salasiah binti mohamad - uthm institutional...

56
POTENSI DAN PROMOSI PELANCONGAN FITO DI TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU ROMPIN, JOHOR, MALAYSIA SALASIAH BINTI MOHAMAD UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Upload: others

Post on 06-Sep-2019

88 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

POTENSI DAN PROMOSI PELANCONGAN FITO

DI TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU ROMPIN, JOHOR, MALAYSIA

SALASIAH BINTI MOHAMAD

UNIVERSITI TUN HUSSEIN ONN MALAYSIA

Page 2: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

Tesis ini telah diperiksa pada tarikh 3 Ogos 2016 dan didapati memadai dari segi

skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah Sarjana.

Pengerusi:

PROFESOR MADYA DR. ALONA CUEVAS LINATOC

Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Pemeriksa:

PROF. MADYA DR. FADZELLY BIN ABU BAKAR

Fakulti Sains, Teknologi dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

DR. BERHAMAN BIN AHMAD

Fakulti Sains dan Sumber Alam

Universiti Malaysia Sabah

Page 3: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

POTENSI DAN PROMOSI PELANCONGAN FITO

DI TAMAN NEGARA JOHOR ENDAU ROMPIN, JOHOR, MALAYSIA

SALASIAH BINTI MOHAMAD

Tesis ini dikemukakan sebagai

memenuhi syarat penganugerahan

Ijazah Sarjana Sains

Fakulti Sains, Teknologi Dan Pembangunan Insan

Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

OGOS 2016

Page 4: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

iii

Didedikasikan khas buat…

Mohamad Azril,

Mohamad Adam,

Ibu & Bapa,

serta individu-individu yang memberi inspirasi dalam penyiapan tesis ini.

Page 5: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

iv

PENGHARGAAN

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang

Syukur ke hadrat Illahi kerana tesis ini berjaya disiapkan. Pertama sekali, saya

ingin mengucapkan setinggi penghargaan dan terima kasih kepada penyelia saya,

Prof. Datin Dr. Maryati Mohamed di atas segala jasa baik, bimbingan, sokongan

dan sumbangan pengetahuan beliau yang tidak pernah putus di sepanjang kajian ini

dijalankan. Saya amat menghargai segala cadangan dan ulasan berharga telah

diberikan oleh beliau dalam membimbing saya selama ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada Dr. Alona Cuevas Linatoc, rakan-rakan

seperjuangan (Norradihah, Siti Fatimah, Kak Arney, Choi Ling, Taufik, Shafiq,

Adlil) dan rakan-rakan di Pusat Penyelidikan Pemuliharaan dan Penggunaan

Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu

menghulurkan bantuan di lapangan dan sokongan moral dalam menjayakan semua

kerja lapangan di hutan TNJER. Tidak ketinggalan juga, kakitangan PTNJ (Puan

Lili, Rado, Asril, Puket, Kak Ayu, Zamri, Kak Anne, Fadzli dan Andik) serta lain-

lain di atas kerjasama dan bantuan dalam melancarkan lagi kerja lapangan saya.

Saya juga ingin menyampaikan ucapan terima kasih kepada pihak penaja,

Yayasan Sultan Iskandar kerana telah menaja pengajian saya selama empat

semester ini. Kepada En. Kamarudin Salleh (FRIM), terima kasih di atas

pertolongan dalam proses pengecaman tumbuhan. Terima kasih tidak terhingga

kepada suami tercinta yang sentiasa memahami dan memberikan sokongan yang

tidak berbelah bahagi. Akhir sekali, terima kasih kepada mereka yang terlibat

secara langsung dan tidak langsung dalam membantu saya dalam menyiapkan

projek penyelidikan ini. Komen dan nasihat dalam membantu memperbaiki tesis

ini adalah amat dihargai. Terima kasih.

Page 6: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

v

ABSTRAK

Kajian ini menyediakan data untuk menyokong potensi pelancongan fito sebagai

aset pelancongan alam semulajadi baharu khususnya di negeri Johor. Daripada 342

individu tumbuhan vaskular yang dipetakan di denai berukuran 2,176.20 x 10.0 m,

20 spesies berkarismatik telah diketengahkan sebagai produk pelancongan fito.

Kumpulan tumbuhan terpilih ini merangkumi 13 spesies pokok, empat (4)

tumbuhan memanjat, dua (2) spesies herba, dan satu (1) spesies pokok renek.

Kriteria pemilihan merangkumi aspek keendemikan, kenadiran, tarikan morfologi,

sifat dan tingkah laku istimewa, kaitan budaya masyarakat tempatan, keselamatan

dan keternampakan. Maklumat berkaitan spesies tumbuhan terpilih ini seterusnya

dirangkumkan ke dalam buku panduan pelancong dan papan tanda sebagai

medium promosi. Konsistensi dan kebolehpercayaan soal selidik untuk meninjau

kecenderungan dan kepuasan pelancong pula diuji menggunakan analisis

Cronbach’s Alpha dengan dapatan nilai 0.932. Pengujian soal selidik ke atas 50

orang pelancong selepas melawati denai kajian mendapati elemen flora dipilih

sebagai faktor motivasi utama lawatan ke TNJER manakala tumbuhan

menumpang/simbiotik dipilih sebagai tumbuhan yang paling menarik perhatian.

Ingin menemui spesies endemik iaitu Livistona endauensis dan merehatkan minda

dipilih sebagai faktor tarikan dan faktor tolakan utama terhadap pelancongan fito.

Responden turut sangat bersetuju bahawa medium pelancongan yang dibangunkan

membantu meningkatkan kefahaman tentang kepelbagaian spesies tumbuhan.

Pelancongan fito telah menambah variasi produk pelancongan alam semulajadi di

negeri Johor dan dilihat berpotensi dikembangkan ke kawasan semulajadi yang

lain disamping membantu meningkatkan taraf ekonomi masyarakat tempatan,

negeri malah negara.

Page 7: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

vi

ABSTRACT

This study provides data to support the potential of phytotourism as a new nature

tourism asset especially in the state of Johor. Out of 342 individual of vascular

plants along the trail measuring 2,176.20 x 10.0 m, 20 charismatic species were

highlighted as the phytotourism products. The selected plants comprised of 13

species of trees, four (4) species of climbers, two (2) species of herbs and one (1)

species of shrubs. The criteria for selection include endemism, rarity,

morphological attractiveness, behavioural enticement, linkage to local cultures,

safety and reliability of sightings. Information about the plants’ species was then

presented in visitors guide book and signboards as mediums of promotion.

Consistency and reliability of the survey to view tourists’ interest and satisfaction

was tested using Cronbach’s Alpha analysis which gave the value of 0.932. The

survey was conducted towards 50 tourists after their visit to the trail. Element of

flora was chosen as the main motivator to visit TNJER while symbiotic plants

were selected as the most attractive plants. To discover endemic species

specifically Livistona endauensis and to relax their mind were picked as the most

important pull and push factor towards phytotourism. Respondents were highly

agreed that the promotion mediums have help them to get better understanding

about the diversity of plants’ species. Phytotourism has offered more variation of

nature tourism products in Johor and has the potential to be extended to other

natural areas besides help to improve economic status of local communities, states

and the country.

(175)

Page 8: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

vii

KANDUNGAN

TAJUK i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN xvii

SENARAI LAMPIRAN xix

BAB 1 PENGENALAN 1

1.1 Latar Belakang Kajian 1

1.2 Pernyataan Masalah 3

1.3 Matlamat dan Objektif 4

1.4 Skop Kajian 4

BAB 2 KAJIAN LITERATUR 5

2.1 Tumbuhan 5

Page 9: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

viii

2.1.1 Kepelbagaian Flora Malaysia 8

2.1.2 Kepentingan Tumbuhan 10

2.2 Pelancongan Alam Semulajadi 14

2.2.1 Industri Pelancongan Alam 16

Semulajadi di Malaysia

2.2.2 Pelancongan Fito 20

2.3 Taman Negara 22

2.3.1 Taman Negara Johor Endau 25

Rompin, Peta

2.3.2 Kriteria Tapak Pelancongan 29

Alam Semulajadi

BAB 3 METODOLOGI 38

3.1 Carta Aliran Metodologi Kajian 38

3.2 Pemetaan Denai Kajian 39

3.3 Pemetaan Tumbuhan Vakular Berpotensi 41

3.4 Penyediaan Spesimen Herbarium 42

3.4.1 Pengumpulan Spesimen 42

3.4.2 Nota Lapangan, Penomboran dan 43

Penandaan

3.4.3 Pemeliharaan Spesimen 43

3.4.4 Pemasangan 44

3.4.5 Pelabelan 45

3.5 Pengecaman Tumbuhan Berpotensi 45

Page 10: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

ix

3.6 Penghasilan Alat Bantu Pelancongan Fito 46

3.6.1 Pembangunan Buku Panduan 46

Pelancong

3.6.2 Pembangunan Papan Tanda 47

3.7 Soal Selidik 47

3.6.1 Formulasi Soal Selidik 47

3.6.2 Ujian Perintis 48

3.6.3 Ujian Kebolehpercayaan 48

Cronbach’s Alpha

3.6.4 Pengujian Soal Selidik 49

BAB 4 KEPUTUSAN 50

4.1 Pemetaan Denai 50

4.2 Inventori Dan Dokumentasi Tumbuhan 51

Vaskular Berpotensi

4.2.1 Jenis-jenis Vegetasi Di 56

Denai Kajian

4.3 Pembangunan Pakej Pelancongan Fito 61

4.3.1 Pemilihan Tumbuhan Karismatik 61

4.3.2 Deskripsi Spesies Tumbuhan 63

Sebagai Produk Pelancongan Fito

4.3.3 Buku Panduan Pelancong 83

4.3.4 Papan Tanda 83

4.4 Mengkaji Kecenderungan Dan 86

Page 11: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

x

Tahap Kepuasan Pelancong

4.4.1 Analisis Profil Demografik 86

4.4.2 Analisis Kecenderungan 87

4.4.3 Analisis Tahap Kepuasan 90

BAB 5 PERBINCANGAN 92

5.1 Penilaian Potensi Pakej 92

Pelancongan Fito

5.1.1 Kriteria Pemilihan Produk 94

Pelancongan Fito

5.2 Penilaian Minat Dan Kecenderungan 102

Terhadap Pelancongan Fito

5.3 Penilaian Tahap Kepuasan 105

Terhadap Pelancongan Fito

BAB 6 KESIMPULAN DAN CADANGAN 107

RUJUKAN 110

LAMPIRAN 123

Page 12: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xii

SENARAI JADUAL

2.1 Jenis-jenis habit pertumbuhan tumbuhan 6

2.2 Kategori kawasan-kawasan lindungan di bawah

IUCN

22

2.3

Senarai taman-taman negara di Semenanjung

Malaysia

23

2.4 Statistik ketibaan pengunjung ke TNJER, Peta

dari tahun 2010 – 2014

29

2.5 Statistik perincian kemasukan pengunjung di

TNJER, Peta pada tahun 2014 mengikut

kategori

29

2.6 Objektif pengurusan Taman Negara 35

2.7 Kronologi ekspedisi dan projek penyelidikan

utama di TNJER, Peta

35

2.8 Beberapa kajian saintifik di sekitar Gunung

Janing Barat, TNJER, Peta dari tahun 1987 –

2015

37

4.1 Komposisi 31 famili pokok dengan saiz DBH ≥

30 cm

52

4.2 Komposisi lain-lain tumbuhan vaskular

berpotensi

55

4.3 Senarai spesies yang diketengahkan sebagai

produk pelancongan fito

61

4.4

Frekuensi dan peratusan profil demografik

responden

87

4.5 Faktor dorongan lawatan ke TNJER, Peta 88

4.6 Kumpulan tumbuhan yang menarik perhatian

di denai

88

Page 13: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xiii

4.7 Faktor tarikan penglibatan dalam pelancongan

fito

89

4.8 Faktor tolakan penglibatan dalam pelancongan

fito

89

4.9 Faktor untuk meningkatkan promosi

pelancongan fito

89

4.10 Pandangan responden terhadap produk

pelancongan fito

90

4.11 Pandangan responden terhadap medium

promosi pelancongan fito

91

5.1 Ciri-ciri fizikal utama yang menonjol pada

produk pelancongan fito

97

Page 14: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xiv

SENARAI RAJAH

2.1 Contoh spesies tumbuhan sebagai ikon

pelancongan

11

2.2 Pelancong di titian silara di Taman Negara

Gunung Mulu

13

2.3 Gambaran keseluruhan skop pelancongan

massa dan alternatif

15

2.4 Statistik ketibaan pelancong antarabangsa

ke Malaysia tahun 2010 – 2014

17

2.5

Peta kedudukan TNJER, Peta di dalam peta

negeri Johor

26

2.6 Kawasan-kawasan tarikan semulajadi di

TNJER, Peta

27

2.7 Kepelbagaian spesies tumbuhan unik dan

endemik di TNJER

28

2.8 Contoh kemudahan asas dan kemudahan

rekreasi di TNJER, Peta

32

2.9 Kemudahan rekreasi yang tersedia di denai

pelancongan

33

2.10 Kerja lapangan oleh penyelidik UTHM di

TNJER, Peta

36

3.1 Carta aliran keseluruhan metodologi kajian 38

3.2 Kedudukan denai kajian di dalam TNJER,

Peta

40

3.3 Pemandangan denai kajian 40

3.4 Pemetaan dan penandaan pokok DBH ≥30

cm di lapangan

41

Page 15: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xv

3.5 Pemetaan tumbuhan berpotensi di lapangan 42

3.6 Pengumpulan spesimen tumbuhan di

lapangan

43

3.7 Spesimen kajian yang disusun dan

dikeringkan

44

3.8 Spesimen herbarium yang lengkap dijahit

pada kad herbarium

44

3.9 Label untuk spesimen herbarium 45

4.1 Lakaran denai kajian 50

4.2 Bilangan individu dan spesies pokok

bersaiz DBH ≥ 30 sm mengikut famili

51

4.3 Bilangan individu pokok bersaiz DBH ≥ 30

cm mengikut saiz kelas

52

4.4 Bilangan individu dan spesies lain-lain

kumpulan berpotensi

55

4.5 Persekitaran hutan dipterokarpa di denai

kajian

57

4.6 Pemandangan sekitar hutan palma

Livistona di denai kajian

58

4.7 Pemandangan hutan kerangas berpaya di

denai kajian

60

4.8 Perubahan bilangan individu dan spesies

pokok matang pada ketinggian berbeza

60

4.9 Setambun (Baccaurea parviflora) 63

4.10 Manggis hutan (Garcinia malaccensis) 64

4.11 Mersawa kuning (Anisoptera curtisii) 65

4.12 Tempinis (Streblus elongatus) 66

4.13 Lemba (Curculigo latifolia) 67

4.14 Membulan (Endospermum diadenum) 68

4.15 Hempedu beruang (Thottea grandiflora) 69

4.16 Pokok pinang Johor (Livistona endauensis) 70

4.17 Kapur (Dryobalanops aromatica) 71

4.18 Halia liar (Zingiber petiolatum) 72

Page 16: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xvi

4.19 Keruing kipas (Dipterocarpus costulatus) 73

4.20 Perah (Elateriospermum tapos) 74

4.21 Keruing mempelas (Dipterocarpus crinitus) 75

4.22 Meranti kelim (Shorea blumutensis) 76

4.23 Tongkat ali putih (Eurycoma longifolia) 77

4.24 Meranti seraya (Shorea curtisii) 78

4.25 Periuk kera (Nepenthes ampullaria) 79

4.26 Periuk kera (Nepenthes gracilis) 80

4.27 Periuk kera (Nepenthes rafflesiana) 81

4.28 Tumbuhan semut (Dischidia major) 82

4.29 Muka hadapan buku panduan pelawat dan

contoh isi kandungan

83

4.30 Peta maklumat denai kajian yang

dibangunkan

85

4.31 Papan tanda dengan maklumat denai dan

spesies tumbuhan

84

Page 17: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xvii

SENARAI SIMBOL DAN SINGKATAN

% - Peratus

°C - Darjah selsius

apl - Atas paras laut

km2 - Kilometer persegi

m - Meter

sm - Sentimeter

DBH - Diameter at breast height

EPA - Environmental Protection Agency

EPP - Entry Point Project

FRIM - Forest Research Institute Malaysia

HOB - Heart of Borneo

ICLEI - International Council for Local

Environmental Initiatives

IUCN - International Union for Conservation of

Nature and Natural Resources

J-BioTech - Johor Biotech Corporation

MNS - Malaysian Nature Society

MOTAC - Ministry of Tourism and Culture Malaysia

MONRE - Ministry of Natural Resources and

Environment

NKEA - National Key Economic Areas

NUS - National University of Singapore

PEMANDU - Performance Management & Delivery Unit

PERHILITAN - Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan

Taman Negara

PTNJ - Perbadanan Taman Negara Johor

Page 18: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xviii

PRPM - Pusat Rujukan Persuratan Melayu

RAMSAR - Konvensyen Tanah-tanah Lembap

SPSS - Statistical Package for Social Science

TNJER - Taman Negara Johor Endau Rompin

UNWTO - United Nations World Tourism Organisation

UNDP - United Nation Development Programme

UTHM - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia

Page 19: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

xix

SENARAI LAMPIRAN

A Sampel borang soal selidik 152

B Data terperinci pemetaan pokok bersaiz DBH

≥ 30 sm di sepanjang denai kajian

155

C Data terperinci bilangan individu dan spesies

kumpulan pokok bersaiz DBH ≥ 30 sm

mengikut jenis vegetasi hutan

178

D Senarai semak kriteria pelancongan fito

terhadap spesies tumbuhan berpotensi di

sepanjang denai kajian

183

Page 20: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

BAB 1

PENGENALAN

1.1 Latar Belakang Kajian

Malaysia merupakan antara negara yang mempunyai kelimpahan tumbuhan tertinggi

di dunia iaitu kira-kira 5% atau 15,000 spesies daripada 250,000 – 300,000

keseluruhan spesies tumbuhan vaskular di dunia (Saw & Chung, 2007). Faktor ini

telah meningkatkan peluang untuk pelancongan alam semulajadi untuk menapak dan

terus berkembang. Malaysia komited dalam meningkatkan sektor pelancongan

melalui Projek Permulaan Keempat (EPP4), Bidang Ekonomi Utama Negara

(NKEA) yang mensasarkan menjadikan Malaysia sebagai Hub Biodiversiti Global

dengan objektif meningkatkan pendapatan pelancongan dan menjadikan negara

sebagai salah satu destinasi pelancongan alam semulajadi premium di dunia

(PEMANDU, 2013; MOTAC, 2012).

Johor, negeri di selatan tanah air juga turut menjadi penyumbang kepada

kepesatan pelancongan alam semulajadi kerana memiliki keindahan alam semulajadi

tersendiri yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan sebagai sumber tarikan

pelancongan. Hubungan jalan raya yang baik serta akses langsung penerbangan

domestik dan antarabangsa ke negeri Johor turut menyumbang kepada peningkatan

jumlah pelancong di negeri ini.

Sektor pelancongan di negeri Johor terus meningkat pada tahun 2014

bersempena dengan pelancaran program Explore Johor Fest 2014. Program ini juga

bagi menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014 oleh Kementerian

Pelancongan Malaysia dalam bersama-sama mencapai Pelan Induk Pelancongan

Negeri Johor 2014 - 2023 (Bernama, 2014; Iskandar Malaysia, 2013). Negeri Johor

mempunyai kawasan-kawasan semulajadi yang bertaraf dunia seperti di taman-taman

Page 21: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

2

negara dan tiga kawasan paya bakau yang diisytihar sebagai tapak RAMSAR

(Ramsar Convention, 2015). Ini merangkumi Taman Negara Tanjung Piai, Taman

Negara Pulau Kukup dan Sungai Pulai yang telah disenaraikan oleh Konvensyen

Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa sejak 31 Januari 2003. Ini juga

menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan negeri yang komited mempergiat usaha

pemuliharaan ekosistem dan kepelbagaian biologi di samping meningkatkan promosi

pelancongan alam semulajadi ke mata dunia (Iskandar Malaysia, 2012).

Kajian berkaitan pelancongan alam semulajadi bukanlah suatu usaha eksplisit

di mana ia dapat menjamin usaha pemuliharaan kepelbagaian biologi dan ekosistem

di samping membawa manfaat ekonomi tempatan dan negara secara keseluruhannya

melalui pertukaran mata wang asing dan penambahan peluang pekerjaan.

Pelancongan dengan tujuan mengamati flora dan fauna sudah tidak asing lagi

di kawasan-kawasan semulajadi seperti di taman-taman negara. Namun begitu istilah

pelancongan fito yang mengambil kira aspek dan peranan pelbagai spesies tumbuhan

yang lebih meluas khususnya sebagai produk pelancongan belum lagi dikupas

dengan spesifik di Malaysia. Pelancongan fito telah mempromosikan sesuatu spesies

tumbuhan berkarisma di habitat semulajadinya dalam menarik minat pelancong.

Kajian ini menyokong idea bahawa pelancongan alam semulajadi wajar

dimanfaatkan ke atas unsur flora (Hall, 2011; Molina & Marcot, 2008) dan ekosistem

spesifik (Duarte et al., 2008) selain unsur fauna yang telah lazim dipromosikan.

Berpandukan kriteria-kriteria signifikan yang telah diaplikasikan dalam

beberapa kajian pelancongan alam semulajadi yang berjaya menempa nama, potensi

tumbuhan di TNJER, Peta sebagai aset pelancongan bernilai telah cuba

diketengahkan dalam membantu mempromosikan pelbagai produk pelancongan alam

semulajadi di negara kita.

1.2 Pernyataan Masalah

Usaha untuk mempromosikan pelancongan fito bertujuan untuk menyahut saranan

pihak kerajaan negeri menerusi Pelan Induk Pelancongan Johor 2014 – 2023 dalam

mempromosi dan memasar produk pelancongan yang berimpak tinggi dan lebih

efisien (Bernama, 2014). Negeri Johor amat kaya dengan aset alam semulajadi

namun kelebihan ini masih belum cukup dieksploitasi dan perlu ditambah nilai dalam

merealisasikan objektif ketibaan pelancong yang lebih tinggi saban tahun; sasaran

Page 22: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

3

4.5 juta berbanding 2.9 pada tahun 2013 (Bernama, 2014). Dapat dilihat juga belum

terdapat gerak kerja dan usaha promosi yang giat dalam mengetengahkan keunikan

spesies tumbuhan di habitat asli sebagai satu produk pelancongan di negeri Johor.

Pusat membeli belah dan taman tema seperti Johor Premium Outlets, Taman Tema

Puteri Harbour, dan Legoland merupakan antara produk pelancongan mega yang

sinonim dengan pelancongan di negeri Johor. Namun keseimbangan dalam

memenuhi kehendak pelancong tempatan dan antarabangsa masih perlu

dilengkapkan lagi seperti memperkenalkan produk yang mempunyai identiti

tersendiri di samping menjadi magnet pelancongan global (Bernama, 2014).

Dalam pada itu, kerajaan persekutuan melalui Pelan Projek Permulaan

Keempat (EPP4) sektor pelancongan Bidang Keberhasilan Ekonomi Negara (NKEA)

dalam Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK 10) bagi tahun 2011 - 2015, telah

berhasrat menjadikan Malaysia sebagai Hub Biodiversiti Global di samping

mempelbagaikan produk dan ikon pelancongan negara (PEMANDU, 2013). Usaha

kerajaan ini merupakan kesinambungan daripada Rancangan Malaysia Kesembilan

(RMK 9) yang terus dipacu ke arah merealisasikan potensi industri pelancongan

dalam meningkatkan sumbangannya kepada sektor perkhidmatan dan sektor

ekonomi secara keseluruhan (MOTAC, 2014).

Selain daripada dorongan pihak kerajaan negeri dan kerajaan persekutuan,

usaha untuk meningkatkan lagi pemahaman dan minat terhadap pelancongan alam

semulajadi di kalangan masyarakat awam turut menjadi titik tolak kepada kajian ini.

Berdasarkan statistik Jabatan Perangkaan Malaysia pada tahun 2012, tujuan utama

lawatan oleh pelancong domestik adalah melawat rakan dan saudara mara (43.7%)

manakala hanya 12.2% memilih tujuan aktiviti santai dan alam semulajadi seperti

aktiviti pantai dan pulau. Namun situasi kini kian berubah di mana pendedahan dan

penyebaran maklumat berkaitan pelancongan alam semulajadi dilihat terus

meningkat melalui media massa dan media cetak.

Masyarakat telah mula faham dan terdorong untuk merasai sendiri dan

memperoleh ilmu pengetahuan secara langsung berkenaan aktiviti pelancongan yang

menjurus kepada pendidikan alam semulajadi dan sekitarnya. Peningkatan populasi

di bandar turut menyumbang kepada keperluan untuk keluar dari hiruk pikuk kota ke

kawasan hijau yang lebih menenangkan tanpa gangguan luar (Ramlan et al., 2009).

Ini menjelaskan kepada peningkatan tuntutan untuk mempelbagaikan lagi produk-

produk pelancongan berasaskan alam semulajadi di negara kita.

Page 23: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

4

Justeru kajian dan penyelidikan yang lebih meluas di peringkat universiti

dalam mempelbagaikan lagi aset pelancongan negara dilihat sangat perlu dan harus

dioptimumkan kerana negara sememangnya mempunyai potensi semulajadi yang

banyak untuk dimanipulasi. Ini juga disokong oleh kajian-kajian yang menyatakan

keperluan dalam pelancongan alam semulajadi di Malaysia (Loong, 2011; Hamzah &

Ismail 2008 dan Rahimatsah, 2002).

1.3 Matlamat dan Objektif

Objektif kajian ini dibahagikan kepada tiga matlamat utama iaitu:-

1. Mengenalpasti dan mengumpul maklumat tentang tumbuhan yang berpotensi

dijadikan produk pelancongan fito

2. Membangunkan medium promosi pelancongan fito

3. Meninjau kecenderungan dan tahap kepuasan responden terhadap pelancongan

fito

1.4 Skop Kajian

Dalam usaha untuk mencapai objektif-objektif ini , skop kajian telah dihadkan

kepada: -

i. Denai Dato’ Abdul Ghani Othman di Taman Negara Johor Endau Rompin

(TNJER), Peta sebagai tapak kajian

ii. Pemilihan tumbuhan dihadkan kepada tumbuhan daripada alam Plantae dan sub

alam trakiofita

iii. Pengagihan borang soal selidik untuk mendapatkan maklumat tentang minat dan

tahap kepuasan pelancong hanya dapat dijalankan terhadap 50 orang responden

disebabkan faktor kekangan keselamatan dan teknikal

Page 24: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

BAB 2

KAJIAN LITERATUR

2.1 Tumbuhan

Tumbuhan didefinisikan sebagai eukariot multisel dari alam Plantae yang

mensintesis nutrien melalui proses fotosintesis menggunakan klorofil di dalam

daunnya dengan kehadiran cahaya matahari. Tumbuh-tumbuhan merupakan

pembekal tenaga utama kepada ekosistem, membentuk hubungan penting dan

kompleks dengan haiwan, unsur-unsur dan tumbuh-tumbuhan lain serta memenuhi

kedua-dua fungsi ekonomi dan ekologi manusia. Kepelbagaian tumbuh-tumbuhan

telah mencerminkan kepelbagaian ekosistem. Semua tumbuh-tumbuhan tergolong di

dalam alam Plantae.

Tumbuh-tumbuhan dapat diklasifikasikan kepada dua kumpulan utama iaitu

autotrofik; tumbuhan yang mempunyai klorofil dan boleh menjalankan fotosintesis

dan heterotrofik; tumbuhan tidak mempunyai klorofil dan tidak menjalankan

fotosintesis. Sebahagian besar tumbuhan adalah autotrofik manakala parasit dan

saprofit pula tergolong dalam kumpulan heterotrofik. Tumbuhan berbunga pula dapat

dikategorikan kepada dua kumpulan iaitu dikotiledon dan monokotiledon. Uniknya,

tumbuhan vaskular dan tumbuhan bukan vaskular mempunyai tabiat pertumbuhan

yang berlainan untuk kemandirian dan kelangsungan hidup. Contoh beberapa jenis

habit tumbuhan turut disenaraikan di dalam Jadual 2.1.

Page 25: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

6

Jadual 2.1: Jenis-jenis habit pertumbuhan tumbuhan

(Yaacob et al., 2012; Soepadmo, 2006a)

No. Jenis Ciri-ciri Contoh

1. Epifit - Tumbuhan yang hidup di

permukaan tumbuhan lain dan

sekadar menumpang untuk

mendapatkan sokongan fizikal

dan sumber cahaya sahaja.

- Tidak mendapatkan air dan

nutrien dari tumbuhan perumah

tetapi daripada air hujan.

Orkid Selipar

(Paphiopedilum

barbatum), Paku

Langsuyar (Asplenium

nidus), Paku Tanduk

Rusa (Platycerium

coronarium)

2. Herba -Tumbuhan berbatang lembut dan

tidak berkayu.

- Sebahagian besar tumbuhan

ubatan tergolong dalam

kumpulan ini.

Lengkuas (Alpinia

galanga), Kacip

Fatimah (Labisia

pumila), Pisang (Musa

spp.)

3. Parasit - Tumbuhan yang hidup di

permukaan tumbuhan hidup lain

dan menjadikan perumah sebagai

sumber mendapatkan bekalan air

dan nutrien.

- Ia akan mengeluarkan akar yang

berupaya menyuntik ke dalam

xilem perumah dan menyerap

nutrien daripada perumah.

Bunga pakma (Rafflesia

spp.), Balanophora

fungosa

(Balanophoraceae)

4. Pokok - Tumbuhan berkayu dan

mempunyai batang walaupun

hanya di bahagian pangkal

pokok.

- Kebanyakan pokok daripada

kumpulan dikotiledon.

Chengal

(Neobalanocarpus

heimii), Rambutan

(Nephelium lappaceum),

Pokok Kelapa (Cocos

nucifera)

5. Pokok renek - Pohon kecil, ketinggian tidak

melebihi empat meter dan batang

berkayu.

- Kebiasaannya mempunyai

banyak cabang tetapi tidak

mempunyai batang utama.

Bunga raya (Hibiscus

rosa-sinensis),

Senduduk (Melastoma

malabathtricum), Bunga

kertas (Bougainvillea

spp.)

6. Tumbuhan

akuatik

- Tumbuhan yang memerlukan

kehadiran air yang kekal atau

separa kekal untuk tumbuh dan

membahagi.

Keladi bunting

(Eichhornia crassipes),

Teratai (Nelumbo

nucifera), Kangkung

(Ipomoea aquatica)

7. Tumbuhan

memanjat

- Tumbuhan berbatang lembut

atau berkayu yang memanjat atau

membelit pokok lain untuk tujuan

mendapatkan sumber cahaya

matahari yang mencukupi.

- Ia memanjat sama ada

menggunakan batang lilit, sulur

Rotan Manau (Calamus

manan), Periuk kera

(Nepenthes spp.), Seri

pagi (Ipomoea

purpurea)

Page 26: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

7

paut, penyangkuk, duri atau akar.

8. Saprofit - Tumbuhan yang hidup di

permukaan tumbuhan mati dan

menjadikan perumah sebagai

sumber mendapatkan bekalan air

dan nutrien.

Thismia aseroë

(Burmanniaceae)

Hutan hujan di Malaysia mewakili ekosistem yang kompleks diungguli

spesies pokok dan diserikan pelbagai jenis tumbuhan lain yang mempunyai habit

pertumbuhan dan fungsi yang tersendiri (Kiew, 2006). Ini termasuk pokok, pokok

renek, herba, pemanjat, parasit dan tumbuhan simbiotik seperti epifit, dan saprofit.

Perbezaan variasi habit ini dapat dipandang dengan mata kasar melalui ciri fizikal

morfologi. Morfologi tumbuhan merujuk kepada rupa bentuk fizikal dan struktur

luaran sesuatu tumbuhan tersebut (PRPM, 2015). Ciri-ciri morfologi adalah kritikal

dalam bidang taksonomi untuk proses pengecaman, pengkelasan, penerangan,

klasifikasi dan penamaan spesies.

Umumnya, ciri-ciri daun menjadi kunci asas kepada pengenalpastian spesies

tumbuhan (Kochummen, 1999). Jenis daun boleh jadi sama ada ringkas, majmuk,

trifoliat, palmat, pinat, tripinat atau bipinat. Susunan daun pula boleh jadi

bersetentang, bertingkat, berpusar, berpilin mahupun bersetentang berpilin. Bentuk

daun juga menunjukkan variasi seperti eliptik, lanseolat, oblong, linear, oblanseolat

dan lain-lain lagi. Rupa bentuk apeks, dasar dan margin daun turut menjadi unsur

penting yang dilihat pada spesies tumbuhan (Joann, et al., 2012; Symington, 2004;

Wyatt-Smith & Kochummen, 1999).

Salah satu ciri yang turut membantu dalam pengecaman spesies pokok adalah

kulit pokok. Warna kulit pokok adalah pelbagai daripada hitam arang, coklat

kehitaman, coklat keperangan, kelabu hingga ke putih kekelabuan (Symington, 2004;

Wyatt-Smith & Kochummen, 1999). Permukaan kulit pokok pula dikategorikan

sama ada licin, bersisik, merekah, merekah sampan, merekah halus, berpuru,

bergelang, atau berbopeng (Symington, 2004; Wyatt-Smith & Kochummen, 1999).

Bagi beberapa famili pokok, batangnya mengeluarkan eksudat saperti damar pada

famili Dipterocarpaceae dan Burseraceae, lateks pada Apocynaceae dan Sapotaceae

dan sap pada Myristicaceae. Bentuk pokok pula ditentukan oleh bentuk silara seperti

sympodial, monopodial atau kun dan pagoda.

Rupa bentuk akar pada spesies pokok hutan juga unik seperti kewujudan akar

banir, akar jangkang atau akar terbang. Akar banir ini merujuk kepada akar berbibir

Page 27: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

8

terjulur keluar daripada bahagian pangkal batang untuk tujuan sokongan manakala

akar terbang pula ialah akar yang tidak bersentuhan dengan tanah (Joann, et al.,

2012; Wyatt-Smith & Kochummen, 1999). Kehadiran atau ketiadaan banir, rupa

bentuk banir yang kuncup atau kembang dan menjalar turut menjadi ciri-ciri sifat

spesies pokok (Symington, 2004).

Herba di Malaysia pula mempamerkan lebih variasi saiz daun berbanding

pokok, daripada saiz sekecil lumut hingga ke saiz gergasi sebesar 4 m seperti spesies

keladi liar, Alocasia robusta (Araceae) (Kiew, 2006a). Selain itu, herba juga

menunjukkan rupa bentuk, tekstur, corak, pola dan warna daun yang lebih pelbagai

berbanding kumpulan pokok (Kiew, 2006a). Tekstur daun herba berbeza-beza

daripada tebal, berisi, licin dan berkilat seperti yang dilihat pada spesies Halia

(Zingiberaceae) hingga ke tipis, lembut dan berbulu seperti pada spesies

Didymocarpus (Gesneriaceae). Pokok renek pula terkenal sebagai tanaman hiasan

kerana pertumbuhan dan habit pembungaan yang mengeluarkan bunga mekar

pelbagai warna yang menarik.

2.1.1 Kepelbagaian Flora Malaysia

Malaysia merupakan antara negara membangun yang masih mengekalkan peratusan

tertinggi kawasan hutannya (Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia, 2012).

Hutan hujan tropika di Malaysia melibatkan ekosistem yang kompleks yang

sebahagian besarnya didiami spesies pokok, namun di dalamnya juga, pelbagai jenis

tumbuhan lain turut hidup bersama. Kekayaan flora di Malaysia terutamanya di

hutan hujan tropika disumbangkan oleh kepelbagaian di peringkat spesies, famili,

genus, komuniti serta ekosistem. Keadaan ini disebabkan oleh usia hutan hujan di

Malaysia dicatatkan antara yang tertua di dunia (Kiew, 2006). Ditambah dengan

iklim khatulistiwa yang bebas kemarau dan bebas pembekuan menyediakan kondisi

optimum untuk pertumbuhan tumbuh-tumbuhan.

Kepelbagaian ini juga didorong oleh habitat kompleks yang membenarkan

pelbagai spesies wujud bersama di satu-satu kawasan. Sebagai contoh struktur

pelbagai lapisan hutan tropika merangkumi pelbagai lapisan pokok, tumbuhan renek,

herba, epifit, tumbuhan menjalar dan tumbuhan pelindung (Kiew, 2006a). Bagi

sesetengah tumbuhan, bahagian batang dan dahan pokok juga menjadi habitat kepada

spesies pakis, epifit, orkid dan tumbuhan memanjat manakala daun dan akar menjadi

Page 28: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

9

habitat kepada spesies kulat, briofit dan alga. Kepelbagaian lapisan tumbuh-

tumbuhan di dalam hutan-hutan inilah yang menjadi faktor Malaysia tersenarai

antara 12 negara megadiversiti di dunia (MONRE, 2006).

Malaysia mempunyai kelimpahan tumbuhan yang tinggi iaitu 5% daripada

250,000 hingga 300,000 jumlah keseluruhan tumbuhan di dunia dan peratusan

kelimpahan ini adalah tinggi kerana Malaysia hanya membentuk 0.2% daripada jisim

tanah global (Maryati & Alona, 2014; Saw & Chung, 2007). Kelimpahan ini

mencatatkan Malaysia sebagai negara kedua tertinggi kepelbagaian biologi di dalam

Asia Tenggara selepas Indonesia yang mempunyai lebih 29,000 spesies (MONRE,

2006). Malah, kekayaan spesies tumbuhan vaskular iaitu melebihi 5000 spesies

dalam 10,000 km2 telah

meletakkan bahagian utara Borneo ke dalam kedudukan lima

teratas pusat kekayaan spesies tumbuhan vaskular global (Mutke et al., 2011).

Setakat tahun 2010, Malaysia mempunyai kira-kira 15,000 spesies tumbuhan

vaskular (Saw & Chung, 2007) di dua kawasan geografi utamanya iaitu 8,300 spesies

direkodkan di Semenanjung Malaysia dan 12,000 spesies di Sabah dan Sarawak

(Saw et al., 2010). Daripada 15,000 spesies ini, sebanyak 30.1% atau 2,500 adalah

endemik di Semenanjung Malaysia manakala di Sabah dan Sarawak peratusannya

adalah lebih tinggi namun tiada data tepat mengenai peratusan sebenar. Bagi

kumpulan pokok pula, Semenanjung Malaysia mencatatkan 26.4% atau 746 spesies

endemik (Ng et al., 1990) dan 42.1% bagi Sabah dan Sarawak iaitu 735 daripada

1750 spesies (Saw et al., 2010).

Perbezaan peratusan keendemikan dan kepelbagaian flora di antara kedua-

dua kawasan di Malaysia ini adalah disebabkan faktor keluasan kawasan daratan

yang lebih besar di Sabah dan Sarawak iaitu 60.4% (200,565 km2) berbanding

Semenanjung Malaysia yang hanya meliputi 36.6% (131,598 km2). Tambahan pula,

Sabah dan Sarawak mempunyai gunung-gunung yang lebih tinggi dan lebih banyak

variasi dari segi formasi tanah dan geologinya seperti vegetasi kerangas, batuan

volkanik, batuan ultramafik dan bukit batu kapur yang kurang meluas di

Semenanjung Malaysia (Saw et al., 2010; Kiew, 2006).

Page 29: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

10

2.1.2 Kepentingan Tumbuhan

Secara amnya, tumbuh-tumbuhan penting kepada manusia sebagai pembekal

oksigen, sumber makanan, pertanian, perubatan, tempat tinggal, pakaian dan segala

keperluan asas. Kepelbagaian biologi tumbuhan adalah kritikal dalam

pengawalaturan ekosistem, menyediakan nilai-nilai pendidikan, estetik, rekreasi,

agama dan budaya dan keseluruhannya membantu menyokong kehidupan di bumi

(MONRE, 2006; Soepadmo, 2006a). Tumbuh-tumbuhan di hutan memainkan

peranan dalam membantu mengekalkan keseimbangan ekologi dan alam sekitar dari

segi penulenan udara dan air, mitigasi bencana alam seperti banjir, kemarau, tanah

runtuh, dan menahan ombak besar dan hakisan. Tumbuhan juga telah digunakan

sejak bertahun dahulu sebagai sumber tenaga iaitu sumber bahan api pepejal daripada

kayu getah dan sisa kelapa sawit dan bahan api cecair dalam bentuk alkohol yang

didapati daripada pokok nipah.

Secara umumnya, hutan di Malaysia merangkumi hutan dara asli, hutan paya

gambut, hutan paya bakau dan hutan tanaman. Pewartaan Hutan Simpanan Kekal di

Malaysia pula diklasifikasikan berdasarkan fungsi hutan iaitu pengeluaran,

perlindungan, penyelidikan, pendidikan dan ameniti (Parlan et al., 2011). Di

Malaysia, antara famili tumbuhan yang mempunyai kelimpahan pokok-pokok balak

termasuk famili terbesar Dipterocarpaceae (Meranti, Chengal, Balau), Leguminosae

(Kempas, Merbau), Burseraceae (Kedondong), Anacardiaceae (Mangga), Lauraceae

(Medang), Sapotaceae (Nyatoh), Fagaceae (Berangan, Mempening) dan

Myristicaceae (Penarahan). Stok pertumbuhan pokok-pokok dipterokarpa yang

tinggi di hutan-hutan dipterokarpa campuran telah meletakkan Malaysia sebagai

salah satu peneraju pengekspot balak tropika di dunia termasuk ke Jepun, Taiwan

dan negara-negara Asia Timur lain (Kochummen, 2006).

Sememangnya produk hasil hutan telah menjadi antara penyumbang utama

pertumbuhan ekonomi negara. Sebagai contoh produk kayuan khususnya balak,

produk bukan kayuan seperti gaharu, damar, getah, minyak pati, oleoresin, herba dan

tumbuhan ubatan yang memainkan peranan penting dalam sektor pembinaan,

pembuatan dan perubatan sehingga ke hari ini (MONRE, 2006).

Dari sudut isu pemanasan global, tumbuh-tumbuhan secara alaminya

berperanan membantu mengurangkan kesan pemanasan global dengan bertindak

sebagai tadahan karbon (Parlan et al., 2011). Ia mampu menyerap gas rumah hijau

Page 30: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

11

yang terbebas di atmosfera seperti karbon dioksida (CO2). Karbon dipisahkan oleh

tumbuhan melalui proses fotosintesis di mana karbon dioksida disimpan di bahagian

akar, batang, dahan dan daun di mana kira-kira 50% disimpan dalam bentuk biojisim

berkayu (EPA, 2007). Karbon akan dilepaskan ke tanah dan atmosfera apabila

biojisim ini mereput (Ravin & Raine, 2007). Kadar penyerapan karbon adalah

bergantung kepada saiz, usia dan spesies tumbuhan. Pokok yang matang menyerap

lebih banyak karbon dioksida berbanding anak-anak pokok (McAliney, 1993; ICLEI,

2006). Dalam pada itu, pertambahan jumlah pertumbuhan dan saiz pokok-pokok

baharu akan meningkatkan kadar pemisahan karbon (Ravin & Raine, 2007). Justeru

adalah penting untuk kita mengekalkan satu sistem hutan yang baik untuk

memastikan proses tadahan karbon yang efektif.

Selain menjadi unsur penting dalam kebudayaan, warisan semulajadi dunia,

pembangunan ekonomi serta sumber utama kepelbagaian biologi, hutan dan pokok-

pokok turut dilihat penting dari perspektif konservasi dan pelancongan. Hutan dan

pokok-pokok telah memainkan peranan utama sebagai simbolik dalam menyuntik

kesedaran dan usaha ke arah pemuliharaan (Hall et al., 2011; Heywood, 1995).

Dari sudut estetika, kepelbagaian tumbuhan memainkan peranan sebagai

sumber pelancongan bersandarkan alam semulajadi kerana tumbuhan bertindak

sebagai simbol kelestarian dan ketenangan. Produk pelancongan berasaskan tumbuh-

tumbuhan dapat dilihat di beberapa bahagian di Malaysia. Keunikan dan

keendemikan bunga pakma terbesar di dunia, Rafflesia spp. telah dikomersilkan

sebagai daya tarikan utama pelancong seperti di negeri Sabah (Ismail, 1988), Taman

Negara Gunung Gading di Sarawak (Perbadanan Perhutanan Sarawak, 2014), Tanah

Tinggi Lojing di negeri Kelantan (Siti-Munirah, 2011), dan Taman Negeri Royal

Belum di negeri Perak (Siti-Munirah, 2011) dan juga di Brunei, Jawa, Sumatera,

Semenanjung Thailand dan Filipina (Ismail, 1988). Taman Kinabalu di negeri Sabah

sendiri telah menyimpan khazanah flora yang merupakan ke enam (6) terkaya di

dunia dari segi kepadatan pelbagai spesies tumbuhan yang melebihi 5,000 spesies per

10,000 km2 (Nais, 2003). Kewujudan taman-taman negara di Malaysia yang kaya

dengan khazanah flora dan fauna ini telah terbukti menjadi penyumbang keuntungan

kepada ekonomi negara sejak beberapa tahun dahulu dan telah mencerminkan

potensi yang besar pelancongan alam semulajadi di Asia Tenggara (Kamaljit et al.,

1990).

Page 31: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

12

Spesies unik seperti periuk kera, Nepenthes spp. dan orkid telah dijadikan

daya tarikan pelancongan terutamanya di kawasan Malesia yang merupakan kawasan

tumpuan kepelbagaian biologi di dunia. Pokok General Sherman (Sequoiadendron

giganteum), Pokok Joshua (Yucca brevifolia) dan Carnegiea gigantea di Amerika

Syarikat (Hall et al., 2011; 2010), pokok Baobab, (Adansonia digitata) di benua

Afrika (Barnes, 1985), dan keladi (Amorphophallus titanium) di Sumatera

(Indonesian Circle, 1981) merupakan antara spesies megaflora yang dijadikan ikon

pelancongan di beberapa buah negara. Contoh-contoh di atas memperlihatkan

bahawa tumbuhan juga memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan

industri pelancongan dan sektor ekonomi sejagat. Beberapa contoh spesies tumbuhan

sebagai produk pelancongan alam semulajadi dapat dilihat pada Rajah 2.1.

Rajah 2.1: Contoh spesies tumbuhan sebagai ikon pelancongan. (a) Bunga pakma,

Rafflesia keithii (Rafflesiaceae) di Ranau, Sabah (b) Jambak bunga Amorphophallus

titanium (Araceae) di Sumatera, Indonesia (Indonesia Circle, 2001) (c) Kaktus

gergasi, Carnegiea gigantea (Cactaceae) di Arizona, USA (National Geograpahic,

(c) (d)

(a) (b)

Page 32: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

13

2015) (d) Pokok tertinggi, Sequoiadendron giganteum (Cupressaceae) di Sequioa

National Park, USA (National Geograpahic, 2015)

Potensi kepelbagaian tumbuhan turut dieksploitasi bagi tujuan pendidikan

alam sekitar dan rekreasi seperti dengan wujudnya titian silara atau titian kanopi di

taman-taman negara dan kawasan-kawasan lindungan. Sebagai contoh pakej Canopy

Walkway di titian silara di Institut Perhutanan Malaysia (FRIM) yang telah

dibangunkan sejak tahun 1992 sepanjang 150 meter, telah merekodkan sebanyak

220,000 kunjungan termasuk pengunjung domestik dan antarabangsa setakat tahun

2009 (Ramlan et al., 2009).

Selain untuk menikmati pemandangan kanopi pokok-pokok dan ekosistem

hutan yang menakjubkan, kewujudan sistem titian silara telah membantu

meningkatkan kesedaran pengunjung dari semua peringkat terhadap pendidikan alam

sekitar dan kesedaran tanggungjawab menghargai alam semulajadi kerana sistem

seperti ini bersifat mesra alam dan mesra pelancong. Antara contoh tarikan titian

silara popular di Malaysia termasuklah di Taman Negara di Pahang, Taman Negara

Pulau Pinang, Lembah Danum, Poring dan Taman Negara Bukit Tawau di Sabah dan

tidak ketinggalan di Taman Negara Mulu dan Batang Ai di Sarawak (David, 2015).

Contoh titian silara yang dibangunkan di Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak

yang menjadi salah satu tarikan pelancongan utama dipaparkan dalam Rajah 2.2.

Rajah 2.2: Pelancong antarabangsa melalui titian silara sepanjang 450 meter di

Taman Negara Gunung Mulu, Sarawak.

Page 33: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

14

2.2 Pelancongan Alam Semulajadi

Pelancongan merupakan industri major global dapat dibahagikan kepada

pelancongan massa dan pelancongan alternatif. Pelancongan massa merujuk kepada

pelancongan konvensional, piawai dan berskala besar manakala pelancongan

alternatif menekankan kelestarian sumber atau produk pelancongan, aspek

persekitaran dan pemuliharaan alam semulajadi. Pelancongan alam semulajadi jatuh

ke dalam kategori pelancongan alternatif. Cabang pelancongan ini semakin mendapat

perhatian di dalam industri pelancongan dan terus berkembang (Mehmetoglu, 2007).

Pelancongan penting sebagai medium untuk:

i. Mempromosi usaha pemeliharaan dan pemuliharaan

ii. Meningkatkan hasil pendapatan kerajaan dalam pertukaran mata wang asing

iii. Menimba pengetahuan

iv. Mewujudkan peluang pekerjaan dan peringkat pendapatan

v. Mempelbagai dan membangunkan aktiviti ekonomi berjangka masa panjang

yang lestari

vi. Menguruskan pengekstrakan sumber-sumber bahan mentah

vii. Menggalakkan penyelidikan

viii. Menggalakkan pembangunan kawasan semulajadi

(Eagles et al., 2001; Musa, 2000)

Pelancongan alam semulajadi memfokuskan kepada kunjungan untuk

menikmati keaslian alam semulajadi atau menjalankan aktiviti yang berkaitan dengan

elemen-elemen spesifik persekitaran semulajadi tersebut tanpa melakukan kerosakan.

Ini disokong oleh Valentine (1992) yang menyatakan “pelancongan alam semulajadi

secara asasnya mementingkan kunjungan dan pengalaman yang sepenuhnya

bergantung dan diserlahkan oleh persekitaran alam semulajadi yang tidak

terganggu.” Menurut Pelan Pelancongan Eko Kebangsaan 1995 (National

Ecotourism Plan), pelancongan alam semulajadi merujuk kepada pelancongan yang

bergantung sepenuhnya kepada penggunaan sumber semulajadi di kawasan yang

secara relatifnya tidak terganggu, termasuklah panorama, topografi, ciri-ciri air,

vegetasi dan hidupan liar namun tidak menekankan elemen kelestarian sumber

semulajadi (Ceballos-Lascurin, 1996; Butler, 1992). Istilah ini digunakan bersilih

ganti dengan pelancongan eko dan pelancongan berasaskan alam semulajadi.

Pelancongan eko telah didefinisikan sebagai pelancongan alam semulajadi dengan

Page 34: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

15

pengenalan elemen kelestarian atau pelancongan yang menyokong pemuliharaan

sumber-sumber semulajadi dan habitat-habitatnya (MOTAC, 1995).

Newsome, Moore dan Dowling (2002) juga menyokong konsep pelancongan

alam semulajadi oleh Ceballos-Lascurin (1996) dan telah menyertakan pelancongan

kembaraan, pelancongan berorientasikan aktiviti luar dan bukan massa. Hamzah dan

Ismail (2008) merumuskan bahawa segala bentuk pelancongan yang berasaskan

persekitaran semulajadi dan pengalaman di dalam, tentang, atau untuk persekitaran

adalah dikira sebagai pelancongan alam semulajadi. Hubung kait pelancongan alam

semulajadi di dalam skop-skop pelancongan dapat dilihat melalui Rajah 2.3.

Rajah 2.3: Gambaran keseluruhan skop pelancongan massa dan pelancongan

alternatif (Newsome et al., 2002; Hamzah & Ismail, 2008)

Pelancongan alam semulajadi kini menjadi salah satu kajian terpenting dalam

bidang pelancongan kerana ia dapat menjamin usaha pemuliharaan kepelbagaian

biologi dan ekosistem di dalam negara kita. Malahan ia dapat membawa kepada

peningkatan ekonomi masyarakat setempat dan negara secara keseluruhannya

melalui pertukaran mata wang asing (Nasarudin & Maryati, 2003). Pelancongan

Page 35: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

16

alam semulajadi turut mempunyai perkaitan dengan konsep pelancongan hijau yang

menjadikan flora, fauna dan khazanah budaya sebagai tarikan utama pelancongan

dalam melahirkan pelancong yang mesra alam atau erti kata lain pelancong yang

bersikap penuh tanggungjawab terhadap kesedaran pemeliharaan dan pemuliharaan

alam semulajadi dan sekitarnya sewaktu melancong (Furqan et al., 2010).

Pelancongan dengan label hijau ini seterusnya akan dapat membuka mata lebih

banyak pihak berwajib dan pemain industri untuk mengawal kesan negatif daripada

aktiviti pelancongan dengan mengamalkan teknik pengurusan persekitaran yang

efektif dan jelas.

2.2.1 Industri Pelancongan Alam Semulajadi di Malaysia

Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia

(MOTAC) telah menjalankan kempen Malaysia Year of Festivals atau MyFEST

2015 dengan mensasarkan ketibaan pelancong ke dalam negara seramai 29.4 juta

dengan pendapatan sebanyak RM 89 bilion (MOTAC, 2014). Kempen ini bertujuan

menggalakkan lagi industri pelancongan negara selain mengekalkan Malaysia

sebagai salah satu destinasi utama pelancongan di dunia. Sektor pelancongan telah

menjadi sumber pendapatan kedua tertinggi negara melalui pertukaran mata wang

asing setiap tahun. Pada tahun 2000, telah dianggarkan kira-kira 1.25 juta pelancong

antarabangsa telah datang melawat Malaysia dengan tujuan melihat dan menikmati

alam semulajadinya (Tagi, 2001). Melalui Pelan Transformasi Pelancongan Malaysia

juga, kerajaan telah mensasarkan ketibaan seramai 36 juta pelancong dan sebanyak

RM168 bilion pendapatan pada tahun 2020. Selain itu kerajaan mensasarkan

ketibaan 0.2 bilion atau 13.7% pelancong berorientasikan alam semulajadi atau

pelancong-eko pada tahun 2020 (MOTAC, 2014).

Daripada data Pertubuhan Pelancongan Dunia Pertubuhan Bangsa Bersatu

(UNWTO) bagi destinasi pelancongan terbaik dunia, Malaysia telah menduduki

tangga ke sepuluh dalam carta sepuluh teratas ketibaan pelancong antarabangsa pada

tahun 2012 dengan jumlah pelancong seramai 25.0 juta berbanding 24.7 juta pada

tahun 2011 iaitu peningkatan sebanyak 1.3% (UNWTO, 2013). Pada tahun 2013,

ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia terus meningkat kepada 25.7 juta

namun tidak berjaya mengekalkan kedudukan di carta teratas diatasi oleh negara

Page 36: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

17

Thailand (UNWTO, 2014). Statistik ketibaan pelancong ke dalam negara dari tahun

2010 hingga 2014 diperincikan di dalam Rajah 2.4.

Rajah 2.4: Statistik ketibaan pelancong antarabangsa ke Malaysia

bagi tahun 2010 – 2014 (UNWTO, 2014)

Malaysia selaku negara kedua terkaya dari segi keluasan kepelbagaian biologi

(per unit kawasan) di Asia Tenggara selepas Indonesia (MONRE, 2006),

menunjukkan kadar pertumbuhan yang pesat dari segi sektor pelancongan alam

semulajadi. Malaysia komited dalam meningkatkan sektor pelancongan melalui

Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) dalam membantu memenuhi sasaran

negara pada tahun 2020. Melalui Projek Permulaan Keempat (EPP4) di bawah

NKEA ini, kerajaan mensasarkan untuk menjadikan Malaysia sebagai Hub

Biodiversiti Global dengan objektif untuk meningkatkan pendapatan pelancongan

dengan menjadikan negara sebagai salah satu daripada destinasi pelancongan eko

dan pelancongan alam semulajadi premium di dunia. EPP4 dengan sasaran

Keseluruhan Pendapatan Negara (GNI) sebanyak 1,486.9 juta tahun 2020 ini sedang

di dalam proses perlaksanaan oleh kementerian dan organisasi-organisasi perlaksana

yang dipilih. Melalui projek ini, Malaysia akan dapat meningkatkan lagi martabat

kepelbagaian biologi flora dan fauna melalui sistem pengawalan, dan pemuliharaan

yang komprehensif (PEMANDU, 2013).

NKEA ini merujuk kepada pemacu aktiviti ekonomi yang diyakini mampu

menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Pelbagai usaha telah dijalankan

oleh kementerian dan organisasi pelaksana dalam memenuhi cita-cita ini.

Penaiktarafan infrastruktur di Taman Negara Gunung Mulu, Taman Negeri Royal

Page 37: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

18

Belum, Pulau Tioman dan pusat-pusat pelancongan semulajadi di Sabah merupakan

antara usaha kerajaan dalam mempamer dan menonjolkan lagi kekayaan

biodiversiti Malaysia di mata dunia (PEMANDU, 2013).

Dalam pada itu, Malaysia pada hakikatnya sentiasa giat menjalankan

program-program inisiatif dalam membangunkan kawasan-kawasan mega

biodiversiti kepada destinasi pelancongan alam semulajadi yang mampu berkembang

pesat melalui pengurusan dan pengezonan sebenar (Loong, 2011). Sebagai contoh

projek Heart of Borneo Initiative yang telah bermula sejak tahun 2005

ditandatangani oleh negara Malaysia, Brunei dan Indonesia telah membawa misi

untuk memelihara dan menguruskan secara lestari 240,000 km2 hutan-hutan di

sekitar kepulauan Borneo (HOB, 2014).

Selaras dengan usaha-usaha kerajaan ini, Malaysia yang mempunyai

khazanah semulajadinya yang berpotensi tinggi, adalah tepat pada masanya untuk

mewujudkan lebih banyak produk pelancongan baru atau mencipta ikon baru

pelancongan dalam membantu meningkatkan lagi martabat industri pelancongan ke

peringkat antarabangsa. Di Malaysia, sektor pelancongan alam semulajadi

diperhatikan telah dikenali serta ligat dijalankan khususnya di negeri-negeri Sabah,

Sarawak, Pulau Pinang, Selangor, Perak, Pahang, dan Terengganu melalui keindahan

dan kekayaan kepelbagaian biologi di taman-taman negara dan pulau-pulaunya

(MOTAC, 2008). Peters (2001) menyatakan bahawa penyelidikan berkenaan

pelancongan alam semulajadi di Malaysia tidak boleh dibandingkan dengan negara-

negara maju seperti Amerika Syarikat, Kanada, Australia dan Afrika yang mana

Malaysia selaku negara membangun lebih memfokuskan kepada industri pertanian

dan pengeluaran. Namun, kini Malaysia telah lebih terbuka mata akan kepentingan

dan potensi besar pelancongan alam semulajadi kepada negara dan melalui pelbagai

pelan dan program yang dirangka oleh kerajaan persekutuan dan kerajaan-kerajaan

negeri serta didorong oleh kekayaan semulajadi negara, Malaysia dilihat berpeluang

bersaing dalam sektor pelancongan alam semulajadi di peringkat antarabangsa.

Pelancongan alam semulajadi dapat menjadi penyumbang utama kepada

sektor ekonomi sesuatu kawasan sebagai contoh di negeri Sabah yang merupakan

antara negeri di Malaysia yang mencatatkan jumlah kehadiran pelancong yang tinggi

disebabkan faktor tarikan kekayaan dan kecantikan alam semulajadi serta landskap

geografinya (Pangiran Bagul, 2007). Dicatatkan kira-kira 9,000 pekerja telah diambil

bekerja dalam sektor pelancongan di Sabah pada akhir tahun 2000 dan lebih 255

Page 38: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

19

hotel telah dibangunkan pada akhir 2007 (Pangiran Bagul, 2007). Strategi pemasaran

yang efektif, penambahbaikan infrastruktur dan penggunaan produk-produk

pelancongan yang bersifat semulajadi dan mapan tentunya dapat memberikan

persepsi dan reaksi positif kepada para pelancong di samping memelihara

keseimbangan ekosistem dan kelestarian masyarakat tempatan.

Contoh kajian-kajian terkini mengenai potensi pelancongan alam semulajadi

di Malaysia yang menggunakan organisma khususnya haiwan dan tumbuh-tumbuhan

endemik sebagai wajah utamanya seperti:-

1) Pelancongan Bunga Pakma (Rafflesia spp.) di Taman Negeri Royal Belum,

Perak (Siti Munirah, 2011)

2) Pelancongan Periuk Kera (Nepenthes spp.) di Sabah (Yosuf, 2007; Fu, 2006)

3) Pelancongan Anura (katak dan kodok) di Sabah (Kueh, 2014, 2011, 2005)

4) Pelancongan Badak Sumatera (Dicerorrhinus sumatrensis harrissoni) di

Tabin Wildlife Reserve, Sabah (Saikim, 2008)

5) Pelancongan Ento (Serangga) di Taman Negara Johor Gunung Ledang, Johor

(David, 2014)

6) Pelancongan Semut di Taman Negara Johor Endau Rompin, Johor (Hamdin,

2014)

7) Pelancongan Monyet Belanda (Nasalis larvatus) di Sabah (Lion, 2004)

8) Pelancongan Kelip-kelip (Pteroptyx tener) di Kampung Kuantan, Selangor

(Mokhtar et al., 2010)

Walaupun terdapat kajian masih di peringkat permulaan khususnya tentang

potensi dan aspek-aspek seperti pemuliharaan dan penggunaan secara lestari sumber-

sumber semulajadi ini, namun ia telah terbukti membawa pelbagai manfaat ekonomi

dan warna kepada industri pelancongan negara kita.

Pada tahun 2013 negeri Johor telah berjaya mencatatkan seramai 4.2 juta

pelancong domestik dan antarabangsa (Iskandar Malaysia, 2013). Berikutan prestasi

memberangsangkan, kerajaan negeri telah menyasarkan kedatangan pelancong

domestik dan antarabangsa sebanyak 4.6 juta pada tahun 2014 bersempena dengan

Tahun Melawat Malaysia 2014 (Kosmo, 2013). Negeri Johor juga menduduki tempat

kedua dalam statistik ketibaan pelancong domestik selepas negeri Perak pada tahun

2012 di mana destinasi-destinasi tumpuan adalah Taman Negara Johor Gunung

Ledang, Pantai Desaru, Danga Bay, Plaza Angsana dan Tebrau. Melawat rakan dan

saudara mara mencatatkan peratusan tertinggi tujuan perjalanan pelancong domestik

Page 39: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

20

diikuti membeli belah dan seterusnya mengisi masa lapang atau beristirehat (Jabatan

Perangkaan Malaysia, 2013). Taman-taman tema dan pusat beli belah bertaraf

antarabangsa di negeri Johor telah meningkatkan lagi jumlah pelancong terutama

dari negara jiran Singapura dan Indonesia.

Namun begitu kita masih perlu mempelbagaikan produk pelancongan untuk

mengekalkan jumlah ketibaan pelancong yang tinggi kerana negeri Johor mempunyai

banyak kawasan semulajadi berpotensi dipopularkan kepada pelancong. Tiga tapak

RAMSAR yang berkeluasan 23,000 ekar juga terletak di negeri Johor iaitu Taman

Negara Tanjung Piai, Taman Negara Pulau Kukup dan Sungai Pulai. Taman-taman

negara Johor seperti Endau Rompin (Selai dan Peta) dan Gunung Ledang juga harus

dieksploitasi secara maksimum potensinya sebagai kawasan pelancongan alam

semulajadi. Menurut Hamzah (2013), pakej-pakej yang disediakan seperti di tapak

RAMSAR tidak komprehensif dan jangka masa lawatan yang singkat telah

mengakibatkan pelancong tidak dapat menyelami budaya dan tradisi masyarakat

tempatan. Contoh harus diambil seperti di negeri Sabah dan negara jiran Thailand

dan Vietnam yang mempakejkan pelancongan dengan baik dan menepati piawaian

antarabangsa serta berjaya mengundang jutaan pelancong saban tahun (Hamzah,

2013).

2.2.2 Pelancongan Fito

Dalam kajian ini, satu istilah baru di bawah cabang pelancongan alam semulajadi

dipanggil pelancongan fito telah diketengahkan. Pelancongan fito ini menjadikan

kepelbagaian tumbuh-tumbuhan sebagai satu ikon pelancongan. Tidak disangkal

lagi, negara kita sememangnya kaya dengan kepelbagaian dan keendemikan tumbuh-

tumbuhan di dalam ekosistem hutannnya yang pelbagai, justeru adalah satu langkah

yang tepat untuk memperkenalkan wajah baru yang mengetengahkan tumbuh-

tumbuhan karismatik ke dalam industri pelancongan di Malaysia. Tambahan pula,

terdapat banyak kajian yang semakin menyokong keperluan dalam mempelbagaikan

produk-produk pelancongan alam semulajadi di Malaysia (Loong, 2011; Hamzah &

Ismail, 2008; Rahimatsah, 2002; Zainab, 1997 dan Zainuddin, 1995).

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (PRPM, 2015), Fito merujuk kepada

awalan asing berkaitan dengan atau menunjukkan tumbuhan. Dari sinilah terbitnya

istilah baru Pelancongan Fito. Pelancongan yang mempromosikan karisma sesuatu

Page 40: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

21

organisma, dalam kajian ini tumbuh-tumbuhan, adalah selaras dengan usaha

Malaysia dalam mempelbagaikan lagi produk pelancongan baru negara. Pelancongan

fito yang diketengahkan disifatkan sebagai pelancongan ringan iaitu melibatkan

aktiviti berlatarkan tarikan semulajadi yang lebih kasual dan selesa. Berbeza dengan

pelancongan berat seperti pelancongan kembaraan atau pelancongan eko yang

melibatkan aktiviti khusus yang memerlukan kepakaran serta kurang penekanan ke

atas aspek keselesaan (Eagles et al., 2002; 2001). Pelancongan fito ini dikelaskan

sebagai pelancongan kecenderungan khas (special interest tourism) dan lawatan serta

kepuasan pelancong bergantung sepenuhnya kepada latar semulajadi yang tidak

terganggu. Pakej pelancongan fito yang diperkenalkan dapat memenuhi tuntutan

pasaran nic kepada penggemar aktiviti-aktiviti luar dan berkecenderungan tinggi

terhadap alam semulajadi. Beberapa aktiviti berorientasikan pelancongan fito yang

dapat dijalankan termasuk pendidikan alam sekitar, interpretasi alam semulajadi,

aktiviti kembara dan juga pemerhatian spesies tumbuhan liar.

Konsep pelancongan alam semulajadi berasaskan tumbuhan bukanlah baru

secara keseluruhannya yang mana dalam kajian ini terma pelancongan fito telah

digunakan. Di peringkat global, konsep pelancongan alam semulajadi yang

memanfaatkan spesies hidupan liar karismatik sebagai satu simbol kemegahan

termasuklah mikrofauna bagi serangga dan megafauna untuk haiwan liar (Hall et al.,

2011, Lorimer, 2006). Konsep spesies karismatik ini dipersetujui supaya

dimanfaatkan secara sama rata terhadap unsur flora (Hall, 2011; Molina & Marcot,

2008) dan juga ekosistem atau persekitaran spesifik (Duarte et al., 2008). Beberapa

kajian di Malaysia turut menyokong potensi flora di habitat asli sebagai produk

pelancongan dan ekopelancongan seperti kajian oleh Rafidah et al. (2014), Norsiah,

Wan Juliana & Mohd Nizam (2014), Nazaruddin et al. (2013), Choy et al. (2012),

Lee (2007), dan Yosuf (2007). Kajian-kajian ini menyokong idea bahawa

pelancongan tumbuhan juga berpotensi memulihara populasi tumbuhan dan

kelangsungan spesies di samping memberi manfaat sosial dan ekonomi kepada

masyarakat tempatan dan ahli-ahli industri.

Kajian daya tarikan tumbuh-tumbuhan dijalankan berdasarkan tujuh kriteria

yang diilhamkan daripada WTO/UNDP (1992) dan kemudian ditambah baik oleh

Kueh & Maryati (2005), iaitu keendemikan, nadir atau langka, mudah dilihat, tarikan

morfologi, sifat dan tingkah laku istimewa, selamat serta kaitan dengan budaya

masyarakat tempatan. Tumbuhan vaskular di denai kajian daripada kumpulan pokok

Page 41: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

22

herba, tumbuhan renek dan lain-lain kumpulan telah dipilih dan dikaji berdasarkan

kriteria dan potensi sebagai ikon pelancongan alam semulajadi. Mengambil contoh

pelancongan bunga pakma dan periuk kera, ciri-ciri morfologi yang unik, endemik,

nadir serta sifat istimewanya menjadikan ia ikon pelancongan yang berjaya. Setiap

spesies tumbuh-tumbuhan mempunyai kepentingan dan sifat uniknya yang tersendiri

yang boleh menjadi daya penarik dalam pelancongan. Kajian pelancongan

berasaskan tumbuhan akan dapat membantu usaha memelihara dan memulihara serta

meningkatkan sektor ekonomi kerana kesedaran akan kepentingan tumbuh-tumbuhan

itu dapat dipromosikan melalui medium pelancongan (Hall et al., 2011).

2.3 Taman Negara

Kesatuan Antarabangsa bagi Pemuliharaan Alam Semulajadi (IUCN) telah

mengklasifikasikan kawasan-kawasan lindungan di seluruh dunia berdasarkan

objektif pengurusan. Kategori-kategori ini diiktiraf bersama badan-badan

antarabangsa seperti Kesatuan Bangsa-bangsa Bersatu dan pihak-pihak kerajaan

negara sebagai satu piawaian global dalam mentakrif kawasan-kawasan lindungan

supaya dapat diselaraskan dengan perundangan dan pengurusan kerajaan masing-

masing (Eagles, 2001). Kategori Kawasan-kawasan Lindungan oleh IUCN

disenaraikan di dalam Jadual 2.2.

Jadual 2.2: Kategori kawasan-kawasan lindungan di bawah IUCN

(Eagles/IUCN, 2001)

Kategori I

(Ia) Rizab alam semulajadi ketat

Strict Nature Reserve

(Ib) Kawasan belantara

Wilderness Area

Kategori II Taman negara

National Park

Kategori III Monumen semulajadi atau ciri-ciri

Natural Monument or Feature

Kategori IV

Kawasan pengurusan habitat/spesies

Habitat/Species Management Area

Kategori V Lindungan landskap/pemandangan laut

Protected Landscape/Seascape

Kategori VI Kawasan lindungan dengan penggunaan mapan sumber-

sumber semulajadi

Protected area with sustainable use of natural resources

Page 42: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

23

Taman Negara merupakan kawasan paling banyak dijadikan kawasan

pelancongan berbanding kawasan yang lain dalam kategori di atas kerana taman-

taman negara telah lazim tersedia dengan pelbagai kemudahan fasiliti, prasarana dan

perkhidmatan untuk kegunaan pelancong (McNeely et al., 1990). Taman Negara

dikategorikan dalam Kategori II Kawasan-kawasan Lindungan di mana objektif

utamanya adalah untuk melindungi kepelbagaian biologi asli dan struktur-struktur

ekologinya, menyokong proses-proses persekitaran serta mempromosikan

pendidikan dan rekreasi. Di Malaysia terdapat taman-taman negara yang diuruskan di

bawah kerajaan negeri dan terdapat juga di bawah kerajaan persekutuan seperti di

negeri Pahang, Kelantan, Terengganu dan Pulau Pinang. Di negeri Sarawak, terdapat

30 buah Taman Negara dengan jumlah keluasan 623,463 hektar yang tadbir oleh

Perbadanan Perhutanan Sarawak, manakala di negeri Sabah terdapat sembilan buah

Taman Negara; tiga taman terestrial dan enam taman marin di bawah pengurusan

Taman-taman Sabah. Butiran taman-taman negara yang terdapat di Semenanjung

Malaysia diperincikan di dalam Jadual 2.3.

Jadual 2.3: Senarai taman-taman negara di Semenanjung Malaysia

(PERHILITAN, 2015; PTNJ, 2015a)

Negeri Badan

Pentadbir

Nama Dasar

Penguatkuasaan

Keluasan

(hektar)

Tahun

Diwarta

-kan

Johor

PTNJ

Taman Negara

Johor Endau

Rompin, Selai

Taman Negara

Johor Endau,

Peta

- Akta Taman

Negara 1980

(Akta 226)

- Akta

Pemuliharaan

Hidupan Liar

2010 (Akta 716)

-Akta

Perdagangan

Antarabangsa

Mengenai Spesies

Terancam 2008

(Akta 686)

19,562

29,343

1993

1993

Taman Negara

Johor Gunung

Ledang

8,611 2005

Taman Negara

Johor Pulau

Kukup

647 -

Taman Negara

Johor Tanjung

Piai

926 -

Taman Negara

Johor

Kepulauan

Mersing

3,715.3 2003

Page 43: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

24

Pahang PERHILITAN Taman Negara

National Park

- Enakmen Taman

Negara Pahang

(Pindaan) 1990

No 6

-Akta Taman

Negara 1980

(Akta 226)

- Akta

Pemuliharaan

Hidupan Liar

2010 (Akta 716)

- Akta

Perdagangan

Antarabangsa

Mengenai Spesies

Terancam 2008

(Akta 686)

248,121 1939

Kelantan PERHILITAN Taman Negara

Kuala Koh

- Enakmen Taman

Negara Kelantan

1938 No. 14

- Akta Taman

Negara 1980

(Akta 226)

- Akta

Pemuliharaan

Hidupan Liar

2010 (Akta 716)

- Akta Taman

Negara 1980

(Akta 226)

- Akta

Pemuliharaan

Hidupan Liar

2010 (Akta 716)

-Akta

Perdagangan

Antarabangsa

Mengenai Spesies

Terancam 2008

(Akta 686)

80,250 1938

Terengganu PERHILITAN Taman Negara

Terengganu,

Tasik Kenyir

- Enakmen Taman

Negara

Terengganu 1939

No. 6

- Akta Taman

Negara 1980

(Akta 226)

- Akta

Pemuliharaan

Hidupan Liar

2010 (Akta 716)

-Akta

Perdagangan

Antarabangsa

Mengenai Spesies

103,082 1939

Page 44: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

RUJUKAN

Abdul Latiff, M. (2006). Medicinal Plants. dlm. Soepadmo, E. The Encyclopaedia of

Malaysia: Plants. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia,

ms 88 – 89.

Abdullah, N.A.P., Richards, A.J. dan Wolff, K. (2012). Molecular evidence in

identifying parents of Garcinia mangostana L. Pertanika J. Trop. Agric. Sci,

35 (2), 257 – 270.

Ariffin, A.A. (1999). Motivasi dan implikasi pemasaran pelancongan ke pulau

peranginan di kalangan segmen eksekutif muda. Jurnal Pengurusan, 18, 89 –

107.

Aziz, N.A., Ariffin, A.A.M. dan Vien, T.W. (2009). Kajian awalan ke atas potensi

pelancongan kembaraan dalam pasaran remaja di Malaysia. Jurnal

Pengurusan, 29, 57 - 74.

Barnes, R.F.W. (1985). Woodland changes in Ruaha National Park (Tanzania)

between 1976 and 1982. Afr. J. Ecol, 23, 215 - 221.

Bernama. (2014, Jun 6). Johor lancar pelan induk pacu industri pelancongan. Sinar

Harian. ms. 23.

Bigne, J.E., Sanchez, M.I. dan Sanchez, J. (2001). Tourism image, evaluation

variables and after purchase behavior: inter-relationship. Tourism

Management, 22 (6), 607 – 616.

Butarbutar, R.R., Hakim, L., Sastrahidayat, I.R dan Soemarno. (2015). Plants as

flagship species in tourism destination: a case study at Mount Mahawu

Tomohon, North Sulawesi, Indonesia. International Journal of Conservation

Science, 6(4), 715 – 728.

Butler, J.R. (1992). Ecotourism : its changing face and evolving philosophy.

Proceeding of the IV World Congress on National Parks and Protected

Areas. Caracas, Venezuela.

Page 45: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

111

Ceballos-Lascuráin, H. (1996). Tourism, Ecotourism and Protected Areas: The State

Of Nature-Based Tourism around the World and Guidelines for Its

Development. Gland, Switzerland: World Conservation Union (IUCN).

Chew, K.L. (2007). A pictorial guide to Endau Rompin Johor : The Premier

National Park in Southern Peninsular Malaysia. Nusajaya, Johor: Johor

National Parks Corporation.

Chee, B.J. (2005). Medicinal properties and common usages of some palm species

in the Kampung Peta community of Endau Rompin National Park, Johor. J.

Trop. Med. Plant, 6 (1), 79 - 83.

Chow, V. (2014). Malaysian Nature Society Bird Survey. dlm. Maryati, M dan

Tokiman, L. Coffee Table Book of Endau Rompin (belum diterbitkan). Parit

Raja: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Chow, V. (2014). Malaysian Nature Society Fish Survey. dlm. Maryati, M dan

Tokiman, L. Coffee Table Book of Endau Rompin (belum diterbitkan). Parit

Raja: Universiti Tun Hussein Onn Malaysia.

Choy E.A., Atan, A., Muhammed , H., Sakawil, Z. dan Adam, J.H. (2012). Analisis

kelebihan kompetitif ekopelancongan di mukim Ulu Dong, Raub, Pahang,

Malaysia. Malaysia Journal of Society and Space, 8(8), 158 - 169.

Clarke, C. (2002). A Guide to the Pitcher Plants of Peninsular Malaysia. Kota

Kinabalu, Sabah: Natural History Publications (Borneo).

Clarke, C. (2001). Nepenthes of Sumatra and Peninsular Malaysia. Kota Kinabalu,

Sabah: Natural History Publications (Borneo).

Clifford, H.T. dan Stephenson, W. (1975). An Introduction to Numerical

Classification. London: Academic Press.

Correia, A., Valle, O.D. dan Moco, C. (2005). Modelling motivations and

perceptions of Portugues tourists. Journal of Bussiness Research, 60, 76 – 80.

David, M.C. (2015). The Potential and Promotion of Entotourism in Gunung

Ledang, Johor, Malaysia. Universiti Tun Hussein Onn Malaysia: Tesis

Sarjana Sains.

David, Jr. (2015). Canopy Walks in Malaysia. MalaysiaAsia. Diperolehi atas talian

di: http://blog.malaysia-asia.my/2015/04/canopy-walks-in-malaysia.html

Davison, G.W.H. (1997). Endau Rompin : a Malaysian Heritage. 2nd

reprint. Kuala

Lumpur: The Malayan Nature Society.

Page 46: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

112

Dransfield, J dan Wong K.M. (1987). A new species of Livistona (Palmae) from

Peninsular Malaysia. dlm. The Malaysian Heritage and Scientific Expedition:

Endau—Rompin 1985—1986. Kuala Lumpur: Malayan Nature Society, 41,

119-123.

Dowe, J.L. (2009). A Taxonomic Account of Livistona R.Br. (Arecaceae). Gardens’

Bulletin Singapore, 60 (2), 11 - 175.

Duarte, C.M., Dennison, W.C., Orth, R.J., dan Carruthers, T.J.B. (2008). The

charisma of coastal ecosystems: addressing the imbalance. Estuaries and

Coasts, 31, 233 - 238.

Eagles, P.F.J., Bowman, M.E., dan Tao, T.C.H. (2001). Guidelines for Tourism in

Parks and Protected Areas of East Asia. United Kingdom: International

Union for Conservation of Nature and Natural Resources (IUCN).

Eagles, P.F.J., McCool, S.F. dan Haynes, C.D. (2002). Sustainable Tourism in

Protected Areas : Guidelines for Planning and Management. United

Kingdom: International Union for Conservation of Nature and Natural

Resources (IUCN).

EPA. (2007). Carbon sequestration in agriculture and forestry: basic information.

Diperolehi atas talian di:

http://www.epa.gov/sequestration

Fletcher, C., Selvakanmu, S., Mustafa, N.Z.A., Luruthusamy, J.C. dan Butod, E.

CBioD Tropical Biodiversity Assessment Guideline Manual. Kuala Lumpur:

UNDP-GEF-ITTO-FRIM CBioD Project dan FRIM. ms. 26-36.

Fu, S.T. (2006). Pitcher Plants as Tourism Product in Ulu Padas. Universiti

Malaysia Sabah: Tesis Sarjana Muda.

Furqan, A., Mat-Som, A.P., dan Hussin, R. (2010). Promoting green tourism for

future sustainability. Theoretical and Empirical Researches in Urban

Management. 8 (17). 1-12.

CHM FRIM. (2015) Biological Diversity Clearing House Mechanism (CHM): Flora

Database. Diperolehi atas talian di: http://www.chm.frim.gov.my/.

Hall, C.M., James, M. dan Baird, T. (2011). Forests and trees as charismatic mega-

flora: implications for heritage tourism and conservation. Journal of Heritage

Tourism, 6:4, 309 – 323.

Hall, C.M. (2010). Tourism and biodiversity: more significant than climate change?.

Journal of Heritage Tourism, 5, 253–266.

Page 47: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

113

Hamzah, A. (2013). Ecotourism development proposed for Iskandar Malaysia.

Sinchew Daily. ms. 12.

Hamzah, A. dan Ismail, H.A. (2008). Perancangan koridor pelancongan berasaskan

budaya dan alam semulajadi, projek lapangan di Kelantan Darul Naim.

Johor Bahru: Universiti Teknologi Malaysia.

Heywood, V.H. (1995). Global Biodiversity Assessment. Cambridge: Cambridge

University.

Hong, C.H.W., Chan, N.W. dan Mohamed, B. (2013). Ancaman dan cabaran dalam

pembangunan lestari Taman Negara Pulau Pinang. Prosiding Seminar

Serantau Ke-2 Pengurusan Persekitaran di Alam Melayu. Pulau Pinang:

Universiti Sains Malaysia.

Ho, T dan Tan, K.M. (2002). Penambahan flora lumut di Taman Negara Johor

Endau Rompin, Malaysia. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Perhutanan

Malaysia (FRIM).

HOB. (2014). About Us. Diperolehi atas talian di:

http://www.heartofborneo.org/about-us/.

Ibrahim, H. (2010). The ginger flora of southwestern Endau Rompin National Park,

Johor, Malaysia. The Forest and Biodiversity of Selai Endau-Rompin. Kuala

Lumpur: Universiti Malaya, 16, 31 - 38.

International Council for Local Environmental Initiatives (ICLEI). (2006). Talking

Trees: An Urban Forestry Toolkit for Local Governments. United States.

Indonesia Circle. (2001). Sumatera as seen by a botanist. School of Oriental &

African Studies, 9 : 25.

International Union for Conservation of Nature (IUCN). (2015). The IUCN Red List

of Threatened Species. Diperolehi atas talian di: http://www.iucnredlist.org/.

FRIM. (2014). Pokok Kapur : Susun Atur di Langit. Diperolehi atas talian di :

http://www.frim.gov.my/dryobalanops-aromatica-jigsaw-puzzles-in-the-sky/?

Ishak, N.A., Ismail, M., dan Hamid, M. (2013). Antidiabetic and hypolipidemic

activities of Curculigo latifolia fruit : root extract in high fat fed diet and low

dose STZ induced diabetic rats. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Iskandar Malaysia. (2012). Singapore to Help Boost Eco-Tourism in Johor.

Diperolehi atas talian di :

http://www.iskandarmalaysia.com.my/news/100111/singapore-to-help-boost-

eco-tourism-in-johor.

Page 48: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

114

Iskandar Malaysia. (2013, Jan 1). Jumlah Pelancong Ke Johor Tahun 2013 Di Sasar

Melebihi 17 Juta. Diperolehi atas talian di:

http://www.iskandarmalaysia.com.my/news/

Ismail, G. (1988). Conservation of the Giant Rafflesia in Sabah, Malaysia. TREE, 3

(12).

Iwanycki, N. (2009). Guidelines for Collecting Herbarium Specimens for Vascular

Plants. Royal Botanical Gardens: Hamilton, Canada. ms.1-5.

Jabatan Perangkaan Malaysia. (2013). Penyiasatan Pelancongan Domestik Malaysia

2012. Putrajaya.

Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia. (2013). Perangkaan Perhutanan Bagi

Tahun 2012. Diperolehi atas talian di:

http://www.forestry.gov.my/index.php?option=com_content&view=article&i

d=776&Itemid=1073&lang=my

Joann, C.L., Ahmad-Shahar, M.Y., Aminudin, A.A., Mohammad-Rozaimi, Abu-

Husin, M.N., H. dan Fletcher, C. (2012). Pokok Arboretum Di Hutan Simpan

Pasoh. Kuala Lumpur: Forest Research Institute Malaysia.

Jin, C.B. (2005) Medicinal properties and common usages of some palm species in

the Kampung Peta community of Endau-Rompin National Park, Johor. J.

Trop. Med. Plants, 6(1), 79-83.

Kamaljit, S.B., Primack, R. dan Woodruff, D. (1990). Conservation of Biodiversity:

A Southeast Asia Perspective. TREE, 5(12), 394 - 396.

Kiew, R. (1987). A preliminary checklist of orchids from Ulu Endau, Johore,

Malaysia. The Malaysian Heritage and Scientific Expedition: Endau -

Rompin 1985 -1986, 41(191), 235 - 237.

Kiew, R. (1987). The herbaceous flora of Ulu Endau, Johore-Pahang, Malaysia,

including taxonomic notes and descriptions of new species. The Malaysian

Heritage and Scientific Expedition : Endau - Rompin 1985 – 1986, 41(191),

201 - 234.

Kiew, R., Parris,B.S., Madhaw, S., Edwards, P.J. dan Wong, K.M. (1987). The ferns

and ferns-allies of Ulu Endau, Johor, Malaysia. The Malaysian Heritage and

Scientific Expedition : Endau - Rompin 1985 – 1986, 41(191), 200.

Kiew, R., Chung, R.C.K., Saw, L.G., Soepadmo, E., Boyce, P.C. (2010). Vegetation

of Peninsular Malaysia. Malayan Forest Records No.49, Series II: Seed

Page 49: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

115

Plant, Volume 1, Flora of Peninsular Malaysia. Kuala Lumpur: Forest

Institute Malaysia, ms. 21 - 45.

Kiew, R. (2006a). Herbaceous flowering plants. dlm. Soepadmo, E. The

Encyclopaedia of Malaysia: Plants. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia, ms.58-59.

Kiew, R. (2006b). Ant-plants. dlm. Soepadmo, E. The Encyclopaedia of Malaysia:

Plants. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia, ms.68-69.

Kim, S.S., Lee, C.K. dan Klenosky, D.B. (2003). The influence of push and pull

factors at Korean National Park. Tourism Management, 24, 169 – 180.

Kochummen, K.M. (2006). Plants and man: timber trees. dlm. Soepadmo, E. The

Encyclopaedia of Malaysia: Plants. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia, ms.78-79.

Kosmo. (2013, Ogos 11). Johor Sasar Kemasukan 4.6 Juta Pelancong Pada Tahun

2014. Kosmo. ms.16.

Kueh, B.H., Kiruba-Devi, L., Chew D.T.W. dan Maryati, M. (2014). Anurans (Frogs

And Toads): New Tourism Product For Conservation And Local People Well

Being. Kota Kinabalu: Institute of Biodiversity and Environmental

Conservation, Universiti Malaysia Sabah.

Kueh, B.H. dan Maryati, M. (2011). Anuran (Frog and Toad) Explorations Of

Sabah, Borneo, For Conservation, And Public Environmental Awareness.

Kota Kinabalu: Institute of Biodiversity and Environmental Conservation,

Universiti Malaysia Sabah.

Kueh, B.H. dan Maryati, M. (2005). Anurans of protected areas in Sabah: Tabin

Wildlife Reserve, Crocker Range Park and Maliau Basin Conservation Area.

Proceedings of an International Conference on Biogeography and

Biodiversity. Kota Kinabalu: Institute of Biodiversity and Environmental

Conservation, Universiti Malaysia Sabah. ms.182-187.

Kulip, J. (2008). An Ethnobotanical Survey of Medicinal and Other Useful Plants of

Muruts in Sabah, Malaysia. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah.

Lee, B.H. (2007). Pembangunan Ekopelancongan Di Cameron Highlands: Satu

Kajian Kes. Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Lion, M. (2004). Keupayaan Pelancongan Alam Semulajadi Di Binsulok, Membakut,

Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Tesis Sarjana Muda.

Page 50: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

116

Lim, T.K. (2012). Garcinia malaccensis. Edible Medicinal And Non-Medicinal

Plants: Fruits, (2), 50 – 51.

Loong, L.C. (2011). Ecotourism initiatives in Asia and The Pacific. Ucap utama di

UNWTO High-Level Regional Conference on Green Tourism. Chiang Mai,

Thailand. ms. 5 - 6.

Lorimer, J. (2006). Non-human charisma: which species trigger our emotions and

why?. Ecos, 27(1), 20 - 27.

Makladin, N@S., Maryati, M., Hamzah, Z. (2004). Klias Peat Swamp Forest

Reserve: Its Potential As A Nature Tourism Site From The Perspective Of

Local Communities. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Tesis Sarjana

Pelancongan Alam Semulajadi.

Mehmetoglu. (2007). Typologizing nature-based tourists by activity – theoretical and

practical implications. Tourism Management, 8, 651–660.

Maryati, M dan Alona, C.L. (2015). Biodiversity of Flora in Malaysia. Kuala

Lumpur: Global Information Hub on Integrated Medicine (GlobinMed).

Diperolehi atas talian di:

http://www.globinmed.com/index.php?option=com_content&view=article&i

d=104182:biodiversity-of-flora-

2&catid=268&Itemid=319&showall=&limitstart

Mat-Salleh, K and Latiff, A. (2002). Tumbuhan Ubatan Malaysia. Kelantan:

Universiti Kebangsaan Malaysia & Percetakan Watan Sdn. Bhd.

McAliney, M. (1993). Arguments For Land Conservation: Documentation And

Information Sources For Land Resources Protection. Sacramento, California,

USA: Trust for Public Land.

McKercher, B. (1998). The business of nature-based tourism. Australia: Hospitality

Press. ms.16.

McNeely, J.A., Miller, K.R., Reid, WV., Mittermeier, R.A., Werner, T.B. (1990).

Conserving the World's Biological Diversity. Gland: IUCN.

Molina, R., dan Marcot, B.G. (2008). Definitions and attributes of little-known

species. Conservation of rare or little-known species: Biological, social, and

economic considerations. Washington, DC: Island Press.

Mokhtar, J, Asmah, A dan Zaini, S. (2010). Kemandirian industri eko-pelancongan :

kes tarikan pelancong kelip-kelip Kg. Kuantan. Malaysian Journal of Society

and Space, 6(3), 89 – 97.

Page 51: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

117

MOTAC. (1995). Introduction: Pelan Pelancongan Eko Kebangsaan. Kuala

Lumpur.

MOTAC. (2008). Ecotourism in Malaysia. Kuala Lumpur.

MOTAC. (2014). Malaysia Year of Festivals (MYFEST) 2015 Kempen Nasional

Untuk Terus Meningkatkan Pertumbuhan Pelancongan Negara. Kuala

Lumpur.

MONRE. (2006). Biodiversity in Malaysia. Terbitan pertama. Putrajaya:

Conservation and Environmental Management Division, MONRE. ms. 1–32.

Mutke, J., Sommer, J.H., Kreft, H., Kier, G., dan Barthlott, W. (2011). Vascular plant

diversity in a changing world: global centres and biome-specific patterns.

dlm. Habel J. C. & F. Zachos. Biodiversity Hotspots – Evolution and

Conservation. ms. 83 - 96.

Nais, J. (2003). Warisan Alam Kinabalu: Flora. Kota Kinabalu: Dewan Budaya.

Nais, J. (2001). Rafflesia of The World. Kota Kinabalu: Sabah Parks.

Nasaruddin, N dan Maryati, M. (2004). Nature attractions in Tabin Wildlife Reserve,

Lahad Datu, Sabah. Newsletter of Institute for Tropical Biology &

Conservation. Universiti Malaysia Sabah.

National Geographic. (2015). Iconic Species. Diperolehi atas talian di:

http://www.nationalgeographic.com/

NUS. (2015). The DNA of Singapore. Raffles Museum of Biodiversity Research.

Diperolehi atas talian di: http://lkcnhm.nus.edu.sg/dna/

Nazaruddin, D.A., Armugam, K.M., Wahab, R., Mohamad-Nor, A.M., dan Mohd-

Fauzi, N. (2013). Identification of natural resources and features for

ecotourism purposes in the Kelantan Delta Area, Malaysia. International

Journal of Sciences, 2.

Newsome, D., Moore S.A., dan Dowling, R.K. (2002). Natural Area Tourism:

Ecology, Impacts And Management. United Kingdom: Channel View

publications.

Ng, F.S.P., Low, C.M. dan Mat Asri, N.S. (1990). Endemic Trees of the Malay

Peninsula. Research Pamphlet 106. Kuala Lumpur: Forest Research Institute

Malaysia.

Norsiah, B., Wan Juliana, W.A. dan Mohd Nizam, M.S. (2014). Struktur komuniti

pokok di rintis guntung keriung taman negeri Endau-rompin, Pahang,

Malaysia. Journal of Wildlife and Parks. Bangi: Pusat Pengajian Sains

Page 52: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

118

Sekitaran dan Sumber Alam, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti

Kebangsaan Malaysia, 27: 79-86.

Pangiran Bagul, A.H.B. (2007). Sabah’s spatial asset. 1st Social Science

Undergraduate Conference on Spatial Science: Spatial Science: The New

Millennium Research Domain.

Pangiran Bagul, A.H.B. (2009). Success Of Ecotourism Sites And Local Community

Participation In Sabah. Victoria University of Wellington, New Zealand.

Parlan, I., Norizan, A.M., dan Harun, I. (2011). A peek into the Malaysian forests.

FRIM in Focus June Edition. ms. 2 - 3.

J-BioTech. (2008). Khazanah Endau Rompin : Herba – Edisi Ke-2. Johor Bahru:

Utusan Publications & Distributors Sdn Bhd.

J-BioTech. (2007). Khazanah Endau Rompin : Herba. Johor Bahru: Utusan

Publications & Distributors Sdn Bhd.

PTNJ. (2012). Your Guide To National Parks Of Johor. Johor Bahru. ms.1 - 26.

PTNJ. (2015a). Taman-taman Negara Johor. Diperolehi atas talian di:

www.johorparks.blogspot.com.my

PTNJ. (2015b). Statistik Kedatangan Pelancong Ke Taman Negara Johor Endau

Rompin, Peta Tahun 2015. PTNJ Kahang.

Perbadanan Perhutanan Sarawak. (2014). Sarawak National Park; National Parks &

Reserves; Gunung Gading National Park. Diperolehi atas talian di :

http://www.sarawakforestry.com

PEMANDU. (2013). Economic Transformation Programme. Diperolehi atas talian

di: http://www.pemandu/nkea/tourism

PERHILITAN. (2015) Kawasan Perlindungan. Diperolehi atas talian di:

http://www.widlife.gov.my

Peters, R.F. (1998). Environmental scientific research for sustainability of Malaysia’s

nature tourism. Malaysia Management Review, 33, 2.

Peters, R.F. (2001 Sep). Eco-resorts: management and landscape planning. 6th

SITE

Research Seminar.

PRPM. (2015). Dewan Bahasa dan Pustaka. Diperolehi atas talian di:

http://prpm.dbp.gov.my/

Rafidah, A.R., Chew, M.Y., Ummul Nazrah, A.R. dan Kamarudin, S. (2014).

Diversity, current knowledge and the significance of the flora of Tasek Bera

Ramsar Site, Pahang, Malaysia. Journal of Wildlife and Parks. Kuala

Page 53: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

119

Lumpur: Flora Biodiversity Program, Forest Biodiversity Division, Forest

Research Institute, 27, 111-120.

Ramlan, M.A., Samod, S. dan Yahya, N.A. (2009). FRIM Canopy Walk: a living

system to appreciate nature. FRIM in Focus June Edition. ms. 6-7.

Ramsar Covention. (2015). Malaysia and the Ramsar Convention: The Ramsar

Convention on Wetlands. Diperolehi atas talian di:

http://malaysia.wetlands.org/WhatareWetlands/WetlandsofInternationalimpor

tance(Ramsar)/tabid/507/Default.aspx

Rahimatsah, A. (2002). Tourism Planning in Protected Areas : Managing Visitors

and Development in Perlis State Park, Malaysia. Johor Bahru: Universiti

Teknologi Malaysia. Tesis PhD.

Ravin, A., dan Raine, T. (2007). Best Practices For Including Carbon Sinks In

Green House Gas Inventories. Wiley: USA.

Ross, S dan Wall, G. (1999a). Ecotourism: towards congruence between theory and

practice. Tourism Management, 20, 123 – 132.

Ross, S dan Wall, G. (1999b). Evaluating ecotourism: the case of North Sulawesi,

Indonesia. Tourism Management.

Roziah, A dan Farhan, R. (2015). Hala tuju industri herba di bawah NKEA.

Prosiding Persidangan Industri Herba 2015. Putrajaya: Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia (FRIM). ms. 6 – 12.

Sadeghi, S.M., Faridah-Hanum, I., Wan Razali, W.M., Kamziah, A.K., dan Hakeem,

K.R. (2014). Tree composition and diversity of a hill dipterocarp forest after

logging. Malayan Nature Journal, 66(4), 479 - 506.

Saiful, I. (2002). Effects of Selective Logging on Tree Species Diversity, Stand

Structure and Physical Environment of Tropical Hill Dipterocarp Forest of

Peninsular Malaysia. Bangi: Fakulti Sains Hayat, Universiti Kebangsaan

Malaysia. Tesis PhD.

Saiful, I., Faridah-Hanum, I., Kamaruzaman, J. dan A. Latiff. (2008). Floristic

diversity, composition and richness in relation to topography of a hill

dipterocarp forest in Malaysia. 3rd IASME/WSBAS Int Conf on Energy &

Environment. UK: University of Cambridge.

Saikim, F.H. (2008). The Potential of Rhino-Tourism in Tabin Wildlife Reserve,

Lahad Datu, Sabah. Kota Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Tesis

Sarjana.

Page 54: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

120

Saikim, F.H., Hamzah, Z dan Maryati, M. (2009). Local communities’ Perceptions

on Rhino-Tourism in Tabin Wildlife Reserve, Lahad Datu, Sabah. Kota

Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. ms.1 – 5.

Sam, Y.Y., Ibrahim, H dan Saw, L.G. (2015). Four new species of Scaphochlamys

(Zingiberaceae) from Peninsular Malaysia. Phytotaxa, 221(1), 21 - 34.

Sauro, J dan Lewis, J. (2012). Quantifying The User Experience. USA: Morgan

Kaufmann.

Saw, L.G. dan Chung, R. C. K. (2007). Towards the flora of Malaysia. Proceedings

of Seminar and Workshop on the Status of Biological Diversity in Malaysia &

Threat Assessment of Plant Species in Malaysia. Kepong, Malaysia: Forest

Research ms. 203 – 219.

Saw, L.G., Chua, L. S. L., Suhaida, M, Yong, W.S.Y. dan Hamidah, M. (2010).

Conservation of some rare and endangered plants from Peninsular Malaysia.

The Board of Trustees of the Royal Botanic Gardens: Kew Bulletin, 65, 681–

689.

Shaari, N. (2005). Lemba (Curculigo Latifolia) Leaf As New Materials For Textiles.

Kota Samarahan: Universiti Malaysia Sarawak.

Siti Fatimah, S., Maryati, M., Alona, C.L., Seow, T.W., Lili, T., Nurzuriati, S., Erna

Hani, M. dan Mohd Fadzelly, A.B. (2014). Documentation of medicinal

plants used by the Jakun community for the treatment of Tuberculosis in

Eastern Region of Endau Rompin Johor National Park (Peta), Malaysia. Bio

Johor 2014 Biotechnology Conference & Exhibition. Johor Bahru.

Siti Fatimah, S., Maryati, M dan Mohd Fadzelly, A.B. (2015). Potential of medicinal

plants used by the Jakun people as antituberculosis agents. Putrajaya:

Prosiding Persidangan Industri Herba 2015. Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia (FRIM). ms. 303-308.

Siti-Munirah, M.Y. (2011) Rafflesia blooms in Royal Belum. FRIM in Focus :

March Edition. ms. 6-10.

Soepadmo, E. (2006a). The Encyclopaedia of Malaysia: Plants. Kuala Lumpur:

Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).

Soepadmo, E. (2006b). Insectivorous flowering plants. dlm. Soepadmo, E. The

Encyclopaedia of Malaysia: Plants. Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan

Perhutanan Malaysia, ms.70 - 71.

Soepadmo, E. (1987). Structure, above ground biomass and floristic composition of

Page 55: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

121

forest formations at Gunung Janing Barat, Ulu Endau, Johore, Malaysia. The

Malaysian Heritage and Scientific Expedition : Endau - Rompin 1985 -

1986), 41(191), 275 - 290.

Sofiyanti, N. (2011). Systematic Study Of Rafflesia Hasseltii (Rafflesiaceae). Bangi:

Universiti Kebangsaan Malaysia. Tesis PhD.

Symington, C.L. (2004). Malayan Forest Records: Foresters’ Manual Of

Dipterocarps (disemak semula oleh Ashton, P.S. dan Appanah, S.) Kuala

Lumpur: Caxton Press Ltd.

Tagi, K. (2001). Ecotourism in Malaysia: policy, current status and the effectiveness.

Interim Report FY 2001, ms. 45 - 66.

Taylor, C.E. dan Wong, K.M. (1987). Some aspects of herbal medicine among the

Orang Hulu community of Kampung Peta, Johore, Malaysia. Malayan Nature

Journal, 41, 317 - 328.

Tan, C.L.; Khashiyak, M.H.; Aminah, I. dan Jayprakash, (1990). Hymenopteran

abundance and diversity from three altitudes at Gunung Janing Barat, Endau-

Rompin, Malaysia. Proceedings of the International Conference on Tropical

Biodiversity ‘In Harmony with Nature. Kuala Lumpur. ms.225 - 229.

Terlouw, K. (2010). Charisma and space. Studies in Ethnicity and Nationalism.

10(3), 335 – 348.

Tokiman, L. (2013). Pengenalan kepada penubuhan plot kekal kajian di TNJER

(Peta). Bengkel Pelancaran Plot Kekal di NERC, TNJER, Peta.

United Nations World Tourism Organisation (UNWTO). (2013). Tourism Highlights

2013 Edition. ms. 6 - 9.

United Nations World Tourism Organisation (UNWTO). (2014). Tourism Highlights

2014 Edition. ms. 6 - 9.

Valentine, P.S. (1992). Review: nature-based tourism. Special Interest Tourism.

London: Belhaven Press. ms. 105 -127.

Wall, G. (1996). Tourism, environment and business: an essential alliance.

Proceeding Of Restructuring Of Global Production, Services Need And

Markets : Business Strategy And Policy Development For A Global Economy

And Projections For The Twenty First Century. Hamilton. ms. 311 – 314.

Wyatt-Smith, J dan Kochummen, K.M. (1999). Pocket check list of timber trees.

Malayan Forest Records No. 17. Kuala Lumpur: Forest Research Institute

Malaysia.

Page 56: SALASIAH BINTI MOHAMAD - UTHM Institutional Repositoryeprints.uthm.edu.my/9060/1/Salasiah_Mohamad.pdf · Mapan Sumber-sumber Semulajadi (COR SUNR), UTHM yang telah membantu menghulurkan

122

Wong K.M. The bamboos of the Ulu Endau area, Johore, Malaysia. The Malaysian

Heritage and Scientific Expedition : Endau - Rompin 1985 – 1986, 41(191),

249 - 256.

Wong, K.M., Saw, L.G. dan Kochummen, K.M. A survey of the forests of the Endau

Rompin area, Peninsular Malaysia: principal forest types and floristic notes.

(1987). The Malaysian Heritage and Scientific Expedition : Endau - Rompin

1985 – 1986, 41(191), 125 - 144.

Whitmore, T.C. (1972). Tree flora of Malaya 1: A Manual for Foresters. Kuala

Lumpur: Longman.

Whitmore, T.C. (1973). Tree Flora of Malaysia 2: A Manual for Foresters. Kuala

Lumpur: Longman.

World Tourism Organization (WTO) /United Nation Development Programme

(UNDP). (1992). Guidelines: The Development Of National Parks And

Protected Areas For Tourism. Spain: Madrid World Travel Tourism Council.

Yaacob, M., Abd-Kadir, A., dan Hasan, Z. (2012). Tumbuhan Ubatan Popular.

Kuala Lumpur: Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia

(MARDI). ms. 531-3.

Yosuf, N.W. (2007). Usaha-Usaha Pemuliharaan Periuk Kera (Nepenthes sp.) Di

Banjaran Crocker Sebagai Aset Pelancongan Alam Semulajadi. Kota

Kinabalu: Universiti Malaysia Sabah. Tesis Ijazah Sarjana Muda.

Zakaria, R. (2008). Ekologi Tumbuhan di Hutan Pulau Pinang Dengan Penekanan

Kepada Hutan Simpan Teluk Bahang. Pulau Pinang: Universiti Sains

Malaysia. Tesis PhD.

Zainab, K. (1997). Managing tourism in National Parks: case studies of Taman

Negara Kinabalu Park, Malaysia. United Kingdom: University of

Strathclyde. Tesis Ph.D.

Zainuddin, M. Z. (1995). Eco Tourism. The Third East Asia Pacific Hubert H.

Humprey Conference on Development and Environment. Kuala Lumpur. ms.

250 – 255.