sains tahun 1

5
BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP 1. Manusia, Tumbuhan dan Haiwan adalah benda hidup. 2. Benda Hidup memerlukan makanan dan minuman. 3. Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati. 4. Benda Hidup bernafas, bergerak dan membiak. 5. Benda Hidup juga melalui proses tumbesaran. 6. Benda Bukan Hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup. 7. Benda Bukan Hidup tidak memerlukan makanan dan minuman. 8. Benda Bukan Hidup tidak bernafas, tidak bergerak dan tidak membiak. 9. Benda Bukan Hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.

Upload: rahim

Post on 21-Nov-2015

230 views

Category:

Documents


5 download

TRANSCRIPT

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP1. Manusia, Tumbuhan dan Haiwan adalah benda hidup.2. Benda Hidup memerlukan makanan dan minuman.3. Tanpa makanan dan minuman benda hidup akan mati.4. Benda Hidup bernafas, bergerak dan membiak.5. Benda Hidup juga melalui proses tumbesaran.6. Benda Bukan Hidup adalah benda yang tidak pernah mengalami proses hidup.7. Benda Bukan Hidup tidak memerlukan makanan dan minuman.8. Benda Bukan Hidup tidak bernafas, tidak bergerak dan tidak membiak.9. Benda Bukan Hidup juga tidak melalui proses tumbesaran.

1. Buat Latihan Dalam buku PPPM MS 1 dan 22. Kerja Rumah Buat Buku Aktiviti MS 1 dan 2

BENDA HIDUP DAN BENDA BUKAN HIDUP

BENDAHIDUPDANBENDABUKANHIDUPAlam ini ada pelbagai benda. Benda di Bumi dibahagi kepada benda hidup dan benda bukan hidup.Benda hidup memerlukan makanan,minuman, boleh membesar dan boleh membiak.Benda bukan hidup tidak memerlukan makanan dan tidak boleh membiak.

CIRI-CIRIBENDAHIDUPBenda hidup dikelaskan kepada haiwan dan tumbuhan. Semua benda hidup mempunyai ciri-ciri yang berikut:a) memerlukan airBenda hidup memerlukan air untuk hidip. Tumbuhan menyerap air dari tanah melalui akarnya.

b) memerlukan makananBenda hidup memerlukan makanan untuk hidup.Haiwan mencari makanan di sekelilingnya. Haiwan makan tumbuhan atau haiwan yang lain. Kita perlu makan sayur dan daging untuk menjaga kesihatan.

Tumbuhan boleh membuat makanannya sendiri. Ada tumbuhan boleh simpan makanan dalam buah dan akar.

c) bernafasBenda hidup bernafas untuk mendapatkan udara. Benda hidup bernafas dengan cara-cara yang berbeza.Manusia bernafas melalui paru-paru.

Ikan bernafas dalam air melalui insang.

Katak boleh bernafas melalui paru-paru dan kulit.

Tumbuhan bernafas melalui daun, batang dan akar.

d) bergerakHaiwan boleh bergerak dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Haiwan bergerak untuk mencari makanan atau melarikan diri daripada bahaya. Hanya sebahagian tumbuhan dapat bergerak. Sebagai contohnya, daun pokok semalu menguncup apabila disentuh.

e) membesarBenda hidup boleh membesar. Manusia membesar daripada peringkat bayi kepada peringkat dewasa. Haiwan juga membesar daripada peringkat anak kepada peringkat dewasa. Tumbuhan membesar daripada peringkat anak benih kepada peringkat tumbuhan dewasa.

f) membiakBenda hidup membiak untuk mendapatkan anak.