sejarah interaksi tamadun melayu dan tamadun india

5
SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to'- li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 138). Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka... Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500)... Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah. ZAMAN PENJAJAHAN BARAT Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamil dan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee...untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang

Upload: singer-raja

Post on 19-Oct-2015

58 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

TITAS

TRANSCRIPT

SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN INDIA

ZAMAN PRA-PENJAJAH BARAT

Menurut Himansu Bhusan Sarkar (1970) dalam Some Contribution Of India To Ancient Civilization Of Indonesia And Malaysia, interaksi tamadun India dan tamadun-tamadun Asia bermula kira-kira 2000 tahun yang lalu (Amran, 1995 : 120). Faktor perdagangan memainkan peranan penting dalam interaksi tersebut melibatkan laluan sutera yang melintasi Asia Tengah dan jalan laut melalui Selat Melaka. (Hall, 1981 : 23). Negara terawal muncul yang mendapat pengaruh India ialah Funan sekitar akhir kurun ke-2 Masihi, bertapak di Muara Sungai Mekong dengan pelabuhannya Oc Eo. Selain itu ada beberapa buah negeri lain yang diandaikan muncul dan menerima pengaruh India antaranya Langkasuka, Kedah, Kuala Selinsing dan Tanah Merah di Semenanjung, Kam-to'-li di Sumatera, Taruma di Jawa dan Kutei di Borneo. (Hashim Hj. Musa, 2005 : 138).Pada zaman kesultanan Melayu Melaka, pedagang India merupakan golongan pedagang yang utama. Mereka datang daripada pesisir Koromandel, Kalingga, Benggala dan Gujerat (Cambay, Surat dan Randir). Ada yang tinggal menetap di Melaka dan sesetengahnya berkahwin dengan wanita dari golongan bangsawan Melayu yang seterusnya diterima dalam kalangan pembesar Melaka... Tun Ali, anak kepada seorang pemborong permata Tamil Muslim yang telah berkahwin dengan anak Sri Nara Diraja pada zaman Sultan Muhammad Syah (1424-1444) telah dilantik menjadi Sri Nara Diraja menggantikan datuknya, yang seterusnya melahirkan pembesar-pembesar dan pemerintah Melaka dari keturunan Melayu Tamil. Cucunya Raja Kasim telah menjadi Sultan Melaka dengan gelaran Sultan Muzaffar Syah yang masyhur itu (1446-1456). Keturunan Tun Ali juga telah melahirkan pembesar-pembesar seperti Temenggung Tun Tahir, Bendahara Tun Mutahir dan Temenggung Tun Husain. Raja Mendaliar seorang pedagang Keling telah dilantik menjadi Shahbandar Melaka semasa pemerintahan Sultan Mahmud (1488-1500)... Khoja Hasan berasal daripada Parsi atau Utara India telah berkahwin dengan anak Hang Tuah dan dilantik menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah.

ZAMAN PENJAJAHAN BARAT

Kedatangan dan perpindahan orang India ke Semenanjung Tanah Melayu bermula abad ke-19 selepas Perjanjian Inggeris-Belanda ditandatangani. Khidmat mereka diperlukan sebagai buruh di ladang tebu, kopi dan teh dan kebanyakan mereka orang Tamil dan Telegu dari wilayah Andhra Pradesh. Di samping itu, pihak Inggeris membawa masuk orang Ceylon dan Malayalee...untuk berkhidmat sebagai kerani, pembantu hospital serta mengawas dan menyelia ladang-Iadang kerana mereka berpendidikan Inggeris. Peningkatan jumlah orang India di Tanah Melayu semakin pesat menjelang tahun awal abad ke-20.... Sehingga tahun 1931 terdapat seramai 132,277, orang India di negeri-negeri Selat, di negeri-negeri Melayu Bersekutu seramai 379,996 dan di negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu seramai 110,951 orang (Malaysia Kita, 2000: 176-177).Namun kedatangan kaum India pada zaman penjajah British berbeza dengan pada zaman Srivijaya dan Kesultanan Melaka.... Ini kerana pendatang India zaman prapenjajah terdiri daripada kelas tinggi dan diserap masuk ke dalam institusi istana dan institusi negeri yang lain. Pendatang India zaman penjajah kebanyakannya terdiri daripada kelas rendah, menetap dalam kawasan geografi dan so sial yang tersendiri serta terasing. Oleh demikian, proses dengan masyarakat setempat terutamanya orang Melayu tidak meluas dan berkembang. Faktor tersebut menyebabkan peranan mereka ke atas masyarakat dan budaya Melayu amat minimum....

KESAN INTERAKSI TAMADUN MELA YU DENGAN TAMADUN INDIA

Pengaruh India ke atas kebudayaan dan masyarakat Melayu boleh dikesan dalam bahasa dan kesusasteraan, institusi pemerintahan, dan istiadat Raja-Raja Melayu serta ad at resam dan hiburan.Bahasa dan Kesusasteraan MelayuDalam bidang bahasa kemasukan konsep dan idea baru yang didukung oleh istilah dan perkataan baru dari budaya India diserap masuk menjadi unsur pinjaman. Sejumlah besar kata pinjaman daripada bahasa Sanskrit dan sedikit daripada bahasa Tamil. Namun proses peminjaman kebanyakannya disesuaikan dengan ciri-ciri fonologi, morfologi, sintaksis dan semantik bahasa Melayu seperti contoh di bawah (Hashim Hj. Musa, 2005: 142-143).

.(a) Pinjaman daripada Sanskrit:Dari segi fonologi, aspirasi /h/ dalam Sanskrit digugurkan atau dipindahkan tempat:Bhumi-bumiBheda-beda/bezaBhasa-bahasaArthah-hartaBhakti-baktiBhudi-budiarghah-harga

.V okal /a/ dalam suku kata pertama digantikan dengan e pepet:Nagaram-negaraPanajaram - penjaradanda-denda.V okal e pepet disisipkan di temp at gugus konsonan:Putrah-puteraCakravala-cakerawalasastram-sasteracakram-cakera.Konsonan sengau/nasal disisipkan antara vokal:Akasah-angkasaupama-umpama

.(b) Pinjaman daripada Bahasa Tamil.Ciri-ciri penyesuaian juga berlaku ke atas kata pinjaman Tamil iaitu konsonan retrofleks, ciri kepanjangan vokal dan penggandaan konsonan dihilangkan, contohnya:Kendii-kendiKappal -kapalPetti-peti

.Vokal /a/ digantikan dengan e pepet :Kadai-kedaiMampalam - mempelamParicai - perisai.Konsonan /v/ digantikan dengan /b/ atau /w/:Vagai - bagaiKaval-kawalVanali - bende.V okal /u/ digantikan dengan vokal /0/:Mutal-modalKulam - kolam.V okal panjang di hujung perkataan digantikan dengan bunyi tekak atau glotis:A yyaa-ayahAkkaa - kakakAmma- - emakJika kita lihat dalam kesusasteraan Melayu terdapat pengaruh daripada tradisi kesusasteraan India. Cerita-cerita yang bersumberkan kitab agama Hindu seperti epik Seri Rama dan Mahabrata menarik minat masyarakat Melayu seperti cerita penglipur lara yang dituturkan oleh tukang-tukang cerita atau melalui wayang kulit (Ismail, 1985: 111). Begitu juga unsur mitos dan lagenda dalam karya sejarah Melayu berkaitan dengan tradisi mitos India yang tersebar luas di Asia Tenggara sejak beberapa abad Masihi lagi. Setiap unsur dan mitos yang digunakan dalam sejarah Melayu membawa maksud penting dalam menggambarkan kebesaran, kemuliaan, martabat serta menunjukkan kuasa raja yang istimewa. Contoh, unsur mitos pengembaraan Raja Suran ke dalam laut serta hubungannya dengan lagenda puteri naga menunjukkan unsur bahawa unsur mitos tersebut dalam Sejarah Melayu menegaskan hak kekuasaan yang sah kepada Sang Sapurba dan diwarisi oleh raja-raja Melaka (M. Rajantheran, 1999: 143-144).

Institusi Pemerintahan dan Istiadat Raja-raja Melayu

Institusi pemerintahan dan istiadat raja-raja Melayu dikatakan telah menyerap masuk beberapa konsep kosmologi sinkretisme Hindu-Buddha untuk menubuhkanlegimitasi ke atas golongan pemerintah bangsawannya. Kerajaan di dunia dianggap sebagai bayangan kerajaan di syurga dan raja sebagai titisan dan penjelmaan Tuhan Siva-Buddha, yang melahirkan konsep Deva-Raja. Istana dibina di atas tanah tinggi di tengah negeri sebagai replika kepada Gunung Kosmik Mahameru rumah Tuhan yang terletak di tengah Alam Semesta. Candi sebagai monumen batu dibina untuk menjadi temp at jamuan makan bagi Devaraja supaya pemerintahannya dianggap suci oleh rakyat. Beberapa upacara pertabalan diraja seperti pembinaan Balai Panca Prasada lima tingkat mewakili puncak Gunung Kosmik Mahameru, dan penggunaan bilangan pembesar dan hulubalang 4, 16, 32 berasaskan empat kardinal penjuru alam yang dikali dengan empat. Penggunaan nama-nama gelaran pemerintah dan pembesar negeri seperti Duli yang Maha Mulia (Debu (di bawah tapak kaki Raja) Yang Paling Suci) Seri Paduka Baginda (Capal Suci di bawah tapak kaki Devaraja). Nama-nama pembesar negeri juga adalah pinjaman daripada unsur India iaitu Seri Nara Diraja yang bertugas mengisytiharkan pelantikan Raja, Bendahara sebagai menteri, Laksamana sebagai ketua tentera dan lain-lain (Hashim Musa, 2004 : 141).

Adat Resam dan Hiburan

Pengaruh India boleh dikatakan menyerap hampir keseluruhan adat resam Melayu. Antara contoh pengaruh Hindu yang paling ketara dalam adat resam Melayu ialah dalam soal kehamilan dan kelahiran serta upacara peminangan dan perkahwinan. Amalan-amalan seperti wanita hamil membawa pisau bagi melindunginya daripada semangat jahat pada prinsipnya mempunyai persamaan dengan amalan orang Hindu melindungi diri daripada sihir dan hantu-hantu yang jahat (Amran, 1995 : 136). Di samping itu pengaruh India dalam hiburan dapat dilihat melalui tarian dan muzik yang masih wujud dalam masyarakat Melayu antaranya ronggeng, boria, wayang kulit dan mak yong (Afifah, 2003 : 184).