siaran media - · pdf filemasyarakat dapat memanfaatkan kemudahan untuk memberi ... amalan...

3
Komunikasi Korporat Kumpulan Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22 Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Telefon 03 2088 8000 Faks 03 2088 7977 www.bankislam.com.my BANK ISLAM MELANCARKAN TERMINAL ‘E-DONATION’ MELALUI VISA PAYWAVE PERTAMA DI MALAYSIA MEMBOLEHKAN PARA PENGGUNA VISA PAYWAVE MEMBERI SUMBANGAN SECARA ELEKTRONIK MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KAD TANPA SENTUH KUALA LUMPUR, Khamis, [14 Januari 2016]: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank Islam) hari ini melancarkan produk inovasi terbaharunya, “Terminal ‘e-Donationmelalui Visa PayWave” iaitu sebuah platform dimana sumbangan boleh dibuat melalui kaedah elektronik kad tanpa sentuh menggunakan Kad Debit/Kredit yang dilengkapi ciri payWave. Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Y.Bhg. Dato’ Sri Zukri Samat yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Y.Bhg. Dato’ Haji Razali bin Shahabudin; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji Paimuzi Yahya dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Encik Ng Kong Boon di Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur. Sebagai institusi perbankan Islam yang pertama di Malaysia, Bank Islam amat bangga menjadi perintis dalam merealisasikan penyediaan perkhidmatan sumbangan melalui kaedah kad tanpa sentuh yang pertama seumpamanya di Negara ini. Melalui platform ini, masyarakat dapat memanfaatkan kemudahan untuk memberi sumbangan menggunakan terminal yang disediakan oleh Bank Islam dan Visa Malaysia. Terminal ‘e-Donation’ melalui Visa PayWave ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh jemaah masjid kerana urusan sumbangan mereka boleh dilakukan dengan mudah dan cepat, serta mengurangkan keperluan membawa wang tunai ke masjid. Secara tidak langsung, kemudahan elektronik ini juga turut membantu mengurangkan pengurusan tunai bagi pihak masjid serta dapat mengurangkan risiko kecurian dan rompakan tunai di masjid. SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Upload: votu

Post on 06-Feb-2018

230 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIARAN MEDIA -  · PDF filemasyarakat dapat memanfaatkan kemudahan untuk memberi ... amalan tanggungjawab korporat adalah salah satu asas ... Masjid Wilayah Persekutuan, pihak

Komunikasi Korporat Kumpulan

Tingkat 31, Menara Bank Islam

No. 22 Jalan Perak

50450 Kuala Lumpur

Telefon 03 2088 8000

Faks 03 2088 7977

www.bankislam.com.my

BANK ISLAM MELANCARKAN TERMINAL ‘E-DONATION’

MELALUI VISA PAYWAVE PERTAMA DI MALAYSIA

MEMBOLEHKAN PARA PENGGUNA VISA PAYWAVE MEMBERI SUMBANGAN SECARA ELEKTRONIK MENGGUNAKAN TEKNOLOGI KAD TANPA SENTUH

KUALA LUMPUR, Khamis, [14 Januari 2016]: Bank Islam Malaysia Berhad (Bank

Islam) hari ini melancarkan produk inovasi terbaharunya, “Terminal ‘e-Donation’ melalui

Visa PayWave” iaitu sebuah platform dimana sumbangan boleh dibuat melalui kaedah

elektronik kad tanpa sentuh menggunakan Kad Debit/Kredit yang dilengkapi ciri payWave.

Pelancaran tersebut telah disempurnakan oleh Pengarah Urusan Bank Islam, Y.Bhg.

Dato’ Sri Zukri Samat yang turut disertai oleh Timbalan Ketua Pengarah, Pembangunan

Insan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Y.Bhg. Dato’ Haji Razali bin

Shahabudin; Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Tuan Haji

Paimuzi Yahya dan Pengurus Negara Visa Malaysia, Encik Ng Kong Boon di Masjid

Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur.

Sebagai institusi perbankan Islam yang pertama di Malaysia, Bank Islam amat bangga

menjadi perintis dalam merealisasikan penyediaan perkhidmatan sumbangan melalui

kaedah kad tanpa sentuh yang pertama seumpamanya di Negara ini. Melalui platform ini,

masyarakat dapat memanfaatkan kemudahan untuk memberi sumbangan menggunakan

terminal yang disediakan oleh Bank Islam dan Visa Malaysia.

Terminal ‘e-Donation’ melalui Visa PayWave ini boleh dimanfaatkan sepenuhnya oleh

jemaah masjid kerana urusan sumbangan mereka boleh dilakukan dengan mudah dan

cepat, serta mengurangkan keperluan membawa wang tunai ke masjid. Secara tidak

langsung, kemudahan elektronik ini juga turut membantu mengurangkan pengurusan

tunai bagi pihak masjid serta dapat mengurangkan risiko kecurian dan rompakan tunai di

masjid.

SIARAN MEDIA Untuk Siaran Segera

Page 2: SIARAN MEDIA -  · PDF filemasyarakat dapat memanfaatkan kemudahan untuk memberi ... amalan tanggungjawab korporat adalah salah satu asas ... Masjid Wilayah Persekutuan, pihak

2

Bagi Bank Islam, amalan tanggungjawab korporat adalah salah satu asas terpenting yang

menyokong pertumbuhan perniagaannya. Ia memberi motivasi kepada pihak Bank untuk

menyumbang kembali kepada masyarakat yang telah banyak menyokong perkhidmatan

dan produk Bank Islam. Penyediaan terminal ini adalah salah satu inisiatif tanggungjawab

korporat dimana pihak Bank menyediakannya secara percuma dan tidak mengenakan

sebarang caj kepada pihak masjid serta para penyumbang.

Pengarah Urusan Bank Islam, Dato’ Sri Zukri Samat, berkata, “Bank Islam hari ini

menempatkan dua unit Terminal ‘e-Donation’ melalui Visa PayWave di Masjid Wilayah

Persekutuan, Kuala Lumpur secara percuma. Ini adalah untuk memupuk budaya

menderma di kalangan masyarakat Malaysia, terutamanya jemaah masjid. Usaha kami

juga bukanlah terhenti setakat di fasa satu ini sahaja. Pihak Bank merancang untuk

menempatkan lebih banyak terminal seumpama ini di masjid-masjid utama di setiap

negeri termasuk Sabah dan Sarawak. Bagi tahun 2016, sasaran permulaan kami adalah

sebanyak 10 masjid di seluruh Negara.”

“Sejak kami memperkenalkan payWave sebagai ciri tambahan kad debit kami pada bulan

April 2015, sejumlah 200,000 kad telah dikeluarkan setakat Disember 2015. Sasaran kami

bagi tahun 2016 adalah pengeluaran sebanyak 600,000 kad debit payWave yang

diharapkan dapat menyumbang kepada peningkatan jumlah sumbangan di masjid-

masjid,” tambah beliau.

Encik Ng Kong Boon, Pengurus Negara Visa Malaysia yang turut hadir pada majlis ini

berkata, “Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan Bank Islam untuk membolehkan

para pemegang kad di Malaysia membuat sumbangan kepada masjid-masjid melalui Visa

payWave. Kami percaya bahawa penggunaan kaedah ini adalah lebih mudah untuk para

pemegang kad di Malaysia, dimana ia dapat memudahkan mereka daripada membawa

wang tunai untuk membuat sumbangan. Ini juga membawa kita selangkah lebih dekat ke

arah mencapai matlamat kerajaan untuk menjadikan masyarakat Malaysia sebagai

sebuah masyarakat tanpa tunai. Setakat ini, Visa Malaysia mempunyai lebih daripada 2.5

juta pemegang kad Visa payWave dalam edaran dengan kadar penerimaan yang semakin

meningkat. Setakat November 2015, kami menyaksikan pertumbuhan sebanyak 250

peratus tahun ke tahun dalam jumlah bayaran untuk transaksi yang menggunakan Visa

payWave.”

Page 3: SIARAN MEDIA -  · PDF filemasyarakat dapat memanfaatkan kemudahan untuk memberi ... amalan tanggungjawab korporat adalah salah satu asas ... Masjid Wilayah Persekutuan, pihak

3

Dato’ Sri Zukri Samat juga mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Jawatankuasa

Masjid Wilayah Persekutuan, pihak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI)

dan pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) serta kesemua pihak yang telah

berusaha menjayakan pelaksanaan perkhidmatan ini. Usaha sama ini diharapkan dapat

menjadi contoh dan dorongan untuk menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan pihak-

pihak lain demi memberi manfaat kepada masyarakat.

Untuk maklumat lanjut, layari www.bankislam.com.my

Mengenai Bank Islam

Bank Islam Malaysia Berhad, anak syarikat kepada BIMB Holdings Berhad ditubuhkan pada 1983 sebagai Bank Islam pertama di Malaysia. Sehingga kini, Bank Islam mempunyai 144 cawangan dan lebih daripada 1200 terminal layan diri di seluruh negara. Bagi memenuhi keperluan kewangan masyarakat Malaysia umumnya, Bank Islam menawarkan lebih daripada 70 produk dan perkhidmatan perbankan berlandaskan Syariah untuk memenuhi keperluan orang Islam dan bukan Islam. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai produk dan perkhidmatan Bank Islam, sila lawati www.bankislam.com.my atau hubungi Pusat Panggilan Bank Islam di talian 03-26 900 900.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Wan Norkhairi Wan Samad Ketua, Komunikasi Korporat Kumpulan Bank Islam Malaysia Berhad Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel: 03-2782 1232 Mobile: 019-339 4491 Faks: 03-2088 7977 Emel: [email protected] Web: www.bankislam.com.my

Omar Atin Komunikasi Korporat Kumpulan BIMB Holdings Berhad Tingkat 31, Menara Bank Islam No. 22, Jalan Perak 50450 Kuala Lumpur Tel.: 03-2781 2943 Mobile: 019-391 9144 Faks: 03-2088 7977 Emel: [email protected] Web: www.bimbholdings.com