simpulan bahasa bergambar - habsah & norazlina

4
SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB HABSAH & NORAZLINA (/) LAMAN UTAMA (/) more... Simpulan Bahasa Bergambar Dan Ayat 1. Ulat Buku Maksud : Orang yang rajin membaca Contoh ayat: Ali digelar ulat buku kerana rajin membaca buku di mana dia pergi. 2.Cahaya Mata Maksud: Anak Contoh ayat: Puan Aminah sungguh gembira kerana mendapat cahaya mata pertama. 3.Makan Angin Maksud: pergi bersiar-siar untuk berehat. Contoh ayat: Pada hujung minggu Encik Salleh selalu membawa keluarganya pergi makan angin. 4.Ringan tulang Maksud: orang yang rajin berkerja Contoh ayat Amir sangat disayangi oleh ayahnya kerana dia seorang yang ringan tulang. 5.itik pulang petang Maksud: berjalan lambat Contoh ayat: Aminah sering digelar sebagai itik pulang petang kerana sering lambat balik ke rumah. 6.cepat tangan Maksud: suka mencuri Contoh ayat: Harun amat ditakuti oleh penduduk di Sungai Buluh kerana dia seorang yang cepat tangan

Upload: cek84

Post on 11-Dec-2015

467 views

Category:

Documents


14 download

DESCRIPTION

simpulan bahasa

TRANSCRIPT

SELAMAT DATANG KE LAMAN WEB

HABSAH & NORAZLINA (/) LAMAN UTAMA (/) more...

Simpulan Bahasa Bergambar Dan Ayat1. Ulat BukuMaksud : Orang yang rajin membaca

Contoh ayat:Ali digelar ulat buku kerana rajin  membaca buku di mana dia pergi.

2.Cahaya MataMaksud: Anak

Contoh ayat:Puan Aminah sungguh gembira kerana mendapat cahaya mata pertama.

3.Makan AnginMaksud: pergi bersiar-siar untuk berehat.

Contoh ayat:Pada hujung minggu Encik Salleh selalu membawa keluarganya  pergi makanangin.

4.Ringan tulangMaksud: orang yang rajin berkerja

Contoh ayatAmir sangat disayangi oleh ayahnya kerana dia seorang yang ringan tulang.

5.itik pulang petangMaksud: berjalan lambat

Contoh ayat:Aminah sering digelar sebagai itik pulang petang kerana sering lambat balikke rumah.       

                                                       

6.cepat tanganMaksud: suka mencuri

Contoh ayat:Harun amat ditakuti oleh penduduk  di Sungai Buluh kerana dia seorang yang cepat tangan   

7. jantung hatiMaksud: orang yang amat disayangi

Contoh ayat:Adib dan Alia ialah jantung hati Pak Dolah

8.Banyak mulutMaksud:suka bercakap banyak atau berleter

Contoh ayat:Rozi digelar sebagai banyak mulut kerana suka berleter.

9. Bertikam lidahMaksud: bertengkar  atau berdebat

Contoh ayat:Lim dan Kamal merupakan sahabat yang baik namun mereka selalu bertikamlidah  ketika memberi pendapat.

10. Kaki bangkuMaksud: orang yang tidak tahu bermain bola sepak

Contoh ayat:Azim seorang kaki bangku kerana dia tidak tahu bermain bola sepak .

11. Mata petaiMaksud: mata yang tidak  dapat melihat dengan betul

Contoh ayat:Zailani menonton televisyen dari jarak dekat kerana dia seorang yang mata petai.

12. Berat tulang Maksud:pemalas

Contoh ayat:Zahid sering dimarahi oleh kakaknya kerana dia berat tulang .

13.Cakap besarMaksud: suka meninggi diri

Contoh ayat: Firaun seorang pemimpin yang tidak di sukai penduduknya kerana cakap besar dan kejam.

14.  kaki tanganMaksud: pembantu

Contoh ayat:Ali dan Sami merupakan kaki tangan harapan Encik Hamid.

15. Isi rumahMaksud: penghuni dalam  sesebuah rumah

Contoh ayat:Encik Mahime mempunyai enam orang isi rumah

16. rupa parasMaksud: wajah seseorang

Contoh ayat : Sofia diminati oleh ramai pemuda  kerana memiliki rupa paras yang sangat jelita.

17. Itik mendapat airMaksud: gembira kerana mendapat apa yang disukai

Contoh ayat:Raja Sulaiman bagai  itik mendapat air kerana dapat memperisterikan Puteri Zulaika.

18. Raja sehariMaksud:  pengatin baru

Contoh ayat:Hari ini, hari yang paling bahagia untuk Ahmad kerana dia sudah menjadi raja sehari.

19. Kerang busukMaksud: asyik tersengih sahaja

Contoh ayat: Abdullah seperti kerang busuk ketika berjumpa dengan Sarah.

20. Langkah seribuMaksud: lari dengan pantas

Contoh ayat: Amir, Razak dan Raju mengangkat langkah seribu apabila dikejar sekumpulan anjing liar.

21.Mata duitanMaksud: orang yang tamak

Contoh ayat:Kamil digelar mata duitan kerana sikapnya yang sangat tamak.

22.Ada hatiMaksud: ada keinginan

Contoh ayat:Abu Ubaidah ada hati untuk memiliki Siti Mariam.

FREE WEBSITE (HTTP://WWW.WEEBLY.COM/?UTM_SOURCE=INTERNAL&UTM_MEDIUM=FOOTER&UTM_CAMPAIGN=3) POWERED BY (HTTP://WWW.WEEBLY.COM/?UTM_SOURCE=INTERNAL&UTM_MEDIUM=FOOTER&UTM_CAMPAIGN=3)