siaran akhbar - banjir; operasi 50 pencawang elektrik · pdf file“langkah itu perlu...

1
SIARAN AKHBAR PRESS STATEMENT S.A 2017/01/11 (HQ) BANJIR: OPERASI 50 PENCAWANG ELEKTRIK TNB DI PAHANG DAN JOHOR DIHENTIKAN Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan sementara bekalan elektrik untuk sejumlah 50 buah pencawang elektrik (PE) di kawasan dilanda banjir di Pahang dan Johor setakat jam 12 tengah hari, hari ini. Menurut Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan Mahmood jumlah itu termasuk 44 di Pahang dan enam lagi di beberapa kawasan di Johor. “Langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas. Bekalan elektrik akan segera disambung semula sebaik ia selamat dilakukan.” Penghentian sementara operasi pencawang-pencawang elektrik berkenaan membabitkan 3,307 pengguna berdaftar di Pahang dan 328 lagi di Johor. Wan Nazmy berkata, operasi bagi 18 buah PE dan tiga buah PE di Pahang dan Johor telah pun pulih dan beroperasi seperti sedia kala. Bilik gerakan banjir TNB di kedua-dua negeri terbabit juga telah dibuka bagi memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik. “Orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik,” kata Wan Nazmy lagi. Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada jam 4.00 petang, 26 Januari 2017 Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Nor Hanim Idris (019-2617617) / Mohd Syafiq Khairul Salleh (013-3432346) / Norfadzilah Sha'ary (019-3369681) / Puti Mazlina Mashudi (013-3642727) [email protected]

Upload: vonguyet

Post on 12-Feb-2018

253 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SIARAN AKHBAR - BANJIR; OPERASI 50 PENCAWANG ELEKTRIK · PDF file“Langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas. Bekalan elektrik akan segera disambung semula

SIARAN AKHBAR

PRESS STATEMENT

S.A 2017/01/11 (HQ)

BANJIR: OPERASI 50 PENCAWANG ELEKTRIK TNB

DI PAHANG DAN JOHOR DIHENTIKAN

Tenaga Nasional Berhad (TNB) menghentikan sementara bekalan elektrik untuk

sejumlah 50 buah pencawang elektrik (PE) di kawasan dilanda banjir di Pahang dan

Johor setakat jam 12 tengah hari, hari ini.

Menurut Pengurus Besar Kanan (Distribution Network) TNB, Wan Nazmy Wan

Mahmood jumlah itu termasuk 44 di Pahang dan enam lagi di beberapa kawasan di

Johor.

“Langkah itu perlu dilakukan bagi mengelakkan kejadian litar pintas. Bekalan

elektrik akan segera disambung semula sebaik ia selamat dilakukan.”

Penghentian sementara operasi pencawang-pencawang elektrik berkenaan

membabitkan 3,307 pengguna berdaftar di Pahang dan 328 lagi di Johor.

Wan Nazmy berkata, operasi bagi 18 buah PE dan tiga buah PE di Pahang dan Johor

telah pun pulih dan beroperasi seperti sedia kala.

Bilik gerakan banjir TNB di kedua-dua negeri terbabit juga telah dibuka bagi

memantau keadaan dan menyalurkan maklumat terkini mengenai bekalan elektrik.

“Orang ramai boleh menghubungi talian TNB CareLine di 15454 bagi mendapatkan

maklumat lanjut mengenai perkhidmatan dan bekalan elektrik,” kata Wan Nazmy

lagi.

Dikeluarkan di Kuala Lumpur pada jam 4.00 petang, 26 Januari 2017

Untuk sebarang pertanyaan media, sila hubungi Nor Hanim Idris (019-2617617) / Mohd Syafiq Khairul Salleh (013-3432346) / Norfadzilah Sha'ary (019-3369681) /

Puti Mazlina Mashudi (013-3642727) [email protected]