simpulan bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 simpulan bahasa 320. jual kepala makna...

9
1 1. Abu Jahal Makna Orang yang menjadi penghalang bagi orang yang hendak membuat kebajikan untuk kepentingan orang ramai. Ayat Biarlah mereka mendirikan rumah anak yatim, jangan pula kamu jadi Abu Jahal. 2. Abu Nawas Makna Orang yang bijak membuat helah supaya dirinya terlepas daripada kesusahan. Ayat Memang Roni Abu Nawas kerana sudah banyak kali dia bebas daripada masalahnya. 600 Simpulan Bahasa

Upload: others

Post on 23-Aug-2020

18 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

1

1. Abu Jahal

Makna Orang yang menjadi penghalang bagi orang yang hendak membuat kebajikan untuk kepentingan orang ramai.

Ayat Biarlah mereka mendirikan rumah anak yatim, jangan pula kamu jadi Abu Jahal.

2. Abu Nawas

Makna Orang yang bijak membuat helah supaya dirinya terlepas daripada kesusahan.

Ayat Memang Roni Abu Nawas kerana sudah banyak kali dia bebas daripada masalahnya.

600Simpulan Bahasa

600 Simpulan bahasa 2016.indd 1 8/9/2015 10:59:54 PM

Page 2: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

2 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

3. Ada angin

Makna Mempunyai perangai yang selalu berubah-ubah.

Ayat Ramai orang yang tidak mahu melayan pemuda itu kerana dia ada angin.

4. Ada bakat

Makna Memiliki kebolehan dalam sesuatu bidang.

Ayat Mereka yang ada bakat akan dilatih dalam bidang-bidang yang diminati.

5. Ada gaya

Makna Kebolehan untuk menandingi seseorang.

Ayat Pasti akan menang dalam pertandingan kerana dia ada gaya.

6. Ada hajat

Makna Mempunyai niat.

Ayat “Saya datang ke mari ada hajat,” kata wanita itu kepada tok ketua.

7. Ada harapan

Makna Mungkin mendapat sesuatu atau mencapai kejayaan.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 2 8/9/2015 10:59:55 PM

Page 3: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

30 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

98. Bawa diri

Makna Pergi merantau kerana merajuk.

Ayat Aminah bawa diri ke Kuala Lumpur setelah difitnahorangkampung.

99. Bawa mulut

Makna Suka menceritakan hal keburukan seseorang.

Ayat Gadis itu dipulaukan kerana dia bawa mulut.

100. Bekal mati

Makna Membuat amal ibadat sebagai persediaan setelah meninggal dunia.

Ayat Mereka sentiasa bersedekah untuk bekal mati.

101. Belayar dulu

Makna Meninggal dunia.

Ayat Dia belayar dulu meninggal kata yang bakal menyusul kemudian.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 30 8/9/2015 10:59:58 PM

Page 4: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

31

600 SIMPULAN BAHASA

102. Berani mati

Makna Sanggup mati dan sanggup melakukan apa-apa saja asalkan tercapai tujuan.

Ayat Pemuda-pemuda yang berani mati itu memulakan pendakian.

103. Berat badan

Makna Orang yang malas bekerja.

Ayat Oleh sebab berat badan dia hidup susah sampai tua.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 31 8/9/2015 10:59:58 PM

Page 5: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

92 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

317. Jiwa hamba

Makna Bersikap merendah diri.

Ayat Jangan jadi jiwa hamba kelak dipergunakan orang.

318. Jiwa merana

Makna Bersusah hati kerana hajatnya tidak sampai.

Ayat Akibat jiwa merana dia pun merantau ke bandar.

319. Jiwa seni

Makna Berminat kepada kesenian.

Ayat Pertunjukan itu diadakan untuk mereka yang jiwa seni.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 92 8/9/2015 11:00:06 PM

Page 6: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

93

600 SIMPULAN BAHASA

320. Jual kepala

Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain.

Ayat Sukar untuk mencari orang jual kepala kerana ramai orang mencari keuntungan diri.

321. Jual mahal

Makna Tidak mudah atau tidak segera menerima atau menyetujui sesuatu

Ayat Jika hendak berunding dengan Suhaimi, pandai-pandailah memujuk kerana dia jenis suka jual mahal.

322. Jual muka

Makna Mencari nafkah dengan menunjukkan rupa kepada orang ramai.

Ayat Menjadi pelayan restoran antara pekerjaan yang jual muka.

323. Jual nama

Makna Mempengaruhi seseorang dengan meng-gunakan nama orang terkenal.

Ayat Dia sanggup jual nama menteri besar untuk faedah dirinya.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 93 8/9/2015 11:00:06 PM

Page 7: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

148 PENERBITAN PRESTASI CEMERLANG SDN BHD

517. Pukul curi

Makna Menyerang secara sembunyi.

Ayat “Kalau benar anak jantan, jangan suka pukul curi,” kata pemuda itu.

518. Puteri lilin

Makna Orang yang tidak tahan berpanas

Ayat “Kita orang susah. Bekerjalah dan jangan jadi puteri lilin,” kata Mek Som kepada anak-anaknya.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 148 8/9/2015 11:00:13 PM

Page 8: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

149

600 SIMPULAN BAHASA

519. Putih hati

Makna Ikhlas dan jujur

Ayat Bekerjalah dengan putih hati supaya rezeki kita diberkati.

520. Putih mata

Makna Kecewa.

Ayat Pasukan bola Anak Rimau Malaysia putih mata apabila kalah kepada pasukan Anak Kambing Malaysia.

521. Putih tapak kaki

Makna Lari sekuat-kuat hati.

Ayat Mereka yang menyaksi perlawanan laga ayam putih tapak kaki apabila diserbu polis.

522. Putih tulang

Makna Meninggal dunia.

Ayat Biar putih tulang jangan putih mata adalah cogan kata pasukan tentera.

600 Simpulan bahasa 2016.indd 149 8/9/2015 11:00:13 PM

Page 9: Simpulan Bahasa - prestasicemerlang.my€¦ · 93 600 SIMPULAN BAHASA 320. Jual kepala Makna Sanggup menanggung kerugian untuk faedah orang lain. Ayat Sukar untuk mencari orang jual

Beli sekarang diwww.lazada.com.my/shop/prestasi/

atau Whatsapp ke 011-6099 0899

ISBN 978-983-166-395-0