shahida sarhid lebih ramai ibu bapa titipan melayu/islam ... mm foster... · adalah sukar bagi...

1
MESKIPUN secara keseluruhan jum- lah pasangan yang tampil menjadi ibu bapa titipan semakin meningkat, masih ramai ibu bapa Melayu/Islam diharap tampil menawarkan tempat tinggal sela- mat dan sempurna bagi anak-anak titi- pan. Memberikan respons kepada Berita Harian, Kementerian Pembangunan So- sial dan Keluarga (MSF) menyatakan pi- haknya amat mengalu-alukan lebih ra- mai ibu bapa titipan Melayu/Islam. “Kami amat memerlukan ibu bapa titipan daripada semua bangsa. “Kami mengalu-alukan lebih ramai ibu bapa titipan Melayu/Islam menyer- tai kami dalam membuka minda dan ru- mah mereka kepada kanak-kanak yang memerlukan ini,” ujar jurucakap MSF. Menyokong Presiden Persatuan Pe- mudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rah- ayu Mohamad berkata: “Masih ada lagi anak-anak Melayu ki- ta yang memerlukan keluarga titipan kerana kematian ibu bapa, menjadi mangsa keganasaan dan penderaan, ibu bapa yang dipenjarakan atau ibu bapa yang menghilangkan diri. “Keluarga titipan ini juga merupakan satu skim peralihan yang baik agar anak-anak itu mempunyai sokongan ke- luarga yang amat diperlukan dalam pros- es mereka membesar,” ujar Cik Rah- ayu. PPIS telah dilantik sebagai agensi negara titipan ketiga dan dijangka mem- buka pusat tersebut, yang diberi nama Pusat Oasis, bulan depan. Menteri Pembangunan Sosial dan Ke- luarga (MSF), Encik Tan Chuan-Jin, ba- ru-baru ini berkata bahawa sepanjang beberapa tahun ini, jumlah ibu bapa titi- pan telah meningkat sebanyak 77 pera- tus, berbanding 2013. Dengan lebih banyak keluarga titi- pan, pihaknya menyaksikan 46 peratus lebih banyak kanak-kanak kini dalam ja- gaan titipan berbanding empat tahun yang lalu. Namun menurut Encik Tan, beliau mahu menggalak lebih ramai keluarga tampil menjadi keluarga titipan bagi kanak-kanak lebih dewasa, belia dan kanak-kanak berkeperluan khas. Malah, Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram juga telah menegaskan perka- ra yang sama dalam satu dialog baru-ba- ru ini bahawa jumlah anak-anak yang menantikan keluarga titipan “terlalu ra- mai” Beliau turut menggesa ibu bapa Melayu/Islam menimbangkan meng- ambil anak titipan jika mereka memenu- hi syarat yang ditetapkan MSF di bawah Skim Titipan. Menurut MSF, tiada perangkaan ras- mi jumlah anak Melayu yang berada dalam senarai titipan. Meskipun menggesa keluarga Melayu/Islam tampil menyahut seruan ini, Mufti akur tentang kekhuatiran sesetengah ibu bapa yang membatalkan niat mengambil anak titipan disebabkan masalah hukum agama berkaitan aurat dan mahram. Ini lebih-lebih lagi jika anak itu sudah besar dan baligh. Pengurus Kanan Khidmat Titipan MSF, Cik Hazliya Noor, yang turut ser- ta dalam sesi dialog itu juga memberi- tahu bahawa anak-anak yang menung- gu untuk dipadankan dengan keluarga dalam senarai MSF merangkumi mere- ka yang baru lahir sehingga 18 tahun. Mufti dalam penerangannya men- jelaskan bahawa Jawatankuasa Fatwa berpendapat sekiranya timbul kesulitan, sesuatu hukum atau syarat boleh diringa- nkan. Jawatankuasa Fatwa berpandangan adalah sukar bagi keluarga angkat me- matuhi hukum aurat sepenuhnya kera- na mereka perlu interaksi dan bergaul se- cara kerap dengan anak titipan. “Jika terdapat halangan atau kesuli- tan dalam melaksanakan sesuatu yang disuruh Allah, maka kesulitan atau ha- langan itu perlu diatasi dan dihilangkan kerana jika tidak, ia akan mendatang- kan mudarat,’’ kata jawatankuasa terse- but. Menyambut baik penjelasan Mufti, seorang pakar psikologi, Dr Sharifah Mariam Aljunied, berkata fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengenai keluarga titi- pan amat progresif dan sangat membi- na. “Kekuatannya ialah ia menitikbe- ratkan prinsip dasar yang menjadi pan- duan hidup keluarga titipan. “Bersandarkan fatwa ini juga, karyawan dalam sektor penjagaan alter- natif kanak-kanak perlu melakar garis panduan profesional yang lebih terperin- ci bagi membimbing ibu bapa titipan dalam mengemudi tanggungjawab hari- an mereka,” katanya. Penolong pengurus khidmat titipan MSF, Cik Norkhairaha Mohd Taha, ber- kata ibu bapa yang memilih mengambil anak titipan akan mendapat sokongan dan galakan yang diperlukan daripada pegawai jagaan titipan MSF dan Agensi Titipan, termasuk nasihat keibubapaan dan kaunseling. “MSF juga telah bekerjasama dengan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Ke- bangsaan (NCSS) untuk menawarkan program latihan bagi mempersiap ibu ba- pa titipan tentang keperluan anak-anak dalam jagaan titipan. “Sebelum meletak anak itu bersama ibu bapa titipan, pegawai jagaan titipan juga akan menawarkarn maklumat kepa- da ibu bapa titipan tentang keperluan anak itu,” jelasnya. Menurutnya, beberapa talian kece- masan disediakan untuk ibu bapa titipan jika mereka memerlukan bantuan di lu- ar waktu kerja. Golongan profesional lain, seperti pa- kar psikologi MSF, juga boleh disedia- kan bagi menawarkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sokongan tambahan. Menurut Cik Norkhairaha, secara ke- seluruhan, lebih 400 keluarga telah tampil menyahut seruan menjadi keluar- ga titipan. MENURUT seorang sukarelawan Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), pakar psikologi Dr Sharifah Mariam Aljunied, jumlah kanak-kanak lelaki bawah usia 12 tahun yang dimasukkan ke rumah kebajikan itu telah bertambah sejak beberapa tahun lalu. Ada daripada mereka dimasukkan ke situ walaupun pada mulanya, mereka diletak di bawah Skim Titipan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF). Dr Sharifah Mariam berkata peningkatan itu mungkin mencerminkan kebimbangan keluarga Melayu/Islam mengambil anak lelaki sebagai anak titipan kerana masalah hukum berkaitan agama. Oleh itu, beliau amat mengalu-alukan penjelasan Mufti, Dr Fatris Bakaram, berhubung perkara tersebut agar ia dapat meningkatkan lagi kesedaran keluarga Melayu/Islam yang berminat mengambil anak titipan. Menurut Dr Sharifah Mariam, pada 2007, lima budak lelaki bawah 12 tahun dimasukkan ke RKM, tetapi pada 2014, jumlah itu ia meningkat kepada 17 orang. Mereka, katanya, dimasukkan ke RKM bukan disebabkan masalah perilaku, tetapi kerana diabai keluarga atau mengalami penderaan. “Meskipun jumlahnya masih kecil, ia amat membimbangkan kerana ia menunjukkan keadaan keluarga masyarakat Melayu/Islam,” ujarnya. Mengenai Skim Titipan, Dr Sharifah Mariam berkata persoalan lebih penting selain memastikan keluarga titipan sesuai dengan anak titipan, ialah sama ada anak itu sendiri sudah bersedia menjadi anak titipan atau tidak. “Ini bertujuan memastikan ia tidak memudaratkan kededua pihak kelak,” ujarnya. Beliau menyebut contoh kes seorang anak, Din (bukan nama sebenar) yang keluar masuk pelbagai rumah keluarga titipan lima kerana tidak bersesuaian hingga akhirnya dimasukkan ke RKM. Dia mula diambil sebagai anak titipan pada usia tiga bulan kerana ibu kandungnya dipenjarakan bagi kesalahan dadah. Semasa usianya antara satu tahun dengan lima tahun, Din dipindahkan buat kali kedua kepada keluarga titipan berbeza. Perkara sama berlaku apabila usianya antara empat tahun dengan sembilan tahun. Apabila berusia 10 tahun, dia dipindahkan ke rumah keluarga titipannya kelima. Ekoran masalah tingkah laku dan emosi yang sukar dibendung, akhirnya dia dihantar ke RKM pada usia 13 tahun. Din sekarang berusia 17 tahun dan berada di tahun pertama Institut Pendidikan Teknikal (ITE). Dr Sharifah Mariam berkata kes kanak-kanak mengalami masalah semasa menjadi anak titipan dan kemudian di hantar ke rumah kebajikan sering berlaku. Menurutnya, pelajar seperti Din memerlukan pendekatan lebih bersifat berstruktur untuk memantapkan emosi mereka. Penolong pengurus khidmat skim titipan, Cik Norkhairaha Mohd Taha, berkata pihaknya sering menghulurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada ibu bapa titipan. “Kebanyakan anak yang dijaga keluarga titipan mungkin mengalami kesukaran mempercayai orang dewasa kerana orang dewasa dalam kehidupan mereka mungkin telah mengabaikan atau mendera mereka. “Pegawai Jagaan Titipan daripada MSF dan Agensi Titipan sentiasa menyediakan ibu bapa titipan sokongan dan galakan berterusan menerusi nasihat keibubapaan atau kaunseling,” katanya. SETIAP kali beliau bertemu sanak saudara dan sahabat-han- dai, ramai memuji usaha Cik Si- ti Raziah Raffee dan Encik Mu- hd Faris Woo mengambil dua anak titipan. Pasangan suami isteri itu, kededuanya berusia 46 tahun dan tidak mempunyai anak, berkata kebanyakan soalan yang mereka terima daripada orang sekeliling ialah sama ada duit elaun yang diterima se- laku ibu bapa titipan cukup atau tidak. Bagi setiap anak titipan, Ke- menterian Pembangunan Sos- ial dan Keluarga (MSF) mem- beri elaun bulanan $936. Bagi anak berkeperluan khas, elaun- nya $1,114 sebulan. Elaun ini merangkumi per- belanjaan harian anak terse- but, seperti makanan, pakaian, pendidikan, tuisyen dan peng- angkutan. Cik Siti Raziah dan Encik Muhd Faris menjadi ibu bapa titpan kepada dua anak lelaki berusia tiga tahun dan enam tahun. Menurut Cik Siti Raziah, soal kewangan bukan perkara utama mereka melakukannya. Tambahan pula, kata Cik Si- ti Raziah, ramai kawan dan anggota keluarga banyak mem- bantu dengan menghadiahkan mereka pelbagai peralatan bayi. Cik Siti Raziah, seorang ju- rurawat, berkata beliau men- gambil anak titip sulungnya, yang hanya dikenali sebagai Ali, semasa dia berusia 18 bu- lan. Anak titipan kedua, Ah- mad, diambilnya sekitar tiga tahun kemudian, apabila anak itu berusia dua bulan. Mereka bukan adik-be- radik. “Latar belakang ibu bapa mereka tidak penting bagi saya, kerana bagi saya jika anak itu dalam senarai titipan, makanya ada keperluan untuk mereka ditempatkan dalam suasana keluarga yang menyayangi dan mengasihi mereka. “Ini yang ingin saya te- rapkan,” ujarnya. Ditanya apakah isu aurat dan mahram menjadi antara ke- prihatinan beliau apabila memi- lih anak lelaki sebagai anak titi- pan, beliau menjawab: “Sebenarnya saya rasa leb- ih baik jika anak itu lelaki kera- na jika kami bawa mereka ke kolam renang pun, suami saya boleh bantu memandi dan men- yalinkan pakaian mereka. “Apabila di rumah, saya ju- ga akan menerangkan kepada mereka tentang adab dan kep- erluan menjaga aurat masing-masing,” ujarnya. Baginya, apa yang dilaku- kannya ialah membantu masya- rakat Melayu/Islam dan menye- lamatkan anak-anak ini. Beliau menambah bahawa skim titipan ialah satu tempoh peralihan sahaja kerana matla- matnya ialah agar anak itu dikembalikan kepada keluarga kandung mereka apabila kelu- arga tersebut sudah bersedia dan lebih mantap. Ambil anak titipan kerana mahu sediakan suasana kasih sayang keluarga Lebih ramai ibu bapa titipan Melayu/Islam diperlu RKM terima lebih ramai budak lelaki bawah 12 tahun RAIH KEGEMBIRAAN: Cik Siti Raziah Raffee dan Encik Muhd Faris Woo gembira dapat melihat perkembangan positif kededua anak titipan mereka, Ali (bukan nama sebenar, berbaju merah) dan Ahmad (bukan nama sebenar, sedang membaca buku). – Foto M.O. SALLEH – Kriteria paling penting ialah agar ibu bapa titipan itu menyayangi kanak-kanak dan mempunyai keinginan membantu mereka memandangkan kebanyakan anak itu telah melalui banyak masa sukar sepanjang kehidupan mereka. – Pemohon perlu menjadi rakyat Singapura. – Sudah berkahwin – Sekurang-kurangnya 25 tahun. – Sihat untuk menjaga kanak-kanak – Mempunyai pendapatan keluarga bulanan minimum $2,000 – Memiliki pendidikan sekolah menengah – Berpengalaman dalam menjaga dan tinggal bersama kanak-kanak atau mempunyai kemahiran keibubapaan – Pemohon perlu bersedia menawar dan memastikan sekitaran rumah yang selamat bagi anak titipan itu – Sedia bekerjasama dengan MSF dan pakar profesional lain bagi kepentingan anak tersebut Kriteria yang disenariakan hanya satu panduan. MSF akan menilai semua permohonan berdasarkan setiap kes. Bagi sembarang pertanyaan dan maklumat mengenai Skim Titipan, sila hubungi Pegawai Jagaan Titipan di nombor 6354-8799 atau hantar e-mel ke [email protected] 1. Sokongan Pegawai Jagaan Titipan (FCO) – FCO akan menawarkan sokongan dan memberi bimbingan secara kerap dengan menghubungi ibu bapa titipan atau melakukan lawatan ke rumah. 2. Pengenalan dan Latihan – Ibu bapa titipan kali pertama akan menjalani sesi pengenalan dan latihan bagi mempersiap mereka dengan kemahiran yang diperlukan anak titipan itu. Latihan sering dilakukan pada hujung minggu. 3. Talian Kecemasan – Jika berlaku kecemasan, ibu bapa titipan boleh mendapat bantuan serta-merta menerusi talian kecemasan 24 jam. 4. Kumpulan Sokongan – Ruang untuk ibu bapa titipan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik antara satu sama lain selain menawarkan sokongan emosional dan galakan. 5. Jagaan sementara – Ibu bapa titipan yang tidak boleh menjaga anak titipan itu bagi tempoh singkat misalnya apabila perlu ke luar negara, boleh meminta jagaan sementara dari ibu bapa titipan yang lain semasa tempoh ini. 6. Sokongan kewangan – MSF menawarkan elaun titipan. Bagi setiap anak titipan di bawah jagaan anak MSF menawarkan elaun bulanan $936 atau $1,114 bagi anak berkeperluan khas. Ibu bapa titipan yang ingin meletakkan anak titipan di bawah jagaan mereka ke pusat jagaan pelajar, kanak-kanak atau bayi, mereka hanya perlu membayar maksimum $200. Setiap anak titipan juga akan diberi Kad Pengecualian Yuran Perubatan untuk membiayai kesemua perbelanjaan perubatan di poliklinik dan hospital pemerintah. SOKONGAN BAGI IBU BAPA TITIPAN INFO KRITERIA KELAYAKAN IBU BAPA TITIPAN Meskipun ada pasangan berminat mengambil anak titipan, ada juga yang mempunyai pelbagai keprihatinan mengenai usaha tersebut, terutama berkaitan hukum agama. Wartawan SHAHIDA SARHID ([email protected]) melaporkan. 8 Berita Harian | Selasa, 25 Julai 2017 Berita SETEMPAT

Upload: vankhanh

Post on 18-Mar-2019

235 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

MESKIPUN secara keseluruhan jum-lah pasangan yang tampil menjadi ibu bapa titipan semakin meningkat, masih ramai ibu bapa Melayu/Islam diharap tampil menawarkan tempat tinggal sela-mat dan sempurna bagi anak-anak titi-pan.

Memberikan respons kepada Berita Harian, Kementerian Pembangunan So-sial dan Keluarga (MSF) menyatakan pi-haknya amat mengalu-alukan lebih ra-mai ibu bapa titipan Melayu/Islam.

“Kami amat memerlukan ibu bapa titipan daripada semua bangsa.

“Kami mengalu-alukan lebih ramai ibu bapa titipan Melayu/Islam menyer-tai kami dalam membuka minda dan ru-mah mereka kepada kanak-kanak yang memerlukan ini,” ujar jurucakap MSF.

Menyokong Presiden Persatuan Pe-mudi Islam Singapura (PPIS), Cik Rah-ayu Mohamad berkata:

“Masih ada lagi anak-anak Melayu ki-ta yang memerlukan keluarga titipan kerana kematian ibu bapa, menjadi mangsa keganasaan dan penderaan, ibu bapa yang dipenjarakan atau ibu bapa yang menghilangkan diri.

“Keluarga titipan ini juga merupakan satu skim peralihan yang baik agar anak-anak itu mempunyai sokongan ke-luarga yang amat diperlukan dalam pros-es mereka membesar,” ujar Cik Rah-ayu.

PPIS telah dilantik sebagai agensi negara titipan ketiga dan dijangka mem-buka pusat tersebut, yang diberi nama Pusat Oasis, bulan depan.

Menteri Pembangunan Sosial dan Ke-luarga (MSF), Encik Tan Chuan-Jin, ba-

ru-baru ini berkata bahawa sepanjang beberapa tahun ini, jumlah ibu bapa titi-pan telah meningkat sebanyak 77 pera-tus, berbanding 2013.

Dengan lebih banyak keluarga titi-pan, pihaknya menyaksikan 46 peratus lebih banyak kanak-kanak kini dalam ja-gaan titipan berbanding empat tahun yang lalu.

Namun menurut Encik Tan, beliau mahu menggalak lebih ramai keluarga tampil menjadi keluarga titipan bagi kanak-kanak lebih dewasa, belia dan kanak-kanak berkeperluan khas.

Malah, Mufti, Dr Mohamed Fatris Bakaram juga telah menegaskan perka-ra yang sama dalam satu dialog baru-ba-ru ini bahawa jumlah anak-anak yang menantikan keluarga titipan “terlalu ra-mai”

Beliau turut menggesa ibu bapa Melayu/Islam menimbangkan meng-ambil anak titipan jika mereka memenu-hi syarat yang ditetapkan MSF di bawah Skim Titipan.

Menurut MSF, tiada perangkaan ras-mi jumlah anak Melayu yang berada dalam senarai titipan.

Meskipun menggesa keluarga Melayu/Islam tampil menyahut seruan ini, Mufti akur tentang kekhuatiran sesetengah ibu bapa yang membatalkan niat mengambil anak titipan disebabkan masalah hukum agama berkaitan aurat dan mahram.

Ini lebih-lebih lagi jika anak itu sudah besar dan baligh.

Pengurus Kanan Khidmat Titipan MSF, Cik Hazliya Noor, yang turut ser-ta dalam sesi dialog itu juga memberi-tahu bahawa anak-anak yang menung-gu untuk dipadankan dengan keluarga dalam senarai MSF merangkumi mere-ka yang baru lahir sehingga 18 tahun.

Mufti dalam penerangannya men-jelaskan bahawa Jawatankuasa Fatwa berpendapat sekiranya timbul kesulitan, sesuatu hukum atau syarat boleh diringa-nkan.

Jawatankuasa Fatwa berpandangan adalah sukar bagi keluarga angkat me-matuhi hukum aurat sepenuhnya kera-na mereka perlu interaksi dan bergaul se-cara kerap dengan anak titipan.

“Jika terdapat halangan atau kesuli-tan dalam melaksanakan sesuatu yang disuruh Allah, maka kesulitan atau ha-langan itu perlu diatasi dan dihilangkan kerana jika tidak, ia akan mendatang-kan mudarat,’’ kata jawatankuasa terse-but.

Menyambut baik penjelasan Mufti, seorang pakar psikologi, Dr Sharifah Mariam Aljunied, berkata fatwa yang dikeluarkan oleh Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengenai keluarga titi-pan amat progresif dan sangat membi-na.

“Kekuatannya ialah ia menitikbe-

ratkan prinsip dasar yang menjadi pan-duan hidup keluarga titipan.

“Bersandarkan fatwa ini juga, karyawan dalam sektor penjagaan alter-natif kanak-kanak perlu melakar garis panduan profesional yang lebih terperin-ci bagi membimbing ibu bapa titipan dalam mengemudi tanggungjawab hari-an mereka,” katanya.

Penolong pengurus khidmat titipan MSF, Cik Norkhairaha Mohd Taha, ber-kata ibu bapa yang memilih mengambil anak titipan akan mendapat sokongan dan galakan yang diperlukan daripada pegawai jagaan titipan MSF dan Agensi Titipan, termasuk nasihat keibubapaan dan kaunseling.

“MSF juga telah bekerjasama dengan Majlis Perkhidmatan Masyarakat Ke-bangsaan (NCSS) untuk menawarkan program latihan bagi mempersiap ibu ba-pa titipan tentang keperluan anak-anak dalam jagaan titipan.

“Sebelum meletak anak itu bersama ibu bapa titipan, pegawai jagaan titipan juga akan menawarkarn maklumat kepa-da ibu bapa titipan tentang keperluan anak itu,” jelasnya.

Menurutnya, beberapa talian kece-masan disediakan untuk ibu bapa titipan jika mereka memerlukan bantuan di lu-ar waktu kerja.

Golongan profesional lain, seperti pa-kar psikologi MSF, juga boleh disedia-kan bagi menawarkan bantuan kepada keluarga yang memerlukan sokongan tambahan.

Menurut Cik Norkhairaha, secara ke-seluruhan, lebih 400 keluarga telah tampil menyahut seruan menjadi keluar-ga titipan.

MENURUT seorang sukarelawan Rumah Kebajikan Muhammadiyah (RKM), pakar psikologi Dr Sharifah Mariam Aljunied, jumlah kanak-kanak lelaki bawah usia 12 tahun yang dimasukkan ke rumah kebajikan itu telah bertambah sejak beberapa tahun lalu.

Ada daripada mereka dimasukkan ke situ walaupun pada mulanya, mereka diletak di bawah Skim Titipan Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga (MSF).

Dr Sharifah Mariam berkata peningkatan itu mungkin mencerminkan kebimbangan keluarga Melayu/Islam mengambil anak lelaki sebagai anak titipan kerana masalah hukum berkaitan agama.

Oleh itu, beliau amat mengalu-alukan penjelasan Mufti, Dr Fatris Bakaram, berhubung perkara tersebut agar ia dapat meningkatkan lagi kesedaran keluarga Melayu/Islam yang berminat mengambil anak titipan.

Menurut Dr Sharifah Mariam, pada 2007, lima budak lelaki bawah 12 tahun dimasukkan ke RKM, tetapi pada 2014, jumlah itu ia meningkat kepada 17 orang.

Mereka, katanya, dimasukkan ke RKM bukan disebabkan masalah perilaku, tetapi kerana diabai keluarga atau mengalami penderaan.

“Meskipun jumlahnya masih kecil, ia amat membimbangkan kerana ia menunjukkan keadaan keluarga masyarakat Melayu/Islam,” ujarnya.

Mengenai Skim Titipan, Dr Sharifah Mariam berkata persoalan lebih penting selain memastikan keluarga titipan sesuai dengan anak titipan, ialah sama ada anak itu sendiri sudah bersedia menjadi anak titipan atau tidak.

“Ini bertujuan memastikan ia tidak memudaratkan kededua pihak kelak,” ujarnya.

Beliau menyebut contoh kes seorang anak, Din

(bukan nama sebenar) yang keluar masuk pelbagai rumah keluarga titipan lima kerana tidak bersesuaian hingga akhirnya dimasukkan ke RKM.

Dia mula diambil sebagai anak titipan pada usia tiga bulan kerana ibu kandungnya dipenjarakan bagi kesalahan dadah.

Semasa usianya antara satu tahun dengan lima tahun, Din dipindahkan buat kali kedua kepada keluarga titipan berbeza.

Perkara sama berlaku apabila usianya antara empat tahun dengan sembilan tahun.

Apabila berusia 10 tahun, dia dipindahkan ke rumah keluarga titipannya kelima.

Ekoran masalah tingkah laku dan emosi yang sukar dibendung, akhirnya dia dihantar ke RKM pada usia 13 tahun.

Din sekarang berusia 17 tahun dan berada di tahun pertama Institut Pendidikan Teknikal (ITE).

Dr Sharifah Mariam berkata kes kanak-kanak

mengalami masalah semasa menjadi anak titipan dan kemudian di hantar ke rumah kebajikan sering berlaku.

Menurutnya, pelajar seperti Din memerlukan pendekatan lebih bersifat berstruktur untuk memantapkan emosi mereka.

Penolong pengurus khidmat skim titipan, Cik Norkhairaha Mohd Taha, berkata pihaknya sering menghulurkan bantuan dan sokongan yang diperlukan kepada ibu bapa titipan.

“Kebanyakan anak yang dijaga keluarga titipan mungkin mengalami kesukaran mempercayai orang dewasa kerana orang dewasa dalam kehidupan mereka mungkin telah mengabaikan atau mendera mereka.

“Pegawai Jagaan Titipan daripada MSF dan Agensi Titipan sentiasa menyediakan ibu bapa titipan sokongan dan galakan berterusan menerusi nasihat keibubapaan atau kaunseling,” katanya.

SETIAP kali beliau bertemu sanak saudara dan sahabat-han-dai, ramai memuji usaha Cik Si-ti Raziah Raffee dan Encik Mu-hd Faris Woo mengambil dua anak titipan.

Pasangan suami isteri itu, kededuanya berusia 46 tahun dan tidak mempunyai anak, berkata kebanyakan soalan yang mereka terima daripada orang sekeliling ialah sama ada duit elaun yang diterima se-laku ibu bapa titipan cukup atau tidak.

Bagi setiap anak titipan, Ke-menterian Pembangunan Sos-ial dan Keluarga (MSF) mem-beri elaun bulanan $936. Bagi anak berkeperluan khas, elaun-nya $1,114 sebulan.

Elaun ini merangkumi per-belanjaan harian anak terse-but, seperti makanan, pakaian, pendidikan, tuisyen dan peng-angkutan.

Cik Siti Raziah dan Encik Muhd Faris menjadi ibu bapa titpan kepada dua anak lelaki berusia tiga tahun dan enam tahun.

Menurut Cik Siti Raziah, soal kewangan bukan perkara utama mereka melakukannya.

Tambahan pula, kata Cik Si-ti Raziah, ramai kawan dan anggota keluarga banyak mem-bantu dengan menghadiahkan mereka pelbagai peralatan bayi.

Cik Siti Raziah, seorang ju-rurawat, berkata beliau men-gambil anak titip sulungnya, yang hanya dikenali sebagai Ali, semasa dia berusia 18 bu-lan.

Anak titipan kedua, Ah-mad, diambilnya sekitar tiga tahun kemudian, apabila anak itu berusia dua bulan.

Mereka bukan adik-be-radik.

“Latar belakang ibu bapa mereka tidak penting bagi saya, kerana bagi saya jika anak itu dalam senarai titipan, makanya ada keperluan untuk mereka ditempatkan dalam suasana keluarga yang menyayangi dan mengasihi mereka.

“Ini yang ingin saya te-rapkan,” ujarnya.

Ditanya apakah isu aurat dan mahram menjadi antara ke-prihatinan beliau apabila memi-lih anak lelaki sebagai anak titi-pan, beliau menjawab:

“Sebenarnya saya rasa leb-ih baik jika anak itu lelaki kera-na jika kami bawa mereka ke kolam renang pun, suami saya boleh bantu memandi dan men-yalinkan pakaian mereka.

“Apabila di rumah, saya ju-ga akan menerangkan kepada mereka tentang adab dan kep-erluan menjaga aurat masing-masing,” ujarnya.

Baginya, apa yang dilaku-kannya ialah membantu masya-rakat Melayu/Islam dan menye-lamatkan anak-anak ini.

Beliau menambah bahawa skim titipan ialah satu tempoh peralihan sahaja kerana matla-matnya ialah agar anak itu dikembalikan kepada keluarga kandung mereka apabila kelu-arga tersebut sudah bersedia dan lebih mantap.

Ambil anak titipan kerana mahu sediakan suasana kasih sayang keluarga

Lebih ramai ibu bapa titipan Melayu/Islam diperlu

RKM terima lebih ramai budak lelaki bawah 12 tahun

RAIH KEGEMBIRAAN: Cik Siti Raziah Raffee dan Encik Muhd Faris Woo gembira dapat melihat perkembangan positif kededua anak titipan mereka, Ali (bukan nama sebenar, berbaju merah) dan Ahmad (bukan nama sebenar, sedang membaca buku). – Foto M.O. SALLEH

– Kriteria paling penting ialah agar ibu bapa titipan itu menyayangi kanak-kanak dan mempunyai keinginan membantu mereka memandangkan kebanyakan anak itu telah melalui banyak masa sukar sepanjang kehidupan mereka.– Pemohon perlu menjadi rakyat Singapura.– Sudah berkahwin– Sekurang-kurangnya 25 tahun.– Sihat untuk menjaga kanak-kanak– Mempunyai pendapatan keluarga bulanan minimum $2,000– Memiliki pendidikan sekolah menengah– Berpengalaman dalam menjaga dan tinggal bersama kanak-kanak atau mempunyai kemahiran keibubapaan– Pemohon perlu bersedia menawar dan memastikan sekitaran rumah yang selamat bagi anak titipan itu– Sedia bekerjasama dengan MSF dan pakar profesional lain bagi kepentingan anak tersebut

Kriteria yang disenariakan hanya satu panduan. MSF akan menilai semua permohonan berdasarkan setiap kes.

Bagi sembarang pertanyaan dan maklumat mengenai Skim Titipan, sila hubungi Pegawai Jagaan Titipan di nombor 6354-8799 atau hantar e-mel ke [email protected]

1. Sokongan Pegawai Jagaan Titipan (FCO)– FCO akan menawarkan sokongan dan memberi bimbingan secara kerap dengan menghubungi ibu bapa titipan atau melakukan lawatan ke rumah.

2. Pengenalan dan Latihan – Ibu bapa titipan kali pertama akan menjalani sesi pengenalan dan latihan bagi mempersiap mereka dengan kemahiran yang diperlukan anak titipan itu. Latihan sering dilakukan pada hujung minggu.

3. Talian Kecemasan– Jika berlaku kecemasan, ibu bapa titipan boleh mendapat bantuan serta-merta menerusi talian kecemasan 24 jam.

4. Kumpulan Sokongan– Ruang untuk ibu bapa titipan berkongsi pengalaman dan amalan terbaik antara satu sama lain selain menawarkan sokongan emosional dan galakan.

5. Jagaan sementara– Ibu bapa titipan yang tidak boleh menjaga anak titipan itu bagi tempoh singkat misalnya apabila perlu ke luar negara, boleh meminta jagaan sementara dari ibu bapa titipan yang lain semasa tempoh ini.

6. Sokongan kewangan– MSF menawarkan elaun titipan. Bagi setiap anak titipan di bawah jagaan anak MSF menawarkan elaun bulanan $936 atau $1,114 bagi anak berkeperluan khas.

Ibu bapa titipan yang ingin meletakkan anak titipan di bawah jagaan mereka ke pusat jagaan pelajar, kanak-kanak atau bayi, mereka hanya perlu membayar maksimum $200. Setiap anak titipan juga akan diberi Kad Pengecualian Yuran Perubatan untuk membiayai kesemua perbelanjaan perubatan di poliklinik dan hospital pemerintah.

SOKONGAN BAGI IBU BAPA TITIPAN

INFO

KRITERIA KELAYAKAN IBU BAPA TITIPAN

Meskipun ada pasangan berminat mengambil anak titipan, ada juga yang mempunyai pelbagai keprihatinan mengenai usaha tersebut, terutama berkaitan hukum agama. Wartawan SHAHIDA SARHID ([email protected]) melaporkan.

8 Berita Harian | Selasa, 25 Julai 2017

Berita SETEMPAT