shaila ( bahagian a)

2
Bahagian A Sungai merupakan anugerah semula jadi yang dicipta oleh Tuhan. Pada era globalisasi serta modenisasi yang sering berlaku dalam keduniaan ini, pihak masyarakat mengabaikan kepentingan sungai yang membawa banyak manfaat kepada manusia mahupun haiwan. Kemelut mengenai pencemaran sungai sering menghiasi lembaran akhbar. Walaupun pelbagai prakarsa telah diimplementasikan, namun isu ini sering diuar-uarkan dan menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan sungai di negara kita? Antara kepentingan sungai di negara kita termasuklah sebagai sumber bekalan air. Hal ini dikatakan demikian kerana,sungai merupakan sumber air di mana manusia mendapatkan air untuk menjalani kehidupan harian. Misalnya, bermandi, mencuci pakaian, minum air, memasak dan sebagainya. Bukan itu sahaja tetapi bekalan air dari sungai juga digunakan oleh industri-industri seperti industri pembuatan pasu. Impaknya, kehidupan seseorang menjadi senang dan lebih selesa. Selain itu, sungai merupakan punca pendapatan seseorang dan sumber makanan. Hal ini disebabkan kerana, hidupan akuatik yang terdapat dalam sungai seperti ikan,udang,ketam dan kerang merupakan sumber protein bagi manusia. Sumber protein ini amat penting bagi manusia untuk membesar dengan sempurna. Bukan itu sahaja tetapi sungai mampu memberikan punca pendapatan kepada manusia,khasnya nelayan. Hal ini kerana, nelayan yang menangkap ikan, sotong, udang dan sebagainya mengaut keuntungan dengan menjualnya di pasar. Dengan itu, kadar pengangguran dalam negara kita dapat dikurangkan. Selanjutnya, sungai dapat berperanan sebagai pengangkutan dan perhubungan. Hal ini dikatakan demikian kerana, tempat-tempat pedalaman menggunakan sampan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk berniaga,pergi ke sekolah dan sebagainya. Situasi ini dapat dilihat di pedalaman Sarawak.Misalnya, pelajar-pelajar di sana pergi ke sekolah dengan sampan. Hal ini tercetus kerana,

Upload: shaila-rama

Post on 24-Dec-2015

220 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

karangan

TRANSCRIPT

Page 1: Shaila ( Bahagian a)

Bahagian A

Sungai merupakan anugerah semula jadi yang dicipta oleh Tuhan. Pada era globalisasi serta modenisasi yang sering berlaku dalam keduniaan ini, pihak masyarakat mengabaikan kepentingan sungai yang membawa banyak manfaat kepada manusia mahupun haiwan. Kemelut mengenai pencemaran sungai sering menghiasi lembaran akhbar. Walaupun pelbagai prakarsa telah diimplementasikan, namun isu ini sering diuar-uarkan dan menjadi topik hangat dalam kalangan masyarakat. Persoalannya, apakah kepentingan sungai di negara kita?

Antara kepentingan sungai di negara kita termasuklah sebagai sumber bekalan air. Hal ini dikatakan demikian kerana,sungai merupakan sumber air di mana manusia mendapatkan air untuk menjalani kehidupan harian. Misalnya, bermandi, mencuci pakaian, minum air, memasak dan sebagainya. Bukan itu sahaja tetapi bekalan air dari sungai juga digunakan oleh industri-industri seperti industri pembuatan pasu. Impaknya, kehidupan seseorang menjadi senang dan lebih selesa.

Selain itu, sungai merupakan punca pendapatan seseorang dan sumber makanan. Hal ini disebabkan kerana, hidupan akuatik yang terdapat dalam sungai seperti ikan,udang,ketam dan kerang merupakan sumber protein bagi manusia. Sumber protein ini amat penting bagi manusia untuk membesar dengan sempurna. Bukan itu sahaja tetapi sungai mampu memberikan punca pendapatan kepada manusia,khasnya nelayan. Hal ini kerana, nelayan yang menangkap ikan, sotong, udang dan sebagainya mengaut keuntungan dengan menjualnya di pasar. Dengan itu, kadar pengangguran dalam negara kita dapat dikurangkan.

Selanjutnya, sungai dapat berperanan sebagai pengangkutan dan perhubungan. Hal ini dikatakan demikian kerana, tempat-tempat pedalaman menggunakan sampan untuk bergerak dari satu tempat ke tempat yang lain untuk berniaga,pergi ke sekolah dan sebagainya. Situasi ini dapat dilihat di pedalaman Sarawak.Misalnya, pelajar-pelajar di sana pergi ke sekolah dengan sampan. Hal ini tercetus kerana, pengangkutan darat adalah kurang. Dengan itu, memudahkan penduduk pedalaman untuk melakukan aktiviti harian.

Seterusnya, sungai mampu menjadi tempat rekreasi dan pelancongan. Hal ini dilihat kerana sungai menjadi tempat bagi penduduk tempatan dan pelancong asing untuk bermandi-manda dan melepaskan tekanan pada hujung minggu.Misalnya, pelancong asing berkelah di tepi sungai bersama anggota keluarga dan mengeratkan hubungan silaturahim sesama mereka. Kesannya, hubungan baik antara ahli keluarga dapat dicanaikan.

Kesimpulannya, jelaslah bahawa terdapat pelbagai kepentingan sungai di negara kita.Semua pihak haruslah menggembleng tenaga dan behempas pulas bagai aur dengan tebing untuk mengatasi kemelut pencemaran sungai kerana berat sama dipikul, ringan sama dijinjing agar negara kita mampu merelisasikan kempen

Page 2: Shaila ( Bahagian a)

‘’Cintailah Sungai Kita’’ dan berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan negara maju yang lain