sambungan bab 12

6
SAMBUNGAN BAB 12- PELAN INTEGRITI NASIONAL PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN) Latar Belakang Jawatankuasa pelaksana penubuhan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman Integriti Nasional merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berbeza latar belakang, budaya dan cara hidup untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma masyarakat demi kepentingan bersama PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020 Pelaksanaan PIN Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kesamarataan di sisi undang-undang iaitu semua orang berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang Menghalang masyarakat membangkitkan dan mempersoal isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan integrasi nasional seperti: (i) Kedaulatan Raja-raja Melayu (ii) Hak kerakyatan bukan Bumiputera (iii) Agama Islam sebagai agama rasmi negara 1

Upload: shana-ana

Post on 13-Nov-2015

249 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

pm

TRANSCRIPT

SAMBUNGAN BAB 12- PELAN INTEGRITI NASIONAL

PELAN INTEGRITI NASIONAL (PIN)

Latar Belakang Jawatankuasa pelaksana penubuhan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman Integriti Nasional merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berbeza latar belakang, budaya dan cara hidup untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma masyarakat demi kepentingan bersama PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020

Pelaksanaan PIN Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang kesamarataan di sisi undang-undang iaitu semua orang berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang Menghalang masyarakat membangkitkan dan mempersoal isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan integrasi nasional seperti:(i) Kedaulatan Raja-raja Melayu(ii)Hak kerakyatan bukan Bumiputera(iii)Agama Islam sebagai agama rasmi negara(iv)Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan(v)Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera

Pihak pemerintah diberi kuasa menahan sesiapa yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negara dan boleh ditahan selama dua tahun tanpa dibicarakan (ISA) Menubuhkan agensi-agensi kerajaan untuk membantu orang-orang Melayu bergiat dalam bidang perniagaan selain menetapkan kuota untuk mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti MARA, UDA, PERNAS Identiti nasional dibentuk berasaskan kebudayaan Melayu dengan menerima unsur-unsur kebudayaan lain di negara ini Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan selain dalam urusan dengan kerajaan Melalui pembelajaran sukatan pelajaran yang sama, diharap semangat patriotik dan persefahaman wujud antara kaum Membolehkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan berkongsi kemudahan agar mewujudkan hubungan antara para pelajar Penempatan pegawai ke wilayah lain membolehkan wujudnya hubungan di kalangan rakyat di negara ini Kebanyakan projek perumahan baru diwajibkan mmemperuntukkan lot-lot perumahan untuk Bumiputera agar mewujudkan integrasi antara kaum Parti yang memerintah negara Barisan Nasional adalah gabungan beberapa parti perkauman seperti UMNO, MCA, MIC dan sebagainya

Pencapaian PIN PIN dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004 2008 merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanna, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu. Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai

Faktor Penentu Kejayaan(i)Kepimpinan BerteladanKepimpinan sedemikian mempunyai semangat politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat

(ii)Dasar yang Utuh dan Matlamat yang JelasPemimpin yang perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dan penetapan matlamat perlu mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara.

(iii)Pendidikan Berterusan dan BerulangPencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepda pendidikan nilai-nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur-ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian, ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

(iv)Komunikasi BerkesanSalah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus dan mudah difahami amat penting. (v)Persekitaran Budaya yang KondusifPersekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriri serta mengamalkannya. Minat dan pengalaman ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya. Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan sahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara memilih bulu. Perkembangan ini akan lebih terdorong lagi apabila terdapat penyelesaian terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum

(vi)Kerjasama Jentera Politik dan PentadbiranSokongan padu dan kerjasama jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut dan isyarat yang sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik.

(vii)Kerangka Perundangan Berkesan dan Kehakiman yang BebasKerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyumbang kepad apencapaian sasaran PIN.

(viii)Kecukupan dan Kecekapan SumberPelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden yang mencukupi juga amat diperlukan.

(ix) Kesediaan Individu untuk BerubahDari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untu berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti. 5