shamin_ta

Upload: zaza8380

Post on 18-Jul-2015

131 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN TUAN HAJI SHAMIN TA BIN ABDULLAH SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

MOHD AFFAN FALIQ BIN IBRAHIM 2008338849 MOHD FAIZAL BIN KAMARUDDIN 2008553861

FAKULTI PENGURUSAN MAKLUMAT UNIVERSITI TEKNOLOGI MARA KAMPUS PUNCAK PERDANA SHAH ALAM

SESI DISEMBER 2009 MEI 2010

TRANSKRIP TEMUBUAL BERSAMA DENGAN TUAN HAJI SHAMIN TA BIN ABDULLAH SEBAGAI TIMBALAN KETUA PENGARAH BAHAGIAN PENGURUSAN DI LEMBAGA HASIL DALAM NEGERI MALAYSIA (LHDNM)

MOHD AFFAN FALIQ BIN IBRAHIM 2008338849 MOHD FAIZAL BIN KAMARUDDIN 2008553861

PROJEK DIMAJUKAN BAGI KEPERLUAN KURSUS IMR 603 DOCUMENTING ORAL TRADITION

IMR 603 LISAN

MENDOKUMENTASI TRADISI

ISI KANDUNGANAbstrak...i Penghargaan..ii Senarai Singkatan.iii Pengenalan..1-2 Transkrip Tape 1 Side A...3-21 Tape 1 Side B.22-36 Tape 2 Side A.....37-50

Log Temubual......51-56 Lampiran Biodata...57-61 Perjanjian...62 Diari Penyelidikan..63-64 Senarai Soalan....65-72 Gambar...73-74 Rujukan..75-76

Indeks....77-81

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

ABSTRAK Transkrip temubual bersama dengan Tuan Haji Shamin Ta Bin Abdullah sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Abstrak: Transkrip ini mengandungi temubual bersama Tuan Haji Shamin Ta Bin Abdullah mengenai pengalaman beliau sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN. Transkrip temubual ini dijalankan di kediaman rasmi beliau pada 19 Mac 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Beliau merupakan salah seorang pegawai tertinggi di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Transkrip ini menyentuh serba sedikit tentang latar belakang diri beliau serta perkhidmatannya semasa menjadi Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Selain itu, temubual ini juga membincangkan isu-isu percukaian, cabaran-cabaran dan perubahan-perubahan yang dilakukan sepanjang beliau memegang jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Disamping itu, beliau turut memberikan pandangan beliau dalam isu-isu semasa berkaitan dengan percukaian. Perkara-perkara lain yang berkaitan juga akan dikupas. Rakaman susulan dijalankan bagi memenuhi keperluan kertas projek ini. Kata Kunci: Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan, Tuan Haji Shamin Ta Bin Abdullah, Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), CUEPACS, IROU,GST, SST, STS, PCB.

i

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

PENGHARGAAN Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi dengan limpah kurnia-Nya kami berjaya manghasilkan sebuah transkrip yang mungkin dapat membantu para penyelidik dan pelajar pada masa akan datang. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kepada Tuan Haji Shamin Ta bin Abdullah dan isteri dia atas kerjasama beliau menerima kami untuk menemuramah beliau di samping memberi kerjasama yang baik. Tidak lupa juga kepada pensyarah yang kami hormati Puan Aliza binti Ismail di atas tunjuk ajar beliau dalam penghasilan transkrip ini. Kami juga amat berbesar hati kepada Puan Aliza kerana memberi peluang kepada kami untuk menghasilkan transkrip ini. Kami juga ingin memberi penghargaan kepada tenaga pengajar muda kami iaitu Encik Zairol, Encik Faizal dan Cik A liza. Tanpa ilmu dan tunjuk ajar mereka, kami pasti tidak mampu menghasilkan transkrip ini. Akhir sekali, kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan- rakan seperjuangan kami di atas dorongan, bantuan dan kerjasama yang diberikan sepanjang penghasilan transkrip ini. Sekian terima kasih.

Mohd Affan Faliq Bin Ibrahim Mohd Faizal Bin Kamaruddin

(2008338849) (2008553861)

ii

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

SENARAI SINGKATAN

SINGKATAN

NAMA PENUH

A.P.M C.A.T.A

Akademi Percukaian Malaysia Commonwealth Association of Tax Administration

C.U.E.P.A.C.S

Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services

G.S.T H.S.C I.R.O.U I.S.O

Goverment Services Tax Higher School Certificate Inland Revenue Officers Union International Organization for Standardization

C.G.P.A J.H.D.N J.I.C.A J.P.J K.M.N K.W.S.P L.H.D.N M.S O.E.C.D

Cumulative Grade Point Average Jabatan Hasil Dalam Negeri Japan International Cooperation Agency Jabatan Pengangkutan Jalan Kesatria Mangku Negara Kumpulan Wang Simpanan Pekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysian Standard Organisation For Economic Cooperation and Development

P.C.B P.T.P.T.N

Potongan Cukai Berjadual Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia

S.G.A.T.A.R S.S.T

Study Group on Tax Research Sales and Services Tax

iii

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

S.T.P.M S.T.S

Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia Sistem Taksir Sendiri

iii

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

PENGENALAN

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN)

Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDNM) adalah salah satu agensi utama memungut Hasil di bawah Kementerian Kewangan. Jabatan Hasil Dalam Negeri Malaysia diperbadankan pada 1hb Mac 1996 dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia. Lembaga Hasil Dalam Negeri ditubuhkan di bawah Akta Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia 1995 untuk memperolehi lebih kuasa terutamanya dalam bidang kewangan dan pengurusan kakitangan bagi meningkatkan kualiti pentadbiran percukaian. Agensi ini bertanggungjawab bagi keseluruhan pentadbiran cukai langsung di bawah akta berikut : a) Akta Cukai Pendapatan 1967, b) Akta Petroleum (Cukai Pendapatan) 1967, c) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah 1976, d) Akta Penggalakan Pelaburan 1986, e) Akta Setem 1949, f) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan 1990.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mempunyai beberapa fungsi penting bagi menguruskan jabatan-jabatan yang terdapat di dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bertindak sebagai ejen kerajaan dan memberi perkhidmatan dalam pentadbiran, penaksiran, pemungutan dan penguatkuasaan pembayaran cukai pendapatan, cukai pendapatan petroleum, cukai keuntungan harta tanah, duti harta pusaka, duti setem dan apa-apa cukai lain sebagaimana yang dipersetujui antara kerajaan dengan Lembaga. Selain itu juga, LHDN bertindak menasihati kerajaan mengenai perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan menghubungi Kementerian dan badan berkanun yang sewajarnya mengenai perkaraperkara tersebut. Di samping itu juga, ia turut serta di dalam atau di luar Malaysia berkenaan dengan perkara-perkara yang berhubungan dengan percukaian dan fungsi1

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

terakhir Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) adalah bertindak sebagai ejen pemungutan untuk dan bagi pihak mana-mana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik kepada badan itu di bawah mana-mana undang-undang bertulis.

Ringkasan Tentang Tokoh

Bagi kertas projek sejarah lisan ini, kami mengetengahkan seorang tokoh dalam bidang percukaian. Beliau telah berkhidmat dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) selama 37 tahun. Semasa dalam perkhidmatan beliau, beliau telah banyak memberi sumbangan dalam pentadbiran Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Sebagai mengenang jasa beliau, beliau telah dianugerahkan Anugerah Kesatria Mangku Negara. Ini dapat dibuktikan dengan kenaikan pangkat beliau sehingga beliau berjaya menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Transkrip ini menceritakan tentang pentadbiran, pengalaman dan pencapaian beliau semasa dalam bidang percukaian daripada Jabatan Hasil Dalam Negeri (JHDN) sehingga ia diperbadankan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Transkrip ini juga menceritakan tentang latarbelakang kehidupan, percukaian serta pencapaian perkhidmatan beliau.

Sepanjang sesi temuramah ini yang berlangsung di kediaman rasmi beliau di Bandar Enstek, Nilai, Negeri Sembilan. Gangguan yang timbul hanyalah bunyi pintu dan kipas. Walau bagaimanapun, gangguan tersebut hanya sementara dan tidak membawa kesan kepada sesi temuramah uang kami jalankan di antara Tuan Haji Shamin Ta Bin Abdullah.

2

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Transkrip Kaset 1 Bahagian A Berikut adalah temuramah di antara Affan dan Faizal dengan Tuan Haji Shamin Ta Abdullah. Beliau merupakan Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Rakaman ini dikendalikan di kediaman rasmi beliau di Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan iaitu pada 19 Mac 2010 dari jam 9.00 pagi hingga 11.00 pagi. Dengan segala hormatnya rakaman ini dimulakan.

Affan: Siapakah nama penuh Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: Nama penuh saya Shahmin Ta bin Abdullah dan nama asal sebenarnya Ta Say Seng . Nanti bagi spelling (mengeja) T-A, S-A-Y, S-E-N-G.

Affan: Apakah nama panggilan Tuan Haji ? Tuan Haji Shamin Ta: Panggil Shamin sahaja cukuplah.

Affan: Siapakah nama penuh ibu dan bapa Tuan Haji ? Tuan Haji Shamin Ta: Nama bapa saya Ta Seng Hee. T-A, S-E-N-G, HE-E dan nama ibu saya Tok Heng Chee. T-O-K, HE-N-G, C-H-E-E. Affan: Apakah pekerjaan ibu dan bapa Tuan Haji ? Tuan Haji Shamin Ta: Bapa saya sudah meninggal tapi ibu saya pun dah tidak buat kerja apa pun lagilah tapi dulu kita menjalankan perniagaan runcit di Terengganu so (jadi) asal bapa saya hanya berkerja dengan seorang majikan yang jual ikan, so (jadi) dia akan pergi ke kampung- kampung untuk membeli ikan untuk majikannya. Itu kerja bapa sayalah dulu.

3

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Bolah saya tahu dimana perkampungan Terangganu? Tuan Haji Shamin Ta: Terengganu saya tinggal dipanggil Kampung Bukit Besar di Kuala Terengganu. Dia bukanlah betulbetul di bandar tapi dikatakan sipilah [berdekatan] di Kuala Terengganu itu tapi di kawasan

Terengganu, Kampung Bukit Besar. Affan: Bilakah Tuan Haji dilahirkan serta berapakah umur Tuan sekarang? Tuan Haji Shamin Ta: Saya dilahirkan pada 1 haribulan Oktober 1952, itu bermakna sekarang sudah lima puluh tujuh tahun. Affan: Bolehkah Tuan Haji terangkan dimana tempat dilahirkan? Tuan Haji Shamin Ta: [Berfikir], itu seperti dikatakan tadi saya dilahirkan di Kuala Terengganu di tempat tadilah di Kampung Bukit Besar. Affan: Berapakah bilangan adik-beradik dan Tuan Haji anak yang ke berapa? Tuan Haji Shamin Ta: Saya [berfikir] kita, family (keluarga) kita ada enam. Saya ada enam adik beradik dan saya adalah yang ke empat. Kita ada lima lelaki dan satu perempuan. Affan: Bagaimana karektor Tuan Haji ketika di zaman kanak-kanak? Tuan Haji Shamin Ta: Semasa kanak- kanak saya rasa saya adalah seorang pendiam, sebenarnya introvert (pendiam) sebenarnya dan tidak banyak bergaullah pada masa tersebutlah semasa kecil dahulu.

4

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Bagaimana keadaan kehidupan keluarga Tuan Haji ketika di zaman kanakkanak? Tuan Haji Shamin Ta: Keadaan dari segi apa,dari segi pendapatan ataupun macam mana? Affan: Dari segi [berfikir] Tuan Haji Shamin Ta: Kalau dari segi pendapatan saya tidak kata saya daripada keluarga miskin tetapi mungkin boleh dikategorikan sebagai lower middle incomelah (pendapatan sederhana), lower middle incomelah (pendapatan sederhana). Kalau dari segi

pendapatan kedudukanlah. Affan: Bagaimana dengan suasana perkampungan semasa Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: Itu kawasan itu kampung melayu semua I (saya) rasa pada masa mula saya, kami ataupun keluarga kami tinggal di sana I (saya) rasa kami hanyalah saya rasa keluarga satu-satunyalah keluarga bukan melayu yang duduk di situ pada masa-masa awal 50an, 60an so (jadi) kawasan itu memang kampung melayu, kawasan kampung melayu sebetulnya dan seperti dahulu memang kampung itu tidak

beberapa membangunlah dia tidak ada apa-apa aktiviti pun di sana. Affan: Kami dimaklumkan Tuan Haji telah memeluk agama Islam? Bilakah tuan memeluk agama? Tuan Haji Shamin Ta: Saya memeluk agama Islam dalam tahun lapan puluh tujuh. (1987)

5

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Apakah yang menarik Tuan Haji untuk memeluk agama Islam? Tuan Haji Shamin Ta: Sebenarnya kalau lihat, agama Islam tidaklah asing kepada saya sebab rumah kami sebenarnya terletak betul-betul berhadapan dengan masjid. Jadi

laungan katakan azan setiap waktu telah menjadi kebiasaanlah dalam hidup saya. So (Jadi) itu jadi untuk memasuki Islam itu tidak jadi satu masalah sebab saya pun sudah faham dari kecillah tentang agama Islam. Affan: Bagaimana kehidupan Tuan Haji setelah memeluk agama Islam? Tuan Haji Shamin Ta: Katakan kehidupan memanglah baik dan tidak menjadi satu masalah seperti saya sebutkan pada awal tadi saya sudah tinggal di kawasan

perkampungan melayu dari sejak kecil lagi pergaulan saya pun ramai dengan masa kecil dengan budak-budak melayu sahaja jadi tidak ada masalahlah dari segi itu. Affan: Siapakah nama pasangan Tuan Haji dan dia berasal dari mana? Tuan Haji Shamin Ta: Isteri saya bernama Jamaliah Binti Sukaimi dan beliau berasal daripada Pontian Kechil, Johor.

Affan: Bilakah Tuan Haji mendirikan rumah tangga? Tuan Haji Shamin Ta: Saya kami mendirikan rumah tangga pada dua puluh lapan(1987).

6

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Berapakah bilangan anak Tuan Haji dan boleh Tuan Haji nyatakan nama dan umur mereka? Tuan Haji Shamin Ta: Saya ada anak seorang sahaja, anak tunggal dan umur dia sekarang dua puluh satu tahun (21), beliau masih lagi belajar di University of Nottingham di Semenyih [Selangor] dalam jurusan apa ini mechanical engineering (kejuruteraan mekanikal). Affan: Tuan Haji sekeluarga tinggal dimana sekarang? Tuan Haji Shamin Ta: Saya sekarang tinggal di Bandar Enstek di ini kawasan Labu sebenarnya di negeri, Negeri Sembilan. Di Bandar Enstek, Negeri Sembilan. Affan: Apakah hobi Tuan Haji pada waktu lapang? Tuan Haji Shamin Ta: Kalau tengok dalam [berfikir], kita boleh tengok sekeliling bilik ini, banyak buku [ketawa], so (jadi) kegemaran saya baca bukulah, kalau saudara tengoklah keadaan di sini semua buku sahaja, so (jadi) tema saya membaca bukulah. Affan: Adakah ini salah satu faktor-faktor yang mendorong kejayaan kerjaya Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: [Berfikir] mungkin, sebab baca buku dapat meningkatkan minda pemikiran kita, kita ada banyak faktor mendorong kejayaan kerja saya, kalau kita tengok dari segi kerja, saya letakkan atas sekali kalau ikut bahasa inggeris right place, right time (kena pada tempat, kena pada masa),

7

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

bermakna saya ada kedudukan tempat saya kerja dulu saya telah ditempatkan pada masa tersebut di pusat penyiasatan di pusat penyiasatan Jabatan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri ya, jadi kebetulan pada masa tersebut penyiasatan menjadi satu [berfikir] satu aspek kerja yang banyak ditekankan oleh pengurusan, jadi [berfikir] saya kerja di bahagian tersebut memang terserlah nampak sebab pada masa tersebut memang pengurusan mereka menumpukan perhatian pada penyiasatan sebab itu saya kata berada di right place , right time (kena pada tempat, kena pada masa). Dan kedua saya akan letakkan sebagai right knowledge, right time (kena pada pengetahuan, kena pada masa) satu lagi saya bernasib baik kerana pada era permulaan komputer, pada era permulaan komputer, saya telah dapat meningkatkan pengetahuan tentang komputer pada masa orang masih lagi belum begitu hendak tahu tentang komputer. Ini kerana sebenarnya sebab abang saya amat minat dengan komputer, jadi daripada dia minat saya dengan komputer juga meningkat. Oleh kerana pada masa tersebut, tidak ramai yang tahu tentang komputer dengan knowkedge (pengetahuan) yang saya ada itu, saya dapat curahkan ke, ke tempat saya berkerja untuk setkan (tetapkan) beberapa sistem dan selepas itu pengurusan ternampaklah

kebolehan yang ada itu. So thats why I (jadi sebab itulah saya) kata letakkan dekat situ sebagai terdapat knowledge (pengetahuan) yang betul pada

8

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

masa yang betul. So (jadi) yang itu yang kedua tentang faktor yang mungkin saya katakan menjadi kejayaan kerjaya saya dan ketiga adalah

penglibatan saya dalam kesatuan sekerja. Ini memainkan peranan penting kerana seperti saya katakan semasa saya kecil, saya memang pendiam, introvert (pendiam) tetapi dalam aktiviti kesatuan telah meningkatkan kebolehan saya dari segi pergaulan, dari segi percakapan, so (jadi) itu memainkan peranan yang amat pentinglah so (jadi) membolehkan saya bercakap di khayalak ramai dan cuba tuan fikirkan, dalam kesatuan sekerja, kita banyak berinteraksi dengan pengurusan atasan dan dalam keadaan tersebut pengurusan pun dan pengurusan pun akan kenal kita. Kalau tuan [berfikir] fikirkan jabatan katakan sebuah jabatan di lembaga yang mempunyai sembilan ribu pekerja atau pekerja [berfikir], bagaimana [berfikir] pihak pengurusan boleh kenal sampai sembilan ribu pekerja, jadi kita hendak menonjolkan diri, jadi dalam apabila menceburi dalam kesatuan sekerja, dari segi situlah pengurusan akan dapat kenalkan, sebab itu faktor itu satu faktorlah jugalah kejayaan penglibatan aktif dalam kesatuan sekerja,

sebenarnya saya dalam kesatuan sekerja menjadi bendahari dalam kesatuan sekerja Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan juga saya adalah juga bendahari agung C.U.E.P.A.C.S [Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services]

9

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

(Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) pada suatu masa dahulu. Affan: Siapakah yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: Tentu isteri saya sajalah, sebab kami ada banyak minat yang sama. Kita ada banyak minat yang sama, beliau juga sangat aktif dalam kesatuan sekerja. Affan: Apakah prinsip hidup Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: Saya kepada saya kita hendaklah hidup dengan integriti iaitu penting sekali kita kena hidup penuh integriti tidak payah, janganlah menyusahkan orang lain dan membantulah sesiapa yang

memerlukan dan selain itu saya rasa ketepatan masa dan menunaikan janji juga antara prinsip yang amat saya peganglah. Affan: Apakah impian Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: Walaupun saya bukan orang politik tetapi menjadi impian sayalah untuk melihat negara kita ini akan maju dan berjayalah, maju aman makmur dan berjaya. Affan: Adakah Tuan Haji berpuas hati dengan kehidupan Tuan Haji sekarang? Atau adakah masih banyak perkara yang belum dicapai? Tuan Haji Shamin Ta: Saya rasa amat puas hati sebab kerana saya tidak termimpilah akan dapat menjawat jawatan yang saya anggap begitu tinggi dalam career (kerjaya) saya ini, sebab masa kerja saya tidaklah terfikir

10

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

akan boleh sampai ke tahap ini. So (jadi) saya rasa kehidupan saya rasa amat bertuahlah boleh sampai ke peringkat ini. Affan: Apakah perancangan masa depan Tuan Haji? Tuan Haji Shamin Ta: Saya akan bersara tidak lama lagi dalam bulan Oktober akan bersara itu pesara wajib bagi seorang penjawat awam dan setelah berkerja hampir tiga puluh tujuh tahun saya rasa saya ingin hendak berehat dulu dan catch up (mengejar) seperti saya kata semasa tidak banyak ruang untuk diri sendiri dan saya hendaklah berehat sekejap untuk

meneruskan bacaan yang belum habis banyak. [ketawa]. Affan: Sekarang kami akan bertanyakan mengenai sejarah pendidikan dan kerjaya awal Tuan Haji. Tuan Haji Shamin Ta: Okay.(Baiklah)

Affan: Soalan pertama kami, Bolehkah Tuan Haji ceritakan lebih lanjut mengenai latarbelakang pendidikan Tuan Haji?

Tuan Haji Shamin Ta:

Pendidikan awal saya semuanya di Terengganu, di Kuala Terengganu. Sekolah rendah di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, selepas itu di Sekolah Menengah Tengku Bariah sehinggalah ke tingkatan lima. Tengku Bariah tidak ada tingkatan enam, jadi untuk tingkatan enam saya belajar di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman juga di Terengganu. Dan selepas peringkat H.S.C [Higher School

11

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Certificate] (Sijil Tinggi Sekolah), kita ambil HSC dulu yang bersamaan dengan S.T.P.M [Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia] sekarang HSC dan selepas itu saya melanjutkan pendidikan di Tunku Abdul Rahman College (Kolej Tunku Abdul Rahman) di Petaling Jaya.

Affan: Apakah matapelajaran yang Tuan Haji minati dan mengapa Tuan Haji berminat dengan matapelajaran tersebut?

Tuan Haji Shamim Ta:

Saya

berminat

dalam

bidang

commerce

(perdagangan), mungkin kerana masa kecil kena jaga kedai [ketawa], itu memang saya minat dengan bidang commerce (perdagangan) dan semasa di sekolah pun saya di sekolah menengah pun saya jurusan saya pun di bahagian commerce (perdagangan)

Affan: Bagaimanakah pencapaian akademik Tuan Haji semasa di sekolah?

Tuan Haji Shamim Ta:

Saya rasa pencapaian saya average (memuaskan) sahajalah, average (memuaskan) sahaja, sebab

pada masa dahulu tidak sama seperti sekarang orang banyak score (capai) sampai sepuluh A (10A), dahulu hendak dapat satu A (1A) pun sudah kira bagus, saya kira saya dulu average

(memuaskan) sahajalah. Dahulu kalau dapat A dianggap sudah hebat itu, sudah memang baik.

12

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Apakah cita-cita Tuan Haji semasa di sekolah dan apakah yang mempengaruhi Tuan Haji untuk memilih cita-cita tersebut?

Tuan Haji Shamim Ta:

Saya kira saya ini budak kampung sahaja dan duduk di kampung tidak ada hendak bercita-cita besar, knowledge (pengetahuan) apa itu

pengetahuan pun sedikit sahaja, kalau tidak silap saya apabila pernah ditujukan persoalan semasa sekolah, saya rasa saya letak situ hendak jadi ahli perniagaan sahaja tidak ada cita-cita hendak jadi doktor ke apa dahulu tidak ada.

Affan: Apakah yang Tuan Haji lakukan setelah tamat pengajian di sekolah menengah?

Tuan Haji Shamim Ta:

Seperti yang saya katakan, saya belajar di Kolej Tunku Abdul Rahman di Petaling Jaya. Selepas habis HSC.

Affan: Semasa pengajian di peringkat sekolah rendah dan menengah, adakah Tuan Haji pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelajar seperti berpidato, syarahan atau lain-lain dan pada peringkat apa?

Tuan Haji Shamim Ta:

Pidato itu semuanya tidak ada tetapi saya adalah pengawas sekolah, saya pernah pegang jawatan sebagai pengawas sekolah dan juga pengawas perpustakaan--yang lain itu hanya mengambil bahagian dalam persatuan-persatuan sahajalah di

13

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

dalam sekolah, itu sahaja. Dan untuk sukan itu saya hanya main pingpong sahajalah tetapi.

Affan: Selepas tamat pengajian sekolah

menengah, adakah Tuan Haji

melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi?

Tuan Haji Shamim Ta:

Sama seperti tadi, saya ke Kolej Tunku Abdul Rahman sahajalah.

Affan: Apakah jurusan yang Tuan Haji ambil?

Tuan Haji Shamim Ta:

Saya ambil jurusan perniagaan.

Affan: Apakah kesukaran yang Tuan Haji rasai sepanjang pengajian disana dari segi subjek, kejutan budaya?

Tuan Haji Shamim Ta:

Subjek tidak ada menjadi masalah sebab masa form four (tingkatan lima), form five (tingkatan lima) form six (tingkatan enam) itu saya memang dalam jurusan commerce (perdagangan) jadi dari segi subjek tidak ada masalah tetapi kejutan budaya memang sebab seperti saya kata saya dibesarkan di Kuala Terengganu, semasa kecil tidak pernah keluar daripada Kuala Terengganu [tarik nafas] jadi bila sampai di [berfikir] di Selangor atau di Petaling Jaya dan Kuala Lumpur, saya tinggal sebilik, mujur saya tinggal sebilik dengan kawan abang saya, jadi itu membantu sedikit memang kejutan besar sebab tidak pernah dari rumah sebelum itu. So (Jadi) jadi dengan kawan yang ada

14

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

itu dapatlah saya sesuaikan dirilah untuk duduk di bandar besar seperti di P.J [Petaling Jaya] dan Kuala Lumpur.

Affan: Adakah Tuan Haji meminati jurusan yang diambil?

Tuan Haji Shamin Ta:

Ya, memang saya minati dan seperti saya kata ia adalah sambunganlah atau kesinambungan kepada mata pelajaran yang telah saya ambil semasa di sekolah--iaitu jurusan commerce (perdagangan).

Affan: Bagaimana pula pencapaian Tuan Haji semasa dipengajian?

Tuan Haji Shamim Ta:

[Berfikir] di Kolej Tunku Abdul Rahman, kita ambil peperiksaan professional jadi professionalprofessional ini dia tidak adalah C.G.P.A (nilai

[Cumulative Grade Point Average ]

kumulatif rata-rata) ke apa, dia hanya ada samada u (kamu) lulus, kalau u (kamu) lulus u (kamu) kena refer (rujuk) ke ataupun u (kamu) kira fail (gagal). Dia ada tiga sahaja, dari segi kecemerlangan saya kata tidak adalah kecemerlangan sehingga

mendapat award (anugerah) ke apa-apa, jadi kira biasa sahajalah, tidak adalah, tetapi peperiksaan professional dia tidak adalah ada bagi markah macam untuk menunjukkan kecemerlangan di sepanjang, dia ada pass (lulus), fail (gagal) atau refer (rujuk) [ketawa], tiga sahaja dalam dia punya result (keputusan) dalam peperiksaan.

15

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Semasa di kolej, bagaimana Tuan Haji mengulang kaji pelajaran? Apakah strategi yang Tuan Haji digunakan?

Tuan Haji Shamim Ta:

Saya sentiasa berada di library (perpustakaan), itu menjadi tempat saya belajar dan biasanya ulangkaji saya banyak membuat meneliti balik semua peperiksaan peperiksaan lama, contoh-contoh

soalan lama untuk dibuat ulangkaji sebab dalam peperiksaan professional, kita dalam soalan dia biasanya akan boleh kita lihat daripada past question (soalan lama) kita katakan, daripada past question (soalan lama) saya banyak meneliti, mengulangkaji, dan kerana dalam bidang

accounting (akaun) ini, dia kena banyak buatkan soalan itu, dia bukan boleh baca, dia kena buat, jadi sebagai kita ambil daripada past (lama) soalanlah, soalan-soalan yang lama.

Affan: Adakah Tuan Haji merupakan pelajar yang aktif semasa dipengajian?

Tuan Haji Shamim Ta:

Di sini saya nak bagi sedikit gambaran [berfikir], Kolej Tunku Abdul Rahman pada semasa saya masuk adalah kolej yang baru, sebenarnya saya adalah batch (sesi) kedua di Kolej Tunku Abdul Rahman. Dan semasa tersebut, dia adalah kolej yang baru dan kampus pun tidak ada. Kita hanya menumpang sekolah Katolik di Petaling Jaya. Jadi tidak ada kampus, tidak adalah [berfikir]

kemudahan untuk apa-apa aktiviti. Jadi sebenarnya

16

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

semasa saya di Kolej Tunku Abdul Rahman, kita tidak ada apa-apa aktiviti luar pun sebab sekolah kita pun menumpang di Sekolah Menengah Katolik dan persekolahan pun semasa petang dan malam sahaja, sebab kita tumpang jadi tidak adalah nak ada apa-apa aktiviti semasa saya di kolej. Jadi tidak ada suasana kampus, so (jadi) yang tinggal hanya belajar sahajalah, sebab tidak ada apa-apa aktiviti sebab tidak ada kampus.

Affan: Adakah Tuan Haji pernah menjalankan aktiviti perniagaan semasa di kolej?

Tuan Haji Shamim Ta:

Ya seperti disebut tadi memang semasa di kolej, saya tidak ada peluang untuk menjalankan apa-apa aktiviti dan termasuklah apa-apa aktiviti

perniagaan atau lain-lain.

Affan: Pada tahun bilakah Tuan Haji menamatkan penggajian?

Tuan Haji Shamim Ta:

Saya telah tamat pengajian pada tahun (1973). Dan itu sahaja.

Affan: Apakah pengalaman pahit dan manis Tuan Haji semasa pengajian di kolej?

Tuan Haji Shamim Ta:

[Berfikir] kalau pahit saya rasa tidak ada pahit melainkan kita kena belajar kuat sahaja [ketawa], kalau yang manis tentulah saya rasa apabila mendapat peperiksaan keputusan sebab peperiksaan kita habis dan lulus

peperiksaan

17

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

professional ini setiap enam bulan sekali kita ada peperiksaan.

Affan: Siapakah kawan baik Tuan Haji semasa di kolej dan adakah Tuan Haji masih lagi berhubung dengan beliau?

Tuan Haji Shamim Ta:

Encik Lee Eng Heng merupakan kawan baik saya dan beliau sekarang ini bertugas sebagai pensyarah di Universiti Tunku Abdul Rahman [dahulu Kolej Tunku Abdul Rahman]. Sebagai seorang yang dilahirkan di Kuala Lumpur, beliaulah yang banyak perkenalkan selok-belok kehidupan di Kuala Lumpur kepada saya.

Affan: Adakah beliau juga merupakan teman untuk mengulangkaji pelajaran bersama?

Tuan Haji Shamim Ta:

Ya. Kami sama-sama belajar, kebetulan dia pun ada kenderaan, jadi senanglah untuk kami pergi ke library tersebut. (perpustakaan) bersama pada masa

Affan: Selepas Tuan tamat pengajian, apakah kerjaya awal Tuan Haji?

Tuan Haji Shamim Ta:

Selepas saya habis pengajian, saya terus masuk Jabatan Hasil Dalam Negeri. [Berfikir] ini

merupakan [berfikir] pilihan pertama saya.

18

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Berapa lamakah Tuan Haji berkerja dalam kerjaya tersebut?

Tuan Haji Shamim Ta:

Sekiranya diambil kira Jabatan Hasil Dalam Negeri dan Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya telah berkhidmat sehingga hari ini dekat tiga puluh tujuh tahun. Ini adalah kerana saya ambil kedua-dua sekali kerana dua-dua ini adalah sebenarnya agensi yang sama. Dan agensi ini yang kita anggap sebagai perkhidmatan tertutup iaitu satu close service (perkhidmatan tertutup) dimana pegawaipegawainya tidak boleh keluar untuk berkhidmat di lain-lain jabatan kerajaan.

Affan: Apakah jawatan Tuan Haji selepas itu?

Tuan Haji Shamim Ta:

Sebab itu saya kata, saya hanya masuk Jabatan Hasil Dalam Negeri dan tidak lagi masuk lain-lain jabatan, dari satu jabatan sahaja dalam tempoh perkhidmatan saya.

Affan: Kami mendapati Tuan Haji pernah berkhidmat dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri, apakah jawatan terakhir Tuan Haji dalam J.H.D.N [Jabatan Hasil Dalam Negeri]?

Tuan Haji Shamim Ta:

Di [berfikir] J.H.D.N jawatan saya sebagai Timbalan Pengarah Cawangan. Dan selepas itu, diteruskan dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri.

19

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Bolehkah Tuan Haji terangkan serba sedikit mengenai J.H.D.N [Jabatan Hasil Dalam Negeri] dan L.H.D.N [Lembaga Hasil Dalam Negeri]?

Tuan Haji Shamim Ta:

Sebenarnya [berfikir] JHDN dan LHDN tidak ada [berfikir]--

Affan: -- perbezaan.

Tuan Haji Shamim Ta:

-- tidak ada perbezaan, dia adalah satu jabatan yang sama hanya pada tahun (1956), Jabatan Hasil Dalam Negeri telah diperbadankan dan dikenali sebagai Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini

bermakna dari sebuah jabatan kerajaan ia telah ditukarkan menjadi sebuah badan berkanun dimana ia akan ada sebuah Lembaga Pengarah yang akan mengendalikan pengurusan Lembaga Hasil Dalam Negeri.. Dan [berfikir] dari segi pentadbiran semuanya adalah sama.

Affan: Bagaimana Tuan Haji melihat bidang kuasa yang diberikan kepada J.H.D.N ketika itu?

Tuan Haji Shamim Ta:

Sebagai sebuah jabatan kerajaan, kita terpaksalah ikut semua peraturan-peraturan yang ditetapkan kerajaan, so (jadi) [berfikir] kita tidak dapat larilah daripada semua pegawai kerajaan, jadi itu

mengehadkan kebolehan kita untuk membuat pengurusan sendiri.

20

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Bagaimana pula dari segi pendapatan semasa di J.H.D.N dan L.H.D.N?

Tuan Haji Shamim Ta:

Pendapatan kita tidak ada sebab semua kita sebagai sebuah jabatan kerajaan, kita menerima peruntukan daripada kerajaan setiap tahun melalui baget tahunan yang diberikan oleh kerajaan kepada kita. Kita tidak ada pendapatan sendiri, semua wang untuk pengurusan adalah daripada pihak kerajaan [berfikir[ yang kita tuntut dari baget setiap tahun.

Tamat Kaset 1 Bahagian A

21

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Kaset 1 Bahagian B

Affan: Bolehkah Tuan Haji terangkan apakah fungsi L.H.D.N?

Tuan Haji Shamim Ta:

[Berfikir] Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah satu agensi kerajaan yang diamanahkan untuk mentadbir dan memungut cukai langsung untuk kerajaan melalui cukai pendapatan, cukai

petroleum, cukai keuntungan harta tanah dan duti harta pusaka, selain itu kita juga kutip duti setem. Selain itu, Lembaga Hasil Dalam Negeri juga mempunyai tanggungjawab berikut, pertama

sekali, memberi nasihat kepada kerajaan tentang perkara-perkara berhubung dengan percukaian dan bekerjasama dengan kementerian dan berkanun lain berhubung percukaian. Kedua, kami menyertai mesyuarat, perbincangan dan perjanjian berhubung percukaian di dalam dan di luar negara. Ketiga, kami menjadi agen pemungutan bagi pihak manamana badan untuk mendapatkan pinjaman yang kena dibayar balik. Pada masa ini sebagai contoh Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah agen pemungutan bagi P.T.P.T.N [Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia]. Jadi bidang kuasa Lembaga Hasil Dalam Negeri ini adalah untuk mentadbir undang-undang berikut. Pertama, Akta Cukai Pendapatan (1967), Akta Petroleum Cukai Pendapatan (1967), Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (1976), Akta Setem (1949), Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan

22

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

(1990) dan juga Akta Penggalakan Pelaburan (1986) dan lain-lain lagi.

Affan: Bagaimana penerimaan kakitangan J.H.D.N terhadap perubahan ini terutama sekali kesatuan pekerja seperti C.E.U.P.A.C.S [Congress of Unions of Employees in the Public and Civil Services] (Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam) dan I.R.O.U [Inland Revenue Officers Union] (Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri)?

Tuan Haji Shamim Ta:

Kakitangan Lembaga Hasil Dalam Negeri memang menerima baik perubahan daripada jabatan kepada lembaga dan ini dapat dilihat apabila lebih daripada sembilan puluh lima peratus kakitangan Jabatan Hasil Dalam Negeri telah menerima dilantik dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri. C.U.E.P.A.C.S pun tidak ada apa halangan atas penukaran ini.

Affan: Boleh Tuan Haji terangkan apakah perbezaan di antara Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam [C.U.E.P.A.C.S] dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri [I.R.O.U]?

Tuan Haji Shamin Ta:

I.R.O.U adalah kesatuan sekerja yang ditubuhkan untuk pegawai- pegawai teknikal Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja. C.U.E.P.A.C.S pula adalah gabungan semua kesatuan sekerja dalam

perkhidmatan awam. Jadi, I.R.O.U ini adalah juga satu adalah juga ahli dalam C.U.E.P.A.C.S ini.

23

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Faizal: Assamualaikum Tuan Haji. Tuan Haji Shamin Ta: Waalaikumsalam

Faizal: Seterusnya soalan berkenaan jawatan sebagai timbalan ketua pengarah pengurusan di L.H.D.N. Pada tahun bilakah Tuan Haji menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan di L.H.D.N? Tuan Haji Shamin Ta: Saya dilantik sebagai timbalan ketua pengarah pada tahun (2009) dan pada masa tersebut jawatan timbalan ketua pengarah adalah timbalan ketua pengarah untuk hal-ehwal korporat, pada tahun (2009) terdapat penstrukturan semula dalam

lembaga hasil dalam negeri dimana jawatan atau portfolio (kertas kerja) saya ditukarkan kepada pengurusan. Faizal: Bagaimana perasaan Tuan Haji ketika menerima jawatan tersebut? Tuan Haji Shamin Ta: Saya amat terharu apabila diberi kepercayaan untuk memegang jawatan yang begitu tinggi kerana tidak pernah terfikir akan boleh meningkat sampai ke tahap ini. Faizal: Apakah tangungjawab dan bidang tugas Tuan Haji dalam jawatan ini? Tuan Haji Shamin Ta: Bidang tugas saya merangkumi tiga aspek pertama pengurusan sumber manusia ini meliputi lima fungsi utama berikut iaitu Pembangunan

Organisasi, Pengurusan Prestasi dan Kompetensi, Pembangunan Sumber Manusia , Pengurusan Saraan dan Kemudahan dan akhir sekali

Pengurusan Am Lembaga Hasil Dalam Negeri di24

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

bawah pengurusan sumber manusia. Dengan [berfikir], kedua Pengurusan Kewangan itu aspek kedua di bawah portfolio (kertas kerja) saya Pengurusan Kewangan iaitu Menguruskan Bajet Tahunan dan Pendapatan dan Perbelanjaan

Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan tiga adalah Pengurusan menguruskan Perolehan segala dan Asset iaitu dan

perolehan

penyelenggaraan asset Lembaga Hasil Dalam Negeri. Faizal: Adakah terdapat institusi-institusi yang bertanggungjawab memberi latihan kepada pegawai dan staf L.H.D.N dalam bidang percukaian dan pengurusan bagi membolehkan mereka menjalankan tugas secara professional? Tuan Haji Shamin Ta: Ya ada. Segala latihan di Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah dikendalikan oleh Akademi

Percukaian Malaysia yang lebih dikenali sebagai A.P.M [Akademi Percukaian Malaysia] sebagai singkatannya. Akademi ini terletak di Bangi, Selangor dan telah berjalan semenjak (1994). Pusat latihan yang ada di akademi adalah seperti Pusat Latihan Antarabangsa dan Pembelajaran Cukai, kita ada Pusat Latihan Akaun dan Audit, Pusat Latihan Pengurusan, Pusat Latihan Undang-undang dan juga Pusat Latihan dan Pembangunan I.C.T [Information and Computer Technology]

(Teknologi Komputer dan Maklumat).

25

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Faizal: Adakah bentuk-bentuk latihan di Akademi Percukaian Malaysia ini dijalankan oleh pihak L.H.D.N sendiri ataupun daripada kerjasama pihak luar? Tuan Haji Shamin Ta: Sebahagian besar daripada latihan adalah

dijalankan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri sendiri kerana latihan-latihan ini adalah untuk pegawai- pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri sahaja. Walau bagaimanapun, kita juga menjalankan kursus- kursus untuk agensi luar Negara yang kita adakan secara usahasama dengan agensi- agensi seperti O.E.C.D iaitu Organisation for Economic Cooperation and Development (Organisasi Pembangunan dan Koperasi Ekonomi), C.A.T.A itu Commonwealth Association of Tax Administration (Persatuan Komanwel Dalam

Pentadbiran Cukai), kita juga ada usaha sama dengan J.I.C.A iaitu Japan (Agensi International Kerjasama

Cooperation

Agency

Antarabangsa Jepun) dan satu lagi agensi luar negara yang kita berusaha sama adalah SGATAR, S-G-A-T-A-R iaitu Study Group on Tax Research (Penyelidikan Kumpulan Belajar Dalam Cukai). Faizal: Melalui penyelidikan kami, kami terdapat satu Skim Potongan Cukai Berjadual (P.C.B) bagi pekerja yang berpendapatan penggajian. Boleh Tuan Haji terangkan sedikit mengenai P.C.B ini? Tuan Haji Shamin Ta: P.C.B adalah potongan untuk cukai setiap bulan daripada saraan pekerja- pekerja yang di buat oleh majikan ia berdasarkan pada jadual yang telah di

26

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

sediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, potongan ini dianggap sebagai bayaran

pembayaran terhadap cukai pekerja tersebut. Faizal: Adakah terdapat perbezaan di antara P.C.B 2009 dan P.C.B 2010? Tuan Haji Shamin Ta: Hanya terdapat sedikit perbezaan sahaja antara jadual P.C.B [Potongan Cukai Berjadual] untuk 2009 dan 2010. Kalau kita lihat pertama sekali saraan minimum dalam P.C.B 2009 adalah dua ribu empat ratus kosong satu [RM2,401] tetapi dalam P.C.B 2010 saraan minimum daripada saraan minimum yang dikenakan potongan ada

dua ribu empat rarus lima puluh satu [RM2,451] dan kadar cukai maksimum kita ini adalah kerana kadar cukai [berfikir] maaf, kadar cukai maksimum juga adalah diturunkan daripada dua puluh tujuh peratus (27%) kepada dua puluh enam peratus (26%) dan terdapat juga peningkatan potongan individu daripada lapan ribu ke sembilan ribu, dan dalam P.C.B dalam jadual P.C.B 2010 terdapat tambahan potongan untuk premium anuiti

tertangguh satu, kedua yuran langganan internet jalur lebar dan ketiga faedah pinjaman perumahan itu sahaja. Affan: Melalui laman web L.H.D.N, kami mendapati ada satu ruangan menyatakan mengenai Pelarian Cukai. Apakah yang dimaksudkan dengan Pelarian Cukai? Tuan Haji Shamin Ta: Pelarian cukai merujuk kepada usaha pembayar cukai untuk samada tidak membayar cukai ataupun

27

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

mengurangkan bayaran cukai yang sepatutnya dibayar oleh mereka. Ini usaha melarikan cukai merupakan satu kesalahan serius dalam Akta Cukai Pendapatan dikenakan mahkamah. Affan: Bagaimana pula dengan Cukai Pegangan? Tuan Haji Shamin Ta: Cukai Pegangan adalah amount (jumlah) yang dipotong daripada bayaran yang dibuat oleh seseorang kepada penerima yang bukan dimana denda pembayar ataupun cukai boleh ke

dihadapkan

pemastautin. Bayaran dimana cukai pegangan dikenakan adalah bayaran untuk perkhidmatan ataupun khidmat nasihat yang diberikan oleh seseorang yang bukan pemastautin termasuk juga sewa rumah, royalti, faedah, dan kontrak. Jumlah yang perlu dipotong ini hendaklah diremitkan ke Lembaga Hasil Dalam Negeri. Affan: Melalui penyelidikan dan pandangan orang ramai, apakah yang dimaksudkan dengan G.S.T [Goverment Services Tax] (Cukai

Perkhidmatan Kerajaan)? Bolehkah Tuan Haji terangkan. Tuan Haji Shamin Ta: G.S.T adalah cukai tidak langsung yang dikenakan ke atas semua barang dan perkhidmatan yang dikenakan pada setiap peringkat pengeluaran ataupun pengedaran dalam rantaian perniagaan. Sebagai contoh, sekiranya kita beli kasut, maka akan dikenakan G.S.T atas barang dibeli iaitu kasut tersebut. Itu adalah G.S.T. Dia kena ada cukai atas barang tadi.

28

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Adakah terdapat perbezaan di antara S.S.T [Sales and Service Tax] (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dan G.S.T [Goverment Services Tax] (Cukai Perkhidmatan Kerajaan)? Tuan Haji Shamin Ta: Memang terdapar perbezaan antara S.S.T iaitu Sales and Services Tax dan G.S.T. S.S.T hanya dikenakan di peringkat pengkilangan atau import, itu diperingkat pengilangan atau import, tetapi G.S.T atas setiap rangkaian perniagaan. Ini bermakna menyeluruh. Affan: Setahu saya, banyak pihak tidak bersetuju dengan pembubaran S.S.T kepada G.S.T. Kenapa? Tuan Haji Shamin Ta: Pada pandangan saya banyak pihak tidak bersetuju dengan G.S.T berkemungkinan kerana mereka tidak faham tentang kedudukan hasil negara. Kalau diteliti hasil petroleum dimana pada tahun (2008) kadar sumbangan adalah sebanyak empat puluh peratus (40%). Kita patut ingat bahawa sumbangan yang tinggi daripada sector petroleum tidak akan dapat dikekalkan kerana ia merupakan sumber yang semakin susut. Jadi kita memerlukan satu jenis cukai yang lebih stabil dan menyeluruh dan G.S.T sebenarnya adalah jawapan kepada perkara tersebut. G.S.T adalah cukai yang lebih

29

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Daripada susulan G.S.T ini dari pihak kerajaan, berapa banyakkah yang akan diambil oleh kerajaan dari segi peratusan demi meningkatkan tahap sistem cukai di Malaysia? Tuan Haji Shamin Ta: Mengikut maklumat yang diberi setakat ini, kerajaan telah memaklumkan bahawa kadar G.S.T akan dikenakan kepada empat peratus. Ini kalau dilihat adalah kadar yang sangat rendah kerana ada negara mengenakan G.S.T sehingga sembilan belas point (perpuluhan) enam peratus seperti di Perancis. Kadar di Singapura adalah tujuh peratus Affan: Daripada sistem G.S.T ini, bolehkah Tuan Haji terangkan serba sedikit apakah jenis barang-barang yang bakal dicukaikan atau pun hanya terdapat beberapa barang yang bakal dicukaikan? Tuan Haji Shamin Ta: Pada kebiasaannya, dalam rejim G.S.T, ada barangan yang dikenakan pada kadar sifar iaitu kosong dan ada yang dikecualikan. Ini adalah untuk membantu golongan berpendapatan rendah ini mereka yang berpendapatan rendah. Untuk itu kadar sifar adalah untuk produk pertanian seperti padi, sayur- sayuran, barang makanan seperti beras, gula, garam, tepung dan lain- lain, binatang ternakan lembu, kerbau, ayam dan lain-lain, telur juga biasanya tidak ada cukai, sebahagian elektrik dan banyak lagi. Pengecualian adalah untuk pengangkutan, rumah kediaman, tanah untuk pertanian, perkhidmatan- perkhidmatan kesihatan dan pendidikan.

30

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Itu barang- barang yang tidak dicukaikan? Tuan Haji Shamin Ta: Ya, yang itu biasanya tidak dikenakan cukai.

Affan:Adakah ini bakal merumitkan pembeli-pembeli terutamanya pembeli yang berpendapatan rendah? Tuan Haji Shamin Ta: Seperti yang disebutkan tadikan, pembeli

pendapatan rendah tidak akan dibebankan kerana barangan atau keperluan asas tidak akan dikenakan G.S.T. Affan:Pernahkah Tuan Haji menerima kritikan semasa menjalankan tugas dan bagaimana penerimaan Tuan Haji terhadap kritikan-kritikan tersebut? Tuan Haji Shamin Ta: Saya semasa berkhidmat bersedia menerima

kritikan tetapi ini jarang berlaku. Kemungkinan adalah cara orang timur kita berurusan, mereka jarang hendak beri kritikan terbuka. Affan: Siapakah yang memberi rangsangan kepada Tuan Haji sehingga berjaya mencapai ke tahap ini? Tuan Haji Shamin Ta: Saya rasa ini boleh saya berikan kepada isteri sayalah kerana sebenarnya kami, beliau juga berkhidmat dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri dan banyak kepada saya. Affan: Sebagai salah seorang ahli pengurusan eksekutif L.H.D.N tinggi dan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat, ekonomi dan negara. Apakah cabaran yang Tuan Haji lalui sepanjang masa? Tuan Haji Shamin Ta: Cabaran yang kami, saya ataupun Lembaga Hasil Dalam Negeri lebih tepat yang kita hadapi adalah31

memberi supportlah (sokongan)

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

untuk

mencari

jalan

untuk

meningkatkan

pematuhan cukai diantara golongan pembayar cukai dan kedua cabaran adalah untuk menentukan bahawa Lembaga Hasil Dalam Negeri ini sentiasa bebas daripada isu rasuah, pada masa ini kalau dilihat jarang terdengar berita-berita bahawa pegawai- pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri ini terlibat dalam rasuah dan kita harap perkara ini akan berterusan. Affan: Bolehkan Tuan Haji terangkan apakah itu perkhidmatan aplikasi atas talian e-Hasil dan apakah perkhidmatan dibawah jenama tersebut?

Tuan Haji Shamin Ta:

Ada banyak aplikasi atas talian yang telah disediakan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri, sebagai contoh kita ada e-filing (fail secara elektronik), iaitu kaedah menghantar borang cukai pendapatan secara elektronik melalui internet. Kita ada juga sediakan e-bayaran (bayaran secara elektronik), iaitu kaedah bayaran cukai pendapatan melalui perbankan internet dan kita ada juga edaftar (daftar secara elektronik), iaitu aplikasi pendaftaran fail cukai pendapatan individu dan syarikat melalui internet, dan kalau dilayari laman web Lembaga Hasil Dalam Negeri ada lagilah beberapa perkhidmatan melalui secara katakan talian.

32

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Siapakah tokoh yang Tuan Haji kagumi? Dan mengapa Tuan mengagumi beliau?

Tuan Haji Shamin Ta:

Pada tokoh yang saya kagumi adalah Tun Mahathir. Beliau satu pemimpin yang amat influential (berpengaruh) dan disegani bukan sahaja dalam negara tetapi di luar di dunia. Tun juga seorang yang berwawasan dan saya rasa beliau berani membuat keputusan.

Faizal: Adakah Tuan Haji pernah berjumpa dengan Tuan Mahathir?

Tuan Haji Shamin Ta:

Ya.

Dahulu

semasa saya

saya pernah

berada ada

dalam

C.U.E.P.A.C.S,

mesyuarat-

mesyuarat dengan Tun. Ini ada berhubung dengan isu-isu yang dibangkitkan oleh C.U.E.P.A.C.S dengan kerajaan.

Affan: Adakah Tuan Haji berpuas hati dengan kejayaan dan kerjaya Tuan Haji sekarang?

Tuan Haji Shamin Ta:

Saya amat puas hati atas kejayaan ini, sebenarnya saya bukanlah seorang yang bercita-cita besar yang merancang kerjaya saya untuk ke kemuncak ini. Saya hanya menjalankan tugas dengan sebaikbaiknya dan tidaklah mengharapkan apa-apa pulangan tetapi telah dapat telah diberi

penghargaan sebegitu tinggi untuk menjawat jawatan timbalan ketua pengarah ini.

33

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Faizal: Seterusnya megenai pengalaman, pertama kali sepanjang penglibatan Tuan Haji dalam bidang percukaian, apakah kekuatan yang mendorong Tuan Haji untuk terus bergiat dalam bidang ini?

Tuan Haji Shamin Ta:

Percukaian

adalah

satu

bidang

yang

amat

mencabar, dan saya dapati amat interestinglah (menarik) amat, saya amat minat dalamnya. Ramai para professional menganggap undang-undang percukaian sebagai satu undang-undang yang rumit sekali. Seorang pengamal cukai perlu mempunyai pengetahuan bukan sahaja dalam bidang undangundang tetapi juga perakaunan dan sentiasa perlu mengemaskini pengetahuan kerana undang-undang ini sentiasa berubah. Kalau dilihat setiap tahun ada baget undang-undang percukaian akan berubah. Ini menjadikan ia satu bidang yang challenging (mencabar) dikatakan.

Faizal: Apakah jenis anugerah yang Tuan Haji pernah terima?

Tuan Haji Shamin Ta:

Kerajaan telah menganugerahkan pada saya pingat K.M.N [Kesatria Mangku Negara].

Faizal: Adakah anugerah ini merupakan anugerah yang paling bermakna?

Tuan Haji Shamin Ta:

Ya, kerana ia menunjukkan pengiktirafan kerajaan kepada perkhidmatan yang telah saya beri selama ini.

34

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Faizal: Apakah kenangan manis Tuan Haji sepanjang penglibatan dalam bidang percukaian samada di J.H.D.N dan?

Tuan Haji Shamin Ta:

[Berfikir] kenangan manis saya rasa mungkin atas pengiktirafan yang diberi melalui kenaikan

pangkatlah. Saya rasa amat bertuah kerana selama perkhidmatan saya ini saya telah diberi kenaikan pangkat sebanyak lapan kali--. Selain itu, kenangan manis adalah semasa saya ataupun penglibatan saya dalam I.R.O.U [Inland Revenue Officers Union] (Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri), itu adalah masa yang amat manis kepada saya kerana banyak aktiviti yang telah kita adakan seperti penerbitan jurnal, percukaian, seminar percukaian dan lain-lainlah.

Faizal: Bagaimana pula denganpengalaman pahit dalam bidang ini?

Tuan Haji Shamin Ta:

Dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri, saya telah lama berkhidmat dalam cawangan siasatan iaitu menyiasat mereka-mereka yang lari cukai. Dalam [berfikir] satu kes saya dapati saya telah begitu keras terhadap pembayar cukai. Pada masa tersebut, ini menakutkan kerana saya adakah oleh kerana terlalu lama dalam bidang siasatan telah menjadikan saya seorang yang tidak bertimbang rasa dan keras hati tetapi mujurlah itu tidak bukan keadaannya.

35

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Faizal: Apakah bentuk-bentuk rintangan yang dihadapi semasa di dalam bidang ini?

Tuan Haji Shamin Ta:

Saya rasa tidak ada apa-apa rintangan yang ada mungkinlah kelemahan diri sendiri untuk

menjadi seorang pegawai yang lebih baik.

Tamat Kaset 1 Bahagian B

36

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Kaset 2 Bahagian A

Affan: Pada pendapat Tuan Haji, bagaimana Tuan Haji ingin melihat perubahan yang lebih nyata dalam bidang percukaian di Malaysia ini?

Tuan Haji Shamin Ta:

Dalam tempoh lebih dari tiga puluh tahun berkhidmat, saya dapati banyak perubahan telah kita lakukan daripada sebuah organisasi dahulu yang sangat ditakuti dan digeruni, Lembaga Hasil Dalam Negeri telah berjaya menukar imej menjadi sebuah organisasi yang lebih mesra terbuka dan terbuka dalam urusan dengan pembayar cukai. Ini adalah satu perubahan yang amat positif supaya pembayar cukai akan bersedia berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan membayar cukai yang sepatutnya. Perubahan lain adalah untuk melihat pembayar cukai yang tidak mempunyai lagi perlu

pendapatan

penggajian

mengemukakan borang cukai pendapatan. Itu adalah satu perubahan yang saya rasa patut diketengahkanlah supaya pembayar cukai yang mempunyai pendapatan penggajian tidak perlu menghantar apa-apa borang. Ini boleh dilakukan apabila kita boleh menganggap bayaran P.C.B [Potongan Cukai Berjadual] daripada P.C.B tadi sebagai cukai bayaran cukai pendapatan yang final (akhir) yang muktamad. Sekiranya ini tercapai, bukan sahaja ia menyenangkan pembayar cukai tetapi Lembaga Hasil Dalam Negeri juga akan mendapat manfaatlah, kerana jumlah pembayar

37

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

cukai dalam kategori ini atau dalam golongan ini adalah amat besar. Jadi ia memberi banyak manfaat kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri kerana tidak perlu lagi berurusan dengan kumpulan yang besar ini. Selain ini [berfikir], kalau kita lihat selain daripada dua perkara yang saya sebutkan tadi, saya juga ingin lihat perubahan dari segi pengenalan G.S.T [Good Service Tax] (Cukai Perkhidmatan Kerajaan) yang disebutkan tadi dimana biasanya kalau G.S.T diperkenalkan, kadar cukai pendapatan akan dikurangkan, ini akan memberi manfaatlah kepada pembayar-pembayar cukai.

Affan: Apakah nasihat Tuan Haji kepada masyarakat mengenai percukaian?

Tuan Haji Shamin Ta:

Masyarakat perlu tahu bahawa cukai adalah merupakan sumber pendapatan kepada negara. Sebuah negara sedang membangun seperti

Malaysia memerlukan sumber kewangan yang banyak untuk membangunkan negara seperti dalam bidang pendidikan, infrastruktur, kesihatan dan keselamatan. Jadi amatlah penting untuk

membayar cukai yang sepatutnya.

38

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Apakah harapan Tuan Haji kepada generasi muda yang ingin mencapai kejayaan?

Tuan Haji Shamin Ta:

Kita perlu menjalankan tugas-tugas dengan penuh komitmen dan dedikasi. Kepuasan bekerja adalah penting dan kepada saya bukan untuk mengejar kemewahan. Sekiranya kemewahan yang dicari ini akan menimbulkan masalah dari segi integriti. Kita hendaklah balik ke aspek yang lebih asas berhubung amanah, jujur dan kebolehpercayaan. Dan paling penting hendaklah sentiasa kita meningkatkan kompetensi, masing-masing untuk membolehkan seseorang itu menghadapi

perubahan akibat daripada globalisasi.

Affan: Apakah nasihat Tuan Haji mengenai pengurusan dan pentadbiran kerajaan pada masa ini?

Tuan Haji Shamin Ta:

Kalau kita lihat, banyak perubahan telah dibuat oleh kerajaan. Urusan- urusan dengan kerajaan telah menjadi lebih senang. Kalau dahulu kita hendak mendapat pasport untuk international (antarabangsa), kita terpaksa bertunggu hingga berhari atau berjam-jam dan berhari-hari. Sekarang urusan mendapat pasport international

(antarabangsa), hanya saya rasa tidak sampai satu hari. Ini adalah satu perubahan besar. Kalau kita lihat agensi lain seperti agensi K.W.S.P [Kumpulan Wang Simpanan Pekerja] dan juga J.P.J [Jabatan Pengangkutan Jalan], urusan di sana telah akan

39

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

begitu singkat masanya kalau kita berurusan dengan agensi-agensi kerajaan ini. Ini termasuklah juga dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri.

Affan: Soalan terakhir dari kami, apakah nasihat Tuan Haji kepada mereka yang terlibat ataupun yang ingin melibatkan diri dalam bidang percukaian ini?

Tuan Haji Shamin Ta:

Sebenarnya ada dua kategori dalam kumpulan ini ya. Satu adalah mereka yang berkhidmat Lembaga Hasil Dalam Negeri, dan yang satu lagi yang berkhidmat dengan agen cukai atau mereka sendiri yang menjadi agen cukai. Kepada kedua-dua kumpulan ini ingin saya beritahu bahawa bidang percukaian amat mencabar kerana bukan sahaja kita perlu mengetahui persekitaran perniagaan yang sentiasa berubah tetapi juga perundangan yang sentiasa berubah kerana kita kena mengikuti setiap kali apa-apa kes yang dibawa ke mahkamah ataupun apa-apa undang-undang yang ditukar atau dipinda oleh kerajaan dan dengan itu seseorang hendaklah terpaksa mengemaskinikan pengetahuan berhubung isu-isu percukaian supaya meraka sentiasa releven ataupun up to date (terkini) dalam pengetahuan mereka.

Affan: Itu sahaja soalan dari kami kepada Tuan Haji, terima kasih Tuan Haji.

Tamat sesi rakaman pertama

40

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Berikut adalah rakaman temuramah kedua di antara Affan dan Faizal dengan Tuan Haji Shamin Ta Abdullah. Rakaman ini dikendalikan di kediaman rasmi beliau di Bandar Enstek Nilai, Negeri Sembilan iaitu pada 26 Mac 2010 dari jam 12.00 pagi hingga 12.30 tengah hari. Dengan segala hormatnya rakaman ini dimulakan.

Affan: Assalamualaikum, ini adalah rakaman kedua dari kami.

Affan: Setiap organisasi mempunyai visi dan misi. Apakah visi dan misi L.H.D.N [Lembaga Hasil Dalam Negeri]? Tuan Haji Shamin Ta: Visi atau wawasan ataupun halatuju Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjadi Pentadbir Cukai Terunggul, iaitu pentadbir cukai terbaik dan terkehadapan dalam perkhidmatan cukai. Visi ini merupakan aspirasi Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk menjadi peneraju dalam bidang pentadbiran percukaian organisasi dan contoh seterusnya kepada menjadi sebuah

pentadbir-pentadbir

cukai lain. Seterusnya kalau kita lihat Lembaga Hasil Dalam Negeri kini telah pun diiktiraf sebagai pentadbir cukai contoh. Ini boleh dilihat atau diukur antaranya melalui kursus-kursus

antarabangsa dan lawatan beberapa pentadbir cukai asing yang mempelajari amalan-amalan terbaik dalam pentadbiran cukai di Malaysia. Misi Lembaga Hasil Dalam Negeri pula ialah untuk Memberikan Perkhidmatan Percukaian Yang

Berkualiti Dan Berintegriti Ke Arah Meningkatkan Pematuhan Sukarela. Misi ini bertujuan

menetapkan teras untuk Lembaga Hasil Dalam

41

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Negeri menjadi pemungut cukai yang cemerlang. Faktor pematuhan cukai sukarela telah dikenalpasti sebagai strategi jangka panjang dan teras yang akan menjamin peningkatan hasil negara secara kekal dan berterusan. Oleh itu, misi Lembaga Hasil Dalam Negeri bertujuan meningkatkan tahap keyakinan orang awam terhadap kecanggihan dan ketelusan sistem percukaian Lembaga Hasil Dalam Negeri. Tahap keyakinan ini diharapkan akan memastikan perkhidmatan percukaian yang diberi terjamin berkualiti dan berintegriti. Pendekatan ini akan mewujudkan sistem percukaian yang

memenuhi aspek mudah, cepat, tepat dan telus. Pemberian perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti adalah ditekankan supaya dapat

meningkatkan tahap kepercayaan orang awam terhadap ketelusam dan kecekapan sistem

pentadbiran cukai dan seterusnya mendorong pembayar cukai melaksanakan tanggungjawab mereka secara lebih sukarela. Dengan misi Lembaga Hasil Dalam Negeri akan dilihat melaksanakan undang-undang cukai dengan adil dan saksama. Tindakan penguatkuasaan yang tegas terhadap golongan pembayar cukai yang ingkar dan mengelak cukai akan meningkatkan keyakinan dan kepercayaan sistem permbayar percukaian cukai terhadap Dan

keunggulan

negara.

penekanan kepada perkhidmatan yang berkualiti dan berintegriti akan meningkatkan modal insan Lembaga Hasil Dalam Negeri yang kompeten,

42

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

professional, cekap dan berpengetahuan. Fokus perkhidmatan tersebut juga akan mewujudkan pegawai yang mempunyai sikap dan budaya kerja yang tidak mengira masa dan tempat serta menerapkan nilai-nilai murni dan integriti yang dipandang tinggi. Itulah misi dan visi Lembaga Hasil Dalam Negeri. Affan: Bagaimana pula dengan slogan L.H.D.N? Tuan Haji Shamin Ta: Lembaga Hasil Dalam Negeri telah

memperkenalkan satu slogan baru iaitu Bersama Membangun Negara. Slogan ini bertujuan

menerapkan tanggungjawab bersama Lembaga Hasil Dalam Negeri dan pembayar cukai dalam pembangunan negara melalui kutipan hasil cukai pendapatan. Melalui slogan ini, fokus Lembaga Hasil Dalam Negeri adalah untuk mewujudkan masyarakat pembayar cukai yang

bertanggungjawab dan seterusnya meningkatkan pematuhan cukai secara sukarela serta memberi identiti kepada pembayar cukai sebagai rakan kongsi dalam pembangunan negara. Affan: Moto L.H.D.N yang lama telah ditukar, apakah moto baru dan mengapa perlu ditukar? Tuan Haji Shamin Ta: Moto Lembaga Hasil Dalam Negeri yang lama iaitu Mesra Membantu Memuaskan telah

diperkenalkan pada tahun 2003 dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri. Pada masa tersebut, Lembaga Hasil

43

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Dalam Negeri dilihat sebagai sebuah agensi yang ditakuti dan digeruni. Jadi moto ini adalah untuk menghapuskan persepsi tersebut supaya pembayar cukai akan lebih selesa berurusan dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan ini akan meningkatkan pematuhan cukai. Selaras dengan perubahan dan perkembangan yang sedang berlaku secara global di seluruh perkhidmatan awam, Lembaga Hasil Dalam Negeri mengambil pendekatan untuk membawa perkhidmatan Lembaga Hasil Dalam Negeri ke tahap yang lebih tinggi daripada Mesra Membantu Memuaskan kepada tahap memberi perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan. Dengan itu, moto Perkhidmatan Terbaik Untuk Anda dilancarkan pada tahun lepas. Moto ini memcerminkan misi dan dasar kualiti Lembaga Hasil Dalam Negeri untuk memberi perkhidmatan yang terbaik kepada orang ramai yang mana ia merangkumi bukan sahaja elemen mesra,

membantu dan memuaskan tetapi juga memberi penekanan terhadap ketepatan maklumat dan masa. Itu sahaja moto perkhidmatan terbaru Lembaga Hasil Dalam Negeri. Affan: Apakah rancangan L.H.D.N untuk meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Percukaian? Tuan Haji Shamin Ta: Lembaga Hasil Dalam Negeri ada rancangan untuk melaksanakan beberapa program dan aktiviti untuk menjana nilai tambah pernyampaian perkhidmatan. Antara aktiviti yang akan dilaksanakan adalah

44

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

seperti berikut, satu, menambah baik pengurusan berkaitan dengan perkhidmatan pelanggan, aduan awam serta saluran komunikasi pelanggan agar pelanggan berpuas hati dan gembira dalam mengendalikan urusan percukaian mereka. Itu pertama, yang kedua, kita ingin melipatgandakan tahap produktiviti keseluruhan pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri menerusi peningkatan tahap kompetensi, kemahiran, kepakaran, pengetahuan, usaha, integriti serta komitmen yang tinggi pegawai kepada dalam menyampaikan Ketiga, perkhidmatan meningkatkan

pelanggan.

kecekapan dan prestasi penyampaian perkhidmatan melalui prosedur penambahbaikan dan proses peraturan, bagi sistem,

kerja

memenuhi

kehendak pelanggan dan perubahan persekitaran semasa. panduan Nombor untuk empat, menyediakan garis

mewujudkan

keseragaman

perkhidmatan supaya kalau kita lihat, setiap cawangan akan dapat memberi perkhidmatan yang sama di seluruh negara. Dan yang terakhir sekali, kita mempunyai perancangan untuk menambah jumlah cawangan yang akan mendapatkan

pengiktirafan standard M.S [Malaysian Standard] (Piawaian Malaysia) I.S.O [International

Organization for Standardization] (Piawaian untuk Organisasi Antarabangsa). Itu sahaja beberapa peningkatan antaranya aktiviti yang akan kita lakukan demi meningkatkan kualiti perkhidmatan percukaian di Lembaga Hasil.

45

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Bagaimana pula dengan usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian L.H.D.N? Tuan Haji Shamin Ta: Dalam negeri. Dalam aspek ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri akan berusaha secara proaktif untuk meningkatkan kepercayaan dan keyakinan orang awam terhadap kecekapan pentadbiran percukaian dengan melaksanakan aktiviti. Pertama

menyediakan Pelan Integriti Lembaga Hasil Dalam Negeri sebagai langkah pembudayaan etika dan integriti dalam melaksanakan tanggungjawab yang diamanahkan. Yang kedua, kita menyediakan sistem teknologi maklumat yang menyokong sepenuhnya fungsi keseluruhan pentadbiran

percukaian supaya segala urusan dilaksanakan dengan lebih cepat dan mudah. Ketiga, kita ingin memantapkan fungsi pengurusan dan pengagihan sumber manusia, kewangan dan pengurusan projek untuk memastikan pentadbiran cukai yang efektif, cekap dan ekonomik dan terakhir sekali, kita ingin juga menjalin rangkaian dan hubungan dengan pelbagai sektor termasuk pentadbir cukai negara lain serta badan-badan antarabangsa bagi tujuan perkongsian pengetahuan, mendapatkan kepakaran dan meningkatkan pertukaran maklumat. Dengan cara ini, amalan terbaik akan dimanfaatkan dan seterusnya menyumbang kepada keberkesanan pentadbir cukai pada masa hadapan.

46

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Affan: Apakah Sistem Taksir Sendiri (S.T.S)? Tuan Haji Shamin Ta: Sistem Taksir Sendiri ataupun S.T.S atau dalam bahasa inggeris Self Assessment System (Sistem Taksiran Sendiri) adalah satu sistem dimana pembayar cukai dikehendaki mengira sendiri cukai yang mereka kena bayar kepada kerajaan. Dalam sistem ini, pembayar cukai hanya perlu menghantar borang-borang cukai pendapatan dengan membuat pengiraan sendiri cukai yang sepatutnya dibayar oleh mereka, dan semasa menghantar borangborang mereka ini, mereka tidak perlu menghantar apa-apa dokumen pun kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri. Ini bermakna, pada masa

penghantaran borang cukai pendapatan, Lembaga Hasil Dalam Negeri akan menerima apa sahaja laporan tentang cukai yang perlu dibayar oleh seseorang. Itulah dia dipanggil sebagai Sistem Taksir Sendiri. Taksir sendiri bermakna pembayar cukai menaksir sendiri cukai mereka. Affan: Memandangkan bawah sistem ini, pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen. Bagaimanakah Lembaga Hasil Dalam Negeri memastikan pembayar cukai membuat laporan yang betul? Tuan Haji Shamin Ta: Walaupun pembayar cukai tidak perlu menghantar apa-apa dokumen kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri semasa menghantar borang mereka, setiap pembayar cukai adalah dikehendaki dibawah undang-undang percukaian untuk menyimpan

semua dokumen-dokumen yang berkaitan selama

47

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

tujuh tahun. Ini bermakna Lembaga Hasil Dalam Negeri dapat menyemak semua tuntutan yang dibuat. Dalam aktiviti Lembaga Hasil Dalam Negeri, dalam system S.T.S (Sistem Taksir Sendiri) ini, Lembaga Hasil Dalam Negeri akan

mempertingkatkan aktiviti audit mereka, audit kita. Audit ini meliputi dua aspek iaitu audit dalam dan audit luar. Dalam [berfikir] aktiviti audit dalam Lembaga Hasil Dalam Negeri selepas menyemak borang yang dihantar oleh pembayar cukai sekiranya terdapat mana-mana aspek yang

dirasakan perlu Lembaga Hasil Dalam Negeri akan meminta melalui surat menyurat untuk pembayar cukai menghantar atau dokumen-dokumen penjelasan-penjelasan yang yang

diperlukan

diperlukan. Ini dilakukan di pejabat dengan mengeluarkan surat kepada pembayar cukai. Itu aktiviti audit dalam. Aktiviti audit luar pula adalah satu aktiviti dimana Lembaga Hasil Dalam Negeri akan mengenalpasti kes-kes pembayar cukai dan Lembaga Hasil Dalam Negeri akan pergi ke premis pembayar cukai untuk menyemak dokumendokumen [berfikir] untuk memastikan bahawa apa yang dilaporkan oleh pembayar cukai ini adalah yang betul. Semasa di premis pembayar cukai, kita akan meminta pembayar cukai untuk menunjukkan semua dokumen-dokumen untuk diperiksa. So (jadi), perbezaan antara audit dalam dan audit luar adalah audit dalam kita hanya melakukan kerja di

48

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

pejabat, kita tidak keluar tetapi di bawah audit luar, kita akan keluar ke premis pembayar cukai. Affan: Apakah program penguatkuasaan lain yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri? Tuan Haji Shamin Ta: Selain daripada program aktiviti audit, kita juga menjalankan aktiviti penyiasatan. Penyiasatan ini [berfikir] adalah lebih [berfikir] ataupun saya hendak katakan penyiasatan dia berlainan sedikit dengan aktiviti audit, kerana aktiviti audit

biasanya, sebelum pegawai Lembaga Hasil Dalam Negeri keluar ke premis pembayar cukai dibawah aktiviti audit luar, kita akan member tahu dahulu pembayar cukai bahawa kita akan pergi ke premis mereka untuk menyemak rekod-rekod. Di bawah aktiviti penyiasatan, kita tidak memberi tahu pembayar cukai kita akan pergi tanpa diketahui pembayar cukai bahawa kita hendak menyemak dokumen-dokumen. Penyiasatan ini dilakukan dalam kes-kes yang mana kita rasakan ada berlaku penipuan. Dia lain dengan audit aktiviti luar dimana tidak ada sangkaan bahawa pembayar cukai ada membuat penipuan. Itu aktiviti

penyiasatan. Selain daripada aktiviti penyiasatan, kita juga ada menjalankan aktiviti guaman sivil terhadap pembayar cukai. Bermakna dimana pembayar cukai yang gagal menjelaskan cukai mereka, kita akan hadapkan mereka ke mahkamah. Selain itu, kita juga ada satu kuasa iaitu kuasa untuk menahan pembayar cukai daripada keluar

49

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

daripada negara sekiranya mereka ada berhutang dengan kerajaan. Di bawah kuasa ini, kita akan mengarahkan pihak imigresen untuk menahan mana-mana pembayar cukai yang masih lagi mempunyai tunggakan cukai yang belum dibayar. Dengan langkah-langkah ini, selain itu kita juga ada menjalankan aktiviti lawatan dari rumah ke rumah untuk meyampaikan notis atau saman ataupun tuntutan cukai kepada pembayar cukai. Dengan beberapa aktiviti tersebut, kita harap akan dapatlah meningkatkan pematuhan cukai antara pembayar-pembayar cukai.

Affan dan Faizal: Sekian, terima kasih Tuan Haji. Tuan Haji Shamin Ta: Sama-sama. Tamat Kaset 2 Bahagian A

50

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

LOG TEMUBUAL

51

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Minit

Segmen soalan

Isi- isi penting

Kaset 1 Bahagian A 00.35 Latar belakang Shahmin Ta bin Abdullah Ta Say Seng Ta Seng Hee Tok Heng Chee Kampung Bukit Besar, Kuala Terengganu University of Nottingham Jamaliah Binti Sukaimi Pontian Kechil, Johor Semenyih, Selangor Bandar Enstek, Labu, Negeri Sembilan Lembaga Hasil Dalam Negeri C.U.E.P.A.C.S [Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam]

Jangka Masa (14 minit 03 saat)

14.39

Sejarah Pendidikan

Jangka Masa (11 minit 15 saat)

Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Sekolah Menengah Tengku Bariah H.S.C [Higher School Certificate] S.T.P.M [Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia] C.G.P.A [Cumulative Graden Point Average ] (nilai kumulatif rata-rata) commerce (perdagangan) Lee Eng Heng

Tunku Abdul Rahman College (Kolej52

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Tunku Abdul Rahman) Petaling Jaya

25.54

Kerjaya Awal

Jangka Masa (5 minit 6 saat)

31.14

Tamat Kaset 1 Bahagian A

00.10

Kaset 1 Bahagian B (sambungan Kerjaya Awal)

Jabatan Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri Timbalan Pengarah Cawangan P.T.P.T.N [Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional Malaysia] Akta Cukai Pendapatan (1967) Akta Petroleum Cukai Pendapatan (1967) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (1976) Akta Setem (1949) Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (1990) Akta Penggalakan Pelaburan CUEPACS [Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam] I.R.O.U [Inland Revenue Officers Union] (Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri)

04.00

Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LHDN Timbalan Ketua Pengarah Pembangunan Organisasi, Pengurusan Prestasi dan Kompetensi, Pembangunan Sumber Manusia Pengurusan Saraan dan Kemudahan Pengurusan Am Lembaga Hasil Dalam Negeri Lembaga Hasil Dalam Negeri

53

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Jangka Masa (17 minit 37 saat)

A.P.M [Akademi Percukaian Malaysia] Bangi, Selangor Pusat Latihan Antarabangsa Pembelajaran Cukai Pusat Latihan Akaun dan Audit Pusat Latihan Pengurusan Pusat Latihan Undang-undang Pusat Latihan dan Pembagunan I.C.T O.E.C.D [Organisation for Economic Cooperation and Development] (Organisasi Pembangunan dan Koperasi Ekonomi), C.A.T.A [Commonwealth Association of Tax Administration] (Persatuan Komanwel Dalam Pentadbiran Cukai) J.I.C.A [Japan International Cooperation Agency] (Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun) S.G.A.T.A.R [Study Group on Tax Research] (Penyelidikan Kumpulan Belajar Dalam Cukai) Skim Potongan Cukai Berjadual (P.C.B) P.C.B 2009 P.C.B 2010 Akta Cukai Pendapatan Cukai Pegangan G.S.T [Goverment Services Tax] (Cukai Perkhidmatan Kerajaan) S.S.T [Sales and Service Tax] (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) e-filing (fail secara elektronik) e-bayaran (bayaran secara elektronik) e-daftar (daftar secara elektronik)

54

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Tun Mahathir C.U.E.P.A.C.S [Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam]

21.37

Pengalaman Jangka Masa (9 minit 9 saat)

K.M.N [Kesatria Mangku Negara]. I.R.O.U [Inland Revenue Officers Union] (Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri) Lembaga Hasil Dalam Negeri

30.06

Tamat Kaset 1 Bahagian B

Kaset 2 Bahagian A

00.05

Pendapat dan Harapan

Jangka Masa (7 minit 25 saat)

Lembaga Hasil Dalam Negeri P.C.B [Potongan Cukai Berjadual] G.S.T [Good Service Tax] (Cukai Perkhidmatan Kerajaan) K.W.S.P [Kumpulan Wang Simpanan Pekerja] J.P.J [Jabatan Pengangkutan Jalan]

07.30

Tamat sesi rakaman pertama

55

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

00.15

Susulan rakaman temuramah kedua Soalan susulan mengenai Lembaga Hasil Dalam Negari Lembaga Hasil Dalam Negeri M.S [Malaysian Standard] (Piawaian Malaysia) I.S.O [International Organization for Standardization] (Piawaian untuk Organisasi Antarabangsa) Self Assessment System (Sistem Taksiran Sendiri)

Jangka Masa (19 minit 9 saat) 20.05

Tamat Kaset 2 Bahagian A

56

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

BIODATA

57

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

BIODATA Latar Belakang

Nama Tarirh Lahir Umur Bangsa Agama Nama Isteri Alamat

: : : : : : :

Tuan Haji Shamin Ta bin Abdullah 1 October 1952 57 Tahun Cina Islam Jamaliah Binti Sukaimi No 33, Jalan Jentayu Timur, Bandar Enstek 71760 Nilai Negeri Sembilan.

Kelulusan

:

HSC [Higher School Certificate] Peperiksaan Professional

Anugerah

:

Kesatri Mangku Negara (KMN)

58

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

59

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

BIODATA

Nama Tarikh Lahir Umur Bangsa Agama Warganegara Asal Hobi Alamat

: : : : : : : : :

Mohd Affan Faliq Bin Ibrahim 8 November 1987 23 tahun Melayu Islam Malaysia Kuala Lumpur Membaca No 13, Jalan Sri Intan, Taman Sri Intan, 68000 Ampang Kuala Lumpur

Email Program

: :

[email protected] Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Rekod)

60

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

BIODATA

Nama Tarikh Lahir Umur Bangsa Agama Warganegara Asal Hobi Alamat

: : : : : : : : :

Mohd Faizal Bin Kamaruddin 12 Oktober 1985 25 tahun Melayu Islam Malaysia Kuala Lumpur Membaca 98, Jalan 3, Taman Bukit Mewah, 43000 Kajang Selangor Darul Ehsan

Email Program

: :

[email protected] Sarjana Muda Sains Pengajian Maklumat (Kepujian) (Pengurusan Rekod)

61

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

SURAT PERJANJIAN ARKIB

62

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

DIARI PENYELIDIKAN

63

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Diari Penyelidikan Tarikh 4 Mac 2010 Aktiviti Berbincang untuk memilih tokoh, kata sepakat diambil memilih Tuan Haji Shamin Ta bin Abdullah iaitu Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pengurusan Lembaga Hasik Dalam Negeri. 11 Mac 2010 Berjumpa dengan Pn. Aliza mengenai tokoh yang dipilih. Dan telah diluluskan. 18 Mac 2010 Tuan Haji Shamin Ta telah bersetuju untuk ditemuramah pada 19 Mac 2010. Beliau meminta soalan untuk beliau bersedia disoal. 19 Mac 2010 Temuramah dijalan di rumah kediaman beliau di Bandar Enstek, Nilai pada 9.00 pagi dan berakhir pada 11.00 pagi.

64

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

SOALAN-SOALAN TEMUBUAL

65

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

SOALAN 1.0 Latarbelakang 1.1 1.2 1.3 1.4 1.5 1.6 1.7 1.8 1.9 1.10 Siapakah nama penuh Tuan Haji ? Apakah nama panggilan Tuan Haji ? Siapakah nama penuh ibu dan bapa Tuan Haji ? Apakah pekerjaan ibu dan bapa Tuan Haji ? Bolah saya tahu dimana perkampungan Terangganu? Bilakah Tuan Haji dilahirkan serta berapakah umur Tuan sekarang? Bolehkah Tuan Haji terangkan dimana tempat dilahirkan? Berapakah bilangan adik-beradik dan Tuan Haji anak yang ke berapa? Bagaimana karektor Tuan Haji ketika di zaman kanak-kanak? Bagaimanakah keadaan kehidupan keluarga Tuan Haji kanak-kanak? 1.11 Bagaimana dengan suasana perkampungan semasa Tuan Haji kanakkanak? 1.12 Kami dimaklumkan Tuan Haji telah memeluk agama Islam? Bilakah tuan memeluk agama suci ini? 1.13 1.14 1.15 1.16 1.17 Apakah yang menarik Tuan Haji untuk memeluk agama Islam ? Bagaimana kehidupan Tuan Haji setelah memeluk agama Islam? Siapakah nama pasangan Tuan Haji dan dia berasal dari mana? Bilakah Tuan Haji mendirikan rumah tangga? Berapakah bilangan anak Tuan Haji dan boleh Tuan Haji nyatakan nama dan umur mereka? 1.18 1.19 1.20 Tuan Haji sekeluarga tinggal dimana sekarang? Apakah hobi Tuan Haji pada waktu lapang? Adakah ini salah satu faktor-faktor yang mendorong kejayaan kerjaya Tuan Haji? 1.21 1.22 Siapakah yang menjadi tulang belakang di sebalik kejayaan Tuan Haji? Apakah prinsip hidup Tuan Haji? ketika zaman

66

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

1.23 1.24

Apakah impian Tuan Haji? Adakah Tuan Haji berpuas hati dengan kehidupan Tuan Haji sekarang? Atau adakah masih banyak perkara yang belum dicapai?

1.25

Apakah perancangan masa depan Tuan Haji?

2.0

Sejarah Pendidikan dan Kerjaya Awal 2.1 Sejarah pendidikan 2.1.1 Bolehkah Tuan Haji ceritakan lebih lanjut mengenai latarbelakang pendidikan Tuan Haji? 2.1.2 Apakah matapelajaran yang Tuan Haji minati dan mengapa Tuan Haji berminat dengan matapelajaran tersebut? 2.1.3 Bagaimanakah pencapaian akademik Tuan Haji semasa di sekolah? 2.1.4 Apakah cita-cita Tuan Haji semasa di sekolah dan apakah yang mempengaruhi Tuan Haji untuk memilih cita-cita tersebut? 2.1.5 Apakah yang Tuan Haji lakukan setelah tamat pengajian di sekolah menengah? 2.1.6 Semasa pengajian di peringkat sekolah rendah dan menengah, adakah Tuan Haji pernah terlibat dengan aktiviti-aktiviti pelajar seperti berpidato, syarahan atau lain-lain dan pada peringkat apa? 2.1.7 Selepas tamat pengajian sekolah menengah, adakah Tuan Haji melanjutkan pelajaran di peringkat yang lebih tinggi? 2.1.8 Apakah jurusan yang Tuan Haji ambil? 2.1.9 Apakah kesukaran yang Tuan Haji rasai sepanjang pengajian disana dari segi subjek, kejutan budaya? 2.1.10 Adakah Tuan Haji meminati jurusan yang diambil? 2.1.11 Bagaimana pula pencapaian Tuan Haji semasa dipengajian? 2.1.12 Semasa di kolej, bagaimana Tuan Haji mengulang kaji pelajaran? Apakah strategi yang Tuan Haji digunakan?

67

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

2.1.13 Adakah Tuan Haji merupakan pelajar yang aktif semasa dipengajian? 2.1.14 Adakah Tuan Haji pernah menjalankan aktiviti perniagaan

semasa di kolej? 2.1.15 Pada tahun bilakah Tuan Haji menamatkan penggajian? 2.1.16 Apakah pengalaman pahit dan manis Tuan Haji semasa pengajian di kolej? 2.1.17 Siapakah kawan baik Tuan Haji semasa di kolej dan adakah Tuan Haji masih lagi berhubung dengan beliau? 2.1.18 Adakah beliau juga merupakan teman untuk megulangkaji pelajaran bersama?

2.2

Kerjaya awal 2.2.1 Selepas Tuan tamat pengajian, apakah kerjaya awal Tuan Haji? 2.2.2 Berapa lamakah Tuan Haji berkerja dalam kerjaya tersebut? 2.2.3 Apakah jawatan Tuan Haji selepas itu? 2.2.4 Kami mendapati Tuan Haji pernah berkhidmat dengan Jabatan Hasil Dalam Negeri, apakah jawatan terakhir Tuan Haji dalam J.H.D.N [Jabatan Hasil Dalam Negeri]? 2.2.5 Bolehkah Tuan Haji terangkan serba sedikit mengenai J.H.D.N [Jabatan Hasil Dalam Negeri] dan L.H.D.N [Lembaga Hasil Dalam Negeri]? 2.2.6 Bagaimana Tuan Haji melihat bidang kuasa yang diberikan kepada J.H.D.N ketika itu? 2.2.7 Bagaimana pula dari segi pendapatan semasa di J.H.D.N dan L.H.D.N? 2.2.8 Bolehkah Tuan Haji terangkan apakah fungsi L.H.D.N? 2.2.9 Bagaimana penerimaan kakitangan J.H.D.N terhadap perubahan ini terutama sekali kesatuan pekerja seperti C.E.U.P.A.C.S [Congress of Unions of Employees in the Public and Civil

68

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Services]

(Kongres

Kesatuan

Pekerja-Pekerja

Di

Dalam

Perkhidmatan Awam) dan I.R.O.U [Inland Revenue Officers Union] (Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri)? 2.2.10 Boleh Tuan Haji terangkan apakah perbezaan di antara Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam [C.U.E.P.A.C.S] dan Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri [I.R.O.U]?

3.0

Jawatan Sebagai Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LHDN 3.1 Pada tahun bilakah Tuan Haji menjawat jawatan sebagai Timbalan Ketua Pengarah Pengurusan di L.H.D.N? 3.2 3.3 3.4 Bagaimana perasaan Tuan Haji ketika menerima jawatan tersebut? Apakah tangungjawab dan bidang tugas Tuan Haji dalam jawatan ini? Adakah terdapat institusi-institusi yang bertanggungjawab memberi latihan kepada pegawai dan staf L.H.D.N dalam bidang percukaian dan pengurusan bagi membolehkan meraka menjalankan tugas secara professional? 3.5 Adakah bentuk-bentuk latihan di Akademi Percukaian Malaysia ini dijalankan oleh pihak L.H.D.N sendiri ataupun daripada kerjasama pihak luar? 3.6 Melalui penyelidikan kami, kami terdapat satu Skim Potongan Cukai Berjadual (P.C.B) bagi pekerja yang berpendapatan penggajian. Boleh Tuan Haji terangkan sedikit mengenai P.C.B ini? 3.7 3.8 Adakah terdapat perbezaan di antara P.C.B 2009 dan P.C.B 2010? Melalui laman web L.H.D.N, kami mendapati ada satu ruangan menyatakan mengenai Pelarian Cukai. Apakah yang dimaksudkan dengan Pelarian Cukai? 3.9 Bagaimana pula dengan Cukai Pegangan?

69

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

3.10

Melalui penyelidikan dan pandangan orang ramai, apakah yang dimaksudkan dengan G.S.T [Goverment Services Tax] (Cukai

Perkhidmatan Kerajaan)? Bolehkah Tuan Haji terangkan. 3.11 Adakah terdapat perbezaan di antara S.S.T [Sales and Service Tax] (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dan G.S.T [Goverment Services Tax] (Cukai Perkhidmatan Kerajaan)? 3.12 Setahu saya, banyak pihak tidak bersetuju dengan pembubaran S.S.T kepada G.S.T. Kenapa? 3.13 Daripada susulan G.S.T ini dari pihak kerajaan, berapa banyakkah yang akan diambil oleh kerajaan dari segi peratusan demi meningkatkan tahap sistem cukai di Malaysia? 3.14 Daripada sistem G.S.T ini, bolehkah Tuan Haji terangkan serba sedikit apakah jenis barang-barang yang bakal dicukaikan atau pun hanya terdapat beberapa barang yang bakal dicukaikan? 3.15 3.16 Itu barang- barang yang tidak dicukaikan? Adakah ini bakal merumitkan pembeli-pembeli terutamanya pembeli yang berpendapatan rendah? 3.17 Pernahkah Tuan Haji menerima kritikan semasa menjalankan tugas dan bagaimana penerimaan Tuan Haji terhadap kritikan-kritikan tersebut? 3.18 Siapakah yang memberi rangsangan kepada Tuan Haji sehingga berjaya mencapai ke tahap ini? 3.19 Sebagai salah seorang ahli pengurusan eksekutif L.H.D.N tinggi dan mempunyai tanggungjawab yang besar terhadap masyarakat, ekonomi dan negara. Apakah cabaran yang Tuan Haji lalui sepanjang masa? 3.20 Bolehkan Tuan Haji terangkan apakah itu perkhidmatan aplikasi atas talian e-Hasil dan apakah perkhidmatan dibawah jenama tersebut? 3.21 Siapakah tokoh yang Tuan Haji kagumi? Dan mengapa Tuan mengagumi beliau? 3.22 3.23 Adakah Tuan Haji pernah berjumpa dengan Tuan Mahathir? Adakah Tuan Haji berpuas hati dengan kejayaan dan kerjaya

70

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Tuan Haji sekarang?

4.0

Pengalaman 4.1 Apakah kekuatan yang mendorong Tuan Haji untuk terus bergiat dalam bidang ini? 4.2 4.3 4.4 Apakah jenis anugerah yang Tuan Haji pernah terima? Adakah anugerah ini merupakan anugerah yang paling bermakna? Apakah kenangan manis Tuan Haji sepanjang penglibatan dalam bidang percukaian samada di J.H.D.N dan L.H.D.N? 4.5 4.6 Bagaimana pula dengan pengalaman pahit dalam bidang ini? Apakah bentuk-bentuk rintangan yang dihadapi semasa di dalam bidang ini?

5.0

Pendapat dan Harapan 5.1 Pada pendapat Tuan Haji, bagaimana Tuan Haji ingin melihat perubahan yang lebih nyata dalam bidang percukaian di Malaysia ini? 5.2 5.3 Apakah nasihat Tuan Haji kepada masyarakat mengenai percukaian? Apakah harapan Tuan Haji kepada generasi muda yang ingin mencapai kejayaan? 5.4 Apakah nasihat Tuan Haji mengenai pengurusan dan pentadbiran kerajaan pada masa ini? 5.5 Apakah nasihat Tuan Haji kepada mereka yang terlibat ataupun yang ingin melibatkan diri dalam bidang percukaian ini?

6.0

Susulan daripada rakaman pertama 6.1 Setiap organisasi mempunyai visi dan misi. Apakah visi dan misi L.H.D.N [Lembaga Hasil Dalam Negeri]?

71

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

6.2 6.3

Bagaimana pula dengan slogan L.H.D.N? Moto L.H.D.N yang lama telah ditukar, apakah moto baru dan mengapa perlu ditukar?

6.4

Apakah rancangan L.H.D.N untuk meningkatkan Kualiti Perkhidmatan Percukaian?

6.5

Bagaimana pula dengan usaha meningkatkan kecekapan pentadbiran percukaian L.H.D.N?

6.6 6.7

Apakah Sistem Taksir Sendiri (S.T.S)? Memandangkan bawah sistem ini, pembayar cukai tidak perlu menghantar dokumen. Bagaimanakah Lembaga Hasil Dalam Negeri memastikan pembayar cukai membuat laporan yang betul?

6.8

Apakah program penguatkuasaan lain yang dilakukan oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri?

72

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

\

GAMBAR

73

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Tuan Haji Shamin Ta bin Abdullah

Tuan Haji Shamin Ta bin Abdullah dan Mohd Affan Faliq bin Ibrahim

Tuan Haji Shamin Ta bin Abdullah dan Mohd Faizal bin Kamaruddin74

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

RUJUKAN

75

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

Rujukan KL Management Service (2006). Accounting and Finance. Retrieved March 18, 2018 from http://finance.klmanagement.com.my/gst-goods-and-servicestax

The Star (2006). Tax and Malaysia: GST will be implemented eventually. Retrieved from March 18, 2018 from http://finance.klmanagement.com.my/gst-goodsand-services-tax

Lembaga Hasil Dalam Negeri. "Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia." Lembaga Hasil Dalam Negeri. 18 March 2010 .

76

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

INDEX

77

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

IndexA Accounting 16 25 22

Akademi Percukaian Malaysia [APM]

Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Luar Pesisir Labuan (1990) Akta Cukai Keuntungan Harta Tanah (1966) Akta Cukai Pendapatan (1967) Akta Penggalakkan Pelaburan (1986) Akta Petroleum Cukai Pendapatan (1967) Akta Setem (1949) 22 22,26 22 22 22

B Bandar Enstek Bangi 25 2,7,41

C C.A.T.A [Commonwealth Association of Tax Administration] 26

C.U.E.P.A.C.S [Kongress Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam] 9,23,33

E e- bayaran e- daftar e- filing e- hasil 32 32 32 32

G G.S.T [Goverment Services Tax] 28,29,30,38

78

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

H H.S.C [Higher School Certificate] 11

I I.R.O.U [Kesatuan Pegawai-Pegawai Hasil Dalam Negeri] 23,35 I.S.O [Piawaian untuk Organisasi Antarabangsa] 45

J Jamaliah Binti Sukaimi 6 19,20,21,23,35 26

J.H.D.N [Jabatan Hasil Dalam Negeri] J.I.C.A [Japan International Cooperation Agency] Johor 6 J.P.J [Jabatan Pengangkutan Jalan] 39

K Kampung Bukit Besar 4 34

K.M.N [Kesatria Mangku Negara] Kuala Lumpur Kuala Terengganu 18,29 4,11,14

K.W.S.P [Kumpulan Wang Simpanan Pekerja]

39

L Labu 7 20 20,21,22,25,26,27,31,41,43,44,46,47,64

Lembaga Pengarah

L.H.D.N [Lembaga Hasil Dalam Negeri]

M Malaysia 38,41 7 45

Mechanical engineering M.S [Piawai Malaysia]

79

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

N Negeri Sembilan 7

O O.E.C.D [Organisation For Economic Cooperation and Development] 26

P P.C.B [Potongan Cukai Berjadual] 26,27,37 P.C.B 2009 P.C.B 2010 27 27

Pembangunan I.C.T 25 Perancis Petaling Jaya Pontian Kechil P.T.P.T.N 22 25 25 29 12,13,15,16 6

Pusat Latihan Akaun dan Audit

Pusat Latihan Antarabangsa dan Pembelajaran Cukai Pusat Latihan Pengurusan 25 25

Pusat Latihan Undang- Undang

S Sekolah Menengah Katolik Sekolah Menengah Tengku Bariah Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Selangor Semenyih 7,14,25 7 25 17 13 13

S.G.A.T.A.R [Study Group on Tax Research] Singapura 30 29

S.S.T [Sales and Services Tax]

80

IMR 603

MENDOKUMENTASI TRADISI LISAN

S.T.P.M [Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia] S.T.S [Sistem Taksir Sendiri] 47,48

12

T Ta Say Seng 3 Ta Seng Hee 3 Tengku Abdul Rahman College 13,14,15,16,17 24,33

Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan)

Timbalan Pengarah Cawangan Tok Heng Chee Tun Mahathir 3 33

19

U University of Nottingham 7 18

Universiti Tunku Abdul Rahman

81