selain itu

4
Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang pemerintahan Jepun keadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat teruk. Ubatan-ubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, buncit perut, beri-beri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. Pihak Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas 1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yang mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar $1/2 sehari tetapi kurang diberi perhatian. 1 Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap. Kebanyakan penyakit ini disebabkan oleh kekurangan makanan. 2 Di Melaka misalnya, tidak banyak perkhidmatan kesihatan di sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidak ada ubat untuk menampung penyakit yang merebak. 3 Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296 kes pada 1942, 17895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi 1 T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 309 2 Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996), ms.30. 3 Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987 , (Penang: U.S.M, 1988) , ms.34.

Upload: wa

Post on 02-Oct-2015

231 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Selain itu

TRANSCRIPT

Selain itu, dari sudut kesihatan, pihak Jepun tidak menitikberatkan hal ini kerana sepanjang pemerintahan Jepun keadaan kesihatan di Tanah Melayu sangat teruk. Ubatan-ubatan yang terhad telah dibawa dari negara Jepun. Penyakit seperti bengkak badan, buncit perut, beri-beri, kudis buta dan sebagainya merebak dan mengancam kesihatan masyarakat. Pihak Jepun telah mewujudkan kelas iaitu kelas 1 dan kelas 2 untuk orang Jepun dan orang kenamaan yang mendapat perubatan yang baik manakala kelas ketiga untuk orang awam yang perlu membayar $1/2 sehari tetapi kurang diberi perhatian.[footnoteRef:2] Pada saat ini bayaran swasta sangat mahal dan doktor swasta bertindak menjual ubat di pasaran gelap. Kebanyakan penyakit ini disebabkan oleh kekurangan makanan.[footnoteRef:3] Di Melaka misalnya, tidak banyak perkhidmatan kesihatan di sediakan, terdapat hospital di daerah Jasin tetapi tidak ada ubat untuk menampung penyakit yang merebak.[footnoteRef:4] Di Johor, kematian akibat kekurangan alat perubatan adalah meningkat iaitu 10,296 kes pada 1942, 17895 kes kematian pada tahun berikutnya dan meningkat lagi kepada 23,134 kespada 1944.[footnoteRef:5]Kebanyakkan masyarakat menggunakan kembali cara tradisional untuk mengatasi masalah kesihatan dan keadaan ini kembali seperti zaman sebelum pemerintahan British. Malahan sumber bekalan ubatan kebanyakannya adalah disalurkan terlebih dahul kepada tentera Jepun. Hal ini menunjukkan bahawa penjajahan Jepun telah menyebabkan kesan negatif terhadap kesihatan masyarakat di Tanah Melayu. [2: T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 309] [3: Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996), ms.30.] [4: Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms.34.] [5: Ghazali Mayudin, Johor Semasa Pendudukan Jepun 1941-1945 , ( Selangor: U.K.M, 1978), ms. 11]

Masyarakat di Tanah Melayu juga sepanjang penjajahan Jepun telah kehilangan sikap bekerjasama dan bersatu padu. Kaum Melayu sememangnya kuat perpaduan dan persaudaraan. Mereka sentiasa bergotor-royong, bekerjasama dan bantu membantu. Tetapi pemerintahan Jepun telah merubah semua ini apabila mereka mula mementingkan diri akibat kesempitan hidup dan melupakan nilai-nilai yang baik.[footnoteRef:6] Sifat ingin tahu masalah dan cuba menyelesaikan masalah jga tidak diperdulikan. Kesatuan yang wujud ini hancur dan masing-masing membawa diri dan yang lemah pasti mati. Masyarakat tidak lagi mempunyai banyak masa berbual dengan kawan kerana pada waktu pagi mereka perlu turun ke sawah dan pada waktu petang ke kebun untuk menanam ubi kayu.[footnoteRef:7] Di Pulau Pinang, Penduduk akan ditangkap dan dijadikan buruh paksa membuat jalan dan jalan kereta api sekiranya ditangkap bersembang dikedai kopi tanpa membuat kerja dan mereka yang balik awal dari bekerja akan ditampar oleh tentera Jepun. Situasi ini menyebabkan nilai sosial masyarakat kian meruncing.[footnoteRef:8] [6: Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.] [7: Siti Zawiyah Zakaria, Zaman Pendudukan Jepun, (Petaling Jaya: Penerbit Setia Emas, 1996), ms. 24.] [8: Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21.]

Dari sudut Agama, Jepun dikatakan mengamalkan kebebasan terhadap semua agama di Tanah Melayu. Orang Cina misalnya yang beragama Khatolik boleh ke gereja dan begitu juga orang Buddha dan orang Thoist ke tokong. Begitu juga kepada masyarakat India bebas meraikan agama mereka tetapi perayaan Thaipusam tidak lagi disambut secara besar-besaran seperti sebelum perang.[footnoteRef:9] Bagi masyarakat Melayu juga sama , Jepun membenarkan agama Islam diamalkan tetapi tanpa sedar Jepun telah mencemarkan amalan agama Islam di Tanah Melayu. Masjid tempat beribadat orang Islam telah terpinggir akibat orang Jepun menggunakannya untuk makan, minum, tidur dan dijadikan kubu. Masyarakat juga tidak dapat menyambut hari kebesaran Islam kerana tarikh, waktu tepat untuk sembahyang dan puasa tidak dapat ditentukan. Malahan, hubungan yang terputus dengan ibu negeri dan kemelesetan ekonomi yang teruk menyebabkan mereka yang berkeinginan untuk menunaikan haji terpaksa dilupakan.[footnoteRef:10] Jepun juuga telah memaksa semua penduduk Tanah Melayu sujud kepada matahari terbit melambangkan sujud kepada maharaja Jepun.[footnoteRef:11] Hal in bertentangan dengan akidah Islam yang hanya sujud kepada Allah SWT. Paling menyedihkan, masyarakat Melayu yang pulang dari sawah untuk bersembahyang Zohor dan menunaikan kewajipan agama telah ditampar Jepun kerana menyangkakan mereka malas bekerja.[footnoteRef:12] Situasi ini mendorong kesan negatif terhadap [9: T.n.p., Pulau Pinang di Zaman pendudukan Jepun (1941-1945)Jilib 1, (Penang: U.S.M, 1973), ms. 315.] [10: Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 109.] [11: Wan Noraini Wan Ahmad, Pendudukan Jepun (1942-43) & Thai (1943-45) di Kelantan : kesan ke atas masyarakat Melayu (Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia, 1986 ), ms. 71.] [12: Abu Talib Ahmad, Pendudukan Jepun di Tanah Melayu: Satu Esei Kumpulan Pelajar 1986-1987,(Penang: U.S.M, 1988) , ms. 21]