sholat.docx

18
PENGERTIAN SOLAT Solat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi bahasa, solat bermaksud perkataan- perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di alam sholat dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sholat dikenali sebagai rukun fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy. WAKTU SHOLAT Waktu sholat fardhu lima waktu yaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud: “Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersholat Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (yaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersholat bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sholat Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sholat adalah di antara waktu ini.” Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut: 1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), yaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.

Upload: feby-lailani

Post on 17-Jan-2016

10 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

agama islam

TRANSCRIPT

Page 1: sholat.docx

PENGERTIAN SOLATSolat dari segi bahasa bermaksud doa atau doa dengan sesuatu kebaikan. Dari segi bahasa, solat bermaksud perkataan-perkataan dan perbuatan-perbuatan yang dimulai dengan takbir beserta niat dan diakhiri dengan salam dengan syarat-syarat tertentu. Perkataan-perkataan di alam sholat dikenali sebagai rukun qawliyy. Manakala perbuatan-perbuatan di dalam sholat dikenali sebagai rukun fi‘liyy dan perlakuan selain daripada perkataan dan perbuatan dikenali sebagai rukun qalbiyy.

WAKTU SHOLATWaktu sholat fardhu lima waktu yaitu Zuhur, ‘Asar, Maghrib, ‘Isya’ dan Subuh telah dinyatakan dengan terperinci dari awal hingga akhir oleh Sunnah Nabi. Secara umumnya, waktu-waktu itu telah dinyatakan oleh Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam melalui sabdanya yang bermaksud:“Jibril telah mengimami saya sebanyak dua kali. Beliau bersholat Zuhur bersamaku ketika tergelincir matahari dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu benda telah sama panjangnya dengan sesuatu itu, dan Maghrib ketika terbenam matahari dan ‘Isya’ ketika terbenam syafaq (yaitu cahaya merah) dan Subuh ketika terbit fajar. Pada keesokan harinya, Jibril bersholat bersama saya solat Zuhur ketika bayang-bayang sesuatu berada sepanjangnya dan ‘Asar ketika bayang-bayang sesuatu berkedudukan dua kali panjangnya dan Maghrib ketika orang berbuka puasa dan ‘Isya’ ketika sepertiga malam dan Subuh ketika menguning cahaya pagi. Kemudian Jibril berkata: Inilah waktu sholat Nabi-Nabi sebelum engkau. Waktu sholat adalah di antara waktu ini.” Secara terperincinya, waktu-waktu bagi setiap solat fardhu adalah seperti berikut:1. Waktu Zuhur bermula dengan tergelincir matahari (zawal), yaitu matahari condong daripada tengah-tengah langit ke arah barat dengan keadaan sesuatu benda mempunyai sedikit bayang ketika matahari terpacak dan matahari mula condong ke arah barat. Waktu Zuhur berakhir apabila bayang sesuatu benda menjadi sama panjang dengannya.2. Waktu ‘Asar (solat al-wusta) bermula dengan berakhirnya waktu Zuhur, yaitu apabila bayang sesuatu benda yang sama panjang dengan benda itu mula bertambah dengan pertambahan yang paling minimum. Ia berakhir dengan terbenamnya matahari.3. Waktu Maghrib, ia bermula dengan terbenam matahari dan berterusan sehingga hilang cahaya syafaq (cahaya merah) dengan tidak kelihatan sedikitpun kesannya.4. Waktu ‘Isya’ bermula dengan tamatnya waktu Maghrib, yaitu hilang syafaq ahmar (cahaya merah) dan berterusan hingga munculnya fajar sadiq, yaitu beberapa ketika sebelum naik fajar.5. Waktu Subuh bermula dengan muncul fajar sadiq dan berterusan hinggalah naik matahari (syuruq). Fajar sadiq ialah cahaya putih yang menyerlah mengikut garis lintang ufuk.

SYARAT-SYARAT SOLATSyarat dalam sholat terbahagi kepada dua yaitu syarat taklif atau dikenali sebagai syarat wajib dan syarat sah atau tunai.SYARAT WAJIB SOLATSyarat wajib ialah sesuatu yang bergantung kepadanya ketentuan wajib atau tidaknya sholat ke atas seseorang. 

Page 2: sholat.docx

Syarat-syarat wajib dalam sholat adalah seperti berikut:1. Beragama Islam.2. Baligh.3. Berakal.4. Suci daripada haidh dan nifas.5. Selamat salah satu anggota deria sama ada pendengaran atau penglihatan. Sholat tidak wajib ke atas orang yang dilahirkan buta dan pekak.6. Sampai seruan agama Islam. Sholat tidak wajib kepada mereka yang tinggal terpencil dan tidak pernah berjumpa dengan pendakwah Islam.

SYARAT SAH SOLATSyarat sah sholat adalah syarat yang menentukan kesahihan sesuatu sholat atau dengan kata lain kesahihan sesuatu sholat bergantung kepadanya. Syarat-syarat sah sebahyang adalah seperti berikut:1. Suci daripada hadath kecil dan besar.2. Suci tempat, pakaian dan tubuh badan daripada sebarang najis yang tidak dimaafkan.3. Mengetahui tentang masuknya waktu sholat sama ada dengan yakin atau jangkaan melalui ijtihad atau bertaqlid kepada orang yang tahu mengenainya.4. Menutup aurat.5. Menghadap ke arah qiblat (Ka‘bah).

RUKUN SOLATSholat sama ada fardhu atau sunat mestilah memenuhi tiga belas rukun yang utama seperti berikut:1. Berdiri tegak dengan tidak condong atau miring hinggakan sampai ke tahap ruku‘ tanpa keuzuran bagi mereka yang berkuasa berbuat demikian dalam sholat fardhu. Dalam sholat sunat, berdiri tegak tidak diwajibkan sebaliknya hukumnya hanyalah sunat.2. Niat dalam hati ketika melakukan takbiratul ihram dengan memusatkan qasad hendak melakukan sholat sambil mengingati jenis dan bentuknya sama ada fardhu atau sunat.

3. Takbiratul ihram. Cara takbir dilakukan ialah dengan lafaz  . 4. Membaca Al-Fatihah. Ia adalah rukun pada setiap raka‘at semasa berdiri atau kedudukan lain sebagai gantiannya dalam semua jenis sholat. Syarat-syaratnya adalah:5. Ruku‘, yaitu tunduk dengan kadar membolehkan dua tapak tangannya boleh sampai kepada kedua-dua lutut. Ini yang paling kurang dan sebaik-baiknya tunduk hinggakan belakangnya sama dengan tengkuk dan menegakkan dua betis dan memegang lutut dengan tangan sambil jari-jari mencengkamnya. Syarat-syarat ruku‘ ialah tunduk dengan kadar yang dinyatakan yaitu sampai dua tapak tangan ke lutut tanpa diniatkan ruku‘ itu perkara lain selain sholat, dan dengan tama’ninah yaitu berterusan ruku‘ dengan keadaan tenang sekadar membaca satu tasbih.

Page 3: sholat.docx

6. I‘tidal selepas ruku‘. I‘tidal bermaksud bangkit daripada ruku‘ dan kembali kepada keadaan berdiri atau gantiannya beserta dengan tama’ninah. Syarat-syaratnya ialah dilakukan tanpa tujuan lain selain mendirikan sholat, dilakukan dengan tama’ninah dengan kadar sekurang-kurangnya bacaan satu tasbih dan tidak terlalu panjang melebihi tempoh bacaan Al-Fatihah kerana ia adalah rukun pendek.7. Sujud dua kali dalam setiap raka‘at. Maksud sujud ialah sentuhan dahi orang yang bersholat ke tempat sujud. Tuma’ninah seraya membaca

8. Duduk antara dua sujud. Caranya ialah duduk dengan sama rata beserta tuma’ninah pada setiap raka‘at sama ada sholat secara berdiri atau tidak. Bacaan duduk tasyahud:

9. Duduk tahiyyat akhir yang disusuli selepasnya oleh salam. Ia dilakukan pada raka‘at akhir setiap sholat dan perlu untuk membaca zikir wajib yaitu tasyahhud. Cara duduk yang sunat ialah secara tawarru‘, yaitu duduk dengan dikeluarkan kaki kiri dari sebelah kanannya dan pangkal peha diletakkan di atas tanah, dan menegakkan kaki kanan serta mengeluarkan kaki kiri dari bawah kaki kanan dan menekan jari kaki kanan ke atas bumi (melipatkannya) supaya hujung jari kaki kanan itu menghala ke qiblat.10. Membaca tasyahhud semasa duduk kali terakhir. Lafaz tasyahhud yang sempurna ialah seperti berikut:

11. Salawat ke atas Nabi Muhammad sallallahu ‘alayhi wasallam selepas tasyahhud (tahiyyat akhir) semasa duduk kali terakhir.

12. Salam dilakukan 2 kali dengan menengok ke kanan lalu ke kiri.

13. Tertib di antara semua rukun sholat tanpa mendahulukan rukun yang sepatutnya dikemudiankan.

Page 4: sholat.docx

PERKARA MAKRUH DALAM SHOLATMakruh mengikut jumhur ulama’ bermaksud tanzihiyyah, yaitu sesuatu yang patut dielakkan. Jika seseorang melakukan sholat secara makruh, maka sebaiknya dia hendaklah melakukannya semula sekiranya waktu masih ada. Secara umumnya, ukuran dalam menentukan sesuatu perkara makruh ialah setiap perbuatan dan perkara yang bertentangan dengan As-Sunnah.Antara perkara-perkara makruh dalam sholat ialah seperti berikut:1. Meninggalkan sesuatu perkara sunat dalam sholat dengan sengaja.2. Melakukan bacaan yang menyonsang dari susunan yang ada dalam Al-Qur’an.3. Membaca dalam raka‘at kedua bacaan surah yang lebih panjang daripada yang dibaca dalam raka‘at pertama.4. Mengulangi pembacaan surah yang sama dalam satu raka‘at yang sama atau dalam dua raka‘at.5. Melakukan sesuatu yang tidak bermakna dengan tangannya tanpa ada sebab yang perlu.6. Memejamkan kedua-dua mata semasa sholat tanpa keperluan.7. Berpaling dengan dada masih menghadap qiblat ketika sholat tanpa sebarang sebab.8. Berdiri sebelah kaki atau mengangkat sebelah kaki lalu disandarkan kepada kaki satu lagi.9. Bersholat dalam keadaan menahan keinginan untuk membuang air kecil, air besar atau menahan daripada terkentut.10. Mengerjakan sholat dalam keadaan bersandar ke dinding atau sebagainya.11. Membaca surah atau ayat dalam dua raka‘at akhir sholat fardhu kecuali ma’mum yang masbuq yang ketinggalan raka‘at pertama dan kedua.12. Membaca nyaring di tempat yang sepatutnya perlahan atau sebaliknya.13. Menghamparkan kedua belah lengan semasa sujud seperti yang dilakukan oleh singa.14. Mengerjakan sholat dengan menggunakan pakaian harian atau pakaian untuk bekerja sekiranya mempunyai pakaian yang lain.15. Sholat tanpa berbaju sedangkan dia mampu memakainya.16. Bersholat dengan pakaian yang terlukis dengan gambar binatang ataupun manusia.17. Mengerjakan sholat di tempat-tempat seperti bilik mandi, pasar, tempat lalu lalang, kubur, gereja, tempat buangan sampah, tempat penyembelihan dan kandang binatang.

PERKARA YANG MEMBATALKAN SOLATSholat akan terbatal apabila seseorang yang bersholat melakukan salah satu daripada perkara-perkara berikut:1. Percakapan yang disengajakan selain Al-Qur’an, zikir dan doa. Percakapan yang membatalkan itu sekurang-kurangnya terdiri daripada dua huruf atau lebih sekalipun tidak difahami maknanya. Begitu juga jika hanya satu huruf tetapi difahami maknanya.2. Melakukan perbuatan atau pergerakan luaran yang banyak (lebih tiga kali) dan berurutan.3. Gugur salah satu daripada syarat-syarat sholat. Antaranya:a) Berlaku hadath sama ada kecil atau besar sebelum salam pertama secara sengaja atau tidak kecuali hadath yang berterusan seperti seorang yang berpenyakit buasir serius.b) Terkena najis yang tidak dimaafkan sama ada pada badan, pakaian atau tempat sholat tanpa sempat dibuang atau dielakkan serta merta sebelum berlalu tempoh tama’ninah yang paling minima.

Page 5: sholat.docx

c) Aurat terbuka secara sengaja walaupun ditutup serta merta atau tidak sengaja tetapi sempat menutupnya serta merta.d) Dada terpesong daripada qiblat dalam keadaan sedar.e) Orang yang bersholat menjadi gila, pengsan atau mabuk semasa melakukannya.4. Berlaku kepincangan pada salah satu rukun sholat seperti dalam keadaan berikut:a) Mengubah niat dengan berazam untuk keluar daripada sholat atau menggantungkan tamat sholat dengan sesuatu perkara.b) Syak pada niat, takbiratul ihram atau pada jenis sholat yang diniatkan.c) Merasa ragu-ragu atau syak sama ada telah memutuskan sholat atau tidak.d) Sesuatu rukun diputuskan dengan sengaja seperti melakukan i‘tidal sebelum sempurna ruku‘ secara tama’ninah.e) Menambah mana-mana rukun dengan sengaja seperti menambah ruku‘ atau sujud.f) Memanjangkan rukun yang pendek dengan sengaja.5. Makan dan minum semasa sholat dengan banyak melebihi uruf.6. Ketawa, berdehem, menangis, mengerang kesakitan yang dilakukan dengan sengaja hingga mengeluarkan bunyi yang jelas sekadar dua huruf sekalipun tidak difahami.7. Murtad walaupun dalam bentuk gambaran kasar bukannya secara hukmi.

MACAM-MACAM SOLATSolat terbahagi secara umumnya kepada dua jenis sahaja yaitu solat fardhu dan solat sunat. Solat Juma‘at juga merupakan salah satu solat fardhu tetapi ia disyari‘atkan bagi menggantikan solat Zuhur kepada golongan tertentu. Solat fardhu juga kadangkala dilakukan semasa bermusafir dan cara-caranya lebih berbentuk fleksibel. Sementara solat sunat nafilah mempunyai banyak jenis dan bentuknya.

SOLAT FARDHUBentuk Solat FardhuSolat fardhu mempunyai beberapa bentuk ketika hendak melakukannya, yaitu:1. Solat Berjama‘ah.2. Solat Juma‘at.3. Solat Musafir.4. Solat Khauf.

SHOLAT BERJAMA‘AHSholat berjama‘ah bermaksud menggabungkan sholat ma’mum dengan sholat imam. Jama‘ah terhasil dengan bilangan dua orang atau lebih. Hukumnya adalah fardhu kifayah kecuali sholat Juma‘at. Oleh itu, ia mesti dilakukan oleh sekumpulan penduduk dalam sesebuah tempat atau kawasan. Namun demikian, terdapat beberapa keuzuran yang dibenarkan syara‘ untuk tidak menghadirkan diri ke masjid bagi mendirikan sholat berjama‘ah seperti berikut:1. Keuzuran umum seperti hujan, angin yang kuat pada waktu malam, jalan terlalu becak dan berlumpur.2. Keuzuran khusus seperti sakit, keadaan yang terlalu lapar dan dahaga, takut kepada orang yang akan melakukan kezaliman ke atas diri dan hartanya, ketika menahan diri daripada

Page 6: sholat.docx

berlaku hadath (kecil) disebabkan kencing dan buang air besar. Begitu juga seseorang yang makan makanan yang berbau busuk, atau berpakaian dengan pakaian yang kotor dan berbau yang boleh mengganggu orang lain.

Syarat Imam1. Imam bukanlah seorang ummi yang tidak betul bacaan al-fatihah, cacat dari segi sebutan, ketiadaan syaddah dan sebagainya, sedangkan ma’mum lebih baik daripadanya.2. Imam bukan dari kalangan wanita jika ma’mumnya lelaki.3. Imam yang hendak diikuti itu bukanlah sebagai pengikut kepada imam lain.Cara mengikut Imam1. Ma’mum hendaklah tidak berada di hadapan imam. Makruh sekiranya ma’mum berdiri selari dengan imam, tetapi yang sunatnya ialah di belakang sedikit dari imam. Ukuran yang diambilkira sama ada berada di hadapan atau di belakang ialah tumit kaki.2. Ma’mum hendaklah mengikut imam dengan tidak mendahului takbiratul ihram imam. Hukumnya makruh jika dilakukan serentak dengan imam pada selain takbiratul ihram.3. Ma’mum hendaklah mengikuti perbuatan imam dalam semua perpindahan dari satu rukun kepada satu rukun yang berbentuk perbuatan (rukun fi‘liyy) dengan keadaan perbuatan ma’mum hendaklah terkemudian daripada imam, melainkan jika ada keuzuran seperti bacaannya lambat, maka dia boleh tertinggal daripada mengikut imam dengan tiga rukun yang panjang.4. Ma’mum hendaklah mengetahui perpindahan imam dari satu rukun ke satu rukun sama ada dengan melihatnya atau melihat sesetengah daripada saf atau mendengar suara imam atau muballigh (penyampai takbir imam).5. Jarak tempat antara ma’mum dan imam itu hendaklah tidak terlalu jauh jika kedua-duanya sholat di luar masjid. Jika sholat didirikan dalam masjid, maka ikutan ma’mum itu sah walau sejauh mana sekalipun jarak antara kedua-duanya.6. Ma’mum hendaklah berniat berjama‘ah atau mengikut imam ketika takbiratul ihram.

SHOLAT JUMA‘ATSholat Juma‘at telah difardhukan di Makkah sejurus sebelum Nabi berhijrah ke Madinah. Rasulullah sallallahu ‘alayhi wasallam juga menegaskan dengan sabdanya: “Sholat Juma‘at adalah tanggungjawab yang wajib ke atas setiap orang Islam.”Syarat Wajib Juma‘at1. Mukallaf, yaitu seorang yang beragama Islam, baligh dan berakal.2. Kemerdekaan yang sempurna. Hamba tidak diwajibkan Juma`at.3. Lelaki, ia tidak diwajibkan ke atas wanita kerana mereka sibuk dengan anak-anak dan urusan rumahtangga, seterusnya menimbulkan kesulitan kepada mereka.4. Sihat tubuh badan, tidak sakit yang memudaratkan.5. Bermukim di tempat Juma`at didirikan.

Syarat Sah Juma‘at1. Sholat itu hendaklah didirikan dalam sempadan kawasan bangunan dan binaan sama ada di pekan atau di kampung yang penduduknya bertaraf mastautin.

Page 7: sholat.docx

2. Bilangan ahli Juma‘at yang cukup syarat tidak kurang daripada empat puluh orang yang cukup syarat.3. Bilangan ahli Juma‘at berkekalan dari awal khutbah hingga tamatnya sholat.4. Didirikan dalam waktu Zuhur. Jika waktu Zuhur telah sempit, tidak cukup untuk didirikan sholat Juma‘at, maka mereka wajib mendirikan sholat Zuhur.5. Tidak berbilang-bilang Juma‘at pada satu tempat selama ia boleh dibuat dalam satu jama‘ah kecuali penduduk terlalu ramai sedangkan tempat adalah sempit.

Fardhu Juma‘at terdiri daripada dua fardhu, yaitu khutbah dan sholat dua raka‘at. Sholat Juma‘at hendaklah didirikan dengan dua raka‘at secara berjama‘ah selepas khutbah. Untuk mendapatkan jama‘ah dalam sholat Juma‘at, hanya disyaratkan mendapatkan satu raka‘at yang penuh. Sekiranya ia diperolehi, maka sholat Juma‘at adalah sah dan jika tidak, ia wajib ditukar kepada Zuhur.

Rukun Khutbah1. Memuji Allah subhanahu wata‘ala dengan menggunakan mana-mana lafaz sekalipun terdapat di dalam isi kandungan ayat yang dibaca.2. Bersalawat ke atas Nabi sallallahu ‘alayhi wasallam dengan mana-mana perkataan yang memberi maknanya.3. Berpesan supaya bertaqwa kepada Allah dengan menggunakan apa jua lafaz.4. Membaca satu ayat daripada Al-Qur’an yang dapat memberi kefahaman dan mempunyai makna yang jelas pada salah satu daripada dua khutbah.5. Berdoa untuk orang-orang yang beriman pada khutbah yang kedua.

Syarat Khutbah1. Khatib berdiri ketika berkhutbah sekiranya ia berkuasa untuk berbuat demikian. Kedua-dua khutbah tersebut hendaklah dipisahkan dengan duduk.2. Tidak dikemudiankan daripada sholat.3. Khatib berada dalam keadaan suci daripada hadath kecil dan besar, serta najis yang tidak dimaafkan sama ada pada pakaian, badan atau tempatnya dan berada dalam keadaan menutup ‘aurat.4. Rukun-rukun khutbah dibaca dalam bahasa Arab biarpun tidak difahami oleh para jama‘ah.5. Berturut-turut di antara rukun-rukun khutbah dan juga antara khutbah pertama dengan khutbah kedua serta antara khutbah kedua dengan sholat.6. Rukun kedua-dua khutbah tersebut hendaklah didengari oleh empat puluh orang yang mencukupi syarat-syarat sah sholat Juma‘at.

SHOLAT ORANG YANG BERMUSAFIRBermusafir adalah suatu yang berbentuk azab. Disebabkan musafir, manusia kehilangan perasaan-perasaan tenang dan kerehatan. Oleh itu, Allah subhanahu wata‘ala telah memberikan kepada mereka dua bentuk keringanan dalam sholat seperti berikut:1. Memendekkan bilangan raka‘at yang dinamakan qasar.2. Menghimpunkan dua sholat tunai antara satu sama lain dalam satu waktu dinamakan jama‘.

Page 8: sholat.docx

Perjalanan yang membolehkan sholat jama‘ dan qasar disyaratkan :1. Jarak jauh perjalanan hendaklah sampai dua marhalah yaitu lebih kurang 81 km atau lebih.2. Perjalanan hendaklah menuju ke arah tertentu dan diketahui bahawa tempat yang dimaksudkan itu jauh.3. Perjalanan itu bukan dengan tujuan maksiat. Bermusafir dengan tujuan berniaga arak, mengambil riba atau menyamun adalah maksiat maka tidak diberi kelonggaran.

SHOLAT QASARIa adalah sholat fardhu dengan memendekkan setiap sholat empat raka‘at yaitu Zuhur, ‘Asar dan ‘Isya’ menjadi dua raka‘at dalam perjalanan yang diharuskan. Syarat-syarat sah sholat qasar seperti berikut :1. Sholat itu telah masuk waktu ketika bermusafir dan hendaklah ditunaikan ketika musafir.2. Orang yang bermusafir hendaklah telah sampai ke sempadan bandar atau pekan yang hendak ditinggalkan atau melepasi bangunan-bangunan di pekan tersebut.3. Orang bermusafir tidak berniat untuk tinggal di tempat tujunya selama empat hari atau lebih, tidak termasuk hari sampai dan pulang.4. Orang yang musafir tidak menjadi ma’mum kepada orang yang bermukim, maka sholat wajib ditunaikan dengan bilangan raka‘at yang sempurna.SHOLAT JAMA'Sholat jama‘ bermaksud menghimpunkan dua sholat tunai antara satu sama lain dalam satu waktu. Sholat jama‘ terbahagi kepada dua bahagian:1. Jama‘ taqdim yaitu menunaikan sholat kedua dalam waktu yang pertama. Syarat-syarat jama‘ taqdim adalah seperti berikut :a) Ditunaikan secara tertib antara keduanya, yaitu dengan menunaikan sholat yang pertama terlebih dahulu kemudian diikuti dengan sholat yang kedua.b) Hendaklah berniat jama‘ untuk menunaikan sholat kedua ke dalam waktu yang pertama sebelum selesai sholat yang pertama ketika takbiratul ihram.c) Ditunaikan secara berturut-turut (muwalat) yaitu sholat yang kedua ditunaikan segera sebaik sahaja selesai daripada salam sholat pertama tanpa dipisahkan oleh sesuatu pun sama ada zikir, sholat sunat atau lain-lain.d) Perjalanan berterusan sehingga dilakukan sholat yang kedua.e) Sholat yang pertama hendaklah diyakini bahawa didirikan dengan sah walaupun sholat itu mesti ditunaikan semula kerana mungkin ketiadaan air untuk berwudhu’.2. Jama‘ ta’khir yaitu melewatkan sholat pertama ke dalam waktu kedua. Sholat secara jama‘ ta’khir tidak disyaratkan tertib antara kedua sholat bahkan boleh memulakannya dengan mana-mana sholat yang dikehendaki. Juga tidak disyaratkan muwalat (berturut-turut) tetapi ia disunatkan. Syarat-syaratnya ialah :a) Berniat hendak melewatkan sholat pertama ketika dalam waktunya dalam jarak masa yang boleh ditunaikan sholat tersebut.b) Orang yang bermusafir itu hendaklah terus berada dalam keadaan musafir sehingga kedua-dua sholat selesai didirikan.

Page 9: sholat.docx

SOLAT NAFILAHNafilah bermaksud tambahan dan dalam konteks sholat ialah sholat tambahan daripada apa yang difardhukan oleh Allah subhanahu wata‘ala.Sholat sunat terbahagi kepada dua bentuk yaitu:1. Sholat yang tidak sunat dilakukan secara berjama‘ah.2. Sholat yang sunat dilakukan secara berjama‘ah.

Sholat Yang Tidak Disunatkan Berjama‘ahSholat yang tidak disunatkan secara berjama‘ah juga terbahagi kepada dua bahagian yaitu sholat sunat yang mengiringi fardhu dan yang tidak mengiringi fardhu.1. Sholat sunat yang mengiringi sholat fardhu. Ia terbahagi dua:a) Sholat yang merupakan sunnah mu’akkadah, yang terdiri daripada:i. Dua raka‘at sebelum sholat Subuh.ii. Dua raka‘at sebelum dan selepas sholat Zuhur.iii. Dua raka‘at selepas sholat Maghrib.iv. Dua raka‘at selepas sholat ‘Isya’.b) Sholat yang bukan sunnah mu’akkadah pula terdiri daripada:i. Dua raka‘at sebelum sholat Zuhur, tambahan kepada dua raka‘at yang mu’akkadah.ii. Dua raka‘at selepas sholat Zuhur, tambahan kepada dua raka‘at yang mu’akkadah.iii. Empat raka‘at sebelum sholat ‘Asar.iv. Dua raka‘at yang ringan sebelum sholat Maghrib. Maksud “ringan” ialah melakukan rukun-rukun sholat, sunat-sunat dan adab-adabnya seminimum yang mungkin.v. Dua raka‘at yang ringan sebelum sholat ‘Isya’.2. Sholat sunat yang tidak mengiringi sholat fardhu. Ia terbahagi kepada dua bahagian yaitu:a) Sholat sunat yang tiada nama dan waktu tertentu yang lebih dikenali sebagai sholat sunat mutlaq, dilakukan pada mana-mana waktu kecuali pada waktu tertentu yang dilarang melakukannya. Ia dilakukan dengan diberi salam pada setiap dua raka‘at.b) Sholat sunat yang ada nama dan waktu tertentu, antaranya:i. Sholat sunat tahiyyatul masjid, yaitu sholat dua raka‘at sebelum duduk setiap kali masuk masjid. Tahiyyatul masjid terhasil dengan sholat fardhu atau dengan mana-mana sholat sunat yang lain kerana maksud daripadanya ialah seseorang itu tidak segera duduk dalam masjid tanpa menunaikan sholat.ii. Sholat sunat witir. Ia merupakan sunnah mu’akkadah. Dinamakan witir atau ganjil kerana ia disudahi dengan satu raka‘at berlainan dengan sholat yang lain. Waktu sholat witir ialah di antara sholat ‘Isya’ dan terbit fajar. Yang paling afdhal ialah dilewatkan sehingga ke akhir sholat malam. Sekurang-kurang witir ialah satu raka‘at, tetapi makruh jika hanya melakukan dengan bilangan tersebut dan sekurang-kurang bilangan raka‘at yang sempurna ialah tiga raka‘at. Didirikan dua raka‘at kemudian satu raka‘at. Jumlah yang paling sempurna ialah sebelas raka‘at.iii. Qiyamullail. Ia dinamakan juga dengan tahajjud jika dilakukan selepas tidur. Qiyamullail merupakan sunat yang tidak mempunyai bilangan raka‘at yang tertentu. Ia ditunaikan selepas bangun tidur dan sebelum azan Subuh.iv. Sholat sunat dhuha. Sekurang-kurang sholat sunat dhuha ialah dua raka‘at dan yang paling banyak dan sempurna ialah lapan raka‘at. Ia lebih afdhal jika dipisahkan pada setiap dua

Page 10: sholat.docx

raka‘at dengan salam. Waktunya bermula dari naik matahari sehingga gelincir dan yang afdhalnya ialah setelah berlalu satu perempat siang hari.v. Sholat sunat istikharah, yaitu sholat dua raka‘at yang didirikan bukan pada waktu yang dimakruhkan. Ia disunatkan kepada sesiapa yang ingin kepada sesuatu atau ingin melakukan sesuatu perkara yang diharuskan tetapi dia tidak mengetahui kebaikan yang ada padanya. Disunatkan membaca doa ma’thur yang datang daripada Rasulullah selepas selesai sholat. Jika selepas itu Allah membuka hatinya untuk melakukan perkara tersebut, maka dia boleh melakukannya.

SHOLAT YANG DISUNATKAN SECARA BERJEMAAHSholat Dua Hari RayaSholat hari raya yaitu hari raya puasa dan hari raya korban merupakan sunnah mu’akkadah. Ia dituntut supaya dilakukan secara berjama‘ah tetapi tetap sah jika dilakukan secara bersendirian. Waktunya bermula dari terbit matahari hingga gelincir matahari. Waktu yang lebih afdhal ialah ketika matahari naik sekadar panjang lembing (tinggi segalah).Sholat hari raya mempunyai dua raka`at. Ia dimulakan dengan takbiratul ihram kemudian membaca doa iftitah, kemudian bertakbir sebanyak tujuh kali seperti mana takbiratul ihram. Ketujuh-tujuh takbir tadi dipisahkan antara satu sama lain sekadar satu ayat yang sederhana dan disunatkan membaca tasbih. Kemudian membaca al-isti`azah dan membaca al-fatihah serta dibaca bersamanya satu surah atau beberapa ayat. Takbir untuk raka‘at yang kedua hanyalah sebanyak lima kali. Selain daripada itu disunatkan berkhutbah dengan dua khutbah setelah selesai sholat sama seperti khutbah jumaat, cuma ia dilakukan selepas sholat.Sholat TarawihSholat tarawih disyari‘atkan khusus pada bulan Ramadhan dan sunat didirikan secara berjama‘ah serta sah jika didirikan secara individu. Waktunya di antara sholat ‘Isya’ dan sholat Subuh dan sebelum sholat witir. Ia boleh didirikan sebanyak lapan raka‘at dan boleh ssebanyak dua puluh raka‘at dengan dilakukan setiap dua raka‘at satu salam.Sholat Gerhana Matahari dan BulanAl-Kusuf (gerhana matahari) pada bahasa digunakan ketika cahaya matahari atau bulan terlindung sama ada sebahagiannya atau kesemuanya. Kebiasaannya, al-kusuf digunakan bagi gerhana bulan. Hukumnya pula ialah sunnah mu’akkadah. Jika sholat gerhana itu adalah untuk matahari, maka bacaan hendaklah diperlahankan, manakala jika gerhana bulan, bacaan hendaklah dinyaring dan dikuatkan. Sholat gerhana mempunyai dua cara:1. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri, dua kali membaca (Al-Fatihah dan ayat) serta dua kali ruku‘ tanpa memanjangkannya (berdiri, membaca dan ruku‘, kemudian berdiri membaca dan ruku‘). Dan sah sholat gerhana jika didirikan dua raka‘at dengan dua kali berdiri dan dua kali ruku‘ seperti sholat Juma‘at.2. Dilakukan pada setiap raka‘at dengan dua kali berdiri. Pada setiap kali berdiri dibaca bacaan yang panjang. Dibaca selepas Al-Fatihah, Surah Al- Baqarah atau surah-surah lain yang sama panjangnya pada berdiri kali pertama di raka‘at pertama. Untuk berdiri kali kedua pada raka‘at pertama, dibaca ayat yang menyamai 200 ayat. Manakala bacaan ketika berdiri kali pertama pada raka‘at kedua ialah sekadar 150 ayat. Dan bacaan ketika berdiri kali kedua pada raka‘at kedua ialah bacaan yang menyamai 100 ayat Surah Al-Baqarah.

Page 11: sholat.docx

Kemudian apabila ruku‘, maka dipanjangkannya sehingga menyamai lebih kurang dengan 100 ayat, ruku‘ kedua dipanjangkan sekadar 80 ayat, ruku‘ ketiga sekadar 70 ayat dan ruku‘ keempat sekadar 50 ayat. Cara yang kedua ini adalah yang lebih sempurna. Apabila sholat telah selesai, imam bangun berkhutbah dengan dua khutbah, sama seperti khutbah Juma‘at, cuma imam hendaklah mendorong orang ramai supaya bertaubat, melakukan kebaikan serta memberi ingatan agar tidak lalai.Sholat Istisqa’ (Minta hujan)Makna sholat istisqa’ ialah sholat yang disyari‘atkan ketika hujan tidak turun dan mata air kekeringan. Ia disunatkan ketika berlaku sebabnya. Tuntutan melakukannya akan luput apabila sebab tersebut hilang seperti turunnya hujan atau mata air mula mengalir.Terdapat tiga cara untuk meminta hujan :1. Cara paling minima, yaitu berdoa kepada Allah pada bila-bila waktu yang disukai.2. Cara pertengahannya ialah dengan berdoa selepas bangun daripada ruku‘ pada raka‘at terakhir sholat yang diwajibkan, atau selepas selesai sholat.3. Cara yang paling sempurna ialah dengan melakukan perkara-perkara berikut:a) Pada peringkat permulaan, imam (ketua pemerintah) atau timbalannya hendaklah menyuruh orang ramai supaya bertaubat, bersedekah kepada fakir, meninggalkan segala bentuk kezaliman, dan berpuasa selama empat hari berturut-turut.b) Imam yang sebaik-baiknya ketua pemerintah keluar bersama-sama orang ramai pada hari ke empat dalam keadaan berpuasa, memakai pakaian yang lama (lusuh), dalam keadaan khusyu‘ dan hina menuju ke padang yang luas melalui satu jalan tertentu dan pulangnya melalui jalan yang lain pula. Kemudian ketua atau timbalannya melakukan sholat bersama-sama orang ramai sebanyak dua raka‘at seperti sholat hari raya.

c) Apabila selesai sholat, imam (ketua pemerintah) hendaklah berkhutbah dengan dua khutbah seperti khutbah hari raya, kecuali kedua-duanya hendaklah dimulai dengan istighfar sembilan kali pada khutbah pertama dan tujuh kali pada khutbah kedua sebagai ganti kepada takbir. Apabila khutbah kedua bermula dan berlalu satu pertiga daripadanya, khatib hendaklah berpaling ke arah qiblat dengan membelakangkan orang ramai dengan mengubah kedudukan kain jubah atau selendang dengan dijadikan bahagian atas ke bawah, bahagian bawah ke atas, bahagian kanan ke kiri dan bahagian kiri ke kanan bagi menzahirkan perasaan kehinaan ke hadapan Allah subhanahu wata‘ala. Orang ramai juga disunatkan melakukan apa yang dilakukan oleh khatib.

Sholat JenazahSyarat-syarat sah sholat jenazah ialah seperti berikut:1. Sholat jenazah sama halnya dengan sholat yang lain, yaitu harus menutup ‘aurat, suci dari hadath besar dan kecil, suci badan, pakaian dan tempat serta menghadap ke arah qiblat.2. Mayat sudah dimandikan dan dikafankan.3. Mayat diletak sebelah qiblat mereka yang menyembahyangkannya kecuali jika sholat dilakukan di atas kubur (sholat ghaib).Cara melakukan sholat jenazah ialah dengan keadaan berdiri sahaja dengan tidak ruku‘, sujud, tasyahhud dan duduk. Sebelum dilakukannya juga tidak disertai dengan azan dan iqamah. 

Page 12: sholat.docx

Rukun-rukun dan cara menunaikannya adalah seperti berikut:1. Bertakbir dengan takbiratul ihram dalam keadaan berniat sholat ke atas mayat.2. Selepas bertakbir, dibaca Surah Al-Fatihah.3. Bertakbir untuk kali kedua. Seterusnya membaca salawat dengan mana-mana lafaz salawat dan yang paling afdhal ialah salawat Ibrahimiyyah.4. Kemudian bertakbir untuk kali ketiga dan berdoa untuk si mati selepas takbir tersebut.

5. Kemudian bertakbir untuk kali keempat dan berdoa selepasnya.

6. Kemudian memberi salam ke sebelah kanan dan kiri.

http://www.al-azim.com/masjid/infoislam/ibadat/solat.htm