sapura

Upload: mny-mira

Post on 07-Mar-2016

32 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

sapura

TRANSCRIPT

Proposal Kajian Tindakan

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

Tajuk Kajian:Penggunaan huruf besar pada tempat yang betul dalam penulisan bagi pelajar Program Bermasalah Pembelajaran.

Dikemukakan oleh:Puan Sapura binti Haji Hussin

Penyelaras Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran.

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman.

Kompleks Pendidikan, 05100 Alor Setar, Kedah.

Kepada:Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan

Kementerian Pendidikan Malaysia.

Latar Belakang Kajian:

Sekolah Menengah Kebangsaan Darulaman telah terlibat dalam mengimplementasikan Program Integrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran. Program ini telah dilaksanakan sejak 1996, sehingga kini seramai 40 orang pelajar bermasalah pembelajaran yang berumur di antara 13 hingga 19 tahun sedang mengikuti pendidikan akademik dan latihan kemahiran di sekolah ini. Lebih kurang 40% pelajar khas di sini telah menguasai kemahiran menulis dan membaca dan selebihnya masih belum dapat menguasai kemahiran 3M.

Isu Keperihatinan / FOKUS KAJIAN

Pelajar Bermasalah Pembelajaran adalah terdiri daripada pelajar yang mengalami kelewatan dalam perkembangan mental dan ini telah mempengaruhi prestasi pencapaian akademik mereka. Namun begitu dengan peluang pendidikan yang disediakan dan kaedah P&P yang kepelbagaian, telah membantu pelajar dalam menguasai kemahiran 3 M mengikut tahap kecerdasan mereka. Walaupun telah menguasai kemahiran membaca dan menulis, pelajar ini masih keliru dengan aspek penggunaan huruf besar khususnya dalam penulisan. Kekeliruan ini telah menyebabkan pelajar melakukan kesalahan dalam penulisan dengan menggunakan huruf besar pada tempat yang tidak sepatutnya. Pemasalahan ini perlu diberi perhatian dan diatasi segera supaya dapat membantu pelajar menghasilkan penulisan yang betul dari aspek tanda bacaannya. Penekanan dalam aspek ini penting kerana ianya dapat meyakinkan pelajar terhadap hasil tulisan mereka .

Objektif Kajian:

1. Pelajar dapat membezakan penggunaa huruf besar pada

nama am dan nama khas.

2.Pelajar tahu menggunakan huruf besar pada tempat yang sepatutnya dalam tulisan.

3. Pelajar memahami bila dan di mana huruf besar boleh digunakan semasa menulis.Kumpulan Sasaran:

Pelajar Program Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran Kelas 4 Wawasan.

Seramai 4 orang pelajar yang berumur antara 14 hingga 19 tahun dipilih sebagai

respoden kajian. Ini kerana pelajar tersebut akan menduduki Peperiksaan PenilaianMenengah Rendah pada tahun ini.

Prosedur Kajian:

Tinjauan awal.

Dalam tinjauan awal terhadap masalah yang dinyatakan didapati pelajar yang dipilih banyak melakukan kesalahan dalam penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka. Hampir setiap ayat yang ditulis atau disalin oleh pelajar mempunyai kesalahan menulis huruf besar pada tempat yang salah. Ini dilihat berdasarkan maklumat yang diperolehi dari sumber berikut:

Mengumpul hasil penulisan pelajar.

Meneliti latihan bertulis yang terdapat dalam fail pelajar

Menyemak buku nota dan latihan.

Pemerhatian semasa pelajar menyalin nota.

Merancang perlaksanaanData yang diperolehi dari tinjauan awal akan digunakan untuk merancang aktiviti bagi memperbaiki kaedah P&P dalam membantu pelajar mengatasi kelemahan dari aspek penggunaan huruf besar dalam penulisan mereka. Aktiviti dan kaedah yang disarankan ialah seperti berikut:

Memperkenalkan perkataan nama am dan nama khas pada pelajar

Latihan menyalin petikan pendek dan masukan huruf besar pada perkataan yang betul.

Kuiz tanda bacaan

Penyediaan buku scrap

Menyediakan fail portfolio tugas pelajar

Membuat ujian penulisan

Rekacita papan tanda

BertindakSemua aktiviti dan kaedah P&P yang telah disaran akan dilaksanakan oleh guru bersama pelajar dalam tempoh 3 bulan bagi melihat keberkesanannya dalam mengatasi masalah yang dihadapi pelajar. Sekiranya pendekatan awal yang digunakan tidak berjaya, kaedah alternatif akan diambil bagi meneruskan kajian. Perlaksanaan tanda bacaan ini khususnya penggunaan huruf besar akan dijalankan dalam semua matapelajaran mengikut fleksibiliti jadual waktu dan pendekatan Bahasa Melayu merentasi kurikulum akan diimplementasikan seperti berikut: Menjalankan aktiviti dalam proses P&P dengan menggunakan alat bantu yang dirancangkan.

Memerhati

Sepanjang menjalankan aktiviti P&P satu rekod pencapaian dan tugasan pelajar akan disediakan. Segala maklumat yang berkaitan dengan masalah yang diyatakan akan direkod untuk dianalisis bagi menilai keberkesanannya. Semua alat bantu yang dicadangkan akan digunakan.

MereflekHasil tugasan pelajar akan diperiksa, diteliti dan seterusnya digunakan bagi mendapatkan maklumat perbandingan pencapaian pelajar sebelum dan selepas mengikuti aktiviti yang telah dijalankan. Maklumat ini akan direkodkan dalam borang penilaian prestasi pelajar.

Jadual perlaksanaan:

BILAKTIVITIBULAN

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.Proposal

Tinjauan awal

Merancang

Bertindak

Memerhati

Mereflek

Menulis laporan

Menghantar laporan

3

/4

/5

/

/6

/

/7

/

/8

/

/9

/10

/

Peruntukan Dipohon:

BILITEMKUANTITIKOS

1.

2.

3.

4.

5.

6.

7.

8.

9.

10.

Kad kad huruf kecil dan besar

Double sheets cards

Clear fail folder

Kertas warna A 4

Kertas A4 putih

Photostat, binding dan liminating

Dakwat komputer

Alatulis/ stationeri

Buku rujukan

Menyediakan laporan akhir

JUMLAH4 set

4 keping

10 keping

1 rim

1 rim

4 set

1 katrij

4 buah

5 setRM 80.00

RM 20.00

RM 60.00

RM. 15.00

RM 10.00

RM 80.00

RM 65.00

RM 80.00

RM 40.00

RM 50.00

RM 500.00