sejarah hidup ahmad boestamam

12
1.0 Pengenalan Setiap negara di dunia tidak kiralah apa jua bentuk kerajaan itu sama ada demokrasi, sosialis mahupun monarki mempunyai dua haluan politik di dalam kerajaannya iaitu parti berhaluan kanan dan juga parti berhaluan kiri. Kebiasaannya, parti yang berhaluan kanan adalah parti yang menyokong kerajaan ataupun pro-kerajaan, manakala parti yang berhaluan kiri seringkali dikaitkan dengan anti-kerajaan. Dengan itu, gerakan oleh parti berhaluan kiri ini lebih dikenali dengan panggilan radikal yang memilih cara dengan tidak berkompromi dengan penjajah. Walaupun golongan berhaluan kiri ini seringkali ditakrifkan sebagai satu golongan yang tidak menerima ataupun menentang kerajaan, tetapi golongan inilah yang telah banyak membangkitkan semangat nasionalisme di dalam diri penduduk di Tanah Melayu pada pra dan pasca kemerdekaan. Hal ini kerana, golongan ini sanggup berjuang dengan sedaya- upaya untuk membebaskan Tanah Melayu dari terus dijajah dan menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah. Lantaran itu, golongan yang berhaluan kiri ini telah menyebabkan timbulnya idea atau pendapat yang berbeza di dalam pentadbiran sesebuah negara itu. Hal ini kerana, pendapat daripada pelbagai pihak amat diperlukan dalam menjadikan sebuah negara itu terus aman dan teratur dari segi pentadbiran. Di Tanah Melayu, gerakan radikal seperti Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, dan beberapa lagi parti berhaluan kiri yang aktif sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selain daripada tokoh-tokoh yang disebutkan tadi, tokoh-tokoh berhaluan kiri yang termasyhur selepas Perang Dunia Kedua adalah seperti Ishak Haji Muhammad, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Tan Cheng Lock, Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD dan juga Ibrahim Karim 1 . Merekalah yang menjadi pelopor gerakan berhaluan kiri dengan berbekalkan semangat kental dan radikal. Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Ahmad Boestamam sebagai tokoh radikal Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Ahmad Boestamam merupakan seorang pejuang yang melibatkan diri di dalam politik berhaluan kiri sehingga akhir hayatnya. Usahanya untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia Raya atau Melayu Raya tetap menjadi idamannya kerana kebanggaannya dengan negara jiran itu yang mencapai kemerdekaan yang lebih awal daripada Tanah Melayu. Oleh yang demikian, Ahmad Boestamam dikenang sebagai tokoh berhaluan kiri yang popular di zamannya. 1 Antara tokoh berhaluan kiri selepas Perang Dunia Kedua adalah seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Tan Cheng Lok, Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD, Abdul Majid Salleh, Cikgu Mohd. Yusof bin Ayub, Ibrahim Singgeh dan Ibrahim Karim. 1

Upload: azy-shazela

Post on 21-Jun-2015

718 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

1.0 Pengenalan

Setiap negara di dunia tidak kiralah apa jua bentuk kerajaan itu sama ada demokrasi,

sosialis mahupun monarki mempunyai dua haluan politik di dalam kerajaannya iaitu parti

berhaluan kanan dan juga parti berhaluan kiri. Kebiasaannya, parti yang berhaluan kanan

adalah parti yang menyokong kerajaan ataupun pro-kerajaan, manakala parti yang

berhaluan kiri seringkali dikaitkan dengan anti-kerajaan. Dengan itu, gerakan oleh parti

berhaluan kiri ini lebih dikenali dengan panggilan radikal yang memilih cara dengan tidak

berkompromi dengan penjajah. Walaupun golongan berhaluan kiri ini seringkali ditakrifkan

sebagai satu golongan yang tidak menerima ataupun menentang kerajaan, tetapi golongan

inilah yang telah banyak membangkitkan semangat nasionalisme di dalam diri penduduk di

Tanah Melayu pada pra dan pasca kemerdekaan. Hal ini kerana, golongan ini sanggup

berjuang dengan sedaya-upaya untuk membebaskan Tanah Melayu dari terus dijajah dan

menuntut kemerdekaan daripada pihak penjajah.

Lantaran itu, golongan yang berhaluan kiri ini telah menyebabkan timbulnya idea

atau pendapat yang berbeza di dalam pentadbiran sesebuah negara itu. Hal ini kerana,

pendapat daripada pelbagai pihak amat diperlukan dalam menjadikan sebuah negara itu

terus aman dan teratur dari segi pentadbiran. Di Tanah Melayu, gerakan radikal seperti

Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam, Parti Kebangsaan Melayu

Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmy, dan beberapa lagi parti berhaluan kiri

yang aktif sebelum kemerdekaan Tanah Melayu. Selain daripada tokoh-tokoh yang

disebutkan tadi, tokoh-tokoh berhaluan kiri yang termasyhur selepas Perang Dunia Kedua

adalah seperti Ishak Haji Muhammad, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Tan Cheng Lock,

Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD dan juga Ibrahim Karim1. Merekalah yang

menjadi pelopor gerakan berhaluan kiri dengan berbekalkan semangat kental dan radikal.

Dengan itu, saya bersetuju dengan pandangan yang mengatakan Ahmad

Boestamam sebagai tokoh radikal Melayu selepas Perang Dunia Kedua. Ahmad

Boestamam merupakan seorang pejuang yang melibatkan diri di dalam politik berhaluan kiri

sehingga akhir hayatnya. Usahanya untuk menggabungkan Tanah Melayu dengan

Indonesia Raya atau Melayu Raya tetap menjadi idamannya kerana kebanggaannya

dengan negara jiran itu yang mencapai kemerdekaan yang lebih awal daripada Tanah

Melayu. Oleh yang demikian, Ahmad Boestamam dikenang sebagai tokoh berhaluan kiri

yang popular di zamannya.

1 Antara tokoh berhaluan kiri selepas Perang Dunia Kedua adalah seperti Dr. Burhanuddin Al-Helmy, Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestamam, Mustapha Hussein, Khatijah Sidek, Tan Cheng Lok, Musa Ahmad, Rashid Maidin, Abdullah CD, Abdul Majid Salleh, Cikgu Mohd. Yusof bin Ayub, Ibrahim Singgeh dan Ibrahim Karim.

1

2.0 Sejarah Hidup Ahmad Boestamam

Ahmad Boestamam adalah merupakan seorang nasionalisme Melayu yang terulung di

Tanah Melayu pada era pra dan pasca kemerdekaan. Beliau dilahirkan pada 30 November

1920 di Kampung Behrang Uu, Tanjung Malim, Perak. Ahmad Boestamam merupakan anak

bongsu daripada 3 orang adik-beradik. Nama sebenar beliau bukanlah Ahmad Boestamam,

tetapi Abdullah Thani bin Raja Kechil. Beliau menggunakan nama Ahmad Boestamam

kerana minat dan sanjungannya kepada seorang pemimpin India yang bernama Subhas

Chandra Bose. Kehidupan Ahmad Boestamam sewaktu kecil tidaklah mewah kerana

bapanya, Raja Kechil hanya bekerja sebagai petani dengan menanam padi dan menjadi

penoreh getah. Pada zaman persekolahan, Ahmad Boestamam bersekolah di sekolah

Melayu dan juga Anderson School Ipoh di Perak. Beliau merupakan seorang pelajar yang

pintar dan sering mendapat keputusan yang baik di dalam peperiksaan.

Beliau amat meminati bidang penulisan dan kewartawanan. Minatnya kepada bidang

penulisan lahir ketika di bangku sekolah lagi. Hal ini kerana, beliau amat suka membaca dan

berfikir daripada melakukan aktiviti di luar rumah contohnya bersukan. Ahmad Boestamam

amat gemar dengan bahan bacaan daripada Indonesia kerana pengaruh daripada abang

iparnya yang merupakan bekas pelajar Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) yang banyak

menggunakan buku-buku rujukan daripada negara itu. Selain buku-buku yang dibawa

masuk dari seberang, beliau juga amat menggemari majalah Cenderamata, akhbar Majlis

dan juga Warta Malaya kerana kandungan naskhah ini mengandungi perjuangan-

perjuangan politik Melayu dan juga kritikan tentang dasar yang dijalankan oleh pihak British.

Di sinilah bermula kebangkitan semangat nasionalisme di dalam diri Ahmad Boestamam

dan telah menyedarkannya katanya:

“…semua rencana-rencana itu saya baca belaka, saya fahami dan

kemudian saya telan bulat-bulat. Kata orang jika belakang parang diasah akan

tajam juga sudahnya. Demikianlah saya dengan pembacaan saya ini. Lama-

kelamaan semangat kebangsaan yang ditiupkan itu telah tertancap dalam hati

sanubari saya, subur dan menyubur.”2

Bakat Ahmad Boestamam dalam bidang kewartawanan telah diakui oleh beberapa buah

majalah seperti Majalah Saudara, Warta Perak, Majlis dan Utusan Melayu. Hal ini kerana,

sejak di bangku sekolah lagi beliau sudah berjinak-jinak dengan bidang penulisan. Karier

beliau sebgai wartawan telah menyebabkan beliau mengenali tokoh-tokoh politik tanah air

seperti Ishak Hj. Muhammad dan A. Samad Ahmad. Lantaran itu, semangat beliau untuk

2 Ahmad Boestamam, “Dari Nasionalis ke Sosialis”, hlmn. 11 kutipan daripada buku Ahmad Boestamam Satu Biografi Politik, hlmn.6.

2

terjun ke dalam bidang politik semakin membuak-buak dan akhirnya nama Ahmad

Boestamam tercatat di dalam sejarah politik tanah air dimana beliau terlibat di beberapa

buah parti politik seperti Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM), Angkatan Pemuda Insaf

(API), Parti Tenaga Rakyat (PUTERA), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Socialist Front, Parti

Marhaen dan juga Parti Keadilan Masyarakat (PEKEMAS). Hal ini telah menyebabkan

beliau dihormati oleh rakan-rakan seangkatan dengannya walaupun beliau merupakan tokoh

politik yang radikal.

Sebagai tokoh politik berhaluan radikal, Ahmad Boestamam pernah dipenjarakan

selama kira-kira 12 tahun dan sebanyak tiga kali iaitu pada pertama kali pada tahun 1941-

1942, kali kedua pada tahun 1948-1955 dan yang terakhir dari tahun 1963-1967. Beliau

dipenjarakan berdasarkan pelbagai sebab. Sebagai contohnya, beliau membabitkan diri di

dalam kegiatan anti-British atas jawatannya di dalam Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang

bekerjasama dengan pihak Jepun. Penangkapan Ahmad Boestamam kali kedua kerana

beliau terlibat di dalam hartal yang yang merupakan satu pemogokan oleh peniaga dengan

menutup perniagaan mereka dengan tujuan untuk menyusahkan orang ramai mendapatkan

barangan. Hartal ini dilakukan kerana berdasarkan penentangan beliau terhadap British dan

juga UMNO. Selain itu, penangkapan Ahmad Boestamam kali yang ketiga adalah

disebabkan laporan oleh Parti Perikatan yang mengatakan beliau merupakan seorang ahli

politik yang menentang pembentukan Malaysia kerana selama ini beliau amat berharap

Tanah Melayu ini akan menjadi sebuah gagasan Melayu Raya atau Indonesia Raya.

Setelah dibebaskan daripada penangkapannya kali ketiga, pada tahun 1970, Ahmad

Boestamam ditawarkan bekerja di Sarawak oleh Datuk Patinggi Abdul Rahman Yaakub

yang merupakan bekas Menteri Pelajaran Malaysia. Tujuan Datuk Patinggi Abdul Rahman

Yaakub ini membawa masuk beliau ke Sarawak adalah untuk menawarkan pekerjaan

kepada Ahmad Boestamam daripada terus hidup melarat dan disia-siakan bakatnya. Beliau

ditawarkan pekerjaan sebagai pembantu politik peribadi Datuk Patinggi Abdul Rahman

Yaakub dan berkempen di dalam parti Barisan Rakyat Jati Sarawak, BARJASA. Beliau juga

pernah menerima pingat Bintang Panglima Negara, Bintang Kebesaran Kerajaan Negeri

Sarawak yang dianugerahkan oleh yang Di-Pertuan Negeri Sarawak, Datuk Patinggi Abdul

Rahman Yaakub. Pada tahun 1978, Ahmad Boestamam telah bersara dari bidang politik

kerana berasa sudah berada di puncak kariernya. Beliau meninggal dunia pada usia 63

tahun kerana mengidap barah paru-paru. Maka berakhirlah perjuangan Ahmad Boestamam

di dalam bidang politik yang telah banyak memberikannya pengalaman dan juga ranjau

hidup suka dan duka. Jasa beliau di dalam bidang politik yang berhaluan kiri tidak dilupakan

oleh negara.

3

3.0 Suara Radikalisme Melayu

Pada peringkat awal, perjuangan Ahmad Boestamam hanyalah di dada-dada akhbar di

mana ketika beliau menjadi penulis di beberapa buah akhbar seperti Suara Rakyat, Majlis,

Saudara dan juga Warta Kinta. Beliau menggunakan saluran media cetak untuk

menyebarkan maklumat tentang penjajahan British yang telah memonopoli hasil bumi di

Tanah Melayu pada ketika itu. Akhbar-akhbar ini menjadi pengantara antara ahli politik

seperti Ahmad Boestamam dengan para pengikutnya. Di samping itu, akhbar juga

berperanan sebagai wadah dan medium untuk menyampaikan maklumat kepada orang

ramai tentang dasar British yang lebih mengutamakan kaum-kaum lain berbanding kaum

Melayu pada ketika itu. Akhbar-akhbar yang diterbitkan ini telah banyak menyedarkan

bangsa Melayu bahawa mereka harus bangun dan menentang British untuk membela

nasib mereka di tanah air sendiri.

Ketika Perang Dunia Kedua, pihak British telah mengalami kekalahan yang teruk

dengan Jepun. Dengan kemenangan Jepun, ia teleh memberikan semangat baru kepada

semua penduduk di Tanah Melayu. Hal ini kerana, Jepun merupakan negara yang terletak

di Asia Timur dan merupakan negara yang terletak di Asia. Oleh itu, pihak Jepun telah

menyeru dan memperkenalkan slogan Asia untuk Asia untuk membantu dan mengambil

kuasa pentadbiran daripada pihak British. Slogan ini juga telah menyedarkan orang Melayu

bahawa orang Timur mampu bangun mempertahankan diri sendiri tanpa perlu bergantung

kepada kuasa-kuasa Barat.3 Atas kesedaran ini juga, pada Ogos 1945, Ahmad Boestamam

dengan beberapa tokoh nasionalisme yang lain telah merampas dan mengambil alih

Pejabat Percetakan Perak Shimbun untuk menerbitkan akhbar sendiri. Pengambilalihan ini

dilakukan semasa peralihan pemerintahan Jepun, MPAJA dan British. Akhbar yang

diterbitkan diberi judul ‘Suara Rakyat’ dan diterbitkan di Ipoh, Perak.

Dengan penerbitan Suara Rakyat ini, apa sahaja yang tidak memuaskan hati

pemimpin berhaluan kiri ini disampaikan dan ditulis di dalam akhbar. Idea dan pendapat

tentang bangsa Melayu berkenaan dengan kemunduran kaum majoriti di Tanah Melayu ini

telah dibangkitkan oleh Ahmad Boestamam. Dalam setiap penulisan Ahmad Boestamam, ia

telah dapat membangkitkan semangat nasionalisme dalam kalangan orang Melayu untuk

menentang penjajahan British. Hal ini kerana, beliau banyak mengutarakan idea-idea dan

pandangan yang bernas serta bijak menyinggung perasaan pihak British kerana rata-

ratanya penulisan beliau ini pedas dan berbisa kerana seringkali mengkritik tindakan British.3 Liputan akhbar-akhbar tempatan ini telah menyedarkan bangsa Melayu tentang pentingnya mereka bangun dan bersatu untuk membela nasib sendiri. Kekalahan British di tangan Jepun di dalam Perang Dunia Kedua telah memberikan semangat baru bagi bansga Melayu. Slogan Asia untuk Asia yang berkumandang, mula menyedarkan orang Melayu bahawa orang Timur mampu bangun mempertahankan diri sendiri tanpa perlu bergantung kepada kuasa-kuasa Barat.

4

Akhbar ‘Suara Rakyat’ ini juga ada diterbitkan di dalam bahasa Inggeris iaitu ‘Voice

of The People’. Penerbitan akhbar ini di dalam bahasa Inggeris adalah untuk menggalakkan

bangsa asing dan golongan elit Melayu untuk membacanya. Isi kandungan akhbar ini sama

iaitu untuk menyedarkan orang Melayu untuk bangkit menentang penjajahan British.

Dengan penerbitan Akhbar Voice of The People, maka Parti Kebangsaan Melayu Malaya

(PKMM) telah ditubuhkan pada 20 Oktober 1945. Parti ini ditubuhkan bertujuan untuk

menjamin hak-hak kaum Melayu kerana pada waktu itu sudah ada pertubuhan-pertubuhan

kaum lain yang berbaur politik. Dengan ini, PKMM telah menjadi salah satu parti yang

penting dan khusus untuk kaum Melayu pada ketika itu.

4.0 Perjuangan Ahmad Boestamam Sebagai Tokoh Radikalisme Melayu

4.1 Penglibatan Ahmad Boestamam Di Dalam PKMM

Ahmad Boestamam adalah merupakan seorang yang berjiwa radikal. Sikap radikalnya ini

mula terserlah sejak di bangku sekolah lagi dimana ketika itu beliau terlibat di dalam bidang

kewartawanan dengan menjadi penulis di beberapa akhbar. Beliau bijak mengutarakan

pendapatnya dengan disokong oleh hujah-hujah yang bernas. Oleh itu, tidak hairanlah

nama Ahmad Boestamam ini tersenarai di dalam kategori perancang utama gerakan radikal

menentang British.

Penglibatan Ahmad Boestamam di arena politik jelas dilihat di dalam PKMM dan

juga API dimana beliau melibatkan diri di dalam penubuhan kedua parti ini. Di dalam

PKMM, beliau telah dilantik sebagai Ketua Pemuda PKMM oleh Parti Komunis Malaya

(PKM). Walaupun PKMM ini dibawah naungan PKM, Ahmad Boestamam tetap bersama

dengan PKMM. Antara sebabnya adalah PKMM merupakan sebuah parti yang mahu

mengatasi pengaruh golongan kanan atau para pembesar Melayu yang bersifat konservatif

dan feudal. Selain itu, antara sebab lain adalah penguasaan PKM di Tanah Melayu selepas

kekalahan Jepun. Dengan bekerjasama dengan PKM, beliau dan rakan-rakannya akan

dapat memperluaskan pengaruh PKMM dalam kalangan semua bangsa. Hal ini akan

menjadikan PKMM merupakan sebuah parti yang kuat dan kukuh di Tanah Melayu.

Melalui PKMM ini, Ahmad Boestamam dan golongannya telah meletakkan dasar

Melayu Raya bagi menyeimbangkan pengaruh PKM di dalam PKMM. Hal ini telah dibuat di

dalam Kongres PKMM yang pertama dan telah mencapai persetujuan bahawa dasar yang

dibuat ini adalah untuk mencapai kemerdekaan bangsa dan tanah air dengan

menggabungkan Tanah Melayu dengan Indonesia dan mendirikan Republik Malaya sebagai

satu anggota daripada Republik Indonesia Raya. Hal ini bermaksud, Tanah Melayu tidak

5

akan merdeka sebagai satu negara yang berdaulat, tetapi menjadi sebahagian daripada

Indonesia Raya. Ini adalah matlamat dan cita-cita Ahmad Boestamam kerana ramai dalam

kalangan orang Indonesia yang berada di Tanah Melayu akan menyokong pergerakan

PKMM.

Pada pertengahan tahun 1946, Ahmad Boestamam telah dilantik sebagai

Setiausaha Agung PKMM. Ini menjadikan beliau telah memegang jawatan yang

mengukuhkan kedudukannya di dalam PKMM yang merupakan sebuah parti radikal yang

dikenali di Tanah Melayu. Beliau telah merancang satu perubahan dimana ia telah

membawa satu kesan baik iaitu telah menyelamatkan PKMM daripada diterajui oleh

komunis. Hal ini kerana, Ahmad Boestamam tidak berpuas hati dengan sikap lembut dan

jujur pemimpin PKMM iaitu Dr. Burhanuddin yang telah menyebabkan PKMM tidak dapat

menunjukkan keradikalannya. Hal ini menjadikan ada pihak yang mengambil kesempatan

atas sifat lembut yang ditunjukkan Dr. Burhanuddin. Contohnya, ramai ahli komunis Melayu

telah menyertai PKMM. Selain itu, sifat Dr. Burhanuddin juga mengecewakan PKM kerana

parti dibawah naungannya iaitu PKMM tidak berjaya untuk menjatuhkan UMNO. Oleh sebab

itu, Ahmad Boestamam telah memujuk Dr. Burhanuddin menerima jawatan Penasihat

Agung PKMM agar beliau boleh memilih pemimpin baru yang lebih aktif dan berjiwa radikal

yang tinggi.

Pada tahun 1946, British telah memperkenalkan Malayan Union (MU) dengan

bertujuan untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah jajahan takluk British.

Penubuhan MU ini telah mendapat sokongan PKMM dimana PKMM mempunyai motif yang

tersendiri terutamanya untuk menghapuskan kuasa raja-raja Melayu. Selain itu, dasar

kerakyatan jus soli yang MU yang diperkenalkan telah menarik minat PKMM untuk

menyokong penubuhan MU. Hal ini kerana, dengan adanya dasar jus soli ini, akan

menjadikan pengikut PKMM semakin ramai kerana ramai orang Indonesia akan mendapat

taraf kerakyatan sama seperti bumiputera di Tanah Melayu. Walaupun pada peringkat

pertengahan Ahmad Boestamam dan juga PKMM berpihak kepada UMNO, tetapi itu

hanyalah sementara kerana perbezaan ideologi di antara kedua-dua buah parti ini. Hal ini

kerana, UMNO merupakan sebuah parti berhaluan kanan dan PKMM adalah sebuah parti

radikal yang berhaluan kiri. PKMM mengambil keputusan keluar daripada UMNO kerana

PKMM tidak diterima oleh British sebagai wakil orang Melayu walaupun menyokong

penubuhan MU.

Pada 27 Jun 1946, Ahmad Boestamam dan PKMM telah menarik diri daripada

UMNO. Pihak British tidak memihak kepada PKMM kerana menganggap PKMM lebih

berbahaya daripada UMNO. Hal ini kerana, PKMM dipengaruhi oleh PKM dan pendekatan

6

politik yang dijalankannya juga sangat radikal. Keterlibatan Ahmad Boestamam di dalam

PKMM hanya bertahan pada akhir tahun 1946 sahaja. Hal ini kerana beliau diminta

menarik diri daripada kepimpinan PKMM kerana ahli-ahli PKMM yang lain merasakan

kepimpinan Ahmad Boestamam ini lebih menonjol di dalam Angkatan Pemuda Insaf (API).

4.2 Penglibatan Ahmad Boestamam Di Dalam API

Ahmad Boestamam menubuhkan API pada tahun 1946 di Ipoh, Perak. Tujuan beliau

menubuhkan API adalah untuk mencapai cita-citanya untuk menjadi seorang pemimpin parti

politik berhaluan kiri. API yang ditubuhkan ini juga merupakan badan politik yang paling

radikal dan ekstrem dengan dianggotai oleh barisan pemuda yang bersemangat tinggi. API

ini membawa maksud seperti api yang sedang marak membakar semangat para belia

Melayu pada waktu itu. Parti ini juga merupakan sebahagian daripada PKMM pada masa

dahulu dan dipisahkan dari parti itu kerana terlalu radikal. Hal ini kerana, Ahmad

Boestamam merupakan pemimpin api yang sangat tegas dan aktif di dalam kepimpinannya.

Parti politik yang telah diketuai oleh Ahmad Boestamam ini telah menakutkan pihak

Inggeris kerana berpendapat parti ini lebih radikal dan berbahaya berbanding dengan parti

orang Melayu yang lain contohnya UMNO. Hal ini kerana, API ini berorientasikan seperti

tentera dimana ia dilengkapkan dengan pakaian seragam serba putih dengan berlilitkan

kain merah tertera perkataan API di lengan4. Selain itu, API ini juga mengunakan slogan

yang telah membakar semangat anak-anak muda Melayu seperti Merdeka dan Merdeka

Dengan Darah selain mencipta beberapa buah lagu yang menaikkan semangat seperti

Darah Rakyat dan Dari Barat Sampai ke Timur . Kedua-dua buah lagu ini sering dimainkan

ketika memulakan perjumpaan ataupun setiap kali latihan ketenteraan API dijalankan.

Justeru itu, lagu ini juga telah menjadi simbol kepada semangat dan perjuangan mereka

selama ini.

Peglibatan Ahmad Bostamam di dalam API juga tidak lama kerana beliau ditangkap

dan dipenjarakan selaras dengan pengistiharaan darurat pada 16 Jun 1948. Pengistiharaan

darurat ini telah menyebabkan ramai tokoh-tokoh radikal Melayu dipenjarakan termasuklah

Ahmad Boestamam sendiri. Hal ini juga telah menyebabkan ahli API telah kehilangan

kepimpinannya. Selaras dengan itu, API juga telah diharamkan oleh British dengan alasan

API telah bekerjasama dengan Indonesia dan menjadi jambatan bagi negara itu menakluk

Tanah Melayu. Pengharaman API telah mengecewakan Ahmad Boestamam kerana perkara

4 Gambaran sedemikian memperlihatkan bahawa mereka begitu serius dalam usaha menuntut kemerdekaan dan menentang penjajahan British.

7

itu berlaku ketika API sedang mencapai kemuncaknya dan segala cita-cita dan harapan

beliau untuk menyatukan Tanah Melayu dan Indonesia terkubur begitu sahaja.

Walaupun pengharaman API ini menyebabkan kehidupan Ahmad Boestamam

kembali susah dan menderita sehingga memaksa beliau pulang ke kampungnya, beliau

tetap aktif berpolitik dengan menjadikan PUTERA iaitu Pusat Tenaga Rakyat sebagai

landasan politiknya. Beliau bekerjasama dengan AMCJA untuk menentang Perjanjian

Persekutuan 1948. Hal ini juga telah menunjukkan bahawa sifat kepimpinan dan jiwa

politiknya tidak pernah luntur walaupun dengan pengharaman API. Walaupun begitu,

pengharaman API telah menyebabkan ramai pengikut API telah menyertai Pemuda UMNO.

Hal ini telah menimbulkan kesan baik dimana ia telah mengubah matlamat perjuangan

UMNO yang selama ini hanya memperjuangkan Hidup Melayu tetapi lebih jauh lagi dengan

memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Hal ini juga telah memberikan faedah yang

besar kepada UMNO walaupun Ahmad Boestamam terpaksa dipenjarakan dan inilah

merupakan sumbangan beliau kepada arena politik negara.

5.0 Pandangan Terhadap Ahmad Boestamam Mengenai Perjuangan Berhaluan Kiri

Ahmad Boestamam memang merupakan seorang tokoh yang berhaluan kiri kerana

keterlibatannya di dalam beberapa buah parti yang berhaluan kiri. Hal ini dapat dilihat ketika

pendudukan Jepun di Tanah Melayu dimana Ahmad Boestamam ini menjadi penyokong

Jepun dengan menerima jawatan daripada pihak itu sebagai pegawai penapis filem, akhbar

dan bangsawan dan juga sebagai pegawai propaganda yang menyebarkan kebaikan dan

kekuatan Jepun kepada orang awam. Pada ketika ini, kehidupan beliau amat baik kerana

menerima gaji sebanyak RM15.00 sebulan dan disertai dengan bahan-bahan keperluan

harian yang lain walhal rata-ratanya orang awam sukar mendapatkan makanan ketika

pendudukan Jepun di Tanah Melayu.

Pada ketika ini Ahmad Boestamam mengganggotai Kesatuan Melayu Muda, KMM

yang telah menyokong Jepun dengan harapan Jepun akan membantu mereka untuk

memerdekakan Tanah Melayu dengan slogan Asia untuk Asia. Tetapi hal ini tidak terjadi

kerana Jepun menjajah Tanah Melayu hanya untuk menwujudkan satu kawasan

Kesemakmuran Asia Timur Raya dan meletakkan Tanah Melayu sebagai salah satu

kawasan jajahannya. Hal ini sama sekali seperti Komanwel British yang menjadikan negara

lain yang pernah dijajah sebagai tanah jajahannya. Oleh itu, Ahmad Boestamam ini tidak

ubah seperti golongan aristokrat Melayu pada ketika itu yang menyokong dasar British

semata-mata untuk menjaga kedudukan mereka di Tanah Melayu. Beliau takut kehilangan

8

kuasa dan kesenangan hidupnya selain tidak mahu dianiaya dan ditekan oleh pihak Jepun.

Hal ini juga telah menjadikan Ahmad Boestaman sebagai nasionalis yang pragmatik iaitu

seperti lalang ditiup angin kerana tidak mempunyai pendirian yang tetap. Pada dasarnya,

Ahmad Boestamam boleh memilih berbagai-bagai cara untuk tidak bekerjasama dengan

Jepun, contohnya beliau boleh menjadi seorang petani seperti Ishak Haji Muhammad yang

tidak terus bekerjasama dengan pihak Jepun. Beliau terus-terusan bekerjasama dengan

Jepun kerana tidak mahu hidup susah dan menderita.

Selain itu, dengan penglibatan beliau di dalam Socialist Front yang telah

menggunakan ideologi sosialisme-marhaenisme ciptaan bekas Presiden Indonesia,

Sukarno ia telah menjadikan beliau seorang Ahli Parlimen Setapak yang juga telah

mengangkat nama beliau di dalam politik berhaluan kiri tanah air. Rentetan peristiwa ini

jugalah yang menyebabkan beliau ditahan untuk kali ketiga kerana dituduh terlibat dalam

usaha Indonesia menentang gagasan Malaysia yang diusahakan oleh Kerajaan Perikatan

pada waktu itu. Hal ini sedia maklum kerana Ahmad Boestamam sering memandang

Indonesia itu terbaik kerana beliau berketurunan Indonesia walaupun beliau dilahirkan di

Tanah Melayu. Hal inilah yang menyebabkan Ahmad Boestamam tidak mementingkan

orang Melayu di Tanah Melayu tetapi mengutamakan orang Indonesia seperti sokongannya

terhadap konsep jus soli oleh Malayan Union pada ketika dahulu.

6.0 Kesimpulan

9

Kesimpulannya, hal-hal inilah yang menyebabkan Ahmad Boestamam dikategorikan

sebagai seorang pejuang politik berhaluan kiri. Sifatnya yang suka menjadi pemimpin

sehingga sanggup berkomplot dengan rakan seangkatannya yang lain semasa berada di

dalam PKMM untuk menjatuhkan Dr.Burhanuddin telah menunjukkan sifatnya untuk

menjadi yang terbaik dan untuk menjadi seorang pemimpin yang radikal dan bersemangat

kental. Selain itu, usahanya di dalam API untuk berjuang supaya Tanah Melayu ini

bergabung dengan Republik Indonesia telah menjadikan beliau seorang yang amat

terpengaruh dengan negara jiran itu. Hal ini kerana, sejak remaja beliau telah membaca

bahan bacaan daripada negara itu dan lebih-lebih lagi beliau mempunyai pertalian darah

dengan negara itu.

Walaupun Ahmad Boestamam ini dikenali dengan pejuang politik berhaluan kiri,

namun beliau juga banyak memberikan sumbangan kepada Tanah Melayu kerana idea-

ideanya sering bermain di dada akhbar pada ketika itu. Pandangan dan ideanya yang luas

telah menaikkan semangat kebangsaan kepada orang Melayu untuk menentang penjajah

seperti British selanjutnya menuntut kemerdekaan. Selain itu, kehidupannya sebagai

seorang ahli politik lebih menonjol daripada atau ketika beliau menjadi seorang penulis dan

wartawan. Hal ini dapat dilihat dengan penglibatannya di dalam beberapa buah parti politik

seperti PKMM, API, PUTERA, Socialist Front, dan juga Parti Marhaen serta beberapa lagi

parti lain. Penglibatan beliau di dalam bidang politik ini juga telah mencelikkan mata

masyarakat tentang betapa pentingnya usaha untuk menuntut sebuah kemerdekaan dan

membebaskan negara daripada terus dijajah.

BIBLIOGRAFI

10

Buku

Ahmad Boestamam (1979). Memoir seorang penulis. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa

dan Pustaka.

Ishak Saat (2007). Sejarah politik Melayu pelbagai aliran. Shah Alam:

Karisma Publications Sdn. Bhd.

Ramlah Adam (2009). Ahmad Boestamam satu biografi politik. Hulu Kelang, Selangor:

Dawama Sdn. Bhd.

Ramlah Adam (2004). Gerakan radikalisme di Malaysia (1938-1965). Kuala Lumpur:

Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mohd Syariefudin Abdullah, Mohamad Kamal Kamaruddin dan Ahmad Sohaimi Lazim

(2009). Kenegaraan dan ketamadunan. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11