simpulan bahasa dan makna perlambanngannya

6
SIMPULAN BAHASA DAN MAKNA PERLAMBANNGANNYA 1. Tangkai jering Makna Denotatif : Tangkai yang terdapat pada buah jering. Makna Konotatif : Orang yang kedekut. Sumber : Tangkai - Bahagian tempat lekatnya buah. Jering – Sejenis tumbuhan yang buahnya dapat dijadikan ulam Maksud : Buah jering sememangnya sukar untuk dipisahkan daripada batangnya. Bagi memisahkan buah jering daripada batangnya memerlukan sedikit tenaga kerana liat. Keliatannya ini menjadikan orang-orang tua membuat perbandingan dengan sikap manusia. Contoh ayat : Sifat kedekut Azim menyebabkan dia digelar tangkai jering oleh rakan kelasnya. 2. Panjang tangan Makna Denotatif : Tangan yang panjang Makna Konotatif : Orang yang suka mencuri Sumber : Tangan - Anggota tubuh daripada kepala bahu sampai ke hujung jari Panjang – Maksud : Sikap suka mencuri dikaitkan dengan tangan kerana tangan manusialah yang mengambil barang-barang. Contoh ayat : Penangkapan Adib baru-baru ini akibat mencuri membuktikan kepada semua orang bahawa dia seorang yang panjang tangan. 3. Jaga hati Makna Denotatif :

Upload: tarmizi-hanafiah

Post on 09-Apr-2016

290 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

simpulan bahasa dan makna perlambangan

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan Bahasa Dan Makna Perlambanngannya

SIMPULAN BAHASA DAN MAKNA PERLAMBANNGANNYA

1. Tangkai jeringMakna Denotatif : Tangkai yang terdapat pada buah jering.

Makna Konotatif : Orang yang kedekut.

Sumber : Tangkai - Bahagian tempat lekatnya buah.

Jering – Sejenis tumbuhan yang buahnya dapat

dijadikan ulam

Maksud : Buah jering sememangnya sukar untuk dipisahkan

daripada batangnya. Bagi memisahkan buah jering

daripada batangnya memerlukan sedikit tenaga

kerana liat. Keliatannya ini menjadikan orang-orang tua

membuat perbandingan dengan sikap manusia.

Contoh ayat : Sifat kedekut Azim menyebabkan dia digelar tangkai

jering oleh rakan kelasnya.

2. Panjang tanganMakna Denotatif : Tangan yang panjang

Makna Konotatif : Orang yang suka mencuri

Sumber : Tangan - Anggota tubuh daripada kepala bahu sampai

ke hujung jari

Panjang –Maksud : Sikap suka mencuri dikaitkan dengan tangan kerana

tangan manusialah yang mengambil barang-barang.

Contoh ayat : Penangkapan Adib baru-baru ini akibat mencuri

membuktikan kepada semua orang bahawa dia

seorang yang panjang tangan.

3. Jaga hatiMakna Denotatif :

Makna Konotatif Merujuk kepada perbuatan manusia agar tidak

bertindak atau berkelakuan sesuatu yang boleh

menyakiti dan menyinggung orang lain.

Sumber : Jaga - Perlakuan mengawasi sesuatu

Hati - Organ dalaman manusia atau melambangkan

perasaan.

Page 2: Simpulan Bahasa Dan Makna Perlambanngannya

Maksud : Simpulan bahasa ini dapat menggambarkan tentang

hubungan masyarakat yang perlu berjaga-jaga agar

tidak berlaku keadaan yang boleh membuatkan orang

lain terganggu dan merasa tidak dihormati.

Contoh ayat : Dalam kehidupan masyarakat isu menjaga hati ini

sangat sensitif dan penting kerana ia melibatkan

keharmonian hidup masyarakat.

4. Cakar Ayam

Makna Denotatif : Perbuatan Ayam yang sedang cakar di tanah.

Makna Konotatif : Tulisan yang buruk

Sumber : Cakar – Bekas kena kuku atau kena garu

Ayam - Sejenis binatang yang bertelur dan dijadikan

haiwan peliharaan.

Maksud : Cakaran ayam di tanah yang bergaris-bergaris tidak

terurus menyebabkan masyarakat melambangkan

tulisan yang buruk dengan cakaran ayam.

Contoh Ayat : Tulisaan Saiful seperti cakar ayam sehingga tidak

mampu dibaca oleh gurunya.

5. Senyum kambing

Makna Denotatif : Perbuatan seekor binatang iaitu kambing yang sedang

senyum yakni sesuatu memek muka yang melibatkan

anggota mulut dan bibir.

Makna Konotatif : Senyum yang dibuat-buat untuk mengejek.

Sumber : Senyum – Gerak bibir yang ternaik pada hujungnya

yang membayangkan rasa suka tanpa

mengeluarkan suara.

Kambing – Sejenis binatang mamalia seperti domba

atau biri-biri.

Maksud : Senyum adalah sesuatu memek muka yang melibatkan

anggota mulut dan bibir, manakala kambing adalah

seekor binatang yang tidak mempunyai perasaan dan

Page 3: Simpulan Bahasa Dan Makna Perlambanngannya

emosi. Masyarakat menggunakan istilah ini kepada

seseorang yang seakan-akan tidak rela untuk senyum.

Contoh Ayat : Kami hanya senyum kambing apabila melihat gelagat

Farhan yang mengada-ada itu.

6. Mandi kerbauMakna denotatif : Perbuatan kerbau yang sedang mandi.

Makna Konotatif : Mandi dengan tidak bergosok.

Sumber : Mandi – Membasuh tubuh dengan air.

Kerbau – Sejenis binatang peliharaan seakan-akan

lembu rupanya tetapi lebih besar dan

kulitnya biasanya bewarna kelabu atau

kehitam-hitaman.

Maksud : Lakuan kerbau yang ketika berkubang dalam air

dijadikan perlambangan kepada orang yang mandi

tidak bergosok oleh masyarakat Melayu.

Contoh ayat : Semasa mengikuti perkhemahan unit beruniform,

peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.

7. Kutu embunMakna denotatif : Sejenis binatang dan wap air.

Makna Konotatif : Orang yang suka merayau-rayau tidak menentu pada

malam hari.

Sumber : Kutu - Sejenis binatang yang hidupnya merayap.

Embun – Wap air yang turun pada waktu malam.

Maksud : Perlambangan kutu embun kepada orang yang selalu

merayau-rayau tanpa tujuan pada malam hari oleh

masyarakat Melayu bertepatan dengan sifat kutu yang

selalu merayap dan embun yang turun pada waktu

malam hari.

Contoh ayat : Kehadiran warga asing yang menjadi kutu embun

apabila merayau-rayau di sekitar taman perumahan

pada setiap malam membimbangkan penduduk

setempat.

Page 4: Simpulan Bahasa Dan Makna Perlambanngannya

8. Keras hatiMakna denotatif : Hati iaitu organ dalaman manusia yang keras.

Makna Konotatif : Tidak mahu dengar nasihat orang lain atau degil.

Sumber : Keras – Suatu benda yang pejal, teguh, kukuh dan

tidak ada unsur lembut atau cair.

Hati – Perasaan seseorang

Maksud : Simpulan bahasa ini menggambarkan sikap dan

pemikiran sesetengah manusia dalam masyarakat

yang tidak patuh, degil serta tidak mahu mendengar

nasihat atau pandangan orang lain. Sikap masyarakat

seperti ini selalunya difikirkan sebagai individu yang

agak susah untuk dibimbing atau diberi petunjuk.

Contoh ayat : Ibu selalu memarahi Hasanah kerana sifat keras

hatinya yang langsung tidak pernah menerima nasihat

ibu bapanya.

9. Buta warnaMakna Denotatif : Tidak nampak warna

Makna Konotatif : Tidak dapat membezakan warna

Sumber : Buta – Tidak dapat melihat

Warna – Corak rupa seperti merah,hijau dan biru.

Maksud : Orang yang tidak dapat membezakan warna

dilambangkan sebagai buta warna. Buta warna terjadi

akibat masalah pigmen pada reseptor warna.

Contoh ayat : Zura gagal menyenaraikan warna pelangi dengan betul

kerana Zura merupakan seorang yang buta warna.

Page 5: Simpulan Bahasa Dan Makna Perlambanngannya

10. Mulut muraiMakna Denotatif : Mulut burung murai

Makna Kontatif : Orang yang suka bercakap-cakap.

Sumber : Mulut – Bukaan tempat mengunyah makanan

Murai – Nama sejenis burung yang berkicau-kicau

pada pagi hari.

Maksud : Simpulan bahasa mulut murai kepada orang yang

banyak bercakap sesuai dengan sikap burung murai

yang selalu berkicau-kicau.

Contoh ayat : Mimi dikenali sebagai mulut murai kerana banyak

bercakap dalam kelas.