simpulan bahasa bermula dari huruf

108
Simpulan Bahasa bermula dari huruf ‘A’ 1. Abang Angkat Maksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya. Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah. 2. Abang Ipar Maksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami. Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar. 3. Abang Kandung Maksud: Abang yang seibu sebapa. Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia. 4. Abu Angin Maksud: Telah musnah sama sekali. ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar. 5. Abu Jahal Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan. 6. Abu Lahab Maksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan. 7. Abu Nawas Maksud: Orang yang suka berhelah. Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu. 8. Ada Akal Maksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah. Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.

Upload: mila-andy

Post on 13-Sep-2015

263 views

Category:

Documents


20 download

DESCRIPTION

h

TRANSCRIPT

Simpulan Bahasa bermula dari huruf A1. Abang AngkatMaksud: Lelaki yang telah di akui sebagai abang, tetapi tidak mempunyai pertalian darah dengan orang yang mengakuinya.Contoh Ayat: Hamidah mempunyai seorang abang angkat bernama Hamzah.2. Abang IparMaksud: Suami kepada kakak sendiri; abang kepada isteri atau suami.Contoh Ayat: Hafiz ialah abang ipar Umar.3. Abang KandungMaksud: Abang yang seibu sebapa.Contoh Ayat: Liza tinggal bersama abang kandungnya setelah kedua-dua ibu bapa mereka meninggal dunia.4. Abu AnginMaksud: Telah musnah sama sekali.ContohAyat: Kota yang melambangkan ketamadunan bangsa itu telah menjadi abu angin kerana diserang oleh tentera Tatar.5. Abu JahalMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.Contoh Ayat: Abu Jahal kampung ini telah diberkas polis awal pagi tadi kerana disyaki terlibat dalam beberapa kes rompakan.6. Abu LahabMaksud: Orang yang jahat dan tidak suka akan kebaikan.7. Abu NawasMaksud: Orang yang suka berhelah.Contoh Ayat: Kami memanggilnya Abu Nawas kerana dia pandai berhelah apabila ditanya tentang sesuatu.8. Ada AkalMaksud: Cara menyelesaikan sesuatu masalah.Contoh Ayat: Syeila ada akal untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi oleh ayahnya.9. Ada AnginMaksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.Contoh Ayat: Alin ada angin, ada kalanya dia peramah dan ada kalanya pula dia marah-marah.10. Ada BakatMaksud: Berkebolehan dalam sesuatu lapangan seperti melukis, mengarang dan sebagainya.Contoh Ayat: Izzah ada bakat menjadi penulis novel.11. Ada CanMaksud: Ada peluang.Contoh Ayat: Nampaknya ada can kita jadi orang kaya kalau perniagaan kita ini berjaya, kata Amin kepada Umair.12. Ada GayaMaksud: Ada ciri-ciri yang memperlihatkan kebolehannya.Contoh Ayat: Osman ada gaya menjadi pelakon filem kerana dia tinggi dan tampan.13. Ada HatiMaksud: Keinginan.Contoh Ayat: Walaupun berpendapatan kecil Jaya ada hati hendak membuka perniagaannya sendiri suatu hari nanti.14. Ada JalanMaksud: Ada cara untuk menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Hamdan ada jalan untuk membiayai perbelanjaan anaknya di institusi pengajian tinggi iaitu dengan membuat pinjaman di bank.15. Ada-AdaMaksud: Ada sesuatu.Contoh Ayat: Ada-ada sahaja yang diceritakan oleh Abu sekembalinya dia dari bandar.16. Adat BalaiMaksud: Adat dalam istana raja.Contoh Ayat: Semasa di dalam istana kamu hendaklah menjaga adat balai.17. Adik AngkatMaksud: Seseorang yang telah diakui sebagai adik sendiri tetapi tidak mempunyai pertalian darah.Contoh Ayat: Jamilah adik angkat saya, ibunya menyerahkan dia kepada keluarga kami untuk dipelihara.18. Adik IparMaksud: Adik kepada isteri atau suami.Contoh Ayat: Adik ipar saya seorang doktor.19. Adik KandungMaksud: Adik daripada ibu bapa yang sama; seibu sebapa.Contoh Ayat: Sulaiman sedang mencari adik kandungnya, Hasnah yang telah terpisah sejak sepuluh tahun lalu.20. Adu Buku = Beradu BukuMaksud: Bertinju.Contoh Ayat: Samad beradu buku dengan Wahid.21. Adu Domba = Mengadu DombaMaksud: Melaga-lagakan seseorang atau kumpulan dengan seseorang atau kumpulan yang lain. Contoh Ayat: Pendatang baru di kampung itu suka mengadu domba pemuda di kampung ini dengan pemuda dari kampung seberang.22. Adu Kening = Beradu KeningMaksud: Berhadap-hadapan muka.Contoh Ayat: Walaupun kami duduk beradu kening di majlis itu tetapi kami tidak dapat berbual-bual.23. Adu Lengan = Beradu LenganMaksud: Beradu kekuatan.Contoh Ayat: Wira dan Jaka beradu lengan di hadapan gadis itu.24. Adu Nasib = Mengadu NasibMaksud: Mencari rezeki.Contoh Ayat: Kamal datang dari seberang dan cuba mengadu nasib di negara ini kerana di sini banyak peluang pekerjaan.25. Adu UntungMaksud: Mencari rezeki.26. Air MandiMaksud: Sudah menjadi kebiasaan.Contoh Ayat: Bekerja mengangkat bata di bawah panas matahari sudah menjadi air mandi kepada Jeha kerana itulah tugas yang perlu dilakukannya setiap hari.27. Air MukaMaksud: a) Wajah b) MaruahContoh Ayat:a) Air muka Munirah menjadi muram apabila ibunya melarang dia bermain-main di padang.b) Tidak baik mencemuh dan menjatuhkan air muka orang di khalayak ramai, kata Imad kepada Husin.28. Air PasangMaksud: Paras air laut yang meningkat.Contoh Ayat: Apabila air pasang, kawasan pantai itu akan ditenggelami air.29. Air SembilanMaksud: Air yang digunakan untuk memandikan mayat.Contoh Ayat: Air sembilan disediakan sambil menunggu mayat tiba dari hospital.30. Air SetamanMaksud: Air yang bercampur bunga-bungaan dan limau untuk dibuat mandi.Contoh Ayat: Ibu yang mengandung tujuh bulan itu dimandikan dengan air setaman.31. Air SurutMaksud: Paras air laut yang turun.Contoh Ayat: Kami berjalan-jalan di pantai sewaktu air surut.32. Ajak-Ajak ayamMaksud: Mempelawa secara tidak bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Mujur dia tidak mahu mengikut saya kerana saya hanya ajak-ajak ayam.33. Akal BelutMaksud: Orang yang pandai tipu muslihat.Contoh Ayat: Dengan akal belutnya dia dapat membeli tanah di kawasan ini dengan harga yang murah.34. Akal KancilMaksud: Orang yang pandai tipu muslihat.35. Akal SejengkalMaksud: Orang yang berasa dirinya lebih daripada orang lain.Contoh Ayat: Dalam perbincangan itu dia selalu menggunakan akal sejengkalnya untuk menarik perhatian orang lain.36. Alas CakapMaksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.Contoh Ayat: Alas cakap yang disampaikan oleh pengerusi majlis forum itu menjadi pencetus kepada persoalan yang akan diperkatakan.37. Alas KataMaksud: Kata pendahuluan sebelum persoalan utama diperkatakan.38. Alas PerutMaksud: Makan sedikit.Contoh Ayat: Lina makan sekeping roti sebagai alas perut sebelum ke sekolah.39. Alih Akal = Beralih AkalMaksud: Berubah pendapat atau fikiran.Contoh Ayat: Dia beralih akal dan tidak jadi berpindah ke Sarawak.40. Alih Angin = Beralih AnginMaksud: Berpindah tempat tinggal.Contoh Ayat: Setelah beralih angin ke Sarawak, penyakitnya beransur pulih.41. Alih Muka = Beralih MukaMaksud: Menyamar.Contoh Ayat: Dia beralih muka ketika menghadiri majlis itu supaya tidak dikenali.42. Alim KucingMaksud: Pura-pura baik.Contoh Ayat: Si Dayan alim kucing di hadapan orang kampung sedangkan dialah yang menjadi dalang dalam kes-kes kecurian di kampungnya.43. Aliran MasaMaksud: Perubahan masa.Contoh Ayat: Kita hendaklah melengkapkan diri dengan kemahiran teknologi maklumat sesuai dengan aliran masa kini.44. Aliran MasyarakatMaksud: Kehendak masyarakat.Contoh Ayat: Aliran masyarakat masa kini lebih mencabar dan rumit.45. Ambil AbuMaksud: Maksud yang tidak kesampaian.Contoh Ayat: Persidangan itu tidak berhasil, masing-masing pulang ambil abu sahaja.46. Ambil AdaMaksud: Berpuas hati dengan apa yang ada.Contoh Ayat: Buat rujukan lanjut tentang projek kamu itu di perpustakaan, jangan ambil ada sahaja, kata Cikgu Ahmad kepada murid-muridnya.47. Ambil AnginMaksud: Bersiar-siar mengambil udara bersih.Contoh Ayat: Keluarga Arsyad ambil angin di tepi pantai pada setiap petang.48. Ambil BahagianMaksud: Menyertai.Contoh Ayat: Asnida ambil bahagian dalam pertandingan pidato peringkat daerah.49. Ambil BeratMaksud: Beri perhatian.Contoh Ayat: Ibu dan ayah sangat ambil berat terhadap prestasi pelajaran kami.50. Ambil Haluan = Mengambil HaluanMaksud: Membuat keputusan dalam sesuatu perkara.Contoh Ayat: Berhati-hati ketika ambil haluan supaya rancangan kita nanti akan memberikan hasil yang lumayan.51. Ambil HatiMaksud: Berasa tersinggung.Contoh Ayat: Jangan ambil hati akan kata-katanya kerana dia menasihati untuk kebaikan.52. Ambil IbaratMaksud: Menjadikan sesuatu sebagai teladan.Contoh Ayat: Kita patut ambil ibarat daripada kejadian yang berlaku pada tahun lepas.53. Ambil IngatanMaksud: Dimasukkan ke dalam ingatan; memberi perhatian.Contoh Ayat: Para pelajar perlu ambil ingatan akan nasihat guru besar dalam perhimpunan pagi tadi.54. Ambil Muka = Mengambil MukaMaksud: Membuat sesuatu supaya disukai.Contoh Ayat: Syarif pandai ambil muka apabila berada bersama-sama kaum keluarganya, sebab itulah dia disukai.55. Ambil Sumpah = Mengambil SumpahMaksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.Contoh Ayat: Azhar ambil sumpah bahawa dia menyaksikan kejadian itu.56. Ambil Tahu = Mengambil TahuMaksud: Memberi perhatian tentang sesuatu perkara.Contoh Ayat: Dia sentiasa ambil tahu tentang aktiviti surau di kawasannya.57. Anak AdamMaksud: Umat manusia.Contoh Ayat: Penyakit AIDS akan memusnahkan semua anak Adam jika langkah-langkah pencegahannya tidak diambil.58. Anak AirMaksud: Sungai kecil.Contoh Ayat: Di dalam kebun ayah saya ada sebatang anak air yang digunakan untuk mengairi tanaman.59. Anak AngkatMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.Contoh Ayat: Raju merupakan anak angkat kepada Encik Muthu dan Puan Selvi.60. Anak BajuMaksud: Baju dalam.Contoh Ayat: Ibu sering menasihati saya supaya sentiasa memakai anak baju.61. Anak BuahMaksud: a)Anak saudara. b) Pekerja di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: a) Halim memikul tanggungjawab menjaga anak buahnya semasa kakaknya pergi menunaikan haji ke Makkah.Contoh Ayat: b) Kerja-kerja itu telah disiapkan oleh anak buah saya siang tadi.62. Anak bukitMaksud: Bukit kecil.Contoh Ayat: Rumah Asma terletak berhampiran anak bukit itu.63. Anak DidikMaksud: Orang di bawah jagaan kita.Contoh Ayat: Guru besar sedang memberikan taklimat kepada anak didiknya.64. Anak EmasMaksud: Orang yang sangat disayangi.Contoh Ayat: Encik Karupan menjadi anak emas syarikat itu kerana kejujuran dan kesetiaannya.65. Anak GaharaMaksud: Anak raja yang berbondakan keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Tengku Ahmad ialah anak gahara Sultan Sulaiman dengan Tengku Puteri Halijah.66. Anak HaramMaksud: Anak yang lahir di luar perkahwinan yang sah dari segi hukum agama.Contoh Ayat: Nadia melahirkan anak haram hasil hubungan sulitnya dengan Karim.67. Anak JantanMaksud: Lelaki yang berani.Contoh Ayat: Anwar memang anak jantan kerana sanggup berjuang menegakkan kebenaran demi maruah keluarganya.68. Anak KandungMaksud: Anak sendiri.Contoh Ayat: Zainab merupakan anak kandung Pak Ali dengan isteri pertamanya.69. Anak KapalMaksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.Contoh Ayat: Ketika bekerja sebagai anak kapal, saya berpeluang menjejakkan kaki di benua Eropah.70. Anak NegeriMaksud: Penduduk di sesebuah negeri.Contoh Ayat: Anak negeri Selangor digalakkan menceburkan diri dalam perusahaan desa.71. Anak PerahuMaksud: Orang yang bekerja dalam sesebuah kapal.72. Anak PiatuMaksud: Anak yang telah kematian ayah dan ibu.Contoh Ayat: Setelah menjadi anak piatu Husin terpaksa tinggal di Asrama Bakti.73. Anak PungutMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.74. Anak TunggalMaksud: Anak yang tidak mempunyai adik beradik lain.Contoh Ayat: Esah merupakan anak tunggal dan menjadi kesayangan ibu bapanya.75. Anak TutMaksud: Anak orang yang dipelihara seperti anak sendiri.76. Angkat Alis = Mengangkat AlisMaksud: Kehairanan.Contoh Ayat: Era mengangkat alis apabila melihat hadiah misteri yang dimenanginya.77. Angkat BahuMaksud: Tidak tahu atau tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Mei Lan hanya angkat bahu apabila ditanya tentang kucing yang mati itu.78. Angkat DiriMaksud: Sombong.Contoh Ayat: Jangan suka angkat diri, nanti orang lain tidak mahu berkawan dengan kamu, kata Cikgu Karim kepada Khalid.79. Angkat KakiMaksud: Pergi meninggalkan.Contoh Ayat: Syamsul angkat kaki apabila Ali mengusiknya.80. Angkat KeningMaksud: Kehairanan.81. Angkat MataMaksud: Menentang sesuatu tindakan.Contoh Ayat: Zaleha tidak berani angkat mata ketika dileter ibunya.82. Angkat MukaMaksud: Dimanja-manjakan.Contoh Ayat: Apabila ibunya pulang, barulah dia berani angkat muka.83. Angkat NamaMaksud: Terkenal.Contoh Ayat: Awie sudah angkat nama dalam bidang nyanyian.84.Angkat SenjataMaksud: Berperang.Contoh Ayat: Apabila tiba masanya kerajaan Daha pun angkat senjata menyerang musuh.85. Angkat SuaraMaksud: Meninggikan suara.Contoh Ayat: Hormatilah orang tua-tua, jangan angkat suara apabila bercakap dengan mereka.86. Angkat SumpahMaksud: Disuruh bersumpah; melakukan sumpah.87. Anjing HitamMaksud: Orang jahat yang selalu menunjuk-nunjukkan keburukannya.Contoh Ayat: Seng Hai telah lama menjadi anjing hitam yang sering memeras ugut masyarakat pelombong di situ.88. Anjing KurapMaksud: Orang yang dipandang hina kerana kemiskinannya.Contoh Ayat: Hidup Rama seperti anjing kurap yang melarat ke sana ke mari.89. Api PeperanganMaksud: Perselisihan antara negara yang biasanya boleh memulakan peperangan.Contoh Ayat: Pulau yang menjadi rebutan kedua-dua buah negara itu boleh menyebabkan tercetusnya api peperangan.90. Api PercintaanMaksud: Perasaan cinta yang meluap-luap.Contoh Ayat: Api percintaan sedang membara dijiwa Syakila dan Farid.91. Arang Di DahiMaksud: Mendapat malu.Contoh Ayat: Terhapuslah arang di dahi Encik Roslan setelah pihak mahkamah membuktikan dia tidak bersalah.92. Arang Di KeningMaksud: Mendapat malu.93. Maksud: Arang di mukaMendapat malu.94. Asam GaramMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Terlalu banyak asam garam kehidupan yang telah dilalui oleh Pak Dollah.95. Atas AnginMaksud: Negeri-negeri di Timur Tengah dan Eropah.Contoh Ayat: Pada musim cuti ini, kami sekeluarga bercadang untuk melawat negara-negara atas angin.96. Atas NamaMaksud: Menjadi wakil seseorang atau pertubuhan.Contoh Ayat: Saya menghadiri mesyuarat ini atas nama Tuk Penghulu Kampung Jenerak.97. Atas Pagar:Maksud: Tidak menyebelahi mana-mana pihak.Contoh Ayat: Dalam pertandingan ini, saya hanya penonton atas pagar kerana meminati kedua-dua pasukan itu.98. Ayam Jalak:Maksud: Orang yang berani.Contoh Ayat: Sudin digelar ayam jalak Kampung Pegaga kerana telah berjaya menangkap buaya yang telah membaham dua orang penduduk kampung tersebut.99. Ayam Tambatan:Maksud: Orang yang banyak pengalaman dan menjadi harapan (biasanya dalam pasukan permainan).Contoh Ayat: Abdullah menjadi ayam tambatan pasukan bola sepak negeri Johor kerana kehandalannya menjaringkan gol.Simpulan Bahasa bermula dari huruf B1. Babi Buta = Membabi ButaMaksud: Berbuat sesuatu tanpa banyak berfikir.Contoh Ayat: Serangan yang membabi buta itu telah menyebabkan ramai orang awam terkorban.2. Bahasa IbundaMaksud: Bahasa yang dituturkan oleh sesuatu kaum.Contoh Ayat: Bahasa ibunda Mei Lin ialah bahasa Mandarin.3. Bahasa Kasar = Berbahasa KasarMaksud: Bahasa yang tidak sopan untuk digunakan.Contoh Ayat: Ratna mengeluarkan bahasa kasar semasa bergaduh dengan kakaknya.4. Bahasa PasarMaksud: Bahasa Melayu yang tidak betul tatabahasanya.Contoh Ayat: Jangan menggunakan bahasa pasar apabila membuat karangan.5. Baik BudiMaksud: Baik hati.Contoh Ayat: Hafiz seorang pemuda yang baik budi dan menghormati orang tua.6. Baik HatiMaksud: Bersikap baik dan penyayang (suka menolong).Contoh Ayat: Nenek memang baik hati. Dia sering menghulurkan derma kepada rumah anak-anak yatim.7. Baik SangkaMaksud: Berpendapat yang orang lain baik.Contoh Ayat: Kita hendaklah sentiasa bersikap baik sangka terhadap semua orang.8. Balas Budi = Membalas BudiMaksud: Balas jasa dan berterima kasih.Contoh Ayat: Jiman menyara kos perubatan ibu angkatnya sebagai membalas budi keluarga angkatnya itu.9. Balas GunaMaksud: Balas jasa dan berterima kasih.10. Balik Gagang = Berbalik GagangMaksud: Berpihak kepada musuh.Contoh Ayat: Akibat rasa tidak puas hati terhadap ketuanya, Ahmad telah berbalik gagang dengan membocorkan rahsia syarikatnya.11. Balik Hati = Berbalik HatiMaksud: Berubah pendirian.Contoh Ayat: Dia telah berbalik hati dan tidak jadi meninggalkan kampungnya.12. Bangkai BernyawaMaksud: Orang yang tidak berguna.Contoh Ayat: Kehidupan seorang penagih dadah ibarat bangkai bernyawa.13. Bantal Lengan = Berbantal LenganMaksud: Kehidupan yang terlalu miskin.Contoh Ayat: Kehidupannya yang berbantal lengan menyebabkan dia jarang bergaul dengan jiran tetangganya.14. Banting Tulang = Membanting TulangMaksud: Bekerja bermati-matian.Contoh Ayat: Ayah membanting tulang mencari rezeki untuk menyara kami sekeluarga.15. Banyak AkalMaksud: Banyak helah.Contoh Ayat: Leman banyak akal apabila diminta membayar hutangnya.16. Banyak CakapMaksud: Orang yang suka berleter.Contoh Ayat: Halijah banyak cakap sehingga pening kepala saya mendengarnya.17. Banyak MulutMaksud: Orang yang suka berleter.18. Bapa AngkatMaksud: Orang yang mengaku sebagai bapa dan memelihara kita, walaupun tiada pertalian darah.Contoh Ayat: Bapa angkat saya memelihara saya seperti anaknya sendiri kata Salmah kepada Karim.19. Bapa KandungMaksud: Bapa sebenar.Contoh Ayat: Bapa kandung saya tinggal di Perak.20. Basuh Mulut = Pembasuh MulutMaksud: Sajian manis atau buah-buahan yang dijadikan hidangan selepas makan.Contoh Ayat: Selepas makan tengah hari saya makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut.21. Batu ApiMaksud: Orang yang suka menghasut.Contoh Ayat: Dalam pergaduhan itu Si Mamatlah batu apinya.22. Batu LoncatanMaksud: Sesuatu yang dijadikan permulaan untuk mencapai hajat yang lebih besar.Contoh Ayat: Kursus membuat makanan ini hanyalah batu loncatan sebelum saya bergiat cergas dalam perusahaan makanan.23. Bau-Bau BacangMaksud: Persaudaraan yang jauh.Contoh Ayat: Saya mesti melawat Zainon apabila ke Terengganu kerana kami memang ada bau-bau bacang.24. Bawa AlamatMaksud: Memberi tanda.Contoh Ayat: Langit gelap bawa alamat hari akan hujan.25. Bawa Diri = Membawa Diri26. Bawa HatiMaksud: Merajuk.Contoh Ayat: Setelah pinangannya ditolak, Amar bawa hati dan belayar ke negeri orang.27. Bawa HidupMaksud: Merantau mencari penghidupan.Contoh Ayat: Rahul bawa hidup ke Malaysia untuk mencari pendapatan yang halal.28. Bawa MatiMaksud: Menyebabkan mati.Contoh Ayat: Penyakit kanser boleh bawa mati jika tidak diubati di peringkat awal.29. Bawa MulutMaksud: Bercerita tentang keburukan orang lain.Contoh Ayat: Haris sering bawa mulut tentang kelakuan bekas kekasihnya.30. Bawa NasibMaksud: Merantau mencari penghidupan.31. Bawa NyawaMaksud: Menyelamatkan diri.Contoh Ayat: Masing-masing bawa nyawa dengan lari bertempiaran ketika gempa bumi berlaku.32. Bawa Sial = Membawa SialMaksud: Mendatangkan malang.Contoh Ayat: Tiada siapa yang membawa sial. Semuanya telah ditakdirkan Allah.33. Bawa TempurungMaksud: Minta sedekah.Contoh Ayat: Kita masih gagah dan kuat. Kita tidak perlu bawa tempurung.34. Bawa Tuah = Membawa TuahMaksud: Mendatangkan keuntungan.Contoh Ayat: Tindakan Ahmad membeli anak syarikat itu membawa tuah kepada perniagaannya.35. Bawah AnginMaksud: Negeri-negeri di sebelah Timur.Contoh Ayat: Kapal itu belayar ke negeri bawah angin.36. Bawah BenderaMaksud: Berada dalam perlindungan sesuatu kuasa.Contoh Ayat: Pada suatu masa dahulu negeri-negeri di Tanah Melayu berada bawah bendera Inggeris.37. Bawah TanahMaksud: Pergerakan rahsia atau pergerakan gelap.Contoh Ayat: Ketika zaman darurat, tentera komunis menjalankan pergerakan bawah tanah.38. Bayang Kata = Dibayang KataMaksud: Dikias.Contoh Ayat: Semasa makan malam, Mak Long telah dibayang kata oleh ayah tentang sikap cemburunya itu.39. Bayar NyawaMaksud: Mengorbankan diri.Contoh Ayat: Mak Melur sanggup bayar nyawa untuk mendapatkan hak penjagaan anak lelakinya daripada bekas suaminya.40. Bekas TanganMaksud: Sesuatu yang diusahakan.Contoh Ayat: Terendak yang cantik ini adalah bekas tangan Syamsiah, kata Pak Mail memuji menantunya.41. Belah Bumi = Membelah BumiMaksud: Bunyi yang sangat kuat.Contoh Ayat: Petir yang membelah bumi petang tadi amat menakutkan saya.42. Belah Hati = Berbelah HatiMaksud: Tidak tetap pendirian dalam mengambil sesuatu keputusan.Contoh Ayat: Usahlah berbelah hati untuk meninggalkan keluarga demi mencari masa depan yang lebih baik.43. Belahan HatiMaksud: Orang yang sangat dikasihi.Contoh Ayat: Anak bongsunya itulah belahan hatinya.44. Belahan JiwaMaksud: Orang yang sangat dikasihi.45. Belahan NyawaMaksud: Orang yang sangat dikasihi.46. Belakang HariMaksud: Kemudian hari.Contoh Ayat: Berusahalah dengan bersungguh-sungguh, supaya hidup kamu senang belakang hari, nasihat ayah kepada abang.47. Bendera PutihMaksud: Mengaku kalah.Contoh Ayat: Tentera Siam terpaksa mengibarkan bendera putih kerana tidak sanggup menentang serangan kerajaan Melaka yang hebat itu.48. Bengkak PerutMaksud: Berasa dengki atau sakit hati kerana sesuatu.Contoh Ayat: Rajan bengkak perut apabila ibunya menghadiahkan abangnya sebuah rumah.49. Berat LalatMaksud: Pura-pura berani.Contoh Ayat: Dia berani lalat sahaja apabila mengaku akan menjaga dusun durian pada waktu malam.50. Berani MatiMaksud: Tidak takut mati.Contoh Ayat: Angkatan Tentera Malaysia berani mati dalam mempertahankan tanah air tercinta.51. Berat BibirMaksud: Orang yang pendiam.Contoh Ayat: Menantu saya berat bibir tetapi rajin ke dapur.52. Berat HatiMaksud: Kurang senang.Contoh Ayat: Berat hati saya melepaskan dia pergi seorang diri.53. Berat KakiMaksud: Malas.Contoh Ayat: Dia berat kaki untuk ke pesta hari jadi temannya.54. Berat LidahMaksud: Tidak dapat berkata-kata.Contoh Ayat: Berat lidah Jimah hendak menceritakan hal sebenar kepada ibunya.55. Berat MataMaksud: Mengantuk.Contoh Ayat: Baru pukul sembilan malam adik sudah berat mata.56. Berat MulutMaksud: Orang yang pendiam.57. Berat SebelahMaksud: Tidak adil.Contoh Ayat: Sikapnya yang berat sebelah mengecewakan saya.58. Berat TanganMaksud: Pemalas.Contoh Ayat: Saedah memang berat tangan. Dia hanya tidur dan tidak mahu menolong kakaknya di dapur.59. Berat TulangMaksud: Pemalas.60. Beri JalanMaksud: Beri pendapat atau fikiran dalam menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Beri jalan untuk menyelesaikan masalah adik kamu ini, kata ibu kepada abang.61. Beri MukaMaksud: Memanjakan.Contoh Ayat: Kalau kerap diberi muka, mereka akan menjadi malas.62. Berita HangatMaksud: Berita baharu yang menjadi perbualan.Contoh Ayat: Kisah seorang kanak-kanak berumur lapan tahun yang bijak Matematik menjadi berita hangat dalam semua akhbar tempatan.63. Besar CakapMaksud: Orang yang suka bercakap sombong.Contoh Ayat: Akmal besar cakap sahaja tetapi dia sebenarnya bukanlah orang yang berharta.64. Besar Hati = Berbesar HatiMaksud: Gembira.Contoh Ayat: Datuk Kamarudin berbesar hati kerana diberikan sambutan meriah oleh orang bawahannya.65. Besar KepalaMaksud: Tidak mahu mendengar nasihat, degil.Contoh Ayat: Lijah menjadi besar kepala semenjak kematian ayahnya.66. Besar MulutMaksud: Suka bercakap besar.Contoh Ayat: Jangan suka besar mulut menceritakan kekayaan keluarga kita yang tak seberapa, kata kakak.67. Besar PerutMaksud: Hamil.Contoh Ayat: Kami bakal mendapat anak saudara kerana kakak sudah besar perut.68. Betul BendulMaksud: Orang yang lurus dan ada kalanya bodoh.Contoh Ayat: Jamil memang betul bendul, sebab itulah orang suka mempermain-mainkannya.69. Biang KeladiMaksud: Orang atau hal yang menjadi punca kejahatan.Contoh Ayat: Rajoolah yang menjadi biang keladinya dalam kes kecurian lembu baru-baru ini.70. Bidan TarikMaksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.Contoh Ayat: Majlis keraian itu diadakan secara bidan tarik menyebabkan ramai yang tidak hadir.71. Bidan TerjunMaksud: Membuat sesuatu secara tiba-tiba.72. Bintang GelapMaksud: Bernasib malang.Contoh Ayat: Kehidupannya umpama bintang gelap setelah kakinya dipotong akibat kecederaan serius yang dialaminya dalam kemalangan tempoh hari.73. Bintang HatiMaksud: Orang kesayangan kekasih.Contoh Ayat: Zahid berasa gelisah kerana bintang hatinya akan ke luar negara.74. Bintang TerangMaksud: Nasib baik.Contoh Ayat: Sejak tamat pelajaran, dia berbintang terang kerana mendapat pekerjaan yang baik.75. Bongkar Sauh76. Bongkok SabutMaksud: Bongkok sedikit.Contoh Ayat: Pemuda yang bongkok sabut itulah suami saya.77. Bongkok UdangMaksud: Terlalu bongkok kerana tua.Contoh Ayat: Nenek yang bongkok udang itu masih kuat membuat kerja-kerja di kebunnya.78. Buah BibirMaksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.Contoh Ayat: Kisah pendakian Gunung Everest itu masih menjadi buah bibir rakyat Malaysia.79. Buah CakapMaksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.80. Buah FikiranMaksud: Pendapat.Contoh Ayat: Dalam mesyuarat, buah fikiran ahli yang hadir perlu diambil kira.81. Buah HatiMaksud: Orang kesayangan kekasih.82.Buah HelahMaksud: Mencari helah.83. Buah KalamMaksud: Hasil tulisan atau karya.Contoh Ayat: Novel itu adalah buah kalam Hamid yang pertama.84. Buah MulutMaksud: Perkara yang menjadi perbualan ramai.85. Buah PenaMaksud: Hasil tulisan atau karya.86. Buah TanganMaksud: Hadiah.Contoh Ayat: Kami membawa buah tangan semasa melawat Zaini di hospital.87. Bual KosongMaksud: Bercakap tentang perkara yang tidak penting.Contoh Ayat: Zalina dan Badariah suka berbual kosong di serambi rumah.88. Buang AdatMaksud: Tidak menggunakan sesuatu adat lagi.Contoh Ayat: Kita perlu buang adat yang menyalahi hukum agama.89. Buang Air BesarMaksud: Berak.Contoh Ayat: Hari ini sudah tiga kali dia buang air besar.90. Buang Air KecilMaksud: Kencing.Contoh Ayat: Penyakit batu karang menyebabkan penghidapnya berasa sakit ketika membuang air kecil.91. Buang Anak = Membuang AnakMaksud: Menggugurkan anak.Contoh Ayat: Membuang anak merupakan perbuatan yang dikeji oleh Tuhan.92. Buang Arang Di MukaMaksud: Menghilangkan malu.Contoh Ayat: Pak Lah menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada jemaah masjid di kampung itu bagi membuang arang di mukanya.93. Buang Diri = Membuang DiriMaksud: Merantau.Contoh Ayat: Dia membuang diri setelah difitnah mengganggu anak dara orang.94. Buang LelahMaksud: Berehat untuk meredakan kepenatan.Contoh Ayat: Beberapa buah wakaf telah dibina dalam taman rekreasi itu sebagai tempat buang lelah.95. Buang MaluMaksud: Menghilangkan malu.96. Buang Muka = Membuang MukaMaksud: Tidak suka.Contoh Ayat: Dia membuang muka apabila bertemu dengan pemuda yang mengganggunya.97. Buang Negeri = Dibuang NegeriMaksud: Diperintah keluar dari sesebuah negeri.Contoh Ayat: Ken Long dijatuhi hukuman buang negeri, setelah didapati bersalah kerana menyertai kongsi gelap.98. Buang SauhMaksud: Berlabuh.Contoh Ayat: Kapal itu buang sauh di pelabuhan yang berhampiran setelah sebulan belayar tanpa henti.99. Buang SialMaksud: Berbuat sesuatu untuk menghilangkan malang.Contoh Ayat: Kebiasaan penduduk di situ akan mengadakan adat mandi bunga sebagai usaha buang sial.100. Buang TabiatBerkelakuan atau bercakap yang aneh, biasanya sewaktu sebelum meninggal dunia.101. Buang ubatMaksud: Tembakan yang tidak kena pada sasarannya.Contoh Ayat: Buang ubat sahaja, kerana gagak yang ditembak tidak pun kena.102. Buat AkalMaksud: Mencari helah.Contoh Ayat: Dia buat akal apabila disuruh membuat kerja sekolah.103. Buat BodohMaksud: Pura-pura tidak tahu akan sesuatu.Contoh Ayat: Uyob buat bodoh apabila orang lain heboh tentang kehilangan motosikal yang diletakkan di depan rumahnya.104. Buat Jahat = Berbuat JahatMaksud: Melakukan kejahatan, biasanya berkenaan hubungan lelaki dan perempuan.Contoh Ayat: Dia dituduh berbuat jahat dengan anak gadis Tuk Penghulu.105. Buat PerkaraMaksud: Berbuat sesuatu, biasanya perkara yang tidak baik.Contoh Ayat: Salina terpaksa berhenti kerja kerana suaminya buat perkara.106. Buaya DaratMaksud: Orang yang suka memperdaya perempuan.Contoh Ayat: Perangai Pak Ya yang buaya darat itu telah dimaklumi jiran tetangganya.107. Bujur SirihMaksud: Bentuk muka seolah-olah bentuk sirih.Contoh Ayat: Mukanya yang bujur sirih itu bertambah ayu apabila dia memakai selendang sutera putih.108. Buka Langkah SeribuMaksud: Lari kerana takut disebabkan sesuatu.Contoh Ayat: Fuad buka langkah seribu apabila dikejar oleh Pak Mat.109. Buka MataMaksud: a) Melihat dan meluaskan pandangan. b) Menyedarkan atau menginsafkan orang lain.Contoh Ayat:a) Kunjungan ke Kashmir telah membuka mata saya tentang keindahan alam semula jadinya.b) Setelah Adi berjaya memperoleh Ijazah Sarjana barulah saudara-maranya buka mata.110. Buka MulutMaksud: a) Berkata-kata. b) Mengadu untuk mendapatkan pertolongan.Contoh Ayat:a) Semua yang ada tidak berani buka mulut apabila melihat Pak Busu Berang.b) Saya terpaksa buka mulut untuk meminjam wang daripadanya.111. Buka PintuMaksud: Memberi peluang.Contoh Ayat: Bantuan modal itu telah membuka pintu kepada peniaga kecil untuk memulakan perniagaan mereka.112. Buka Tanah = Membuka TanahMaksud: Mengusahakan tanaman atau membina kawasan kediaman di atas hutan atau tanah yang terbiar.Contoh Ayat: Peneroka Felda telah buka tanah untuk mengusahakan tanaman kelapa sawit.113. Buka TelingaMaksud: Mendengar baik-baik.Contoh Ayat: Bala sentiasa buka telinga dan menerima nasihat orang yang telah lama bertugas di syarikat itu.114. Buka TembelangMaksud: Membocorkan rahsia.Contoh Ayat: Si Hamid telah membuka tembelang dengan mengatakan Si Guna yang mencuri kambing Kurupaya.115.Buku LimaMaksud: Penumbuk.Contoh Ayat: Yunus naik marah lalu menunjukkan buku limanya ke arah Amran.116. Bulan KesianganMaksud: Berwajah pucat.Contoh Ayat: Mukanya seperti bulan kesiangan apabila dia tidak bersolek.117. Bulan MaduMaksud: Pergi ke sesuatu tempat untuk berhibur sesudah berkahwin.Contoh Ayat: Pengantin baru itu bercadang untuk berbulan madu di Langkawi.118. Bulan penuhMaksud: Cantik.Contoh Ayat: Mukamu bagai bulan penuh. Saya suka menatapnya.119. Bulat FikiranMaksud: Mengambil keputusan yang tetap.Contoh Ayat: Dia telah bulat fikiran untuk meneruskan pelajarannya ke luar negeri.120. Bulat KataMaksud: Keazaman yang bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Keluarga Khadijah telah bulat kata hendak mewakafkan tanah pusaka mereka untuk dijadikan tapak sekolah agama.121. Bunga BangsaMaksud: Orang yang berjasa kepada negara.Contoh Ayat: Jasa perajurit yang gugur di perbatasan akan sentiasa dikenang sebagai bunga bangsa.122. Bunga BibirMaksud: Kata-kata yang manis.Contoh Ayat: Jangan mudah terpengaruh dengan bunga bibirnya.123. Bunga DedapMaksud: Orang yang cantik tetapi tidak berbudi bahasa.Contoh Ayat: Tina laksana bunga dedap, harapkan rupanya sahaja cantik tetapi tidak tahu menghormati jiran tetangga.124. Buru Hutang = Diburu HutangMaksud: Terdesak kerana berhutang.Contoh Ayat: Hidup Chee An sentiasa diburu hutang kerana dia suka berjudi.125. Buru Nafsu = Terburu NafsuMaksud: Melakukan sesuatu secara terburu-buru.Contoh Ayat: Jangan terburu nafsu dalam mengambil keputusan, fikirlah baik buruknya.126. Buru Pangkat = Memburu PangkatMaksud: Berusaha mencari pangkat.Contoh Ayat: Walaupun mahu memburu pangkat, tetapi janganlah melakukan perkara yang menyalahi undang-undang.127. Buru Pelajaran = Memburu PelajaranMaksud: Berusaha mencari ilmu pengetahuan.Contoh Ayat: Encik Azlan masih terus memburu pelajaran pada usia enam puluhan.128. Buruk HatiMaksud: Orang yang jahat.Contoh Ayat: Perempuan yang buruk hati itu tidak membenarkan anak saudaranya menumpang di rumahnya.129. Buruk LakuMaksud: Kelakuan tidak senonoh.Contoh Ayat: Perangai Ahmad yang buruk laku menyebabkan dia tersisih daripada masyarakat.130. Buruk MakanMaksud: Pelahap.Contoh Ayat: Budak yang buruk makan itu, membedal semua kuih-muih yang dihidang di atas meja.131. Buruk MulutMaksud: Percakapan yang kasar.Contoh Ayat: Sejak pulang daripada menunaikan haji, perangai buruk mulutnya telah tiada, sebaliknya dia bercakap dengan lemah lembut.132. Buruk PerutMaksud: Kuat makan.Contoh Ayat: Orang yang buruk perut mudah mendapat penyakit.133. Buruk sSngkaMaksud: Menaruh curiga.Contoh Ayat: Jangan buruk sangka kepada kata-kata Zalina, entahkan dia berniat baik, kata Fairuz kepada Azri.134. Buruk SeleraMaksud: Makan apa sahaja.Contoh Ayat: Jauhkan amalan buruk selera dan makanlah makanan yang seimbang.135. Buruk SikuMaksud: Meminta barang yang telah diberikan.Contoh Ayat: Agus buruk siku kerana meminta semula motosikal buruk yang telah diberikan kepada adiknya.136. Busuk BudiMaksud: Perangai yang jahat.Contoh Ayat: Sikapnya yang busuk budi itu tidak disukai oleh saudara-maranya.137. Busuk HatiMaksud: Orang yang berhati jahat.Contoh Ayat: Dia busuk hati walaupun dengan kakaknya sendiri.138. Busung DadaMaksud: Sombong.Contoh Ayat: Azri bersikap busung dada sejak ayahnya dilantik menjadi wakil rakyat di daerah itu.139. Buta Ayam = Rabun AyamMaksud: Mata yang rabun menjelang senja.Contoh Ayat: Dia tidak boleh memandu kereta pada waktu senja kerana dia buta ayam.140. Buta HatiMaksud: Bersikap kejam.Contoh Ayat: Pencuri itu buta hati kerana sanggup membunuh orang tua yang tidak berdaya itu.141. Buta HurufMaksud: Tidak tahu membaca dan menulis.Contoh Ayat: Walaupun Ah Seng buta huruf, dia sentiasa memastikan anak-anaknya cemerlang dalam pelajaran.142. Buta KayuMaksud: Tidak tahu membaca dan menulis.143. Buta MalamMaksud: Rabun pada waktu malam.Contoh Ayat: Dia tidak dapat hadir dalam aktiviti rukun tetangga pada waktu malam kerana dia buta malam.144. Buta PerutMaksud: Tidak bertimbang rasa.Contoh Ayat: Kita janganlah jadi orang yang buta perut, perlulah fikirkan nasib mereka yang malang.145. Buta WarnaMaksud: Tidak dapat membezakan warna.Contoh Ayat: Satu daripada syarat untuk mengikuti program Memandu Kapal Terbang ialah peserta tidak buta warna.Simpulan Bahasa bermula dari huruf C1. Cabut NyawaMaksud: Membunuh.Contoh Ayat: Janganlah kau cabut nyawaku, pinta Rashidah.2. Cacing GilaMaksud: Meronta-ronta.Contoh Ayat: Kesakitan yang dialaminya menyebabkan dia seperti cacing gila.3. Cacing KepanasanMaksud: Gelisah.Contoh Ayat: Dia seperti cacing kepanasan apabila disoal polis.4. Cacing Naik Ke MataMaksud: Kelakuan atau perbuatan yang melampau.Contoh Ayat: Nampaknya perbuatan pegawai Inggeris itu seperti cacing naik ke mata, kata Tuk Penghulu.5. Cahaya MataMaksud: Anak.Contoh Ayat: Puan Hayati baru sahaja melahirkan cahaya mata yang kedua.6. Cakap AnginMaksud: Cakap-cakap yang tidak berfaedah.Contoh Ayat: Daripada bercakap angin dan melepak di gerai baiklah kita ke perpustakaan.7. Cakap BesarMaksud: Meninggi diri.Contoh Ayat: Uyub suka bercakap besar tentang kekayaannya.8. Cakap MulutMaksud: Bahasa yang digunakan dalam percakapan harian.Contoh Ayat: Terdapat perbezaan antara bahasa tulisan dengan cakap mulut.9. Cakap TinggiMaksud: Meninggi diri.10. Cakar Awan = Pencakar AwanMaksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.Contoh Ayat: Di kota besar banyak bangunan pencakar awan.11. Cakar AyamMaksud: Tulisan yang buruk.Contoh Ayat: Tulisannya seperti cakar ayam dan sukar dibaca.12. Cakar Langit = Pencakar LangitMaksud: Bangunan-bangunan yang tinggi.13. Campur CakapMaksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.Contoh Ayat: Kamu jangan campur cakap kalau kamu tidak tahu perkara yang sebenarnya, kata ayah.14. Campur MulutMaksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.15. Campur TanganMaksud: Melibatkan diri dalam urusan orang lain.16. Cangkul AnginMaksud: Melakukan perbuatan yang sia-sia.Contoh Ayat: Ah Lau cangkul angin sahaja kerana perniagaannya tidak membawa keuntungan.17. Cari Akal = Mencari AkalMaksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.Contoh Ayat: Puan Ramlah mencari akal untuk menyelesaikan masalah perbelanjaan persekolahan anak-anaknya.18. Cari BalaMaksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.Contoh Ayat: Jangan cari bala dengan memberi perlindungan kepada pendatang asing.19. Cari FasalMaksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.Contoh Ayat: Ketua kumpulan samseng itu cari fasal dengan menendang kasut Kasim.20. Cari FikiranMaksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.21. Cari IkhtiarMaksud: Berusaha bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Limah sedang mencari ikhtiar untuk menyembuhkan penyakit anaknya.22. Cari jalanMaksud: Berikhtiar menyelesaikan sesuatu perkara.23. Cari MakanMaksud: Bekerja atau mencari rezeki.Contoh Ayat: Kebanyakan para nelayan menghadapi kesukaran untuk mencari makan kerana masalah pencemaran pantai yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.24. Cari MukaMaksud: Mengusahakan sesuatu untuk mendapatkan pujian atau ganjaran.Contoh Ayat: Dia sengaja cari muka ketika pengurus ada.25. Cari Nama = Mencari NamaMaksud: Berusaha untuk menjadikan namanya dikenali ramai.Contoh Ayat: Siti Nurhaliza mencari nama dengan melibatkan diri dalam bidang nyanyian.26. Cari RezekiMaksud: Bekerja atau mencari rezeki.27. Cari SalahMaksud: Berusaha untuk mengetahui kesalahan orang.Contoh Ayat: Omar cuba mencari salah Zainal dengan membuka semula laporan peribadi kawannya itu.28. Cari SeteruMaksud: Mencari sebab untuk memulakan pergaduhan.29. Cari SusahMaksud: Membuat sesuatu yang akhirnya menyusahkan diri sendiri.30. Cecah Bahu = Mencecah BahuMaksud: Sampai ke paras bahu.Contoh Ayat: Rambut anak gadisnya dibiarkan panjang hingga mencecah bahu.31. Cecah Bumi = Mencecah BumiMaksud: Jejak ke bumi.Contoh Ayat: Pohon teratai tumbuh di air dan akarnya tidak mencecah bumi.32. Cepat LidahMaksud: Orang yang suka bercakap tanpa berfikir terlebih dahulu.Contoh Ayat: Sikap pengerusi mesyuarat yang cepat lidah menyebabkan kami berasa tersinggung.33. Cepat MulutMaksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.Contoh Ayat: Sikap Murni yang cepat mulut menyebabkan rakan-rakan menjauhinya.34. Cepat TanganMaksud: Orang yang suka mencuri.Contoh Ayat: Akibat perangainya yang cepat tangan, dia ditangkap polis.35. Cerai HidupMaksud: Suami isteri yang bercerai ketika hidup.Contoh Ayat: Kamisah bercerai hidup dengan suaminya sejak sepuluh tahun lalu.36. Cerai Kasih = Bercerai KasihMaksud: Putus percintaan.Contoh Ayat: Akibat bercerai kasih dengan tunangannya, dia membawa diri ke ibu kota.37. Cerai Mata = Bercerai MataMaksud: Berpisah.Contoh Ayat: Sejak bercerai mata dengan ibunya, anak kecil itu sering menangis.38. Cerai Mati = Bercerai MatiMaksud: Suami isteri yang bercerai kerana salah seorang daripadanya meninggal dunia.Contoh Ayat: Kalsom bercerai mati dengan suami pertamanya yang meninggal dunia dalam kemalangan jalan raya.39. Cerai Susu = Bercerai SusuMaksud: Bayi yang telah berhenti menghisap susu.Contoh Ayat: Bayi itu telah diberikan makanan pejal sejak bercerai susu.40. Cerita BurungMaksud: Berita yang tidak berasas.Contoh Ayat: Jangan percaya dengan berita yang dikhabarkan oleh Si Husin kerana itu semua cerita burung belaka.41. Cermin Bangkai = Bercermin BangkaiMaksud: Menanggung malu akibat sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Lebih baik mati daripada hidup bercermin bangkai.42. Cuci MataMaksud:a) Melihat pemandangan yang cantik.b) Melihat perempuan yang cantik-cantik.Contoh Ayat:a) Semasa bercuti di Air Terjun Lasir dapatlah kami mencuci mata melihat keindahan alam semula jadi di sekitarnya.b) Kasim suka duduk-duduk di serambi rumahnya sambil mencuci mata melihat gadis yang lalu di hadapan rumahnya.43. Cuci PerutMaksud: Membersihkan perut dengan julap dan lain-lain.Contoh Ayat: Doktor menyuruh saya cuci perut sebelum pembedahan dilakukan.44. Cuci TanganMaksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.Contoh Ayat: Dia cuci tangan setelah melanggar kambing kepunyaan Mutusamy.45. Cucur KeringatMaksud: Bekerja keras.Contoh Ayat: Nasir terpaksa cucur keringat untuk mengisi perut anaknya yang lima orang itu.46. Cucur PeluhMaksud: Bekerja keras.47. Cupak HanyutMaksud: Lenggang yang lembut.Contoh Ayat: Gaya berjalan Mak Long bagai cupak hanyut.48. Curi Hati = Mencuri HatiMaksud: Memikat hati.Contoh Ayat: Tingkah laku Ayu yang lemah lembut telah mencuri hati Hasyim.49. Curi TulangMaksud: Pemalas.Contoh Ayat: Orang lain sibuk bekerja di dapur tetapi dia curi tulang dengan berbual-bual di serambi.Simpulan Bahasa bermula dari huruf D1. Dabik Dada = Mendabik DadaMaksud: Menunjuk-nunjukkan keberanian atau kebanggaan.Contoh Ayat: Dia mendabik dada dan mencabar sesiapa sahaja yang berani menentangnya.2. Dagang PiatuMaksud: Orang asing yang tidak mempunyai saudara-mara.Contoh Ayat: Ameer berasal dari Bangladesh dan dia dagang piatu di Malaysia.3. Daki DuniaMaksud: Harta dunia.Contoh Ayat: Hidup mesti amanah, jangan mudah terpengaruh dengan daki dunia.4. Dakwat TumpahMaksud: Rambut yang hitam lebat.Contoh Ayat: Rambut Rozita yang bagai dakwat tumpah itu sungguh cantik dipandang.5. Dalam KekeringanMaksud: Sewaktu seseorang itu tidak mempunyai wang.Contoh Ayat: Saya dalam kekeringan bulan ini kerana terpaksa mengeluarkan wang yang banyak untuk membaiki kereta saya yang rosak.6. Dalam TanganMaksud: Sesuatu yang pasti akan dimiliki.Contoh Ayat: Pasukan Selangor berjaya ke perlawanan akhir bola sepak Piala Diraja, sekurang-kurangnya untuk menjadi naib juara sudah dalam tangan.7. Dapat HatiMaksud: Beroleh cinta, cinta yang berbalas.Contoh Ayat: Sejak dapat hati daripada gadis sebelah rumah, Jusoh sering kelihatan tersenyum sendirian.8. Dapat Khabar = Mendapat KhabarMaksud: Menerima berita.Contoh Ayat: Pak Leman mendapat khabar anaknya menjadi pelajar terbaik di United Kingdom.9. Dapat Malu = Mendapat MaluMaksud: Menanggung malu.Contoh Ayat: Ah Hok mendapat malu apabila dia ditangkap kerana mengedar dadah.10. Dapat Nama = Mendapat NamaMaksud: Menjadi terkenal.Contoh Ayat: Anisa mendapat nama setelah memenangi hadiah pertama peraduan mengarang cerpen.11. Dapat TerpijakMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.Contoh Ayat: Zainon dapat terpijak hadiah bonus yang bernilai RM5000.12. Darah Daru Setampuk PinangMaksud: Masih muda.Contoh Ayat: Walaupun Sira seperti darah baru setampuk pinang dia berani berhadapan dengan musuh di perbatasan.13. Darah DagingMaksud: Anak dan saudara-mara dari keturunan sendiri.Contoh Ayat: Anak abang saya adalah darah daging saya.14. Darah GemuruhMaksud: Mudah gugup.Contoh Ayat: Swee King tewas dalam pertandingan syarahan itu kerana dia darah gemuruh.15. Darah ManisMaksud: Mudah mendapat bahaya atau kecederaan.Contoh Ayat: Orang yang sedang bertunang dikatakan berdarah manis dan perlu sentiasa berhati-hati apabila melakukan sesuatu kerja.16. Darah PanasMaksud: Cepat marah.Contoh Ayat: Berhati-hati apabila bercakap dengannya kerana dia darah panas.17. Darah PutihMaksud: Keturunan bangsawan.Contoh Ayat: Kassim sebenarnya berdarah putih dan nama sebenarnya ialah Raja Kassim bin Raja Alauddin.18. Datuk NenekMaksud: Leluhur.Contoh Ayat: Petua datuk nenek tidak harus dilupakan.19. Delima MerekahMaksud: Warna bibir yang cantik.Contoh Ayat: Bibirnya yang bagai delima merekah itu sentiasa mengukir senyuman.20. Depan Hidung = Di Depan HidungMaksud: Terlalu dekat.Contoh Ayat: Bakul besar yang di depan hidung pun dia tidak nampak, apalagi kalau disuruh mencari jarum.21. Detak HatiMaksud: Perasaan, kata hati.Contoh Ayat: Detak hatinya mengatakan bahawa adiknya masih hidup.22. Detik JantungMaksud: Bunyi degup jantung.Contoh Ayat: Seakan terhenti detik jantung Ayu apabila mendengar berita kematian sahabat baiknya.23. Diam Diri = Berdiam DiriMaksud: Tidak berkata-kata.Contoh Ayat: Dia hanya berdiam diri dalam mesyuarat itu.24. Diam PenggaliMaksud: Orang yang diam dan memudaratkan dirinya.Contoh Ayat: Kalau tidak faham hendaklah bertanya, jangan jadi diam penggali.25. Diam-Diam LepuMaksud: Pada zahirnya nampak baik tetapi sebenarnya jahat dan berbahaya sekali.Contoh Ayat: Jangan percayakan Azhar itu kerana dia diam-diam lepu.26. Diam-Diam UbiMaksud: Orang yang diam tetapi pandai dan rajin.Contoh Ayat: Lisa diam-diam ubi, nampak pendiam tetapi keputusan peperiksaannya sangat cemerlang.27. Dingin HatiMaksud: Tidak riang.Contoh Ayat: Dila dingin hati di majlis hari jadinya kerana ayahnya telah tiada lagi.28. Dingin KepalaMaksud: Berfikiran tenang dan waras.Contoh Ayat: Membuat sesuatu keputusan, biarlah ketika dingin kepala.29. Dingin TanganMaksud: Orang yang pekerjaannya selalu berjaya.Contoh Ayat: Puan Lim dingin tangan kerana sayur-sayuran yang ditanamnya menjadi belaka.30. Duduk PerutMaksud: Hamil.31. Duit KopiMaksud: Bayaran tidak rasmi kepada seseorang sebagai upah.Contoh Ayat: Zali memberi RM50 sebagai duit kopi kepada Abu.32. Durian RuntuhMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.Simpulan Bahasa bermula dari huruf E1. Ekor BelangkasMaksud: Pedang atau golok yang berbentuk ekor belangkas.Contoh Ayat: Ekor belangkas yang dipamerkan di muzium itu adalah hasil ukiran anak Kelantan.2. Ekor LipasMaksud: Rambut pada lubang tengkuk.Contoh Ayat: Anak remaja sekarang gemar dengan fesyen rambut ekor lipas.3. Ekor MataMaksud: Sudut mata.Contoh Ayat: Dia memandang saya dengan ekor mata yang tajam.4. Ekor PulauMaksud: Hujung pulau.Contoh Ayat: Tanah di bahagian ekor pulau itu sangat subur.5. Elok BudiMaksud: Berkelakuan baik, bersopan dan pemurah.Contoh Ayat: Jalilah yang sentiasa elok budinya merupakan menantu kesayangan Mak Cik Puteh.6. Emas PutihMaksud: Campuran emas berwarna putih.Contoh Ayat: Cincin perkahwinannya yang diperbuat daripada emas putih itu berharga beribu-ribu ringgit.7. Emas TempawanMaksud: Orang yang dikasihi.Contoh Ayat: Anak tunggalnya Si Melati itulah emas tempawan baginya.8. Embun BetinaMaksud: Titis embun yang kecil-kecil.Contoh Ayat: Embun betina yang turun mendinginkan lagi suasana malam itu.9. Embun JantanMaksud: Titis embun yang besar-besar.Simpulan Bahasa bermula dari huruf F1. Faham Kiri = Berfahaman KiriMaksud: Berfikiran politik yang radikal.Contoh Ayat: Dia berfahaman kiri dan suka menentang kerajaan.2. Fajar MenyingsingMaksud: Awal pagi.Contoh Ayat: Kami akan memulakan ekspedisi mendaki Gunung Ledang sebelum fajar menyingsing.Simpulan Bahasa bermula dari huruf G1.Gadai Bergolok = Bergadai BergolokMaksud: Berbelanja sehingga berhabis.Contoh Ayat: Arfah bergadai bergolok untuk mengadakan kenduri kahwin anak tunggalnya.2. Gadai Nyawa = Bergadai NyawaMaksud: Meletakkan diri dalam keadaan yang boleh membawa maut.Contoh Ayat: Mei Kee bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dalam kebakaran itu.3. Gadis SuntiMaksud: Anak perempuan yang belum baligh.Contoh Ayat: Gadis sunti itu sudah biasa membuat kerja-kerja di dapur apabila ibunya tiada di rumah.4. Gaji ButaMaksud: Mendapat gaji tanpa perlu bekerja bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Saya mesti menjalankan tugas dan tanggungjawab ini bersungguh-sungguh supaya tidak makan gaji buta sahaja.5. Gaji PokokMaksud: Gaji tanpa bayaran yang lain.Contoh Ayat: Walaupun gaji pokok saya kecil tetapi elaunnya lumayan.6. Gambaran HidupMaksud: Teladan.Contoh Ayat: Kita patut menjadikan kejadian tanah runtuh itu sebagai gambaran hidup.7. Ganti TikarMaksud: Berkahwin dengan adik isteri setelah isteri meninggal dunia.Contoh Ayat: Arif rela ganti tikar daripada mengahwini perempuan lain tambahan pula anak-anaknya amat manja dengan adik iparnya itu.8. Garam HidupMaksud: Pengalaman.Contoh Ayat: Semasa berada di rantau orang sudah tentu banyak garam hidup yang kita tempuhi.9. Gatal MulutMaksud: Suka bercerita keburukan orang.Contoh Ayat: Tidak salah berbual-bual dengan jiran tetangga asalkan tidak gatal mulut.10. Gatal TanganMaksud: Suka membuat yang bukan-bukan.Contoh Ayat: Saya tidak mahu membawa Halizah ke rumah Mak Busu kerana dia suka gatal tangan sehingga habis bunga Mak Busu dirosakkan.11. Gelap ButaMaksud: Sangat gelap.Contoh Ayat: Salmah, jangan berjalan dalam gelap buta seorang diri, takut terjadi sesuatu yang tidak diingini, nasihat Pak Mat kepada anaknya.12. Gelap FikiranMaksud: Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.Contoh Ayat: Tamam mengamuk kerana dia menjadi gelap fikiran apabila melihat rumahnya dibakar.13. Gelap HatiMaksud: Sukar memahami pelajaran.Contoh Ayat: Murid yang gelap hati dalam mata pelajaran Matematik akan diberikan bimbingan khusus.14. Gelap MataMaksud:A) Tidak dapat berfikir lagi kerana terlalu marah.B) Pitam.Contoh Ayat: Jabu terjatuh sebaik saja kakinya mencecah di garisan penamat dalam perlumbaan 500 meter itu kerana gelap mata.15. Gelap PemandanganMaksud: Pitam.16. Gelap Wang = Menggelapkan WangMaksud: Menggunakan wang yang bukan hak.Contoh Ayat: Pekerja yang menggelapkan wang syarikat itu sekarang berada dalam tahanan polis.17. Gelegar BuluhMaksud: Bercakap besar tetapi kosong.Contoh Ayat: Saya tidak berminat mendengar ceramahnya kerana cakapnya lebih berbunyi gelegar buluh daripada tindakan sebenarnya.18. Geli HatiMaksud: Rasa lucu hendak tertawa.Contoh Ayat: Geli hati saya melihat telatah badut dalam persembahan sarkas itu.19. Gelora HatiMaksud: Perasaan yang tidak tenang.Contoh Ayat: Dia tidak dapat menahan gelora hati untuk bertemu dengan sahabat penanya dari Kashmir.20. Gelora SemangatMaksud: Perasaan berkobar-kobar.Contoh Ayat: Bergelora semangatnya untuk mempertahankan rekod dunianya di Sukan Olimpik kali ini.21. Gencatan SenjataMaksud: Memberhentikan peperangan.Contoh Ayat: Kedua-dua belah pihak yang berjuang telah bersetuju untuk mengadakan gencatan senjata.22. Gendang Paha = Bergendang PahaMaksud: Bersuka ria kerana orang lain ditimpa kesusahan.Contoh Ayat: Musuh politiknya bergendang paha apabila tersebar berita dia dijatuhi hukuman penjara.23. Gerak BadanMaksud: Bersenam.Contoh Ayat: Setiap pagi pasukan kadet itu berkawad dan melakukan gerak badan di padang kem tentera tersebut.24. Gerak HatiMaksud: Perasaan.Contoh Ayat: Gerak hatiku mengatakan aku akan berjaya dalam peperiksaan SPM kali ini.25. Gerak JalanMaksud: Latihan berjalan sebagai satu pasukan.Contoh Ayat: Rumah Biru mengadakan latihan gerak jalan pada setiap hari Sabtu.26. Gerakan GelapMaksud: Gerakan tidak sah yang dirahsiakan.Contoh Ayat: Pasukan polis yakin bahawa penyeludupan itu dilakukan oleh gerakan gelap yang bergiat di bahagian sempadan.27. Gigi AirMaksud: Tepi air laut.Contoh Ayat: Indah sungguh pemandangan di gigi air pada waktu senja.28. Gigi HutanMaksud: Tepi hutan.Contoh Ayat: Arsyad mencari kerbaunya yang hilang hingga ke gigi hutan.29. Gila AngauMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.Contoh Ayat: Jasiman gila angau kepada Jeha.30. Gila BabiMaksud: Penyakit sawan babi.Contoh Ayat: Apabila penyakit gila babinya menyerang, kelam-kabut kami dibuatnya.31. Gila BayangMaksud: Cinta kepada seseorang yang tidak tahu dia dicintai.Contoh Ayat: Beritahulah perasaan kamu kepadanya supaya kamu tidak dikatakan gila bayang, nasihat Zakir kepada Daud.32. Gila Bayang-BayangMaksud: Berhajatkan sesuatu yang mustahil.Contoh Ayat: Usah gila bayang-bayang, bersyukurlah pada apa yang telah diperoleh.33. Gila HartaMaksud: Sentiasa mementingkan harta kekayaan.Contoh Ayat: Ibunya gila harta, pinangan orang miskin tidak akan diterima.34. Gila IsimMaksud: Gila kerana tersalah menuntut ilmu batin.Contoh Ayat: Kasim gila isim sekembalinya daripada menuntut ilmu di Indonesia.35. Gila JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Tabiat gila judi akan menyebabkan orang menjadi papa.36. Gila KuasaMaksud: Sangat ingin mendapat kuasa.Contoh Ayat: Temenggung yang gila kuasa itu sanggup memfitnah Raja Tengah.37. Gila PangkatMaksud: Sentiasa ingin mendapat pangkat.Contoh Ayat: Dia bekerja keras bukan kerana gila pangkat tetapi ingin meningkatkan prestasi cemerlang jabatannya.38. Gila PerempuanMaksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.Contoh Ayat: Dia memang gila perempuan sampai lupa akan anak isteri di rumah.39.Gila TalakMaksud: Teringat-ingat akan bekas isteri atau suami setelah bercerai.Contoh Ayat: Pak Leh gila talak setelah bercerai dengan Mak Leha.40. Gila UratMaksud: Sangat ingin kepada lelaki atau perempuan yang dicintainya.Contoh Ayat: Hamid gila urat akan Asma sehingga sanggup mengekori Asma ke mana sahaja dia pergi.41. Gila-Gila AirMaksud: Kurang sihat ingatan (fikiran).Contoh Ayat: Dia gila-gila air kerana ingatannya kadang-kadang tidak menentu.42. Gila-Gila BahasaMaksud: Kurang sihat atau tidak panjang fikiran (cepat marah, pemberani, tidak malu).Contoh Ayat: Apabila dia mula gila-gila bahasa, orang sukar untuk mempercayai cakapnya.43. Golok KayuMaksud: Orang bodoh yang berlagak pandai.Contoh Ayat: Dia seperti golok kayu, kononnya dia tahu segala-galanya tentang perkembangan politik negara.44. Gulung TikarMaksud: Muflis.Contoh Ayat: Dalam keadaan ekonomi negara yang gawat, perniagaannya merosot dan dia akhirnya terpaksa gulung tikar.45. Gunting Hati = Menggunting HatiMaksud: Melukai perasaan.Contoh Ayat: Perbuatan anak gadisnya yang lari dari rumah itu telah menggunting hatinya.46. Gunung Hati = Menggunung HatiMaksud: Tersangat ingin.Contoh Ayat: Menggunung hati kami hendak bertemu ibu yang telah terpisah sejak kami kecil lagi.47. Gunung PayungMaksud: Orang kesayangan.Contoh Ayat: Dialah cucu tunggal yang menjadi gunung payung kepada nenek.48. Gunung RuntuhMaksud: Bunyi bergemuruh.Contoh Ayat: Bunyi letupan dari kuari batu kapur yang berhampiran dengan kampung itu seperti gunung runtuh.Simpulan Bahasa bermula dari huruf H1. Habis AkalMaksud: Bingung setelah berusaha sedaya upaya.Contoh Ayat: Saya seolah-olah habis akal untuk mendapakan biasiswa bagi melanjutkan pelajaran ke universiti pada tahun depan.2. Habis BulanMaksud: Hujung bulan.Contoh Ayat: Habis bulan Mac ini, dia akan berpindah ke Sarawak.3. Habis Jadi AbuMaksud: Musnah.Contoh Ayat: Pasukan Selangor gagal ke pertandingan akhir dan impian untuk bergelar juara habis jadi abu.4. Habis JodohMaksud: Bercerai.Contoh Ayat: Ramlan dan Ramlah telah habis jodoh setelah sepuluh tahun berkahwin.5. Habis ModalMaksud:A) Tidak ada lagi modal yang tinggal.B) Tidak ada lagi perkara yang hendak dicakapkan.Contoh Ayat:A) Saya sudah habis modal untuk meneruskan perniagaan ini.B) Cukuplah setakat sini, saya pun telah habis modal untuk bercakap.6. Habis Nyawa = Menghabiskan NyawaMaksud:A) Mati.B) Menebus dengan nyawa.Contoh Ayat:A) Ayam yang dilanggar oleh motosikal tadi sudah habis nyawa ketika saya menghampirinya.B) Dia sanggup menghabiskan nyawa untuk memerangkap harimau yang telah membaham ayahnya.7. Habis PerkaraMaksud: Selesai.Contoh Ayat: Pertelingkahan semalam dianggap sudah habis perkara dan jangan dibangkitkan lagi.8. Habis TahunMaksud: Penghujung tahun.Contoh Ayat: Habis tahun ini saya akan berpindah ke luar negeri kerana ayah telah dilantik sebagai duta negara.9. Halwa MataMaksud: Persembahan yang mengasyikkan.Contoh Ayat: Persembahan tarian tradisional pada malam meraikan ahli sukan negara itu telah menjadi halwa mata para penonton.10. Halwa TelingaMaksud: Sesuatu yang baik untuk didengar.Contoh Ayat: Rancangan Senandung Malam yang sering ke udara di radio itu akan menjadi halwa telinga apabila saya bersendirian di rumah.11. Hampa TanganMaksud: Tidak mendapat apa-apa.Contoh Ayat: Dia pulang dengan hampa tangan apabila kalah dalam pertandingan bahas itu.12. Hancur HatiMaksud: Sangat sedih.Contoh Ayat: Hancur hati ibunya apabila menerima berita anaknya terlibat dalam kemalangan itu.13. Hangat HatiMaksud: Sangat marah.Contoh Ayat: Hangat hati saya melihat dia memijak-mijak batas sayur itu.14. Hangat-Hangat KukuMaksud: Suam-suam.Contoh Ayat: Setiap pagi saya terpaksa menyediakan air yang hangat-hangat kuku untuk mandian adik.15. Hangat-Hangat Tahi AyamMaksud: Minat atau usaha yang tidak berpanjangan.Contoh Ayat: Kalau berniaga atau mengusahakan apa jua biarlah bersungguh-sungguh jangan hangat-hangat tahi ayam.16. Hangus HatiContoh Ayat: Maksud: Sangat marah.17. Harga DiriMaksud: Maruah.Contoh Ayat: Harga diri mesti dijaga walau di mana pun kamu berada.18. Harga MatiMaksud: Harga tetap.Contoh Ayat: Semua barang di pasar raya itu dijual dengan harga mati.19. Harga PokokMaksud: Harga yang belum dicampur dengan belanja lain.Contoh Ayat: Harga pokok sebutir berlian ini RM5000, tetapi apabila dicampur dengan emas dan upah tukang menjadikan harganya bertambah mahal.20. Hati BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.Contoh Ayat: Zarina memang hati batu kerana dia tetap menyertai ekspedisi berkayak itu walaupun telah dilarang oleh ibunya.21. Hati Berlian = Berhati BerlianMaksud: Sangat baik hati.Contoh Ayat: Ibu tiriku berhati berlian. Dia menjaga kami adik-beradik bagai anaknya sendiri.22. Hati KecilMaksud: Perasaan dalam batin.Contoh Ayat: Hati kecil saya sering berkata bahawa suatu hari nanti saya pasti akan bertemu dengannya.23. Hati MudaMaksud: Rasa muda dalam hati.Contoh Ayat: Saya tidak suka berkawan dengannya. Walaupun sudah tua tetapi tetap berhati muda.24. Hati NuraniMaksud:A) Hati yang telah mendapat petunjuk Tuhan.B) Perasaan hati yang murni.Contoh Ayat:A) Pendidikan agama dapat membentuk hati nurani manusia untuk menjadi insan yang sentiasa bersyukur.B) Jangan mengecewakan hati nurani anak kecil yang tidak berdosa.25. Hati TawajuhMaksud: Hati yang semata-mata dihadapkan kepada Tuhan.Contoh Ayat: Dia berhati tawajuh, kemewahan dunia tidak lagi dihiraukan.26. Hati TerbukaMaksud: Ikhlas.Contoh Ayat: Kami menerima kedatangannya dengan hati terbuka.27. Hati Tungau = Berhati TungauMaksud: Penakut.Contoh Ayat: Lingkau nampak sahaja berani tapi sebenarnya berhati tungau.28. Hati WajaMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.Contoh Ayat: Berkat semangatnya yang berhati waja, akhirnya Salma menjadi seorang pengusaha yang berjaya.29. Hentam KromoMaksud: Melakukan sesuatu tanpa pertimbangan.Contoh Ayat: Semasa menjawab soalan peperiksaan fikir dahulu jangan hentam kromo sahaja.30. Hidung BelangMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.Contoh Ayat: Perangai Ghabi yang hidung belang menyebabkan dia dimarahi oleh bapanya.31. Hidung TinggiMaksud: Orang yang sombong.Contoh Ayat: Kalau kita bersikap hidung tinggi kita tidak disenangi oleh kawan-kawan.32. Hidup TerbuangMaksud: Tersia-sia diri.Contoh Ayat: Sudahlah nasib dirinya hidup terbuang, selalu pula diserang penyakit.33. Hilang AkalMaksud: Gila.Contoh Ayat: Sejak berlakunya kemalangan yang mengorbankan anak dan isterinya, dia telah hilang akal.34. Hilang Di Mata Jangan Hilang Di HatiMaksud: Walaupun tinggal berjauhan tetapi selalu dalam ingatan.Contoh Ayat: Meskipun kakak menetap di London, tetapi kami sering berutus surat, agar yang hilang di mata jangan hilang di hati pula.35. Hilang HarapanMaksud: Tiada mempunyai harapan lagi.Contoh Ayat: Hilang harapan Sameon untuk memulakan perniagaannya kerana semua harta bendanya musnah dalam kebakaran itu.36. Hilang IngatanMaksud: Gila.37. Hilang LenyapMaksud: Hilang tanpa berita.Contoh Ayat: Badrun hilang lenyap setelah berlakunya kejadian amuk di kampung itu.38. Hilang NyawaMaksud: Mati.Contoh Ayat: Beberapa pekerja telah hilang nyawa dalam kemalangan itu.39.Hilang SemangatMaksud: Terkejut.Contoh Ayat: Hilang semangat saya apabila disergah begitu.40. Hilang-Hilang TimbulMaksud: Sekejap ada sekejap tiada.Contoh Ayat: Perangainya yang hilang-hilang timbul semasa latihan drama diadakan menaikkan darah pelakon-pelakon lain.41. Hilir MudikMaksud: Berjalan ke sana ke mari.Contoh Ayat: Janganlah hilir mudik sahaja, lebih baik tolong ayah kamu berniaga, kata ibu.42. Hina BudiMaksud: Berkelakuan buruk.Contoh Ayat: Biar rupa kita buruk tetapi jangan hina budi, nasihat emak kepada kakak.43. Hisap DarahMaksud: Memeras atau menindas orang.Contoh Ayat: Sejak ditubuhkan syarikat koperasi, orang tengah tidak dapat hisap darah petani lagi.44. Hisap JariMaksud: Kecewa.Contoh Ayat: Razlan terlambat menghantar borang permohonan untuk memasuki universiti tahun ini, menyebabkan dia terpaksa hisap jari.45. Hujung PangkalMaksud: Asal mula.Contoh Ayat: Cuba ceritakan kepada saya masalah itu supaya saya tahu hujung pangkalnya, kata Ah Seng kepada Ah Siew.46. Hukum AlamMaksud: Sesuatu yang berkenaan kejadian alam.Contoh Ayat: Kemarau panjang tahun ini tidak dapat dielakkan kerana sudah menjadi hukum alam.47. Hukum AllahMaksud: Takdir Tuhan.Contoh Ayat: Hukum Allah telah menentukan kapal terbang itu meletup di angkasa.48. Hutang DarahMaksud: Menuntut bela atas sesuatu kejadian.Contoh Ayat: Ismail berhutang darah denganku, kerana dia telah menyebabkan kematian adikku, kata Ehsan.49. Hutang LapukMaksud: Hutang yang sudah lama tidak dibayar.Contoh Ayat: Hutang lapuk syarikat itu berjumlah RM0.8 juta.50. Hutang NyawaMaksud: Nyawa seseorang yang diselamatkan oleh orang lain.Contoh Ayat: Rina berhutang nyawa dengan Rini kerana Rini telah menyelamatkan Rina daripada lemas tempoh hari.Simpulan Bahasa bermula dari huruf I1. Ibu AngkatMaksud: Perempuan yang memelihara seseorang seperti anaknya sendiri.Contoh Ayat: Ibu angkat saya memelihara saya semenjak saya berumur tiga tahun.2. Ibu AyamMaksud: Perempuan yang memperdagangkan pelacur.Contoh Ayat: Menjadi ibu ayam adalah pekerjaan yang dikutuk oleh Allah.3. Ibu KandungMaksud: Perempuan yang melahirkan seseorang; ibu sendiri.Contoh Ayat: Ibu kandung saya meninggal dunia ketika melahirkan saya.4. Ibu KeladiMaksud: Orang tua yang berkelakuan seperti orang muda.Contoh Ayat: Che Yan, si ibu keladi itu memakai baju dan seluar berwarna oren.5. Ibu PertiwiMaksud: Tanah tempat kelahiran.Contoh Ayat: Malaysia merupakan ibu pertiwiku yang dicintai.6. Ikat Diri = Mengikat DiriMaksud: Terlalu berat.Contoh Ayat: Latihan di pusat itu terlalu mengikat diri para peserta sehingga saya tidak ada masa untuk bersantai.7. Ikat Hati = Mengikat HatiMaksud: Menawan.Contoh Ayat: Senyumannya telah mengikat hati saya.8. Ikat Janji = Mengikat JanjiMaksud: Membuat perjanjian.Contoh Ayat: Teruna telah mengikat janji dengan Dara untuk hidup bersama.9. Ikat Kata = Mengikat KataMaksud: Menggubah kata.Contoh Ayat: Penulis lirik lagu itu sangat pandai mengikat kata dalam lirik lagu yang ditulisnya.10. Ikat PerutMaksud: Mengurangkan makan kerana kemiskinan.Contoh Ayat: Setiap hari saya terpaksa ikat perut kerana ayah uzur dan tidak dapat bekerja menangkap ikan di laut.11. Intan BaiduriMaksud: Orang yang dikasihi.12. Iri HatiMaksud: Dengki.Contoh Ayat: Mawar iri hati dengan kecantikan Dang Anum.13. Isi DadaMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.Contoh Ayat: Setelah lama mendiamkan diri, dia mengeluarkan isi dada yang terpendam selama ini.14. Isi HatiMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.15. Isi PerutMaksud: Sesuatu yang terfikir dalam hati.16. Isi RumahMaksud: Keluarga; orang yang tinggal di rumah berkenaan.Contoh Ayat: Seluruh isi rumah itu masih berkabung atas kematian salah seorang ahlinya.Simpulan Bahasa bermula dari huruf J1. Jadi Abu ArangMaksud: Barang yang telah rosak.Contoh Ayat: Basikal saya yang dipinjamnya telah menjadi abu arang.2. Jadi Bapa KudaMaksud: Orang lelaki yang berkahwin di sana sini dan tidak bertanggungjawab.Contoh Ayat: Menjadi bapa kuda memang mudah tetapi fikirkanlah masa depan anak-anak yang dilahirkan itu.3. Jadi Bumi LangitMaksud: Orang yang sangat diharapkan.Contoh Ayat: Dia anak piatu, sayalah yang menjadi bumi langit kepadanya.4. Jadi Fikiran = Menjadi FikiranMaksud: Masalah yang harus difikirkan.Contoh Ayat: Kenaikan harga barang-barang makanan menjadi fikiran kepada suri-suri rumah.5. Jadi Umang-UmangMaksud: Suka menggunakan hak orang lain.Contoh Ayat: Kemeja yang saya pakai ini milik Murad, jadi umang-umanglah saya hari ini.6. Jaga Hati = Menjaga HatiMaksud: Bertolak ansur dan saling menghormati.Contoh Ayat: Apabila bersahabat hendaklah saling menjaga hati masing-masing.7. Jaga MulutMaksud: Berhati-hati bila bercakap.Contoh Ayat: Jaga mulut apabila bercakap supaya tidak menyinggung hati kawan-kawan.8. Jalan BelakangMaksud: Menggunakan cara yang tidak sah.Contoh Ayat: Ahmad memperoleh lesen perniagaannya melalui jalan belakang.9. Jalan BuntuMaksud: Sesuatu yang tiada penyelesaian.Contoh Ayat: Penyelidikan ke atas penyakit berjangkit itu menemui jalan buntu kerana sehingga ke hari ini masih belum diketahui punca penyakit tersebut.10. Jalan DamaiMaksud: Menyelesaikan sesuatu menggunakan cara rundingan.Contoh Ayat: Perselisihan antara Arief dan Haqeemie akhirnya menemui jalan damai apabila masing-masing telah memohon maaf dan mengaku kesilapan.11. Jalan FikiranMaksud: Cara berfikir.Contoh Ayat: Jalan fikiran kamu biarlah dapat membantu kita menyelesaikan masalah ini.12. Jalan KakiMaksud: Berjalan tanpa kenderaan.Contoh Ayat: Latif berjalan kaki ke sekolah setiap pagi kerana jarak sekolah dari rumahnya tidak jauh.13. Jalan TengahMaksud: Mengambil keputusan yang tidak berat sebelah.Contoh Ayat: Saya mengambil jalan tengah supaya kedua-dua pihak yang bertelingkah dapat didamaikan.14. Jarum HalusMaksud: Tipu muslihat.Contoh Ayat: Amin menggunakan jarum halus sehingga Hamidah terpedaya dan menyerahkan semua wang simpanannya kepada Amin.15. Jatuh Air MukaMaksud: Menjadi malu.Contoh Ayat: Jatuh air muka Tuk Penghulu kerana kelakuan anaknya yang biadab itu.16. Jatuh BangunMaksud: Maju mundur.Contoh Ayat: Jatuh bangun sesebuah syarikat terletak di atas kebijaksanaan pengurusnya.17. Jatuh CintaMaksud: Menaruh cinta (kasih).Contoh Ayat: Harith jatuh cinta kepada anak gadis Mak Gayah.18. Jatuh Dari LangitMaksud: Mendapat sesuatu dengan mudah atau tidak disangka-sangka.19. Jatuh Harga DiriMaksud: Jatuh maruah.Contoh Ayat: Walaupun Shamsul berjawatan tinggi dan anak orang ternama tetapi perlakuan sumbangnya telah menyebabkan jatuh harga dirinya.20. Jatuh HatiMaksud: Menaruh cinta (kasih).21. Jatuh MelaratMaksud: Menjadi miskin.Contoh Ayat: Dia jatuh melarat dan ditinggalkan oleh kekasihnya setelah semua perniagaannya mengalami kerugian.22. Jatuh NamaMaksud: Menanggung malu.23. Jatuh SakitMaksud: Mendapat sakit.Contoh Ayat: Dia jatuh sakit selepas memakan makanan yang dijual di gerai tepi jalan itu.24. Jatuh SemangatMaksud: Hilang keberanian.Contoh Ayat: Dalam peperangan itu tentera Jawa telah jatuh semangat apabila ketua mereka dibunuh oleh musuh.25. Jejak BahuMaksud: Sampai ke paras bahu.26. Jejak BaraMaksud: Sesuatu yang tergantung hampir mencecah tanah.Contoh Ayat: Semasa saya duduk di kerusi empuk itu kaki saya jejak bara kerana kerusi itu tinggi dan besar.27. Jejak KeruhMaksud: Perbuatan yang kurang baik.Contoh Ayat: Hindari diri kamu daripada berkawan dengannya, kerana dia suka berbuat jejak keruh.28. Jejak LangkahMaksud: Mencontohi.Contoh Ayat: Dia mengikut jejak langkah ayahnya menjadi seorang perajurit.29. Jejak Orang TuaMaksud: Mengikut kelakuan orang tuanya.Contoh Ayat: Perangai Jamiah mengikut jejak orang tuanya yang berbudi pekerti dan suka menolong orang.30. Jinak-Jinak LalatMaksud: Persahabatan yang tidak mesra.Contoh Ayat: Saya hanya jinak-jinak lalat dengannya walaupun kami sekelas, kata Suzy.31. Jinak-Jinak MerpatiMaksud: Orang yang pada zahirnya lembut tetapi hakikatnya tidak.Contoh Ayat: Zaidah jinak-jinak merpati dan tidak mudah dipengaruhi.32. Juling AirMaksud: Juling sedikit.Contoh Ayat: Walaupun dia juling air, wajahnya sentiasa berseri-seri.33. Juling ItikMaksud: Apabila memandang sesuatu, kepala disengetkan.Contoh Ayat: Murni juling itik semasa memandang kerana lehernya pernah mengalami kecederaan semasa kecil.Simpulan Bahasa bermula dari huruf K1. Kacang HantuMaksud: Orang jahat.Contoh Ayat: Pemuda-pemuda kacang hantu di kampung itu suka berkumpul di tepi jambatan dan mengganggu setiap gadis yang lalu di situ.2. Kaki ArakMaksud: Orang yang suka minum arak.Contoh Ayat: Sejak Ah Cheong menjadi kaki arak, semua wangnya digunakan untuk membeli arak.3. Kaki Ayam = Berkaki AyamMaksud: Tidak memakai kasut.Contoh Ayat: Hafeezhat terpaksa berkaki ayam ketika pulang dari masjid kerana kasutnya telah hilang.4. Kaki BangkuMaksud: Tidak pandai bermain bola.Contoh Ayat: Ilham kaki bangku kerana dia tidak pernah bermain bola sepak.5. Kaki BotolMaksud: Orang yang suka minum arak.6. Kaki BuliMaksud: Orang yang suka menyakiti dan menganiaya orang yang lemah.Contoh Ayat: Zainal sering diganggu oleh kumpulan kaki buli di sekolahnya yang diketuai oleh Hamzah.7. Kaki GaduhMaksud: Orang yang suka bergaduh.Contoh Ayat: Ikram seorang kaki gaduh dan sering menimbulkan masalah di kampungnya.8. Kaki GunungMaksud: Di bahagian permulaan gunung.Contoh Ayat: Saya dan rakan-rakan berkhemah di kaki gunung sebelum memulakan pendakian ke puncak.9. Kaki HutanMaksud: Tepi hutan.10. Kaki JudiMaksud: Orang yang suka bermain judi.Contoh Ayat: Arman seorang kaki judi dan telah banyak menghabiskan harta ayahnya di meja judi.11. Kaki LangitMaksud: Langit di bahagian bawah.Contoh Ayat: Pemandangan yang indah di kaki langit dapat dilihat pada waktu senja.12. Kaki LimaMaksud: Bahagian lantai di hadapan kedai atau rumah.Contoh Ayat: Aishah berteduh di kaki lima kedai makan sementara menunggu hujan berhenti.13. Kaki PerempuanMaksud: Lelaki yang suka mengganggu perempuan.14. Kaki RambuMaksud: Orang yang suka merayau.Contoh Ayat: Sejak dipukul orang kampung kerana disangkakan pencuri ketika sedang merayau, Faisal tidak lagi menjadi kaki rambu.15. Kaki SeribuMaksud: Cabut lari.16. Kaki UmpatMaksud: Orang yang suka mengumpat orang.Contoh Ayat: Jauhi tabiat menjadi kaki umpat yang hanya menceritakan keburukan orang sahaja.17. Kaki WayangMaksud: Orang yang suka menonton wayang.Contoh Ayat: Fadzil kaki wayang. Dia akan menonton setiap filem baru yang ditayangkan di panggung itu.18. Kaku LidahMaksud: Tidak dapat bercakap dengan lancar.Contoh Ayat: Ahmad menjadi kaku lidah apabila disoal tentang penglibatannya dalam kes rasuah.19. Kambing HitamMaksud: Orang yang dipersalahkan.Contoh Ayat: Dia menjadi kambing hitam apabila berlaku kecurian di kawasan perumahan itu.20. Kampung HalamanMaksud: Kampung tempat dilahirkan.Contoh Ayat: Setelah lama belajar di luar negeri dia rindu hendak kembali ke kampung halamannya.21. Kata DuaMaksud: Pernyataan terakhir oleh sesuatu pihak yang mengemukakan tuntutan yang mesti diterima oleh pihak lain yang terlibat dalam perundingan.Contoh Ayat: Aman diberi kata dua iaitu berhenti daripada membuat kekacauan atau dipindahkan ke daerah lain.22. Kata HatiMaksud: Perasaan.23. Kata PujanggaMaksud: Perkataan orang bijak pandai.Contoh Ayat: Orang tua-tua sering menggunakan kata pujangga ketika memberi nasihat dan tunjuk ajar kepada orang muda.24. Kata PutusMaksud: Ketentuan yang terakhir.Contoh Ayat: Mesyuarat yang diadakan gagal mencapai kata putus kerana ahli-ahlinya bertelagah.25. Kaya AnakMaksud: Banyak anak.Contoh Ayat: Walaupun keluarga Ahmad hidup dalam kemiskinan tetapi dia kaya anak dan hidup bahagia.26. Kaya HatiMaksud: Pemurah.Contoh Ayat: Dia seorang yang kaya hati kerana sering menghulurkan derma.27. Kaya HutangMaksud: Orang yang banyak hutang.Contoh Ayat: Jali kaya hutang kerana mengikutkan kehendak isterinya yang gemar membeli baju berjenama.28. Kecil HatiMaksud: Berasa tersinggung.29. Kecut HatiMaksud: Takut.Contoh Ayat: Semasa perahu kami dilanda ombak besar, terasa kecut hati saya.30. Kelas KambingMaksud: Tempat duduk (wayang atau kenderaan) yang paling murah harganya.Contoh Ayat: Kami membeli tiket kelas kambing semasa menonton wayang.31. Keliling PinggangMaksud: Sangat banyak.Contoh Ayat: Hutangnya keliling pinggang kerana dia boros berbelanja.32. Ke Luar NegeriMaksud: Pergi ke negeri lain.Contoh Ayat: Zaki ke luar negeri untuk melanjutkan pelajaran.33. Kembang HatiMaksud: Gembira.Contoh Ayat: Kembang hati Noraini kerana anaknya dapat masuk ke sekolah berasrama penuh.34. Kembang Sayap = Mengembangkan SayapMaksud: Meluaskan usaha.Contoh Ayat: Syarikat itu mengembangkan sayap dengan menceburi industri berat pula.35. Kena TanganMaksud: Dipukul.Contoh Ayat: Pencuri itu kena tangan penduduk kampung ketika cuba mencuri di salah sebuah rumah di kampung itu.36. Kepala AnginMaksud: Orang yang berperangai luar biasa pada masa tertentu.37. Kepala BatuMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.38. Kepala BeratMaksud: Bodoh.Contoh Ayat: Ikram perlu diajar perlahan-lahan dan sedikit-sedikit kerana dia kepala berat.39. Kepala BeritaMaksud: Tajuk sesuatu berita.Contoh Ayat: Kemalangan ngeri yang berlaku di lebuh raya itu telah menjadi kepala berita di hampir semua akhbar tempatan terbitan hari ini.40. Kepala DinginMaksud: Penyabar.Contoh Ayat: Dia kepala dingin, walaupun dimarah tetapi tetap tenang.41. Kepala DuaMaksud: Orang yang tidak setia.Contoh Ayat: Bedul bersikap kepala dua kerana dia telah memberitahu maklumat sulit syarikat ini kepada syarikat lawan.42. Kepala KainMaksud: Bahagian kain (biasa kain batik) yang coraknya berlainan.Contoh Ayat: Kepala kain itu bercorak pucuk rebung.43. Kepala UdangMaksud: Bodoh.44. Kera SumbangMaksud: Tidak suka bergaul dengan orang lain.Contoh Ayat: Susi menjadi seperti kera sumbang dalam majlis makan malam itu kerana dia seorang yang pemalu.45. Kerang BusukMaksud: Tersengih-sengih tanpa sebab.Contoh Ayat: Dia diam dan hanya tersengih bak kerang busuk.46. Keras HatiMaksud: Terus berusaha dan tidak mudah putus asa.47. Keras kepalaMaksud: Degil atau mempunyai azam yang kuat.48. Keras LidahMaksud: Tidak pandai bercakap.Contoh Ayat: Ah Lin keras lidah apabila bertutur dalam Bahasa Inggeris kerana dia kurang mahir.49. Keras MulutMaksud: Tidak mahu kalah dalam perdebatan.Contoh Ayat: Jamil tetap keras mulut dalam perbincangan itu walaupun pendapatnya tidak diterima oleh orang lain.50. Kerat Rotan = Berkerat RotanMaksud: Memutuskan perhubungan.Contoh Ayat: Keluarga Dewi telah berkerat rotan dengan keluarga Saroja kerana tidak puas hati dengan pembahagian harta pusaka.51. Kering DarahMaksud: Terkejut.52. Kering HatiMaksud: Tiada rasa belas kasihan.Contoh Ayat: Dia menerima berita kemalangan itu tanpa rasa sedih kerana dia seorang yang kering hati.53. Keringat DinginMaksud: Takut.54. Kerja TanganMaksud: Pertukangan tangan.Contoh Ayat: Kerja tangan pelajar-pelajar sekolah vokasional dipamerkan dalam pameran kraf tangan itu.55. Ketam BatuMaksud: Sangat kedekut.Contoh Ayat: Raju tidak pernah menghulurkan derma kepada yang memerlukan kerana sikapnya seperti ketam batu.56. Ketawa RajaMaksud: Ketawa tetapi dalam kesedihan.Contoh Ayat: Rosna ketawa raja di hadapan tetamu untuk menyembunyikan kesedihan yang sedang dialaminya.57. Khabar AnginMaksud: Berita yang belum sah.Contoh Ayat: Khabar angin mengatakan dia mati dibunuh.58. Khabar BurungMaksud: Berita yang belum sah.59. Kucing BertandukMaksud: Mengharapkan sesuatu yang tidak mungkin berlaku.Contoh Ayat: Walaupun ditunggu sampai kucing bertanduk, dia pasti tidak akan mengerjakannya.60. Kucing KurapMaksud: Orang yang tidak berguna.61. Kuku BesiMaksud: Memerintah dengan kejam.Contoh Ayat: Pemerintah yang mengamalkan kuku besi akan dibenci dan digulingkan oleh rakyat.62. Kuku KambingMaksud: Alat yang digunakan untuk menanam padi.Contoh Ayat: Suatu masa dahulu kuku kambing digunakan untuk menanam padi.63. Kunci Diri = Mengunci DiriMaksud: Mengurung diri.Contoh Ayat: Dia mengunci diri di dalam bilik sejak pagi tadi.64. Kunci HatiMaksud: Rahsia.Contoh Ayat: Peristiwa itu tetap menjadi kunci hatinya dan tidak akan diceritakan kepada sesiapa pun.65. Kunci MulutMaksud: Tidak dapat berkata-kata kerana terkejut.Contoh Ayat: Terkunci mulut Pak Ngah apabila diberitahu anaknya yang bersalah.66. Kurang AdabMaksud: Tidak sopan.Contoh Ayat: Bercakap dengan meninggikan suara kepada orang tua, kurang adab namanya.67. Kurang AdatMaksud: Tidak sopan.68. Kurang AjarMaksud: Tidak sopan.69. Kurang AkalMaksud: Tidak pandai.Contoh Ayat: Kalau bercakap dengan Senah perlu menggunakan bahasa yang mudah kerana dia kurang akal.70. Kurang AsamMaksud: Tidak sopan.71. Kurang BahasaMaksud: Tidak halus budi bahasanya.Contoh Ayat: Roslina dikatakan kurang bahasa kerana dia suka bercakap dengan suara yang kuat dan menggunakan bahasa yang kasar.72. Kurang FikirMaksud: Tidak berhati-hati.Contoh Ayat: Melakukan sesuatu pekerjaan dengan kurang fikir akan membawa kerugian.73. Kurang HatiMaksud: Tidak berminat.Contoh Ayat: Saya kurang hati dalam seni tekat-menekat kerana agak rumit untuk melakukannya.74. Kurang ImanMaksud: Mudah terpedaya.Contoh Ayat: Mujurlah Riduwan tidak kurang iman dan menolak apabila ditawarkan wang yang lumayan untuk mengedar dadah.75. Kurang IngatMaksud: Pelupa.Contoh Ayat: Jabu yang kurang ingat itu jangan dipesan apa-apa.76. Kurang Jadi = Kurang MenjadiMaksud: Tidak mendatangkan hasil atau tuaian yang banyak.Contoh Ayat: Saya mengalami kerugian kerana kebun langsat saya kurang menjadi tahun ini.77. Kusut FikiranMaksud: Susah hati.Contoh Ayat: Kusut fikiran Haji Lamin memikirkan anaknya yang belum mendapat kerja di Kuala Lumpur.78. Kutu EmbunMaksud: Orang yang suka merayau pada malam hari.Contoh Ayat: Rusli kutu embun dan hanya pulang ke rumah pada pukul 3 pagi.79. Kutu JalanMaksud: Orang yang suka merayau.Simpulan Bahasa bermula dari huruf L1. Langit HijauMaksud: Sangat jauh.Contoh Ayat: Saya akan mencari adik kandung saya itu, walaupun sampai ke langit hijau.2. Langkah BaikMaksud: Waktu yang paling sesuai untuk memulakan sesuatu pekerjaan; permulaan yang baik.Contoh Ayat: Pada pendapat saya, hari Jumaat merupakan langkah baik bagi kita melangsungkan perkahwinan antara Zarina dan Amran.3. Langkah BendulMaksud: Adik berkahwin lebih dahulu dari kakaknya.Contoh Ayat: Oleh sebab Suraya langkah bendul, pengantin lelaki memberikan hadiah kepada kakak Suraya.4. Langkah KananMaksud: Bernasib baik; bertuah.Contoh Ayat: Hari ini, Suzana langkah kanan kerana ketika dia tiba di rumah abangnya, mereka sedang menikmati buah durian.5. Langkah KiriMaksud: Malang.Contoh Ayat: Kami langkah kiri hari ini kerana kereta kami rosak dalam perjalanan.6. Langkah seribuMaksud: Cabut lari.Contoh Ayat: Kami membuka langkah seribu apabila dikejar oleh orang gila itu.7. Langkah SumbangMaksud: Cara atau perbuatan yang tidak betul.Contoh Ayat: Pelajar baru itu perlu berlatih lagi kerana banyak langkah sumbang yang telah dilakukannya semasa bersilat tadi.8. Lapang DadaMaksud: Perasaan lega.Contoh Ayat: Puan Rashidah berasa lapang dada setelah selesai menguruskan kemasukan anak sulungnya ke universiti.9. Lapang HatiMaksud: Perasaan lega.10. Lapik PerutMaksud: Makan Sedikit.11. Lari SemangatMaksud: Terkejut.12. Laut LepasMaksud: Tengah laut.Contoh Ayat: Ikan paus itu berada di laut lepas.13. Lebai MalangMaksud: Orang yang selalu mengalami nasib malang.Contoh Ayat: Nasibnya umpama lebai malang, sudahlah keretanya rosak, duitnya pula dicuri orang.14. Lembut Gigi Daripada LidahMaksud: Pandai berkata-kata; memujuk rayu.Contoh Ayat: Salmah terpedaya dengan kata-kata suaminya yang lembut gigi daripada lidah.15. Lembut HatiMaksud: Penyayang.Contoh Ayat: Anak muridnya sayang dan hormat kepadanya kerana dia seorang yang lembut hati.16. Lena AyamMaksud: Belum tidur betul.Contoh Ayat: Semasa anaknya menjerit ketakutan, dia baru lena ayam.17. Lepas Angan-AnganMaksud: Membuat sesuatu yang diingini.Contoh Ayat: Apabila ayahnya bertolak ke luar negeri, Hamdan lepas angan-angan untuk membeli kereta baru.18. Lepas DiriMaksud: Tidak melibatkan diri dalam sesuatu hal.Contoh Ayat: Darwis lepas diri daripada kes rasuah itu kerana dia tidak tahu tentang hal itu.19. Lepas TanganMaksud: Tidak bertanggungjawab atas sesuatu yang telah dilakukan.20. Lidah BercabangMaksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.Contoh Ayat: Lamin lidah bercabang dan cakapnya tidak boleh dipercayai.21. Lidah BiawakMaksud: Percakapan yang tidak boleh dipercayai kerana selalu berubah-ubah.22. Lidah KerasMaksud: Tidak dapat menyebut perkataan dengan betul.Contoh Ayat: Oleh sebab Rafiq lidah keras, dia gagal dalam ujian lisan yang diadakan.23. Lidah PanjangMaksud: Suka menghasut.Contoh Ayat: Sikap Joyah yang lidah panjang itu menyebabkan rumah tangga Milah porak-peranda.24. Lidah Tak BertulangMaksud: Mudah berjanji tetapi tidak ditepati; tidak jujur.Contoh Ayat: Hassan berhati-hati memilih kawan kerana dia takut terkena orang yang lidah tak bertulang.25. Lintah DaratMaksud: Peniaga yang mengambil keuntungan yang terlalu tinggi.Contoh Ayat: Gara-gara aktiviti lintah darat, kehidupan penduduk di kampung itu masih lagi dalam kemiskinan.26. Lipas KudungMaksud: Membuat sesuatu kerja dengan pantas.Contoh Ayat: Hidangan tengah hari dapat disiapkannya dalam masa setengah jam kerana dia membuatnya seperti lipas kudung.27. Lubuk Akal Lautan BudiMaksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.Contoh Ayat: Penduduk kampung akan merujuk kepada Tuk Sidang jika menghadapi sebarang kemusykilan kerana beliau seorang yang lubuk akal lautan budi.28. Lubuk Akal lautan ilmuMaksud: Mempunyai ilmu pengetahuan yang sangat luas dan banyak.29. Lubuk HatiMaksud: Dalam hati.Contoh Ayat: Jauh di lubuk hatiku terpendam rasa ingin maju bersama mereka.30. Luka HatiMaksud: Pilu.Contoh Ayat: Luka hati Isma apabila mengetahui sahabat yang dipercayai telah membohonginya.31. Lupa DaratanMaksud: Berbuat sesuatu yang melampaui batas; hilang pertimbangan.Contoh Ayat: Amir menjadi lupa daratan apabila sudah kaya.32. Lurus AkalMaksud: Jujur.Contoh Ayat: Jalal seorang yang lurus akal kerana dia telah menjaga harta anak-anak yatim dengan sebaik-baiknya.Simpulan Bahasa bermula dari huruf M1. Mabuk DarahMaksud:A) Pening kerana melihat darah yang banyak.B) Pengsan kerana terlalu banyak mengeluarkan darah.C) Mengamuk seolah-olah hilang ingatan kerana melihat darah.Contoh Ayat:A) Salmi mabuk darah apabila melihat keadaan adiknya.B) Salman mabuk darah kerana luka di dadanya mengeluarkan banyak darah.C) Tentera itu mabuk darah lalu melepaskan tembakan rambang.2. Mabuk GunungMaksud: Mabuk ketika berada di tempat yang tinggi.Contoh Ayat: Rahmah mabuk gunung semasa mendaki Gunung Kinabalu.3. Mabuk KecubungMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.4. Mabuk KepayangMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.5. Mabuk LautMaksud: Pening dan muntah semasa belayar.Contoh Ayat: Si Tanggang telah seminggu mabuk laut dan terlantar di geladak kapal.6. Mabuk SelasihMaksud: Sangat kasih akan seseorang sehingga tidak menghiraukan hal-hal lain.7. Mahkota HatiMaksud: Orang kesayangan; kekasih.8. Mahkota NegeriContoh Ayat: Raja Nazrin telah ditabalkan menjadi mahkota negeri Perak Darul Ridzuan.9. Main Mata = Bermain MataMaksud: Memberikan isyarat dengan mata.Contoh Ayat: Pemuda itu bermain mata untuk mendapatkan perhatian daripada Kak Leha.10. Makan AnginMaksud: Berehat atau bersiar-siar.Contoh Ayat: Pada hujung minggu lepas kami sekeluarga makan angin ke Kota Bharu.11. Makan AngkatMaksud: Orang yang suka dipuji.Contoh Ayat: Pembantu rumah saya makan angkat, kalau dipuji semakin rajin dia bekerja.12. Makan BeradapMaksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).Contoh Ayat: Mak Andak menemankan pengantin semasa makan beradap.13. Makan BerdamaiMaksud: Makan bersama-sama buat pertama kali (pasangan pengantin).14. Makan BesarMaksud: Mengadakan jamuan.Contoh Ayat: Jemputlah ke rumah kerana ada makan besar petang ini.15. Makan Budi = Termakan BudiMaksud: Menerima pertolongan orang.Contoh Ayat: Akibat termakan budi pak ciknya, Zali dipaksa berkahwin dengan sepupunya.16. Makan BungaMaksud: Mengambil keuntungan daripada wang yang dipinjamkan.Contoh Ayat: Ceti itu makan bunga dengan mengenakan kadar faedah 20% daripada jumlah wang yang dipinjam.17. Makan DarahMaksud: Sesuatu yang dijual dengan harga yang sangat mahal.Contoh Ayat: Penjaja di kampung itu makan darah kerana kain yang dijualnya sangat mahal berbanding dengan harga di bandar.18. Makan DiriMaksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.Contoh Ayat: Semenjak ditinggalkan oleh suaminya, dia makan diri sehingga menjadi kurus kering.19. Makan DuitMaksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.Contoh Ayat: Pekerja yang makan duit syarikat telah dikenakan tindakan undang-undang.20. Makan GajiMaksud: Bekerja untuk mendapatkan upah.Contoh Ayat: Hasrom bekerja makan gaji dengan abangnya.21. Makan GaramMaksud: Mempunyai banyak pengalaman dalam hidup.Contoh Ayat: Dengarlah nasihat orang tua kerana mereka telah lama makan garam.22. Makan HatiMaksud: Berasa sedih yang teramat sangat sehingga merosakkan diri sendiri.23. Makan KawanMaksud: Mencelakakan kawan sendiri.Contoh Ayat: Jabir makan kawan sendiri apabila dia memfitnah Jamil.24. Makan SuapMaksud: Mengambil wang secara haram; rasuah.25. Makan SumpahMaksud: Mendapat kesusahan setelah mengingkari sumpah.Contoh Ayat: Akibat dimakan sumpah, hidupnya menjadi miskin dan melarat.26. Makan TanggungMaksud: Hidup di bawah jagaan orang lain.Contoh Ayat: Rasida makan tanggung di rumah ibu saudaranya.27. Malu-Malu BahasaMaksud: Berasa segan.Contoh Ayat: Semasa bersua muka dengan pemuda itu, Zainab malu-malu bahasa.28. Malu-Malu KucingMaksud: Pura-pura malu.Contoh Ayat: Roslan malu-malu kucing apabila bersua muka dengan Rokiah.29. Mandi Biar BasahMaksud: Kalau membuat sesuatu kerja biar bersungguh-sungguh.Contoh Ayat: Kalau kau mahu menjadi petani yang berjaya, bekerjalah bersungguh-sungguh, bak kata orang kalau mandi biar basah, nasihat Adi kepada Rahman.30. Mandi BungaMaksud: Mandi air perahan limau dan bunga-bungaan dengan tujuan tertentu.Contoh Ayat: Dia mandi bunga setelah sembuh daripada penyakitnya.31. Mandi DarahMaksud: Berlumuran darah.Contoh Ayat: Perajurit itu mandi darah kerana cedera terkena tembakan musuh.32. Mandi EmbunMaksud: Membiarkan diri dibasahi embun.Contoh Ayat: Kami bermandi embun kerana berkawal di tapak perkhemahan sehingga dinihari.33. Mandi KerbauMaksud: Mandi yang tidak bersih.Contoh Ayat: Semasa mengikuti Kursus Bina Semangat, peserta terpaksa mandi kerbau kerana kekurangan air.34. Mandi Keringat = Bermandi KeringatMaksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.Contoh Ayat: Penduduk di kampung itu bermandi keringat untuk membina sebuah sekolah agama.35. Mandi Ombak = Bermandi OmbakMaksud: Basah kena ombak.Contoh Ayat: Nelayan itu sudah biasa bermandi ombak.36. Mandi PeluhMaksud: Bekerja dengan sepenuh tenaga.37. Masin LidahMaksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.Contoh Ayat: Atikah menjadi guru dan masin lidah Mak Long yang selalu memanggilnya cikgu.38. Masin MulutMaksud: Apa yang dikata menjadi kebenaran.39. Masuk AjarMaksud: Mendengar nasihat.Contoh Ayat: Jamilah cepat masuk ajar apabila kelakuannya ditegur oleh guru.40. Masuk AkalMaksud: Dapat diterima akal.Contoh Ayat: Berita yang disampaikan itu masuk akal kerana ada kesahihannya.41. Masuk Angin Keluar AsapMaksud: Tidak mencapai apa yang dikehendaki.Contoh Ayat: Samad diisytiharkan bankrap akibat perniagaannya yang masuk angin keluar asap.42. Masuk AnginMaksud: Sakit kerana kesejukan atau sebagainya.Contoh Ayat: Perutnya masuk angin kerana tidak makan semalaman.43. Masuk Bakul SampahMaksud: Ditolak.Contoh Ayat: Rayuan penduduk kampung untuk membina jambatan baru telah masuk bakul sampah.44. Masuk BukuMaksud: Dicatatkan ke dalam buku.Contoh Ayat: Segala hutang-piutangnya masuk buku.45. Masuk DaunMaksud: Memperoleh peluang yang baik.Contoh Ayat: Nampaknya perniagaan kita sudah masuk daun dan kita bakal menjadi orang kaya.46. Mat JeninMaksud: Orang yang suka berangan-angan.Contoh Ayat: Berusahalah kalau mahu berjaya dan jangan menjadi seperti Mat Jenin.47. Mata AirMaksud:A) Orang kesayangan; kekasih.B) Tempat air keluar dari tanah.Contoh Ayat: Mata air yang terdapat di lereng bukit itu digali untuk dijadikan telaga.48. Mata DuitanMaksud: Orang yang tamakkan wang.Contoh Ayat: Zainon mata duitan sebab itulah suaminya terpaksa bekerja bertungkus-lumus untuk mencari wang yang lebih.49. Mata HatiMaksud: Perasaan dalam hati.Contoh Ayat: Walaupun dia buta tetapi mata hatinya celik.50. Mata KeranjangMaksud: Sangat berkeinginan kepada seseorang perempuan.51. Mata LembuMaksud: Telur yang digoreng bulat-bulat.Contoh Ayat: Saya makan nasi lemak berlaukkan telur mata lembu.52. Mata PetaiMaksud: Tidak dapat melihat dengan betul.Contoh Ayat: Oleh sebab Halim mata petai permohonannya untuk menjadi tentera ditolak.53. Mata TelingaMaksud: Kakitangan yang diharapkan.Contoh Ayat: Semua penduduk kampung itu menjadi mata telinga pihak polis untuk menangani masalah penyeludupan.54. Mati AkalMaksud: Buntu fikiran.Contoh Ayat: Fitri menjadi bingung dan mati akal untuk menyelesaikan masalah rumah tangga yang sedang dihadapinya.55. Mati AnginTidak berkuasa.Contoh Ayat: Pihak polis mati angin kerana penyeludup itu telah lari ke negara jiran.56. Mati AyamMaksud: Mati dengan sia-sia.Contoh Ayat: Semenjak rakannya mati ayam dalam perlumbaan haram itu, dia tidak lagi bergaul dengan budak-budak nakal.57. Mati Balik HidupMaksud: Selamat setelah mengalami bahaya besar.Contoh Ayat: Saya rasa seperti mati balik hidup kerana terselamat setelah terjatuh dari tingkat lima bangunan tersebut.58. Mati BeraganMaksud: Kelihatan seperti mati tetapi sebenarnya masih hidup.Contoh Ayat: Pak Ali mati beragan semenjak kematian isteri yang amat disayanginya.59. Mati KatakMaksud: Mati dengan sia-sia.60. Mati KutuMaksud: Tidak melawan.Contoh Ayat: Dia mati kutu apabila dimarahi oleh ayahnya kerana gagal dalam peperiksaan.61. Minta DiriMaksud: Memohon diizinkan pergi.Contoh Ayat: Razif minta diri dari majlis itu kerana dia terpaksa menghadiri mesyuarat di pejabatnya.62. Minta JalanMaksud: Meminta diberi jalan untuk lalu.Contoh Ayat: Kami terpaksa minta jalan untuk berjumpa pasangan pengantin yang diraikan kerana dewan itu telah penuh sesak dengan para jemputan.63. Minta NyawaMaksud: Memohon supaya tidak dibunuh; meminta belas ihsan.Contoh Ayat: Pencuri itu minta nyawa daripada ahli rukun tetangga yang menangkapnya ketika sedang memecah masuk rumah Pak Jamal.64. Muka BaruMaksud: Orang atau pemain yang baru melibatkan diri dalam sesuatu bidang.Contoh Ayat: Hadiah utama peraduan mengarang cerpen anjuran akhbar tempatan telah dimenangi oleh penulis muka baru.65. Muka DuaMaksud: Tidak jujur.Contoh Ayat: Hamzah bermuka dua kerana sekejap dia menyokong kita dan sekejap dia menyokong pihak lawan.66. Muka LamaMaksud: Orang atau pemain lama yang sudah berpenglaman.Contoh Ayat: Azean Irdawaty muka lama dalam bidang lakonan.67. Muka LautMaksud: Permukaan laut.Contoh Ayat: Serambi rumah Zaki berhadapan dengan muka laut.68. Muka ManisMaksud: Menunjukkan muka yang gembira dan tersenyum.Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka manis kepada tetamu yang hadir.69. Muka MasamMaksud: Menunjukkan muka yang muram atau benci.Contoh Ayat: Dia bercakap dengan muka masam seolah-olah dia sedang menghadapi masalah.70. Muka PapanMaksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.Contoh Ayat: Dia memang muka papan kerana sering meminta duit daripada isterinya.71. Muka TebalMaksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.72. Muka TembokMaksud: Orang yang tidak tahu malu; tidak menghiraukan teguran.73. Mulut BisaMaksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.Contoh Ayat: Akibat mulut bisa Mak Limah, jiran tetangga memulaukannya.74. Mulut GatalMaksud: Suka bercakap apa sahaja.Contoh Ayat: Idham dikatakan mulut gatal kerana suka bercerita hal yang tidak senonoh.75. Mulut KotorMaksud: Suka bercakap apa sahaja.76. Mulut ManisMaksud: Lemah lembut dan baik tutur katanya.Contoh Ayat: Fatima bukan sahaja jelita tetapi bermulut manis.77. Mulut MuraiMaksud: Orang yang suka bercakap banyak.Contoh Ayat: Akibat mulut murai Kak Timah, rumah tangganya porak-peranda.78. Mulut TajamMaksud: Orang yang selalu mengeluarkan kata-kata pedas.79. Mulut TempayanMaksud: Orang yang tidak tahan menyimpan rahsianya.80. Murah HatiMaksud: Pemurah.81. Murah