semakan semula kadar visa - cms … kadar caj visa haji dan umrah, dilaporkan bahawa mulai 1...

2
1 SEMAKAN SEMULA KADAR VISA KUALA LUMPUR, Khamis, 11 Ogos 2016: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi penjelasan mengenai pengumuman Kerajaan Arab Saudi melalui Putera Muhammad bin Naif, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi berkenaan semakan semula kadar caj visa seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Arab Saudi pada 9 Ogos 2016. Mengenai kadar caj visa haji dan umrah, dilaporkan bahawa mulai 1 Muharram 1438H bersamaan 2 Oktober 2016, kadar bayaran adalah seperti berikut:- 1) Bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah kali pertama, tiada caj visa akan dikenakan (percuma). 2) Bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah kali kedua dan seterusnya, akan dikenakan caj visa sebanyak SR2,000 setiap permohonan. Sepertimana sedia maklum, bagi Jemaah Malaysia yang mengerjakan haji kali kedua, TH mengenakan bayaran haji sebenar bagi tahun semasa, tanpa subsidi. Oleh yang demikian, apabila caj visa tersebut dikuatkuasakan, tambahan kos visa sebanyak SR2,000 ini juga akan ditanggung sepenuhnya oleh jemaah berkenaan. Sebagai contoh, berdasarkan bayaran haji sebenar untuk tahun semasa 1437H, bayaran dengan tambahan caj visa SR2,000 (bersamaan dengan RM2,148) adalah seperti berikut: RM18,890 + RM2,148 = RM21,038 Langkah tersebut diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memberi ruang kepada umat Islam yang masih belum menunaikan ibadah haji, selaras dengan tuntutan Syariat. TH akan memaklumkan apabila pemberitahuan rasmi diterima daripada Kerajaan Arab Saudi mengenai kadar caj visa haji dan umrah di atas. Bahagian Hal Ehwal Awam & Komunikasi Korporat Kumpulan Lembaga Tabung Haji -Tamat-

Upload: votruc

Post on 30-Apr-2018

236 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: SEMAKAN SEMULA KADAR VISA - cms … kadar caj visa haji dan umrah, dilaporkan bahawa mulai 1 Muharram 1438H bersamaan 2 ... dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi

1

SEMAKAN SEMULA KADAR VISA

KUALA LUMPUR, Khamis, 11 Ogos 2016: Lembaga Tabung Haji (TH) hari ini memberi

penjelasan mengenai pengumuman Kerajaan Arab Saudi melalui Putera Muhammad bin

Naif, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Dalam Negeri Arab Saudi berkenaan semakan

semula kadar caj visa seperti yang dilaporkan oleh akhbar-akhbar Arab Saudi pada 9 Ogos

2016.

Mengenai kadar caj visa haji dan umrah, dilaporkan bahawa mulai 1 Muharram 1438H

bersamaan 2 Oktober 2016, kadar bayaran adalah seperti berikut:-

1) Bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah kali pertama, tiada caj visa akan

dikenakan (percuma).

2) Bagi mereka yang mengerjakan haji dan umrah kali kedua dan seterusnya, akan

dikenakan caj visa sebanyak SR2,000 setiap permohonan.

Sepertimana sedia maklum, bagi Jemaah Malaysia yang mengerjakan haji kali kedua, TH

mengenakan bayaran haji sebenar bagi tahun semasa, tanpa subsidi. Oleh yang demikian,

apabila caj visa tersebut dikuatkuasakan, tambahan kos visa sebanyak SR2,000 ini juga akan

ditanggung sepenuhnya oleh jemaah berkenaan.

Sebagai contoh, berdasarkan bayaran haji sebenar untuk tahun semasa 1437H, bayaran

dengan tambahan caj visa SR2,000 (bersamaan dengan RM2,148) adalah seperti berikut:

RM18,890 + RM2,148 = RM21,038

Langkah tersebut diperkenalkan oleh Kerajaan Arab Saudi bagi memberi ruang kepada

umat Islam yang masih belum menunaikan ibadah haji, selaras dengan tuntutan Syariat.

TH akan memaklumkan apabila pemberitahuan rasmi diterima daripada Kerajaan Arab

Saudi mengenai kadar caj visa haji dan umrah di atas.

Bahagian Hal Ehwal Awam & Komunikasi Korporat Kumpulan

Lembaga Tabung Haji

-Tamat-

Page 2: SEMAKAN SEMULA KADAR VISA - cms … kadar caj visa haji dan umrah, dilaporkan bahawa mulai 1 Muharram 1438H bersamaan 2 ... dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi

2

Lembaga Tabung Haji

Lembaga Tabung Haji (TH) adalah sebuah badan berkanun yang diperbadankan di bawah

Akta Lembaga Tabung Haji, 1995 (Akta 535). Aktiviti utama TH adalah dalam pengurusan

haji, tabungan dan pelaburan. Antara sektor pelaburan terasnya adalah kewangan Islam,

perladangan, hartanah, pembinaan, teknologi maklumat, minyak & gas, hospitaliti,

perkhidmatan dan makanan halal. TH mempunyai 123 buah cawangan di seluruh negara

dan satu cawangan di Jeddah, Arab Saudi. Untuk maklumat lebih lanjut mengenai

perkhidmatan Tabung Haji, sila lawati www.tabunghaji.gov.my atau hubungi Tabung Haji

Contact Centre ditalian 03-6207 1919.