shehdikimi-'a'!: baiki kipasshehdikimia.blogspot.com/2013/10/baiki-kipas.html2013/10/6 · apa yang...

Download Shehdikimi-'A'!: Baiki kipasshehdikimia.blogspot.com/2013/10/baiki-kipas.html2013/10/6 · Apa yang anda boleh buat, tanggalkan sendiri kipas siling anda yang rosak dan hantar ke kedai

If you can't read please download the document

Upload: dangdiep

Post on 10-Feb-2018

360 views

Category:

Documents


19 download

TRANSCRIPT

Shehdikimi-'A'!: Baiki kipas

, , Ya Allah, Kami pensyarah kimi-A! sesi 2017/18 KMS mdoakan keCEMERLANGan anak didik kami dlm kimi-A! PSPM I & II skor 4.0 utk semua PELAJAR tutor 119, 215, 3110 & LDK132. Salam kimi-A! Chem-is-TRY. Amin. Ahlan

Saturday, 12 October 2013

Baiki kipas

BlogZon152Kadang-kadang kipas siling, kipas meja, kipas dinding atau exhaust fan di rumah kita menjadi semakin perlahan selepas diguna beberapa tahun walaupun kelajuannya dilaras pada tahap maksimum. Mengapakah ini berlaku? Adakah ia boleh dibaiki?

Perkara ini berlaku disebabkan kapasitor yang terdapat pada motor kipas tersebut. Nilai Farad pada kapasitor tersebut telah berkurangan dan ini menyebabkan kelajuan kipas semakin berkurangan. Gambar 1 di bawah menunjukkan bentuk biasa kapasitor yang terdapat pada motor kipas manakala Gambar 2 menunjukkan lokasi kapasitor pada kipas siling.

Gambar 1: Bentuk biasa kapasitor kipas

Gambar 2: Lokasi kapasitor kipas siling

Nilai kapasitor yang biasa digunakan pada kipas siling atau kipas meja di rumah adalah sekitar 2uF. Kapasitor yang berkualiti rendah biasanya nilai Farad akan berkurangan setiap tahun. Untuk membaiki kipas yang menjadi semakin perlahan itu, hanya gantikan sahaja kapasitor ini dengan yang baru.

Anda dinasihatkan supaya menggantikan kapasitor tersebut dengan nilai Farad yang sama dengan nilai Farad kapasitor yang asal. Menggunakan kapasitor yang mempunyai nilai Farad yang lebih tinggi akan menyebabkan kipas berpusing lebih laju, motor menjadi lebih panas dan ini boleh merosakkan gelung dalam motor kipas tersebut. Pastikan kapasitor tersebut mempunyai label voltan lebih dari 300VAC.

Pastikan juga anda menutup suis utama pada papan agihan elektrik semasa membuat kerja penggantian kapasitor kipas. Ini adalah untuk keselamatan.

*Saya dapat banyak soalan mengenai kerosakan kipas siling. Sila rujuk dibawah untuk melihat soalan lazim dan jawapan mengenai kerosakan kipas siling.

Kipas Siling Kawalan Jauh Semakin Perlahan

Saya sering sahaja menerima email mengadu tentang masalah kipas siling kawalan jauh mereka yang bermasalah. Antara masalah yang sering diadukan adalah kipas tidak berpusing laju atau tidak berpusing langsung walaupun terdapat bunyi 'tit tit' apabila alat kawalan jauh ditekan. Masalah ini berlaku BIASANYA berpunca dari kerosakan kapasitor yang terdapat pada papan litar (PCB) dalam kipas tersebut.

Pada artikel lalu, saya ada menunjukkan lokasi kedudukan kapasitor bagi kipas siling biasa yang terletak pada bahagian atas kipas. Kipas siling biasa hanya memerlukan satu kapasitor sahaja untuk berfungsi. Tetapi untuk kipas siling kawalan jauh memerlukan beberapa buah kapasitor dan ia dipasang pada PCB di dalam kipas tersebut.

Apabila anda menanggalkan kipas kawalan jauh yang bermasalah itu, anda akan menemui (PCB) seperti gambar di bawah ini. Pada PCB ini, terdapat dua jenis kapasitor, iaitu kapasitor 'start' dan kapasitor 'run', yang mana saiznya lebih besar daripada komponen elektronik yang lain yang ada pada PCB tersebut. Kapasitor 'start' BIASANYA berwarna hitam, manakala kapasitor 'run' pula BIASANYA berwarna kuning atau coklat. Sekiranya kapasitor tersebut berwarna lain, terpaksalah anda menggunakan kebijaksanan sendiri atau mendapatkan bantuan mereka yang mahir elektronik untuk mengecam kapasitor 'start' dan kapasitor 'run'.

Berdasarkan pengalaman saya, kapasitor 'start' yang sering menjadi punca kepada masalah kipas perlahan dan tidak berpusing. Sekiranya anda dapati kapasitor 'run' menggelembung, ganti juga kapasitor tesebut. Tanggalkan kapasitor dari PCB dan gantikan dengan yang baru. Pastikan kadar voltan kapasitor baru tersebut adalah lebih dari 400VAC dan mempunyai nilai Farad yang lebih kurang sama dengan yang asal. Selamat mencuba ;-)

Kipas Pusing Terbalik Selepas DibaikiSoalan:Saya baru sahaja tukar kapasitor pada sebuah kipas dinding. Kemudian, apabila kipas dihidupkan, bilah kipas berpusing terbalik (angin keluar ikut belakang). Kenapa boleh jadi sedemikian, adakah saya terbalik pasang wayar live dan neutral, ataupun masalah lain?

Jawapan:Nampaknya anda sudah tersilap membuat penyambungan wayar pada kapasitor tersebut.

Motor kipas dinding biasanya ada tiga wayar (rujuk gambar di atas) . Wayar COMMON biasanya berwarna hitam, manakala warna wayar RUN dan wayar START adalah tidak tentu, bergantung pada pengilang. Biasanya pada tapak bawah atau bahagian dalam kipas terdapat gambarajah litar yang boleh dirujuk untuk mengetahui warna wayar START dan RUN.

Mengikut pendawaian yang betul, kapasitor hendaklah dipasang pada terminal START. Tetapi anda telah memasang kapasitor pada terminal RUN, oleh sebab itu kipas berpusing terbalik. Betulkan semula sambungan wayar kapasitor tersebut. Kapasitor untuk kipas tidak mempunyai kekutuban (tiada terminal positif-negafit atau live-neutral).

Kedudukan wayar neutral dan live tidak mempengaruhi arah putaran kipas. Anda boleh sambung wayar COMMON pada live, wayar START dan RUNNING pada neutral, tiada masalah.

Soalan Lazim Mengenai Kerosakan Pada Kipas Angin

Berikut adalah himpunan soalan lazim yang sering ditanya berserta dengan jawapan.

Di mana saya boleh mendapatkan kapasitor kipas?

Kapasitor kipas boleh didapati di kedai elektrik yang ada membuat kerja pembaikan peralatan elektrik atau kedai yang menjual komponen elektronik.

Kipas siling rumah saya tiba-tiba sahaja berpusing terbalik, angin hembus ke atas. Kenapa boleh jadi macam itu?

Adakah kipas anda kipas siling biasa? Jika ya, itu menunjukkan kapasitor kipas mengalami kerosakan. Gantikan kapasitor itu dengan yang baru.

Sekiranya kipas kawalan jauh, mungkin anda telah mengaktifkan fungsi 'reverse rotation' pada kipas tersebut. Fungsi ini akan menyebabkan kipas berpusing terbalik dan fungsi ini berguna di negara yang mempunyai iklim sejuk. Sekiranya kipas anda tidak mempunyai fungsi seperti ini tetapi kipas berpusing terbalik, ini menunjukkan kapasitor kipas telah rosak.

Saya ada masalah dengan sebuah kipas siling yang menggunakan remote control. Pada kelajuan 1 atau 2, kipas berpusing sangat perlahan, tetapi pada kelajun 3, kipas berpusing dengan laju. Adakah kapasitor dalam kipas ini perlu diganti?

Masalah sebegini menunjukkan terdapat kerosakan pada papan elektronik dalam kipas tersebut, bukannya pada kapasitor kipas. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kawasan perumahan saya baru-baru ini mengalami over-voltage menyebabkan 2 biji kipas siling rumah saya tidak berfungsi. Adakah ia boleh dibaiki?Adakah kipas anda ini kipas siling biasa atau kipas siling remote control? Sekiranya kipas siling biasa, cuba ganti regulator (alat pengawal kelajuan kipas) kepada yang baru.

Sekiranya anda menggunakan kipas siling remote control, papan elektronik dalam kipas tersebut telah rosak. Dapatkan orang yang mahir membaiki papan elektronik untuk membaiki kipas anda.

Kipas meja saya berpusing perlahan walaupun telah diset pada kelajuan maksimum. Kapasitor kipas telah diganti baru tetapi kipas tetap perlahan. Kenapa boleh jadi seperti itu?

Dalam kipas terdapat 2 jenis gelung, gelung 'start' dan gelung 'run'. Kerosakan seperti ini menunjukkan gelung 'start' telah putus. Kipas anda perlu dihantar ke kedai 'motor rewinding'. Tetapi kos rewinding untuk kipas adalah tidak berbaloi kerana kosnya sama seperti membeli kipas baru. Lebih baik beli kipas baru.

Di manakah saya boleh mendapatkan khidmat membaiki kipas siling?

Agak sukar kita mencari kedai yang membaiki kipas siling terutamanya kipas siling kawalan jauh. Ini kerana seseorang juruteknik perlu datang ke rumah anda, perlu panjat dan tanggalkan pemasangan kipas tersebut. Sekiranya perlu, kipas tersebut perlu ditanggalkan dan dibawa balik ke bengkel pembaikan. Kos untuk perkhidmatan sebegini adalah tidak berbaloi kerana kos pembaikan adalah hampir sama dengan pembelian kipas baru. Kadang-kadang kipas tidak dapat dibaiki (teruatamanya kipas siling kawalan jauh) kerana alat ganti pada papan elektronik tiada di pasaran.

Apa yang anda boleh buat, tanggalkan sendiri kipas siling anda yang rosak dan hantar ke kedai pembaikan alat elektrik atau elektronik.

Sekiranya anda tahu kedai-kedai yang ada membuat pembaikan kipas di sekitar tempat tinggal anda, boleh beritahu di ruangan komen.

Untuk Pelbagai info elektronik yang menarik sila lawati:zon152.blogspot.com

Posted by

Shehdikimi-'A'!

at06:29

Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to FacebookShare to Pinterest

11 comments:

Ir. Nurul Khairul Anuar Bin Maskor28 June 2015 at 17:15

Kipas remote model Panasonic, PCB No. M14C5 saya berputar perlahan dan tersangkut-sangkut (jerking) pada kelajuan no. 2.Adakahn disebabkan oleh running capacitor C33 (2.9u-farad) yang perlu di tukar?Perlukah starter capacitor C2 (.82u-farad) juga perlu ditukarTerima kasihPerlukah

ReplyDelete

pok bear6 April 2016 at 05:25

kalau nak tukar kipas remote.. kpd regulator mcm mana?

ReplyDelete

pok bear6 April 2016 at 05:26

kalau nak tukar kipas remote.. kpd regulator mcm mana?

ReplyDelete

az ahm1 July 2016 at 22:22

Buang remote kt kipas, bypass, pastu pasang regulator, done

ReplyDelete

mohd syafiq abu bakar10 July 2016 at 15:50

Sy tukar kapasitor bulan 11 tahun lepas (1.5uf kepada 1.8uf), skarang dah slow macam asal. Adakah normal utk ganti kapasitor setiap tahun atau ada punca lain?

ReplyDelete

Arafat Tin5 February 2017 at 20:30

salam...remote kipas sy rosak.. kipas jenis rubine.. boleh repair tak..

ReplyDelete

jaarossi mj29 March 2017 at 16:58

Kipas berdiri sy no 1 pon dah laju..mcm mne nk bagi slow? Boleh tambah regulator ke?

ReplyDelete

Faizol Mohd Nawi21 June 2017 at 18:49

kalau jadikan kipas remote.. kpd regulator mcm mana?

bagaimana cara wiringnya tuan...(blh ke buka board eletronik dan buat sambungan bypas...bagaimana sambungan wayar perlu dibuat)

ReplyDelete

Unknown29 June 2017 at 05:23

Rumah saya pakai kipas siling biase tapi bila sye buka suiz dan kelajuan pada no 1 dan 2 slow sgt.. Bile buka no 3 dan 4 kipas tak berpusing.. Tapi bile buka no 5 kipas memang laju.. Apa masaalah kipas rumah saya ini ye??

ReplyDelete

sakuragi hanamichi18 February 2018 at 08:31

Kipas siling sy berpusing terbalik. Jenama sapphire. Kipas baru ada 3 biji semua berpusing terbalik. Mcmn nk betulkan pusingan kipas seperti biasa

ReplyDelete

Wiley Teh18 April 2018 at 22:07

Selamat sejahtera, jika ingin cari papan litar kipas Panasonic boleh email saya [email protected] ataupun terus layari ke page online web saya di shopee https://shopee.com.my/wileyteh . Papan Litar Original & murah.

ReplyDelete

Add comment

Load more...

Newer Post

Older Post

Home

Subscribe to:Post Comments (Atom)

. Shehdikimi-'A'! 018 3750105.

Ingatlah wahai bakal2 jenazah ... pastikan istiqomah solat S U B U H berjemaah.

Memerlukan Lori sewa untuk berpindah di sekitar Banting? Sila Hubungi: Noh 019 6420720

Ingin menempah Nasi Ambeng bungkus di Banting? Silalah hubungi Kak Tipah 013 6750466 :)

Tweet to @Shehdikimia

Ingin menempah buah jambu batu siap dipotong di banting? hubungi En Basiran 012 9747026

Ingin menempah button badge di sekitar Banting?... silalah hubungi Shehdi 013 3097634

Ingin menempah roti jala di banting? sila hubungi Along 017 3016379

Ingin menempah gril pintu & tingkap rumah di sekitar banting? sila hubungi: Azmi 017 6205679

Custom Myspace Clock

Ingin menempah banner & event management? sila hubungi En Abu Zarim 013 3669939

Ingin menempah aiskrim wafi di sekitar banting? sila hubungi: Azli Othman 019 3766065

khidmat sewaan khemah/kanopi untuk majlis keramaian. call taufeq 016-2570279, shaarani 013-2716232..

Custom Glitter Text

There was an error in this gadget

Anda buntu dan sukar memahami subjek kimi-'A'! di sekolah? hubungi: 013 3097634. :)

Anak anda ada masalah membaca? sekitar banting sila hubungi Pn Norhana 019 3437489

widget

Inginkan khidmat mesin rumput di sekitar banting? hubungi: En Razif 013 3763193

Feedjit Live Blog Stats

Ingin menempah cenderamata untuk sebarang majlis di sekitar banting? hubungi kak ida 019 6060303

2018

(56)

Apr

(13)

Mar

(16)

Feb

(12)

Jan

(15)

2017

(349)

Dec

(36)

Nov

(34)

Oct

(35)

Sep

(33)

Aug

(22)

Jul

(24)

Jun

(20)

May

(26)

Apr

(32)

Mar

(33)

Feb

(20)

Jan

(34)

2016

(286)

Dec

(22)

Nov

(29)

Oct

(16)

Sep

(25)

Aug

(25)

Jul

(26)

Jun

(12)

May

(20)

Apr

(21)

Mar

(30)

Feb

(24)

Jan

(36)

2015

(408)

Dec

(10)

Nov

(35)

Oct

(27)

Sep

(33)

Aug

(25)

Jul

(43)

Jun

(19)

May

(50)

Apr

(60)

Mar

(56)

Feb

(22)

Jan

(28)

2014

(594)

Dec

(56)

Nov

(37)

Oct

(57)

Sep

(91)

Aug

(59)

Jul

(41)

Jun

(32)

May

(47)

Apr

(44)

Mar

(29)

Feb

(60)

Jan

(41)

2013

(942)

Dec

(43)

Nov

(61)

Oct

(82)Sunnah20 :)angry suamiIlmuslaughteredorgaPemilik12 :)zimbabweHukum hududIstidrajNegara Kayabanjir lumpur CHStrokbonus 1993Keadialan IslamkankerHilang?subuh berjemaahHalimaton HamdantaqlidTufail bin Amrumakruh solatDakwahAmbanksawitbandingSunnah PerkahwinanSalivaRedha suamiPromosiibuAmal Sunnahjangan marah2epal rokokBismillah 5?kesampaiandemandZulhijah :)Imam Ahmad bin Hambal rahimahullahBengapdoajama' & QasarladamLaksanakanBaiki kipasnaper nie...rahmat AllahPencerahankasih sayang AllahbenciGurubarruaNikahboss...renunganubahkasih kurangAmanahPak Gadzakat niagaSamarkhaandsolat berjemaahkabus :)rasisIslam factsSaidatina Aisyah RAMakhluk AllahTarbiyahjangan lupetantrumImanKambinAudit 2012arak keringMelesuHalalsedey vs guyumasalahObamaiRahsia BesarTutor Berkualiti

Sep

(65)

Aug

(72)

Jul

(86)

Jun

(142)

May

(83)

Apr

(46)

Mar

(57)

Feb

(118)

Jan

(87)

2012

(1041)

Dec

(55)

Nov

(90)

Oct

(65)

Sep

(68)

Aug

(80)

Jul

(95)

Jun

(107)

May

(107)

Apr

(98)

Mar

(91)

Feb

(104)

Jan

(81)

2011

(1102)

Dec

(140)

Nov

(59)

Oct

(159)

Sep

(98)

Aug

(95)

Jul

(103)

Jun

(55)

May

(202)

Apr

(137)

Mar

(54)

Sebarkanlah..!!

Mati dalam Iman

Mai La Datang umah teman :). Simple theme. Powered by Blogger.