seni

6
ANAK IKAN YANG SUKA MENIPU

Upload: thiuya-gunasekaran

Post on 22-Dec-2015

248 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

cerita

TRANSCRIPT

ANAK IKAN

YANG

SUKA MENIPU

Di sebuah lautan, terdapat seekor anak ikan yang nakal. Ia

bernama Tony. Tony tidak disenangi rakan-rakannya

kerana mempermain-mainkan mereka. Ketika ikan-ikan

lain sedang bermain, Tony akan menjerit, “Jerung!

Jerung! Bersembunyi cepat!”.

Ikan-ikan itu ketakutan lalu lari dan bersembunyi di

celah-celah batu. Tony akan mentertawakan rakannya itu.

Ikan-ikan kecil amat takut dengan jerung. Jerung yang

garang itu akan memakan mereka tanpa belas kasihan.

Pada suatu hari, Tony menghampiri rakan-rakannya itu. Ia

ingin mempermainkan mereka seperti biasa. Tiba-tiba

muncul seekor jerung menghampiri mereka. Namun Tony

tidak menyedari kehadiran jerung itu.“Jerung! Jerung!”

Bersembunyi cepat!” Jerit ikan-ikan itu.

Tony tidak menghiraukan jeritan rakan-rakannya. Ia

menyangka mereka cuba mempermain-mainkannya.

“Baiklah, kamu semua menang! Di sini mana ada jerung!

Tak usahlah kamu semua mempermain-mainkan aku!”

jerit Tony. Jerung itu berenang menghampiri Tony. Tony

tidak sempat melarikan diri. Ia dimakan oleh jerung itu.

Sekian, terima kasih.

DISEDIAKAN OLEH,

GUNASEGARAN A/L KRISHNAN

LIDYA A/P TAMIL CHELVAN

THIUYA A/P GUNASEKARAN

VHYSHNAVI A/P KANAFADZI

YAMUNA A/P NADARAJAN