seni estetik tinggi sentuhan karya agung

Upload: razia-aziz

Post on 04-Jun-2018

235 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    1/7

    SENI ESTETIK TINGGI SENTUHAN KARYA AGUNG

    Apakah dua faktor ekstrinsik yang mendorong minat kita terhadapsastera besar atau sastera agung dunia? Pertama, faktor emosi

    terhadap sesebuah karya yang dapat dikaitkan dengan keagamaanatau kerohanian. Bagi sesetengah orang Islam, dorongan itumendekatkan mereka kepada sastera sufi, umpamanya Mathnawioleh Rumi, Qasidat-ul-Burda karya al-Busiri, dan PersidanganBurung ciptaan Farid a-Din Attar.

    Kedua, faktor bahasa asing pertama yang kita kuasai. Bagi orangMelayu yang menguasai bahasa Arab, mereka boleh mengikutisastera sufi yang disebut di atas langsung daripada bahasa asalnya.

    Bagi mereka yang tidak menguasai bahasa Arab, mereka membacakarya terjemahan dalam bahasa Melayu. Sebahagian besar daripadakita pula menguasai bahasa Inggeris, menyebabkan kita lebihdidedahkan kepada sastera Inggeris.

    Kita sebenarnya mempunyai warisan karya-karya agung kitasendiri. Dua daripadanya ialah Hikayat Hang Tuah dan Sulalat al-Salatin (Sejarah Melayu). Dalam masyarakat kita sendiri, karya-karya ini sudah beredar begitu lama, sejak karya itu dihasilkan.

    Pada mulanya karya itu disalin dalam bentuk manuskrip tulisantangan dalam tulisan Jawi. Apabila mesin cetak diperkenalkan kenegara kita pada awal abad ke-19, karya-karya terbabit dicetak dandapat diterbitkan dengan banyak. Selain versi tulisan Jawi, karya-karya itu juga ada dalam versi tulisan rumi, iaitu huruf yang bolehdikatakan datang bersama-sama penjajahan Barat.

    Dua gandingan

    Huruf rumi dan penjajahan Barat, khususnya Inggeris adalah duagandingan yang mencorakkan pemahaman sebahagian daripadakita terhadap sastera yang dianggap baik. Karya-karya sasteraInggeris diperkenalkan kepada pelajar negara ini sejak 1940-anatau lebih awal dari tarikh itu, sama ada di sekolah misionari,sekolah Inggeris, dan malah sekolah Melayu (melalui terjemahan).

    Demikianlah kita dihidangkan dengan The Cantebury Tales olehChaucer, drama-drama Shakespeare, Gullivers Travels oleh Swift,novel-novel karya Defoe, Richardson, Jane Austin, DH Lawrence

  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    2/7

    dan sebagainya. Perkenalan terhadap sastera Inggeris saja sudahmelupakan kita akan hakikat wujudnya karya besar di sekelilingEngland seperti di Perancis, Jerman dan lain-lain lagi.Kendala menguasai bahasa asing selain Inggeris mengakibatkankita agak terlewat mengikuti karya-karya besar dari negara lainkerana kita harus mencari versi terjemahan Inggerisnya. Lebihlewat lagi apabila kita harus menunggu pula versi bahasa Melayu yang diterjemahkan daripada versi bahasa Inggeris daripada bahasaasalnya! Inilah situasi yang menyebabkan karya pengarang Perancisdan Jerman tiba lewat kepada kita.

    Di Perancis umpamanya, karya besar muncul daripada penulisseperti Rabelais (Gargantua dan Pantagruel), Victor Hugo (LesMiserables), dan Flaubert (Madame Bovary). Di Jerman karya-karya sastera yang menarik antara lain sudah dihasilkan olehThomas Mann, Hermen Hesse, Franz Kafka, Gunter Grass sertaGoethe dengan drama besarnya, Faust.

    Tunggu 240 tahun

    Apabila baru-baru ini Institut Terjemahan & Buku Malaysia (ITBM)melancarkan Faust dalam bahasa Melayu, kita sebenarnya

    menunggu karya agung ini selama kira-kira 240 tahun sejak kalipertama diterbitkan di Jerman. Ini bukan saja akibat perhatian kita yang selama ini lebih berfokus kepada sastera Inggeris, tetapi jugamasalah menemukan penterjemah yang cukup berwibawa, yangmendalami nuansa bahasa Jerman dan bahasa Melayu dengan baik.

    Selain menunggu kira-kira 240 tahun, kita juga sebenarnyamenunggu seorang Latiff Mohidin untuk dapat menterjemahkan

    Faust ke dalam bahasa Melayu. Latiff terdidik selama empat tahundi Academy of Fine Arts, Berlin. Beliau menguasai bahasa Jermandengan baik. Beliau juga seorang penyair Melayu berbakat besar yang menghasilkan beberapa kumpulan puisi seperti SungaiMekong, Kembara Malam, Wayang Pak Dalang, Pesisir Waktu dansebagainya.

    Seorang penyair biasanya melalui proses penyaringan idea,pemilihan diksi yang teliti, menyelami dunia bayangan bagi

    mencari mutiara metafora, dan menekuni bentuk, warna sertarentak bahasa, agar puisinya indah dan hidup di atas kertas.

  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    3/7

    Apabila seorang penyair seperti Latiff sudah menempuh prosesterbabit, ditambah pula dengan penguasaan bahasa Jerman,tidaklah menghairankan jika Faust hadir di hadapan kita dalam bahasa Melayu yang indah, bersahaja serta merangsang emosi danintelektual kita.Merangsang karya besar

    Baik pengarang muda mahupun pengarang mapan, mereka harusmenekuni dan membiasakan diri membaca serta menghayati karyaagung dunia. Ini boleh merangsang mereka untuk melahirkan karya besar.

    Anggota masyarakat juga wajar membaca karya besar dan agung.Melalui pembacaan dan penghayatannya, kita menikmati seniestetika tinggi dan dalam masa sama memperkaya pengalamankemanusiaan dan menambah kebijakan.

    Dipetik daripada: Berita Harian

    KARYA ZAMAN ISLAM KAYA NILAI ESTETIKA

    Dalam konteks ini, teks agung seperti Sejarah Melayu, HikayatRaja-Raja Pasai, Hikayat Hang Tuah dan lain-lain termasukHikayat Inderaputera, Syair Bidasari menonjolkan nilai-nilai inidengan begitu ketara.

    Konsep estetika yang terlihat pada teks-teks ini banyak berteraskankepada unsur-unsur Hindu - Jawa dan Parsi. Ia agak berbeza

    dengan karya-karya sastera tradisional yang dilahirkan pada eraselepas teks ini yang menonjolkan nilai-nilai keislaman yang lebihluas.Menurut Prof. Dr. Vladimir I. Braginsky dari Pusat Bahasa danBudaya Asia Tenggara, Universiti London, asas keislaman inilahmenjadikan teks-teks abad ke-18 kaya dengan nilai-nilai estetik.

    Dalam erti kata lain, teks-teks selepas era Sejarah Melayumenggambarkan cakupan Islam yang lebih luas sama ada kelompokfeudal mahupun rakyat jelata. Kedudukan inilah yang membezakan

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seniestetikatinggisentuhankaryaagung/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seniestetikatinggisentuhankaryaagung/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seniestetikatinggisentuhankaryaagung/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Seniestetikatinggisentuhankaryaagung/Article
  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    4/7

    teks agung tersebut dengan naskhah-naskhah yang lebih terkini yang memperlihatkan pengaruh Islam yang lebih jelas.

    Pada Seminar Teori Sastera Islam anjuran DBP baru-baru ini,Braginski menegaskan karya-karya terbaharu seperti HikayatMaharaja Ali lebih menonjolkan nuansa Islamnya."Meskipun hikayat ini tidak menunjukkan fungsi penulisannya yang jelas tetapi berbanding dengan teks-teks tradisional yang lain, ia begitu dari aspek estetik dan nilai-nilai keislamannya.

    "Antara lain mengungkapkan tentang kisah kematian Nabi Isa danpelbagai kejadian selepas kematian yang dikaitkan dengankebesaran-Nya,'' ujar Braginski.Selain itu, teks ini juga menurut Braginski lebih menonjolkanaspek-aspek keislaman dalam keluarga istana dan birokrasi yang jelas.

    Dalam beberapa aspek, Hikayat Maharaja Ali juga berbeza denganhikayat-hikayat Melayu di Nusantara iaitu menentang kisah-kisahkecurangan wanita yang tersebar luas dalam sastera-sastera Islamumumnya dan sastera Melayu khususnya.

    Jelasnya penerapan nilai-nilai Islam seperti percakapan Nabi Isadengan tengkorak Maharaja Ali seperti yang termuat di dalamhikayat ini menjadikannya begitu menonjol dengan nilai-nilaiestetika Islam.

    "Dengan memaparkan aspek-aspek ini, Hikayat Maharaja Alimerupakan sebuah karangan yang menandai Islamisasi secaradefinitif atas genre 'hikayat pertualangan ajaib' dan yangmenggunakan estetika serta puitika genre untuk mengungkapkan

    nilai-nilai asasi etika Islam, baik kenegaraan mahupunperseorangan."Nilai-nilai ini dinyatakan oleh pengarang dengan kemahiransastera yang menakjubkan. Cara pengisahan padat, lakonik danpenuh dengan pembangunan kisah yang seimbang dan simetris,''ujar Braginski.

    Braginski juga menegaskan Hikayat Maharaja Ali menjadisebahagian daripada 'perubahan' nilai-nilai estetik sastera Islam

  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    5/7

    hasil pemahaman Islam masyarakat yang lebih merata di Nusantaraterutama pada abad tersebut.

    Dasar keislaman yang kukuh ini meletakkan sastera Islam diNusantara umumnya dan Malaysia khasnya sebagai ideologipengarang untuk mewadahi masyarakatnya yang Islam.Di sisi lain, naskhah ini secara langsung mampu diletakkan sebarisdengan teks-teks agung lain seperti Hikayat Bakhtiar, Hikayat RajaJumjumah dan Kisas al-Anbiya.

    Hasil daripada 'kesungguhan' ini muncul pendekatan sepertiPuitika Melayu oleh Prof. Muhammad Salleh, PengkaedahanMelayu oleh Prof. Datuk Dr. Hashim Awang, Takmilah oleh Dr.Shafie Abu Bakar, Pendidikan Estetika Dalam Kerangka Tauhidoleh Dr. Affandi Hassan, Teksdealisme oleh Prof. Madya Dr. AbdulRahman napiah (Mana Sikana) dan Rasa Fenomenologi oleh Dr.Suhaimi Abd. Aziz.

    Menurut Dr. Jaelani Harun dari Pusat Pengajian IlmuKemanusiaan USM, dalam konteks kesusasteraan moden di tanahair hari ini, teori sastera berasaskan Islam wajar diberi peluang

    sebagai 'pengganti teori-teori Barat'.Jelasnya, di samping teori-teori tempatan yang sedia ada, parasarjana harus lebih giat menggali kepada beberapa aspekterutamanya khazanah kesusasteraan Islam dalam usahapenciptaan teori.

    "Teori kesusasteraan Islam yang berasaskan genre adabketatanegaraan misalnya boleh diaplikasikan ke atas karya moden:novel dan cerpen.

    "Saya berkeyakinan bahawa sebarang teori yang lahir pada asasfalsafah, prinsip dan ciri-ciri genre adab ketatanegaraan bolehmemberi manfaat kepada kesusasteraan Melayu klasik ataumoden,'' katanya.

    Ketika membentangkan kertas kerjanya pada Seminar Teori SasteraIslam di Putrajaya baru-baru ini, beliau yakin dalam kontekskesusasteraan Melayu dan Islam, teori berasaskan Islam akanmendapat tempat.

  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    6/7

    "Gabungan antara idealisme dengan ciri-ciri tradisi kesusasteraanIslam yang pelbagai yang merangkumi genre prosa dan puisi akanmelahirkan suatu teori kesusasteraan Islam yang lebih mantap dan berwibawa,'' tegas Jaelani.

    Bagi pensyarah Institut Pujangga UUM, Dr. Syed Othman SyedOmar, teori sastera yang berasaskan Islam akan dapat menganalisissecara lebih tuntas aspek falsafah dan nilai-nilai estetik dalamkarya-karya Melayu dari pelbagai genre.

    Ini kerana menurutnya sastera Islam khasnya dan sastera Melayuumumnya sejak sebelum merdeka begitu jelas membawa citraestetika Islam. Oleh itu, satu pendekatan yang berasaskan Islamperlu untuk mengkritik dan menganalisisnya.

    "Keindahan alam semesta, kejadian manusia dan lain-lain adalahsumber kepada pertumbuhan pelbagai ilmu pengetahuan dalam dirimanusia. Dan sumber inilah yang menjadi bahan penulisan paraintelektual dan sasterawan,'' katanya.Dr. Abdul Rahman Napiah dari Jabatan Persuratan Melayu UKM,menegaskan perlunya sarjana tempatan melakukan ijtihad,

    melahirkan sebuah pendekatan kritikan Islam untuk menganalisissastera Melayu.

    "Sebenarnya dalam sejarah Islam telah lahir tradisi kritikanIslamnya sendiri. Jadi di sini, ada kemungkinan yang terbuka untukkita mengambil semula konsep daripada prinsip kritikan Islam yang sudah sedia ada itu.

    "Kita kemudian boleh menyesuaikannya dari sudut metodologinya

    dengan situasi dan kondisi kesusasteraan zaman ini di Malaysia,'' jelasnya.Meskipun begitu menurutnya, penggalian teori sastera Islam harusdidasarkan kepada beberapa kriteria. Antara lain ia harusmembawa kebaikan kepada khalayak dan kejayaan untukmemperkukuhkan iman dan pembentukan akhlak Islamiah.

    "Dalam amalannya, sesebuah teori kritikan Islam harus sebenar- benarnya menjalankan fungsinya menurut kehendak Islam dansegenap ajarannya,'' tambah Abdul Rahman.

  • 8/14/2019 Seni Estetik Tinggi Sentuhan Karya Agung

    7/7

    Di sisi lain, Abdul Rahman melihat teori kritikan Islam dalamkonteks ini harus diberi tempat yang sewajarnya dalam kemeriahanperkembangan kritikan dan penghasilan karya di negara ini.Meskipun begitu ia bukanlah bertujuan untuk sama sekalimenafikan teori-teori Barat.

    Sementara itu, Prof. Madya Lutfi Abas dari Universiti BruneiDarussalam menekankan perlunya teori kritikan sastera berasaskanIslam diguna pakai secara lebih meluas dalam menganalisiskesusasteraan tempatan (Malaysia) dan Nusantara."Kita boleh berbangga dengan teori kita sendiri yang dibina di atasdasar pemikiran dan kepercayaan kita. Nilai-nilai estetika yangterkandung di dalam sastera tempatan hanya lebih tepat jika dilihatdengan kaca mata Islam."Keindahan yang terkandung di dalam sastera Islam misalnyahanya boleh dinilai dengan pendekatan Islam. Oleh itu, teori sasteraIslam ini perlu diketengahkan dengan sebaik mungkin,'' tegas Lutfi.

    Sumber: Utusan Malaysia

    http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2000&dt=1022&pub=Utusan_Malaysia&sec=Gaya_Hidup&pg=ls_05.htm