sejarah interaksi tamadun melayu dan tamadun china oum

Upload: east-smile

Post on 03-Apr-2018

312 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    1/7

    30

    SEJARAH INTERAKSI TAMADUN MELAYU DAN TAMADUN CHINA

    Hubungan orang-orang Arab dengan China bermula dalam abad ke 3 Masihi

    apabila utusan Arab yang pertama di hantar ke istana kerajaan Wei. Kapal-kapalChina juga telah sampai ke Teluk Parsi dan berdagang di Teluk Sirat pada abad ke 5

    Masihi. Hubungan antara China dengan masyarakat Melayu sudah lama wujud iaitu

    sebelum permulaan tahun Masihi sejak zaman Dinasti Han (140-117 S.M). Semasa

    pemerintahan Sun Quan (222-252 M), dua orang utusannya telah melawat Funan

    dan negeri-negeri lain di Semenanjung Tanah Melayu dan Kepulauan Melayu serta

    mengadakan hubungan diplomatik dengan mereka. Faktor interaksi di zaman ini di

    dorong oleh faktor diplomatik dan perdagangan sahaja.Pemerintahan zaman Dinasti

    Tang (618-907 M) telah mewujudkan hubungan diplomatik dengan negara luar

    melalui pembukaan tujuh jalur jalan dagang dengan dunia luar, satu daripadanya

    ialah perjalanan laut dari Guangzhou dengan India, Parsi dan Arab melalui Alam

    Melayu seperti Semenanjung Tanah Melayu, Srivijaya, He-Ling (Jawa) dan lain-lain.

    Dinasti Song (960-1279) juga telah meneruskan hubungan baik dengan

    negeri-negeri luar tetapi menumpukan lebih banyak kepada bidang perniagaan

    terutama dengan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan dan Asia Barat.

    Barangan dagangan dari tanah Melayu ke China ialah

    gading,gula,mutiara,cendana,cengkih,lada dan pala. Manakala barangan dari China

    pula ialah kain sutera,alatan perabot,porselin dan seramik. Hubungan paling

    gemilang dan bermakna antara Alam Melayu dengan China ialah yang dijalinkan

    antara Kesultanan Melaka dan Dinasti Ming dalam abad ke-15. Persahabatan antara

    Melaka dan China wujud sebelum itu lagi apabila seorang utusan Raja China sampai

    di Melaka pada tahun 1403 dan Parameswara membalas dengan satu perutusan ke

    China pada tahun 1405. Laksamana Cheng Ho telah membawa hadiah bingkisan

    daripada Raja China, yang dibalas pula oleh Parameswara pada tahun 1407.

    Seterusnya beberapa orang Raja Melaka telah melawat China iaitu Parameswara

    (1411), Megat Iskandar Syah (1414), Sultan Muhammad Syah (1424) dan Sultan

    Abu Syahid (1445) .Hubungan pesat antara kedua negara disimpulkan oleh Liang Liji

    sebagai keinginan dan ketulusan dalam persahabatan, sikap yang sama dalam

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    2/7

    31

    menyokong perdamaian dan supaya kegiatan perniagaan dua hala berjalan lancar.

    Kerajaan Ming juga telah menubuhkan jabatan jurubahasa.

    Terdapat juga seorang jurubahasa khas yang ditempatkan di Melaka dan juga

    di Sumatera. Maktab bahasa asing juga ditubuhkan di Ninjing pada 1405 yang

    berfungsi sebagai tempat belajar bahasa asing. Terdapat 8 jabatan dan bahasa

    melayu diletak dalam satu jabatan yang disebut (Hui Hui Guan) Jabatan Islam yang

    merangkumi bahasa Parsi, Arab, Melaka, Jawa dan lain-lain.Kamus China Melayu

    yang tertulis di Zaman Melaka disimpan di perpustakaan School of oriental and

    African studies, London.

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    3/7

    32

    KESAN-KESAN POSITIF INTERAKSI

    Setiap tamadun manusia yang wujud di dunia ini dari dahulu hingga sekarang

    saling berinteraksi antara satu sama lain. Interaksi berlaku sama ada menerusi jalan

    peperangan atau keamanan. Menerusi interaksi, tamadun-tamadun ini belajar serta

    memindahkan ilmu pengetahuan, bahasa dan kebudayaan antara satu sama lain.

    Sesuatu tamadun perlu mengenali antara satu sama lain merupakan asas kepada

    persefahaman dan akhirnya membawa kepada kerjasama. Usaha untuk mengenali

    antara satu sama lain perlu dipertingkatkan khususnya mengenali kepercayaan,

    bahasa dan kebudayaan tamadun. Tamadun Islam dan Tamadun China merupakan

    antara tamadun yang saling berinteraksi antara satu sama lain.Interaksi-interaksi

    yang wujud di antara tamadun-tamadun ini meninggalkan pelbagai bentuk kesan

    samaada positif mahupun negatif.

    Interaksi dan pertalian kerajaan tamadun Melayu dengan tamadun Cina pada

    zaman pra-penjajah Barat tidak banyak membuahkan kesan mendalam dan besar ke

    atas tamadun Melayu. Ini kerana kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu dan

    negara-negara luar lain pada zaman itu tidak didorong oleh perasaan hegemoni dan

    niat untuk menjajah dan mendominasi negara-negara itu. Sikap mereka saling

    hormat-menghormati dan mengiktiraf kedudukan dan kewibawaan kerajaan dan ciri

    budaya masing-masing. Bahkan ada kecenderungan pada pihak China untuk

    mempelajari dan memanfaatkan khazanah budaya bangsa tamadun tempatan,

    contohnya I-Ching yang belajar dan berkarya di Srivijaya selama belasan tahun.

    Begitu juga Laksamana Muhammad Cheng Ho dan orang-orangnya apabila melawat

    Melaka pada zaman kesultanannya.

    Interaksi ini telah membawa perubahan kepada kedua-dua tamadun sama

    ada positif atau negatif. Namun yang pasti masih lagi wujud persamaan dalam aspek

    akhlak dan moral masyarakat kedua-dua tamadun ini. Interaksi tamadun Melayu dan

    Cina sejak 1403 telah membuktikan hubungan akrab antara pemimpin kedua-dua

    empayar . selain itu agama Islam juga dapat disebarkan dalam pendidikan ia China.

    Buku Materia Medica : seberang laut membincangkan perubatan Islam dan China .

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    4/7

    33

    Interaksi Tamadun Islam dengan China yang turut memperlihatkan kesan

    positif melalui perdagangan. Pedagang-pedagang Arab dan Parsi memainkan

    peranan penting dalam interaksi ini.Interaksi Antara Tamadun ini menyebabkan

    berlaku perkahwinan campur antara pedagang-pedagang ini dengan wanita-wanita

    tempatan. Hasil daripada interaksi ini wujud penyebaran agama Islam di Negara

    China yang akhirnya mewujudkan komuniti Islam dikalangan orang Cina.Hubungan

    antara Tamadun Islam dengan Tamadun Melayu telah meninggalkan kesan yang

    amat ketara melalui perdagangan.Kesan positif yang penting tersebarnya agama

    Islam di Kepulauan Melayu serta munculnya kerajaan-kerajaan Islam tempatan di

    Pasai, Melaka, Acheh, Johor-Riau, Brunei, Pattani,Sulu, Banten, Demak, Tuban,

    Mataram dan lain-lain lagi.Tamadun Islam telah mengubah pandangan hidup orang-

    orang Melayu.Ia juga turut membawa tulisan Jawi yang berperanan penting dalam

    perkembangan ilmu pengetahuan di Kepulauan Melayu. Pengaruhnya dari segi

    perundangan, kesusasteraan, kesenian,kebendaan seperti pakaian, makanan dan

    istilah-istilah Arab yang digunakan dalam bahasa Melayu dan juga penduduk

    tempatan Cina.

    Interaksi antara Tamadun China dengan Tamadun Melayu melahirkan kesan

    positif dala kemahiran dan teknologi serta kebendaan.Tamadun China membawateknologi membuat gula daripada tebu ke Kepulauan Melayu, perusahaan sutera,

    membuat tembikar serta pertukangan logam. Interaksi antara Tamadun China

    dengan Tamadun Melayu berlaku melalui dua cara, iaitu secara aman dan secara

    konflik peperangan. Interaksi secara aman berlaku melalui aktiviti perdagangan,

    emigrasi dan hubungan diplomatik, contohnya kemuncak hubungan diplomatik

    Negara China dengan Kepulauan Melayu contohnya zaman Kesultanan Melaka.

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    5/7

    34

    KESAN-KESAN NEGATIF INTERAKSI ANTARA TAMADUN CINA DAN ISLAM.

    Kesan negatif turut berlaku dalam hubungan antara Tamadun Islam dengan

    Tamadun China pada tahun 751 Masihi, tentera Islam di bawah pimpinan Ziyad bin

    Salih telah mengalahkan angkatan perang China yang dipimpin oleh Kao Hsien-chih

    sedangkan pada masa tersebut kerajaan Islam Abbasiah mempunyai hubungan

    diplomatik dengan kerajaan Tang di Negara China.Permusuhan antara orang Islam

    dengan orang China juga dicetuskan oleh rasa tidak puas hati terhadap pencapaian

    ekonomi pihak yang bertentangan. Pada abad ke-8 Masihi penduduk Han di

    tenggara Negara China telah bermusuh dengan orang Islam kerana iri hati

    kemewahan yang dinikmati oleh orang Islam dalam aktiviti perdagangan, pada 876M

    berlaku pemberontakan di Canton menyebabkan lebih kurang 120,000 terbunuh.Orang-orang Islam berhjrah dari Canton ke Asia Tenggara terutamanya ke

    Palembang dan Kedah.

    Berlakunya jurang perbezaan ekonomi kerana pemerintahan penjajah tidak

    mengambil berat tentang kebajikan dan masalah rakyat tempatan. Di semenanjung

    melayu, para petani sentiasa dilindungi oleh kerajaan British melalui dasar utamanya

    yang bertujuan menempatkan orang Melayu di kawasan luar bandar dan terus

    menjadikan mereka sebagai pembekal makanan kepada masyarakat bandar. Orang-

    orang Melayu digalakkan mengusahakan tanaman sara diri sedangkan di kawasan

    bandar masyarakat asing terutamanya Cina, terus sibuk dan maju dengan kegiatan

    ekonomi eksport dan import. Dasar inggeris sebebnarnya lebih ke arah membantu

    golongan imigran menybabkan ramai orang melayu kehilangan tanah mereka.

    Inggeris ingin membantu Melayu dengan menggubal Undang-undang Tanah

    Simpanan Melayu 1913 yang dipinda 1933. Kononnya ingin melindungi tanah dari

    tergadai ke tangan bangsa lain seperti Cina dan India. Tetapi sebenarnya Inggeris

    mahu orang Melayu terus tinggal di kampung supaya dapat meneruskan pekerjaan

    tradisi mereka sebagai petani agar dapat membekalkan makanan ke bandar. Pada

    masa yang sama kawasan yang berpotensi untuk dimajukan diambil oleh Inggeris

    dan kaum imigran. Kawasan yang berpotensi dan kaya dengan hasil logam serta

    subur untuk tanaman biasanya dikeluarkan dari senarai Tanah Simpanan Melayu.

    Justeru itu,orang melayu kekal dalam kehidupan yang miskin memandangkan

    penjajah hanya membenarkan mereka menjadi pekebun kecil sahaja. Sedangkan

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    6/7

    35

    kaum lain menjadi lebih maju dan kaya kaum Melayu. Maka,berlakulah jurang

    perbezaan dalam ekonomi iaitu wujudnya perbezaan orang kaya dan orang miskin

    dan orang bandar dan luar bandar. Ini kerana pembangunan lebih bertumpu ke

    kawasan yang bersedia menerima perubahan contohnya kawasan Pantai Barat

    semenanjung lebih maju dari kawasan Pantai Timur. Pembandaran yang dicirikan

    penjajah bertumpu kepada bangsa asing terutamanya kaum Cina.

    Ketidakseimbangan antara kawasan desa dan bandar berlanjutan hingga zaman

    pascapenjajah.

    Selain dari jurang ekonomi,isu sosial juga turut di pengaruhi oleh tindakan

    penjajah ini. Kehadiran ekonomi moden telah mengubah struktur masyarakat melayu

    dan peribumi kepada masyarakat yang kompleks dan berkelas-kelas. Pengelasan ituterbahagi kepada tiga iaitu kelas atasan,kelas pertengahan dan kelas bawahan.

    Golongan yang tergolong didalam kelas atasan ialah golongan bangsawan Melayu,

    saudagar,pengurus dan pengusaha yang terdiri daripada orang asing dan Cina.

    Manakala golongan pertengahan pula terdiri daripada orang Cina dan sedikit orang

    India, melayu dan kaum bumiputera yang lain. Kelas bawahan majoritinya tergolong

    dari orang melayu dan peribumi. Disini dapat dilihat seolah-olah wujud susun lapis

    dan kelas masyarakat berdasarkan lunas perkauman.

  • 7/28/2019 Sejarah Interaksi Tamadun Melayu Dan Tamadun China oum

    7/7

    36

    PENCAPAIAN YANG TIDAK SEIMBANG DALAM PENDIDIKAN

    Pencapaian yang tidak seimbang bukan sahaj berlaku dalam ekonomimalah turut berlaku dalam pendidikan. Sistem yang diwujudkan penjajah telah

    mengasingkan kaum mengikut tempat tinggal masing-masing.

    Kaum melayu mempunyai dua sistem persekolahan iaitu sekolah venakular

    yang mempunyai aliran Inggeris. Sekolah ini disediakan hanya untuk anak-anak

    bangsawan. Sekolah Melayu pula berbentuk pendidikan asas kerana tiada galakkan

    untuk menjadi terlalu pandai. Pendidikan masyarakat dahulu seolah-olah telah

    disekat oleh pihak tertentu. Manakala bagi kaum Cina pula ,mempunyai sistem yang

    tersendiri dan lebih mementingkan pelajaran secara tradisinya. Guru dan buku-buku

    juga dibawa dari China. Justeru itu,pelajar lebih pentingkan pergolakan

    politik,ekonomi dan sosial yang berlaku di negeri China dari perkembangan di Tanah

    Melayu. Manakala masyarakat orang asli,etnik Sabah dan Sarawak diabaikan.