sejarah dan perkembangan olahraga di malaysia

3
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN OLAHRAGA DI MALAYSIA Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga Ipoh, pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic Sports’. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya. Pada 1914 hingga 1919 Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama. Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British Malaya’. Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940 hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua. Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik Malaya. Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-peraturan baru telah diadakan di Seremban, rekod- rekod kebangsaan telah diiktiraf. Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar negara. Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada ‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada

Upload: imah-juli

Post on 13-Jan-2016

586 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

OLAHRAGA

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Dan Perkembangan Olahraga Di Malaysia

SEJARAH DAN PERKEMBANGAN OLAHRAGA DI MALAYSIA

Organisasi olahraga terulung dicatat di Malaysia adalah Persatuan Olahraga

Ipoh, pada tahun 1906. Kejohanan olahraga pada masa itu dinamakan ‘Ipoh Athletic

Sports’. Pemenang kejohanan ini dianggap sebagai Johan Malaya.

Pada 1914 hingga 1919  Aktiviti olahraga dihentikan kerana Perang Dunia

Pertama. Pada 1920, mesyuarat olahraga diadakan di Kuala Lumpur untuk

mengadakan pertandingan olahraga di antara negeri buat kali yang pertama.

Kejohanan olahraga antara negeri ini dikelolakan oleh ‘Amateur Athletic of British

Malaya’.

Pada 1913, nama diubah kepada ‘Amateur Athletic Association of

Malaya’.Nama kejohanan ditukar kepada ‘Championships of Malaya’.Pada 1940

hingga 1948, aktiviti olahraga dihentikan sekali lagi kerana Perang Dunia Kedua.

Pada 1952, nama persatuan ditukar pula kepada ‘Federation of Malaya

Amateur Athletic Union’ (FMAAU) digabungkan bersama dengan Majlis Olimpik

Malaya.

Pada 1960, kejohanan kebangsaan pertama yang menggunakan peraturan-

peraturan baru telah diadakan di Seremban, rekod-rekod kebangsaan telah diiktiraf.

Pada 1960 hingga 1962, Kejohanan turut disertai oleh peserta-peserta dari luar

negara.

Dengan penubuhan Malaysia pada tahun 1963, FMAAU ditukar kepada

‘Malaysia Amateur Athletics Union’ (MAAU). Presiden MAAU yang pertama ialah

Datuk Mohamed Ghazali bin Shafie.Pada 1964, kejohanan pertama di bawah MAAU

diadakan. Semua negeri di Malaysia mengambil bahagian.

Page 2: Sejarah Dan Perkembangan Olahraga Di Malaysia

Pada tahun 1962 satu kejayaan besar tercatat di dalam sejarah sukan

olahraga di Malaysia apabila M.Jegathesan buat pertama kalinya telah memenangi

pingat dalam acara 200 meter di Sukan Asia keempat yang berlangsung di Jakarta,

Indonesia. M.Jegathesan, ketika itu seorang penuntut perubatan yang berumur 19

tahun telah dapat memecahkan rekod Sukan Asia di dalam acara tersebut dengan

masa 21.3 saat.

Majlis Olimpik Tanah Melayu yang ditubuhkan pada tahun 1953 demi usaha

meninggikan mutu sukan negara telah mendedahkan ahli-ahli sukan negara

terutamanya dalam lapangan olahraga dengan menyertai kejohanan dan sukan-

sukan yang dianjurkan oleh badan-badan Sukan Antarabangsa.

Sejak dari tahun 1945 Tanah Melayu telahpun menyertai kejohanan-

kejohanan seperti Sukan Asia Kedua di Manila 1954, Sukan Olimpik di Melbourne

1956 , Sukan Asia Ketiga di Tokyo 1958, Sukan Commonwealth di Cardiff 1959 dan

Sukan Olimpik di Rome 1962 tetapi di dalam kejohanan-kejohanan tersebut ahli

sukan olahraga Tanah Melayu telah mendapatkan pingat emas.

Walaupun ahli sukan olahraga telah berjaya mengondol beberapa pingat

emas di sukan SEAP 1959 dan 1961, tetapi pencapaian ini belum lagi merupakan

satu kejayaan besar. Akhirnya dengan kegiatan-kegiatan yang dijalankan selama ini

oleh Kesatuan Olahraga Amator Tanah Melayu, pada tahun 1962, M. Jegathesan

telah berjaya mengondol pingat emas yang pertama dalam acara 200 meter di

Sukan Asia Keempat di Jakarta, Indonesia dengan mencipta rekod baru dengan

masa 21.3 saat.

Kejayaan ini juga merupakan detik permulaan kemunculan dan kemajuan

yang pesat dalam lapangan sukan olahraga Tanah Melayu dan kemudiannya

Malaysia. Kesatuan Olahraga Amator Malaysia yang ditubuhkan pada bulan Mac

1964 dan dipengerusikan oleh Datuk Mohd Ghazali bin Shafie di dalam kegiatannya

telah merancang Rancangan Lima Tahun untuk Sukan Olahraga negara. Hasil dari

rancangan ini sukan olahraga dapat menaikkan dan mengharumkan nama negara

kita pada tahun-tahun 1960an.

Di antara kejayaan yang telah dicapai oleh ahli-ahli sukan olahraga itu ialah Sukan

Olimpik 1964 di Tokyo M. Jegathesan telah berjaya memasuki pertandingan separuh

akhir acara 200 meter; di Sukan SEAP Kuala Lumpur 1965 pula 19 pingat emas

telah digondol dan 16 rekod baru pula telah dicipta; sementara dalam Sukan Asia di

Tokyo 1966, 2 dari 7 pingat emas telah diperolehi dari sukan olahraga.