sejarah tulisan jawi

11
Sejarah Tulisan Jawi Sejarah Tulisan Jawi Tulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi. Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan Jawi ( اوي ج) berasal daripada bahasa Arab Jawah ( ( اوة ج. Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain, 1996). Istilah tulisan Jawi hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama tulisan Melayu Huruf Arab atau tulisan Melayu Arab . Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren atau pondok-pondok

Upload: zaradi-lestari

Post on 14-Sep-2015

293 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Sejarah Tulisan Jawi

Sejarah Tulisan JawiTulisan jawi mula berkembang di Tanah Melayu sejak kedatangan Islam pada abad 10 menerusi aktiviti perdagangan Arab yang datang berniaga di kepulauan Melayu. Perkembangan tulisan jawi di Nusantara adalah seiring dengan penyebaran agama Islam yang menjadi pegangan orang Melayu (Hashim Hj Musa, 1995). Selain menjalankan aktiviti perniagaan, peniaga Arab juga menyebarkan dakwah Islam. Antara kesan penyebaran dakwah Islamiah ialah penggunaan huruf-huruf Arab sebagai medium untuk berkomunikasi di Tanah Melayu (Hamdan Abd Rahman,1999). Tulisan yang diperkenalkan kepada penduduk Nusantara adalah huruf-huruf Arab atau sekarang ini dikenali dengan nama tulisan Jawi. Pada abad ke sebelas hingga ke empat belas, tulisan jawi digunakan dengan meluas di seluruh Tanah Melayu dan Nusantara (Mohd Alwee Yusoff, 2005). Orang Melayu yang celik huruf pada waktu itu merupakan golongan yang celik jawi.Berdasarkan sejarah Bahasa Melayu (Kang Yong Seock, 1990) perkataan Jawi () berasal daripada bahasa Arab Jawah ((. Kemudian, orang Melayu menyelaraskan perkataan-perkataan Arab tersebut agar sesuai digunakan dalam Bahasa Melayu. Berdasarkan catatan Sejarah Melayu (Hashim Hj Musa, 1999) perkataan Jawi adalah diadaptasikan oleh Bahasa Melayu daripada tulisan Arab. Kemudiannya dibuat beberapa penyelesaian dan tambahan agar kegunaan tulisan ini menjadi mantap sebagai medium asas komunikasi bertulis seperti yang kita fahami sekarang ini. Berdasarkan kata adjektif dalam Bahasa Arab, perkataan Jawah atau Jawi merujuk kepada semua bangsa dan kaum yang menjadi peribumi di Asia Tenggara malah merangkumi seluruh rumpun bangsa Melayu, Campa, Patani, Aceh, Jawa, Minangkabau, Mandailing, Sunda, Bugis, Banjar, Lombok, Filipina dan negeri-negeri lain (Mohd Alwee Yusoff, 2005).

Oleh sebab itulah, maka para ulama dari Asia Tenggara sering meletakkan nama al-Jawi sebagai gelaran, pada hujung nama mereka sekalipun mereka terdiri daripada suku bangsa berlainan seperti Syeikh Abdul Rauf al-Fansuri al-Jawi, Syeikh Abdul Samad al-Falimbani al-Jawi, Syeikh Daud al-Fatani al-Jawi dan lain-lain (Ismail Hussein, 1981). Selain itu, kata Jawi digunakan juga untuk ungkapan-ungkapan seperti bahasa Jawi, masuk Jawi dan bangsa Jawi. Sampai kini orang-orang Vietnam menamakan orang di Kepulauan Nusantara sebagai orang Jawa (Amat Juhari Moain, 1996). Istilah tulisan Jawi hanya dikenali di Malaysia, Singapura, Thailand Selatan dan Brunei Darussalam dan Sri Lanka (bagi rumpun Melayu). Tulisan jawi di Indonesia terkenal dengan nama tulisan Melayu Huruf Arab atau tulisan Melayu Arab. Penggunaan jawi (atau apa sahaja istilah yang semakna dengannya) digunakan di banyak tempat di Asia Tenggara. Tulisan Jawi bukan hanya digunakan oleh orang Melayu untuk bahasa Melayu tetapi juga oleh suku-suku bangsa Melayu yang lain. Antara suku bangsa Melayu yang menggunakannya ialah Campa di Indo-China, Patani di selatan Thailand, Jawa, Banjar, Bugis, Aceh, Minangkabau, Bengkulu dan juga lain-lain (Lutfi Abas et. al, 1979). Bagi tulisan Jawa yang menggunakan huruf Arab dikenal dengan nama atau tulisan Pegon, yang sekarang ini masih dipakai atau digunakan untuk menulis kitab-kitab terutama yang digunakan di pesantren-pesantren atau pondok-pondok pengajian agama di Jawa. Contohnya ialah kitab Tafsir al-Ibriz dan al-Munjiyat bahasa Jawa (Amat Juhari Moain 1996: 18).2.2 Tulisan Jawi Dalam Sejarah Bahasa MelayuAhli Sejarah menamakan Bahasa Melayu yang dituturkan pada zaman dahulu sebagai Bahasa Melayu kuno dan perkembangan bahasa itulah yang mewujudkan bahasa Melayu. Para sarjana seperti Swift, Parkinson, Nelson, Wilson dan lain-lain (Sidek Saniff et.al , 2007) mempercayai bahawa bahasa Melayu kuno itu sudah mempunyai huruf dan sistem tulisan sejak zaman awal pertumbuhannya (Syed Naquib Al Atas, 1990). Tulisan kuno ini, yang dipercayai seakan-akan tulisan Rencong seperti yang terdapat di Sumatera dan tulisan Kawi yang terdapat di Jawa, dikatakan berasal daripada tulisan Kampuchea purba. Tulisan itu tidak dapat kita warisi kerana bahan yang dijadikan kertas pada zaman itu tidak bertahan lama dan orang-orang dahulu kurang berminat untuk menyimpannya. Lebih-lebih lagi beberapa malapetaka sejarah seperti pembinasaan secara sengaja telah dilakukan oleh kalangan istana terhadap segala sesuatu yang berbau Hindu di peringkat awal perkembangan Islam di kepulauan ini (Hashim Hj Musa, 1999).

Oleh sebab kewujudan huruf dan sistem tulisan bahasa Melayu pada zaman awal pertumbuhannya itu, sekadar anggapan ahli sejarah, dapat dirumuskan bahawa bahasa Melayu bukan bahasa yang penting tetapi hanyalah merupakan satu daripada lebih kurang 200 bahasa dalam kepulauan Melayu sahaja. Perkembangan bahasa Melayu kuno dapat dianggap bermula pada abad ketujuh Masehi (Hashim Hj Musa, 1997). Ada empat batu bersurat tinggalan abad ini. Batu bersurat yang pertama, dijumpai di Kedukan Bukit di kaki Bukit Siguntang, bertarikh 683 Masehi; batu bersurat yang kedua dijumpai di Talang Tuwo, Palembang, bertarikh 684 Masehi; batu bersurat yang ketiga dijumpai di Karang Brahi, Jambi, bertarikh 686 Masehi; dan batu bersurat yang keempat ditemukan di Kota Kapur, Bangka, bertarikh 686 Masehi juga. Kesemua batu bersurat itu tertulis dengan huruf Pali (Pallava) iaitu huruf orang Pallava di selatan India (Hashim Hj Musa, 1992,1992). Bahasa yang terdapat pada batu-batu bersurat itu terlalu jauh berbeza daripada bahasa Melayu kini. Para sarjana menganggapnya sebagai contoh bahasa Melayu kuno. Sebuah batu bersurat lagi dijumpai di Gandasuli, Jawa Tengah. Batu bersurat itu ditulis dengan huruf Nagiri. Huruf ini berasal dari utara India dan mempunyai hubungan rapat dengan agama Buddha. Batu bersurat itu dianggap sebagai penyata betapa jauhnya pengaruh bahasa Melayu ketika itu, sehingga sudah sampai ke tengah-tengah Pulau Jawa, satu tempat yang bahasa daerahnya amat berlainan sama sekali.

Batu-batu bersurat di atas memperlihatkan bahawa bahasa Melayu kuno menggunakan tulisan yang dibawa dari India. Batu bersurat bertarikh 1356 Masehi yang ditemukan di Pagar Ruyong dan Batu Bersurat (nisan) bertarikh 1380 Masehi di Minye Tujuh, Aceh, menunjukkan bahawa tulisan itu mungkin digunakan hingga abad keempat belas. Catatan pengembara Cina pula, seperti I -Tsing yang pernah singgah di Sriwijaya pada tahun 672 Masehi, serta beberapa bukti sejarah yang lain, menunjukkan wujudnya kata Melayu (Mo-lo-yu) dan luasnya penggunaan bahasa Melayu kuno sejak abad ketujuh lagi. Oleh sebab hal ini jugalah maka sarjana-sarjana kita berpendapat bahawa bahasa Melayu sudah menjadi bahasa perantaraan (lingua franca) lebih awal dari kurun ketiga belas. Profesor Ismail Husain membuat kesimpulan:

Maka dapatlah kita anggap sebagai satu hal yang pasti, bahawa dalam abad ketujuh dan dalam abad-abad berikutnya, bahasa Melayu sudah dapat dan memang digunakan sebagai bahasa pengantar kebudayaan, sedang dalam hal-hal tertentu dipergunakan juga bahasa itu untuk keperluan sedemikian di daerah-daerah yang bukan termasuk daerah bahasa Melayu yang sebenarnya.

Bagaimanapun, kenyataan di atas tidak menunjukkan kepada kita ketinggian bahasa Melayu ketika menggunakan huruf yang dibawa dari India itu. Batu Nisan Minye Tujuh yang bertarikh 1380 Masehi dan masih menggunakan huruf Pallava, mungkin membuktikan bahawa Bahasa Melayu sudah begitu tinggi sehingga dapat menjadi bahasa penyataan puisi yang halus tetapi tidaklah sebanding dengan mutu bahasa pada Batu Bersurat Terengganu, yang 83 tahun lebih awal daripada Batu Nisan Minye Tujuh. Penemuan itu adalah lebih dekat dengan gaya Bahasa Melayu kini dan kemelayuan bahasanya juga jelas. Sebaliknya, gaya bahasa yang terdapat pada Batu Nisan Minye Tujuh ialah gaya bahasa pra-Islam. Lebih menarik lagi apabila kita fikirkan pandangan Profesor Syed Muhammad Naguib al-Attas (1990) yang mengatakan bahawa sebelum Islam tiba di Kepulauan Melayu, tiada terdapat suatu bahasa umum yang dapat digelar bahasa Melayu. Terdapat pendapat lain mengatakan orang Melayu sebelum kedatangan Islam dikategorikan sebagai buta huruf. Menurut beliau,

Bahasa Melayu kuno yang difikirkan orang itu sebenarnya tiada dapat dirumuskan sebagai Melayu, kerana zaman itu nampaknya belum timbul konsep bahasa Melayu. Prasasti-prasasti kala sebelum Islam tiada memberi kesimpulan yang cukup dan jelas terhadap bentuk sifat bahasa orang Melayu; hanya seolah-olah tulisan-tulisan yang terpahat padanya, adalah bentuk sifat bahasa campuran bahasa Pali dan lain-lain yang mungkin pula merupakan bahasa golongan tertentu yang tiada membayangkan bahasa orang sehari-hari. Nampaknya besar pula kemungkinan bahawa pada zaman pra-Islam tiada terdapat satu tulisan tunggal, satu abjad, yang menyatu padu serta dengan kukuhnya mengikat bahasa meliputi golongan-golongan yang dapat diberi gelaran Melayu.

Penemuan bahan sejarah ini menjelaskan tentang kedudukan bahasa Melayu serta tulisannya sebelum kemunculan tulisan jawi. Pertama, bahasa Melayu mula tumbuh pada abad ketujuh Masehi. Kedua, abad ketujuh hingga abad kedua belas merupakan tahap perkembangannya secara evolusi. Pada tahap ini bahasa Melayu berkemungkinan menjadi bahasa perantaraan di Kepulauan Melayu tetapi belum dapat menyaingi bahasa Jawa yang terbukti lebih maju. Walaupun bahasa Melayu belum dapat menyatukan pelbagai bahasa daerah yang terdapat di Kepulauan ini, bahasa Melayu bermula, secara evolusi, menjadi bahasa ilmu pengetahuan tetapi belum boleh dianggap sebagai bahasa ilmu pengetahuan yang sebenarnya. Ketiga, bahasa Melayu menggunakan berbagai-bagai tulisan tetapi belum mempunyai satu sistem tulisan yang praktis (Edwar Djamaris, (1980) dan Ismail Hussein, (1981).Kemunculan tulisan jawi membuka lembaran baru dalam sejarah Bahasa Melayu. Sebuah batu bersurat dijumpai pada tahun 1899 Masihi di Sungai Teresat, kira-kira, 32 kilometer dari muara Sungai Terengganu. Pada batu itu terpahat huruf Arab-Melayu dianggap tulisan jawi tertua di Asia Tenggara. Batu bersurat itu bertarikh Jumaat, 4 Rejab 702 Hijrah bersamaan dengan 22 Februari 1303 Masihi. Inti batu bersurat itu bertulis pengumuman sepuluh fasal syarat undang-undang. Pengumuman itu dimulakan dengan perisytiharan supaya semua raja dan orang besar yakin dan berpegang teguh pada agama Islam dan ajaran Rasulullah SAW.Penemuan ini bermakna, sebelum tahun 1303 Masihi, sekurang-kurangnya di Terengganu, sudah ada orang yang mengetahui atau boleh membaca tulisan jawi. Perkara inilah dapat dirumuskan bahawa penulisan bahasa Melayu telah mengalami beberapa perubahan dan menggunakan beberapa jenis huruf yang saling berganti. Tulisan yang mula dipakai adalah tulisan Pallava yang berasal dari India. Tulisan Pallava ini kemudian mengalami perubahan. Oleh itu, timbul jenis-jenis tulisan seperti berikut Tulisan Rencong, Tulisan Pallava, Tulisan Kawi, Tulisan jawi, dan Tulisan Rumi (Hashim Hj Musa, 1996).Menurut Amat Juhari Moain (1996) tulisan jawi telah digunakan oleh orang Melayu dalam berbagai-bagai jenis lapangan dan kegiatan penulisan. Bahkan untuk kesenian juga tulisan ini digunakan, iaitu pada seni khat bagi menghiasi mihrab, di dinding dalam masjid, batu nisan dan seumpamanya. Dalam Sejarah Melayu (Hashim Musa, 1996) dicatatkan bahawa tulisan jawi telah digunakan untuk perkara berikut:i. Prasasti atau batu bersurat. Contohnya prasasti Terengganu yang telah ditemui di Sungai Teresat, Kuala Berang, Hulu Terengganu.ii. Batu hidup. Tulisan ini terdapat pada batu hidup yang ditemui di Pangkalan Kempas, Negeri Sembilan.iii. Batu Nisan. Ini banyak terdapat di berbagai-bagai tempat bekas berdirinya kerajaan-kerajaan Islam pada zaman silam.iv. Mata wang, terutama wang emas dan perak. Pada mata wang ini diukir nama raja Melayuyang memerintah dengan menggunakan tulisan jawi seperti nama Sultan Muzaffar Shah, Mansur Shah dan lain-lain.v. Surat kiriman antara raja. Ini banyak dibuat bukan sahaja antara raja Melayu tetapi jugadengan raja-raja di tempat lain seperti raja Melayu dengan raja Portugal atau raja Inggeris atau raja-raja lain.vi. Kitab dan buku. Jenis ini yang paling banyak terdapat sama ada dalam bentuk manuskrip (bertulisan tangan) atau cap batu.vii. Surat-surat perjanjian antara raja dan negara di Alam Melayu.iix. Catatan-catatan pemilikan dan perdagangan terutama di pelabuhan dan kapal-kapalperdagangan.ix. Surat khabar dan majalah seperti surat khabar Alamat Lankapuri, Majalah Bustan Arifin, surat khabar Jawi Peranakan dan majalah al-Imam.x. Piagam dan teks pemasyhuran. Contohnya seperti tulisan pada teks ciri yang dibacakan ketika melantik seseorang itu menjadi pembesar.Hasil catatan tersebut jelas menunjukkan bahawa Tulisan jawi pada waktu itu digunakan dengan meluas dalam urusan-urusan penting sehingga dianggap satu tulisan yang hebat di kepulauan Tanah Melayu dan Nusantara. Penggunaan yang meluas itu telah menarik perhatian penulis-penulis tempatan dan luar negeri seperti W.G Shellaber (1925) untuk menulis buku Evolution of Malay Spelling, R.J. Wilkinson dan Winstedt dengan terbitan Kamus Jawi Melayu-Inggeris (1901,1903, 1913, 1939) yang masih menggunakan versi ejaan jawi tua. Sehingga kini penyelarasan Tulisan jawi dibuat dari masa ke semasa oleh tokoh tersohor jawi iaitu Ahmad bin Mathlob atau lebih dikenali sebagai Pak Mathlob. Sumbangan beliau dalam usaha memartabatkan Tulisan jawi sangat besar memandangkan kerajaan Malaysia kini semakin giat mencari satu alternatif untuk memulihkan Tulisan jawi sejak daripada peringkat sekolah rendah.Latar Belakang Jawi

Sistem Tulisan JawiSistem tulisan Jawi yang digunakan sekarang ialah berdasarkan sistemyang terdapat dalam buku Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (PEJYD) yang diterbitkan secara rasmi oleh Dewan Bahasa dan Pustaka(DBP) pada tahun 1986 (edisi kedua 1987; edisi ketiga 1993). Hal inidinyatakan dalam Daftar Kata Bahasa Melayu (2005) seperti berikut:...Sistem ini merupakan sistem ejaan Jawi yang disempurnakanatau dimantapkan daripada Kedah Ejaan Jawi yang digunakansebelumnya yang berasaskan Kaedah Ejaan Jawi Zaba (sebagaimanayang terdapat dalam buku Daftar Ejaan Melayu Jawi-Rumi, 1949).Pedoman Ejaan Jawi yang Disempurnakan (1986) dihasilkandaripada rumusan Konvensyen Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaanyang diadakan pada tahun 1984. Hasil Konvensyen tahun 1984 itutelah diselaraskan dan diperkemas dengan maklumat yang diperolehdaripada Konvensyen Tulisan Jawi anjuran Pusat Islam, JabatanPerdana Menteri, pada tahun 1991 dan Seminar Tulisan JawiPeringkat Kebangsaan pada tahun 1993. Semua maklumat tersebutdisemak dan disahkan oleh Jawatankuasa Teknikal Ejaan Jawi PusatIslam dan Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1993-1994...Terdapat arahan khusus daripada Kementerian Pendidikan Malaysiayang mengehendaki PEJYD ini digunakan di seluruh negara seperti yangdinyatakan dalam Petikan Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 1/1992 di bawah:...Mulai dari tarikh ini (22 Jan. 1992) Pedoman Ejaan Jawi YangDisempurnakan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (PEJYD) ituhendaklah digunakan di semua sekolah rendah, sekolah menengah,maktab-maktab perguruan, di dalam buku teks dan peperiksaan yangdikendalikan oleh Lembaga Peperiksaan dan Majlis PeperiksaanMalaysia serta dalam semua sektor dan masyarakat di seluruhnegara...(Kementerian Pelajaran Malaysia)Bagaimanapun PEJYD ini kemudiannya digantikan denganPedoman Umum Ejaan Jawi Bahasa Melayu (PUEJBM) yangdisisipkan dalam buku Daftar Kata Bahasa Melayu (2005). Iamerupakan maklumat terkini tentang sistem ejaan Jawi yang disusunberdasarkan dokumen-dokumen pedoman ejaan Jawi yang telahditerbitkan oleh DBP, dan maklumat-maklumat pedoman ejaan Jawi yangdiselaraskan selepas itu, khususnya daripada PEJYD (Edisi ketiga 1993)dan Daftar Ejaan Rumi-Jawi (1989). Oleh sebab PUEJBM dianggapsebagai pedoman ejaan Jawi terkini, maka kajian ini akan menjadikanbuku ini sebagai panduan asas.Oleh sebab PUEJBM adalah lanjutan daripada sistem ejaan JawiZaba, maka prinsip ejaan Jawi Zaba perlu diberi perhatian dalam usahamemantapkan sistem ejaan Jawi sekarang. Pada dasarnya, sistem ejaanZaba ini berasaskan kepada tiga prinsip, iaitu:i. EkonomiEjaan ini menggunakan seminimum bilangan huruf seperti perkataanmaka, pada, daripada, kepada dan sebagainya.ii. KepastianEjaan yang menimbulkan kesamaran sebutan, hendaklah diubahsuai ejaannya seperti menambah huruf saksi supaya lebih jelasbunyinya serta dapat mengurangkan kesamarannya.iii. Ramai PenggunaJika satu perkataan itu terdapat kelainan ejaan dan ramaipenggunanya serta tidak menimbulkan sebarang kesamaran, keduaduaejaan tersebut boleh diterima pakai.(Mohd Hussein 2002)Dalam pendahuluan Pedoman Ejaan Jawi Bahasa Melayu(PEJBM) iaitu penerbitan semula PUEJBM, Ismail dan Manshoor (pnys.)(2004) menyatakan bahawa sistem ejaan Zaba ini telah diubah suaiberdasarkan kepada sistem bunyi (fonologi) dan bentuk kata dalam bahasaMelayu dan telah dipecahkan kepada tiga kelompok ejaan, iaitu:i. Kata Melayu Jatiii. Kata serapan Arabiii. Kata serapan Inggeris dan bahasa asing yang lainKetiga-tiga kelompok ini mempunyai sistem ejaan yang tersendiri.Perbezaan yang agak ketara ialah pada pengejaan kata serapan Arabyang secara umumnya masih mengekalkan sistem ejaan daripada bahasasumber. Bagaimanapun permasalahan homograf yang akan dibincangkandalam makalah ini lebih tertumpu kepada ejaan kata Melayu jatiIstilah Jawi

Tulisan jawi mempunyai beberapa istilah yang perlu difahami oleh pembaca untuk mereka mahir dalam perihal jawi. Antara istilah pada kali ini ialah HOMOGRAF.HomografHomograf merujuk kepada dua kata atau lebih yang sama ejaan tetapiberlainan maknanya. Homograf juga boleh berlaku serentak denganhomonim (bunyi sama), misalnya jaga (bangkit) dengan jaga (pengawalkeselamatan) yang sama bunyi dalam sebutan baku. Homograf banyakberlaku dalam tulisan Jawi kerana sistem tulisan Jawi hanya menggunakanempat huruf vokal berbanding dengan enam huruf dalam tulisan Rumi.Bagaimanapun terdapat beberapa cara yang digunakan untukmengelakkan homograf berlaku terutama dengan menambah huruf alifpada bunyi [a].Penghindaran Bentuk HomografBerikut ialah rumusan Ismail Dahaman (1991) tentang penghindaranbentuk homograf dalam PEJYD....Pengejaan kata dasar dwisuku dalam PEJYD telah menampilkandua rumusan yang memberi manfaat kepada sistem ejaan Jawi inidan penggunaannya dari segi mengurangkan bentuk homografdengan tujuan untuk menghindarkan kekeliruan bacaan danpengenalan makna kata. Dua rumusan tersebut ialah (i)penghapusan homograf yang mempertentangkan vokal [a] denganpepet; dan (ii) penghapusan homograf yang mempertentangkanvokal [i] atau [e] dengan diftong [ai], serta yang mempertentangkanvokal [u] atau [o] dengan diftong [au].i. Homograf dihapuskan bagi membezakan bunyi diftong [ai]dan [au] dengan bunyi vokal [i] atau [e] dan [u] atau [o].Ditetapkan diftong dieja dengan alif-ya [ai] dan alif-wau [au]yang dibezakan daripada vokal ya [i] atau [e] dan wau [u] atau[o]. Contohnya: Homograf yang dieja bagi guli dan gulaidieja semula menjadi: = guli = gulaiii. Homograf dikurangkan dengan cara membezakan ejaan bagikata yang berlainan maknanya, iaitu khusus bagi kes homografyang mempertentangkan vokal [a] dengan vokal pepet.Contohnya: Homograf bagi lantik dan lentik dieja semulamenjadi: = lantik = lentikPengemasan yang dibuat ialah dengan menggunakan huruf alifsebagai lambang bagi vokal [a] di suku kata tertutup untukmembezakannya daripada vokal pepet yang tidak dilambangkandengan huruf....Berdasarkan PEJYD di atas, ejaan bagi mengelakkan homografantara diftong dengan vokal amat sesuai dan tidak mengelirukan keranaia melibatkan penambahan alif ke atas semua bentuk diftong /ai/ dan/au/. Namun, ejaan bagi mengelakkan homograf antara perkataan berpolaKaKKV(K) dan KKKV(K) seperti lantik dan lentik di atas, masihmengelirukan kerana ia hanya melibatkan penambahan alif padaperkataan yang homograf sahaja.Selain daripada dua bentuk homograf ejaan lazim di atas, terdapatbeberapa bentuk homograf lain yang sering menimbulkan kekeliruankepada pengguna, iaitu homograf dalam ejaan mengikut hukum kaf danga, lampau hukum luar darlung, dan ejaan tradisi.i. Homograf dalam hukum kaf dan gaHukum kaf dan ga ialah hukum yang melibatkan kata yang berakhirdengan bunyi /ka/ atau /ga/ dalam bahasa Melayu jati. Huruf kaf dan gapada akhir kata tersebut tidak diberi lambang alif melainkan jika berlakuhomograf atau menimbulkan kekeliruan seperti ketiadaan huruf vokal Jawi Rumi Jawi Rumibeg bega bek beka cek ceka dek deka etik etika lega liga fizik fizika harmonik harmonika pada suku kata praakhir, misalnya teka ( ), lega ( ), dan sega ( )(licin berkilat).Ejaan ini adalah selaras dengan ejaan lazim bagi perkataanpeta, kena, kera, bela dan sebagainya. Menurut PUEJBM huruf alifdigunakan untuk membezakan kata dwisuku dengan kata ekasuku ataudua kata yang berbeza maknanya seperti berikut:Berdasarkan contoh yang dinyatakan dalam PUEJBM di atas,didapati tidak banyak masalah yang timbul, kecuali pasangan kata lega liga kerana kedua-duanya berakhir dengan bunyi /a/. Kekeliruan ini berlaku kerana kata lega (tunduk) amat jarang digunakan dan tidakdiketahui umum. Selain itu, terdapat juga bentuk homograf yang masihdikekalkan seperti pasangan kata bank bangka yang dieja . Masalah ini dapat diselesaikan jika bank dieja seperti ejaan dalamDaftar Ejaan Rumi Jawi (2002), sebagaimana teks dieja , golfdieja , tanpa menyambung dua huruf konsonan rangkap akhir kata.Ejaan sebegini sesuai dengan sistem fonologi bahasa Melayu yang tidakmembenarkan kehadiran konsonan rangkap dalam satu suku kata. Sistemejaan kaf dan ga ini perlu dihadkan kepada sistem ejaan kata Melayujati sahaja. Oleh itu, kaedah ejaan ini tidak termasuk kekecualiandisebabkan masalah homograf seperti di atas, kata serapan seperti gigayang dieja , akronim seperti tabika yang dieja dan kata namakhas seperti Afrika yang dieja .Selain itu, Matlob (2003: 90) membezakan ejaan perkataan jagadengan dua cara. Perkataan jaga bagi maksud bangkit atau awas dieja , tetapi jaga bagi maksud sejenis pekerjaan (pengawal keselamatan)dieja . Bagaimanapun beliau tidak menjelaskan mengapa hal iniberlaku. Namun begitu, semasa sebutan baku dimansuhkan oleh jemaahmenteri kabinet pada tahun 2000, Matlob berpendapat bahawa sistemejaan Jawi yang berdasarkan sebutan baku boleh dikembalikan kepadabentuk asalnya (Utusan Malaysia, 2 Februari 2000). Ini bermaknaperkataan jaga seharusnya disebut dengan dua cara seperti sebelumnya,iaitu [ja.g] dan [ja.ga], dan ditulis dalam tulisan Jawi dengan dua carajuga sebagaimana yang telah disarankan oleh Matlob di atas.ii. Homograf dalam hukum luar darlungBagi menjelaskan homograf jenis ini, maka hukum darlung dan luardarlung perlu dijelaskan terlebih dahulu.