selasa bil 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/bk6.pdf · pada tanah air dan datuk nicol ann david...

24
SELASA JILID 39 21 OKT 2008 BIL 6 RM 0.50 ISSN : 1397-7443 Eo Pee See Nur Azimah Zulkafli Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPP), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Omar Osman yakin bahawa USM mampu menjadi universiti yang dikenali dan dihormati di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang. Beliau berkata kejayaan sesebuah universiti tidak tertakluk kepada kedudukan ranking semata- Ranking THES-QS USM Masih Unggul mata, tetapi turut mengambil kira kecemerlangan universiti dalam bidang-bidang tertentu. “Kedudukan ranking bukan penentu kejayaan universiti, tetapi lebih kepada satu garis panduan bagaimana kita hendak bersaing dengan universiti lain,” katanya. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejatuhan kedudukan USM dalam ranking THES-QS, iaitu dari kedudukan 307 ke 313. Omar turut menjelaskan bahawa penentuan ranking THES- QS adalah berdasarkan sistem 50 peratus fakta dan 50 peratus pendapat ahli akademik serta majikan peringkat antarabangsa. “50 peratus fakta ialah prestasi sesebuah universiti. Selalunya, ia bergantung kepada universiti yang sudah lama dan terkenal. Faktor seperti sesebuah universiti mempunyai profesor yang terkenal, misalnya mendapat hadiah Nobel juga diambil kira,” katanya. Selain itu, pendapat ahli akademik dan majikan juga bukanlah tepat sepenuhnya. Contohnya, berapa bilangan ahli akademik Malaysia yang ditanya dan diminta persepsi tentang pencapaian sesebuah universiti. Omar berkata, penerbitan berbentuk ilmiah adalah penting dan USM masih belum begitu kuat dalam bidang ini berbanding universiti lain di dunia. Bersambung di halaman 3 Peserta-peserta forum Model Per- tubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu (PBB) Konflik Georgia-Rusia di Dewan Persidan- gan Universiti, Universiti Sains Malaysia. Berita di halaman 11 Gambar Oleh Nur Azimah Zulkafli Sekitar Kampus PSU-USM Sedia Jalin Kerjasama m/s 4 Rencana Taman Negara Pulau Pinang m/s 21 Aksi Mata Pedang Yun Min Tawan Asean m/s 24 Batu Jatuh- Kerja-kerja baikpulih Sedang Dijalankan Berita di Halaman 10

Upload: lamdang

Post on 29-Jul-2019

237 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

SELASAJILID 39

21 OKT 2008BIL 6

RM 0.50 ISSN : 1397-7443

Eo Pee See Nur Azimah Zulkafli

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pelajar (HEPP), Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Omar Osman yakin bahawa USM mampu menjadi universiti yang dikenali dan dihormati di dunia dalam tempoh lima tahun akan datang.

Beliau berkata kejayaan sesebuah universiti tidak tertakluk kepada kedudukan ranking semata-

Ranking THES-QS

USM Masih Unggul

mata, tetapi turut mengambil kira kecemerlangan universiti dalam bidang-bidang tertentu.

“Kedudukan ranking bukan penentu kejayaan universiti, tetapi lebih kepada satu garis panduan bagaimana kita hendak bersaing dengan universiti lain,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kejatuhan kedudukan USM dalam ranking THES-QS, iaitu dari kedudukan 307 ke 313.

Omar turut menjelaskan

bahawa penentuan ranking THES-QS adalah berdasarkan sistem 50 peratus fakta dan 50 peratus pendapat ahli akademik serta majikan peringkat antarabangsa.

“50 peratus fakta ialah prestasi sesebuah universiti. Selalunya, ia bergantung kepada universiti yang sudah lama dan terkenal. Faktor seperti sesebuah universiti mempunyai profesor yang terkenal, misalnya mendapat hadiah Nobel juga diambil kira,” katanya.

Selain itu, pendapat ahli

akademik dan majikan juga bukanlah tepat sepenuhnya. Contohnya, berapa bilangan ahli akademik Malaysia yang ditanya dan diminta persepsi tentang pencapaian sesebuah universiti.

Omar berkata, penerbitan berbentuk ilmiah adalah penting dan USM masih belum begitu kuat dalam bidang ini berbanding universiti lain di dunia.

Bersambung di halaman 3

Peserta-peserta forum Model Per-tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Konflik Georgia-Rusia di Dewan Persidan-gan Universiti, Universiti Sains Malaysia.

Berita di halaman 11

Gambar Oleh Nur Azimah Zulkafli

Sekitar KampusPSU-USM Sedia Jalin Kerjasama

m/s 4

RencanaTaman Negara Pulau Pinang

m/s 21

AksiMata Pedang Yun Min Tawan Asean

m/s 24

Batu Jatuh- Kerja-kerja baikpulih Sedang Dijalankan Berita di Halaman 10

Page 2: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Meja EditorialBK2

Siti HarisahAbdullah Siti Jumaayah Abdol Samat Siti Nurul Zahra Hamdan Sitie Nurhajartulziemah Tan Eng Lan Vega Aulia PradiptaYasmalisa Yazid Yusrina Mokhtar

Penyelaras IklanNoor Shuhadah Ibrahim

Ng Eng HengGo Ah Cheng

Berita Kampus Jilid 38 Bilangan 6Akhbar Makmal Kewartawanan

Penasihat/PensyarahTuan Haji Haroon Hj Awang

Pembantu KhasEncik Izaham Musa

Ketua Pengarang Wan Norhaspalela Wan Ishak

Timbalan Ketua PengarangChan Siang Ling Cristina Bakar

Ketua PenyuntingNoor Hajidah Hassan

Timbalan Ketua PenyuntingLau Chao Yi

Ketua Atur Letak Nur Azimah Zulkafli

Pengurus Iklan Azila Adonia

Pengurus Pemasaran Siti Mahfuzah Othman

WartawanAdila Sharinni Wahid Ahmad Yusri YusoffAsmahanim Amir Chia Lee Ching Efarhana AdenanEo Pee SeeFarah Musa Fadzila Hernani Mohd JanisHang Kean LeeJauhariatul Akmal JoharKu Alnawirah Ku Ismail Mahiran Hj Ismail Maria Drahman

Mohd Firdaus Ismail Muhammad Nurul Firdaus Muhammad Nur HapisMohd Hafizee Mohd AropNoor Hafiza Che Abdullah Noor Malini Mohamad Nor Azira Abdullah Nor Azmaliza Mohd Yasin Nor Hazwani Hamat Nurain AzmiNurul Nadia Abdul HamidRadhiah MohammadSakinah AliasSiti Fatimah Yazid

Berita Kampus adalah akhbar makmal penuntut tahun akhir pengkhususan kewartawanan, Pusat pengajian Komunikasi, USM. Ia bukan pendirian dan pandangan rasmi Universiti Sains Malaysia.

Awal Oktober lalu kita disajikan dengan berita penganugerahan Darjah Mulia Seri Melaka

(DMSM) yang membawa gelaran ‘datuk’ kepada aktor Bollywood, Shah Rukh Khan bersama 757 penerima anugerah yang lain.

Penganugerahan ini bersempena sambutan Hari Lahir ke-70 Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob.

Menurut Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, anugerah yang diberi kepada Shah Rukh Khan adalah berdasarkan sumbangannya mempromosikan Melaka melalui sebuah lagu dalam filem ‘One Two Ka Four’.

Katanya lagi, penganugerahan DMSM kepada Shah Rukh Khan adalah pelaburan yang mendatangkan banyak keuntungan balik kepada Melaka dari segi promosi secara percuma tanpa melibatkan wang.

Ternyata bagi “orang Melaka”, anugerah ini dirasakan perlu dalam usaha mempromosikan Malaysia di persada dunia dengan menggadaikan gelaran ‘datuk’ kepada ajnabee berdasarkan sumbangan yang bukan-bukan.

Penulis sendiri terkejut tatkala

Seharusnya Gelaran Setimpal Sumbangan

Laporan Penyiasatan Tenaga Buruh, Malaysia, Suku Tahun Kedua 2008, melaporkan

kadar pengangguran telah menurun daripada 3.6 peratus pada suku tahun pertama 2008 kepada 3.5 peratus pada suku tahun kedua 2008. Penurunan ini berikutan peningkatan bilangan penduduk bekerja sebanyak 210,300 orang (2.0%) dan penurunan bilangan penganggur sebanyak 9,900 orang (2.6%).

Terdapat beberapa punca berlakunya pengangguran terutamanya dalam kalangan siswazah. Antaranya ialah kemahiran yang terhad selain pasaran kerja memerlukan kemahiran tertentu sedangkan para siswazah tidak melengkapkan diri mereka dengan kemahiran tersebut.

Selain itu, masalah penguasaan

Pengangguran:Siswazah Perlu Bersediabahasa juga menyumbang kepada pengangguran terutama dalam kalangan siswazah IPTA yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar.

Pasaran global sekarang memerlukan siswazah yang boleh berkomunikasi sekurang-kurangnya dalam bahasa Inggeris dan Mandarin. Kemahiran berkomunikasi dalam pelbagai bahasa merupakan satu nilai tambah dalam merebut peluang pekerjaan.

Kegagalan siswazah melengkapkan diri dari segi teknikal menyebabkan mereka sukar memperolehi pekerjaan. Kelebihan dalam mengendalikan peralatan pejabat seperti mesin fotostat, mesin fax, komputer dan peralatan lain akan membantu siswazah dalam merebut

peluang pekerjaan. Siswazah perlu melengkapkan diri dengan pelbagai jurusan ilmu dan menimba pengalaman daripada persekitaran mereka

Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan mereka ketinggalan sedangkan orang lain jauh melangkah ke hadapan.

Daripada kajian yang dijalankan, terdapat perbezaan antara kelayakan dan kemahiran yang dimiliki oleh pencari kerja berbanding kehendak majikan. Antara kemahiran yang diperlukan oleh majikan ialah seperti kemahiran Bahasa Inggeris, kebolehan berkomunikasi, kepimpinan, memiliki sikap yang positif, berfikiran secara rasional dan matang.

Dalam usaha menangani masalah siswazah menganggur, kerajaan

telah mengambil langkah seperti membangunkan pertumbuhan ekonomi. Melalui usaha ini, sektor-sektor seperti pertanian berkaedah termoden, bioteknologi, sektor pembuatan berteknologi tinggi seperti perusahaan kereta nasional dan sektor perkhidmatan seperti ICT, pendidikan dan pelancongan akan dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang baru.

Kerajaan juga berusaha membantu siswazah menganggur menyertai aktiviti ekonomi seperti Skim Usahawan Tani Komersil Siswazah dengan pembiayaan pinjaman daripada Bank Pertanian Malaysia dan Skim Usahawan Siswazah dibawah Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi.

Penyediaan Perkhidmatan Pekerjaan juga merupakan langkah yang diambil bagi menangani masalah pengangguran. Kerajaan melalui Kementerian Sumber Manusia menyediakan perkhidmatan pekerjaan seperti Electronic Labour Exchange (ELX), Job Fairs serta Perkhidmatan Kaunseling dan Bimbingan Kerjaya bagi membantu para pencari kerja mendapat pekerjaan.

Usaha-usaha menunjukkan keperihatinan pihak kerajaan untuk membantu para siswazah mendapatkan pekerjaan. Namun, sekiranya para siswazah itu sendiri tidak berusaha untuk melengkapkan diri dari segi kemahiran yang diperlukan dan dikehendaki, maka usaha ini tidak akan berkesan.

mendengar berita ini. Ketawa sesaat kemudian terus pastikan kesahihan berita. Mungkin Malaysia kini ketandusan tokoh-tokoh yang layak untuk ‘ditabalkan’ menjadi datuk menyebabkan “hero” ini yang dipilih.

Andai Datuk Azhar Mansor sanggup belayar sejauh 21,600 batu nautika untuk buktikan kecintaannya pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa pula sumbangan pelakon ini kepada negara kita.

Menurut Setiausaha Politik Ketua Menteri Melaka, Saadon Basirun, penganugerahan itu bertujuan menghargai sumbangan Shah Rukh Khan terhadap perkembangan pesat industri filem Hindustan di rantau ini, termasuk Malaysia. Kedengaran kenyataan ini seperti ayat ‘gula’ di hadapan wartawan.

Berdasarkan kenyataan Saadon, penulis kembali berfikir mengapa kita harus mengangkat industri filem Hindustan di Malaysia sedangkan industri filem tempatan masih perlu ditatang.

Mungkin karyawan kita tidak cukup berbakat dan boleh jadi cendekiawan kita tidak cukup intelektual hinggakan

Even since the news of melamine found in China’s leading milk product had leaked out, most of

us have opted to boycott dairy products from the Chinese nation as an action step to ensure safe consumption.

Worst still, some even opted to completely not take any dairy products at all. Officials have already taken steps needed to clean up the fuss about the whole melamine issue and actions have been taken to ensure products that are tested to be melamine positive be taken out of the market in Malaysia, including our favorite milk Rabbit candies!

Yet, there are still consumers who insist on not taking dairy products at all.

What happens next when the human body lacks the calcium and other nutrients found in these dairy products?

We would witness the rise of osteoporosis patients and children or young adults with weak bones and teeth.

Then again, who is to be blame for this phenomenon?

Instead of pointing fingers to one another, it is time that we should be aware of our own responsibility as a consumer.

It is utterly unfair that the whole of the Chinese nation had to take the blame for the cause of several death cases due to irresponsible actions of the very few people who are the main cause these cases.

We cannot deny the fact that there are ignorant manufacturers in the market

Be a Smart Consumer

globally. Therefore, it is best if we learn to protect ourselves from them instead.

Try asking, how many of us actually check the labels of the products for the ingredients contained inside it when purchasing something. Not Many.

Then again, it would be much safer if we would start to pick up such habits and actually start reading on the common ingredients found widely in most food products.

Not to mention, the cause and effects of the ingredients.

This way, it would be better for us to know the kind of ingredients we are consuming and the effects of them on our bodies.

When melamine was found in China’s leading milk product, we stop buying dairy products.

But have we ever stopped a second and think, the instant noodles, for instance, that most students love to live on because as its name suggests (to save time) contain high percentage of monosodium glutamate that are cancerous in the long term?

Most of us do not seem to quit buying that….

In fact, when something bad happens, we just blame the manufacturers instead of ourselves when we were given a choice to not consume it.

Don’t you think it is best that we learn how to protect ourselves and our bodies instead of relying on others? So,happy shopping!

anugerah sebegini diberikan kepada orang luar.

Bukankah saban tahun berpuluh-puluh filem yang membuat penggambaran di England serta negara-negara eropah yang lain namun, tidak seorang pun pelakon atau penerbit yang mendapat gelaran ‘Sir’.

Justeru, tidakkah keterlaluan jika kita menganugerahkan gelaran ‘datuk’ kepada pelakon itu hanya kerana aksinya menyanyi dan menari selama lima minit di A Famosa Resort, Alor Gajah, Melaka beberapa tahun lalu.

Tidak dapat dinafikan dalam setiap filem terdapat unsur-unsur kemanusiaan yang diketengahkan namun, bukankah keutamaan bagi penerbit filem adalah untuk komersial dan keuntungan hakiki.

Tidak terkecuali penulis turut tertanya-tanya apakah kayu ukur yang digunakan oleh mantan Menteri kewangan, Tun Daim Zainudin semasa mencadangkan perkara ini hingga melayakkan pelakon Bollywood itu menerima gelaran datuk. Sekiranya jasa mempromosikan Malaysia menjadi sandaran, sepatutnya Jackie Chan sudah layak bergelar ‘Tan Sri’

Page 3: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 3SekitarKampus

Masalah berkaitan perkhidmatan bas yang menyekat Persatuan

Pelajar untuk mengadakan aktiviti luar kampus akan diselesaikan dengan penambahan dua bas dan dua van khusus untuk aktiviti pelajar

Menurut Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar (BHEPP), Prof Madya Omar Osman, perkhidmatan yang akan diuruskan oleh BHEPP ini akan

Bas Komuter USM Tidak Beroperasi

TNC HEPP Turun Padang

Adila Sharinni Wahid Mohd Hafizee Arop

Sebanyak 13 buah bas komuter Universiti Sains Malaysia (USM) telah

dikesan tidak beroperasi seperti yang sepatutnya oleh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) baru-baru ini.

Menurut Yang Dipertua MPP, Muhammad Syukri Ibrahim, Sains Kemasyarakatan 3, pemandu-pemandu yang berada di perhentian bas bersebelahan desasiswa Indah Kembara itu memberi alasan sedang dalam waktu rehat.

“Kehadiran kami di sana menyebabkan mereka (pemandu bas) marah dan menyoal identiti kami. Kami mengambil tindakan menelefon petugas dari Bahagian Hal Ehwal & Pembangunan

Pelajar (HEPP) yang bertugas pada hari tersebut untuk melihat sendiri situasi yang berlaku,” jelas beliau.

Berikutan tindakan tersebut, pemandu-pemandu itu terus bergegas ke bas masing-masing dan bertugas seperti biasa.

Susulan dari kes tersebut, Timbalan Naib Canselor (TNCHEPP), Prof Madya Omar Osman, wakil MPP serta beberapa lagi pegawai universiti turun padang untuk melihat sendiri kesahihan laporan yang diterima.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan bas komuter USM pada hari tersebut beroperasi dengan baik.

“Saya dapati bas komuter ini sampai tepat pada waktu di setiap perhentian bas sekitar USM,” jelas Omar.

Omar menuruni tangga bas selepas meninjau bas komuter USM.

Gambar Oleh Eo Pee See dapat melancarkan lagi aktiviti pembangunan pelajar.

“ Kedua-dua buah bas dan van yang akan beroperasi pada awal semester depan dibeli menggunakan Tabung Pembangunan Pelajar.

Perkhidmatan van lebih menjurus kepada kemudahan majlis Penghuni Desasiswa,” katanya ketika ditemui Berita Kampus baru-baru ini.

Yang Dipertua Majlis Perwakilan Pelajar USM,

Penambahan Bas dan Van Awal Semester Depan

Penambahan dua bas dan dua van akan mudahkan aktiviti Persatuan PelajarGambar oleh: Muhammad Shukri Ibrahim

Muhammad Syukri Ibrahim, Sains Kemasyarakatan 3, menyambut baik penambahan perkhidmatan tersebut kerana kebanyakan aktiviti pelajar terpaksa dibatalkan akibat kekurangan kemudahan tersebut sebelum ini.

“Bas dan van tambahan ini akan memudahkan aktiviti yang terpaksa diadakan secara mengejut seperti aktiviti yang melibatkan Kementerian Pengajian Tinggi,” jelasnya.

“Kita tidak begitu kuat dalam bidang penerbitan, tetapi dalam konteks Malaysia, UM dan USM boleh dikatakan bagus. Bagaimanapun, kita perlu meningkatkan penerbitan supaya persepsi ahli akademik antarabangsa akan berubah,” jelasnya.

Beliau juga menekankan

bersambung dari m/s 1bahawa bakat staf akademik dan pelajar ialah komponen yang paling penting dalam meningkatkan prestasi universiti.

“Penyelidikan dan penerbitan yang dijalankan oleh staf akademik boleh dimanfaatkan oleh ahli akademik lain untuk penyelidikan yang lebih mendalam.

Pada saya, kita tidak perlu rasa

kecewa tetapi guna penarafan ini sebagai sebagai garis panduan bagi kita bekerja kuat untuk mendapat pengiktirafan. Kita tidak boleh cemerlang dalam semua bidang, tetapi kita perlu fokus dalam bidang-bidang tertentu,” tambahnya lagi.

Page 4: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Sekitar KampusBK4

Universiti Sains Malaysia (USM) memiliki satu cawangan dilengkapi

pelbagai infrastruktur di Bukit Jambul untuk komuniti USM dan pihak luar yang berminat menjalankan usahasama.

Menurut Timbalan Naib Canselor, Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat, USM, Prof. Lim Koon Ong, kemudahan baru ini melibatkan kemudahan perkongsian antara pihak USM dengan syarikat yang menjalankan usahasama bagi menghasilkan sesuatu produk.

“Cawangan ini menyediakan kemudahan yang lengkap seperti makmal untuk kegunaan penyelidik.

Selain itu, ia dijadikan tempat pertemuan antara USM dengan syarikat yang berminat membantu penyelidik kita menghasilkan produk dengan kuantiti yang lebih

baik untuk dipasarkan,” katanya.Beliau berkata, syarikat

terbabit boleh membawa teknologi atau kemudahan mereka sendiri ke cawangan tersebut untuk digunakan bersama-sama pihak universiti bagi menghasilkan sesuatu produk.

Tambah beliau, usahasama tersebut memberi manfaat kepada penyelidik USM kerana mereka (penyelidik USM) dapat mempelajari teknologi yang dimiliki syarikat terbabit.

“Bukan sahaja bidang sains yang terlibat dalam usahasama dengan syarikat luar, tetapi bidang

sastera seperti seni bina dan reka bentuk juga boleh memasarkan produk melalui usahasama ini.” katanya.

Menurut beliau lagi, cawangan baru ini juga menyediakan ruang pejabat untuk syarikat luar mengakses maklumat hasil kajian yang dibuat oleh USM.

Cawangan ini dibina dengan kos RM59 juta dan dijangka siap pada 2014 yang dilengkapi dengan kemudahan seperti pusat penyelidikan, makmal, ruang pejabat, dan kemudahan akses perpustakaan USM.

Cawangan USM di Bukit Jambul Peluang Jalin Usahasama Dengan Penyelidik Luar

Bahagian Teknologi Makanan, Pusat Pengajian Teknologi Industri Universiti Sains Malaysia (USM) bakal menandatangani Memorandum of action dengan Bahagian Teknologi Makanan, Prince of Songkla University(PSU) sebagai lanjutan kepada Memorandum of Understanding (MoU) yang pernah ditandatangani sebelum ini.

Seramai sembilan orang pensyarah dan lapan orang pelajar post-graduate Teknologi Makanan, PSU (Pattani) telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Teknologi Industri USM pada 8 Oktober lalu.

Menurut Pengerusi Rancangan Bahagian Teknologi Makanan Dr. Rosma Ahmad, ini merupakan kali pertama rombongan PSU melawat Pusat Pengajian Teknologi Industri serta menjalin hubungan kerjasama antara bahagian Teknologi Makanan kedua-dua pihak.

“Lawatan PSU bertujuan mewujudkan interaksi dengan Bahagian Teknologi Makanan USM. Melalui interaksi ini, kedua-dua pihak bercadang untuk bekerjasama dalam penyelidikan dan program pertukaran pelajar,” katanya kepada Berita Kampus baru-baru ini.

Tambah beliau, kerjasama ini bukan sahaja dapat meningkatkan kualiti pelajar Post-graduate, ia juga dapat membangkitkan

semangat pelajar dan berharap agar jaringan antarabangsa ini dapat menaikkan nama USM.

Menurut beliau, PSU memilih Bahagian Teknologi Makanan USM untuk bekerjasama kerana USM lebih dekat dengan PSU yang berada di Selatan Thailand.

Menurut Timbalan Dekan Fakulti Sains dan Teknologi PSU, Prof. Madya Sukree Hajisamae, Bahagian Teknologi Makanan USM sudah lama menandatangani Memorandum of Understanding dengan PSU, dan akan menandatangai Memorandum of action sebagai lanjutan kerjasama antara kedua-dua pihak.

“Kerjasama akan tertumpu kepada co-research, co-teaching, perkongsian maklumat serta dan sumber, serta program pertukaran pelajar. Seminar akademik yang berkaitan dengan Teknologi Makanan juga akan diadakan dua atau tiga kali setahun.” katanya kepada Berita Kampus.

Tambah beliau lagi, PSU dapat berkongsi matlamat pertanian dengan USM memandangkan Thailand adalah negara maju dalam sektor pertanian. Melalui kerjasama ini, PSU dapat berkongsi maklumat pertanian dengan USM.”

Dalam aktiviti lawatan ini, kedua-dua pihak telah membentangkan latar belakang bahagian Teknologi Makanan universiti masing-masing.

PSU-USM Sedia Jalin Kerjasama

‘bidang sastera seper-ti seni bina dan reka bentuk juga boleh memasarkan produk’

‘dibina dengan kos RM59 juta dan dijangka siap pada 2014 yang dilengkapi dengan kemudahan’

Timbalan Dekan Pusat Pengajian Teknologi Industri, Prof. Abdul Karim memberi cenderahati kepada Sukree Gambar Oleh: Hang Kean Lee

Pelan cawangan USM di Bukit Jambul yang masih dalam pembinaan dan dijangka siap menjelang 2014

Hang Kean Lee

Page 5: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 5SekitarKampusPertandingan National Geo’s Top 30 Voting

Pelajar USM Muncul Pemenang Hadiah UtamaSeorang pelajar Universiti

Sains

Malaysia (USM) telah dinobatkan sebagai

pemenang hadiah utama bagi pertandingan anjuran National Geographic Channel (NGC) yang diadakan sepanjang Mei lalu.

Muhammad Aizuddin Abdul Rahman, Fizik Gunaan, 2, telah berjaya mengalahkan 12,500 peserta lain dari seluruh Asia melalui pertandingan National Geo’s Top 30 Voting.

Menurut Aizuddin, beliau tidak menyangka cubaan kali pertama menyertai pertandingan sebegini membuahkan hasil kepada dirinya apabila memenangi hadiah percutian ke Antartika selama empat hari tiga malam.

“Saya tidak percaya dengan kemenangan ini pada mulanya sehinggalah disahkan wakil agensi

NGC dari Hong Kong melalui panggilan telefon,” katanya. Aizuddin berkata, tawaran hadiah utama yang disediakan pihak penganjur menyebabkannya tertarik untuk menyertai pertandingan tersebut..

“Tidak pernah terfikir pun untuk menang. Lagipun, saya sedar bukan calang-calang peserta yang menyertainya,” katanya.

Tambahnya, kemenangan ini bukanlah suatu kejayaan dalam hidup malah menganggapnya sebagi suatu pengalaman hidup yang akan dikongsi dengan generasinya pada masa hadapan.

“Saya berpeluang berdepan dengan pihak media dalam sidang akhbar, ini adalah satu pengalaman dalam hidup saya,” jelasnya.

Pertandingan yang dilakukan melalui internet itu memerlukan

setiap peserta memilih tiga episod terbaik daripada 30 episod yang telah disiarkan di saluran NGC dalam tempoh sebulan dan melengkapkan beberapa kriteria lain seperti memberi alasan pengundian menerusi 250 patah perkataan.

Jelas beliau lagi, tiga slot yang dipilihnya iaitu The Four Billion City of China, The First Emperior of China dan Becoming of King merupakan episod yang paling menarik dan ternyata pemilihannya membawa kemenangan.

“Tiga episod yang disiarkan itu memang menjadi antara episod yang paling menarik pernah saya tonton,” ujarnya.

Mengulas lanjut, tiada sesiapapun yang mengetahui penyertaannya dalam pertandingan ini sehinggalah kemenangannya

tersiar dalam akhbar tempatan baru-baru ini.

Beliau telah memilih pensyarah fizik, Dr.Yoon Tiem Leong untuk dibawa bersama mengikuti percutian tersebut berikutan tahap kesihatan bapanya yang tidak mengizinkan.

“Saya berharap percutian ini akan memberi pengalaman y a n g bermakna d a l a m h i d u p s a y a

walaupun aktiviti sepanjang percutian tersebut masih belum d i m a k l u m k a n pihak penganjur,” katanya.

Kerja Baik Pulih DTSP

Tiada Kaitan Dengan Status APEXDewan Tuanku Syed Putra (DTSP), Universiti Sains Malaysia (USM) bakal berubah wajah berikutan kerja-kerja menaiktaraf siling dan pemasangan elektrifikasi sedang giat dijalankan sejak awal September lalu.

Timbalan Pengarah, Jabatan Pembangunan (JP) USM, Encik Aziz Che Jusoh berkata, pengiktirafan USM sebagai Universiti Apex bukanlah faktor yang menyebabkan pembaikpulihan terhadap DTSP dilakukan.

“Sudah lama kami (Jabatan Pembangunan) ingin memulakan kerja-kerja baik pulih tersebut, tetapi baru sekarang berpeluang melakukannya dan ini tiada kaitan langsung dengan status USM sebagai Universiti Apex,” jelas beliau ketika ditemui Berita Kampus baru-baru ini.

Menurut Aziz, penukaran

siling yang lama kepada siling aluminium yang baru tidak melibatkan keseluruhan DTSP, tetapi hanya melibatkan kawasan foyer sahaja.

“Siling di foyer DTSP telah lama mengalami kerosakan serius dan menunggu masa untuk

jatuh. Saya mula risau setiap kali upacara konvokosyen diadakan dan takut jika siling tersebut jatuh,” katanya lagi.

Pembaikpulihan yang dilakukan oleh syarikat kontraktor, Soffah Enterprise ini menelan belanja ratusan ribu ringgit dan

dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini.

Sementara itu, Aziz juga mengingatkan pelajar supaya tidak memasuki kawasan foyer DTSP yang telah dipagarkan kerana kawasan larangan tersebut amat bahaya kepada pelajar.

“Pihak JP tidak bertanggungjawab sekiranya ada

pelajar mengalami kecederaan kerana mencerobohi tempat larangan tersebut,” ujar Aziz.

Tambah beliau lagi, pembaikpulihan yang pertama kali dilakukan ke atas DTSP sejak 30 tahun lalu ini tidak akan mengganggu sebarang aktiviti yang dijalankan di dalam DTSP kerana ia melibatkan kawasan foyer sahaja.

Kuliah yang diadakan di DTSP berjalan seperti biasa dan pelajar boleh menggunakan pintu di bahagian tepi untuk memasuki DTSP.

Mengulas mengenai pergerakan pelajar yang terbatas ekoran pembaikpulihan tersebut, Aziz berkata pihak JP tidak berupaya melakukan sesuatu selain berharap pelajar dapat bersabar.

“Kami tidak boleh berbuat apa-apa. Pembaikpulihan terpaksa juga diteruskan dan pelajar diminta menggunakan laluan lain buat sementara waktu,” katanya.

Pandangan dari luar kawasan DTSP yang dipenuhi barangan pembinaan Gambar Oleh Noor Hajidah Hassan

“Siling di foyer DTSP telah lama mengalami kerosakan serius dan menunggu masa untuk jatuh. Saya mula risau setiap kali upacara konvokosyen diadakan dan takut jika siling tersebut jatuh,”

Timbalan Pengarah JP

Aizuddin tidak menyangka penyertaan kali pertama beliau membuahkan hasil

Gambar oleh Jauhariatul Akmal

Noor hajidah HassanTan Eng Lan

Page 6: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Sekitar KampusBK6

Staf Universiti Sains Malaysia(USM) digalakkan untuk mendaftar secara

online sebagai ahli Sekretariat Warga Sejahtera (SWS), Bahagian Pembangunan Lestari dan Korporat, Universiti Sains Malaysia (USM).

Menurut, Kaunselor SWS, En.Wan Mohd Khair Wan Chik, penubuhan sekretariat ini bertujuan mewujudkan pegawai yang memiliki nilai dan etika kerja di samping bersikap positif melalui pelbagai aktiviti yang dijalankan.

“Antaranya ialah program Terapi MyWargaSejahtera yang dijalankan secara online atau bersemuka bersama kaunselor

mengikut kesesuaian waktu dan tarikh yang diingini staf USM,” katanya.

Selain itu, Sekretariat Warga Kampus juga mengadakan Bengkel Bina Diri(untuk Staf USM), Bengkel Semarak Kasih, Bengkel Belaian Kasih, Bengkel Permata Hati, Bengkel Remaja S.E.H.A.T dan Jom Santai Bersama.

“Sekretariat ini berusaha mengadakan program-program proaktif bagi melaksanakan aktiviti –aktiviti yang dapat mewujudkan satu suasana sejahtera dalam kalangan staf dan keluarga mereka,” ujarnya.

Menurutnya lagi, sejak penubuhan sekretariat ini pada 2006, penyertaan staf USM sebagai

ahli amat memberangsangkan terutama berhubung kesulitan yang dihadapi semasa menjalankan tugas di tempat kerja, masalah peribadi dan keluarga.

“Bekerja dalam keadaan tanpa tekanan adalah penting supaya produktiviti kerja tidak merosot sekaligus dapat melakukan kerja dengan baik,” jelasnya.

Dalam perkembangan yang lain, ujian personaliti secara online tidak dapat dijalankan lagi kerana terdapat kekangan dan memerlukan perbincangan yang lebih lanjut.

“Aplikasi web ini dijangka beroperasi pada bulan Oktober atau November nanti setelah semua masalah diselesaikan,” katanya.

Seramai 100 peserta telah mendaftar untuk menyertai Seminar Fiqh dan Pemikiran

Islam Lestari yang akan diadakan pada 29 hingga 30 Oktober ini bertempat di Dewan Persidangan Universiti, Universiti Sains Malaysia (USM).

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Dr Mohd Nizam Sahad, berkata, seminar ini mendapat sambutan yang menggalakkan.

“Penyertaan seminar ini adalah menggalakkan dan terbuka kepada ahli akademik, pelajar Institusi Pengajian Tinggi (IPT)

dan masyarakat awam,” katanya.Nizam berkata demikian ketika

diminta mengulas mengenai Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari yang akan diadakan nanti.

Menurutnya, objektif seminar ini adalah mendedahkan ciri-ciri fiqh dan pemikiran Islam yang mengambil kira kebahagiaan di dunia dan di akhirat, selain mengutamakan kepentingan individu dan masyarakat serta sebagai rahmat kepada manusia dan alam sejagat.

“Seminar ini diadakan bagi mengenalpasti prinsip-prinsip

penting yang perlu dihayati untuk memastikan fiqh dan pemikiran islam sentiasa hidup, relevan dan kekal lestari dalam menghadapi kehidupan manusia yang sentiasa bergerak dan berubah.

“Ia juga turut menerokai dan mengenalpasti dalil-dalil, prinsip, kaedah, hukum, pandangan dan pemikiran islam yang berkaitan dan boleh memberi sumbangan ke arah kelestarian hidup dalam semua bidang kehidupan manusia seperti politik, ekonomi, sosial, alam sekitar, sains, teknologi dan sebagainya,” katanya.

Pensyarah Bahagian Pengajian Islam, Dr Mohd Nizam Sahad menjelaskan tentang Seminar fiqh dan Pemikiran Islam Lestari yang akan diadakan nanti. Gambar oleh: Radhiah Mohammad

Selain itu, beliau berkata, konsep fiqh dan pemikiran islam lestari yang akan dikemukakan dalam seminar ini mempunyai dua maksud yang berbeza.

“Perbezaan yang pertama ialah kelestarian dari sudut disiplin ilmu fiqh dan pemikiran itu sendiri. Ilmu fiqh dan pemikiran Islam itu sentiasa hidup, segar dan lestari sebagai panduan manusia sepanjang zaman dalam menghadapi pelbagai cabaran.

“Maka ilmu fiqh dan pemikiran Islam mestilah berteraskan kepada ciri-ciri tertentu yang boleh memastikan kelestariannya sepanjang masa,” katanya.

Menurutnya lagi, perbezaan yang kedua pula ialah ilmu fiqh dan pemikiran islam itu mengandungi banyak prinsip dan perkaedahan yang boleh disumbangkan dalam mewujudkan suasana pembangunan dan kehidupan yang lestari dalam semua bidang hidup manusia sama ada politik, ekonomi, sosial, alam sekitar, sains, teknologi, dan sebagainya.

Nizam berkata, setakat ini pihaknya telah menerima lebih kurang 45 kertas kerja yang berkaitan dengan konsep fiqh dan pembangunan lestari yang akan dibentangkan dalam seminar itu nanti.

“Kami telah menerima tajuk yang akan dibentangkan pada hari seminar tersebut iaitu merangkumi skop perbincangan yang meliputi

pembangunan dan perkembangan ilmu fiqh dan pemikiran islam itu sendiri selain prinsip-prinsip dan perkaedah moden dan semasa ke arah perlaksanaan konsep pembangunan lestari di negara kita,” katanya.

Beliau berkata, dengan menyertai seminar ini, pihaknya berharap agar orang ramai dapat memahami ajaran islam yang berlandaskan kepada al-Quran dan al-Sunnah, khususnya tentang isu-isu yang berkaitan dengan konsep pembangunan lestari.

Tambahnya lagi, penyertaan seminar ini terhad kepada 150 orang sahaja. Orang ramai yang berminat untuk menyertai seminar ini boleh mendapatkan borang pendaftaran dari laman web seminar di www.usm.my/semlis2008 atau menghubungi Dr Atikullah Abdullah melalui e-mel di [email protected] atau melalui telefon 04-6533888 ext: 3867.

Bagi organisasi/ syarikat/ institusi yang ingin menyertai seminar ini akan dikenakan yuran penyertaan kepada mereka sebanyak RM300, manakala bagi pelajar sebanyak RM100.

Seminar ini diadakan dengan anjuran bersama Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dengan kerjasama Bahagian Pembangunan Lestari & Korporat, USM.

Kaunselor Sekretariat Warga Sejahtera (SWS), En.Wan Mohd Khir Wan Chick menjelaskan tentang penubuhan sekretariat secara online. Gambar oleh: Sitie Nurhajatulziemah

Seminar Fiqh Terokai Prinsip Islam

Staf USM disaran Sertai Sekretariat Warga Sejahtera

Radhiah MohammadYasmalisa Yazid

Page 7: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 7SekitarKampus

Satu pameran anjuran Kelab PEMADAM Universiti Sains Malaysia (USM) 2008

telah diadakan pada 15 dan 16 Ok-tober lalu di foyer Dewan Kuliah bermula 8.00 pagi sehingga 5 pet-ang.

Timbalan Pengarah Projek,. Mohammad Firdaus Abdullah, Sains Fizik 2, berkata pameran yang bertemakan “USM Bebas

Dadah” ternyata mendapat sam-butan yang memberangsangkan. “Pameran kali ini melibatkan tujuh agensi kerajaan dan bukan kerajaan. Ia di sertai oleh Pusat Se-jahtera Universiti Sains Malaysia (USM), Pusat Racun Negara, Pu-sat Penyelidikan Dadah dan Ubat-ubatan, Agensi Anti Dadah Pulau Pinang dan Jabatan Narkotik Pu-lau Pinang.

Pelajar Sokong USM Bebas Dadah Selain itu, ia turut di ser-

tai Jabatan Penjara Pulau Pinang dan Pusat Serenti Negeri Pulau Pinang”, katanya.

Tambahnya lagi, selain menga-dakan pameran, Kelab PEMAD-AM juga turut mengadakan semi-nar mengenai bahaya penggunaan dadah bertempat di Dewan Budaya pada 16 Oktober lalu bermula jam 8.00 pagi sehingga 5.00 petang.

Pada seminar itu, sketsa dan slot drama turut dipersembahkan bagi menarik minat peserta supaya dapat memahami tujuan projek ini diadakan.

Pameran anti dadah ini bertu-juan memberi kesedaran kepada mahasiswa mengenai bahaya pen-gambilan dadah terhadap diri, ke-luarga dan masyarakat berikutan mahasiswa agen bagi menyebar-

kan informasi dan membantu kera-jaan mencapai misi Negara Bebas Dadah 2015.

“Saya berharap agar projek ini dapat memberi kesedaran kepada mahasiswa USM mengenai peng-gunaan dadah dan harapan agar USM bebas dadah dapat dicapai,”tambahnya.

Page 8: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Sekitar KampusBK8

Gimnasium Universiti Sains Malaysia (USM) bakal memiliki

sekurang-kurangnya tiga peralatan senaman baru berikutan peningkatan bilangan pengunjung pada setiap semester. Menurut Penolong Pegawai Belia dan Sukan USM, Syed Mohd Fairuz Syed Omar Nasiry, unit sukan berusaha untuk menambah peralatan baru agar mampu menarik lebih ramai pengunjung selain menjamin keselesaan

Nilai tanggungjawab sosial terhadap masyarakat harus dilaksanakan di

setiap universiti melalui projek – projek yang boleh memanfaatkan mereka.

Timbalan Naib Canselor, Jaringan Industri dan Masyarakat, Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Lim Koon Ong berkata universiti adalah medium yang sering diharap dapat membantu dunia dalam menyelesaikan masalah yang dihadapi.

“Dunia kini berdepan dengan masalah pemanasan global, perubahan cuaca, krisis makanan, keganasan dan pelbagai lagi masalah yang menuntut

penyelesaian segera.“Dalam situasi beginilah

universiti perlu memainkan tanggungjawab sosialnya kepada masyarakat untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi,” katanya kepada Berita Kampus ketika ditemui baru-baru ini.

Menurutnya lagi, projek-projek yang dijalankan Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM) ini melibatkan semua pihak termasuklah masyarakat, kakitangan USM dan pelajar.

“Semua projek yang dijalankan bertujuan mengeratkan hubungan antara pihak universiti dan komuniti selain mencapai objektif yang ditetapkan,” ujar beliau.

Beliau berkata pihak BJIM tidak memberi arahan kepada masyarakat supaya mereka mengikutnya apabila timbul masalah sebaliknya, bersama – sama dengan mereka untuk mengatasinya.

Mengulas lanjut, beliau berkata Going Bananas, A Lesson on Sustainability misalnya adalah hasil penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan universiti untuk manfaat masyarakat.

“BJIM dengan kerjasama beberapa pihak lagi cuba membawa teknologi hasil kepakaran penyelidik USM kepada masyarakat. Selain mencipta kertas daripada batang pokok pisang, kita juga cuba memperkenal produk tepung berasaskan pisang.

“Diharap projek ini dapat

kepada pengguna gimnasium. “Unit sukan telah memesan beberapa peralatan sukan. Antaranya ‘floor mat’, ‘gym ball’ dan ‘rowing machine’. Peralatan ini mencecah ribuan ringgit.,” katanya ketika ditemui Berita Kampus, baru-baru ini. Gimnasium yang kembali beroperasi selama lapan bulan setelah dibaikpulih semester lalu mendapat sambutan yang amat menggalakkan berikutan jumlah pengunjung yang mencecah seribu hingga

dua ribu orang dengan purata seratus pengunjung setiap hari. Fairuz menambah, Unit Sukan bercadang mengenakan sedikit caj kepada pengguna gimnasium bagi menampung penyelenggaraan peralatan yang rosak walaupun tiada sebarang caj dikenakan sebelum ini. “Antara kerosakan yang sering dialami ialah terputus kabel dan peralatan tidak berfungsi. Penyelenggaraannya pula melibatkan kos yang tinggi sehingga mencecah ratusan

ringgit untuk satu komponen. “Oleh itu, cadangan mengenakan bayaran akan dipertimbangkan, namun ia masih dalam peringkat perbincangan,” katanya. Gimnasium USM yang dibuka pada hari Isnin sehingga Sabtu, bermula jam lapan pagi sehingga lapan malam ini memperuntukkan hari Isnin, Rabu dan Jumaat untuk pengunjung lelaki manakala, hari Selasa, Rabu dan Sabtu untuk pengunjung wanita.

Seminar keusahawanan anjuran Persatuan Kebudayaan India (PKI)

yang diadakan baru-baru ini di Dewan Kuliah G31 Pusat Pengajian Sains Komputer tidak mendapat sambutan pelajar Universiti Sains Malaysia (USM). Pengarah Projek program berkenaan, Renuga Dewi Sabapathi, Sastera Bahasa Inggeris 2, berkata penyertaan peserta kurang kerana kemungkinan para pelajar masih lagi dalam suasana raya selain kurangnya publisiti. “Persiapan kami mengadakan program ini hanya tiga minggu. Kami telah menjemput semua fakulti tetapi tidak ada maklum balas,” katanya kepada Berita Kampus. Jumlah peserta pada hari itu hanya 20 orang sahaja Renu turut menjelaskan bahawa walaupun program ini merupakan anjuran PKI, tetapi pihaknya telah membuka penyertaan kepada semua pelajar USM. “Program ini adalah projek universiti, bukan hanya kepada pelajar India sahaja,” katanya. PKI juga telah menghantar surat jemputan kepada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) tetapi tidak ada maklum balas. “Saya kecewa sebab saya menjangkakan MPP akan datang,” jelas Renu. Sementara itu penceramah program, Encik K. Kuppusamy, (CEO Pentasoft) berkata beliau sangat menghargai usaha penganjur dalam mengadakan program sebegini. Beliau sangat memahami keadaan dan tidak kisah dengan jumlah peserta yang hadir. Beliau tetap bersemangat mendedahkan sedikit sebanyak tentang dunia keusahawanan dan memberitahu kunci bagaimana menjadi usahawan yang berjaya. Pentasoft merupakan syarikat yang bergerak dalam bidang software untuk syarikat insurans. Encik Kuppusamy berkata beliau boleh merunding pelajar USM yang ingin bekerja dengannya. “Pelajar Sains Komputer dan yang berkenaan dengan IT (Information Technology), yang mempunyai keputusan peperiksaan yang baik, boleh hantar resume kepada saya. Pihak kami boleh rundingkan,” katanya. Turut hadir dalam program itu ialah penasihat PKI, Dr. Sureswaran.

meningkatkan pendapatan dan taraf hidup penduduk kampung dan secara tidak langsung memelihara alam sekitar, ujarnya lagi.

Selain itu, Prof. Lim berkata, terdapat juga projek-projek yang dijalankan bertujuan memberi kesedaran dan mendidik pelajar supaya berpandangan luas.

Terbaru adalah kempen White Coffin yang tidak menggalakkan pelajar menggunakan polisterina di kampus.

Melalui kempen ini, pelajar sedar akan kesan negatif yang dibawa oleh polisterina dan kini mereka telah membawa bekas makanan sendiri atau menggunakan bio-degradable container yang lebih mesra alam untuk mengisi makanan, katanya.

Gambar kiri: Seorang pelajar menggunakan peralatan senaman di gimnasium USMGambar kanan: Gimnasium USM menawarkan pelbagai peralatan senaman bagi kegunaan pelajar.

Gambar Oleh: Nurul Nadia Abdul Hamid

Gimnasium USM Tambah Peralatan SenamanSambutan Pelajar Meningkat Selepas Proses Baik Pulih Seminar

Keusaha-wanan PKI Kurang Sambutan

BJIM Bawa Kepakaran Penyelidik USM Kepada Masyarakat

Penganugerahan status Apex kepada Universiti Sains Malaysia (USM)

boleh dijadikan sebagai satu tanggungjawab sosial jika pelan tranformasi yang dilakukan boleh membawa perubahan positif kepada masyarakat dan negara.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pelajar (BHEPP) USM, Prof Madya Omar Osman berkata sebarang undang-undang atau akta baru yang mampu memberi kebaikan kepada warga Kampus dalam usaha meningkatkan imej

universiti serta rasional dengan pembangunan negara adalah perlu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai pendapat Profesor Dr Shad Saleem Faruqi, pensyarah Undang-undang daripada Universiti Teknologi Mara (UiTM) menerusi kolumnya yang disiarkan dalam akhbar The Star pada 15 Oktober lalu.

“ Profesor Dr Shad seorang yang arif dalam melihat undang-undang dan beliau melihat perubahan itu sesuatu yang positif dan berkaitan mutu serta mampu

membawa universiti ke arah yang lebih cemerlang. Jika Ia fleksibel dan mampu memberi rangsangan yang baik kepada staf umpanya, maka ia adalah satu perkara yang baik”, ujarnya kepada Berita Kampus.

Prof Dr Shad menerusi kolumnya yang bertajuk “New law needed for apex university” antara lain menyebut bahawa Universiti Apex seharusnya berada pada kelas tersendiri serta berani melakukan perubahan terutamanya berhubung isu Akta Kolej dan Universiti (AUKU)

supaya berbeza dengan universiti-universiti lain di negara ini.

Selain itu, Prof Dr Shad turut menyenaraikan beberapa fasal dalam AUKU seperti seksyen 3, 8, 15,15A,15B,15C.15D dan 16 dianggapnya sebagai satu “halangan”.

Mengulas lanjut mengenai perkara tersebut, Omar berkata sebarang perubahan yang akan dilakukan semestinya tidak akan mengabaikan aspek mutu kerana itu merupakan ciri penting yang didukung oleh Universiti Apex.

Saranan Universiti Apex Wujud Akta Sendiri

Boleh Asalkan Positif-TNC HEPPMohd. Firdaus Ismail

Page 9: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 9SekitarKampus

Tarikh Pilihanraya Kampus (PRK) sesi 2008/2009 Universiti Sains Malaysia

(USM) masih menjadi teka-teki walaupun Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memberi kuasa autonomi kepada universiti untuk menetapkan tarikh tersebut.

Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Dan Pembangunan Pelajar, USM Profesor Madya Omar Osman berkata ketika diminta mengulas kenyataaan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Idris Haron dalam akhbar tempatan bahawa setiap institusi telah diberi autonomi tersebut sebagai sebahagian bayangan kepada pindaan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU).

Untuk itu katanya, KPT tidak lagi akan mengumumkan tarikh PRK seperti tahun-tahun sebelumnya sebaliknya ia akan diputuskan sendiri oleh setiap universiti, awam atau swasta selepas merujuk kepada kementerian.

“Majlis Pemilihan Siswa (MPU) yang dipengerusikan oleh Naib Canselor,Profesor Tan Sri Datuk Dzulkifli Abdul Razak telah diberi kuasa oleh Lembaga Pengarah Universiti untuk menetapkan tarikh PRK 2008/2009,” kata beliau selepas majlis model United Nations.

Tambahnya lagi, keputusan yang akan dibuat melibatkan banyak pihak termasuk semua Dekan dan Pendaftar.

“Apabila MPU telah tetapkan tarikh, notis akan dikeluarkan dan barulah MPP akan dibubarkan, mungkin dalam masa terdekat,” katanya lagi.

Mengulas tentang tindakan beberapa buah universiti yang telah membubarkan MPP dan menetapkan tarikh PRK lebih awal, Omar berkata sebagai universiti APEX, USM perlu mempunyai pendirian sendiri dan tidak perlu mengikut universtiti lain.

“Kenapa perlu ikut orang? Kenyataan Timbalan Menteri

Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) diminta lebih berhati-

hati berikutan kes kecurian dan ragut yang semakin meningkat sejak akhir-akhir ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan USM, Noor Rizan Khalid berkata kes kecurian terutamanya melibatkan komputer riba semakin meningkat disamping kecurian barangan berharga lain seperti wang tunai, barang kemas, telefon bimbit, kad matrik dan kamera.

“Pelajar di desasiswa terutamanya perlu menyimpan barangan bernilai seperti komputer riba ditempat yang tersembunyi dan bagi pelajar yang tinggal di tingkat bawah pula elakkan daripada meletak barangan berharga berdekatan tingkap.

“Berdasarkan kes-kes lalu, pencuri lazimnya mengambil barangan yang mudah dilihat dan dicapai, katanya ketika ditemui Berita Kampus baru-baru ini.

“Pelajar perlu sentiasa mengunci pintu bilik sama ada semasa tidur atau keluar ke tandas walaupun sekejap kerana pada waktu beginilah orang akan mengambil kesempatan untuk mencuri,” jelas beliau.

Selain itu, beliau juga berharap pelajar membuat laporan dengan segera sekiranya terdapat orang yang tidak dikenali atau dicurigai berkeliaran di sekitar desasiswa mereka.

“Pelajar boleh memberitahu penggawa desasiswa masing-masing atau terus menghubungi Jabatan Keselamatan di talian 04-6573970 atau 04-6534333 yang dibuka 24 jam,” katanya.

Terbaru, pada 18 dan 19 September lalu, terdapat dua kes ragut komputer riba yang melibatkan pelajar asing USM dari China di Bazar Ramadhan berhadapan desasiswa Restu Saujana Tekun (RST).

Mengulas lanjut mengenai

kejadian tersebut, beliau berkata, mangsa diragut semasa melalui bazar berkenaan oleh pembonceng motosikal yang datang dari arah belakang sebelum melarikan diri.

“Setelah diragut, mangsa kemudiannya didatangi pula penunggang motosikal lain yang berpura-pura ingin membantu dan mengejar peragut itu. Malangnya mereka terus menghilangkan diri.

“Kita percaya itu adalah taktik kotor mereka untuk memperdayakan mangsa,”tambahbeliau.

“Kes ragut ini boleh berlaku lagi sekiranya kita alpa. Oleh itu saya minta pelajar berhati-hati semasa membawa komputer riba pulang ke desasiswa RST lebih-lebih lagi pelajar perempuan, katanya.

Sementara itu, Pembantu Keselamatan, Zalita Mohd Ghani berkata pihaknya hanya boleh memberi nasihat dan notis amaran dan yang manakala selebihnya adalah tanggungjawab individu itu sendiri.

“Pelajar perlu memastikan barangan bernilai mereka selamat kerana kes kecurian dan ragut ini boleh berlaku di mana-mana sahaja tanpa mengira tempat dan masa.

“Pelajar misalnya seringkali menjaga kad matrik mereka sambil lewa. Apabila dicuri, pencuri dapat mengeluarkan wang simpanan mereka (pelajar) dengan mudah kerana lazimnya pelajar meletakkan nombor kad pengenalan sebagai kata laluan, ujarnya.

Tambahnya lagi, di tempat terbuka juga seringkali berlaku kes kecurian seperti di tempat letak barang luar perpustakaan

Hamzah Sendut 1 dan 2. “Jika pelajar anggap meletak

barang di tempat yang mempunyai ramai orang itu selamat, tanggapan mereka salah. Orang ramai tidak tahu barang – barang yang diletak milik siapa dan sesiapa sahaja boleh mengakuinya.

“Buktinya, semasa peperiksaan pertengahan semester lalu, lapan kecurian dilaporkan berlaku di tempat letak barang luar perpustakaan Hamzah Sendut 2 dan dua kecurian di tempat letak barang luar perpustakaan Hamzah Sendut 1. Suspek dipercayai orang yang sama,” tambah Zalita.

Namun begitu, Berita Kampus dimaklumkan sehingga kini pencuri tersebut masih bebas.

“Melalui CCTV dapat dilihat dengan jelas wajah pencuri yang dipercayai orang luar, tetapi sukar untuk mengesannya kerana pakaian dan perwatakannya seperti pelajar,” katanya.

Tarikh Pilihan Raya Kampus Jadi Teka-Teki

“Majlis Pemilihan Siswa yang

dipengerusikan oleh Naib

Canselor,Profesor Tan Sri Datuk Dzulkifli

Abdul Razak telah diberi kuasa oleh

Lembaga Pengarah Universiti untuk

menetapkan tarikh PRK 2008/2009,”

-Omar

Elak Kecurian

Pelajar Perlu Berhati-Hati

KPT yang memberi kuasa autonomi kepada Universiti untuk menentukan sendiri kaedah dan keadaan yang sesuai.

“Pelajar tidak perlu risau, yang penting sekarang tumpukan kepada pelajaran dan tingkatkan prestasi kita sebagai universiti APEX,” jelasnya.

Sementara itu, Yang dipertua Majlis Perwakilan Pelajar

USM, Muhammad Syukri Ibrahim, Sains Kemasyarakatan 3, menyokong sepenuhnya keputusan KPT yang memberi autonomi kepada universiti untuk menentukan tarikh PRK.

“Kalendar akademik setiap universiti tidak sama. Sekiranya tarikh PRK ditetapkan oleh KPT, perkara ini mungkin akan menganggu perjalanan Kalendar akademik. Misalnya minggu ulang kaji USM dan UUM tidak sama, jadi mungkin berlaku percanggahan sekiranya PRK dijalankan serentak,”katanya.

Keputusan Terletak Dalam Tangan Majlis Pemilihan Siswa

Zalita mengingatkan pelajar akan tang-gungjawab menjaga barang masing-masing,

Mahiran Hj IsmailMuhammad Nur Hapis

Page 10: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Sekitar KampusBK10

Kuiz Pelaburan Permodalan Nasional Berhad 2008

USM Rangkul Tempat Kedua

Purata Nilai Gred Kumu-latif (PNGK) yang tinggi memberi kelebihan kepada

pelajar Pusat Pengajian Pengu-rusan (PPP) kerana berpeluang untuk mewakili pusat pengajian sekaligus mewakili universiti ke pertandingan Kuiz Pelaburan Per-modalan Nasional Berhad (PNB) 2008 antara universiti baru-baru ini.

Menurut Pensyarah PPP, En. Ahmad Zainuddin Salleh yang menjadi pengiring pelajar dalam kuiz tersebut, pelajar dipilih me-lalui kecemerlangan akademik mereka.

“Pusat pengajian akan me-nyenaraikan nama pelajar yang mendapat PNGK tertinggi bagi ba-hagian pengurusan dan bahagian perakaunan kemudian memilih enam pelajar pengurusan dan tiga pelajar terbaik perakaunan,” ujar beliau.

Tambahnya lagi, pelajar yang menyertai kuiz ini mendapat pelbagai kelebihan. Antaranya, pelajar mendapat pendedahan ten-tang suasana pelaburan sebenar dan dapat mengaplikasikan teori yang dipelajari dalam kuliah.

“Apabila menyertai per-tandingan ini, pelajar akan men-getahui kehendak industri kerana soalan-soalan yang dikemukakan adalah berkaitan keadaan pasaran semasa mengenai pelaburan dan perniagaan,” katanya ketika dite-mui Berita Kampus.

Menurut Ahmad Zainud-din, sebagai persediaan untuk menghadapi kuiz tersebut pelajar akan diberi masa dua minggu un-tuk membaca nota dan membuat latihan berkaitan dengan kuiz tersebut.

“Pusat pengajian akan me-nyediakan nota kepada pelajar seperti prospektus PNB, modul

daripada Suruhanjaya Sekuriti yang berkaitan dengan pelaburan, saham dan kewangan serta teks yang mereka pelajari dalam ku-liah,” tambahnya lagi.

Pasukan pelajar pengurusan yang diwakili Chau Lifen, Kang Chun Ee dan Pang Ming Yek telah berjaya memenangi tempat kedua dan membawa pulang hadiah yang merangkumi Piala iringan, wang berjumlah RM5000 (RM2750-uni-versiti dan RM750-setiap peserta).

Kuiz yang diadakan di Pu-trajaya ini dimenangi oleh Univer-siti Tun Abdul Razak dan disertai 57 kumpulan yang mewakili 22 universiti di negara ini.

“USM boleh memperbaiki pencapaian ini sekiranya perse-diaan dibuat lebih awal dan pe-lajar berusaha lebih gigih untuk mendapatkan keputusan yang ce-merlang ,” ulas Zainuddin.

Dasar Baru Untuk Mahasiswa Aktif PerniagaanKementerian Pembangunan

Usahawan dan Koperasi (MECD) memperkenal-

kan dasar pemberian modal baru kepada usahawan terutamanya mahasiswa yang aktif dalam per-niagaan.

Menurut Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Ko-perasi (MECD), Datuk Saifuddin Abdullah, kementeriannya akan memberi peluang pinjaman kepada mahasiswa yang berminat untuk terlibat secara aktif dalam keusa-hawanan selepas tamat pengajian.

“Kita akan melipatgandakan usaha ini terutamanya dalam kalan-gan mahasiswa kita kerana dalam kajian mendapati jumlah maha-siswa yang terus keluar bekerja sebagai usahawan hanyalah seban-yak tiga peratus sahaja,” katanya semasa ‘Majlis Hari Raya bersama Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi’ baru-baru ini.

Saifuddin berkata, kementeri-annya akan memperkenalkan dua sistem kepada usahawan baru yang ingin memulakan perniagaan.

“Sistem ini lebih tertum-pu kepada siswazah semasa dan selepas keluar dari universiti. Na-mun begitu, kita dapati wujudnya jurang antara mereka.

“Misalnya bagi siswazah yang

aktif dalam keusahawanan dalam kampus yang berminat memohon pinjaman modal di bawah kemen-terian perlu mematuhi beberapa syarat yang ditetapkan, apabila mereka keluar universiti nanti,” jelas beliau.

Menurutnya, sebelum ini syarat kelayakan bagi pemohon pinjaman modal untuk diluluskan memerlu-kan masa selama tiga bulan.

Justeru, menurut Saifuddin, dengan adanya pengenalan sistem

ini, mahasiswa yang aktif dalam bidang ini boleh memohon modal dari awal semasa berada di tahun akhir lagi.

“Setelah siswazah yang memo-hon telah tamat pengajian maka mereka dikategorikan sebagai lu-lus bersyarat dan kemudiannya pi-hak kementerian akan melunaskan pemohonan pinjaman mereka,” katanya..

Datuk Saifuddin Abdullah ketika memberi ucapan semasa Sambutan Hari Raya Gambar oleh: Eo Pee See

“Kita akan melipatgandakan usaha ini terutamanya dalam kalangan mahasiswa kita kerana dalam kajian mendapati jumlah mahasiswa yang terus keluar bekerja sebagai usahawan hanyalah sebanyak tiga peratus sahaja,”Datuk Saifuddin

Semua pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) ti-dak dibenarkan membawa

masuk kereta ke Kompleks Desa-siswa Restu Saujana Tekun (RST) bermula 13 Oktober sehingga tarikh yang akan diberitahu kelak.

Arahan tersebut berkuatkuasa ke atas semua kereta sama ada yang mempunyai pelekat atau ti-dak..

Menurut Pegawai Jabatan Keselamatan, Mohamed Fadzil Baharuddin berkata, tindakan ini bertujuan memberi ruang untuk kerja-kerja pembaikan tanah run-tuh di hadapan kafeteria Restu Saujana dilaksanakan.

“Memandangkan terlampau banyak kenderaan yang keluar ma-suk dan kenderaan yang diletakkan di kawasan RST ia menyukarkan

kerja-kerja pembaikan dilakukan,” katanya.

Tambahnya lagi, kenderaan pelajar yang diletakkan di kiri dan kanan jalan menghalang laluan terutamanya bagi bas yang mem-bawa pelajar dalam kawasan itu.

Fadzil berkata,keadaan ini hanya sementara dan akan kemba-li seperti biasa sejurus kerja-kerja pembaikan selesai dijalankan.

“Walau bagaimanapun, tarikh kerja-kerja itu selesai dilaku-kan akan diberitahu kemudian,” ujarnya.

Sementara itu, Fadzil mena-sihatkan semua pelajar supaya bersabar dan mengikut segala peraturan yang ditetapkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku.

Pelajar Tidak Dibenar Pandu Masuk Kereta Ke RST

Perpustakaan Hamzah Sendut 1(PHS1), Universiti Sains Malaysia (USM)

menyediakan saluran astro bagi memberi maklumat tambahan kepada pelajar yang berkunjung ke perpustakaan tersebut.

Menurut Penolong Pustakawan Kanan PHS1, Encik Hamdan Hassan, saluran astro yang disediakan sejak awal semester ini bertujuan membolehkan pelajar mendapat maklumat tambahan.

“Selain itu, pelajar juga dapat merehatkan minda setelah seharian belajar. Saluran astro yang diletakkan adalah berbentuk dokumentari , berita dan perniagaan yang ditayangkan di ruangan majalah, aras satu, PHS1,” kata Hamdan.

“Masa penayangan bermula pukul 8.30 pagi sehingga 10.30 malam.Terdapat pelbagai

saluaran dokumentari seperti siaran Discovery Travel dan Adventure , Animal Planet dan lain-lain lagi.” ujarnya kepada Berita Kampus.

Sehubungan itu, Berita Kampus melakukan tinjauan bagi mendapatkan maklum balas pelajar berhubung perkhidmatan astro tersebut.

Seorang pelajar yang ditemui, sdr. Abdullah Abdul Rahman, Ilmu Kemanusiaan 1, berkata perkhidmatan astro itu dapat menarik minat pelajar untuk memasuki perpustakaan tersebut.

“Saya selalu ke perpustakkan ini untuk mengulangkaji pelajaran dan meminjam buku. Saya berperdapat, saluran astro ini sangat bagus kepada semua pelajar” katanya.

Astro di PHS1 Bekal Maklumat Tambahan Efarhana Adenan

Fadzilla Hernani Mohd Janis

Page 11: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 11Sekitar Kampus

Pusat Komputer Universiti Sains Malaysia (USM) ti-dak mengenakan sebarang

bayaran kepada pelajar yang ingin membuang virus.

Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, Unit Keselamatan ICT, Pusat Pengetahuan, Komunikasi dan Teknologi, En. Fikry Azizan berkata pihak Pusat Komputer tidak pernah mengenakan seba-rang bayaran untuk perkhidmatan membuang virus.

“Pihak Pusat Komputer USM tidak mengenakan sebarang bayaran terhadap pelajar yang in-gin membuang virus dalam lap-top mereka dan dakwaan pelajar berkenaan adalah tidak muna-sabah,” katanya ketika ditemui Berita Kampus baru-baru ini.

Beliau berkata demikian seb-

agai mengulas dakwaan seorang pelajar yang mengatakan bahawa dia dikenakan bayaran sebanyak RM30.00 untuk perkhidmatan tersebut.

Menurut Fikry, isu berkenaan tidak seharusnya timbul sebaliknya pelajar perlu tahu bahawa bayaran RM30.00 berkenaan dikenakan apabila laptop mereka perlu di for-mat semula dan perkhidmatan ini juga jauh lebih murah berbanding di luar.

Tambahnya lagi bayaran RM30.00 yang dikenakan bukan untuk cas pembuangan virus se-baliknya cas untuk install drive dan pembaikan masalah program Windows dalam laptop pelajar.

“Bayaran RM30.00 berkenaan tidak melibatkan cas untuk pem-buangan virus sebaliknya perkhid-

Pusat Komputer Tidak Kenakan Sebarang Bayaran untuk Buang Virus

matan untuk format semula laptop yang bermasalah akibat virus dan sesetengahnya perlu install drive dan lain-lain,” jelas beliau.

Sementara itu seorang ju-ruteknik di Pusat Komputer USM yang enggan dikenali berkata sepatutnya pihak mereka menye-diakan perkhidmatan mendaftar wireless sahaja manakala perkhid-matan lain sekadar membantu pe-lajar membolehkan laptop mereka berfungsi dengan baik.

“Memandangkan pelajar me-minta pertolongan untuk mem-buang virus dan memformat lap-top mereka kami terpaksa lakukan sekadar membantu pelajar me-mandangkan cas yang dikenakan di luar (kedai komputer) RM50.00 iaitu jauh lebih mahal,” katanya.

Beliau juga berharap isu ini

tidak timbul semula kerana perkh-idmatan pembuangan virus adalah percuma dan berkemungkinan pe-lajar berkenaan salah faham men-genai bayaran berkenaan.

Tambahnya lagi, kebanyakan pelajar kurang arif tentang tahap kerosakan laptop mereka akibat terkena virus.

“Saya harap isu ini tidak lagi timbul kerana perkhidmatan pem-buangan virus dalam laptop adalah percuma dan mungkin terdapat salah faham kerana kebanyakan pelajar kurang arif tentang masalah laptop mereka selepas diserang vi-rus,” jelas beliau.

Gabungan Anak-anak Pu-lau Pinang (GAPP) telah menganjurkan Majlis

Sambutan Aidilfitri bersama den-gan anak-anak yatim dari Wis-ma Anak Yatim Perempuan dan Wisma Anak Yatim Lelaki Pulau Pinang sempena aidilfitri kali ini.

Menurut Pengarah Projek Sambutan Aidilftri, Ahmad Zabri b. Mohamed Sarajudin, Biologi 3, matlamat utama penganjuran program ini bertujuan mengerat-kan hubungan antara pemimpin mahasiswa dan mahasisiwi USM dengan masyarakat luar disamping meraikan anak-anak yatim.

“Matlamat kami ialah menger-atkan hubungan antara mahasiswa

dengan masyarakat luar dan merai-kan aidilfitri ini bersama anak-anak yatim”katanya.

Turut menghadiri majlis berke-naan ialah Pengarah Urusan Pen-ang Port sdn.Bhd, Dato’ Ahmad Ibnihajar yang menyalurkan sum-bangan bagi menjayakan majlis Sambutan Aidilfitri ini.

Seramai 90 anak yatim dari Wisma Anak Yatim Lelaki dan Perempuan Pulau Pinang diraikan dalam majlis Sambutan Aidilftri GAPP dan menerima sumbangan saguhati dan duit raya. Majlis berkenaan telah diadakan pada 14 Oktober di Dataran Bintang, De-wan Budaya USM pada pukul 8.30 malam hingga 10.00 malam.

GAPP Rai Anak Yatim

Antara anak-anak yatim yang diraikan dalam Majlis Sambutan Aidilfitri tersebut Gambar oleh: Siti Mahfuzah Othman

Satu persidangan berbentuk model United Nations telah diadakan di Dewan Persi-

dangan Utama Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini untuk membincangkan krisis yang berlaku di antara negara Georgia dan Russia.

Persidangan yang mendapat kerjasama dari Pejabat Anta-rabangsa Pelajar ini memberi peluang kepada pelajar kursus Perhubungan Antarabangsa dan Politik Antarabangsa untuk men-gambil bahagian dalam persidan-gan berkenaan.

Turut hadir dalam persidangan ini ialah Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal dan Pembangunan Pe-lajar (HEPP) USM, Prof. Madya Omar Osman.

“Objektif persidangan ini adalah untuk menggalakkan ko-munikasi di antara pelajar tempa-tan dengan pelajar antarabangsa,” katanya dalam ucapan perasmian

Menurut beliau, aktiviti sebe-gini juga dapat mendedahkan para pelajar kepada isu-isu antarabang-sa supaya mereka lebih prihatin terhadap isu-isu berkenaan.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai ura-ura mini konvoke-syen akan dibatalkan, Omar men-jawab majlis tersebut akan diterus-kan seperti biasa.

“Ini adalah untuk memudah-kan pelajar yang menamatkan pengajian mereka lebih awal untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya kepada Berita Kampus.

Satu persidangan ber-bentuk model United Nations telah diada-

kan di Dewan Persidangan Utama Universiti Sains Ma-laysia (USM) baru-baru ini untuk membincangkan kri-sis yang berlaku di antara

negara Georgia dan Russia. Persidangan yang mendapat kerjasama dari Pejabat Antarabangsa Pe-lajar ini memberi peluang kepada pelajar kursus Per-hubungan Antarabangsa dan Politik Antarabangsa untuk mengambil bahagian

dalam persidangan berke-naan. Turut hadir dalam persidangan ini ialah Timba-lan Naib Canselor Hal Ehw-al dan Pembangunan Pelajar (HEPP) USM, Prof. Madya Omar Osman.

“Objektif persidan-gan ini adalah untuk meng-galakkan komunikasi di an-tara pelajar tempatan dengan pelajar antarabangsa,” katan-ya dalam ucapan perasmian Menurut beliau, ak-tiviti sebegini juga dapat mendedahkan para pelajar

USM Bincang Krisis Georgia-Rusia

Sebilangan pela-jar yang meyertai Forum Krisis Georgia-Rusia di Dewan Persidangan Universiti

Gambar oleh: Nur Azimah Zulkafli

kepada isu-isu antarabangsa supaya mereka lebih prihatin terhadap isu-isu berkenaan. Sementara itu, ketika ditanya mengenai ura-ura mini konvokesyen akan di-batalkan, Omar menjawab

majlis tersebut akan diterus-kan seperti biasa. “Ini adalah un-tuk memudahkan pelajar yang menamatkan penga-jian mereka lebih awal untuk mendapatkan pekerjaan,” katanya kepada Berita Kam-pus.

Azila AdoniaSiti Mahfuzah Othman

Page 12: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 LestariBK12

Malaysia memiliki kha-zanah alam yang cukup berharga. Malah khaza-

nah alam yang dimiliki ini hanya wujud di tiga kawasan sahaja di dunia ini, iaitu di Lembangan Am-azon, Amerika Selatan dan di Af-rika yang luasnya meliputi Congo, pantai Teluk Guinea dan beberapa kawasan di Uganda.

Dianggarkan terdapat lebih 14,500 spesis tumbuh-tumbuhan berbunga di Hutan Hujan Tropika Malaysia. Daripada jumlah terse-but, kira-kira 9,000 spesis tum-buhan berbunga terdapat di Se-menanjung sahaja. Ia merangkumi 3,000 spesis pokok, 1,000 spesis orkid, 300 spesis palma dan 60 spesis buluh dan rumput dan 500 spesis paku-pakis.

Hutan Hujan Tropika di Malay-sia turut menjadi habitat semulajadi kepada beribu-ribu haiwan dan se-rangga yang setiap satunya mem-punyai peranan dalam pengekalan ekosistem hutan. Mengikut kajian yang dijalankan, terdapat 1,200 spesis burung, 1,000 spesis rama-rama dan kupu-kupu, 147 spesis amfibia, 250 spesis ikan air tawar dan 675 spesis mamalia secara semulajadi dalam Hutan Hujan Tropika negara ini.

Hutan Simpan Ulu Muda mis-alnya merangkumi keluasan kira-kira 105,000 hektar dan mencecah 123,000 hektar jika kawasan hu-tan persekitarannya dijumlahkan bersama. Ini termasuklah Chebar Besar, Padang Terap, Pedu, Bukit Saiong dan Bukit Keramat.

Kekayaan hasil yang dimil-iki oleh Ulu Muda terutamanya hasil kayu-kayannya menyebab-kan banyak pihak berminat untuk menerokanya. Dalam masa yang sama langsung tidak memikirkan

ancaman kerosakan yang berlaku. Tuntutan pembangunan mapan (sustainable development) dija-dikan alasan dan pengaplikasian pembalakan ini dikatakan akan berteras kepada konsep tersebut. Jawapan bagi meringankan ‘ke-sakitan’ Ulu Muda ialah dengan melaksanakan kaedah pembalakan udara menggunakan helicopter atau heli-logging.

Peranan hutan harus di ambil kira

Kemusnahan hutan rimba aki-bat aktiviti penerokaan manusia akan mengancam tamadun ma-nusia itu sendiri. Lihat sahaja apa yang telah berlaku di Pos Dipang, Perak. Perkampungan orang asli menjadi mangsa dek kerakusan manusia ‘moden’ tidak bertang-gungjawab yang menjalankan ak-tiviti pembalakan secara haram.

Menurut laporan yang dike-luarkan oleh World Rainforest Movement dan Forests Monitor Ltd, Malaysia merupakan penge-luar kayu balak tropika utama du-nia pada tahun 1995. Di mana pada waktu itu Malaysia telah mengek-sport sejumlah 7,884,000 meter padu kayu balak ke serata dunia.

Aktiviti pembalakan menjadi antara sektor ekonomi terpenting negara ini selain perindustrian, elektronik dan perkhidmatan. Kekayaan sumber hutan di negara ini menambah jangka hayat sektor pembalakan untuk terus maju.

Cadangan Pembalakan Helikop-ter di Hutan Simpan Ulu Muda

Cadangan pembalakan di ka-wasan Hutan Simpan Ulu Muda bukanlah kali pertama dimajukan.

Pada tahun 1995, cadangan pem-balakan ke atas kawasan yang mel-ibatkan kira-kira 123,000 hektar termasuk Hutan Ulu Muda pernah diketengahkan. Namun ia ditolak oleh Menteri Besar Kedah waktu itu, Tan Sri Osman Arof.

Ia sekali lagi dicadangkan pada tahun 2001. Kali ini cadan-gan tersebut datangnya daripada Menteri Besar Kedah sendiri, iaitu Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Isu cadangan pembalakan ke atas Hutan Ulu Muda kali ini turut dija-dikan isu politik oleh Pesuruhjaya PAS negeri Kedah, Azizan Abdul Razak. Namun cadangan pem-balakan ini menemui jalan buntu apabila kerajaan pusat tidak mem-benarkan projek pembalakan itu dijalankan sekitar tahun 2003.

Dibawah teraju kerajaan neg-eri yang baru, iaitu dibawah pen-tadbiran PAS, sekali lagi cadangan pembalakan ke atas Hutan Ulu Muda sekali lagi dimajukan. Kali ini juga melalui Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak. Cuma kali ini menyaksikan kaedah pembalakan yang berbeza berbanding sebelumnya. Di mana cadangan pembalakan menggu-nakan helikopter telah dimajukan.

Pada peringkat awal cadangan ini diajukan, pihak kerajaan negeri masih memberi ruang kepada ker-ajaan pusat kebarangkalian cadan-gan pembalakan iu dihentikan. Iaitu melalui pembayaran wang pampasan berjumlah RM100 juta kepada kerajaan negeri Kedah oleh kerajaan pusat. Selang beberapa hari, Menteri Besar Kedah tampil membuat kenyataan bahawa pi-haknya akan tetap melaksanakan pembalakan helikopter di Hutan Ulu Muda walaupun kerajaan pu-sat sanggup membayar wang pam-pasan tersebut.

Dihitungkan, jumlah RM16 bil-ion yang bakal diperolehi kerajaan Kedah bukanlah besar berbanding apa yang diperolehi syarikat yang mendapat konsesi pembalakan tersebut. Sedangkan kesan kemus-nahan akibat akiviti pembalakan harus ditanggung rakyat Kedah dan generasi seterusnya. Lebih memeritkan apabila nasib kira-kira 65,000 keluarga petani yang bergantung kepada saliran air dari Hutan Ulu Muda yang turut ber-fungsi sebagai kawasan tadahan air bagi petani di Kedah dan Perlis.

Satu kajian yang dilakukan oleh Japanese International Co-operation Agency (JICA) berdasar situasi tiga buah empangan- Pedu, Muda dan Ahning- berada dalam

situasi sedia ada, proses penana-man padi di kawasan Ulu Muda seluas 96,000 hektar terpaksa di-batalkan satu musim setiap 10 ta-hun kerana masalah kekurangan air di empangan terbabit. Pem-batalan kegiatan penanaman padi untuk satu musim mengakibatkan negara kehilangan 540,000 tan padi bernilai RM297 juta.

Apakah yang bakal dialami oleh para petani seandai tiga buah empangan itu menerima kesan kerosakkan akibat aktiviti pem-balakan, sama ada secara konven-sional atau heli-logging. Pastinya lebih ‘menakutkan’.

Pada tahun 2002 menyaksikan para petani tersebut mengalami masalah kekurangan air. Hal ini telah membantutkan usaha pena-naman padi dua kali setahun di ka-wasan tersebut. Waktu itu kawasan Hutan Ulu Muda belum lagi diter-okai. Senario bertambah gawat apabila negara mengalami masalah kekurangan beras yang menjadi makanan ruji masyarakat negara ini baru-baru ini. Sebagaimana se-dia maklum, Kedah adalah periuk nasi negara ini. Bayangkan apa yang bakal berlaku seandai cadan-gan ini diteruskan. Bagaimana na-sib keluarga para petani? Apakah nasib sektor perindustrian di Ku-lim dan Pulau Pinang yang turut bergantung bekalan air bersih dari kawasan tadahan Ulu Muda. Be-gitu juga dengan nasib penduduk di empat buah negeri, Perak Utara, Kedah, Pulau Pinang dan Perlis yang mendapat bekalan air bersih dari kawasan ini.

Perubahan sosial dan ekologi

Dari sudut sosial, cadangan pembalakan Ulu Muda seandai direalisasikan bakal memberi im-pak yang cukup negatif kepada penduduk sekitar kawasan terse-but. Malah lebih teruk ia akan merebak ke negeri lain termasuk Pulau Pinang, Perlis dan seseten-gah kawasan di Perak. Ancaman utama adalah masalah kekurangan air bersih yang boleh mengheret kepada permasalahan yang lain. Begitu juga dari sudut kekurangan makanan terutamanya padi serta lain-lain yang berkaitan dengan kemusnahan hutan simpan terse-but.

Dari sudut ekonomi pula, im-pak paling ketara akan dirasai oleh para petani yang bergantung sepenuhnya kepada system sali-ran air dari kawasan tadahan Ulu Muda. Mengikut laporan, cadan-gan kawasan pembalakan yang

merangkumi keluasan kira-kira 123,000 hektar itu turut melibatkan tiga buah empangan iaitu Pedu, Muda dan Ahning. Empangan ini berperanan sebagai kawasan tadahan air yang membekal air kepada penduduk negeri di Utara Semenanjung khususnya Kedah, Perlis dan Pulau Pinang.

Itu perubahan sosial. Bagaima-na pula dengan kemusnahan sistem ekologi akibat aktiviti pembalakan tersebut. Untuk memulihkan kem-

bali sistem ekologi semulajadi me-merlukan kos yang cukup tinggi dan mengambil masa yang terlalu panjang untuk dipulihkan..

Berpandu kepada Pelan Eko Pelancongan Kebangsaan 2005, Hutan Simpan Ulu Muda terma-suk antara sepuluh lokasi yang telah dikenalpasti sebagai lokasi eko pelancongan. Hal ini agak jelas menunjukkan keistimewaan flora dan fauna serta bentuk fizikal yang dimiliki oleh Ulu Muda se-hingga tersenarai sebagai lokasi eko pelancongan negara.

Satu kajian yang dilakukan sekumpulan saintis baru-baru ini mendapati Hutan Simpan Ulu Muda banyak menyimpan kepelb-agaian spesis flora dan fauna yang sesetengahnya tidak terdapat di ka-wasan lain. Khazanah yang cukup bernilai ini akan lenyap atau pupus jika akiviti pembalakan dijalankan. Kira-kira 109 spesis mamalia, 174 spesis burung, 54 spesis amfibia dan 20 spesis ikan air tawar ter-masuk spesis yang dipercayai baru ditemui di dunia akan menghadapi

Pembalakan Ulu Muda Ancam Kemusnahan EkologiOleh: Nor Fakrulrazi Ismail*Penulis adalah pelajar peringkat Sarjana dalam bidang Kewartawanan Sains & Alam Sekitar, USM. Beliau boleh dihubungi melalui [email protected]

Aktiviti pembalakan menjadi antara sektor ekonomi terpenting negara ini selain perindustrian, elektronik dan perkhidmatan

Sumbangan perhutanan ke arah meninggikan taraf hidup orang awam diabai-

Page 13: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21OKTOBER 2008 BK 13Lestari

faat kepada rakyatnya. Pembangu-nan gagal dilaksanakan. Apa yang pasti ia menambah nasi ke dalam periuk mereka yang terlibat dalam aktiviti ini. Sedangkan hutan rimba itu milik masyarakat umum.

Peranan yang dimainkan oleh media massa negara ini turut me-nyumbang kepada pembentukan masyarakat mapan dalam konteks alam sekitar. Jenayah alam sekitar yang kerap kali dilakukan pihak bertanggungjawab yang diketen-gahkan oleh media massa telah menyedarkan masyarakat. Antara pembongkaran yang pernah di-lakukan media massa ke atas pen-cabulan alam sekitar termasuklah yang berlaku di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, penerokaan haram di kawasan tinggi Lojing dan Cameron High-land, cubaan atau cadangan pem-balakan di Ulu Muda, pembalakan haram di Pahang dan banyak lagi.

Meskipun masyarakat kita dilihat menuju ke arah masyara-kat mapan dalam konteks alam sekitar, namun terdapat juga ha-langan-halangan tertentu untuk mempercepatkannya. Halangan ini lebih menakutkan seandainya ber-punca dari campurtangan politik. Dominasi kuasa politik menye-babkan kurangnya pelaporan atau perkhabaran mengenai pembal-akan haram di sana. Hal ini turut menjurus kepada kurangnya usaha pemantauan aktiviti pembalakan tersebut. Jika ada pun sekadar me-lepas batuk di tangga.

Justeru, cadangan pembalakan helikopter yang diketengahkan oleh kerajaan Kedah belum pasti dan keberkesanannya amat mera-gukan terutama dalam memasti-kan kesan minimum ke atas alam sekitar. Usaha membandingkan kaedah pembalakan dari udara berbanding kaedah konvensional bukanlah boleh dijadikan alasan untuk membenarkan hasrat aktiviti pembalakan ini diteruskan.

Malah keupayaan cadangan ini untuk memenuhi konsep pem-bangunan mapan juga diragui pel-

bagai pihak. Ini ekoran kesukaran atau barangkali kegagalan melak-sanakan proses pemantauan ke atas syarikat konsesi yang bertang-gungjawab memungkinkan aktiviti pembalakan ini akan memusnah-kan alam semulajadi Ulu Muda ke tahap yang lebih parah.

Usaha untuk meneruskan ak-tiviti pembalakan di Ulu Muda juga dilihat kurang sesuai dan ti-dak bersifat penyelesaian keselu-ruhan dalam memenuhi tuntutan sosial, apatah lagi bagi memenuhi tuntutan pembangunan mapan. Perlu diingatkan bahawa peranan yang dimainkan oleh Hutan Sim-pan Ulu Muda terhadap masyara-kat di utara Semenanjung cukup besar. Kemusnahan yang berlaku di Ulu Muda menyebabkan ban-yak pihak bakal berdepan dengan musibah negatif dalam menerus-kan kehidupan seharian.

Bekas Pengarah Perhutanan Pertubuhan Makanan dan Perta-nian Sedunia

(FAO) pernah menyatakan: “Dalam tempoh dua dekad yang lalu, sejumlah kawasan hutan dara tropika yang luas telah di eksploi-tasi di ketiga-tiga rantau yang be-lum dibangunkan. Eksploitasi itu, kecuali dalam beberapa perkara, dilakukan secara tidak bertang-gungjawab, membazir malah membawa kemusnahan. Hampir semua operasi itu tidak mem-bawa sebarang kesan yang nyata atau memberi keuntungan, baik sosial mahupun ekonomi, kepada negara-negara di mana operasi itu dijalankan… Keperluan tempatan tidak dipenuhi manakala peluang pekerjaan terlalu sedikit. Sebaha-gian besar eksport, sama ada se-bagai kayu balak atau balak yang sudah diproses, ‘dieksport dalam lingkungan firma itu sendiri,’ dan nilai pengangkutan ditetapkan un-tuk membolehkan pengumpulan untung di luar negara. Sumbangan perhutanan ke arah meninggikan taraf hidup orang awam diabai-kan”. Renungkan.

ancaman kepupusan dan lenyap begitu sahaja.

Retorik pembalakan helikopter

Cadangan menggunakan he-likopter untuk mengeluarkan hasil balak dari kawasan Hutan Simpan Ulu Muda dilihat satu langkah yang baik dan sesuai bagi meminimum-kan kemusnahan tumbuh-tumbu-han di sekitarnya. Dalam erti kata lain, kaedah ini dikatakan mampu mengurangkan kesan kemusnahan hutan berbanding konsep menggu-nakan jentolak atau jentera. Jadi ia dilihat agak hampir dengan hasrat masyarakat moden untuk mewu-judkan konsep pembangunan ma-pan (sustainable development).

Akan tetapi, timbul pelbagai persoalan mengenai perlaksa-naan pembalakan menggunakan helikopter sebagaimana yang dicadangkan ini. Pelbagai kera-guan dan kerisauan timbul teruta-ma dikalangan aktivis alam sekitar terhadap perlaksanaannya. Mak-

lumlah kaedah ini (heli-logging) bukanlah sesuatu yang rutin atau biasa dalam sektor pembalakan di negara ini. Malah ia dianggap teknologi terbaru dan masih belum digunakan secara meluas di benua Asia.

Bagi menguatkan sokongan kejayaan menggunakan kaedah pembalakan helicopter yang bakal dilaksanakan, sebuah syarikat dari Sarawak, WTK Holdings Berhad yang berpengalaman lebih dari sepuluh tahun dengan kaedah terb-abit, telah dipilih sebagai rakan kongsi kerajaan Kedah bagi mere-alisasikan hasrat ini.

Ibarat kata pepatah, lain padang lain belalangnya. Mungkin kaedah yang diaplikasi oleh syarikat terse-but bersesuaian dijalankan di Sar-awak dan barangkali langsung ti-dak sesuai jika dipraktikkan di Ulu Muda. Menurut laporan, meskipun proses pembalakan dilakukan dari udara, namun ia masih memerlu-kan proses pembinaan jalan da-rat. Dikatakan kadar kemusnahan hutan untuk membina jalan agak minimum berbanding kaedah

konvensional yang melibatkan se-hingga 40 meter sehektar. Kaedah pembalakan helikopter hanya li-batkan 5.7 meter sehektar. Namun ia masih melibatkan kemusnahan yang barangkalinya lebih luas dar-ipada jumlah yang diketengahkan.

Mengikut kaedah pembalakan helikopter, pokok-pokok balak yang akan ditebang mestilah beru-kuran diameter sekuang-kurang-nya 60 sentimeter selain pemuli-han pokok yang ditentukan sendiri oleh kakitangan Jabatan Perhuta-nan. Bilangan pokok balak yang akan ditebang juga agak terhad iaitu membabitkan tiga batang po-kok dalam satu hektar.

Pokok-pokok yang matang dan memenuhi kriteria akan ditanda terlebih dahulu sebelum aktiviti pembalakan dimulakan. Setelah ditebang, kayu-kayu balak yag telah dipotong akan diangkut oleh helikopter untuk dihantar ke ka-wasan pengumpulan. Jika dilihat kepada penyampaian kaedah ini, ia dilihat berlangsung dengan baik dan meminimumkan kerosakan alam sekitar.

Kuasa masyarakat mapan

Jika dilihat tahap kesedaran masyarakat negara ini terhadap alam sekitar agak rendah berband-ing negara lain terutamanya nega-ra-negara maju. Meskipun demiki-an, kerajaan yang memerintah agak jelas pendiriannya terhadap perlindungan dan pemeliharaan alam semulajadi. Ini boleh dilihat kepada penyertaan dalam pelb-agai forum yang menekankan kes-ejahteraan alam sekitar. Ini terma-suklah penyertaan Malaysia dalam Protokol Kyoto 1997. Begitu juga dengan pengenalan beberapa jenis undang-undang dan akta berkaitan penjagaan alam sekitar.

Tahap kesedaran yang agak rendah terhadap alam sekitar bu-kanlah dapat dijadikan satu ukuran bagi memastikan apa jua bentuk aktiviti yang memusnahkan alam semulajadi berterusan. Tahap kes-edaran ini juga bukan dapat dija-dikan alasan kepada pihak tertentu untuk sewenang-wenang melaku-kan kemusnahan alam semulajadi demi melaksanakan pembangu-nan.

Biarpun masyarakat negara ini belum lagi layak untuk bergelar masyarakat mapan atau sustain-able society khususnya berkaitan alam sekitar, namun terdapat pe-tunjuk-petunjuk tertentu bahawa kita menuju ke arah itu.

Dalam konteks negara ini, ke-seimbangan pembangunan dalam pengekalan alam semulajadi dapat dilihat secara jelas melalui ban-tahan-bantahan daripada pihak organisasi bukan kerajaan (NGOs) terutama yang berkaitan secara langsung dengan alam sekitar. Isu bantahan pembalakan ke atas Hutan Simpan Ulu Muda Misal-nya boleh dijadikan contoh. Di mana gabungan 19 buah organ-isasi bukan kerajaan telah ber-satu di bawah Sahabat Ulu Muda (FoUM) yang sebulat suara mem-bantah usaha pembalakan tersebut

dan suara bantahan tersebut ber-jaya mempengaruhi kerajaan pu-sat untuk membatalkan cadangan pembalakan Ulu Muda pada tahun 2003.

Cadangan yang dikemukakan kali ini dilihat akan menyatukan suara-suara NGO ini dibawah FoUM II yang lantang menen-tang kaedah pembalakan helikop-ter yang dicadangkan kerajaan hari ini. Cuma agak pelik sedikit dengan apa yang berlaku kali ini. Kerajaan PAS Kedah dibawah pimpinan Datuk Seri Azizan Ab-dul Razak sebelum ini secara peribadi turut menentang cadan-gan pembalakan Ulu Muda yang dicadangkan oleh bekas Menteri Besar sebelum ini iaitu Datuk Seri Syed Razak Syed Zain. Azizan Ab-dul Razak yang juga Pesuruhjaya PAS Kedah pada waktu itu cukup lantang menyuarakan bantahan tersebut sehingga berjanji untuk mengheretnya sebagai antara isu yang akan diketengahkan sewaktu menghadapi pilihanraya waktu itu. Dimana hilangnya semangat mes-ra alam Pesuruhjaya PAS Kedah ini? Adakah kerana tekanan atau-pun anganan untuk mendapatkan keuntungan hasil penjualan balak menyebabkan prinsip mesra alam sanggup diketepikan.

Tentangan daripada masyara-kat kali ini dijangka lebih hebat berbanding sebelum ini berikutan beberapa isu besar berkaitan alam sekitar yang melanda dunia turut dirasai oleh masyarakat negara ini. Ia termasuklah isu pemana-san global, kekurangan sumber makanan, malapetaka banjir di luar musim, perubahan cuaca dan sebagainya. Berdasar kepada perkembangan semasa juga me-nyedarkan masyarakat bahawa ak-tiviti pembalakan yang dijalankan hanya memberi keuntungan ke-pada pihak-pihak tertentu sahaja. Lihat sahaja apa yang berlaku di Kelantan. Aktiviti pembalakan yang dijalankan sejak kerajaan PAS memerintah Kelantan lang-sung tidak mendatangkan mana-

Sumbangan perhutanan ke arah meninggikan taraf hidup orang awam diabai-

Kemusnahan hutan rimba akibat aktiviti penerokaan manusia akan mengancam tamadun manusia itu sendiri.

Page 14: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 EkslusifBK14

M asalah mudah te r-t ipu dengan s inde-

ke t penyeludupan dadah sama ada da lam dan luar negara yang mel iba tkan kaum wani ta te ru taman-ya da lam ka langan pe-la ja r Ins t i tus i Pengaj ian Tinggi ( IPT) semakin menjadi - jad i . Hal in i se -makin membimbangkan apabi la ada mangsa d i -tahan a tas kesa lahan me-nyeludup dadah seh ingga d i ja tuhkan hukuman be-ra t .

Utusan Malays ia mel -aporkan , seorang wani ta rakyat Malays ia te lah d i ja tuhi hukuman mat i o leh Mahkamah Tinggi Undang-Undang Jenayah Guangzhou republ ik i tu pada 15 Mei la lu a tas ke-sa lahan menyeludup ma-suk hero in sebera t 2 ,983 gram.

Pihak berkuasa menge-san kewujudan t rend merekru t gadis IPT seb-aga i penyeludup barang te r la rang , sama ada dar i Malays ia ke negara luar a tau seba l iknya . Keadaan in i menyedihkan kerana ia membawa kesan nega-t i f yang bo leh menje jas dan mencemarkan nama ba ik negara .

Namun, persoa lannya ia lah , mengapa mangsa t idak mengetahui peker-jaan yang sedang mereka lakukan a tau i s i kandun-gan barang yang d ibawa mereka? Apakah fak tor-fak tor yang menyebab-kan mereka mudah te r je -rumus ke da lam masa lah in i?

Tin jauan war tawan Beri ta Kampus baru-baru in i t e rhadap 50 orang pe-la ja r wani ta Univers i t i Sa ins Malays ia (USM) dar i pe lbagai pusa t pen-ga j ian berhubung kes in i t e lah d i rekod dan d iana l -i s i s .

Has i l t in jauan mendapat i bahawa l ima fak tor u tama menjadi punca kaum wani ta mu-dah d iperdaya dan men-jad i mangsa penipuan s ind ike t .

Faktor kewangan

K ebanyakan re-sponden yang member i mak-

lum ba las ten tang fak-tor in i mengatakan bahawa jumlah p in ja-man kewangan yang d iber ikan ada lah te r-la lu sed ik i t un tuk tem-poh sa tu semes ter se -dangkan perbe lan jaan keper luan har ian te r-masuk yuran pengaj ian melebih i jumlah yang ada .

Hal in i menyebab-kan te rdapat pe la ja r yang te rpaksa mencar i ker ja sampingan untuk menampung keper luan h idup mereka d i kam-pus .

Faktor Cinta

C inta juga me-n y e b a b k a n wani ta sang-

gup melakukan semua perkara yang d ikehen-daki teman le lak i mer-eka . Ramai wani ta

te r je ra t dengan c in-ta warga as ing a tau rakyat tempatan yang menjadi da lang kepada s indike t -s indike t te r-ten tu .

Kebanyakan respon-den berse tu ju bahawa tak t ik yang d igunakan o leh warga as ing seme-mangnya l ic ik dan su-kar d i jangka . Mereka menunjukkan gaya h id-up yang serba mewah sehingga mangsa per-caya dengan hubungan yang d i ja l inkan .

Kebanyakan warga as ing i tu da tang ke negara in i dengan per-mi t sebagai pe la ja r a tau pe lancong.

Kurang Pendedahan oleh Media Massa dan IPT

S eorang respon-den dar i Pusa t Pengaj ian I lmu

Pendid ikan , 4 , ber-ka ta , p ihak univer-s i t i a tau badan bukan kera jaan (NGO) dan

media hanya melapor-kan se te lah ke jad ian ber laku te tap , i t idak mendedahkan tak t ik yang d igunakan o leh s indike t -s indike t te rse-but .

Oleh i tu , mereka se-harusnya menyediakan sa tu mekanisme yang dapat mengelakkan wani ta dar ipada te r-jebak dengan tak t ik s ind ike t yang sen t ia -sa berusaha mencar i mangsa demi keuntun-gan d i r i sendi r i .

“Tambahan pula , ke lemahan wani ta se r ing d iperguna o leh mereka dan perkara in i harus d iber i penyelesa-ian yang ba ik mela lu i ka j ian a tau pemantau-an yang menyeluruh ,” ka tanya .

Faktor Agama S istem pendid ikan

agama yang rapuh dan t idak mencukupi

mendorong kepada sa lah laku in i kerana nafsu untuk h idup mewah dengan segera tanpa mempedul ikan kes-e lamatan d i r i , dan ke luarga

akhi rnya membawa padah kepada d i r i sendi r i .

Terdapat responden me-nyatakan h idup secara sederhana ada lah sua tu perkara yang se la lu d iper in-ga tkan dan d i tekankan o leh agama. Oleh i tu , hanya den-gan mengikut i syar ia t yang ber landaskan agama saha ja mampu mengelak ind iv idu dar i t e rpengaruh dengan se-ga la pujukan a tau godaan .

Faktor Ibu Bapa

F aktor in i ada lah yang pa l ing se-d ik i t mendapat

perse tu juan responden. Ada responden me-nyatakan , ibu bapa me-mainkan fak tor pent ing mencorak kehidupan anak-anak mereka . Ibu bapa harus lah member i pendid ikan dan pende-dahan agama yang cu-kup se la in ser ing me-mantau kegia tan yang d i lakukan o leh anak-anak mereka .

Cara h idup sederha-na harus d i te rapkan se-jak kec i l bagi mencor-ak akhlak dan t ingkah laku se te lah mereka dewasa ke lak .

Sindiket Penyeludupan Dadah

Wanita Mudah DiperdayaSiti Jumayah Abdol Samat

Page 15: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 15Rencana

Pada 1790, kumpulan teater daripada seluruh negara China tiba di Bei-

jing untuk membuat persem-bahan kepada pemerintah Di-nasti Qing, Qianlong sempena menyambut hari keputeraannya.

Empat kumpulan teater muzi-kal itu telah mengejutkan selu-ruh bandar. Dengan kata lain, mereka melahirkan satu bentuk teater baru yang menggantikan opera yang berbentuk “Kunqu”, sejenis teater yang telah dia-malkan sejak 200 tahun dahulu.

Opera Cina banyak menekank-an cerita berunsur sejarah, peper-angan serta elemen patriotik. Persembahannya merangkumi nyanyian, puisi, muzik dan tarian.

Terdapat lebih kurang 300 bentuk persembahan opera seperti Opera Kantonis, Opera Yue, dan sebagainya. Selain itu, terdapat juga opera yang berlainan yang dipersembahkan mengikut acuan daerah masing-masing tetapi ma-sih mengekalkan watak-watak uta-ma iaitu perempuan (female), lela-ki (male), muka yang dilukis (the painted face) dan badut (clown).

Opera biasanya mempersem-bahkan cerita yang sama walau-

pun terdapat perbezaan di antara kawasan yang berlainan. Ada yang mempunyai peleraian (ending) yang berlainan tidak kurang juga yang mempunyai penambahan watak.

Pada pengakhiran Dinasti Qing, restoran (tea house) mula dinaik taraf menjadi pusat persembahan opera. Pada mulanya kumpulan pelakon ini menggunakan restoran sebagai tempat untuk berlatih. Perniagaan restoran akan bertam-bah baik kerana pelanggan boleh menyaksikan persembahan opera semasa menjamu selera di restoran.

Lama- kelamaan persemba-han mereka mula mendapat per-hatian pihak istana. Sejak itu,

persembahan opera tidak boleh lagi dipentaskan secara terbuka.

Watak-watak dalam opera Cina mempunyai banyak watak perem-puan yang penting walaupun mengikut sejarah tidak ada mana-mana perempuan yang memain-kan watak seorang perempuan.

Dahulunya, perempuan di neg-ara China terutama dari kelas atasan sentiasa menjaga tingkah laku dan hanya tinggal di rumah sahaja.

Rujukan daripada:1. Chinese Drama in Malaya (Slingko )2. Famous Chinese Plays (L. C. Arlington and Harold Acton)

Jika didapati seorang perem-puan beraksi di atas pentas maka perempuan ini dianggap ber-taraf pelacur. Jadi, hanya pela-kon lelaki sahaja yang memain-kan semua watak perempuan.

Pada awal 1930an, wanita mula diterima untuk beraksi di dalam pementasan opera. Hal ini menyebabkan penyingkiran pelakon lelaki yang membawa watak seorang perempuan. Wa-

laupun segala kelakuan, vokal dan gaya yang dicipta adalah un-tuk dimainkan oleh lelaki, namun pelakon perempuan masih dapat menpersembahkan dengan baik.

Dalam sejarah, sekitar tahun 20-an hingga 40-an, pelakon Mei Lan fang adalah bintang yang sangat popular dalam persemba-han . Persembahannya merang-kumi negara China, Jepun, The Soviet Union dan Amerika. Be-

“Opera Cina banyak menekankan cerita berunsur sejarah, peperangan serta elemen patriotik.”

“Jika didapati seorang perempuan beraksi di atas pentas maka

perempuan ini diang-gap bertaraf pelacur. Jadi, hanya pelakon lelaki sahaja yang memainkan semua watak perempuan.”

Sejarah Opera CinaOleh : Chia Lee Ching

liau juga mempengaruhi ahli dramatis yang terkenal seperti Bertholt Brecht dan Stanislavsky. Beliau pernah berlakon bersama pelakon terkenal seperti Char-lie Chaplin dan Mary Pickford.

Tambahan pula, Mei Lan Fang juga berjaya menguasai lebih daripada 100 watak. Beliau mulai melakukan perubahan kepada kos-tum, pementasan, persolekan dan teks opera Cina. Beliau turut men-cipta skrip dan yang paling terkenal ialah ‘Farewell my Concubine’.

Opera Cina masih kekal hing-ga kini walaupun telah melintasi abad dan pertukaran dinasti. Kini, opera Cina masih memainkan peranan penting dalam kalangan masyarakat Cina moden di selu-ruh dunia terutama ketika musim perayaan. Antara cerita opera Cina yang masih sangat popular di kalangan masyarakat Malaysia adalah seperti The legend of the Monkey King, Romance Of The 3 Kindoms, Seribu Satu Cerita Dongeng dan cerita-cerita hantu.

Page 16: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Sudut SantaiBK16

Man comes home, finds his wife with his friend in bed.

He shoots his friend and kills him.

Wife says :

‘If you behave like this, you will lose ALL your

friends’.

Naughty Answers

A small Boy wrote to Santa Claus, ‘ send me a brother’ Santa wrote back,

‘ SEND ME YOUR MOTHER’

What is the definition of Mistress? Someone between the Mister and

Mattress What’s the difference

between stress, tension and panic? Stress is when wife is pregnant,... Tension is when girlfriend is

pregnant.

Panic is when both are pregnant.

Grammer : Do you know the Teacher importance of a period?

Kid: Yeah, once my sister said she has missed one, my mom fainted, dad got a heart attack & our driver run away.

A young boy asks his Dad :’What is the difference between confident and confidential?

Dad says: ‘You are my son, I’m confident about that.Your friend over there, is also my son, that IS confidential .’

Kartun

Penjual Telur Di sebuah pasar tradisional.

Pembeli: “Dik, telur sekilo berapa?”

Penjual: “Telur ayam atau telur itik?”

Pembeli: “Telur ayam.”

Penjual: “Telur ayam biasa atau ayam kampung?”

Pembeli: “Ayam biasa.”

Penjual: “Yang tempatan atau yang import?”

Pembeli: “Yang tempatan.”

Penjual: “Yang tempatannya mahu yang dari Ipoh, Kuala Selangor atau Tampin?”

Pembeli: “Yang Ipoh lah...” (Sambil terlihat kesal).

Penjual: “Mahu yang Ipoh Pusat, Barat, Timur, Utara, atau selatan?”

Pembeli: “Adik nie jual telur atau nak jalan-jalan?”

Penjual: “Maaf kak, saya penjual mee rebus kat sebelah. Kebetulan yang jual telur pergi makan. Saya disuruh berbual dulu dengan pem beli sampai dia datang.

Penjual Telur 11 tips agar tidak bosan semasa di dalam lif:

1. Ketika anda hanya berdua dengan orang tak dikenali, cuit bahunya!Kemudian anda pura-pura melihat ke tempat lain..

2. Buat muka menyeringai kesakitan sambil pegang kepala anda dan menjerit “Diam, semuanya diam!”.

3. Bawalah kamera dan ambillah gambar semua orang yang ada di dalam lif.

4. Pindahkan meja kerja anda ke dalam lif. Jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka sudah membuat appoinment?

5. Letakkan sebuah bungkusan di sudut lif, jika ada yang masuk, tanyakan apakah mereka mendengar bunyi tik... tik... tik...

6. Anda pura-pura jadi pramugari! Tunjukkan prosedur keselamatan penerbangan seperti di dalam kapalterbang.

7. Ketika pintu menutup, beri pengumuman kepada semua orang. “Bertenang, jangan panik, jap lagi die bukak balik!”.

8. Bukalah beg tangan anda, sambil melihat ke dalam beg tangan, tanyalah “Oksigen cukup tak kat situ?”

9. Diam dan jangan bergerak sama sekali di sudut lif, menghadap dinding, jangan sesekali keluar.

10. Dengarkan suara di dinding lift dengan stetoskop.

11. Buatlah garis di lantai sekeliling anda menggunakan kapur, lalu beritahu “Ini adalah area SAYA”

Kartun

Page 17: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 17Koleksi Khas

By: Sitie Nurhajatulziemah Mohd NorBook title: Tuesday with MorrieWriter: Mitch AlbomPage: 210Publisher: Sphere, LondonPrice: RM29.95

This book tells a true story of writer, Mitch Albom. This book is dedicated

to his brother, Peter, the bravest person that he knows. Tuesday with Morrie is about an old man, a young man and life’s greatest lesson. Maybe it was a grandparent, a teacher or a colleague. Someone older, patient and wise, who understood you when you were young and impassioned, helped you to see the world as a more profound place and gave you sound

advice to guide your way through it. For Mitch Albom, it was Morrie Schwartz, the college professor who had taught him nearly twenty years before. Perhaps, like Mitch, you lost track of this mentor as the year passed, the insights faded, and the world seemed colder. Wouldn’t you like to see that person again to ask the bigger questions that still haunt you and receive wisdom for your busy life the way you once did when you were younger? Mitch Albom had that second chance, rediscovering Morrie in the last months of the older man’s life. Their rekindled relationship turned into one final ‘class’: lessons in how to live. Tuesdays with Morrie is a magical chronicles of their time together.

Pengulas: Wan Norhaspalela Binti Wan IshakTajuk Buku: Hijab Sang PencintaPenulis: Ram-lee Awang Mur-shidPenerbit: ALAF21 SDN BHDHalaman: 510Harga: RM19.90

Lelaki berduka dari Tanah Rencong di duga lagi hing-ga membawanya kembali

ke Tanah Melayu, tanah air yang ditinggalkan 17 tahun lalu.Ujian kali ini lebih getir kerana nyawa si ibu tercinta menjadi ta-ruhan tatkala Laksamana Sunan memutuskan untuk kembali ke pangkuan keluarga. Ternyata pertengkaran di lan-git telah mencetuskan perkelahian di bumi yang entah bila akan be-rakhir. Sementelah bermulanya perjalanan, kejahatan seolah-olah mengejarnya. Sementara itu, kera-jaan pemerintahan Maharani bera-khir setelah tenggelamnya Pulau Utara.Taghut pula tidak pernah berputus asa mencari hamba ke-jahatan untuk terus menyesatkan manusia. Cheng De, manusia khunsa dari Banjaran Tibet yang siang-nya menjadi lelaki dan malamnya bertukar perempuan kini menjadi

Pengulas: Chea Lee ChingTajuk Buku: MAHATHIR DAN AKHBAR Penulis: MOHD SAFAR HASIM, pensyarah Ja-batan UKM pada tahun 1996.

Media yang memutuskan apa yang kita lihat, den-gar dan saksikan. Jika

media mahu kita terperanjat den-gan pembunuhan beramai-ramai, ia boleh menyiarkan butir-butir terperinci mengenainya. Tetapi, jika ia memilih untuk menyiarkan majlis perkahwi-nan Siti Nurhaliza semasa pem-bunuhan beramai-ramai berlaku,

kita akan menghentak kaki penuh gembira. Jelas sekali, orang yang me-mutuskan apa yang patut kita lihat dan dengar memegang kuasa yang terbesar. Mereka boleh membuat kita menari, merusuh, mencuri atau membunuh di jalanan. Buku ini menerangkan kuasa media serta perhubungan antara media terutama bidang akhbar den-gan kuasa pengawalan Tun Dr Ma-hathir semasa beliau memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia. Ia mengandungi semua ucapan penting dan artikel Tun Dr Mahathir yang berkaitan dengan akhbar, media dan komunikasi.Buku ini dibahagikan kepada dua bahagian. Bahagian pertama men-ghuraikan tentang sejarah kewuju-dan suratkhabar di dunia serta Ma-

laysia. Bahagian kedua tertumpu kepada keadaan sebenar bidang akhbar di Malaysia serta cabaran yang dihadapinya. Mahathir dan akhbar ini menjelaskan bahawa orang yang mengawal media juga berkuasa mengawal fikiran kita dan mung-kin juga dapat mengawal dunia. Mereka boleh menaikkan ses-eorang menjadi presiden atau menjatuhkannnya. Negara boleh dipencilkan atau diterima walau-pun terdapat pelanggaran hak asasi manusia. Kita harus memikirkan siapa sebenarnya yang memegang kuasa ini? Siapa yang sebenarnya men-gawal media dunia dan masa de-pannya? Jawapannya sama ada pi-hak kerajaan, golongan kaya yang tertentu, penduduk negara ataupun bos syarikat akhbar? Penulis banyak menghurai-kan tentang peranan penting akh-bar dalam demokrasi negara dan peranan itu tidak begitu kritikal sebagaimana yang digambarkan dalam akhbar. Di tangan yang salah, ia boleh menjadi senjata un-tuk merosakkan demokrasi. Menurut artikel Mahathir, dalam menjunjung kebebasan akh-bar, peranan potensi ini mesti diin-gati, selagi akhbar sedar mengenai potensi dirinya sebagai satu senjata kepada demokrasi dan secara baik menghadkan pelaksanaan haknya, ia patut dibenarkan berfungsi tan-pa gangguan kerajaan. Tetapi apabila akhbar dengan jelasnya menyalahgunakan haknya dengan mengapi-apikan rakyat tanpa perlu, kerajaan demokrasi patut mempunyai hak untuk men-gawalnya.

Tuesdays With Morrie

Hijab Sang Pencinta

Mahathir Dan Akhbar

tunggangan Taghut dan dinamakan Manggala. Manggala, manusia ter-kutuk yang akan bertukar menjadi serigala setiap kali bulan mengam-bang dan berhasrat menghapuskan Laksamana Sunan.Namun, keampuhan Laksamana itu sukar dikalahkan. Manggala berjaya “dimatikan”. Luka kehilangan Ratna-Sang Ratu, isteri tercinta belum pun pudar tat-kala ibunya, Sulimah kembali ke rahmatullah. Puteri Kober Gandring yang bertanggungjawab atas kematian ibunya dan berhajat membunuh sultan Melaka dijejaki dan berjaya dikalahkan. Namun, kemurkaan sultan tidak terduga. Laksamana Sunan pula diperangi berikutan dendam lama. Ashabul Kahfi. Satu hijab ter-buka membuatkan Laksamana Su-nan terlontar ke abad 21 sewaktu dalam pelariannya. Situasi yang sama sebagaimana Haryani dan

Dani yang terlantar ke abad 15 suatu ketika dulu. Sumpahan iblis untuk terus menyesatkan manusia benar. Jen-glot, baka awal Manggala kini mendambakan 100 darah korban perawan suci untuk “menghidup-kannya” kembali. Lebih mendebarkan apabila kor ban yang ke-100 adalah Hary-ani yang dulunya pernah terlepas daripada menjadi mangsa korban yang sama. Laksamana Sunan yang “datang” ke zaman ini dibawa ke Aceh atas permintaan Dani un-tuk menjejaki Haryani sebelum ia menjadi korban terakhir. Penghujungnya belum pasti menjanjikan kebahagiaan. Laksa-mana Sunan perlu kembali ke zamannya biarpun cinta Haryani terikat di zaman ini. Hijab Sang Pencinta adalah trilogi daripada siri Bagaikan Puteri dan Cinta Sang Ratu yang pastinya mengubat rindu pembaca yang ternanti-nanti karya Ramlee Awang Murshid.

Page 18: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 Koleksi KhasBK18

Pengulas : Nurul Nadia Abdul HamidTajuk : Flight of The Liv-ing DeadPengarah: Scott Thom-asPelakon : David Chisum, Sarah Laine, Kristen Kerr, Kevin J. O’Connor, Derek Webster, Dale Midkiff, Erick Avari, Richard Tyson.Genre : Filem Seram Durasi : 120 minit

Jika melihat tajuknya, ramai yang mengjangka filem genre seram ini sama seperti naskah

seram stereotaip yang lain. Walau bagaimanapun, anggapan anda mungkin melencong sama sekali

memandangkan filem yang turut dilabelkan sebagai 18SG itu masih menerapkan elemen kelakar. Berkisar mengenai suasana dalam kapal terbang yang sedang berlepas pada ketinggian 30 000 kaki, ia merungkai seribu satu kisah. Bermula dengan suasana tenang, namun akhirnya bergolak kencang apabila penonton dikejut-kan dengan kehadiran virus baru yang boleh membunuh dan meng-hidupkan kembali sesuatu benda. Virus ciptaan tiga saintis terkenal itu dihasilkan untuk kegunaan di medan perang agar tentera Ameri-ka Syarikat mampu bertahan lebih lama dalam memerangi musuh. Biarpun masih dalam pering-kat percubaan, Dr Bennet, saintis yang tamak haloba telah mencuri virus berkenaan daripada pihak kerajaan untuk kepentingannya sendiri. Sikapnya itu telah mem-bawa petaka kepada seluruh ahli penerbangan termasuk kapten pen-erbangan apabila virus pertamanya merebak kepada Dr Kelly. Seterusnya, seorang demi seorang terbunuh dan menjadi zombie. Pelbagai adegan mende-barkan dan aksi mantap menjadi santapan. Persoalannya, apakah virus itu dan siapakah yang mampu menyelamatkan diri daripada ma-lapetaka sehebat itu? Bagaimana dengan nasib Dr Bennet, Frank, banduan ganas namun kelakar dan bersifat vegetarian, serta si pramugari cantik, Emily. Di mana dan bagaimanakah pengakhiran-nya nanti?

Reviewer: Lau Chao YiTitle: Eagle EyeDirector: DJ CarusoGenre: Action/ thrillerDuration: 1 hours 59 minutesCast: Shia LaBeouf, Michelle Monaghan and Billy Bob Thorn-ton

Jerry (played by Shia LaBeouf) was drop-out from Stanford University. Although he has

exceptional wisdom, but he never thought to use them in the real world. He worked in a machine shop, lived a humble life with pov-erty. He could not even afford to pay all his rent. When Jerry’s twin brother died in a military task, then, his world began to turn upside down. His normally empty bank account now contained $750,000. After withdrawing as much money as he could, he returned to his apart-ment only to realize someone had delivered a bunch of weapons and smart devices to him. Soon after that, Jerry was arrested as a terror-ist by FBI foot soldiers. Jerry was constantly inter-rogated by the FBI but he did not understand the situation he was

facing. He received a phone call, from a mysterious woman , who eventually helped him escape from jail. But, all is far from over. Jerry was forced to allow the instructions of the mysterious woman and succeeded in escap-ing. He soon found out that the young woman, Rachel, who drove him away after escaping from jail. Rachel (Michelle Monaghan) who is a single mother was also a vic-tim threatened by the mysterious woman. In the twists and turns in order to reunite with their loved ones, they accepted from the mys-terious woman. Finally, when the woman’s true identity came to light, they were already unknowingly forced to be involved the connection of a political assassination plot. This is a thriller which is al-ways against time. The mysterious woman threaten the safety of Jerry, Rachel and their families learning them exposed to increasingly dan-gerous situations. The “woman” who has eagle eye used the gen-eral technology products to moni-tor their every behavior. Jerry and Rachel must work together to find out how this is all going to end, but more importantly, the reason it happened.

Reviewer : Noor Hajidah HassanMovie Title : ConnectedDirector : Benny Chan Muk SingStarring : Louis Koo Tin Lok, Barbie Hsu Hsi Yuan, Nick Cheung and Liu Ye.Classification : 18 PLDuration : 1 hours 52 mins

shattered phone piece she found in her cell. The plot thickens began when Grace got through to debt collector, Bob( Louis Koo) and beg him to remain connected each time. Bob felt reluctant to help Grace because he was in a hurry to meet his son, Kit, at the airport before Kit departs from HongKong. Unfortunately, Grace’s six-years-old daughter, Thinker , was also being kidnapped and im-prisoned in a different place a few hours after Grace was kid-napped. Grace’s brother, Roy, who unintentionally recorded the cruelty of the kidnapper’s some time ago resulted in Grace and her daughter. In the effort of search-ing and tracking the kidnappers, Bob received several calls from Kit reminding him to fulfill his promise to meet him at the air-port .. The main attraction of Connected is the between from Hong Kong actor, Louis Koo Tin Lok and Taiwanese actress, Bar-bie Hsu His Yuan. In Connected, a cellphone has served as a lifeline for a kidnap victim like Grace and her daughter, Thinker.

An adaptation from Hol-lywood’s blockbuster Cellular, Connected (Bo Chi Tung Wah in Cantonese) takes off, Grace Wong (Barbie Hsu) who is a single woman, being kidnapped and im-prisoned by a group of criminals that impersonated the Interpol (International Police). During her imprisonment, Grace, who is also an engineer sought help by dialling a random cellular number using a graft of

By: Chia Lee Ching Movie Title: Painted SkinDirector: Gordon Chan Release Date: 25 Sep-tember 2008Language: CANTON-ESEClassification: UCast: Donnie Yen, Zhao Wei, , Zhou Xun, Chen Kun, Qi Yuwu, Betty Sun

It is a story that brings audi-ences into the world of wild imagination about spirits and

ghosts, but also explore the reali-ties of human nature and morality at the same time. Painted Skin, one of the spook-iest and chilling ghost stories from the famous supernatural-themed short stories collection Strange Tales of Liaozhai by Pu Song ling (1640-1715), a renowned writer of the Qing Dynasty, is a series of captivating and colourful sto-ries where the boundary between reality and the odd or fantastic is blurred. The cast includes vixen spir-its, ghosts, scholars, court officials, Taoist exorcists and beasts. Moral

purposes are often inverted be-tween humans and the supposedly degenerate ghosts or spirits, result-ing in a satirical edge to some of the stories. During the Chin and Han era, Commander Wang Sheng (Donnie Yen) leads his troops in a raid on bandits in the desert, in the process he rescues a beautiful woman and brings her back with them. How-ever, he has no idea that this wom-an, Xiao Wei (Zhou Xun) is in fact a fox spirit in human form. Xiao Wei needed a regular supply of human hearts to main-tain her human form, and the tasks falls on her helper Xiao Yi (Chen Kun) – a desert chameleon who has also taken on human form and has the special ability to melt into his environment. Meanwhile Xiao Wei has fall-en in love with Wang Sheng, after being impressed with his gallant attempt in rescuing her. She keeps trying to seduce Wang in an ef-fort to steal him from his wife, Pei Rong (Zhao Wei). Pei Rong finds out about Xiao Wei’s feelings for her husband; she also discovers that Xiao Wei is not human, so she secretly approaches martial expert Pang Rong and de-mon catcher Xia Bing for help. Subsequently a drama unfolds that delves into intricate emotions and relationships between man and demon, love and passion, loyalty and temptation, ending in a final with a surprising twist.

Page 19: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 19Suara Siswa

Saudari,Saya telah membaca artikel

dalam Berita Kampus yang me-nyatakan bahawa Jabatan Kes-elamatan (JK) telah mengambil tindakan menembak anjing liar yang berkeliaran dalam kam-pus.

Namun, saya hairan apabila saya lihat masih banyak lagi anjing liar yang berkeliaran di merata tempat terutamanya ber-hampiran Dewan Kuliah Sains Kemasyarakatan (SK).

Beberapa minggu lalu, ke-tika saya dan rakan sedang menunggu bas di perhentian bas Dewan Budaya kira-kira jam 10 malam, kami terkejut apa-bila terdengar jeritan seorang pelajar perempuan yang lari bertempiaran apabila dikejar dua ekor anjing yang berwarna hitam.

Kami tergamam melihat keadaan itu. Nasib baik ada

Saudari,Saya penghuni Desasiswa Ca-

haya Gemilang. Sudah lama saya perhatikan kebersihan tandas dan koridor di desasiswa ini. Ia kurang memuaskan.

Hal ini disebabkan pada semes-ter ini, kontraktror yang lain men-gambil tender untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di tan-das tersebut..Jika dahulu pekerja kontrak melakukan tugas mencuci dengan baik, contohnya tandas di-cuci dengan bersih manakala kori-dor pula disapu setiap hari tetapi, pada semester ini, pekerja tersebut tidak melakukan tugas seperti pe-kerja kontrak lepas.

Selain itu, saya juga mendapati bahawa mangkuk tandas tidak dicuci bersih. Mungkin ia hanya disembur dengan air dan tidak dis-ental dengan sabun. Jika dahulu, pekerja akan mencuci mangkuk tandas, lantai dan dinding di dalam bilik air tetapi kini, pekerja yang ditugaskan tidak berbuat demiki-an.

Saya berharap agar pihak pen-gurusan dapat menyelesaikan ma-

seorang pelajar lelaki yang me-lalui jalan itu menghalau anjing tersebut dan menghantar pela-jar perempuan itu pulang.

Saya dan rakan telah menel-efon JK agar menghalau dan menembak anjing tersebut. Namun, apabila pengawal kes-elamatan tiba, dia hanya meng-halau anjing liar dari kawasan berhampiran bulatan berdeka-tan Kedai Mahasiswa. Kami bertanya kepada pengawal itu kenapa tidak menembak sa-haja anjing tersebut tetapi, dia menyatakan bahawa tiada pera-latan khas yang disediakan pada waktu malam. Maksudnya, an-jing tersebut akan ditangkap pada keesokan harinya.

Namun, beberapa hari ke-mudian, di tempat dan pada waktu yang sama, anjing terse-but masih lagi kelihatan. Saya hairan kerana anjing yang saya lihat beberapa hari lalu belum

ditangkap.Pada 7 Oktober lalu ketika

pulang dari kelas di SK 4 pada pukul 10.30 malam, anjing tersebut masih lagi berkeliaran berhampiran C10. Sekali lagi saya menelefon JK untuk me-maklumkan mengenai gang-guan anjing liar itu.

Di sini, saya hairan dan ter-tanya-tanya, adakah JK men-jalankan tugas menjaga kese-lamatan pelajar atau hanya tahu menyaman pelajar? Saya sedih apabila aduan demi aduan yang dibuat hanya dipandang enteng oleh JK. Jika JK betul-betul menjalankan tanggungjawab-nya, mengapa masih banyak lagi anjing liar di USM? Ada-kah taraf Universiti APEX yang diterima ini hanya untuk tujuan pembelajaran dan tidak menitikberatkan keselamatan pelajar??

Pengadu Kesal

Anjing Berkeliaran, Keselamatan Pelajar Terancam

Tandas dan Koridor Desasiswa Cahaya Gemilang Kotor

Saudari,Sudah lama saya ingin men-

getengahkan pendapat ini kepada Berita Kampus. Ia bukanlah un-tuk tujuan menjatuhkan pihak lain tetapi sebagai pelajar, saya berasa wajar jika saya menyuara-kan pendapat kerana pelajar juga mempunyai hak untuk bersuara.

Pada pendapat saya, harga ba-rangan di kedai-kedai yang ter-dapat di dalam kampus USM agak mahal berbanding dengan harga di luar (Sungai Dua & TESCO).

Sebagai pembeli, saya mera-sakan Kedai Mahasiswa yang men-jual barangan harian seperti sabun, buku, dan sebagainya sewajarnya mengenakan harga yang rendah bagi pelajar USM.

Selain itu, kedai cenderahati di Bakti Permai juga wajar meletak-

kan harga rendah kerana apa yang saya nampak sesetengah barangan di kedai-kedai dalam USM dijual dengan harga yang lebih tinggi dan ini membebankan pengguna.

Mengapakah perlu mengena-kan harga tinggi sedangkan kedai-kedai ini terdapat dalam kampus. Kewujudan kedai seperti ini sepat-utnya membantu pelajar menjimat-kan wang bukannya mengenakan harga yang terlalu tinggi.

Di samping itu saya juga ber-harap agar kedai cenderahati (yang terletak di Bakti Permai) dapat beroperasi 24 jam kembali bagi kemudahan pelajar pada waktu lepas tengah malam untuk mem-beli barang keperluan ketika waktu kecemasan.

Sekian, terima kasih. Hak Pelajarsalah ini agar penghuni Cahaya

Gemilang dapat tinggal dengan selesa terutamanya membabitkan soal kebersihan tandas.

Terima kasih. Penghuni Pelik

Harga Barangan di USM Mahal

Selain surat kepada Ketua Pengarang, Berita Kampus juga menerima surat kepada Ketua Kaunselor serta mengalu-alukan sebarang pendapat, soalan dan komen membina terhadap universiti. Semua surat mesti disertai nama, nombor matrik dan alamat lengkap. Nama samaran boleh digunakan untuk tujuan siaran. Pengarang berhak menyunting surat yang hendak disiarkan. Alamatkan surat anda kepada :

Pengarang Berita Kampus,Bilik Berita Kampus, Bangunan D37,

Universiti Sains Malaysia.Atau email :

[email protected]

Pemberitahuan Kepada Semua Pelajar Ijazah Pertama dan Ijazah Tinggi

Aktiviti Percetakan Slip Peperiksaan Oleh PelajarPeperiksaan Semester PertamaSidang Akademik 2008/2009Tarikh mula aktiviti adalah :Jumaat, 17 Oktober 2008Semua pelajar diwajibkan mencetak slip peperiksaan masing-masing melalui portal Kampus Sejahtera [http://healthycampus.usm.my].

Setiap pelajar perlu mempunyai Slip Peperiksaan untuk menduduki peperiksaan. Pelajar yang tidak mempunyai slip peperiksaan tidak dibenarkan memasuki dewan peperiksaan.

Unit Peperiksaan, Bahagian Pengurusan Akademik, Jabatan PendaftarAras 5, Bangunan Canselori, 11800 USM, Pulau PinangTelefon : (6)04-653 3888 samb. 3123/3139/3909 Pejabat Am : samb. 3479/3121/3069/3074/3075E-mel : [email protected] / [email protected]

Notis Jabatan KeselamatanUniversiti Sains Malaysia

Dimaklumkan mulai 13 Oktober 2008 (Isnin) semua kereta pelajar yang mempunyai pelekat kenderaan USM atau tidak, sama ada penghuni Desasiswa RST dan lain-lain, tidak lagi dibenarkan untuk memandu keluar/masuk melalui pintu RST atau meletak kereta di dalam

mana-mana kawasan Kompleks RST pada sebilang masa. Sila gunakan padang belakang Dewan Utama Pelajar.

Page 20: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 KembaraBK20

Melihat kesibukan dan kesesakan bandaraya Pulau Pinang, siapa

sangka sebenarnya terdapat sebuah tempat yang cukup indah dan dapat merehatkan fikiran para pengunjung.

Taman Belia Perbadanan Pulau Pinang (TBPPP) atau lebih dikenali sebagai Penang Youth Park sering menggamit pengunjung untuk merasai ketenangan dan kedamaian suasana.

TBPPP yang terletak berhampiran Taman Kebun Bunga Pulau Pinang telah dirasmikan pada 25 Februari 1972 oleh Tuan Yang Terutama Tun Syed Sheikh al-Haj Barakbah, gabenor Pulau Pinang ketika itu selepas diilhamkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang ketika itu, Dr. Lim Chong Eu.

Di buka mulai jam 7 pagi setiap hari, TBPPP sememangnya dikunjungi ramai pengunjung terutama pada hujung minggu walaupun kurang mendapat sambutan pada hari biasa. Namun begitu, TBPPP sering mendapat tempat di hati pengunjung yang gemarkan aktiviti bersenam terutamanya kaum Cina yang tinggal berhampiran taman ini.

Istimewanya di sini, terdapat kolam renang yang dikhaskan untuk golongan kanak-kanak tanpa dikenakan bayaran. Oleh itu, ramai pengunjung terutamanya ibu bapa, tidak melepaskan peluang membawa anak-anak mereka mengunjungi taman ini.

Menurut salah seorang pengunjung, Linda Yusoff, 30 berkata, beliau sering membawa anaknya mengunjungi taman belia untuk beriadah kerana adanya kolam renang tersebut.

“Walaupun saya tinggal di Bayan Lepas tetapi saya sering berkunjung ke sini bersama keluarga ketika hujung minggu. Di samping dapat beriadah, kami juga mendapat ramai kenalan di sini,” katanya ketika ditemui Berita Kampus baru-baru ini.

Bagi penggemar sukan kasut roda dan sukan ekstrim pula, kemudahan trek juga disediakan secara percuma. Jadi, para penggemar sukan ini tidak akan melepaskan peluang untuk memperagakan sukan kegemaran mereka di sana.

Selain itu, pelbagai alat senaman disediakan untuk para pengunjung yang mengunjungi tempat ini. Trek joging sejauh dua kilometer juga disediakan bagi pengunjung yang ingin berjoging.

Padang permainan untuk kanak-kanak bermain juga terdapat di sini.

Setelah penat beriadah, pengunjung boleh menikmati makanan dan minuman di kafeteria yang terdapat di sini. Walaupun harganya sedikit mahal berbanding harga asal namun, ia masih berpatutan.

TBPPP jarang menganjurkan aktiviti sosial. Sesekali terdapat gotong royong dan Youth Park Adventure iaitu penerokaan untuk golongan kanak-kanak yang dianjurkan kerajaan negeri Pulau Pinang.

Pada waktu pagi pula, terdapat senaman Tai-Chi dan Senam-robik yang dijalankan dalam Bahasa Inggeris supaya pengunjung pelbagai kaum serta warga asing dapat menyertai aktivit tersebut.

Selain itu, tandas awam dan surau juga disediakan untuk kemudahan pengunjung. Terdapat juga gimnasium untuk para pengunjung namun, ia dikenakan bayaran. Pengunjung haruslah mendaftarkan diri dengan pihak pentadbiran terlebih dahulu untuk memasukinya.

Sebenarnya, TBPPP tidak pernah haus daripada keindahan flora dan fauna yang tumbuh di sekelilingnya. Terdapat pelbagai jenis serangga dan burung yang dapat disaksikan di sini.

Selain itu, pelbagai jenis tumbuhan yang tumbuh di sekelilingi taman ini membuatkan pengunjung lebih menikmati keindahan alam semula jadi dan menghirup udara segar di sekelilingnya.

Para pengunjung tidak akan merasa rugi apabila berkunjung ke tempat ini. Jauh dari kesibukan kota, TBPPP sememangnya menjanjikan kelainan daripada bauan asap dan hiruk-piruk bunyi kenderaan. Ketenangan pasti muncul apabila anda mengunjungi tempat ini.

Taman Belia Pulau Pinang Gamit Pengunjung Pelbagai Peringkat Usia

Laluan masuk utama ke Taman Belia Pulau Pinang

Kolam renang yang disediakan khas untuk kanak-kanak tanpa sebarang bayaran.

Taman permainan kanak-kanak juga terdapat disini.

Ahmad Yusri YusoffSakinah Alias

Page 21: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 21Kembara

Bersantai sambil menikmati panorama indah mungkin dapat memberi ketenangan

dan melepaskan kebosanan di hujung minggu selepas penat bekerja atau menyelesaikan tugasan yang tidak jemu-jemu menyinggah di meja.

Namun, bagi penduduk atau individu yang tinggal di sekitar Pulau Pinang, di manakah tempat yang sesuai untuk mendapatkan suasana seperti itu? Kebosanan pasti terasa jika hanya tempat biasa yang dikunjungi setiap kali hujung minggu.

Kepada mereka yang ingin beralih kepada suasana yang mencabar tetapi damai dan menyeronokkan, cadangan ke Taman Negara Pulau Pinang adalah pilihan yang tepat. Di samping dapat menghilangkan kebosanan, pengunjung juga boleh mempelajari pelbagai pengalaman baru dengan aktiviti yang menarik dan pelbagai.

Taman Negara yang terletak di daerah pentadbiran Barat Daya Pulau Pinang dan berhadapan Selat Melaka ini hanya 30km (45minit) dari Pusat Bandar, Pulau Pinang dan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur lebih kurang 400km.

Mempunyai dua pintu masuk utama iaitu di Teluk Bahang dan Kuala Sungai Pinang, pengunjung boleh menaiki bas atau teksi yang disediakan di Terminal Feri atau Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR). Berkunjung ke Taman Negara Pulau Pinang secara berkumpulan atau berkonvoi dengan kereta dan motosikal lebih pasti menyeronokkan.

Taman Negara yang terletak di kawasan metropolitan ini merupakan Taman Negara pertama yang ditubuhkan di bawah Akta Taman Negara 1980, Akta No 226 hasil keprihatinan kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, NGO dan masyarakat tempatan tentang pentingnya melindungi kekayaan biodiversiti. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan hutan asli yang mengandungi pelbagai khazanah flora dan fauna dan mempunyai lima jenis habitat yang utama iaitu Hutan Pamah Dipterokap, Hutan Bukit Dipterokap, Hutan Paya Bakau, laut atau pantai berpasir, dan Tasik Meromiktik.

Usia Taman Negara ini dianggarkan mencecah ribuan tahun namun, tiada angka spesifik yang diketahui. Merupakan hutan sekunder, kesan daripada aktiviti pembalakan yang pernah dijalankan di sini suatu ketika

dahulu, ia pernah diwartakan sebagai Hutan Simpan Pantai Acheh pada 1928. Ia kemudiannya diwartakan pula sebagai Taman Negara pada 10 April 2003 dan kini dipertanggungjawabkan kepada Jabatan PERHILITAN.

Antara peranan Taman Negara Pulau Pinang ini ialah memastikan kesinambungan saliran air bersih dengan kapasiti besar ke Empangan Teluk Bahang, menawarkan peluang penyelidikan dan pembelajaran dalam bidang genetik, spesies dan kepelbagaian ekosistem, menyediakan arena untuk pendidikan konservasi dan pemuliharaan alam sekitar di samping menyediakan kawasan semulajadi untuk aktiviti rekreasi atau ekopelancongan.

Tarikan utama di sini ialah sarang-sarang Helang Siput yang mudah dilihat di atas pokok-pokok tinggi di kawasan hutan persisiran pantai dan turut menjadi tempat persinggahan pelbagai spesies burung di antara September hingga April setiap tahun.

Dua spesies penyu, khususnya Penyu Agar dan Penyu Lipas sering mengunjungi persisiran pantai barat Taman Negara, terutamanya di Pantai Kerachut untuk bertelur.

Jika berkesempatan, pengunjung juga boleh melihat ikan lumba-lumba spesies Irrawadi (Orcaella Brevirostris) dan Bottlenose bermain-main di perairan jernih membiru yang menyempadani taman ini.

Pengunjung yang gemar dengan bidang fotografi tidak harus melepaskan peluang untuk merakamkan pelbagai foto yang indah dan menarik di Bay of

Glowing Amber, nama jolokkan yang diterima oleh Taman Negara ini disebabkan pemandangannya yang menarik pada waktu senja.

Tasik Meromiktik yang satu-satunya terdapat di Malaysia iaitu di Pantai Kerachut mempunyai keistimewaan yang tersendiri. Air tasiknya akan menjadi kering apabila berlaku perubahan musim Monsun Barat Daya (Mei hingga September) kepada Monsun Timur Laut (November hingga Mac) dan beberapa faktor lain. Negara terdekat yang turut memiliki tasik jenis ini ialah Australia.

Pelbagai aktiviti dapat dilakukan di sini seperti berkhemah, menaiki bot, merentas hutan dan denai, memancing, mendaki bukit,

memerhati hidupan liar dan burung mahupun berenang.

Untuk meminimakan impak manusia kepada persekitaran Taman Negara ini, tapak perkhemahan khas telah disediakan kepada pengunjung. Terdapat dua tapak perkhemahan iaitu di Sungai Tukun dan Pantai Kerachut.

Namun, had maksimum untuk penggunaan tapak ini terhad. Bagi mengelakkan tarikh lawatan ditempah oleh pihak lain, mana-mana agensi, kelab, persatuan, sekolah atau IPT yang ingin menjalankan aktiviti di sini perlu menghantar permohonan berkhemah sekurang-kurangnya sebulan sebelum tarikh lawatan sebenar dijalankan.

Bagi pengunjung yang memilih untuk tidak berkhemah, mereka boleh menginap di hotel-hotel berhampiran iaitu di sekitar Teluk Bahang atau Batu Feringgi yang dilengkapi dengan kemudahan kedai makan, kedai runcit dan tempat pelancongan menarik yang lain.

Prinsip binaan kemudahan asas yang berkonsepkan alam semulajadi pasti mencuri perhatian setiap pengunjung dan pengalaman berada di sini bukan sahaja memberi ketenangan malah mampu menambah pengetahuan dan memberi kesedaran kepada manusia tentang pentingnya pemeliharaan alam sekitar.

Selain itu, kunjungan ke Teluk Duyung (Monkey Beach), Teluk Kampi, Mangrovee atau USM (CEMAC) yang dimiliki oleh Universiti Sains Malaysia untuk melakukan penyelidikan tentang marin dan pantai menjadi tempat yang paling berharga khususnya kepada pelajar bagi mempelajari dan mengkaji keunikan dalam bidang biologi, sejarah, dan sebagainya.

Namun, nasihat seorang pengawal keselamatan yang ditemui supaya tidak berkunjung secara sendirian atau tanpa persediaan yang khusus wajar diberi perhatian kerana pelbagai risiko boleh berlaku tanpa diduga. Kewujudan warga asing yang datang ke Malaysia tanpa permit atau yang melarikan diri secara haram masih wujud di sini kerana ia merupakan kawasan hutan tebal yang sukar dikesan oleh pihak berkuasa.

Aktiviti Mencabar Di Sebalik Kedamaian Taman Negara Pulau Pinang

Pintu masuk utama Taman Negara Pulau Pinang di Teluk Bahang

Meniti jambatan gantung sebelum tiba di dua hala berbeza

Siti Jumaayah Abdol Samat

Page 22: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 AksiBK22

SUKAN UNIVERSITI ASEAN Ke-14, 2008

Malaysia Buru 100 Emas

Seramai 400 orang atlet akan mengibar-kan cabaran negara pada Sukan Uni-

versiti Asean (SUA) Ke-14 yang akan berlangsung pada 11 hingga 21 Disember 2008 depan di Kuala Lumpur. Pengerusi Majlis Su-kan Universiti Malaysia (Masum), Prof Madya Omar Osman berkata kontinjen Malaysia akan menyertai ke-semua 22 jenis sukan yang dipertandingkan dalam usaha memburu 100 daripada 202 pingat yang dipertandingkan-sekaligus mengintai peluang bergelar juara keseluruhan. Mengulas men-genai sasaran pingat

seperti atlet renang yang akan bertanding di Sin-gapura dan kem olahraga pula menjalani latihan di Austra-lia”, katanya ketika di temui Berita Kampus di pejabatnya. Selain itu, Omar juga berkata penglibatan beber-apa orang atlet kebangsaan daripada sukan olahraga, bola sepak dan juga boling tenpin diharap mampu me-nyuntik semangat rakan at-let lain untuk memberikan aksi terbaik untuk meng-harumkan nama negara. “ Atlet yang pernah mewakili negara sudah pasti mempunyai pengalaman yang lebih dan diharapkanagar mereka mampu mem

itu yang dilihat tidak real-istik berdasarkan pencapa-ian pada kejohanan lepas, Omar yang juga Timbalan Naib Canselor Bahagian Hal Ehwal Pembangunan Pela-jar (TNCBHEPP) Univer-siti Sains Malaysia (USM) menjelaskan bahawa perkara itu mampu direalisasikan kerana persiapan rapi telah dilakukan yang meliputi aspek teknikal dan fizikal. “ Atlet telah dihantar untuk menyertai kem bina semangat, serta menjalani latihan di bawah kendalian jurulatih yang berkaliber. Selain itu, mereka juga dihantar untuk menyertai ke-johanan di luar negara

bimbing rakan sepasukan un-tuk bersaing”, katanya lagi. Sementara itu, ketika di-minta mengulas mengenai enam orang atlet USM sa-haja yang terpilih mewakili negara pada temasya itu, be-liau menjelaskan perkara itu adalah kerana kriteria pemil-ihan atlet yang benar- benar ketat selain faktor geografi. “ Kebanyakan atlet yang mewakili negara ter-diri daripada pelajar-pelajar yang menuntut diuniversiti-universiti seki-tar Lembah Klang. Oleh itu, mereka mereka leb-ih banyak terdedah den-gan kejohananberband-ing atlet USM” ujarnya.

Pada kejohanan di Vietnam dua tahun lepas kontinjen Malaysia men-duduki tempat keempat apa-bila meraih 17 pingat emas, 19 perak dan 37 gangsa. Yang Amat Berhor-mat, Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dijangka akan merasmikan ucapara pembukaan rasmi Sukan Universiti Asean ke-14 di Stadium Nasional Bukit Jalil 11 Disember ini.

10 Pesilat USM Sertai DEMO PSSCM

Peserta pertandingan Demo PSSCM bersama dengan jurulatih Gambar oleh: Siti Mahfuzah Othman

“kontinjen Malay-sia akan menyertai

kesemua 22 jenis su-kan yang dipertand-ingkan dalam usaha memburu 100 dari-pada 202 pingat yang

dipertandingkan”

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, Universiti Sains

Malaysia (PSSCMUSM) menyahut cabaran dengan menghantar 10 orang ahli bagi mewakili USM ke Pertandingan Demo PSSCM peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Pertandingan yang akan berlangsung selama dua hari itu bermula pada 22 November dan diadakan di British Malaysian Institute berhampiran Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

Jurulatih Kelas Kemahiran dan Kelas Sijil Rendah PSSCM, USM, Raja Badrul Amin Raja Ismail berkata, tujuan utama penyertaan tersebut adalah untuk mengeratkan hubungan silaturrahim antara ahli PSSCMUSM dengan IPT lain di samping memantapkan lagi tahap kemahiran ilmu persilatan yang di pelajari.

“Selain itu, penyertaan ini juga adalah untuk menyokong setiap aktiviti yang dijalankan di bawah persatuan IPT dan kebudayaan,” katanya.

“ Penyertaan ahli dalam pertandingan ini adalah secara sukarela dan ahli-ahli

yang terlibat adalah mereka yang sudah tamat latihan dan mempunyai sijil,” katanya kepada Berita Kampus baru-baru ini.

T a m b a h n y a lagi, peserta telah diberi latihan selama 10 minggu

sebagai persediaan untuk memantapkan lagi teknik-teknik persembahan pada pertandingan tersebut.

“Sebagai persedian untuk menghadapi pertandingan, kami memberi latihan kepada peserta terutamanya dari segi

format pertandingan yang merangkumi lima kategori iaitu serangan buah jatuh, serangan umun, serangan senjata dan dua kategeri lain berdasarkan kemahiran yang telah diberikan,” ujar beliau.

Beliau berkata, peserta yang berjaya dalam pertandingan tersebut akan diserap dan dilatih untuk menjadi tenaga pengajar bagi melatih ahli-ahli baru PSSCM.

Pertandingan Demo PSSCM merupakan salah satu acara tahunan yang melibatkan semua IPT dan merangkumi dua kategeri iaitu kategeri lelaki dan wanita.

Tahun lepas, PSSCMUSM telah menghantar dua kumpulan iaitu bagi kategeri lelaki dan wanita dan buat pertama kalinya PSSCMUSM telah berjaya merangkul satu pinggat dengan menjuarai katogeri wanita.

Mohd. Firdaus Ismail

Siti Mahfuzah OthmanAzila Adonia

Page 23: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

BERITA KAMPUS SELASA 21 OKTOBER 2008 BK 23Aksi

Seorang lagi atlet Universiti Sains Malaysia(USM) di bawah Program Warga Sukan

berjaya merangkul sebutir pingat emas dan gangsa dalam 7th Navy Open Fencing Championship 2008 yang berlangsung di Dewan Island, Pusat Membeli-belah Fesyen Island, Bangkok, Thailand.

Atlet tersebut, Seng Yuh Min, Sains Kemasyarakatan 1, menyuntik tonik baru terhadap perkembangan sukan USM apabila mengusai acara “women epee team” untuk menang sekaligus memahat nama dalam sejarah sukan universiti ini.

Dalam acara akhir, Yuh Ming berjaya mengalahkan atlet lawan pedang kebangsaan wanita Thailand sekaligus memberi petanda bahawa beliau mempunyai potensi besar dalam disiplin sukan tersebut.

Yuh Min, jelas berada dalam kelas tersendiri apabila menampilkan aksi bertenaga dan tangkas ketika pertarungan akhir berlangsung serta lebih banyak menyerang untuk menewaskan lawannya yang jauh lebih berpengalaman.

Dalam laluan ke final, Yuh Min turut mengalahkan empat lagi atlet lawan pedang wanita Thailand.

Selain itu, Yuh Min yang juga

bekas pelajar Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan Cina Pulau Pinang itu turut membawa pulang sebutir gangsa dalam acara “women foil team”.

“Saya berasa sedikit gugup pada perlawanan akhir memandang lawan mempunyai fizikal yang lebih tinggi berbanding saya serta beliau mendapat sokongan padu daripada penyokongnya.

“ Wa l a u b a g a i m a n a p u n , jurulatih menasihatkan saya agar terus fokus dan tidak menghiraukan kelebihan yang dimiliki oleh lawan sebaliknya menyuruh saya melakukan lebih banyak serangan ke arah lawan,” katanya kepada

Berita Kampus.Sementara itu, aksi konsisten

yang dipamerkan oleh Yuh Min diteruskan lagi apabila beliau berjaya memenangi sebutir lagi pingat emas pada Kejohanan Lawan Pedang Tertutup Pulau Pinang baru-baru ini.

Berita Kampus juga turut diberitahu bahawa Yuh Min bakal menyertai Kejohanan Lawan Pedang Universiti Asean di Bandar Seri Bagawan, Brunei, Disember ini dan beliau sekali lagi menetapkan sasaran untuk meraih pencapaian gemilang.

Pertarungan Emas Yuh Ming

7th Navy Open Fencing Championship 2008

Sebanyak 59 pasukan dari-pada luar negara telah mengesahkan penyertaan

bertanding dalam Pesta Hoki Antarabangsa USM edisi ke-35 yang akan berlangsung mulai 28 hingga 30 November depan.

Jumlah penyertaan dari-pada pasukan luara negara ini telah menunjukkan peningkatan berbanding 55 pasukan yang mengambil bahagian pada kejo-hanan edisi ke- 34 tahun lepas.

Perkara itu disahkan oleh Penyelaras Pegawai Perhubun-gan Pesta Hoki, T.Ramanathan, Pengurusan 3, dan pihaknya menjangkakan jumlah penyer-taan akan terus bertambah me-mandangkan tempoh pendaft-aran masih dibuka.

“ Kami menerima penyer-taan daripada beberapa pasu-kan luar negara seperti Singa-

pura, Sri Lanka, Brunei, India, Thailand,Indonesia, Taiwan,dan juga Australia.Perkembangan ini adalah sesuatu yang sangat positif dan diharapkan persain-gan akan menjadi lebih sengit apabila banyak pasukan teru-tamanya daripada luar negara mengambil bahagian”, katanya kepada Berita Kampus.

Sebanyak 11 kateogori akan dipertandingkan, antaranya ial-ah bawah 12, bawah 15, bawah 18, terbuka, kateogori Institut Pengajian Tinggi (IPT) dan veteran dan menawarkan hadiah keseluruhan melebihi RM 30 000 dan akan berlangsung di beberapa venue dalam kampus seperti Stadium Hoki, Stadium Bola Sepak dan juga Padang Minden. Pada edisi kali ini, Milo, Motorola dan New Straits Times (NST) telah men-jadi selaku penaja utama.

Sementara itu, pasukan hoki USM yang menduduki tempat ketiga bagi kateogi IPT tahun lepas akan turun ke gelang-gang dengan misi untuk mem-perbaiki pencapaian tahun lepas walaupun menyedari bakal menempuh laluan getir dengan kehadiran beberapa pasukan daripada universiti luar negara seperti Australia dan Singa-pura.

Menurut ketua pasukan, Muhammad Yusri bin Yaakob, Sains Pendidikan 3, berkata pasukannya telah mula men-gadakan latihan ringan sejurus selepas cuti AidilFitri yang lalu.

“Latihan penuh akan diada-kan selepas peperiksaan nanti dan beberapa strategi telah dis-usun kerana saingan pada tahun ini lebih mencabar”, ujarnya kepada Berita Kampus.

59 Pasukan Luar Negara Sahkan Penyertaan

Pesta Hoki Antarabangsa USM Ke-35

Skuad Hoki USM akan turun ke gelenggang dengan dengan misi memperbaiki pencapaian Gambar oleh: Mohd Firdaus Ismail

Selain emas, Yuh Ming (belakang, dua dari kanan) turut memungut satu gangsa pada kejohanan tersebut.

INSPIRASI SUKAN

Badang Negara, Amirul Hamizan Ibrahim mula menempa kejayaan diluar dugaan apabila berjaya merangkul 3 pingat emas dalam Temasya Sukan Komanwel Manchester 2002. Atlet berusia 26 tahun ini hampir terpaksa melupakan terus kariernya apabila didapati positif dadah jenis anabolic steroid walaupun amirul bertegas tidak mengambil sebrang bahan yang terlarang. Namun, badang kelahiran Rompin Pahang ini berazam memadam kedukaan lama dan melupakan segala kepayahan dihadapinya dulu bagi mencari sesuatu yang lebih berharga daripada

bergelar pemegang 3 pingat emas sukan komanwel.

Selepas dua tahun terpinggir, Amirul yang kembali ke pentas utama, jelas belum hilang sentuhannya apabila mencipta rekod baru kebangsaan kategori 56kg di Universiti Sains dan Teknologi Beijing, China pada sukan olimpik yang lepas.

Jumlah angkatan keseluruhannya pada 265kg, adalah tiga kilogram lebih berat daripada rekod lama yang dilakukannya di kejohanan kelayakan di Jepun, Mei lalu manakala catatannya pada 121kg untuk snatch dan 144kg untuk clean and jerk sekadar menyamai rekod kebangsaan yang juga miliknya.

Namun, ia tetap tidak mencukupi baginya untuk berada dalam senarai penerima pingat apabila catatan itu hanya membolehkannya berada di tempat kelapan di belakang Wang Shin Yuan dari Taiwan yang mengumpulkan jumlah yang sama tetapi dengan berat badan yang lebih rendah.

Amirul Hamizan Ibrahim

Mohd. Firdaus Ismail

Page 24: SELASA BIL 6 - web.usm.myweb.usm.my/comn/bk/BK6.pdf · pada tanah air dan Datuk Nicol Ann David berhempas pulas di gelanggang skuasy antarabangsa dengan membawa nama Malaysia, apa

MATA PEDANG YUN MIN

Atlet lawan Pedang USM, Seng Yuh Ming merintis gemilang apabila menghadiahkan sebutir pingat emas dan sebutir pingat gangsa dalam Kejohanan 7th Navy Open Fencing Championship 2008 yang berlangsung di Dewan ISland, Pusat Membeli-belah Fesyen Island, Bangkok, Thailand.Beliau yang merupakan produk Program Warga Sukan memenangi pingat emas dalam acara Women Epee Team dan menyumbang sebutir lagi gangsa dalam acara Women Foil Team.

TAWAN ASEAN

Pesta Hoki Antarabangsa USM Tarik Penyertaan Luar Negara

AUG ‘08 Malaysia Buru 100 Emas, Intai Gelaran Juara