seni.docx

10
ISI KANDUNGAN 1.0 Pengenalan 2.0 Bagaimana Aktiviti Permainan Ting-Ting Membantu Keupayaan Kanak-Kanak Dalam Aspek Penerokaan 3.0 Aspek Pengalaman 4.0 Maklumat 5.0 Kesimpulan 6.0 Rujukan. 1.0 Pengenalan Secara semula jadinya kanak-kanak suka melakukan pergerakan ia juga merupakan fitrah kejadian setiap makhluk yang bergelar manusia. Mereka ingin belajar dan terus belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Justeru itu apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal, mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu.

Upload: bagilabahan

Post on 26-Sep-2015

221 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

ISI KANDUNGAN1.0 Pengenalan2.0 Bagaimana Aktiviti Permainan Ting-Ting Membantu Keupayaan Kanak-Kanak Dalam Aspek Penerokaan3.0 Aspek Pengalaman4.0 Maklumat5.0 Kesimpulan6.0 Rujukan.

1.0 PengenalanSecara semula jadinya kanak-kanak suka melakukan pergerakan ia juga merupakan fitrah kejadian setiap makhluk yang bergelar manusia. Mereka ingin belajar dan terus belajar dan mempunyai naluri ingin tahu yang tinggi. Justeru itu apabila kanak-kanak melibatkan diri dengan pelbagai aktiviti fizikal, mereka akan melakukannya dengan sepenuh hati dan mereka juga akan bergerak dengan menggunakan seluruh anggota badan mereka. Menurut Wall dan Murray (1994) dalam Zainun Ishak (2006), pergerakan merupakan suatu daya yang wajib dilakukan bagi seseorang individu. Justeru, amatlah penting agar kanak-kanak didedahkan untuk mempelajari pergerakan dan juga bergerak untuk mempelajari sesuatu.Menurut Shamsul Anuar dan Ahmad Shahar (2005), permainan memberikan kesan yang positif dalam perkembangan kanakkanak iaitu dari aspek fizikal, sosial, emosi dan intelektual. Antara implikasi aktiviti permainan ialah ia (i) membentuk disiplin kerana ciri utama permainan ialah peraturan yang perlu dipatuhi, (ii) melahirkan sikap toleransi di kalangan kanak-kanak kerana mereka perlu bekerjasama dan saling bantu membantu, (iii) meningkatkan komunikasi di antara para pemain, (iv) meningkatkan ketahanan fizikal dan daya saing, (v) mengeratkan hubungan dengan keluarga, rakan-rakan dan jiran, (vi) memupuk sikap bertanggung jawab dan juga (vii) melatih kanak-kanak berjimat dan membentuk kreativiti kerana permainan menggunakan peralatan daripada bahan terbuang atau alam semulajadi. Tidak dinafikan bahawa aktiviti permainan ini meninggalkan banyak kesan yang positif terhadap perkembangan kendiri dan kesejahteraan kanak-kanak.Menurut Caplan 1973, aktiviti main adalah sebagai penentu penting bagi perkembangan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi,perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan fizikal,koordinasi dan ketangkasan murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Sebagai contoh, aktiviti fizikal yang dilakukan di dalam kelas contohnya bermain ayam dan musang.

Selain itu, bermain adalah satu bentuk kesenian kepada kanak-kanak. Melalui aktiviti bermain, ia dapat menjadi medium untuk melahirkan perasaan gembira dan keseronokan. Almy (1984) menyatakan bahawa kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambil kira tujuan bermain. Semasa melakukan aktiviti main, mereka bebas daripada segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru misalnya selepas berinteraksi dengan rakan-rakan. Mengikut Vvgotsky (1967), beliau menyatakan main dapat membantu bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat. Main juga dapat memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia realiti.

Di samping itu, melalui aktiviti bermain juga, dapat membantu perkembangan fizikal kanak-kanak. Aktiviti main dapat dilakukan di dalam dan luar bilik darjah dengan menggunakan pelbagai alat permainan yang disediakan. Dengan bermain, kanak-kanak dapat menguasai kemahiran motor halus untuk membantu aktivit dalam pembelajaan. Ia juga dapat membina kemahiran pergerakan asas dan kekuatan fizikal untuk melibatkan diri dalam aktiviti fizikal. Bermain juga dapat mengajar kanak-kanak mengamalkan cara hidup yang sihat. Tambahan pula, main juga dapat membina minda yang sihat dan cerdas.

Seawal usia dua tahun,kanak-kanak sudah mula melahirkan rasa ingin tahu dan tempoh itu adalah saat terbaik untuk memberi galakan kepada perkembangan kanak-kanak. Ketika bermain, perkembangan motor kasar sudah bermula begitu juga perkembangan deria rasa mereka. Melalui permainan, kanak-kanak terdedah dengan bahan dan peralatan yang berbeza bentuk permukaannya, begitu juga dengan rasa dan bau yang dihasilkan bahan itu. Secara tidak langsung, ia meransang penggunaan deria mereka sekali gus membolehkan mereka menemui perkara baru sepanjang bermain.

Selain itu,kanak-kanak jugadidedahkan dengan satu pembelajaran dan penemuan baru ketikabermain.Kanak-kanakbelajar mengenai warna dan bentuk berbeza. Ini dapat menggalakkan mereka menggunakan psikomotor sekali gus memperkembangkan kemahiran motor kasar dan motor halus kanak-kanak.Seterusnya melalui aktiviti bermain,ia turut memberikan peluang untukkanak-kanakmeluahkan perasaan selain mencerminkan sikap dan menggambarkanperkembangansosio serta emosi mereka.Kanak-kanakberkecenderungan untuk bersikap ego dan tidak ingin berkongsi di awal usia mereka. Apa yang dimiliki mereka menjadi hak mutlak. Namun, apabila usia semakin meningkat, sikap ingin berkongsi mula ditunjukkan. Perasaanegosentrik kanak-kanak sangat tinggi pada awal usia mereka. Namun, lama kelamaan sikap itu semakin pudar. Perubahan boleh dilihat dari sikap mereka yangbermainpermainan masing-masing namun secara berdekatan, kemudian berubah kepada perkongsian.

Contohnya, kanak-kanak yang belajar berjalan akan menggunakan pergerakan untuk meneroka persekitaran mereka. Sebelum mengajar aktiviti fizikal, terlebih dahulu guru hendaklah mempunyai minat dan menguasai kemahiran tentang sesuatu aktiviti yang mereka ajarkan. Guru juga hendaklah bertanggungjawab dalam mengendalikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran aktiviti fizikal tersebut kerana kemahiran yang akan dipelajari oleh kanak-kanak akan menjadi asas yang kukuh dalam perkembangan pergerakan mereka.Pengajaran aktiviti fizikal awal kanak-kanak amat menyeronokan untuk dipelajari oleh kanak-kanak dan guru. Di samping itu, pengajaran dan pembelajaran berlaku dimana guru dan murid berinteraksi dalam suasana yang riang dan bergembira. Menurut Wall (1981) dalam Zainun Ishak (2006), suatu penemuan tentang apa yang dapat dilakukan oleh tubuh badan dan memperoleh kemahiran adalah pengalaman yang menguntungkan. Selain itu, kemahiran tersebut boleh disesuaikan dengan peralatan yang dijadikan sebagai halangan atau rintangan dan juga daya cipta tarian yang dapat dilakukan secara berpasangan.

2.0 Aspek Penerokaan

Di Malaysia, permainan untuk kanak-kanak pada masa dahulu tercipta hasil daripada kreativiti dan imaginasi masyarakat setempat dengan bahan tempatan seperti biji getah, biji saga dan upih pinang (Soon 1990). Menurut Soon (1990) lagi, tempat untuk bermain permainan tradisional Malaysia boleh dibahagikan kepada dua iaitu di dalam rumah dan di kawasan luar rumah. Sebagai contoh, permainan seperti burung masuk sangkar, cuk-cuk umpan, tarik upih, tikam seladang, teng-teng, polis dan pencuri, galah panjang dan sepak bulu ayam boleh dimainkan di kawasan yang luas dan lapang di tempat yang tidak berumput, halaman rumah ataupun padang. Sementara itu permainan seperti bebat tangan, main bilah, batu seremban, congkak dan main penutup botol tidak memerlukan kawasan yang luas tetapi hanya di atas simen, papan atau di dalam rumah.

Melalui permainan tradisonal khususnya permainan ting-ting kapal terbang atau keting-ting, pelbagai perkara baharu yang boleh diterokai oleh kanak-kanak. Ia boleh timba sama ada melalui peraturan permainan, bentuk, starategi dan pelbagai lagi. Aspek penerokaan ini boleh dikesan melalui pelbagai cara atau rung lingkup aspek penerokaan iaitu seperti yang ditunjukkan pada rajah di bawah :

INGIN TAHUMENCARI PENGETAHUANMENCARIMENGKAJI

Rajah 1: Aspek Meneroka

i) InkuiriKanak-kanak akan meneroka penemuan-penemuan baharu di dalam permainan ting-ting ini di mana mereka akan mengetahui prosuder atau langkah-langkah permainan ini. Mereka dapat membezakan jenis permainan dengan peraturannya tersendiri. Contohnyaii) Mencari pengetahuanDalam mencari pengetahuan kanak-kanak akan mencari pengetahuan baharu lalu membuat rumusan tersendiri berkaitan permainan ting-ting

iii) Membuat eksperimenSeterusnya kanak-kanak akan membuat pelbagai eksperimen bagi menjadikan permainan ting-ting menjadi lebih menarik atau bagaimana untuk merancang strategi bagi mencapai kemenangan atau menyekat kemaraan lawan mereka.

iv) MencariKanak-kanak juga akan sentiasa mencari perkara-perkara yang difikirkan logic dan sesuai untuk menjadikan permainan ting-ting lebih menarik

v) MenciptaMereka juga akan meneroka bagaimana untuk mencipta ssesuatu yang lebih memberi keseronokan dalam permainan ting-ting sebagai contoh mereka akan mencipta

vi) Ingin tahuMereka sentiasa ingin tahu segala yang berkaitan dengan peraturan dan sebab-sebab sesuatu tindakan yang mereka lakukan sama ada tindakan mereka itu akan memberikan kesan kemenangan atau sebaliknya.

vii) Manipulasi danMereka akan meneroka bagaimana untuk memanipulasi permainan agar pihak lawan akan menghadapi kesukaran dalam permainan.

viii) MengkajiSeterusnya mereka akan mengkaji bagaimana

3.0 Aspek Pengalaman 4.0 Maklumat5.0 Kesimpulan6.0 Rujukan.Shamsul Anuar Nasarah & Ahmad Shahar Nasarah. 2005. Siri Panduan permainan tradisional kanak-kanak. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan PustakaSoon, S. F. 1990. Koleksi permainan tradisi kanak-kanak Malaysia (Siri Pertama). Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan Malaysia.