semangat patriotisme _pelajar_

2
Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk memupuk semangat ini.Jelaskan. Pendahuluan ******************** Usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui penerapan nilai murni iaitu mencintai negara yang disemai melalui pendidikan.Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Islam dan Moral, sukatan pelajaran ini sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur menghayati negara tercinta. Subjek sejarah adalah antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan dan jatuh bangun sesebuah negara itu, justeru pejuang-pejuang terdahulu akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan cinta akan tanah tumpah darah mereka. Selain itu, sejarah perjuangan tokoh-tokoh untuk menjadikan bangsa yang berdaulat wajar menyuntik kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . Generasi muda akan berasa bertuah dilahirkan di negeri sendiri. Peribahasa ada menyatakan tak jauh seluang melaut akhirnya balik ke muara menggambarkan betapa jauh dan lama seseorang itu merantau akan balik ke pangkal ibu pertiwi.Oleh itu, perasaan patriotik seyogianya tidak laput dek hujan, tidak lekang dek hujan untuk menjana individu yang lebih luhur peribadinya dan bersahsiah tinggi. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani hendaklah dijadikan teras paksi. Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Guru ialah individu yang wajar berada di garisan paling hadapan untuk melaksanakan tugas berat ini. Oleh itu, guru wajar mempersiapkan diri mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. Guru wajar mengelak daripada terdedah kepada elemen yang negatif kerana semua pembawaan personaliti mereka dirujuk oleh pelajar-pelajar, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.

Upload: chin1828

Post on 30-Jun-2015

1.759 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Semangat Patriotisme _Pelajar_

Pelbagai langkah perlu dijalankan untuk memupuk semangat patriotik dalam kalangan pelajar. Pada pandangan anda apakah cara-cara yang boleh dijalankan oleh pihak sekolah untuk memupuk semangat ini.Jelaskan.

Pendahuluan ******************** Usaha utama untuk melaksanakan wadah ini adalah melalui penerapan nilai murni iaitu mencintai negara yang disemai melalui pendidikan.Melalui beberapa subjek seperti Pendidikan Sejarah, Bahasa Melayu, Sivik dan Kenegaraan, Pendidikan Islam dan Moral, sukatan pelajaran ini sewajarnya diterapkan dengan unsur-unsur menghayati negara tercinta. Subjek sejarah adalah antara yang relevan untuk mendidik pelajar mengenali asal-usul pembentukan dan jatuh bangun sesebuah negara itu, justeru pejuang-pejuang terdahulu akan menjadi sumber inspirasi untuk mengajak generasi pelajar supaya lebih sayang dan cinta akan tanah tumpah darah mereka. Selain itu, sejarah perjuangan tokoh-tokoh untuk menjadikan bangsa yang berdaulat wajar menyuntik kesedaran kepada generasi pelajar supaya mereka insaf bahawa di mana bumi dipijak di situ langit dijunjung dan hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri . Generasi muda akan berasa bertuah dilahirkan di negeri sendiri. Peribahasa ada menyatakan tak jauh seluang melaut akhirnya balik ke muara menggambarkan betapa jauh dan lama seseorang itu merantau akan balik ke pangkal ibu pertiwi.Oleh itu, perasaan patriotik seyogianya tidak laput dek hujan, tidak lekang dek hujan untuk menjana individu yang lebih luhur peribadinya dan bersahsiah tinggi. Falsafah Pendidikan Negara (FPN) yang berteraskan pendidikan yang menyeluruh dan bersepadu untuk membentuk pelajar yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani hendaklah dijadikan teras paksi. Falfasah ini sekiranya dihayati dan diimplementasikan dengan penuh iltizam sudah pasti akan dapat membentuk insan yang cukup ideal terhadap dirinya sendiri. Satu daripada caranya adalah dengan memberikan penekanan tentang proses pemupukan semangat patriotik dari bangku sekolah lagi. Perkara ini membolehkan semangat patriotik sebati dalam diri pelajar seperti kata peribahasa Melayu, “melentur buluh, biarlah dari rebungnya”. Sekiranya semangat patriotik dapat dipupuk sejak kecil, sudah tentulah semangat patriotik akan terus diamalkan dan dikekalkan hingga dewasa. Guru ialah individu yang wajar berada di garisan paling hadapan untuk melaksanakan tugas berat ini. Oleh itu, guru wajar mempersiapkan diri mereka agar menjadi insan yang tanpa cacat cela untuk diteladani oleh para pelajar. Guru wajar mengelak daripada terdedah kepada elemen yang negatif kerana semua pembawaan personaliti mereka dirujuk oleh pelajar-pelajar, ibarat guru kencing berdiri, pelajar kencing berlari. Oleh itu, setiap guru hendaklah menjadikan kandungan FPN sebagai doktrin rujukan mereka yang utama dalam hal mendidik. Pihak yang bertanggungjawab hendaklah menjalankan kempen secara besar-besaran melalui media massa. Kempen-kempen yang berkaitan dengan semangat patriotik ini akan memberikan kesedaran kepada masyarakat tentang kepentingan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat di negara kita Oleh itu, Kementerian Penerangan Malaysia, di samping media elektronik seperti televisyen dan radio memang berkesan untuk menyuburkan dan meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat. Dengan perkataan lain, televisyen dan radio hendaklah menyiarkan rancangan atau program yang dapat meningkatkan semangat patriotik seperti menyiarkan rencana tentang pejuang-pejuang kemerdekaan negara. Selain itu media elektronik itu juga hendaklah menayangkan filem seperti “Bukit Kepong”, “Paloh”, dan drama-drama yang berkaitan dengan semangat cinta akan negara. Agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab pula perlulah menjalankan aktiviti yang bersesuaian dengan usaha untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan masyarakat agar dapat memupuk semangat ini. Aktiviti tersebut boleh dijalankan di kampung-kampung dan juga di kawasan perumahan.

Page 2: Semangat Patriotisme _Pelajar_

Oleh itu, aktiviti seperti sambutan hari kemerdekaan pada peringkat taman perumahan dan kampung perlulah digalakkan. Di samping itu, Jabatan Penyiaran atau stesen televisyen juga perlu mengadakan forum tentang semangat patriotik dengan menjemput tokoh-tokoh akademik daripada pelbagai bangsa dan juga tokoh masyarakat yang memperjuangkan semangat kebangsaan suatu masa dahulu. Aktiviti tersebut bukan sahaja dapat memupuk semangat patriotik malahan dapat mengeratkan perpaduan antara kaum di negara kita. Penutup *************************