sains upsr klon 2011

42
Sains Klon UPSR 2011 1 Rajah 1 menunjukkan anak-anak puyuh dalam sebuah bekas. Rajah 1 Anak-anak puyuh itu menjadi kurus selepas seminggu. Antara yang berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah itu? I. Tambahkan lagi beberapa ekor anak puyuh ke dalam bekas itu II. Alihkan bekas itu ke tempat yang lebih terang III. Pindahkan semua puyuh ke dalam bekas yang lebih besar IV. Letakkan beberapa ekor anak puyuh ke dalam bekas lain (ID:1323168167972 /KLON/UPSR/2011/1) A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV Huraian: 1

Upload: hustlers-miey

Post on 19-Jan-2016

81 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ok

TRANSCRIPT

Sains Klon UPSR 2011

1 Rajah 1 menunjukkan anak-anak puyuh dalam sebuah bekas.

Rajah 1Anak-anak puyuh itu menjadi kurus selepas seminggu.Antara yang berikut, yang manakah boleh menyelesaikan masalah itu?

I. Tambahkan lagi beberapa ekor anak puyuh ke dalam bekas itu II. Alihkan bekas itu ke tempat yang lebih terang

III. Pindahkan semua puyuh ke dalam bekas yang lebih besar

IV. Letakkan beberapa ekor anak puyuh ke dalam bekas lain (ID:1323168167972/KLON/UPSR/2011/1)

A I dan II

B I dan III

C II dan IV

D III dan IV

Huraian:

-Persaingan yang hebat untuk mendapatkan ruang menyebabkan anak-anak puyuh menjadi kurus.

-Langkah III dan IV membolehkan anak-anak puyuh mendapat ruang yang lebih luas dan selesa untuk membesar.

2 Apakah yang dimaksudkan dengan 'Gerak balas Terhadap Rangsangan'?(ID:1322580568891/KLON/UPSR/2011/2)

A Penyelesaian terhadap sesuatu masalah

1

B Benda hidup bergerak balas terhadap pasangan

C Tindak balas hidupan apabila menerima rangsangan

D Penyingkiran bahan buangan oleh benda hidup

Huraian:Contoh gerak balas terhadap sesuatu rangsangan ialah:I. Pokok semalu akan menguncupkan daunnya apabila disentuh.

II. Manusia akan menutup telinga apabila terdengar guruh.

3 Rajah 2 menunjukkan 4 peringkat yang dilalui oleh lalat dalam kitaran hidupnya.

Rajah 2Urutan manakah yang betul bagi peringkat kitaran hidup seekor lalat?(ID:1321727209377/KLON/UPSR/2011/3)

A Lalat dewasa ---> Pupa ---> Telur ---> Larva

B Telur ---> Pupa ---> Lalat dewasa ---> Larva

C Lalat dewasa ---> Pupa ---> Larva ---> Telur

D Telur ---> Larva ---> Pupa ---> Lalat dewasa

Huraian:Urutan yang betul ialah:

2

4 Rajah 3 menunjukkan empat jenis haiwan.

Rajah 3Apakah kesimpulan terbaik tentang haiwan-haiwan itu?(ID:1321729335057/KLON/UPSR/2011/4)

A Haiwan menjaga keselamatan telurnya

B Haiwan menjaga keselamatan anak-anaknya

C Haiwan melindungi anak dari cuaca melampau

D Haiwan yang tidak menjaga anak menyembunyikan telurnya

Huraian:-

Semua haiwan di atas menjaga telurnya hingga menetas.

-Apabila menetas, buaya akan membawa anak-anaknya ke sungai sebelum meninggalkan mereka.

-Ular pula akan meninggalkan anak-anaknya setelah telurnya menetas.

-Burung dan ayam akan menjaga anak-anak mereka sehingga dewasa.

5 Rajah 4 menunjukkan satu siratan makanan dalam satu habitat.

Rajah 4

3

Pengelasan manakah yang betul? (ID:1321519666638 /KLON/UPSR/2011/5)

A J

B K

C L

D M

Huraian:-

U dan V ialah herbivor kerana makan tumbuhan sahaja.

-R dan S ialah karnivor kerana makan haiwan sahaja (R makan Q, S makan R).

-Q dan T ialah omnivor kerana makan haiwan dan tumbuhan (Q makan tumbuhan dan U, T makan tumbuhan dan V).

6 Rajah 5 menunjukkan satu aktiviti dalam kehidupan seharian.

Rajah 5Apakah kesan situasi tersebut terhadap alam sekitar?

I. Hujan asid II. Pencemaran air

III. Membunuh hidupan dalam air IV. Masalah pernafasan

(ID:1319483873010 /KLON/UPSR/2011/6)

4

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Huraian:-

Semburan racun rumpai dan racun serangga yang berlebihan menyebabkan bahan tersebut meresap ke dalam tanah dan akhirnya mengalir ke dalam sungai atau kolam.

-Bahan ini akan menyebabkan pencemaran air sungai atau kolam dan membahayakan hidupan dalam air tersebut.

7 Alat manakah yang paling sesuai untuk menimbang berat seorang dewasa?(ID:1323832252713 /KLON/UPSR/2011/7)

A

B

C

5

D

Huraian:-

Objek yang lebih berat ditimbang dengan menggunakan alat timbangan yang mempunyai skala yang lebih besar.

-Neraca spring (A) dan neraca tuas (C) mempunyai skala yang kecil dan tidak sesuai digunakan untuk menimbang berat badan manusia. Ia hanya digunakan di dalam makmal sahaja. Manakala dacing tuas (D) pula tidak sesuai untuk menimbang berat bagi orang dewasa.

8 Maklumat berikut membandingkan masa yang diambil oleh tiga objek apabila bergerak sejauh 10 meter.

• Masa yang diambil oleh objek Q lebih lama berbanding objek P dan R.• Masa yang diambil oleh objek P lebih singkat berbanding objek Q dan R.

Carta palang manakah yang mewakili maklumat di atas?(ID:1322578807979/KLON/UPSR/2011/8)

A

6

B

C

D

Huraian:Objek P paling laju diikuti oleh R dan Q.

9 Rajah 6 menunjukkan cara-cara untuk mengurangkan geseran.

Rajah 6

7

Apakah R dan S? (ID:1322018993334 /KLON/UPSR/2011/9)

A J

B K

C L

D M

Huraian:Lilin ialah sejenis pelincir yang dapat mengurangkan geseran. Lilin digunakan pada laci yang ketat untuk dibuka atau ditutup.

10 Rajah 7 menunjukkan dua pengelasan sumber tenaga.

Rajah 7Antara yang berikut, yang manakah telah dikelaskan dalam kumpulan X dan kumpulan Y

dengan betul? (ID:1317052528652/KLON/UPSR/2011/10)

A P

B Q

C R

D S

Huraian:

8

Kumpulan X -Tenaga yang boleh diperbaharui.

Kumpulan Y -Tenaga yang tidak boleh diperbaharui.

11 Rajah 8 menunjukkan satu penyiasatan tentang perubahan tenaga.

Rajah 8Apakah akan berlaku pada akhir penyiasatan?

I. Loceng penggera berbunyi II. Loceng penggera menyala

III. Loceng penggera menjadi panas IV. Loceng penggera bergetar

(ID:1321736713118 /KLON/UPSR/2011/11)

A I dan II

B I dan IV

C II dan III

D III dan IV

Huraian:-

Bateri membekalkan elektrik.

-Loceng penggera akan bergetar dan menghasilkan bunyi apabila mendapat tenaga elektrik.

-Perubahan tenaga: Tenaga elektrik ---> Tenaga kinetik ---> Tenaga bunyi.

12 Rajah 9 menunjukkan Aizat sedang menguji sebuah litar elektrik.

9

Rajah 9Apakah yang perlu dilakukan oleh Aizat untuk mencerahkan mentol?(ID:1324099636600

/KLON/UPSR/2011/12)

A Kurangkan sel kering

B Gunakan sel kering yang lebih kecil

C Gunakan mentol yang lebih besar

D Kurangkan bilangan mentol

Huraian:Kurangkan penggunaan mentol akan menyebabkan kecerahan mentol bertambah kerana arus elektrik yang mengalir adalah lebih banyak.

13 Rajah 10 menunjukkan seorang buak lelaki cuba untuk membuka tudung satu tin biskut yang ketat menggunakan tangannya.

Rajah 10Apakah cara terbaik untuk memudahkan kerja itu?(ID:1319911027912 /KLON/UPSR/2011/13)

A Memanaskan tin tersebut

B Tebuk lubang pada tudung tin itu

C Mengetuk tudung tin dengan tukul

D Guna sudu untuk dijadikan sebagai tuas

10

Huraian:-

Tuas ialah mesin ringkas yang terdiri daripada satu batang untuk menggerakkan atau memusingkan daya dan beban di atas satu fulkrum.

-Tuas digunakan untuk mengalih beban yang berat atau beban yang susah untuk digerakkan.

14 Rajah 11 menunjukkan satu aktiviti dalam kehidupan seharian.

Rajah 11Apakah sikap yang diamalkan untuk menjaga kebersihan persekitaran seperti yang ditunjukkan dalam situasi tersebut?

I. Penyediaan tong sampah II. Tidak membuang sampah di merata-rata tempat

III. Duduk di atas tikar sebagai pelapik IV. Makan perlahan-lahan

(ID:1321752422618 /KLON/UPSR/2011/14)

A I dan II

B II dan III

C III dan IV

D I dan IV

Huraian:-

Sampah sarap perlu dibuang di tempat yang disediakan.

-Pembuangan sampah yang tidak terancang menyebabkan persekitaran menjadi kotor dan berbau busuk.

-Kuman dan haiwan pembawa penyakit mendapat tempat yang sesuai untuk membiak dengan cepat.

11

15 Rajah 12 menunjukkan tiga bekas, W, X, dan Y yang mengandungi isi padu air yang sama.

Rajah 12Urutan manakah yang betul menunjukkan bekas yang paling cepat kering ke bekas yang paling lambat kering?(ID:1318821886675 /KLON/UPSR/2011/15)

A W, Y, X

B X, Y, W

C W, X, Y

D Y, W, X

Huraian:Proses penyejatan lebih cepat berlaku pada bekas yang mempunyai luas permukaan yang lebih besar.

16 Carta palang manakah yang menunjukkan dengan betul tentang keupayaan tiga objek yang berbeza terapung di permukaan air?(ID:1317331759310 /KLON/UPSR/2011/16)

A

12

B

C

D

Huraian:Keupayaan objek terapung di permukaan air mengikut urutan menaik ialah guli, pembaris plastik dan gabus.

17 Rajah 13 menunjukkan dua jenis buah, X dan Y.

Rajah 13Ramalkan keputusan yang akan diperoleh jika X dan Y diuji dengan menggunakan kertas litmus biru dan kertas litmus merah.

13

(ID:1323537276706 /KLON/UPSR/2011/17)

A P

B Q

C R

D S

Huraian:Limau bersifat asid -

Bahan berasid menukarkan warna kertas litmus biru ke merah.

Peria bersifat alkali -Bahan beralkali hanya menukarkan warna kertas litmus merah ke biru.

18 J, K dan L adalah tiga langkah untuk menyiasat objek-objek yang mengalirkan elektrik.

J -Sediakan satu litar elektrik ringkas menggunakan satu mentol.

K -Pilih objek yang hendak diuji.

L -Sambungkan hujung objek pada dua hujung litar yang terbuka.

M -..........................................................

Antara yang berikut, manakah yang paling sesuai untuk menerangkan M, langkah yang keempat?(ID:1319391932546 /KLON/UPSR/2011/18)

A Perhatikan objek yang mana menyala

B Sukat suhu objek menggunakan termometer

C Sentuh objek dan catatkan objek yang panas

14

D Perhatikan sama ada mentol menyala atau tidak

Huraian:-

Objek yang bersifat konduktor mengalirkan elektrik manakala jika penebat tidak mengalirkan elektrik.

-Mentol akan menyala jika objek itu ialah konduktor elektrik dan mentol tidak menyala jika objek itu ialah penebat elektrik.

19 Rajah 14 menunjukkan satu objek.

Rajah 14Bahan-bahan manakah yang boleh digunakan untuk membuat objek ini tanpa mengubah sifat-sifat bahan-bahan itu?(ID:1321524911370 /KLON/UPSR/2011/19)

A Tin aluminium dan kapas

B Gelas dan surat khabar

C Bikar dan kain

D Botol mineral dan kain tuala

Huraian:Kain tuala merupakan penebat haba yang baik.

20 Sufian tidak ingat untuk membawa periuk untuk memasak semasa dia menghadiri aktiviti perkhemahan badan beruniform di sekolahnya.Objek manakah yang paling sesuai untuk digunakan bagi menggantikan periuk tersebut?(ID:1319361495724 /KLON/UPSR/2011/20)

A Tempurung kelapa

B Kotak kadbod

C Tin biskut

D Bekas plastik

Huraian:-

Periuk digunakan untuk memasak kerana periuk pengalir haba yang

15

baik.

-Tin biskut boleh menggantikan periuk kerana tin bersifat pengalir haba yang baik.

21 Rajah 15 menunjukkan satu pemerhatian ke atas kabel elektrik.

Rajah 15Mengapakah kabel elektrik dalam keadaan tegang pada waktu malam?(ID:1321749458213

/KLON/UPSR/2011/21)

A Kabel menjadi panas

B Kabel membebaskan haba

C Kabel mengembang

D Kabel mengecut

Huraian:-

Bahan mengembang apabila mendapat haba dan mengecut apabila kehilangan haba.

-Pada waktu siang kabel mengembang kerana mendapat haba dari Matahari.

-Pada waktu malam kabel mengecut kerana kehilangan haba (tiada Matahari).

-Cahaya Bulan tidak menghasilkan haba.

22 Rajah 16 menunjukkan sebahagian daripada Sistem Solar.

16

Rajah 16Apakah akan terjadi jika planet Bumi berada di X?

I. Semua ais akan mencair II. Semua jenis cecair akan membeku

III. Bumi akan menjadi planet yang paling panas IV. Tumbuhan mendapat banyak cahaya dan hidup lebih subur

(ID:1321744946334 /KLON/UPSR/2011/22)

A I dan III

B II dan III

C I dan IV

D II dan IV

Huraian:-

Jika Bumi berada paling dekat dengan Matahari, Bumi akan menjadi paling panas kerana mendapat paling banyak haba.

-Keadaan ini menyebabkan semua ais di Bumi mencair atau menjadi wap.

-Hidupan di Bumi tidak dapat hidup dalam keadaan panas yang melampau.

23 Rajah 17 menunjukkan ciri-ciri sebahagian ahli sistem Suria.

17

Rajah 17

Apakah X dan Y? (ID:1323543677358 /KLON/UPSR/2011/23)

A P

B Q

C R

D S

Huraian:Asteroid -

Terdapat dalam pelbagai bentuk dan saiz. Sentiasa beredar mengelilingi Matahari di antara orbit Marikh dan Musytari.

Bulan -Merupakan satelit semula jadi bagi Bumi. mengelilingi Bumi dan Matahari. Tidak mempunyai atmosfera dan tidak dapat menampung hidupan.

24 Keadaan malam sangat gelap dan Bulan tidak kelihatan di langit walaupun tiada awan.Apakah fasa yang paling sesuai dalam Bulan Qamari untuk menggambarkan keadaan itu?(ID:1323712204456 /KLON/UPSR/2011/24)

A Anak Bulan

B Bulat sabit

18

C Bulan separa

D Bulan purnama

Huraian:Bulan tidak kelihatan dengan mata kasar ketika fasa Anak Bulan. Anak Bulan hanya dapat dilihat dengan menggunakan teleskop. Pada malam ini, keadaan langit amat gelap kerana ketiadaan Bulan.

25 Rajah 18 menunjukkan satu simulasi.

Rajah 18Apakah fenomenon yang ditunjukkan?(ID:1317802188162 /KLON/UPSR/2011/25)

A Gerhana Matahari

B Fasa-fasa Bulan

C Gerhana Bulan

D Kejadian siang dan malam

Huraian:-

Lampu mewakili Matahari yang mengeluarkan cahaya.

-Bola besar mewakili Bumi. Bahagian yang mendapat cahaya menjadi cerah (siang) dan bahagian yang tidak mendapat cahaya menjadi gelap (malam).

26 Rajah 19 menunjukkan peringkat-peringkat akhir kejadian gerhana Bulan.

19

Rajah 19Carta palang manakah yang mewakili bahagian Bulan yang dapat dilihat ketika peringkat ini?(ID:1317556003786 /KLON/UPSR/2011/26)

A

B

C

D

Huraian:Gerhana Bulan berlaku apabila Bumi berada di antara Matahari dan Bulan dalam satu garis lurus. Bahagian atau bentuk Bulan yang dapat dilihat semakin bertambah kerana Bulan beransur-ansur keluar daripada bayang-bayang Bumi.

20

27 Faridah sedang berada di dalam biliknya apabila dia mendengar bunyi kicauan burung di luar tingkap. Dia ingin melihat dengan lebih jelas lagi seekor burung yang telah hinggap di dahan satu pokok tidak jauh dari tingkap itu.Alat yang manakah yang sesuai digunakan untuk melihat burung itu?(ID:1317896344333 /KLON/UPSR/2011/27)

A Stetoskop

B Binokular

C Mikroskop

D Kanta pembesar

Huraian:-

Binokular digunakan untuk melihat suatu objek jauh.

-Kanta pembesar digunakan untuk melihat suatu objek yang kecil.

-

Mikroskop digunakan untuk melihat suatu objek yang seni.

-

Teleskop digunakan untuk melihat objek jauh.

28 Apakah yang dimaksudkan dengan baji?(ID:1321511093174 /KLON/UPSR/2011/28)

A Roda yang beralur dan bergerak dengan bebas

B Dua permukaan rata yang condong untuk memisahkan objek

C Mesin ringkas yang mempunyai permukaan condong dalam bentuk lilitan

21

D Satu permukaan rata yang condong untuk menghubungkan dua aras yang berlainan

Huraian:A. TakalB.

BajiC. SkruD.

Satah condong

29 Rajah 20 menunjukkan suatu model meja dibina menggunakan batang aiskrim.

Rajah 20Apakah cara terbaik untuk menambahkan kekuatan model itu?(ID:1322179221336/KLON/UPSR/2011/29)

A Luaskan tapak model itu

B Bina model yang lebih tinggi

22

C Tambahkan batang aiskrim di atas model

D Hubungkan kaki model dengan batang aiskrim yang lain

Huraian:Kekuatan struktur bergantung kepada jenis bahan, ketebalan, bentuk dan bilangan struktur sokongan.

1. Konkrit dan besi lebih kuat berbanding kayu dan kaca.2. Semakin tebal, semakin kuat objek.3. Bentuk melengkung ke atas (arca) lebih kuat berbanding bentuk

rata.4. Semakin banyak bilangan struktur sokongan, semakin kuat struktur.

30 Sekumpulan murid menjalankan satu aktiviti dengan meletakkan 250 g beban di atas model jambatan yang diperbuat dari bahan yang sama jenis. Antara struktur berikut, yang manakah yang paling kuat?(ID:1322182005743 /KLON/UPSR/2011/30)

A

B

23

C

D

Huraian:-

Bentuk struktur yang paling kuat ialah bentuk melengkung ke atas.

-Hal ini kerana daya yang dikenakan oleh beban ke atas bentuk melengkung ke atas akan tersebar ke semua bahagian bentuk itu.

Dua keping roti, R dan S, di letakkan dalam pinggan yang berasingan. Roti R di letakkan di atas meja dapur di bawah tudung saji manakala roti S di letakkan di atas bangku dan dijemur di tengah panas di luar rumah. Kedua-dua roti mempunyai kelembapan yang sama. Saiz dan jenis roti juga adalah sama.Rajah 21 menunjukkan keadaan dua keping roti itu selepas satu minggu.

Rajah 21Jadual 1 menunjukkan perubahan keadaan dua keping roti itu.

Jadual 1

24

31 (a) Apakah tujuan penyiasatan ini?(ID:1319860755348 /KLON/UPSR/2011/1(a))

Untuk menyiasat hubungan antara suhu persekitaran dengan kehadiran kulapukUntuk menyiasat hubungan antara ketebalan roti dengan kehadiran kulapukUntuk menyiasat hubungan antara jenis roti dengan kehadiran kulapuk

Untuk menyiasat hubungan antara saiz roti dengan kehadiran kulapuk

Huraian:Apa yang diubah :

Suhu persekitaran.

Apa yang diperhatikan :Kehadiran kulapuk.

Apa yang ditetapkan :Jenis, saiz, ketebalan dan kelembapan awal roti.

(b) Apakah yang diperhatikan dalam penyiasatan ini?(ID:1319861329925 /KLON/UPSR/2011/1(b))

Jenis roti

Ketebalan roti

Suhu persekitaran

Kehadiran kulapuk

Huraian:Apa yang diubah :

Suhu persekitaran.

Apa yang diperhatikan :Kehadiran kulapuk.

Apa yang ditetapkan :Jenis, saiz, ketebalan dan kelembapan awal roti.

(c) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.(ID:1319861621600/KLON/UPSR/2011/1(c))

Saiz roti

Warna roti

Jenis pinggan

Suhu persekitaran

Huraian:

25

Apa yang diubah :Suhu persekitaran.

Apa yang diperhatikan :Kehadiran kulapuk.

Apa yang ditetapkan :Jenis, saiz, ketebalan dan kelembapan awal roti.

Saiz dan warna roti serta jenis pinggan tidak mempengaruhi pertumbuhan kulapuk.

(d) Beri satu sebab tentang kehadiran kulapuk pada roti R.(ID:1319861837092/KLON/UPSR/2011/1(d))

Kulapuk dapat tumbuh kerana terdedah kepada suhu dan kelembapan yang sesuaiKulapuk dapat tumbuh kerana mendapat nutrien daripada roti

Kulapuk dapat tumbuh kerana roti tidak diawet

Kulapuk dapat tumbuh kerana roti terlalu nipis

Huraian:Kulat akan tumbuh dengan cepat jika mendapat nutrien (makanan), air, udara dan keadaan suhu yang sesuai iaitu panas dan lembap.

Jadual 2 menunjukkan masa yang diambil oleh dua orang murid, P dan Q dalam perlumbaan larian 200 meter.

Jadual 232 (a) Apakah yang ditetapkan (pembolehubah dimalarkan) dalam penyiasatan ini?

(ID:1321718260579 /KLON/UPSR/2011/2(a))

Ketinggian murid

Masa yang diambil

Kelajuan larian

Jarak larian

Huraian:Kedua-dua murid berlari sejauh 200 meter.

(b) Apakah corak perubahan masa yang diambil oleh murid-murid ini dalam perlumbaan

26

larian itu?(ID:1321718858038 /KLON/UPSR/2011/2(b))

Menaik

Menurun

Mendatar

Menaik dan menurun

Huraian:Masa yang diambil bertambah apabila jarak larian semakin jauh.

(c) Ramalkan masa yang diambil oleh Q pada jarak 150 meter.(ID:1321719274114/KLON/UPSR/2011/2(c))

20 saat

25 saat

39 saat

55 saat

Huraian:

(d) Nyatakan satu sebab (inferens) tentang masa yang diambil oleh P dan Q.(ID:1321719432011 /KLON/UPSR/2011/2(d))

Murid P mengambil masa lebih singkat berbanding murid Q

Murid P mengambil masa lebih singkat berbanding murid Q kerana jarak lebih dekatMurid P mengambil masa lebih singkat berbanding murid Q kerana lari lebih lajuMurid P mengambil masa lebih singkat berbanding murid Q kerana badannya lebih besar

Huraian:Jika kelajuan bertambah maka masa yang diambil lebih singkat.

Rajah 22 menunjukkan satu penyiasatan tentang sifat bahan-bahan dengan menyambungkan empat objek berbeza kepada klip buaya pada sebuah litar.

27

Rajah 2233 (a) Apakah tujuan penyiasatan ini?(ID:1322031416713 /KLON/UPSR/2011/3(a))

Untuk mengkaji hubungan di antara bahan penebat dengan keupayaan objek mengalirkan elektrikUntuk mengkaji hubungan di antara bahan konduktor dengan keupayaan objek mengalirkan elektrikUntuk mengkaji hubungan di antara jenis objek dengan keupayaan objek mengalirkan habaUntuk mengkaji hubungan di antara jenis objek dengan keupayaan objek mengalirkan elektrik

Huraian:Hubungan di antara apa yang diubah (jenis objek) dengan apa yang diperhati (keupayaan objek mengalirkan elektrik).

(b) Nyatakan satu maklumat yang dikumpul dalam penyiasatan ini.(ID:1322031672515/KLON/UPSR/2011/3(b))

Saiz wayar

Jenis objek

Jenis litar

Kecerahan mentol

Huraian:Apa yang diubah:1. Jenis objek

Apa yang diperhatikan:1. Keadaan mentol2. Keupayaan objek mengalirkan elektrik

Apa yang dimalarkan:

28

1. Saiz/jenis/bilangan sel kering

2. Saiz/jenis/bilangan mentol

(c) Ramalkan apa yang akan berlaku jika pembaris plastik digunakan dalam penyiasatan itu.(ID:1322031856936 /KLON/UPSR/2011/3(c))

Mentol tidak menyala

Mentol meletup

Mentol lebih cerah

Mentol bertambah malap

Huraian:Pembaris plastik merupakan bahan penebat. Bahan penebat tidak dapat mengalirkan arus elektrik dan mentol tidak menyala.

(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?(ID:1322031942826/KLON/UPSR/2011/3(d))

Bahan penebat menyalakan mentol

Bahan konduktor mengalirkan elektrik

Bahan penebat mengalirkan elektrik

Bahan konduktor tidak mengalirkan elektrik

Huraian:Bahan konduktor ialah bahan yang boleh mengalirkan elektrik manakala bahan penebat ialah bahan yang tidak boleh mengalirkan elektrik. Bahan konduktor yang baik ialah besi dan keluli. Bahan penebat yang baik ialah getah dan plastik.

Rajah 23 menunjukkan berat manusia di Bumi dan di Bulan.

Rajah 23

29

34 (a) Beri satu sebab untuk perbezaan berat manusia di Bumi dan di Bulan.(ID:1324426037656/KLON/UPSR/2011/4(a))

Manusia lebih berat di Bumi berbanding di Bulan

Saiz Bumi lebih besar berbanding Bulan

Tarikan graviti di Bumi lebih kuat berbanding di Bulan

Suhu permukaan Bumi lebih panas berbanding suhu permukaan Bulan

Huraian:Tarikan graviti di Bumi adalah enam kali lebih kuat berbanding di Bulan. Ini menyebabkan manusia terapung lebih tinggi apabila berjalan di permukaan Bulan.

(b) Nyatakan satu pemerhatian untuk menyokong sebab di (a).(ID:1324427528146/KLON/UPSR/2011/4(b))

Berat manusia di Bumi lebih berbanding di Bulan

Berat manusia di Bulan lebih berbanding di Bumi

Bumi ada air, Bulan tiada air

Bumi ada angin, Bulan tiada angin

Huraian:Tarikan graviti di Bumi adalah enam kali lebih kuat berbanding di Bulan. Ini menyebabkan manusia terapung lebih tinggi apabila berjalan di permukaan Bulan.

(c) Apakah hubungan antara tarikan graviti dengan berat manusia di Bulan?(ID:1324427780937/KLON/UPSR/2011/4(c))

Jika tarikan graviti lemah, berat manusia bertambah

Jika tarikan graviti lemah, berat manusia berkurang

Jika tarikan graviti lebih kuat, berat manusia berkurang

Jika tiada tarikan graviti, berat manusia bertambah

Huraian:Apa yang diubah -

Tarikan graviti

Apa yang diperhati -Berat manusia

Semakin kuat tarikan graviti, semakin bertambah berat manusia.

30

Masa untuk objek jatuh ke Bumi dipengaruhi oleh kekuatan tarikan graviti.

(d) Berdasarkan pernyataan di atas, nyatakan satu hubungan di antara masa untuk objek jatuh ke Bumi dengan kekuatan tarikan graviti.(ID:1324428128008 /KLON/UPSR/2011/4(d))

Semakin bertambah masa untuk objek jatuh ke Bumi, semakin berkurang kekuatan tarikan graviti.Semakin berkurang kekuatan tarikan graviti, semakin berkurang masa untuk objek jatuh ke Bumi.Semakin bertambah kekuatan tarikan graviti, semakin bertambah masa untuk objek jatuh ke Bumi.Semakin bertambah kekuatan tarikan graviti, semakin berkurang masa untuk objek jatuh ke Bumi.

Huraian:Apa yang diubah -

Kekuatan tarikan graviti.

Apa yang diperhati -Masa untuk objek jatuh ke Bumi.

Objek lebih cepat jatuh ke Bumi jika tarikan graviti bertambah.

Sekumpulan murid menjalankan penyiasatan untuk melihat hubungan di antara saiz roda pada kereta sorong dengan bilangan beban yang dapat dibawa. Rajah 24.1 menunjukkan saiz roda yang digunakan pada kereta sorong

Rajah 24.1Keputusan penyiasatan itu ditunjukkan oleh carta palang dalam Rajah 24.2

31

Rajah 24.2

35 (a) Nyatakan apa yang diubah dalam penyiasatan ini.(ID:1319855090615 /KLON/UPSR/2011/5(a))

Saiz roda

Bilangan beban

Saiz kereta sorong

Daya yang diperlukan

Huraian:Apa yang diubah :

Saiz roda.

Apa yang perhatikan :Bilangan beban yang dibawa.

Apa yang ditetapkan :Saiz setiap beban, saiz kereta sorong, orang yang membawanya.

(b) Nyatakan apa yang perhatikan dalam penyiasatan ini.(ID:1319855882394/KLON/UPSR/2011/5(b))

Saiz roda

Bilangan beban

Saiz kereta sorong

Daya yang diperlukan

Huraian:Apa yang diubah :

Saiz roda.

Apa yang perhatikan :Bilangan beban yang dibawa.

32

Apa yang ditetapkan :Saiz setiap beban, saiz kereta sorong, orang yang membawanya.

(c) Nyatakan apa yang ditetapkan dalam penyiasatan ini.(ID:1319856274364/KLON/UPSR/2011/5(c))

Saiz roda

Bilangan beban

Saiz kereta sorong

Daya yang diperlukan

Huraian:Apa yang diubah :

Saiz roda.

Apa yang perhatikan :Bilangan beban yang dibawa.

Apa yang ditetapkan :Saiz setiap beban, saiz kereta sorong, orang yang membawanya.

(d) Apakah kesimpulan yang boleh dibuat daripada penyiasatan ini?(ID:1319856387922/KLON/UPSR/2011/5(d))

Semakin kecil roda, semakin banyak beban yang boleh dibawaSemakin besar roda, semakin sedikit beban yang boleh dibawaSemakin besar roda, semakin banyak beban yang boleh dibawaSemakin banyak roda, semakin banyak beban yang boleh dibawa

Huraian:Berdasarkan carta palang, jika roda lebih besar (roda 1, 2, 3, 4), bilangan beban yang dapat dibawa lebih banyak (palang semakin tinggi).

33