percumapercuma 2 - selangorkini.my · cap pada majlis selangor investors ap-preciation award 2018...

23
selangortv.my www.selangorkini.my MediaSelangor @Media_Selangor AMIRUDIN SHARI Dato’ Menteri Besar OLEH SHEEDA FATHIL PETALING JAYA - Selangor menyasarkan pelaburan RM7.5 bilion untuk dicapai, pada tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari. Beliau berkata, sasaran itu adalah rama- lan konservatif memandangkan ketidak tentuan ekonomi global, pada masa kini. “Sektor pelaburan dan perindustrian memainkan peranan penting dalam per- tumbuhan dan kestabilan ekonomi Sela- ngor. “Pelaksanaan dasar mesra pelabur dan kestabilan dasar Kerajaan Negeri, sekali gus menjadikan Selangor sebagai desti- nasi pelaburan utama, di Malaysia. “Oleh itu, Kerajaan Negeri mengalu-alu- kan kedatangan pelabur untuk melabur di sini dan kami akan menyediakan perseki- taran serta ekosistem mesra pernia- gaan yang membantu mereka mengem- bangkan perniagaan,” katanya. Beliau berkata demikian ketika beru- cap pada Majlis Selangor Investors Ap- preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor berjaya menarik lebih 7,600 projek pem- buatan, mewujudkan lebih 380,000 pe- luang pekerjaan di negeri dan negara serta mengumpulkan projek pelaburan RM191.67 bilion. Katanya, pada 2017, Selangor me- nyumbang RM270 bilion Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencakupi 23 pera- tus daripada keseluruhan KDNK negara. “Tahun lalu, sasaran Kerajaan Negeri adalah RM7 bilion, namun berjaya me- narik RM8.25 bilion seperti dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Ma- laysia bagi sektor perkilangan. “Rekod prestasi penting ini menunjuk- kan Selangor kekal sebagai destinasi pela- buran paling digemari di Malaysia, sekali gus membuktikan Kerajaan Negeri mem- punyai keupayaan kewangan stabil me- lalui pengukuhan aspek tadbir urus yang menghasilkan perkhidmatan cekap dan dasar berkesan,” katanya. Terdahulu, kira-kira 500 peserta me- nyertai majlis itu membabitkan agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pelabur dalam dan luar negara. Majlis yang diadakan setiap dua tahun sekali itu bertujuan menghargai syarikat, agensi kerajaan, PBT dan pelabur atas so- kongan mereka serta pencapaian cemer- lang dalam memacu ekonomi Selangor juga Malaysia. PERCUMA 7 - 13 Februari 2019, 2 - 8 Jamadil Akhir 1440 Kerajaan Negeri mengalu-alukan kedatangan pelabur untuk melabur di sini dan kami akan menyediakan persekitaran serta eko- sistem mesra perniagaan yang mem- bantu mereka mengembang- kan perniagaan EDARAN DIGITAL SELANGORKINI

Upload: vuonghanh

Post on 08-May-2019

252 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

selangortv.my

www.selangorkini.my

MediaSelangor

@Media_Selangor

AMIRUDIN SHARIDato’ Menteri Besar

OLEH SHEEDA FATHIL

PETALING JAYA - Selangor menyasarkan pelaburan RM7.5 bilion untuk dicapai, pada tahun ini, kata Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

Beliau berkata, sasaran itu adalah rama-lan konservatif memandangkan ketidak tentuan ekonomi global, pada masa kini.

“Sektor pelaburan dan perindustrian memainkan peranan penting dalam per-tumbuhan dan kestabilan ekonomi Sela-ngor.

“Pelaksanaan dasar mesra pelabur dan kestabilan dasar Kerajaan Negeri, sekali

gus menjadikan Selangor sebagai desti-nasi pelaburan utama, di Malaysia.

“Oleh itu, Kerajaan Negeri mengalu-alu-kan kedatangan pelabur untuk melabur di sini dan kami akan menyediakan perseki-taran serta ekosistem mesra pernia- gaan yang membantu mereka mengem-bangkan perniagaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika beru-cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu.

Pada masa sama, katanya, Selangor berjaya menarik lebih 7,600 projek pem-buatan, mewujudkan lebih 380,000 pe-

luang pekerjaan di negeri dan negara serta mengumpulkan projek pelaburan RM191.67 bilion.

Katanya, pada 2017, Selangor me-nyumbang RM270 bilion Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) mencakupi 23 pera-tus daripada keseluruhan KDNK negara.

“Tahun lalu, sasaran Kerajaan Negeri adalah RM7 bilion, namun berjaya me-narik RM8.25 bilion seperti dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Ma-laysia bagi sektor perkilangan.

“Rekod prestasi penting ini menunjuk-kan Selangor kekal sebagai destinasi pela-buran paling digemari di Malaysia, sekali

gus membuktikan Kerajaan Negeri mem-punyai keupayaan kewangan stabil me-lalui pengukuhan aspek tadbir urus yang menghasilkan perkhidmatan cekap dan dasar berkesan,” katanya.

Terdahulu, kira-kira 500 peserta me-nyertai majlis itu membabitkan agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pelabur dalam dan luar negara.

Majlis yang diadakan setiap dua tahun sekali itu bertujuan menghargai syarikat, agensi kerajaan, PBT dan pelabur atas so-kongan mereka serta pencapaian cemer-lang dalam memacu ekonomi Selangor juga Malaysia.

PERCUMA 2 - 8 Ogos 2018, 20 - 26 Zulkaedah 1439PERCUMA 7 - 13 Februari 2019, 2 - 8 Jamadil Akhir 1440

Kerajaan Negeri mengalu-alukan

kedatangan pelabur untuk melabur di sini dan kami akan menyediakan persekitaran

serta eko-sistem mesra

perniagaan yang mem-

bantu mereka mengembang-

kan perniagaanEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 2: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

2Utama

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Sejajar manifesto

Tun M lancar Pelan Antirasuah Nasional ����-����PUTRAJAYA - Pelan Antirasuah Nasional (NACP) 2019-2023 secara rasminya dilan-carkan oleh Perdana Menteri, Tun Dr Maha-thir Mohamad, pada 29 Januari lalu.

Pembangunan pelan itu sejajar usaha merealisasikan manifesto kerajaan ke arah negara bebas rasuah dan berintegriti.

Dibuat berdasarkan 22 strategi, pelan itu memberi keutamaan enam sektor utama di yang mengandungi 115 ini-siatif anti rasuah merangkumi enam sektor iaitu politik, perolehan awam, penguatkuasaan undang-undang, pen-tadbiran sektor awam, perundangan dan kehakiman serta tadbir urus kor-porat.

Bertemakan ‘Memecah Rantaian Ra-suah’, NACP dibangunkan khusus untuk dilaksanakan, dalam tempoh lima tahun.

Memetik laporan BH Online, pelan khu-sus itu dibangunkan bagi menetapkan sasaran yang praktikal berdasarkan inisia-

tif yang akan diambil oleh setiap agensi kerajaan dan swasta dalam menangani masalah rasuah, integriti dan tadbir urus, untuk tempoh Iima tahun akan datang.

NACP dibangunkan bagi menggan-tikan Pelan Integriti Nasional (PIN) dan ia diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Menge-nai Anti Rasuah (JKKMAR) yang di-pengerusikanPerdana Menteri, pada 8 Jun lalu.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail; Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Dr Ismail Bakar dan Ketua Pengarah Pusat Governans, Integriti dan Anti Rasuah, Jabatan Perdana Menteri (GIACC), Tan Sri Abu Kassim Mohamed.

Majlis turut dihadiri barisan menteri Kabinet dan menteri besar.

Pelan khusus itu dibangunkan GIACC dengan kerjasama agensi kerajaan lain.

Wilayah Persekutuan nadi ekonomi negaraKUALA LUMPUR - Wilayah Perse-kutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya adalah nadi yang menjana pertumbuhan negara ini, kata Men-teri Hal Ehwal Ekonomi, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali.

Katanya, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada 2017 menunjuk-kan sumbangan Wilayah Persekutu-an kepada ekonomi negara adalah sebanyak 13.5 peratus.

Statistik Jabatan Perangkaan Ma-laysia pula menunjukkan penduduk Wilayah Persekutuan pada 2018 di-anggarkan adalah seramai 1.98 juta orang.

“Matlamat Kuala Lumpur se-bagai bandar raya komersial bertaraf antarabangsa dan kosmo-politan, Putrajaya sebagai pusat pentadbiran Kerajaan Perseku-tuan dan Labuan sebagai pusat kewangan antarabangsa menja-dikan Malaysia mampu bersaing dengan negara yang pesat mem-bangun maju,” katanya dalam pe-rutusan bersempena Hari Wilayah, pada 1 Februari lalu.

Hari Wilayah Persekutuan di-sambut pada 1 Februari setiap tahun bermula 1974 susulan peng- isytiharan Kuala Lumpur sebagai

sebuah bandar raya.Selain itu, Mohamed Azmin

turut mengingatkan masyarakat menunaikan tanggungjawab so-sial dan nilai murni terhadap ko-muniti setempat bagi memastikan keharmonian dan pembangunan seimbang khususnya bagi mereka yang menetap, di kawasan bandar.

“Sehubungan itu, marilah kita bersama-sama merealisasikan impian dan menjadikan Wilayah Persekutuan terus berkembang pesat, mampan dan setanding dengan negara maju lain,” ka-tanya.

Jadikan kejatuhan UMNO satu pengajaranSHAH ALAM - Pengerusi Maj-lis Pimpinan KEADILAN Selangor, Amirudin Shari, mengingatkan KE-ADILAN negeri itu supaya tidak lalai, angkuh dan selesa dengan ke-menangan yang diraih khususnya pada Pilihan Raya Umum Ke-14.

Katanya, kejatuhan UMNO pada 2008 adalah pengajaran berguna kerana mereka dihukum rakyat se-laku parti yang kuat ketika itu.

Amirudin berkata, sejarah itu sela-lu berulang dan jika KEADILAN Sela-ngor tidak beringat, ia bakal berlaku.

"Saya sering ingatkan dalam per-temuan tertutup dengan pimpinan

KEADILAN Selangor kejatuhan se- sebuah kerajaan itu berselang sa-ngat pendek.

"Jika kita lihat di Putrajaya sebe-lum 2004 apabila hampir 80 kerusi Parlimen dikuasai Barisan Nasional tetapi selepas itu berlaku penafian dua pertiga di Parlimen dan a- khirnya pada 2018 kerajaan tum-bang.

"Jangan rasa selesa dan lalai de-ngan tanggungjawab yang diama-nahkan," katanya yang juga Dato' Menteri Besar Selangor dalam Bicara Minda, di Dewan Karangkraf, pada 1 Februari lalu.

Yang di-Pertuan Agong disambut penuh istiadatKUALA LUMPUR - Tiupan nafiri 14 anggota pasukan Istiadat Diraja Ten-tera Darat mengiringi keberangka-tan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Bil-lah Shah di Dataran Parlimen untuk istiadat sambutan rasmi selaku ketua negara baharu, pada 31 Januari lalu.

Keberangkatan tiba Seri Paduka Agong dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Maimunah Iskandariah almarhum Sultan Iskandar disambut Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mo-hamad dan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan ke Pentas Diraja melintasi pasukan pengawal tombak diiringi Per-dana Menteri untuk menerima perse-mbahan tabik ‘Hormat Diraja’ daripada

pasukan kawalan kehormatan utama.Serentak itu, lagu ‘Negaraku’ di-

mainkan oleh pasukan Pancaragam Pusat Rejimen Askar Melayu Diraja, diketuai Mejar Muhamad Nor Azi- zanYahya.

Pada masa sama, bendera peribadi Yang di-Pertuan Agong dikibarkan dii-kuti tembakan meriam sebanyak 21 das oleh pasukan 41 Bateri Istiadat, Re-jimen Artileri Diraja.

Al-Sultan Abdullah kemudian berkenan berangkat memeriksa pa-sukan kawalan kehormatan utama yang terdiri daripada 103 anggota dan empat pegawai dari Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja diketuai Mejar Mohd Izham Ahmad Rashidi.

Istiadat itu diteruskan dengan ba-caan doa oleh Mufti Wilayah Perse-

kutuan, Datuk Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, disusuli persembahan tabik ‘Hormat Diraja’ serta persembahan lagu ‘Negaraku’ untuk kali kedua.

Diiringi kenderaan pengiring di-raja, baginda berdua kemudian be-rangkat meninggalkan Dataran Parlimen ke Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim, Bukit Daman-sara, untuk Istiadat Melafaz Sumpah dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Yang di-Pertuan A-gong ke-16.

Al-Sultan Abdullah dipilih sebagai Yang di-Pertuan Agong yang baha-ru bagi tempoh lima tahun, berkuat kuasa 31 Januari lalu.

Pemilihan Seri Paduka Baginda dibuat pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-251 (Khas), di Istana Negara.

Foto

Ber

nam

aEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 3: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama3SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Capai KPI

Bonus lebih dua bulanOLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Penjawat awam Selangor bakal menikmati pem-bayaran bonus dua bulan gaji atau lebih jika Petunjuk Presta-si Utama (KPI) dapat dicapai, itu janji Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari, di hadapan lebih 500 penjawat awam negeri itu, pada 29 Januari lalu.

Katanya, Kerajaan Negeri sen-tiasa cuba yang terbaik bagi pem-berian bonus, berbanding tahun lalu.

“Tahun lalu kita beri dua bulan, tahun ini akan cuba lebih terbaik. Namun, tidak semua akan dapat ‘lebih’ itu, mungkin ada yang dapat setengah atau suku.

“Kita akan menilai daripada segi pencapaian KPI jabatan dan individu, namun pemberiannya juga adalah berdasarkan hasil pungutan negeri,” katanya ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor 2019, di Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah, di sini.

Turut hadir Setiausaha Kera-

jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ah-mad Ahya; Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim, barisan EXCO serta penjawat awam Se-langor.

Sementara itu, Amirudin dalam ucapannya berkata, pemberi-an bonus lebih dua bulan gaji itu sebagai menghargai majori-ti penjawat awam yang mampu mencapai KPI ditetapkan.

“Saya yakin 99 peratus pen-jawat awam di negeri ini mampu melaksanakan misi berkenaan. Jadi, jika hendak merealisasikan-nya, maka kita kena laksanakan tugas dan amanah diberikan,” ka-tanya.

Pada November lalu, Amiru-din melalui ucapan Belanjawan Selangor 2019 memaklumkan Kerajaan Selangor akan meng-gunakan sistem KPI bagi menen-tukan kadar pembayaran bonus buat penjawat awam, mulai ta-hun ini.

Penggunaan sistem itu, sekali gus menyaksikan tiada lagi pem-bayaran bonus secara langsung seperti dilakukan sebelum ini.

Suntik motivasi penjawat awamSHAH ALAM - Ganjaran bo-nus lebih dua bulan gaji ke-pada penjawat awam yang berjaya mencapai Petunjuk Prestasi Utama (KPI) seperti ditetapkan Kerajaan Negeri mampu menjadi motivasi ter-baik kepada golongan itu.

EXCO Pembangunan Ge-nerasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, langkah itu juga membuktikan kepimpinan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari sentiasa mengutama-kan kebajikan kakitangannya.

“Ini menunjukkan Dato’ Menteri Besar sentiasa men-jaga kebajikan kakitangan kerajaan dan memberi mo-tivasi kepada mereka untuk mencapai KPI ditetapkan.

“Sebagai EXCO bertang-gungjawab dalam Pemba-ngunan Modal Insan, saya menyambut baik kenyataan Dato’ Menteri Besar untuk memberi ganjaran kepada penjawat awam berdasarkan kerja keras mereka,” katanya.

Pada Perhimpunan Bula-nan Jabatan-Jabatan Kera-jaan Negeri Selangor 2019 baru-baru ini, Amirudin ber-kata, penjawat awam Se-langor bakal menikmati pembayaran bonus dua bu-lan gaji atau lebih jika berjaya mencapai KPI.

“Kita akan menilai daripa-da segi pencapaian KPI ja-batan dan individu, namun pemberiannya juga adalah berdasarkan hasil pungutan negeri,” katanya.

IKEA Pulau Indah buka ��� peluang pekerjaanPETALING JAYA -Pusat Penge-daran IKEA yang akan memu-lakan operasi pada September 2020 bakal membuka sekurang-kurangnya 300 peluang peker-jaan.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, kekosongan itu

membabitkan golongan tena-ga mahir berkelayakan.

“Walaupun ia adalah pusat lo-gistik yang besar, namun seba-hagian kerjanya membabitkan automasi atau robotik dan sele-bihnya tenaga mahir.

“Peluang pekerjaan ini terbu-

ka kepada lepasan graduan bagi mengisi kekosongan jawatan tenaga mahir terbabit,” katanya.

Beliau berkata ketika ditemui Media Selangor selepas Majlis Selangor Investors Appreciation Awards 2018 yang diadakan, di Hotel Sheraton, baru-baru ini.

Terdahulu, Amirudin turut merasmikan Majlis Pecah Tanah Pusat Pengedaran IKEA Sdn Bhd yang sedang dibangunkan, di Pulau Indah, Klang.

Melalui pembangunan itu, ia bakal merancakkan lagi industri pelaburan di Selangor dan Ma-

laysia amnya.Malah, ia akan memban-

tu menjangkau lebih banyak pelanggan di Asia Tenggara, sekali gus memudahkan orang ramai mendapatkan bekalan perabot rumah dengan lebih cepat.

Sektor pertanian mampu beri sumbangan besarSHAH ALAM - Penggunaan teknolo-gi serta pembabitan rakyat mampu melonjakkan sektor pertanian untuk memberi sumbangan lebih besar ke-pada Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, ketika ini sektor per-

tanian hanya menyumbang satu pe-ratus berbanding sektor lain.

"Bagaimanapun, ia boleh diubah jika aspek penggunaan teknolo-gi yang dapat mengeluarkan hasil yang lebih tepat dapat diaplikasikan dalam sektor pertanian.

"Memandangkan tanah di Sela-ngor terhad, maka amat perlu un-tuk kita mengujakan rakyat untuk terbabit kerana kita tak boleh ber-gantung pada sumber luar selama-lamanya," katanya.

Beliau berkata demikian pada program Bicara Minda Sinar Harian bersama Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari, di Dewan Karang-kraf, pada 1 Februari lalu.

Katanya, aspek nilai tambah dan pertanian moden di kawasan luar bandar akan diberikan perhatian oleh Kerajaan Negeri selepas ini bagi menggalakkan anak muda mence-buri bidang berkenaan.

Bagi kawasan bandar, Kerajaan Negeri cuba untuk meneruskan tradisi kebudayaan dengan men-jadikan Petaling Jaya sebagai Kota Seni Warisan melalui penganjuran program, setiap bulan.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 4: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

4Utama

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

SIDANG PENGARANGPENASIHAT: Lembaga Editorial CCSBPENGARANG : Nurul Farina Nazlan

PENOLONG PENGARANG Naeem Raffi, Afeeqa Afeera & Hafizan TaibWARTAWAN:

Nazli Ibrahim : [email protected], Afix Redzuan : [email protected],

Norhayati Umor : [email protected], Sheeda Fathil : [email protected]

Nadiah Zamlus : [email protected] Muzammil : [email protected]

JABATAN PEMASARAN & PENGIKLANAN:Nadhrah Azlan : [email protected] l 03-5523 4856 (ext 109)

Shafiq Hamsi : [email protected] | 03-5523 4856 (ext 109)

JURUGAMBAR: Asri Sapfie, Raheemie Arifin, Hafiz Othman & Fikri YusofGRAFIK & REKA LETAK: Unit Grafik CCSB

Aras 2, Carlton Holiday Hotel & Suites, No 1, Persiaran, Akuatik 13/43,Seksyen 13, 40100, Shah Alam, Selangor

Tel : 03-5523 4856 Faks : 03-5523 5856 Emel: [email protected]

Bakal wujud 500 peluang pekerjaan

DAISO buka pusat edaran serantau

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - PKT every24 Lo-gistics Sdn Bhd menandatangani perjanjian perkhidmatan bersa-ma Daiso Industries Co Ltd (DAI-SO) bagi mengendalikan pusat pengedaran serantau (RDC), di Pelabuhan Klang, pada suku ke-dua, tahun ini.

Kos pelaburan sebanyak RM250 juta itu dijangka bakal mewujud-kan 500 peluang pekerjaan ba-haru.

DAISO melalui kenyataan ber-sama PKT berkata, pembinaan RDC di Selangor itu adalah di an-tara strategi pembesaran pernia-gaan, sekali gus membolehkan penyelarasan operasi logistik DAI-

SO, di kawasan Asia Tenggara dan Timur Tengah.

Presiden DAISO, Seiji Yano ber-kata, pihaknya yakin PKT akan menjadi rakan kongsi logistik ber-harga untuk DAISO menyediakan perkhidmatan lebih baik kepada cawangan dan pelanggan, di se-luruh Timur Tengah dan Asia Teng-gara.

Sementara itu Pengerusi Kum-pulan PKT Logistics, Datuk Wira Jalilah Baba berkata, pihaknya akan menguruskan kontena ba-rangan DAISO yang mencecah ratusan kontena, dalam tempoh sebulan.

Ia termasuk penyediaan pe-ngangkutan, penghantaran ba-rang dan pergudangan untuk

pengangkutan kargo.“Kami berbangga kerana DAISO

memberi keyakinan terhadap Ma-laysia, namun yang paling penting ialah keyakinan syarikat itu terhadap PKT untuk memberikan perkhid-matan logistik yang berkualiti ke-pada cawangan mereka,” katanya.

PKT every24 Logistics ialah syari-kat usahasama di antara PKT Lo-gistics Group Sdn Bhd dan Daisei every24 Co. Ltd.

Turut hadir ke majlis menan-datangi perjanjian itu ialah EXCO Pelaburan, Perindustrian, dan Perda-gangan Industri Kecil dan Sederha-na (IKS), Dato’ Teng Chang Khim dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) In-vest Selangor, Dato’ Hasan Azhari Idris.

Chang Khim (tengah) yang turut disertai Hasan Azhari (dua dari kanan) menyaksikan MoU antara PKT every24 Logistic Sdn Bhd dan Daiso Indutries Co Ltd, baru-baru ini

Hasil tanah kurang tahun lalu, kini kembali pulihSHAH ALAM - Hasil tanah Kera-jaan Selangor berkurangan seba- nyak RM340 juta pada 2018 de-ngan hasil sebanyak RM736.6 juta berbanding RM1.54 bilion, pada 2017.

Dato’ Menteri Besar, Amiru-din Shari berkata, pengurangan itu berpunca akibat penanggu-han beberapa projek menjelang musim Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14), tahun lalu.

Katanya, faktor lain ialah kebim-bangan orang ramai berhubung pertukaran polisi serta kelemba-pan ekonomi, sepanjang tahun.

“Namun, jumlah hasil berke-naan kembali pulih selepas tamatnya PRU14 dan selepas itu pembayaran berlangsung seper-ti biasa.

“Tambahan lagi, hasil cukai Se-langor juga bertambah baik di-antara 90 hingga ke 98 peratus,” katanya kepada media.

Beliau berkata demikian ketika Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Sela-

ngor 2019, di Bangunan Sultan Ab-dul Aziz Shah, pada 29 Januari lalu.

Turut hadir Setiausaha Kera-jaan Negeri, Dato’ Mohd Amin Ah-mad Ahya, Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim, barisan EXCO serta penjawat awam Se-langor.

Sementara itu, Mohd Amin dalam ucapannya berkata, Ke-rajaan Selangor sudah meminta Pejabat Tanah dan Galian ne-geri memastikan gred Petunjuk Prestasi Utama bagi kutipan ha-sil tanah melepasi unjuran yang sudah ditetapkan.

Katanya, beberapa inisiatif baru diperkenalkan bagi me- narik minat pemohon membayar premium tanah.

“Ini kerana lebih 82 pera-tus hasil kerajaan negeri adalah daripada hasil tanah, ia adalah penyumbang utama kepada Ke-rajaan Negeri sehingga Selangor menjadi negeri pertama dengan kutipan tertinggi, pada 2017,” ka-tanya.

Maxis tawar pakej istimewa buat penjawat awamSHAH ALAM - Maxis Berhad buat pertama kalinya membuat tawaran khas kepada penjawat awam Selangor melalui pakej talian Selangor Inteligent SIM (SIS).

Pengarah QS Empire, Dato’ Abd Muim Matamin berkata, pakej khas itu ditawarkan dengan har-ga istimewa yang mampu dimi-liki penjawat awam, di negeri itu.

“Ia adalah pertama seumpa-nya di negara ini apabila kami membawa sebuah syarikat tele-komunikasi terkenal Maxis yang menyediakan pakej buat penjawat

awam.“Lebih menarik, apabila 200

penjawat awam yang mendaf-tar pada hari ini berpeluang mendapat telefon bimbit secara percuma,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas majlis pelancaran SIS keti-ka Perhimpunan Bulanan Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri Selangor 2019 bertempat di Bangunan Sul-tan Abdul Aziz Shah, pada 29 Ja-nuari lalu.

Sementara itu Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dalam uca-

pannya berkata, penyediaan pakej khas itu adalah inisiatif pember-dayaan buat penjawat awam Se-langor, sepanjang 2019.

Katanya, ia bukan sekadar menjamin penjimatan kepada penjawat awam yang melang-gan tetapi dikembalikan sejum-lah RM2 kepada Tabung Kebajikan SUK Selangor.

“Setiap penjawat awam yang melanggan pakej khas ini juga akan menerima manfaat Pro-gram Khairat Kematian sejumlah RM200,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 5: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Utama5SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Perayaan ingatkan kepentingan sebuah keluarga – Sultan SharafuddinSHAH ALAM - Sambutan penuh tradisi sempena Tahun Baharu Cina pastinya mengingatkan se-seorang betapa pentingnya ni-lai sebuah keluarga dalam dunia yang semakin moden hari ini.

Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Id-ris Shah bertitah, semoga sambu-tan kali ini membawa kehidupan

semua ke arah lebih baik.“Sama seperti menyalakan

lampu ataupun tanglung bagi menyambut kedatangan Tahun Ba-haru Cina, beta berharap supaya ta-hun baharu ini memberikan anda harapan baru, impian dan aspirasi.

“Paling penting, marilah me-nyambut perayaan kali ini dengan penuh kegembiraan dan ceria sam-

bil meraikan kepelbagaian dengan aman dan harmoni.

“Beta dan Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Nora-shikin ingin mengucapkan supaya semua rakyat mendapat kesihatan yang baik dan dikurniakan rezeki berterusan, Selamat Tahun Baharu Cina,” titah baginda melalui perutu-san sempena Tahun Baharu Cina.

Ziarah-menziarahi

Kukuh muafakat, terap perpaduanOLEH ZAREEF MUZAMMIL

SELAYANG - Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari, menyifatkan sam-butan Tahun Baharu Cina mampu menerapkan nilai perpaduan dan mengukuhkan semangat muafa-kat bersama penduduk setempat melalui amalan ziarah-menziarahi.

Beliau berkata, seperti tahun se-belumnya beliau mengambil kes-empatan menziarahi masyarakat Tionghua dan beberapa kenalan rapat, di sekitar kawasan Sungai Tua.

“Seperti kebiasaannya, saya akan menggunakan peluang ini untuk duduk bersama penduduk, teruta-ma kawan yang banyak membantu, di kawasan Sungai Tua.

“Ini memang program tradisi saya setiap tahun, bukan sahaja Tahun Ba-haru Cina tetapi semua perayaan di-sambut masyarakat, di negara ini.

“Kemeriahan amalan kunjung-mengunjungi dapat dirasai apabila semua masyarakat berkumpul untuk bersama meraikannya dalam kepel-

bagaian kaum,” katanya.Beliau berkata demikian selepas

mengunjungi teratak mewah Ketua Pegawai Eksekutif Sri Ternak Group of Companies, Dato’ Raymod Ho, di Taman Melati, pada 5 Februari lalu.

Beliau yang tiba bersama ke-luarga kira-kira jam 10.30 pagi di-sambut Raymond, di perkarangan rumah berkenaan.

Dalam kemeriahan majlis berkenaan, Amirudin turut ber-sama keluarga Raymond meng-gaul ‘yee sang’ dan meluangkan masa hampir setengah jam untuk bersembang dengan kenalannya itu sambil menikmati juadah dise-diakan.

Hadir sama, pelakon dan pener-bit popular tanah air, Datuk Mo-hamed Noor Shamsuddin atau Rosyam Nor.

Terdahulu, Amirudin juga me-luangkan masa hampir setengah jam dengan mengunjungi rumah aktivis masyarakat, Ah Lian, di Kampung Selayang Baru, di sini.Amirudin ditemani Rosyam Nor turut bersama keluarga Raymond menggaul ‘yee sang’

TAHUN BAHARU CINA UNIK DALAM MASYARAKAT MAJMUK

Bukan hanya Tahun Baharu Cina, tetapi setiap perayaan yang terdapat di negara ini melambangkan keunikan tersen-diri kerana membabitkan penyatuan semua kaum

- Johnson Ong, 38

Saya harap Malaysia lebih aman melalui keakraban sesama bangsa dan agama seterusnya boleh membentuk negara yang lebih kuat selepas ini

- Rane Chin, 35

Kepelbagaian dan keharmonian hubungan yang wujud antara kaum dalam masyarakat majmuk menjadikan Sambutan Tahun Baharu Cina di negara ini sangat unik dan istimewa

TRADISI MENZIARAHI masyarakat Cina sepanjang Sambutan Tahun Baharu Cina sudah dilakukan Ami-rudin Shari sebelum memegang jawatan Dato’ Men-teri Besar lagi.

Amirudin mahu tradisi itu dilakukan tanpa mengira

batas kaum juga agama seperti perayaan Hari Raya Aidilfitri, Deepavali juga perayaan lain kerana beliau turut menziarahi rakannya.

Beliau berharap sambutan kali ini berlangsung de-ngan aman dan baik sama seperti tahun terdahulu.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 6: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

6Utama

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

@ k o t a d a m a n s a r a s i a p p a d a q 1 2 0 2 0

(03) 6419-9888EMPORIS SDN BHD 773888-M

WWW.EMPORIS.COM.MY [email protected]

SCLAND GALLERY @ EMPORISR18, Wisma SCland, Emporis Kota DamansaraPersiaran Surian, 47810 Petaling Jaya Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Pemaju: Emporis Sdn Bhd (773888-M) • Nama Perumahan: Emporis • No. Lesen Pemaju: 14162-1/11-2019/03017 (L) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 No. Permit Iklan: 14162-1/11-2019/03017 (P) • Tempoh Sah: 14/11/2018 - 13/11/2019 • Pegangan Tanah: Komersil, pajakan 99 tahun tamat 27 Disember 2109 Sekatan: Tanah Ini boleh dipindahmil ik , dipajak atau digadai setelah mendapat kebenaran pihak berkuasa negeri • Gadaian: Publ ic Bank Berhad Tarikh Jangka Siap: Disember 2020 • Harga Jualan: Rm592,000(Min)-Rm1,085,700(Mak) • Bilangan Unit: 616 Unit • Pihak berkuasa yang meluluskan pelan bangunan: Mbpj • No. Pelan Bangunan: Mbpj/120100/T/P10/247/2015 • 10% Diskaun untuk bumiputera • Jenis Pemajuan: 28 tingkat pangsapuri perkhidmatan • Alamat: Emporis Kota Damansara, Persiaran Surian, 47810 Petaling Jaya. Selangor Darul Ehsan • Iklan ini telah diluluskan oleh Jabatan Perumahan Negara. Semua maklumat spesifikasi, perspektif, artikel dan rancangan-rancangan yang terkandung dalam bahan dicetak ini adalah tertakluk kepada perubahan tanpa notis terlebih dahulu sebagaimana yang dikehendaki oleh pihak berkuasa atau perunding projek pemaju dan tidak boleh menjadi sebahagian daripada mana-mana atau kontrak.

BUMIPUTERADISKAUN

10%

4 col x 15 cm

KENYATAAN TENDER

(6430-P)

Tender adalah dipelawa daripada kontraktor yang berdaftar mengikut syarat-syarat pendaftaran di bawah dan syarikat kontraktor hendaklah dimiliki 100% oleh rakyat tempatan yang masih dibenarkan membuat tawaran buat masa ini untuk kerja-kerja berikut:-

Butir-Butir Tawaran

No. Tender:WHB/PU/OT/PRO/02/19

PROPOSED LANDSCAPING WORKS (STAGE 1) FOR RECREATIONAL LAKE, SALES GALLERY AND PHASE 1 (IN-PHASE PARK) AT DAUNAN WORLDWIDE, ALAM PERDANA, MUKIM IJOK, DAERAH KUALA SELANGOR, SELANGOR DARUL EHSAN.

No

A

Syarat-Syarat Pendaftaran

1. Memegang Perakuan Pendaftaran Syarikat Suruhanjaya Malaysia (SSM)Gred : G6 dan/atau G7Kategori : CE14 dan CE212. Kontraktor dikehendaki untuk membawa SSM,cop syarikat & Sijil CIDB sewaktu pembelian tender dokumen3. Mempunyai sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman yang serupa di bidang berkaitan.

Harga

Tender RM800.00

kepadaAROMA

TROPICS SDN BHD

Bayaran dalam bentuk bank draf/cek dan tidak akan

dikembalikan)

Tarikh dan Tempat Pembelian Dokumen Tender

11 Februari 2019 sehingga

18 Februari 2019

Di pejabat:AROMA TROPICS SDN BHD D-1-6, Seri Gembira Avenue,

No. 6, Jalan Senang Ria, Taman Gembira, 58200 Kuala Lumpur,

Wilayah Persekutuan. T: 03- 7972 8016F: 03- 7971 4500

Waktu Pejabat:Isnin - Jumaat

9.00pg - 12.30 tgh2.30ptg - 5.00 ptg

TENDER BOX BJABATAN PEROLEHANLOT 01-03-01WORLDWIDE HOLDINGS BERHADNO 1 WORLDWIDE@7JALAN LAZUARDI 7/2940000 SHAH ALAMSELANGOR DARUL EHSANNo. Tel : 03-5510 2525 No. Fax 03-5510 4448

Tarikh Tutup Tender:-Sebelum atau pada jam12.00 pm4 Mac 2019(Isnin)

Dokumen yang lengkap diisi hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat berlakri dan bertanda dengan tajuk kerja dan nombor tender berkenaan pada sebelah atas kiri sampul dan dimasukkan ke dalam Peti Tender di alamat berikut:-

1. Dokumen Tender yang lewat diterima dari tarikh dan masa yang ditetapkan tidak akan dipertimbangkan.2. Pihak Worldwide Holdings Berhad tidak terikat menerima Sebutharga terendah atau mana-mana Sebutharga.

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Sejumlah RM500,000 di-luluskan Kerajaan Negeri untuk Bantuan Khas Orang Kelainan Upaya (OKU).

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pember-dayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, bantuan itu adalah khas buat golongan OKU yang mengalami kes tertentu seperti kecemasan.

“Bantuan khas ini terbuka kepada golongan OKU yang mengalami penya-

kit tertentu dan memerlukan pemeriksaan dengan kadar segera.

“Untuk membuat permohonan, mereka boleh memohon di Pejabat Dewan Un-dangan Negeri (DUN) masing-masing dan Majlis Tindakan OKU akan menyemak un-tuk mengukur kelayakan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas dite-mui media pada Majlis Ramah Mesra Media dan Pra Pelancaran Karnival 3W (Women, Welfare, Wellness) 2019, di Lobi Utama Bangunan Setiausaha Kerajaan

Negeri, baru-baru ini.Pada masa sama, katanya, setiap

pemohon berkelayakan boleh memohon sekurang-kurangnya RM5,000.

Terdahulu, Karnival 3W diperkenalkan bagi mempromosi pelbagai bantuan dan khidmat ditawarkan Kerajaan Negeri ke-pada rakyat.

Ia bakal dilancarkan pada 10 Februari ini dengan tema Sambutan Hari Kanser Sedunia, di Padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya, Pandan Indah.

Depani kes kecemasan

Lulus RM���,��� Bantuan Khas OKU

SHAH ALAM - Kes pe-nyakit Chikungunya yang berlaku di kawasan Tanjung Sepat ketika ini masih terkawal.

Ahli Dewan Negeri Tanjung Sepat, Borhan Aman Shah (gambar) berkata, pihaknya de-ngan kerjasama Ja-batan Kesihatan Daerah mengambil langkah awal menangani penyakit berkenaan.

Katanya, antara langkah yang diambil membabitkan taklimat pencegahan dan sem-buran kabus di seluruh kawasan terbabit selain mengedarkan risalah dan ubat jejentik.

“Setakat ini, terdapat 11 kes sehingga 31 Janua-ri lalu dan keadaan itu masih terkawal.

“Kita juga akan mengadakan gotong royong besar-besaran bersama Jabatan Kesihatan dan penduduk sekitar,” katanya.

Pada 5 Februari lalu, satu taklimat berkaitan pe-nyakit itu diadakan oleh Pejabat Kesihatan Dae-rah Kuala Langat, di Kompleks Muhibbah Pekan Tanjung Sepat.

Terdahulu, Kementerian Kesihatan mengesah-kan terdapat 11 pesakit menghidap penyakit Chi-kungunya, di daerah berkenaan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hi-sham berkata, Pejabat Kesihatan Daerah Kuala La-ngat melaksanakan pengesanan kes secara aktif.

Katanya, penyakit itu adalah disebabkan oleh virus Chikungunya yang disebarkan oleh nyamuk Aedes iaitu jenis nyamuk yang sama menyebar-kan denggi.

Kes Chikungunya di Tanjung Sepat terkawal

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 7: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Ekonomi7SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Na-sional (PTPTN) mengumumkan dividen Skim Simpanan Pendi-dikan Nasional (SSPN) sebanyak empat peratus untuk dua Skim Simpanan Pendidikan Nasional 2018 (SSPN-i dan SSPN-i Plus).

Pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan berkata, pemberian dividen berkenaan membabitkan ang-garan peruntukan RM114.55 juta yang memberi manfaat kepada 3.91 juta pendeposit PTPTN.

“Kadar empat peratus ini

adalah berdasarkan pulangan bersih pelaburan dibuat atas deposit diterima dan PTPTN masih dapat mengekalkan ka-dar dividen SSPN yang kompeti-tif walaupun suasana ekonomi mencabar.

“Pemberian kadar dividen kompetitif berbanding dividen diberikan akaun simpanan yang lain diharap menjadikan SSPN lebih berdaya saing dan men-jadi instrumen simpanan pilihan dan keutamaan dalam kalangan masyarakat,” katanya pada maj-

lis pengumuman Dividen 2018 Skim SSPN, pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, selain pem-berian dividen, ibu bapa juga diberikan insentif pelepasan tak-siran cukai pendapatan hingga RM6,000 dan pendeposit turut mendapat perlindungan takaful sehingga RM1 juta dengan di-jamin kerajaan dan patuh syariah.

“Insentif pelepasan taksiran cukai SSPN juga dinaikkan dari-pada RM6,000 kepada RM8,000 bermula tahun taksiran 2019,” katanya.

Pada masa sama, Wan Saiful berkata pada tahun lalu, PTPTN berjaya mencapai kutipan de-posit SSPN berjumlah RM1.13 bilion iaitu jumlah penabungan tertinggi pernah dicapai sejak SSPN diwujudkan, manakala bi-langan akaun baharu yang sudah dibuka adalah sebanyak 678,839.

“Kedua-dua pencapaian ini menunjukkan peningkatan keta-ra berbanding tahun 2017 iaitu peningkatan sebanyak RM404.48 juta untuk deposit dan 231,790 untuk akaun baharu,” katanya.

Beri manfaat 3.91 juta pendeposit

PTPTN umum dividen empat peratus SSPN

KUALA LUMPUR - Kadar gaji di Malaysia perlu berkembang pada purata tahunan 3.5 peratus un-tuk membolehkan negara menca-pai status berpendapatan tinggi, menjelang 2023.

Ketua Ekonom Alliance Bank Malaysia Bhd, Manokaran Mottain berkata, pertumbuhan purata gaji di negara ketika ini adalah 2.4 pe-ratus ekoran bekalan tenaga kerja asing yang besar.

“Untuk meningkatkan pertum-buhan gaji, anda perlu menangani

isu pekerja asing, mengurangkan angkanya dan saya yakin gaji akan naik,” katanya kepada pemberita di luar Forum Tinjauan Ekonomi dan Strategik Malaysia 2019, pada 29 Januari lalu.

Beliau berkata, kini terdapat ki-ra-kira dua juta pekerja asing dan angkanya mencapai empat juta jika pengiraan menyeluruh dibuat.

Selain mengurangkan pekerja asing, beliau berkata kerajaan juga wajar memberi tumpuan kepada mewujudkan pekerjaan berke-

mahiran tinggi yang memberikan pendapatan lebih tinggi.

Beliau berkata, pekerjaan mahir hanya menyumbang 25 peratus daripada tenaga kerja di Malaysia berbanding 50 peratus, di Ameri-ka Syarikat.

“Kerajaan perlu menyediakan lebih banyak inisiatif mengubah struktur kerja Malaysia daripa-da berkemahiran rendah kepada berorientasikan kemahiran tinggi atau berorientasikan teknologi,” katanya.

Kadar gaji mesti berkembang kepada �.� peratus

Wan Saiful Wan Jan

KUALA LUMPUR - Malaysia be-rada di tangga 61 daripada 180 buah negara dalam Indeks Per-sepsi Rasuah (CPI) tahunan pada 2018, berbanding kedudukan ke-62 pada 2017.

Presiden Transparency Inter-national Malaysia (TI-M), Datuk Seri Akhbar Satar berkata, ber-dasarkan laporan dikeluarkan Transparency International (TI), negara berjaya mengekalkan skor 47 daripada 100 dalam tin-jauan CPI, pada tahun lalu dan 2017.

Katanya, skor dalam CPI diten-tukan mengikut tahap persepsi rasuah dalam sektor awam neg-ara berdasarkan skala sifar (di-anggap paling rasuah) kepada 100 (paling bersih).

“Kedudukan Malaysia setakat ini agak memuaskan dan ma-syarakat meletakkan keyakinan terhadap kerajaan Pakatan Ha-rapan (PAKATAN).

“PAKATAN baru mengam-

Malaysia di tangga ke-�� Indeks Persepsi Rasuah ����

KUALA LUMPUR - Sime Darby Plantation Bhd (SDP) dan Lem-baga Penyatuan dan Pemulihan Tanah Sarawak (Salcra) menjalin usaha sama untuk mewujudkan, memperkukuh dan menggalak-kan kerjasama komersial sinergi dalam rantaian nilai minyak sawit.

SDP berkata, kedua-dua pihak menandatangani memorandum persefahaman (MoU) untuk me-ningkatkan ‘standard’ industri min-yak sawit Sarawak daripada segi keefisienan operasi dan produk-tiviti menerusi amalan agronomik terbaik.

“Di bawah MoU itu, pasukan SDP dan Salcra mahu meng-gabungkan sumber dan kepa-karan mereka untuk menjalin usaha sama, menilai dan men-jalankan penyelidikan dalam perkara berkaitan dengan ran-taian nilai minyak sawit dan ‘in-put’ agronomik berkaitan dalam bidang tertentu,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malay-

sia, pada 29 Januari lalu. SDP berkata, bidang berke-

naan termasuk bahan pertanian seperti biji benih dan anak po-kok kelapa sawit, penutup anak benih, baja, racun rumput, racun serangga, bahan kimia pertanian dan peralatan pertanian; penguru-san, perkhidmatan konsultan dan latihan berkaitan pembangunan perladangan kelapa sawit, pena-naman dan pemprosesan, pena-naman baharu dan tanam semula dan amalan baik.

Bidang lain kerjasama adalah perkhidmatan konsultan dalam soal perancangan dan pembangu-nan kilang kelapa sawit, penguru-san sisa, penapisan, kilang isirung, oleokimia dan aktiviti hiliran lain yang berkaitan dan perkhidmatan analitik makmal.

SDP berkata, turut termasuk dalam MoU itu, sebarang aktivi-ti lain berkaitan dengan perlada- ngan getah dan perniagaan per-tanian yang lain.

SDP-Salcra wujud rantaian nilai minyak sawit

bil alih pentadbiran negara tu-juh bulan lalu dan jika kerajaan kekalkan momentum dalam me-merangi rasuah, tidak mustahil kedudukan negara boleh me-ningkat.

“Paling utama, kerajaan per-lu memperkasakan integriti dan membanteras rasuah dengan le-bih berani,” katanya dalam sidang media di Institut Integriti Malaysia (INTEGRITI), baru- baru ini.

Denmark dan New Zealand diumumkan sebagai negara pa- ling bersih rasuah dengan catatan skor masing-masing se-banyak 88 dan 87 manakala So-malia, Sudan Selatan dan Syria menduduki tangga terbawah.

Mengulas lanjut, Akhbar ber-kata, PAKATAN perlu bekerja keras menunaikan janji mani-festo bagi meningkatkan lagi ke-percayaan masyarakat terhadap kerajaan.

“Masyarakat sedar akan usa-ha Perdana Menteri, Tun Dr Ma-hathir Mohamad, memerangi rasuah dan pemimpin lain sewa-jarnya sama-sama berjuang ke arah negara yang lebih baik.

“Selain itu, kerajaan perlu mengekalkan pemberian kon-trak secara tender terbuka bagi membanteras gejala rasuah.

“Langkah itu dapat memas-tikan kontrak diberikan kepada syarikat yang benar-benar layak menerimanya,” katanya.

Akhbar Satar

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 8: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

8Nasional

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan memaklumkan Skim Peduli Kesihatan (PeKa B40) masih dalam fasa projek perintis dan be-lum lagi dilancarkan sepenuhnya.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berka-ta, pelancaran diadakan pada 28 Januari lalu adalah sesi pelancaran media yang bertujuan meningkat-kan kesedaran orang ramai terha-dap skim PeKa B40.

“Kementerian Kesihatan buat masa ini mahu mengkaji peneri-maan rakyat serta pemegang ta-ruh lain terhadap skim ini.

“Pembabitan dan sokongan se-tiap pemegang taruh amat pen-ting bagi memastikan kejayaan skim PeKa B40 iaitu satu inisiatif memberi fokus kepada jalinan ker-jasama awam dan swasta melalui

PUTRAJAYA - Pemohon yang la-yak menerima Bantuan Sara Hi-dup (BSH) 2019 diminta mendaftar dan mengemas kini maklumat isi rumah untuk bayaran fasa kedua dan ketiga yang dijadual, pada Mei dan Ogos ini.

Kementerian Kewangan dalam kenyataan berkata, proses pendaf-taran dan pengemaskinian mak-lumat isi rumah sehingga 15 Mac itu dilaksanakan bagi memastikan hanya isi rumah yang layak mener-ima BSH.

Katanya, ia bagi memastikan sumber negara digunakan de- ngan berhemah serta tepat kepa-da golongan B40 dan mengelak-kan ketirisan bantuan kepada golongan yang berada.

Beliau berkata, pemohon yang layak boleh membuat permoho-nan dengan cara mengisi borang yang boleh didapati secara percu-ma di mana-mana cawangan Lem-baga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Pusat Khidmat Hasil LHDN, Pusat

SEPANG - Dasar tiada tawaran diskaun terhadap mana-mana notis kompaun yang dikeluar-kan Jabatan Pengangkutan Ja-lan (JPJ) bagi kesalahan lalu lintas dikekalkan.

Menteri Pengangkutan, An-thony Loke berkata, ia bertujuan mengurangkan kadar kemalan-gan dan tidak mahu pengguna jalan raya yang mendapat saman mengamalkan sikap menunggu tawaran diskaun sebelum mem-bayar saman.

“Kita tidak mahu pengguna ja-lan raya ambil ringan saman ter-babit” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Ops Berse-padu dan Kempen Keselamatan Jalan Raya 2019 sempena Tahun Baru Cina di kawasan rehat dan rawat Dengkil arah selatan, ba-ru-baru ini.

Loke berkata, beliau juga ber-cadang untuk berbincang den-gan Kementerian Dalam Negeri dan pihak berkuasa tempatan

KUALA LUMPUR - Program 1Mas-jid 1Polis (1M1P) akan diperluas ke seluruh negara mulai Mac ini dalam usaha mengekang kejadian jenayah dan memastikan kawasan rumah ibadat itu selamat.

Pada masa ini, sejumlah 6,047 masjid yang didaftar di bawah Maj- lis Agama Islam Terengganu dan Pahang sudah melaksanakan pro-gram itu, sejak 2012.

Pengarah Jabatan Pencega-han Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Bukit Aman, Da-tuk Seri Rosli Ab Rahman berkata, pihaknya akan melantik pegawai perhubungan di setiap masjid dan menyediakan peti lawatan polis bagi memastikan kehadiran polis sentiasa disedari.

Polis juga akan mewujudkan satu ruangan pada papan notis masjid untuk memuatkan maklu-mat dan berita tentang kepolisan.

“Setakat ini, 1M1P dilihat ber-jaya mengekang jenayah seper-

Skim PeKa B40

Masih peringkat projek perintis

pembiayaan daripada dana kera-jaan,” katanya dalam kenyataan, pada 2 Februari lalu.

PeKa B40 yang dibiayai sepe- nuhnya kerajaan dengan peruntu-

kan permulaan RM100 juta dijang-ka mampu memanfaatkan 800,000 penerima.

Penerima Bantuan Sara Hidup (BSH) serta pasangannya berumur 50 tahun ke atas layak menyertai skim itu secara automatik dan tia-da pendaftaran diperlukan.

Dr Dzulkefly berkata, bagi fasa projek perintis skim PeKa B40, pe-megang taruh swasta yang akan terbabit dalam proses pemberian manfaat saringan kesihatan ke-pada pesakit adalah pemilik klinik perubatan am swasta dan syarikat makmal perubatan swasta.

Katanya, kementerian akan mengadakan beberapa siri per-temuan bersama pihak peme-gang taruh yang berkenaan untuk membincangkan pembabi-tan mereka dalam skim itu, mulai Februari ini.

Beliau berkata, skim PeKa B40 akan dilaksanakan secara ber-peringkat bagi memastikan ke-jayaan setiap fasa pelaksanaan serta membina asas skim PeKa B40 yang kukuh sebelum ia di-perkembangkan kelak.

“Pelaksanaan skim PeKa B40 adalah komitmen Kerajaan Perse-kutuan untuk memperluaskan akses kepada perkhidmatan ke-sihatan yang diperlukan, me- ngurangkan beban kos sara hid-up serta meningkatkan kesejahte-raan rakyat,” katanya.

Permohonan BSH fasa kedua, ketiga dibuka Transformasi Bandar (UTC) LHDN

atau memuat turun borang di por-tal rasmi BSH di https://bsh.hasil.gov.my.

Permohonan juga boleh dibuat secara dalam talian, di portal sama.

“Kementerian Kewangan juga akan bekerjasama dengan Ja-batan Kebajikan Masyarakat (JKM), Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) bagi mencari kaedah proaktif menyediakan ke-mudahan pendaftaran kepada isi rumah dari kawasan pedalaman serta golongan tertentu seperti yang terlantar,” katanya.

Katanya, baki bayaran BSH menggunakan kaedah baharu seperti diumumkan dalam Belan-jawan 2019 termasuk pengenalan kadar tambahan mengikut bila-ngan anak bawah tanggungan.

Untuk rekod, bayaran fasa pertama BSH membabitkan pe-runtukan RM1.2 bilion sudah di-laksanakan pada 28 Januari lalu dan memanfaatkan empat juta isi rumah.

�Masjid �Polis mulai Mac

ti kes curi wang tabung dan curi motosikal, di kawasan masjid,” ka-tanya dalam temu bual eksklusif bersama BERNAMA.

Beliau berkata, dalam usaha memastikan kejayaan program kemasyarakatan itu, polis akan melaksanakan beberapa penam-bahbaikan, sekali gus mewu-judkan persekitaran selamat, meningkatkan penyaluran mak-lumat jenayah oleh masyarakat se-

lain meningkatkan kepercayaan rakyat terhadap polis.

Rosli berkata, melalui proses pelaksanaan program itu, pega-wai perhubungan melakukan lawatan dua kali sebulan untuk mendapatkan maklum balas ke-selamatan masjid dan maklumat jenayah, lawatan secara berkala serta mengaturkan ‘reaching out’ yang dihadiri pegawai kanan po-lis.

“Pasukan polis yang terdiri dari-pada kereta peronda polis (MPV) dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) yang membuat rondaan turut diarah singgah di masjid di kawasan rondaan untuk menu-naikan solat berjemaah sebagai usaha mendekatkan pasukan ke-selamatan dengan masyarakat,” katanya.

Beliau berkata, program seum-pama itu juga akan dikembangkan di rumah ibadat agama lain terma-suk gereja dan kuil.

Tiada tawaran diskaun kompaun JPJ

(PBT) supaya saman trafik dan saman dikeluarkan PBT tidak menawarkan sebarang diskaun.

“Hendak marah Menteri Pen-gangkutan pun marahlah. Tu-gas saya ialah untuk kurangkan kemalangan jalan raya. Ini KPI (Petunjuk Prestasi Utama) saya,” katanya.

Antara kesalahan lalu lintas yang sering dilakukan penggu-na jalan raya adalah tidak mema-tuhi lampu isyarat, memotong di garisan berkembar, menggu-nakan telefon bimbit semasa me-mandu, memotong barisan, tidak memakai tali pinggang keledar, memandu di lorong kanan secara berterusan dan memandu di lo-rong kecemasan.

28 Januari lalu adalah sesi pelancaran media yang bertujuan meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap skim PeKa B40DATUK SERI DR DZULKEFLY AHMADMenteri Kesihatan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 9: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Nasional9SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, mengucapkan tahni-ah kepada satu pasukan chef pastri Malaysia yang dinobatkan sebagai juara Piala Dunia Pastri 2019 atau Coupe du Monde de la Pâtis-serie, di Lyon, Perancis.

“Tahniah #TeamMalaysia. Rakyat Malaysia bangga dengan pencapaian ini. Malaysia Bo-leh!,” Dr Mahathir menjawab Twitter Sunway University, pada 3 Januari lalu.

Pasukan Malaysia yang terdiri daripada Ke-tua Chef School of Hospitality, Universiti Sun-way, Patrick Siau dan Tan Wei Loon, Otto Tay serta Loi Ming Ai, mengalahkan 20 pasukan lain termasuk dari Jepun dan Itali dalam per-tandingan akhir, pada 28 Januari lalu.

KUALA LUMPUR - Langkah kerajaan memperkenalkan kurikulum baharu pendidikan berkaitan keselamatan jalan raya adalah keputusan tepat dalam usaha membudayakan keselamatan jalan raya bermula, di bangku sekolah.

Pengerusi Institut Penyelidikan Kesela-matan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Tan Sri Lee Lam Thye berkata, nilai murni seperti menghormati undang-undang, memandu secara berhemah dan menghormati peng-guna jalan raya yang lain perlu disemai di peringkat sekolah.

Beliau percaya jika kanak-kanak didi-dik sejak kecil untuk berpegang pada nilai murni, maka mereka tidak tergamak me-langgar undang-undang termasuk me-

mandu atau menunggang secara melulu.

“Langkah Kementerian Pengangkutan bekerjasama dengan Kementerian Pen-didikan untuk memperke-nalkan kurikulum terbabit sebagai sebahagian sukatan pelajaran amat dialu-alukan dan perlu disokong semua pihak,” katanya.

Pada 1 Februari lalu, Men-teri Pengangkutan, Antho-ny Loke Siew Fook berkata, kurikulum baharu pendi-dikan yang bakal menjadi-kan aspek keselamatan jalan raya sebagai sebahagian su-katan pelajaran, akan dilan-

carkan Februari ini bertujuan memupuk pemikiran rakyat membudayakan kes-elamatan jalan raya bermula di bangku sekolah.

Lee berkata, usaha memupuk keseda-ran keselamatan jalan raya amat penting kerana kes kemalangan masih menunjuk-kan peningkatan bagi tempoh sembilan tahun daripada 370,000 kes pada 2008 kepada 530,000 kes, pada 2017.

“Terdapat kes pemandu memandu di bawah pengaruh dadah dan ia antara faktor utama kemalangan maut,” katanya.

Beliau berkata, terdapat penurunan 456 kes kematian pada tahun lalu ber-banding 6,740 kematian, bagi tahun se-belumnya.

Pengenalan kurikulum baharu keselamatan jalan raya tepat

Media tempatan melaporkan, pasukan itu ditugaskan menghasilkan tiga pencuci mulut coklat dengan crab gran Valrhona, tiga pen-cuci mulut pelbagai buah-buahan sejuk beku Ravifruit, 15 pencuci mulut yang sama di atas pinggan dan ciptaan seni yang diperbuat da-ripada gula, coklat serta ais hidrik yang diukir.

Piala Pastri Dunia itu adalah acara anta-rabangsa yang diadakan setiap dua tahun sekali, di Lyon, Perancis.

Ia diadakan untuk mengiktiraf bakat pas-tri muda terbaik dari seluruh dunia dengan proses pemilihan membabitkan lebih 50 pusingan kebangsaan dan empat acara pe-milihan, dari benua Asia, Afrika, Eropah dan Amerika Latin.

PETALING JAYA - Lembaga Pema-saran Pertanian Persekutuan (FAMA) menyasarkan untuk me-nambah 25 lagi pasar tani, di selu-ruh negara, pada tahun ini.

Pengerusinya, Ishak Ismail ber-kata, sehingga kini, sebanyak 748 pasar tani beroperasi di selu-ruh negara membabitkan 30,790 peserta dengan nilai jualan RM852 juta.

Katanya, melalui penambahan pasar tani, sasaran nilai jua-lan bagi tahun ini adalah RM949 juta dengan bi-langan peserta juga dijang- ka meningkat lebih kurang 1,250 orang.

“Pengguna juga dapat berji-mat RM20 bagi setiap pembelian RM100 di pasar tani berbanding harga, di pasar awam lain.

“Berdasarkan anggaran 1,000 pengguna bagi sesebuah lokasi pasar tani, penjimatan yang boleh dibuat ialah RM14.66 juta dalam tempoh seminggu, RM58.64 juta (sebulan) dan RM762 juta (seta-

PM ucap tahniah

Chef pastri Malaysia juara dunia

Foto

Kre

dit:

wor

ldof

buzz

.com

hun),” katanya.Beliau berkata demikian selepas

merasmikan Program Jualan Jimat Belanja Tahun Baharu Cina Pering-kat Kebangsaan 2019, di Pasar Tani Seksyen 17, pada 31 Januari lalu.

Pada masa sama, Ishak memberi jami-

nan harga barang keperluan dan makanan di pasar tani akan tetap berpatu-tan dan kom-

petitif, pada musim perayaan

ini. Beliau berkata, pi-

haknya yakin bekalan barang keperluan dan makanan yang di-pasarkan di semua peruncit jua-lan FAMA mencukupi, pada musim perayaan ini.

“FAMA juga akan membuat pe-mantauan dalam memastikan pe-niaga tidak akan menaikkan harga dengan sewenang-wenangnya untuk menjaga hak pengguna,” katanya.

KOTA BHARU - Bagi membantu in-dustri batik negara terus berkem-bang, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya menggalakkan pekerja sektor swasta turut me-makai baju batik sama seperti penjawat awam yang digalakkan berbuat demikian, setiap Khamis.

Menterinya, Datuk Mohamad-din Ketapi berkata, walaupun ke-menteriannya belum mengadakan pertemuan dengan wakil sektor swasta, namun beliau yakin hasrat kerajaan itu diterima baik.

“Kementerian berhasrat supa-ya pekerja sektor swasta turut me-makai batik sekurang-kurangnya seminggu sekali seperti diamalkan kakitangan kerajaan.

“Namun begitu, kita belum tentukan bila mereka akan mula memakai batik kerana belum me-ngadakan perbincangan lanjut un-tuk dimuktamadkan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas Program Sesi Libat Urus Bersama Usahawan Kraf Kelantan di Lemba-ga Kemajuan Kraftangan Malaysia Cawangan Kelantan, di sini, pada

Pekerja swasta digalak pakai batik bantu industri

Mohamaddin Ketapi (kiri) bersama Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail, tertarik melihat kain batik pada Program Sesi Libat Urus Bersama Usahawan Kraf Kelantan

2 Februari lalu. Mohamaddin berkata, pihaknya

mendapat maklum balas positif terutama daripada sektor perho-telan yang sebahagiannya me-ngamalkan pemakaian batik.

“Ini semua bertujuan untuk membantu industri batiks supa-ya terus berkembang maju bukan sahaja di dalam negara, malahan sehingga ke luar negara,” katanya.

Berhubung lambakan batik tiru-an dari luar negara, Mohamaddin berkata, perkara itu berlaku kerana harga batik tempatan dijual pada harga yang mahal.

“Jika harga dapat diturunkan,

FAMA sasar tambah �� pasar tani

maka batik tempatan akan terus mendapat kepercayaan,” katanya.

Sebelum itu dalam ucapannya, Mohamaddin berkata, beliau su-dah berbincang dengan Kemen-terian Luar dan pejabat Tourism Malaysia di luar negara untuk mereka pamerkan kraftangan negara termasuk batik di peja-bat kedutaan dan pejabat Tou-rism Malaysia.

“Mereka bukan sahaja mempa-merkan, malahan kraf berkenaan boleh dibeli dan ini secara tidak langsung dapat mempromosikan hasil kraf rakyat kita sendiri,” ka-tanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 10: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

10Global

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

COLOGNE - Islamic Community National View (IGMG), satu da-ripada pertubuhan terbesar Is-lam-Turki di Jerman mengadakan bantahan awal Februari ini ber-hubung isu layanan China terha-dap masyarakat Uighur.

JAKARTA - Majlis Perundi- ngan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) akan membina empat masjid di Palu, Sulawesi Tengah, selepas kebanyakan masjid di ka-wasan itu musnah atau rosak teruk akibat gempa bumi dan tsunami, pada September tahun lalu.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Dr Ahmad Sani Alim Araby berkata, buat permulaan sebuah masjid yang diwakafkan oleh pengeluar filem dan siri televisyen Malaysia, SKOP Productions Sdn Bhd (SKOP Productions) akan dibina di atas tanah seluas 1.5 hektar, di Palu.

“Masjid wakaf SKOP Produc-tions ini dijadualkan siap dalam tempoh 50 hari atau sebelum Ra-madan ini bagi membolehkan masyarakat setempat mengima-rahkannya, pada Ramadan,” ka-tanya, di sini.

Beliau berkata, pembinaan masjid itu adalah usaha berteru-san MAPIM yang sebelum ini su-dah menghantar 20 trak makanan dan pelbagai bantuan ke Palu se-lain membina perigi air untuk keperluan air bersih penduduk.

Pada 28 September tahun lalu, kejadian gempa bumi bermag-nitud 7.7 pada skala Richter di Sulawesi turut mengakibatkan tsu-nami di Palu dan Donggala yang mengorbankan lebih 3,000 nya-wa selain kemusnahan teruk har-ta benda dan infrastruktur serta rumah ibadat.

CARACAS - Penyokong Juan Guaido, yang melantik diri- nya sebagai presiden sementa-ra Venezuela turun ke jalanan ekoran seruan beliau untuk me-ngadakan tunjuk perasaan, pada 30 Januari lalu.

Orang ramai dilihat berkum-pul di beberapa kawasan di ibu kota Caracas sambil membawa plakad tertera ayat “kerajaan se-mentara, pilihan raya bebas,” lapor koresponden agensi berita Turki Anadolu yang berada, di lokasi.

Guaido mengakui dalam uca-pannya di Universiti Pusat Vene-zuela, di Caracas, bahawa orang ramai keluar ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan.

Beliau turut menyeru rakyat Venezuela mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan, pada 2 Februari lalu.

Melalui Twitter, Guaido ber-kata, dengan setiap demonstra-si, negara itu akan menghampiri kebebasan yang berhak dikeca-pinya dan mendapat bantuan kemanusiaan segera.

Keganasan terhadap Uighur

Komuniti Islam-Turki di Jerman bantah

Agensi berita Anadolu yang memetik kenyataan pengeru-si IGMG, Kemal Ergun berkata, pihaknya mengadakan banta- han di 20 bandar dalam 13 ne-gara, pada 2 Februari lalu.

Kumpulan itu membantah

dasar China yang menjejaskan kehidupan masyarakat Uighur di Wilayah Autonomi Uighur Xinjiang juga dirujuk sebagai Turkistan Timur dan melahirkan solidariti bersama mereka.

Dalam kenyataan bertulis, be-

“Komuniti antarabangsa perlu mengambil tindakan terhadap penindasan yang dilakukan oleh China.

“Hak asasi manusia tidak bo-leh dikorbankan demi menjaga hubungan ekonomi,” kata Ergun yang melahirkan kekecewaan terhadap sikap komuniti antara-bangsa yang mendiamkan diri dalam isu itu.

Dalam mesyuarat pada Ogos lalu di Geneva, Jawatankuasa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Ber-satu (PBB) mengenai Penghapu-san Diskriminasi Kaum berkata anggota masyarakat Uighur di Wilayah Autonomi Uighur Xinji-ang yang didakwa memiliki “pan-dangan keagamaan yang utuh” dan idea “politik yang salah” su-dah dipenjarakan atau ditahan di “kem pendidikan semula” politik.

Wakil badan PBB itu berkata, sehingga tiga juta orang ditahan tanpa perbicaraan.

Badan pemantau Human Rights Watch sebelum ini me-ngumumkan bahawa kerajaan China menjalankan satu kempen besar-besaran secara sistematik dalam melakukan pencabulan hak asasi manusia terhadap ma-syarakat Turki Islam, di Xinjiang.

liau berkata, China mencabul un-dang-undang hak asasi manusia antarabangsa apabila memaksa masyarakat Uighur meninggal-kan agama dan budaya mereka selain memisahkan anggota ke-luarga etnik itu, di kem latihan.

China mencabul undang-undang hak asasi manusia antarabangsa apabila memaksa masyarakat Uighur meninggalkan agama dan budaya mereka selain memisahkan anggota keluarga etnik itu di kem latihanKEMAL ERGUNPengerusi IGMG

Foto

Kre

dit:

jaka

rtak

ita.c

om

“Sebanyak 99 masjid musnah dan beratus rosak teruk, di Palu. Pembinaan tiga masjid lagi akan dibincangkan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Eh-wal Agama), Datuk Seri Dr Mujahid Yusof,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi SKOP Productions, Datuk Yusof Haslam berkata, sumbangan terbabit adalah tanda keprihatinan syari-kat terhadap penderitaan pen-duduk Palu.

“Tragedi itu berlaku ketika filem box office kami iaitu Mu-nafik 2 ditayangkan, di Indonesia. Ini adalah sumbangan kami un-tuk mereka dan kerja pembinaan masjid yang boleh memuatkan 300 jemaah,” katanya yang me-wakili syarikat menandatangani memorandum persefahaman dengan MAPIM bagi tujuan itu.

Ketua Bidang Bimbingan Masyarakat Islam, Kementeri-an Agama Provinsi Sulawesi Te- ngah, Mohammad Ramli, yang turut hadir pada majlis terbabit di Kedutaan Besar Malaysia, di sini berkata, beliau amat berteri-ma kasih kepada rakyat Malaysia yang banyak menyalurkan ban-tuan kepada mereka.

“Saya lahir di Palu, dibesarkan di Palu, menjalani kehidupan, di Palu. Dalam sekelip mata, kampung ha-laman kami musnah yang sukar untuk saya gambarkan.

“Dilaporkan, lebih 3,000 ter-korban tetapi itu berdasarkan data pihak berkuasa, beribu masih hilang berdasarkan adu- an waris,” katanya yang yakin jumlah mangsa hilang jauh le-bih besar berbanding angka ras-mi kerajaan.

MAPIM, SKOP Productions bina masjid di Palu

Isu presiden cetus tunjuk perasaan

“Kita bangkit mengadakan tunjuk perasaan secara aman serta bersiap siaga untuk melaku-kannya, di seluruh Venezuela dan dunia,” katanya.

Minggu lalu, Guaido, Pre-siden Dewan Perhimpunan Kebangsaan yang dikuasai pem-bangkang Venezuela, mengisyti-harkan dirinya sebagai presiden, satu langkah yang segera diso-kong Presiden Amerika Syari-kat (AS) Donald Trump, Kanada dan kebanyakan negara Ameri-ka Latin.

Presiden Venezuela, Nicolas Maduro, segera bertindak ba-las dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Washing-ton serta menuduh AS menjadi dalang dalam percubaan rampa-san kuasa terhadap kerajaannya.

Venezuela digegarkan oleh tunjuk perasaan sejak 10 Januari lalu apabila Maduro mengang-kat sumpah jawatan itu bagi penggal kedua ekoran tindakan pembangkang memboikot pe-ngundian.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 11: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

DARI KACA MATA MB11SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Saya mengucapkan Selamat Tahun Baharu Cina kepada seluruh masyarakat Tionghua khususnya, di Selangor Darul Ehsan. Sambutan Tahun Baharu

Cina kali ini amat bersejarah kerana kali pertama perayaan ini diraikan di era Malaysia Baharu selepas Pilihan Raya Umum, pada 9 Mei tahun lalu.

Sudah pasti, rakyat Malaysia meletakkan harapan besar kepada Pakatan Harapan termasuk Kerajaan Selangor untuk melaksanakan segala pembaharuan dan perubahan yang dijanjikan. Kini adalah waktu untuk bekerja.

Bekerja lebih kuat untuk rakyat Malaysia. Rakyat Malaysia mengerti bahawa proses transisi daripada sebuah kerajaan kleptokrat kepada suatu kerajaan reformasi bukan mudah.

Namun, ini bukan alasan kepada pimpinan HARAPAN termasuk diri saya sendiri untuk bersikap sambil lewa serta masih gugup mentadbir.

Masa mencemburui kita. Mandat yang diamanahkan rakyat harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Kita di Selangor boleh dikira bertuah kerana sudah memulakan proses pembaharuan ini, sejak tahun 2008.

Segala tohmahan yang dilemparkan sejak 10 tahun lalu sudah dijawab dengan pelaksanaan dasar-dasar yang mensejahterakan negeri dan rakyat Selangor Darul Ehsan. Justeru, pada pilihan raya yang lalu, rakyat negeri ini sudah memberikan suatu kemenangan yang besar kepada HARAPAN.

Oleh kerana itu, demi memaknai kemenangan terbabit, Belanjawan 2019 turut menumpukan kepada dasar memacu ekonomi negeri dengan membangunkan 10 kluster yang dinamakan Gugusan Ekonomi Negeri Selangor.

Inisiatif ini berhasrat untuk merungkai dan melancarkan segenap potensi yang ada pada setiap lokaliti supaya ekonomi tempatan dapat dilonjakkan, sekali gus mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan perniagaan.

Di antara gugusan itu adalah Gugusan Aeroangkasa di Subang dan KLIA, Gugusan Pendidikan di Gombak dan Bangi serta Gugusan Agro-Eko-Pelancongan, di Sekinchan dan Sabak Bernam. Bagaimanapun, semua perancangan ini hanya dapat dilaksanakan jika seluruh rakyat Selangor bersatu-padu menjayakannya.

Sempena Tahun Baharu Cina ini, saya mengajak seluruh rakyat untuk menghayati kemajmukan budaya yang wujud di Selangor demi kesejahteraan dan kemakmuran negeri kita.

Kepada masyarakat Tionghua, saya berharap sambutan kali ini diraikan dengan penuh kebahagiaan dan kegembiraan.

Xin Nian Kuai Le, Kung Hey Fat Choi.Xin Nian Jin Bu, Fu Shou Shuang Quan

YAB Tuan Amirudin Shari Dato’ Menteri Besar Selangor

Perutusan Tahun Baharu Cina 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 12: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

13SelangorKini 7 - 13 Februari 201912 SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 13: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

14ADN

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

KLANG - Hampir RM5 juta terpaksa dibelan-jakan Kerajaan Negeri bagi membaik pulih pencawang elektrik (feeder pillar) ekoran kegiatan vandalisme dilakukan pihak tidak bertanggungjawab.

Ahli Dewan Negeri Pelabuhan Klang, Azmizam Zaman Huri berkata, sebanyak RM15,000 perlu dibelanjakan bagi mem-baiki setiap unit pencawang elektrik yang rosak dan dicuri wayarnya.

“Memandangkan kawasan Pelabuhan Klang ini besar, jadi keseluruhan kawasan terbabit yang terjejas akibat vendalisme membabitkan RM4.7 juta kos baik pulih dan mengganti semua wayar yang hilang.

“Kos untuk membaik pulih lebih tinggi dibandingkan kos membina pencawang elektrik baharu kerana jika baik pulih kita kena korek balik, pasang balik, kenal pasti dan buka balik,” katanya.

Kawasan terjejas teruk ialah di Laguna Park, Kampung Sungai Pinang, Pulau Indah, Telok Gong, Jalan Kem dan kawasan ber-hampiran.

Difahamkan, aktiviti vandalisme itu dike-san berlaku sejak beberapa tahun lalu dan menyebabkan seluruh kawasan berkenaan gelap sehingga membahayakan kesela-

PETALING JAYA - Sejumlah RM925,682.01 diperuntukkan untuk membaik pulih beberapa infrastruktur bagi kemudahan penduduk, di Kampung Chem-paka di sini.

Ahli Dewan Negeri Bandar Uta-ma, Jamaliah Jamaluddin berkata, ia membabitkan baik pulih pasar besar dengan kos RM678,686.01, tandas awam (RM209,196) dan gelanggang bola keranjang (RM37,800).

Katanya, peruntukan bagi pasar besar dan tandas awam dibiayai sepenuhnya Majlis Bandaraya Pe-taling Jaya, manakala gelanggang bola keranjang di bawah peruntu-kan Ahli Parlimen Damansara.

“Kerja membaik pulih pasar be-sar membabitkan beberapa peng-gantian seperti menukar lantai dan meja konkrit, kerja pendawaian, mengecat, sistem pengudara-an lebih baik juga pembersihan longkang.

“Manakala, tandas awam yang lama diroboh akan kita bina yang baru berkonsep mesra pengguna dan orang kelainan upaya, semen-tara gelanggang bola keranjang

SHAH ALAM - Program Jom Be-lajar Make Up anjuran Pusat Ko-muniti Wanita dengan kerjasama Wanita KEADILAN Cabang Tan-jong Karang mampu menjana pendapatan lumayan.

Ahli Dewan Negeri Permatang, Rozana Zainal Abidin berkata, program itu bertujuan memban-tu wanita meningkatkan ekono-mi tidak kira sama ada golongan berkerjaya atau suri rumah.

“Program ini berupaya merang-sang wanita di sini supaya dapat menceburi bidang keusahawanan, dengan sasaran utama meningkat-kan pendapatan dan memperkasa ekonomi rumah tangga.

Akibat vandalisme

RM� juta baik pulih pencawang elektrik

Azmizam membuat lawatan susulan bersama Jabatan Kerja Raya Selangor, Majlis Perbandaran Klang dan Balai Polis Daerah Klang Selatan

matan orang awam khususnya penduduk setempat.

Pada masa sama, beliau berkata, cada-ngan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) akan dibuat di lokasi kritikal se- bagai langkah pemantauan membanteras salah laku vandalisme.

Katanya, buat masa ini kemudahan CCTV itu hanya terdapat di sesetengah kawasan sahaja di bandar Klang tetapi bukan di Pelabuhan Klang.

“Kita akan cadangkan di peringkat Ker-ajaan Negeri dan Persekutuan supaya di setiap kawasan pencawang elektrik atau kawasan kritikal yang tidak dilalui oleh orang awam mungkin dipasang CCTV bagi memudahkan pemantauan dijalankan pi-hak berkuasa,” katanya.

Hampir RM� juta tingkat infra Kampung Chempaka

pula dicat dan digantikan lantai serta bumbung,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media program naik taraf Kampung Chempaka, di Balai Raya Kampung Chempaka, baru-baru ini.

Katanya, kerja pembaikan pasar yang bermula sejak 3 September ta-hun lalu dijangka siap sepenuhnya pada 18 Mac ini, sementara tandas awam dan gelanggang bola keran-jang akan siap, pada 15 Februari ini.

Pada masa sama, beliau ber-harap penambahbaikan semua infrastruktur itu bakal mening-katkan daya tarikan orang ramai untuk berkunjung ke Kampung Chempaka.

“Kampung Chempaka adalah salah satu daripada tiga kampung baharu masyarakat Cina di ka-wasan Petaling Jaya dan penting bagi kita untuk memelihara tradisi serta keindahannya.

“Justeru, saya bertekad bukan hanya untuk mengekalkan kewu-judan kampung ini, namun infra-struktur kemudahan awam perlu dipertingkatkan supaya masyara-kat gembira dan selesa,” katanya.

Jom Belajar Make Up bantu wanita jana pendapatan

Rozana meluangkan masa bersama 30 peserta Jom Belajar Make Up, pada 26 Januari lalu

“Ia juga sebagai motivasi ke-pada setiap wanita untuk tampil lebih yakin dan elegan,” katanya kepada SelangorKini.

Katanya, peluang menceburi bi-dang tata rias itu terbuka kepada wanita yang mempunyai minat, rajin dan mahu memajukan diri.

“Kita berharap program ini membolehkan mereka memaju-kan diri dan keluarga tanpa ber-gantung semata-mata kepada pendapatan suami.”

“Kami di DUN Permatang hanya sebagai pembuka jalan dan akan membantu peserta memajukan diri dan boleh melangkah lebih jauh, katanya.

Program itu bertujuan membantu wanita meningkatkan ekonomi, tidak kira sama ada golongan berkerjaya atau suri rumahROZANA ZAINAL ABIDINAhli Dewan Negeri Permatang

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 14: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

15SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Seni MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

DUNIA seni diakui amat meluas se-hingga membolehkan pelbagai karya dapat dihasilkan dengan menggunakan pelbagai me-

dium. Ada yang memilih lukisan sebagai kanvas untuk menterjemah ilham dan idea, malahan tidak kurang juga yang sanggup ‘bermandi peluh’ mencorak arca juga meng-gunakan bermacam cara demi menyampai-kan hajat tersirat.

Bagi seorang artis seni tempatan kela-hiran Terengganu, Mat Ramli Mansur, 51, beliau menjadikan ‘kayu’ yang berasal dari-pada pokok sebagai material utama dalam mengekspresi dan menghasilkan karya.

Tentu ramai tidak tahu, di sebalik raut wajah dan gerak-gerinya yang bersahaja, beliau sebenarnya betah bermain dengan pahat dan tukul di bengkel hampir, setiap hari.

Mula berjinak dalam bidang seni tampak sejak 10 tahun lalu, beliau yang lebih mesra disapa dengan panggilan Abe Mat nyata ti-dak pernah janggal bergelumang dengan habuk kayu.

Pendedahan dengan tradisi ukiran kayu secara langsung juga tidak langsung sejak sekian lama turut mendorong beliau untuk menghasilkan karya terbaik, selain mempu-nyai cita-cita besar memelihara kelangsu-ngan seni tradisional berkenaan.

Mengimbau semula detik pembabitan awal dalam seni warisan Melayu itu, beliau mengembangkan lagi minatnya dengan menjalani latihan aprentis di bawah Zai- nal Abidin Musa, di Studio Pohon Rimbun (SPR), seterusnya menjadi artis tetap di sana, pada 2008.

Sepanjang tempoh perkenalan bersa-ma seniman terbabit, beliau kerap menyer-tai pelbagai pameran seni seperti pameran berkumpulan di Art Accent Bangsar, Artseni, Festival Seni Genting dan Galeri Rajawali, di Kuantan.

Ketika belajar berkaitan asas dan teori seni di SPR, beliau juga diberi kesempatan untuk menjalin rantaian bersama individu serta organisasi dalam komuniti seni.

Atas dasar kepercayaan, beliau berpelu-ang menimba ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan urusan studio seperti ber-hubungan dengan pengumpul seni dan menguruskan perjumpaan dengan barisan

artis. Bertitik tolak daripada itu, tempoh lati-han Abe Mat dalam bidang seni tampak dilanjutkan lagi dengan peluang menjadi artis aprentis bersama seorang pengarca terkenal iaitu Tengku Sabri Tengku Ibrahim.

Selami ilmu perkayuanDibesarkan di desa terpencil, kawasan hutan dipenuhi pokok merimbun dan be-lantara menjadi taman permainan serta tempat menimba ilmu Abe Mat. Oleh se-bab itu, kayu menjadi bahan utama dalam berkarya.

Malah, kayu juga berkait rapat dengan alam yang lazimnya menjadi tema untuk meluahkan rasa hati terbuku dalam diri anak berdarah seni itu.

“Pengalaman bertukang seawal 2010 di bawah SPR sebagai pembantu Tengku Sab-ri yang lebih dikenali sebagai Pokku ba-nyak membantu dan memberi tunjuk ajar dalam melengkapkan ilmu untuk menjadi artis arca dengan menjadikan kayu sebagai bahan utama.

“Di samping itu, saya juga berusaha un-tuk lebih mendalami ilmu perkayuan dan mengenali sifat semulajadi bahan kayu itu sendiri,” katanya sambil menuding jari ke arah sebuah arca kayu berbentuk siput dan paku pakis diciptanya.

Memberanikan diri merantau ke ibu kota yang terkenal dengan kejamnya, Abe Mat mengakui terpaksa berhadapan kesukaran mencari sumber kayu sesuai untuk mem-buat lebih banyak arca daripada bahan berkenaan.

“Kayu banyak ambil di tepi jalan yang su-dah dipotong sahaja sebab kadang-kadang ada orang potong pokok di pesisir jalan sama ada secara terancang atau tak. Jadi, saya guna peluang itu untuk pungut dan kumpul sebanyak mungkin jika terdapat ruang untuk disimpan.

“Mungkin ada yang nampak pelik se-tiap kali saya kutip kayu di tepi jalan, tetapi melihat kepada hakikat bahawa saya perlu terus aktif berkarya, maka itu antara kekan-gan perlu saya tempuhi kerana ia satu-satu- nya cara untuk bermeditasi demi kepuasan diri,” katanya.

Beliau berkata, pemilihan kayu dengan mengambil kira sifat dan kegunaan kayu itu sendiri penting bagi menghasilkan arca seni berkualiti serta bermutu tinggi.

“Beberapa jenis kayu boleh diukir se-

perti kayu angsana yang mempunyai teras untuk membuat keris, manakala petai bela-lang sesuai digunakan untuk mengukir dan mengolah keris atau apa sahaja berbentuk kraf kerana ia tidak mudah reput.

“Namun, ada juga kayu jenis cengal bukit iaitu antara salah satu kayu keras yang se-suai digunakan untuk menghasilkan arca.

“Jika guna kayu terlalu lembut atau tidak tahan lasak, boleh mendatangkan masalah ketika proses memotong atau memahat,” katanya.

RUSSEL ketengah karya ‘Pohon’Di celah-celah kemeriahan atau mungkin kelesuan residensi seni yang menawarkan ruang, muncul Rumah Seni Selangor (RUS-SEL) yang memberi peluang berharga ke-pada Abe Mat berekspresi sejuta rasa tanpa dikekang defisit belanja, sebaliknya hanya menyumbang sesuatu berguna kepada ko-muniti dan lingkungan setempat.

Berada di suatu lembah tepian lot sebuah banglo sunyi di Petaling Jaya, RUSSEL turut dihuni dua pelukis residen lagi yang memu-lakan gerak langkah ‘bercucuk tanam’ um-pama seorang petani berbudi kepada bumi.

Biarpun kelihatan pencil dan sepi, se-genap ruang itu kembali riuh dengan du-kungan penggiat seni seperti Abe Mat termasuk pelukis figura naif semi abstrak, Arina Kiswantoh serta Anusaha yang gemar merakam figura peribadi.

Namun, bagi Abe Mat, beliau bukanlah sekadar berperam di studio berkenaan, malahan didedahkan dengan apa jua ilmu kesenian, khususnya dalam memberi sen-tuhan magis terhadap pembuatan seni arca bermediumkan kayu.

Beliau berkata, ‘Pohon’ diangkat sebagai tema siri dalam penghasilan karya yang di-garap penuh artistik dan kreatif sepanjang menjadi residensi di RUSSEL selama hampir enam bulan, sejak pertengahan tahun lalu.

“Bahantara siri ini ialah kayu daripada batang pokok yang sudah mati, dan diukir dengan mengguna pakai teknik tebuk tim-bul.

“Dalam karya ini, kayu semestinya me-dium yang saya pilih kerana sifat bahan itu dan kemahiran saya miliki. ‘Pohon’ adalah cetusan daripada pengalaman mendengar, melihat dan menilai yang berkait dengan alam, kemanusiaan, kefahaman serta ke-

rohanian.“Misalnya, saya melihat unggas atau apa

sahaja haiwan terdapat dalam hutan dan cuba jadikan ia sebagai sumber idea,” ka-tanya.

Dalam siri karya ‘Pohon’, semangat pohon itu sendiri melambangkan suatu ekosistem lengkap pohon yang secara semulajadi menghasilkan oksigen, sumber makanan dan minuman selain tempat makhluk ber-teduh.

“Saya mahu menggambarkan semangat pohon yang bangkit selepas mati ditebang dalam bentuk dan dimensi baharu dengan gabungan unsur-unsur, motif tumbuhan serta haiwan dengan menggunakan teknik pahatan,” katanya.

Galas cabaran, pertahan seni tampakMengakui idea untuk menghasilkan sese-buah arca tidak datang begitu sahaja, Abe Mat menganggap itu sebagai cabaran yang perlu dipikul seorang penggiat seni atau sesiapa sahaja.

“Cabaran itu setiap orang ada, cuma bagaimana kita hadapi dan melihat caba-ran itu sama ada beban kepada diri sendiri atau tidak. Jika kita anggap itu sebagai be-ban, maka tiada apa yang boleh dilakukan melainkan atas kemahuan diri sendiri untuk menyahut cabaran berkenaan.

“Cabaran bagi saya jika tidak boleh ‘sculp-ture’ (arca) disebabkan faktor ruang, maka saya boleh teruskan dengan membuat la-karan untuk setiap arca yang mahu dihasil-kan.

“Setiap kali ada peluang, saya mengeluar-kan semua idea yang sudah tercatit walaupun tak sepenuhnya sama tetapi sedikit sebanyak mempengaruhi karya dihasilkan nanti,” ka-tanya yang gemar mencari inspirasi berkarya.

Menepis skeptikal sesetengah pihak ba-hawa seni ukiran kayu tidak lagi mendapat tempat di hati masyarakat hari ini, beliau se-baliknya terus komited memartabatkan seni tradisi sejak berkurun lama itu.

“Sebagai pengamal seni, saya mahu terus membawa aspirasi untuk menerapkan ele-men dan idea baharu dalam reka cipta khu-susnya arca.

“Matlamat saya supaya dapat menjadi ar-tis yang mampu memberi manfaat bukan sa-haja kepada pencinta seni tetapi masyarakat amnya,” katanya.

Kembang apresiasi kayu

‘Pohon’ perjuang seni tampak

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 15: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

16Hadiah Sastera Selangor

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

CERITA KOTA 10

dia mahu jadi samsadalam kamar baharutanpa belitan darah.impiannya:sebuah penthousedi pencakar langit tertinggisusu dan roti mentegasiap sedia terhidangsesudah berganti kucupgadis segar setiap pagisetiba di pejabat jam sepuluhpekerja berdiri di laluan merahmenagih tangga lebih tinggidia tidak perlu lagi gelisahtentang hilangnya kerjayadialah pengatur metamorfosisribuan samsa dari kamar lain.tapi dia masih seranggalemas dalam imagodi flat pinggir kota.

A’riff Mustaffa Hamzah

OLEH MUHAMMAD FAREED

Abah selalu menjadi penghalang sewaktu aku hendak berseng-gama dengan ilham.

Setiap kali Maghrib, sewaktu il-ham baru saja muncul, abah akan menerjah masuk ke dalam bilikku untuk bertanyakan tentang kain pelikatnya. Selalunya kain pelikat itu memang ada terselit dalam timbunan pakaianku di almari. Aku tak tahu bagaimana ia boleh tersesat. Tapi aku syak ada kaitan dengan ibu ataupun kak long.

Kerja melipat pakaian kerja ibu. Kadangkala kerja kak long. Semen-jak jatuh sakit, ibu tidak larat lagi untuk melakukan kerja itu. Berja-lan empat lima langkah pun dia tidak mampu. Masanya banyak di-habiskan dengan terbatuk-batuk di atas katil. Tanpa mengira masa; batuknya pasti akan melantun dari dalam bilik walau pada lewat malam sekalipun.

Sejak itu, kak long yang me-ngambil alih tanggungjawab melipat pakaian. Dek kekangan kerja, biasanya kak long akan melipat pakaian sama ada pada waktu malam atau hujung ming-gu. Pakaian pada hujung ming-gu biasanya bertimbun-timbun. Pakaian yang dikumpulkan un-tuk seminggu. Jadi, tidak musta-hil boleh berlakunya kecelaruan dalam asingkan pakaian-pakaian itu. Lagipun, kain pelikat selalu-nya memiliki corak yang lebih kurang sama. Pasti sukar untuk kak long menentukan mana satu kain pelikat aku, mana satu kain pelikat abah.

Tak mahu mencetus pergadu-han, aku diamkan saja perkara itu. Sehinggalah pada suatu sen-ja, sewaktu sedang melihat timbu-

nan pakaian di atas sofa, aku dapat merasakan petanda kehadiran il-ham agung. Otakku ligat berpus-ing memproses ilham itu masuk ke ruang fikiran. Tanpa berlengah, aku bergegas masuk ke dalam bi-

lik; bersiaga di meja tulis dengan se-batang pen dan se-buah buku nota.

“Pit, nampak kain pelikat abah?”

Seperti biasa, il-hamku itu hilang serta-merta. Sambil berkemban tuala, abah menyeluruhi bilikku dari muka pintu. Selang be-berapa saat, dia melangkah ma-suk dan menca-pai kain pelikatnya yang terselit dalam celahan pakaian di almari. Untuk pe-ngetahuan kau, al-mari aku memang tidak bertutup. Pin-tu gelangsarnya telah pecah bebe-rapa tahun dahulu kerana ditumbuk-tumbuk aku apabi-la stres. Jadi, segala pakaian di dalam al-mari itu dari muka pintu.

Malam itu, sewaktu sedang terbaring merenung siling, aku mendapat satu idea. Hanya ada satu cara untuk menghalang abah daripada meragut ilhamku: me-mastikan kain pelikatnya tiada di dalam bilik dan mengunci pintu ketika hendak bermesra dengan ilham.

Keesokan harinya, seawal jam enam petang lagi aku sudah ke-luarkan semua kain pelikat abah. Semuanya aku letakkan di atas sofa ruang tamu. Menjelang jam tujuh, aku masuk ke dalam bilik dan duduk di meja tulis menan-ti ilham. Pintu ditutup dan di-kunci. Aku yakin, abah pasti tidak akan menggangguku lagi. Malan-gnya…

Klak. Klak. Klak.Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!“Kau buat apa kat dalam ni?”

tanya abah sejurus pintu dibuka. “Tak pernah-pernah pulak kun-

ci bilik.”“Tak buat apa-apapun. Abah

nak apa ni?”“Kau jangan macam-macam.

Maghrib ni. Kau buat benda tak senonoh eh?”

“Mana ada buat benda tak se-nonoh. Kan orang tengah menu-lis ni.”

Abah berdecit. “Baik kau ikut abah pergi mas-

jid. Daripada duduk terperap dalam bilik ni, dapatlah jugak kau

kumpul pahala.”Aku hanya mendiamkan diri

kerana malas melawan. Abah ber-lalu pergi apabila tidak melihat kelibat kain pelikatnya di dalam almari.

Sejak hari itu, motivasiku untuk menulis merudum bagaikan su-ngai mengalir deras. Tiada seorang pun pernah memandang serius dengan minatku. Aku tahu itu. Baik abah, ibu ataupun kak long; semuanya menganggap menulis itu suatu kerja yang sia-sia dan ti-dak menguntungkan. Disebabkan itu, mereka tidak pernah bermi-nat langsung membaca hasil tu-lisanku.

Berhari-hari aku berhen-ti menulis semenjak dituduh melakukan perkara tak senonoh oleh abah. Masaku banyak di-habiskan dengan menonton TV, menjaga anak buahku se-cara percuma, dan membaca buku jika lapang. Biasanya su-kar mencari waktu lapang. Me-layan kerenah anak buahku lebih memenatkan daripada berjoging di taman rekreasi. Jika dia terti-dur kepenatan, aku pun akan ter-jerumus sama.

Sepanjang tempoh tidak menulis, abah tidak pernah sek-alipun masuk ke dalam bilikku untuk mencari kain pelikatnya. Menjelang Maghrib, dia akan ke-luar dari bilik siap berbaju Melayu

dan berkain pelikat. Selepas me-letakkan kopiah di atas kepala, dia akan keluar ke masjid dan pulang selepas Isyak.

Pada suatu petang, ketika aku sedang duduk termenung di muka pintu, abah datang dan mengatakan sesuatu yang di luar jangkaan.

“Lama tak nampak kau duduk dalam bilik.”

Kalau nak diterangkan, me-mang panjang ceritanya. Si-lap-silap boleh mencetuskan pertengkaran. Jadi aku memilih untuk berdiam diri dan teruskan termenung menatap langit pe-tang berwarna pastel.

“Abah mintak maaf pasal hari tu,” ujar abah dengan nada ber-salah. Abah tak patut marah kau macam tu.”

Aku hanya mendiamkan diri. Aku tak sukakan situasi senti-mental. Lebih-lebih lagi bila me-libatkan ahli keluarga sendiri. Perasaannya terlalu janggal.

Beberapa hari kemudian, aku memutuskan untuk menulis semu-la. Menjelang senja, aku bergegas masuk ke dalam bilik untuk men-jalankan ritual mengorek ilham. Aku tahu abah tidak akan meng-ganggu. Sudah beberapa hari dia tidak masuk ke bilik untuk mencari kain pelikatnya. Selepas mengunci pintu, aku duduk di meja tulis sam-bil menghadap halaman kosong di dalam buku nota. Pen dipegang sekemas-kemasnya. Sebaik saja mata pena mencium permukaan kertas…

Klak! Klak! Klak!Tuk! Tuk! Tuk! Tuk!Ilhamku sekonyong-konyong

hilang. Dari luar, teriakan abah berpusu-pusu menujah gegen- dang telinga. Pen diletakkan. Buku nota ditutup. Tatkala bangun un-tuk membuka pintu, mataku ter-tancap pada sesuatu di pinggir katil. Sehelai kain pelikat berco-rak kotak-kotak terlipat tenang di situ. Bukan kain pelikat aku. Tapi kain pelikat abah.

Malam itu, sewaktu sedang terbaring merenung siling, aku mendapat satu idea. Hanya ada satu cara untuk menghalang abah daripada meragut ilhamku: memastikan kain pelikatnya tiada di dalam bilik dan mengunci pintu ketika hendak bermesra dengan ilham.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 16: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

17SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Gaya Hidup MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

Kumpul 400 pin seluruh dunia

Koleksi Hard Rock jadi pilihan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM - Kebiasaannya pe-minat Hard Rock Cafe lebih ber-minat untuk mengumpul baju sebagai koleksi peribadi mereka.

Namun, berbeza bagi Aszli-zan Ali Shamsudin apabila beliau mempunyai hobi mengumpulkan pin Hard Rock, dari seluruh dunia.

Dia yang lebih mesra disapa Zizan itu berkata, sehingga kini beliau sudah mempunyai lebih daripada 400 pin termasuk dari Reykjavik, Iceland.

"Saya mula jatuh cinta untuk mengumpulkan pin ini sekitar ta-hun 2013 apabila ternampak pin comel berkenaan. Ketika itu, difa-hamkan setiap Rock Shop (kedai cenderahati Hard Rock) ada men-jualnya dengan pelbagai reka ben-tuk.

"Sejak itu, saya mula berminat dan jika melancong ke luar negara

sudah pasti akan singgah mana-mana Rock Shop untuk membeli koleksi pin terbaru," katanya.

Lelaki berusia 34 tahun itu ber-kata, hobi itu juga membuatkan-nya mengenali rakan dari luar negara yang turut mempunyai minat sama.

"Ini kerana, hampir setiap ta-hun Hard Rock Cafe Bangkok akan menganjurkan Hard Rock Pin Fest iaitu acara yang membolehkan pengumpul pin bertukar secara suka sama suka pin yang dimiliki mereka.

"Selain menjimatkan kos dari-pada membeli, sekurang-kurang-nya kita dapat mengenali budaya masyarakat luar.

"Pada saya, tidak salah mempu-nyai hobi yang pelbagai. Ini kerana melalui hobi sebeginilah seseorang itu dapat mengurangkan tekanan selain dapat meluangkan masa ke arah lebih baik," katanya.

Magnet peti jadi hiasan rumahSHAH ALAM - Siapa sangka, mag-net peti atau lebih sinonim di-panggil 'fridge magnet' mampu menjadi hiasan rumah bagi Mohd Hafizi Mohamed Rihat.

Berbeza dengan orang lain yang meletakkan hiasan comel itu di peti sejuk, Mohd Hafizi se-

baliknya meletakkan hampir 500 magnet peti Hard Rock miliknya di dalam sebuah bingkai gambar gergasi yang ditempah khas.

Katanya, bingkai itu diletak-kan di ruang utama rumahnya sehingga menjadi tarikan tersend-iri setiap kali ada tetamu yang

berkunjung ke rumah."Saya mula mengumpul mag-

net ini sejak tahun 2010 dan per-tama kali membelinya, di Makati, Filipina.

"Sejak dari itu setiap kali me-ngunjungi Hard Rock Cafe (HRC), saya akan membeli magnet peti untuk dijadikan koleksi peribadi," katanya.

Beliau yang lebih mesra dengan panggilan Fizie Rastar berkata, an-tara koleksi magnet peti yang pa- ling berharga ialah dari Hard Rock Beijing kerana ia antara barangan yang sering dicari pengumpul tegar sepertinya.

Fizie yang juga Pengurus Acara dan Artis itu berkata, beliau sudah menjejakkan kaki ke lebih 20 HRC seluruh dunia dan turut membeli magnet peti secara dalam talian termasuk Ebay.

"Hobi ini juga membolehkan saya mendapat kawan baru dan ia juga menjadi topik perbualan ketika bertemu.

Kumpul peminat seluruh MalaysiaSHAH ALAM - Gara-gara minat yang sama, akhirnya Kelab Pemi-nat Hard Rock Malaysia (HRFCM) ditubuhkan, sekali gus berjaya mengumpulkan lebih 1,000 orang peminat, dari seluruh negara.

Ahli Jawatankuasa HRFCM, Zaidee Abdul Rahman berkata, kelab yang ditubuhkan pada 2015 itu bertujuan untuk mengeratkan silaturahim selain menjadi medan buat ahli berkongsi tips dan kolek-si barangan yang dimiliki.

"Setiap orang mempunyai minat tersendiri, tidak kira minat untuk mengumpul kasut, pinggan mang-kuk dan pokok bunga, namun bagi ahli kelab ini kesemuanya mempu-nyai minat membeli barangan dari Hard Rock Cafe (HRC).

"Ia bukan menjadi medan un-tuk seseorang berbangga membe-li barangan sahaja, sebaliknya ada juga yang bertukar-tukar koleksi sedia ada serta berkongsi penga-

laman mengunjungi HRC negara luar kepada rakan yang lain," ka-tanya.

Zaidee berkata, kelab itu dike-tuai lima ahli jawatankuasa terma-suk beliau dan empat sahabat lain iaitu Azmi Mohamed Ali; Hasnita Md Drus; Mohd Zain dan Mohd Hafizi Mohamed Rihat.

Katanya, bagaimanapun ‘trend ‘pengumpul barangan HRC di sini tidak sama seperti negara luar.

"Kebanyakan lebih suka koleksi baju berbanding peminat luar le-bih sukakan koleksi pin. Namun, ia berubah mengikut peredaran masa memandangkan di negara kita su-dah mempunyai aktiviti tahunan seperti Hard Rock Pinfest Melaka dan Hard Rock Pinfest Penang yang dianjurkan HRC masing-masing.

"Hampir saban tahun, kita tu-rut mengadakan aktiviti antaranya majlis berbuka puasa dan melan-cong ke luar negara," katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 17: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

18PBT

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

SHAH ALAM - Kebun komuniti se-luas 0.971 hektar diwujudkan Maj-lis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi memastikan bandar raya itu dipenuhi kawasan hijau selain me-nyediakan ruang aktiviti untuk ko-muniti setempat.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, Program Pertani-an Bandar di bawah rintisan talian TNB, di Kolam Tadahan, Jalan 8/3, Seksyen 8, adalah program bandar mampan dilaksanakan pihaknya.

Katanya, sehingga kini sebanyak 63 batas tanaman atau plot diusa-hakan secara beramai-ramai bersa-ma Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) itu dan Persatuan Penduduk Sek-syen 8 Timur membabitkan 40 ahli.

“Pelbagai jenis tanaman sayur-sayuran ditanam antaranya sawi, bayam, kangkung, cili, terung, ben-di, timun, tomato, peria, kacang botol, jagung, ubi keledek, ubi kayu, lengkuas, kunyit dan lemon.

“Tanaman ini akan dituai atau disemai selepas mencapai tempoh matang kelak,” katanya dalam ke-nyataan.

Shahrin berkata, pihaknya turut menyediakan pelbagai keperluan dan kelengkapan bagi mengusa-hakan kebun komuniti itu terma-suk pembelian benih tanaman, baja, pemasangan saliran air dan penyediaan peralatan tanaman

Biar lembu berkeliaran

Di bandar boleh bertani

Ahli Dewan Negeri Kota Anggerik, Najwan Halimi, turut berkesem-patan melawat Kebun Komuniti itu bersama penduduk setempat

OLEH NADIAH ZAMLUS

KUALA SELANGOR - Dua pen-ternak dikompaun Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS) selepas didapati membiarkan haiwan ter-nakan milik mereka bebas berke-liaran.

Yang Dipertua MDKS, Ra-hilah Rahmat berkata, kompaun mengikut Seksyen 4(1) Enakmen Mengawal Lembu- Kerbau 1971 itu dikeluarkan terhadap pen-ternak lembu di Taman Sri Pan-caran, Bestari Jaya dan Jalan Raja Abdullah, Jeram.

Katanya, operasi bersepadu terpaksa dijalankan ekoran hasil aduan orang ramai berhubung haiwan ternakan yang kerap memasuki laluan awam dan pe-rumahan.

“Operasi ini dijalankan sekitar kawasan Bestari Jaya dan Jeram kerana ia antara lokasi yang sering terjadinya kemalangan antara pengguna jalan raya dan haiwan ternakan.

“Pada tahun lalu, sudah ter-dapat kes kematian membabit-kan penunggang motosikal akibat haiwan ternakan yang di-biarkan bebas ini,” katanya.

Dua penternak dikompaun

SHAH ALAM - Sekurang-kurang-nya 561 kes denggi dicatatkan berlaku di kawasan pentadbi-ran Majlis Perbandaran Selayang (MPS), sepanjang November hing-ga Januari lalu.

Pengarah Jabatan Korporatnya, Mohamad Zin Masoad berkata, bagaimanapun kes di 76 lokaliti itu masih dalam keadaan terkawal.

“Sebanyak 15 lokaliti ‘hotspot’ wabak denggi dalam tempoh lebih 60 hari disenaraikan ma-sing-masing di daerah Sungai Tua (Kampung Sungai Tua Bha-ru, Apartment Laksamana), Gom-bak Setia (Flat Pinggiran Batu dan Kampung Changkat 23).

“Selain itu, Taman Sahabat, Kampung Simpang 3, Jalan De-wan, Taman Sri Gombak Pasar), Paya Jaras (Kampung Sri Indah A, Kampung Melayu Sungai Buloh, Kampung Matang Pagar, Apart-ment Impian Indah) dan Kuang (Rawang),” katanya dalam ke-nyataan.

Pada masa sama, Mohamad Zin berkata, sebanyak tiga lokaliti wa-bak tidak terkawal direkodkan iai-tu di daerah Templer ( Kuaters IPD Gombak Zon A dan Selayang Baru Zon 16 ) dan Sungai Tua (Apart-ment Seri Gohtong).

Katanya, faktor penularan wa-bak denggi itu ekoran cuaca ti-dak menentu serta peningkatan

MPS catat ��� kes denggi

pergerakan orang awam.“Bagi langkah pencegahan,

MPS menyeru orang ramai teru-tamanya bagi mereka yang berada di lokasi ‘hotspot’ wabak denggi untuk mengambil pendekatan misalnya semburan aerosol bagi membunuh nyamuk Aedes, di ka-wasan rumah.

“Penduduk juga disaran me-letakkan ubat jentik-jentik (abate) ke dalam bekas takungan air di sekitar rumah dan memakai krim perlindungan nyamuk,” katanya.

Beliau berkata, MPS akan meng-gerakkan aktiviti gotong-royong membabitkan kerjasama berse-padu dengan Ahli Majlis, agensi berkaitan dan orang awam bagi membendung peningkatan kes denggi.

MPS akan menggerakkan aktiviti gotong-royong membabitkan kerjasama bersepadu dengan Ahli Majlis, agensi berkaitan dan orang awam bagi membendung peningkatan kes denggi

MOHAMAD ZIN MASOADPengarah Jabatan Korporat MPS

seperti cangkul.“Peranan penduduk sekitar ter-

hadap kebun komuniti adalah me-mastikan tanaman diselenggara dengan baik dan sentiasa disiram mengikut waktu, menggembur serta membaja tanah, member-sihkan rumpai selain memastikan kawalan penyakit juga serangga perosak dikawal secara semulajadi.

“Penduduk perlu memastikan plot atau batas sentiasa berada dalam keadaan bersih dan teratur,

merumpai atau mencabut rumput di batas tanaman serta memasti-kan kebun tidak diserahkan atau ditukar milik atau dijual kepada pi-hak luar,” katanya.

Pada masa sama, beliau ber-harap, Program Pertanian Bandar dapat menjadi medium kepa-da komuniti setempat untuk be-rekreasi dan berkomunikasi antara satu sama lain, sekali gus menjadi program mampan yang berteru-san.

Pada masa sama, Rahilah ber-kata, pihaknya menyedari ope-rasi terbabit sering menimbulkan rasa tidak puas hati dalam kala- ngan penternak, di sekitar ka-wasan Kuala Selangor.

Namun, tindakan terpaksa di-lakukan untuk kebaikan semua pihak terutama pengguna jalan raya.

“Peringatan kepada pemilik ternakan, MDKS boleh mengu-rung lembu atau kerbau yang di-tangkap serta disimpan di suatu tempat sehingga kos perbelan-jaan bagi tangkapan, kurungan dan makanan haiwan itu dibayar pemiliknya.

“Perkara ini adalah mengikut Seksyen 4(4) Enakmen Mengawal Lembu-Kerbau 1971. Sementara bagi Seksyen 13 enakmen yang sama memberikan kuasa kepada pihak MDKS untuk menjalankan pendakwaan di mahkamah ke atas pemilik haiwan berkenaan,” ka- tanya.

Orang ramai digalakkan un-tuk menyalurkan aduan berkai-tan perkhidmatan MDKS secara dalam talian di selangor.spab.gov.my atau hubungi 03-32891439.

Penguat Kuasa MDKS dan penduduk setempat berusaha menangkap lembu berkeliaran, di kawasan setempat

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 18: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

19SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

PBT MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dipilih antara tiga lokasi terbaik pilihan pelabur kategori Pihak Berkuasa Tempatan Selangor 2017-2018 dalam ‘Sela- ngor Investors Appreciation Awards 2018’ di Hotel Sheraton Petaling Jaya, di sini, pada 29 Ja-nuari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awamnya, Shahrin Ahmad berkata, anugerah itu satu pengiktirafan membanggakan kerana ia menunjukkan Shah Alam

masih lokasi pilihan pelabur dalam juga luar negara.

“Penganugerahan ini diberikan berdasarkan projek perkilangan yang sudah diluluskan oleh Lem-baga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) untuk 2017-2018.

“Melalui pengikitirafan ini, kami berharap ia dapat memberikan imej positif dan menarik lebih ba- nyak pelabur yang berpotensi ser-ta pihak berkepentingan (stake-holders) untuk melabur di Shah Alam,” katanya dalam kenyataan.

Terdahulu, Dato’ Menteri Be-sar, Amirudin Shari, menyampai-

kan anugerah itu kepada Timbalan Dato’ Bandar MBSA, Mohd Rashidi Ruslan.

Majlis anjuran Invest Selangor Berhad dengan kerjasama Kelab Rekreasi Invest Selangor (KRIS) itu membabitkan agensi kerajaan, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), pelabur dalam dan luar negara.

Majlis yang diadakan setiap dua tahun sekali itu bertujuan meng-hargai syarikat, agensi kerajaan, PBT dan pelabur atas sokongan mereka serta pencapaian cemer-lang dalam memacu ekonomi Se-langor juga Malaysia.

Selangor Investors Appreciation Awards 2018

MBSA antara lokasi terbaik pilihan pelabur

MPK optimis sedia kemudahan mesra pelabur

SHAH ALAM - Sebuah restoran yang menyajikan makanan tem-patan di Seksyen 7, di sini, diarah tutup selama dua minggu berkuat kuasa serta-merta selepas didapa-ti beroperasi dalam persekitaran kotor.

Notis penutupan premis ter-babit dikeluarkan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) ketika operasi bersepadu dijalankan bersama Ja-batan Agama Islam Selangor, Ja-batan Imigresen dan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Selangor, pada 31 Ja-nuari lalu.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA, Shah-rin Ahmad berkata, operasi itu membabitkan dua premis, di seki-tar kawasan berkenaan.

Katanya, sebuah premis sudah diarahkan tutup di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.

“Kami turut mengeluarkan lima notis pemberitahuan dan lima kompaun dikeluarkan.

“Satu kompaun membabitkan kesalahan iaitu tiada suntikan TY2 (anti-typhoid) dan kesala- han ini mengikut peruntukan Un-dang-Undang Kecil Establisymen Makanan MBSA 2007.

“Tiga kompaun membabit-kan kesalahan membuang sisa

makanan ke dalam longkang awam, tidak menggunakan tong sampah ditetapkan dan tandas tidak diselenggara dengan baik mengikut peruntukan Undang-Undang Kecil Pelesenan Tred Per-niagaan.

“Satu kompaun pula dikelu-arkan mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan kerana menggu-nakan lorong belakang sebagai tempat penyediaan makanan,” ka-tanya dalam kenyataan.

Beliau berkata, pihaknya akan menjalankan operasi itu secara berkala setiap bulan bagi me-mastikan premis makanan, ter-utama di Shah Alam sentiasa bersih dan mematuhi syarat ditetapan.

“Kami berharap setiap premis makanan menjaga kebersihan dan mengamalkan pengendalian makanan yang betul serta memas-tikan pembantu kedai mendapat suntikan anti-Typhoid (TY2), menghadiri kursus pengendalian makanan selain mendaftar un-tuk memiliki kad pengendalian makanan,” katanya.

Sehingga 21 Januari lalu, Pi-hak Berkuasa Tempatan itu sudah menjalankan pemeriksaan ter-hadap 68 premis dan tiga premis sudah ditutup.

Operasi berkala pantau premis

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) akan terus mem-berikan perkhidmatan terbaik khususnya demi keselesaan pelabur tempatan dan luar negara ke daerah itu.

Yang Dipertuanya, Dato’ Mohamad Yasid Bidin ber-kata, ia bagi mengekalkan anugerah ‘The Most Preferred Investment Location By Local Authority in Selangor’ yang di-menangi, pada 29 Januari lalu.

Katanya, Klang menerima pelaburan tertinggi berjum-lah RM1.86 bilion daripada

dua pemain industri utama iaitu IKEA dan Ramly Burger.

“Kita membantu daripada segi menyediakan infrastruk-tur membabitkan tanggung-jawab kita, di samping lokasi yang dekat dengan Pelabu-han Klang.

“Jalan dan infrastruktur di kawasan Klang akan dibai-ki segera jika menerima aduan dengan mengguna-kan peruntukan yang ada, di samping mengadakan Hari Bertemu Pelanggan bersa-ma pelabur.

“Dalam pertemuan itu, kita akan mendengar masalah dikemukakan serta memberi-kan penyelesaian segera ke-pada mereka,” katanya pada sidang media selepas mem-pengerusikan Mesyuarat Penuh MPK Bilangan 1/2019.

MPK menerima anugerah itu dalam Majlis Anugerah Penghargaan Pelabur Sela-ngor yang berlangsung, di Hotel Sheraton, Petaling Jaya.

Anugerah itu disampaikan sendiri Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 19: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

20Pendidikan

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Pertubuhan Pendi-dikan, Sains dan Kebudayaan Per-tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) menobatkan Petaling Jaya (PJ) antara 10 bandar raya di dunia untuk Anugerah Bandaraya Pembelajaran 2019.

Berdasarkan kenyataan laman sesawang rasmi UNESCO, kejayaan PJ ekoran pencapaian cemerlang dan prestasi ditempa bandar raya itu dalam sektor pendidikan.

“Kajian itu berdasarkan Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat UNESCO (UIL) yang menyifatkan rancangan PJ menaik taraf pendi-dikan awam dan mampu menye-diakan bas percuma adalah satu perkara terbaik.

“Malah, bandar raya itu (PJ) juga menggunakan sepenuhnya sum-ber disediakan rakan strategik,” katanya dalam kenyataan melalui – http://uil.unesco.org

Selain PJ, sembilan bandar raya lain diberi anugerah sama ialah Aswan (Mesir), Chengdu (China),

Heraklion (Greece), Ibadan (Nige-ria), Medellin (Columbia), Melito-pol (Ukraine), Santiago (Mexico), Seodaemun (Korea Selatan) dan Sønderborg (Denmark).

UNESCO berkata, kejayaan 10 bandar raya berkenaan mampu memberi keyakinan bagi mem-promosikan pendidikan serta pembelajaran sepanjang ha- yat, di peringkat tempatan.

“Walaupun masing-masing bermula daripada pelbagai kon-teks ekonomi, politik, sosial dan alam sekitar, semua pemenang Anugerah Bandar Pembelajaran UNESCO 2019 mempunyai krite-ria tertentu.

“Ia merangkumi inisiatif ino-vasi dan dasar khusus selain pel- bagai program yang menyediakan rangkaian peluang demi manfaat komuniti setempat,” katanya.

Untuk makluman, anugerah berkenaan akan disampaikan pada penganjuran Persidangan Bandar Pembelajaran Antara-bangsa 2019 di Medellin, Colum-bia.

Anugerah UNESCO

PJ dinobat ‘bandar raya pembelajaran’

SHAH ALAM - Kejayaan Petaling Jaya di-nobatkan selaku penerima Anugerah Ban-dar Pembelajaran Pertubuhan, Sains dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bang-sa Bersatu (UNESCO) 2019 membuktikan komitmen Kerajaan Negeri terhadap bi-dang pendidikan khususnya, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari melalui ciapan ringkas di Facebook ber-kata, kejayaan itu sekali gus meletakkan Petaling Jaya sebaris bandar raya terna-ma, di dunia.

“Tahniah diucapkan kepada semua khu-

susnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Pe-jabat Pendidikan Daerah Petaling serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling atas pencapaian membanggakan ini,” tulisnya.

Melalui kenyataan laman sesawang ras-mi UNESCO, kejayaan Petaling Jaya ekoran pencapaian cemerlang dan prestasi ditem-pa bandar raya itu dalam sektor pendidi-kan.

Anugerah berkenaan akan disampai-kan pada penganjuran Persidangan Ban-dar Pembelajaran Antarabangsa 2019, di Medellin, Columbia.

Bukti komitmen Kerajaan Negeri dalam pendidikan

Tahniah diucapkan kepada semua khususnya Majlis Bandaraya Petaling Jaya, Pejabat Pendidikan Daerah Petaling serta Pejabat Daerah dan Tanah Petaling atas pencapaian membanggakan iniAMIRUDIN SHARIDato Menteri Besar

Permohonan asrama Bait Al Hasanah LZS kini dibukaSHAH ALAM - Tawaran kemasukan ke as-rama Bait Al Hasanah di bawah pengurusan Lembaga Zakat Selangor (LZS) kini dibuka, bagi sesi pengambilan Mac 2019.

LZS dalam kenyataan memaklumkan, asrama bantuan penuh itu ditawarkan ke-pada semua pelajar sekolah di bawah ka-tegori asnaf fakir miskin berdaftar berumur antara 10 hingga 16 tahun.

“Borang permohonan boleh didapati di semua cawangan LZS terdekat mengikut daerah masing-masing atau di Kompleks Bait Al Hasanah Perepat, Kapar, Klang.

“Lengkapkan borang berkenaan dan pemohon perlu mendapatkan cop seko-lah serta pengesahan daripada cawa- ngan LZS.

“Borang boleh dihantar ke cawangan LZS @ Bait Al Hasanah dan pihak asra-ma akan menghubungi pemohon untuk menghadiri sesi temuduga,” katanya.

Tarikh tutup permohonan pada 13 Feb-ruari ini

Sebarang pertanyaan lanjut berhubung perkara itu, pemohon boleh terus meng-hubungi LZS di talian 03-32905020.

KPM nafi hanya tumpu sekolah CinaKUALA LUMPUR - Kementerian Pendidi-kan menafikan dakwaan kononnya hanya memberi penekanan kepada pembangu-nan sekolah Cina, di negara ini.

K e m e n t e r i -an itu dalam ke-nyatan berkata, peruntukan me-lalui Belanjawan 2019 memberi fokus ke-pada pembangunan sekolah khususnya aliran Sekolah Kebangsaan (SK).

“Laporan media sosial yang memberi gambaran seolah-olah kementerian hanya memberi penekanan kepada pembangu-nan sekolah Cina berdasarkan beberapa pengumuman dibuat Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching, adalah tidak benar.

“Dalam kes dipertikaikan beberapa pi-hak, peruntukan penyelenggaraan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) yang diu-mumkan Timbalan Menteri Pendidikan ke-belakangan ini adalah peruntukan yang diluluskan untuk 2018 bukan peruntukan 2019,” katanya.

Katanya, Menteri Pendidikan, Dr Maszlee

Malik sendiri sudah mengemukakan per-mohonan kepada Menteri Kewangan bagi mendapatkan peruntukan tambahan bagi

menyelenggara SK dan Sekolah Agama Negeri.

Justeru, tangga-pan kononnya Men-teri Pendidikan tidak

mengambil berat berkenaan kebajikan mu-rid dan sekolah khususnya SK dan Sekolah Agama Negeri adalah tidak berasas.

“Selain peruntukan besar untuk me-nyelenggara dan membaiki sekolah bagi tahun 2019, kerajaan turut memperun-tukkan RM128 juta untuk membangun dan menaik taraf sekolah daif di Se-menanjung, Sabah dan Sarawak meng-gunakan peruntukan pembangunan kementerian 2019.

“Berkenaan peruntukan kepada Seko-lah Menengah Persendirian Cina yang berjumlah RM12 juta, kementerian sekali lagi menegaskan ia bukan peruntukan daripada Kementerian Pendidikan seba-liknya disalurkan terus oleh Kementerian Kewangan,” katanya.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 20: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

21SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Agama MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH ZAREEF MUZAMMIL

SHAH ALAM - Ibadah, kemanu-siaan dan kebajikan antara as-pek ditekankan dalam profesion peguam syarie bukan berpaksi kepada keuntungan dan bayaran tinggi semata-mata.

Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), Dato’ Setia Mo-hammed Khusrin Munawi ber-kata, wujud aduan dikemukakan terhadap peguam syarie khusus-nya di Selangor berhubung yuran guaman terlampau mahal.

Katanya, terdapat pertikaian berkaitan pelanggaran etika ker-jaya itu seperti sikap dan tingkah laku tidak amanah serta tidak berintegriti dalam menjalankan tugas.

“Kita turut menerima aduan berkaitan peguam syarie yang diisytiharkan sebagai bankrap dan terbabit dalam ajaran ber-

canggah dengan ahli Sunnah Wal Jemaah yang menjadi pegangan kita di negara dan negeri ini se-perti ajaran syiah.

“Kesan daripada aduan ini, MAIS sendiri atas perakuan Jawatankuasa Peguam Syarie Selangor pernah mengeluarkan perintah supaya peguam syarie yang diadu digugurkan daripada Daftar Peguam Syarie Selangor seterusnya digantung Sijil Ama-lan Guaman dan diberi amaran,” katanya.

Beliau berkata demikian ke-tika berucap pada Majlis Peng-isytiharan dan Penyampaian Sijil Peguam Syarie Selangor, di De-wan Muktamar Bangunan Mah-kamah Syariah Sultan Idris Shah, pada 28 Januari lalu.

Hadir sama, Ketua Hakim Sya-rie Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia (JKSM), Dato’ Mukhyud-din Ibrahim; Ketua Hakim Sya-

rie Selangor, Mohammad Adib Husain dan Presiden Persatuan Peguam Syarie Malaysia (PGSM), Musa Awang.

Pada masa sama, Mohammed Khusrin mengingatkan semua peguam syarie baharu supa-ya menjalankan fungsi dengan baik sebagai sahabat mahkamah selain membantu menegakkan keadilan dan memberi nasihat kepada anak guam perkara yang hak serta menolak kebatilan.

Katanya, mereka perlu me-nyokong usaha mahkamah dalam memartabatkan perun-dangan syariah dan mewakili anak guam masing-masing de-ngan amanah serta beretika.

“Besar harapan saya supaya semua peguam syarie yang baru dilantik dapat menjaga integriti, disiplin dan tingkah laku masing-masing sesuai dengan imej diba-wa sebagai peguam syarie.

7 - 13 FEBRUARI 20192 -8 jamadilakhir1440H

07 Khamis 6:00 6:10 7:26 1:30 4:51 7:29 8:40 08 Jumaat 6:00 6:10 7:26 1:30 4:50 7:29 8:40 09 Sabtu 6:00 6:10 7:26 1:30 4:50 7:29 8:40 10 Ahad 6:00 6:10 7:26 1:30 4:50 7:29 8:40 11 Isnin 6:00 6:10 7:26 1:30 4:50 7:29 8:40 12 Selasa 6:00 6:10 7:26 1:30 4:50 7:29 8:40 13 Rabu 6:00 6:10 7:25 1:30 4:50 7:29 8:40

07 Khamis 6:03 6:13 7:28 1:33 4:53 7:31 8:42 08 Jumaat 6:03 6:13 7:28 1:33 4:53 7:31 8:42 09 Sabtu 6:03 6:13 7:28 1:33 4:53 7:31 8:42 10 Ahad 6:03 6:13 7:28 1:33 4:53 7:31 8:42 11 Isnin 6:03 6:13 7:28 1:33 4:53 7:31 8:42 12 Selasa 6:03 6:13 7:27 1:33 4:53 7:32 8:42 13 Rabu 6:03 6:13 7:27 1:33 4:52 7:32 8:42

07 Khamis 6:00 6:10 7:27 1:31 4:51 7:30 8:41 08 Jumaat 6:00 6:10 7:27 1:31 4:51 7:30 8:41 09 Sabtu 6:00 6:10 7:27 1:31 4:51 7:30 8:41 10 Ahad 6:00 6:10 7:27 1:31 4:51 7:30 8:41 11 Isnin 6:00 6:10 7:26 1:31 4:50 7:30 8:41 12 Selasa 6:00 6:10 7:26 1:31 4:50 7:30 8:41 13 Rabu 6:00 6:10 7:26 1:31 4:50 7:30 8:41

Profesion Peguam Syarie

Tiada konsep ‘kaut untung’

SHAH ALAM - Majlis Agama Islam Se-langor (MAIS) sentiasa komited mem-perjuangkan Islam dan perundangan syariah khususnya meletakkan aga-ma Islam, di tempat tertinggi.

Pengerusinya, Dato’ Setia Moham-med Khusrin Munawi berkata, hal itu memandangkan banyak cabaran per-lu ditempuh dalam usaha memarta-batkan perundangan dan kehakiman Islam, masa kini.

Katanya, umat Islam juga sering dihambat dan dicabar dengan pel-bagai isu yang boleh mengganggu usaha MAIS mendaulatkan serta me-naiktaraf institusi agama, di Selangor.

“Wujud golongan yang berani mencabar kewujudan institusi agama termasuk Mahkamah Syariah dan un-dang-undang jenayah syariah den-gan mencabar peruntukan kesalahan jenayah syariah yang didakwa bersi-fat ‘moral policing’ seperti khalwat, persetubuhan haram serta minum arak, kononnya bercanggah dengan peruntukan Kebebasan Asasi dalam Perlembagaan Persekutuan.

“Ini salah satu contoh cabaran besar yang sedang dihadapi ins- titusi agama kerana wujudnya golongan masyarakat terlalu liberal dan mentafsirkan hak asasi secara literal tanpa me-mikirkan kemaslahatan ma-syarakat, keperluan Maqasid Syariah serta undang-un-dang yang berfungsi me- ngawal juga mendidik mo-ral masyarakat,” katanya.

Beliau berkata demiki-an ketika berucap pada

Majlis Pengisytiharan dan Penyam-paian Sijil Peguam Syarie Selangor, di Dewan Muktamar Bangunan Mahka-mah Syariah Sultan Idris Shah, pada 28 Januari lalu.

Majlis itu turut menyaksikan se-ramai 62 peguam syarie bagi sesi 2017/2018 menerima pertauliahan secara rasmi, sekali gus bakal menjadi ejen untuk membantu masyarakat dalam mendapatkan keadilan sewa-jarnya.

Pada masa sama, Mohammed Khusrin berkata, sebagai pihak yang menggerakkan institusi agama dan syariah, inisiatif memelihara serta bertindak sebagai ejen yang mem-bela Islam amat penting daripada te-rus diporak peranda golongan tidak bertanggungjawab.

“Jika tidak bertindak, budaya pe-mikiran terlalu liberal tanpa panduan dan asas yang benar akan menyebab-kan kemudaratan besar dalam kala-ngan masyarakat Islam.

“Apa yang paling risau adalah ke-bangkitan golongan ini yang sema-kin berani memperjuangkan hak asasi tanpa sempadan, seperti ke-bangkitan golongan Lesbian Gay Biseksual dan Transeksual (LGBT) yang memperjuang hak kebebasan mereka untuk mengamalkan cara hidup songsang mereka,” katanya.

KUALA LUMPUR - Sekurang-kuranynya 7,204 sijil halal diluluskan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) kepada syarikat, sehingga Januari tahun ini.

Menteri di Jabatan Per-dana Menteri, Datuk Seri Mujahid Yusof berkata, JAKIM turut membuka peluang pensijilan antara-bangsa untuk pengilangan kontrak dan kilang di luar negara untuk mendapat-kan pensijilan halal Malaysia.

Beliau berkata, JAKIM juga mengiktiraf 75 Badan Persijilan Ha-lal Luar Negeri serta Pihak Berkuasa Halal dari 43 negara.

“Industri halal sudah menarik mi-nat di seluruh dunia bukan hanya negara Islam, malahan negara lain yang mempunyai penduduk Islam.

“Pengguna tertarik terhadap produk halal kerana ia mengesah-kan bahawa penyediaan makanan adalah selamat dan bersih untuk dimakan,” katanya pada prapelan-caran Sidang Kemuncak Halal Global (GHas) 2019 bertema Halal Menghubungkan Dunia, baru-ba-

ru ini.Mujahid berkata, GHas adalah

nama baharu bagi acara tahunan itu yang sebelum ini dike-nali sebagai Minggu Halal Dunia yang berlangsung di Grand Hyatt Hotel, Kuala Lumpur dan Pusat Perdagangan dan Pame-ran Antarabangsa Malay-sia (MITEC), pada 1 hingga 6 April ini.

GHas juga akan dise-laraskan oleh Kementerian Perda-gangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Hal Ehwal Ekonomi dan diketuai JAKIM.

Bagi GHas 2019, Mujahid berka-ta, penganjur menyasarkan 3,000 peserta dari 130 negara.

“Acara itu membabitkan enam program utama, dengan empat da-ripadanya dipelopori JAKIM.

“Acara ini termasuk program pembangunan kapasiti latihan halal antarabangsa, konvensyen badan pensijilan halal, perhimpu-nan agung halal antarabangsa dan Kongres Antarabangsa Halal Glo-bal,” katanya.

JAKIM lulus �,��� sijil halal sehingga Januari

MAIS komited perjuang hak Islam

Wujud golongan yang berani mencabar kewujudan institusi agama termasuk Mahkamah Syariah dan undang-undang jenayah syariahMOHAMMED KHUSRINPengerusi MAIS

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 21: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

22Wanita & Kebajikan

SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

OLEH SHEEDA FATHIL

SHAH ALAM - Karnival 3W (Wo-men, Welfare & Wellness) akan di-perkenalkan bagi mempromosi pelbagai bantuan dan khidmat ditawarkan Kerajaan Negeri ke-pada rakyat.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Kelu-arga, Dr Siti Mariah Mahmud ber-kata, karnival yang memfokuskan wanita, kebajikan dan kesihatan itu menjadi medan interaksi de-ngan masyarakat.

Katanya, ia akan dilancarkan pada 10 Februari ini dengan tema Sambutan Hari Kanser Sedunia, di Padang Majlis Perbandaran Am-pang Jaya, Pandan Indah.

“Karnival ini akan diadakan dari jam 7 pagi hingga 10.30 malam dengan pelbagai aktiviti anta-ranya program 10,000 Langkah, Slim Selangor, Forum Sihat Se-langor dan beberapa pertandi- ngan membabitkan kanak-kanak, wanita serta Orang Kelainan Upa-ya (OKU).

“Program sebelah malam pula akan diselitkan dengan persem-bahan hiburan menampilkan sele-briti tanah air yang turut memberi pengisian khusus berkaitan pro-gram pemberdayaan kaum bapa,” katanya.

Medan interaksi masyarakat

Karnival �W diperkenal

Katanya, karnival itu juga akan menjelajah ke 11 Pihak Berkuasa Tempatan lain setiap bulan de-ngan tema berbeza berdasarkan sambutan hari penting, pada bu-

lan terbabit.Siti Mariah berkata, Majlis Ban-

daraya Petaling Jaya akan me-nganjurkannya dengan tema Hari Kasih Sayang dan Hari Tibi; Majlis

Beliau berkata demikian selepas Majlis Ramah Mesra Media dan Pra Pelancaran Karnival 3W 2019, di Lobi Utama Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri, di sini.

SHAH ALAM - Masyarakat dina-sihatkan supaya tidak memen-dam masalah yang mereka hadapi ekoran kes perceraian yang tinggi di Selangor, sejak kebelakangan ini.

Ahli Dewan Negeri Perma-tang, Rozana Zainal Abidin berkata, sebaliknya masyara-kat perlu meluahkan masalah kepada pihak bersesuaian.

“Apabila pasangan sama ada wanita atau lelaki memilih un-tuk pendam masalah, maka ia akan memudaratkan diri, sekali gus potensi untuk bercerai agak tinggi.

“Bagaimanapun, seseorang itu harus berbalik kepada aga-ma dan banyakkan terbabit dalam aktiviti kemasyarakatan supaya mereka tidak berasa ter-sisih atau tertekan,” katanya.

Pada masa sama, katanya, ke-banyakan wanita mereka malu dan takut untuk meluahkan ma-salah kerana bimbang akan di-perlekehkan masyarakat.

“Saya nasihatkan kepada wanita terutamanya untuk be-rani tampilkan diri berjumpa kaunselor atau badan bukan kerajaan bersesuaian yang bo-leh membantu menyelesaikan masalah dihadapi,” katanya.

Terdahulu, Ketua Hakim Sya-

KUALA SELANGOR - Seramai 100 peserta terdiri daripada asnaf fakir dan miskin dari daerah itu menyer-tai Taklimat Peluang Perniagaan anjuran Lembaga Zakat Selangor (LZS), di Masjid Puncak Alam, ba-ru-baru ini.

Program julung kali diadakan itu turut mendapat kerjasama Per-tubuhan Kebajikan Bandar Puncak Alam dan Teraju Ekonomi Asnaf (TERAS).

Jurucakap LZS dalam kenyataan memaklumkan, taklimat berkenaan memberi peluang terutama kepa-da asnaf fakir miskin yang bermi-nat menceburi bidang perniagaan untuk menjana pendapatan sampi- ngan keluarga.

“Peserta diberi penjelasan secara menyeluruh berkaitan prosedur permohonan bantuan modal yang disediakan di bawah LZS, selain me-mahami penerangan produk atau

projek usahawan untuk pembangu-nan golongan ini.

“Malah, ia juga memberi ruang kepada peserta untuk berkongsi pengalaman sepanjang menyertai taklimat, selain sesi soal jawab dan bertukar pandangan antara satu sama lain,” katanya.

LZS berharap melalui program seumpama itu bakal melahirkan le-bih ramai usahawan berjaya dalam kalangan asnaf fakir dan miskin.

SEPANG - Kampung Orang Asli (KOA) Batu 28 Jenderam Hilir, di sini, menjadi lokasi pilihan perta-ma Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi pelaksanaan program ziarah asnaf dan bacaan yasin serta solat hajat, pada tahun ini.

Jurucakap LZS dalam kenyata-an memaklumkan, program itu membabitkan kerjasama Operasi Agihan Daerah Sepang dan Masjid As-Syakirin Jenderam Hilir terma-suk Penggerak Masyarakat Orang Asal.

Katanya, seramai 10 asnaf fakir miskin dan asnaf mualaf dari ka-wasan terbabit terpilih untuk di-ziarahi dalam program berkenaan.

“Ini adalah program tahu-nan bagi Operasi Agihan Daerah Sepang bertujuan mendekati dan menyantuni masyarakat asnaf di perkampungan terpilih untuk di-

Elak perceraian, jangan pendam masalah

rie Selangor, Mohammad Adib Husain berkata, Selangor men-catatkan angka tertinggi dalam kes perceraian membabitkan umat Islam dengan 11,297 kes direkodkan pada 2014 dii-kuti Sabah (7,421) dan Johor (5,871).

Angka itu terus mening-kat menjadi 63,463 kes jumlah cerai pada 2015 yang men-catatkan Selangor mendahu-lui dengan 11,873 kes diikuti Sabah (8,272 ) manakala Johor (4,700).

��� asnaf diterap ilmu perniagaan

KOA Batu �8 Jenderam lokasi pertama ziarah asnaf LZS

LZS sentiasa proaktif melaksanakan program ziarah asnaf disera-ta pelusuk negeri

Saya nasihatkan kepada wanita terutamanya untuk berani tampilkan diri berjumpa kaunselor atau badan bukan kerajaan bersesuaian yang boleh membantu menyelesaikan masalah dihadapi

ROZANA ZAINAL ABIDINADN Permatang

ziarahi.“LZS mengambil inisiatif pro-

gram ini sebagai salah satu cara mendekati asnaf dengan lebih dekat untuk mengetahui masalah dan kesusahan dihadapi mereka,”

katanya.LZS berkata, perjalanan pro-

gram ziarah seumpama itu mem-beri satu perasaan hiba yang sukar digambarkan terhadap kepayahan dan kesusahan dilalui asnaf.

Perbandaran Klang (Hari Wanita dan Hari Buah Pinggang); Majlis Daerah Kuala Langat (Hari Kesiha-tan Sedunia) dan Majlis Perbanda-ran Sepang ( Hari Tanpa Tembakau dan Hari Jururawat).

“Selain itu, Majlis Perbandaran Selayang (Hari Sifar Denggi); Majlis Daerah Kuala Selangor (Hari Suka-relawan Selangor); Majlis Banda-raya Shah Alam (Hari Penyusuan Ibu) dan Majlis Perbandaran Ka-jang (Hari Jantung).

“Manakala, Majlis Perbandaran Subang Jaya (Hari Mental dan Hari Warga Emas); Majlis Daerah Sabak Bernam (Hari OKU dan Hari HIV) dan Majlis Daerah Hulu Selangor (Hari Kanak-kanak dan Hari Diabe-tes),” katanya.

Karnival itu turut mendapat ker-jasama agensi seperti Jabatan Kesi-hatan Selangor, Jabatan Kebajikan Masyarakat Selangor, Jabatan Pem-bangunan Wanita, Lembaga Pen-duduk dan Pembangunan Keluarga Negara, Pusat Wanita Berdaya, Maj-lis Tindakan OKU Selangor dan Per-satuan Taska Selangor.

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 22: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

23SelangorKini 7 - 13 Februari 2019

Sukan MUAT TURUN

APLIKASIPERCUMA

InformasiTerkinidi jari anda

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM - Penyokong setia Gergasi Merah sedia mengeluarkan belanja lebih dengan membeli jersi tulen bagi membantu mengukuh-kan kewangan pasukan ke-sayangan mereka.

Penyokong Selangor yang berasal dari Sepang, Muham-mad Rafiuddin Mahat, 31, berkata langkah itu membo-lehkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) menyediakan pasukan mantap dan menaik taraf fasilti pasukan seperti di pusat latihan.

“Tak guna sembang lebih konon ‘Selangor sampai mati’ tetapi beli jersi tiruan sedang-kan jersi tulen berkualiti tinggi, berbaloi dan harga sangat ber-patutan yang mampu dibeli semua golongan.

“Jersi tiruan sangat per-lu dibanteras dan pada masa sama menunjukkan sokongan 100 peratus kepada FAS dalam pembaharuan yang sedang giat dijalankan demi kebaikan Sela- ngor,” katanya kepada SelangorKini.

Eksekutif Swasta, Abu Samah Esmahil, 40 berkata, penyokong bola sepak juga perlu mempunyai kesedaran untuk tidak menyokong lanun cetak rompak dengan mem-beli jersi tiruan.

“Jersi tulen versi penyokong yang ditawarkan FAS bukan sa-haja sangat murah dan berbaloi tetapi dijual separuh harga ber-banding versi pemain, namun tetap berkualiti.

“Saya percaya gejala cetak

rompak perlu dibenteras dengan mengadakan penguatkuasaan,” katanya.

Sementara itu, ahli perniagaan, Meer Aziz Nagoor Ghani, 40, dari Klang pula menyeru penyokong pasukan Selangor berganding bahu membenteras penjualan jersi tiruan.

“Setiap penyokong setia harus membanteras jersi cetak rompak dengan penyokong sendiri men-jadi ejen FAS kerana ada pihak kaut keuntungan tetapi pasukan dan FAS sendiri rugi .

“Demi bola sepak kita, bang-

kitlah penyokong bersama mem-banteras jersi cetak rompak demi kebangkitan pasukan dan FAS sendiri yang diterajui Raja Muda Selangor,” katanya.

Sebelum ini, Presiden FAS, Duli Yang Teramat Mulia Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah me-lancarkan jersi pasukan Selangor 2019 yang ditaja jenama antara-bangsa, Joma.

Jersi dengan tiga variasi iaitu ‘home’, ‘away’ dan ‘3rd kit’ itu ter-dapat dua veris iaitu versi pemain berharga RM89.10 dan versi pe-nyokong pula RM44.10.

Demi Gergasi MerahPKNS FC raih satu mata berharga di Terengganu

SHAH ALAM - UiTM FC menggu-nakan tiga khidmat pemain import dari Brunei, Senegal dan Uganda bagi mengharungi musim Liga Malaysia 2019, bermula 1 Februa-ri lalu.

Pengurus pasukan, Mustaza Ahmad berkata, UiTM FC turut mengikat beberapa pemain tem-patan bagi memperkukuh pasu-kan selain melantik Ismail Zakaria selaku ketua jurulatih baharu yang menggantikan Wan Mustafa Wan Ismail.

“Adi Said, 29, dari Brunei dipilih bagi menggantikan Okereke Timo-thy Chimerie yang berhijrah ke pa-sukan lain. Beliau pernah beraksi bersama Brunei DPMM FC dan men-jadi pemain pertama dari negara itu

UiTM FC sasar layak ke saingan Piala Malaysia

yang beraksi, di Liga Malaysia.“Robert Waly Lopez Mendy, 32,

dari Senegal dan Agele Bernard Coulibally, 27, dari Uganda akan memperkuat jentera pertahanan

bersama Muhammad Zulkhairi Zulkefli,” katanya.

Antara pemain tempatan yang dikekalkan pula adalah ketua pa-sukan, Muhammad Afif Asyraf;

pertahanan, Nik Syafiq Syazwan; pemain tengah, Muhammad Iz-man Solehin serta penyerang, Mohd Zulkiffli Zakaria.

Untuk musim ini, UiTM FC men-

sasarkan kedudukan empat terbaik, sekali gus layak beraksi dalam sai-ngan Piala Malaysia serta menyim-pan impian beraksi, di pentas akhir Piala FA.

Sebelum itu, dalam Majlis Pe-ngenalan Pemain dan Pelancaran Jersi Pasukan, di Dewan Seri Bu-diman, UiTM Shah Alam, UiTM FC memperkenalkan jersi ‘home’ de- ngan warna ungu sementara merah bagi jersi ‘away’ yang akan digunakan, sepanjang musim 2019.

Majlis perasmian disempur-nakan Timbalan Naib Canselor merangkap Presiden UiTM FC, Prof Dato’ Dr Abdullah Mohamad Said, selain memperkenalkan 29 pemain yang akan bersama pasu-kan, musim ini.

SHAH ALAM - Datuk K Raja-gopal memuji persembah-an PKNS FC ketika berdepan Terengganu yang berakhir seri 1–1 dalam aksi pembukaan Liga Super, musim ini.

Bagi Ketua Jurulatih The Red Ants itu, kejayaan meng-utip satu mata di gelanggang lawan amat berharga kera-na pasukannya menghadapi cabaran sengit pasukan tuan rumah.

“Saya sebenarnya risau de-ngan barisan serangan pasu-kan yang kehilangan pemain berpengalaman akibat peng-gantungan seperti Kpah Sher-man serta Jafri Chew serta kecederaan Shafiq Shaharudin tetapi penyerang muda yang kita gunakan iaitu Faizat Gha-zli berjaya menunjukkan per-mainan yang baik.

“Kita tahu Terengganu adalah sebuah pasukan yang kuat dan bermain di tempat mereka, jadi satu mata yang dikutip adalah sangat ber-

harga,” kata Rajagopal,” kata Rajagopal dipetik http://www.thepknsfc.com

Dalam perlawanan pada 1 Februari lalu, PKNS FC diasak serangan demi serangan dari Terengganu pada babak perta-ma dengan menunggu untuk serangan balas namun tidak efektif.

Bermula babak kedua, PKNS FC sudah mula mendapat tem-po serta keyakinan, hasilnya pa-sukan itu berjaya mendapat gol pertama melalui tandukan pe-main pertahanan, Nicholas Swi-rad, hasil sepakan sudut Chan Vatanaka, pada minit ke-65.

Wa l a u p u n P K N S F C mengekalkan disiplin per-mainan, hasil serangan balas Terengganu akhirnya berjaya menyamakan kedudukan me-lalui Abdul Malik Mat Arif semi-nit sebelum permainan berakhir.

Selepas ini, PKNS FC akan menanti kunjungan Melaka Uni-ted, di Stadium Shah Alam, pada 9 Februari ini.

Penyokong tolak jersi tiruan

Gambar THEPKNSFC.COMEDARAN DIGITAL

SELANGORKINI

Page 23: PERCUMAPERCUMA 2 - selangorkini.my · cap pada Majlis Selangor Investors Ap-preciation Award 2018 yang diadakan di Hotel Sheraton, pada 29 Januari lalu. Pada masa sama, katanya, Selangor

Diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Selangor Darul EhsanDicetak oleh NAJ Press Resources (M) Sdn. Bhd., Lot 19, Jalan Lada Hitam 16/12, 40200 Seksyen 16, Shah Alam, Selangor Darul Ehsan. Tel : 03-5519 6373 Faks : 03-5512 7985

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM - Kerajaan Negeri mem-berikan insentif sebanyak RM929,200 kepada atlet negeri itu yang berjaya melakar kejayaan dalam Sukan Malay-sia (SUKMA), Sukan Asia dan Para Asia 2018.

EXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, insentif itu diberikan tanda penghar-gaan Kerajaan Negeri kepada atlet yang mengharumkan nama Selangor dalam pertandingan sukan yang disertai.

Katanya, Kerajaan Negeri amat priha-tin dengan usaha dan sumbangan yang diberikan atlet, pegawai pasukan dan persatuan sukan negeri di tiga kejoha-nan sukan utama itu.

“Pasukan sukan yang menerima in-sentif tertinggi adalah renang yang ber-aksi cemerlang di SUKMA Perak dengan memenangi 12 emas, 16 perak dan 15 gangsa, sekali gus menerima insentif terbesar sebanyak RM194,000,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Penyerahan Insentif Kemenangan Kon-tinjen Selangor, di Dewan Megawati, Kediaman Rasmi Dato’ Menteri Besar, pada 29 Januari lalu.

Khairuddin berkata, sebanyak RM831,200 diberikan kepada atlet SUKMA; RM55,000 kepada atlet Sukan Asia Jakarta-Palembang dan RM43,000 kepada atlet Sukan Para Asia, Indone-sia daripada jumlah keseluruhan in-sentif itu.

“Kerajaan Negeri berbesar hati un-tuk mengiktiraf dan menghargai kece-merlangan atlet yang mewakili negara di Sukan Asia Jakarta-Palembang dan

SHAH ALAM - Atlet para negara, Mohd Najib Turano, melahirkan rasa syukur dan berterima kasih atas pemberian insentif terbesar diterimanya daripada Kerajaan Selangor.

Bercakap kepada pemberita, beliau berkata, insentif itu akan menjadikannya sebagai pemangkin semangat untuk ber-aksi dengan lebih cemerlang dalam Kejo-hanan Basikal Trek Para Dunia, di Belanda, pada Mac ini.

“Saya tidak menyangka Kerajaan Ne-geri akan memberikan insentif yang ba-nyak dan ini kali kedua saya menerima-nya.

“Ia sekali gus menjadi pemangkin se-mangat untuk saya beraksi dengan lebih cemerlang,” katanya.

Beliau turut memfokuskan untuk me-nyertai seberapa banyak kejohanan dunia bagi mengumpul mata supaya pasukan ke-bangsaan layak ke Sukan Paralimpik Tok- yo 2020.

“Saya juga menyasarkan untuk berada pada kedudukan 10 terbaik di kejohanan dunia walaupun banyak disertai pasukan gergasi dunia.

“Pasukan berbasikal para negara

bagi acara pecut berpasukan berada di kedudukan kelima dunia dan jika pasu-kan negara beraksi cemerlang dalam ke-johanan dunia pada Mac ini, maka pelu-ang pasukan untuk layak secara merit ke Tokyo akan menjadi lebih cerah,” katanya.

Sementara itu, atlet renang Selangor, Jordan Yip Zhu Ern berkata, pemberian insentif itu adalah satu ‘bonus’ kepada semua atlet negeri.

Bagaimanapun, beliau berkata, pen-capaiannya dalam sukan berkenaan bukan semata-mata kerana duit tetapi untuk mengharumkan nama negara ke arah kedudukan lebih baik dalam in-dustri sukan.

Pada Majlis Penyerahan Insentif Ke-menangan Kontinjen SUKMA 2018, Su-kan Asia dan Para ASIA itu, Mohd Najib menerima insentif RM19,000 ekoran ke-cemerlangannya menggondol tiga pi-ngat perak dan satu gangsa dalam Su-kan Para Asia Jakarta 2018.

Manakala, Jordan Yip Zhu Ern pula menjadi penerima insentif terting-gi bagi atlet yang bertanding dalam SUKMA Perak 2018 dengan ganjaran RM14,100.

Sukan Para Asia.“Seramai 16 atlet berjaya meng-

harumkan nama Malaysia, di bumi In-donesia. Mereka daripada atlet sukan tenpin boling, sepak takraw, pencak silat, skuasy, terjun, basikal, sukan layar dan renang,” katanya.

Pada masa sama, beliau berkata, Kerajaan Negeri komited untuk meng-galakkan pembangunan sukan secara menyeluruh menerusi pelbagai usaha yang dilaksanakan Majlis Sukan Negeri Selangor.

“Seperti kejayaan ketiga kejohanan ini, segala program dan latihan yang diwujudkan daripada akar umbi mem-bantu dalam pembangunan atlet, sekali gus menyumbang kepada keja-yaan yang dicapai, tahun lalu,” katanya.

Antara senarai penerima insentif tertinggi secara individu adalah atlet berbasikal Sukan Para Asia, Mohd Najib Turano, sebanyak RM19,000 manakala atlet renang, Jordan Yip Zhu Ern, dari-pada SUKMA menerima RM14,000.

Selain itu bagi Sukan Asia, Siti Safi-yah Amirah Abdul Rahman (tenpin bowling) serta Farhan Adam (sepak takraw) masing-masing menerima in-sentif RM8,000.

Pada kejohanan SUKMA Perak Sep-tember lalu, kontinjen Selangor berja-ya menduduki tempat ketiga dengan memperoleh kutipan pingat 47 emas, 69 perak dan 67 gangsa.

Manakala, bagi Sukan Asia, atlet Se-langor berjaya meraih tiga emas, enam perak dan dua gangsa.

Sementara itu, bagi Sukan Para Asia, atlet negeri itu membawa pulang pi-ngat perak (3) dan gangsa (5).

Sebanyak RM831,200 diberikan kepada atlet SUKMA; RM55,000 kepada atlet Sukan Asia Jakarta-Palembang dan RM43,000 kepada atlet Sukan PARA Asia, Indonesia daripadajumlah keseluruhan insentif itu.MOHD KHAIRUDDIN OTHMANEXCO Pembangunan Generasi Muda, Sukan dan Pembangunan Modal Insan

EDARAN DIGITAL

SELANGORKINI