seni bina tamadun china

2
Seni Bina Tamadun China Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknya agak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umum nya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana- istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lama China seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaan tembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh. Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cina telah banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanah dan berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalam rumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami. Pintu masuk rumah di sebelah selatan. Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja- lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itu bandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatan kelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Mana kala dinding-dinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pula oleh parit. Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contoh bandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluarga diraja dan aristokrat. Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunan boleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou, jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasa zaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walau bagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namun penggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripada kayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kala untuk membina jambatan. Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah: 1 Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayu dan batu bata. 2 Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dan kuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patung perti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi

Upload: sofiasaman

Post on 01-Oct-2015

261 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

seni

TRANSCRIPT

Seni Bina Tamadun China

Seni pembinaan Cina merupakan satu yang unik. Ini kerana reka bentuknyaagak berlainan dari tamadun lain, kecuali di sebelah Asia Timur. Secara umumnya seni bina Cina meliputi beberapa bangunan tersendiri seperti istana-istana, tempat ibadah dan taman-taman maharaja. Selain itu kota-kota lamaChina seperti Anyang dan Changan juga direka berdasarkan pembinaantembok-tembok besar bagi menghalang kemaraan musuh.Kajian mengenai bangunan-bangunan lama dan tempat tinggal orang Cinatelah banyak dibuat oleh ahli arkeologi. Antara tempat yang pernah menjadi kawasan penyelidikan ialah Banpo di luar Xian. Di situ didapati kampung dikelilingi oleh parit; rumah berbentuk segi empat atau bulat, berlantai tanahdan berdinding pagar. Atap disokong oleh tiang bulat yang diletak di dalamrumah dan alangditutupi lapisan yang bercampur tanah liat dan jerami. Pintumasuk rumah di sebelah selatan.Manakala bandar lama seperti Shang terletak berdekatan dengan perja-lanan sungai. Masyarakat bandar pula terdiri dari beberapa kelas. Oleh itubandar dibahagikan dengan membina dinding-dinding untuk penempatankelas aristokrat, bangunan upacara, dan pelbagai kumpulan tukang. Manakala dinding-dinding bandar diperbuat daripada tanah dan dikelilingi pulaoleh parit.Kebanyakan bandar-bandar Cina kemudiannya mengikuti contohbandar awal Shang. Antara ciri-ciri pentingnya ialah berdinding, dibahagikankepada beberapa bahagian untuk kedai dan pedagang, jalan dikakisi dari selatan ke utara dan timur ke barat dan sempadan untuk kawasan keluargadiraja dan aristokrat.Pada peringkat awal penggunaan bahan-bahan untuk pembinaan bangunanboleh didapati di sekitar kawasan pembinaan. Pada zaman Dinasti Chou,jubin-jubin tanah liat digunakan untuk menutup atap. Manakala semasazaman Negeri-negeri Berperang munculnya penggunaan batu-bata. Walaubagaimana pun penggunaan batu bata ini telah dijumpai lebih awal namunpenggunaannya tidaklah meluas. Manakala rumah diperbuat daripadakayu dengan berdinding dan pembahagian telah diteruskan. Batu bata dan batu digunakan untuk membina kubur, bangunan ibadah dan kadang kalauntuk membina jambatan.

Secara keseluruhannya bangunan-bangunan lama China mempunyai beberapa ciri utama. Antaranya ialah:1Kebanyakan bangunan lama atau tradisi dibina daripada material kayudan batu bata.2Kebiasaannya bag! bangunan-bangunan penting seperti istana-istana dankuil-kuil mempunyai ukiran yang tersendiri. Gambar-gambar patungperti naga, harimau, singa dan sebagainya akan menghiasi perkarangan bangunan tersebut atau diukir di dinding-dinding atau atap bangunantersebut.3Mempunyai tembok yang besar, khususnya istana-istana lama yang dibina akan dipagari oleh tembok besar.4Pembinaan bangunan bergantung kepada kepercayaan orang China seperti Yin dan Yang dan Feng Shui.Warna merah merupakan satu kebiasaan bagi bangunan-bangunan utama. Warna ini melambangkan keberanian dan kesejahteraan kepada pemiliknya.

Tamadun China mempunyai seni bina yang unik dari segi struktur, bentuk bumbung, warna yang banyak dipengaruhi oleh tradisi masyarakat Cina. Kayu merupakan bahan binaan struktur utama dan juga medium kesenian seperti ukiran, lukisan dan perhiasan tradisional. Struktur bangunan diperbuat daripada batang kepingan kayu yang disambung dengan rekaan cantuman yang khas dan tanpa dipaku. Tiang pula daripada kayu balak besar, batu kapur, menyokong bumbung dan batu manakala jubin digunakan untuk membuat lantai, dinding, membina makam. Jambatan dan tugu peringatan.Tokong Cina

Seni bina China mempunyai empat ciri-ciri yang menunjukkan identiti. Pertama, dagoba iaitu tugu peringatan yang bumbungnya melengkung (kubah) dan berunsur Buddishism. Kedua, padoga iaitu kuil atau bangunan suci yang berbentuk menara dan terdiri daripada banyak tingkat. Ketiga, pavilion iaitu bangunan kecil yang menyerupai pondok sebagai tempat teduhan, bertakafur atau tempat melakukan aktiviti komunikasi sosial. Keempat, stupa iaitu kubah Buddha yang menegak dan bertujuan untuk mengenangkan seseorang yang berjasa atau sebagai tempat kesucian.Semasa Dinasti Han, kota dalam segi empat telah diperkenalkan di mana kota dikelilingi dengan dinding tinggi dan menara ditempatkan pada setiap penjuru kota. Pagoda telah diperkenalkan semasa kemasukan agama Buddha ke Negara China. Contoh pagoda termasuklah Pagoda Songyue yang terbina 1400 tahun dahulu dan Pagoda Forest yang bersebelahan dengan kuil Shaolin.