sejarah - dol said

Upload: kamen-rider-azu

Post on 06-Apr-2018

275 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    1/8

    Nama : Muhamad Akmal Bin Khair Zaki

    Kelas : 509

    Homeroom : Independent

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    2/8

    Dato' Dol Said, atau Abdul Said

    (1773 - 1849), ialah Penghulu Naning

    yang kesembilan. Sejak kecil lagi, sifatkeberaniannya mula diperlihatkan apabila

    beliau mula belajar ilmu mempertahankan

    diri atau seni silat sejak berusia enam

    tahun. Dol Said seorang yang tekun

    mengaji, cekap dalam senimempertahankan diri dan sentiasa

    dihormati orang ramai. Beliau juga

    seorang yang taat kepada kedua orang

    tuanya.Dol Said dilantik sebagai Penghulu

    Naning menggantikan Penghulu Anjakpada tahun 1799 sewaktu berumur 26

    tahun.

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    3/8

    Semasa Belanda memerintah Melaka selepas

    kejatuhan Portugis, Naning berada di bawah

    kuasa Belanda dan mereka menghantar satu

    persepuluh hasil Naning kepada Belanda.

    Tetapi kemudiannya Belanda telah

    mengiktiraf Naning sebuah wilayah yang

    merdeka.

    Tetapi apabila British mengadakan perjanjian

    dengan Belanda pada 1824 British

    menyerahkan Bengkulu, Sumatera kepada

    Belanda dan Belanda menyerahkan Melaka

    kepada pemerintahan British. Dan British

    memganggap Naning berada di bawah

    pemerintahan mereka.British telah memintaNaning memberi satu persepuluh daripada

    hasilnya. Dan ini dibantah oleh Penghulu Dol

    Said kerana Naning telah merdeka.Sejak itu

    bermulalah persengketaan antara Dol Said

    dengan Brtish yang membawa kepada perang

    Naning pertama 1831 dan Perang Naning

    kedua 1832.

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    4/8

    Perang Naning pertama yang berlaku pada

    tahun 1831 menjadikan beliau seorang wira

    yang telah mengukir tempat di sejarah Melaka

    kerana berjaya mengalahkan British. British

    sebuah kuasa besar dunia tetapi pernah

    dikalahkan oleh pahlawan-pahlawan Melayu

    dalam perang Naning pertama pada tahun

    1831 .Pada mulanya, British yakin Naning

    boleh ditewaskan dalam masa sehari

    sahaja.Setelah 18 hari maka tentera British

    terpaksa berundur setelah ramai tenteranya

    yang terbunuh dan cedera. Kekalahan itu

    amat memalukan Inggeris kerana diibaratkan

    tikus mengalahkan gajah.

    Sebelum berlakunya Perang Naning kedua

    pada tahun 1832, British berjaya

    memecahbelahkan perpaduan orang-orang

    Melayu dengan mengikat perjanjian dengan

    daerah-daerah yang bersempadan dengan

    Naning termasuk Rembau, Sungai Ujung dan

    Seri Menanti.

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    5/8

    Dalam perang Naning pertama Dol Said mendapat

    bantuan daripada orang-orang Rembau yang

    diketuai oleh Syed Saaban. Setelah adanya

    perjanjian itu maka penghulu Rembau bukan

    sahaja menarik pahlawan-pahlawannya dari

    Naning malah mereka membantu Inggeris

    menakluk Naning.

    Walaupun tidak lagi mendapat bantuan dari

    Rembau dan daerah yang berjiran dengannya

    namun Dol Said dan orang-orangnya bertekad

    mempertahankan Naning.

    Pada April 1832 askar-askar Inggeris yang diketuai

    oleh Kolenal Herbert dibantu oleh pasukan

    Rambau yang diketuai oleh Syed Shaaban

    menyerang Naning bagi kali kedua.

    Sekali lagi berlaku pertempuran yang sengit antara

    kedua belah pihak. Dan setelah berlaku

    pertempuran selama hampir dua bulan akhirnyaDol Said dan para pengikutnya terpaksa berundur

    dari Naning.

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    6/8

    Namun kemenangan itu tidak mengembirakan

    British kerana mereka terpaksa menangung

    kerugian lebih dari 100,000 pound dan kehilangan

    ramai askar bagi menakluk sebuah daerah kecil.

    Kemenangan pahlawan-pahlawan Melayu

    menentang British dalam perang Naning pertama

    disebabkan wujudnya perpaduan di kalangan

    orang Melayu. Naning tidak sendirian kerana di

    sokong oleh daerah-daerah yang berjirandengannya.

    Tetapi kekalahan dalam perang Naning kedua

    kerana tidak wujud lagi perpaduan di kalangan

    orang Melayu malah mereka sanggup membantu

    Inggeris menyerang Naning.

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    7/8

    Pejuang bangsa

    Daripada suku Semelenggang, Dol Said mewarisi

    Penghulu Anjak sebagai Penghulu Naning padatahun 1799 ketika hanya berumur 26 tahun.Pada tahun 1829, pemerintah British di Melakamemaksa Naning membayar cukaitanaman sebanyak 1/10 dari hasil perolehan. DolSaid membantah dan pada tahun 1831, Naningdiserang oleh tentera British.

    Dol Said mempertahankan Naning bersamapenduduk tempatan tanpa menggunakan senjatamoden tetapi hanya berbekalkan parang dansenjata tradisional.

    Kejadian aneh

    Ada kejadian aneh dan mistik yang diceritakanberlaku ketika tentera British cuba menjajah ibukota Naning iaitu Taboh dengan menyerangpejuang Melayu, Dol Said serta pasukannyadalam Perang Naning Kedua 1832. Diceritakanapabila tentera penjajah cuba mendatangkan

    kerosakan di muka bumi Naning (kini kawasanAlor Gajah, Melaka), penduduk tempatan diketuaiPenghulu Dol Said bangkit mempertahankan tanahair mereka bersama ribuan serangga Naning iaituserangga yang seakan-akan penyengat besar.

  • 8/3/2019 Sejarah - Dol Said

    8/8

    Perang Naning

    Dalam Perang Naning yang berlangsung selama

    18 hari antara 6 Ogos dan 24 Ogos 1831, Dol Saidtelah berjaya menewaskan pihak British selepasmendapat sokongan orang Melayu sebanyak 1,000orang.British tidak berpuas hati dengan kekalahanmereka dan kembali menyerang Naning padabulan Februari 1832 dengan tentera yang lebih

    besar. Dol Said kehilangan ramai orang dan beliauterpaksa berundur ke Pasir Besar. Dalam tempohempat bulan, Naning jatuh ke dalam tangan Britishpada 15 Jun 1832. Naning kemudiannyadiletakkan di bawah peraturan Negeri-negeri Selatpada 27 Oktober 1832.Dol Said meninggal dunia pada 1849 dandisemadikan di Tanah Perkuburan Taboh Naning.

    Sumber : http://www.keriswarisan.com