sekolah selamat 2012

6
Tatacara Pergi Sekolah Murid mesti tiba di sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Murid yang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan. Jika datang awal, jangan merayau di luar kawasan sekolah. Murid digalakkan datang berkumpulan dan duduk di kawasan Dataran Perhimpunan atau kantin. Murid berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan. Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah. Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Semasa menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan. Bila berlaku kemalangan, lapor segera kepada guru / pentadbir. Tatacara Balik Sekolah Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan lalulintas. Murid mesti terus pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi persekolahan. Murid hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang masalah yang dihadapi semasa perjalanan pulang dari sekolah. Bagi Murid yang membawa kenderaan sendiri mesti memastikan keselamatan diri dan kenderaan serta mematuhi peraturan lalulintas. Bagi Murid yang balik dengan bas, van dan kenderaan ibu bapa hendaklah menunggu di tempat menunggu yang disediakan. Jangan sesekali Membuli. Anda perlukan elakkan dari :- Mengejek doan peras ugut Kata-kata jenaka, simbol, kartun, lukisan, gambar tulisan dan lain-lain. Mengemukakan soalan yang tidak munasabah. Memaksa melakukan sesuatu kerja. Memaksa kawan untuk mencuri dan melakukan perkara yang salah.

Upload: bakri-firdaus-jr

Post on 13-Dec-2015

226 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

HEM

TRANSCRIPT

Page 1: Sekolah Selamat 2012

Tatacara Pergi Sekolah

Murid mesti tiba di sekolah sebelum jam 7.30 pagi. Murid yang lewat ke sekolah akan dikenakan tindakan.

Jika datang awal, jangan merayau di luar kawasan sekolah. Murid digalakkan datang berkumpulan  dan duduk di kawasan Dataran Perhimpunan atau kantin.

Murid berbasikal hendaklah meletakkan basikal di tempat yang disediakan.  Murid tidak dibenarkan menunggang basikal dalam kawasan sekolah.

Kenderaan ibu bapa tidak dibenarkan masuk ke kawasan sekolah. Semasa menyeberang jalan pastikan tiada kenderaan di kiri dan kanan jalan. Bila berlaku kemalangan, lapor segera kepada guru / pentadbir.

Tatacara Balik  Sekolah

Murid hendaklah sentiasa mematuhi peraturan lalulintas. Murid mesti terus pulang ke rumah masing-masing selepas tamat sesi

persekolahan. Murid hendaklah memaklumkan kepada pihak sekolah sebarang masalah yang

dihadapi semasa perjalanan pulang dari sekolah. Bagi Murid yang membawa kenderaan sendiri mesti memastikan keselamatan

diri dan kenderaan serta mematuhi peraturan lalulintas. Bagi Murid yang balik dengan bas, van dan kenderaan ibu bapa hendaklah

menunggu di tempat menunggu yang disediakan.

Jangan sesekali Membuli. Anda perlukan elakkan dari :-

Mengejek doan peras ugut Kata-kata jenaka, simbol, kartun,

lukisan, gambar tulisan dan lain-lain. Mengemukakan soalan yang tidak

munasabah. Memaksa melakukan sesuatu kerja. Memaksa kawan untuk mencuri dan melakukan perkara yang

salah.

Page 2: Sekolah Selamat 2012

Tatacara keselamatan semasa aktiviti kokurikulum

Sukan dan Permainan

Melaporkan tahap kesihatan kepadaguru.

Memakai pakaian dan kasut yang sesuaidengan aktiviti.

Jika rasa tidak selesa atau tidakmampu meneruskan aktiviti maklumkan kepada guru.

Tidak menggunakan peralatan yang telahrosak.

Melaporkan kepada guru tentang kemalangan yang berlaku.

Unit Beruniform

Taraf kesihatan yang sihat danberpakaian sesuai.

Ketua pasukan merekodkan kedatanganahli.

Jalankan aktiviti secara berkumpulan serta mematuhiarahan guru.

Sekiranya berlaku kemalangan laporkan kepada guru.

Kelab dan Persatuan

Memaklumkan sebab/alasan kepada gurujika tak dapat hadir.

Memakai pakaian yang telah ditetapkandan mematuhi arahan guru sepanjang aktiviti dijalankan.

Sekiranya berlaku kemalangan /kecemasan hendaklah diberi rawatan segera atau laporkan kepada guru.

Pulang ke rumah segera setelah tamataktiviti atau aktiviti dibatalkan

Page 3: Sekolah Selamat 2012

Peraturan Keselamatan di Kelas

o Murid-murid dilarang bising, bermain-main, bergurau, dan mengganggu

ketenteraman kelas.

o Murid-murid tidak boleh makan atau minum di dalam kelas.

o Murid-murid tidak dibenarkan meninggalkan tempat duduk kecuali

dengan izin guru.

o Murid-murid hendaklah menjaga kebersihan kelas pada setiap masa.

o Kerusi dan meja hendaklah disusun dengan teratur.

o Bakul sampah mesti dikosongkan pada waktu pertama sebelum dan

selepas rehat, serta sebelum balik.

o Papan tulis mesti sentiasa dibersihkan sebelum bermulanya waktu mata

Muridan yang berikutnya.

o Murid-murid mesti menjaga dengan cermat semua maklumat yang

dipamerkan di papan kenyataan kelas.

o Murid-murid tidak dibenarkan mengubah kedudukan tempat duduk di

dalam kelas tanpa kebenaran guru.

o Murid-murid dilarang membawa alatan berbahaya seperti gunting, pisau,

dan sebagainya tanpa kebenaran dan arahan guru.

o Murid-murid dilarang membawa marker dan cecair pemadam.

o Semasa menggunakan peralatan yang berbahaya seperti gunting, alatan

geometri, pisau dan sebagainya semasa proses pengajaran dan

pembelajaran, murid-murid mestilah mengikuti sepenuhnya arahan guru.

Murid-murid dilarang bergurau-gurau dan bermain-main semasa

menggunakannya.

o Berhati-hati dengan suis elektrik. Jangan sentuh suis elektrik dengan

tangan yang basah.

o Jangan cuba membaiki sendiri sebarang peralatan elektrik seperti lampu,

kipas, suis, dan punca elektrik yang rosak. Laporkan kepada pihak

pejabat dengan segera.

Page 4: Sekolah Selamat 2012

o Laporkan dengan serta-merta, sebarang keadaan kecemasan yang

berlaku di dalam bilik kelas kepada guru untuk diambil tindakan.

o Murid-murid mesti mematuhi arahan guru dari semasa ke semasa supaya

keselamatan dan kebersihan di dalam kelas sentiasa terpelihara.

TATACARA PENJAGAAN PERALATAN MAKMAL

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam makmal sains dan makmal komputer tanpa kebenaran guru.

2. Sekiranya berlaku kerosakan dan alat dipecahkan, Murid wajib melaporkannya kepada guru yang bertugas dan menggantikannya dengan harga yang sama (jika sengaja).

3. Tidak dibenarkan mengubah kedudukan atau membawa keluar dari makmal peralatan seperti peralatan kaca, mikroskop, model tersedia dan bahan-bahan kimia tanpa kebanaran daripada guru.

4. Eksperimen tidak boleh dimulakan tanpa mendapat keterangan dan kebenaran daripada guru.

5. Murid dilarang membuang sisa pepejal dan bahan kimia ke dalam singki kerana ia boleh menyebabkan saluran tersumbat.

6. Murid diwajibkan membersihkan semua alat radas selepas digunakan.

7. Murid dilarang membazirkan bahan kimia , gas, air dan tenaga elektrik.

8. Murid wajib meletakkan semula semua bahan kimia dan alat radas pada tempat asal selepas digunakan.

9. Murid tidak dibenarkan membawa beg masuk ke dalam Makmal.

10. Murid perlu berbaris di luar makmal sementara menunggu arahan daripada guru yang terlibat sebelum masuk ke makmal.

TATACARA PENJAGAAN PERALATAN BENGKEL KEMAHIRAN HIDUP BERSEPADU

1. Murid tidak dibenarkan masuk ke dalam stor tanpa kebenaran guru yang bertugas.

2. Semua peralatan perlu disusun dengan kemas selepas digunakan.

3. Semua peralatan yang rosak dilaporkan kepada guru yang bertugas.

4. Peraturan-peraturan keselamatan penggunaan alat patut dipatuhi untuk mengelakkan kerosakan alatan .