pengarca raja shariman

16
1.0 Objektif Kajian Tokoh Seni Malaysia Objektif kajian saya merangkumi kajian-kajian terhadap pelukis Malaysia iaitu Raja Shahriman Bin Raja Aziddin yang merupakan seorang pengarca yang terkenal dalam arca besi. Tujuan saya mengkaji tokoh ini disebabkan kerana beliau menghasilkan arca besinya dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah penghasilan keris dalam arcanya. Raja Shahriman berjaya menghasilkan semua karyanya hanya menggunakan tulang empat kerat serta hasil seni tempanya tidak dibantu dengan teknologi moden. Objektif kajian ini juga dilaksanakan memfokuskan kepada profil tokoh serta menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sejarah perkembangan seni visual di Malaysia dengan menyediakan sebuah penulisan esei tentang tokoh Raja Shahriman Bin Raja Azidin dalam memberi sumbangan beliau terhadap seni visual di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan dengan menghayati dan membuat apresiasi terhadap karya- karya arca besi oleh beliau seperti, ciri-ciri arca, bahan yang digunakan, idea penghasilan, teknik dan kaedah penghasilan, tema arca dan mesej yang ingin disampaikan oleh beliau melalui bentuk-bentuk besi yang dihasilkan. 2.0 Kaedah Kajian Tokoh Seni Malaysia Saya telah menggunakan beberapa kaedah untuk membuat kajian terhadap pengarca iaitu Raja Shahriman bin Raja Aziddin, antara kaedah yang digunakan oleh saya ialah kaedah sumber utama iaitu melalui temu bual dengan beliau, kaedah ini digunakan oleh saya supaya segala bahan dan maklumat yang diperolehi oleh saya adalah bernas dan berupaya menampilkan profil tokoh yang pilih. Segala persoalan dalam menyediakan penulisan esei ini dapat dijawab melalui kaedah temu bual ini seperti kaedah penghasilan arca dan mesej yang ingin disampaikan oleh beliau dalam setiap siri arcanya. Seterusnya saya juga menggunakan kaedah perbincangan dengan beliau dengan menyediakan beberapa soalan untuk mengukuhkan kefahaman saya. Kaedah ini digunakan untuk mendapat pandangan atau buah fikiran Raja Shahriman dalam sepanjang proses penghasilan arcanya terutamanya dalam pemilihan bahan besi, pemilihan tema dan bentuk arca dalam penghasilan, idea lakaran yang dihasilkan dan pengalaman beliau sepanjang penghasilan arca. Kaedah mengumpul dan menganalisis dokumen juga digunakan oleh saya sebagai panduan rujukan saya dalam penyediaan penulisan tugasan ini. Saya telah 1

Upload: vener-js

Post on 24-Nov-2015

1.680 views

Category:

Documents


31 download

DESCRIPTION

raja shariman

TRANSCRIPT

1.0 Objektif Kajian Tokoh Seni MalaysiaObjektif kajian saya merangkumi kajian-kajian terhadap pelukis Malaysia iaitu Raja Shahriman Bin Raja Aziddin yang merupakan seorang pengarca yang terkenal dalam arca besi. Tujuan saya mengkaji tokoh ini disebabkan kerana beliau menghasilkan arca besinya dengan menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah penghasilan keris dalam arcanya. Raja Shahriman berjaya menghasilkan semua karyanya hanya menggunakan tulang empat kerat serta hasil seni tempanya tidak dibantu dengan teknologi moden. Objektif kajian ini juga dilaksanakan memfokuskan kepada profil tokoh serta menguasai kemahiran mencari, mengumpul, merekod dan menganalisis maklumat tentang sejarah perkembangan seni visual di Malaysia dengan menyediakan sebuah penulisan esei tentang tokoh Raja Shahriman Bin Raja Azidin dalam memberi sumbangan beliau terhadap seni visual di Malaysia. Kajian ini dilaksanakan dengan menghayati dan membuat apresiasi terhadap karya-karya arca besi oleh beliau seperti, ciri-ciri arca, bahan yang digunakan, idea penghasilan, teknik dan kaedah penghasilan, tema arca dan mesej yang ingin disampaikan oleh beliau melalui bentuk-bentuk besi yang dihasilkan.

2.0 Kaedah Kajian Tokoh Seni MalaysiaSaya telah menggunakan beberapa kaedah untuk membuat kajian terhadap pengarca iaitu Raja Shahriman bin Raja Aziddin, antara kaedah yang digunakan oleh saya ialah kaedah sumber utama iaitu melalui temu bual dengan beliau, kaedah ini digunakan oleh saya supaya segala bahan dan maklumat yang diperolehi oleh saya adalah bernas dan berupaya menampilkan profil tokoh yang pilih. Segala persoalan dalam menyediakan penulisan esei ini dapat dijawab melalui kaedah temu bual ini seperti kaedah penghasilan arca dan mesej yang ingin disampaikan oleh beliau dalam setiap siri arcanya. Seterusnya saya juga menggunakan kaedah perbincangan dengan beliau dengan menyediakan beberapa soalan untuk mengukuhkan kefahaman saya. Kaedah ini digunakan untuk mendapat pandangan atau buah fikiran Raja Shahriman dalam sepanjang proses penghasilan arcanya terutamanya dalam pemilihan bahan besi, pemilihan tema dan bentuk arca dalam penghasilan, idea lakaran yang dihasilkan dan pengalaman beliau sepanjang penghasilan arca. Kaedah mengumpul dan menganalisis dokumen juga digunakan oleh saya sebagai panduan rujukan saya dalam penyediaan penulisan tugasan ini. Saya telah mengumpulkan maklumat yang penting seperti sejarah atau biodata beliau dan contoh gambar karya-karya yang dihasilkan oleh beliau.3.0 Sejarah Pengarca Raja Shahriman Bin Raja AziddinRaja Shahriman merupakan seorang pengarca besi yang dilahirkan pada tahun 1967 di Kuala Kangsar, Perak. Beliau mempunyai berkelulusan dari Sekolah Seni Halus, Universiti Teknologi MARA (UiTM) pada tahun 1990 dengan ijazah dalam Seni Halus (Majoring in sculpture). Selepas penamat pengajian pada tahun 1990, beliau telah melanjutkan pelajaran dengan mendalami ilmu dengan memperlajari seni bertukangan besi tradisional daripada tukang-tukang keris di Kuala Kangsar. Pada tahun 1994, selepas tiga tahun mengajar di Institut Seni, beliau telah mengambil keputusan berpindah ke kampung halamannya untuk menjadi pengarca sepenuh masa dan memulakan dengan bengkal kecil iaitu bengkal arca yang mana beliau telah berkarya daripada tahun 1994 sehingga sekarang. Beliau adalah seorang pengarca yang prolifik yang sentiasa komited dengan penggunaan bahan besi dengan idea-idea baru yang menyumbang kepada dunia seni visual kontemprori. Sehingga kini, Raja Shahriman telah menghasilkan hampir 200 ukiran dalam tempoh 22 tahun. Melalui siri-siri arca yang dramatik dan beliau kerap mewakili Malaysia dalam pameran-pameran utama seni di peringkat dunia.

Rajah 1: Bengkal penghasilan arca besi, Kuala Kangsar, Perak.

4.0 Apresiasi Arca Besi Raja ShahrimanMelalui temu bual, beliau mengatakan bahawa seni arca ini merupakan seni berbentuk 3-dimensi (3D), seni 3-dimensi ini di mana kita membuat arca ini kita dapat bukan sekadar ilusi sahaja. Menurut beliau, seni arca merupakan seni yang paling diminati terutamanya dalam seni arca besi. Bagi beliau, besi merupakan sejenis bahan yang sesuai untuk meluahkan hasil seninya atau ideanya dengan besi. Bahan besi ini mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ia mudah dibentuk dengan teknik tempa. Besi juga merupakan bahan asas untuk senjata tradisional masyarakat Melayu. Saiz ketebalan besi yang biasa digunakan oleh beliau adalah 5 mm dan 6 mm dalam penghasilan arca. Secara umumnya, saya mendapati bahawa beliau gemar menggunakan bentuk figura manusia dalam mencipta arca beliau. Sebagai contohnya, dalam arca siri Gerak Tempur (2008), pengamatan terhadap objek nyata iaitu figura manusia diterjemahkan ke dalam arca dengan penggunaan bahan bahagian-bahagian besi dari jentera, mesin dan sebagainya. Dari aspek penghasilan, kebanyakan arca yang dihasilkan oleh beliau menggunakan sejata tradisi seperti penggunaan subjek matter keris dan pedang dalam arca. Selain itu, beliau juga gemar menggunakan subjek matter lebih kepada sejata modern untuk melambangkan abab ke-21 iaitu keadaan peperangan pada zaman kini. Konsep yang diketengahkan oleh beliau ialah peperangan yang mana ia menggunakan kepingan besi seperti serpihan bom dan besi berbentuk peluru untuk disatukan menjadi arca. Elemen serpihan bom digambarkan dengan kepingan besi yang bersifat keras, tajam dan ganas yang membawa kepada kemusnahan manakala elemen peluru pula mewakili senjata pemusnah. Arca-arca tersebut dihasilkan dengan pelbagai-bagai watak dan gambaran yang tersendiri di mana merujuk kepada sifat ego manusia dan juga ada yang memaparkan kesan peninggalan daripada kisah peperangan yang terjadi.Dalam arca siri Api, bayangan dan kemenyan (2008), beliau telah menggunakan bentuk bebas dalam arca ini iaitu tidak berlandaskan kepada subjek matter yang khusus. Siri Api, Bayangan dan Kemenyan tiada merujuk kepada subjek kajian tertentu dan ia merupakan ekspresi beliau kepada bentukan abstrak tersebut. Dalam arca ini, penggunaan bahan besi dari jentera yang amat minimum dan cantuman dengan besi yang dibentuk untuk mendapatkan imej yang dikehendaki. Bahan sedia ada yang terhad digunakan semula untuk membentuk besi mengikut keperluan penciptaan baru. Dalam arca besi ini juga, Api merujuk kepada satu sumber dari kehadiran cahaya yang saya gunakan sebagai simbol kepada pandangan yang zahir. Melalui adanya cahaya yang zahir itu, ia menterjemahkan bentuk, warna, dan ruang melalui deria mata. Bayangan sebagai simbol kepada penglihatan yang batin. Ia menterjemahkan kepada rasa, (suka, tenang, gembira, sedih dan sebagainya) dan suasana melalui akal dan hati. Contohnya, setiap orang walaupun melihat kepada satu objek yang sama mempunyai bayangan yang berbeza. Kemenyan sebagai simbol kepada upacara yang hadir dari kepercayaan individu, kumpulan, masyarakat dan sebagainya. Ia adalah kerana semua manusia hidup dalam upacara yang tersendiri.

Rajah 2: Arca Api, bayangan dan kemenyan (2008)

5.0 Cara Penghasilan Arca oleh Raja ShahrimanMelalui temu bual dan perbincangan dengan beliau, saya mendapati bahawa apabila membuat arca, beliau dapat mengaitkan dengan seni besi, seni bertukang besi iaitu seni keris merupakan satu bidang yang amat digemari oleh beliau kerana ia dikagumi dengan nilai estetik keris. Beliau telah mengaplikasi seni keris tradisional dalam mencipta hasil karyanya iaitu arca besi. Dalam penghasilan sesuatu arca, beliau banyak menggunakan tangan, beliau telah menggunakan teknik-teknik tradisional iaitu teknik-teknik tempa besi seperti cara pembuatan keris dan mengaplikasi dalam penghasilan arca 3-dimensi ini. Raja Shahriman berjaya menghasilkan semua karyanya hanya menggunakan tulang empat kerat serta hasil seni tempanya tidak dibantu dengan teknologi moden. Pembuatan arca yang dihasilkan adalah inspirasi daripada serpihan logam tinggalan perang. Daripada kepingan logam, Raja Shahriman membentuk ukiran, memotong, mengasah dan menstruktur semula setiap kepingan dengan tangan menggunakan api kimpalan oksisatilena sehingga terbentuk arca akhir.Sebelum memulakan penghasilan arca, beliau akan membuat experimentasi banyak bahan dan membuat lakaran terdahulu sebagai panduan dalam pembinaan arca. Bahan logam yang dipilih, biasanya mempunyai ketebalan saiz 5 mm dan 6 mm akan digunakan untuk menghasilkan arca tersebut. Selepas itu, beliau akan melukis bentuk geometri yang tidak tetap iaitu bebas dan sesuai berdasarkan arca yang akan dibentuk pada kepingan besi tersebut.Seterusnya, beliau akan memulakan proses memotong dengan menggunakan oxy-acetylene flame cutter iaitu bahan api untuk memotong dan mendapat setiap bahagian bentuk yang dilakar tadi. Menurut beliau, dalam proses memotong juga memerlukan free-hand cutting untuk memotong kepingan besi. Untuk menguasai proses memotong ini juga memerlukan latihan untuk mendapat kesempurnaan pemotongan kepingan besi. Selepas memotong, dalam proses membengkok atau melenturkan besi memerlukan proses tempa dengan penggunaan alatan khas. Setiap besi yang perlu ditempa perlu dibakar sehingga besi tersebut menjadi merah. Dalam keadaan yang sama, keluar besi yang dibakar merah itu dengan menggunakan hand forged untuk membentuk besi yang diingi. Cara ini tidak boleh menggunakan mersin kerana proses ini memang memerlukan tempa tangan secara tradisional. Beliau menyatakan bahawa proses ini adalah memcabar dan memerlukan masa dan tenaga yang banyak untuk melakukannya.Setiap besi yang siap ditempa akan disusun di atas lantai sebelum mencatum setiap kepingan besi tersebut seolah-olah proses puzzle. Untuk mencantum bahagian-bahagian besi, beliau telah menggunakan proses welding iaitu kimpalan besi. Tates welding iaitu cantuman ringkas akan digunakan sebelum full welding, tujuan untuk memastikan bahagian-bahagian yang dicantum tersebut dalam keadaan yang sesuai serta tiada perubahan maka full welding akan digunakan untuk mencantum kuat antara besi dengan besi. Seterusnya, sand-blasting juga akan digunakan untuk menghilangkan bahagian kesan-kesan pembakaran pada permukaan besi. Pada proses terakhir iaitu kekemasan bertujuan untuk membersikan permukaan besi dan mengecat arca yang siap dibentuk.

6.0 Karya-karya Raja Shahriman dan Sumbangannya Pada 3 November 2009, perasmian sebuah pameran solo ke-6 oleh Raja Shahriman iaitu Rentak Abad Ke-21, Monolog-Monolog Raja Shahriman. Dalam pameran ini, merangkumi 20 arca baru berskala besar, 45 lukisan dan 15 catan berkonsep peperangan yang menonjolkan sifat semula jadi manusia, cenderung untuk terbabit dalam konflik kehidupan. Terdapat juga tayangan umum video proses penghasilan arca oleh Raja Shahriman terbitan Pelita Hati House of Art. Meneliti karya-karya beliau yang terbaharu mempunyai inovasi tersendiri. Bahan besi yang keras terlihat seumpama plastik yang lembut. Itulah keistimewaan Raja Shahriman yang bijak menempa besi yang panas dengan membentuk alunan-alunan sebagai imej figuratif kepahlawan. Berdasarkan temu bual, Raja Shahriman mengungkap idea menggunakan kepingan frangmen peperangan seperti serpihan bom dan peluru untuk mereka arcanya. serpihan bom adalah simbol kemusnahan sementara peluru mewakili senjata pemusnah. Struktur elemen arcanya berdasarkan bentuk serpihan bom yang bersifat keras, tajam dan ganas. Namum karya dalam Rhythm of 21st Century sebenarnya bukanlah mengenai tindak tanduk peperangan itu sendiri tetapi sebaliknya ia adalah tentang sebahagian daripada sifat kemanusiaan'.Beliau menjelaskan bahawa manusia mempunyai kemampuan untuk membina, menghancur dan kemudian membina semula, di samping menggunakan saki baki daripada kemusnahan hanya untuk dihancurkan semula. Beliau mengharapkan karya arca yang dihasilkan mampu membawa khalayak memahami sifat dalaman manusia yang angkuh, menggunakan senjata untuk menakluk dan memperoleh kuasa sehingga menyebabkan kerosakan alam sekitar dan akhirnya memusnahkan manusia sendiri. Beliau menyatakan bahawa idea siri arca ini tercetus daripada melihat lakaranya pada tahun 1989, idea asas ini telah wujud tetapi beliau tidak dapat menghasilkanya kerana telah mengalami masalah teknikal pada masa itu. Untuk menghasilkan arca besi ini, beliau telah membuat banyak eksperimentasi banyak bahan dan penggunaan teknik yang sesuai untuk mengolah bahan tersebut.Pada umumnya bentuk-bentuk arca yang dihasilkan oleh Raja Shariman memberi satu mesej kekuasaan, kewajaan, keangkuhan, kepahlawan dan kuasa. Apa yang saya perhatikan mesej Raja Shahriman adalah suatu kritikan sosial yang berani di mana situasi dunia dalam abad ke-21 memperlihatkan kuasa peperangan menjadi faktor penyelesaian masalah politik dunia. Bentuk-bentuk figura arca yang digambarkan oleh Raja Shahriman memperlihatkan simbol keangkuhan, kegagahan dan kewiraan. Lambang peluru yang dibelit badan melambangkan kuasa senjata untuk menyelesaikan masalah antara manusia. Ini jelas digambarkan melalui arca instalasi dua figura berhadapan dengan serpihan bom. Secara keseluruhannya, apa yang cuba ditonjolkan oleh Raja Shariman alah sifat kemanusia walaupun pada asasnya beliau menggunakan subjek dan bahasa peperangan sebagai intipati setiap karya tersebut. Berikut adalah contoh siri arca Rentak Abad Ke-21 :

Artist : Raja ShahrimanTitle : Wira PerkasaSize : 42cm x 94 cm x 100 cmMedium : Forged, fabricated & painted steel & wood.Year : 2008

Artist : Raja ShahrimanTitle : Gejolak ApiSize : 170 cm x 80 cm x 233 cmMedium : Forged, fabricated & painted steelYear : 2008

Artist : Raja ShahrimanTitle : Cengkaman PenaklukSize : 75 cm x 60 cm x 99 cmMedium: Forged, fabricated & painted steelYear : 2008

Artist : Raja ShahrimanTitle : Panji HitamSize : 77 cm x 33 cm x 80 cmMedium: Forged, fabricated & painted steelYear : 2009

Artist : Raja ShahrimanTitle : Panglima GarangSize : 67 cm x 100 cm x 142 cmMedium : Forged, fabricated & painted steelYear : 2008

Seterusnya, Kemelut dan krisis yang dihadapi masyarakat abad ke-21 akibat peperangan fizikal dan psikologikal menjadi tema utama Pameran Solo terbaru oleh Raja Shahriman Raja Aziddin iaitu Kemelut Zaman. Beliau telah menggabungkan unsur tradisional dan moden dalam menterjemahkan definisi perang dalam konteks Kemelut Zaman, pameran yang menampilkan 30 karya yang terdiri daripada arca, catan dan lakaran itu sendiri adalah kesinambungan daripada siri sebelumnya, iaitu Rhythm of the 21st Century. Bagi siri Rhythm of the 21st Century mengetengahkan manusia, senjata dan perang sebagai subjek utama untuk menyampaikan mesej kepada pengunjung manakala bagi siri Kemelut Zaman mengekalkan tema perang tetapi dalam konteks berbeza, iaitu mengetengahkan elemen peralatan tradisional yang disertai peluru sebagai simbolik unsur pemusnah bagi menggambarkan unsur tradisi yang menuju titik kemusnahan kesan daripada peperangan. Dalam meneroka bentuk baru, Raja Shahriman telah berubah alat muzik, budaya dan objek tradisional menjadi kepingan moden, menarik dan mempunyai estetika seni yang akan kekal relevan sepanjang masa. Dalam pelbagai arca yang dihasilkan oleh beliau, ukiran arca dalam siri Kemelut Zaman bukan sahaja mengesahkan kemahiran dan ketukangan Raja Shahriman, tetapi juga menunjukkan kreativitinya sebagai pelukis kontemporari. Meneliti karya beliau, beliau telah banyak menggunakan elemen peluru dalam penghasilan arca dan hampir setiap semua karyanya, persepsi utama yang bermain di fikiran pastinya tema yang diangkat berkaitan dengan peperangan seperti yang dialami negara bergolak. Namun, sebenarnya ia bukan sekadar itu saja, sebaliknya Raja Shahriman bijak menggarap situasi perang berkenaan dalam percubaan untuk meluahkan rasa hatinya mengenai kemelut yang dihadapi oleh masyarakat era kini akibat kemusnahan yang dicipta mereka sendiri. Melalui temu bual juga, beliau mengatakan bahawa Kemelut Zaman adalah sebagai simbolik kesan daripada peperangan tetapi bukan saja seperti yang selalu kita tonton dalam berita di televisyen, sebaliknya ia merangkumi peperangan daripada segi psikologikal. Misalnya, kesan daripada arus pemodenan dengan kehadiran pelbagai peralatan dan teknologi canggih secara tidak langsung akan menghakis unsur tradisi seperti cara hidup dan budaya. Raja Shahriman juga berkata bahawa elemen peluru dikekalkan sebagai simbolik unsur pemusnah bagi menyampaikan mesej dengan lebih jelas. Jika diteliti, banyak kesan yang diterima akibat daripada peperangan fizikal dan psikologikal ini, antaranya perubahan cara hidup, seni muzik dan permainan tradisional. Lebih ketara ia memberi kesan kepada tingkah laku dan cara pemikiran seseorang, sekali gus mendorong beliau meluahkan ideanya ke dalam siri Kemelut Zaman, katanya.

Artist : Raja ShahrimanTitle : GeneralMedium: Metal-forged & fabricatedYear : 2011Berdasarkan arca di atas, karya General yang dianggap mahakarya oleh Raja Shahriman, digambarkan sebagai seorang ketua yang angkuh dan ingin menguasai. beliau telah menggunakan rokok dan tin minuman Coca-Cola sebagai perlambangan negara Amerika yang ingin mendominasi dan menakluki dunia sehingga sanggup melakukan apa saja termasuk berperang.

Artist : Raja ShahrimanTitle : Sabungan Abad 21Size : 64 x 32 X 127 cmMedium: Metal-forged & fabricatedYear : 2011

Karya Sabungan Abad 21 pula mengetengahkan bentuk congkak dengan bahagian kepalanya dibentuk menyerupai ayam sabung cukup jelas menghantar mesej tersirat untuk tatapan pengunjung. Mesejnya cukup ringkas, iaitu sentiasa berwaspada kerana kawan sepermainan tidak mustahil bertukar menjadi musuh suatu hari nanti, selain mesej yang boleh dikutip adalah permainan tradisi itu semakin terhakis dengan kehadiran permainan yang jauh lebih canggih. Selain itu, terdapat satu karya beliau tanpa menggunakan subjek matter peluru ialah arca Khalifah, arca ini digambarkan sebagai seorang lelaki memegang tongkat di tangan, sekali gus menjadikan arca ini sebagai simbolik kehadiran khalifah atau ketua yang bertanggungjawab mencipta perdamaian tanpa menggunakan kekerasan. Meneliti lebih lanjut arca itu, simbol burung di atas tongkat pula boleh ditafsirkan sebagai simbolik keamanan dan kebebasan buat manusia sejagat. Contoh arca Khalifah (2011):

Artist : Raja ShahrimanTitle : KhalifahSize : 48 x 70 X 121 cmMedium: Metal-forged & fabricatedYear : 2011

Selain General, Sabungan Abad 21 dan Khalifah, karya lain seperti Irama Abad 21, Jeritan Abad 21, Pekaka Abad 21, Gembala Abad 21 dan Pertarungan Terhebat pastinya tidak gagal mencuri tumpuan pengunjung kerana kehalusan dan keunikan tersendiri dalam menyampaikan mesej. Apa yang pasti, siri Kemelut Zaman adalah harapan terbaik Raja Shahriman dalam memartabatkan seni budaya tradisional dalam sentuhan moden dan kontemporari. Contoh siri arca Kemelut Zaman seperti berikut:

Artist : Raja ShahrimanTitle : Jeritan Abad 21Size : 76 X 86 X 40 cmMedium: Metal-forged & fabricatedYear : 2011

Artist : Raja ShahrimanTitle : Gembala Abad 21Size : 190 X 40 X 25 cmMedium: Metal-forged & fabricatedYear : 2011

Beliau telah meletakkan kepala haiwan di atas wajah manusia untuk melambangkan bagaimana manusia menggunakan sifat jijik untuk menakluk manusia lain. Perkara ini berlaku mengizinkan binatang untuk mengawal dunia.

Artist : Raja ShahrimanTitle : Irama Abad 21Size : 123 X 50 X 56 cmMedium: Metal-forged & fabricatedYear : 2010Berdasarkan arca diatas iaitu Irama Abab 21, yang diterjemahkan bermakna muzik abad ke-21, beliau telah mengaitkan bentuk gitar dengan bentuk manusia dan menambah imej burung nuri untuk melambangkan orang-orang yang bercakap tetapi tidak tahu apa yang mereka katakan. Ini berfungsi sebagai peringatan bahawa kemahiran bercakap yang tidak cekap boleh membawa kepada huru-hara, konflik, peperangan dan gangguan.

Di samping itu, Raja Shahriman juga memberi sumbangan dalam penghasilan catan. Catan yang dihasilkan oleh beliau juga berkonsep peperangan iaitu selaras dengan fungsi arca beliau. Berikut merupakan contoh catan raja Shahriman:

Artist : Raja ShahrimanTitle:"Kemelut Perjuangan 10" Medium: Ink & Acrylic on Canvas Dimensions: 38"x 53"

Artist: Raja Shahriman b. Raja AziddinTitle: Kemekut Perjuangan 8Medium : Mixed media on canvasSize: 96 x 134 cmYear: 2009KesimpulanSecara keseluruhanya melalui kajian saya terhadap Raja Shahriman, beliau telah banyak menghasilkan arcanya dengan menggunakan bahan besi kerana bahan ini merupakan bahan yang amat sesuai untuk beliau meluahkan idea. Beliau mempunyai kemahiran yang tinggi dalam penghasilan arca terutamanya beliau masih kekal menggunakan kaedah tradisional iaitu kaedah penghasilan keris dengan tempahan besi melalui teknik hand forged. Ini merupakan satu proses yang amat mencabar dan memerlukan tenaga dan masa yang banyak.Dalam tugasan ini juga, saya telah lebih mengenali lebih mendalam tentang tokoh Raja Shahriman terumatanya ciri-ciri bentuk arca serta keunikan arcanya berbanding dengan pengarca-pengarca yang lain. Meneliti karya-karya beliau yang terbaharu mempunyai inovasi tersendiri. Bahan besi yang keras terlihat seumpama plastik yang lembut. Itulah keistimewaan Raja Shahriman yang bijak menempa besi yang panas dengan membentuk alunan-alunan sebagai imej figuratif kepahlawan. Pada umumnya bentuk-bentuk arca yang dihasilkan oleh Raja Shariman memberi satu mesej kekuasaan, kewajaan, keangkuhan, kepahlawan dan kuasa. Seterusnya, arca beliau telah beralir kepada konsep peperangan dan kemusnahan. Di sebaliknya beliau cuba menyampaikan mesej mengenai sifat kemanusiaan.Boleh dikatakan hampir semua karya arca yang dihasilkan terbaru ini banyak menggunakan elemen peluru sebagai satu simbol pemusnah. Siri arca seterusnya telah diserapkan unsur tradisional dan moden dalam menterjemahkan definisi perang dalam konteks Kemelut Zaman, bagi menggambarkan unsur tradisi yang menuju titik kemusnahan kesan daripada peperangan. Melalui contoh-contoh karya yang dihasilkan oleh beliau, saya dapat memahami bahawa beliau telah menggunakan arca sebagai satu bahan melambangkan buah fikiran beliau dalam menyampaikan mesej kepada khalayak secara tidak langsung. Arca yang dihasilkan oleh beliau mempunyai maknanya tersendiri dan menunjukkan kecekapan beliau dalam menyampai mesej yang tersirat.Sesungguh hebat bakat pada Raja Shahriman yang mempunyai identiti tersendiri sebagai seorang arcawan negara. Beliau sudah sebati dengan sifat-sifat besi dan dapat menguasai dan melembutkan besi seperti yang terlihat pada arca-arcanya. Itulah seorang seniman yang tulin. Bukan sekadar mencurahkan idea malah beliau menguasai bahan yang digunakan.RujukanSumber Utama:Temu bual dengan Raja Shariman Bin Raja Aziddin pada 7 Februari 2014.

Bahan buku:Raja Shahriman Raja Aziddin (2012), Kemelut Zaman, Pelita Hati Sdn Bhd,Kuala Lumpur, Malaysia

Zailani Yaacob & Azimah A. Samah (2006), Pendidikan Seni Visual KBSM,percetakan Polygrahicphic (M) Sdn. Bhd., selangor Darul Ehsan.

Bahan Internet:

Raja Shahriman b Raja Aziddin (2008), dilayari pada 17/2/2014 dari lamanweb: https://www.facebook.com/pages/Raja-Shahriman-b-Raja-Aziddin/16484193404?sk=wall

Nur Hanim Mohamed Khairuddin (2009), Raja Shahriman: Killing tools, dancingwarriors , dilayari pada 17/2/2014 dari laman web: Raja Shahriman b Raja Aziddin

Pelita hati, Biodata-Raja Shahriman b. Raja Aziddin (2010), dilayari pada 25/2/2014dari laman web: http://www.pelitahati.com.my/2010/09/01/biodata-raja-shahriman-b-raja-aziddin/

Zainon Abdullah (2010), Studio Raja Besi : Raja Shahriman, dilayari pada 25/2/2014 http://zainonabdullah.blogspot.com/2010/04/studio-raja-besi-raja-shahriman.html 16