senarai tugas

Upload: zek5588

Post on 08-Jan-2016

267 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

free

TRANSCRIPT

TUGAS GURU BESAR

SKK/Panduan/Copyright

PANDUAN DAN

TUGASGURU-GURU DAN KAKITANGAN SEKOLAH

TUGAS GURU BESAR

1. Bertanggungjawab terhadap pentadbiran pengurusan dan iktisas sekolah.

2. Setiausaha Jemaah Lembaga Pengelola /Lembaga Pengurus Sekolah.

3. Bertanggungjawab terhadap polisi dan objektif sekolah mengikut Polisi Kementerian Pendidikan dan Objektif Pendidikan Negara.

4. Perancang semua bidang tugas dan gerak kerja di sekolah.

5. Ketua penilai perancangan dan hasil-hasil usaha kakitangan dan pelajar di sekolah.

6. Ketua bimbingan kepada semua anggota kakitangan, guru dan bukan guru.

7. Pengerusi Jawatankuasa Kurikulum Sekolah

8. Pengerusi Lembaga Tatatertib Kakitangan sekolah

9. Pengerusi lembaga Tatatertib pelajar sekolah

10. Pengerusi Jawatankuasa Ko-Kurikulum sekolah

11. Bertanggungjawab terhadap kewangan dan akaun sekolah

12. Pendaftar Persatuan/Kelab yang wujud dan diluluskan oleh sekolah

13. Ketua Pegawai Perhubungan di antara sekolah dengan orang ramai, jabatan-jabatan Kerajaan antara anggota kakitangan. Antara kakitangan dan pelajar dan di antara mana-mana kumpulan dalam bidang semua kuasa sekolah

14. Ketua protocol bagi semua acara sekolah

15. Bertanggungjawab atas peraturan keselamatan * harta-nyawa sekolah

16. Penyelaras semua surat menyurat antara sekolah-sekolah dan pihak luar

17. Ex-Officio Persatuan Ibu bapa dan guru-guru sekolah

18. Mewakili sekolah secara rasmi

19. Bertanggungjawab terhadap pembangunan fizikal sekolah, ketenteraman, keselamatan dan lain-lain

20. Lain-lain tugas yang diarahkan oleh pejabat Pendidikan daerah, Jabatan Pendidikan Negeri dan Kementerian Pendidikan dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 1

1. BIDANG TUGAS

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaannya.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam hal kurikulum, pentadbiran, hubungan masyarakat dan keselamatan.

1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran di sekolah

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. SENARAI TUGAS

2.1 Kurikulum

2.1.1 Menentukan pelaksanaan Kursus pengajian

2.1.2 Menentukan Rancangan pelajaran Harian, Mingguan Penggal dan

lain-lain.

2.1.3 Mempastikan pelajaran Panitia-panitia mata pelajaran

2.1.4 Membantu di dalam pengurusan penyediaan peralatan teknologi

Pendidikan dan pusat sumber

2.1.5 Menentukan penggunaan dan penyelenggaraan bahan-bahan

sumber Pendidikan.

2.1.6 Membantu serta membimbing dalam latihan mengajar bagi

guru-guru pelatih dan guru-guru yang baru mengajar di dalam

menjalankan tugas-tugas harian mereka.

2.1.7 Mengkaji segala jenis laporan yang berkaitan dengan kurikulum

serta mencadangkan tindakan susulan

2.1.8 Membantu dalam merancang dan menyelaras hal-hal yang

berkaitan dengan ujian, peperiksaan dan penilaian dan mencadang tindakan susulan.

2.1.9 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan-kegiatan

bimbingan dan pemulihan

2.1.10 Menyelaras segala jenis program kurikulum yang dianjurkan oleh

sekolah, Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri,

dan Kementerian Pendidikan.

2.1.11 Membantu didalam penentuan bahan Pusat Sumber dan lain-lain

buku bacaan serta .

2.1.12 Menyusun Jadual Waktu Kelas dan guru serta menyediakan Jadual

Waktu Gantian.

2.2 Pentadbiran

2.2.1 Membantu menentukan beban tugas guru-guru dan kakitangan bukan guru.

2.2.2 Membantu meyelaras hal ehwal peperiksaan, kursusu dan latihan

guru dan kakitangan bukan guru.

2.2.3 Membantu Menyelenggara dan menyelaras kutipan data/maklumat dan perangkaan.

2.2.4 Membantu merancang, menyelaras dan melaksanakan takwim sekolah.

2.2.5 Membantu menyelia kerja-kerja kakitangan guru dan bukan guru.

2.2.6 Membantu menyediakan anggaran belanjawan tahunan sekolah

2.2.7 Menyelaras penyediaan penyataan kewangan untuk urusan audit tahunan

2.2.8 Menyelaras semua jenis pungutan yuran sekolah

2.2.9 Menjadi penandatangan kedua-dua cek sekolah

2.3 Kebersihan Dan Keindahan Sekolah

2.3.1 Membantu di dalam meerancang dan menyelia program bagi

keindahan dan kebersihan sekolah

2.4 Keselamatan

2.4.1 Merancang langkah-langkah keselamtan bersama dengan Guru

Besar.

2.4.2 Bersama-sama dengan Guru Besar merancang dan melaksanakan latihan Mencegah Kebakaran dan kegiatan-kegiatan seumpamanya.

2.5 Tugas-Tugas Lain

2.5.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

2.5.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan.

SENARAI TUGAS PENOLONG KANAN 11 (HAL EHWAL MURID)

1. BIDANG TUGAS

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar dan Penolong Kanan 1

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar Dalam Hal-Hal Pendidikan Jasmani, Ko-Kurikulum, Disiplin Dan Kaunseling, Keselamatan Dan Kebajikan Murid, Buku Teks, Biasiswa Dan Bantuan Kewangan, Penerbitan Dan Percetakan, Perayaan Sekolah, Koperasi Sekolah, Kantin Sekolah Dan Pengawasan Asrama (jika ada).

1.4 Membantu Guru Besar dalam pentadbiran seidang petang bagi sekolah-sekolah yang mempunyai sidang petang.

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai seperti dalam 1.3 diatas.

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. SENARAI TUGAS

2.1 Disiplin

2.1.1 Menentukan penerapan amalan-amalan dan nilai-nilai yang murni

2.1.2 Mempastikan undang-undang dan peraturan-peraturan sekolah dikuat- kuasa

2.1.3 Mengambil tindakan yang sesuai terhadap kes-kes murid yang melanggar peraturan-peraturan tatatertib dan salahlaku

2.1.4 Menyelaras dan menyediakan rekod disiplin dan laporan murid.

2.1.5 Guru Penasihat Lembaga Pengawas Sekolah.

2.2 Bimbingan dan Kaunseling

2.2.1 Merancang dan menyelaras pelaksanaan program bimbingan dan kaunseling bersama-sama dengan guru-guru bimbingan dan kaunseling.

2.2.2 Menyelaras dan menyediakan rekod bimbingan dan kaunseling murid dan menyediakan laporan yang diperlukan.

2.2.3 Merancang dan melaksanakan program kebajikan dan orientasi bagi murid-murid baru.

2.3 Program Perlindungan Murid

2.3.1 Merancang dan menyelaras program mencegah penyalahgunaan najis dadah dan program-program lain di peringkat sekolah

2.3.2 Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah dilaksanakan.

2.4 Pentadbiran

2.4.1 Mengurus dan mengemaskini Rekod pendaftaran Murid.

2.4.2 Menyemak Buku Kedatangan harian Murid Sidang Pagi

2.4.3 Mengurus Kemasukan dan penempatan murid.

2.4.4 Mengurus pertukaran murid

2.4.5 Mengurus surat akuan, sijil-sijil pelajar, pengesahan danpengedaran sijil berhenti sekolah.

2.4.6 Menyemak Buku/kad kemajuan murid dan Jadual Markah

2.4.7 Membantu menyediakan anggaran belanjawan sekolah

2.4.8 Membantu merancang Takwim sekolah.

2.5 Kesihatan

2.5.1 Mengurus kemudahan rawatan murid

2.5.2 Mempastikan program-program kesihatan murid dijalankan dengan sempurna seperti menguruskan kad 1, PKS 1/PKS 2 dan kad Tenaga Asas.

2.5.3 Menyelaras penyeliaan yang berkaitan dengan kantin sekolah

2.5.4 Menyelaras segala aktiviti kesihatan murid.

2.6Skim Pinjaman Buku Teks

2.6.1 Menyelaras hal-hal pengeluaran, pengambilan, pengagihan dan hapus kira.

2.6.2 Mengurus kutipan-kutipan data, mengawal buku-buku stok dan mengawal Bilik Buku Bantuan.

2.6.3 Menyediakan anggaran belanjawan mengurus skim pinjaman buku teks.

2.7 Biasiswa dan Bantuan

2.7.1 Menyelenggarakan perakuan-perakuan biasiswa dan bantuan.

2.7.2 Mengemaskinikan rekod-rekod biasiswa dan bantuan

2.7.3 Menguruskan tuntutan dan bayaran biasiswa murid.

3. TUGAS-TUGAS LAIN

3.1 Menganggotai jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

3.2 Merancang kegiatan-kegiatan ko-kurikulum untuk murid-murid semasa cuti-cuti sekolah.

3.3 Melaksanakan arahan-arahan lain dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS GURU PENOLONG KANAN KO-KURIKULUM

1. BIDANG TUGAS

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1 dan 11.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar.

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar dalam semua aspek Pengurusan Ko-kurikulum termasuk sidang petang.

1.4 Menyelia dan menilai aktiviti ko-kurikulum di sekolah.

1.5 Membantu Guru Besar di dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah termasuk sidang petang.

2. SENARAI TUGAS

2.1 Ko- Kurikulum

2.1.1 Sukan dan Permainan

2.1.1.1 Merancang Takwim kegiatan sukan dan permainan

2.1.1.2 Mengurus pemilihan peserta untuk pertandingan

2.1.1.3 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

2.1.2 Pakaian seragam

2.1.2.1 Merancang kegiatan pakaian seragam

2.1.2.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan pakaian seragam

2.1.2.3 Menyelia kegiatan pakaian seragam

2.1.2.4 Menyelaras aktiviti-aktiviti pertandingan sukan dan permainan di dalam dan di luar sekolah.

2.1.3 Persatuan Dan Kelab

2.1.3.1 Merancang kegiatan persatuan dan kelab

2.1.3.2 Mengurus pemilihan peserta untuk kegiatan persatuan dan kelab

2.1.3.3 Menyelia kegiatan Persatuan dan Kelab di dalam dan di luar sekolah.

2.2 Pentadbiran

2.2.1 Menyusun / menyelaras kegiatan ko-kurikulum.

2.2.2 Menyediakan anggaran belanjawan pengurusan ko-kurikulum.

2.2.3 Menentukan langkah-langkah keselamatan di dalam kegiatan ko-kurikulum telah diambil.

2.2.4 Membantu di dalam segala jenis penerbitan dalam hal ko-kurikulum

2.2.5 Bertanggungjawab mengenai lawatan-lawatan anjuran pihak sekolah

2.2.6 Menyelaras pembahagian murid-murid di dalam kelab/persatuan/ pasukan pakaian seragam dan sebagainya.

2.2.7 Menentukan penglibatan semua murid di dalam kegiatan ko-kurikulum serta meningkatkan tahap pencapaian.

2.2.8 Menguruskan alatan dan kemudahan untuk kegiatan ko-kurikulum.

2.2.9 Memastikan rekod dan data-data ko-kurikulum diselenggarakan.

2.2.10 Mengenalpasti guru-guru dan murid-murid yang berpotensi dalam kegiatan ko-kurikulum dan mengadakan latihan untuk mereka.

3. TUGAS-TUGAS LAIN

3.1 Menganggotai jawatan-jawatankuasa yang diluluskan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

3.2 Melaksanakan arahan-arahan dan tugasan-tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS PENYELIA PETANG

1. BIDANG TUGAS

1.1 Menjalankan tugas-tugas Guru Besar semasa ketiadaan Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Guru Penolong 11 dan Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum.

1.2 Mengajar sebilangan waktu mengikut arahan Guru Besar

1.3 Bertanggungjawab kepada Guru Besar di dalam mentadbir semua aspek perngurusan sekolah bagi sidang petang

1.4 Membantu mengeratkan hubungan di antara guru-guru sidang pagi dan petang

1.5 Membantu Guru Besar menyelia dan menilai pengajaran dan pembelajaran

1.6 Membantu Guru Besar dalam semua aspek perancangan dan pengurusan sekolah.

2. SENARAI TUGAS

2.1 Kurikulum

2.1.1 Membantu di dalam hal pengajaran dan pembelajaran bagi sidang petang.

2.1.2 Menyusun jadual waktu kelas serta menyediakan jadual waktu gantian

2.1.3 Menyelaras penggunaan pusat sumber, program radio dan televisyen dan sebagainya

2.1.4 Menyelaras pengurusan dan perjalanan kegiatan kelas-kelas bimbingan dan pemulihan.

2.1.5 Menyelaras di dalam pengurusan ujian dan peperiksaan sekolah.

2.2 Ko-kurikulum

2.2.1 Menyelaras kegiatan pakaian seragam, persatuan dan kelab sukan dan permainan bagi sidang petang.

2.3 Disiplin Bimbingan Dan Kaunseling

2.3.1 Menyelaraskan semua jenis tindakan disiplin

2.3.2 Menyelaraskan aktiviti Bimbingan dan Kaunseling

2.3.3 Melaksanakan peraturan-peraturan dan undang-undang sekolah serta mengawas keselamatan murid sidang petang.

2.4 Program Keselamatan Dan Perlindungan Murid

2.4.1. Mempastikan langkah-langkah keselamatan murid semasa berada di sekolah sentiasa dilaksanakan.

2.5 Pentadbiran

2.5.1 Merekodkan segala jenis cuti yang diambil oleh guru-guru sidang petang.

2.5.2 Menyelaras pungutan yuran, derma dan jenis pungutan wang.

2.5.3 Menyelaras kerja-kerja kakitangan pejabat dan pekerja am sekolah bagi sidang petang.

2.5.4 Membantu merancang Takwim sekolah.

2.5.5 Membantu merancang penyediaan anggaran belanjawan tahunan sekolah

2.5.6 Menyemak buku kedatangan murid-murid sidang petang

2.5.7 Menguruskan hal-hal kemasukan dan pertukaran murid sidang petang.

2.5.8 Menguruskan hal-hal pinjaman buku teks yang berkaitan dengan pengagihan borang permohonan dan pemulangan.

2.5.9 Membantu dalam hal-hal yang berkaitan dengan penyelenggaraan bangunan, keselamatan, kebersihan dan keceriaan sekolah bagi sidang petang.

2.6 Tugas-Tugas Lain

2.6.1 Menganggotai Jawatankuasa-jawatankuasa seperti yang diarah oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

2.6.2 Menjalankan arahan-arahan dan tugasan lain yang diberikan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS PEMBANTU AM RENDAH

1. Menjalankan tugas selama 8 jam sehari. Waktu bertugas ialah

1.1. 7.00 pagi - 3.00 petang / 11.00 pagi 7.00 petang (Isnin hingga Jumaat)

1.2. 7.00 pagi 11.00 pagi / 11.00 pagi - 3.45 petang (sabtu)

2. Membuka dan menutup pejabat Am dan Pejabat pengetua setiap hari serta menyapu lantai dan mengemas bilik-bilik tersebut pada pukul 7.00 pagi dan 6.30 petang.

3. Menghantar surat-surat melalui pos atau dengan tangan dan membantu kerani merekodkan surat-surat tersebut ke dalam Buku Sirat Keluar / Despatch Book

4. Menentukan semua jenis Buku Rekod, Register, Fail, Borang, kotak-kotak kapur dan lain-lain di dalam kedua-dua Pejabat Am dan Pengetua sentiasa kemas di sepanjang masa.

5. Mencatat kedatangan harian semua darjah di Buku Kedatangan dan diserahkan kepada Guru Bertugas untuk kiraan peratus.

6. Mendapatkan butir-butir murid daripada guru-guru darjah untuk Penyata Bulanan dan sebagainya yang diperlukan

7. Memanggil pelajar, guru atau pekerja apabila diminta berbuat demikian oleh Pengetua

8. Mencari fail-fail dan lain-lain maklumat yang diarahkan oleh Pengetua

9. Membantu kerani menyimpan surat-surat dan pekeliling ke dalam fail-fail yang berkenaan

10. Menyerahkan Buku-Buku kedatangan guru, pekerja dan Jaga Bertugas ke Pejabat Pengetua.

11. Menghantar Jadual Ganti Guru kepada guru-guru berkenaan

12. Menghantar surat-surat pekeliling atau arahan-arahan kepada guru-guru atau kakitangan bukan guru.

13. Membantu menyediakan semua borang yang digunakan di pejabat sekolah.

14. Mensaiklostail kertas-kertas soalan peperiksaan, nota-nota dan borang yang diperlukan.

15. Mengumpulkan semua Buku Rekod Kemajuan murid untuk ditandatangani oleh Guru Besar

16. Membantu kerja-kerja kerani

17. Sentiasa mematuhi arahan Guru Besar, Guru Penolong Kanan, Kerani dan pegawai-pegawai yang diwakilkan

18. Mengurus pertukaran masuk dan keluar murid di dalam dan diluar negeri

19. Melaksanakan tugas-tugas lain sepertimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS PEKERJA AM

1. Menepati masa bekerja yang telah ditetapkan 6.30 pagi hingga 1.30 petang.

(Ketetapan waktu datang dan balik hendaklah dicatatkan di dalam buku kedatangan)

2. Menandatangani di buku kedatangan pekerja-pekerja tiap-tiap hari pada waktu datang dan balik.

3. Menjaga dan menjamin kebersihan kawasan sekolah, parit dan tandas. Tandas hendaklah dicuci sekurang-kurangnya 2 kali sehari, sebelah pagi dan sebelum balik

4. Mengambil tindakan yang berupa membersihkan segala apa jua yang tidak sedap mata memandang (Termasuk daun-daun kering)

5. Mengosongkan semua tong sampah

6. Menjaga dan menjamin keselamatan bangunan dan segala harta benda sekolah daripada kerosakan / hilang

7. Menjaga stok alat-alat tukang sapu dan tukang kebun sentiasa lengkap dan cukup seperti mana sepatutnya ada.

8. Mengamalkan penjimatan dalam menggunakan bahan-bahan pencuci dan sebagainya

9. Mengemaskan kayu-kayu, alat-alat perabut sekolah yang tidak digunakan di tempat-tempat yang dikhaskan

10. Menggantikan / menjalankan tugas jaga mengikut giliran bertugas

11. Melaporkan kepada Guru Besar berkenaan / Guru Besar dengan serta merta atas perkara-perkara sangat mustahak untuk tindakan selanjutnya seperti kerosakan tandas, paip bocor dan lain-lain

12. Menanam, menjaga dan menjamin kesuburan pokok-pokok dan lain-lain tanaman semasa cuti sekolah

13. Mengisi buku laporan Harian Pekerja Am

14. Melaksanakan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

SENARAI TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB JAGA

1. Menjalankan tugas dari jam 10.00 malam hingga 6.00 pagi

2. Menjaga keselamatan sekolah dan semua harta benda sekolah

3. Mengawal kawasan sekolah daripada dimasuki oleh orang luar, binatang-binatang ternakan dan juga binatang-binatang liar

4. Membuat sekurang-kurangnya 3 kali rondaan dalam satu malam

5. Mengunci bilik-bilik pejabat, semua bilik-bilik lain dan semua gate sekolah

6. Melaporkan satu kejadian dengan segera kepada Guru Besar, pihak polis atau bomba mengikut mana yang sesuai.

7. Menyediakan laporan tugas harian dalam buku Laporan Jaga Bertugas laporan hendaklah menyatakan : orang keluar / masuk. Sekiranya orang luar, tentukan perkara-perkara berikut dicatatkan

7.1.1 Nama

7.1.2 No. Kad Pengenalan

7.1.3 Alamat rumah

7.1.4 Tujuan

7.1.5 Keadaan bangunan

7.1.6 Sebarang aktiviti atau kejadian

8. Dilarang membawa ahli keluarga atau teman semasa bertugas

9. Menjalankan tugas-tugas lain sebagaimana yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

PERINGATAN

Jika buku Laporan Jaga Bertugas didapati tidak diisi pada esoknya, tuan dianggap tidak bertugas pada hari berkenaan dan Tindakan Tatatertib akan diambil ke atas tuan.

SENARAI TUGAS GURU BIASA

Tugas utama bagi seseorang guru itu adalah untuk mengajar dan mendidik. Walau bagaimanapun, berikut disenaraikan tugas-tugas lain sebagai panduan guru

1.1

Dari segi profesion1.1.1 Mengajar mata-mata pelajaran yang layak sejumlah waktu yang ditetapkan

1.1.2 Penyediaan mata pelajaran tersebut termasuk menyimpan buku persediaan mengajar

1.1.3 Penyediaan alat-alat mengajar

1.1.4 Penyampaian mata pelajaran

1.1.5 Mengajar mengikut rancangan-rancangan pelajaran yang berdasarkan sukatan pelajaran

1.1.6 Memeriksa latihan-latihan murid

1.1.7 Penggantian tugas-tugas bagi lain-lain guru

1.1.8 Menepati masa

1.2 Pentadbiran Bilik Darjah

1.2.1 Menyimpan daftar kelas

1.2.2 Mengawal dan menyelia keadaan ibubapa/penjaga

1.2.3 Hubungan surat menyurat dengan ibubapa/penjaga

1.2.4 Kutipan segala yuran (Yuran Penggal Sekolah, Peperiksaan Dalam Peperiksaan Luar, MSSJ, Majalah sekolah, derma PIBG dan lain-lain pungutan)

1.2.5 Kad 001 / fail peribadi pelajar

1.2.6 Buku penyata kemajuan pelajar/ kad ujian bulanan

1.2.7 Buku pelaporan Ko-Kurikulum

1.2.8 Penyediaan surat-surat akuan dan sijil

1.3 Peperiksaan Dalam

1.3.1 Penyediaan soalan-soalan ujian / peperiksaan (Bulanan / Penggal/ tahunan)

1.3.2 Pengawasan peperiksaan

1.3.3 Memeriksa, memberi markah dan memproses skrip

1.3.4 Penggredan markah

1.3.5 Penganalisaan keputusan

1.4 Peperiksaan luar

1.4.1 Borang-borang kemasukan peperiksaan pelajar

1.4.2 Kutipan-kutipan yuran

1.4.3 Pengawasan peperiksaan

1.5 Pengajaan Disiplin

1.5.1 Membantu pengawasan disiplin pelajar-pelajar pada amnya

1.5.2 Perhubungan dengan ibubapa/penjaga

1.5.3 Memeriksa kebersihan peribadi dan pakaian pelajar-pelajar

1.5.4 Menasihati dan menunjukkan ajar

1.5.5 Kebersihan bilik darjah dan kawasan sekolah

1.6 Pentadbiran Sekolah

1.6.1 Koordinasi skim-skim kerja dalam berbagai kelas atau mata pelajaran

1.6.2 Jadual waktu

1.6.3 Membantu mentadbir bilik-bilik khas (makmal, bengkel, bilik Pendidikan Seni, Bilik Sukan, Bilik Rawatan, Pusat Sumber dll)

1.6.4 Buku-buku teks

1.6.5 Biasiswa dan kebajikan

1.6.6 Perpustakaan

1.6.7 Bimbingan dan kerjaya

1.7 Aktiviti-aktiviti ko-kurikulum.

1.7.1 Menjalankan aktiviti-aktiviti dalam premis sekolah mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan

1.7.2 Merancang, melaksana, menyelia, merekod, melaporkan setiap aktiviti Ko-Kurikulum.

2. Tugas-Tugas Separa Profesional

Tugas-tugas ini adalah tugas-tugas yang mempunyai hubungan secara tidak langsung dengan pelajar-pelajar :-

2.1 Aktiviti-aktiviti di luar kawasan sekolah (lawatan ke satu-satu tempat permainan-permaianan / perlawanan sukan / pertandingan di antara sekolah-sekolah dan sebagainya)

2.2 MSSD, MSJJ, MSSM, PSKPPL.

2.3 Kegiatan-kegiatan pendidikan dan profesion yang diselenggarakan oleh Kementerian Pendidikan, Jabatan Pendidikan Johor dan Pejabat Pendidikan Daerah.

2.4 Projek-projek pembangunan sekolah

2.5 Perayaan-perayaan awam/upacara-upacara khas

2.6 PIBG

2.7 Menghadiri dan mengambil bahagian dalam hal-hal yang berhubung dengan profesion dari semasa ke semasa

3. Tugas-Tugas Bukan Profesion

3.1 Penjagaan bangunan sekolah

3.2 Pembersihan dan keceriaan sekolah

3.3 Penyeliaan kerja-kerja am yang berkenaan

3.4 Melawat rumah-rumah pelajar jika keadaan memerlukan

3.5 Penjualan buku-buku teks/buku-buku latihan kepada pelajar (sekiranya perlu)

3.6 Pengurusan sekolah

3.7 Mengawal lalulintas di luar kawasan sekolah

3.8 Mengawal keselamatan sekolah dan pelajar

4. Lain-lain Tugas

Menjalankan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

SENARAI TUGAS GURU KELAS

1. Pentadbiran

1.1 Penyempurnakan Daftar Kedatangan Harian Pelajar dengan lengkap.

1.2 Mengisi Daftar Kedatangan pelajar setiap hari (Tentukan guru sendiri yang mengisinya dan bukan tugasan Ketua Darjah)

1.3 Menutup Daftar Kedatangan pelajar pada akhir tahun

1.4 Daftar keputusan peperiksaan

1.5 Melengkapkan Rekod peribadi pelajar

1.6 Menyedia buku penyata kemajuan pelajar

1.7 Memungut dan mengeluarkan resit semua jenis yuran seperti berikut :-

1.7.1 Yuran Khas / Yuran Penggal

1.7.2 Yuran peperiksaan (UPSR)

1.7.3 Lain-lain pungutan / bayaran (sekiranya ada)

1.8 Kad 001

1.9 Megisi nama dan butir-butir pelajar-pelajar baru ke dalam Buku Pendaftaran Sekolah

1.10 Memaklumkan kes-kes ponteng dan sebarang pelanggaran peraturan sekolah kepada Guru Penolong Kanan (HEM)

1.11 Mengesan pelajar-pelajar yang ponteng sekolah serta menghantar surat kepada ibu bapa/penjaga sekiranya penjaga tidak hadir tidak hadir 3 hari berturut, 5 hari atau lebih dalam satu bulan atau telah melebihi 10 hari keseluruhannya.

1.12 Mengedar, mengumpulkan semula dan menyemak borang-borang permohonan biasiswa, SPBT, peperiksaan UPSR serta lain-lain borang atau maklumat yang diperlukan berkaitan dengan pelajar-pelajar dari semasa ke semasa

1.13 Menyediakan borang-borang sijil berhenti sekolah (pelajar-pelajar darjah 6 dan mereka yang berpindah sekolah)

1.14 Mengendalikan penyerahan dan penerimaan buku-buku SPBT untuk pelajar-pelajar kelasnya.

1.15 Membereskan borang-borang SPBT untuk tindakan selanjutnya

1.16 Menyediakan senarai nama pelajar-pelajar untuk darjah tahun berikutnya.

Pengawasan Bilik Darjah

2.1 Perlantikan Ketua Darjah dan Penolongnya serta penubuhan jawatankuasa kelas

2.2 Menentukan bilangan kerusi/meja pelajar mencukupi untuk kelasnya

2.3 Menentukan kebersihan kelas dijaga dengan sempurna

2.4 Menentukan alat-alat pemadam, kayu pembaris, bakul sampah dan lain-lain dijaga dengan baik

2.5 Menentukan kerusi meja dan perkakas lain dalam kelas dijaga dengan sempurna oleh pelajar-pelajar

2.6 Menentukan jadual waktu, jadual giliran bertugas dan kenyataan lain digantung.

2.7 Seelok-eloknya dapatkan sebuah kalendar untuk digantung didalam kelas

2.8 Menentukan pelajar-pelajar mengetahui dan memahami peraturan sekolah

2.9 Setiap papan kenyataan hendaklah digunakan dengan sempurna dan sepenuhnya

2.10 Memeriksa dan menentukan keseragaman pakaian dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah:-

2.10.1 Rambut

2.10.2 Kuku

2.10.3 Pakaian

2.10.4 Gigi

2.10.5 Kasut

2.10.6 Lencana Nama

3. Am

Guru kelas adalah orang yang paling tepat untuk mendisiplinkan murid-murid dalam kelasnya.

3.1 Kenali semua murid anda

3.2 Memaklumkan dan menjelaskan kepada pelajar-pelajar tentang pemilihan pelajar (Peperiksaan UPSR) kegiatan-kegiatan ko-kurikulum dan sebarang arahan sekolah.

3.3 Mewujudkan suasana yang harmoni supaya tersemai rasa hormat-menghormati antara pelajar dengan guru dan pelajar dengan pelajar

3.4 Menentukan pelajar-pelajar mempunyai adab sopan dan tingkah laku yang baik

3.5 Mengetahui serba sedikit latar belakang pelajar-pelajar kemampuan masalah kegiatan luar mereka

3.6 Merujuk pelajar-pelajar yang bermasalah kepada Guru Penolong Kanan (HEM) bimbingan dan kerjaya

3.7 Mengesan dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pelajar-pelajar yang miskin menghadapi masalah keluarga dan sebagainya

3.8 Cuba rapati dan terangkan dengan polisi sekolah agar mereka dapat memahami dan menjadi supportif

3.9 Galakkan mereka membina self respect dan respect for others

3.10 Galakkan mereka bersiap sedia menghadapi pengajaran dan pembelajaran membuat kerja rumah, tabiat kerja baik dan kemas

3.11 Galakkan murid-murid aktif dan mengambil bahagian di dalam aktiviiti harian sekolah

3.12 Galakkan murid-murid berbincang mengenai masalah pengajaran dan pembelajaran dengan kawan-kawan dan guru

3.13 Pastikan penampilan diri menepati garis panduan sekolah

3.14 Siasat ketidakhadiran

3.15 Pastikan murid-murid menceria dan membersihkan kelas setiap ketika

3.16 Suarakan expectation anda dari segi kemajuan dan pencapaian yang menyeluruh

3.17 Anda harus tegas

3.18 Menjalankan tugas-tugas yng berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

SENARAI TUGAS GURU MATA PELAJARAN

1. Mengajar mata-mata pelajaran yang telah ditetapkan untuknya mengikut kaedah-kaedah, peraturan-peraturan dan pekeliling yang ada

2. Memahami dan mematuhi kehendak-kehendak yang terkandung di dalam Pekeliling Kementerian Pendidikan bilangan 256

3. Sentiasa mengemaskinikan buku persediaan mengajar / buku rekod guru

4. Memiliki, memahami dan boleh mentafsir/menghuraikan kandungan dan hasrat sukatan pelajaran yang sah dan berkuat-kuasa

5. Memahami dan mematuhi pekeliling-pekeliling dan arahan-arahan yang berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang diajar serta menentukan dan menetapkan matlamat yang harus dicapai di akhir dan tiap-tiap penggal bagi setiap tingkatan/kelas.

6. Berusaha untuk mengetahui aspek-aspek penting berhubung dengan mata-mata pelajaran yang diajar seperti:

6.1 Buku teks

6.2 Buku-buku rujukan

6.3 Peralatan

6.4 Nama dan nombor kod mata pelajaran / kertas peperiksaan

6.5 Bentuk-bentuk soalan peperiksaan dan sebagainya.

7. Menghadiri kursus, seminar, pameran, taklimat dan mesyuarat berkaitan dengan mata-mata pelajaran yang diajar. Memberi taklimat kepada guru-guru berkenaan (guru-guru mata pelajaran yang lain, guru kanan mata pelajaran atau Guru Besar sendiri) sekembalinya dari kursus dan sebagainya.

8. Memberi kerjasama sokongan dan bantuan yang sewajarnya kepada unit-unit lain seperti :-

8.1 Guru tingkatan

8.2 Guru Kanan Mata Pelajaran

8.3 Unit Buku Teks

8.4 Unit Perpustakaan sekolah

8.5 Unit perpustakaan guru

8.6 Unit peperiksaan

8.7 Unit alat pandang dengar

8.8 Unit ko-kurikulum

8.9 Unit bimbingan dan kaunseling

8.10 Guru-guru mata pelajaran lain

9. Sentiasa berusaha mencari jalan dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya untuk meninggikan taraf pencapaian pelajar-pelajar dalam mata pelajaran yang diajar sesuai dengan kehendak yang terkandung dalam tatasusila profesion perguruan.

10. Alat-alat pengajaran hendaklah digunakan dengan meluas sewaktu pengajaran

11. Pelajar-pelajar hendaklah selalu diberi kerja rumah yang cukup dan haruslah yang berupa pembelajaran yang sebenar

12. Semua kerja latihan pelajar-pelajar hendaklah diperiksa dengan cermat. Pemeriksaan kerja latihan pelajar tidak boleh dilakukan dalam bilik darjah, kecuali di atas tujuan pemulihan seseorang pelajar.

13. Menjalani kerja-kerja pemulihan (apabila perlu) setelah kelemahan dikenalpasti menggunakan pendekatan dan kaedah pengajaran yang lebih berkesan

14. mengadakan kelas-kelas tambahan adalah digalakkan

15. mengadakan satu sistem yang kemas mengenai buku kerja pelajar

16. melaksanakan tugas yang lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa

17. Galakkan sikap positif kepada murid anda

18. Sentiasa bersiap sedia menghadapi kelas

19. Murahkan pujian

20. Pentingkan class control

21. Selesaikan sendiri masalah disiplin yang mengaitkan pengajaran dan pembelajaran subjek anda. Jika tidak dapat diselesaikan barulah minta pandangan dan bantuan kelas / GPK/ Guru Besar.

22. Kerja rumah harus diberi dan perlu disemak

23. Jika guru perlu keluar menjalankan tugasan lain dalam waktu mengajar, kelas pelu ada guru ganti/ bawa murid bersama anda

24. melaksanakan tugas yang lain yang berkaitan yang diamanahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

BIDANG TUGAS MAJLIS KURIKULUM

1. Keanggotaan Majlis kurikulum adalah seperti berikut :-

1.1Pengerusi

:Guru Besar

1.2Tim. pengerusi 1:Guru Penolong Kanan 1

1.3Tim. Pengerusi 2:Penyelia petang

1.4Naib Pengerusi 1:Guru Penolong Kanan HEM

1.5Naib Pengeruis 2:Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum

1.6Setiausaha

:Setiausaha Peperiksaan Dalam

1.7 Ahli-ahli

:Semua pengerusi panitia mata pelajaran

Penyelaras Pusat sumber

Guru pemulihan

2. Peranan Majlis

Bertanggungjawab meninggikan taraf pengajaran dan pembelajaran di sekolah supaya pelajar-pelajar dapat menunjukkan prestasi yang baik di semua peringkat peperiksaan

3. Tugas-tugas majlis

3.1 Menilai dan meneliti laporan dari setiap panitia

3.2 Mengkaji sukatan pelajaran baru (jika ada) dan membuat syor atau teguran terhadap kesesuaian untuk diperakukan oleh Majlis Kurikulum dan seterusnya untuk dimajukan kepada Majlis Kurikulum Negeri jika dikehendaki.

3.3 Mengkaji dan menilai buku-buku teks/buku-buku tambahan yang digunakan oleh pelajar-pelajar untuk menentukan kesesuaiannya. Jika didapati tidak sesuai, akan dimajukan kepada jawatankuasa kurikulum negeri

3.4 Menilai Rancangan Kerja

3.5 Menentukan perjalanan panitia-panitia Mata pelajaran

3.6 Menganalisa prestasi pelajar-pelajar dalam ujian/peperiksaan dalam / peperiksaan UPSR serta mengenal pasti kelemahan-kelemahan dan seterusnya dan mencadangkan langkah-langkah peningkatan prestasi yang sewajarnya

3.7 Merancang dan mengelolakan kursus-kursus in-house untuk semua guru

3.8 Sentiasa mengikuti perkembangan baru kursus-kursus pengajian kementerian pendidikan

3.9 Berusaha untuk memperbanyakkan bahan sumber pendidikan kementerian pendidikan

3.10 Menyedari / mengetahui mengenai program-program radio dan TV pendidikan

3.11 Mengetahui mengenai bahan-bahan rujukan yang di perpustakaan

3.12 Penyelaras penilaian bulanan/penggal/tahunan

3.13 Penyelaras latihan-latihan pelajar

3.14 Memberi panduan kepada guru-guru mata pelajaran

4. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

PANITIA MATA PELAJARAN

1. Struktur Dan Organisasi

1.1 Panitia mata pelajaran adalah badan ikhtisas yang dianggotai oleh semua guru yang mengajar mata pelajaran yang sama di sesebuah sekolah.

1.2 Badan ini hendaklah dipimpin dan dikendalikan oleh seorang guru yang dilantik sebagai Ketua Panitia oleh Guru Besar sekolah

1.3 Semua Ketua Panitia adalah secara automatik menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Mereka ini mewakili panitia mata pelajaran masing-masing di dalam jawatankuasa sekolah.

1.4 Keputusan-keputusan yang diambil oleh tiap-tiap panitia di dalam perjumpaan-perjumpaanya berhubungan dengan isu-isu atau masalah-masalah kurikulum dan pengajaran perlu dibawa oleh Ketua Panitia kepada Guru Besar sekolah sama ada untuk mendapatkan penyelesaikan atau untuk makluman. Keputusan Guru Besar adalah muktamat.

2. Tugasan Panitia Mata Pelajaran

Berikut adalah di antara beberapa tujuan yang dikenalpasti untuk panitia mata pelajaran :-

2.1 Memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran

2.2 Berikhtiar atau berusaha untuk mendapatkan strategi mengajar yang inovatif dan bolehmendorong serta menggerakkan kecenderungan para murid terhadap pembelajaran.

2.3 Memperbaiki prestasi murid-murid dalam peperiksaan (berasaskan sekolah dan awam) dalam mata pelajaran berkenaan dan berpandukan atau berdasarkan kepada prestasi atau target ditunjukkan dalam rancangan akademik sekolah.

2.4 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran dengan persatuan atau kelab akademik.

3. Peranan Panitia

Berikut adalah di antara perkara-perkara yang dianggap perlu di laksanakan oleh panitia sejajar dengan peranannya sebagai sebuah ikhtisas :

3.1 Memperolehi sukatan pelajaran yang terbaru atau kemaskini untuk kegunaan ahli panitia

3.2 Menyediakan rancangan mengajar untuk sepanjang tahun persekolahan. Rancangan mengajar ini diselaraskan di antara guru-guru dalam sesuatu aliran di mana ada kaitan.

3.3 Membuat anggaran perbelanjaan tahunan panitia untuk di cadangkan kepada Guru Besar

3.4 Memilih dan mencadangkan buku-buku rujukan atau bahan-bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan pembelajaran pada murid dan kegunaan guru-guru untuk dibekalkan di Pusat Sumber Sekolah.

3.5 Memilih dan mencadangkan kepada pentadbiran sekolah, buku teks untuk digunakan oleh murid-murid berdasarkan kepada kesesuaian buku itu dari segi kehendak sukatan pelajaran dan tahap kebolehan murid.

3.6 Menyelaraskan soalan-soalan ujian dan peperiksaan yang disediakan bagi tiap-tiap aliran dan menubuhkan Bank Soalan.

3.7 Mengkaji dan menganalisa keputusan peperiksaan Formatif, Pertengahan Tahun, Setara, Zon PPD, Akhir Tahun dan Awam

3.8 Mengadakan mesyuarat panitia secara berkala dan mengadakan perjumpaan-perjumpaan secara Ad hoc pada bila-bila masa dan diperlukan

3.9 Mengatur perjumpaan atau mesyuarat dengan ahli-ahli panitia secara formal atau tidak formal untuk memikirkan dan membincangkan masalah-masalah yang berhubung dengan kaedah mengajar dan pembelajaran, mencari penyelesaian kepada masalah-masalah atau isu-isu tersebut (kajian dan tindakan)

3.10 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan yang baru diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain (mengadakan kursus dalaman selewat-lewatnya dua minggu selepas menghadiri kursus)

3.11 Mewujudkan semangat saling bekerjasama dengan persatuan di sekolah dan menjalinkan hubungan kerja yang boleh membantu bagi mencapai matlamat pengajaran dan pembelajaran

3.12 Bekerjasama dengan panitia lain dan membantu dalam usaha ke arah memajukan murid yang lemah dalam mata pelajaran tertentu.

3.13 Bekerjasama dan bertukar-tukar fikiran, pengalaman dan kepakaran dengan panitia-panitia di sekolah-sekolah berhampiran dan sekawasan.

3.14 Melantik seorang setiausaha dari kalangan ahli-ahli untuk menyediakan minit-minit mesyuarat dan mengedarkan minit itu kepada semua ahli panitia.

3.15 Menyelenggarakan fail-fail panitia dan semua minit-minit mesyuarat laporan-laporan aktiviti, surat-menyurat, rekod-rekod prestasi murid dan guru serta rekod-rekod yang berkaitan.

3.16 Menyampaikan laporan prestasi mata pelajaran kepada Guru Besar, Guru Penolong Kanan 1, Setiausaha Jawatankuasa Kurikulum Sekolah. Laporan mengandungi :-

3.16.1 Laporan prestasi mata pelajaran

3.16.2 Analisis pencapaian murid dalam sesuatu peperiksaan termasuk UPSR

3.16.3 Melantik seorang guru di dalam sesuatu panitia sebagai penyelaras di dalam sesuatu aliran. Guru itu bertanggungjawab kepada Ketua Panitia bagi mengurusakan dan menyelaraskan hal-hal yang berkaitan kertas soalan dan memeriksa kertas murid bagi tiap-tiap peperiksaan yang di adakan.

3.16.4 Menyediakan senarai nama guru yang menyediakan kertas soalan dan memeriksa kertas murid bagi tiap-tiap peperiksaan yang diadakan

3.17 Melengkap dan menceriakan sudut-sudut/papan kenyataan blok-blok dan bilik darjah serta bilik-bilik mata pelajaran sejajar dengan kasifat FPN.

BIDANG TUGAS PANITIA MATA PELAJARAN

1. Guru-guru mata pelajaran berkenaan menjadi anggota panitia

2. Menentukan penggunaan Sukatan pelajaran yang dikemaskini

3. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran yang kemaskini

4. Bertanggungjawab menyediakan rancangan pelajaran tahunan dan mingguan

5. Memberi bimbingan kepada guru-guru baru atau kurang berpengalaman, khususnya dari segi memahami kehendak, pendekatan dan semangat sukatan pelajaran dan juga aspek lain yang perlu

6. Menyelaras penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalam format-format jawapan dan pemeriksaan kertas jawapan

7. Menganalisa keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa melalui

7.1 Kelas-kelas tambahan / bimbingan

7.2 Ceramah-ceramah menjawab soalan

7.3 Peraduan-peraduan tertentu

7.4 Kuiz

7.5 Bahas

8. Mencadangakan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan atau rujukan guru.

9. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah

10. Memberi kerjasama kepada guru SPBT untuk menjaga keselamatan buku-buku teks yang digunakan.

11. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat-alat untuk pameran, jika perlu

12. Mengkaji dan menentukan jenis buku latihan kerja bagi setiap kelas, jika perlu

13. Mengumpul sekurang-kurangnya dua salinan soalan-soalan peperiksaan dalam dan luar untuk semakan dan rujukan diperpustakaan sekolah

14. Mengadakan tindakbalas kepada setiap perubahan baru yang diperlukan seperti sukatan pelajaran Baru, pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran baru jika ada.

15. Membuat anggaran-anggaran perbelanjaan tahunan untuk persetujuan pihak sekolah.

16. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar

17. Menetap dan melaksanakan peraturan untuk panitianya

18. Mengadakan fail-fail untuk kegunaan mencatat minit mesyuarat, laporan analisa ujian/ peperiksaan penggal / peperiksaan percubaan UPSR.

19. Mengadakan mesyuarat panitia sekurang-kurangnya sekali dalam sepenggal atau lebih kerap lagi jika berpandukan agenda berikut :-

19.1 Kata-kata aluan

19.2 Mengesahakan minit mesyuarat sebelumnya

19.3 Perkara-perkara berbangkit

19.4 Rancagan Pelajaran Tahunan / Harian

19.5 Buku Teks / rujukan / buku kerja / buku latihan

19.6 Penyediaan soalan-soalan ujian / peperiksaan dan format jawapan

19.7 Pemeriksaan kertas jawapan

19.8 Penganalisaan kertas-kertas jawapan

19.9 Hal-hal lain

19.9.1 Kerja-kerja latihan

19.9.2 Program-progrm pemulihan / pengkayaan

19.9.3 Masalah-masalah pengejaran dan pembelajran

19.9.4 Penyediaan alat-alat bantuan mengajar

19.9.5 Peruntukan perbelanjaan (budgeting)

19.9.6 Cadangan-cadangan

20. Melaksanakan tugas-tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar semasa ke semasa.

TUGAS-TUGAS DAN TANGGUNGJAWAB PENGURUSI PANITIA MATA PELAJARAN

1. Menentukan pengunaan sukatan pelajaran yang kemaskini

2. Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah-kaedah pengajaran pembelajaran yang kemaskini.

3. Bertanggungjawab menyediakan Rancangan Pelajaran Mingguan, Bulanan dan Penggal

4. Menyelaraskan penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan ujian bulanan pemeriksaan kertas-kertas jawapan.

5. Menganalisa keputusan peperiksaan dalam dan luar bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkajinya serta mencari jalan untuk memajukan taraf pencapaian dari semasa ke semasa seperti mengadakan.

5.1 Kelas Tambahan

5.2 Ceramah-ceramah menjawab soalan

5.3 Peraduan-peraduan tertentu

5.4 Kuiz, bahas dll

6. Mengadakan / mengambil tindakbalas segera terhadap setiap perubahan baru yang diperolehi seperti sukatan pelajaran baru, teknik/pengkaedahan pengajaran dan pembelajaran serta format soalan yang baru dan sebagainya.

7. Menentukan jenis-jenis buku yang perlu diadakan oleh sekolah untuk perpustakaan rujukan guru.

8. Mengkaji dan menilai buku-buku teks yang baru untuk dipilih dan digunakan oleh sekolah.

9. Memberi kerjasama kepada Jawatankuasa SPBT untuk menjaga keselamatan buku yang digunakan

10. Bertanggungjawab menyediakan bahan-bahan atau alat untuk pameran (jika ada)

11. Mengumpulkan sekurang-kurangnya dua salinan soalan peperiksaan dalaman dan luar untuk semakan dan rujukan di perpustakaan

12. Bersama-sama memikul tanggungjawab mengekal dan meninggikan prestasi pelajar-pelajar di dalam pelajaran

13. Mengadakan dan memastikan perlaksanaan peraturan panitia mata pelajaran masing-masing

14. Mengadakan mesyuarat panitia mata pelajaran sekurang-kurangnya sekali sepenggal atau kerapkali untuk membincangkan apa saja yang berkaitan dengan pengajaran / pembelajaran

15. Mengemaskinikan penyimpanan stok (jika berkenaan)

16. Memastikan perlaksanaan Rancangan Program Sekolah yang dirancangkan pada setiap tahun dan membuat penilaiannya pada setiap akhir penggal

17. Mengadakan sesi perkembangan staf

18. Menubuhkan bank soalan

19. Menjalankan tugas-tugas berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

4. Panduan Tugas Ketua Panitia Mata Pelajaran

4.1 Mengajar sejumlah waktu yang telah ditetapkan

4.2 Menjadi Ahli Jawatankuasa Kurikulum sekolah

4.3 Menjadi wakil dan sebagai penghubung di antara ahli-ahli panitia dengan Guru Besar dan Majlis Kurikulum Sekolah

4.4 Melantik seorang dari kalangan ahli untuk tugasan :-

4.4.1 Setiausaha (menyedia dan mengedarkan minit mesyuarat kepada semua ahli panitia)

4.4.2 Guru penyelaras aliran (menyelaras hal-hal yang berkaitan di dalam sesuatu aliran itu )

4.4.3 Guru-guru yang akan menyediakan soalan dan menganalisis markah

4.5 Mengatur dan mempengerusikan mesyuarat atau perjumpaan panitia seperti di takwim atau secara ad hoc bila dan jika perlu

4.6 Bertukar-tukar pengalaman dan pengetahuan yang baru diperolehi setelah mengikuti kursus atau seminar dengan ahli-ahli lain

4.7 Bekerjasama bertukar-tukar fikiran dan pengalaman serta keperluan dengan panitia-panitia lain di sekolah-sekolah di daerah yang sama dan negeri lain

4.8 Memperolehi dan menyimpan sesalinan sukatan pelajaran yang terbaru dan kemaskini untuk kegunaan ahli-ahli panitia

4.9 Menyedia dan menyelaraskan rancangan mengajar untuk :-

4.9.1 Pembelajaran para pelajar

4.9.2 Kegunaan guru

4.9.3 Dibekalkan di Pusat sumber

4.10 Memastikan sukatan pelajaran dihabiskan pada masa yang ditetapkan

4.11 Memilih dan mencadangkan buku-buku teks, kerja rujukan dan bahan bacaan tambahan yang sesuai dengan keperluan

4.12 Membantu memperbaiki dan meningkatkan mutu dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran

4.13 Membantu Badan Pentadbiran Kurikulum membuat perancangan yang perlu

4.14 Bertanggungjawab untuk menentukan pemberlian dan membuat alat-alat bantu mengajar dan merekodkan barang-barang tersebut ke dalam buku stok masing-masing

4.15 Menyedia menjalankan menyelia dan menyemak semula program-program

4.1.5.1.1 Rutin

4.1.5.1.2 Developmental

4.1.5.1.3 Kecemerlangan

4.1.5.1.4 Kajian tindakan

4.1.5.1.5 Lain-lain

4.16 Menentukan penggunaan sepenuhnya bahan-bahan bank soalan

4.17 Menyemak buku latihan rampaian dan kerja murid

4.18 Menyelaras dan mengawal mutu penyediaan soalan-soalan peperiksaan dalaman dan peringkat daerah

4.19 Menganalisis keputusan peperiksaan bagi mata pelajaran berkenaan dan mengkaji serta mencari jalan untuk meningkatkan taraf pencapaian dari masa ke semasa

4.20 Membuat dan menentukan target pelunjuran PTS, UPSR dan peperiksaan dalam tercapai

4.21 Bersama-sama memperbaiki dan mengekalkan prestasi pelajar dalam peperiksaan

4.22 Membantu menyelesaikan masalah bahagian dari segi

4.22.1 Murid-murid yang lemah

4.22.2 Strategi-strategi pengajaran dan pembelajaran

4.22.3 Pelajar-pelajar di kawasan lulus-gagal

4.22.4 Lain-lain masalah murid atau guru

4.23 Menyelenggara fail-fail dan rekod-rekod panitia

4.24 Mewujudkan semangat bekerjasama di antara panitia mata pelajaran persatuan dan kelab akademik

4.25 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

5. Panduan Tugas Guru-guru Mata Pelajaran

5.1 Mengajar mata pelajaran mengikut jumlah waktu dan kelas yang ditetapkan

5.2 Mengemaskini pengetahuan mengenai hal-hal yang berkaitan dan peka dengan perkembangan mutahir bagi mata pelajaran yang diajar

5.3 Mengenalpasti kelemahan-kelemahan murid di dalam mata pelajaran yang diajar dan berusaha sedaya upaya memabntu murid-murid itu agar mencapai objektif sekolah

5.4 Mendapatkan pengetahuan mengenai kemahiran dan menggunakan masa mengajar di bilik darjah

5.5 Berhubung rapat dengan murid-murid dengan tujuan mengenalpasti masalah mereka dan berusaha sedaya upaya memperbaiki dan mengatasi masalah mereka

5.6 Bertanggungjawab menyediakan BBM, Latihan di kelas dan rumah serta soalan-soalan peperiksaan. Memeriksa buku-buku latihan dan kertas jawapan menyenaraikan markah dan menyerahkannya kepada guru kelas yang berkenaan

5.7 Mengadakan kelas-kelas tambahan klinik pengkayaan dan latih tubi

5.8 Bekerjasama menyiapkan sukatan pelajaran mengikut tarikh yang telah ditetapkan oleh Ketua Panitia atau pihak sekolah

5.9 Mengemaskini bilik papan-papan sudut-sudut mata pelajaran

5.10 Bertanggungjawab membantu dan mengikut arahan ketua panitia mata pelajaran bagi menguruskan pentadbiran dan keberkesanan hal-hal

5.11 Menjalankan lain-lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa

PANDUAN TUGAS GURU BERTUGAS MINGGUAN

1. Mengelolakan dan memastikan perhimpunan mingguan/harian diadakan dalam suasana senyap, licin dan teratur. Menentukan semua guru dan murid-murid menghadiri perhimpunan setiap hari.

2. Semasa perhimpunan, salah seorang guru bertugas hendaklah bertindak mengumumkan apa juga aktiviti atau pengumuman lain yang hendak disampaikan kepada murid-murid.

3. Hendaklah berada di kawasan sekolah sekurang-kurangnya 20 minit lebih awal daripada waktu pertama belajar dan balik lebih lewat daripda guru-guru lain. Tujuannya adalah untuk memastikan keadaan sekolah sentiasa terkawal sepanjang hari bertugas.

4. Bertanggungjawab menjalankan tugas yang ditetapkan sepanjang minggu berkenaan (termasuk hari sabtu)

5. Guru bertugas juga hendaklah memberikan laporannya secara ringkas dalam perhimpunan minggu berikutnya

6. Seorang guru bertugas hendaklah berada di kantin pada waktu rehat untuk mengawasi murid-murid dan menulis laporan keadaan kantin dan dalam buku yang disediakan

7. Semua bilik darjah dan tandas hendaklah diperiksa dan apa juga kerosakan hendaklah dilaporkan kepada guru yang menjaga bangunan / penyelia petang / Guru Penolong Kanan Hem / Guru Penolong Kanan 1/ guru besar

8. Semua ujian lisan, amali atau peperiksaan bertulis dijalankan, guru-guru bertugas hendaklah membantu menjaga disiplin sekolah supaya tidak bising dan sebagainya

9. Membawa murid yang sakit ke hospital (jika perlu) dan merekodkan nama murid yang di hantar pulang

10. Semasa membuat pemeriksaan di bahagian tertentu, seperti tandas dan lain-lain, sekiranya terdapat keadaan yang tidak memuaskan umpamanya bau yang busuk, tandas tidak dicuci dan sebagainya tindakan serta merta mestilah diambil untuk mengatasi masalah tersebut.

11. Bersikap peka dan bertanggungjawab ke atas apa yang berlaku di kawasan sekolah yang memerlukan tindakan mengatasinya sepanjang hari bertugas pada minggu itu

12. Memastikan segala masalah-masalah yang berlaku dan mengatasinya sepanjang hari bertugas pada minggu yang berkenaan

13. Menyediakan laporan lengkap pada setiap hari di dalam buku laporan guru bertugas dan menyerahkan kepada Guru Penolong Kanan Hem / Penyelia Petang untuk disemak dan diambil tindakan segera. Buku laporan tersebut hendaklah diserahkan pada minggu akhir berkenaan.

14. Membantu guru disiplin mengawasi perkara-perkara berikut

14.1 Ketetapan waktu hadir, kepulangan murid, masa rehat dan masa pertukaran guru.

14.2 Pertukaran kelas

14.3 Perilaku pelajar semasa perhimpunan, waktu rehat dan balik

14.4 Pelajar keluar / masuk kelas dan lain-lain pelanggaran disiplin

14.5 Hal-hal bersabit dengan kehilangan / perjumpaan barang

14.6 Menentukan tentang keselamatan murid-murid disekitar kawasan sekolah serta mengawasi harta benda sekolah

14.7 Lawatan pelawat-pelawat

14.8 Memeriksa buku catatan ketua pengawas

1.5 Menjalankan tugas-tugas yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke

semasa

PANDUAN TUGASAN GURU AJK PERABOT

Membantu Pembantu Tadbir dalam hal-hal berikut: -

1. Memastikan setiap kelas mempunyai kerusi / meja yang mencukupi

2. Mengagihkan almari, papan-papan tulis dan tayang, meja atau paparan sudut-sudut bacaan dan lain-lain yang perlu diadakan

3. Mengadakan slip inventori dan menyimpan rekod-redod di dalam disket / kertas

4. Membuat penyemakan stok kelas 2 kali setahun

5. Mengambil rekod kerusi / meja yang rosak dan menggantikannya

6. Membantu membaiki kerusi-kerusi dan meja yang rosak

7. Menyelenggarakan harta benda perabot sekolah dari serangan anai-anai dan salahlaku murid.

8. Membantu pentadbir dalam hal-hal keperluan perabot sekolah.

9. Mengisi borang untuk dihantar ke PPD dan JPNJ (3 kali setahun)

10. Membersih, menyusun dan menceriakan bilik stor perabot.

11. Mengemaskinikan stok 2 kali setahun.

12. Menjalankan lain lain tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa.

PANDUAN TUGAS AJK BANGUNAN DAN HARTA SEKOLAH

1. Membantu menjaga keselamatan harta benda sekolah/kerajaan.

2. Membuat stok harta yang diamanahkan.

3. Menyemak stok sekurang kurangnya 2 kali setahun.

4. Membuat laporan harta benda sekolah yang rosak atau hilang.

5. Membuat penghapuskira stok yang rosak.

6. Mengemaskan gantiannya.

7. Mengkaji dan membuat anggaran keperluan dari semasa ke semasa.

8. Membuat rekod rekod yang berikut:

8.1 Pinjam harta sekolah.

8.2 Penggunaan harta sekolah

8.3 Lain lain hal.

9. Memeriksa dan membuat rekod pemeriksaan ke atas bangunan pada bila bila masa yang diperlukan.

Contoh: musim ribut/hujan.

PANDUAN TUGASAN GURU & AJK SISTEM MAKLUMAT PP

1. Mendapatkan maklumat guru dan memastikan data data guru yang baru tukar.

2. Mengemaskinikan data data guru yang hendak bertukar.

3. Setiap bulan mengemaskinikan data maklumat guru yang ada dan menghantarkannya ke PPD sebelum akhir setiap tahun.

4. Merahsiakan maklumat yang diterima.

5. Tidak BOLEH mengeluarkan sebarang maklumat ke mana mana pihak melainkan dengan kebenaran GB atau GPK (1) ynag dipertanggungjawabkan

6. Membuat semakan individu bersama GPK (1) menyelaraskan semua maklumat PP dari semasa ke semasa.

7. Mengikuti curses dan membuat curses in house.

8. Bersama sama GPK (1) menyelaraskan semua maklumat PP dari semasa ke semasa.

9. Perhatikan kepada semua AJK bahagian maklumat dan SMPP/EMIS maklumat adalah SULIT.

10. Menjalankan lain lain tugasan yang diamanahkan dari semasa ke semasa.

PANDUAN TUGASAN PENYELARAS & AJK KELAS TAMBAHAN.

1. Memilih murid dan menetapkan bilangan kelas dan guru.

2. Membuat jadual dan hari hari kelas tambahan.

3. Menentukan ketetapan masa kehadiran murid dan guru ke kelas mengikut jadual hari sabtu dan selepas sekolah.

4. Menyelaras, mengumumkan kepada murid murid adanya kelas dan perubahan perubahan dari semasa ke semasa.

5. Menyemak, mengkaji rekod rekod kedatangan guru dan murid pada setiap perjumpaan.

6. Mengambil tindakan bersama GPK (1) jika terdapat murid murid ponteng.

7. Memastikan laporan ditulis oleh guru.

8. Menghantar laporan ke GPK (1) untuk semakan.

9. Membuat/ mengumumkan guru ganti jika guru tidak dapat hadir.

10. Mengawasi bersama sama guru kelas tambahan hal hal berikut:

10.1 Kerja murid

10.2 Tingkahlaku murid.

10.3 Jualan makanan di kantin.

10.4 Ketepatan masa datang, rehat dan balik.

10.5 Keselamatan murid semasa berada di kawasan sekolah

11. Membuat dan mengadakan siaran siaran tertentu:

11.1 Jan Mei - latihan ulangkaji tahun 4 & 5

- latihan topical

11.2Jun Ogos - latihan menyeluruh.

11.2 Kelas kelas tambahan semasa cuti sekolah.

12. Membuat post mortom dan kajian secara perhatian.

13. Menyediakan graf dan rekod rekod prestasi murid murid bersama guru -guru yang terlibat.

14. Menjalankan lain lain tugasan yang diamanhkan dari semasa ke semasa.

PANDUAN PENGURUSAN PEPERIKSAAN DALAMAN

1.Semua ujian bulanan, peperiksaan Pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun / peperiksaan percubaan adalah diselaraskan bagi semua darjah dan diadakan serentak di dalam tempoh ujian/peperiksaan seperti yang ditetapkan di dalam takwim sekolah yang diedarkan pada setiap awal sesi persekolahan. Dengan cara ini, semua ujian/peperiksaan dapat diselaraskan bagi setiap darjah dan dapat mengelakkan kebocoran serta dapat mengatur masa masa tertentu untuk mencetak kertas soalan.

2. Tarikh ujian/peperiksaan ditetapkan seperti mana di takwim sekolah.

3. Jadual waktu ujian/peperiksaan akan diedarkan sekurang sekurangnya 2 minggu sebelum ujian/peperiksaan dijalankan.

4. Jadual Pengawasan Ujian/Peperiksaan

4.1 Bagi ujian bulanan, guru guru masuk ke kelas seperti jadual waktu biasa untuk biasa untuk mengawasi ujian yang dijalankan.

4.2 Bagi peperiksaan pula, satu jadual bertugas khas untuk pengawasan akan disediakan.

5. Penyediaan Kertas Soalan:

5.1 Semua ujian/peperiksaan hendaklah disediakan oleh guru yang telah ditetapkan oleh pihak sekolah.

5.2 Soalan soalan mestilah disiapkan mengikut tarikh yang ditetapkan serta mencukupi bilanganya. (Tarikh berkenaan akan diberitahu dari semasa ke semasa)

5.3 Guru Penyedia Soalan mestilah menaip soalan pada stensil mengikut format yang telah ditetapkan. Sila taip dengan kemas dan pastikan KESILAPAN BERLAKU PADA KADAR YANG MINIMUM yang diletakkan di dalam fail pengurusan kelas.

5.4 Guru Penyelia Soalan mestilah memastikan soalan tersebut disimpan di tempat yang ditetapkan dan seterusnya proses pengedarannya ke kelas kelas yang berkenaan berjalan dengan lancar.

5.5 Guru Penyelia Soalan hendaklah menyerahkan 2 salinan kertas ujian/peperiksaan kepada Setiausaha Peperiksaan Dalaman setelah selesai kertas berkenaan dijalankan.

6. Guru pengawas ujian/peperiksaan hendaklah;

6.1 Menepati masa sepanjang ujian/peperiksaan dijalankan.

6.2 Memastikan pelajar pelajar duduk ditempat yang ditetapkan oleh guru kelas berdasarkan PELAN KEDUDUKAN PELAJAR SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN yang diletakan di dalam fail pengurusan kelas.

6.3 Memastikan semua pelajar yang hadir untuk sesuatu ujian/peperiksaan menghantar skrip jawapan mereka.

6.4 Menyerahkan sendiri skrip skrip jawapan pelajar kepada guru guru berkenaan.

7. Guru Mata Pelajaran hendaklah merekodkan markah ujian/peperiksaan ke dalam Buku Persediaan Mengajar. Markah markah ini juga mesti diserahkan kepada guru guru kelas mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Guru matapelajaran juga mestilah membuat analisa bagi markah ujian/peperiksaan mata pelajaran berkenaan pada borang yang disediakan.

8. Guru Kelas hendaklah:

8.1 Melengkapkan PELAN KEDUDUKAN PELAJAR SEMASA UJIAN/PEPERIKSAAN dan meletakkan pelan ini ke dalam Fail Pengurusan Kelas rujukan Guru Pengawas Ujian/Peperiksaan.

8.2 Merekodkan markah ujian/peperiksaan bagi setiap pelajar untuk setiap subjek ke dalam Buku Persediaan Mengajar, mark sheet/ borang borang berkenaan dan kad ujian/penyata kemajuan pelajar mestilah diserahkan kepada pentadbir sekolah untuk ditandatangani pada tarikh tarikh yang akan ditetapkan.

PANDUAN TUGAS SETIAUSAHA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN DALAMAN

1. Mengendalikan peperiksaan percubaan dan setara zon bersama sama dengan guru peperiksaan.

2. Membantu menyusun dan membuat takwim atau jadual peperiksaan dalaman.

2.1 Ujian Formatif

2.2 Peperiksaan Pertengahan Tahun

2.3 Peperiksaan Akhir Tahun

2.4 Lisan Dalaman

2.5 Kerja Kursus

3 Menentukan melalui ketua ketua panitia, soalan soalan disiapkan, dan diserahkan pada waktu yang ditetapkan kepada pejabat untuk dicetak.

4 Menentukan guru darjah mengatur kerusi meja mengikut kehendak peperiksaan sebenar.

5 Memastikan tempat tempat termasuk tandas tidak disalah gunakan oleh murid dengan tujuan menipu.

6 Memberi taklimat kepada guru guru dan murid murid sebelum bermula peperiksaan:

6.1 Susun atur kerusi meja.

6.2 Meletakkan beg dan buku ditempat yang ditentukan dan mengeluarkan hanya alat tulis yang diperlukan sahaja.

6.3 Murid tidak dibenarkan meminjam apa jua kepada rakan rakan semasa peperiksaan sedang berjalan.

6.4 Murid tidak dibenarkan keluar dari bilik darjah kecuali pada masa rehat atau selepas tamat masa sekolah.

6.5 Setiap guru bertanggungjawab mengawas dan menjaga keperluan peperiksaan murid dengan baik dan sempurna.

6.6 Guru tidak dibenarkan membaca, menanda kertas, berbual selain daripada berjalan dan mengawal murid.

6.7 Guru memastikan murid menulis butiran yang diperlukan didalam setiap kertas jawapan.

6.8 Memungut dan mengira kertas jawapan dan menyerahkan kepada guru yang berkenaan.

6.9 Memastikan kebersihan bilik darjah selepas peperiksaan.

6.10 Melaporkan kes kes penipuan yang berlaku semasa peperiksaan.

7 Mengawas keselamatan kertas soalan semasa mencetak dan menyimpan.

8 Menentukan borang markah dan buku pelaporan diselaras, disedia dan diserahkan kepada Guru Besar pada tarikh yang ditetapkan.

9 Memastikan guru menyemak, mengumpul semula buku buku pelaporan selepas ditandatangani ibubapa/penjaga.

10 Membantu mengumpul soalan soalan untuk Bank Soalan dan pertukaran soalan soalan dengan sekolah lain.

11 Memastikan setiap kelas mempunyai guru pengawas peperiksaan. Guru dikehendaki datang mengawas lebih awal.

12 Menjalankan lain lain tugasan dari masa ke semasa seperti yang diarahkan.

PANDUAN TUGAS SETIAUSAHA PENILAIAN DAN PEPERIKSAAN AWAM.

1. Peka terhadap membuat pengurusan tarikh:

1.1) Peperiksaan PTS / UPSR / PEKA / PAFA dan lisan bahasa

1.2) Pungutan Yuran PTS / UPSR

1.3) Pengisian borang kemasukan oleh murid

1.4) Semakan borang

1.5) Pengisian borang maklumat berkomputer

2. Menguruskan segala arahan dan kehendak yang berkaitan dengan peperiksaan PTS / UPSR dari pihak Lembaga Peperiksaan dari awal dan akhir.

2.1) Menyediakan borang kemasukan untuk matapelajaran peperiksaan.

2.2) Mengisi maklumat berkaitan ke dalam komputer.

2.3) Memungut dan menyusun semula borang yang telah dilengkapkan.

3. Menyediakan pelan susunatur kerusi dan bangku mengikut angka giliran dan menentukan kerusi meja disusun di bilik peperiksaan serta menampalkan slip slip meja calon.

4. Menyediakan keperluan bilik bilik peperiksaan dan papan tanda di tempat tempat tertentu serta menentukan adanya alat tulis secukupnya sewaktu peperiksaan dijalankan.

5. Menyediakan bilik bilik ujian lisan dan papan papan tanda yang diperlukan.

6. Memberi taklimat peperiksaan kepada murid murid sebelum peperiksaan dijalankan.

7. Menyusun dan mengatur murid mengikut angka giliran bagi memudahkan mereka menduduki peperiksaan atau ujian lisan.

8. Bersama sama dengan guru bertugas menentukan perkara perkara yang berikut dipatuhi semasa Peperiksaan Awam dijalankan :

8.1) Murid dimestikan memakai pakaian rasmi yang lengkap dan rapi.

8.2) Murid tidak dibenarkan memakai selipar melainkan mendapat kebenaran dari pihak tertentu.

8.3) Murid beratur sebelum masuk ke dewan peperiksaan dan tidak membuat bising.

8.4) Murid membaca doa sebelum masuk ke dalam dewan peperiksaan.

8.5) Murid memberi salam kepada pengawas peperiksaan.

8.6) Menyusun beg serta peralatan yang tidak boleh dibawa masuk ke dalam dewan disatu tempat yang khas.

8.7) Bersama sama guru bertugas hadir awal ke sekolah untuk memastikan murid beratur

8.8) Memastikan murid pulang selepas peperiksaan tamat.

8.9) Memastikan tidak berlaku Vandalisme pada akhir peperiksaan.

8.10) Menjaga kebajikan guru guru pengawas peperiksaan.

9. Membantu dalam penyediaan soalan soalan percubaan setara di peringkat zon / daerah dan ujian SMKA

10. Membuat analisa keputusan peperiksaan UPSR dan menghantar borang borang yang berkaitan kepada pihak pihak berkenaan.

11. Mengemaskini carta carta analisa peperiksaan di dalam bilik gerakan.

12. Menjalankan lain lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PANDUAN TUGAS PENOLONG PENYELARAS PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Bertanggungjawab sepenuhnya ke atas perpustakaan.

2. Mengelaskan dan mengkatelogkan bahan bahan perpustakaan.

3. Memilih, memesan dan menilai semula buku, majalah dan bahan bahan buku yang sesuai untuk perpustakaan dengan kerjasama Ketua Panitia.

4. Menyediakan unit pengajaran dan pembelajaran.

5. Membuat PRO melalui poster, ceramah, senarai bacaan, berita perpustakaan dan lain lain lagi.

6. Mengadakan kempen menarik minat membaca di kalangan murid.

7. Membuat laporan tahunan.

8. Membuat atau mengadakan orientasi penggunaan perpustakaan.

9. Menentukan tugas tugas kakitangan perpustakaan.

10. Mengawas agar suasana perpustakaan kekal dan dijayakan dengan baik dan sempurna.

11. Menyediakan perkhidmatan rujukan.

12. Memberi latihan kemahiran mengurus perpustakaan kepada pustakawan dan pustakanita.

13. Menyiapkan stok.

14. Menguruskan tugas Surat - menyurat.

15. Melakukan kerja pilih buang dan baiki.

16. Melakukan kerja merawat dan membaik pulih buku.

17. Mengadakan dan menyimpan rekod penggunaan, pinjaman, rujukan, hapus kira dan carta carta.

18. Peka terhadap perkembangan buku buku baru.

19. Mempastikan guru guru yang membawa murid masuk ke perpustakaan tidak membawa keluar sebarang harta kepunyaan perpustakaan.

SENARAI TUGAS GURU PUSAT SUMBER SEKOLAH

1. Am

Guru Pusat Sumber Sekolah bertanggungjawab menguruskan segala hal yang berkaitan dengan Pusat Sumber.

2. Bilik Tayangan / Siaran

2.1 Menyelenggarakan dan menyelaraskan Bilik Tayangan / Siaran dengan peralatan yang diperlukan dan mengatur keadaan bilik tersebut menjadikannya sesuai untuk digunakan.

2.2 Perhatian utama perlu diberikan tentang tempat letak peti tv, papan hijau/putih, tempat duduk pelajar pelajar dan kemudahan lain bagi membolehkan tayangan/siaran diikuti dengan sempurna.

3. Jadual Waktu

3.1 Menentukan dan menyelaraskan penggunaan Bilik Tayangan / Siaran bagi kelas kelas tertentu selaras dengan kehendak Jadual Waktu Tayangan / siaran dan jadual waktu sekolah.

3.2 Guru Pusat Sumber Sekolah hendaklah meletakkan jadual waktu yang disampaikan oleh Perkhidmatan Bilik Siaran Pendidikan di papan kenyataan yang diletakkan di tempat yang sesuai dalam bilik tayangan / siaran.

3.3 Satu jadual waktu penggunaan Bilik Tayangan/Siaran berdasarkan Jadual waktu Sekolah

3.4 Menyelaraskan rakaman program program radio dan TV Pendidikan untuk simpanan dan kegunaan sekolah.

3.5 Mengendalikan kursus atau bengkel penggunaan alat alat seperti TV, radio, kaset, video, OHP dan sebagainya.

4. Nota nota Pelajaran:

4.1 Nota nota pelajaran yang dikirimkan ke sekolah sekolah hendaklah diselenggarakan dengan sempurna.

4.2 Fail fail patut disediakan untuk tiap tiap mata pelajaran yang berkaitan menurut kelas berkenaan. Fail fail nota itu patut diletakkan di tempat yang sesuai bagi membolehkan guru guru merujuknya.

5. Perhubungan dengan Guru Kanan Mata Pelajaran:

Guru Pusat Sumber Sekolah patutlah berhubung dengan Guru guru Kanan Mata Pelajaran bagi menjelaskan soal soal yang berkaitan dengan jadual tayangan / siaran, kandungan siaran dan segala yang berkaitan dengannya.

6. Surat Menyurat dan Perhubungan:

Guru Pusat Sumber bertanggungjawab di atas semua surat menyurat dan perhubungan berkaitan dengan tayangan/siaran.

7. Keselamatan:

Guru Pusat Sumber Sekolah sedaya upaya cuba memastikan tentang keselamatan Bilik Sumber.

8. Lain lain:

8.1 Mengkatelog semua peralatan yang ada di Bilik Sumber serta menyimpan Buku Stok yang kemaskini.

8.2 Melaksanakan tugas tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

PANDUAN TUGAS PEMBANTU PERPUSTAKAAN

1. Menaip pesanan yang telah diluluskan.

2. Menaip kerja kerja yang diamanahkan oleh Ketua Perpustakaan.

3. Menaip dan memfailkan kad kad senarai rak dan katalog.

4. Memproses buku buku baru.

5. Menyediakan akhbar atau majalah dengan membuat rekod terima.

6. Membantu guru perpustakaan dalam melakukan kerja pilih buang dan baik pulih.

7. Menceriakan dan menjaga kebersihan perpustakaan.

8. Menjalankan lain lain tugasan yang diarahkan dari semasa ke semasa.

9. Menguruskan mesin Photostate (jika ada).

10. Memastikan murid murid menjalankan tugasan dan penggunaan bilik dengan betul.

-

PANDUAN TUGAS KETUA BILIK TAYANG.

1. Memberikan penerangan tentang penggunaan Bilik Tayang.

2. Merakamkan rancangan Radio Pendidikan mengikut jadual waktu siaran dan rancangan lain seperti filem rencana, pidato, drama, kuiz sekolah sekolah.

3. Menguruskan jadual waktu penggunaan bilik siaran radio dan TV Pendidikan dengan Ketua Panitia dan jadual harian.

4. Mempastikan alatan dalam keadakan yang baik seperti OHP, video, televisyen, software dan lain lain.

5. Membantu menyediakan PA system untuk tujuan majlis majlis sekolah.

6. Mengemaskini buku buku stok dan menyimpan rekod penggunaan bilik dan alatan.

PANDUAN TUGAS PEMBANTU BILIK TAYANG

1. Menolong guru Penyelaras Pusat Sumber menjayakan program program NILAM dan program program lain yang dirancangkan sepanjang tahun.

2. Menentukan guru guru AJK dan menggunakan bilik menjalankan tugas yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

3. Menyediakan jadual bertugas pengawas bahagian Pusat Sumber.

4. Menjalankan lain lain tugas yang diarahkan dari semasa ke semasa.

PANDUAN TUGAS PENGURUS BAHAGIAN AUDIO / RADIO / VIDEO / TV PENDIDIKAN

1. Merakamkan rancangan pendidikan mengikut jadual waktu siaran, rancangan rancangan lain seperti pidato, kuiz bercerita dan lain lain.

2. Merakamkan video atau mengambil gambar untuk seni.

3. Menghantar kaset yang dirakamkan kepada Bahagian Penyelaras selepas mencatatkan butir butir rakaman.

4. Membersihkan alat alat dengar seperti perakam kaset, mini compo, headphone setiap minggu.

5. Memastikan keadaan baik dan keselamatan alat alat dengar serta software, mesin OHP dab televisyen terjamin.

6. Menyelaraskan kegunaan alat bahan pendengaran di bilik kepada ketua ketua panitia yang berkaitan.

7. Mengurus dan menyelia jadual waktu penggunaan bilik sumber dan bilik tayang.

8. Menyediakan / menambah alat / bahan bebentuk gambar filem, koltak slaid, poster dan sebagainya.

9. Membantu menyediakan PA system untuk tujuan majlis majlis dan acara acara sekolah termasuk perhimpunan.

10. Menyelaras jadual waktu siaran radio dan TV pendidikan selaras dengan Ketua Panitia dan jadual waktu.

11. Mengemaskini buku buku stok ABM dan menyimpan rekod penggunaannya.

12. Membantu menyediakan maklumat tentang pentadbiran dan perkhidmatan.

13. Menceriakan dan membersihkan bilik.

14. Membantu guru Penyelaras Pusat Sumber menjayakan program program yang dirancangkan.

15. Bertanggungjawab memfailkan surat surat pekeliling pejabat dan lain lain yang berkaitan.

16. Menentukan guru guru di bawah jagaannya menjalankan tugas yang diamanahkan.

17. Menjalankan lain lain tugas yang diamanahkan dari semasa ke semasa.

PERATURAN MENGGUNAKAN NASKHAH GURU

Guru guru yang menggunakan naskhah guru dikehendaki mematuhi peraturan peraturan berikut:

1. Buku buku hendaklah dijaga dengan baik dan disampul. Catatkan nama guru dan tahun menggunakanya pada ruang yang telah disediakan.

2. Buku buku yang hilang atau rosak hendaklah diganti sama ada dengan buku atau mengikut nilai buku.

3. Naskhah guru tidak dibenarkan dipinjamkan kepada murid.

4. Guru tidak dibenarkan meminjam buku teks pelajar sebagai naskhah guru.

5. Guru yang bertukar sekolah serta merta atau pada akhir tahun hendaklah memulangkan semua buku buku yang dipinjam.

6. Setiap guru hanya diberi pinjaman sebuah buku sahaja bagi setiap judul buku mengikut mata pelajaran yang diajar.

7. Guru mestilah bertanggungjawab di atas buku yang dipinjamnya.

SENARAI TUGAS GURU PERABOT SEKOLAH

1. Menyimpan maklumat mengenai alat alat perabot yang ada di dalam bilik bilik darjah, bilik kelas, pejabat dan sebagainya.

2. Memastikan tiap tiap tingkatan mempunyai bilangan kerusi, meja dan papan hijau mencukupi seperti mana yang diperlukan.

3. Menomborkan dan memastikan kerusi dan meja berada dalam bilik bilik yang ditetapkan.

4. Menyimpan perabot yang rosak di tempat / bilik yang dikhaskan.

5. Mengenal pasti perabot yang rosak dan menyelaraskan kerja kerja membaik pulih perabot oleh pekerja pekerja.

6. Menerima dan menetukan alat perabot yang dibekalkan adalah dalam keadaan baik dan betul bilangannya dan seterusnya merekodkan butir butir yang berkenaan ke Buku Stok.

7. Mengemaskinikan tugas tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

8. Melaksanakan tugas tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

SENARAI TUGAS PENJAGA STOK.

1. Selain kakitangan pejabat yang berkenaan guru guru berikut bertanggungjawab menyimpan Buku Stok:

1.1 Guru Kanan Sains

1.2 Guru Kanan Kemahiran Hidup

1.3 Guru Kanan Pendidikan Seni

1.4 Guru Kanan Bahasa Melayu

1.5 Guru Kanan Bahasa Inggeris

1.6 Guru Perpustakaan

1.7 Guru Pusat Sumber

1.8 Guru Sukan dan Permainan

1.9 Guru SPBT (sidang pagi dan petang)

1.10 Penyelaras Naskhah Guru

1.11 Guru Perabot.

2. Penjaga Stok adalah bertanggungjawab tentang Buku Stok masing masing

3. Semua barang/peralatan di bawah jagaan / kelolaan masing masing hendaklah direkodkan dan dicatatkan ke dalam bil bil pembelian segala rujukan yang diperlukan.

4. Setiap barang/peralatan yang baru dibeli, diterima hendaklah direkodkan terlebih dahulu sebelum boleh digunakan.

5. Sebarang barang/ peralatan yang dikeluarkan hendaklah ditandatangani oleh penerima/pengguna.

6. Penerima/pengguna adalah bertanggungjawab di atas barang/peralatan yang dikeluarkan.

7. Barang/peralatan yang berupa pinjaman barang barang yang mesti dikembalikan semula hendaklah dikembalikan semula sebaik baik sahaja selesai kegunaannya.

8. Penjaga stok hendaklah memastikan barang barang yang disimpan sentiasa didalam keadaan baik dan sempurna. Pemeriksaan kerap hendaklah dijalankan.

9. Penjaga stok hendaklah mengawasi semua barang/peralatan kegunaan harian seperti peta peta dan alat alat mengajar sentiasa dikembalikan ke tempat simpanannya selesai sahaja penggunaannya.

10. Penjaga stok hendaklah menguruskan satu system tentang urusan pinjam meminjam yang kemas lagi teratur.

11. Barang /peralatan yang betul betul rosak dan tidak boleh di gunakan langsung jika perlu dimusnahkan, kebenaran Guru Besar terlebih dahulu dan satu laporan ringkas mengenainya disediakan.

12. Penjaga stok hendaklah menyemak stok masing masing pada setiap akhir penggal persekolahan dan menyerahkan Buku Stok kepada pejabat untuk pemeriksaan oleh Guru Besar.

13. Menjalankan tugas tugas lain yang berkaitan yang diarahkan oleh Guru Besar dari semasa ke semasa.

UNIT BANK DATA MURID

Tugasan:

1. Memastikan unit pendaftaran telah merekod semua butiran pelajar baru ke dalam buku pendaftaran induk di pejabat.

2. Merekod pertukaran keluar/masuk murid di dalam Buku Daftar Kedatangan dan Buku Pendaftaran Sekolah.

3. Memastikan guru guru kelas merekodkan semua butiran murid ke dalam Buku Daftar Kedatangan dengan lengkap mengikut kehendak peraturan yang terdapat pada kulit buku daftar kedatangan tersebut ( di bahagian dalam ).

4. Memastikan alamat kediaman pelajar adalah yang terkini.

5. Memastikan maklumat diri dan sekolah diperolehi secara sistematik.

6. Memastikan data murid sekolah tersimpan rapi dan mudah dikemaskinikan.

7. Membolehkan perolehan maklumat dengan kadar segera untuk sebarang tindakan.

UNIT PENDAFTARAN

Tugasan

1. Mengenal pasti kewarganegaraan pelajar yang hendak didaftar. Bagi pelajar Warga asing perlu mendapat kelulusan daripada Jabatan Pendidikan Negeri (melengkapkan borang ASR yang boleh didapati di sekolah). Setelah mendapat kelulusan daripada JPN, barulah pihak sekolah boleh mendaftarkan pelajar ini.

2. Mengemaskini maklumat murid.

3. Merekod butiran mengikut ras dan jantina.

4. Merekod semua butiran murid ke dalam buku pendaftaran induk di pejabat sekolah.

5. Merekod pertukaran keluar/masuk murid didalam Buku Pendaftaran Sekolah.

6. Mengemaskini system pendaftaran sekolah setiap tahun

7. Menentukan supaya pendaftaran semua murid dilaksanakan dengan cara sistematik.

8. Memudahkan penyemakan data dan maklumat murid dari masa ke semasa.

UNIT LEMBAGA DISIPLIN

Tugasan

1. Merangka dan menentukan dasar disiplin serta sekolah berpandukan pekeliling disiplin dan peraturan sekolah oleh Kementerian Pendidikan Dan Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Memastikan penglibatan semua guru dalam menjamin mutu disiplin yang tinggi dikalangan murid.

3. Membantu menyelesaikan masalah disiplin yang tidak dapat diselesaikan oleh pengawas.

4. Mengesan dan mengesahkan kesalahan berat yang membawa kepada hukuman penggantungan sementara atau hukuman berhenti sekolah berpandukan surat Pekeliling Ikhtisas Bil 9/75. Setiausaha Lembaga Disiplin atas nasihat Guru Besar boleh memanggil mesyuarat tergempar untuk membincangkan kes berat.

5. Mengurus kawalan disiplin sekolah dengan kerjasama Lembaga Pengawas.

6. Mewujudkan system rekod disiplin murid bagi membolehkan pemantauan berkesan dilaksanakan.

7. Berusaha menanamkan semangat cintakan sekolah dan mengamalkan prinsip prinsip Rukun Negara.

8. Menerima laporan pengawas dan seterusnya mengambil tindakan sewajarnya.

9. Menanam semangat kekitaan melalui slogan SEKOLAHKU RUMAHKU supaya kepatuhan terhadap peraturan sekolah menjadi budaya.

10. Melaksanakan hukuman disiplin dengan izin Guru Besar.

11. Memantau disiplin melalui pengawasan dan pengamatan.

12. Menyedia dan membekalkan data serta maklumat disiplin kepada Kementerian Pendidikan atau Jabatan Pendidikan Negeri dari semasa ke semasa.

13. Merancang dan melaksanakan program peningkatan kesedaran dan penghayatan disiplin dikalangan murid.

14. Membantu ibu bapa melalui kegiatan perantaraan dalam menangani masalah disiplin murid.

15. Memotivasi murid ke arah peningkatan disiplin melalui hebahan dalaman.

16. Membimbing pengawas dalam melaksanakan tugas mengawasi dan memantau disiplin murid semasa di sekolah.

17. Merancang dan melaksanakan kursus kepimpinan dan kesedaran untuk pengawas sekolah.

UNIT LEMBAGA PENGAWAS

1. Menyediakan peraturan peraturan sekolah berpandukan Pekeliling Disiplin dan Peraturan Sekolah oleh Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan Negeri.

2. Menguatkuasakan peraturan peraturan sekolah.

3. Membimbing pengawas dalam melaksanakan tugas mengawasi dan memantau disiplin semasa disekolah.

4. Memastikan pengawas pengawas sendiri mematuhi peraturan yang ditetapkan.

5. Merancang dan melaksanakan kursus kepimpinan untuk pengawas sekolah

6. Menentukan penerapan nilai nilai murni.

7. Merekod nama murid yang melanggar peraturan sekolah, dan menyerahkan kepada guru disiplin untuk tindakan selanjutnya.

8. Memberikan kerjasama dengan guru bertugas dalam menguruskan kawalan murid

9. Mengelola mesyuarat pengawas sekolah

10. Menjalankan tugas tugas lain yang diarahkan oleh Guru Besar.

UNIT SKIM PINJAMAN BUKU TEKS

Tugasan:

1. Mengedarkan borang SPBT 1/1A kepada murid dan seterusnya memastikan murid yang layak dan tidak layak untuk menerima buku teks pada setiap tahun.

2. Mengisi borang SPBT G pada awal tahun bagi murid yang meminjam buku teks. Menyediakan rekod penerimaan dan pemulangan buku teks.

3. Membahagi dan mengagihkan buku teks kepada murid yang layak pada awal tahun.

4. Menyimpan buku buku teks di tempat yang selamat.

5. Menjaga dan mengemaskini bilik SPBT.

6. Bertanggungjawab menerima bekalan buku teks dari pembekal.

7. Mengecop semua buku teks yang diterima dari pembekal dan memastikan bilangannya mencukupi.

8. Memastikan buku teks yang rosak digantikan oleh murid.

9. Menyediakan dan mengisi borang buku teks dan mengemaskini fail SPBT.

10. Mengadakan mesyuarat jawatankuasa SPBT.

11. Membuat pelupusan bagi setiap tahun bagi buku BLA.

12. Memastikan murid tahun 6 menerima borang pinjaman buku teks untuk urusan ke sekolah menengah.

13. Menerima arahan yang tertentu mengenai buku teks pinjaman dari Guru Besar.

14. Membuat pesanan buku teks dengan mengisi borang komputer BTBTR 460 bagi setiap tahun.

15. Memproses borang SPBT 1/1A pada setiap tahun dan mengedarkan surat kelayakan kepada ibu bapa.

16. Memastikan melalui guru kelas buku teks dijaga dan disampulkan.

17. Merawat buku teks (membaik pulih).

UNIT PEMILIHAN KETUA DARJAH

Tugasan:

1. Memupuk semangat kepimpinan di kalangan murid.

2. Menjana rasa tanggungjawab terhadap sekolah

3. Merealisasi keyakinan diri pada murid

4. Menjalin sikap kasih sayang di kalangan murid.

UNIT RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN DAN PROGRAM SUSU SEKOLAH

Tugasan:

1. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan makanan tambahan di sekolah.

2. Memberi taklimat tentang criteria pemilihan murid kepada guru kelas.

3. Memastikan menu yang sesuai disediakan untuk Rancangan Makanan Tambahan.

4. Memastikan kualiti susu yang diterima untuk edaran memenuhi piawaian kesihatan.

5. Menyimpan dan menyemak rekod pertumbuhan diri murid yang terbabit.

6. Mencadangkan tindakan susul terhadap kelemahan yang dikenalpasti.

7. Menyediakan tugasan harian guru dalam penyeliaan Rancangan Makanan Tambahan.

8. Mengadakan perjumpaan dengan ibu bapa murid yang terlibat untuk mendapat maklum balas tentang pertumbuhan anak tanggungan mereka.

UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING

Tugasan:

1. Menyediakan khidmat bimbingan dan kaunseling yang meliputi:

2. Menyediakan perancangan tahunan melalui perancangan strategic.

3. Mengelola program yang berkaitan mengikut program yang dirancang

4. Mengelola dan mengurus bilik bimbingan dan kaunseling.

5. Membentuk dan membimbing pasukan Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

6. Membimbing Kelab Kerjaya Sekolah.

7. Menyelaras segala hubungan luar yang berkaitan dengan bimbingan dan kaunseling.

8. Menyediakan kemudahan kajian keperluan, kaji selidik dan mengelola untuk kaji selidik.

9. Mengurus dan mengelola program khas kumpulan bermasalah (berisiko tinggi).

10. Mengurus dan mengelola program Pencegahan Dadah dan AIDS.

UNIT KECERIAAN BILIK DARJAH DAN KAKI LIMA BANGUNAN

Tugasan :

1. Membantu pihak sekolah mengawasi dan mempertingkatkan kebersihan dan keceriaan sekolah dari semasa ke ssemasa.

2. Menyediakan pelan induk landskap sekolah.

3. Merancang dan mencari penaja untuk projek kebersihan dan keceriaan seperti:

3.1 Kempen kebersihan

3.2 Pertandingan kebersihan kelas.

3.3 Pertandingan mengarang esei mengenai kebersihan

3.4 Ceramah kebersihan

3.5 Poster kebersihan

3.6 Menyediakan pokok bunga di kawasan kaki lima bangunan sekolah.

3.7 Lawatan ke sekolah atau ke tempat lain (keceriaan)

4. Mengadakan projek bersama pihak luar untuk mempertingkatkan mutu kebersihan sekolah.

5. Menguat kuasa segala arahan dan peraturan sekolah mengenai kebersihan dan keceriaan serta menyelia kerja kebersihan.

6. Mengindahkan kawasan dan bangunan sekolah

7. Menjalankan tugas tambahan yang telah ditetapkan seperti yang tercatat dalam Buku Panduan Kecerian terbitan Kementerian Pendidikan Malaysia.

UNIT PELARASAN SIJIL DAN DOKUMENTASI

Tugasan:

1. Melahirkan penghargaan dan dorongan kepada murid murid.

2. Memupuk perasaan tanggungjawab dan komitmen terhadap aktiviti yang diceburi.

3. Memberi keyakinan di atas kemampuan yang ditunjukkan.

4. Menyediakan sijil sijil berkaitan aktiviti yang dianjurkan sekolah.

UNIT LEMBAGA KEBAJIKAN SEKOLAH

Tugasan:

1. Mengenalpasti murid yang memerlukan bantuan.

2. Menghulur bantuan/sumbangan kepada murid yang kurang bernasib baik

3. Menyemai perasaan kasih sayang dan saling Bantu membantu.

4. Mengenengahkan bakat dan kreativiti murid terutama ketika menyertai pertandingan anjuran sekolah dan badan kebajikan.

UNIT KEBAKARAN DAN KECEMASAN

Tugasan:

1. KEBAKARAN

1.1 Memastikan alat pencegahan kebakaran dalam keadaan sedia pakai.

1.2 Memastikan alat pencegahan kebakaran berada di tempat yang strategik.

1.3 Merancang, mengendali latihan kecemasan dari semasa ke semasa dengan bantuan pihak berkuasa terbabit.

1.4 Menyediakan pelan laluan semasa kecemasan.

1.5 Menyediakan pelan tindakan warga sekolah semasa menghadapi kecemasan.

1.6 Melatih petugas kecemasan untuk menghadapi sebarang kecemasan.

1.7 Menghubungi pihak berkuasa untuk latihan, ceramah, dan penerangan mengenai pencegahan kebakaran dan kecemasan.

1.8 Bertindak segera jika berlaku kecemasan dan kebakaran.

2. KESELAMATAN JALAN RAYA

2.1 Mengadakan ceramah keselamatan jalan raya dengan bantuan pihak polis

2.2 Melatih murid tentang keselamatan jalan raya

2.3 Membuat laporan polis jika berlaku kemalangan jalan raya di persekitaran sekolah

2.4 Memaklumkan kepada ibu bapa murid yang terlibat dalam kemalangan jalan raya

2.5 Membantu mangsa kemalangan mendapat rawatan segera

2.6 Mencatatkan kes kemalangan yang berlaku di persekitaran sekolah atau yang melibatkan murid dan guru semasa persekolahan.

3. LAIN LAIN BENTUK KECEMASAN

3.1 Mengadakan sesi penerangan mengenai kecemasan yang sering berlaku

3.2 Menggalakan murid untuk bersiap sedia menghadapi kecemasan

3.3 Memastikan terdapat kawalan keselamatan untuk berlindung semasa kecemasan

3.4 Menyediakan pelan tindakan seluruh warga sekolah jika berlaku sebarang kecemasan

3.5 Menyediakan laporan lengkap mengenai kecemasan yang berlaku.

3.6 Berhubung dengan pihak berkuasa berkenaan jika berlaku kecemasan.

UNIT PROGRAM PINTAS

Tugasan:

1. Menbantu sekolah dalam mengurangkan dan menghapuskan masalah salah laku dan masalah sosial.

2. Mewujudkan kerjasama yang bersepadu dan sistematik antara pengurusan pendidikan dengan pelbagai pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak dalam pendidikan untuk sama sama menangani masalah murid.

3. Menjadikan program ini sebagai satu instrumen penting kepada pengurusan disiplin sekolah.

4. Mencetuskan kesedaran baru semua pihak untuk sama sama menangani masalah sosial pelajar.

UNIT LEMBAGA KANTIN SEKOLAH

Tugasan:

1. Menasihati pengusaha kantin mengenai peraturan urusan perniagaan kantin sekolah

2. Menasihati pengusaha kantin sekolah mengenai hal hal berkaitan

3. Memastikan pengusaha kantin mematuhi segala arahan dalam pekeliling Kementerian Pendidikan mengenai pengurusan sekolah.

4. Memastikan penyediaan menu mengikut perjanjian yang dibuat.

5. Memastikan semua jenis makanan dan minuman DITANGGUNG HALAL .

6. Memantau amalan kebersihan keseluruhan pengurusan kantin

7. Memastikan semua kakitangan kantin telah menerima pengesahan kesihatan.

8. Memastikan semua kakitangan berpakaian kemas dan mengikut peraturan pakaian.

9. Menentukan keselamatan dan kebersihan makanan setiap masa.

10. Menjadi pengantara dengan pihak kantin pada hari hari jualan di kantin

11. Memastikan makanan yang disediakan mencukupi

12. Memastikan tempat duduk disediakan mencukupi.

UNIT RAWATAN DAN KESIHATAN

Tugasan:

1. Menyediakan maklumat mengenai penjagaan diri.

2. Mendapatkan bahan mengenai penjagaan kesihatan diri untuk paparan.

3. Berhubung dengan Jabatan Kesihatan / Pusat kesihatan setempat untuk memberi penerangan mengenai penjagaan kesihatan diri.

4. Melatih murid bertanggungjawab untuk memberi rawatan kecemasan.

5. Melatih murid untuk menjaga bilik rawatan dan memberi rawatan kecemasan.

6. Melapor kepada Guru Penolong Kanan HEM mengenai sebarang kes sakit di kalangan murid

7. Memastikan peti ubat kecemasan sentiasa berada dalam keadaan sempurna.

8. Memastikan peti ubat kecemasan tidak mengandungi ubat berbahaya

9. Menguruskan kes sakit yang memerlukan rawatan lanjut ke pusat kesihatan/hospital.

10. Memaklumkan kepada ibu bapa murid terbabit kes sakit di sekolah.

11. Mengendalikan pameran dan ceramah penjagaan kesihatan diri.

UNIT KHAS PENDIDIKAN DAN PENCEGAHAN DADAH

Tugasan:

1. Menjemput pihak Biro Narkotik atau Agensi Dadah Kebangsaan memberi penerangan sambil membuat pameran tentang jenis jenis dadah dan yang sejenis denganya. Tindakan yang patut diambil sekiranya terdapat rakan sekolah yang terjebak dengan kegiatan ini, dan bagaimana murid sekolah boleh membantu rakan dan masyarakat setempat menjauhi kegiatan ini.

2. Guru sentiasa mengikuti perlakuan murid yang disyaki dengan pengambilan bahan najis ini, dan menghantar murid ini ke Unit Kaunseling.

3. Menggalakkan setiap individu warga sekolah ini memainkan peranan dan bertanggungjawab sebagai rakan mesra apabila menyedari ada dikalangan rakannya yang berkelakuan yang boleh meragukan.