singa yang sombong

3
SINGA YANG SOMBONG Dalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. “ Ya, kami sedia membantu” jawab haiwan yang lain. “ Siapa ada cadangan, silakan” kata Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, “ Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu.” Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. “Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan.” Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam.

Upload: cik-vee-violette

Post on 27-Sep-2015

23 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TEKS BERCERITA

TRANSCRIPT

SINGA YANG SOMBONGDalam sebuah hutan, tinggal seekor singa yang sombong. Badannya yang besar dan kuat menyebabkan semua haiwan takut kepadanya. Banyak haiwan yang telah menjadi mangsanya. Pada suatu hari, semua haiwan di rimba telah mengadakan satu perjumpaan. Mereka berbincang bagaimana untuk menewaskan singa yang ganas lagi sombong itu. Tiba-tiba Sang Kancil bangun dan bersuara. Wahai kawan-kawan, kehidupan kita sekarang semakin terancam. Semakin lama, semakin ramai kawan kita yang menjadi mangsa singa yang zalim itu. Oleh itu marilah kita sama-sama berfikir, bagaimana hendak menewaskan singa itu. Ya, kami sedia membantu jawab haiwan yang lain. Siapa ada cadangan, silakan kata Sang Kancil Semua terdiam. Tiba-tiba tebuan bersuara, Wahai kawan-kawan, biarlah saya cuba menewaskan singa itu. Haiwan lain ketawa sambil memperkecilkan kebolehan Tebuan. Selain saya, siapakah yang berani menawarkan diri, silakan. Tebuan mencabar kawan-kawannya. Masing-masing tunduk diam. Oleh kerana tidak ada haiwan lain yang berani menentang Singa, marilah kita sama-sama menyokong Sang Tebuan sebagai wira kita. Kata Sang Kancil dan disambut dengan tepukan yang gemuruh oleh penghuni rimba itu. Pada keesokan harinya, semua penghuni rimba keluar untuk menyaksikan pertarungan antara Singa dan Tebuan. Tiba di suatu tempat, mereka tenampak Singa masih tidur di bawah pokok. Lalu Tebuan pun terbang menghampiri Singa. Hai Singa yang zalim. Hari ini aku mencabar engkau untuk berlawan denganku. Kata Tebuan dengan berani. Engkau nak berlawan dengan aku? Tanya Singa itu sambil ketawa. Belum cuba, belum tahu.Walaupun aku kecil, tapi dengan azam yang kuat, aku akan dapat menewaskan kemalasanmu yang besar. Jawab Tebuan penuh semangat. Baiklah, kalau engkau berani, marilah. Kata Singa. Dengan pantas, Tebuan terbang mengelilingi Singa itu. Singa itu berpusing-pusing untuk menampar Tebuan tetapi tidak berjaya. Lama kelamaan Singa itu menjadi letih. Tebuan mengambil kesempatan ini. Dengan pantas ia masuk ke dalam lubang hidung singa yang luas itu. Lalu menyengat Singa itu dari lubang hidungnya. Singa itu meraung kesakitan. Ia bersin beberapa kali tetapi tidak berjaya mengeluarkan Tebuan. Semakin lama, semakin kuat gigitan Tebuan itu. Tidak lama kemudian, Singa itupun mati kesakitan yang amat sangat. Semua binatang bersorak kegembiraan.