sihir

24
KOLEJ MARA BANTING Kerja Kursus Pendidikan Islam Semester 1/2010 Sihir Pensyarah ABDUL JAMIR BIN MD. SAAD Disediakan oleh: Nama: Siti Noor Fatimah Binti Ismail Kelas: M10E No. K/P: 920424015428 1

Upload: pendislam

Post on 02-Jul-2015

493 views

Category:

Documents


9 download

TRANSCRIPT

1 KOLEJ MARA BANTING Kerja Kursus Pendidikan Islam Semester 1/2010 Sihir Pensyarah ABDUL JAMIR BIN MD. SAAD Disediakan oleh: Nama: Siti Noor Fatimah Binti Ismail Kelas: M10E No. K/P: 920424015428 2 ISI KANDUNGAN Bil TajukHalaman 1.Pengenalan. 1-1 2.Kisah Benar : obseskan suami, isteri disihir.2-3 3.Apa itu Sihir? 4-5 4.Kaedah sihir.6-7 5.Cara mengelakkannya. 8-9 6.Sihir Dalam Al-Quran. 9-9 7.Sihir Dalam As-Sunnah. 10-10 8.Ayat Kedua Puluh Satu: Syaitan Dan Ahli Sihir. 11-11 9.Mengenali Ahli Sihir.12-12 10.Penutup.13-13 11.Rujukan.14-14 12.Lampiran. 15-15 3 PENGENALAN Alhamdullillah, kesyukuran yang tidak terhingga ke hadrat Illahi kerana dengan rahmat dan keredaanNya, folio kerja kursus pendidikan Islam ini yang diizinkan Allah untuk diberi tajuk Sihir berjaya disempurnakan akhirnya. Dengan segala khudrat yang telah dikurniakan oleh Maha Pencipta, folio ini berjaya disiapkan selama seminggu walaupun diberi masa selama dua bulan untuk dihantar. Segala informasi diperolehi dari sumber yang muktabar dan dirumuskan dari pelbagai jenis rujukan seperti buku ilmiah, majalah, dan termasuklah internet.Kehangatan ilmu sihir masih dapat dirasai terutamanya dalam mastarakat Melayu walaupun tidak sehebat ilmu sihir yang diamalkan pada masyarakat Melayu lama yang suka mempraktiskan khurafat dalam kehidupan harian.Walaupun demikian, adalah sangat penting untuk generasi masa kini mengenali dan mengetahui sedikit sebanyak tentang sihir. Mempelajarinya bukanlah untuk mengamalkan tetapi adalah sebagai salah satu langkah persediaan untuk menghadapi sebarang permasalahan yang berkaitan dengan penggunaan ilmu sihir. InsyaAllah, dalam folio ini, telah berjaya dilengkapkan dengan beberapa informasi tentang kaedah sihir, cara mengelakkannya dan pandangan-pandangan yang muktabar mahupun umum tentang sihir. Beberapa kisah yang sering berlaku dalam masyarakat kita dewasa ini juga boleh dijadikan pengajaran yang menunjukkan betapa dahsyatnya akibat penggunaan sihir itu sendiri. Akhir sekali, tidak lupa juga saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih yang tidak terhingga kepada pihak guru kerana telah memberi peluang untuk saya menyiapkan folio ini dalam masa yang diperuntukkan. Selain itu, terima kasih juga kepada ibu bapa yang banyak memberi sokongan dan sahabat-sahabat yang banyak memberi idea-idea yang bernas. Segala kerjasama daripada pihak-pihak yang terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung amatlah dihargai. 4 KISAH BENAR : OBSESKAN SUAMI, ISTERI DISIHIR. Saya hendak cerai juga tidak kira apa yang terjadi. Selagi tidak bercerai saya tidak akan puas hati. Saya benci tengok suami dan anak-anak, tolonglah ustaz, rayu wanita berusia 35 tahun ketika hadir di Pejabat Agama Islam Kajang.Pegawai agama di pejabat itu terus menasihati wanita tersiebut supaya bertenang dan kalau hendak bercerai biarlah dengan cara yang baik. Namun ibu muda ini masih tidak berpuas hati dengan jawapan yang diberikan pejabat agama. Dia sudah tidak kisah lagi akan hal suami dan anak-anak. Apa yang penting baginya adalah perceraian. Sudah setahun dia menuntut perceraian.Dia pergi pula ke Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) untuk meminta pertolongan setelah permintaannya ditolak oleh pejabat agama. Namun, dia menjumpai jalan buntu. Dia masih gagal untuk mendapatkan perceraian. Bagaimana mungkin Jakim boleh menguruskan hal perceraian sedangkan itu adalah di luar bidang kuasanya. Lalu pegawai yang bertugas untuk mengambil aduannya memberikan nombor Dr. Jahid Sidek, pengamal perubatan Islam kepada ibu muda itu.Ibu muda itu merayu-rayu hendak bercerai ketika bertemu Dr. Jahid dan semakin mendesak doktor tersebut untuk memenuhi permintaannya. Melihatkan keadaan ibu muda itu yang luar biasa,Dr. Jahid meminta izin untuk memegang bahu kirinya. Apabila bahu kirinya ditekan terutamanya di bahagian belikat, ibu muda itu pengsan. Beberapa minit kemudian perempuan itu bangun dan suaranya bertukar menjadi lembut. Perempuan itu ialah Mashita, kerani di pejabat suami ibu muda itu. Perempuan itu amat sukakan suami ibu muda ini dan ingin membuatkan mereka bercerai supaya dia dapat berkahwin dengan suaminya. Gambar perempuan itu digunting daripada majalah dan dimasukkan ke dalam uncang kuning. Kemudian, ianya di simpan di dalam laci. Semua ini adalah atas pertolongan emaknya. Selepas itu, kuih bingka dikirimkan kepada ibu muda itu melalui suaminya supaya dimakan. Satu demi satu diceritakan. Ibu muda itu masih tidak sedarkan diri dan diubat menggunakan ayat al-Quran. Dia sedar semula dan terus teringatkan anak-anak dan suaminya kembali. Dengan izin Allah, keadaannya kembali seperti sedia kala. 5 Ini hanyalah sebahagian kisah rumah tangga yang bahagia pada mulanya tetapi bergelora di pertengahan. Tiba- tiba saja isterinya marah-marah, minta diceraikan tanpa sebab, sakit yang tidak berkesudahan, membenci suami dan anak-anak serta seribu satu macam lagi sebab yang tidak masuk akal. Pengasas Pusat Rawatan Islam Manarah, Kuang Selangor, Dr. Jahid Sidek yang juga merupakan bekas pensyarah Akademik Pengajian Islam Universiti Malaya (UM). Katanya ringkas, ruang lingkup ilmu dan amalan sihir sangat luas, sangat rahsia, ghaib, sukar diketahui dan disedari. Sebab itulah definisi sihir berbeza dan sukar diberikan tepat. Pun begitu ada ulama yang menyebutnya sebagai apa juga yang berlaku atau dapat dibuat atau dicapai oleh seseorang dengan pertolongan syaitan. Setelah itu, seseorang itu akan memenuhi kehendak syaitan dengan melaksanakan sesuatu sebagai tanda atau isyarat taqarrub, bersahabat, tunduk dan menyembah syaitan itu. Dari definisi yang diberikan oleh ulama di dalam kitab As-Sihr itu, maka sihir mempunyai beberapa ciri. Menurut Dr. Jahid, antara ciri-cirinya ada peranan syaitanatau jin untuk melakukan kerja jahat, ada pemujaan, bekerjasama dengan syaitan, ada kesan luar biasa dan bersyarat atau pantang larang. *Al-Islam, Jun 2010. 6 APA ITU SIHIR? Perubahan tingkah laku, emosi mahupun apa jua tindakan yang datang secara tiba-tiba dan luar biasa, apatah lagi apabila ia menyebabkan kerenggangan hubungan keharmonian suami isteri dalam rumah tangga sering dikaitkan dengan perbuatan ilmu sihir. Pada hakikatnya, terdapat pelbagai kaedah sihir boleh dilakukan seperti amalan santau sama ada menggunakan angin, dimasukkan ke dalam makanan atau minuman atau melalui kaedah tradisional apabila kepunyaan individu tersebut diambil seperti rambut, gambar, pakaian atau apa sahaja untuk diasapkan. Matlamatnya hanyalah satu iaitu memastikan si mangsa menderita dan ada kalanya boleh menyebabkan kematian. Apapun persepsi yangdibuat, berikut antara kupasan maksud sihir berdasarkan pandangan ulama muktabar. Ibnu Khaldun : Ilmu sihir adalah ilmu untuk menghasilkan kesan negatif ke atas mangsa dengan menggunakan anasir-anasir jahat dari kekuatan kuasa ghaib (makhluk halus) atau sebagainya, bagi satu tujuan jahat secara tersembuyi . Muhammad Isa Al-Maghribi : Mengenakan kemudaratan ke atas mangsa menerusi amalan tertentu secara berasosiasi dengan kekuatan jahat makhluk halus. Dr. Abdullah Mohd. At-Toyyar : Azimat-azimat dan jampi mantera sihir yang dilakukan oleh pengamalnya yang memberi kesan negatif pada hati (emosi) seseorang atau menyakitinya atau membunuhnya. Wahid Abdussalam Bali : Sihir adalah permuafakatan dan persetujuan antara ahli sihir dan syaitan untuk bersama-sama melakukan sesuatu yang diharamkan oleh Allah bagi mengenakan kemudaratan ke atas mangsa menerusi amalan-amalan syirik kepada Allah dan menunaikan apa sahaja permintaan mangsa ke atas ahli sihir itu. 7 Ibnu Qadaamah Al-Maqdisi : Sihir itu adalah jampi mantera, simpulan-simpulan benang sihir atau amalan-amalan tertentu dilakukan secara sihir untuk memudaratkan emosi mangsa (qalbuhu) atau akalnya (aqluhu) atau apa saja kemudaratan (sakit ganjil) sehingga kadang-kadang boleh membunuhnya. Pandangan Umum Ulama seperti Fakhruddin Ar-Razi, Al-Farabi, Al-Kindi, Al-Ghazali, Ibnu Sina, Ibnu Rushd, Ibnu Kathir, dan Ibnu Qaiyyim menyimpulkan secara umum bahawa sihir itu adalah, Suatu ilmu yang dipelajari daripada guru yang mahir dengan ilmu sihir itu menerusi amalan kebatinan yang berlawanan dengan akidah Islam, malah merosakkannya dengan menggunakan jampi mantera yang diajar oleh makhluk halus pada kebiasaannya, bagi tujuan menghasilkan suatu perkara jahat yang hendak dilakukannya terhadap seseorang seperti hendak menyakitinya dengan penyakit-penyakit hati (rosak emosinya) atau fikirannya (penyakit-penyakit mendatang) tanpa dapat dikesan punca sebenarnya. Ia menyebabkan mangsa menderita dalam berbagai-bagai bentuk seperti hilang konsentrasi pada kerja, membenci pasangan hingga bercerai-berai, mengasihi seseorang sehingga sanggup melakukan apa sahaja asalkan hajatnya tercapai. *Pandangan ini dipetik daripada pembentangan kertas kerja bertajuk, Sihir: Kesannya kepadaakidah dan bagaimana mengatasinya, oleh Dr. Haron Din, pengamal perubatan Islam. 8 KAEDAH SIHIRTerdapat banyak cara sebagaimana luasnya ruang lingkup ilmu dan amalan sihir itu, maka seluas itulah caranya seperti yang telah dijelaskan oleh Dr. Jahid melalui pengalamannya selama lebih 20 tahun dalam perubatan Islam. Sihir itu boleh disampaikan melalui angin, makanan, minuman, sentuhan badan, berpelukan dan bersalaman, tepukan, perbualan jarak jauh seperti menerusi telefon, pandangan mata serta melalui asap rokok. Ia juga boleh dibuat melalui simpulan sihir (al-Uqad) seperti yang disebut di dalam firman Allah yang bermaksud, Dan daripada kejahatan tiupan- tiupan ahli sihir pada simpulan sihir. (surah al-Falaq-4). Ia juga boleh berlaku melalui apa juga benda atau barang yang hendak diberi atau dihadiahkan seperti pakaian, kasut, buku, cincin, gambar, khat, minyak wangi, gula-gula dan macam-macam lagi. Semuanya boleh dijadikan perantara sihir untuk mngenakan mangsa, ujarnya ketika diminta mengulas tentang ilmu hitam tersebut. Selain itu, kebanyakan masyarakat beranggapan, sihir hanya boleh dikenakan melalui makanan dan minuman. Sebaliknya ramai yang tidak terfikir ia boleh dilakukan melalui pelbagai perantaraan bomoh, dan pawang. Membincangkan tentang hubungan sihir dalam rumah tangga, Dr. Jahid mengatakan, selain menyebabkan pelbagai jenis penyakit misteri, penderitaan, emosi, gangguan perasaan, dan kematian, ia juga boleh menyebabkan rumah tangga bercerai-berai. Perkara ini jelas disebut di dalam al-Quran di dalam Surah al-Baqarah 102 bermaksud, Mereka menggunakan sihir itu untuk menceraikan antara seseorang dengan isterinya. Tambahan pula, Allah telah menegaskan, sihir hanya mendatangkan bahaya dan kemudaratan kepada manusia dan tidak member apa-apa kebaikan. Firman Allah, Dan mereka belajar apa yang membahayakan diri mereka dan tidak memberi manfaat kepada mereka. (Surah al-Baqarah-102)Dr. Jahid turut menegaskan, di dalam hal rumah tangga, majority perempuan ingin mengenakan lelaki atau mahukan suami orang lalu disihir isteri. Dengan harapan apabila isteri itu mati atau rumah tangga menjadi berpecah-belah, dia dapat mengambil tempat isteri. Lelaki kebanyakkan tidak sedar diri mereka disihir atau menjadi perantara sihir. 9 Banyak kes yang saya temui dan kadang-kadang mengalami kesukaran untuk dirawat apabila suami menjadi persinggahan sihir iaitu sihir dikenakan kepada suami untuk menyakiti isteri atau anak. Kesannya isteri atau anak yang mengalami sakit dan gangguan. Di dalam keadaan seperti ini punca utamanya kena dicari dan dirawat sebelum isteri atau anak dirawat.ujarnya.Jelas Dr. Jahid lagi, kebanyakkan perempuan menggunakan sihir untuk mengenakan suami orang dan mangsanya adalah isteri. Bermacam-macam penyakit yang boleh disebabkan oleh sihir seperti berkudis seluruh badan, bau hanyir, penyakit barah, tidak boleh tidur, panas badan, hilang selera, bertindak liar dan membunuh diri. Kesan sihir katanya lagi, amat buruk pada kehidupan manusia. Justeru, adalah lebih baik sekiranya diwujudkan akta mengenai undang-undang kesalahan jenayah sihir. Setakat ini ada beberapa fakulti undang-undang di university tempatan sudah mula melakukan kajian mengenai kesalahan jenayah sihir. Di dalam undang-undang jenayah Islam pun sudah ada hukumnya ahli sihir yang sabit kesalahannya dihukum bunuh,tegas Dr. Jahid.*Al-Islam, Jun 2010. 10 CARA MENGELAKKANNYA Berdasarkan Dr. Jahid, mereka yang telah terkena sihir sukar dikenal pasti oleh orang awam kecuali orang yang mahir di dalam perubatan Islam. Namun, sihir masih boleh dihindarkan oleh pasangan suami isteri dengan sentiasa berwaspada. Yang penting, jangan meninggalkan perkara yang wajib yang Allah perintahkan seperti yang dianjurkan di dalam Rukun Islam dan tinggalkan perkara yang Allah larang. Di samping itu, sering lakukan amalan sunat.Perbanyakkan berzikir, membaca al-Quran terutamanya ayat-ayat atau surah pilihan seperti al-Fatihah, berpuasa sunat Isnin dan Khamis, bersedekah, dan jangan putus asa walaupun sedikit. Selain itu, rajin-rajinlah buat solat taubat dan hajat dengan harapan Allah melindungi diri dari segala perbuatan jahat manusia, jin dan syaitan.Paling penting jangan mudah percaya kepada orang yang mengaku mengamalkan kaedah perawatan Islam. Jangan ingat asalkan tidak menggunakan kemenyan, dupa, telur, atau mantera, ia dikatakan Islam. Sekarang, keadaan sudah berubah. Dengan ayat al-Quran pun boleh dibuat sihir, begitu juga dengan zikir. Perlu tengok latar belakang orang yang mengubat. Kalau mengaku menggunakan kaedah perawatan Islam, orang itu mestilah seorang yang pakar atau ulama dalam hal-hal agama Islam, ujarnya.Dr. Jahid turut mengingatkan, terdapat teknik baru untuk mengaburi orang ramai. Antaranya sihir yang menggunakan ayat al-Quran dan didakwa sebagai perawatan Islam. Sesuatu yang masyarakat tidak tahu, syaitan sebenarnya tidak pernah takut pada ayat al-Quran tapi mereka takut pada hati manusia dan petir yang boleh membunuhnya.Seperkara lagi, jin, syaitan dan iblis takut pada benda yang paling masam dan masin sekali di dunia seperti cuka dan garam. Sebab itulah perubatan Islam banyak menggunakan garam dan cuka untuk merawat sihir, jelasnya. 11 Tambahnya lagi, bagi mangsa sihir, perkara yang paling baik dilakukan ialah mendapatkan ulama yang biasa memberi khidmat merawat penyakit rohani dan jasmani. Dan sekiranya boleh, carilah ulama yang seperti Nabi sebut di dalam hadisnya yang bermaksud, Sebaik-baik orang yang kamu dampingi ialah orang yang mengingatkan kamu kepada Allah, bila kamu melihatnya, bertambah ilmu kamu bila kamu mendengar percakapannya dan menggemarkan kamu kepada akhirat bila kamu lihat amal dan tingkah lakunya. *Bagi pembaca yang ingin mendapatkan khidmat perawatan Islam membuang sihir boleh hubungi Dr. Jahid, Pusat Rawatan Islam Manarah (019-3845666). SIHIR DALAM AL-QURAN KESELURUHANNYA al-Quran didapati tidak kurang dari 26 surah dengan 57 ayat membicarakan perihal sihir itu wujud di alam nyata, bukan khayalan atau tipu helah semata-mata. Antaranya : 1)Surah al-Baqarah: 102: Akan tetapi syaitan-syaitan itulah yang kufur, mereka mengajar kepada manusia ilmu sihir. 2)Surah Taa Ha: 69: Dan campakkanlah apa yang berada di tangan kananmu (wahai Musa) nescaya ia menelan segala apa yang mereka (ahli-ahli sihir Firaun) lakukan kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu adalah perlakuan tipu daya ahli sihir. 3)Surah Taa Ha: 70: Pakar-pakar sihir Firaun mengaku kalah dengan Musa seraya tunduk sujud kepada Musa tanda menyerah diri sambil berkata, Kami beriman dengan tuhan Harun dan Musa. 4)Surah al-Falak: 4: (Saya memohon perlindungan) daripada kejahatan tukang sihir (wanita) yang mengamalkan sihir menghembus-hembus pada simpulan-simpulan ikatan pada benang tali atau sebagainya. 5)Al-Araaf:116: Mereka itu (tukang sihir Firaun) mendatangkan sihir yang cukup hebat.*Sumber: Kertas kerja Datuk Dr. Haron Din, bertajuk: Sihir, kesannya kepada akidah dan bagaimana mengatasinya.12 SIHIR DALAM AS-SUNNAH 1.Aisyah r.a meriwayatkan hadis dengan katanya yang bermaksud, Rasulullah s.a.w.disihirkan sehingga menjadikan Rasulullah seolah-olah kebingungan, melakukan sesuatu akan tetapi seperti belum melakukannya. Baginda pun berdoa kepada Allah. Setelah itu, baginda bertanya kepadaku: Apakah kamu (Aisyah) merasai bahawa Allah telah menguji daku dengan sesuatu ? Ketika Rasulullah tertidur dua lelaki (malaikat) mendatanginya, seorang di sisi kepalanya dan seorang lagi di kakinya. Seorang bertanya kepada seorang lagi, Apa yang terkena kepada Muhammad ini? Dijawab, Dia disihir. Siapa yang melakukannya? Labeed Al-Aksam. Dilakukan dengan apa? Dengan perantaraan sikat rambut dan rambut yang terlekat pada sikat itu (dengan jampi mantera sihir). Diletakkan di mana? Di dalam perigi Zarwan. Rasulullah pergi melihat perigi tersebut dan pulang ke rumahnya. Riwayat Al-Bukhari dan Muslim.2.Dalam satu riwayat lain disebut: Rasulullah s.a.w. mendatangi perigi tersebut dengan beberapa orang sahabat dan menyuruh sahabat-sahabat turun ke dalam perigi itu dan mencari bahan sihir (sikat) itu dan dikeluarkan dan dimusnahkan. 3.Daripada Amir bin Saad bin Abi Waqas katanya: Saya mendengar Saad berkata: Saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda, Sesiapa yang makan pada waktu pagi tujuh biji kurma Ajwah, nescaya tidak akan dimudaratkan pada hari itu (keracunan atau kesihiran). *Sumber: Kertas kerja Datuk Dr. Haron Din, bertajuk: Sihir, kesannya kepada akidah dan bagaimana mengatasinya.

13 AYAT KEDUA PULUH SATU SYAITAN DAN AHLI SIHIRF b \Bb+ B v F b T1 \+ OBb P H` \ Tv . u ` T F B v+ NWn u ` T M O+ + OBb F b NW W h u TB nOBb NOBb Bv+ X D H` \ W P `Tu OBb \ 1B P1 N o N v+ P B v+ B u T v I W` DPA= uM f B u f M . n 1 WNM \ F u T 1+ B u n v B v O NW= 1 1N u OBb= + P B v+ : B1= 1 v I W= D M f ! +1 Bb P u I 1 + B v N M+ W 1P W fO+ F b u T u O=M+ % u Bb B v= O H. N .1Bbv OO` T. P 3 PO+ B v F b NW = 1 D P O F b B n u` T

102. dan mereka mengikuti apa[76] yang dibaca oleh syaitan-syaitan[77] pada masa kerajaan Sulaiman (dan mereka mengatakan bahwaSulaimanitumengerjakan sihir), Padahal Sulaiman tidakkafir (tidakmengerjakan sihir), hanya syaitan-syaitanlahyangkafir(mengerjakansihir).merekamengajarkansihirkepadamanusiadanapayang diturunkankepadaduaorangmalaikat[78]dinegeriBabilYaituHarutdanMarut,sedangkeduanyatidak mengajarkan(sesuatu)kepadaseorangpunsebelummengatakan:"SesungguhnyaKamihanyacobaan(bagimu), sebabitujanganlahkamukafir".MakamerekamempelajaridarikeduaMalaikatituapayangdengansihiritu, merekadapatmenceraikanantaraseorang(suami)denganisterinya[79].danmerekaitu(ahlisihir)tidakmemberi mudharatdengansihirnyakepadaseorangpun,kecualidenganizinAllah.danmerekamempelajarisesuatuyang tidakmemberimudharatkepadanyadantidakmemberimanfaat.Demi,Sesungguhnyamerekatelahmeyakini bahwaBarangsiapayangmenukarnya(kitabAllah)dengansihiritu,TiadalahbaginyaKeuntungandiakhirat,dan Amat jahatlah perbuatan mereka menjual dirinya dengan sihir, kalau mereka mengetahui. [76] Maksudnya: Kitab-Kitab sihir. [77]Syaitan-syaitanitumenyebarkanberita-beritabohong,bahwaNabiSulaimanmenyimpanlembaran-lembaran sihir (Ibnu Katsir). [78] Para mufassirin berlainan Pendapat tentang yang dimaksud dengan 2 orang Malaikat itu. ada yang berpendapat, merekabetul-betulMalaikatdanadapulayangberpendapatorangyangdipandangsalehsepertiMalaikatdanada pula yang berpendapat dua orang jahat yang pura-pura saleh seperti malaikat. [79]Berbacam-macamsihiryangdikerjakanorangYahudi,sampaikepadasihiruntukmencerai-beraikan masyarakat seperti mencerai-beraikan suami isteri. 14 MENGENALI AHLI SIHIR1.Pengakuannyabahawa dia mengamalkan sihir (ikrar) 2.Persahabatan manusia dengan jin (makhluk halus) seperti ada makhluk yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar membawa sesuatu kepadanya di hadapan mata yang melihat seperti membawa bunga atau herba atau senjata-senjata lama, batu permata dan sebagainya. 3.Terbukti bahawa seseorang itu Arraf atau Kaahin atau Munajjim tukang nujum.4.Ada peralatan yang sedang digunakannya (bukan disimpan) yang pada kebiasaannya digunakan oleh ahli-ahli sihir Malaysia seperti perasap kemenyan dengan tengkorak manusia atau haiwan dengan jampi mantera yang tidak difahami maksudnya.5.Menggunakan alat-alat tertentu seperti pinggan-pinggan dan mangkuk lama khusus untuk menilik nasib atau untuk mengetahui sesuatu yang ghaib.6. Menggunakan tangkal-tangkal azimat atau rajah-rajah sihir untuk dipakai atau digantung atau diletakkan di tempat-tempat tertentu. 7.Mengajar dan mengamalkan ilmu yang menghasilkan perkara-perkara ganjil yang mencarik adat seperti ilmu kebal atau ilmu yang boleh melukakan (bedah penyakit) akan tetapi boleh disembuhkan segera tanpa kesan parut.8.Terbukti ada dalam simpanan seseorang itu bahan-bahan bertulis bahawa itu adalah amalan sihir yang diamalkannya atau diajarkannya kepada muridnya. 9.Menghina sesuatu yang suci dalam Islam seperti memijak al-Quran atau menulis ayat-ayat al-Quran dengan najis-najis tertentu atau menulis ayat-ayat al-Quran dengan mengubahnya berbagai-bagai cara. 10.Memuja makhluk halus dengan menghidangkan jamuan tertentu kepadanya dan meminta tolong daripadanya dan lain-lain. *Sumber: Kertas kerja Datuk Dr. Haron Din bertajuk Sihir : Kesannya Kepada Akidah dan Bagaimana Mengatasinya. 15 PENUTUP Kesimpulannya,sihiradalahsesuatuyangsangatjahatdanmampudigunakan untukmenganayaioranglainyangtidakbersalahseterusnyamembawakepadamaut. Sihir memberi banyak keburukan sama ada kepada pengamalnya dan orang yang terkena sihir.Syirikadalahsalahsatuperkarayangdimurkaikeranaiaadalahperbuatanyang mensyirikkan Allah dengan sesuatu yang lain dan mencemarkan agama Islam itu sendiri.Keluargayangbahagiamampubercerai-beraidisebabkanolehsihiryang dikenakansamaadakeranamenginginkansuamiatauisterinya.Anakanakmenjadi mangsa dan terbiar kerana tidakmendapat pendidikan dan kasihsayangyang sempurna. Pengamalnya pula akan mendapat kemurkaan Allah dan balasan yang pedih sama ada di duniamahupunhariakhirat.Syirikadalahsalahsatuperkarayangdimurkaikeranaia adalahperbuatanyangmensyirikkanAllahdengansesuatuyanglaindanmencemarkan agama Islam itu sendiri. Terdapatbanyakcarauntukkitamenjauhisihirdanmengatasinyadalam kehidupan seharian. Apa yang penting ialah sentiasa mentaati dan melaksanakan perintah Allahyangtelahdiwajibkankepadakitasepertisolatlimawaktu,membayarzakat, berpuasapadabulanRamadhandanbeberapaperkarasunatiaitumembacaal-Quran, berzikir,dansebagainya.JauhilahperkarayangdilarangdandimurkaiAllahseperti mencuri, mengumpat dan membenci sesama saudara. Perkara ini mampu mendorong kita ke arah keburukan dan penyakit hati yang teruk. Satu persoalan yang masih belum terjawab sehingga kini ialah mampukah sihir itu sendirididakwadimahkamah?Adakahsemudahituuntukmendakwamerekayang terlibat?Pelbagaipersoalantimbulapatahlagiapabilaiamenyentuhsoalpembuktian. Jadi,ahlisihirdiluarsanaakanterusbermaharajalelatanpabatasankeranamereka berasa selamat apabila mengenakan sihir mereka kepada orang yang tidak bersalah. 16 RUJUKAN 1.MuhammadAl-Sayim,45Ayatal-Quran,PenghalangSihirSyaitan,JasminEnterprise, 2005M/1426 H, hlmn 100, syaitan dan ahli sihir. 2.Merawat Kemasukan Jin Dan Histeria, SyeikhAbdussalam, Bali, penerbit Pustaka Ilmi, percetakan Putrajaya Sdn. Bhd. Haram meminta pertolongan kepada Jin, hlmn 107. 3.Focus oleh Norimanah Seman dan Nor Shamsinor Baharin, Majalah Al-Islam, Jun 2010, Mengenali Sihir, hlmn 13.4.Surah Al-Baqarah, ayat 102. Al-Quran Resm Uthmani.5.krulnuox.blogspot.com, isyraq.wordpress.com. 17 LAMPIRAN Contoh pemujaan ilmu sihir. Contoh kemenyan yang digunakan dalam ilmu sihir.