sce3110tugasan

15
INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM 08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMAN Tel: 04-4218621/4218622/4218646. FAX : 04-4218582 PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG) BAHAN HASIL PENEROKAAN ANGKASA LEPAS NAMA : ZAININA BINTI SUDIN I.C.NO : 681014-02-5396 No. Tel : 019-4285918 KUMPULAN : SCE5R ( AMBILAN JUN 2011 ) KOD KURSUS : SCE 3110 BUMI DAN ANGKASA LEPAS .

Upload: mdrozifiak

Post on 30-Sep-2015

227 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM08000 SUNGAI PETANI, KEDAH DARUL AMANTel: 04-4218621/4218622/4218646. FAX : 04-4218582

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU (PPG)

BAHAN HASIL PENEROKAAN ANGKASA LEPAS

NAMA: ZAININA BINTI SUDINI.C.NO:681014-02-5396No. Tel:019-4285918KUMPULAN:SCE5R ( AMBILAN JUN 2011 )KOD KURSUS: SCE 3110BUMI DAN ANGKASA LEPAS.NAMA PENSYARAH:DR CHUA GHONG SAIR

BAHAN HASIL PENEROKAAN ANGKASA LEPASPengenalanPenerokaan angkasa lepas telah banyak memberi manfaat terhadap perkembangan sains dan teknologi. Kejayaan negara-negara Barat terutamanya Amerika Syarikat dan Russia banyak bergantung kepada kemampuan mereka untuk menghasilkan teknologi moden terutama yang berkaitan dengan penerokaan angkasa lepas. Keadaan ini menyebabkan negara-negara lain terutama China dan Jepun serta India turut berusaha memajukan teknologi angkasa lepas mereka. Sememangnya banyak impak positif yang dihasilkan oleh penerokaan angkasa lepas terhadap kehidupan manusia.Semenjak kali pertama manusia berjaya dihantar ke angkasa lepas pada tahun 1961 oleh Soviet Union ketika itu,banyak misi yang telah dirancang untuk meletakkan manusia tinggal tinggal di angkasa lepas lebih daripada 3 bulan dan berjaya disempurnakan.Proses untuk menyempurnakan sesuatu misi telah menghasilkan kajian sampingan seperti keperluan makanan dan nutrisi angkasawan,kesan persekitaran angkasa terhadap fisiologi dan fizikal angkasawan,keperluan alatan yang erhgonomik untuk membantu angkasawan bekerja di stesen angkasa dan isu pencegahan dan keselamatan di dalam kapal angkasa.Beberapa contoh hasil daripada kajian sampingan ini adalah seperti terhasilnya makanan bayi yang diperkaya dengan nutrisi daripada mikro-alga yang sangant baik untuk perkembangan mental dan visual bayi yang dikenali sebagai Formulaid.Ia dihasilkan daripada kajian NationalAeronautics and Space Administration (NASA) mengenai pembekalan nutrisi yang senang dihasilkan,berkualiti tinggidan mencukupi untuk kru angkasa disamping keupayaan alga tersebut berfungsi sebagai agen kitar semula.Impak positif yang ketara ialah penerokaan angkasa lepas telah memajukan bidang teknologi maklumat terutama yang berkaitan dengan teknologi internet. Penghasilan lebih banyak satelit di ruang angkasa bumi telah memudahkan perhubungan atau komunikasi tanpa batasan sempadan diwujudkan. Kemajuan dalam bidang teknologi maklumat ini menjadikan bidang komunikasi, keselamatan dan pertahanan semakin berkembang maju selaras dengan kemajuan penerokaan angkasa lepas itu.

Malah, aktiviti penerokaan yang berani ini berupaya meninggikan kemampuan teknologi pemantauan manusia sejagat pula. Penggunaan satelit dan kapal angkasa menjadikan gambar-gambar lebih mudah untuk diambil dan dirakam dari sudut yang lebih baik dan sesuai. Semua hasil gambar ini memudahkan ahli saintis untuk membuat ramalan tentang keadaan geografi dan juga membantu merancang manusia untuk menjalankan projek pembangunan dengan lebih mesra alam lagi. Pada masa yang sama, teknologi moden ini boleh digunakan juga untuk memantau perubahan cuaca dan kadar pencemaran alam dengan lebih menyeluruh. Sesungguhnya, teknologi pemantauan manusia menjadi lebih maju dan berkembang dengan adanya usaha-usaha menjalankan penerokaan angkasa lepas itu.

Remote sensing (Penderiaan Jarak Jauh)Penderiaan jarak jauh (remote sensing) merupakan pemerolehan maklumat berskala kecil atau besar bagi sebarang objek atau fenomena,dengan menggunakan peranti penderiaan masa benar atau rakaman yang tidak bersentuhan atau dengan jarak dekat (seperti kapal terbang,satelit,belon atau kapal).Penderiaan jarak jauh merupakan pengumpulan melalui pelbagai peranti untuk mengumpulkan bagi objek atau kawasan yang diberikan.Contohnya,platform pengumpulan cerapan Bumi atau satelit cuaca,platform belon cuaca mencerap lautan dan atmosera,memerhati kandungan melalui ultrabunyi,Pengimejan Resonans Magnetik (MRI),Tomografi Pancaran Positron (PET) dan menyiasat angkasa semuanya menggunakan penderiaan jarak jauh.Perkataan remote sensing (penderiaan jarak jauh) telah digunakan pertama kali oleh seorang ahli geografi pada tahun 1960 an untuk penyelidikan tentera laut di Amerika Syarikat.Pada waktu itu,teknologi tersebut digunakan untuk tujuan ketenteraan dan kini skopnya telah berubah secara meluaskepada masyarakat.Teknologi remote sensing dikaitakan dengan penggunaan satelit.Titik permulaan dalam merancakkan lagi penggunaan remote sensing apabila sistem radar dan sistem infra dicipta.Apabila satelit LanSAT-1 dilancarkan di Amerika Syarikat pada tahun 1972,Bumi dapat dilihat sebagai bentuk muka bumi yang luas. Penambahbaikan terus dilakukan dari masa ke semasa seiring dengan pembangunan arus teknologi terkini untuk memperolehi maklumat atau data yang tepat untuk kegunaan bidang berkaitan.

.

Geospatial pula merangkumi keseluruhan aspek,bermakna data atau maklumat yang menentukan lokasi dan ciri-ciri alam semulajadi atau buatan manusia di bumi termasuklah remote sensing system maklumat geografi (GIS) dan sistem kedudukan global (GPS).

Remote sensing adalah cabang geospatial.Kaedah pengukuran remote sensing dijalankan dengan menerima dan merekodkan tenaga sama ada yang dipancarkan (emitted) atau dipantulkan (reflected) oleh permukaan bumi.

Komponen asas kaedah pengukuran remote sensing memerlukan sumber tenaga elektromagnetik,permukaan yang dicerap dan sensor.Sumber tenaga elekektromagnetik itu adalah sama ada daripada matahari atau satelit itu sendiri.

Biasanya permukaan yang dicerap oleh sistem remote sensing yang berguna bagi perikanan dan nelayan adalah permukaan laut.Sensor ini dipasang pada satelit.Ianya juga turut dipasang pada kapal terbang.

Tenaga elektromagnetik yang melalui atmosfera dari matahari atau satelit akan berinteraksi dengan atmosfera. Interaksi dengan atmosfera yang berlaku adalah serakan dan serapan.Ini boleh berlaku dua kali jika tenaga bergerak dari sumber matahari ke permukaan dan kemudian kepada sensor satelit.

Tenaga elektromagnetik tersebut boleh juga dipengaruhi oleh sasaran. Ia boleh diserap, digambarkan, atau boleh melepasi sasaran.Semua ini seperti kesan penyerakan, penyerapan dan pantulan yang boleh memberikan kesan dan menjejaskan kualiti data remote sensing.

Selepas sensor menerima tenaga elektromagnetik, ia dihantar ke stesen penerimaan dan pemprosesan di mana ia ditukarkan kepada data digital yang kemudiannya ditukar menjadi imej (carta) dengan menggunakan model komputer.Akhirnya, imej ditafsirkan untuk mendapatkan maklumat mengenai sasaran.

Tenaga elektromagnetik dalam bentuk gelombang cahaya dan gelombang mikro (microwave) adalah jenis tenaga yang sering di ukur oleh sistem remote sensing bagi tujuan oseanografi.Terdapat tiga jenis cahaya di dalam spektrum electromagnet iaitu ; ultraviolet, sinar nampak (visible) dan inframerah (infrared).

Cahaya sinar nampak (visible) adalah sering digunakan bagi mencerap Warna Permukaan Laut (Sea Surface Colour), manakala sinar infra merah pula digunakan untuk mencerap Suhu Permukaan Laut (Sea Surface Temperature, SST) dan gelombang mikro digunakan bagi mencerap Ketinggian Permukaan Laut (Sea Surface Height, SSH).

Semua maklumat ini boleh digunakan oseanografer dan nelayan bagi menentukan kawasan yang berpotensi tinggi mempunyai ikan dan produktiviti tinggi. Warna Permukaan Laut/Sea Surface Color (SSC).

Peta Suhu Permukaan Laut (SST) yang menunjukkan suhu laut bagi tujuan penangkapan ikan

Peta atau carta warna permukaan laut boleh dihasilkan daripada teknologi remote sensing.Warna permukaan laut memberikan petunjuk dan mendedahkan kandungan klorofil-a atau pigmen biru-hijau yang menunjukkan kehadiran fitoplankton di sesuatu lokasi lautan.

Fitoplankton adalah pengeluar utama di lautan.Plankton di lautan menggunakan cahaya matahari dan nutrien, bersama-sama dengan klorofil-a, untuk proses fotosintesis bagi pengeluaran makanan untuk pertumbuhan serta pembiakan.

Organisma hidup yang lain di laut bergantung kepada pertumbuhan ini sama ada secara langsung atau tidak langsung untuk pertumbuhan dan pembesaran serta pembiakan.Ikan pemangsa yang besar seperti tuna, bagaimanapun, tidak memakan plankton alga. Ikan yang besar akan memakan ikan-ikan kecil dan invertebrate, yang memakan haiwan plankton, manakala haiwan plankton pula memakan plankton alga. Ini adalah rantaian makanan di laut luas.

Kehadiran klorofil juga boleh menjadi penunjuk kehadiran cyanobacteria seperti Trichodesmium yang tidak termasuk ke dalam rantai makanan di laut.Oleh itu, data remote sensing warna permukaan laut yang menunjukkan kawasan-kawasan yang tinggi produktiviti utama mungkin berguna kepada nelayan mensasarkan spesies pelagik yang kecil tetapi hanya sedikit penggunaan untuk longline nelayan mensasarkan ikan-ikan yang besar.

Suhu Permukaan Laut (SST) di cerap oleh satelit remote sensing secara berkala di keseluruhan lautan di dunia dan carta SST global dihasilkan bagi digunakan oleh oceanographers dan penyelidik biologi perikanan.

SST adalah salah satu parameter alam sekitar yang paling penting digunakan oleh nelayan untuk mencari kawasan penangkapan ikan yang baik.

Ikan pelagik seperti albacore tuna (Thunnus alulunga), bigeye tuna (Thunnus obesus), cakalang tuna (Katsuwonus pelamis), berjalur marlin (Tetrapturus Audax), ikan todak (Xiphias gladius) dan Yellowfin (albacores Thunnus) mempunyai keutamaan untuk air dengan suhu tertentu seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah. SST boleh ditunjukkan pada carta SST.Perkembangan pesat pembangunan teknilogi remote sensing dan GIS di Malaysia bermula pada era 80 an,terutamanya dalam aspek pemantauan terhadap alam sekitar dan pemajuan sesuatu kawasan untuk dijadikan sebagai kawasan penempatan,pertanian dan pewujudan bandar-bandar baharu yang lebih terancang dan tersusun.Penggunaan teknologi ini dalam menilai sumber-sumber hutan,mengesan hakisan tanah,memantau ekologi marin dan perancangan Bandar telah terbukti dapat membekalkan data yang terkini dan tepat,disamping menjimatkan kos,masa dan tenaga kerja berbanding dengan cara konvensional telah mendorong kerajaan menubuhkan Pusat Remote Sensing (MACRES) pada tahun 1988.Di Malaysia, teknologi remote sensing telah mula digunapakai dalam bidang perancangan bandar sejak tahun 2000. Penggunaan kaedah remote sensing secara umumnya telah digunakan sebagai asas untuk menentukan sempadan perbandaran (urban boundary), tepubina, klasifikasi guna tanah mengikut kelas umum dan di dalam aspek-aspek pembangunan sesuatu perancangan bandar yang terancang. Khusus bagi perancangan bandar, data-data yang di perolehi daripada teknologi remote sensing adalah amat berguna untuk dijadikan sebagai maklumat dan panduan di dalam membuat penyelidikan serta arah tuju pembangunan.Pengunaan tanah bagi sesuatu kawasan sentiasa mengalami perubahan yang berterusan. Perubahan ini dapat diperhatikan melalui pemetaan kawasan tersebut. Pertambahan populasi penduduk serta aktiviti yang dijalankan adalah sesuatu yang amat penting untuk tujuan perancangan bandar yang lebih berkesan. Kaedah remote sensing juga dapat membantu dalam menyediakan peta-peta gunatanah bagi tujuan perancangan bandar, Ini kerana kaedah remote sensing dapat merakam imej dari udara, mengesan setiap perubahan guna tanah dan membuat klasifikasi ke atas tanah dari masa ke semasa. Data berbentuk digital yang diperolehi melalui kaedah remote sensing akan ditukar kepada maklumat berbentuk peta guna tanah dengan menggunakan perisian sistematik. Dengan kaedah ini ia dapat menjimatkan masa, lebih mudah dan data yang diperolehi lebih tepat.

Kesimpulannya semua usaha meneroka angkasa lepas itu bukanlah sesuatu yang membazir. Pelbagai hasil yang positif terutama kajian sains akan memberikan manusia satu informasi yang berguna pula terutama jika semua usaha ini berkonsepkan kerjasama sejagat. Kita harus sedar bahawa semakin banyak maklumat yang kita ketahui tentang angkasa lepas semakin baiklah prospek kehidupan kita kelak. Jadi, usaha penerokaan angkasa lepas ini perlu diteruskan.

Alat MRTA yang digunakan untuk pesakit tulangTeknologi angkasa lepas juga menyumbang kepada kecanggihan sistem pemantauan untuk aliran trafik di lebuh raya. Dengan mengadaptasi kecanggihan perisian dan sistem berkomputer di sebuah stesen bumi (Pusat Kawal dan Perintah di Bumi), aliran trafik di seluruh lebuh raya dapat dipantau dan jika berlaku kemalangan ia dapat dikesan dalam masa 2 minit sahaja berbanding 20 minit pemantauan secara manual.

Teknologi navigasi yang digunakan untuk Pemanduan Hijau (Green Drive)

Selain daripada itu, teknologi navigasi kapal angkasa(Global Positioning System-GPS)yang pada peringkat awalnya dicipta untuk tujuan satelit intipan kini memberi kemudahan yang tak tercapai sebelum ini kepada pengguna jalan raya, pelancong dan pengembara. Selain untuk tujuan pandu arah, teknologi ini juga membantu kepada pemanduan hijau(Green Drive)yang mana pemandu akan dibantu untuk memilih jalan yang kurang sesak, diberi panduan tentang keadaan jalan dan kawasan kerja penyelenggaraan. Maklumat ini digunakan untuk memberi cadangan kepada pemandu untuk memecut, menekan brek atau berada pada kelajuan tetap dan pada masa yang sama dapat menjimatkan petrol dan masa. Teknologi ini juga digunakan untuk mengatur jadual bas yang fleksibel berdasarkan permintaan di kawasan pedalaman di Belgium.Diharapkan dengan hasil teknologi angkasa lepas yang semakin berkembang dalam pelbagai bidang dapat meningkatkan lagi taraf hidup manusia sejagat terutama di Malaysia.dengan penggunaan bahan yang baharu dan lebih inovasi lagi.

Rujukan1. Artikel Penuh:http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_23.htm#ixzz2gMgsjMc3 Utusan Melayu (M) Bhd

2. www.eng.upm.edu.my/webkaw/geobook/Bab7.doc3. smp.townplan.gov.my/blog/?p=63724. www.tutor.com.my/tutor/.../index.asp?y5. amanfalaksmkkb.wordpress.com6. http://www.majalahsains.com/2010/10/sumbangan-teknologi-angkasa-lepas/7. http://www.nec.com/en/global/solutions/space/remote_sensing/index.html

Lampiran