sastyersa

4
1.0 Pengenalan 1.1 Definisi Sastera dan Kesusasteraan Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui bahasa. Perkataan kesusasteraan terbentuk daripada bahasa sanskrit susastera yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S Johnson (1983:2), mereka berpendapat bahawa Kesusasteraan merupakan seni yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan) . Manakala menurut Zalila Sharif dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), Kesusasteraan berkembang daripada dua suku kata iaitu sas dan tra . Kata sas bermaksud mengarahkan, mengajar atau memberi petunjuk. Manakala tra pula menunjukkan alat atau sarana. Oleh itu, sastra boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi arahan. Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa dalam perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri. Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-bagai nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta- merta. Ia juga tidak sama menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza. Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja tetapi seharusnya memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan, penuh

Upload: bocah-sungai-kelambu

Post on 10-Dec-2015

229 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sastera

TRANSCRIPT

Page 1: sastyersa

1.0 Pengenalan

1.1 Definisi Sastera dan Kesusasteraan

Kesusasteraan adalah suatu bentuk ciptaan seni yang disampaikan melalui

bahasa. Perkataan ‘kesusasteraan’ terbentuk daripada bahasa sanskrit ‘susastera’

yang bermaksud huruf atau buku yang indah. Menurut M.K Danziger dan W.S

Johnson (1983:2), mereka berpendapat bahawa “ Kesusasteraan merupakan seni

yang menggunakan kata-kata tanpa memperhitungkan persoalan sama ada kata-

kata itu tertulis(tulisan) atau sekadar diucapkan (lisan)”. Manakala menurut Zalila

Sharif dan Jamilah Hj, Ahmad (1993: 2), “Kesusasteraan berkembang daripada dua

suku kata iaitu “sas” dan “tra”. Kata “sas” bermaksud mengarahkan, mengajar atau

memberi petunjuk. Manakala “tra” pula menunjukkan alat atau sarana. Oleh itu,

sastra boleh diertikan sebagai alat untuk mengajar atau panduan untuk memberi

arahan.

Untuk mengatakan bahawa kusasteraan mempunyai tempat yang istimewa

dalam perkembangan kehidupan seorang kanak-kanak atau pelajar adalah suatu

pernyataan yang tidak menerangkan sesuatu dengan sewajarnya. Sedangkan

kesusasteraan itu jika dibaca beramai-ramai dengan suara yang kuat dalam suatu

suasana yang meriah dan kena pada masanya dapat menjadi suatu cara yang

membolehkan seorang pembaca itu mempelajari dunia mereka sendiri.

Kesusteraan dapat mengisi banyak keperluan dan menyebarkan berbagai-

bagai nilai yang mungkin tidak dapat ditanggap dengan serta-merta. Ia juga tidak

sama menarik dengan suatu permainan komputer atau program televisyen, tetapi

kesusteraan dapat memberikan suatu yang berbeza.

Ciptaan kesusasteraan berbeza dengan ciptaan-ciptaan seni yang lain. Ia

menggunakan bahasa sebagai alat penyampaian. Melalui bahasa, keindahan

kesusteraan dapat dirasakan oleh setiap pembacanya. Dengan bahasa juga mereka

dapat menggarap isi dan tujuan sambil menghayati segala pengalaman dan

perasaan yang tercurah. Sesebuah hasil kesusasteraan yang bermutu tidak

mempamerkan bahan atau menggunakan bahasa dan olahan yang indah sahaja

Page 2: sastyersa

tetapi seharusnya memiliki unsur-unsur intelek, tersirat dengan emosi dan perasaan,

penuh dengan ekspresi dan imaginasi serta kaya dengan sifat-sifat kreatif. Dengan

cara inilah kesusteraan dapat memikat hati pembaca.

Dari suatu sudut lain, bahasa dan kesusasteraan itu adalah elemen

kebudayaan sesuatu bangsa. Mengajar bahasa dan sastera bermakna mengajar

kebudayaan kepada pelajar. Oleh itu bidang kesusteraan dapat memainkan peranan

penting dalam pendidikan budi dan akhlak seseorang. Matapelajaran sastera yang

diajar disekolah, khususnya melalui Komponen Sastera (KOMSAS) dapat

memberikan pendidikan secara langsung kepada pelajar mengenai kehidupan

berbudi dan berakhlak melalui aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan

berbahasa dalam komponen sastera yang diajar dalam kelas.

1.2 Sejarah Perkembangan Kesusasteraan Melayu

Sejarah dan perkembangan kesusteraan pada prinsipnya melihat karya

sastera dari sudut daya kreatif manusia. Membincangkan sejarah dan

perkembangan kesusasteraan Melayu, mengikut Ismail dalam kata pengantar buku

Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama, perkembangannya mengikut kronologi

zaman bermula dari zaman sebelum mengenal huruf dan diikuti zaman Hindu dan

Islam. Manakala mengikut Safian Hussain dan rakan-rakan(1981: 3), kesusasteraan

Melayu Moden pula bermula dengan kedatangan penjajah barat ke Alam Melayu.

Ini bererti, sejarah dan perkembangan kesusasteraan Melayu bermula dalam

bentuk sastera lisan diikuti dengan sastera yang bercorak tulisan pada zaman Islam.

Meskipun terlihat empat peringkat perkembangan kesusasteraan, pada realitinya

mengikut sejarah perkembangan kesusasteraan Melayu, ia hanya melibatkan tiga

peringkat perkembangan kerana sastera dari pengaruh Hindu hanya ditulis pada

zaman selepas kedatangan Islam ke Alam Melayu.

Sebelum masyarakat Melayu mengenali huruf, sastera berbentuk lisan telah

berkembang dengan meluas dalam masyarakat Melayu purba. Oleh itu dalam

memperkatakan tahap-tahap perkembangan sastera Melayu, maka sastera rakyat

yang berbentuk lisan merupakan sastera Melayu yang tertua dalam masyarakat

Melayu.

Page 3: sastyersa

Sastera rakyat terbahagi kepada dua bentuk iaitu berbentuk cerita dan yang

bukan berbentuk cerita. Tujuan utama penghasilan sastera lisan pada masa ini

bertujuan bukan sahaja sebagai media hiburan pada zaman tersebut, malah ia juga

berperanan sebagai institusi pendidikan secara informal. Ini bermaksud, bahawa

dalam masyarakat Melayu lama, sastera lisan menjadi media penting untuk memberi

nasihat dan pengajaran baik kepada anggota masyarakatnya. Disamping itu ia juga

digunakan sebagai media kritikan dan sindiran kepada golongan tertentu dalam

masyarakat.

2.0 Bentuk dan Genre Kesusasteraan Melayu

Rajah 1

Genre sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang dicirikan dengan sesuatu gaya bentu atau kandungan tertentu. Kesusasteraan Melayu dibahagikan kepada dua bentuk iaitu bentuk prosa dan bentuk puisi. Kedua-dua bentuk ini pula dikategorikan mengikut era atau zaman kemunculannya iaitu kategori klasik atau tradisional dan jenis moden atau kotemporari. Rujuk rajah 1. Seperti yang dinyatakan sebelumnya, bentuk prosa dapat dikategorikan mengikut era atau zaman iaitu:

Page 4: sastyersa

i. Prosa klasik dan prosa modenii. Puisi klasik dan puisi moden

Prosa Melayu Tradisional terbahagi kepada dua cabang utama iaitu :i. Naratifii. Bukan Naratif

Prosa Tradisional berbentuk naratid terbahagi pula kepa dua jenis iaitu :i. Naratif Lisanii. Naratif Tulisan

Naratif Lisan di dalam Kesusasteraan Melayu terbahagi kepada tiga genre iaitu :Mitos

i. Legendaii. Cerita Rakyat

Cerita Rakyat pula terbahagi kepada subgenre iaitu :i. Cerita Jenakaii. Cerita Binatangiii. Cerita dongeng

Cerita dongeng ialah :i. Lupur laraii. Cerita Teladan

2.1 Prosa Melayu Tradisional (Naratif dan Bukan Naratif)

Prosa boleh ditakrifkan sebagai satu bentuk karangan yang panjang. Prosa tidak terbatas kepada cerita (naratif) sahaja tetapi termasuk juga karya-karya yang bukan cerita (bukan naratif/non-naratif). Oleh itu, karya-karya kesusasteraan Melayu yang panjang sama ada lisan atau tulisan dikelompokkan sebagai prosa. Prosa Melayu tradisional berbentuk lisan dikenali juga sebagai sastera rakyat. Prosa tradisional dalam kesusasteraan Melayu boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu :