini adalah bebas, maka dia bebas. Dia hendak kata bahawa 10 tahun daripada sekarang tambah 20 kerusi lagikah, 30 kemsikah, itu terpulanglah kepada dia. Kalau dia terpaksa minta

keputusan kita, bermakna dia tidak bebas, bermakna dia dikuasai oleh kita, sama ada Kerajaan ataupun Pembangkang.

Jadi, inilah yang saya ht:ndak membangkitkan perkara ini supaya pihak Kerajaan memikirkan satu mekanisma yang mana jadikan Suruhanjaya Pilihanraya ini benar-benar Sumhanjaya yang bebas dan pindaan kepada jumlah angka itu di mana yang boleh, kalau boleh, pinda tanpa ianya dibawa ke dalam Dewan, kalau bolehlah. Sebab saya sebut sebentar tadi semata-mata dibawa ke Dewan kerana hendak tukar angka sahaja, bukan hendak min ta kebenaran sama ada kita setuju ataupun tidak setuju bahawa kemsi ini ditambah, bukan mintakelulusan daripada kita sebenarnya. Sebab kalau dia minta kelulusan daripada kita, bermakna dia tidak bebas. Bila dia tidak bebas, kita kontrol dia. Jadi, ini hujah saya mengapa saya rasakan bahawa perkara ini penting, kerana kalau perkara ini boleh dilakukan maka ianya sudah tentu dapcy diluluskan dalam masa dahulu. Sekarang ini kita tahu bahawa tidak dapat lulus kerana tidak ada persetujuan dari setengah-setengah pihak yang ada dalam Dewan.

Kedua, kalau sekiranyalah mekanisma yang telah saya sebutkan sebentar tadi tidak dapat dipertimbangkan, maka saya ingin mencadangkan iaitu kalau sekiranya sesuatu itu telah diputuskan oleh Dewan Rakyat, maka dia secara otomatik mesti diluluskan di peringkat negeri.

Saya tidak faham macam mana kalau kita memutuskan bahawa sesebuah negeri itu ditambahkan kerusi Parlimennya kepada dua. Tetapi di Dewan Undangan Negeri kerana ada pembangkang yang tidak bersetuju dengan pertukaran itu, maka tidak boleh dibuat di peringkat negeri. Jadi, macam mana kita hendak aturkan kerusi Dewan Undangan Negeri itu duduk dalam kerusi Parlimen.

749 7 JUN 1993 750

Hari ini kita tahu ada negeri-negeri satu kerusi Parlimen, dua kerusi Dewan Undangan Negeri. Satu Parlimen ada tiga kerusi Dewan Undangan Negeri, satu kemsi Parlimen ada em pat kemsi Dewan Undangan Negeri. Sebagai contoh katalah di Pulau Pinang, kita telah luluskan untuk menambahkan dua kemsi Parlimen, tetapi di peringkat Negeri dia tidak bembah sempadan, . macam mana kita hendak selaraskan? Sebab itu saya merasakan iaitu bahawa soal sama ada negeri itu terpaksa 'akur' ataupun tidak kepada keputusan Dewan Rakyat, say a rasa mes ti 'akur', kerana Dewan Rakyat itulah satu badan yang besar. Di antara Dewan Rakyat dengan Dewan Negeri, apakah Dewan Negeri boleh. 'frustrate', dengan izin, keputusan Dewan Rakyat. Saya rasa ini kita harus fikirkan sebab ini adalah soal politik, dan sebenarnya orang-orang yang telah menggubah Perlembagaan kita tidak pernah terfikir iaitu akan wujud segolongan ahli politik pembangkang yang singkat pemikirannya, sehinggakan apa juga yang dibuat oleh Kerajaan itu akan dibangkang oleh mereka. Kita tidak terfikir dan penggubal Perlembagaan juga tidak terfikir akan wujudnya manusia seperti ini, tetapi oleh kerana pada ketika ini hakikat atau realiti wujudnya pembangkang yang tidak tentu arah, seperti yang wujud di Sabah, di Pulau Pinang, danjuga di Kelantan, yang akan sentiasa menentang apajuga Kerajaan buat. Maka kita hams fikir kembali macam mana kita hendak menyelesaikan masalah ini, kerana apa? Kerana kalau ia berlaku sekarang, say a yakin dan percaya mungkin I 0 tahun daripada sekarang ia akan berlaku lagi. Sebab dalam soal ini, mungkin soal 'jurisprudence' kah atau sebagainya di antara keputusan Dewan Rakyat dengan Dewan U ndangan Negeri, mana yang lebih kuat?

Saya pun tidak faham iaitu di negara kita ini ada pula Perlembagaan Negeri. Kalau Perlembagaan Negeri bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan macam mana, yang mana kita hendak dengar?

Soalnya ialah percanggahan iaitu bahawa di dalam Dewan Rakyat, kita lulus katakanlah 7 kemsi Parlimen dengan 14 kemsi Dewan Undangan Negeri, tetapi pihak negeri tidak mahu terima. Dalam Perlembagaan N egeri hanya kata 5 kemsi Parlimen, cuma 10 kerusi Dewan Undangan Negeri sahaja, bermakna ini bercanggah. Jadi, percanggahan ini berlaku di antara Perlembagaan Negeri dengan Perlembagaan Malaysia yang mana harus mengatasi. Ini kita kena selesai sebab kalau kita tidak selesaikan perkara ini, bermakna bahawa Perlembagaan kita ini tidak teratur dan kita kata iaitu bahawa Perlembagaan Malaysia itu supreme, tetapi bila dibawa ke negeri, ia tidak supreme, sebab Dewan Undangan Negeri boleh membangkang apa yang telah diputuskan oleh Dewan Rakyat.

Tuan Yang di-Pertua, saya rasa pihak Kementerian hams memandang serius perkara ini, kerana mungkin di masa yang Ialu perkara ini tidak berbangkit, kerana di peringkat Malaysia kita menguasai 2/3, dahulunya di negeri-negeri kita menguasai Kerajaan Negeri dengan 2/3, tetapi keadaan sudah berubah.

Hari ini ada dua negeri yang tidak dikuasai oleh kita dan ada satu negeri yang mana kita kuasai, tetapi tidak ada 2/3 majoriti. Sebab itu, kita harus fikir kembali kerana untuk menjaga nama baik Suruhanjaya Pilihanraya ini yang sememangnya bebas, biarlah mereka benar-benar bebas, biarlah segala cadangan yang diberi oleh mereka itu adalah satu cadangan yang bebas, yang harus diterima olceh semua Dewan. Oleh kerana itu, kita harus fikir kembali mekanisma alternatif supaya perkara ini tidak akan berbangkit di masa-masa yang akan datang.

Dengan hujah-hujah itu, saya ingin menyatakan iaitu say a berdiri adalah untuk menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993. Terima kasih.

..

751 7 JUN 1993 752

Tuan Yang di-Pertua: Dipersilakan Dato' Azumu bin Tak.

3.55 ptg.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, say a juga ingin turut serta berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang bernama Suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan ini.

Tuan Yang di-Pertua, adalah terkenal bahawa Suruhanjaya Pilihanraya negara kita adalah Suruhanjaya yang bebas dan mempunyai kakitangan yang cekap untuk menjalankan urusan-urusan pentadbiran, dan urusan-urusan pilihanraya di negara kita, semenjak kita mengadakan beberapa kali pilihanraya. Sehinggakan baru-baru ini kita telah menolong negara lain untuk menjalankan kerja-kerja pilihanraya mereka. Maka dengan itu saya ingin mengambil peluang mi untuk mengucapkan tahniah kepada Pengerusi Suruhanjaya Pilihanraya dan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihanraya negara kita ten tang kecekapan dan penghormatan yang telah diberi oleh negara luar terhadap Suruhanjaya tersebut.

Sayamenyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) ini supaya diluluskan pada hari ini. Cuma say a hairan kepada angka '8' tahun baru boleh kita benarkan buat kajian. Perkara ini sudah lama ada dalam Perlembagaan kita, tetapi tidakkah boleh angka ini diubah daripada '8' hingga '15' tahun misalannya. Kerana kalau banyak sangat atau selalu sangat kajian dibuat, kemungkinan kesusahan bagi kita hendak mengetahui pada pilihanraya kita yang pertama di suatu kawasan 'A' misalannya, tetapi apabila kajian dibuat pada kali yang kedua atau pilihanraya yang kedua, maka kita tukar kawasan yang lain. Ini menyusahkan para pengundi, mungkin parti-parti politik boleh memberitahu di mana seseorang pengundi itu membuang undi, tetapi nama kawasan itu adalah pen ting, kerana ianya ada juga perasaan sentimental kepada

setiap seorang pengundi itu danjuga Ahli Parlimen yang berkenaan. Jika kerap sangat pertukaran berlaku ianya akan menjadi masalah dari segi pengetahuannya dan juga daripada segi urusan-urusan

peribadi yang berkenaan.

Sa ya bersetuju dengan pendapat sahabat saya Yang Berhormat Senator Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz tadi mengenai kuasa Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini. Kita hairan apabila Dewan Negara dan Dewan Rakyat telah meluluskan bilangan kerusi bagi sesuatu kawasan di peringkat Parlimen dan juga di peringkat Negeri, tetapi ada pula negeri yang membantah, yang tidak mahu bersetuju tentang perkara itu.

Saya ingin bertanya bagaimana implikasinya? Pada hari ini kita terbaca bahawa DAP telah menyatakan dengan terang-terang bahawa ia akan mencadangkan di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang untuk meminta Kerajaan menambah kerusi Dewan Undangan Negeri kepada 6 buah kerusi lagi. Walhal pada bulan Novembertahun yang lalu, Dewan itu telah membincangkan untuk menambah 3 buah kerusi lagi dan ditolak oleh ahli-ahli DAP sehinggakan Rang Undang-Undang itu tidak dapat diluluskan, kerana tidak mendapat undi 2/3 daripada Dewan yang mulia itu. Tetapi pada hari ini parti yang sama pula berkehendakan kerusi yang lebih untuk negeri itu dan dia juga berkehendakan kerusi Parlimen dua buah lagi. Tetapi masalahnya atau soal prinsipnya DAP bersetuju supaya di tam bah bilangan kerusi di kawasan Negeri Pulau Pinang. Kenapa apabila dibentangkan oleh Kerajaan mereka tidak bersetuju? lni membuktikan kepada kita bahawa DAP ini bukanlah sebuah parti yang hendak memperjuangkan kehendak-kehendak rakyat, tetapi cuma untuk kepentingan peribadi pemimpin-pemimpin mereka. Saya berharap supaya Kerajaan dapat bertindak sesuatu terhadap pemimpin­pemimpin seumpama ini supaya mereka

753 7 JUN 1993 754

itu lebih sedar dan lebih bertanggungjawab terhadap rakyat di dalam negara kita ini.

Saya bersetuju pendapat Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi supaya bagaimana kita boleh menguatkan peruntukan Perlembagaan kita di dalam membincangkan untuk membenarkan SPR mengkaji kawasan­kawasan pilihanraya ini. Sepatutnya Dewan Undangan Negeri-negeri tidak adakuasa langsung untuk membincangkan apa yang kita sudah putuskan, maka mereka terpaksalah menerimanya bulat­bulat.

Semua rakyat di negara ini berpuashati dengan apa yang saya katakan tadi terhadap pentadbiran Suruhanjaya Pilihanraya ini dan segala kajian-kajian yang mereka buat di masa-masa yang lalu telah memuaskan semua rakyat negara ini. Oleh itu, kenapakah ada pemimpin-pemimpin di peringkat negeri harus mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Pilihanraya ini?

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong pindaan Perlembagaan ini, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Haji Salleh bin Ali.

4.01 ptg.

Tuan Haji Salleh @ Hassan bin Ali: Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong usu! yang telah dicadangkan dan saya juga ingin bercakap tentang kebebasan SPR untuk menentukan penambahan Kerusi dan juga persempadanan kawasan.

SPR merupakan satu badan yang amat bebas di atas kebebasan inilah sama ada calon-calon daripada parti Kerajaan ataupun parti Pembangkang telah mencapai kemenangan. Maka adalah tidak logik kiranya terdapat parti-parti Pembangkang membangkang di atas kebebasan yang telah diperolehi oleh Suruhanjaya Pilihanraya - amat memalukan kita. Oleh sebab kebebasan Suruhanjaya inilah maka mereka ini telah

mendapat tempat di Dewan Rakyat dan di Dewan Negeri, akan tetapi mereka ini telah membangkang balik di atas kebebasan yang telah mereka nikmati. Ini adalah satu perkara yang amat memalukan.

Di samping itu, saya juga ingin mencadangkan supaya SPR dapat mengkaji dan mensempadankan kawasan-kawasan bukanlah mengikut jumlah pengundi tetapi juga perlu diambilkira keluasan kawasan, kerana khidmat Wakil-wakil Rakyat amatlah perlu. Sekiranya sesuatu kawasan itu terlalu luas dan kawasan itu tidak mempunyai kemudahan asas yang secukupnya, maka adalah amat sukar bagi Wakil-wakil Rakyat yang dipilih untuk memberi khidmat dengan baik dan sempurna. Adalah dicadangkan persempadanan kawasan pilihanraya ini dapat dikaji dengan sebaik mungkin supaya dapat ditimbangkan dan kepada kepentingan rakyat itu sendiri dapat diberi khidmat yang baik.

Saya,denganinimenyokongusulyang dicadangkan. Sekian.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan Hanipah bin Ahmad.

4.05 ptg.

Tuan Hanipah bin Ahmad: Tuan Yang di-Pertua, sayajuga bangun untuk mengambil kesempatan membahas Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) yang dibawa pada hari ini.

Tuan Yang di-Pertua, sepertimana yang diperkatakan oleh saudara-saudara saya tadi, SPR adalah satu badan yang bebas dan saya mempercayai semua tindakan­tindakan yang telah diambil oleh SPR adalah memenuhi kehendak keadilan rakyat di negara kita ini. Oleh sebab itulah perhatian khusus diberikan supaya penyemakan kawasan pilihanraya diadakan untuk memberi peluang kepada

. ,,

755 7 JUN 1993 756

rakyat menyempurnakan hak-hak selaku warganegara di negara Malaysia.

Sayajuga bersetuju dengan pendapat yang disuarakan o1eh saudara saya tadi supaya pihak SPR, khususnya pihak Kerajaan mencarijalan atau mepgadakan satu mekanisme yang membolehkan supaya keunggulan Dewan Rakyat dan Dewan Negara ini menjadi satu keputusan yang muktamad, tidak lagi perlu untuk kita bawa kepada peringkat negeri untuk menentukan satu kaedah yang lain di dalam penentuan perkara-perkara yang sebegini.

Sayajuga mengharapkan supaya SPR sepertimana yang kita difahamkan adalah satu badan yang bebas dan di atas kebebasan SPR, inilah yang membolehkan perjalanan pilihanraya di negara kita ini dapat berjalan dengan begitu baik dan dengan kebaikan inilah ada negara-negara yang ingin mendapatkan khidmat daripada SPR bagi membolehkan negara-negara yang berkenaan juga dapat menjalankan kaedah pilihanraya yang sama yang telah dijalankan di negara kita.

Kita juga mengharapkan, disebabkan pilihanraya ini melibatkan pengundi­pengundi, makakita mengharapkan supaya SPR akan mengambil perhatian supaya Daftar Pengundi akan dapat disempurnakan supaya ia dapat menyempurnakan kaedah-kaedah yang begitu baik semasa pilihanraya diadakan.

Perkara yang akan dipertikaikan nan ti, sepertimana yang diperkatakan oleh saudara saya Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed N azri tadi, apabila kedudukan peraturan ini dibawa pula di peringkat negeri. Kerana kita memahami pada hari ini satu kenyataan dari negeri Pulau Pinang iaitu satu suara daripada DAP mengatakan, pada Dewan yang akan datang DAP akan membawa satu cadangan supaya tambahan Kerusi diadakan untuk Dewan Negeri sebanyak 6 buah yang mana pada masa

yang lepas satu cadangan untuk menambah sebanyak 3 buah Kerusi dan saya percaya ini akan menjadi satu perkara yang akan dipertikaikan balik di peringkat Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Saya percaya, SPR dengan kebijaksanaan yang ada dan juga Kerajaan akan mencari jalan supaya perkara-perkara yang ditimbulkan ini tidak akan menggugat kedudukan SPR danjuga Kerajaan sendiri. Oleh yang demikian, saya menyokong di atas pindaan ini dan saya berharap kebijaksanaan SPR akan mendapat sokongan daripada semua golongan rakyat di negara Malaysia. Sekian, terima kasih.

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Tuan K. Munisamy.

4.08 ptg.

Tuan K. Munisamy: Tuan Yang di-Pertua, sebelum say a menyokong Rang U ndang-undang yang bernama suatu Akta untuk meminda Perlembagaan Persekutuan, saya ingin membuat sedikit cadangan, iaitu dengan menambahkan Fasal baru (3B ), Suruhanjaya Pilihanraya dapat menambahkan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.

Tuan Yang di-Pertua, sejak tahun 1955, bilangan anggota Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri semakin bertambah supaya mengambilkira mana­mana kawasan pilihanraya yang tertentu oleh pertambahan itu. Bilangan anggota dalam Kabinet Kerajaan Barisan Nasional juga bertambah. Sebaliknya bilangan anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri tidak bertambah. Apa yang saya hendak cadangkan di sini ialah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri patut ditambah untuk memenuhi keperluan semasa. Pada pendapat saya penambahan ini dapat mengatasi masalah pertambahan beban kerja.

Tuan Yang di-Pertua, dengan ini saya menyokong Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993.

757 7 JUN 1993 758

Tuan Yang di Pertua: Tiada sesiapa lagi yang ingin berucap? Tiada! Saya minta Setiausaha Parlimen menjawab.

4.09 ptg.

Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana Menteri (Tuan Douglas U ggah Embas): Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengucapkan setinggi terima kasih kepada beberapa Yang Berhormat yang telah memberikan pandangan kepada pindaan Perlembagaan ini, iaitu Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri, Yang Berhormat Tuan K. Munisamy, Yang Berhormat Tuan Haji Salleh dan Yang Berhormat Dato' Azumu bin Tak.

Sa ya ucap terima kasih atas pandangan dan teguran mereka dan ianya akan diambil perhatian oleh SPR. Saya hanya ingin menjawab beberapa perkara yang telah disentuh. Mulanya dengan ucapan dari Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi dan beberapa Yang Berhormat yang menyentuh mengenai kebebasan SPR.

Memang termaktub dalam Per­lembagaan kita, Suruhanjaya Pilihanraya di negara kita adalah satu badan yang bebas. Mereka bebas menjalankan tugas pilihanraya. Mereka juga bebas untuk menyusun semula persempadanan pilihanraya di negara kita. Kita berbangga kerana selama ini ada cubaan dari pihak­pihak yang tertentu, khasnya pihak Pembangkang untuk mempertikaikan kebebasan SPR ini. Tetapi selama ini mereka hanya dapat membuat tuduhan melulu tan pa bukti yangjelas. Juga mereka tidak ada bukti yang cukup untuk membuktikan bahawa SPR kita adalah tidak bebas. Tiap-tiap pilihanraya kita mendengar suara sumbang dari parti Pembangkang bahawa SPR ini tidak bebas. Tetapi kebebasan SPR adalahjelas apabila beberapa orang parti Pembangkang dapat duduk di Dewan Rakyat ataupun menang pilihanraya dan seterusnya mendapat kerusi dalam Dewan Undangan Negeri.

Kalau SPR tidak bebas, kalau SPR bertindak hanya mengikut telunjuk Barisan Nasional, memang kita tidak boleh memberi mereka beberapa kerusi. Te ta pi hakikatnya adalah bahawa SPR bebas menjalankan tugas. Apabila mereka menjalankan tugas, mereka haruslah menjalankan tugas mengikut apa yang termaktub dalam Perlembagaan kita.

Perlembagaan kita jelas memberi kuasa kepada SPR menentukan mengenai perjalanan pilihanraya ataupun mengenai hal prosedur untuk membuat per­sempadanan semula, ataupun mengenai pendaftaran pengundi-pengundi. SPRjuga bertindak mengikut Perlembagaan dan bukan mengikut kehendak mana-mana parti politik ataupun atas desakan mana­mana pihak.

Saya ingin mengucap setinggi terima kasih atas ucapan sanjungan kepada SPR; dan SPR memang akan cuba sedaya­upayanya menjalankan tugas seboleh­bolehnya untuk menentukan bahawa demokrasi di negarakita ini sentiasa hid up dan subur, dan dapat kita banggakan sehingga ...... .

TuanHajiMohamedNazribinAbdul Aziz: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, tunggu sebentar, ada yang minta penjelasan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya hendak minta penjelasan sedikit. Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menyebutkan bahawa ada tuduhan daripada pihak Pembangkang yang mengatakan bta mendesak Suruhanjaya dalam beberapa perkara. Sebelum saya bertanya, say a menyatakan di sini selama hari ini bahawa apa yang telah dicadangkan oleh Suruhanjaya Pilihanraya, kalau Suruhanjaya Pilihanraya kata tambah 20 Kerusi, maka Barisan Nasional bawa dalam Parlimen, maka kita adakan mesyuarat dan kita

759 7 JUN 1993 760

cadangkan 20 Kerusi Parlimen tambahan, itu maknanya kita telah diarah oleh Suruhanjaya - bukan kita desak Suruhanjaya Pilihanraya untuk menambah 20 Kerusi. Saya ingin bertanya kepada Yang Berhormat iaitu ura-ura yang mengatakan bahawa dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang aka11 datang, DAP mahu cadangkan 6 Kerusi tambahan bagi Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Apakah cadangan ini merupakan desakan dan campurtangan daripada pihak DAP dalam perjalanan kebebasan Suruhanjaya Pilihanraya?

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, saya minta izin dari Yang Berhormat untuk menjawab perkara itu apabila saya sampai kepada isu DAP, kerana ianya telah disentuh oleh Yang Berhormat Dato' Azumu tadi.

Menyambung mengenai kebebasan pilihanraya, kita rasa berbangga kerana SPR telah berjaya menegakkan kebebasan pilihanraya - menegakkan hak rakyat sebagai rakyat Malaysia untuk membuat keputusan untuk menentukan sistem pemerintahan di negara kita ini. Kita juga berbangga kerana ada pula negara lain ingin hendak menggunakan pengalaman SPR untuk membentuk sistem pilihanraya di negara mereka. ltulah keutuhan dan kecekapan SPR. Ini terbukti sehingga pada satu pilihanraya dahulu pemah dijemput pemerhati dari luar negara untuk memerhatikan perj alanan pilihanraya kita dan mereka berpuas hati. Ini membuktikan bahawa perjalanan pilihanraya kita pada semasa itu adalah bebas, iaitu rakyat diberi peluang untuk memilih wakil mereka, untuk memilih bentuk pemerintahan mereka mengikut kehendak mereka tanpa apa-apa desakan atau penyelewengan seperti yang di tu duh oleh parti Pembangkang.

Tuan Yang di-Pertua, Tuan Haji Mohamed Nazri tadi juga menimbulkan mengenai perkara mengapa kita perlu membawa Akta ini kepada Dewan. Saya

ingin menjelaskan di sini bahawa Akta ini pada hari ini, selepas diluluskan oleh Dewan Rakyat, perlu dibawa kepada Dewan Negara untuk memberi kuasa kepada SPR untuk membuat per­sempadanan semula selepas pembatalan notis persempadanan semula yang telah diwartakan pada 26hb November, 1992 dibatalkan.

Untuk maklumat Yang Berhormat, di sini pembatalan itu adalah perlu kerana pihak berkenaan telah mendapati bahawa ada pertindihan dalam undang-undang berkenaan. Tindakan ini bukan kerana desakan ataupun kerana ada beberapa pihak yang tidak bersetuju. Parti Pembangkang memang cuba hendak mengambil kredit mengenai perkara ini dan membuat berbagai tuduhan. Tetapi sebenamya, itu semua adalah tuduhan melulu, tidak benar, dan keputusan SPR untuk membatalkan no tis persempadanan semula yang diwartakan pada 26hb November, 1992 adalah semata-mata untuk menetukan bahawa proses persempadanan kita adalah dijalankan mengikut lunas-lunas undang-undang. Kalau mereka tidak membatalkan notis pada mas a itu, mungkin .......... .

Dato' Azumu bin Tak: (Bangun)

Tuan Yang di-Pertua: Ya.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Adakah dengan pembatalan itu, membuktikan kecekapan pentadbiran SuruhanjayaPilihanrayakita?

Tuan Douglas Uggah Embas: Ya, saya bersetuju dengan Yang Berhormat tadi, ini satu kecekapan. Juga ini satu tindakan yang berani untuk mengaku di mana ada kesilapan, bahawa kesilapan itu kita baiki supaya kita tidak akan menghadapi apa-apa masalah pada masa akan datang. Oleh yang demikian, maka apa-apa tuduhan dari pihak Pembangkang yang menyentuh mengenai perkara ini adalah memang tidak benar sama sekali.

761 7 JUN 1993 762

Dengan kita meluluskan Rang Undang­undang ini, maka SPR dapat sekali lagi menyusun tindakan mereka dan mengambil tindakan untuk membuat persempadanan semula yang harus diadakan mengikut kehendak Per­lembagaan selepas tempoh 8 tahun.

Satu lagi perkara yang disentuh adalah mengenai keputusan Parlimen harus muktamad mengenai menentukan Kerusi Parlimen. Memang keputusan Parlimen untuk meminda Perkara 46 yang dibuat dalam sesi Parlimen yang lepas masih berjalan. Pemindaan Rang Undang­undang ini tidak menyentuh sama sekali mengenai penambahan Kerusi yang kita telah buat apabila Perkara 46 dipinda pada tahu~ 1992, di sesi yang lepas tetapi Parlimen hanya berkuasa untuk meminda Perkara 46 mengenai kedudukan Kerusi Parlimen. Sama ada Kerusi Dewan Undangan Negeri dipinda, ditambah atau tidak, itu terpulang kepada Dewan Undangan Negeri itu sendiri. Mengikut Perlembagaan kita sekarang, kita tidak dapat membuat apa-apa mekanisme, tetapi Kerajaan akan mengambil perhatian dan mengkaji bagaimana mekanisme­mekanisme tertentu yang boleh kita buat untuk menentukan kehendak Parlimen dapat kitajalankan. Dalam erti kata lain, kita akan terns menegakkan supremacy Parlimen di negara kita sebagai badan induk memerintah negara dan apa-apa keputusan Parlimen tidak harus dipersoalkan di mana-mana tempat atau tidak digunakan oleh Dewan Undangan Negeri di negeri-negeri yang lain.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, penjelasan. Di dalam masalah ini, di masa bulan Oktober apabila Dewan Rakyat membincangkan soal penambahan Kerusi dan sebagainya, Ahli OAP ada bersama. Sungguhpun mereka mem­bangkang pertambahan Kerusi di Dewan Rakyat pada ketika itu, tetapi Ahli yang sama adalahjuga Ahli Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang.

Oleh itu, saya ingin bertanya kepada Kerajaan, tidakkah boleh Jawatankuasa Tatatertib mengambil tindakan terhadapnya di Dewan Rakyat kerana apabila Dewan Rakyat telah membuat keputusan, apabila keputusan itu pergi ke Dewan Negeri, Yang Berhormat Ahli Pembangkang yang sama pula tidak bersetuju. Maka ini bercanggah dengan keputusannya sendiri kerana pendapat saya, apabila Dewan Rakyat sudah membuat keputusan sungguhpun dia membangkang, maka sebagai seorang Ahli, dia terpaksajuga bersetuju tentang keputusan Dewan Rakyat itu.

Maka, jika dia membangkang di peringkat Dewan Negeri, adalah salah dari segi demokrasi berparlimen. Oleh itu, tindakan tatatertib boleh dibuat di peringkat Dewan Rakyat. Adakah Kerajaan bercadang supaya tindakan seumpama ini boleh dibuat khususnya terhadap Lim Kit Siang? Terima kasih.

Tuan Douglas Uggah Embas: OAP ini memang dia di tempat yang lain, dia pun warna lain. Maka, tindakan mereka pun begitu juga. Tetapi saya akan menjawab dengan lebih panjang apabila saya menjawab soalan Yang Berhormat nanti mengenai OAP ini.

Yang Berhormat Dato' Azumu tadi menimbulkan sama ada kita harus mengubah lat 8 tahun yang perlu kita membuat persempadanan semula. Ingin saya memberitahu Dewan ini, bahawa mengikut Perlembagaan Perkara 113(2), persempadanan semula ini boleh dijalankan selepas 8 tahun. ltu terpulang kepada SPR untuk menentukan sama ada persempadanan semula itu perlu atau tidak, tetapi masa 8 tahun itu dianggap cukup panjang kerana pada masa yang sama penduduk pun bertambah, corak ekonomi pun bertambah, pembangunan negara kita pun bertambah. Maka hasil pertambahan itu adalah perlu untuk SPR mengkaji dari masake semasa sama ada persempadanan semula itu adalah sesuai atau tidak. Sama

763 7 JUN 1993 764

ada kawasan-kawasan pilihanraya cukup untuk menentukan hak rakyat yang duduk di bandar, khasnya di luar bandar, cukup diwakili sama ada rakyat di luar bandar dapat perkhi dmatan yang cukup dari W aki l Rakyat mereka dan dari masa ke semasa, perkara ini sentiasa dikaji untuk menentukan bahawa sistem demokrasi kita terns berjalan lancar, bahawa tidak ada rakyat pun merasa dia tertinggal ataupun sengaja ditinggalkan.

Perkara kedua ialah mengenai DAP yang meminta menambah Kerusi sekarang, walaupun mereka telah tidak bersetuju dengan penambahan Kerusi apabila Rang Undang-undang itu dibentang di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang. Kita tahu DAP ini memang sentiasa mencari modal, dari mana mereka dapat "political mileage". Maka pada masa itu, mereka merasa mereka harus menentang dan sekarang mereka hendak mengambil kredit untuk menambah Kerusi.

Saya rasa, rakyat Pulau Pinang harus sedar mengenai permainan DAP yang terbukti hanya mementingkan parti mereka sendiri, hanya mementingkan perjuangan politik mereka sendiri dan tidak memperdulikan sama ada mereka memperdayakan rakyat atau tidak. Rakyat Pulau Pinang harus memahami dan sedar sekarang bahawa DAP ini hanya ber­main politik. Bukan politik untuk membangunkan rakyat, bukan politik unttik membawa kesejahteraan kepada rakyat tetapi politik untuk mengekal kuasa kepada mereka sendiri dan mencarijalan bagaimana mereka dapat membuat kacau­bilau di negeri Pulau Pinang. Apa soalan Tuan Haji Nazri tadi mengenai DAP?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Soalan say a, ada orang mengatakan bahawa Kerajaan mempengaruhi SPR. Tetapi saya sebut bahawa kalau Kerajaan Barisan Nasional bawa dalam Dewan Rakyat, mahukan dipinda Perlembagaan kerana ada penambahan 20 Kerusi, itu ialah di atas arahan daripada SPR.

Bermakna Barisan Nasional tidak pernah campurtangan ataupun mempengaruhi SPR untuk berapakah Kerusi yang harus di tam bah.

Jadi, soalan saya di sini, kalaulah sekiranya kita dengar bahawa Parti DAP di dalam sidang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang yang akan datang mencadangkan supaya ditambahkan 6 Kerusi, tidakkah cadangan DAP ini merupakan campurtangan dan cuba hendak mempengaruhi SPR tentang berapakah jumlah Kerusi yang harus diberikan kepada Pulau Pinang? ltu soalan saya.

Tuan Douglas Uggah Embas: Memang cubaan DAP ini adalah satu cubaan untuk campurtangan dengan hal­ehwal SPR kerana mereka ini dalam pandangan mereka, apa-apa perkara yang menguntungkan mereka, apa-apa perkara yang dapat memberikan "political mileage" kepada mereka, adalah baik. Apa-apa tindakan BN sentiasa dianggap sebagai satu campurtangan. Inilah politik DAP dan pada DAP, kalau dia dapat membuat berbagai-bagai campurtangan, dia memang suka untuk membuat campurtangan kerana itu adalah cara mereka untuk membuat kacau-bilau kepada politik di negara kita ini.

Tuan Haji Salleh tadijuga menyentuh mengenai kebebasan pilihanraya dan SPR, dan saya juga ingin menjelaskan di sini bahawa dalam menyusun semula persempadanan kita, SPR adalah berpandu kepada J adual Ketiga Be las Perlembagaan kita untuk menentukan sempadan kawasan pilihanraya dan jumlah penduduk di kawasan masing-masing.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Mesyuarat)

Yang Berhormat Tuan Hanipah bin Ahmad juga menyentuh mengenai keunggulan Parlimen yang saya telah jawab tadi. Beliau juga mencadangkan bahawa kaedah-kaedah disempurnakan

765 7 JUN 1993 766

seperti yang dicadangkan oleh Tuan Haji Mohamed Nazri; ingin saya menjelaskan di sini bahawa Kerajaan dari masa ke semasa, begitu juga SPR dari masa ke semasa memang mencari jalan bagaimana kaedah-kaedah untuk menguruskan Suruhanjaya Pilihanraya dapat dipertingkatkan. Misalnya, dalam mendaftar pengundi-pengundi. Mereka sekarang telah menggunakan komputer dan menggunakan kaedah-kaedah yang lebih cekap untuk menentukan bahawa setiap pengundi yang layak mengundi dapat mengundi. Begitu juga untuk menyelesaikan berbagai masalah seperti pertindihan pengundi-pengundi danjuga mengenai pengundi-pengundi yang mendaftar di dua atau tiga temp at. Kaedah~ kaedah ini juga perlu untuk menentukan bahawa keutuhan SPR makin sehari semakin baik dan dapat kita banggakan, seperti saya katakan mula tadi.

Yang Berhormat Tuan Hanipah bin Ahmad juga menyentuh mengenai DAP yang cuba hendak menambah kerusi Pulau Pinang. Saya rasa itu saya telah jawab; akan say a jelaskan bahawa ianya adalah merupakan permainan politik parti DAP untuk mencari modal politik kerana dalam pan dang an say a ................ ..

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Rahim bin Baba: Tuan Yang di-Pertua, mengikut jawapan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi mengenai kedudukan pengundi-pengundi; jadi dalam kaedah yang ada sekarang, Kerajaan tidak mewajibkan seseorang itu mendaftar sebagai pen gun di dan juga tidak diwajibkan keluar mengundi. Jadi, untuk memberi hak kepada semua rakyat bersuara di negara ini, adakah Kerajaan bercadang untuk menj adikan pendaftaran pengundi ini sebagai suatu yang wajib dan selepas itu bukan hanya seseorang itu wajib mendaftar, tetapijuga seseorang itu wajib keluar mengundi menggunakan

haknya di dalam setiap pilihanraya? Adakah Keraj aan bercadang untuk mengadakan peruntukan-peruntukan ini?

Tuan Douglas Uggah Embas: Terima kasih. Memang satu kemungkinan untuk kita mewajibkan rakyat negara ini untuk mendaftar dan selepas itu mewajibkan mereka mengundi. Tetapi, kalau kita berbuat demikian, maka ia akan bercanggah dengan Perlembagaan kita yang memberi kebebasan untuk rakyat untuk memilih sama ada untuk mendaftar sebagai pengundi dan sama ada untuk mengundi semasa pilihanraya.

Jadi, setakat sekarang, kita masih berpegang kepada hak asasi individu yang diberi oleh Perlembagaan kita kepada rakyat Malaysia. Apa yang parti Barisan Nasional boleh buat khasnya kepada penyokong-penyokong kita, ialah membantu SPR dengan seberapa yang boleh supaya semua penyokong­penyokong kita dapat didaftar sebagai pengundi dan apabila masa pilihanraya, mereka (BN) juga harus menentukan mereka ini turun mengundi supaya kita dapat kemenangan dalam kawasan tersebut.

Jadi, dengan beberapa perkara yang saya telah jelaskan tadi, saya sekali lagi ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa Ahli Yang Berhormat yang telah bercakap dan memberi pandangan. Dan apa-apa perkara yang saya tidak sempat jelaskan di sini akan diambil perhatian oleh SPR dan juga Kementerian supaya dapat diambil tindakan. Dengan itu, sekali lagi saya mengucapkan terima kasih kepada Yang Berhormat yang telah bercakap. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang kedua sekarang dan mengikut Peruntukan Fasal (3), Perkara 159 Perlembagaan, Rang U ndang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993

''

767 7 JUN 1993 768

ini memerlukan sokongan kepada bacaan kali yang kedua dan ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang daripada 2/3 jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini. Saya mengemukakan masalah ini bagi diputuskan.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana masalah ini amat penting, saya cadangkan Dewan ini memutuskan masalah di hadapan kita ini secara berbelahbahagi. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kita perlukan lapan sokongan. Sila bangun, lapan orang.

(Lebih dari 8 Ahli bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Lebih dari 8 orang. Baik. Jadi, Setiausaha, harap uruskan berbelahbahagi dan pengundian.

Loceng dibunyikan.

Dewan berbelahbahagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat penghitung-penghitung undi, sila ambil tempat masing-masing untuk menjalankan undian sekarang.

Pengundian dijalankan.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, ini adalah keputusannya. Ahli-ahli Yang Bersetuju ialah 51; (Tepuk) Yang Tidak Bersetuju: Tiada; Yang Tidak Mengundi: Tiada. (Tepuk) Lebih daripada 2/3 jumlah undi Ahli yang bersetuju . (Tepuk)

YANG BERSETUJU

YANG TIDAK BERSETUJU TIA DA

YANG TIDAK MENGUNDI TIADA

Timbalan Yang di-Pertua: Rang Undang-undang ini dibacakan kali Yang Kedua sekarang.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang kedua dan diserahkan kepada Dewan sebagai Jawatankuasa.

Dewan bersidang dalam Jawatan­kuasa.

(Timbalan Yang di-Pertua mem­pengerusikan Jawatankuasa)

Fasal 1 hingga4 diperintahkan menjadi sebahagian daripada Undang-undang.

Majlis Mesyuarat bersidang semula.

Bacaan Kali Yang Ketiga

Tuan Douglas Uggah Embas: Tuan Yang di-Pertua, saya mohon me­maklumkan bahawa Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993 telah ditimbangkan dalam Jawatankuasa dan telah dipersetujukan tanpa pindaan.

Saya mohon mencadangkan iaitu Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Tuan Yang di-Pertua, saya mohon menyokong.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, seperti bacaan yang kedua tadi say a ingin mencadangkan supaya Dewan ini berbelahbahagi sekali lagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Sa ya ingat sebelum daripada ini saya hendak buat pengumuman sedikit, kemudian Yang Berhormat boleh membuat cadangan selepas kenyataan ini.

Ahli-ahli Yang Berhormat masalahnya ialah bahawa Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga sekarang dan mengikut Peruntukan Fasal (3) Perkara 159 Perlembagaan, Rang Undang-undang Perlembagaan (Pindaan) (No. 2) 1993

769 7 JUN 1993 770

ini memerlukan sokongan kepada bacaan kali yang kedua dan ketiga dengan undi sebanyak tidak kurang dari 2/3 dari jumlah bilangan Ahli Majlis Dewan ini.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, sayacadangkan supaya Dewan kita bersidang berbelahbagi.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, oleh kerana telah ada permintaan untuk belahbahagian, maka mengikut Peruntukan Peraturan Mesyuarat 45(4), saya perlukan lapan sokongan, dan saya minta Ahli-ahli Yang Berhormat yang hendak berbelahbahagian itu ban gun di tempatmasing-masing. (Lebihdaripada 8 Ahli bangun) Ya, lebih daripada lapan orang. Kita teruskan kepada proses pengundian dan harap bunyikan loceng.

Loceng dibunyikan.

Dewan berbelahbagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat penghitung-penghitung undi. sila ambil tempat masing-masing untuk menjalankan undian sekarang.

Pengundian dijalankan.

Timbalan Yangdi-Pertua: Ahli-ahli Berhormat, inilah keputusannya: Ahli­ahli Yang Bersetuju ialah 51; (Tepuk) Yang Tidak Bersetuju: Tiada; Yang Tidak Mengundi: Tiada. Lebih 2/3 jumlah undi yang bersetuju.

YANG BERSETUJU:

Tuan Haji Abdul Salam Awang

Datuk Haji Ahmad Haji Abdullah

Tuan Haji Ahmad Zahid Hamidi

Datuk Haji Annuar Musa

Dato' Azumu Tak

Tuan Michael Bong Thiam Joon

Puan Hajjah Che Pora Haji Omar

Tuan Chong Chi Siong @ Chong Fah

Tuan Haji Dol bin Dollah

Tuan Ding Seling

Tuan Fu Ah Kiow

Dato' Gan Tiew Bock

Tuan Ghazali bin Haji Embong

Tuan Hanipah Ahmad

Tuan Ho Cheng Wang

Tuan Ibrahim bin Daud

Tuan Isli bin Haji Siput

Tuan Itam W ali

Tuan Haji Jamaluddin bin Haji Ahmad

Tuan Johan B. 0. T. Ghani

Puan Kalthom binti Haji Othman

Tuan Haji Mohamed Nazri Abd. Aziz

Tuan Mohd. Zain bin Haji Mat Daud

Tuan Munusamy all Kuppan

Tuan Haji Mustapa Mohamed

Dato' (Ir.) Ng Thiam Hock

Puan Hajjah Rahaiah binti Baheran

Tuan Rahim bin Baba

Puan Hajjah Rahmah binti Salleh

Puan Rosalind Yau Shuk Meng

Dato' S. Subramaniam

Tuan Saad Haji Man

Tuan Saidin bin Mohamad

Dr. Sak Cheng Lum

Tuan Haji Salleh @ Hassan Ali

Puan Sri Sarasa alp. Velu

Tuan V. K. Sellappan

Puan Hajjah Selemiah Hashim

Tuan Shuib bin Endut

..

..

771 7 JUN 1993 772

Tuan Neo Tuan Cheng

Tuan Haji Shuib bin Shawal

Dato' Soong Siew Hoong

Datuk Douglas Sullang ak. Ganda

Tuan Syed Abdul Hamid Sagaff

Tuan Tiong Thai King

Tuan K. Vijayanathan

Datin Hajjah Wan lntan binti Haji Wan Ahmad Tajuddin

Dato' William Chek Lin Kwai

Datuk David Yeoh Eng Hock

Tuan Haji Zainal Md. Deros

Puan Hajjah Zaleha Hussin

YANG TIDAK BERSETUJU:

TIADA

YANG TIDAK MENGUNDI:

TIADA

Timbalan Yang di-Pertua: Rang Undang-undang ini dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan sekarang.

Rang Undang-undang dibacakan kali yang ketiga dan diluluskan.

RANG UNDANG-UNDANG PENGAMBILAN TANAH

(PINDAAN)

Bacaan Kali Yang Kedua dan Ketiga

4.55 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua, saya memohon mencadangkan iaitu suatu Akta untuk meminda Akta Pengambilan Tan ah, 1990 dibacakan kali yang kedua sekarang.

Tuan Yang di-Pertua, Rang Undang­undang ini bertujuan untuk meminda subseksyen (2), Syeksyen 1 dalam J adual Pertama, Akta Pengambilan Tanah, 1990. Pindaan ini dibuat adalah kerana di bawah peruntukan yang sedia ada, mana-mana tanah pemilik yang diambil balik bagi apa-apa maksud, maka nilai pampasannya hendaklah mengikut harga pasaran tanah. lni bermaknajika tanah yang mempunyai tanah ataupun monument bersejarah yang telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba, 1976 yang hendak diambil balik oleh Kerajaan bagi maksud untuk dikekalkan sebagai bangunan bersejarah, Kerajaan terpaksa membayar pampasan mengikut nilai pasaran yang tinggi. Keadaan yang merugikan Kerajaan ini adalah tidak wajar memandangkan tanah dan bangunan bersejarah tersebut hendaklah digunakan oleh Kerajaan bagi maksud komersil, sebaliknya bagi maksud awam sebagai warisan sejarah nasional.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan hanya bercadang mengambil balik tanah-tanah persendirian yang telah diwartakan di bawah Akta Benda Purba, 1976 sekiranya hartanah atau bangunan tersebut tidak dijaga dengan baik atau terbiar sekian lama sehingga mungkin akan roboh dan luput identiti sejarah atau purbanya. Sekiranya hartanah atau bangunan berkenaan dengan baik, maka pemiliknya akan terus memilik hartanah berkenaan. Di bawah pindaan ini, diperuntukkan bahawa dalam menentukan nilai pampasan tanah hendaklah diambil kira apa-apa sekatan, larangan atau kehendak yang dikenakan dalam suratan hak milik tanah dan di bawah Akta Benda Purba, 1976. Dengan yang demikian, pindaan Subseksyen (2), Seksyen I dalam Jadual Pertama, Akta Pengambilan Tanah, 1990 ini akan memberi kesan pengurangan nilai pasaran hartanah berkenaan. Dengan pindaan inijuga, pengambilan balik tanah­tanah yang telah diwartakan di bawah Seksyen 15, Akta Benda Purba, 1976

773 7 JUN 1993 774

tidak akan menyebabkan tanah-tanah itu setanding dari segi nilai, harga pampasan dengan tanah-tanah di kawasan berhampiran dengannya yang tidak diwartakan sebagai tapak atau monument bersejarah.

Tuan Yang di-Pertua, saya mohon mencadangkan.

Setiausaha Parlimen Kementerian Kewangan (Tuan Mustapa bin Mohamed): Saya mohon menyokong.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, masalah di hadapan Majlis ialah suatu Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1990 di bacakan kali yang kedua sekarang dan terbuka untukdibahas. Yang berhormat Tuan Rahim bin Baba.

4.59 ptg.

Tuan Rahim bin Baba: Terima kasih, Tuan Yang di-Pertua. Saya bangun untuk membahas dan seterusnya menyokong Akta yang dinamakan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992. Sepertimana yang telah pun dijelaskan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sebentar tadi, Akta ini adalah bertujuan untuk meminda dan menggantikan Subseksyen (2), Seksyen 1 dengan perkataan-perkataan seperti yang telah pun dijelaskannya sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, saya faham apa yang telah pun diterangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen tadi tentang tujuan Kerajaan meminda Akta Pengambilan Tanah tahun 1990 di mana Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telah pun menerangkan betapa susahnya apabila Kerajaan terpaksa membayar dengan harga yang tinggi, apabila mengambil tanah­tanah purba ataupun yang ada kaitan dengan sejarah yang ditinggalkan dan tidak dijaga dengan baik oleh tuan punyanya.

Tetapi, Tuan Yang di-Pertua, say a in gin bertanya kepada Setiausaha Parlimen mengenai subseksyen (2) (a) iaitu:

"(2) In assessing the market value-

( a) the effect of any express or implied condition of title restricting the use to which the scheduled land may be put; and"

Saya dapati apabila Yang Berhormat Setiausaha Parlimen menjelaskan tentang Akta ini, beliau hanya menitikberatkan tentang tanah purba ataupun tanah-tanah peninggalan sejarah. Saya menaruh kebimbangan apakah sub-seksyen (2) (a) ini juga akan melibatkan Tanah-tanah Simpanan Melayu ataupun Tanah-tanah Adat sepertimana yang terdapat di Negeri Sembilan.

Saya menimbulkan ini kerana pada tahun 1982, kita telah pun meminda Land Acquisition Act di mana di dalam First Schedule, Seksyen 2( a) ada tersebut:

"2( a) In assessing the market value of any scheduled land which is Malay Reservation under any written law relating to Malay Reservation or Malay holding under the Malay Reservation Enactment of Terengganu or Customary Land in the State ofNegeri Sembilan, or the State of Melaka, the fact that it is such Malay Reservation Land, a Malay holding or Customary Land shall not be taken into account."

lzinkan saya menterjemahkan, bermaknanya pada tahun 1982 kita telah pun meminda Akta Tanah di mana apabila Kerajaan mengambil tanah-tanah kepunyaan Malay Reservation Land, nilaian Malay Reservation Land itu tidak akan diambilkira. Jadi, apakah dengan pindaan ini, pindaan "the effect of any express or implied condition of title

775 7 JUN 1993

restricting the use to which the scheduled land ..... " akan terlibat juga Malay Reservation Land, Tanah-tanah Simpanan kepunyaan orang-orang Melayu. Kerana, saya bimbang dan kuatir kalau-kalau ian ya juga melibatkan Tanah-tanah Simpanan Melayu.

Sa ya masih ingat lagi, pada tahun 1982 apabila kita meminda Land Acquisition Act 1960, pada masa itu ramai pemilik­pemilik Tanah Simpanan Melayu komplen kepada Ke raj aan, khasnya apabila Kerajaan hendak mengadakan pembangunan, hendak mengadakanjalan, longkang ataupun mengadakan infrastruktur, orang-orang Melayu telah pun menimbulkan masalah bahawa tanah yang dipunyai oleh bukan Melayu dibayar dengan harga RMl0,000 ataupun RM 15 ,000 satu ekar, pada hal tanah yang dimiliki oleh orang-orang Melayu dibayar hanya RMl,000 ataupun RM2,000 satu ekar. Jadi, itulah sebabnya pada tahun itu, pada ketika itu, kita telah pun meminda Akta ini supaya tidak memasukkan kedudukan tanah Malay Reservation tidak diambilkira. Maknanya, dengan pindaan yang telah pun ada pada tahun 1982 dahulu, walaupun tanah itu Tanah Simpanan Melayu, tetapi nilai yang akan diambilkira ialah nilai kepada keadaan tanah yang berhampiran supaya "restriction" ataupun had yang dikenakan kepada tanah terse but tidak diambilkira.

Jadi, saya kuatir kalau-kalau, sebab itulah saya ingin bertanya dengan Yang Berhormat Setiausaha Parlimen apakah dengan lulusnya Akta ini, ianyajuga akan melibatkan Tanah-tanah Simpanan Melayu sekali. Begitu juga dengan Tanah­tan ah Adat dan juga tanah-tanah Customary Land yang terdapat di pulau Pinang dan juga sebagainya.

Tuan Yang di-Pertua, apa yang hendak saya tanyakan juga kepada Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ialah bagaimana garispanduan yang digunakan oleh Kerajaan sama ada sesuatu kawasan itu dianggap sebagai kawasan yang akan dimasukkan di bawah Akta Benda Purba

1976 ataupun sebagainya. Bagaimana caranya Kerajaan menetapkan? Mungkin kepada seseorang, sesuatu bangunan itu mempunyai nilai-nilai sejarah. Tetapi kepada kita mungkin Stadium Merdeka sekarang ini dianggap sebagai ancient monument kepada mereka yang golongan­golongan tua. Tetapi kepada golongan­gol ongan muda mungkin tidak menganggap ianya sebagai ancient monument. Jadi, apakah bangunan seperti Stadium Merdeka itu dianggap sebagai ancient monument ataupun sebagai benda­benda purba? Jadi; bagaimana garis panduan? Siapa yang akan menentukan? Jawatankuasa mana yang akan menentukan sesuatu bangunan itu dianggap sebagai ancient monument ataupun sebagainya. Apakah Kerajaan boleh apabila sesuatu bangunan itu telah pun dianggap sebagai benda purba, apakah ianya boleh dipinda balik, ditukar balik syarat?

Say a percaya kepada keban yakan tuan­tuan tanah, mereka itu tidaklah menentang kalau Kerajaan ingin mengambilalih bangunan-bangunan lama ataupun sebagainya yang hendak dijadikan sebagai warisan sejarah. Tetapi apa yang dikuatirkan oleh pemilik-pemilik tanah ialah kemungkinan hari ini Kerajaan ambil dengan harga sebagai ancient momument ataupun sebagai benda purba, tetapi esok, dengan hanya with a stroke of pen, dengan izin, ianya boleh ditukarkan syarat untuk dibangunkan atau dimajukan. Jadi, kepada tuan tanah kerana adanya Akta ini, telah pun melepaskan sebuah bangunan lama ataupun sekeping tanah dengan harga, katakan dibayar oleh Kerajaan dengan harga RM 1 ju ta ataupun RM2 ju ta. Tetapi, setelah beberapa bulan selapas itu, pihak Kerajaan menukarkan syarat tanah itu dan tanah yang harganya RMI juta tadi, dengan sekelip mata sahaja akan naik penilaiannya kepada RMlO juta ataupun RM20 juta.

Jadi, apakah ada hak tuan-tuan tanah tadi untuk mengambil balik atau untuk mengambil tindakan untuk mendapatkan

777 7 JUN 1993 778

pampasan yang lebih selepas Kerajaan menukar syarat? Kita jug a berharap supaya Kerajaan tidak dengan sewenang­wenangnya menukarkan syarat-syarat bangunan-bangunan purba yang telah pun diambilalih ini untuk tujuan-tujuan komersial ataupun dengan tujuan untuk mengambil untung dan juga sebagainya. Kalau ini berlaku, akan menimbulkan perasaan tidak puas hati kepada rakyat terpaksa menyerah tanah mereka untuk tujuan-tujuan ini.

Say a men!mbulkan ini kerana walaupun saya belum ada lagi kes-kes di mana bangunan-bangunan lama yang telah pun ditukar syarat oleh pihak Kerajaan untuk dimajukan dengan tujuan-tujuan keuntungan. Tetapi kita tidak dapat menafikan kemungkinan terdapatnya tanah-tanah yang pada mulanya pihak Kerajaan mengambil tanah tersebut dengan tujuan-tujuan tejtentu, selepas itu ditukarkan syarat deng$:tujuan-tujuan komersil.

Terdapat tanah-tanah yang sepatutnya diambil dari tuan tanah untuk dijadikan tanah-tanah perkuburan, tetapi telah pun ditukar syarat untuk dijadikan projek­projek pembangunan. Terdapat tanah­tanah yang telah pun disediakan untuk pembangunan sekolah, pembangunan pasar ataupun kawasan lapang umpamanya, lepas itu apabila tanah ini diserahkan kepada Majlis-majlis Perbandaran, kadangkalanya tanah-tanah ini dimajukan oleh pihak Majlis Perbandaran untuk tujuan-tujuan mendapatkan keuntungan. Pada hal kalau kita kaji secara mendalamnya, kawasan­kawasan lapangan di dalam sesuatu kawasan perumahan itu adalah juga merupakan sebagai hakmilik kepada mereka yang membeli rumah yang membeli hartanah di dalam sesuatu kawasan itu. Ini pemah berlaku dan ban yak berlaku dan terus berlaku lagi di banyak Majlis-majlis Perbandaran. Saya percaya Yang Berhormat Setiausaha Parlimen ataupun pihak Kementerian boleh membuat kajian berapa banyaknya

kawasan-kawasan di Kuala Lumpur, kawasan-kawasan di Petaling Jaya yang dahulu di 'acquire' oleh Kerajaan, yang diambilalih oleh Kerajaan dengan tujuan kawasan lapang. Tetapi pada hari ini kita telah pun tengok, kita telah pun lihat banyak bangunan-bangunan yang telah pun didirikan dan juga ini bercanggah dengan penyerahan tanah yang telah pun dilakukan oleh tuan-tuan tanah semasa mereka ini mendapatkan development order ataupun mendapatkan kelulusan pelan susunatur bagi sesuatu kawasan itu.

Tuan Yang di-Pertua, saya juga berharap Kerajaan oleh kerana dalam Akta ini tidak disebutkan mengenai berapa pampasan yang akan dibayar kepada tuan­tuan tanah yang akan diambil oleh pihak Kerajaan, Kerajaan juga hendaklah menetapkan satu tarikh jangka masa, umpamanyasekurang-kurangnya lOtahun daripada tarikh Kerajaan mengambilalih tanah yang dimiliki untuk tujuan di bawah Akta Benda Purba 1976 ataupun untuk tujuan-tujuan lain, tetapkan satu tarikh jangkamasa, umpamanya lOtahun. Dalam masa 10 tahun barulah Kerajaan boleh menukar syarat, kalau difikirkan hendak mengadakan pembangunan, barulah boleh difikirkan diadakan pembangunan dalam sesuatu kawasan itu, kerana saya tidak mahu ada pihak-pihak yang akan menuduh bahawa Kerajaan dengan sengaja mengambilalih bangunan-bangunan lama untuk dimajukan mengambil tanah-tanah kepunyaan orang-orang Melayu untuk dimajukan dan selepas itu Kerajaan akan mendapat untung. Kalau betul-betul Kerajaan yang mendapat untung, tak apa juga. Tetapi kadangkala tanah-tanah ini diserahkan kepada pemaju-pemaju lain dengan tujuan kononnya joint-venture dengan pihak Kerajaan dan pemaju ini mendapat keuntungan yang terlibat ganda. Jadi, tentulah kita akan dapat merasakan betapa hampanya tuan-tuan tanah yang telah pun menyerahkan tanah mereka tadi untuk tujuan-tujuan yang telah pun ditentukan semasa pengambilalihan itu berlaku.

779 7 JUN 1993 780

Tuan Yang di-Pertua, oleh kerana Akta kita ini menyentuh soal pengambilan tanah, saya juga ingin bercakap tentang perancangan tanah-tanah yang dimiliki khasnya kalau di Kuala Lumpur ini oleh pihak Dewan Bandaraya ataupun oleh pihak-pihak swasta. Saya percaya tiap­tiap Majlis Perbandaran mempunyai Master Plan untuk membangunkan sesuatu kawasan Majlis Bandaran. Kai au di Kuala Lumpur ini umpamanya Master Plan untuk pembangunan Kuala Lumpur. Kita masih ingat lagi Master Plan Kuala Lumpur telah pun dilancarkan pada tahun 1982, kalau tidak silap saya, dan selepas itu tidak ada pengkajian semula dilakukan terhadap Master Plan ini dan juga tidak diadakan pelan-pelan tempatan. Kerajaan sepatutnya mengadakan pelan-pelan tempatan supaya tanah tidak melambung harganya dengan sewenang-wenangnya, kerana kuasa-kuasa yang terdapat pada Majlis-majlis Bandaran, khasnya tanah­tanah di dalam bandar dan juga kepada Dewan Bandarayakalau di Kuala Lumpur, sebegitu meluas sekali. Hanya "with a stroke of pen" dengan izin, dianya boleh merobah nilaian sekeping tanah itu. Kalau katakan satu kawasan Iapang kita mempunyai tan ah di Kuala Lumpur, tiba­tiba Kerajaan bercadang untuk menjadikan tempat digazetkan sebagai takungan najis, mungkin tanah yang berharga RMIOO sekaki, dengan sekelip mata juga akan turun harganya kepada 50 sen ataupun tidak berharga langsung. Tetapi kalau tanah digazetkan untuk perkuburan umpamanya, apabila dengan sekali ditandatangani, ditukarkan syarat untuk dijadikan perindustrian, tanah yang berharga 50 sen sekaki mungkin telah pun naik RM200 ataupun RM300 sekaki. Jadi, di sinilah kuasa yang terdapat.

Begitu juga di dalam Wilayah Persekutuan ataupun di dalam kawasan­kawasan bandar _seperti Petaling Jaya, Ampang dan sebagainya, kepadatanjuga menentukan nilaian sesekeping tanah itu. Kalau, umpamanya, pihak Kerajaan hanya mengizinkan density ataupun kepadatan

dengan 200 orang penduduk bagi satu ekar tan ah, tetapi dengan sekali mesyuarat Kerajaan menambahkan density daripada 200 kepada 1,000 orang penduduk bagi satu tanah, tanah yang bernilai RMSO

sekaki dengan sendirinya akan melonjak kepada RM500 sekaki jadinya. Jadi, di sinilah kuasa-kuasa yang terdapat, yang dimiliki oleh Majlis-majlis Bandaran, oleh pihak Kerajaan.

Jadi, walaupun saya menyokong Akta ini, saya berharap Kerajaan hendaklah mengambil sikap berhati-hati supaya tidak berlaku penyalahgunaan kuasa oleh mana­mana pihak. Saya menaruh keyakinan kepada Kerajaan yang ada sekarang, kepada pentadbir-pentadbir yang ada sekarang, tetapi saya khuatir dan juga bimbang kalau berlaku sesuatu yang tidak diingini, khasnya kepada tanah-tanah simpanan Melayu, kalau di Kuala Lumpur ini kita bercakap tentang tanah-tanah di Kampung Bahru. Saya tahu betapa susahnya masalah yang dihadapi oleh pihak Kerajaan untuk memajukan tanah simpanan Melayu di Kampung Bahru di mana tanah ini kalau mengikut tafsiran penilaian sekarang ini harganya sekaki hanyalah RM50 sahaja, tetapi tanah di sekeliling itu mungkin RM200 ataupun RM300 sekaki. Jadi, ini masalah yang dihadapi oleh pihak Kerajaan. ltulah sebabnya saya percaya Akta ini dipinda untuk membolehkan pembangunan dibuat. Kita pun tidak mahu melihat tanah-tanah Melayu terbiar, tanah-tanah dalam bandar terbiar, tidak dimajukan sama sekali. Kita mahu supaya orang Melayu jug a menerima habuan dan turut sama di dalam pembangunan hartanah dan mengikut serta dalam arus pembangunan yang terdapat di bandar-bandar, khasnya di Bandaraya Kuala Lumpur ini.

Tuan Yang di-Pertua, cuma itu sahaja penjelasan-penjelasan yang saya pinta daripada pihak Kementerian. Saya berharap Yang Berhormat Setiausaha Parlimen dapat memberikan penjelasan­penjelasan mengenai perkara-perkara yang

781 7 JUN 1993 782

telah pun saya timbulkan tadi. J adi, dengan ini saya menyokong Akta ini. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yangdi-Pertua: SilaYang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri.

5.20 ptg.

Tuan Haji Mohamed Nazri: Tuan Yang di-Pertua, saya juga berdiri untuk menyokong Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992. Namun bagitu, ada dua perkara yang hendak saya utarakan untuk difikirkan bersama oleh pihak Kerajaan dan juga mereka-mereka yang bertanggungjawab.

Yang Berhormat Setiausaha Parlimen telah pun menyebut sebentar tadi, iaitu Akta ini dipinda kerana bertujuan untuk menilaikan pampasan dan mengelak daripada Kerajaan membuat bayaran yang lebih tinggi daripada yang sepatutnya.

Tuan Yang di-Pertua, selain daripada kita hendak memastikan bahawa Kerajaan tidak akan membayar lebih daripada apa yang patut dibayar, saya rasa perkara ini adalah menjadi tanggunjawab Kerajaan disabitkan Akta ini melibatkan pengambilan tanah persendirian. Kerajaan juga mempunyai tanggungjawab untuk memastikan iaitu bahawa Kerajaan mesti membayar pampasan yang berpatutan.

Kerajaan akan dianggap sebagai satu Kerajaan yang 'selfish', kalau sekiranya dia hanya memikirkan untuk meminda Akta, untuk mengelak daripada membuat bayaran yang tinggi. Tetapi saya rasa dalam usaha hendak meminda atau mengelak Kerajaan daripada membuat bayaran pampasan yang tinggi, Kerajaan bertanggungjawab juga supayajanganlah pindaan ini melibatkan bayaran yang dibuatkan kepada rakyat itu lebih rendah daripada apa yang patut dibayar.

Yang saya hendak bangkitkan di sini ialah berkenaan Subseksyen (2) (b) yang berbunyi:

"(2) ( b) the effect of any prohibition, restriction or requirement imposed by or under the Antiquities Act 1976 in relation to any ancient monument or historical site ...... "

dan seterusnya. Jadi saya kira bahawa kalau kita memasukkan Subseksyen (2) (b) ini, apa yang akan berlaku bahawa kalau sekiranya saya apabila diadakan prohibition mengikut Antiquities Act ini, apa yang akan berlaku ialah tanah saya tidak akan menjadi tanah yang laku. W alaupun penggunaan pertanian, tetapi sudah ada prohibition. Bila ada prohibition maknanya saya tidak dapat meletakkan tanah say a ini untuk pasaran, kerana tidak ada siapa yang akan membeli, oleh kerana disabitkan 'prohibition' di bawah Antiquities Act ini. Maka, apa yang akan berlaku di sini ialah bukan sahaja Kerajaan mengelak dari membuat pembayaran tinggi, malah pindaan ini akan menyebabkan iaitu bahawa Kerajaan membuat bayaran yang lebih rendah, yang patut diterima oleh pemilik tanah ini.

Sayarasa dalam soal hendak menilaikan pampasan ini tidak seharusnya kita mengambilkira bahawa ada prohibition ini. Kalau sekiranya Kerajaan hendak mengambilalih tanah ini, dia mesti mengambilalih atas perkiraan tanah itu adalah tanah penggunaan pertanian 'full stop'. Barulah pemilik tanah akan mendapat bayaran pampasan yang berpatutan. Tetapi kalau kita hendak mengambilkira ada 'prohibition of the Antiquities Act 1976', maknanya tanah ini tidak ada nilai. Walaupun tanah saya besar, ada pokok mangga semua ada, tetapi ada prohibition di bawah Antiquities Act ini terus tanah itu tidak ada nilai. Sebab apa? Sebab tidak ada siapa yang akan membeli tanah saya, kerana apabila

783 7 JUN 1993 784

orang melihat di dalam geran ada prohibition di bawah Antiquities Act, jadi tanah saya tidak laku. Jadi saya rasa, apa yang berlaku di sini ialah tidak adil kepada pemilik tanah yang mana ada 'prohibition, restriction or requirement imposed by or under the Antiquities Act'.

Saya ingat untuk berlaku adil kepada pemilik tanah, sepatutnya dalam kita hendak meminda Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992, Fas al 2( b) ini sepatutnya jangan masuklah; supaya berlaku adil kepada pihak pemilik tanah. Bila tidak ada (b) ini, maka sekurang-kurangnya pemilik tanah itu kalau tanahnya kena ambil, dia akan mengikut apakah penggunaan tanah itu. Penggunaannya katalah untuk pertanian, maka bayarlah mengikut pasaran yang ada. Tetapi kalau kita ambilkira dalam hendak menilaikan pampasan yang hams dibayar, kita hendak mengambilkira "the effect of any prohibition" menyebabkan tanah itu tidak ada harga. Jadi saya rasa iaitu pihak Kerajaan hendaklah fikir baik-baiklah tentang perkara ini, kerana sebenarnya dengan pindaan ini bukan menyebabkan Kerajaan akan dielak dari membuat pembayaran tinggi, tetapi apa yang akan berlaku 'the effect' ialah untuk menyebabkan tanah itu mendapat 'zero' value. Dan akhirnya harga menjadi terlalu rendah, maka ini akan berlaku tidak adil kepada tanah kalau kita hendak mengambilkira 'the prohibiton of the Antiquities Act'.

Saya mohon supaya pihak Kerajaan memikirkan perkara ini baik-baik agar tidak berlaku sesuatu teguran di masa yang akan datang, yang mana orang akan menyatakan bahawa Kerajaan tidak mementingkan kepentingan peribadi, walaupun kepunyaan tanah itu adalah kepunyaan tanah hak peribadi, tetapi apabila disabitkan dengan adanya mengambilkira 'the effect of any prohibition, restriction or requirement imposed by or under the Antiquities Act,' ini akan menyebabkan Kerajaan tidak

berlaku adil kepada pemilik tanah yang mempunyai prohibition yang sedemikian rupa.

Yang kedua, Tuan Yang di-Pertua, pindaan ini dibuat ialah untuk menentukan ataupun menilaikan pampasan yang hams dibayar oleh Kerajaan. Bermakna tiap­tiap tanah yang diambil oleh Kerajaan itu akan dibuat bayaran tunai sejumlah wang yang ditentukan. Ini tentang perkara yang dibangkitkan oleh sahabat saya Tuan Rahim bin Baba sebentar tadi. Apabila dikatakan 2( a) bermakna akan melibatkan tanah Malay Reservelah sebab:

"(2) In assessing the market value­

( a) the effect of any express or implied condition of title ...... "

memang Tanah Rezab Melayu, "express or implied condition of title" Malay Reserve-Malay Reservelah.

Saya ingin menarik perhatian pihak Kementerian kepada Perlembagaan Malaysia, yang mana jelas menyatakan iaitu kalau sekiranya tanah yang diambil itu mempakan tanah Malay Reserve, maka mengikut Perlembagaan satu luasan yang sama, yang telah diambil itu mestilah diganti oleh Kerajaan. Sebagai contoh katalah kita hendak membuat jalan raya maka kita telah mengambil satu kawasan seluas 40 ekar yang merupakan Malay Reserve. Jadi tanggungjawab Kerajaan di bawah Perlembagaan ialah untuk mengganti Malay Reserve ini dengan 40 ekar di tempat yang lain.

Soalnya di sini apabila kita hendak menilaikan pampasan bermakna kalau tanah Malay Reserve ini Kerajaan ambil, bermakna Kerajaan hendaklah membayar hargajumlah wang kepada pemilik tanah. J adi persoalan say a di sini bahawa apabila pemilik itu dibayar dengan harga pasaran 40ekaritu, bermakna-habis, iaitu bahawa Kerajaan tidak perlu lagi menyediakan

785 7 JUN 1993 786

40 ekar di kawasan yang lain untuk dijadikan Malay Reserve.

Sepatutnya untuk tanah Malay Reserve, kalau Kerajaan ambilalih, maka harus

diganti dengan tanah, bukan diganti dengan wang. Sebab apabila dig anti dengan wang bermakna mengikut luasan tanah Malay Reserve yang ada di negara kita sudah 40 ekar. Jadi soal yang berbangkit di sini ialah apakah kalau Kerajaan mengambil tanah yang merupakan Malay Reserve, apabila pemilik itu diberikan dengan harga pasaran tanah itu, maka telah hilang 40 ekar yang seharusnya diganti balik dengan tanah lain. Di sini sepatutnya kepada pemilik Malay Reserve tidak dibayar wang sebagai pampasan, tetapi mesti digantikan tanah luasan yang sama sebagai pampasan.

Di sini saya ingin tahu daripada pihak Kementerian, apakah dalam pengambilan tanah yang melibatkan tanah Malay Reserve ini, selama hari ini dia membuat pembayaran cash kepada pemilik dan tidak diganti tanah yang diambil oleh Kerajaan yang merupakan Malay Reserve.

Kita tahu bahawa institusi Malay Reservation Landini telah wujud sebelum kita merdeka, dan menjadi satu daripada semangat Perlembagaan kita untuk memastikan iaitu bahawa jumlah tanah Malay Reserve ini jangan berkurang, tambah boleh, tetapi kurangkan jangan.

Tetapi saya ingin bertanya kepada Kementerian hari ini yang telah banyak membuat pengambilan tanah kepunyaan hak orang ramai iaitu selama haii ini apakah apabila Kerajaan mengambilalih tanah yang merupakan Malay Reserve, apakah selamahari ini diahanyamembayar 'cash' sahaja dan tutup buku ataupun dia ganti dengan satu luasan kawasan yang lain yang disyaratkan sebagai Malay Reserve?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang di bandar atau di luar bandar.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya. Bandar atau luar bandar, tidak

kira, asalkan Malay Reserve; oleh kerana pada ketika ini dikirakan keluasan, bukan nilai. Jadi maknanya, kalau satu ekar diambil dalam bandar, maka mes ti diganti dengan satu ekar dalam bandar juga. Tidak adillah diambil satu ekar Malay Reserve dalam bandar maka digantikan dengan satu ekar di gunung Jerai Malay Reserve - ini tidak adillah. Sa tu ekar dalam bandar diambil mesti diganti dengan satu ekar dalam bandar.

Timbalan Yang di-Pertua: Ataupun berdasarkan nilai.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Ya, berdasarkan nilai. Tetapi dalam Perlembagaan ia menyebut keluasan dan tidak menyebut nilai. Walau bagaimanapun, saya percaya amalan yang kita buat, iaitu untuk mengelakkan berlaku perkara yang tidak baik, seperti dikatakan, satu ekar dalam bandar yang diambil kita gantikan dengan satu ekar di Gunung Jerai, itu memang tidak seimbanglah. Selama inipun Kerajaan memang mengambilkira nilai dalam hal pengambilan tanah kepunyaan Malay Reserve. Cuma saya hendak bertanya di sini kerana ini adalah perkara serius, iaitu apakah pihak Kementerian selama ini dalam soal ia mengambil tanah untuk kegunaan umum, kalau tanah itu merupakan Malay Reserve, apakah

- Keraj aan bayar dengan wang tunai (cash) ataupun diganti dengan satu tanah keluasan yang sama dalam tempat yang sama? Sebab jumlah tanah Malay Reserve mesti dipertahankan, malah bukan sahaja mesti dipertahankan tetapi juga hendaklah ditambahkan.

Saya rasa perkara ini serius dan saya ingin mendapa! jawapan daripada pihak Kementerian dan dengan dua perkara yang telah dibangkitkan oleh saya ini, maka say a ingin menyatakan bahwa say a berdiri di sini untuk menyokong Rang Undang­undang Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad.

787 7 JUN 1993 788

5.32 ptg.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mengambil bahagian dalam membahaskan satu Akta untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960.

Tuan Yang di-Pertua, saya ingin mendapat penjelasan daripada Kementerian Tanah dan Wilayah, adakah masih ada lagi perbezaan nilai harga Tanah Adat Melayu dengan tanah geran besar atau freehold, dengan izin, yang dibuat oleh Pegawai Penilaian? Biasanya, pada masa yang lalu Pegawai Penilaian yang menilai harga tanah ini mempunyai kuasa penuh. Apabila dia membuat penilaian, biasanya dahulu, Tanah Adat Melayu diambil dengan harga yang murah tetapi tanah-tanah estet, tanah freehold diambil dengan harga yang cukup mahal. Penilaian itu dibuat dengan tidak boleh pula kita Ahli-ahli EXCO atau Kerajaan Negeri overrule, dengan izin.

Timbalan Yang di-Pertua: Dengan apa tu, Datuk?

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Overrule kuasa Pegawai Penilaian tadi.

Timbalan Yang di-Pertua: Oh! Ya.

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Dia lebih berkuasa daripada Kerajaan.

Kemudian saya ingin tahu juga mengenai satu kawasan tanah yang diambil oleh Kerajaan dengan menukar syarat. Tadi Tanah-tanah Adat Melayu, tanah estet diambil kerana kepentingan orang ramai. Katalah di satu tempat ada lebih kurang 1,000 ekar diambilalih dan ini termasuklah sawah-sawah, ladang-ladang Rezab Melayu dan estet-estet serta tanah­tanah yang terbiar iaitu diambil oleh Keraja~n Negeri dengan maksud hendak

membuat projek sama ada projek pembangunan perumahan atau menyimpan barang-barang purba seperti bangunan­bangunan yang lama. Tetapi apabila sahaja diambil oleh Kerajaan, tiba-tiba Kerajaan tidak membuat pembangunan yang boleh menguntungkan rakyat.

Katalah, Kerajaan berjanji hendak membuat perumahan atau kilang supaya rakyat dapat bekerja, tiba-tiba Kerajaan Negeri menukar corak tanah yang dia hendak dibangunkan tadi, terus dijual kepada company yang besar-besar untuk membuat padang golf yang membolehkan orang-orang kaya daripada luar negeri membuat padang golf dan mendirikan bangunan kondominium yang besar-besar yang tidak boleh dibeli oleh rakyat. Akhirnya rakyat yang mempunyai rumah buruk di sekeliling itu mendapati bahawa orang-orang kaya dari Barat, begitu juga dari Timur, dari Jepun dan jug a dari Eropah duduk dalam bangunan kondominium yang he bat dan kemudiannya rakyat tidak dapat masuk ke dalam padang golf itu kerana padang golf itu satu padang yang dikuasai oleh orang kaya dan tidak boleh dimasuki oleh orang miskin. Saya rasa pengambilan tanah seperti ini boleh mengecewakan rakyat di kawasan­kawasan luar bandar yang miskin.

Satu lagi, apabila kita membuat pengambilan tanah, Kerajaan Negeri telah mengambil tanah-tanah rakyat dan sekarang ini diswastakan pula kepada kompeni-kompeni daripada luar negeri dengan menyebabkan tanah itu tidak lagi dapat kita miliki. Akhirnya tanah-tanah orang Melayu dan Rezab Melayu yang begitu banyak dan termasuk sawah-sawah telah suatu hutan batu - bangunan­bangunan yang besar, mesin-mesin yang besar yang membising serta memekakkan telinga dan tidak selesa sehingga kita merasakan gangguan urat saraf dengan adanya mesin-mesin yang besar ini dan kemudiannya harta itu tidak dapat kita miliki.

789 7 JUN 1993 790

Adakah Kerajaan boleh mengambil balik, misalnya kilang-kilang yang tidak mengikut peraturan dan kehendak undang­undang negara kita dan kita menjadikan balik hakmilik negara kita dengan undang­undang yang ada pada hari ini? Cukuplah setakat itu, dan saya harap Kementerian dapat memberikan penjelasan kepada kami semua.

Dengan itu, saya menyokong Rang Undang-undang suatu Akta untuk memindaAktaPengambilan Tanah 1960. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Puan Hajah Rahmah.

5.39 ptg.

Puan Hajah Rahmah binti Salleh: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992.

Sebagaimana yang kita semua faham di atas apa yang diterangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen sebentar tadi, telah terang danjelas kepada kita di atas apa yang perlu diambilkira oleh Kerajaan. Saya menyokongjika sekiranya pihak Kerajaan mengambil satu-satu bangunan lama demi untuk mengekalkan bahan sejarah untuk diwarisi kepada generasi yang akan datang. Tetapi sebaliknya, pihak Kerajaan hendaklah membuat kajian yang adil semoga tuan­tuan hakmilik asal tidak merasa begitu besar kerugiannya seperti apa yang telah diterangkan dengan jelas oleh Yang Berhormat Tuan Rahim bin Baba sebentar tadi.

Tuan Yang di-Pertua, Kerajaan sebagai tempat perlindungan rakyat, tempat rakyat mengadu kesusahan, tempat rakyat berteduh serta bernaung di bawah pentadbirannya, rakyat akan merasa begitu hormat dan taat kepada Kerajaan yang adil lagi saksama. Maka dengan ini, say a menyokong Rang Undang-Undang Akta

Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 ini dengan hara pan setiap tanah yang diambil hendaklah diganti dengan tanah juga kepada hak pemilik Malay Reserve. Semoga dengan ini kekurangan demi kekurangan hakmilik Malay Reserve ini tidak akan wujud baik di bandar mahupun diluar bandar sebagaimana yang telah disarankan oleh Yang Berhormat Tuan Haji Mohamad Nazri Abdul Aziz sebentar tadi. Maka dengan ini, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Dato' Azumu.

5.40 ptg.

Dato' Azumu bin Tak: Tuan Yang di-Pertua, saya ingin turut serta di dalam perbahasan ini dan menyokong Rang Undang-undang bernama suatu akta untuk meminda Akta Pengambilan Tanah 1960 ini diluluskan.

Tuan Yang 'pi-Pertua, saya juga bersetuju dengan sahabat-sahabat saya yang lain tadi bahawa masalah pengambilan Tanah Rezab Melayu ini tel ah begitu lama kita bincangkan tentang masalah gantinya. Sepertimana yang kita ketahui, masalah kuasa untuk memberi tanah ini adalah kuasa Kerajaan Negeri, dan oleh itu kita pohonkan supaya Kerajaan Pusat sentiasa berbincang dengan Kerajaan Negeri supaya apabila Tanah Rezab Melayu diambil, diganti dengan serta­merta dan sepatutnya kajian yang teliti dibuat sebelum pengambilan tanah itu dibuat; kawasan tempat ganti itu patut dikaji dan diberi keutamaan.

Tuan Yang di-Pertua, masalah yang selalu berbangkit dalam pengambilan tanah di kawasan Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran, Majlis Daerah adalah kuasa di tangan beberapa pejabat Kerajaan yang tertentu. Di dalam Majlis Bandaraya atau Majlis Perbandaran, misalannya, kuasa itu sudah tentulah di tangan Pejabat

791 7 JUN 1993 792

Tanah yang berkenaan. Maka rancangan untuk mendirikan kawasan itu adalah dibuat oleh Majlis Tempatan yang berkenaan, maka perbincangan di antara Pejabat Daerah, Pejabat Tanah di kawasan itu dan Majlis Tempatan itu mengambil masa yang agak panjang. Dan apabila diketahui oleh tuan empunya tanah bahawa tanahnya akan diambil oleh Kerajaan, ianya menjadi suatu perbincangan besar di kawasan itu, di bandar itu, dan timbul banyak hasutan-hasutan. Ada juga yang berpengaruh mengatakan patutlah kita bersetuju di atas pengambilan itu. Dan ada pula yang mengatakan harus membuat bantahan dan sebagainya. Masalah ini adalah kerana kelambatan yang dibuat oleh Pihak Penguasa Tempatan dan juga Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah tempatan itu.

Oleh yang demikian, saya pohonkan supaya apabila suatu pengambilan itu hendak dibuat, kerja-kerja pengambilan itu hendaklah dibuat dengan cepatnya. Kalau boleh, di peringkat Kajian yang dibuat oleh pejabat yang tertentu itu hendaklah dirahsiakan dengan sepenuhnya. Masalahnya ialah kadang­kadang apabila ada sahaja rancangan yang hendak dibuat, rahsia itu terbongkar, sebagaimana dari Pejabat Tanah atau Pejabat Majlis Tempatan, maka ianya menjadi suatu masalah yang besar di kawasan tersebut. Oleh itu, amatlah penting bagi Kerajaan merahsiakan rancangan itu, dan apabila telah dipersetujui di semua peringkat hendaklah dipercepatkan. Apabila saya sebutkan dipercepatkan ini, bukannya dipercepatkan dari segi pengambilan sahaja. Yang pentingnya, pembayaran itu hendaklah dibuat dengan cepatnya. Inijuga menjadi suatu masalah apabila pembayaran dibuat dengan lambat. Kadangkala itulah masanya Kerajaan memanggil tuan empunya tanah itu, dan, jika ianya tanah pusaka, maka biasanya berlakulah macam­macam masalah untuk mendapatkan keluarga-keluarga berkenaan menghadiri perbicaraan di Pejabat Tanah. Ini melambatkan dan mengecewakan

penduduk di setengah-setengah tempat, dan ianya menjadi suatu masalah yang amat besar.

Tuan Yang di-Pertua, suatu perkara yang Kerajaan harus perhatikan di dalam pengambilan tanah ini ialah ada juga di Kawasan-kawasan kampung-kampung Melayu tradisional, tetapi ianya di dalam kawasan Majlis Bandaraya. Di dalam kampung tradisional itu, misalannyajika luasnya 100 ekar, di dalam tanah itu ada 20 ekar kepunyaan orang bukan Melayu. Ini berlaku mungkin sejak beberapa tahun yang lalu. Tanah kepunyaan orang bukan Melayu ini terletak di tengah-tengah kampung itu - kepunyaan orang bukan Melayu - dan bukan di dalam Rezab Melayu. Perkara yang seumpama ini Kerajaan haruslah mengambil tindakan supaya tanah ini diambil oleh Kerajaan untuk rancangan-rancangan Kerajaan di dalam kawasan yang tersebut, kerana ianya kawasan-kawasan kampung Melayu tradisional, mungkin boleh didirikan perumahan Melayu atau mungkin boleh didirikan sekolah dan sebagainya supaya seluruh kawasan yang say a sebutkan l 00 ekar adalah kepunyaan Rezab Melayu sepenuhnya. Ada kawasan-kawasan ini yang berada di dalam kampung-kampung Melayu yang kita katakan telah lama berlaku. Kononnya ceritanya ada sebuah kampung itu, tanah itu kepunyaan trustee sebuah tokong, maka masalah Kerajaan Negeri untuk mengainbil-alih tanah itu adalah begitu susah kerana kepunyaan trustee tokong itu. Tetapi kita perhatikan dengan mata kasar kita, tanah itu ditinggalkan begitu sahaja, tidak dideveloped dan kawasan sekelilingnya dimajukan oleh orang-orang Melayu kita. Inilah masalahnya yang saya agak Kerajaan haruslah membuat kajian terperinci mengenai tanah-tanah di kawasan ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya kurang faham tentang masalah Antiquities Act ini. Apa yang berlaku adalah ianya agak sayadi bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Maka sekali

793 7 JUN 1993 794

lagi penglibatan Jabatan-jabatan Kerajaan - tadi saya sudah bangkitkan masalah pihak Majlis Tempatan dengan Pejabat Tanah. Maka jika kawasan yang kita sebutkan di dalam Rang Undang-undang

yang ada di hadapan kita ini terlibat dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, kemungkinan juga akan berlaku kelewatan untuk memajukan kawasan-kawasan tersebut. Kemungkinan juga jika ada rancangan hendak dimajukan itu, diketahui oleh tuan yang empunya i tu sebel um ian ya dilaksanakan dan rahsia terbongkar lagi sekali. lnilah yang menjadi masalahjika melibatkan banyakjabatan­jabatan Kerajaan bertanggungjawab untuk memajukan sesebuah kawasan itu.

Oleh itu, Tuan Yang di-Pertua, saya pohonkan jika melibatkan ban yak Jabatan­jabatan Kerajaan seumpama ini, haruslah dicari satu cara jalan di mana di antara Jabatan-jabatan itu cuma seorang sahaja pegawai Kerajaan bertanggungjawab sepenuhnya tentang projek-projek yang berkenaan. Say a tidaklah mahu mendengar bahawa apabila seseorang berhadapan dengan Majlis Perbandaran, maka ianya selepas itu dipinta pula pergi berjumpa dengan pegawai Pejabat Tanah dan Pejabat Daerah pula dan terpaksa berjumpa dengan Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan. Seperti yang kita tahu, bidangkuasa di dalam Kementerian ini cuma berpaut di Kuala Lumpur sahaja. Di negeri-negeri belum adajabatan-jabatan mereka yang bertanggungjawab tentang masalah-masalah seumpama ini. Oleh itu, kita harapkan supaya Kerajaan lebih cekap lagi untuk meneliti masalah-masalah seumpama ini.

Tuan Yang di-Pertua, saya menyokong Rang Undang-undang ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Haji Ahmad Zahid.

5.50 ptg.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tuan Yang di-Pertua, saya bangun untuk

mohon menyokong Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992, sebagaimana yang telah dibentangkan oleh Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, sahabat saya sebentar tadi dan disokong oleh rakan-rakan saya yang lain.

Saya ingin menyentuh beberapa perkara yang berhubungkait dengan pengambilan tanah terhadap tanah-tanah wakaf yang di atasnya didirikan masjid lama yang mempunyai nilai sejarah tetapi tidak lagi digunakan kerana ada bangunan lain di tanah wakaf yang lain. Say a ingin bertanya adakah pampasan yang akan diberikan oleh pihak Kerajaan terhadap tanah-tanah wakaf ini akan diberikan kepada pemegang amanah, atau kepada Baitulmal, atau kepada waris terdekat yang telah mewakaf tanah berkenaan untuk tujuan masjid tetapi diambilalih oleh pihak Kerajaan untuk menjaga nilai-nilai sejarah yang ada pada masjid berkenaan?

Ini perlu say a sebutkan kerana beberapa tempat bersejarah seperti di Melaka, terdapat Masjid Ke ling umpamanya, yang mungkin dalam tempoh 50 atau 100 tahun akan datang ....

Timbalan Yang di-Pertua: Masjid apa itu?

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Namanya "Masjid Keling", Tuan Yang di-Pertua. Jadi, saya terpaksa sebut "Masjid Keling".

Timbalan Yang di-Pertua: Say a pun tidak berapa terang dengar tadi, itu sebab saya tanya.

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Begitu juga ada satu lagi "Masjid Ke ling" di Pulau Pinang. Namanya memang "Masjid Keling".

Timbalan Yang di-Pertua: Baik, baik, teruskan.

795 7 JUN 1993 796

Tuan Haji Ahmad Zahid bin Hamidi: Tetapi yang sembahyang bukan sahaja Mamak tetapi orang Islam yang lainjuga.

Jadi, kedudukan tanah wakaf ini perlu diambilkira kerana ini soal sensitifkerana bagi orang Islam bila wakaf itu, mereka mengharapkan habuannya di akhirat nan ti. Saya ingin memetik sepotong ayat Al-Quran yang menyebut, dengan izin. ( Sambil membacakan sepotong dari ayat Al-Quran)

Jadi, dari ayat itu memang jelas kita dituntut untuk beribadat dengan tekun, dengan khusyuk untuk akhirat tetapi tidak lupakan soal-soal keduniaan. Tetapi kalau pihak Kerajaan mengutamakan nilai-nilai antik, nilai-nilai sejarah kepada sesebuah bangunan tetapi mengambilkira investment, dengan izin, pelaburan untuk saham akhirat, say a fikir perkara ini hams difikirkan dari segi sudut keagamaan.

Yang keduanya, saya juga ingin menyentuh soal istana-istana lama. Istana­istana lama seperti apa yang berlaku di Kelang, berlaku di Kuala Kangsar, berlaku di banyak bandar-bandar DiRaja yang lain, dari segi milik tanah-tanah yang didirikan istana berkenaan ianya adalah milik keluarga DiRaja kalau ianya bukan milik Kerajaan Negeri-Negeri berkenaan. Bagi say a, nilai yang hams diberi terhadap nilai tanah dan hartanah yang berada di tanah berkenaan seharusnya lebih tinggi nilainya dari harga pasaran kerana bukan nilai komersil yang hams diperhatikan tetapi nilai sejarahnya.

Jadi, bukan saya ingin meminta Kementerian yang Berhormat Setiausaha Parlimen untuk belajar dari sejarah Inggeris atau belajar dari sejarah negara­negara yang lebih awal tamadunnya daripada kita tetapi nilai-nilai sejarah, jangan disamakan dengan nilai komersil. Ianya hams dinilai mengikut nilai yang lebih tinggi, bukan kerana adanya bangunan lama maka kita berhajat untuk

menekankan unsur eksploitasi terhadap nilai tanah-tanah berkenaan.

Begitu juga kawasan-kawasan Batu Bersurat. Kalau kita melihat sejarah kedatangan Islam di Terengganu, umpamanya, Batu Bersurat itu diambil oleh Muzium dan tanah itu terbiar begitu sahaja. Tetapi seharusnya pihak Muzium ataupun pihak-pihak berwajib seperti Arkib Negara, umpamanya, harus mengekalkan Batu Bersurat itu di situ dan Akta Pengambilan Tanah ini hams ditekankan terhadap tanah-tanah yang sedemikian dan tidak diubahkan Batu Bersurat itu dari tempat asalnya. Jadi, pengambilan tanah yang terdapatnya Batu Bersurat dan nilai-nilai sejarah yang seumpamanya hams diambilkira dalam hal berkenaan.

Saya juga ingin mengambil contoh beberapa kawasan lain seperti kawasan Istana Langkasuka di Bernas, Perak. Yang Berhormat mungkin maklum bahawa sejarah awal Kerajaan Negeri Perak di zaman Hindu dahulu, ianya berada di Bernas tetapi tanah itu telah menjadi milik sebuah ladang kelapa sawit. Jadi, oleh kerana kita tidak sensitif terhadap nilai tanah berkenaan yang mempunyai istana lama di Bernas itu, maka kita tidak berhajat untuk mengambilalih walaupun tidak ada preservation, dengan izin, bangunan berkenaan, akhirnya nilai-nilai sejarahnya hilang.

Begitu juga di Merbok, keadaan yang sama juga berlaku. Bila keadaan yang sama ini berlaku, maka Yang Berhormat tadi menyatakan bahawa nilai tanah-tanah berkenaan lebih rendah kerana tanah berkenaan itu tidak digunakan. Tanah berkenaan tidak digunakan dengan alasan bahawa bangunan lama yang ada di atas tanah tersebut. Tetapi saya telah sebutkan dari awal tadi, nilainya bukan ke atas kegunaan tanah berkenaan tetapi nilai sejarah yang ada di tanah berkenaan.

Jadi, walaupun saya menyokong pindaan ini, say a fikir pihak Kementerian

797 7 JUN 1993 798

Yang Berhorrriat harus mempunyai nilai yang tinggi dan nilai-nilai yang murni dan tidak melakukan apa yang dipanggil eksploitasi. jika ada; dan menganggap tanah itu sebagai tanah yang tidak digunakan atau tanah terbiar.

Satu lagi aspek yang saya ingin pertekankan di sini, yang saya fikir ada tujuan yang tersirat dan tidak dinyatakan secara tersurat ialah mengenai perkara subseksyen (2), seksyen l, perenggan (a), yang kesannya mungkin terhadap pembangunan tanah di kawasan Kampung Bahru kerana kita faham masalah yang wujud untuk membangunkan Kampung Bahru ini kerana hakmiliknya yang turun­temurun dari satu generasi ke satu generasi yang lain. Soal pengambilan tanah ini memberikan satu kesukaran kepada pihak Kerajaan untuk membangunkan sebuah kampung tradisional di tengah-tengah kota metropolitan, di Bandaraya Kuala Lumpur.

Saya fikir, walaupun tanah berkenaan adalah Tanah Simpanan Melayu tetapi nilai komersilnya tidak harus direndahkan kerana ianya Tanah Simpanan Melayu kerana, dengan izin, 'golden triangle' adalah dikelilingi kawasan Kampung Bahru yang nilainya lebih tinggi, berlipat­lipat kali ganda berbanding dengan Kampung Bahru. Jadi, saya fikir soal nilai komersil dalam perkara ini haruslah diambilkira agar tidak ada penganiayaan terhadap tuan-tuan punya tanah di kawasan yang terlibat.

Akhirnya say a ingin menyebutkan satu contoh di mana kawasan-kawasan yang mengalami kesesakan jalan raya, contohnya di Jalan Setapak di mana kawasan tersebut menjadi kawasan, dengan izin, bottleneck kerana pihak Kerajaan tidak dapat mengambilalih tanah berkenaan kerana ada sebuah kuil di sana dan ada bangunan lama yang dipunyai oleh seorang Chettiar. Jadi, saya tidak faham mengapa pihak Dewan Bandaraya ataupun pihak Kerajaan tidak dapat

mengambilalih tanah berkenaan sedangkan di kawasan lain boleh diambil.

Jadi, kalau demi kepentingan umum, perkara-perkara seperti adanya sekatan perundangan terhadap pengambilan tanah berkenaan, hendaklah diatasi dengan segera. Terutamanya kawasan-kawasan yang mendatangkan faedah kepada um um, lebih daripada kepentingan peribadi, haruslah diambilkira oleh pihak Kerajaan dari mengatasi yang lain-lain.

Dengan tidak berhajat untuk memanjangkan bicara saya, dengan ini, sekali lagi saya menyokong Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 ini. Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan Yang Berhormat Tuan Haji Salleh.

6.00 ptg.

Tuan Haji Salleh @ Hassan bin Ali: Bismillahir-rahmanir-rahim. Tuan Yang di-Pertua, say a bangun untuk menyokong Rang Undang-undang Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 ini.

Di samping say a menyokong, sukalah saya memperkatakan apa yang telah berlaku terhadap tuan punya tanah yang telah diambil oleh Kerajaan. Suatu peristiwa telah berlaku yang mana pengambilanbalik tanah untuk dijadikan jalan raya di tengah-tengahnya. Apabila dinilai, pihak penilai telah mentafsirkan bahawa dengan pengambilanbalik tanah itu, maka tanah yang ditinggalkan sebahagiannya, walaupun sedikit, nilainya tinggi. Maka, tuan punya tanah itu hanya mendapat RM 1 pampasan, sedangkan tanah yang diambilbalik melebihi 3/4 daripada jumlah tanah. Ini kita mesti fikir bahawa adalah amat wajar pihak Kerajaan menimbang; mungkin Allah telah menentukan bahawa 'SiMamat', tanahnya diambilbalik dan rahmat turun kepadanya. Mah wajarlah pampas an mengikut harga semasa itu dibayar.

799 7 JUN 1993 800

Dan lagi, kita mesti fikir bahawa tanah merupakan sesuatu yang amat berharga kepada sesuatu bangsa. Seluruh bangsa di dunia ini terlalu sayang kepada tanah. Biarlah mereka ma ti demi mempertahankan tanah. Harta pusaka merupakan sesuatu yang wajar dan mesti. Maka ini hendaklah diambilkira bahawa tanah merupakan nilai yang amat tinggi. Kalau diambilbalik tanah yang luas,jangan diganti hanya satu kawasan yang kecil keluasannya, hanya mampu mendirikan sebuah rumah; sedangkan tanah yang diambilbalik itu luasnya amatjauh dengan gantian yang diberi. Dan pampasan­saya syorkan supaya pampasan yang dibayar jangan mengikut nilai semasa cadangan pengambilan; tetapi mengikut nilai semasa pembayaran. Kerana proses pengambilanbalik tanah mengambil mas a yang panjang, tetapi nilai itu dibuat semasa cadangan, tetapi memakan masa yang panjang untuk dibayar balik. Kadang­kadang ada terdapat tiga empat tahun, sedangkan dalam jangkamasa itu tanah itu telah naik berlipat kali ganda. Jadi, tuan punya tanah mendapat harga yang jauh ketinggalan d_aripada semasa pembayaran itu dibuat. Ini juga ..... .

Timbalan Yang di-Pertua: J adi, kasihanlah 'SiMamat' yang mendapat rahmat tadi itu?

Tuan Haji Salleh @ Hfssan bin Ali: Ya, maka kasihanlah 'SiMamat' yang mendapat rahmat, tetapi tidak ada nilai rahmat yang diterima itu tadi. Maka telah menjadi tugas dan tanggungjawab Kerajaan mengambil berat tentang permasalahan yang dialami oleh orang­orang yang terlibat dalam pengambilan tanah yang diambil itu dapat pampasan yang sewajarnya. Janganlah masing­masing ini sampai ke anak cucu cicitnya terasa dendam di atas pengambilanbalik tanah kerana pampasan yang dibayar tidaklah setimpal dengan nilainya. Sekian, terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Kalau tidak ada sesiapa lagi untuk membahas, saya dengan hormatnya menjemput Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi untuk

memberikan jawapan beliau. Silakan.

6.05 ptg.

Setiausaha Parlimen Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi (Tuan Mohd. Noh bin Rajah): Tuan Yang di-Pertua, terlebih dahulu saya ingin mengucapkan terima kasih kepada beberapa orang Ahli yang telah mengambil bahagian dalam membahaskan Rang Undang-undang pada hari ini.

Bagi pihak Kementerian, saya mengucapkan syabas atas pandangan­pandangan yang telah mereka berikan. Bolehlah saya rumuskan bahawa mereka ini adalah terdiri daripada Ahli-ahli Yang Berhormat yang begitu mementingkan ataupun mengarribil berat tentang masa depan ataupun nasib tuan-tuan pun ya tanah sekiranya pengambilan tanah dilakukan oleh pihak Kerajaan, pampasan tidak setimpal dengan nilainya.

Tuan Yang di-Pertua, bersangkutan dengan pindaan ini, inginlah sayajelaskan bahawa ia merupakan satu pindaan yang kecil sahaja kepada Rang Undang-undang Pengambilan Tanah 1960 yang melibatkan satu subseksyen sahajjl yang mana ianya terpakai apabila Akta Benda Purba 1976 digunakan.

Ingin say a menerangkan kepada Ahli­ahli Yang Berhormat bagaimana mekanisme Akta ini atau Rang Undang­undang ini akan digunakan. Apabila terdapat satu-satu bangunan yang dianggap sebagai satu bangunan purba oleh satu Kementerian lain, maka Kementerian itu atau pihak Kerajaan mengikut Akta Benda Purba 1976 mewartakan yang bangunan itu adalah terkandung atau tertakluk kepada Akta Benda Purba ini. Sebagai satu guideline, bangunan yang boleh dikira

801 7 JUN 1993 802

ataupun termasuk dalam Akta Benda Purba ini mestilah tidak kurang umurnya daripada 100 tahun, barulah Kerajaan mewartakan. Ataupun mengiktirafkan kalau dipersetujui oleh pihak Kementerian yang berkenaan, bahawa bangunan itu satu bangunan purba. Ia tidak melibatkan Akta Pengambilan Tanah jika sekiranya bangunan purba itu dapat dipelihara atau dijaga oleh tuan punya bangunan itu dengan baik. Tetapi apabila terdapat bahawa tuan punya bangunan itu tidak berupaya lagi memelihara atau menjaga barang purba itu yang kini telah dijadikan satu warisan nasional, maka di situlah Akta ini akan diambilpakai, iaitu Kerajaan Negeri menggunakan Akta Pengambilan Tanah 1960 untuk mengambilbalik tanah itu-mengambilalih tanah yang terdiri di atasnya bangunan purba yang telah diwartakan itu.

Di sinilah maka subseksyen ini akan digunapakai. Semasa pihak berkuasa atau pihak Mahkamah menentukan nilai harga pampasan itu, hendaklah pihak Mahkamah mengambilkira bahawa tanah itu adalah tanah yang di atasnya harta purba dan tidak lain.

Dia tidak lagi menjadi satu tanah komersil dan dia tidak boleh ditukar syarat sewenang-wenangnya sahaja.

Tuan Rahim bin Baba: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Macam mana? Hendak berikan jalan ....

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Saya hendak tumpang tanya dahulu, atas apa Yang Berhormat bangun?

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat duduk <lulu. Sebentar. Silakan.

Tuan Rahim bin Baba: Jadi Yang Berhormat Setiausaha Parlimen, dari ja~apan Yang Berhormat mengenai Akta ini, bolehkah Yang Berhormat

mengesahkan bahawa pindaan ini dibuat tidak akan digunapakai terhadap Tanah­tanah Simpanan Melayu? Bermakna Tanah-tanah Simpanan Melayu penilaiannya masih lagi akan digunakan seperti Akta yang telahpun diluluskan pada tahun 1982 <lulu. Jadi itu pertanyaan say a.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya akan pergi ke fakta itu apabila saya sampai masanya nanti. Cuma saya hendak terangkan ini berkenaan dengan bila masanya Akta ini dipakai. Sebab ada tanda-tanda menunjukan mungkin kalau tidak diterangkan bahawa pentafsirannya pergi jauh daripada tujuan Akta ini.

Jadi apabila tanah itu telah disifatkan sebagai di atasnya terletak Akta Benda Purba maka ia diwartakan dan termaktub di atas geran itu ia satu nilai ataupun satu klasifikasi yang sedemikian rupa. Dia bukan lagi menjadi tanah komersil, dia bukan lagi menjadi tanah pertanian, dia bukan lagi tanah yang lain tetapi adalah tanah yang terletak di atasnya Akta Benda Purba yang telah diwartakan.

Jadi apabila mempertimbangkan nilai pampasannya itu, inilah yang pihak Kerajaan berharap supaya pihak berwajib atau pihak berkuasa mempertimbangkan kalau dibawa ke tengah. Tentang nilai sebenarnya ia sudah tentulah ditetapkan oleh kalau sampai masanya, ditetapkan oleh pihak mahkamah sendiri. Tetapi pihak mahkamah pun apabila hendak menentukan nilainya mestilah ataupun sudah tentunya merujuk kepada Akta ini kerana di atasnya telah dicatatkan atau telah diturunkan bahawa ada restriction, ada had kepada tanah ini, iaitu had yang kita hari ini bincangkan, yang tanah ini mempunyai satu benda purba kepunyaan negara.

803 7 JUN 1993 804

Tentang sama ada tuan tanah akan dianiaya, tuan tanah akan kehilangan dan sebagainya ataupun soalan yang dikemukakan oleh Tuan Rahim bin Baba tadi berkenaan Tanah Rezab Melayu. Kalau misalannya bangunan purba itu terletak atas Tanah Rezab Melayu maka terlibatlah Tanah Rezab Melayu yang dikaitkan itu. Tetapi kalau boleh saya terangkan lebih panjang, yang terlibat hanyalah tanah yang mempunyai bangunan itu sahaja.

Kalau ianya tanah pertanian di bawah Tanah Rezab Melayu juga bukan satu perkara yang tidak boleh dilakukan oleh Kerajaan untuk menjaga kepentingan tuan tanah, maka tanah yang misalannyalah bangunan itu terletak atas 100 ekar tanah ladang kepunyaan seorang bumiputera dan tanah itu adalah Tanah Rezab Melayu; say a tidak yakin Kerajaan akan mengambil tanah 100 ekar itu. Untuk menjaga kepentingan tuan punya tanah mungkin hanya secebis tanah yang mana terletak bangunan purba itu sahaja akan diambil oleh Kerajaan. Yang lain tidak akan disentuh oleh Kerajaan. Jadi masalah ataupun perkara persoalan mungkin tuan tanah Tanah Rezab Melayu akan teraniaya tidak timbul. Sebagaimana yang kita tahu tanah boleh dibahagi-bahagikan. Kalau Kerajaan dapati tidak perlu hendak diambil tanah yang sebegitu luas, maka tidak perlu.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Minta laluan. Boleh? Silakan.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, saya setuju kalau tuan tanah ada 100 ekar, ambil secebis tanah dia-tidak teraniayalah. Tetapi kalau orang itu ada suku ekar, kena ambil, macam mana?

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Tuan Haji Mohamed Nazri mengambil satu misalan, andaian dalam imaginasinya. Tetapi perkara ini belum timbul lagi .....

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: (Bangun)

Timbalan_Yang di-Pertua: Ya.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, say a hendak terangkan lagi. Belum habis jawapan.

Timbalan Yangdi-Pertua: Sayaingat elok, pasal perkataan "imaginasi" itu boleh mempertikaikan keadaan sebenarnya. Boleh duduk sekejap.

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Say a percaya tanah 100 ekar yang Yang Berhormat Setiausaha Parlimen cakap tadi imaginasi juga. Jadi kalau imaginasi seperti contoh yang diberikan oleh Yang Berhormat itu bolehjadi realiti, saya punya point imaginasi juga boleh jadi realiti. Saya ingat ini satu soalan ....

Timbalan Yang di-Pertua: Satu imaginasi besar, satu imaginasi kecil. Silakan.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, sebenarnya saya hendak terangkan lebih panjang Jagi.

Timbalan Yang di-Pertua: Silakan.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Tetapi kerana Tuan Yang di-Pertua suruh saya berhenti sekejap, saya berhentiLah. Sebenarnya, Tuan Yang di-Pertua, masalah yang ditimbulkan oleh Tuan Haji Mohamed Nazri tadi belum timbul lagi. Yang mana seorang tuan tanah mempunyai suku ekar dan di atas tanahnya yang suku ekar sahajalah dalam dunia ini terletak satu bangunan purba kepunyaan negara yang disanjung tinggi negara. Belum

805 7 JUN 1993 806

timbul lagi keadaan yang sedemikian. Tetapi dia mungkin timbul juga-mungkin timbul juga!

Dalam keadaan begitu Kerajaan yang sentiasa mengambil berat tentang nasib rakyat akan mempertimbangkan perkara itu. Dia bersangkut-paut dengan Akta Pengambilan Tanah (Pindaan) 1992 yang tel ah dibawa dan diluluskan dalam Dewan ini yang mana Kerajaan berjanji untuk mengunakan Akta Pengambilan Tanah ini dengan sebijak yang mungkin dan dengan tidak menganiaya mana-mana pihak melainkan untuk pembangunan dan dalam ha! ini untuk menjaga satu peninggalan warisan negara. Bukan semua yang tua sampai 100 tahun akan di wartakan oleh Kerajaan sebagai bangunan purba­tidak. Ramai orang dalam membahaskan Akta ini kata, "Bagaimanakah tentang Stadium Merdeka atau Stadium Negara". Saya rasa Stadium Merdeka dan Stadium Negara tarikh ataupun tahun masa pembinaannya saya masih ingat lagi iaitu say a telah lahir dan say a belum pun seratus tahun lagi hidup. Jadi dia belum masuk di bawah Akta ini lagi. Kerajaan apabila mengkaji satu-satu bangunan untuk dij adikan ataupun diiktiraf sebagai benda purba sudah tentu mengkajinya daripada berbagai-bagai aspek. Saya tidak bercadang untuk membincangkan bagaimana sesuatu bangunan itu diiktiraf sebagai bangunan purba. Cuma say a ingin menerangkan kepada Ahli-ahli Yang Berhormat supaya Ahli-ahli Yang Berhormat tidak bimbang tentang perkara ini. Sudah tentu ia melalui berbagai-bagai jawatankuasa membincangkan sama ada layak atau tidak bangunan itu dijadikan satu bangunan purba. Sudah tentu ia mempunyai sejarahnya yang tersendiri, mungkin dalam 100 tahun yang akan datang. Tempat lahirnya pemimpin agung, misalannya, ataupun tempat lahirnya seorang, sebagai contoh, perwira bangsa yang berkorban untuk negara, mungkin. Itu terpulang kepadajawatankuasa yang akan datang, 100 tahun lagi. Sudah tentu kita semua tidak akan menduduki dalam jawatankuasa itu!

Jadi, ia bukan mengambil semua bangunan yang telah berumur lebih daripada 100 tahun dijadikan bangunan purba. Tidak! Banyak saya yakin bangunan-bangunan purba, bangunan­bangunan yang lama 100 tahun, 200 tahun atau mungkin 300 tahun tidak layak pun ditakrifkan ataupun diwartakan sebagai harta nasional atau harta negara, kepunyaan atau warisan bangsa kita. Cuma beberapa bangunan sahaja dan apabila bangunan ini hendak diambilalih oleh Kerajaan. ltu pun jika ianya tidak lagi terpelihara. kalau tuanpunya bangunan itu telah memeliharanya kerana apabila telah diwartakan, ia menjadi satu tarikan pelancong, berduyun-duyun pelancong hendak tengok macam mana bangunan ini. Mungkin orang Jepun datang, orang Australia pun datang, hendak tengok bangunan ini dan mungkin tuanpunya mendapat pendapatan yang agak lumayan juga daripada pembayaran pelancongan ini dan dia dapat menjaga bangunan ini dengan elok supaya itu adalah satu tarikan dan mendatangkan income kepadanya. Maka Kerajaan tidak berhajat untuk hendak mengambil-alih tanah ini sebagai tanah Kerajaan. Kerajaan akan membiarkan tuan tanah itu menjaga bangunan itu. Jadi, kalau kita dari segi realitinya, hanya beberapa bangunan sahaja akan dijadikan atau diwartakan di bawah Akta Benda Purba ini. Dan daripada beberapa bangunan itu, hanya sebilangan sahaja yang tidak dapat dipelihara lagi akan diambil balik oleh Kerajaan.

Jadi, kalau dalam pemikiran Ahli-ahli Yang Berhormat bahawa mungkin orang kampung akan teraniaya, Pak Ali akan teraniaya, Pak Mat akan teraniaya, saya bagi pihak Kerajaan bolehlah memberi jaminan. Perkara penganiyaan Pak Ali, Pak Mat ini adalah satu perkara tidak ada langsung terfikir oleh Kerajaan. Malah kalau Pak Mat yang mempunyai bangunan ataupun, pondok usang yang dapat diwartakan sebagai harta atau warisan negara, ia menjadi satu rahmat kepada Pak Mat ( Ketawa) kerana dengan

807 7 JUN 1993 808

pewartaan itu, Pak Mat akan dapat menerima ....

Timbalan Yang di-Pertua: Ramai.

Tuan Mohd, Noh binRajab:: ... ramai pelancong-pelancong datang dan sudah tentu pelancong akan membayar sejumlah wang untuk menengok atau me Ii hat sendiri bangunan ini, apakah bangunan ini sehinggakan Kerajaan mewartakannya sebagai harta atau warisan negara. Dan daripada situ, Pak Mat akan dapat rah mat. (Ketawa) Jadi, ...

TuanHajiMohamed Nazri bin Abdul Aziz (Bangun)

Timbalan Yang di-Perina: Dengan perkataan "rah mat" tadi, Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz hendak minta penjelasan.

Tuan Mohd Noh bin Rajah: ... boleh ditukarkan kepada apa pun. Tuan Haji Mohamed Nazri pun boleh buat begitu. (Ketawa)

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Tuan Yang di-Pertua, ini sebagai penjelasan sedikitlah. Saya ingat di sini Pak Mat tidak akan teraniaya kalau sekiranya tanahnya digazet. Saya ingat soalnya ialah sama ada Pak Mat akan teraniaya ataupun tidak kalau sekiranya Kerajaan mengambil-alih tanah itu?

Timbalan Yang di-Pertua: Di mana pergi rahmatnya?

Tuan Haji Mohamed Nazri bin Abdul Aziz: Di mana yang sepatutnya dapat rahmat. Kalau Pak Mat ini tidak jaga tanahnya, kemudian, Kerajaan mengambil-alihnya daripada dia. Bila hendak bayar pampasan, pada ketika itu baru berbangkit penganiayaan kepada Pak Mat keranaapabila di bawa ke mahkamah, mahkamah tentukan harga, maka mahkamah terpaksa mengarnbil kira-tanah itu digazet, tidak siapa hendak-harga

pasaran berasaskan kepada "supply and demand". Tanah yang telah digazet, say a ingat orang tidak hendak. Jadi, memang Pak Mat. tidak dianiaya kalau tanah itu digazet. Tetapi Pak Mat akan dianiaya kalau sekiranyaapabila tanahnya hendak diambil. Inilah soalanya di bawah Akta Pengambilan Tanah. Jadi bila Kerajaan ambil tanah Pak Mat itu dan bila hendak bayar pampasan itu, pada ketika itu Pak Mat dianiayakan. jadi, say a minta Yang Berhormat Setiausaha Parlimen terangkan.

Timbalan Yang di-Pertua: Sila.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Saya cuba untuk hendak mengikis keraguan dalam pemikiran Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri ini bahav.:a mungkin Pak Mat teraniaya.

Timbalan Yang di-Pertua: Ya (Ketawa)

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Kita sedar juga kalau pengambilan tanah ini tidak diberikan pampasan yang setimpal, ia menjadikan satu penganiayaan. Tetapi dalam hal ini, say a ingin memba wa Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri kepada satu pandangan yang lain iaitu ....

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, agaknya panjang lagi? Cuba ringkaskan sampai pada pukul 6.35 petang. kalau tidak, boleh sambung.

Tuan Mohd. Noh bin Rajab: Boleh kita sambung besok? Saya hendak teruskan.

Timbalan Yang di-Pertua: Teruskan, kita sambung besok.

Tuan Mohd Noh bin Rajah: Waiau bagaimanapun, saya ingin memberi jaminan kepada Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri bahawa Kerajaan akan mengambil kira juga tentang nasib Pak Mat yang mana saya rasa Yang

809 7 JUN 1993 810

Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri sendiri adalah di .....

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: (Bangun)

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat, ada minta lagi laluan. Yang BerhormatDatuk Haji Ahmad pu la, kerana fasal tersebut nama "Pak Mat" ini, maka Datuk Haji Ahmad hendak bangun. (Ketawa)

Datuk Haji Ahmad bin Haji Abdullah: Jadi. oleh sebab nama "Pak Mat", '"Pak Mat" ini, pada masa yang akan datang, adakah rumah saya ini jadi "rumah Pak Mat"? ( Ketawa)

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: (Ban gun)

Timbalan Yang di-Pertua: Sila, sila Soalannya. apabilasebut nama "Pak Mat", adakah rumah Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad ini mungkin menjadi mangsa pada satu hari?

Tuan Mohd Noh bin Rajah: Tuan Yang di-Pertua, menjadi mangi;a dan menjadi panggilan yang rumah itu menjadi "rumah Pak Mat" adalah dua perkara. Kalau boleh saya katakan rumah.

Timbalan Yang di-Pertua: Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: .... Yang Berhormat Datuk Haji Ahmad memang setengah-setengah orang memanggil itulah

211099.

rumah Pak Mat. Tetapi sama ada ia men­jadi mangsa, inilah yang saya hendak terangkan bahawa Kerajaan tidak berhajat untuk menjadikan mana-mana Pak Mat mangsa kepada Akta ini.

Oleh yang demikian, Tuan Yang di-Pertua, berkenaan dengan pertanyaan daripada Yang Berhormat Tuan Haji Mohamed Nazri tadi, Kerajaan bertanggungjawab atas segala tindakannya tentang pengambilan tanah ini. Apa yang saya bawa kepada pemikiran Ahli-ahli Yang Berhormat ialah apabi la tan ah ataupun ban gun any ang sedemikian seperti yang disebutkan tadi ini terletak di bandar, itu sahaja mungkin ada relevance ataupun perbincangan akan timbul yang mana sekiranya bangunan itu terletak di satu kawasan yang mana sekeliling atau berhampirannya, terletak bangunan­bangunan pencakar langit dan sudah tentunya nilai tanah-tanah yang mana terletaknya bangunan-bangunan tinggi yang tanah itu begitu bernilai sekali dan di situlah terletaknya bangunan yang telah div.'artakan sebagai satu warisan negara.

Timbalan Yangdi-Pertua: Jadi, Yang Berhormat, boleh sambung besok.

Tuan Mohd. Noh bin Rajah: Terima kasih.

Timbalan Yang di-Pertua: Ahli-ahli Yang Berhormat, Persidangan ditangguhkan hingga jam 2.30 petang besok.

Dewan ditangguhkan pada pukul 6.30 petang.