seteguh karang

13

Click here to load reader

Upload: muhammad-musaddiq

Post on 16-Jun-2015

516 views

Category:

Documents


10 download

TRANSCRIPT

Page 1: Seteguh Karang

BUKU SKRAP

SETEGUH KARANG

Nama :Muhammad Musaddiq bin Abd Manap

Kelas :4 Duke University

No.Maktab : 094001

Subjek : Bahasa Melayu

Guru : EncikAde Sukma

T.T Guru :

........................ (En. Ade Sukma)

Page 2: Seteguh Karang

ISI KANDUNGAN

Sinopsis 1

Tema dan Persoalan 5

Watak dan Perwatakan 6

Plot 7

Latar 9

Gaya Bahasa 10

Nilai Pengajaran 11

Page 3: Seteguh Karang

Sinopsis

Bab 1

Kepulangan Awanis dari kampus ITM Arau, Perlis ke rumahnya di Ipoh. Namun, suasana di rumah tidak menggembirakan Awanis kerana perubahan sikap Kak Maysarah selepas kematian ibu bapa mereka. Anita merupakan anak angkat dalam keluarga itu, tapi dia tidak mengetahui hal itu. Selepas pulang dari tempat kerja, Pak Oni menyediakan hidangan makan malam untuk mereka sekeluarga. Ketika makan bersama, Awanis memberitahu bahawa dia akan berangkat ke Kuala Terengganu pada malam esoknya bagi mengikuti latihan amali selama 6 minggu. Anita tidak suka akan berita itu, hal ini kerana dia berasa bosan duduk dirumah kerana ketiadaan Awanis. Tambahan pula, Kak Maysarah tidak mengendahkan Anita kerana dia masih dalam keadaan kemurungan.

Bab 2

Kak Masyarah, Anita dan Pak oni menghantar Awanis ke stesen bas Ipoh. Pak Oni mengusik Awanis tentang teman lelaki yang kacak di rumah keluarga angkatnya nanti. Awanis tiba di pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka (PPK) pada jam sebelas setengah 11.30 pagi. Awanis terus berjumpa dengan Pengurus Ladang, iaitu Encik Johari. Encik Johari bersikap dingin dan tidak suka kepada pelatih perempuan. Beliau menganggap pelatih perempuan tidak boleh diharap. Walau bagaimanapun, Awanis sanggup menerima cabaran Encik Johari kerana dia bukannya anak manja, malah dia mampu melakukan kerja seperti orang lelaki. Kak Nor, pegawai akaun di situ telah bersetuju untuk menumpangkan Awanis di rumahnya sepanjang tempoh praktikal. Encik Johari menyuruh Awanis menunggang motorsikal yang uzur untuk melawat ke ladang. Itulah kali pertama Awanis menunggang motorsikal. Awanis menghadapi pelbagai masalah ketika melawati ladang seperti menunggang motorsikal yang tiada brek dan melalui jalan yang berbukit-bukit serta berlopak-lopak. Awanis sedar bahawa Encik Johari sengaja menyeksanya tetapi dia bertekad akan menerima segala cabaran. Awanis dapat merasakan bahawa Encik Johari tidak suka dikritik dan dibangkang oleh orang lain.

Page 4: Seteguh Karang

Bab 3

Apabila Awanis tiba di pejabat,semua kakitangan mempermainkannya kecuali Wan Asri. Pada waktu petang, Awanis mengikut Kak Nor pulang. Awanis turut membantu Kak Nor menggoreng pisang dan menyiang ikan walaupun dia tidak pernah melakukan kerja-kerja dapur sebelum ini. Encik Johari menyuruh Awanis masuk ke ladang seorang diri dengan menunggang motorsikal yang telah uzur itu. Encik Johari memarahi Awanis kerana pergi ke Blok D sedangkan dia suruh pergi ke Blok C. Kemudian, Awanis dibawa melihat kerja-kerja menurunkan kelapa sawit. Dalam perjalanan pulang Encik Johari mengajak Awanis minum di warung tetapi ditolak oleh Awanis. Di pejabat, Awanis kurang senang akan sikap Kak Sofia dan Kak Maznah yang cuba memasang-masangkannya dengan Wan Asri. Awanis masuk menemui Encik Basri, Pengurus Besar yang baru pulang dari bercuti. Encik Basri meletakkan Awanis di bawah penyeliaan Encik Johari. Awanis turut berasa aneh kerana kakitangan di pejabat itu tidak bekerja terutamanya pada sebelah petang.

Bab 4

Encik Johari membawa Awanis ke ladang Blok A untuk melihat kerja-kerja menurunkan buah kelapa. Di ladang itu, Awanis telah menyahut cabaran Encik Johari supaya menjatuhkan setandan kelapa sawit. Awanis mencuba bersungguh-sungguh dan akhirnya dia berjaya menjatuhkan setandan kelapa sawit.Encik Johari memuji kebolehan Awanis. Encik Johari turut membelanja Awanis makan nasi lemak dan teh ais. Awanis menolak pelawaan Wan Asri berjalan-jalan di Kuala Terengganu. Kak Nor pula menyuruh Awanis mengajak kawan-kawan sepejabat berjalan-jalan kerana dia tiada masa hendak membawa Awanis. Pada minggu kedua, Awanis dan Wan Asri melawat ke Kemaman dan Kuantan. Semasa berjalan-jalan dengan Wan Asri, Awanis dapat mengenali Wan Asri dengan lebih dekat. Wan Asri seorang yang jujur dan baru sebulan di kecewakan oleh kekasihnya. Awanis pula enggan bercinta kerana takut di kecewakan. Peristiwa yang telah berlaku kepada Kak Maysarah memberikan pengajaran kepadanya.

Page 5: Seteguh Karang

Bab 5

Di pejabat, Awanis dan Wan Asri telah di sindir oleh Kak Sofia dan Kak Maznah. Awanis hendak menulis surat kepada Anita. Awanis turut terkenang akan Kak Maysarah yang banyak memiliki keistimewaan tetapi hidup dalam kekecewaan selepas putus cinta. Kak Masyarah berubah menjadi pendiam kerana menganggap kematian abah dan mama berpunca dari dirinya. Kak Maysarah berasa bersalah juga kerana menyebabkan Awanis bersedih. Namun demikian, Awanis amat benci dengan perubahan sikap Kak Maysarah itu. Semasa melawat ke Blok B, Awanis terserempak dengan seekor ular hitam yang berada satu meter setengah di hadapannya. Awanis bersyukur kerana ular itu tidak menyerangnya. Kemudian Awanis bertemu dengan dua orang buruh Indonesia, iaitu Bakri dan Budi. Awanis berasa kasihan kepada Budi yang berusia 15 tahun tetapi terpaksa berpisah dengan keluarga semata-mata untuk mencari pekerjaan. Budi amat merindui keluarganya dan ingin pulang ke Indonesia. Encik Johari memarahi Awanis kerana berada bersama dengan pekerja Indonesia. Sebenarnya, Encik Johari bimbang akan keselamatan Awanis tetapi ditemplak oleh Awanis kerana menaruh prasangka terhadap buruh Indonesia. Keesokan harinya, Awanis dan Encik Johari masuk ke ladang semula. Malangnya,pada hari tersebut, Budi telah meninggal dunia kerana dipatuk oleh ular hitam. Awanis amat bersimpati di atas kejadian yang menimpa Budi dan meminta Encik Johari mengurus penerbangan pulang jenazah arwah Budi ke Indonesia. Awanis sanggup membiayai kos penerbangan itu. Jenazah Budi di terbangkan ke Indonesia dengan dibiayai oleh pihak ladang. Sejak peristiwa kematian Budi, Awanis banyak menghabiskan masa di pejabat. Encik Johari membawa Awanis meronda ladang dengan membonceng motorsikalnya tanpa berhenti di mana-mana.

Bab 6

Wan Asri dan Awanis berjalan-jalan di Kuala Dungun. Esoknya, di pejabat seperti biasa Kak Maznah dan Kak Sofia menyindir Awanis dan Wan Asri. Awanis tidak dapat pergi ke ladang pada hari itu kerana Encik Johari menyuruhnya menyediakan surat kepada penghutang dan pemiutang Pertubuhan Peladang Kawasan yang jumlahnya yang melebihi 400 orang. Awanis amat benci akan sikap Kak Maznah dan Kak Sofia yang suka menyindir. Yang turut membebankan fikirannya ialah ketidaksesuaiannya dengan keluarga Kak Nor yang didatangi oleh adiknya , Kak Suraya dan suaminya yang pendiam. Awanis diajak oleh Wan Asri ke Kuala Terengganu tetapi di tolaknya. Pada hari minggu, Awanis menaiki bas ke Kuala Terengganu seorang diri. Di sana, dia bertemu dengan Wan Asri.Mereka berjalan-jalan di sekitar bandar termasuk Pasar Besar Kedai Payang. Kemudian,mereka menonton wayang di panggung wayang Cathay. Esoknya,di pejabat Kak Sofia dan

Page 6: Seteguh Karang

Kak Maznah mengusik Awanis lagi. Kali ini Awanis bertindak tegas dengan memberikan amaran supaya tidak mengusiknya lagi.Bab 7

Anita memberitahu Awanis bahawa dia telah lari meninggalkan rumah kerana Kak Maysarah mengusirnya. Anita sudah tahu bahawa dia hanyalah anak angkat abah dan mama. Awanis meminta kebenaran Encik Basri untuk pulang ke rumah bagi menyelesaikan masalah keluarga. Awanis pulang ke Ipoh lalu mencari rumah Cikgu Rushda yang ditumpangi oleh Anita. Awanis memujuk Anita pulang tetapi Anita enggan. Awanis pulang ke rumah dan memarahi Kak Maysarah kerana sikapnya yang menghalau Anita keluar dari rumah. Awanis menjumpai sepucuk surat yang tercatat alamat ibu kandung Anita.Awanis ke rumah Cikgu Rushda dan membawa Anita pergi ke rumah Puan Mary dan Encik Lee. Puan Mary menerima kedatangan anaknya. Anita gembira. Tetapi apabila Encik Lee keluar, Encik Lee menghalau Anita keluar kerana baginya Anita anak sial yang menyebabkan perniagaannya merosot. Anita amat kecewa dengan sikap bapa kandungnya itu. Esoknya Awanis pulang ke rumah. Dia bergaduh dengan Kak Masyarah dan bertindak meninggalkan rumah. Kak Maysarah, Pak Oni dan Mak Cik Tipah bingung dengan tindakan Awanis itu. Di stesen bas Ipoh, Pak Oni cuba memujuk Awanis tetapi Awanis teguh dengan keputusannya kandung Anita. Ternyata keluarga kandung Anita daripada keturunan Cina yang kaya raya. Anita terkejut dan kecewa dengan sikap bapa kandungnya yang menganggap Anita membawa sial dalam keluarga. Dia enggan menerima Anita. Tindakan Anita lari dari rumah menyebabkan berlaku pertengkaran antara Awanis dengan Kak May. Anita meniggalkan rumah dan kecewa dengan sikap Kak Maysarah yang keras hati dan sangup menampar pipinya. Awanis pulang ke kampus ITM di Arau.

Bab 8Setelah dua minggu berada di kampus, Pak Oni memberitahu Awanis bahawa Kak Maysarah berada di wad kecemasan kerana menelan pil tidur yang berlebihan. Awanis segera pulang ke Ipoh untuk melawat Kak Maysarah. Dia menegur perbuatan Kak Maysarah kerana perbuatan membunuh diri merupakan dosa besar. Awanis memohon maaf daripada Kak Maysarah tetapi Kak Masyarah mengaku bahawa Awanis berada di pihak yang benar. Kak Maysarah meminta maaf dari Anita. Pada malam itu, Awanis mengucapkan syukur kepada Allah kerana mengembalikan Kak Maysarah kepada keadaan asal. Sebuah keluarga bersatu semula dan Kak Maysarah semakin pulih.

Page 7: Seteguh Karang

TEMA DAN PERSOALAN

Tema - Novel ini bertemakan ketabahan seorang gadis dalam menempuh kehidupan yang mencabar. Hal ini dibuktikan menerusi watak Awanis yang tabahmenempuh kehidupan selepas kematian ibu bapanya dalam kemalangan jalan raya. Awanis terpaksa pergi bersendirian untuk mendaftar diri di UiTM cawangan Arau Perlis bagi mengikuti kursus pengurusan ladang. Ketabahan Awanis terujiKetika menjalani praktikal di Terengganu apabila terpaksa berdepan pelbagai cabaran seperti Encik Johari yang memandang rendah kepadanya dansuka membulinya.

Persoalan - Antara persoalan yang terdapat dalam novelini ialah persoalan kegigihan. Awanis seoranggadis yang gigih. Contohnya Awanis yang gagaldalam SPM kali pertama sanggup mengambilnyasemula dan berjaya meneruskan pelajarannya ke UiTM. Persoalan kedua ialah kehidupan yang berlandaskan agama dan keyakinan kepada Tuhan. Awanis seorang yang taat mengerjakanibadat dan percaya dengan ketentuan Allah.Contohnya Awanis taat mengerjakan solat,sentiasa menyebut nama Allah dan tidak lupa untuk berdoa. Persoalan ketiga ialah kasih sayang sesama insan. Awanis sangat sayang kepada Anita. Contohnya Awanis sanggup membantu Anita mencari keluarga kandung Anita iaitu Encik Lee dan Puan Lee. Persoalan keempat ialah sikap berdikari. Awanis seorang gadis yang hidup berdikari. Contohnya selepas kematian ibu dan ayahnya,Awanis cuba berdikari dan mendaftar sendiri di UiTM Arau Perlis. Di samping itu, terdapat juga persoalan kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang suka mengumpat dan menjaga tepi kain orang. Kak Maznah dan Kak Sofea suka menceritakan keburukan orang lain. Contohnya Kak Sofea dan Kak Maznah selalu mengumpat di pejabat termasuklah hal Awanis yang keluar dengan Wan Asri. Selain itu terdapat juga kepincangan masyarakat seperti masyarakat yang masihmengamalkan kepercayaan karut. Kepercayaan karut ini masih tebal kepada Encik Lee dan isterinya. Contohnya Encik Lee danisterinya tergamak tidak mahu mengaku Anita sebagai anak kandungnya kerana percaya bahawa anak perempuan pembawa sial dalam keluarga.

Page 8: Seteguh Karang

WATAK DAN PERWATAKAN

Watak utama dalam novel ini ialah Awanis. Awanis merupakan seorang gadis berusia dalam lingkungan 20-an dan berkulit gelap. Merupakan anak kedua yang berasal dari Ipoh, Perak dan merupakan anak yatim piatu setelahibu bapanya terkorban dalam kemalangan jalan raya. Merupakan anak orang berada kerana ayahnya memiliki syarikat pembinaan dan banyakrumah sewa. Awanis seorang yang berdikari. Contohnya, semasa melaporkan diri pada hari pertama di ITM (UiTM) Arau Perlis, Awanis pergi bersendirian. Selain itu, Awanis merupakan seorang yang penyayang. Awanis sangat menyayangi adik angkatnya Anita dan sanggup bersama-sama Anitapergi mencari keluarga kandungnya. Awanis juga seorang yang tabah dan cekal.Contohnya walaupun gagal dalam SPM, Awanis masih sanggup untuk mengambil semula SPM dan berjaya memperoleh keputusan yang baik. Selain itu, Awanis juga merupakan seorang yang sabar. Awanis sabar dalam menempuhi dugaan yang menimpa keluarganya. Contohnya Awanis bersabar apabila dan menerima kenyataan apabila ibu bapanya terkorban dalam kemalanganjalan raya. Awanis juga seorang yang gigih. Awanis menunjukkan kegigihan dalam menimba ilmu. Contohnya Awanis gigih menuntut ilmu sehinggake menara gading meskipun pernah gagal pertamakali mengambil SPM.

Antara watak sampingan yang terdapat dalam novel ini ialah Maysarah (Kak May). Maysarahmerupakan kakak kepada Awanis. Maysarah merupakan pelajar yang bijak dalam pelajaran. Contohnya dia berjaya melanjutkan pelajaran ke luar negara. Maysarah seorang yang emosional. Dia mudah merajuk dan mengikut perasaan. Contohnya dia pernah melarikan diri ke rumah neneknya di Pulau Pinang selepas dimarahi oleh ayahnya. Maysarah juga mempunyai sikap terburuburu. Dia suka bertindak tanpa memikirkan kesannya. Contohnya dia menghalau Anita keluar dari rumah setelah bertengkar dengn Anita dan mengambil pil tidur yang berlebihan hingga terpaksa dimasukkan ke hospital. Maysarah seorang yang mudah kecewa. Dia putus asa dan patah semangat dengan kejadian yang menimpa keluarganya. Contohnya dia menjadi murung dan merasa bersalah selepas kematian ibu bapanya. Di samping itu terdapat juga watak sampingan lain seperti Pak Oni. Pak Oni merupakan bapa saudara Awanis. Pak Oni seorang yang bertanggungjawab. Dia bertanggungjawab terhadap anak saudaranya. Contohnya Selepas kematian ibu bapa Awanis, Pak Oni bertanggungjawab menjaga Awanis, Maysarah dan Anita. Pak Oni juga seorang yang prihatin. Dia mengambil berat kehidupan anak-anak saudaranya. Contohnya dia sering menyediakan makanan untuk mereka selepas kematian ibu bapa mereka. Pak Oni juga seorang yang sanggup berkorban. Dia sanggup berkorban untuk anak saudaranya. Contohnya dia sanggup berulang-alik ke tempat kerja yang jauh kerana tingal bersamasama dengan anak-anak saudaranya di Ipoh.Pak Oni juga seorang yang suka bergurau.

Page 9: Seteguh Karang

PLOT

Permulaan CeritaAntara Peristiwa yang menarik pembaca pada permulaan cerita dalam novel ini ialah peristiwa Awanis yang merupakan pelajar UiTM Arau Perlis mengimbas kembali perjalannya pulang ke Ipoh Perak menaiki bas. Keadaan bas yang penuh sesakdan pelbagai peristiwa yang dilaluinya dalam perjalanan menyebabkan pembaca tertarik untuk terus mengetahui peristiwa selanjutnya. Selain itu, peristiwa setibanya Awanis di rumah menyaksikan Awanis meluat dan malas melayan Kak Maysarah yang sudah jauh berubah menjadi pemurung setelah kematian abah dan mamanya turut menarik pembaca untuk terus membaca nove ini. Pembaca ingin tahu mengapa kak Maysarahberubah daripada seorang yang ceria menjadi seorang yang pemurung.

PerkembanganAntara peristiwa menarik pada perkembangan cerita dalam novel ini ialah Awanis terkenangkembali semasa kedua-dua orang tuanya masih hidup. Setelah kematian ibu bapanya corak hidup mereka telah berubah. Kak Maysarah telah berubah menjadi pemurung dan suka bersendirian. Selain itu peristiwa menarik pada pekembangancerita ialah Awanis ke Terengganu untuk menjalani praktikal selama 6 minggu. Oleh kerana sukar mencari rumah sewa, Awanis terpaksa tinggal di rumah Kak Nor. Awanis terpaksa bersabar dan menyesuaikan diri dengan kerja-kerja dapur yang tidak biasa dilakukannya. Pada perkembangan cerita, terdapat juga peristiwa Awanis terpaksa berhadapan dengan karenah Encik Johari yang memandang rendah keupayaan wanita dan selalu mencabar Awanis sepanjang menjalani praktikal di ladang kelapa sawit. Antaranya dicabar menunggang motorsikal yang buruk dengan brek yang kurang berfungsidan dicabar menjatuhkan setandan buah kelapa sawit. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah Awanis berjayamengatasi cabaran-cabaran tersebut.

PerumitanAntara peristiwa yang menarik pembaca dalam perumitan cerita ialah peristiwa Awanis mendapat panggilan telefon daripada Anita yang marah dan penuh emosi kepadanya. Peristiwa ini menarik pembaca kerana ingin mengetahui mengapa Anita bertindak demikian. Selain itu, peristiwa Anita ingin keluar dari rumah dan ingin mencari keluarga kandungnya turut menarik pembaca. Awanis memujuk Anita agar tidak meninggalkan rumah dan berjanji membantu Anita mencari ayahnya. Peristiwa ini menarik pembaca kerana pembaca ingin tahu adakah Awanis dapat memujuk Anita dan berjayamencari keluarga kandungnya.

Page 10: Seteguh Karang

KlimaksAntara peristiwa yang menarik pembaca dalam klimaks cerita ialah peristiwa Awanis bertengkar dengan kak Maysarah dan bertindak menampar Awanis yang mempersoalkan kelemahannya dalam menghadapi cabaran hidup. Peristiwa ini menarik pembaca kerana rentetan peristiwa tersebut Awanis bertindak keluar meninggalkan rumah dancerita menjadi bertambah rumit. Seterusnya ialah peristiwa Kak Maysarah mengambil pil tidur berlebihan sehingga membahayakan nyawanya. Peristiwa ini menarik minat pembaca kerana cerita menjadi semakin rumit dan pembaca ingin tahu adakah KakMaysarah akan selamat setelah dimasukkan ke hospital.

Peleraian/penyelesaian ceritaPenyelesaian cerita dalam novel ini ialah peristiwa Awanis tergesa-gesa menamatkanpraktikalnya lebih awal kerana dia ingin pulang menemui Anita. Dia menemui Anita di rumah cikgu Rushda dan membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Walaubagaimanapun setelah menemui keluarga kandung Anita, Encik Lee dan isterinya tidak menerima Anita sebagai anaknya malah menganggapnya pembawa sial.Kak Maysarah kembali sedar akan kesilapannya dan merasakan bahawa adik-adiknya masih memerlukan dirinya. Mereka bertiga berbaik semula dan kembali ceria. Namun demikian, Anita tetap dengan keputusannya untuk keluar dari rumah kerana ingin hidup berdikari.

Page 11: Seteguh Karang

LATAR

Latar Tempat

Latar tempat yang terdapat dalam novel ini ialah Jalan Garland, Ipoh Perak. Di sinilah terletaknya rumah Awanis dan tempat Awanis bertengkar dengan dengan kakaknya Maysarah. Selain itu, Uitm Arau Perlis juga digunakan sebagai latar tempat. Di sinilah tempat Awanis belajar dalam bidang Kejuruteraan Ladang. Latar tempat yang seterusnya ialah Pejabat Pertubuhan Peladang Hulu Paka Terengganu. Di sinilah tempat Awanis menjalani praktikal. Terdapat juga latar tempat ladang kelapa sawit. Di sinilah tempat Budi bekerja dan tempat Awanis dicabar menjatuhkan setandan kelapa sawit oleh Encik Johari.

Latar Masa

Antara latar masa yang terdapat dalam novel ini ialah waktu petang. Peristiwanya ialah ketika Anita mengejutkan Awanis yang sedang tidur. Awanis bertanya kepada Anita pukul berapa sejurus dia dikejutkan dari tidur oleh Anita. Anita memberitahu Awanis pukul enam petang. Selain itu terdapat juga latar masa waktu malam. Antaranya peristiwa Awanis bertolak dari Ipoh ke Kuala Terengganu menaiki bas Delima Ekspres pada waktu malam.Selain itu terdapat juga latar masa waktu awal pagi. Antaranya peristiwa Awanis ditahanpolis di stesen bas Kluang sekitar jam empat pagi kerana menerima panggilan telefon daripada seorang yang mengesyakinya lari dari rumah. Padahal pada waktu itu, Awanis baru sahaja sampai di Kluang dari Kuala Lumpur menaiki kereta api untuk menjalani latihan praktikal di ladang PORIM Kluang.

Latar Masyarakat

Antara lain latar masyarakat dalam novel ini ialah masyarakat yang suka memandangrendah terhadap kemampuan orang lain. Encik Johari sering memandang rendah terhadap kemampuan Awanis. Contohnya Encik Johari yang memandang rendah terhadap kemampuan Awanis mencabarnya mejatuhkan setandan buah kelapa sawit. Terdapat juga masyarakat yang mementingkan kasih sayang sesama manusia. Awanis seorang yang penyayang. Contohnya Awanis sangat menyayangi Anita walaupun Anita bukan adik kandungnya dan sanggup membantu Anita mencari keluarga kandungnya. Terdapat juga masyarakat yang mementingkan pelajaran. Awanis amat mementingkan pelajarannya. Contohnya Awanis mengambil semula SPM walaupun gagal kali pertama dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM.

Page 12: Seteguh Karang

GAYA BAHASA

GAYA Gaya bahasa dialog. Contohnya: Kak Nor tersenyum saja. “Hari ini masuk ladang ya?” “Hm, Encik Johari tunjuk-tunjukkan ladang!” Gaya bahasa bercerita. Contohnya: Tetapi Kak Maysarah kini bukan begitu. Dia bukan lagi Kak Maysarah yang kukenal dulu. Tidak ada perhatian yang khusus untukku lagi. Malah untuk dirinya sendiri juga kukira. Gaya bahasa monolog. Contohnya: Soalan ini aneh sekali. Kenapa harus tanya aku? Aku tidak pernah mengambil tahu persoalan Wan Asri dari rumahnya. Kenal rumahnya pun tidak! Contoh diatas ialah monolog dalam diri Awanis apabila ditanya oleh rakan sepejabat tentang Wan Asri.

KERAGAMAN BAHASA Ayat pendek. Pengarang banyak menggunakan ayat yang pendek. Ada ayat yang terbina daripada satu atau dua kata sahaja. Contohnya: Hari ini. Aku angguk. Menang. Pemilihan kata yang berkesan dan bertenaga. Contohnya: - Panas jam sembilan pagi tetapi lebih panas lagi api dalam dadaku yang dibakar oleh Encik Johari. - Kemiskinan merenggut cita-cita. Pemilihan kata daripada bahasa Jawa sesuai dengan watak yang terdiri daripada beberapa orang Jawa. Contohnya: - cakep, mbak, nggak, jenengmu sapo, ngombe banyu, mangan, wes, urung, dan sebagainya. Pemilihan kata daripada bahasa Inggeris sesuai dengan watak yang berpendidikan. Contohnya: - gentleman, my bag, jeans, best, special, gear, cashier, front kick, suggst, dan sebagainya.

Personifikasi - Contohnya : Sinar mentari kekalahan di ufuk barat. Menari-nari dalam belaian angin petang.

Metafora - Contohnya: - ufuk batinku, di dada langit, empangan mataku, ombak kepedihan.

Inversi - Contohnya: - sudah jemu menanti memang. Simile -Contohnya: i. Aku rasa seperti disimbah air lumpur ke muka. ii. Nyawa seolah-olah di hujung kuku. iii. Mengangguk-angguk macam burung belatuk.

Bahasa sinis -Contohnya: i. Wah, banyak cantik muka dia! ii. Hai tak sangka ya, sambil menyelam sambil minum air!

Repitisi. -Contohnya: i. Aku mahu pulang! Aku mahu pulang! Aku bosan disini! ii. Bukankah perjalanan hidup ini masih panjang? Bukankah masih banyak yang dapat diperbuat untuk membaiki kesilapan masa lalu itu? Bukankah sisa-sisa harapan ? Peribahasa. Contohnya: i. Peribahasa Melayu – sambil menyelam sambil minum air. ii. Pepatah Inggeris – Familiarity breeds contempt.

iii. Pepatah Jawa – Witing tresno jalaran soko kulino.

Page 13: Seteguh Karang

NILAI DAN PENGAJARAN

Antara pengajaran yang terdapat dalam novelSeteguh Karang ialah kita hendaklah mempunyairasa kasih sayang sesama manusia. ContohnyaAwanis sayangkan Anita walaupun Anita hanya merupakan adik angkatnya. Selain itu, kita juga hendaklah berbuat baik sesama manusia. Contohnya Pak Oni seorang yang baik hati dan sedia membantu Awanis adik beradik setelah ibu bapa mereka meninggal dunia. Di samping itu kita juga seharusnya memiliki Keberanian dalam perkara yangmendatangkan kebaikan kepada kita. Contohnya Awanis berani menghadapi cabaranyang diberikan oleh Encik Johari menjatuhkan setandan buah kelapa sawit semasa enjalani praktikal di Hulu Paka Terengganu. Kita juga mestilah mempuyai kegigihan untuk encapai cita-cita. Contohnya Awanis gigih enuntut ilmu sehingga ke menara gading eskipun pernah gagal pertama kali mengambil SPM. Selain itu, kita juga seharusnya prihatin dengan masalah dan kesusahan orang lain. Contohnya Pak Oni sentiasa mengambil berat kehidupan anak-anak saudaranya dengan sering menyediakan makanan untuk mereka selepas kematian ibu bapa mereka. Di samping itu kita juga mestlah bijaksana dalam berfikir dan bertindak. Contohnya Awanis seorang yang bijak dalam pelajaran dan berjaya melanjutkan pelajarannya ke UiTM. Kita juga mestilah bertanggungjawab terhadap keluarga. Contohnya Awanis seorang yang bertanggungjawab terhadap keluarganya dengan membantu Anita mencari ibu b