sebagai duta bahasa tiga lagi dilantik language learning...ni kata yang dipanggil lumba lirik. ......

1
SAYA yakin masyarakat akan terus me- nyokong Bulan Bahasa kali ini dalam usaha kita untuk memelihara dan memajukan lagi bahasa Melayu. Sukacita saya maklumkan bahawa tema Bulan Bahasa tahun ini adalah Kukuhnya Nilai Eloklah Budi. Mengapa kita memilih tema ini? Tema ini bertujuan memberikan pene- kanan bahawa bahasa tidak harus dilihat daripada setakat aspek teknikal, aspek ko- munikasi atau pendidikan. Tetapi bahasa ju- ga mencerminkan hati budi kita orang Me- layu, nilai-nilai dan identiti kita. Cara-cara kita menggunakan bahasa, me- nyampaikan hasrat hati, melafazkan kata-ka- ta yang penuh hormat, memaparkan nilai dan identiti kita. Kita lihat saja dalam pengamalan tradisi kita, contohnya adat meminang, pertunan- gan dan pernikahan. Kita gunakan tutur bi- cara yang halus, lembut penuh dengan san- tun dan kata-kata yang tersusun rapi. Kata-kata yang digunakan dan ucapan yang dilafazkan ternyata berbeza daripada bahasa harian. Rasa saling hormat-menghormati terpan- car, dan ini melambangkan nilai dan budi yang harus kita pelihara. Kita dapat lihat dengan lenggang lenggok bahasa yang di- ucapkan serta pergerakan bahasa isyarat melalui mata, tangan dan pergerakan tubuh badan. Kesemuanya adalah nilai bahasa dan bu- di. Budi pekerti dan nilai murni seperti be- ralas walaupun dalam perbualan harian ada- lah satu warisan kita yang tidak harus kita abaikan, terutama dalam keadaan dunia yang bergerak pantas pada hari ini. Lantas, Bulan Bahasa kali ini memberi- kan tumpuan pada aspek nilai dan budi yang dapat diserap dengan kerapnya peng- gunaan bahasa Melayu yang bersantun, se- suai dengan ciri-ciri masyarakat Melayu yang mengutamakan adab ketika berba- hasa. Nilai, budi dan bahasa merupakan ele- men yang amat mesra bagai isi dengan kuku. Dengan amalan berbudi ketika berba- hasa, kita akan mengambil kira perkataan yang kita pilih, dan cara menyampaikan maksud dengan tatatertib. Setiap kelakuan atau tindakan yang di- lakukan berdasarkan nilai yang kita yakini atau percaya. Oleh itu, sewajarnya kita memperkukuhkan lagi nilai ini. Adat Melayu menganjurkan kita berbudi (berkelakuan baik) tidak kira masa dan tem- pat dan kepada sesiapa sekalipun. Budi yang elok menunjukkan seseorang itu mempunyai budi pekerti dan berhemah tinggi dalam tindakan mereka dengan kelu- arga, rakan dan masyarakat sekeliling mere- ka. Sungguhpun Inggeris menjadi bahasa uta- ma di kalangan ramai anggota masyarakat kita, tentunya harapan kita mahu melihat ba- hasa Melayu tetap mewarnai masyarakat ki- ta, dan caranya ialah jika kita dapat mengembangkan lagi menerusi pengukuhan nilai dan budi kita, lantas ia amat sesuai men- jadi tema bulan bahasa tahun ini. Bahasa kita bukan milik pakar saja, atau digunakan oleh mereka yang mahir dan sele- sa menggunakannya. Ia adalah milik kita se- mua, kerana ia adalah warisan kita, jadi kita perlu meluaskan jangkauan untuk mempro- mosi bahasa Melayu sempena Bulan Bahasa seluas mungkin, termasuk di media sosial. Saya juga berharap Bulan Bahasa tahun ini dapat memberi peluang kepada golongan muda yang kurang fasih berbahasa Melayu membina keyakinan dalam menggunakan seberapa boleh bahasa Melayu. Kami juga berharap masyarakat peniaga dan seluruh lapisan masyarakat dapat mem- bantu kita menjayakan Bulan Bahasa tahun ini. Pelbagai individu dan kumpulan akan tu- rut terlibat dalam Bulan Bahasa. Marilah kita sama-sama memberi kerjasa- ma kepada mereka untuk menjayakan Bu- lan Bahasa ini, berserta ramai lagi sukarela- wan yang aktif dan sedia membantu. Dengan acara ini sebagai wadah untuk mendekati pelbagai lapisan masyarakat, ka- mi telah mengatur pelbagai program dan kegiatan untuk masyarakat, di kejiranan dan sebagainya. Bersamalah kita menyokong dan mema- jukan Bulan Bahasa 2012. Marilah kita men- gajak masyarakat menggunakan bahasa Me- layu sekerap yang boleh dalam setiap ruang dan peluang yang ada. Bahasa cermin hati budi, nilai dan identiti kita Sedutan ucapan Pengerusi Bulan Bahasa 2012, Encik Zaqy Mohamad, dalam sidang media Bulan Bahasa semalam.

Upload: phungnhu

Post on 02-Jun-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Oleh SHAMSUL [email protected]

SERAMAI tiga Duta Bahasa yang baru te-lah dilantik sempena Bulan Bahasa 2012 men-jadikan duta yang ada kini berjumlah 14orang.

Mereka terdiri daripada pemberita, EncikDaud Yusof; penyanyi, Encik Imran Ajmain;dan mahasiswa yang juga penulis novel, CikMunirah Jaafar.

Pelantikan itu diumumkan dalam satu si-dang media Bulan Bahasa di Perpustakaan Es-planade semalam.

“Individu-individu yang terkenal ini dipilihkerana usaha mereka secara aktif meng-gunakan dan menggalakkan penggunaan baha-sa Melayu yang baik dan kreatif,” kata Pe-ngerusi Bulan Bahasa 2012, Encik Zaqy Moha-mad.

Muka-muka baru itu, bersama-sama Jawa-tankuasa Kerja Bulan Bahasa, akan ditugas-kan mencerna idea-idea kreatif untuk meng-galak penggunaan dan pengayaan bahasa danbudaya Melayu di kalangan masyarakat.

Mengalu-alukan sokongan mereka, EncikZaqy berkata setiap duta baru itu mempunyaikekuatan penggunaan bahasa Melayu dalambidang masing-masing, dan beliau berharappengalaman mereka dapat dikongsi bersamamasyarakat untuk menjadikan penggunaan ba-hasa Melayu lebih menarik.

“Imran ialah seorang artis yang berbakat.Muzik beliau dapat memikat golongan emasdan muda. Beliau begitu ghairah mengenai Bu-lan Bahasa 2012 dan tampil untuk memberi-kan sumbangan, termasuk mengilhamkan kon-sep video kami, dan juga beberapa acara ka-mi.

“Daud, wajah yang tidak asing lagi. BahasaMelayu dan komunikasi menjadi asam garamhidupnya.

“Munirah pula mempunyai bakat yang se-makin bersinar dalam bidang penulisan. Inisatu contoh bahawa bahasa masih boleh terusdikembangkan oleh golongan muda kita,” ka-ta Encik Zaqy.

Encik Daud, 44 tahun, ketika menjelaskanmotivasinya untuk menjadi seorang Duta Ba-hasa, berkata:

“Ini satu sumbangan yang sederhana dari-pada saya dengan menyahut tawaran menjadiseorang Duta Bahasa Melayu.

“Melayu ialah bahasa saya, bahasa kita. Ki-ta perlu kekalkan bahasa kita daripada hilangpengaruhnya, khususnya di kalangan generasiMelayu akan datang di Singapura.

“Melayu juga bahasa budaya kita. Tanpa-nya, dan tanpa keupayaan menyampaikannyadengan berkesan, kita mungkin hilang kemam-puan untuk bersuara sebagai orang Melayu.”

Mendedahkan rancangannya untuk mena-rik masyarakat menyemarakkan penggunaanbahasa Melayu, Encik Imran berkata selainmenggunakan wadah media baru seperti Twit-ter, beliau akan mengadakan pertandingan se-ni kata yang dipanggil Lumba Lirik.

“Saya akan sediakan serangkap nyanyiansaya setiap minggu dan orang ramai akan sam-bung liriknya.

“Lirik yang dipilih kemudian akan di-gabung dan saya akan hasilkan lagu yang siapdalam format MP3,” kata Encik Imran, 31tahun.

Cik Munirah, 19 tahun, pula mahu menun-jukkan bahawa “bahasa Melayu masih rele-van di kalangan pengguna muda” seperti be-liau.

Penuntut Institut Pendidikan Nasional(NIE) itu telah menghasilkan dua novel yangditerbit di Malaysia.

Seramai 14 Duta Bahasa telah dilantik se-jak 2010.

Dalam tahun pertama Duta Bahasadiperkenalkan pada 2010, wartawan BeritaHarian, Encik Hisham Hasim; Idola Singapu-ra, Taufik Batisah; deejay radio, Zaza Majiddan Dyn Norahim; pembaca berita dan war-tawan penyiar, Encik Riz Sunawan; peguam,Cik Rahayu Mahzam; penyiar ikon, Cik As-mah Laili; dan perunding cara perniagaan, En-cik Suhaimi Salleh, telah dipilih.

Tiga lagi dilantik pada 2011 – adik NoshinPutri Adel; pakar perbidanan dan sakit puan,Dr Jazlan Joosoph; dan arkitek serta perso-naliti media, Encik Khairudin Saharom.

SAYA yakin masyarakat akan terus me-nyokong Bulan Bahasa kali ini dalam usahakita untuk memelihara dan memajukan lagibahasa Melayu.

Sukacita saya maklumkan bahawa temaBulan Bahasa tahun ini adalah KukuhnyaNilai Eloklah Budi.

Mengapa kita memilih tema ini?Tema ini bertujuan memberikan pene-

kanan bahawa bahasa tidak harus dilihatdaripada setakat aspek teknikal, aspek ko-munikasi atau pendidikan. Tetapi bahasa ju-ga mencerminkan hati budi kita orang Me-layu, nilai-nilai dan identiti kita.

Cara-cara kita menggunakan bahasa, me-nyampaikan hasrat hati, melafazkan kata-ka-ta yang penuh hormat, memaparkan nilaidan identiti kita.

Kita lihat saja dalam pengamalan tradisikita, contohnya adat meminang, pertunan-gan dan pernikahan. Kita gunakan tutur bi-cara yang halus, lembut penuh dengan san-tun dan kata-kata yang tersusun rapi.

Kata-kata yang digunakan dan ucapanyang dilafazkan ternyata berbeza daripadabahasa harian.

Rasa saling hormat-menghormati terpan-car, dan ini melambangkan nilai dan budiyang harus kita pelihara. Kita dapat lihatdengan lenggang lenggok bahasa yang di-ucapkan serta pergerakan bahasa isyaratmelalui mata, tangan dan pergerakan tubuhbadan.

Kesemuanya adalah nilai bahasa dan bu-di. Budi pekerti dan nilai murni seperti be-

ralas walaupun dalam perbualan harian ada-lah satu warisan kita yang tidak harus kitaabaikan, terutama dalam keadaan duniayang bergerak pantas pada hari ini.

Lantas, Bulan Bahasa kali ini memberi-kan tumpuan pada aspek nilai dan budiyang dapat diserap dengan kerapnya peng-gunaan bahasa Melayu yang bersantun, se-suai dengan ciri-ciri masyarakat Melayuyang mengutamakan adab ketika berba-hasa.

Nilai, budi dan bahasa merupakan ele-men yang amat mesra bagai isi dengankuku.

Dengan amalan berbudi ketika berba-hasa, kita akan mengambil kira perkataanyang kita pilih, dan cara menyampaikanmaksud dengan tatatertib.

Setiap kelakuan atau tindakan yang di-lakukan berdasarkan nilai yang kita yakiniatau percaya. Oleh itu, sewajarnya kitamemperkukuhkan lagi nilai ini.

Adat Melayu menganjurkan kita berbudi(berkelakuan baik) tidak kira masa dan tem-pat dan kepada sesiapa sekalipun.

Budi yang elok menunjukkan seseorangitu mempunyai budi pekerti dan berhemahtinggi dalam tindakan mereka dengan kelu-arga, rakan dan masyarakat sekeliling mere-ka.

Sungguhpun Inggeris menjadi bahasa uta-ma di kalangan ramai anggota masyarakatkita, tentunya harapan kita mahu melihat ba-hasa Melayu tetap mewarnai masyarakat ki-ta, dan caranya ialah jika kita dapat

mengembangkan lagi menerusi pengukuhannilai dan budi kita, lantas ia amat sesuai men-jadi tema bulan bahasa tahun ini.

Bahasa kita bukan milik pakar saja, ataudigunakan oleh mereka yang mahir dan sele-sa menggunakannya. Ia adalah milik kita se-mua, kerana ia adalah warisan kita, jadi kitaperlu meluaskan jangkauan untuk mempro-mosi bahasa Melayu sempena Bulan Bahasaseluas mungkin, termasuk di media sosial.

Saya juga berharap Bulan Bahasa tahunini dapat memberi peluang kepada golonganmuda yang kurang fasih berbahasa Melayumembina keyakinan dalam menggunakanseberapa boleh bahasa Melayu.

Kami juga berharap masyarakat peniagadan seluruh lapisan masyarakat dapat mem-bantu kita menjayakan Bulan Bahasa tahunini.

Pelbagai individu dan kumpulan akan tu-rut terlibat dalam Bulan Bahasa.

Marilah kita sama-sama memberi kerjasa-ma kepada mereka untuk menjayakan Bu-lan Bahasa ini, berserta ramai lagi sukarela-wan yang aktif dan sedia membantu.

Dengan acara ini sebagai wadah untukmendekati pelbagai lapisan masyarakat, ka-mi telah mengatur pelbagai program dankegiatan untuk masyarakat, di kejiranandan sebagainya.

Bersamalah kita menyokong dan mema-jukan Bulan Bahasa 2012. Marilah kita men-gajak masyarakat menggunakan bahasa Me-layu sekerap yang boleh dalam setiap ruangdan peluang yang ada.

Tiga lagi dilantiksebagai Duta Bahasa

Bahasa cermin hati budi, nilai dan identiti kita

TIGA LAGI DUTA BAHASA: Duta Bahasa yang baru dilantik – Encik Daud Yusof (kiri), Cik Munirah Jaafardan Encik Imran Ajmain – sedang bergambar dengan Pengerusi Bulan Bahasa 2012, Encik ZaqyMohamad (dua dari kiri). – Foto TAUFIK A. KADER

Sedutan ucapan Pengerusi Bulan Bahasa 2012, Encik Zaqy Mohamad, dalam sidang media Bulan

Bahasa semalam.

BULAN BAHASA

4 Berita Harian4 Jumaat, 8 Jun 2012 DALAM NEGERI