sarana.docx

6
SARANA OBJEKTIF Sarana ini disediakan khas untuk pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid / Alumni , Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli Komuniti. Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara sekolah dengan pihak yang mempunyai kepentingan kepada pihak sekolah. KANDUNGAN SARANA Sarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran iaitu Iklim Sekolah , Komunikasi Berkesan , Sokongan Terhadap Kejayaan Murid , Tanggungjawab Bersama , Keputusan Bersama , dan Kerjasama dengan Komuniti. HARAPAN SEKOLAH Untuk meningkatkan SARANA IBU BAPA disarankan supaya aspek sokongan kecemerlangan anak ditingkatkan melalui: 1. Kehadiran penuh semasa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa , Murid dan Guru.

Upload: ginger-padilla

Post on 02-Oct-2015

216 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sarana

TRANSCRIPT

SARANAOBJEKTIF Sarana ini disediakan khas untuk pihak sekolah dan dilaksanakan secara kerjasama dengan rakan kongsi sekolah iaitu Persatuan Ibu Bapa dan Guru , Lembaga Pengurus Sekolah, Persatuan Bekas Murid / Alumni , Ahli Majlis Permuafakatan Sekolah dan ahli Komuniti. Tujuan asasnya ialah untuk mempertingkatkan kerjasama antara sekolah dengan pihak yang mempunyai kepentingan kepada pihak sekolah.KANDUNGAN SARANASarana ini mengandungi soal selidik untuk pihak sekolah serta rakan kongsinya. Dapatan dari analisis selidik boleh digunakan untuk mengukur sejauh mana enam elemen yang menyokong pembelajaran dilaksanakan di sekolah. Analisis ini juga memberi ruang untuk pihak sekolah meningkatkan penglibatan ibu bapa dan ahli komuniti dalam menyediakan enam elemen yang menyokong pembelajaran iaitu Iklim Sekolah , Komunikasi Berkesan , Sokongan Terhadap Kejayaan Murid , Tanggungjawab Bersama , Keputusan Bersama , dan Kerjasama dengan Komuniti.HARAPAN SEKOLAHUntuk meningkatkan SARANA IBU BAPA disarankan supaya aspek sokongan kecemerlangan anak ditingkatkan melalui:1.Kehadiran penuh semasa Majlis Permuafakatan Ibu Bapa , Murid dan Guru.2.Menghadiri Mesyuarat PIBG.3.Menghubungi terus guru yang mengajarKESIMPULANSekolah akan sentiasa berusaha untuk terus cemerlang dan bekerjasama erat dengan ibu bapa demi kecemerlangan anak didik kami.AMALAN TERBAIK SEKOLAHPROGRAM BACAAN YAASINPENGENALANAmalan Terbaik bagi SK Agama (MIS) Miri ialah Program Bacaan Yasin. Program ini merupakan salah satu program kebitaraan bagi SK Agama (MIS) Miri. Program ini merupakan kebitaraan dalam kokurikulum iaitu aktiviti keagamaan. Program ini juga terdapat dalam Unit Pengurusan Hal Ehwal Murid bagi SK Agama (MIS) Miri.Program ini dijalankan oleh semua warga sekolah. Dengan adanya program ini, ia dapat menerapkan segala aspek dari segi akademik, kokurikulum, hal ehwal murid dan pembentukan sahsiah.MATLAMATDapat mengisi masa terluang murid-murid pada awal pagi sebelum sesi persekolahan bermula.

Menanam sikap menghargai masa dalam kalangan warga SK.Agama(MIS) dengan hadir lebih awal ke sekolah.

Menggalakkan murid membaca Al Quran dengan fasih.

Membentuk keperibadian muslim yang berakhlak mulia.

PROGRAM SR (SUNNAH RASULULLAH SAW)Rasulullah s.a.w. adalah insan yang mencapai kejayaan secara holistik di dunia dan di akhirat. Firman Allah S.W.T dalam Surah al-Ahzab 33;21, Pada diri Rasulullah buat kamu adalah suri teladan yang baik. Kecintaan kepada Rasulullah S.A.W. perlu diterapkan sejak anak-anak masih kecil. Mereka mesti jadikan Baginda S.A.W. sebagai idola yang diikuti sehingga akhir hayat. Semoga murid-murid Sekolah Kebangsaan Agama MIS Miri menjadi insan cemerlang dan soleh seperti Rasulullah S.A.W.OBJEKTIFMelalui program ini murid-murid dapat: Mengenali Rasulullah S.A.W. serta menjadikan Baginda idola yang diikuti sehingga akhir hayat Mencintai dan menghayati sunnah Rasulullah S.A.W. Mendidik murid-murid beramal dengan akhlak terpuji sejak kecil. Melahirkan pemimpin yang memenuhi ruang lingkup perjuangan Islam. Melahirkan murid yang cemerlang selaras dengan kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Merealisasikan matlamat dan hala tuju Pendidikan Islam

Pelaksanaan Program Disiplin A(Pro DA) bagi semua murid tahap 2 iaitu tahun 4, 5 dan 6 pada tahun 2014. Program ini telah dilaksanakan bermula pada 07 Julai 2014 (Isnin). `Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap disiplin murid-murid di SK Agama (MIS) Miri. Program ini menggunakan sistem markah iaitu Merit bagi murid yang melakukan perbuatan yang baik manakala sistem Dimerit akan diberikan kepada murid-murid yang melanggar peraturan sekolah. Untuk makluman pihak tuan/puan, sekiranya markah dimerit anak tuan/puan mencapai 50 markah. Pihak sekolah akan memanggil tuan/puan ke sekolah pada bila-bila masa sahaja.MATLAMAT Melahirkan generasi yang terbilang bukan setakat akademik, tetapi juga dalam pembinaan akhlak dan sahsiah diri yang sempurna. Guru-guru, ibu bapa dan murid-murid harus memainkan peranan yang penting dalam membina disiplin yang mantap di sekolah agar proses PdP dapat dilaksanakan dengan lancar. VisiKe arah mencapai matlamat SK Agama (MIS) Miri sifar masalah disiplin.