setelah selesai bab ini, anda akan dapat: memberi definisi...

16
1 Pengenalan kepada Penyelidikan o Mukadimah o Memperolehi Ilmu Pengetahuan o Apakah Penyelidikan? o Penyelidikan dalam Pendidikan o Ciri-Ciri Penyelidikan o Proses penyelidikan o Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif o Etika Penyelidikan Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi penyelidikan menerangkan langkah-langkah proses penyelidikan membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan kualitatif menjelaskan pentingnya etika dalam penyelidikan

Upload: voanh

Post on 01-Feb-2018

247 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Page 1: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

1

Pengenalan kepada Penyelidikan

o Mukadimah

o Memperolehi Ilmu Pengetahuan

o Apakah Penyelidikan?

o Penyelidikan dalam Pendidikan

o Ciri-Ciri Penyelidikan

o Proses penyelidikan

o Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

o Etika Penyelidikan

Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat:

memberi definisi penyelidikan

menerangkan langkah-langkah proses penyelidikan

membezakan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan

kualitatif

menjelaskan pentingnya etika dalam penyelidikan

Page 2: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

2

Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam pendidikan serta proses

menjalankan penyelidikan dalam pendidikan. Perbincangan bertumpu kepada konsep-

asas penyelidikan serta ciri-ciri dan proses menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

Juga dibincangkan ialah perbezaan antara penyelidikan kuantitatif dan penyelidikan

kualitatif serta etika dalam penyelidikan.

Sejak turun temuruan, manusia telah menghasil dan mengumpul pelbagai jenis ilmu atau

pengetahuan. Kini, setiap tahuan, jumlah ilmu atau pengetahuan yang dihasilkan

meningkat berganda kali. Ilmu atau pengetahuan wujud daripada sumber-sumber berikut:

(Lihat Rajah 1).

Rajah 1 Kaedah Memperoleh Pengetahuan

[Sumber: adaptasi G.C. Helmstadter, konsep Penyelidikan dalam tingkah laku

manusia. New York: Appleson-abad-Crofts]

Wahyu (Revealed Knowledge): Pengetahuan yang diturnkan oleh Tuhan.

Pelbagai agama mempunyai teks suci yang merupakan seruan-seruan yang tidak

Mukadimah

Memperolehi Ilmu Pengetahuan

Pengalaman

Intuisi Wahyu Kepercayaan

Rasionalisme Sains

PENGETAHUAN

Page 3: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

3

dapat dinafikan, muktamad dan tidak boleh dicabar. Contohnya, al-Quran, al-

Kitab, Torah, Bhagvad Gita,

Kepercayaan (Beliefs): Manusia mempunyai jenis kepercayaan dan kadamg kala

diterima sebagai benar atau betul. Contohnya, memakai sesuatu baju bertuah akan

menentukan pasukan bola akan menang atau cerita-cerita doggeng atau karut

diterima sebagai kebenaran. Berikan kepercayaan-kepercayaan lain (selain

daripada agama) yang anda menganggap sebagai kebenaran. Bolehkah ia

dibuktikan secara saintifik?

Intuisi atau Gerak Hati (Intuition): Kita semua mempunyai intuisi

atau gerak hati tentang pelbagai situasi atau kejadian. Ia merupakan

pengetahuan yang berasal daripada perasaan kita sendiri atau

ramalan ahli nujum. Contohnya, anda mempunyai intuisi bahawa

sesuatu akan berlaku pada kawan anda. .

Pengalaman Peribadi (Personal Experience): Sepanyang hayat kita telah

melalui pelbagai jenis peristiwa yang ditaktif sebagai ‘pengalaman’. Contohnya,

anda pernah jatuh daripada pokok dan ini menjadi fakta atau pengetahuan

berdasarkan pengalaman anda. Anda juga mempunyai pelbagai persepsi tentang

orang lain berdasarkan pengalaman bercampur gaul

dengan mereka. Kadang-kala persepsi atau pandangan

anda tentang orang lain tidak tepat kerana dipengaruhi

oleh banyak faktor-faktor lain. Contohnya, anda

mempunyai pemikiran stereotaip tentang kumpulan etnik X kerana suatu insiden

ketika bercampur gaul dengan ahli kumpulan etnik berkenaan. Juga pandangan

kita tentang sesuatu ditokok-tambah yang memesong fakta.

Rasionalisme (Rationalism): Pengetahuan yang wujud

dengan membentangkan sesuatu idea dan menggunakan

akal fikiran untuk menyingkap ilmu dan kebenaran. Daya

intelak yang berada secara semulajadi dalam diri manusia mampu mencari

kebenaran dengan berhujah dengan logik. Ahli falafah menghasilkan ilmu dengan

rasionalisme dan membincang dengan mendalam isu-isu seperti apa itu

keindahan, apa itu kebenraan, apa seorang manusia yang jujur dan sebagainya.

Sains (Science): Sains menggunakan kaedah untuk

menyiasat sesuatu fenomena, menceburi ilmu baru,

atau membetulkan dan menyepadukan ilmu

terdahulu. Kaedah ini berasaskan bukti yang boleh

dibuktikan secara empirikal dan boleh diukur

berdasarkan prinsip penakulan. Kaedah saintifik

melibatkan pengumpulan data secara teratur,

terkawal dan perumusan dan pengujian hipotesis.

Page 4: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

4

Dalam kursus ini, kita bertumpu kepada

mencari atau memperolehi ilmu pengetahuan

dengan menggunakan ‘kaedah atau penyiasatan saintifik’. Kaedah ini memerlukan kita

menjalankan penyelidikan untuk membuktikan sesuatu. Apakah penyelidikan?

Penyelidikan ialah tatacara yang teratur yang digunakan oleh manusia untuk menambahkan ilmu pengetahuan, dan berbeza sekali dengan penemuan ilmu secara kebetulan atau spontan. Penyelidikan dilakukan mengikut langkah-langkah tertentu yang diatur khas untuk mengeluarkan maklumat baru. (Ahmad Mahzan Ayob, 1983).

Penyelidikan didefinisikan sebagai penyiasatan yang penuh berhati-hati, mendalam, secara bijak dan meluas mengenai sesuatu perkara atau subjek spesifik dengan bertujuan meningkatkan dan meluaskan ilmu pengetahuan sejagat (Manheim, 1997).

Penyelidikan adalah aktiviti penyelesaian masalah yang membawa kepada pengetahuan dan penemuan baru dengan mengenal pasti soalan yang hendak dijawab dan menggunakan kaedah untuk menjawab soalan tersebut (Helmstadter, 1970).

Penyelidikan bertujuan mendapatkan kebenaran yang mempunyai logik mengenai sesuatu fenomena, tetapi ia tidak bererti bahawa kebenaran yang didapati itu merupakan kebenaran yang muktamad mengenai fenomena itu. Fakta-fakta baru atau fakta-fakta yang tidak didapati semasa penyelidikan dijalankan mungkin akan timbul dan ini akan mengubah keputusan penyelidikan dan dengan itu pengetahuan akan sentiasa berubah. (Mohd. Sheffie Abu Bakar, 1987)

Penyelidikan ialah usaha mencari data yang akan dipergunakan untuk menguji sesuatu hipotesis atau hanya sekadar ingin mengetahui samada wujudnya ataupun tidak sesuatu persoalan itu. (J. Supranto, 1986)

Penyelidikan ditakrifkan sebagai analisis dan pemerhatian yang terkawal secara sistematik dan objektif yang membawa kepada pembentukan generalisasi, prinsip atau teori, ramalan dan akhirnya kawalan kejadian (Best, 1991).

Apakah Penyelidikan?

Page 5: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

5

Apakah yang dimaksudkan dengan penyiasatan atau penyelidikan saintifik?. Menurut

Kerlinger (1973), penyiasatan saintifik merupakan kaedah dan cara berfikir sistematik,

terkawal, dan empirikal yang bertujuan mengkaji hubung kaitan antara fenomena

semulajadi yang boleh diperhatikan. Terdapat tiga perkataan penting dalam definisi ini

yang perlu diberi perhatian; iaitu sistematik, terkawal dan empirikal.

Penyelidikan saintifik yang sistematik dan terkawal dapat menghasilkan penemuan atau dapatan yang lebih meyakinkan.

Penyiasatan saintifik empirikal bermakna kajian yang dirancangkan boleh diuji dalam makmal atau luar makmal dan terbuka untuk diteliti orang lain.

Ahli falsafah pendidikan terkenal, John Dewey dalam bukunya How We Think

mencadangkan pada tahun 1933 bahawa penyiasatan saintifk adalah suatu proses yang

terdiri daripada langkah-langkah berikut:

Dalam suatu kenyataan akhbar, disiarkan bahawa:

“Ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan berkesan”.

Berikutan kenytaan itu, ratusan surat, email dan SMS diterima daripada orang ramai

memberi pelbagai pendapat mengapa keadaan ini wujud. Antara pendapat yang

dikemukakan ialah kaedah mengajar bacaan di sekolah rendah tidak berkesan, saiz kelas

yang terlalu besar, guru tidak mengadakan kelas pemulihan, tidak cukup guru bahasa

yang berkelayakan, latihan guru yang ketinggalan zaman, pelajar yang tidak minat, tidak

cukup kemudahan mengajar bahasa dan seterusnya. Pendapat yang diberikan orang ramai

kebanyakkan berdasarkan:

‘Pengalaman peribadi’

‘Intuisi atau Gerak Hati’

Rasionalisme [hujah-hujah yang dihuraikan dengan terperinici]

Langkah-Langkah Penyiasatan Saintifik

1. Mengenal pasti Masalah

2. Menggubal Soalan Kajian atau Hipotisis

3. Mereka Bentuk Kajian untuk Menjawab Soalan Kajian

atau Menguji Hipotesis

4. Mengumpul dan Menganalisis Data

5. Menjawab Soalan Kajian atau Menerima/Menolak

Hipotesis

Page 6: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

6

Kepercayaan Semua ini merupakan pendapat yang munasabah tetapi mana satu yang boleh diterima?.

Untuk menjawab pertanyaan ini, penyelidikan saintifik perlu dijalankan untuk

menentukan mengapa begitu ramai pelajar tingkatan satu tidak boleh membaca dengan

berkesan. Penyelidikan ialah suatu penyiasatan sistematik untuk memperolehi fakta atau

maklumat tentang sesuatu perkara dengan tujuan membongkar fakta.

Setiap tahun berjuta-juta ringgit dibelanja untuk penyelidikan. Dalam bidang farmasi,

wang dibelanjakan untuk mencipta ubat-ubatan yang dapat menyembuh pelbagai jenis

penyakit seperti kanser, sakit jantung dan lain-lain. Dalam bidang zoologi, penyelidikan

dijalankan untuk memahami habitat dan tabiat haiwan dengan tujuan menyelamatkan

haiwan yang menghadapi kepupusan.

Dalam bidang pendidikan, penyelidikan dijalankan untuk memahami dengan lebih

mendalam fenomena-fenomena yang melibatkan PELAJAR, GURU, PENTADBIR, IBU

BAPA dan KOMUNITI. Dalam kehidupan seharian pelbagai pernyataan dibuat bagi

menerangkan fenomena yang berlaku. Contohnya;

‘Remaja terlibat dengan jenayah kerana pengaruh television’

‘Pelajar ponteng sekolah kerana pengajaran membosankan’.

‘Ramai pelajar tidak boleh bertutur dalam Bahasa Inggeris’.

‘Pelajar pada masa kini kurang patriotik’

‘Gejala mat rempit disebabkan remaja bosan hidup di bandar’

‘Penguasaan Bahasa Melayu dalam kalangan murid di

sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil tidak memuasakan’

Penyelidikan dalam Pendidikan

a) Kenal pasti perkataan-perkataan penting dalam beberapa definisi penyelidikan

b) Bagaimana ilmu pengetahuan diperolehi melalui ‘rasionalisme’? c) Bolehkah ‘pengalaman’ seseorang diterima sebagai ilmu? d) Jelaskan apa yang dimaksudkan dengan ‘penyiasatan saintifik’?

Page 7: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

7

“Guru dibebankan dengan tugas-tugas penkeranian”

Pernyataan-pernyataan seumpama ini tidak

boleh diterima selagi tidak ada data untuk

menyokongnya. Oleh itu penyelidikan

dijalankan untuk memerihal, menjelas dan

membukti (Christensen, 1988). Contohnya,

hanya dengan penyelidikan dapat kita

menentukan faktor-faktor yang menyebabkan

‘penguasaan Bahasa Inggeris rendah kerana

sikap negatif terhadap bahasa tersebut’ atau

‘pelajar terlibat dengan gengsterisme kerana

harga diri yang rendah’. Dengan

menggunakan kaedah-kaedah penyelidikan

(yang kita membincang dalam bab-bab

seterusnya) tertentu, penyelidik dapat mengenal pasti faktor-faktor (variabel-variabel)

yang wujud dan interaksi antara faktor-faktor berkenaan dalam menerangkan sesuatu

fenomena. Contohnya, dalam kajian yang dijalankan oleh Jean Piaget, beliau memerhati

dengan terperinci anak-anaknya sendiri dan mencatat pemerhatiannya. Dengan

memerihal apa yang diperhatikan dia berjaya mengenal pasti variabel-variabel yang

wujud dan mencadang teori perkembangan kognitif yang kamu telah mempelajari dalam

kursus-kursus sebelum ini.

[sumber: Lim Boon Yann, 2009]

Page 8: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

8

Penyelidikan bermula dengan sesuatu pertanyaan atau soalan dalam minda

penyelidik. Lihat keadaan sekeliling untuk mengenal pasti fenomena yang

menarik perhatian anda. Mengapa pencapaian pelajar perempuan lebih baik

berbanding dengan pelajar lelaki? Mengapa kegiatan buli wujud disekolah

rendah?. Penyelidikan berasal daripada sesuatu soalan yang ditanya tentang

sesuatu fenomena yang menragui anda. Dengan bertanya soalan-soalan yang

relevan, kita dapat mewujud suasana yang inkuisitif.

Penyelidikan memerlukan pernyataan masalah yang jelas. Penyelidikan yang

berjaya bermula dengan pernyataan yang nyata dengan terperinci, penggunaan

bahasa yang tepat, mengemukakan apa yang ingin diterokai dan membolehkan

orang lain memahami apa yang hendak diselidiki.

Penyelidikan bermula dengan sesuatu masalah umum yang kemudian

dibahagikan kepada beberapa masalah kecil yang merupakan soalan kajian atau

hipotesis. Data dikumpulkan untuk menjawab soalan-soalan kajian atau membukti

hipotesis-hipotesis yang disenaraikan.

Penyelidikan memerlukan perancangan teliti yang terdiri daripada arah dan reka

bentuk untuk membongkar kebenaran atau merangkan fenomena tertentu.

Rajah 2 Proses Penyelidikan dalam Pendidikan

1.6 Proses Penyelidikan

1. Penghasilan Idea 2. Mengenal Pasti

Permasalahan Penyelidikan

3. Mereka Bentuk Kajian

4. Mengumpul Data 5. Menganalisis Data

6. Menulis Laporan

Ciri-Ciri Penyelidikan

Page 9: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

9

Lihat Rajah 2 yang menunjukkan langkah-langkah yang terlibat dalam proses

menjalankan penyelidikan dalam pendidikan.

1. Penghasilan Idea

Idea untuk penyelidikan diperolehi daripada pelbagai sumber.

Mula dengan tempat kerja dan keadaan sekeliling anda.

Jika anda seorang guru, berbagai idea untuk kajian wujud

dalam bilik darjah seperti ciri-ciri pelajar, kaedah

mengajar, ciri-ciri guru dan bahan pengajaran.

Jika anda seorang pengurus pendidikan, idea untuk

penyelidikan wujud dalam tugas seharian mentadbir

sesuatu organisasi pendidikan.

Idea untuk penyelidikan juga wujud daripada isu-isu

semasa seperti masalah gengster di sekolah, ketagihan dadah di kalangan remaja,

minat pelajar terhadap persekolahan, masalah ponteng dan sebagainya.

Bagaimana isu-isu ini berkaitan dengan teori dan kajian-kajian lampau?

Kajian-kajian yang dijalankan oleh penyelidik lain dalam bidang juga merupakan

idea untuk penyelidikan. Anda boleh mereplikasi atau mengulang kajian-kajian

mereka dengan mengambil kira keadaan tempatan dan menukar atau mengubah

variabel tertentu.

Teori-teori yang kemukakan dalam sesuatu bidang boleh menjadi sumber

penyelidikan untuk diuji dalam keadaan dan budaya tempatan. Contohnya, anda

minat membuktikan teori perkembangan kognitif Piaget atau teori perkembangan

moral Kohlberg.

2. Mengenal Pasti Permasalahan Penyelidikan dan Menggubal Soalan Kajian

Setiap pelajar akan berdepan dengan isu mencari masalah untuk dikaji yang merupakan

langkah pertama ke arah menjadi penyelidik matang. Apabila anda membaca bahan

literatur anda merasa bahawa banyak kajian telah dijalankan dalam bidang pendidikan

dan tidak ada lagi yang hendak diterokai. Mencari masalah yang hendak dikaji adalah

sukar bagi kebanyakan pelajar sehingga beberapa di antara mereka enggan meneruskan

pengajian. Berikut ini adalah panduan yang dapat membantu anda mengenal pasti

permasalahan penyelidikan.

Langkah 1: Kenal pasti satu masalah yang umum dalam bidang yang menarik

minat anda dan berkaitan dengan matlamat profesional anda. Misalnya, anda

mungkin minat dengan bagaimana kanak-kanak belajar menguasai kemahiran

Page 10: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

10

menulis, bagaimana hendak menjadikan pengajaran bacaan lebih menarik,

bagaimana mempertingkatkan pengajaran kemahiran mendengar, bagaimana

menggunakan teknologi dalam pengajaran bahasa, stail kepimpinan yang

memotivasi guru berusaha dan sebagainya.

Langkah 2: Kemudian anda dikehendaki memperincikan permasalahan

penyelidikan kepada beberapa soalan penyelidikan. Soalan penyelidikan

merupakan soalan atau pernyataan yang akan dijawab dalam kajian anda.

Contohnya,

Adalah murid perempuan dapat menulis karya kreatif yang lebih baik berbanding dengan murid lelaki?

Apakah mendorong murid perempuan untuk menghasil karya penulisan yang lebih kreatif berbanding dengan murid lelaki?

Memang diakui ini bahawa langkah ini adalah sukar dalam bagi penyedik novis.

Biasanya, dia mempunyai gambaran yang umum tentang apa yang hendak dikaji

tetapi tidak dapat memfokus masalah umum itu kepada soalan-soalan penyedikan

yang dapat memandu penyelidikannya.

3. Pemilihan Kaedah Mereka bentuk penyelidikan untuk menjawab

Soalan Penyelidikan memerlukan perancagan yang

teliti. Kaedah yang dipilih tertakluk kepada Soalan

Penyelidikan yang hendak dijawab. Sekiranya

kaedah eksperimental digunakan untuk menunjukkan keberkesanan, usaha perlu

dilakukan bagi memastikan variabel-variabel extraneous terkawal. Tindakan ini penting

untuk meyakinkan orang lain bahawa penemuan yang diperolehi adalah sah dan

bolehdipercayai. Sekiranya, kaedah survey digunakan untuk menunjukkan hubung

kaitan, sampel yang dipilih hendaklah mewakili populasi yang dipilih secara rawak.

Soalselidik yang ditadbirkan kepada subjek harus mempunyai kebolehpercayaan dan

kesahan yang tinggi untuk meyakinkan orang lain tentang data yang diperolehi.

Sesuatu Soalan Penyelidikan yang Baik

menerangkan hubung kaitan antara beberapa variabel

boleh diuji dengan kemahiran dan pengetahuan yang sedia ada

boleh diuji dengan sumber fizikal dan kewangan yang sedia ada

terdiri daripada variabel yang boleh diukur

boleh diuji dengan tidak membawa kesan buruk kepada subjek yang

dikaji

Page 11: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

11

4. Mengumpul dan Menganalisis Data Dalam pendidikan, teknik pengumpulan data yang lazim digunakan

ialah ujian, soalselidik, ujian, semak senarai temubual atau

pemerhatian, analisis dokumen dan sebagainya. Data yang

dikumpul dianalisis secara kuantitatif atau kualitatif atau kedua-

duanya untuk menjawab soalan penyelidikan.

[Kita membincangkan beberapa jenis ‘teknik pengumpulan data’

dengan lebih terperinci dalam Bab-Bab seterusnya]

5. Menjawab Soalan Kajian Data yang analisis ditafsirkan bagi menjawab soalan penyelidikan. Pada peringkat ini,

penyelidik dapat memastikan sejauh manakah sesuatu soalan penyelidikan yang

digubal itu dapat dijelaskan dengan data yang diperolehi. Contohnya, adakah bukti

yang kukuh untuk menunjukkan bahawa lagi kerap guru menyoal dalam bilik darjah, lagi

baik kebolehan menyelesaikan masalah murid. Sebaliknya, dapatkah dibuktikan bahawa

pelajar perempuan lebih berjaya dalam kemahiran penulisan kreatif apabila diajar dengan

dengan kaedah inkuiri.

6. Menulis Laporan Diakhir proses penyelidikan ialah penulisan laporan.

Lazimnya, sesuatu laporan itu terdiri daripada LIMA Bab.

Bab 1 – Pengenalan

Bab 2 – Tinjauan Literatur Berkaitan

Bab 3 – Metodologi

Bab 4 – Penemuan / Dapatan

Bab 5 – Rumusan

Rujukan

Lampiran

Kandungan yang lengkap memudahkan sesuatu penyelidikan dinilai atau dirujuk sebagai

satu bahan ilmiah yang memberi sumbangan bermakna kepada penyelidikan pendidikan

ke arah meneruskan penyelidikan baru bagi fenomena baru pada masa akan datang.

Page 12: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

12

Sepertimana dijelaskan di atas, setelah menetapkan soalan penyelidikan, langkah

seterusnya ialah pemilihan kaedah penyelidikan. Adalah salah sekiranya anda

menentukan kadah sebelum dapat menetapkan soalan penyelidikan. Kaedah-kaedah yang

digunakan dalam penyelidikan pendidikan boleh dibahagikan kepada dua kategori umum:

Kaedah Penyelidikan Kuantitatif

Kaedah Penyelidikan Kualitatif

Kaedah Penyelidikan Kuantitatif – Perkataan ‘kuantitatif’ dipinjam daripada perkataan

Bahasa Inggeris ‘quantitative’ yang berasal daripada perkataan ‘quantity’ yang bermakna

boleh dianggarkan dengan mengirakan jumlah. Penyelidikan kuantitatif melibatkan angka

dan data numerikal. Contohnya, penyelidik memberi satu ujian kefahaman bacaan kepada

100 murid, buat pemarkahan dan mengira bilangan yang lulus dan sebagainya. Juga

penyelidik boleh menggunakan statistik untuk mengiran min, peratusan atau sisihan

lazim dan sebagainya. Pendekatan kuantitatif dikatakan lebih berstruktur , mempunyai

darjah kekaburan yang minima, makna yang jelas, bercorak linear, mempunyai

penjadualan yang jelas, dan menumpukan kepada hasil. Dari segi skop kajian ia boleh

melibatkan responden yang besar.

Kaedah Penyelidikan Kualitatif – Perkataan ‘kualitatif’ dipinjam daripada perkataan

Bahasa Inggeris ‘qualitative’ yang berasal daripada perkataan ‘quality’ yang bermakna

makna. Ianya bersifat deskriptif yang lebih kepada penghuraian ‘makna’ perkara-perkara

yang dikaji. Ia tidak mengutamakan data-data berbentuk numerikal. Ia kurang

berstruktur, terbuka dan lebih menumpukan kepada proses. Skop kajiannya pula meliputi

bilangan responden yang kecil.

Penyelidikan Kuantitatif dan Penyelidikan Kualitatif

a) Apakah tujuan penyelidikan? b) Jelaskan ciri-ciri penyelidikan. c) Nyatakan ciri-cirisoalan penyelidikan yang baik. d) Apakah yang dimaksudkan dengan pemilihan kaedah

penyelidikan? e) Senaraikan kandungan sesuatu laporan penyelidikan.

Page 13: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

13

PERBEZAAN DI ANTARA KAEDAH KUANTITATIF DAN KUALITATIF

i) Bentuk Data

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Data berbentuk angka yang boleh diukur. Data berbentuk perkataan atau ayat yang

dikumpul melalui temubual atau yang

direkod dalam bentuk gambar atau video.

ii) Instrumen Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik menggunakan instrument

seperti soal selidik dan ujian pencapaian

bagi memungut data. Instrumen berfungsi

sebagai alat pengukur dan menjadi alat

perantaraan antara penyelidik dan peserta

kajian.

Penyelidik adalah instrumen utama

memungut data. Penyelidik perlu berada

dalam situasi yang dikaji, mendengar dan

memerhati sendiri fenomena yang ingin

dikaji.

iii) Reka bentuk Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Reka bentuk ditetapkan sebelum data

dipungut

Reka bentuk bersifat mudah lentur /

fleksibel, boleh diubahsuai mengikut

keadaan dan keperluan situasi.

iv) Peserta Kajian

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik bukan peserta kajian. Peserta

kajian adalah sampel yang dipilih dengan

menggunakan teknik persampelan tertentu.

Penyelidik adalah sebahagian daripada

peserta kajian. Maklumat kajian diperoleh

secara langsung daripada peserta kajian.

v) Sampel

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Penyelidik mengkaji populasi atau sampel

yang mewakili populasi. Saiz sampel besar

dan dipilih berasaskan kebarangkalian.

Saiz sampel kecil dan dipilih secara

bertujuan dan tidak berasaskan

kebarangkalian.

vi) Jenis Kaedah

KAJIAN KUANTITATIF KAJIAN KUALITATIF

Eksperimental, Survey, Temu Bual

Berstruktur, Pemerhatian Berstruktur

Kajian Tindakan, Pemerhatian, Temu Bual,

Kajian Kes, Analisis Dokumen, Etnografi

Page 14: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

14

Sungguhpun terdapat perbezaan-perbezaan kualitatif dan kuantitatif, kedua-duanya

merupakan kaedah penyelidikan yang empirikal. Semua penyelidikan empirikal

mempunyai persamaan-persamaan asas seperti mempunyai matlamat, sistematik dalam

prosedur, membuat perbandingan, membuat deskripsi, menguji hipotesis, membuat

penjelasan sebab dan akibat dan membuat analisa kritikal. Kita boleh memilih salah satu

daripada pendekatan terutamanya berdasarkan masalah dan keluasan skop kajian yang

akan kita laksanakan.

Sekiranya kajian kita melibatkan jumlah responden yang besar misalannya melebihi

empat puluh orang, pendekatan kuantitatif lebih sesuai. Sekiranya kita cuma memilih

bilangan responden yang kecil, misalnya lima orang, maka pendekatan kualitatif dipilih.

Sekiranya kita ingin menyelidik seluruh komuniti sekolah, kita mungkin akan

menggunakan kuantitatif kerana sampel yang besar diperlukan.

Sekiranya kajian hanya melibatkan sebilangan kecil murid dalam sebuah bilik darjah

yang mempunyai tiga puluh orang murid, kita mungkin lebih sesuai memilih pendekatan

kualitatif. Kita juga boleh menggunakan kedua-dua pendekatan kualitatif dan kuantitatif

dalam satu kajian yang sama.

Kita harus ingat bahawa isu utama yang menjadi asas kepada kaedah penyelidikan adalah

permasalahan, bukan kaedah menentukan penyelidikan. Dengan kata lain setiap

penyelidikan bermula dengan masalah, bukan metodologi. Setelah ada permasalahan

barulah data-data dicari melalui metodologi-metodologi dan strategi pilihan sesuai.

Isu-isu etika memerlukan perhatian pengkaji dalam setiap peringkat penyelidikan.

Masalah-masalah etika yang dihadapi dalam penyelidikan akan dibincangkan mengikut

kitaran penyelidikan iaitu:

Peringkat

Penyelidikan

Masalah-masalah Etika Yang Sering Dihadapi

Pemilihan

Permasalahan

Tujuan Kajian Tidak Melanggar Nilai-nilai Sejagat

Kejujuran Dalam Kajian Literatur Meniru Kajian Tanpa Pengiktirafan Objektiviti Pengkaji

Reka Bentuk

Penyelidikan

Memelihara Hak Privacy & Digniti Responden Perlindungan Responden

Etika

Page 15: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

15

Kegagalan Memberi Rawatan Kepada Kumpulan Kawalan

Memugut Data

Keterbukaan Dalam Memugut Data

Penyalahgunaan Status Pengkaji

Penggunaan Alat Pengukur Berhak Milik

Penganalisaan Data Kejujuran Menganalisa Data

Keselamatan Data

Interpretasi Data &

Laporan

Penjelasan Dan Pembetulan Interpretasi

Pengitirafan Kolaborasi

Tekanan Untuk Melapor

Ciri-ciri penyelidikan yang baik merangkumi perspektif saintifik dan etika. Isu menjadi

lebih ketara dalam penyelidikan sosial di mana subjeknya ialah manusia yang

mempunyai perasaan, intelek dan dipengaruhi nilai-nilai sosial dan agama.

RUJUKAN

Mitchell, M. and Jolley, J. Research Design Explained (1988). New York: Holt,

Rinehart and Winston.

W. Borg & M. Borg, (1988), Educational Research: An Introduction. New York:

Longman.

Kerlinger, F. (1990). Foundations of Behavioural Research. New York: Allyn and

Bacon.

a) Apakah kaedah penyelidikan kuantitatif? b) Apakah kaedah penyelidikan kualitatif? c) Nyatakan beberapa perbezaan antara penyelidikan kuantitatif

dan penyelidikan kualitatif. d) Jelaskan isu-isu etika dalam peringkat-peringkat penyelidikan.

Page 16: Setelah selesai Bab ini, anda akan dapat: memberi definisi ...valmikiacademy.com/wp-content/uploads/Nota2.PENGENALAN... · 2 Bab ini memperkenalkan konsep penyelidikan dalam ... Rasionalisme

16