saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini

5
Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini, seperti masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial (20%) dan masalah salah laku ( 35%). Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat, masalah yang sering berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku, iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah Bahasa Melayu. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali diberikan aktiviti susulan. Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya telah mengajak murid-murid untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan mencungkil masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid tanpa bahasa. Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti bahawa punca–punca masalah ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah serta bahan pengajaran yang tidak sesuai. Kebanyakan murid adalah bersikap negatif, tidak bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka dan mudah dipengaruhi oleh rakan sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat bahawa angka–angka yang dipelajari

Upload: mohd-hazreek-zainal

Post on 12-Apr-2017

100 views

Category:

Education


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini

Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini,

seperti masalah peribadi (5%), masalah emosi (15%), masalah akademik (25%), masalah sosial

(20%) dan masalah salah laku ( 35%).

Berdasarkan kepada jadual kekerapan masalah murid yang telah dibuat, masalah yang sering

berlaku dan agak serius ialah masalah salah laku, iaitu murid tidak menyiapkan kerja rumah

Bahasa Melayu. Ada yang menyiapkan separuh dari kerja rumah mereka dan terdapat juga di

antara mereka yang langsung tidak mengambil perhatian ke atas kerja rumah pada setiap kali

diberikan aktiviti susulan. Untuk mengenal pasti murid yang bermasalah, saya telah mengajak

murid-murid untuk berbincang. Melalui sesi temu bual, saya akan cuba mengenal pasti dan

mencungkil masalah daripada murid. Pada masa yang sama, saya juga menggunakan kaedah

pemerhatian, iaitu menyediakan rekod anekdot untuk mengumpul maklumat tingkah laku murid

tanpa bahasa.

Berdasarkan kepada laporan pemerhatian yang telah dibuat, saya telah mengenal pasti bahawa

punca–punca masalah ini adalah disebabkan oleh diri murid, rakan sebaya keluarga dan kaedah

serta bahan pengajaran yang tidak sesuai. Kebanyakan murid adalah bersikap negatif, tidak

bertanggungjawab terhadap aktiviti pembelajaran mereka dan mudah dipengaruhi oleh rakan

sebaya yang malas. Selain daripada itu, golongan murid ini tiada dorongan untuk membuat kerja

rumah daripada ibu bapa dan rakan sebaya. Ada sebilangan murid berpendapat bahawa angka–

angka yang dipelajari itu kurang relevan dengan kehidupan sehari–hari. Mereka sukar

memahami bagaimana topik seperti ?Ayat–ayat matematik itu berguna dalam kehidupan

mereka ? Oleh itu, mereka akan berasa bosan dan tidak berminat untuk membuat latihan

Matematik.

Banyak kesan yang akan dihadapi oleh guru dan murid sekiranya masalah ini masih terus berlaku

lagi di kelas. Pertama, kesan terhadap aktiviti pengajaran, peruntukan masa serta penilaian guru

akan terganggu dan terjejas seperti guru tidak dapat menjalankan aktiviti pengajaran dengan

baik, terpaksa memperuntukkan banyak masa untuk menjalankan penyelesaian dan tidak dapat

menerima maklum balas murid melalui aktiviti susulan. Kedua, kesan terhadap aktiviti

pembelajaran dan tabiat murid, seperti tidak mempunyai peluang mengaplikasikan dan

Page 2: Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini

mengukuhkan konsep atau kemahiran yang baru mereka belajar serta mengamalkan sikap malas

dan tidak bertanggungjawab.

Pada pendapat saya, pujian dan kata–kata perangsang ialah satu jenis alat rangsangan yang tidak

terlazim. Warna juga boleh dijadikan sebagai alat rangsangan yang tidak terlazim, seperti warna

merah. Ia boleh merangsangkan seseorang itu cepat merasa lapar dan ingin makan dengan

banyak. Oleh sebab itu, banyak kedai makan suka dicat dengan warna yang terang seperti merah,

kuning atau biru.Untuk memberikan rangsangan kepada murid, saya telah menggunakan teknik

peneguhan positif, iaitu memberi motivasi dalam bentuk pujian dan kata–kata perangsang untuk

menyiapkan kerja rumah Matematik. Tetapi, penyelesaian ini tidak berkesan dan kurang

memuaskan, kerana motivasi yang diberikan oleh guru adalah tidak dapat membangkitkan

tingkah laku positif, iaitu menyiapkan kerja rumah Matematik. Pemikiran murid tidak jauh dan

kurang mementingkan masa depan mereka. Selain daripada itu, golongan murid ini jarang

mendapatkan dorongan untuk menyiapkan kerja rumah daripada ibu bapa atau rakan sebaya.

Selepas itu, saya telah menggunakan teknik peneguhan negatif untuk mengelakkan atau

menghindari kepada murid tidak menyiapkan kerja rumah Matematik. Walaupun peneguhan

negatif diberi untuk membawa kesan yang tidak menyeronokkan atau memalukan, yang ingin

dihindari oleh seseorang individu., tetapi sangat berkesan untuk menghadapi masalah murid,

terutamanya golongan murid yang berumur dalam lingkungan 7?2 tahun. Mereka lebih berasa

takut apabila guru mengambil tindakan untuk mendendanya. Pada pendapat saya, merotan murid

dengan cara yang betul merupakan satu penyelesaian yang sangat berkesan, kerana ia dapat

memberikan demonstrasi kepada murid dengan jelas dan nyata, iaitu merotan murid itu di depan

murid–murid lain apabila tidak menyiapkan kerja rumah. Dengan itu, saya telah membuat satu

eksperimen pada murid–murid, iaitu mana satu kumpulan yang telah kalah dalam kuiz

matematik, mereka akan didenda kehilangan lima minit masa rehat. Eksperimen ini telah berjaya

menunjukkan bahawa murid adalah lebih mengambil perhatian dan penumpuan terhadap

peneguhan negatif, kerana mereka takut menghadapi kesan–kesan peneguhan negatif dan pula

tidak mahu kehilangan layanan yang baik daripada guru. Oleh itu, saya telah menahan murid

yang tidak menyiapkan kerja rumah di dalam kelas untuk menyiapkan kerja rumahnya semasa

rehat ataupun selepas sekolah.

Page 3: Saya telah mengenal pasti pelbagai jenis masalah yang dihadapi oleh murid di sekolah ini

Selain daripada itu, saya juga membuat pengubahsuaian dalam pengurusan strategi pengajaran

dan pembelajaran di dalam kelas, terutamanya menggunakan kaedah dan teknik bermain

dikaitkan dengan kaedah dan teknik mengajar seperti penyelesaian masalah matematik. Saya

juga menggunakan strategi pemusatan bahan, seperti radio, gambar, model, benda konkrit, bahan

bercetak, radas dan kad jalur berpetak dalam proses pengajaraan dan pembelajaran. Bahan

pengajaran yang disediakan itu telah berjaya menarik minat murid untuk membuat tugasan dan

juga mudah difahami oleh setiap murid. Tujuannya adalah untuk merangsangkan murid–murid

supaya mereka dapat memberikan tumpuan dan minat terhadap kerja rumah. Di samping itu,

murid tidak akan berasa bosan dan sebaliknya dia merasa sangat bangga sekiranya berjaya

menyelesaikan tugasan, iaitu latihan dalam buku kerja Matematik. Pada pendapat saya, guru

ialah seorang pelakon, dia mesti pandai menonjolkan kebakatannya supaya terdapat banyak

penonton suka akan lakonannya. Manakala, murid ialah penonton dan dia akan menyaksikan

pertunjukan yang disembahkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, guru mestilah pandai memilih

dan mengurus strategi yang sesuai untuk mencapai objektif jangka panjang sesuatu pendekatan.

Penyelesaian ini juga berkesan untuk menyelesaikan masalah murid dengan baik.

Untuk memahami dan menyelesaikan masalah–masalah murid ini, saya telah mengadakan

perbincangan serta kolaborasi dengan kedua–dua orang guru pembimbing dan juga pensyarah

pembimbing. Selain daripada itu, saya juga cuba membuat pemerhatian dan kajian dengan

sendiri, iaitu mengkaji maklumat–maklumat murid melalui borang soal selidik dan rekod

anekdot yang telah disediakan untuk menyelesaikan masalah murid di dalam kelas ini.