sample 1.pdf

9
PENGGUNAAN KAEDAH “DarWa” DALAM MENINGKATKAN KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN DUA SUKU KATA TERBUKA HUKUM DARLUNG Oleh: Muhammad Hafizillah bin Ibrahim , YM Raja Abdullah bin Raja Ismail Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail [email protected] , [email protected] ABSTRAK Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua suku kata terbuka hukum DARLUNG murid menggunakan kaedah “DarWa”. Di samping itu, kajian ini juga dijalankan untuk menarik minat Peserta Kajian dalam tajuk Ayat Tanya. Peserta Kajian terdiri daripada 5 orang murid tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu yang telah dikenal pasti sangat lemah dalam menulis jawi hukum tersebut. Data bagi kajian tindakan ini dikutip ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan temu bual. Data kemudiannya dianalisis secara diskriptif. Dapatan kajian menunjukkan peningkatan bagi setiap ujian yang dilaksanakan. Peserta Kajian juga menunjukkan minat sepanjang sesi pelaksanaan intervensi dilaksanakan. Kaedah “DarWa” mampu menarik minat peserta kajian untuk mempelajari tajuk “Ayat Tanya”. Kaedah “DarWa” juga adalah bersifat fleksible iaitu boleh digunakan untuk pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah. Kata kunci : “DarWa”, DARLUNG REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Ketika proses P&P yang lalu, pengkaji mendapati murid tahun 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam kurang menguasai dan mempunyai masalah dari aspek penulisan dalam pelajaran jawi. Murid didapati keliru samada perlu ataupun tidak untuk menambah huruf alif selepas huruf-huruf yang yang terlibat dengan huruf DARLUNG dalam perkataan dua suku kata terbuka. Tambahan lagi, kebanyakan murid masih lemah dalam segi penulisan jawi walaupun hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut mampu untuk membaca jawi dengan lancar. Rajah 1: Contoh kesilapan menulis murid

Upload: nur-samsiah

Post on 05-Jan-2016

259 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: sample 1.pdf

PENGGUNAAN KAEDAH “DarWa” DALAM MENINGKATKAN

KEMAHIRAN MENULIS PERKATAAN DUA SUKU KATA

TERBUKA HUKUM DARLUNG

Oleh:

Muhammad Hafizillah bin Ibrahim , YM Raja Abdullah bin Raja Ismail

Jabatan Pendidikan Islam Dan Moral, IPG Kampus Dato’ Razali Ismail

[email protected] , [email protected]

ABSTRAK

Kajian tindakan yang dijalankan ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran menulis perkataan dua

suku kata terbuka hukum DARLUNG murid menggunakan kaedah “DarWa”. Di samping itu, kajian ini

juga dijalankan untuk menarik minat Peserta Kajian dalam tajuk Ayat Tanya. Peserta Kajian terdiri

daripada 5 orang murid tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan Beladau Kolam, Kuala Terengganu yang

telah dikenal pasti sangat lemah dalam menulis jawi hukum tersebut. Data bagi kajian tindakan ini dikutip

ujian pra dan ujian pos, pemerhatian dan temu bual. Data kemudiannya dianalisis secara diskriptif.

Dapatan kajian menunjukkan peningkatan bagi setiap ujian yang dilaksanakan. Peserta Kajian juga

menunjukkan minat sepanjang sesi pelaksanaan intervensi dilaksanakan. Kaedah “DarWa” mampu

menarik minat peserta kajian untuk mempelajari tajuk “Ayat Tanya”. Kaedah “DarWa” juga adalah

bersifat fleksible iaitu boleh digunakan untuk pengajaran di dalam atau di luar bilik darjah.

Kata kunci : “DarWa”, DARLUNG

REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN

Ketika proses P&P yang lalu, pengkaji mendapati murid tahun 5 Bestari, Sekolah Kebangsaan Beladau

Kolam kurang menguasai dan mempunyai masalah dari aspek penulisan dalam pelajaran jawi. Murid

didapati keliru samada perlu ataupun tidak untuk menambah huruf alif selepas huruf-huruf yang yang

terlibat dengan huruf DARLUNG dalam perkataan dua suku kata terbuka. Tambahan lagi, kebanyakan

murid masih lemah dalam segi penulisan jawi walaupun hampir keseluruhan murid dalam kelas tersebut

mampu untuk membaca jawi dengan lancar.

Rajah 1: Contoh kesilapan menulis murid

Page 2: sample 1.pdf

Sorotan daripada masalah tersebut, pengkaji telah mengadakan satu ujian khas untuk murid tahun 5

Bestari dengan meminta murid untuk menterjemahkan perkataan rumi ke dalam perkataan jawi yang

melibatkan perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG bertujuan untuk melihat dan mengesan

sejauh mana tahap kebolehan murid dalam menentukan penggunaan penambahan huruf alif dalam sesuatu

suku kata atau perkataan. Hasil daripada ujian tersebut menunjukkan bahawa murid agak lemah dalam

menentukan penambahan huruf alif terutamanya dalam permasalahan hukum DARLUNG.

Sehubungan dengan itu, pengkaji berpendapat bahawa satu inisiatif perlu dilakukan agar murid-murid

sekolah rendah dapat menguasai pelajaran jawi dengan baik khususnya dalam permasalahan hukum

DARLUNG ini supaya kecemerlangan murid dalam bidang penulisan jawi dapat ditingkatkan disamping

memelihara warisan tulisan jawi dalam kalangan generasi-generasi masa kini.

SOROTAN LITERATUR

Menurut Kamus Komprehensif Bahasa Melayu (2006), warna merujuk kepada corak rupa seperti merah,

biru, kuning, hijau dan lain-lain lagi. Warna dalam konteks kajian ini adalah penggunaan bahan berwarna

dalam kaedah pengajaran yang digunakan bagi menarik minat dan menyampaikan pengajaran secara lebih

berkesan.

Pengertian ini disokong oleh Juliza Rozi (2010) yang mengatakan bahawa penggunaan warna dalam

pembelajaran murid dapat meningkatkan kefahaman konsep dan isi pelajaran. Ia juga disokong oleh

Muhdiyatul Anam (2012) yang menyatakan bahawa kanak-kanak sukakan sesuatu yang berkaitan minat

mereka dan sesuatu yang berwarna warni.

Haliza Osman (2012) melalui inovasi bahan pengajaran berasaskan kad imbasan berwarna dalam

kajiannya menyatakan bahawa warna, cahaya, pergerakan, bentuk dan kegelapan menjadi asas yang

mempengaruhi minat murid. Ini menunjukkan bahawa kajian-kajian yang melibatkan penggunaan elemen

warna memberikan kesan yang positif dalam pembelajaran murid.

TUJUAN KAJIAN

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk meningkatkan kemahiran menulis murid lemah dalam

pelajaran Jawi khususnya dalam tajuk hukum DARLUNG murid Tahun 5 Bestari Sekolah Kebangsaan

Beladau Kolam dengan menggunakan kaedah “DarWa”.

Objektif

Membantu murid menguasai pelajaran jawi dalam penulisan perkataan dua suku kata terbuka hukum

DARLUNG menggunakan kaedah “DarWa”.

Persoalan Kajian

Bagaimanakah kaedah “DarWa” dapat membantu meningkatkan kemahiran murid dalam menulis

perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG?

Page 3: sample 1.pdf

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini dijalankan berdasarkan model penyelidikan tindakan Kemmis & Mac Taggert (1998) yang

berasaskan empat langkah iaitu bermula dengan mereflek, merancang, bertindak dan diakhiri dengan

memerhati. Kajian tindakan ini melibatkan lima orang murid perempuan lemah tahun 5 Bestari. Semua

peserta kajian adalah dipilih berdasarkan kepada pencapaian dalam ujian diagnostik. Pengumpulan data

menggunakan instrument ujian, temubual dan pemerhatian. Data kualitatif dianalisis secara deskriptif

mengikut peserta kajian.

Pengumpulan data melalui ujian bertulis dijalankan bagi mengutip data atau markah peserta kajian untuk

menilai dan mengesan tahap pencapaian terhadap pengajaran yang telah dijalankan. Ujian dijalankan

terhadap enam orang peserta kajian yang terlibat di dalam kajian. Ujian tersebut dijalankan sebelum dan

selepas sesi intervensi dijalankan kepada responden.

Sesi temubual dijalankan terhadap kelima-lima peserta kajian bagi mendapatkan maklum balas terhadap

sesi intervensi melalui kaedah “DarWa” yang telah dijalankan. Temubual bersama guru yang mengajar

pelajaran jawi kelas tersebut turut diadakan bagi mengetahui tahap pencapaian sedia ada peserta kajian.

Pemerhatian dijalankan semasa sesi intervensi dijalankan bagi melihat perubahan tingkah laku peserta

kajian dan kesan kaedah “DarWa” yang dijalankan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

SPESIFIKASI INTERVENSI

Kaedah “DarWa” adalah berasaskan gabungan dua perkataan iaitu DARLUNG dan Warna. Kedua-dua

perkataan tersebut digabungkan menjadi kaedah “DarWa” dalam mengatasi masalah menulis murid

lemah dalam hukum DARLUNG. Penggunaan bahan intervensi adalah berdasarkan penerangan melalui

huruf-huruf berwarna berserta contoh perkataan berwarna. Skop kajian melalui intervensi kaedah

“DarWa” adalah terbatas kepada perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG sahaja iaitu huruf د

,ل ,ر ڠ, , و .

Kajian tindakan ini dijalankan melalui tiga sesi sahaja.Pada sesi yang pertama dijalankan, objektif yang

hendak dicapai adalah untuk peserta kajian dapat mengenal lima jenis huruf DARLUNG iaitu huruf ڠ, , ,د

Huruf-huruf tersebut diperkenalkan melalui pendekatan penggunaan warna bagi menarik perhatian .و ,ل ,ر

dan merangsang ingatan peserta kajian. Kemudian peserta kajian diperkenalkan beberapa contoh

perkataan dua suku kata terbuka yang mengandungi huruf-huruf tersebut pada pra akhir suku kata kedua.

Contoh-contoh yang diperkenalkan adalah berdasarkan setiap lima huruf DARLUNG tersebut.

Sesi kedua dijalankan bertujuan supaya peserta kajian dapat menulis perkataan berkaitan huruf

DARLUNG berpandukan kepada bahan intervensi “DarWa”. Pada sesi ini, peserta kajian diminta untuk

menukarkan semula perkataan rumi kepada perkataan jawi melalui soalan ujian berkaitan perkataaan dua

suku kata terbuka huruf DARLUNG. Peserta kajian diminta untuk menjawab soalan ujian tersebut

Page 4: sample 1.pdf

berbantukan bahan intervensi “DarWa”. Peserta kajian akan merujuk bahan intervensi tersebut jika masih

terapat kekeliruan dalam menjawab soalan yang diberikan.

Sesi ketiga pula dijalankan bertujuan untuk peserta kajian dapat menulis perkataan dua suku kata terbuka

huruf DARLUNG tanpa berbantukan bahan intervensi “DarWa”. Pada sesi tersebut, peserta kajian

diminta untuk menjawab sekali lagi soalan ujian yang sama tanpa berbantukan bahan intervensi. Ia

bertujuan untuk melihat sejauh manakah keberkesaan kedah “DarWa” dalam meningkatkan kemahiran

menulis peserta kajian berkaitan perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG.

DAPATAN KAJIAN

Seorang peserta kajian yang dipilih iaitu Anis merupakan seorang murid yang agak aktif di dalam kelas.

Akan tetapi dia hanya berada pada tahap sederhana dalam pembelajaran pendidikan islam. Anis dapat

membaca jawi dengan dengan lancar akan tetapi agak lemah dalam menulis jawi. Hasil daripada ujian

diagnostik yang dijalankan, didapati Anis hanya dapat menulis dengan betul enam sahaja jawapan

daripada dua puluh soalan yang diberikan. Ini menunjukkan Anis lemah dalam menulis jawi khususnya

yang berkaitan dengan hukum DARLUNG.

Sebelum sesi intervensi dijalanakan, Anis didapati tidak menumpukan perhatian sepenuhnya semasa

pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Anis sering kali dilihat termenung dan seakan tidak berminat

dengan pengajaran yang dijalankan oleh guru. Apabila soalan latihan diberikan, Anis didapati tidak dapat

menulis dengan betul perkataan dua suku kata yang berkaitan huruf DARLUNG.

Rajah 2: Sebelum sesi intervensi dijalankan

Semasa kajian dijalankan, pengkaji telah menggunakan beberapa instrumen bagi memastikan objektif

setiap sesi dalam kajian tersebut tercapai. Pada sesi pertama, Anis diberikan sehelai kertas yang berkaitan

dengan objektif sesi tersebut iaitu murid dapat mengenal huruf DARLUNG. Anis diminta untuk

mewarnakan huruf-huruf DARLUNG yang terdapat di dalam lima perkataan yang diberikan. Didapati

Anis dapat mewarnakan dengan betul kelima-lima huruf DARLUNG tersebut.

Kemudian sesi pertama diteruskan dengan peserta kajian menyuaikan huruf DARLUNG dengan dengan

perkataan dua suku kata terbuka yang mengandungi kelima-lima huruf DARLUNG. Hasilnya, Anis dapat

menyuaikan dengan baik dan betul kelima-lima soalan yang diberikan tersebut.

Temubual dilakukan oleh pengkaji di akhir sesi pertama dan hasil daripada temubual tersebut Anis

menyatakan bahawa “Owh.. Selepas huruf DARLUNG kena tambah huruf Alif”. Ini menunjukkan

bahawa Anis sudah dapat mengenal dengan baik kelima-lima huruf DARLUNG dan sudah tahu bahawa

selepas huruf DARLUNG perlu ditambah huruf Alif dalam perkataan dua suku kata terbuka.

Mengelamun

Page 5: sample 1.pdf

Rajah 3: Sesi intervensi pertama

Sesi kajian kedua diteruskan dengan objektif peserta kajian dapat menulis perkataan dua suku kata

terbuka huruf DARLUNG dengan berbantukan bahan “DarWa”. Pada sesi tersebut, Anis diminta untuk

menulis perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG berdasarkan ujian yang diberikan

berbantukan bahan “DarWa”. Hasil daripada ujian tersebut mendapati bahawa Anis dapat menulis dengan

betul kesemua ujian yang diberikan.

Hasil pemerhatian yang dilakukan pengkaji semasa Anis menjawab ujian tersebut mendapati, Anis

kelihatan bersungguh-sungguh dan memberikan perhatian yang sepenuhya semasa sesi kajian dijalankan.

Pemerhatian tersebut disokong oleh hasil markah ujian yang dijalankan yang mendapati Anis dapat

menulis dengan betul keseluruhan ujian yang dijalankan.

Hasil temubual yang dijalankan terhadap Anis mendapati bahawa dia mengatakan “ kalu ada warna kite

buleh tulis dengan betul.. mudoh jer..” Ini menunjukkan bahawa Anis dapat menulis dengan baik

perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG berbantukan bahan “DarWa” sekaligus menunjukkan

keberkesan kaedah yang digunakan.

Rajah 4: Sesi intervensi kedua

Sesi kajian yang terakhir dijalankan terhadap peserta kajian. Objektif sesi tersebut adalah peserta kajian

dapat menulis perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG dengan betul tanpa berbantukan bahan

“DarWa”. Pada sesi ini, Anis diminta untuk menulis perkataan dua suku kata terbuka yang mengandungi

huruf DARLUNG berdasarkan soalan ujian yang diberikan. Anis didapati dapat menulis dengan betul

kesemua soalan ujian yang diberikan walaupun tanpa berbantukan bahan “DarWa”. Ini menunjukkan

Anis sudah dapat menguasai kemaharian menulis jawi dalam hukum DARLUNG dengan baik.

Berdasarkan pemerhatian yang dijalankan semasa sesi tersebut dijalankan, pengkaji mendapati bahawa

Anis kelihatan amat yakin dan bersungguh-sungguh menjawab soalan ujian yang diberikan. Anis juga

didapati sudah tidak lagi tidak menumpukan perhatian sepertimana sebelum sesi kajian dijalankan.

Page 6: sample 1.pdf

Hasil daripada temubual mendapati, Anis menyatakan bahawa “ kite buleh doh tulis sebab ingat huruf ada

warna”. Ini menunjukkan bahawa penggunaan elemen warna dalam kaedah “DarWa” dapat membantu

murid untuk mengingati hukum DARLUNG seterusnya dapat menulis perkatataan dua suku kata terbuka

huruf-huruf tersebut dengan betul.

Rajah 5: Sesi intervensi ketiga

Kesimpulannya, kaedah “DarWa” yang dijalankan oleh pengkaji dapat meningkatkan kemahiran menulis

peserta kajian dalam perkataan dua suku kata terbuka huruf DARLUNG. Ianya terbukti berdasarkan

markah ujian kesemua kelima-lima peserta kajian yang menunjukkan perningkatan markah yang ketara.

Ia juga dapat dibuktikan dengan perubahan tingkah laku murid yang didapati sudah menumpukan

perhatian terhadap pengajaran yang dilakukan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan

oleh guru.

ASPEK SEBELUM SELEPAS

Page 7: sample 1.pdf

Mengelamun

Rajah 6: Perbandingan sebelum dan selepas kajian

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, kaedah “DarWA” yang dijalankan oleh pengkaji dapat mencapai objektif yang

telah ditetapkan. Melalui intervensi yang digunakan, peserta kajian dapat mengenal dengan baik kelima-

lima huruf DARLUNG dan dapat mengetahui cara penulisan hukum DARLUNG berdasarkan contoh-

contoh perkataan yang diberikan. Elemen warna memainkan peranan yang amat penting dalam

memastikan kejayaan intervensi tersebut. Ini kerana ia dapat menonjolkan lagi huruf-hurf DARLUNG

yang perlu ditambah huruf alif dalam perkataan dua suku kata terbuka. Di samping itu juga, ia dapat

menarik minat dan perhatian peserta kajian melalui penggunaan warna seperti yang telah dinyatakan oleh

Muhdiyatul Anam (2012) bahawa “kanak-kanak sukakan sesuatu yang berkaitan dengan minat mereka

dan sesuatu yang berwarna warni“.

Kekuatan intervensi yang dilaksanakan oleh pengkaji adalah ia dapat menarik minat murid untuk

mengikuti sesi pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan. Ianya kerana dipengaruhi oleh penggunaan

elemen warna dalam bahan intervensi tersebut. Haliza Osman (2012) di dalam kajiannya yang berkaitan

mengatakan bahawa “Warna, cahaya, pergerakan, bentuk dan kegelapan menjadi asas yang

mempengaruhi perhatian murid”. Ianya amat bertepatan dengan kajian yang dijalankan oleh pengkaji

yang menggabungkan elemen warna dalam menghasilkan bahan intervensi. Bahan intervensi juga bersifat

fleksibel yang mana dapat memudahkan pengajaran guru dan dapat digunakan oleh guru untuk

pembelajaran di dalam bilik darjah mahupun di luar bilik darjah.

Akan tetapi, intervensi yang dihasilkan mempunyai sedikit kelemahan iaitu ianya hanya melibatkan lima

huruf DARLUNG sahaja. Ia berbeza dengan hukum DARLUNG yang merangkumi kesemua huruf-huruf

Ujian

SIKAP • Mengelamun

• Tidak memberikan

tumpuan

• Tidak mengantuk

• Memberikan tumpuan

yang sepenuhnya

Page 8: sample 1.pdf

hijaiyyah di dalam pelajaran jawi. Kajian yang menyeluruh tentang penulisan hukum DARLUNG boleh

dijalankan pada kajian yang seterusnya oleh pengkaji-pengkaji yang akan datang.

Di samping itu, kajian yang dijalankan juga secara tidak langsung dapat meningkatkan tahap

profesionalisme pengkaji sebagai seorang bakal guru dengan penghasilan kaedah dan intervensi yang

dapat membantu menyelesaikan masalah murid. Selain itu juga ia dapat memudahkan pengajaran dan

pembelajaran dilaksanakan dengan terbinanya intervensi yang bersesuaian dengan tajuk pengajaran yang

dilaksanakan. Hal ini kerana seorang guru yang mempunyai nilai profesionalisme yang tinggi boleh

menyelesaikan pelbagai masalah murid semasa pengajaran berlangsung berbantukan kaedah-kaedah dan

langkah yang sesuai untuk digunakan pada murid tersebut.

RUJUKAN

BUKU

Muhd Zaini B. Yahya, et al. (2004) Pendidikan Islam Tahun 5. Kuala Lumpur. Dewan Bahasa Dan

Pustaka

Malik B. Hasan. (2007). Sistem Ejaan Jawi Yand Disempurnakan. Kedah. Kesatuan Guru Agama

Malaysia Barat.

Panitia Pendidikan Islam Sekolah Kebangsaan Sultan Sulaiman 1. Sistem Ejaan Jawi Terkini program

boleh jawi. Kuala Terengganu

KAMUS

Abrak Othman. (2005). Kamus Komprehensif Bahasa Melayu. Shah Alam. Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd

Abrak Othman. (1994). Kamus Bahasa Melayu. Ipoh. Chee Long Press Sdn Bhd

Hajah Noresah Bt. Baharom. (1994) Kamus Dewan Edisi Ketiga. Selangor. Percetakan Dewan Bahasa

Dan Pustaka

Hajah Noresah Bt. Baharom. (2005) Kamus Dewan Edisi Keempat. Selangor. Dawama Sdn Bhd

Kompleks Dawama

Mat Nor Hussin, Normah Abdullah. (1999). Kamus Pelita. Longman

KAJIAN TINDAKAN

Ag Ruzaini Ag Ali Omar. (2012). Penggunaan Warna Pada Huruf-Huruf Mad Asli Dalam Surah-Surah

Bacaan Al-Quran Tahun Lima. Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu

Lintang Tahun 2012, ms 59-73. Sarawak .

Page 9: sample 1.pdf

Zaidan B. Isa. (2012). Penggunaan Tanah Liat Pelbagai Warna Dalam Menulis Suku Kata Terbuka Jawi.

Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Tahun 2012, ms 74.

Sarawak.

Mohd Ridzuan B. Hatem. (2012). Aplikasi “Empat Warna” Dalam Meningkatkan Kemahiran

Menyambung Huruf (ڠ) Bagi Murid Tahun 4. Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang Tahun 2012, ms 109-110. Sarawak.

Md. Hidayat B. Othman. (2012) Penggunaan Warna Dan Simbol (W&S) Dalam Kemahiran

Menyambung Huruf Jawi Bagi Tahun 3. Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru

Kampus Batu Lintang Tahun 2012, ms 128. Sarawak.

Haliza Bt. Othman. (2012). Aplikasi Warna Pada Huruf Vokal Jawi ( ا, و, ي ) Dalam Penulisan Suku Sata

Terbuka. Seminar Penyelidikan Tindakan Institut Pendidikan Guru Kampus Batu Lintang Tahun 2012,

ms 204. Sarawak.

Zulina Bt. Ahmad Zawawi & Ramlah Haji Mohd Dom. Elemen Warna, Ruang dan Irama Dalam

Pengajaran dan Pembelajaran Pendidikan Islam Dalam Kalangan Guru Pelatih Semester 5 IPG Kampus

Pendidikan Islam. ms 2-3. Institut Perguruan Kampus Pendidikan Islam.

JURNAL

Adi Yasran Abd. Aziz & Hashim Haji Musa. Isu Homograf dan Cabarannya dalam Usaha Pelestarian

Tulisan Jawi. ms 109-110. Universiti Putra Malaysia.

Nik Rosila Nik Yaacob (2007). Penguasaan Jawi Dan Hubungannya Dengan Minat Dan Pencapaian

Pelajar Dalam Pendidikan Islam. ms 162-163. Universiti Sains Malaysia.

Ideris Abd Rahim (2012). Ciri-Ciri “Kad Pintar Nahu Arab”. ms 85-86. Universiti Kebangsaan

Malaysia.