sejarah perkembangan bandar kuala lumpur

23
PEMBENTANG: DR. AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS CIK NIK AFIFAH NIK MUSTAFA 2.00 PM- 3.15 PM 11 APRIL 2013 Tajuk: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Upload: digitalsejarah

Post on 20-Aug-2015

1.935 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

PEMBENTANG:

DR. AHMAD KAMAL ARIFFIN MOHD RUS CIK NIK AFIFAH NIK MUSTAFA

2.00 PM- 3.15 PM 11 APRIL 2013

Tajuk: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Page 2: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Pengenalan - Kepentingan Memahami Sejarah Bandar

Bagaimana Kuala Lumpur mendapat namanya

Faktor Kewujudan Bandar Kuala Lumpur

Faktor kepesatan Bandar Kuala lumpur

Pintasan Perkembangan Kuala Lumpur di era 20-an dan 30-an

Ringkasan Tugasan Pelajar

KANDUNGAN

SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013

Page 3: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

KUALA LUMPUR

Jika di era awal pertumbuhannya, persekitaran Kuala Lumpur dipenuhi

dengan rumah-rumah atap nipah, kini ianya lebih diserikan dengan

bagunan-bangunan pencakar langit serta perkembangan pesat

penempatan penduduk. Dunia terus mengenali Kuala Lumpur melalui

mercu tanda-mercu tanda hebat seperti Menara berkembar Petronas 88

tingkat yang pernah mencatat sejarah sebagai bangunan tertinggi di dunia

dan Menara Kuala Lumpur. Keunggulan Kuala Lumpur sebagai pusat

perdagangan telah mula berkembang sejak usaha perlombongan bijih pada

tahun 1857. Rentetan dari itu, Kuala Lumpur telah membangun secara

perlahan-lahan sehingga mencapai taraf yang ada sekarang ini dengan

terbentuknya Wilayah Persekutuan. Kepesatan ekonomi di kawasan

perlombongan yang menjadi lubuk rezeki telah menarik minat masyarakat

sekeliling untuk berhijrah ke sini. Jelas terbukti, penghijrahan penduduk

yang menghuni banda raya ini terus meningkat tahun demi tahun.

SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013

Page 4: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

1. Menerangkan kepentingan memahami sejarah Bandar.

2. Menghuraikan proses pembentukan Bandar Kuala Lumpur.

3. Menggunakan kerangka kronologi untuk menyusun atur peristiwa dan perkembangan pembentukan Bandar Kuala Lumpur.

4. Membuat interpretasi tersendiri mengenai elemen-elemen yang meransangkan perkembangan Bandar Kuala Lumpur.

Standard Pencapaian

Pelajar

SEMINAR MEDIA BAHARU: PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH Aplikasi Penggunaan Media Baharu Dalam Pengajian Sejarah 11-12 April 2013

Page 5: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

PELAJAR DAPAT MENJELASKAN MENGAPA PENTING MEMAHAMI SEJARAH BANDAR

KERANA FUNGSINYA:

Bandar merupakan suatu lokasi yang sangat penting di daerah kediaman anda, di

peringkat negeri mahupun di peringkat nasional. Bandar penting kerana ia mempunyai

fungsi yang khusus. Sama ada di peringkat daerah sehinggalah ke peringkat nasional,

peranan bandar mencakupi fungsinya sebagai pusat pentadbiran, pusat perkembangan

ekonomi dan sosial.

Disebabkan fungsi-fungsi tersebut, lokasi ini menjadi tarikan penting. Ini menyebabkan

bandar mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi dalam sesuatu kawasan sama ada di

peringkat daerah mahupun di peringkat nasional. Dengan kata lain, memahami bandar

anda, anda akan memahami perkembangan tokoh-tokoh penting di tempat anda seperti

pihak yang berkuasa ataupun pemimpin-pemimpin di tempat anda. Ini disebabkan para

pemimpin atau pihak yang memegang kuasa tinggal di pusat-pusat pentadbiran yang

terletak di bandar-bandar utama.

Sebagai pusat perkembangan ekonomi dan sosial, bandar menjadi tumpuan orang ramai

bagi kegiatan-kegiatan perniagaan, mencari peluang pekerjaan, menyambung pendidikan

di peringkat yang lebih tinggi serta mendapatkan rawatan-rawatan kesihatan. Jelasnya,

dengan memahami sejarah bandar di tempat anda, anda akan memahami bagaimana

fungsi-fungsi tersebut berkembang.

Page 6: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Memandangkan bandar merupakan pusat bagi kegiatan

masyarakat, menyebabkan lokasi ini terdedah luas untuk

segala jenis pembaharuan dan perubahan. Setiap

perkembangan dalam teknologi, kesusateraan, arkitektual,

intelektual, kesihatan dan segala bentuk permodenan akan

bermula di bandar. Dari sini, unsur-unsur baru tersebut

akan tersebar di kawasan-kawasan sekitarnya. Untuk itu,

bagi memahami bagaimana sesebuah masyarakat itu

mengalami perubahan dan kemajuan, medan kajiannya

seharuslah bermula di bandar.

SEGALANYA BERMULA DISINI:

Page 7: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

PELAJAR DAPAT MENYATAKAN BAGAIMANA KUALA LUMPUR MENDAPAT NAMANYA

Sehingga tahun 1990, J.M. Gullick, orang yang banyak menulis tentang sejarah Kuala

Lumpur, dalam artikelnya “The Growth of Kuala Lumpur and of the Malay Community in

Selangor Before 1880” masih menyatakan bahawa nama itu merupakan suatu teka-teki.

Ini disebabkan tidak ada sumber secara langsung atau tidak langsung yang dapat

meyakinkan beliau tentang asal-usul nama Kuala Lumpur. Namun begitu, dalam tulisan

Gullick yang lebih awal, iaitu Kuala Lumpur 1880-1895: A City in The Making, yang

diterbitkan pada tahun 1988, ada mengemukakan teori tentang asal-usul nama Kuala

Lumpur.

Teori pertama memperlihatkan penyelewengan daripada nama asalnya iaitu “Pangkalan

Lumpur” menjadi “Kalan Lumpur” dan akhirnya Kuala Lumpur. Manakala teori kedua

menggunakan sungai Lumpur sebagai rujukan terhampir. Namun sungai lumpur yang

dikatakan itu tidak wujud sekarang.

Jonh Anderson dalam bukunya Considerations Relative to the Malayan Peninsular and the

British Settlementts in the Straits of Malacca pada tahun 1824 ada mencatatkan mengenai

perkampungan di tebing sungai Kelang. Menurutnya, Di semua perkampungan itu, bijih

timah boleh diperoleh tetapi yang terbanyak adalah di Lumpur yang mana di situ tidak

ada orang yang mendiaminya.

Page 8: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Berdasarkan keterangan Anderson ini, Gullick membuat kesimpulan bahawa

Kuala Lumpur terletak di utara Batu Caves iaitu di kawasan sungai Tuar; tetapi

kini tidak dapat dikesan. Khoo Kay Kim dalam bukunya “Negeri-negeri Melayu

Pantai Barat, 1850-1873”, ada melakarkan sebuah peta yang menunjukkan

kedudukan sungai Lumpur; malah kedudukan itu sememangnya adalah Sungai

Gombak. Memang menjadi kebiasaan masyarakat Melayu menamakan sesuatu

tempat mengikut nama sebatang sungai tetapi jarang sekali ditemui sebatang

sungai itu mempunyai dua nama seperti sungai Gombak dan sungai Lumpur ini.

Satu lagi teori yang cukup menarik ialah teori yang dikemukakan oleh Pao-Chun

dalam bukunya Urban Landscape of Kuala Lumpur, A Geographical Survey yang

diterbitkan pada tahun 1967. Namun begitu, teori ini kurang meyakinkan kerana

tidak disokong dengan bukti-bukti yang konkrit. Bagi Pao, nama Kuala Lumpur

itu adalah nukilan pentadbir British iaitu kombinasi antara dua sebutan. ‘Kuala’

dari istilah Melayu untuk muara sungai dan ‘lumpur’ yang mempunyai akarnya

dari sebutan Cina iaitu lampa. Menurut Pao, istilah Kuala digunakan kerana

tempat ini dahulunya dikenali sebagai Kuala Gombak. Untuk perkataan ‘lumpur’

pula, Pao melihatnya dari sudut linguistik Cina. Lumpur dikatakan selewengan

sebutan daripada kata asal ‘lampa’ yang bererti hutan yang dibanjiri air.

Page 9: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

PELAJAR DAPAT MERUMUSKAN BAGAIMANA BANDAR KUALA LUMPUR BOLEH WUJUD

Terdapat dua faktor penting yang

menyebabkan bandar Kuala Lumpur

boleh wujud:

Meskipun Anderson mencatatkan sudah ada kegiatan perlombongan

seawal tahun 1824, namun aktiviti perlombongan ini hanya berlaku

secara kecil-kecilan. Mulai pertengahan abad ke-19, kegiatan

perlombongan di sekitar Kuala Lumpur memperlihatkan

perkembangan yang lebih memberansangkan akibat permintaan yang

meningkat dari Negeri-negeri Selat. Raja Abdullah, pembesar Selangor

yang diberi kuasa terhadap Sungai Klang, telah membawa 87 kuli Cina

untuk menjalankan kegiatan perlombongan di Ampang pada tahun

1857. Apabila kegiatan perlombongan berkembang, ramai pedagang

Cina dari Lukut tertarik untuk datang ke Lembah Klang, khususnya di

penempatan yang menjadi depoh bagi lombong-lombong di Ampang

iaitu Kuala Lumpur.

Perkembangan kegiatan perlombongan telah menyebabkan kewujudan

dan perkembangan penempatan di tebing kiri Sungai Klang

berhampiran dengan persimpangan Sungai Klang- Sungai Lumpur

(hari ini dikenali sebagai Sungai Gombak). Penempatan pada peringkat

awal perkembangan Kuala Lumpur terbahagi kepada dua. Orang

Melayu menduduki di sebelah utara manakala orang Cina pula di

sebelah selatan. Terdapat dua buah perkampungan Melayu yang utama

– Kampung Rawa (letaknya lebih kurang di tapak ibu pejabat Bank

Bumiputera dan jalan Melaka- hari ini) dan Kampung Jawa (lebih

kurang letaknya di tapak Masjid Jamek sekarang). Penduduk Melayu

Kuala Lumpur terdiri daripada beberapa kumpulan yang berlainan-

Bugis, Rawa, Jawa, Mendeling, Minangkabau, Batu Bahara dan

Kampar. Ketua bagi semua penduduk Melayu itu bergelar Dato

Dagang.

1. Perlombongan bijih timah

2.Perkembangan penduduk

Page 10: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Sultan Puasa seorang yang berketurunan Mendeling, merupakan seorang pemimpin yang

berpengaruh dan beliau mempunyai hubungan perniagaan yang rapat dengan pedagang-

pedagang Cina. Beliau telah memujuk pedagang Cina yang pertama, Hiu Siew, dari suku Fui

Chiu Hakka- datang ke Kuala Lumpur. Hiew Siew tinggal di Lukut. Dia dipercayai telah

datang ke Kuala Lumpur pada lewat tahun 1850-an. Bijih timah dikatakan telah dieksport

buat pertama kalinya pada tahun 1859, tetapi perlombongan bijih timah tidak

mendatangkan keuntungan sehinggalah tahun 1863.

Sebelum Hiu Siew meninggal dunia pada tahun 1862, dia telah dilantik sebagai Kapitan

Cina yang pertama di Kuala Lumpur. Perlantikan ini jelas menunjukkan bahawa penduduk

Cina di Kuala Lumpur telah mencapai suatu bilangan yang besar dan sudah sewajarnya

ditadbir secara langsung oleh ketua mereka sendiri. Walau bagaimanapun ketua kaum Cina

ini bertanggungjawab terhadap Raja Abdullah sebagai pentadbir Lembah Klang.

Pengganti Hiu Siew sebagai kapitan Cina ialah Liew Ngim Kong. Seperti mana Hiu Siew,

Liew Ngim Kong juga telah tinggal di Lukut sebelum datang ke Kuala Lumpur. Liu Ngim

Konglah yang meminta Yap Ah Loy, yang ketika itu bekerja di Sungai Ujong datang ke

Kuala Lumpur. Di Kuala Lumpur, Yap Ah Loy cepat memperolehi kekayaan dan pengaruh.

Liu Ngim Kong meninggal dunia pada akhir 1868 dan Yap Ah Loy menggantikannya

sebagai kapitan Cina. Sebelum Yap Ah Loy dilantik sebagai kapitan Cina, dikatakan pusat

keagamaan orang Cina (Tsen Ta) telahpun dibina pada tahun 1864. Ini menunjukkan

petanda bahawa komuniti Cina semakin besar.

Page 11: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Menurut Gullick dalam tulisannya The Growth of Kuala Lumpur and of The Malay Community in Selangor before 1880,

bentuk bandar Kuala Lumpur di bawah pentadbiran Yap Ah Loy lebih dipengaruhi oleh faktor keperluan manusia dan

persekitaran.

Perkaitan ini juga pernah digambarkan melalui kajian Pao-Chun Tsou. Dalam catatannya, Urban Landscape of Kuala

Lumpur: A Geographical Survey, Pao memberi gambaran mengenai Kuala Lumpur sebelum perang saudara (Perang saudara

di Selangor tercetus di antara tahun 1867-1872. Dua pihak yang terbabit dalam peperangan ini ialah Raja Mahdi dan

Tengku Kudin yang menjadi wizurai Selangor ketika itu. Peperangan telah merebak ke Kuala Lumpur apabila Yap Ah Loy

sendiri turut melibatkan diri di dalam kumpulan Tengku Kudin. Peperangan ini telah sekaligus menyebabkan Kuala

Lumpur hancur.) mengatakan:

Haji Abdullah Hukum, sebagai tokoh yang menyaksikan sendiri perkembangan Kuala Lumpur ketika itu pernah

menggambarkan bahawa:

Kuala Lumpur di masa itu sibuk cara zaman dahulu. Ada dua lorong sahaja iaitu Java Street dan Market Street sekarang

manakala Ampang Street atau Lorong Cheti yang ramai sekarang ini masih kolam ikan dipunyai oleh Al-Marhum Sultan

Puasa. Rumah-rumah kedai masa itu atap bertam, dinding pelupuh atau buluh dan orang yang berniaga di situ menjual

kain dan makanan semuanya orang-orang Melayu iaitu bangsa Rawa dan Mendahiling dan ketuaan masa itu adalah Sutan

Puasa dan Raja Bilah.

Walaupun tarikh sebenar Haji Abdullah Hukum berada di Kuala Lumpur tidak dapat dipastikan, namun keterangan yang

diberikannya menunjukkan bahawa dia telah berada di Kuala Lumpur sebelum perang saudara merebak.

Keadaan Kuala Lumpur masa itu masih hutan melainkan dua lorong sebagaimana sebutan yang terdahulu. China ada

sedikit-sedikit berternak babi di Pudu Road sekarang dan ada sebuah sungai kecil lalu di tengah-tengah jalan yang

bernama Foch Avenue sekarang. Ketuaan China masa itu Kapitan Keledek, namanya Asi.

The same topographical factors and human needs determined the shape of the town after as much as before the civil war.

Before the Civil War, Kuala Lumpur was a little town rectangular in shape, about 20 acres in size, with six man streets:

Market Street, Cross Street, Java Street (former Kampong Rawa), Old Market, Ampang Street and High Street. The

former three are more or less latitudinal in direction, and the latter three are more or less longitudinal. The business center

was then at Old Market.

Page 12: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Walau bagaimanapun perkembangan Kuala Lumpur tidak berterusan apabila tercetusnya perang saudara antara tahun 1867-

1872. Perang yang dimasyurkan sebagai Perang Klang ini telah memusnahkan Kuala Lumpur.

Selepas perang tamat, kegiatan perkembangan bandar Kuala Lumpur telah kembali pulih. Pemulihan ini dapat diperlihatkan

melalui gambaran Frank Swettenham (Residen Selangor) yang sangat mengagumi perkembangan tersebut. Menurut beliau:

Dalam membuat perbandingan antara Perak dan Selangor, beliau masih sempat menyelitkan pandangannya mengenai Kuala

Lumpur.

Dalam konteks ini, kesungguhan Yap Ah Loy memang jelas kerana apa yang dilihat oleh Swettenham itu adalah daya usaha

Yap Ah Loy untuk membangunkan bandar Kuala Lumpur bagi tempoh satu setengah tahun sahaja.

Berdasarkan tulisan pemerhati-pemerhati Eropah yang menyaksikan perkembangan Kuala Lumpur pada era selepas perang

saudara, Kuala Lumpur 1875-1880 mengambil bentuknya di sekitar jalan-jalan utama. Tiga batang jalan utama yang

membentuk sempadan Kuala Lumpur ketika itu ialah Cross Street (Jalan Silang), Market Street (Lebuh Pasar), dan High

Street (Jalan H.S. Lee). Dengan Sungai Klang berada di sempadan Barat, Kuala Lumpur yang seolah-olah berbentuk segi

empat sama dengan sebuah lapangan di tengah-tengahnya yang dikenali sebagai Old Market Square. Di tengah-tengah

lapangan itu terdapat sebuah pasar besar dan pajak judi kepunyaan Yap Ah Loy. Rumah Yap Ah Loy yang kelihatan mewah

jika dibandingkan dengan rumah-rumah yang lain, terletak di sebelah selatan Market Street menghadap ke pasar besar

tersebut.

By far the best mining village I have seen, the streets wide and excellently arranged, the shops most substantial,

and the Captain China’s house would be no disgrace to Singapore. There is nothing like it in Laroot. The town is

divided into a Chinese Quarter and a Malay Quarter in the form in the margin, the Chinese near their Captain and

the Malays at the further end of the town. (dalam tulisan P.L. Burns dan C.D. Cowan, Swettenham’s Malayan

Journals 1877-1979)

Is perhaps the best built village and has the most flourishing appearance of any in the Peninsular.

Page 13: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Bandar Kuala Lumpur bertambah pesat

kerana dipengaruhi oleh beberapa faktor

penting.

1.Pemindahan pusat pentadbiran

Kuala Lumpur terus mengalami kepesatan dalam perkembangan pembandarannya apabila pihak British memindahkan pusat pentadbiran dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880 kerana didapati lokasi ini jauh lebih strategik. Perpindahan ini dilaksanakan bertujuan untuk memesatkan kawasan bandar. Walaupun perpindahan pusat pentadbiran negeri secara rasmi berlaku pada tahun 1880, ini tidak bermakna perkembangan Kuala Lumpur khususnya dalam hal kendalian bandar sebelum tahun 1880 tidak mendapat perhatian dari pentadbiran di Kelang.

Kuala Lumpur pada tahun 1880 tidak lebih dari sebuah pekan kecil; jika diukur dari tanggapan masa kini. Sebenarnya dengan anggapan penduduk seramai 2,260 orang, pekan kecil ini yang dibebani dengan pelbagai fungsi, sememangnya mempunyai kehebatan sebagai sebuah Bandar utama di Selangor pada ketika itu.

1.Pemindahan pusat pentadbiran

2.Perkembangan rangkaian

perhubungan

Pelajar Dapat Menganalisis Bagaimana Kuala Lumpur dari Sebuah Pekan Kecil Menjadi Bandar Yang Semakin Pesat

Page 14: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Satu faktor penting yang memperlihatkan kepada berlakunya pertambahan pesat bandar Kuala Lumpur ialah kawalan

kesihatan yang dilaksanakan. Di era Yap Ah Loy, didapati kawalan kesihatan kurang diberi perhatian. Peranannya juga

didapati kurang jelas, sama ada beliau menggunakan cara kerahan tenaga bagi penjagaan kebersihan di sekitar kawasannya,

tidak dapat dipastikan. Dari laporan sumber semasa seperti Hornaday dan Douglas, dapat disimpulkan semacam adanya

tanda-tanda kendalian kebersihan walaupun dalam bentuk yang terhad. Umpamanya, Hornaday semasa berada di Kuala

Lumpur pada tahun 1878 menyatakan bahawa jalan-jalan pada waktu itu dijaga dengan baik.

Semasa lawatan Douglas pada tahun 1876 dan kali keduanya mengiringi Sultan pada tahun 1879, di samping memuji

persediaan yang dibuat, ada mengadu bahawa kadangkalanya terdapat bau busuk, kemungkinan dari kandang babi ataupun

dari tapak pasar. Keadaan ini disebabkan rumah Yap Ah Loy sememangnya berdekatan dengan tapak pasar dan kandang babi

yang terletak di tebing sungai. Namun begitu apabila Kuala Lumpur terdedah kepada tindakbalas demografi yang drastik

akibat boom ekonomi, suasana sekitar menjadi tidak terurus.

Yap Ah Loy dikatakan ada membina sebuah rumah sakit di High Street. Sir Frank Swettenham (Residen Selangor) semasa

melawat Kuala Lumpur pada tahun 1879, menggunakan istilah asylum bagi rumah sakit tersebut. Rumah sakit ini dibiayai

melalui hasil cukai setiap ekor babi yang disembelih di Kuala Lumpur.

Jaminan

Keselamatan

William T. Hornaday

Seorang ahli Entomologi dari

Amerika Syarikat

Page 15: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

•Setelah pihak British memindahkan pusat pentadbiran dari Kelang ke Kuala Lumpur pada tahun 1880, kawalan

kesihatan mula dititikberatkan kerana pihaknya akan mentadbir kawasan tersebut. Pada peringkat awal pentadbiran

British, khidmat-khidmat kesihatan lebih tertumpu kepada masyarakat Eropah yang terdiri daripada kakitangan

pentadbiran dan juga untuk mereka yang bertugas dalam pasukan keselamatan. Semasa ibu pejabat pentadbiran British

bertempat di Klang, terdapat sebuah hospital (rumah papan) yang berkedudukan berhampiran dengan kediaman

Residen. Hospital ini mengandungi sepuluh buah katil dan seorang appotucary yang ditugaskan disitu. Kemudian apabila

ibu pejabat pentadbirannya dipindahkan ke Kuala Lumpur pada tahun 1880, hospital di Kelang itu telah ditutup dan

sebuah hospital yang baru telah dibuka di Kuala Lumpur.

•Pada tahun 1883, terdapat dua buah hospital milik kerajaan. Satunya adalah Hospital Besar Kuala Lumpur yang

majoriti pesakitnya terdiri daripada orang-orang Eropah. Keduanya adalah Pauper Hospital yang dikhaskan untuk

orang-orang miskin seperti buruh-buruh lombong. Selain daripada itu, pihak penjara juga mempunyai perkhidmatan

perubatannya sendiri.

•Walaupun dari masa ke semasa, Dr. Sinclair cuba memperbaiki perkhidmatan kesihatan di Kuala Lumpur, kadar

kematian di hospital tidak berkurangan malah meningkat. Sinclair secara terus-menerus melemparkan tuduhan kepada

faktor-faktor luaran seperti kelewatan pesakit datang ke hospital, kadar kemasukan imigran baru yang tinggi, pihak polis

yang memaksa kematian berlaku di hospital daripada di tepi-tepi jalan, majikan lombong yang takutkan sekiranya pihak

berkuasa menemui kes kematian di tempat mereka dan juga sikap orang-orang Cina yang menjadikan hospital sebagai

death houses bukan sahaja untuk mendapatkan keranda percuma tetapi juga untuk mengelakkan kepercayaan sial jika

kematian berlaku di rumah.

•Kuala Lumpur juga menjadi sebuah pusat penyelidikan perubatan yang penting apabila pada tahun 1900, Dr. Hamilton

Wright, telah diundang datang ke Tanah Melayu untuk membuat penyelidikan. Beliau datang ke Kuala Lumpur untuk

menyiasat penyakit beri-beri dan membuat laporan kepada Suruhanjaya Malaria bagi Persatuan Diraja. Pada mulanya

Frank Swettenham bercadang untuk membina sebuah bangunan kecil bagi menjalankan penyelidikan tetapi Dr. Wright

telah meyakinkannya tentang kebaikan-kebaikan yang akan diperoleh daripada penubuhan sebuah institut yang

mencukupi alat kelengkapannya. Maka lahirlah Institut Penyelidikan Perubatan Kuala Lumpur.

Page 16: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Melalui satu persidangan Majlis Mesyuarat Negeri (MMN) yang kedua pada 27 Jun 1877, Douglas mencadangkan

penubuhan sebuah majlis perbandaran untuk mentadbir Kuala Lumpur yang mana tugas-tugas pengendalian

kebersihan lebih efisyen dan terpelihara. –kotak: Cadangan itu terpaksa ditangguh kerana memerlukan satu penilaian

yang berterusan seperti mendapatkan reaksi penduduk dan persetujuan dari pelbagai pihak termasuk penduduk Kuala

Lumpur

Walau bagaimanapun, cadangan untuk menubuhkan majlis perbandaran ini menemui jalan buntu apabila Douglas

meletakkan jawatan pada Ogos 1882. Cadangan ini tidak diteruskan oleh Sir Frank Swettenham. Sebaik sahaja

Swettenham memulakan tugasnya sebagai Residen, beliau telah mengerahkan supaya kerja-kerja pembersihan bandar

dijalankan. Bagi tujuan ini, sekumpulan kuli-kuli Cina telah diupah untuk mengangkut sampah-sarap yang bertimbun

di tepi-tepi jalan ke tempat yang ditentukan dan kemudiannya sampah sarap itu sama ada ditanam atau dibakar. Di

samping itu kuli-kuli juga dikerah untuk membersihkan longkang-longkang yang tersumbat dan juga jalan-jalan utama

di sekitar dan di dalam bandar. Kerja-kerja scavenging ini mengambil masa beberapa hari dan memaksa Pegawai

Perubatan bekerja keras untuk mengawasi kerja-kerja itu dijalankan mengikut arahan. Tugas bagi memastikan

kebersihan bandar pada ketika itu dibebankan ke atas tanggungjawab Pegawai Perubatan. Namun untuk meringankan

beban tugas, pada tahun 1883, tugas pengawasan kebersihan bandar dijalankan dengan kerjasama Penguasa Polis.

Pada tahun 1885, satu undang-undang menyeluruh mengenai pemeliharaan kebersihan Bandar telah dikuatkuasakan.

Ini merupakan undang-undang pertama mengenai kawalan kebersihan bandar yang pernah diluluskan oleh Gabenor

sejak British berada di Kuala Lumpur. Undang-undang ini memberi kuasa kepada Inspektor Nuisances (satu jawatan

baru) bagi menjalankan tugas-tugas pemeriksaan kebersihan di dalam bandar dan beliau bertanggungjawab kepada

Residency Surgeon. Undang-undang kawalan kebersihan bandar ini meliputi soal-soal kebersihan jalan, kaki lima dan

longkang, kebersihan dan pembinaan bangunan, pembuangan najis manusia dan binatang serta bidang kuasa Inspektor

Nuisances.

Kawalan

Kesihatan

Awam

Page 17: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Satu aspek yang turut diberi perhatian serius oleh pihak penguasa tempatan Kuala Lumpur ialah

penyeliaan dan penyelenggaraan pasar. Pada era Yap Ah Loy sebagai kapitan, pasar merupakan pusat yang

sangat penting dengan pelbagai peranan. Pada siang hari, pasar merupakan tempat berjual beli dan sebelah

malamnya pula bertukar menjadi pusat hiburan

Kepentingan peranan pasar ini dapat dilihat apabila aktiviti harian dan pembinaan bangunan berlaku di

sekitar pasar sehingga membentuk suatu Mandela yang bersegi empat. Namun semasa di bawah pentadbiran

Swettenham, peranan pasar telah diubah. Swettenham mengambil masa selama tiga tahun untuk melakukan

perubahan di sekitar kawasan pasar besar. Ini disebabkan setiap pemilikan harta di sekitar kawasan ini

berkait langsung dengan Yap Ah Loy.

Pada tahun 1885, kerajaan mengambil alih pasar besar itu dan memindahkannya ke tempat baru iaitu

Pasar Budaya sekarang. Yap Ah Loy juga dinasihatkan supaya memindahkan pajak judinya ke Cross Street

dan Pudoh Road. Perancangan sebegini dapat mengurangkan kesesakan dan kesibukan di sekitar Old Market

Square itu.

Pasar juga berfungsi sebagai tempat kawalan bekalan bahan makanan termasuklah kuantiti, kualiti dan

harga. British mengawal pasar dengan membuat peraturan dimana pasar ialah pusat pasar dan 50 ela di

sekeliling pasar dan kedai hanya boleh menjual barangan runcit yang kering sahaja. Pada tahun 1890, Kuala

Lumpur mempunyai tiga buah pasar iaitu Pasar Besar Kuala Lumpur, Pasar Pudoh dan Pasar Jawa Street;

jumlah ini meningkat kepada lapan buah pada tahun 1914. Menjelang tahun 1914, terdapat lapan buah pasar

awam yang diletakkan di bawah kelolaan SBKL. Pasar utama ialah Pasar Besar Kuala Lumpur, pasar-pasar

lain adalah Pasar Pudoh, Pasar Batu Road (Jalan Tunku Abdul Rahman), Pasar Ampang, Pasar Setapak,

Pasar Sungai Besi, Pasar Sentul dan Pasar Kepong.

Page 18: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

2.Perkembangan Rangkaian Perhubungan

Perubahan dalam sistem pengangkutan ini diberi tumpuan kepada perkembangan keretapi dan jalan raya

terutamanya di NNM. Pembinaan jalan raya juga telah berlaku dimana buat pertama kalinya jalan-jalan dibandar

Kuala Lumpur telah dibina dengan menggunakan kaedah tar MacAdam dan Jalan Ampang yang tidak pernah

terhenti dari kesibukan lalu lintas sejak tahun 1890 merupakan jalan yang pertama mengunakan kaedah ini. (1,300 ela

(1,188.72 Meter). Pembinaan jalan raya ini telah memberikan dimensi baru kepada masyarakat di Kuala Lumpur pada

masa itu.

Kepesatan Kuala Lumpur semakin dirangsang apabila jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang siap dibina pada

tahun 1886. Sebelum ini perjalanan ke Kelang dari Kuala Lumpur mengambil masa tiga hari. Pengenalan sistem

keretapi ini telah memendekkan perjalanan dari Kelang ke Kuala Lumpur dalam hanya 45 minit sahaja. Juga

dilaporkan, dengan kemudahan sedemikian, kemakmuran dagangan di Hulu Selangor telah beralih ke Kuala Lumpur.

Pedagang di Hulu Selangor tidak lagi menggunakan Sungai Selangor sebagai laluan dagangan, tetapi sanggup

menggunakan laluan darat dengan rombongan kereta lembu menuju ke Kuala Lumpur.

Proses perbandarannya juga menjadi semakin pesat apabila Kuala Lumpur dirangkaikan dengan pusat-pusat

perlombongan di sekitarnya melalui jalan-jalan yang dibina. Pada tahun 1887, sebagai contoh, terdapat 46 buah

lombong yang besar di sekitar Kuala Lumpur telah dihubungkan ke Bandar ini.

Pembinaan landasan keretapi ini telah menggalakkan masyarakat di Semenanjung untuk melakukan pergerakan dan

migrasi daripada kawasan pedalaman ke bandar Kuala Lumpur yang menjadi tumpuan masyarakat kerana kepesatan

ekonominya. Ini telah menggalakkan perkembangan bandar Kuala Lumpur.

Pada tahun 1894, jalan keretapi dari Kuala Lumpur ke Klang (melewati Bukit Kuda) baru sahaja siap dibina. Motokar

tidak ada ketika itu. Setiap orang memiliki kuda dan kereta kuda. Kereta lembu dan lanca merupakan satu-satunya

pengangkutan yang ada. Basikal juga turut diperkenalkan pada tahun tersebut.

Page 19: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Pengangkutan

Awal

Page 20: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

3. Sebagai Pusat Komersial

Kuala Lumpur pada era 1880-an kembali dikunjungi dan penduduknya mula meningkat daripada

2000 orang pada tahun 1878 kepada 4000 orang pada tahun 1884

Dalam gambaran yang ringkas, Kuala Lumpur mulai 1880-an merupakan pusat tumpuan yang

selamat dikunjungi dan didiami. Struktur Bandar Kuala Lumpur mulai berubah wajah daripada

deretan susunan rumah yang mudah ‘dijangkiti’ kebakaran kepada barisan rumah batu yang kukuh.

Pada tahun 1884 dilaporkan terdapat 234 buah rumah batu dan jumlahnya meningkat kepada 518

pada 1887.

Kuala Lumpur tidak mungkin akan membangun memandangkan struktur mukabumi dan

sekitarnya merupakan satu masalah besar. Namun begitu, oleh kerana kemakmuran hasil timah,

Kuala Lumpur perlu dibangunkan dengan pelbagai bentuk tenaga. Perkembangan industri timah

dan kedatangan British sebagai pentadbir baru, mengajar penduduk Kuala Lumpur mengenal erti

kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran ini mulai kelihatan pada tahun 1880 apabila

penduduknya menjangkau seramai 2260 orang dan beban fungsinya semakin bertambah.

Sama ada Yap Ah Loy, Douglas mahupun Swettenham, ketiga-tiganya tidak dapat menjawab

apabila perbandaran di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian. Bagi Yap Ah Loy, beliau mungkin

tidak sedar bahawa suasana di Kuala Lumpur berada pada zaman peralihan. Douglas sendiri penuh

dengan masalah. Swettenham pula lebih berminat kepada aspek-aspek ekonomi. Menjelang tahun

1890, penduduk Bandar Kuala Lumpur telah mencapai angka 19 000. Untuk mentadbir penduduk

seramai itu, ia memerlukan satu kaedah terbaru. Dengan kehadiran Maxwell sebagai Residen, bandar

Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah penguasa tempatan dengan tertubuhnya Sanitary Board

pada 30 Mei 1890.

Page 21: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Pada 27 Mei 1890, sempadan Bandar Kuala Lumpur telah diisytiharkan. Buat permulaan, sempadan itu hanya dalam lingkungan sembilan batu persegi sahaja. Sejajar dengan pengisytiharan itu, penguasa tempatan bagi Bandar Kuala Lumpur telah dibentuk. Menjelang tahun 1890, W.E. Maxwell selaku Residen British di Selangor ketika itu telah menyedari tentang kepentingan untuk meletakkan penjagaan hal ehwal pembandaran Kuala Lumpur di bawah sebuah penguasa tempatan. Sehingga Perang Dunia Kedua, ia dikenali sebagai Sanitary Board Kuala Lumpur (SBKL). –ditubuhkan pada 30 Mei 1890.

Keanggotaannya terdiri daripada ahli rasmi dan tidak rasmi yang dilantik kerajaan. Lembaga ini bertanggungjawab menjaga kebersihan bandar, menyelia pembinaan rumah dan bangunan, menyelenggara perkhidmatan pembetungan najis dan pembuangan sampah, menguruskan pasar dan rumah penyembelihan, mengeluarkan lesen perniagaan, mengendalikan perkhidmatan bekalan air serta penyelenggaraan lampu-lampu jalan. Dengan kata lain, ciri-ciri dan peranan yang dipikul lembaga ini menepati sebuah Penguasa Tempatan yang ada pada hari ini.

Sanitary Board

Kuala Lumpur

(SBKL)

Page 22: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

Pintasan Perkembangan Kuala Lumpur di era 20-an dan 30-an

Bagi memastikan pembangunan bandar dalam keadaan terancang dan berjalan lancar, pada tahun 1921, seorang perancang bandar telah dilantik dengan rasminya. Tanggungjawabnya merangkumi pengurusan sistem jalan raya, pelurusan sungai, pelebaran sungai dan langkah kebersihan. Pada tahun yang sama juga, Jururancang Bandar pertama di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah dilantik iaitu C.C Reeds. Perlantikan beliau selaras dengan penubuhan Lembaga Penasihat mengenai perancangan bandar yang kemudiannya dikenali sebagai Jabatan Perancangan Bandar dan Desa.

Manakala pada tahun 1928, Kelab Rotary dan stadium pertama telah ditubuhkan di Kuala Lumpur. Stadium ini terletak di persimpangan antara Jalan Circular dan Jalan Ampang (tapak plaza Yow Chuan hari ini). Sebelum tercetusnya Perang Dunia Kedua, semua perlawanan bola sepak yang besar telah diadakan di stadium tersebut.

Pada tahun 1932, telah tertubuhnya Jabatan Pengairan dan Saliran di Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan untuk membantu pembangunan sumber air dan pertanian

Pada tahun 1939, Pelan pembangunan pertama untuk Kuala Lumpur ialah Pelan Bandar Am yang telah disediakan untuk mengawal pembangunan bagi kawasan seluas 11 batu persegi. Pelan tersebut telah dijadikan asas rujukan awal pembangunan sehingga 1964 walaupun pentadbiran bandar telah berkembang sehingga 36 batu persegi.

Seperkara yang harus menjadi ingatan di sini ialah harga bagi sebuah pembangunan itu, kadangkala sememangnya tidak ternilai oleh wang ringgit kerana dalam proses mencapai kesejahteraan penduduknya pelbagai cabaran perlu dihadapi. Oleh itu segala permasalahan yang dihadapi bukan sahaja memerlukan tahap pemikiran dan teknologi yang tinggi tetapi bergantung kepada kecekapan institusi dalam sistem sesebuah masyarakat.

Page 23: Sejarah Perkembangan Bandar Kuala Lumpur

KESIMPULAN

Kuala Lumpur tidak mungkin akan membangun memandangkan struktur mukabumi dan sekitarnya merupakan satu masalah besar. Namun begitu, oleh kerana kemakmuran hasil timah, Kuala Lumpur perlu dibangunkan dengan pelbagai bentuk tenaga. Perkembangan industri timah dan kedatangan British sebagai pentadbir baru, mengajar penduduk Kuala Lumpur mengenal erti kehidupan sebuah bandar. Ciri-ciri perbandaran ini mulai kelihatan pada tahun 1880 apabila penduduknya menjangkau seramai 2260 orang dan beban fungsinya semakin bertambah. Sama ada Yap Ah Loy, Douglas mahupun Swettenham, ketiga-tiganya tidak dapat menjawab apabila perbandaran di Kuala Lumpur memerlukan penyelesaian. Bagi Yap Ah Loy, beliau mungkin tidak sedar bahawa suasana di Kuala Lumpur berada pada zaman peralihan. Douglas sendiri penuh dengan masalah. Swettenham pula lebih berminat kepada aspek-aspek ekonomi. Menjelang tahun 1890, penduduk Bandar Kuala Lumpur telah mencapai angka 19 000. Untuk mentadbir penduduk seramai itu, ia memerlukan satu kaedah terbaru. Dengan kehadiran Maxwell sebagai Residen, bandar Kuala Lumpur telah diletakkan di bawah penguasa tempatan dengan tertubuhnya Sanitary Board pada 30 Mei 1890.