sejarah paper 3 mid term

25
tajuk 8.1 – Islam dan Penyebarannya di Makkah (Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 4) Soalan : Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meniggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan. Peringatan: Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah. Format Aspek Perincian Markah Penuh Pengena lan Memahami Latar belakang pembentukan masyarakat arab jahiliyah 1. Pengenalan Jelaskan secara ringkas tentang: - Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di Makkah 5 Markah Isi dan Huraian Memahami maksud dan ciri-ciri masyarakat Jahiliyah 2. Maksud dan ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah Terangkan maksud Jahiliyah dan mengapa dianggap Zaman Kegelapan (10M) Huraikan ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah (20m) 30 Markah 3. Sistem kabilah telah

Upload: sofea-anuar

Post on 09-Sep-2015

622 views

Category:

Documents


95 download

DESCRIPTION

sejarah sangat senang penting like seriously

TRANSCRIPT

tajuk 8.1 Islam dan Penyebarannya di Makkah(Merujuk tema 8 Huraian Sukatan Pelajaran dan buku teks Sejarah Tingkatan 4 Bab 4)Soalan :Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meniggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan.Peringatan:Calon hendaklah menjawab berdasarkan kerangka jawapan di bawah.FormatAspekPerincianMarkah Penuh

PengenalanMemahamiLatar belakang pembentukan masyarakat arab jahiliyah

1. Pengenalan

Jelaskan secara ringkas tentang: - Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di Makkah

5 Markah

IsidanHuraianMemahami maksud danciri-ciri masyarakat Jahiliyah2. Maksud dan ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah

Terangkan maksud Jahiliyah dan mengapa dianggap Zaman Kegelapan (10M)

Huraikan ciri-ciri Masyarakat Arab Jahiliyah (20m)

30 Markah

Menganalisis kesan sistem kabilah terhadap masyarakat Arab Jahiliyah3. Sistem kabilah telah diamalkan oleh Masyarakat Arab Jahiliyah

Jelaskan kesan-kesan negatif daripada amalan tersebut kepada Masyarakat Arab Jahiliyah.

15 Markah

Mengaplikasi keperibadian Nabi Muhammad s.a.w dalam menjayakan konsep 1 malaysia4. Nabi Muhammad (s.a.w) mempunyai keperibadian yang mulia

Bagaimanakah sifat terpuji ini dapat diterapkan dalammenjayakan konsep 1 malaysia

15 Markah

Aspek menilai kejayaan Malaysia menerusi perpaduan kaum5. Kejayaan Malaysia

Berdasarkan pengetahuan anda jelaskan kejayaan yang dicapai oleh Negara menerusi perpaduan kaum

10 Markah

Mencipta / menjana idea untuk mengurangkan gejala sosial di Malaysia6. Cabaran untuk mengurangkan gejala sosial di Malaysia

Jelaskan cabaran yang dihadapi oleh Malaysia untuk mengurangkan gejala sosial (5 Markah)

Nyatakan langkah-langkah untuk mengatasi cabaran di atas (5 Markah)

10 Markah

Menghayati nilai murni / iktibar patriotisme dalam kehidupan7. Akhlak yang mulia dapat membentuk warganegara yang baik.

Sebagai pelajar bagaimanakah anda dapatmengaplikasikan nilai murni dalam kehidupan seharian

10 Markah

Kesimpulan

Merumus secara keseluruhan isi yang telah dibincangkan8. Rumusan

Pengetahuan yang diperolehIktibar kepada diri, bangsa dan NegaraHarapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

5 Markah

Peraturan permakahanTingkatan 4 Bab 4Cadangan Soalan Kertas 1249/3Soalan:Pembentukan Tamadun Islam di Makkah telah meninggalkan pelbagai kesan terhadap masyarakat Malaysia. Bincangkan.SoalanIsi dan HuraianMarkah

1Pengenalan. Jelaskan secara ringkas tentang- Latar belakang pembentukan Tamadun Islam di Makkah.- Unik- Lahir dan berkembang di tempat terpencil tidak sepertitamadun lain.- Padang pasir- Hijaz- Pemikiran dan ajaran agama- Anugerah Allah

5 Markah

2 (a)

(b)Maksud Jahiliyah- Berasal daripada perkataan Jahala- Jahil- Tidak mempunyai ilmu- Tidak mengetahui

Sebab-sebab di anggap zaman gelap- Tidak menyembah Allah- Menyembah berhala- Mempercayai animisme- Kehidupan kucar-kacir- Tiada nabi dan rasul- Tiada kitab suci sebagai petunjuk- Mempunyai akhlak yang rendah / kejam / angkuh / degil

Ciri-ciri masyarakat arab jahiliyah- terbahagi dua golongan / badwi / hadari- masyarakat badwi di gurun dan pedalam- masyarakat hadari di pesisiran pantai

Sosial- perbuatan tidak bermoral spt berjudi / berzina / minum arak- kedudukan wanita rendah / wanita menjatuhkan maruah- wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka ibu bapa- pembunuhan bayi perempuan sejurus dilahirkan- tiada peraturan khusus dalam perkahwinan

Ekonomi- aktiviti perniagaan berasaskan riba / penindasan- kegiatan merompak / merampas barangan kabilah- golongan kaya mengeksploitasi / menindas golongan miskin

Kepercayaan / agama- agama wathani / menyembah berhala- animisme / memuja alam spt pokok- samawi / kristian / yahudi- khurafat / tilik nasib / sihir / mempercayai roh orang mati menjadi burung- agama hanif

Nilai hidup- mengamalkan sistem kabilah / cara hidup berpuak-puak- syeikh mengetuai kabilah- kabilah mempunyai identity / peraturan sendiri- kemunculan semangat assabiyah / semangat kesukuaan yang melampau- peperangan / persengketaan- tidak aman / kucar-kacir

30 Markah

3Kesan-kesan negatif amalan masyarakat arab jahiliyah

- kemunculan semangat assabiyah / semangat kesukuan- tercetus peperangan- struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan- setiap puak tinggal dalam kelompok masing-masing- terikat kepada peraturan- menimbulkan perasaan kesukuan- perasaan kesukuan yang menebal- sanggup menuntut bela- mempertahankan maruah diri dan kabilah- keadaan hidup kucar-kacir- tidak aman- peperangan al-basus- peperangan antara bani taghlib dengan bani bakar- peperangan disebabkan tindakan ahli bani bakar membunuh ahli bani taghlib- peperangan memakan masa selama 40 tahun

15 Markah

4Keperibadian nabi:- pemaaf jika berlaku sengketa- berkata benar- amanah menjalankan tugas- adil dalam agihan ekonomi- menyampaikan perkara yang benar- bijaksana menyelesaikan masalah- tolenrasi antara kaum- sabar- bantu membantu- teladan kepada yang lain- Bertimbang rasa- berbaik sangka- penyayang- tabah- rendah hati

15 Markah

5Kejayaan- Negara aman- makmur- pembangunan ekonomi pesat- Malaysia terkenal di dunia- tumpuan pelabur asing- tarikan pelancong- kestabilan politik- tiada peperangan- tiada rusuhan kaum(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10 Markah

6Cabaran- pengaruh media elektronik / cetak- lambakan warganegara asing- pergaulan bebas- kurang didikan agama- institusi kekeluargaan longgar(Mana-mana jawapan yang munasabah)

Langkah-langkah- mengukuhkan institusi keluarga-asas didikan agama yang kukuh- penguatkuasaan undang-undang- menigkatkan ilmu pengatahuan-menyekat kemasukan warga asing(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10 Markah

7Nilai murni- rajin berusaha- bertoleransi- bekerjasama- berani menghadapi cabaran- memanfaatkan kurniaan tuhan- berdikari- Tidak berputus asa- rajin berusaha- semangat meneroka- berwawasan- bersatu-padu- Hormat menghormati- taat- patuh- tolong-menolong(Mana-mana jawapan yang munasabah)

10 Markah

8Rumusan- pengetahuan yang diperoleh- iktibar kepada diri, bangsa dan negara- harapan untuk masa depan ekonomi Malaysia yang lebih cemerlang

5 Markah

BAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYABAB 4: KEMUNCULAN ISLAM DAN PERKEMBANGANNYA

A. PENGENALAN Secara umumnya tamadun awal dunia bermula di lembah sungai seperti Sg.Tigrissan Sg. Euphrates, Sg. Nil, Sg. Indus dan Sg. Hwang Ho. Walaubagaimanapun berbeza dengan kemunculan tamadun Islam. Kemunculannya agak unik kerana tamadun ini lahir dan berkembang di tempat yang terpencil di kawasanpadangpasir yang panas dan kering di Hijaz. Pembentukan tamadun Islam banyak berasaskan pemikirandan ajaran agama di samping menerima anugerah Allah kepada umat manusia. Semasa tamadun Islam berkembang di Makkah, tamadun Parsi dan Rom juga berkembang dengan pesat di Utara Semenanjung Tanah Arab.

B. MASYARAKAT ARAB JAHILIAH Perkataan Jahiliah berasal daripada perkataan dalam bahasa Arabjahalayang bermaksudjahil dan tidak mengetahui atau tidak mempunyai ilmu pengetahuan. Istilah ini digunakan oleh orang Islam mengambarkan perubahan yang dibawa oleh Islam dalam corak kehidupan dan pemikiran masyarakat. Masyarakat Arab Jahiliah ialah: Hidup di semenanjung Tanah Arab dalam jangka masa selepas runtuhnya Empangan Maarib di Sabak. Sehingga turunkan wahyu Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w Jangka masanya lebih kurang 310 tahun ( 300-610M) Masyarakat ini digelar masyarakat Arab Jahiliah kerana Tidak menerima kebenaran dan tidak mengikut ajaran para nabi dan rasul sebelumnya seperti nabi Sulaiman, nabi Ibrahim, Nabi Musa, Nabi Isa dan lain- lain. Zamannya dikenali sebagai Zaman Kegelapan kerana masyarakat Arab Jahiliah iniTidak menyembah Allah yang Maha EsaMereka menyembah berhalaMempercayai kepercayaan animismeKehidupan yang kucar- kacirTiada nabi dan rasulTiada kitab suci sebagai petunjukMempunyai akhlak yang rendah- sentiasa bersifat kejam, angkuh dan degil. Selepas kedatangan Islam barulah masyarakat ini mengalami proses perubahan

C. CIRI- CIRI MASYARAKAT ARAB JAHILIAH Dikategori kepada dua golongan iaituMasyarakat Badwi yang tinggal di kawasan gurun dan pedalaman iaitu di bahagian tengah Semenanjung Tanah Arab.Masyarakat Hadari menetap di kawasan pesisir pantai Semenanjung Tanah Arab. Oleh kerana petempatan mereka berbeza, secara tidak langsung cara hidup dan pencapaian masyarakatnya juga berbeza. Cirri masyarakat Arab Jahiliah dapat dilihat dari segi agama, sosial, ekonomi, kepercayaan dan nilai hidup yang dipegang.

SOSIAL Mengamalkan perbuatan tidak bermoral seperti berjudi, berzina, dan minum arak. Mengikut fahaman mereka lelaki yang minum arak sehingga mabuk menunjukkan mereka telah sempurna sebagai lelaki. Kedudukan kaum wanita adalah sangat rendah. Kaum wanita tidak dapat mewarisi harta pusaka tinggalan ibubapa mereka. Terdapat dalam kalangan mereka menanam bayi perempuan hidup- hidup selepas lahir kerana menganggap anak perempuan ini akan menjatuhkan maruah keluarga. Dalam soal perkahwinan, tiada peraturan khusus yang boleh dijadikan panduan. Seseorang lelaki boleh berkahwin dengan beberapa orang wanita sekali gus atau dengan sesiapa sahaja yang disukai.

EKONOMI Aktiviti perniagaan dijalankan oleh para pedagang berasaskan riba dan penindasan. Sikap para pedagang pula lebih mementingkan keuntungan dan kekayaan semata- mata Kegiatan merompak dan merampas barangan daripada khalifah dipadangpasir juga merupakan punca mata pencarian. Merompak dikatakan sebagai satu kewajipan yang harus dilakukan oleh setiap individu dalamsetiap kabilah. Eksploitasi golongan kaya terhadap golongan miskin merupakan amalan biasa yang dilakukan oleh golongan berada.

AGAMA DAN KEPERCAYAAN. Terdapat empat bentuk kepercayaan dalam masyarakat Arab Jahiliah iaitu: Agama Wathani ( menyembah berhala) Animisme ( memuja alam seperti pokok) Agama Samawi ( Kristian dan Yahudi ) Kepercayaan seperti menilik nasib, sihir, dan mempercayai roh orang mati menjadi burung. Berdasarkan catatan Al- Quran terdapat sebilangan kecil masyarakat Arab Jahiliah menganutagama Hanif. Setelah kira- kira 3500 tahun, penganut agama Hanif telah melupakan ajaran ini secara beransur- ansur. Terdapat juga di kalangan mereka yang mencampur aduk ajaran agama Hanif dengan amalan tradisi masayarkat Arab Jahiliah.

NILAI HIDUP YANG DIPEGANG Mengamalkansistem kabilahyang berasaskan cara hidup berpuak- puak dan berkelompok. Dalam sesebuah kabilah, ahlinya terdiri daripada suku tertentu. Mereka tinggal dalam sebuah kawasan. Setiap kabilah mempunyai identiti dan peraturannya sendiri sementara ahli kabilah pula sangat tasaub dan fanatik terhadap kabilah masing- masing Sesuatu kabilah diketuai oleh seseorang syeikh yang juga merupakan lambang perpaduan kaum mereka. Perlantikan syeikh dalam sesebuah kabilah adalah berdasarkan syarat-syarat tertentu. Antaranya bakal syeikh mestilah: Disukai oleh ahli kabilah Dilantik atas persetujuan ramai Beliau juga mestilah berfikiran matang Gagah, berani, pandai berpidato. Amalan system kabilah ini mendatangkan kesan yang negatif kepada kehidupan masyarakat Arab Jahiliah. Kesan utamanya ialah kemunculan semangat assabiyah atau semangat kesukaan yang melampau dan tercetusnya peperangan di kalangan masyarakat. Kemunculan semangat assabiyah ini berpunca daripada struktur sistem kabilah yang berasaskan keturunan. Dalam sistem ini setiap puak terikat kepada peraturan yang telah ditetapkan oleh kabilah masing- masing. Keadaan ini telah menimbulkan perasaan kesukuan yang menebal di kalangan ahli kabilah. Mereka juga sanggup menuntut bela demi mempertahankan maruah diri dan kabilah mereka. Kemunculan sifat ini juga berkait rapat dengan keadaan geografi dan suasana tempat tinggal mereka yang panas dan kering kontang. Untuk meneruskan kehidupan, sesuatu kelompok kabilah terpaksa mengatasi masalah yang dihadapi secara bersama. Sifat kesukuan yang menebal ini menjadikan keadaan hidup masyarakat Jahiliah kucar- kacir dan tidak aman. Perkara ini sering kali menjadi punca persengketaan di kalangan kabilah. Peperangan antara kabilah berlaku walaupun atas sebab kecil Peperangan al-Basusmemperlihatkan sikap orang Arab Jahiliah yang suka berperang.

Kehidupan Nabi Muhammad S.Aw. Sebelum Dilantik Menjadi Rasul Baginda berasal daripada keluarga pemimpin Mekah yang terkenal iaitu Qasai bin Kilab. Namun keturunan Nabi Muhammad sering dirujuk kepada Hasyim iaitu moyang baginda. Qusai ialah pemimpin Arab Quraisy yang telah mentadbir Makkah kira- kira 100 tahun sebelum kelahiran Nabi Muhammad. Dengan penguasaan terhadap Makkah, kaabah dan telaga zam- zam juga dapat dikuasai oleh keluarga Nabi Muhammad S.A.W Keturunan Nabi Muhammad s.a.w memang bijak dalam urusan pentadbiran Makkah dan mereka juga mahir dalam selok- belok perniagaan. Selain Qusai, Abdul Manaf dan Hasyim, Abdul Mutallib iaitu datuk nabi pernah menerajui Makkah pada zaman jahiliah. Nabi Muhammad berketurunan bangsa Quraisy yang sangat dihormati oleh kabilah arab yang lain. Nama penuh baginda ialah Muhammad bin Abdullah. Bapa baginda ialah Abdullah bin Abdul Mutallib dan ibu baginda bernama Aminah binti Wahab. Nabi Muhammad dilahirkan 20 April tahun 570M iaitu pada malam isnin bersamaan 12 Rabiulawal tahun gajah. Nabi Muhammad dilahirkan di rumah datuk baginda dan beliau telah menamakan baginda Muhammad yang bermaksudterpuji Bapa baginda meninggal dunia pada ketika nabi Muhammad dalam kandungan ibunya. Setelah beberapa hari dilahirkan Nabi Muhammad s.a.w telah diserahkan kepada Halimatul Saadia untuk dipelihara dan disusui. Pada ketika berusia 6 tahun, ibu baginda Aminah binti Wahab pula meninggal dunia. Baginda telah dipelihara oleh datuknya Abdul Mutallib, selepas Abdul Mutallib meninggal dunia, baginda telah dipelihara oleh bapa saudaranya Abdul Mutallib. Nabi Muhammad telah menjadi yatim piatu sejak berusia 6 tahun. Kaum keluarga pula sangat prihatin terhadap baginda dan seterusnya sanggup pula membela dan memberi kasih sayang yang sewajarnya. Sejak kecil baginda telah menempuh pelbagai pengalaman hidup yang mencabar. Dari segi pekerjaan, baginda pernah menjadi pengembala kambing kepunyaan bapa saudara baginda. Pengalaman baginda dalam bidang perniagaan pula diperolehi sejak baginda berusia 12 tahun iaitu dengan mengikut rombongan perniagaan bapa saudara baginda ke Syam. Sebuah kawasan yang terletak di utara Semenanjung Tanah Arab. Selain itu kerasulan Nabi Muhammad s.a.w telah diramalkan oleh seorag pendeta nasrani bernama Buhaira semasa rombongan ini singgah di Basrah. Pemerhatian terhadap peristiwa yang berlaku sepanjang menyertai rombongan perdagangan bapa saudara baginda ke Syam telah memperkayakan lagi pengalaman baginda. Pada ketika berusia 20 tahun baginda telah giat berdagang dan baginda pernah berniaga secara berseorangan dan berkongsi dengan temannya. Abu Talib bapa saudara baginda menginginkan baginda mempunyai pekerjaan tetap. Oleh itu, Abu Talib telah mencadangkan agar baginda menjalankan perniagaanKhadijah binti Khuwailid. Abu Talib telah menemui Khadijah dan meminta agar baginda diterima sebagai peniaga yang menjalakan urusan dengan Khadijah. Baginda menguruskan perniagaan Khadijah bersama-sama Maisarah iaitu hamba Khadijah. Kemuliaan budi pekerti, sifat amanah dan kebolehan baginda menajalankan perniagaan telah menarik hati Khadijah untuk terus memberikan modal yang lebih besar kepada baginda. Kebijaksanaan dan kelembutan tutur kata baginda mengambil hati mereka yang berurus niaga dengan baginda menyebabkan perniagaan baginda memperolehi keuntungan yang berlipat kali ganda. Ketinggian budi pekerti dan kebijaksanaan baginda telah menimbulkan perasan hormat Khadijah terhadap baginda dan hubungan ini telah membawa kepada perkahwinan. Peristiwa ini berlaku ketika baginda berusia 25 tahun dan Khadijah berusia 40 tahun.

KEPERIBADIAN NABI MUHAMMAD S.A.W Baginda memiliki empat sifat terpuji iaitu; Siddiq ( berkata benar ) Amanah ( dipercayai ) Tabliq ( menyampaikan ) Fatannah ( bijaksana) Sifat Siddiq baginda diakui oleh orang Arab Quraisy semasa dakwah islamiah dilakukan di Makkah Baginda digelar al-Amin oleh oleh orang Arab Quraisy kerana perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai dan tidak pernah berbohong Panggilan al Amin terhadap Nabi Muhammad S.A.W telah sebati di kalangan masyarakat Arab sehinggakan panggilan Muhammad tidak digunakan Sifat amanah yang dimiliki oleh baginda telah menyebabkan Khadijah menyerahkan modal yang besar kepada baginda untuk diperniagaan Setelah dilantik menjadi rasul, baginda telah menyampaikan ajaran Islam dengan bersungguh- sungguh walaupun mengahadapi pelbagap rintangan. Kewibawaan baginda sebagai tokoh pemimpin yang unggul terbukti sebelum dilantik menjadi rasul. Contohnya, semasa baginda 35 tahun, baginda pernah menyelesaikan suatu persengketaan di kalangan kabilah Quraisy. Persengketaan itu berpunca daripada peristiwa untuk meletakkan semula Hajar Aswad ( batu Hitam) ke tempat asalnya di penjuru timur kaabah. Hajar Aswad itu terjatuh semasa banjir melandakotaMakkah. Baginda merupakan ketua keluarga yang patut dicontohi kerana kepimpinan serta sifat pengasihnya dan bertimbang rasa. Baginda sering membantu isterinya memasak, menampal pakaian yang koyak, melayan anak dan membersihkan rumah. Anak- anak diberikan pendidikan agama secukupnya dan baginda menjadikan diri baginda teladan kepada anak- anak. Hal ini juga menunjukkan bahawa baginda mengamalkan cara hidup yang sederhana. Walaupun kedudukan baginda tinggi dan dihormati oleh masyarakat sama ada yang kaya atau miskin. Selain itu, baginda juga bersifat penyayang terhadap orang tua dan juga kanak- kanak. Semasa pembukaan semula Kota Makkah pada tahun 630 M, baginda telah menunjukkan sifat pemaaf. Contohnya orang Arab Quraisy Makkah. Walaupun kandungan perjanjian tersebut kelihatan berat sebelah, baginda menerimanya sebagai satu hikmah untuk menyebarkan Islam seteusnya. Sebelum dilantik menjadi rasul, baginda sering memikirkan tentang kehidupan masyarakat di sekeliling yang tidak bermoral dan tasaub dengan amanlan jahiliah. Baginda berusaha mencari suatu cara untuk mengubah nilai yang dipegang oleh masyarakat disekelilingnya. Baginda telah mengasingkan dirinya daripada masyarakatnya dengan carabertahannuth( mengasingkan diri untuk beribadat)kepada Allah di Gua Hirak yang terletak di puncak Bukit Nur. Walaupun Gua Hirak terletak di Bukit Nur, baginda dengan sabar dan tabah mendakinya semata- mata untuk mendapatkan tempat beribadat yang sunyi dan tenang. Dengan sepenuh jiwa raga, baginda menyerahkan diri kepada Allah dan memikirkan masalah yang dihadapi oleh kaum Quraisy Makkah. Selepas lebih kurang 6 bulan baginda berulang alik dan bertahannuth di Gua Hirak, akhirnya pada 6 Ogos tahun 610M, bersamaan 17 Ramadan Allah telah menurunkan wahyu yang pertama kepada Nabi Muhammad s.a.w menerusi malaikat Jibrail. Pada wakti itu, baginda berusia 40 tahun. Dengan turunnya wahyu itu bermulalah era baru dalam sejarah tamadun masyarakat Arab jahiliah. Wahyu ini menjadi tanda pemisah antara Zaman Jahiliah dengan Zaman Islam.

MAKLUMAT TAMBAHANMaklumatKeterangan

Empangan Maarib runtuh Disebabkan berlakunya banjir besar. Disebabkan kelalaian pemimpin Sabak untuk memperbaikinya semula.

Kerajaan Sabak Wujud dalam dua peringkat950-650 S.M650-115 S.M Ekonomi berasaskan pertanian dan perdagangan. Pernah diterajui oleh pemimpin wanita yang dikenali sebagai Balqis.

Nabi Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri

Rasul Orang lelaki yang dipilih oleh Allah untuk menerima wahyu daripadaNya untuk dirinya sendiri dan juga untuk disampaikan kepada orang ramai

Wahyu Ajaran yang disampaikan oleh Allah kepada nabi dan rasul melalui malaikat Jibrail.

S.A.W Merupakan singkatan bagi sallalah allaihi wasallam yang bermaksud Allah merahmati Nabi Muhammad.

Kedudukan wanita pada zaman Jahiliah Sekiranya salah seorang diberitahu tentang kelahiran anak perempuan, mukanya menjadi merah kerana terlalu marah dan mereka menyembunyikan diri daripada kaum keluarganya kerana keburukan cerita yang disampaikannya.

Kafilah Kumpulan manusia yang bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain dengan satu tujuan contohnya berniaga atau berpindah.

Khurafat Kepercayaan karut atau tahyul Antara kepercayan ini dalam masyarakat JahiliahMempercayai perjalanan yang ingin dilakukan oleh seseorang mestilah berpandukan arah burung.Mempercayai sihir dan ramalan ahli nujum.Mempercayai pemakaian cincin perak dan tembaga boleh menjadikan seseorang itu kuat. Sebelum kemunculan Islam telah wujud agama yang diturunkan oleh Allah kepada nabi- nabi terdahulu. Agama Hanif disampaikan oleh Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail. Penganut agama ini digelar Hunafa. Pengikut ajaran agama Hanif pada zaman sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w ialahWaraqah bin NaufalUthman bin Huwairith.Abdullah bin JahshUmaiyah bin Abi Sait.

Perang al- Bhasus Berlaku antara Bani Taghlib dengan Bani Bakar. Berlaku disebabkan oleh tindakan seseorang ahli Bani Bakar membunuh ahli Bani Taghlib. Sungguhpun perang ini berpunca daripada perkara kecil tetapi perang ini memakan masa 40 tahun.

Telaga Zam-zam Kewujudan telaga berkait rapat dengan sejarah kedatangan Nabi Ismail a.s ke Makkah. Sumber air telaga ini menjadikan Kota Makkah terkenal kepada pedagang yang singgah di situ. Sehingga kini telaga zam- zam masih terdapat berhampiran Kaabah dalam Masjidil Haram.

Tahun Gajah Mengambil sempena tahun berlakunya serangan bergajah yang dipimpin oleh Abrahah dari Habsyah terhadap Kota Makkah.

Kerasulan Nabi Muhammad s.a.w Pendeta Nasrani, Buhaira telah menyatakan kepada Abu Talib bahawa terdapat tanda- tanda kerasulan pada Nabi Muhammad s.a.w Pendeta tersebut telah menasihati Abu talib supaya segera membawa Nabi Muhammad s.a.w ke Makkah kerana dikhuatiri Nabi Muhammad akan dibunuh oleh orang Yahudi.

Khadijah bt. Khuwailid Digelar sebagai alotharah ( bersih ) kerana sifatnya yang sentiasa menjauhi segala perkara yang dilarang dan bertentangan dengan Islam. Anak Nabi Muhammad s.a.w dengan Khadijah ialah Zainab, UmiKalthum, Ruqaiyah, Fatimah, Qassim, Abdullah dan Ibrahim. Kesemua putera baginda meninggal dunia pada usia muda. Fatimah telah berkahwin dengan Ali bin Abi Talib.

Peristiwa Perletakan semula Hajarul Aswad Banjir menyebabkan Hajar aswad terjatuh dari posisi asalnya. Semasa hendak meletakkan semula, timbul pertelingkahan di kalangan kabilah Arab Quraisy. Mereka bersepakat untuk melantik Nabi Muhammad s.a.w menyelesaikan masalah tersebut. Baginda telah meletakkan Hajar aswad di atas rentangan kain serban. Maka, wakil setiap kabilah diminta memegang setiap bahagian tepi kain serban itu. Selepas itu Nabi Muhammad s.a.w meletakkan sendiri Hajar Aswad ke tempat asalnya. Tindakan baginda itu telah menyebabkan semua kabilah berpuas hati.

Hajar Aswad Asal- usul- telah ada di sisi kaabah sebelum nabi Muhammad s.a.w lahir. Kedatangan Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w tidak mengubah posisi Hajar Aswad. Kepentingannya orang- orang Islam yang bertawaf di Kaabah dianjurkan untuk menghormati batu ini sama ada dengan mencium atau member isyarat kepadanya . Namun, mencium Hajar Aswad bukan perkara wajib haji.

Gua Hirak Tempat Nabi Muhammad s.aw bertahannuth kepada Allah S.W.T Menurut ajaran Nabi Ibrahim, sebelum baginda menerima wahyu. Gua ini terletak di puncak Bukit Nur ( Jabal Nur) Bukit ini terletak di Utara Makkah dan jaraknya darikotaMakkah kira- kira 6km.

Kerasulan Nabi Muhammad S.A.W Wahyu pertama yabg diturunkan oleh Allah kepada Nabi Muhammad s.a.w ialahsurah al- Alaq ayat 1-5yang memerintahkan umat Islam supaya membaca. Wahyu inilah yang menjadikan titik tolak dalam perkembangan tamadun masyarakat Arab Jahiliah dan umat Islam keseluruhannya sehingga sekarang. Ini kerana melalui pembacaan, seseorang itunakan dapat ilmu atau menambahkan ilmunya. Islam bukan sahaja mementingkan umatnya membaca malahan menggalakkan kajian terhadap sesuau perkara. Dengan membaca dan membuat kajian, seseorang atau sesuatu bangsa itu akan berilmu dan dengan bangsa itu dapat mencapai kejayaan yang cemerlang dalam pelbagai bidang dan seterusnya meningkatkan tamadunnya. Dalam Islam, ilmu yang dituntut ialah ilmu yang dapat membina masyarakat dan bukan yang sebaliknya. Wahyu kedua yang diturunkan kepada baginda ialah surahal Muddasir ayat 1-7. Secara keseluruhannya wahyu nin merupakan pengisytiharan Nabi Muhammad s.a.w sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah yang mewajibkan baginda menyampaikan ajaran Islam kepada seluruh manusia. Perlantikan Nabi Muhammad s.a.w sebagai rasul juga dianggap sebagai rahmat kepada seluruh alam sejagat. Sebagai rasul, ajaran Islam perlu disampaikan kepada masyarakat Arab dengan bijaksana dan terancang. Semenjak turunnya Al-Quran ini Nabi Muhammad s.a.w terus- menerus menerima wahyu dan baginda telah menjalankan seruan kepada orang Arab Quraisy, Makkah. Nabi Muhammad s.a.w mula merancang untuk mengubah akidah dan kehidupan masyarakat sekelilingnya. Perkara utama yang ditekankan oleh baginda pada tahap ini ialah usaha membetulkan akidah masyarakat Arab dengan menanamkan keimanan kepada Allah Yang Maha Esa. Baginda menggesa masyarakat sekelilingnya meninggalkan amalan yang keji seperti menindas manusia, membunuh dan mencuri.

Penyebaran Islam Di Makkah Penyebaran Islam di Makkah dilakukan secara berperingkat- peringkat iaitu secara rahsia dan secara terbuka.Secara rahsiaBerjalan selama 3 tahun.Ditujukan kepada ahli keluarga baginda, sahabat yang rapat dan kaum kerabat baginda.Mereka yang memeluk Islam ialah Khadijah bt. Khuwailid isteri baginda, Ali bin Abi Talib yang berusia 10 tahun, sepupu baginda Zaid bin Harithah, anak amgkat baginda dan Abu Bakar Al- Siddiq, sahabat karib baginda.Beberapa tokoh Quraisy lain telah memeluk Islam antaranya termasuklah Uthman bin Affan, Zubair bin Awwam dan Al- Arqam bin Abu Arqam.Kemudian Al- Arqam telah menjadikan rumahnya sebagai pusat kegiatan Islam ini. Nabi Muhammad s.a.w menyebarkan Islam secara lebih meluas.Bilangan penganut Islam pada peringkat ini kecil. Walaubagaimanapun ini merupakan kejayaan yang sanagt besar pada baginda.Untuk memperkenalkan ajaran baru bagi sesuatu masyarakat tentulah memerlukan pengorbanan yang besar.Ketinggian akhlak Nabi Muhammad s.a.w dan kejujuran para sahabat telah menyebabkan dakwah Islamiah pada peringkat awal bukan sahaj terdiri daripada golongan bawahan malah golongan bangsawan seperti Khadijah bt. Khuwailid dan Abu Bakar As- Siddiq.Secara TerbukaBerjalan selama 10 tahunDilakukan setelah baginda menerima perintah Allah s.w.t supaya dakwah Islamiah kepada masyarakat Makkah dilakukan secara terang- terangan.Dakwah Islamiah secara terbuka kepada keluarga Abdul Mutallib iaitu kaum kerabat banginda dilakukan setelah turunnya ayat Al- Quran yang meminta baginda menyebarkan Islam kepada kaum kerabat baginda.Untuk melaksanakan perintah ini, baginda telah bermusyawarah dengan para sahabat, dan hasilnya baginda telah mengadakan majlis ceramah di rumah Ali bin Abi Talib.Dalam majlis ini, baginda telah menerangkan tentang Islam.Pada peringkat ini terdapat antara keluarga baginda yang menerima dan juga menolak seruan baginda.Orang yang paling kuat menolak ialahAbu Lahab,bapa saudara baginda.Dakwah islamiah secar terbuka kepada orang ramai dilakuakn di Bukit Safa, Makkah setelah Allah menurunkan perintah menerusi ayat al- Quran al Hijr ayat 94.Majlis ini dihadiri oleh kesemua ketua pentadbirkotaMakkah. Antaranya termasuklah ketua Bani Abdul Mutallib, Bani Zuhrah, Bani Tamin, Bani Makhzum dan Bani Asad.Perbahasan hebat telah berlaku antara Nabi Muhammad s.a.w dengan Abu Lahab yang menghina baginda sehingga dakwah Islamiah yang hendak disampaikan terganggu.

Reaksi Masyarakat Arab Terhadap Islam Pada mulanya orang Arab Quraisy tidak mengambil berat tentang penyebaran Islam kerana penyebaran ini hanya melibatkan keluarga Nabi Muhammad s.a.w Mereka tidak mahu mencampuri urusan dalaman keluarga baginda. Mereka juga tidak menyangka seruan itu akan disambut oleh sebilabgan Arab Quraisy. Walaubagaimanapun, setelah dakwah Islam dilaksanakan secara terus terang dan mendapat tempat di hati sebilangan ramai, barulah orang Arab Quraisy menentangnya.Penerimaan terhadap Islam.Walaupun wujud penentangan, dakwah Islamiah yang disampaikan oleh baginda di Makkah telah menimbulkan reaksi positif di kalangan masyarakat Arab Quraisy.Ahli keluarga dan sahabat rapat baginda merupakan orang yang paling awal menerima dakwah Islamiah.Pada tahap Nabi Muhammad s.a.w memeilih strategi melakukan dakwah Islamiah secara rahsia pada peringkat awal kerana Islam masih baru dikenali dan bilangan penganutnya masih sedikit.Baginda juga ingin mengelakkan penentangan yang memungkinkan asas Islam itu dihancurkan.Kebanyakkan penganut Islam pada peringkat awal ini terdiri daripada golongan bawahan seperti hamba.Mereka memeluk Islam kerpada tertarik kepada ajaran Islam yang memberikan layanan sama rata kepada semua manusia.Walaupun ada di kalangan mereka yang telah diseksa dengan kejam tetapi mereka tetap memilih Islam dengan penuh yakin.Antara mereka yang telah diseksa dengan kejam ialahBilal bin Rabah, keluarga Yasir, Amir Bin Fuhairah dan Zunainah.Bilal bin Rabah telah dijerut lehernya dengan tali oleh tuannya Umaiyah bin Khalaf.Manakala keluarga Yasir dan isterinya Sumaiyah mati syahid.Amir bin Fuhairah telah diseksa dengan kejam oleh tuannya sehingga menjadi buta dan gila. Zunainah pula diseksa oleh Abu Lahab sehingga matanya menjadi buta.Islam telah dapat diterima oleh orang ramai pada ketika itu kerana kemurniaan ajarannya dan kebijaksanaan nabi Muhammad s.a.w berdakwah.Baginda berdakwah secara lemah lembut dan berhikmat.Baginda tidak memaksa orang ramai memeluk Islam tetapi telah memujuk mereka menggunakan akal yang dianugerahkan oleh Allah s.w.tJasa dan perjuangan baginda dalam menyebarkan Islam harus disanjung tinggi kerana dengan pengorbanan baginda, Islam telah tersebar luas pada hari ini.Antara pendekatan yang digunakan oleh baginda termasuklah membandingkan anta nilai masyarakat Aran Jahiliah dengan nilai akhlak yang disarankan oleh Islam.Selain itu, nabi juga membacakan ayat al- Quran untuk menjawab pertanyaan para sahabat di samping memberikan penerangan dan menunjukkan teladan yang baik.Dalam menyebarkan Islam baginda telah menanamka keimanan yang kuat kepada pengikutnya.Harta bukan menjadi ukuran utama dalam berdakwah tetapi kesabaran yang tinggi dan pengorbanan merupakan kunci kejayaan Islam.Menerusi cara yang digunakan oleh baginda itu, orang ramai mudah tertarik kepada Islam walaupun sebelum ini mereka terlalu taksub dengan amalan tradisi msyarakat mereka.Selain itu juga, mereka telah mengenali peribadi Nabi Muhammad s.a.w yang sememangnya terkenal sebagai otang yang berakhlak mulia.Kekuatan mental, fizikal dan rohaniah merupakan kunci kepada kejayaan dan perkembangan Islam di MakkahKesemua sifat positif baginda menjadi teladan untuk kita dalam melakukan sesuatu pekerjaan.Untuk mencapai kejayaan, kita harus mengatasi cabaran dan halangan yang dihadapi.

Penentangan Terhadap Islam Penentangan terhadap dakwah Islamiah dilakukan dengan pelbagai cara. Selain dicemuh, baginda juga turut diganggu ketika beribadat contoh semasa baginda bersembahyang, benda- benda kotor telah diletakkan di tengkuk baginda. Malah ada yang ingin membunuh baginda. Penentangan terhadap dakwah Islam ini kerana: Perbezaan dari segi kepercayaan dan amalan antara orang Quraisy dengan Islam. Ajaran Islamiah berasaskan kepercayaan kepada Allah Yang Maha Esa sedangkan orang Arab Quraisy mempercayai dan mengamalkan tradisi turun- temurun mereka iaitu menyembah berhala dan mempercayai animisme. Islam juga ditentang kerana ajarannya yang menyarankanprinsip persamaan tarafsesama manusia. Prinsip ini amat bertentangan dengan sistem sosial masyarakat Arab Jahiliah yang mewujudkan perbezaan darjat antara golongan atasan dengan bawahan. Mereka juga menolak konsep persaudaraan Islam yang sangat bertentangan dengan konsep assabiah yang menjadi pegangan mereka. Begitu juga dengan amalan dan akhlak keji seperti mencuri dan menindas yang menjadi kebiasaan mereka tetapi dilarang sama sekali oleh Islam Dari segi politik, penentangan ini berlaku disebabkan oleh orang Arab Quraisy mempunyai tanggapan yang salah terhadap tugas nabi. Mereka menganggap jika mereka menerima agama Islam, mereka akan terpaksa tunduk kepada kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w. Sejak dahulu masyarakat Makkah sentiasa bersaing untuk menjadi ketua atau pemerintah Makkah. Penyebaran Islam oleh Nabi Muhammad s.a.w sedikit-sebanyak akan menggugat pengaruh dan kedudukan keluarga mereka di Makkah. Penyebaran Islam juga menggugat ekonomi orang Arab Quraisy kerana hal ini menjejaskan perusahaan mengukir patung beerhala yang merupakan sebahagian daripada aktiviti ekonomi mereka. Ini disebabkan Islam mewajibkan penganutnya menyembah Allah yang Maha Esa dan melarang penyembahan berhala. Dengan penyebaran Islam secara tidak langsung perniagaan patung berhala akan terjejas. Penentangan terhadap Nabi Muhammad s.a.w. dan orang Islam dilakukan secara berterusan dan menerusi pelbagai cara. Penyair Arab Quraisy juga sering mengejek ajaran Islam melalui puisi mereka. Walaupun pelbagai tohmahan dan tuduhan telah dikenakan kepada nabi Muhammad s.a.w. , namun baginda menghadapinya dengan tabah dan sabar. Inilah keistimewaan baginda sebagai pemimpin yang berwibawa dan yang tidak pernah kecewa dengan dugaan yang dihadapinya. Setelah gagal menggunakan kekerasan, orang Arab Quraisy telah memujuk Nabi Muhammad s.a.w. agar meninggalkan dakwah Islamiah. Pujukan yang dibuat termasuklah usaha menawarkan kedudukan, wanita cantik dan harta. Walaubagaimanapun, Nabi Muhamammad s.a.w. dengan tegas menolak cubaan untuk terus merasuah baginda. Orang Arab Jahiliah juga telah melakukan pemulauan terhadap baginda dan keluarga baginda. Mereka telah menulis penyataan tentang pemulauan itu dan manggantungkannya di Kaabah. Semasa pemulauan itu berlangsung, kehidupan baginda dan orang Islam sangat terhimpit. Walaubagaimanapun, Abu Talib iaitu bapa saudara baginda sentiasa melindungi dan membantu baginda. Pemulauan ini berlangsung selama tiga tahun sahaja kerana kedapatan di kalangan orang Quraisy yang tidak mematuhi peraturan pemulauan ini dengan memberikan bantuan kepada orang Islam. Golongan Islam yrang berkemampuan telah membantu golongan kurang berada. Khadijah sanggup berkorban dengan menyerahkan hartanya demi membantu perjuangan Islam yang suci. Pengorbanan wanita dalam memperjuangkan Islam bukan sahaja dilakukan oleh Khadijah di Makkah, malah diteruskan oleh Aisyah, Ummu Salamah dan yang lain di Madinah. Hal ini membuktikan bahawa wanita juga harus melibatkan diri dalam usaha membangunkan sesebuah negara dengan memberikan bantuan yang diperlukan oleh pihak tertentu. Dengan bantuan dan dan sokongan tersebut, sesuatu masalah yang rumit dapat diselesaikan dengan mudah.

Nabi Muhammad s.a.w. Menyelesaikan Masalah Penentangan terhadap Islam semakin meningkat setelah bapa saudara baginda Abu Talib dan isteri baginda Khadijah meninggal dunia. Baginda telah mengambil beberapa langkah tertentu untuk mengurangkan tekanan dan penondasan tersebut. Antaranya termasuklah membenarkan orang Islam berhijrah ke Habsyah untuk mendapatkan perlindungan. Baginda bersama Zaid bin Harithah pula merancang ke Taif untuk nmenyebarkan Islam ke tempat baru. Malangnya usaha ini kurang berkesan dan tidak dapat mengurangkan orang Arab Quraisy. Baginda tidak pernah berputus asa terhadap apa sahaja dugaan dan rintangan yang ditempuhi. Baginda sentiasa mencari jalan untuk mengatasi tentangan orang Arab Quraisy terhadap orang Islam. Kesabaran, kecekalan dan sifat tidak pernah mengalah Nabi Muhammad s.a.w. semasa berdakwah menyebabkan Islam seimakin kukuh dan tidak dapat digugat oleh orang Arab Quraisy. Sehingga akhirnya, Islam terus dikembangkan di Madinah dan di seluruh Semenanjung Tanah Arab. Dakwah Islamiah tidak dapat disebarkan dengan menyeluruh di Makkah kerana orang Arab Quraisy Makkah sentiasa mencari jalan untuk menghapuskan Islam. Oleh kerana menerima tentangan yang berterusan, baginda telah memikirkan strategi baru untuk meneruskan penyebaran Islam dan baginda telah berhijrah ke Madinah selepas menerima perintah Allah untuk berbuat demikian. Disebabkan usaha penyebaran Islam di Makkah tidak mendapat sambutan sepenuhnya, baginda memutuskan untuk berhijrah ke Madinah pada tahun 622 M setelah menerima perintah dan untuk memenuhi suku Aus dan Khazraj. Di Madinah, baginda berjaya mendirikan sebuah kerajaan Islam yang unggul iaitu kerajaan Islam Madinah dan meneruskan dakwah Islamiah ke seluruh Semenanjung Tanah Arab.