sejarah - sistem ekonomi masyarakat melayu tradisional (6bwh1 smk semerah 2009)

5
Kumpulan 2.. oleh : azizi,mr amy,rai,nadia. 6bawah-1 2009 Smk semerah Sejak berabat lamanya, masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk system ekonomi teratur yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup seharian. System ekonomi masyarakat Melayu Tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri,separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan. Sistem ekonomi sara dir dijalankan oleh hampir semua negeri, sistem ekonomi separa sara diri dijalankan di kedah dan perlis, kegiatan pertanian komersial pula dijalankan di Johor, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka Sistem ekonomi separa sara diri biasanya terdapat di Kedah dan Perlis. Sistem ini mengkendaki hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain terutamanya di negeri pulau pinang sebelum tahun 1909. Di kedah, semua tanah dimiliki oleh sultan. Rakyat dibenar dibenarkan mengerjakan tanah dan dibenarkan bergerak bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka. Pada ketika ini, tanah boleh dijual beli.selain itu,hamper semua barang dikenakan cukai.contohnya garam,ikan kering,candu dan bahan-bahan tekstil. 10% daripada harga dagangan eksport pula seperti rotan,getah, perca dan bahan-bahan hutan juga dikenakan cukai.pembesar yang membawa barang dagangan untuk diniagakan dan melalui kawasan pembesar lain akan membayar akan membayar cukai sebagai tanda penghormatan kepada pembesar berkenaan. Pertanian komersial telah dijalankan di negeri-negeri selat dan johor. Sistem kangcu ini dijalankan di johor dan sekitar tahun 1840-an,orang cina dari singapura diambil bekerja untuk mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam di selatan johor. Dalam system ini, orang cina diberi satu surat tanah atau surat sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir kepada tauke-tauke di singapura dan ketua kongsi gelap cina di sepanjang sungai di selatan dan barat johor. Selain itu, hasil pertanian komersial dipasarkan ke luar Negara Negara melalui singapuradengan mengunakan tongkang yang menyusuri petempatan kecil di persisir pantai. Temengung Ibrahim mengenakan pelbagai cukai kepada orang cina seperti cukai kepala, arak dan judi. Di kedah, sistem pajak iaitu ampun kurnia bermaksud hak mengutip cukai pasar di pecan-pekan kecil diberi kepada pembesar-pembesar dan kerabat

Upload: hackstudent

Post on 12-Jun-2015

5.470 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sejarah sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional from lower 6-1 smk semerah 2009

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah - sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional (6bwh1 smk semerah 2009)

Kumpulan 2.. oleh : azizi,mr amy,rai,nadia. 6bawah-1 2009 Smk semerah

Sejak berabat lamanya, masyarakat Melayu tradisional telah mempunyai satu bentuk system ekonomi teratur yang berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud kegiatan-kegiatan ekonomi yang dijalankan untuk mendapatkan bahan-bahan makanan dan hasil-hasil lain bagi memenuhi keperluan hidup seharian. System ekonomi masyarakat Melayu Tradisional bersifat pelbagai iaitu sara diri,separa sara diri, ekonomi komersial dan perdagangan. Sistem ekonomi sara dir dijalankan oleh hampir semua negeri, sistem ekonomi separa sara diri dijalankan di kedah dan perlis, kegiatan pertanian komersial pula dijalankan di Johor, Singapura, Pulau Pinang dan Melaka

Sistem ekonomi separa sara diri biasanya terdapat di Kedah dan Perlis. Sistem ini mengkendaki hasil pengeluaran padi dijual ke negeri-negeri lain terutamanya di negeri pulau pinang sebelum tahun 1909. Di kedah, semua tanah dimiliki oleh sultan. Rakyat dibenar dibenarkan mengerjakan tanah dan dibenarkan bergerak bebas mencari pembesar yang tidak menindas mereka. Pada ketika ini, tanah boleh dijual beli.selain itu,hamper semua barang dikenakan cukai.contohnya garam,ikan kering,candu dan bahan-bahan tekstil. 10% daripada harga dagangan eksport pula seperti rotan,getah, perca dan bahan-bahan hutan juga dikenakan cukai.pembesar yang membawa barang dagangan untuk diniagakan dan melalui kawasan pembesar lain akan membayar akan membayar cukai sebagai tanda penghormatan kepada pembesar berkenaan.

Pertanian komersial telah dijalankan di negeri-negeri selat dan johor. Sistem kangcu ini dijalankan di johor dan sekitar tahun 1840-an,orang cina dari singapura diambil bekerja untuk mengerjakan tanaman gambir dan lada hitam di selatan johor. Dalam system ini, orang cina diberi satu surat tanah atau surat sungai iaitu hak untuk menanam lada hitam dan gambir kepada tauke-tauke di singapura dan ketua kongsi gelap cina di sepanjang sungai di selatan dan barat johor. Selain itu, hasil pertanian komersial dipasarkan ke luar Negara Negara melalui singapuradengan mengunakan tongkang yang menyusuri petempatan kecil di persisir pantai. Temengung Ibrahim mengenakan pelbagai cukai kepada orang cina seperti cukai kepala, arak dan judi. Di kedah, sistem pajak iaitu ampun kurnia bermaksud hak mengutip cukai pasar di pecan-pekan kecil diberi kepada pembesar-pembesar dan kerabat diraja serta sistem ini diberi kepada tauke dari pulau pinang dari pulau pinang yang merangkumi padi, arak,candu dan beras. Hasil tanaman tradisional dikomersialkan adalah ubi kayu(Melaka) , tebu(pulau pinang), gambir dan lada hitam yang dijalankan di johor dan negeri-negeri selat.tanaman kopi diusahakan secara besar-besaran di Selangor,perak,negeri Sembilan dan johor oleh peladang eropah sehingga penghujung abad ke-19.baka ciberica adalah jenis kopi yang paling banyak banyak dipasarkan tetapi tanaman kopi mula merosat kerana serangan penyakit dan pengeluaran yang lebih di brazil telah menjatuhkan harga kopi di pasaran dunia. Di pantai timur sabah pada awal tahun 1880 an peladang eropah mula menjalankan aktiviti menanam tembakau. Tembakau dieksport pada tahun 1804. Di sabah juga terdapat 60 estet yang tertumpu di bahagian pantai timur dan pantai timur sabah pada tahun 1890. Pada abad ke-19 di sarawaktanaman yang terpenting ialah lada hitam. Lada hitam juga ditanam di hulu Sarawak dan dikerjakan oleh orang cina yang dating dari singapura. Gambir pula ditanam di Bau, Sarawak. Selain itu di Sarawak juga perusahaan sagu merupakan perusahan yang utama dan banyak ditanam di daerah Mukah dan Oya. Pengeluaran sagu di Sarawak pada tahun 1880-an telah dikeluarkan separuh melebihi jumlah pengeluaran sagu asia.

Page 2: Sejarah - sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional (6bwh1 smk semerah 2009)

Perlombongan bijih timah pada masa dahulu terkenal sebagai tempat naungan golongan pembesar. Dinegeri perak, Selangor dan sg. Ujung, para pembesar mendapat surat tawliahan dari raja/sultan untuk mengawal dan memungut hasil. Sistem kerah terdiri daripada penduduk tempatan yang dimana mereka bekerja dari pukul 5 pagi hingga 10 pagi dan3 petang hingga 6 petang. Hasil yang diperoleh dari sistem kerah ini hanyalah minimum kerana penduduk tempatanmenggunakan kaedah melampan dan mendulang. Oleh itu, para pembesar melayu mula berkerjasama dengan orang cina untuk mendapatkan hasil yang maksimum. Penggunaan buruh-buruh cina telah dibuka di Melaka ,lukut dan sg ujong. Di perak, lombong dibuka di kawasan kiran pauh (taiping) dan klian bahru (kemunting). Lombong bijih timah di kanching,ampang ,klang dan kuala lumpur telah secara rasminya dibuka oleh sultan abdul samad. Pada tahun 1880-an kawasan perlombongan juga telah dibuka di lembah kinta, perak. Oleh kerana kerjasama antara pembesar melayu dengan orang cina telah memberikan hasil yang lumaian telah berlaku pertikaian antara para pembesar seperti perang kelang yang berlaku si Selangor. Perkongsian antara pembesar melayu dan tauke-tauke cina untuk memajukan perlonbong bijih timah telah mendapat hasil yang maksima dan permintaan bijih timah yang diminta juga tinggi kerana perkembangan revolusi perindustrian. Bijih timah juga menjadi barang dagangan utama yang menarik minat pedagang-pedagang dari arab, india, cina, dan mediteranean. Selain itu kegiatan perdagangan bijih timah mandapat pasaran yang baik di eropah kerana perkembangan bijih timah ini dapat dilihat dari peningkatan permintaan bijih timah sebagai bahan utama untuk pengetinan bagi membolehkan hasil-hasil makanan dalamtin tahan lebih lama. Bagi pengkaji barat, j.kennedy, perlombongan emas mungkin telah dijalankan pada zaman neolitik berhampiran dengan Melaka dan emas adalah dagangan yang terpenting di tanah melayu sehingga tanah melayu diberi nama jolokan dari pedangang- pedangang luar sebagai semenanjung emas atau semenanjung kencana. Semenjak abad ke16 lagi,perlombongan emas telah dijalankan di Pahang terutamanya di kuala lipis. Aktiviti perlombongan ini dijalankan oleh orang melayu tetapi hasil pengeluaran adalah kecil.selain di Pahang, perlombongan emas dilombong di pulai, kuantan. Orang cina menjalankan aktiviti perlombongan emas ini di sg. Segama manakala di Sarawak emas dilombong di bau. Antinomi juga terkenal di Sarawak dan dilombong di bahagian pertama Sarawak sekitar tahun 1830. Tenaga buruh dayak telah digunakan oleh para pembesar melayu untuk mengusahakan perlombongan perlombongan antinomi ini. Aktiviti perlombongan ini akhirnya di ambil oleh orang cina sedikit demi sedikit sehinggakan kawasan perlombongan ini dimajukan oleh pihak british sebagai kawasan Bandar yang lengkap dengan pelbagai kemudahan untuk membawa hasil perlombongan berdagang ke tempat lain.

Antara perkembangan sistem ekonomi masyarakat melayu adalah ekonomi sara diri. Sebahagian besar daripada masyarakat melayu menjalankan sistem ekonomi berbentuk sara diri. Sara diri bermaksud hasil pengeluaran digunakan untuk memenuhi keperluan keperluan mereka sendiri. Apabila mendapat pengeluaran yang lebih, hasil tersebut akan ditukar dengan barang-barang keperluan yang lain. Terdapat beberapa factor yang menyebabkan masyarakat ini mengamalkan ekonomi sara diri. Antaranya ialah alat-alat tradisional digunakan untuk bertani seperti cangkul, parang, dan tenggala serta ketiadaan ternakan seperti lembu dan kerbau yang mencukupi. Saiz tanah pertanian adalah kecil. Selain itu, tenaga buruh yang tidak mahir dan kebanyakannya terdiri daripada ahli keluarganya sahaja. Faktor lain pula masyarakat melayu tertakluk pada kerja kerah yang dituntut oleh golongan pemerintah. Disebabkan factor-faktor ini menyebabkan hasil pengeluaran pertanian adalah rendah dan cukup untuk menampung keperluan keluarga sahaja.

Page 3: Sejarah - sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional (6bwh1 smk semerah 2009)

Dari segi ekonomi pertanian pula, masyarakat melayu tradisional ini mula menjalankan kegiatan menanam padi. Terdapat 2 jenis pada iaitu padi huma dan padi sawah. Petani- petani ini menanam padi sawah seperti di kedah, Kelantan, Melaka, negeri Sembilan dan Pahang. Dalam penanaman padi amat memerlukan banyakair. Oleh yang demikian sistem pengairan diperkenalkan untuk membekalkan air secara berterusan bagi mengairi kawasan sawah tersebut. Tanaman padi huma pula, tidak memerlukan banyak air. Padi huma ditanam dikawasan lebih tinggi seperti di lereng- lereng bukit di kawasan pedalaman. Hasil pengeluaran padi rendah walaupun ditanam secara meluas. Disebabkan teknologi yang digunakan tidak mampu meningkatkan hasil pengeluaran padi tersebut. Selain itu, hasil pengeluaran yang rendah juga disebabkan eksploitasi oleh golongan pembesar. Mereka terpaksa menyerahkan sebahagian golongan pembesar.

Masyarakat melayu tradisional juga menternak binatang seperti ayam, itik, lembu dan kambing. Binatang-binatang ternakan dijadikan sumber pendapatan tambahan dan mendapatkan bekalan makanan. Selain daripada menternak binatang, masyarakat melayu ini mendapat bekalan makanan tambahan melalui memburubinatang di hutan. Disamping itu pada waktu lapang masyarakat melayu tradisional masuk ke dalam hutan untuk meramu. Hasil hutan dijual atau ditukarkan dengan barang-barang keperluan lain seperti garam, kain, dan beras. Bagi penduduk yang tinggal di persisir pantai atau di tepi sungai, mereka menjadi nelayan. Terdapat 2 jenis kegiatan perikanan yang dijalankan iaitu menangkap ikan di laut dan menangkap ikan air tawar di sungai. Sistem ekonomi petani di tanah melayu sering digangu oleh system kerah. System kerah diwajibkan ke atas rakyat untuk kepentingan pembesar dan raja. Rakyat dikehendaki melakukan pelbagai bentuk pekerjaan seperti menjaga perahu,membuat jambatan, menjaga gajah, menghantar surat dan sebagainya. Rakyat ini perlu bekerja untuk pembesar dan sultan begi jangka masa yang tertentu. Mereka terpaksa meninggalkan kegiatan ekonomi sendiri untuk beberapa ketika. Ini dapat menggangu kegiatan ekonomi para petani.

Ekonomi negeri-negeri Melayu juga bersifat bersifat terbuka dan tidak sepenuhnya sara diri. Kegiatan perdagangan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi masyarakat melayu. Urusan perdagangan ini dikendalikan oleh golongan pemerintah dan saudagar-saudagar yang terdiri daripada lapisan kecil dalam masyarakat. Pedagang-pedagang melayu amat terkenal dan mempunyai hubungan perdagangan antarabangsa dengan negeri-negeri di asia tenggara, china, india dan timur tengah. Hubungan ini wujud antara kawasan pantai dengan pedalaman tanah pamah dengan tanah tinggi dan bahagian barat dengan bahagian timur. Sungai menjadi jalan perhubungan yang penting daripada kawasan pedalaman ke kuala sungai. Namun perdagangan terhenti pada abad ke 19. Pembukaan singapura telah mangambil alih peranan penting dalam urusan perdagangan. Barang dagangang yang dibawa dari pantai timur iaitu Pahang ialah debu emas yang berharga tinggi antara 28 hingga 28.5 ringit sepanyol sebungkal, kain, bijih timah. Lada hitam pula dibawa daripada Terengganu dan Kelantan. Barang dagangan ini diperdagangkan di singapura dan pulau pinang dengan barang dagangan dari pantai barat seperti bijih timah, dari sungai ujung dan linggi, madu lebah, daging gajah, kulit haiwan, rotan dan sagu dari Melaka, lukut, Selangor, dan perak.

Kegiatan perdagangan juga dijalankan di Terengganu pada tahun 1830.sultan omar telah menggalakkan perdagangan luar Terengganu dengan mengeksport emas, bijih timah, kopi, lada hitam dan dammar. Terengganu juga mengiksport barangan seperti candu, barang-barang buatan british dan barang-barang dari china.

Page 4: Sejarah - sistem Ekonomi Masyarakat Melayu Tradisional (6bwh1 smk semerah 2009)

Berdasarkan petikan ini, sistem ekonomi tradisional yang diamalkan di negeri-negeri melayu kelihatan lebih menguntungkan golongan pemerintah dan pembesar. Jika dilihat melalui perspektif yang berlainan pula, ianya berbeza. Walaupun ianya lebih menguntungkan golongan pemerintah sahaja namun ketika ini tahap ekonomi masyarakat ketika ini pada tahap yang baik. Kemiskinan golongan rakyat tidak begitu ketara. Apabila Negara dijajah oleh penjajah barat, kedua-dua golongan iaitu pembesar dan rakyat jelata terpaksa melihat perkembangan ekonomi moden yang langung tidak menguntungkan mereka. Kegiaan ekonomi moden dikuasai sepenuhnya oleh pelabur dan pedangang asing..