selasa 3 ogos 2010 utusan malaysia muka 9 · pdf filejiwa umat islam di mana sahaja dengan me...

1
UTUSAN MALAYSIA MUKA 9 SELASA 3 OGOS 2010 Dorong rakyat imarah masjid Oleh KAMARUDIN MAT AKIB RAMADAN akan menjengah lagi - mem- berikan waktu untuk mengasuh dan mengasah jiwa umat Islam di mana sahaja dengan meningkatkan amal dan keba- jikan agar dapat membebaskan diri daripada penyakit hawa nafsu. Tahun lalu, Ramadan yang sentiasa dinantikan itu terasa agak berlainan bagi sebilangan penduduk di negeri Terengganu apabila mereka memenuhkan masjid-masjid untuk menu- naikan solat. Buat pertama kalinya, mereka menunaikan solat berimamkan imam masjid Mekah dan imam- imam masjid ternama di Timur Tengah yang diundang oleh kerajaan negeri. Mereka berpeluang mengha- yati sendiri kelunakan suara imam-imam dari Mekah yang selama ini diketahui dari cerita rakan-rakan atau sanak-saudara yang pulang menunaikan haji atau umrah. Juga mungkin sekali-sekala mereka berpe- luang mendengar kemerduan suara imam atau qari dari negara Timur Tengah itu melalui kaset atau cakera padat serta siaran di televi- syen. Kerajaan negeri membawa imam-imam dari Timur Tengah untuk ditempatkan di masjid- masjid utama di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan, bagi menarik minat lebih ramai jemaah di masjid, khususnya menu- naikan solat terawih dan bertadarus. Di Kuala Terengganu, masjid utama seperti Masjid Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Putih’, Masjid Al-Muktafibillah Ladang, Masjid Tengku Zaharah dan Masjid Kristal ter- nyata cukup sesak. Begitu juga dengan masjid-masjid daerah dan beberapa masjid terpilih di seluruh negeri memberikan suasana baru dalam mengerjakan ibadat pada sebelah malamnya dan menyema- rakkan lagi sambutan Ramadan yang penuh keberkatan. Salah seorang daripada imam yang bertugas pada Ramadan tahun lalu, bakal menjadi imam utama di Masjidil Haram selepas beliau pulang ke Mekah sebaik selesai men- jalankan tugas di negeri ini. Justeru, tidak hairanlah jika sebahagian penduduk tempa- tan yang sempat menunaikan solat terawih bersama-sama imam dari Timur Tengah itu pastinya tertunggu-tunggu kehadiran Ramadan tahun ini. Angin perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said agar benar-benar merakyatkan kerajaan negeri ternyata suatu yang menyegarkan. Bukan saja penduduk kam- pung, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang kebetulan melakukan lawatan kerja ke Terengganu pada bulan Ramadan tahun lalu, turut berpeluang menunaikan solat terawih berimamkan seorang imam dari Mesir. Beliau yang diiringi Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta pemimpin UMNO tempatan, menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Teluk Menara, Manir bersama beratus-ratus penduduk kampung. Satu senario yang amat membanggakan ialah penduduk kampung keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Muhyiddin, Ahmad dan pemimpin UMNO lain walaupun hujan agak lebat ketika itu, tanpa mengira fahaman poli- tik. Malah, mereka turut menikmati jamuan moreh di pekarangan masjid tersebut selepas solat terawih – satu keadaan yang jarang ber- laku sebelum ini, tambahan pula Manir dika- takan kubu pembangkang sejak sekian lama. Keadaan itu jelas membuktikan tindakan kerajaan negeri membawa imam dari Mekah dan Mesir bukan saja mampu menarik orang ramai menunaikan solat terawih di masjid, tetapi pada masa yang sama memupuk perpa- duan ummah. Disebabkan sambutan yang menggalakkan terhadap usaha membawa imam dari Mekah dan Mesir ke Terengganu mendapat sambutan, program tersebut akan diteruskan lagi tahun ini. Di samping itu, anak-anak muda lepasan pusat-pusat tahfiz kelolaan kerajaan negeri dan institusi lainnya turut turun ke masjid-masjid dan surau memenuhi undangan di samping program ceramah digerakkan menyeluruh. Selain itu, kedatangan Ramadan sejak dua tahun lalu agak berbeza dengan sebelum ini apabila kera- jaan negeri mengagihkan secara percuma kurma dan air zam-zam kepada semua umat Islam di negeri ini. Tahun lalu, 300,000 bungkus buah kurma dan air zam-zam die- darkan dan diagihkan dari rumah ke rumah semua umat Islam sebagai tanda mata kerajaan. Sumbangan kecil tetapi amat bermakna kepada penduduk tem- patan, khususnya golongan miskin yang tidak pernah merasai kurma bermutu tinggi dan air zam-zam. Di bulan ini jugalah kebajikan ditingkatkan sehinggakan bukan anak Terengganu merasa- kan betapa bertuahnya jika mereka dilahirkan di negeri ini, di tanah subur dengan benih-be- nih kebajikan. Sewaktu membentangkan Bajet 2010 tahun lalu, Menteri Besar turut mengu- mumkan peruntukan RM10 juta bagi menghidupkan semula Jawatankuasa Agama Peringkat Daerah. Jawatankuasa berkenaan ber- tanggungjawab merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi mengimarahkan masjid dan membanteras kegiatan maksiat dan mungkar di peringkat daerah. Kerajaan negeri berharap jawatankuasa ber- kenaan yang diketuai Pegawai Daerah dan dibantu pegawai kanan kerajaan peringkat dae- rah mampu menjalankan tugas dengan sem- purna bagi menangani masalah gejala sosial agar tidak mencemarkan imej negeri dan rak- yat. Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri, Kazan Che Mat, berkata kerajaan negeri sedia menambah peruntukan tersebut bagi membolehkan lebih banyak pro- gram dan kegiatan keagamaan dilaksanakan di setiap daerah. “Kita mahu semua pihak berganding bahu dan bersama-sama membantu kerajaan bagi mengadakan program bercorak keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial. “Usaha tersebut tidak sepatutnya dibebankan kepada kerajaan semata-mata, tetapi ibu bapa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sepat- utnya turut memikul tanggungjawab ini secara bersama,” ujar beliau. Usaha membanteras gejala sosial ini bukan kerja mudah, tetapi yang pasti ia menuntut pengorbanan tinggi dan semua pihak perlu mengetepikan fahaman politik bagi memas- tikan ia mudah dicapai. Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI DALAM usaha mensejahterakan institusi kekeluargaan peranan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dilihat merupakan sebuah institusi yang amat penting dengan menyediakan pelbagai bantuan dan pro- gram pembangunan untuk rakyat di negeri ini. Selain pembangunan kekeluargaan dititikberatkan, skim-skim bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan negeri kepada golongan kurang berkemampuan turut tidak dilupakan malah negeri Terengganu merupakan negeri yang tertinggi menyediakan peruntukan setiap tahun untuk golongan berkenaan. Maka tidak hairanlah jika kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan peruntukan sebanyak RM48 juta setiap tahun kepada golongan terbabit sejak lebih lima tahun lalu. Ini terbukti apabila Terengganu memperuntukkan kadar bantuan kepada penerima bantuan am yang layak di bawah JKM negeri iaitu RM200 hingga RM450 untuk setiap penerima berbanding negeri lain serendah RM60 hingga RM150 sahaja. Pengarah JKM, Zuhami Omar berkata, kadar bantuan yang disediakan oleh JKM Terengganu melebihi negeri lain bukan disebabkan jumlah rakyat yang terdiri daripada golongan tersebut namun ia membuktikan bahawa kera- jaan negeri benar-benar serius membantu golongan itu. Katanya, selain itu peruntukan berkenaan juga mem- bolehkan penerima bantuan itu memperolehi pendapa- tan lebih selesa. “Setakat ini terdapat 30,000 penduduk di negeri ini yang berdaftar di bawah JKM bagi menerima bantuan berkenaan. “Penerima bantuan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menerima bantuan melalui bantuan kerajaan negeri iaitu seramai 18,000 orang manakala dari Persekutuan seramai 12,000 orang. “Bagaimanapun pada tahun ini, kita dapat mengurang- kan jumlah wang sebanyak RM2 juta dari peruntukan kerajaan negeri berbanding pada tahun 2009 walaupun jumlah penerima bantuan pada tahun ini menunjukkan peningkatan,” katanya kepada Utusan Malaysia. Mengulas lanjut, Zuhami berkata, pengurangan wang peruntukan dari kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah kerana kerajaan Pusat telah menambah jumlah wang peruntukan untuk diagihkan kepada penerima bantuan yang layak. Tambah beliau, bantuan yang disalurkan oleh JKM terbahagi kepada dua, iaitu Skim Bantuan Am Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan. “Antara jenis-jenis bantuan yang diperuntukan di bawah bantuan am negeri ialah, bantuan bulanan kepa- da warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit. “Selain itu, bantuan sekolah, bantuan pemulihan ben- cana, dan bantuan segera bagi kes-kes yang memerlukan bantuan cepat juga turut disediakan,” jelasnya. Selain bantuan itu, Bantuan Persekutuan yang merangkumi bantuan kanak-kanak, orang tua, Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan tidak bekerja, pesakit terlantar dan lain-lain disalurkan melalui JKM setiap bulan. “Setakat ini, terdapat 16,000 penerima bantuan terse- but yang menerima bantuan bulanan melalui JKM dan kita sentiasa berusaha untuk membebaskan penerima bantuan daripada dibelenggu kemiskinan,” ujarnya. Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengakui peruntukan yang disediakan adalah besar setiap tahun namun ia tidak menjadi beban kepada kera- jaan kerana sedia maklum bahawa rakyat amat memerlu- kannya untuk meneruskan kehidupan seharian. Pun begitu, kerajaan negeri menolak gelaran yang diberikan segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa negeri Terengganu sebagai ‘negeri kebajikan’ kerana sering menghulurkan bantuan kepada rakyat sehingga golongan itu menjadi malas untuk bekerja. “Kita akan tetap meneruskan perkara ini dan tidak timbul soal negeri kebajikan kerana apa yang ingin ditonjolkan adalah keprihatian kerajaan dan pemimpin kepada rakyat,” jelasnya. SEBAHAGIAN peserta melawat OKU, Ku Azmi Abd Ghani (dua dari kanan) di program Desa Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu. RM48j untuk kebajikan rakyat KHAZAN CHE MAT AHMAD SAID SEORANG warga emas gembira menerima bantuan keru- si roda yang disampaikan oleh Ahmad Said di Setiu, baru- baru ini. SEBAHAGIAN pelajar tingkatan 6 yang menerima RM1,000 setiap seorang sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2008 dan Pelancaran Majlis Penambah Nilai Kecemerlangan UPSR peringkat negeri oleh Ahmad Said di Wisma Darul Iman , Kuala Terengganu. UMAT Islam menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu. AMALAN bertadarus dibuat setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan bertujuan menggalakkan masyarakat terutamanya remaja agar menjadikan amalan membaca dan menghayati al-Quran sebagai amalan hidup. KHAZAN Che Mat (kanan) menyampaikan imbuhan kepada seorang imam di Masjid Nasiruddin Shah, Besut.

Upload: trinhminh

Post on 14-Feb-2018

221 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

UTUSAN MALAYSIA • MUKA 9SELASA 3 OGOS 2010

Dorong rakyat imarah masjidOleh KAMARUDIN MAT AKIB

RAMADAN akan menjengah lagi - mem-berikan waktu untuk mengasuh dan mengasah jiwa umat Islam di mana sahaja dengan me ningkatkan amal dan keba-jikan agar dapat membebaskan diri daripada penyakit hawa nafsu.

Tahun lalu, Ramadan yang sentiasa dinantikan itu terasa agak berlainan bagi sebilangan penduduk di negeri Terengganu apabila mereka memenuhkan masjid-masjid untuk menu-naikan solat.

Buat pertama kalinya, mereka menunaikan solat berimamkan imam masjid Mekah dan imam-imam masjid ternama di Timur Tengah yang diundang oleh ke rajaan negeri.

Mereka berpeluang mengha-yati sendiri kelunakan suara imam-imam dari Mekah yang selama ini diketahui dari cerita rakan-rakan atau sanak-saudara yang pulang menunaikan haji atau umrah.

Juga mungkin sekali-sekala mereka berpe-luang mendengar kemerduan suara imam atau qari dari negara Timur Tengah itu melalui kaset atau cakera padat serta siaran di televi-syen.

Kerajaan negeri membawa imam-imam dari Timur Tengah untuk ditempatkan di masjid-masjid utama di seluruh negeri sepanjang bulan Ramadan, bagi menarik minat lebih ramai jemaah di masjid, khususnya menu-naikan solat terawih dan bertadarus.

Di Kuala Terengganu, masjid utama seperti Masjid Abidin yang juga dikenali sebagai ‘Masjid Putih’, Masjid Al-Muktafibillah Ladang, Masjid Tengku Zaharah dan Masjid Kristal ter-nyata cukup sesak.

Begitu juga dengan masjid-masjid daerah dan beberapa masjid terpilih di seluruh negeri memberikan suasana baru dalam mengerjakan

ibadat pada sebelah malamnya dan menyema-rakkan lagi sambutan Ramadan yang penuh keberkatan.

Salah seorang daripada imam yang bertugas pada Ramadan tahun lalu, bakal menjadi imam

utama di Masjidil Haram selepas beliau pulang ke Mekah sebaik selesai men-jalankan tugas di negeri ini.

Justeru, tidak hairanlah jika sebahagian penduduk tempa-tan yang sempat menunaikan solat terawih bersama-sama imam dari Timur Tengah itu pastinya tertunggu-tunggu kehadiran Ramadan tahun ini.

Angin perubahan yang dibawa oleh kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said agar benar-benar merakyatkan ke rajaan negeri ternyata suatu yang menyegarkan.

Bukan saja penduduk kam-pung, malah Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin yang kebetulan melakukan lawatan kerja ke Terengganu pada bulan Ramadan tahun lalu, turut berpeluang menunaikan solat terawih berimamkan seorang imam dari Mesir.

Beliau yang diiringi Ahmad dan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta pemimpin UMNO tempatan, menunaikan solat terawih di Masjid Kampung Teluk Menara, Manir bersama beratus-ratus penduduk kampung.

Satu senario yang amat membanggakan ialah penduduk kampung keluar beramai-ramai menyambut ketibaan Muhyiddin, Ahmad dan pemimpin UMNO lain walaupun hujan agak lebat ketika itu, tanpa mengira fahaman poli-tik.

Malah, mereka turut menikmati jamuan moreh di pekarangan masjid tersebut selepas solat terawih – satu keadaan yang jarang ber-laku sebelum ini, tambahan pula Manir dika-

takan kubu pembangkang sejak sekian lama.Keadaan itu jelas membuktikan tindakan

kerajaan negeri membawa imam dari Mekah dan Mesir bukan saja mampu menarik orang ramai menunaikan solat terawih di masjid, tetapi pada masa yang sama memupuk perpa-duan ummah.

Disebabkan sambutan yang menggalakkan terhadap usaha membawa imam dari Mekah dan Mesir ke Terengganu mendapat sambutan, program tersebut akan diteruskan lagi tahun ini.

Di samping itu, anak-anak muda lepasan pusat-pusat tahfiz kelolaan kerajaan negeri dan institusi lainnya turut turun ke masjid-masjid dan surau memenuhi undangan di samping program ceramah di gerakkan menyeluruh.

Selain itu, kedatangan Ramadan sejak dua tahun lalu agak berbeza dengan sebelum ini apabila kera-jaan negeri mengagihkan secara percuma kurma dan air zam-zam kepada semua umat Islam di ne geri ini.

Tahun lalu, 300,000 bungkus buah kurma dan air zam-zam die-darkan dan diagihkan dari rumah ke rumah semua umat Islam sebagai tanda mata kerajaan.

Sumbangan kecil tetapi amat bermakna kepada penduduk tem-patan, khususnya golongan miskin yang tidak pernah merasai kurma bermutu tinggi dan air zam-zam.

Di bulan ini jugalah kebajikan ditingkatkan sehinggakan bukan anak Terengganu merasa-kan betapa bertuahnya jika mereka dilahirkan di negeri ini, di tanah subur dengan benih-be-nih kebajikan.

Sewaktu membentangkan Bajet 2010 tahun

lalu, Menteri Besar turut mengu-mumkan peruntukan RM10 juta bagi menghidupkan semula Jawatankuasa Agama Peringkat Daerah.

Jawatankuasa berkenaan ber-tanggungjawab merangka dan melaksanakan pelbagai program bagi mengimarahkan masjid dan membanteras kegiatan maksiat dan

mungkar di peringkat daerah.Kerajaan negeri berharap jawatankuasa ber-

kenaan yang diketuai Pegawai Daerah dan dibantu pegawai kanan kerajaan peringkat dae-rah mampu menjalankan tugas dengan sem-purna bagi menangani masalah gejala sosial agar tidak mencemarkan imej negeri dan rak-yat.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan

Penerangan Negeri, Kazan Che Mat, berkata kerajaan negeri sedia menambah peruntukan tersebut bagi membolehkan lebih banyak pro-gram dan kegiatan keagamaan dilaksanakan di setiap daerah.

“Kita mahu semua pihak berganding bahu dan bersama-sama membantu kerajaan bagi mengadakan program bercorak keagamaan dalam usaha menangani gejala sosial.

“Usaha tersebut tidak sepatutnya dibebankan kepada kerajaan semata-mata, tetapi ibu bapa dan Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) sepat-utnya turut memikul tanggungjawab ini secara bersama,” ujar beliau.

Usaha membanteras gejala sosial ini bukan kerja mudah, tetapi yang pasti ia menuntut pengorbanan tinggi dan semua pihak perlu mengetepikan fahaman politik bagi memas-tikan ia mudah dicapai.

Oleh SITI AIRUNNISA ALAUI

DALAM usaha mensejahterakan institusi kekeluargaan peranan Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu (YPKT) dilihat merupakan sebuah institusi yang amat penting dengan menyediakan pelbagai bantuan dan pro-gram pembangunan untuk rakyat di negeri ini.

Selain pembangunan kekeluargaan dititikberatkan, skim-skim bantuan yang diwujudkan oleh kerajaan ne geri kepada golongan kurang berkemampuan turut tidak dilupakan malah negeri Terengganu merupakan negeri yang tertinggi menyediakan peruntukan setiap tahun untuk golongan berkenaan.

Maka tidak hairanlah jika kerajaan negeri melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menyediakan

peruntukan sebanyak RM48 juta setiap tahun kepada golongan terbabit sejak lebih lima tahun lalu.

Ini terbukti apabila Terengganu memperuntukkan kadar bantuan kepada penerima bantuan am yang layak di bawah JKM negeri iaitu RM200 hingga RM450 untuk setiap penerima berbanding negeri lain serendah RM60 hingga RM150 sahaja.

Pengarah JKM, Zuhami Omar berkata, kadar bantuan yang disediakan oleh JKM Terengganu melebihi negeri lain bukan disebabkan jumlah rakyat yang terdiri daripada golongan tersebut namun ia membuktikan bahawa kera-jaan negeri benar-benar serius membantu golongan itu.

Katanya, selain itu peruntukan berkenaan juga mem-bolehkan penerima bantuan itu memperolehi pendapa-tan lebih selesa.

“Setakat ini terdapat 30,000 penduduk di negeri ini yang berdaftar di bawah JKM bagi menerima bantuan berkenaan.

“Penerima bantuan itu terbahagi kepada dua jenis iaitu yang menerima bantuan melalui bantuan kerajaan negeri iaitu seramai 18,000 orang manakala dari Persekutuan seramai 12,000 orang.

“Bagaimanapun pada tahun ini, kita dapat mengurang-kan jumlah wang sebanyak RM2 juta dari peruntukan kerajaan negeri berbanding pada tahun 2009 walaupun jumlah penerima bantuan pada tahun ini menunjukkan peningkatan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut, Zuhami berkata, pengurangan wang peruntukan dari kerajaan negeri pada tahun 2010 adalah kerana kerajaan Pusat telah menambah jumlah wang peruntukan untuk diagihkan kepada penerima bantuan yang layak.

Tambah beliau, bantuan yang disalurkan oleh JKM terbahagi kepada dua, iaitu Skim Bantuan Am Negeri dan Skim Bantuan Persekutuan.

“Antara jenis-jenis bantuan yang diperuntukan di bawah bantuan am negeri ialah, bantuan bulanan kepa-da warga tua, balu dan tanggungan, anak yatim miskin, tanggungan banduan, pusat tahanan dan pesakit.

“Selain itu, bantuan sekolah, bantuan pemulihan ben-

cana, dan bantuan segera bagi kes-kes yang memerlukan bantuan cepat juga turut disediakan,” jelasnya.

Selain bantuan itu, Bantuan Persekutuan yang me rangkumi bantuan kanak-kanak, orang tua, Orang Kurang Upaya (OKU) yang bekerja dan tidak bekerja, pesakit terlantar dan lain-lain disalurkan melalui JKM setiap bulan.

“Setakat ini, terdapat 16,000 penerima bantuan terse-but yang menerima bantuan bulanan melalui JKM dan kita sentiasa berusaha untuk membebaskan penerima bantuan daripada dibelenggu kemiskinan,” ujarnya.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Ahmad Said me ngakui peruntukan yang disediakan adalah besar setiap tahun namun ia tidak menjadi beban kepada kera-jaan kerana sedia maklum bahawa rakyat amat memerlu-kannya untuk meneruskan kehidupan seharian.

Pun begitu, kerajaan negeri menolak gelaran yang diberikan segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa negeri Terengganu sebagai ‘negeri kebajikan’ kerana se ring menghulurkan bantuan kepada rakyat sehingga golongan itu menjadi malas untuk bekerja.

“Kita akan tetap meneruskan perkara ini dan tidak timbul soal negeri kebajikan kerana apa yang ingin ditonjolkan adalah keprihatian kerajaan dan pemimpin kepada rakyat,” jelasnya.

SEBAHAGIAN peserta melawat OKU, Ku Azmi Abd Ghani (dua dari kanan) di program Desa Keluarga Yayasan Pembangunan Keluarga Terengganu.

RM48j untuk kebajikan rakyat

KHAZAN CHE MAT

AHMAD SAID

SEORANG warga emas gembira menerima bantuan keru-si roda yang disampaikan oleh Ahmad Said di Setiu, baru-baru ini.

SEBAHAGIAN pelajar tingkatan 6 yang menerima RM1,000 setiap seorang sempena Majlis Penyampaian Bantuan Pendidikan STPM 2008 dan Pelancaran Majlis Penambah Nilai Kecemerlangan UPSR peringkat negeri oleh Ahmad Said di Wisma Darul Iman , Kuala Terengganu.

UMAT Islam menunaikan solat tarawih pada bulan Ramadan di Masjid Kristal, Kuala Terengganu.

AMALAN bertadarus dibuat setiap tahun sempena menyambut bulan Ramadan bertujuan menggalakkan masyarakat terutamanya remaja agar menjadikan amalan membaca dan menghayati al-Quran sebagai amalan hidup.

KHAZAN Che Mat (kanan) menyampaikan imbuhan kepada seorang imam di Masjid Nasiruddin Shah, Besut.