interaksi antara pelbagai tamadun

115
INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN Oleh : Ustaz Mohd. Nor Jusoh Pensyarah Tamadun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’ Razali Ismail , Kuala Terengganu . [email protected]

Upload: teha-mohd-nazir

Post on 20-Oct-2015

150 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

interaksi

TRANSCRIPT

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUN

INTERAKSI ANTARA PELBAGAI TAMADUNOleh:Ustaz Mohd. Nor JusohPensyarah Tamadun Institut Pendidikan Guru Kampus Dato Razali Ismail,Kuala [email protected] BicaraSetiap tamadun yang terbina telah melalui pengalaman sejarahnya yang tersendiri. Pengalaman sejarah pembangunan sesebuah tamadun itu pula membentuk kerangka falsafah yang menjadi asas kepada pengenalan identiti tamadun tersebut.2Sesebuah tamadun itu mempunyai pengenalan identiti khusus dan juga umum. Identiti khusus sesebuah tamadun itu akan membezakannya daripada tamadun-tamadun lain, manakala identiti umum pula dikongsi oleh sesebuah tamadun dengan tamadun yang lain.3Islam adalah suatu identiti umum yang dikongsi oleh banyak bangsa yang bertamadun di dunia, seperti bangsa Arab dan Melayu. Manakala kebangsaan pula adalah identiti khusus bagi sesebuah tamadun, seperti tamadun China dan India.4Di dalam karyanya, The Clash of Civilization, Samuel Huttington meramalkan suasana politik abad ini akan diancam oleh konflik pertembungan peradaban atau tamadun dunia, akibat perbezaan agama dan budaya di antara tamadun-tamadun dunia.5Persoalan akan timbul?

Apakah perbezaan yang wujud antara tamadun itu akan mencetuskan konflik?Apakah tidak mungkin perbezaan yang wujud itu akan meningkatkan lagi taraf peradaban manusia?Bagaimanakah mungkin kepelbagaian identiti ini berupaya berinteraksi secara aman dan harmoni?

IKUTILAH PERBINCANGAN SETERUSNYA.6Pra Syarat Interaksi Yang HarmonisSesebuah tamadun itu tidak terbina secara berasingan. Walaupun terdapat perbezaan di antara tamadun-tamadun dunia, namun, pada hakikatnya, tamadun-tamadun ini saling bergantung dan berkait di antara satu sama lain, sama ada secara terancang mahupun secara kebetulan, yang menyumbang kepada perkembangan tamadun dan peradaban manusia itu sendiri.7Kepelbagaian tamadun tidak dapat dinafikan boleh mengakibatkan tercetusnya konflik, dan juga boleh meningkatkan taraf serta memperkukuhkan lagi peradaban manusia. Peradaban atau tamadun manusia boleh dipertingkatkan dan diperkukuhkan tarafnya dengan syarat interaksi antara kepelbagaian tamadun ini berlaku secara yang harmoni. Antara syarat-syarat yang boleh membawa interaksi yang harmonis adalah seperti berikut:81. KeterbukaanPrinsip bertolak ansur banyak memberi manfaat kepada perkembangan sesuatu tamadun. Sikap ini membolehkan berlakunya proses asimilasi nilai, bahkan juga pemindahan teknologi sesuatu tamadun.

Sikap terbuka dan kesediaan berinteraksi dan menerima aspek-aspek tertentu daripada tamadun lain merupakan faktor utama yang mempengaruhi perkembangan dan pembangunan sesebuah tamadun.9Perkembangan serta hubungan yang terjalin di antara Tamadun Yunani, India, China dan Iran di Bactria, sebagai contoh, berpunca daripada sikap keterbukaan kerajaan Yunani untuk berkongsi nilai-nilai peradaban mereka dengan wilayah-wilayah di terokai di sempadan dunia.10Tamadun Islam juga berkembang pesat kerana sifat keterbukaan dan tolak ansur yang diamalkannya. Bidang perubatan yang berasal dari tamadun Mesopotamia dan Mesir, sebagai contoh, berkembang pesat dalam tamadun Islam.11Demikian juga dengan seni bina kubah Masjid yang banyak dipengaruhi oleh seni bina Graeco-Roman yang diperkenalkan oleh orang-orang Byzantine di Asia Barat. Sistem Diwan (jabatan) yang diperkenalkan oleh khalifah Islam ke 2, Sayyidina Umar al-Khattab (r.a) adalah warisan tamadun Parsi.12Walaupun Islam mengamalkan sifat keterbukaan, namun unsur-unsur dari tamadun luar, terutamanya yang bersangkutan dengan kepercayaan, amalan dan nilai, tetap ditapis dan disaring supaya selari dengan ajaran-ajaran Islam.132. Kesejagatan (universality):Sesebuah tamadun yang universal dibangunkan secara seimbang dengan sifat semula jadi manusia serta selaras dengan kecenderungan keinsanannya. Manusia diciptakan dengan potensi dan keupayaan yang istimewa berbanding kehidupan lainnya.

Keistimewaan yang paling utama adalah kebolehan berfikir, bahkan manusia itu ditakrifkan sebagai a rational animal atau hayawan al-natiq kerana keupayaannya itu.14Keupayaan berfikir ini melahirkan buah fikiran atau pandangan yang palbagai. Perkembangan tamadun banyak bergantung kepada percambahan fikiran ini. Lantaran itu, Islam menggesa umatnya supaya menuntut ilmu bukan sahaja dari al-Quran, Sunnah Nabi, para sahabat serta ulama Islam, bahkan Islam juga menggesa umatnya mempelajari ilmu dari ilmuwan-ilmuwan besar dari tamadun-tamadun lain kerana ilmu dan kebenaran itu adalah suatu nilai yang universal.15Falsafah rasional Greek telah diislamisasikan oleh ilmuwan Islam seperti:

al-Kindi.Ibn Sina.Al-Farabi.Al-Ghazali danIbn Rushd.16Apabila manusia menguasai ilmu, ia lebih mementingkan suasana kehidupan yang aman damai sebaliknya, peperangan dalam banyak keadaan melemahkan bahkan menghancurkan sesebuah tamadun.17PERSAMAAN DAN PERBEZAAN ANTARA TAMADUNTerdapat beberapa persamaan secara umum dalam aspek-aspek tertentu di antara tamadun-tamadun ini. Ciri-ciri khusus dan ciri-ciri umum sesebuah tamadun itu selalunya berkaitan dengan aspek-aspek yang menyentuh TEOLOGI dan ETIKA.18 TEOLOGIAsas-asas teologi banyak menimbulkan percanggahan di antara tamadun-tamadun dunia. Dari sudut teologi, agama itu boleh dibahagikan kepada dua kelompok utama, iaitu agama monoteisme dan politeisme.19Secara umumnya, agama Islam, Kristian dan Yahudi boleh dianggap sebagai agama monoteisme, iaitu agama yang berasaskan kepercayaan kepada Tuhan yang Esa.

Walau bagaimanapun, secara khususnya, konsep ketuhanan dalam Islam yang berasaskan tawhid adalah berbeza dengan konsep trinity dalam agama Kristian dan Yahudi.20

21Asal usul yahudiibri abara ibrani potong jalan / pindahKeturunan Sam (semitik) bin NuhSemitik Yahudi, Arab, Chaldaen, Assyrian, 22Semitik bahasa dan bangsaAkkadian mesopotamiaHebrew and aramaic palestinArabethiopia23

24Konsep tawhid dalam Islam menuntut kepada mengisbatkan kewujudan Allah sebagai Rab (Tuhan yang mencipta) dan IIIah (Tuhan yang disembah) yang Maha Esa dan menafikan sekutu bagi Allah s.w.t. sama ada zatNya, sifatNya dan perbuatanNya. Bahkan, konsep trinity agama Kristian itu dinafikan keesahannya oleh al-Quran. (Rujuk surah al-Ikhlas 112:1-4).25Agama Politeisme pula terdiri daripada agama-agama seperti Hinduisme, Buddhisme dan Deisme iaitu kelompok agama yang berpegang kepada kepercayaan bahawa Tuhan wujud dalam bentuk jelmaan yang pelbagai.26HinduismaPolitistik: Percaya kepada banyak tuhan

Pantheisma:Percaya semua adalah tuhanIslam: semua adalah milik TuhanHinduisma: semua adalah TuhanKitab-kitab suci agama HinduVeda Atharvaveda, Rigveda, Samveda, YajurvedaUpanishadPuranaMahabharataRamayanaBhagavad GitaTantarasPanniru ThirumuraiThevaran

HinduismBRAHMA&VISHNU&SHIVA

TRIMURTHI

Hinduism

HinduismLAKSMI

HinduismSARASVATHI

TRISAKTHI

Hinduism

HinduismRAMA & SITA

HinduismHANUMAN

HinduismThaipusam

HinduismThaipusam

HinduismThaipusam

HinduismThaipusam

Janganlah kamu memaki tuhan-tuhan mereka kerana kejahilan mereka mungkin kembali memaki Allah Quran 6:108

Serulah semua manusia kejalan Tuhanmu secara bijaksana, dan berilah peringatan secara lemah lembut, dan berbahaslah dengan jalan yang paling baik Quran 16:125Ungkapan yang membantu dawahSow kiam ma- Apa Khabar?Uun pe yer yenna- Siapa nama awak?Va na kam- Ucapan lazim bila bertemuNan dri- Terima kasihSap ting ga la- Sudah makan?Yenna sap ting ge- Makan apa?Vaan ga- Mari siniPoi tu var reen- Saya balik dulu

Pantang larangSensitif bila bicara agamaTidak makan daging lembu (dianggap suci)Ada yang makan sayur-sayuran sahajaIstilah KelingIstilah PariaBahasa pasar pelat IndiaJangan tanya tentang kastaKenapa ThaipusamThamby Macha Tips untuk dakwah berkesanMenegur/ menyapa Mengingatkan untuk menjaga ibubapaZiarah semasa sakit dan bawa buah tanganKematian - beri sumbanganAmbil berat kebajikan mereka ETIKABerbanding aspek-aspek yang berkaitan dengan teologi, tamadun-tamadun dunia mempunyai banyak persamaan dalam aspek-aspek yang berkaitan dengan etika, walaupun asas-asas yang menunjangi prinsip-prinsip etika itu berbeza.47Hakikat ini dapat menjelaskan bahawa dialog peradaban boleh berlangsung dalam keharmonian sekiranya penumpuan diberikan kepada aspek-aspek umum pada persoalan-persoalan yang menyentuh tentang perbuatan baik dan buruk (practical ethics).48ALAM SEKITARSecara umumnya, semua tamadun-tamadun tradisional mempertahankan kepentingan menjaga keharmonian sistem alam. Alam atau Cosmos adalah dua istilah yang merujuk kepada penciptaan secara harmoni menurut sistemnya yang tersendiri (sunnah).49Alam ini menurut mereka harus dikuasai dan dieksploitasi sebaik-baiknya kerana semua tradisi beragama berpegang kepada prinsip bahawa manusia harus memelihara kerukunan sistem ekologi alam ini.50Islam ,sebagai contohnya menjelaskan bahawa sistem kejadian alam ini adalah merupakan ayat atau tanda yang jelas kepada kewujudan, keagungan dan kebijaksanaan Tuhan Yang Maha Pencipta.

Begitu juga bagi sesetengah agama politheisme, alam itu dilihat sebagai Kuasa yang suci (Divine Power) yang harus dipuja-sembah.51KELUARGAInstitusi kekeluargaan adalah unit teras dalam masyarakat tradisional yang berpegang kepada nilai-nilai keagamaan. Asas kepada pembentukan keluarga bagi semua tradisi agama adalah perkahwinan.52Perkahwinan merupakan ikatan perjanjian antara individu lelaki dan wanita (yang disebut sebagai akad nikah dan ijab kabul dalam Islam) menurut syarat-syarat tertentu berdasarkan undang-undang dalam urusan kekeluargaan. Konsep kekeluargaan dalam Islam begitu mementingkan ikatan kasih sayang dan sikap hormat menghormati (mawaddah wa rahmah).53Demikian juga, kesetiaan dan pertalian yang erat, menurut Konfusianisme, merupakan asas kekeluargaan yang paling penting.54Timbul Persoalan, Kenapa Artis Hari ini Hampir Setiap Bulan Bercerai?CONTOH:Penyanyi, Azharina Azhar atau Azharina,23 lwn Datuk Sukri, 50 (Februari2008).Penyanyi, Farah Asyikin Zulkifli atau Farah Asyikin,28 lwn Dr.Fariz Yahya,30 (26 Mei 2008).Pelakon, Nor Ashikin Karman,34 lwn Datuk Hashimuddin Abdul Kadir,60 (15 Julai 2008).Penyanyi, Siti Fairus Sheikh Mohamad atau Siti Fairuz, 44 lwn Mohamad Zainuddin Kordi, 45 (14 Julai 2008).555. Penyanyi Norazlina Abd.Rahman atau Leina Hangat,36 lwn Muhammad Jamal Delaloy Abdullah,40 (6 Ogos 2008)6. Pelakon, Nora Mohd Danish Hanif atau Nora Danish, 26 lwn Toh Muda Rizal Ashram Ramli,38 (12 Ogos 2008)7. Penyanyi kumpulan VE, Charma Adizalilullah Abdul Khalil atau Cham VE,30 lwn Karmila Khalid,31 (8 September 2008).568. Penyanyi, Tengku Anis Soraya Tengku Sulaiman atau Anis Suraya, 28 lwn Wan Kasmaizi Wan Kamaluddin, 28 (14 Oktober 2008).9. Pelakon, Emma Akma Yunus atau Emma Akma,39 lwn Mohd Kamal Jaafar Sidek, 34 (29 Oktober 2008).10. Pelakon, Nasrizal Ngasri atau BELL, 29 lwn Nur Farhana Mahamad Fauri,26 (24 November 2008).11. Penyanyi, Noraniza Idris,40 lwn seorang Datuk tetapi dirahsiakan orangnya. Orang sebelah utara. (Tarikh perceraian tidak diketahui).57Bergolak dan Bergoyang:Pelakon, Mohamed Nurhakim Zaidon atau Norman Hakim,32 lwn pelakon, Arbaeyah Abdul Manan atau glamournya Abby Abadi,30.Pelakon, Mohd Aszerul Nizam Abdullah atau Beego,28 lwn Intan Shahira Mohd Shahru,27.Jamaluddin Elias atau Nash,48 lwn Sosilawati Lawiya,44.Pengarah dan pelakon, Aziz M.Osman,46 lwn Ustazah Radhiah Ramli,22.Oh.banyak lagi.

58KOMUNITIAjaran-ajaran agama tidak mempertentangkan (dicotomy) antara individu dan masyarakat. Bahkan, Islam menganjurkan pembentukan kesatuan umat yang berpaksikan keunggulan keperibadian insan dan keharmonian keluarga.59Pembentukan masyarakat Islam yang diasaskan oleh Rasulullah s.a.w. dan para sahabatnya di Madinah, setelah berlakunya Hijrah pada tahun 622 Masehi, adalah berdasarkan kepada ikatan nilai-nilai persaudaraan seagama di antara golongan Muhajirin dan Ansar, serta nilai-nilai akhlak yang tinggi.60KERAJAANPeranan dan tanggungjawab pemimpin melindungi rakyat dengan sifat-sifat yang saksama dan adil, serta kesetiaan rakyat kepada pemimpin merupakan dimensi penting kerajaan dalam tamadun-tamadun tradisional.61Islam meletakkan kekuasaan sebagai hak milik mutlak Allah SWT. Pemerintah dan pemimpin pula adalah khalifah Allah di bumi yang diamanahkan dengan kuasa memerintah, memimpin, mengurus serta mentadbir (ulul al-amr) urusan rakyat dan dunia berlandaskan tuntutan dan prinsip-prinsip syariat Allah SWT.62EKONOMIFalsafah-falsafah ekonomi Barat seperti kapitalisme, sosialisme dan komunisme yang hanya berteraskan kebendaan dicipta untuk membawa kemajuan dan kemakmuran ekonomi. Akibatnya, timbul konflik di dunia.63Kegiatan ekonomi dalam tamadun-tamadun tradisional berlaku dalam konteks moral semesta. Salah satu ajaran Eight fold path dalam ajaran Buddhisme menekankan tentang konsep hak-hak kehidupan (contohnya:hak berjiran, bersuara, berpersatuan dll).

Dalam ajaran Islam, kegiatan ekonomi yang berasaskan konsep keadilan dan kebajikan masyarakat hanyalah suatu kaedah untuk memakmurkan bumi bagi mendapat keredhaan Allah SWT.64PENDIDIKANPendidikan adalah suatu yang penting dalam pembinaan dan kesinambungan sesebuah tamadun. Kewujudan institusi-institusi pendidikan, seperti masjid, kuttab, Bayt al-llm, Bayt al-Hikmah dan madrashah Nizamiyah di Baghdad adalah bukti kepentingan pendidikan dalam tamadun Islam.65Matlamat paling utama pendidikan dalam tamadun-tamadun tradisional adalah pembinaan sifat-sifat individu (character-building).

Matlamat dan objektif utama pendidikan dalam Islam adalah melahirkan manusia yang baik (good man), iaitu individu yang mempunyai adab serta menunaikan tanggungjawab dirinya sebagai hamba kepada Tuhan, anggota kepada sesebuah keluarga, masyarakat dan negara.66KESIHATANSifat penting konsep kesihatan tamadun-tamadun tradisional ialah pandangan dan pendekatan holistiknya, iaitu pandangan bahawa kesihatan seseorang itu dipengaruhi oleh alam sekitarnya yang lebih luas dan lebih menyeluruh.67Konsep holistik ini juga beranggapan bahawa segala-gala yang wujud adalah saling berhubungan. Dengan kata lain, proses rawatan adalah berasaskan pemulihan keseimbangan diri seseorang individu yang akan membawa kepada keharmonian dalam tubuh badan pesakit dan seterusnya keseimbangan dalam kehidupannya.68FAKTOR-FAKTOR PENDORONG INTERAKSIInteraksi di antara tamadun-tamadun di dunia ini didorong oleh faktor-faktor tertentu. Nilai-nilai kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan juga faktor perdagangan banyak mempengaruhi corak serta bentuk interaksi, sama ada interaksi yang bersifat harmonis ataupun konflik yang akan menentukan hasil daripada proses interaksi itu.691. KepimpinanKepimpinan adalah faktor utama yang menjadi nadi kepada interaksi antara tamadun. Pemimpinlah yang memainkan peranan utama bagi memastikan sama ada wujudnya hubungan yang harmoni ataupun sebaliknya di antara tamadun.70Kepimpinan Nabi Muhammad s.a.w adalah contoh terbaik betapa besarnya pengaruh pemimpin sebagai pemangkin kepada interaksi dalam konteks penyebaran agama.

Kesudian Najashi, Raja Habshah (Ethiopia) yang beragama Kristian, memberi perlindungan kepada rombongan umat Islam yang berhijrah ke Habsyah akibat kekejaman orang-orang musyrik Quraish adalah kerana sifat-sifat murni dan keperibadian mulia yang dimiliki oleh Nabi Muhammad s.a.w.71Apabila umat Islam berhijrah ke Madinah, Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemimpin umat telah berjaya menyatukan umat Islam dengan mengikat dan memperkukuhkan persaudaraan puak Aus dan Khazraj, serta di antara orang-orang Ansar dan Muhajirin.72Seterusnya, baginda menerima orang-orang Yahudi dan Nasrani bernaung di bawah panji-panji Islam. Demikian juga, hubungan baik yang terjalin di antara Maharaja China, iaitu Maharaja Ming Cheng Zhu, dan Raja Melaka, iaitu Parameswara, dan seterusnya melalui Laksamana Zheng He (Cheng Ho) sebelum kejatuhan Melaka ke tangan Portugis merupakan contoh kepimpinan yang menjadi pemangkin interaksi antara tamadun.732. KeagamaanFaktor agama juga adalah pemangkin kepada berlakunya interaksi secara dakwah para mubaligh-mubaligh. Islam adalah satu-satunya agama yang menyifatkan dirinya sebagai universal, iaitu sebagai suatu agama yang membawa rahmat untuk sekalian kejadian (alam).74Al-Quran ada menyatakan:

Tidak kami utuskan engkau wahai Muhammad melainkan sebagai rahmat bagi seluruh alam.(Surah al-Anbiya 21:107)

Ayat ini menjadi asas kepada penyebaran agama Islam melalui interaksi yang berhemat dan damai, kerana sebagai agama yang membawa rahmat Islam melarang sebarang bentuk paksaan.75Al-Quran ada menyebut:

Tiada paksaan dalam agama > Surah al-Baqarah 2:206.76Islam berkembang di Kepulauan Melayu dengan aman, tanpa adanya pertumpahan darah, bahkan Islam telah membangunkan tamadun Melayu dengan lahirnya kerajaan-kerajaan Islam yang kuat dan mashyur.77Penyebaran agama Buddha ke China semasa pemerintahan Dinasti Han merupakan kemuncak kepada interaksi antara tamadun India dan China. Terdapat DUA FAKTOR UTAMA yang memberi ruang kepada pengembangan agama Buddha di China:

1. Golongan cendekiawan Konfusiusnisme yang selama ini menentang kemasukan agama Buddha tidak lagi berpengaruh dalam pentadbiran kerajaan.782. Sewaktu zaman huru-hara atau zaman perang di China, fahaman Buddha berperanan sebagai sumber kerohanian dan penyelesaian penderitaan manusia. Faktor ini telah memperkukuhkan interaksi tamadun India dan China.793. IlmuPembinaan budaya ilmu adalah prasyarat utama bagi kejayaan, kekuatan dan kecemerlangan sesebuah tamadun ilmu bukan hanya mengekal dan meningkatkan kecemerlangan sesuatu tamadun, malah memberi keupayaan menghadapi sebarang kerumitan dan cabaran.80Islam sebagai agama yang berasaskan ilmu memberi pengaruh yang besar kepada masyarakat lain dari sudut keilmuan. Masyarakat Barat mula keluar dari zaman kegelapan dan beralihan ke zaman Moden hasil daripada penerimaan sistem keilmuan yang dibawa oleh Islam yang dipelajari di Institusi-Institusi Pendidikan ternama di Andalus dan Granada. Pengaruh ini menjadikan Barat muncul sebagai tamadun yang kuat.81Aktiviti keilmuan juga telah menyumbang kepada tersebarnya ajaran Islam. Islam tersebar di negara China melalui bidang terjemahan, apabila penulis-penulis berbangsa Cina seperti Wang Daiyu, Ma Zhu dan lain-lain menyebarkan Islam menggunakan bahasa dan tulisan China.82Li Xun, seorang sarjana Cina yang beragama Islam pula memperkenalkan perubatan Islam dan Cina melalui buku Materia Medica (Seberang Laut). Begitu juga karya perubatan Ibn Sina, Qanun fi al-Tibb (Canon of Medicine) dijadikan rujukan bagi karya-karya dalam bidang perubatan Cina semenjak zaman Dinasti Han lagi.83Ciptaan sains dan teknologi China, seperti pembuatan kertas, bahan letupan, percetakan dan kompas membawa kepada terjalinnya interaksi dan hubungan di antara tama China dan Jepun. Hasilnya, ciptaan ini mula berkembang di kalangan masyarakat Jepun.84Di samping itu juga, tulisan-tulisan China mula mempengaruhi perkembangan tradisi tulisan Jepun sehingga menjadi perantara komunikasi sosial dan penciptaan kesenian yang banyak membantu dalam perkembangan tradisi intelektual Jepun.854. PerdaganganPerdagangan dianggap sebagai antara faktor terawal yang mendorong berlakunya interaksi antara tamadun. Hammurabi dari Babylon, yang memerintah Mesopotamia, kumpulan pedagang profesional yang khusus menjalankan perdagangan jarak jauh sebagai strategi pembangunan tamadun purba Mesopotamia.86Kumpulan pedagang ini akan berinteraksi dengan negara luar bagi mencari bahan mentah asas seperti logam, batu dan kayu bagi tujuan ketenteraan dan pembinaan Candi untuk dewa mereka. Bahkan, perdagagan jugalah yang menemukan tamadun Barat dengan tamadun China, Jepun, India dan Melayu bagi mendapatkan bahan-bahan mentah untuk keperluan Revolusi Perindustrian di Barat pada abad ke 16 hingga 18 Masihi.87Hasil interaksi ini meninggalkan kesan yang besar terhadap tamadun-tamadun lain, sama ada dari segi penggunaan teknologi mahupun aspek-aspek sosial, ekonomi dan politik.88Hubungan orang-orang Arab dan China berlaku semenjak abad ke 3 Masihi lagi apabila utusan Arab yang pertama dihantar ke Istana Kerajaan Wei. Menurut catatan sarjana-sarjana Cina, kapal-kapal China mula berlabuh di Pelabuhan Siraf di Teluk Parsi pada abad ke 5 Masihi lagi untuk tujuan perdagangan. 89Perdagangan orang-orang Arab dengan India juga bermula sebelum Islam tersebar. Kesan daripada aktiviti perdagangan yang erat itu, wilayah perdagangan di Pantai Barat India dikenali sebagai Mabar atau Malabar yang merupakan perkataan dalam bahasa Arab. Rentetan daripada aspek perdagangan inilah, Islam mula berkembang di India.90Salah satu faktor yang membawa kepada keagungan dan kemasyhuran tamadun di Asia Tenggara adalah perdagangan. Kegemilangan Kerajaan Melaka, Palembang, Majapahit dan Langkasuka adalah hasil daripada aktiviti-aktiviti perdagangan di antara pedagang-pedagang India, Arab dan China.91Zhao Ru Shi mencatatkan di dalam karya beliau Zhu Fan Zhi (Perihal Negeri-negeri Asing) bahawa perdagangan China dengan negeri-negeri di Kepulauan Melayu terjalin atas asas saling beruntung dan saling melengkapi.92Barang-barang yang dieksport ke negara China adalah hasil mahsul Kepulauan Melayu seperti gading, cula badak, mutiara, gaharu, cendana, cengkih, buah pala dan lada, manakala barang-barang yang dibawa masuk dari negara China pula adalah sutera, alatan perabot, porselin dan seramik. Bahkan, tersebarnya Islam di Asia Tenggara juga dikaitkan dengan faktor perdagangan.93KESAN INTERAKSIKesan Positif

Interaksi yang harmonis akan memberi perlindungan kepada penduduk yang berpegang kepada budaya dan agama yang berlainan. Perlembagaan Madinah, umpamanya memberi jaminan perlindungan hak-hak orang-orang Yahudi dan Kristian. Mereka bebas mengamalkan tuntutan agama dan jaminan perlindungan dari sebarang bentuk ancaman.94Bahkan, pada zaman pemerintah Khulafa al-Rashidin, Umayyah, Abasiyyah dan Uthmaniyyah kepakaran orang-orang Yahudi dan Kristian dimanfaatkan dalam pentadbiran Kerajaan Islam. Di samping itu, ilmuwan-ilmuwan Yahudi dan Kristian bergiat aktif dalam aktiviti-aktiviti keilmuan. Mereka merupakan penterjemah buku-buku dalam bahasa Greek ke bahasa Arab.95Interaksi antara Tamadun India dan China yang berlaku secara aman melalui perdagangan membolehkan berlakunya penyebaran nilai-nilai, budaya, agama, teknologi, bahasa dan ilmu pengetahuan. Interaksi antara kedua tamadun ini membolehkan tersebarnya agama Buddha di kalangan orang-orang Cina. Di samping itu, teknologi membuat kertas, bahan letupan dan penggunaan kompas dari tamadun China pula berpindah ke tamadun India. Bidang-bidang ilmu seperti astronomi India mula berkembang di negara China, begitu juga perbendaharaan kata bahasa Pali dan Sanskrit telah mempengaruhi kesusasteraan China.96Interaksi di antara tamadun Islam dan China juga berlaku secara aman melalui perdagangan yang aktif oleh pedagang-pedagang Islam Arab dan Parsi. Interaksi di antara tamadun ini membolehkan munculnya masyarakat Arab-Islam yang menetap di China dan berkahwin dengan wanita-wanita tempatan. Pada zaman pemerintahan Dinasti Tang Sung, Yuan dan Ming, beberapa orang tokoh Islam telah berperanan penting dalam pentadbiran kerajaan. Hasilnya, Islam mula tersebar di kalangan masyarakat tempatan.97Beberapa orang tokoh ilmuwan terkenal seperti Liu Zhi dan Mha Zhu telah berperanan penting dalam menyebarkan Islam di kalangan masyarakat Cina melalui kaedah yang berhemat dengan menekankan keselarian ajaran-ajaran etika dan nilai-nilai Islam dengan Konfusianisme sebagai landasan untuk memperkenalkan ajaran-ajaran Islam kepada masyarakat Cina. Dengan itu, penyebaran Islam tidak mendapat tentangan daripada ahli-ahli falsafah Konfusianisme.98Interaksi perdagangan secara aman di antara pedagang-pedagang Arab, Parsi, India dan Cina yang beragama Islam dengan masyarakat Melayu membolehkan agama Islam tersebar luas di Kepulauan Melayu dengan munculnya kerajaan-kerajaan Islam yang berpengaruh seperti di Pasai, Melaka, Aceh, Johor-Riau, Patani, Sulu, Banten, Demak dan lain-lain.99Tamadun Islam telah merubah pandangan hidup orang-orang Melayu. Kesusasteraan, kesenian, perundangan, budaya dan bahasa orang-orang Melayu menjadi begitu sebati dengan ajaran-ajaran Islam ini. Ini terbukti, apabila Kepulauan Melayu mula berkembang sebagai pusat kegiatan ilmuan Islam.100Interaksi di antara tamadun China dan Melayu tidak melibatkan aspek-aspek kerohanian seperti pemikiran dan falsafah, sebaliknya lebih kepada aspek-aspek kebendaan yang melibatkan kemahiran dan teknologi. Teknologi membuat gula diperkenalkan, terutamanya di Jawa, begitu juga dengan kemahiran dalam perusahaan sutera, membuat tembikar serta pertukangan logam. Beberapa jenis makanan juga diperkenalkan seperti tauhu, kicap, taugeh dan sebagainya.101Interaksi di antara tamadun China dan Jepun banyak mempengaruhi masyarakat Jepun, terutamanya dari segi agama dan tulisan . Agama Buddha, yang telah mencapai zaman kemuncaknya ketika zaman Nara dan Heian, telah mengalami proses asimilasi dengan agama asal orang-orang Jepun, iaitu agama Shinto.102Kepentingan ikatan kekeluargaan di kalangan masyarakat Jepun banyak dipengaruhi oleh ajaran Konfusianisme, begitu juga konsep mandat telah memperkukuhkan lagi kedudukan maharaja Jepun yang dianggap berasal daripada keturunan Dewi Amaterasu. Manakala, tulisan China pula telah menjadi asas kepada pembentukan tulisan Jepun, iaitu Hiragana dan Katakana, yang berperanan besar dalam perkembangan intelektual dan kesusasteraan Jepun.103Tamadun China juga turut meninggalkan kesan-kesan ke atas upacara-upacara tertentu, seperti upacara minum teh, seni taman dan struktur pembinaan bandar masyarakat Jepun.104KESAN NEGATIFKesan-kesan negatif yang timbul, seperti penindasan, pembunuhan dan peperangan adalah akibat daripada faktor-faktor yang melibatkan perbezaan kepercayaan agama, ekonomi dan politik.

Perbezaan agama dan ketidakseimbangan ekonomi serta sosial telah menjejaskan hubungan antara orang-orang Kristian dan Yahudi yang mengakibatkan berlakunya pembunuhan orang-orang Yahudi secara beramai-ramai pada abad ke 9 dan ke 18 Masihi.105Pada zaman pertengahan (middle ages), pemerintah-pemerintah Kristian di Eropah telah bertindak melancarkan beberapa siri peperangan Salib ke atas orang-orang Islam yang mengorbankan ramai orang-orang Islam dan juga Yahudi.106Hubungan antara penganut agama Islam dan Hindu juga sentiasa tegang dalam tamadun India. Raja-raja India yang beragama Hindu mengarahkan orang-orang Islam dibunuh dan masjid-masjid dibakar. Sebagai tindak balas, semasa orang-orang Islam berkuasa, raja-raja dari kesultanan Delhi telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil dan upacara-upacara keagamaan Hindu. Dasar ini diteruskan semasa pemerintahan Monghul. Raja Monghul, Aurangzeb telah mengharamkan pembinaan kuil-kuil baru, upacara mandi suci di Sungai Jamuna dan upacara Sati.107Semasa agama Buddha mula diperkenalkan ke dalam masyarakat China pada zaman pemerintahan Dinasti Han Timur, cendikiawan-cendikiawan Konfusianisme yang amat berpengaruh pada ketika itu telah menunjukkan penentangan dengan memenjarakan sami-sami Buddha serta membakar kuil-kuil Buddha untuk menghalang perkembangan agama tersebut.108Pada abad ke 8 Masihi, penduduk Han di Tenggara China telah menunjukkan sikap permusuhan terhadap orang-orang Islam kerana rasa iri hati terhadap kemewahan orang-orang Islam yang terlibat dalam aktiviti perdagangan.109Pada tahun-tahun 758 sehingga 876 Masihi telah berlaku pemberontakan yang mengakibatkan pembunuhan dan spenghijrahan orang-orang Islam dari Canton ke Asia Tenggara terutamanya ke Palembang dan Kedah.110Semasa pemerintahan Dinasti Ching, yang memberi keistimewaan kepada ajaran Konfusianisme, orang-orang Islam telah mendapat layanan yang tidak adil. Orang-orang Islam mula merasa tidak puas hati dan akibatnya tercetuslah beberapa siri pemberontakan iaitu:Pemberontakan Sinkiang 1 (1756 Masihi).Pemberontakan Kansu (1781 Masihi).Pemberontakan Jehangir (1820-1827 Masihi).Kebangkitan Yussof Syamsuddin (1828-1831 Masihi).

111Pemberotakan Yunan (1850-1868 Masihi).Pemberontakan Shensi dan Kansu (1862 Masihi).Kebangkitan Sinkiang (1864-1877 Masihi).112RUMUSANSetiap tamadun manusia mempunyai keistimewaannya yang tersendiri. Keistimewaan ini akan mampu mengangkat dan mengukuhkan taraf peradaban manusia sekiranya interaksi antara tamadun-tamadun yang wujud itu berlangsung dalam suasana yang harmoni.113Keharmonian dalam proses interaksi di dorong oleh pelbagai faktor iaitu nilai kepimpinan, keagamaan, keilmuan dan perdagangan interaksi antara tamadun sudah pasti akan memberi kesan atau pengaruh terhadap sesebuah tamadun itu, sama ada dari sudut positif mahupun negatif.114Kesan-kesan ini sama ada akan memperkukuhkan atau meruntuhkan sesebuah tamadun bergantung kepada faktor-faktor yang mendorong berlakunya interaksi tersebut. Di sinilah penting berlaku dialog peradaban dalam konteks semasa dengan memberi penekanan kepada aspek-aspek yang dikongsi bersama, khususnya yang melibatkan persoalan-persoalan moral dan etika.115